SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
Download to read offline
Terbit edisi e-book, Jun 2020
Edisi kemaskini, Julai 2023
© Angkatan Belia Islam Malaysia
Pengarang: Shaykh Muḥammad Sa‘īd Ramaḍān al-Būṭī (w. 2013M)
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Penyunting dan transliterasi: Mohd Khairul Anwar Ismail
Reka Bentuk Huruf: Muhammad Fateh
Reka Bentuk Kulit: Ainatunnadiah Azizan
Gambar kulit: gadingeffendi01 @freepik
ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN)
No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
No. Telefon (P): +603-4108 4500
No. Telefon (HP/Whatsapp): +6013 3916299
No. Faks: +603-41082400
Emel: abimpressmy@gmail.com
Laman Sesawang: www.abimpress.com
FB: www.facebook.com/abimpressmy
Lihat juga pelbagai judul E-Buku yang lain yang boleh
dimuatturun secara percuma di halaman FB Abim Press:
ABIM PRESS
3
MUQADDIMAH
PENTERJEMAH
Atas nama Yang Kasih, daku menulis.
Selawat dan salam buat kekasih.
Segala puji hanyalah bagi Allāh, daripada azali hinggalah
abadi, atas penyempurnaan terjemahan khutbah ini, yang
dikarang dan disampaikan oleh Shaykh Muḥammad Sa‘īd
Ramaḍān al-Būṭī raḥimahullāh, dengan judul asal: "‫عندما‬
‫سياسة‬�‫ال‬ ‫بيد‬ ‫أداة‬ ‫إىل‬ ‫اإلسالم‬ ‫يتحول‬", yang kita terjemahkan sebagai
“Ketika Islam berubah menjadi alat Politik”1
yang
disampaikan beliau pada jumaat 7 Disember 2012 lalu, kira-
kira 4 bulan sebelum peristiwa kesyahidan beliau pada 21
Mac 2013, raḥimahullāh.
1 Dipetik daripada: https://www.naseemalsham.com/persons/
Muḥammad_said_ramadan_al_bouti/speeches/view/37118
4
Perlulah difahami, bahawa khutbah ini disampaikan
sesuai dengan konteks semasa – di mana Syria bergolak
dengan perang saudara seawal 2011, dan melarat hinggalah
ke hari ini, pada tahun 2020. Perang yang mengorbankan
jutaan nyawa – di antaranya nyawa ilmuwan kita ini, yang
takkan bergalang ganti dengan sejuta nyawa, syahid beliau
di saat menyampaikan pengajian di masjid, syahidnya di
tangan pengkhianat agama. Beliau meluahkan kesedihan
yang bertalu-talu, dan kemarahan yang membara, di sela-
sela khutbahnya ini, bagaimanakah ‘pejuang-pejuang
Islam’ sanggup menggadaikan keamanan Muslimīn, demi
politik. Beliau mengkritik keras sikap ‘pejuang-pejuang
Islam’ (?) di Syria, yang sebahagiannya bertindak looting
(merampas) makanan dan harta benda daripada orang
ramai sebagai bekalan mereka – menurut penilaian beliau.
Beliau mengkritik bagaimana domino effect Arab Spring
yang bermula di Mesir, melarat ke Syria, kerana ijtihad
dan seruan beberapa islamis. Perkara yang meskipun tidak
disetujui penterjemah secara keseluruhannya, tidaklah
menghalang kita daripada mengambil iktibar daripada
nasihat-nasihat emas beliau, memesankan, agar dakwah
hakiki bermula daripada akar umbi, sepertimana halnya
Rasūlullāh, para sahabat, dan salafussoleh.
Begitu juga wajaruntuk dihayati bersama, pesanan
beliau: jangan khadamkan Islam demi politik.
Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS
atas kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara
5
gratis nan online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik
terbitan ini, ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh
sesiapa saja, dan digunakan dalam kajian-kajian.
Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan
kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan
itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon
segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana
tiada kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān.
Allāh Maha Mengetahui.
Syafiq atTauhidi (Mohammad Syafiq Ismail)
Isyak 17 Syawal 1441H / 9 Jun 2020M
Maktabah atTauhidi,
Negeri Sabah alMahmiyah billah.
