FATIN ADILA NISYA BINTI ABDUL HALIM (A170727)
TUGASAN CITRA PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
SLIDE TUGASAN A170727
CONTOH AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL
2. DEFINISI
• Kesejahteraan sosial merujuk kepada satu proses pembangunan yang
memberi penekanan kepada manusia dan sistem sosial mereka atau dapat
ditafsirkan sebagai kegiatan-kegiatan yang terorganisasi dari usaha-usaha dan
lembaga-lembaga sosial demi mencapai standard kehidupan yang
memuaskan.
• Ia juga mempunyai hubungkait dengan pelbagai strategi, program dan aktiviti
melalui penekanan kepada pengisian nilai-nilai yang akan mempertingkatkan
kualiti hidup dan kesejahteraan manusia sejagat.
3. CONTOH AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN
SOSIAL DI SANDAKAN, SABAH
Program Komunitiku Sihat: Gotong Royong Perdana
4. • Satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kesejahteraan Rakyat Sabah
yang melibatkan jalinan kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan, agensi dan
NGO.
• Dapat mengeratkan silaturahim dan kerjasama sosial antara para pemimpin dan
penduduk-penduduk Kampung Sim-Sim melalui program gotong-royong.
• Bertujuan untuk membudayakan program bergotong-royong di kalangan masyarakat
bagi meningkatkan kesedaran orang awam menjaga kesihatan diri dan keluarga serta
persekitaran di samping dapat mewujudkan kesejahteraan sosial dalam kalangan para
pemimpin dan masyarakat kampung.
5. CONTOH AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN
SOSIAL DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR
Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Pameran IMPACT
(ASEAN dan FIFA Jalin Kerjasama Pembangunan Sosial Serantau)
6. • Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjadikan sukan bola sepak sebagai pemangkin
kepada pembangunan sosial dan gaya hidup sihat.
• MoU itu merangkumi pelbagai bentuk kerjasama dengan tumpuan terhadap pendidikan khususnya
pelaksanaan program Bola Sepak FIFA Untuk Sekolah bagi meningkatkan kemahiran hidup dan
pendidikan jasmani menerusi bola sepak.
• FIFA dan ASEAN berkerjasama dalam pelaksanaan strategi bersama bagi mempromosikan gaya hidup
sihat dan penyertaan inklusif dalam bola sepak terutama bagi golongan wanita dan masyarakat
terpinggir.
• Bola sepak adalah kaedah strategik untuk menyatukan rakyat sebagai satu komuniti, mempromosikan
hubungan antara rakyat dan menjadikan ASEAN sebagai satu komuniti yang kukuh.
• Bola sepak adalah komponen penting dalam pembangunan sosial, integrasi dan nilai-nilai kesukanan
dalam mewujudkan kesejahteraan sosial.
7. CONTOH AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN
SOSIAL DI INDONESIA
Program Perlindungan Sosial Untuk Mengurangi Angka Kemiskinan
8. • Kementerian Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan
Republik Indonesia (KEMENKO PMK) telah menganjurkan Program
Perlindungan Sosial dalam usaha untuk melindungi dan menurunkan kadar
kemiskinan dalam kalangan masyarakat setempat.
• Langkah bijak yang diambil oleh KEMENKO PMK dapat merapatkan jurang
antara masyarakat tempatan sekaligus dapat mewujudkan kesejahteraan sosial antara
mereka walaupun berbeza jurang sosial.
• Pemerintah Indonesia sentiasa memastikan program bantuan sosial diberikan secara
tepat dengan menyasarkan bantuan kepada individu yang paling memerlukan.
• BPS Margo Yuwono mengendalikan harga, perlindungan sosial bagi orang yang
rentan, meningkatkan pendapatan masyarakat melalui pelbagai pendekatan demi
kesejahteraan sosial mereka.