4. 40 HARI
Daun Dengan nama orang yang akan
mati di Arash akan jatuh dan malaikat
maut pun datang kepada orang dengan
nama tersebut lalu mendampinginya
sehingga saat kematiannya. Kadang-
kadang orang yang akan mati itu akan
merasa atau nampak kehadiran
malaikat maut tersebut dan akan
sering kelihatan seperti sedang
rungsing.
12. “ Apabila telah sampai ajal
seseorang itu maka akan masuklah
satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan
dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai ke lutut.. “
13. “ Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk
dan menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar.”
14. “Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan
menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar.”
15. “Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong dan itulah
yang dikatakan saat nazak orang
itu.”
16. Sambung Rasullullah
S.A.W lagi…
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di
sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya
pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibrail A.S.”
17. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail
A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang
yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila
melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
WASSALAM