6
7
KETIKA ISLAM BERUBAH
MENJADI ALAT POLITIK
‫نعمــه‬ ‫ي‬
‫ف‬
�‫يــوا‬
ً
‫محــدا‬ ‫هلل‬ ‫احلمــد‬ ،‫هلل‬ ‫احلمــد‬ ‫ث‬
� ‫هلل‬ ‫احلمــد‬
‫ــال‬‫ج‬‫ل‬ ‫ي‬
‫غ‬‫ينبــ‬ ‫امك‬ ‫احلمــد‬ ‫لــك‬ ‫ربنــا‬ ‫ي‬
� ،‫مزيــده‬ ‫ئ‬ ‫ف‬
�‫ويــا‬
‫ي‬
�‫ـ‬‫ـ‬‫أح‬ ‫ال‬ ‫ـم‬‫ـ‬‫الله‬ ‫ـبحانك‬‫ـ‬‫س‬ .‫ـلطانك‬‫ـ‬‫س‬ ‫ي‬
‫ـم‬‫ـ‬‫لعظ‬‫و‬ ‫ـك‬‫ـ‬ ‫ج‬
�‫و‬
‫ال‬ ‫أن‬ ‫ـد‬‫ـ‬ ‫ش‬
�‫وأ‬ .‫ـك‬‫ـ‬‫نفس‬ ‫ـى‬‫ـ‬‫ع‬ ‫ـت‬‫ـ‬‫أثني‬ ‫امك‬ ‫ـت‬‫ـ‬‫أن‬ ‫ـك‬‫ـ‬‫علي‬ ‫ـاء‬‫ـ‬‫ثن‬
‫ـده‬‫ـ‬‫عب‬
ً
‫ـدا‬‫ـ‬‫حمم‬ ‫أن‬ ‫ـد‬‫ـ‬ ‫ش‬
�‫وأ‬ ،‫هل‬ ‫ـك‬‫ـ‬‫ي‬ ‫ش‬
� ‫ال‬ ‫ـده‬‫ـ‬‫وح‬ ‫هللا‬ ‫إال‬ ‫إهل‬
‫هللا‬ ‫أرســه‬ .‫أرســه‬ ‫ي‬ ‫ب‬‫نــ‬ ‫ي‬
‫خــر‬ .‫وخليــه‬ ‫وصفيــه‬ ‫ورســوهل‬
‫رك‬ ‫ب‬
�‫و‬ ‫وســم‬ ‫صــل‬ ‫اللهــم‬ .
ً
‫ا‬ ‫ي‬
�‫ونــذ‬
ً
‫ا‬ ‫ي‬
‫بشــر‬ ِ‫ــه‬
ّ
ِ‫لك‬ ‫العــامل‬ ‫إىل‬
ً
‫ـاما‬‫ـ‬‫وس‬
ً
‫ـاة‬‫ـ‬‫ص‬ ‫ـد‬‫ـ‬‫حمم‬ ‫ن‬
�‫ـيد‬‫ـ‬‫س‬ ‫آل‬ ‫ـى‬‫ـ‬‫وع‬ ‫ـد‬‫ـ‬‫حمم‬ ‫ن‬
�‫ـيد‬‫ـ‬‫س‬ ‫ـى‬‫ـ‬‫ع‬
‫ـمون‬‫ـ‬‫املس‬ ‫ـا‬‫ـ‬ ‫ي‬
�‫أ‬ ‫ـم‬‫ـ‬‫وأوصي‬ . ‫ن‬ ‫ي‬
�‫ـد‬‫ـ‬‫ال‬ ‫ـوم‬‫ـ‬‫ي‬ ‫إىل‬ ‫ن‬ ‫ي‬
�‫ـ‬‫ـ‬‫متالزم‬ ‫ن‬ ‫ي‬
�‫ـ‬‫ـ‬ ‫ئ‬
�‫دا‬
.‫ـاىل‬‫ـ‬‫تع‬ ‫هللا‬ ‫ـوى‬‫ـ‬‫بتق‬ ‫ـة‬‫ـ‬‫املذنب‬ ‫ي‬
�‫ـ‬‫ـ‬‫ونف‬
8
Alḥamdulillāh thumma Alḥamdulillāh (Segala puji bagi
hanyalah bagi Allāh). Segala puji bagi Allāh, kepujian yang
layak bagi segala nikmat-Nya dan layak bagi tambahan
kurniaan-Nya. Wahai Tuhan kami, segala puji hanyalah
bagi-Mu, sepertimana yang layak bagi kemuliaan diri-Mu
dan keagungan kekuasaan-Mu. Maha suci Engkau, wahai
Allāh, tak terhad pujian ke atas-Mu sepertimana yang
Dikau puji diri-Mu sendiri dengannya. Daku naik saksi
bahawa Tiada Tuhan melainkan Allāh, Esa-Nya tiada
sekutu bagi-Nya. Daku naik saksi bahawa Muḥammad itu
hamba-Nya dan utusan-Nya, pilihan-Nya dan khalil-Nya.
Bagindalah sebaik-baik nabi yang pernah diutuskan-Nya,
Allāh mengutus baginda buat alam ini kesemuanya, sebagai
pembawa berita baik dan pembawa peringatan. Wahai
Allāh, selawat dan salam serta keberkatanlah buat sayyid
kamiMuḥammad,sertakeluargasayyidkamiMuḥammad–
selawat dan salam yang lazim berkekalan hinggalah ke Hari
Kiamat. Daku berpesan kepada kalian, wahai Muslimīn,
begitu juga diriku yang berdosa ini, agar bertaqwa kepada
Allāh ta‘ālā.
Seterusnya, wahai hamba-hamba Allāh:
Allāh ‘azza wa jalla telah menetapkan di dalam Tibyān-
Nya (al-Qur’ān) yang muḥkam (jelas), bahawa kedudukan
agama-Nya ini di dalam keluarga kemanusiaan ialah
kedudukan Pemerintah nan Pemimpin (bagi mereka).
Kedudukan keluarga kemanusiaan ini di hadapan agama
Allāh ‘azza wa jalla pula ialah mereka yang patuh (kepada
9
agama), kedudukan orang yang tunduk kepada kekuasaan
dan perintah Allāh – mereka tidak berpaling daripadanya
(agama ini), dan ia tidak mampu digantikan dengan
selainnya.
Renungilah bagaimana penjelasan Allāh di dalam
Qur’ān-Nya – berfirman kepada kita, dengannya (al-
Qur’ān itu) – bagaimana Dia memerintahkan kita
dengan sesungguhnya agar kita meninggalkan hawa nafsu
yang pelbagai itu, dan agar kita membebaskan diri kita
daripadanya, serta agar kita masuk ke dalam agama Allāh
‘azza wa jalla, dalam keadaan tunduk kepada kekuasaan-
Nya, melaksanakan segala perintah-Nya dalam keadaan
patuh taat, dan agar kita tidak berpaling daripadanya
(agama-Nya) atas apa sebab sekalipun. Renungkanlah
himpunan kenyataan Allāh ‘azza wa jalla ini, yang
difirmankan-Nya kepada kita, memberi peringatan akan
hakikat yang kuingatkan diriku sendiri dan kalian juga
tentangnya:
ِ
ّ
‫ب‬َ‫ر‬ ِ
َّ
ِ
‫ل‬ ِ
‫ات‬َ‫م‬َ‫م‬َ‫و‬ َ‫اي‬َ‫ي‬
ْ َ
‫م‬َ‫و‬ ِ
‫ك‬ ُ‫س‬
ُ
‫ن‬َ‫و‬ ِ
‫ت‬
َ
‫ل‬ َ
‫ص‬
َّ
‫ن‬ِ‫إ‬
ْ
‫ل‬
ُ
‫ق‬
‫ا‬
َ
‫ن‬
َ
‫أ‬َ‫و‬ ُ
‫ت‬ْ‫ِر‬‫م‬
ُ
‫أ‬
َ
‫ِك‬‫ل‬ٰ َ
‫ذ‬ِ‫ب‬َ‫و‬ ۖ ُ َ
‫ل‬
َ
‫يك‬ِ
َ
‫ش‬
َ
‫ل‬ ‫‏‬
‎
١٦٢ َ‫ني‬ِ‫م‬
َ
‫ال‬َ‫ع‬
ْ
‫ال‬
‎
١٦٣ َ‫ني‬ِ‫م‬ِ‫ل‬ ْ‫س‬ُ‫م‬
ْ
‫ال‬
ُ
‫ل‬َّ‫و‬
َ
‫أ‬
“Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,
hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allāh
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. * Tiada sekutu bagi-Nya,
10
dan dengan yang demikian sahaja aku
diperintahkan, dan aku (di antara seluruh
umatku) adalah orang Islam yang awal
pertama – (yang berserah diri kepada Allāh
dan mematuhi perintah-Nya).” (Al-An‘ām,
162-163).
Allāh ‘azza wa jalla mengajarkan kita tentang janji
sumpah setia ini (dengan-Nya), sepertimana yang kalian
sendiri saksikan. Begitu juga, Dia berfirman:
ٰ‫ى‬َ‫و‬َ‫ه‬
ْ
‫ال‬ ِ‫ع‬ِ‫ب‬
َّ
‫ت‬
َ
‫ت‬
َ
‫ل‬َ‫و‬ ِ
ّ
‫ق‬َْ
‫ال‬ِ‫ب‬ ِ
‫اس‬َّ‫انل‬ َ ْ
‫ي‬َ‫ب‬ ‫م‬
ُ
‫ك‬
ْ
‫اح‬
َ
‫ف‬
ۚ ِ
َّ
‫الل‬ ِ‫يل‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ن‬
َ
‫ع‬
َ
‫ك‬
َّ
‫ل‬ ِ
‫ض‬ُ‫ي‬
َ
‫ف‬
“… Maka jalankanlah hukum di antara manusia
dengan (hukum Sharī‘at) yang benar (yang
diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau
menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu
akan menyesatkanmu dari jalan Allāh...” (Ṣad,
26)
Dia menegaskan perintah ini dengan laras bahasa yang
lain pula, firman-Nya:
ْ‫ع‬ِ‫ب‬
َّ
‫ت‬
َ
‫ت‬
َ
‫ل‬َ‫و‬ ُ َّ
‫الل‬
َ
‫ل‬َ‫نز‬
َ
‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ن‬
ْ
‫ي‬َ‫ب‬ ‫م‬
ُ
‫ك‬
ْ
‫اح‬ ِ‫ن‬
َ
‫أ‬َ‫و‬
‫ا‬َ‫م‬ ِ
‫ض‬
ْ
‫ع‬َ‫ب‬ ‫ن‬
َ
‫ع‬ َ‫وك‬ُ‫ن‬ِ‫ت‬
ْ
‫ف‬َ‫ي‬ ‫ن‬
َ
‫أ‬ ْ‫م‬
ُ
‫ه‬ْ‫ر‬
َ
‫ذ‬
ْ
‫اح‬َ‫و‬ ْ‫م‬
ُ
‫ه‬َ‫اء‬َ‫و‬
ْ
‫ه‬
َ
‫أ‬
ۖ
َ
‫ك‬ْ َ
‫ل‬ِ‫إ‬ ُ َّ
‫الل‬
َ
‫ل‬َ‫نز‬
َ
‫أ‬
11
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di
antaramerekadenganapayangtelahditurunkan
oleh Allāh dan janganlah engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-
jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu
dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh
Allāh kepadamu…” (Al-Mā’idah, 49)
Firman-Nya menegaskan juga perintah ini:
َ ْ
‫ي‬َ‫ب‬ َ‫م‬
ُ
‫ك‬
ْ
‫ح‬َ ِ‫ل‬ ِ
ّ
‫ق‬َْ
‫ال‬ِ‫ب‬ َ
‫اب‬َ‫ِت‬‫ك‬
ْ
‫ال‬
َ
‫ك‬ْ َ
‫ل‬ِ‫إ‬ ‫ا‬َ ْ
‫ل‬َ‫نز‬
َ
‫أ‬ ‫ا‬
َّ
‫ن‬ِ‫إ‬
َ‫ِني‬‫ن‬ِ‫ائ‬
َ
‫خ‬
ْ
‫ِل‬
ّ
‫ل‬ ‫ن‬
ُ
‫ك‬
َ
‫ت‬
َ
‫ل‬َ‫و‬ ۚ ُ َّ
‫الل‬ َ‫اك‬َ‫ر‬
َ
‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ ِ
‫اس‬َّ‫انل‬
‫‏‬
‎
١٠٥ ‫ا‬ً‫يم‬ ِ
‫ص‬
َ
‫خ‬
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu
(wahai Muḥammad) Kitab (al-Qur’ān)
dengan membawa kebenaran, supaya engkau
menghukum di antara manusia menurut apa
yang Allāh telah tunjukkan kepadamu (melalui
wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi
pembela bagi orang-orang yang khianat.” (Al-
Nisā’, 105)
Firman-Nya:
‫‏‬
‎
١٥ ٌ‫ني‬ِ‫ب‬ُّ‫م‬ ٌ
‫اب‬َ‫ِت‬‫ك‬َ‫و‬ ٌ‫ور‬
ُ
‫ن‬ ِ
َّ
‫الل‬ َ‫ِن‬ّ‫م‬ ‫م‬
ُ
‫ك‬َ‫اء‬َ‫ج‬
ْ
‫د‬
َ
‫ق‬
ِ‫م‬
َ
‫ل‬ َّ‫الس‬
َ
‫ل‬ُ‫ب‬ُ‫س‬ ُ‫ه‬
َ
‫ان‬َ‫و‬
ْ
‫ض‬ِ‫ر‬ َ‫ع‬َ‫ب‬
َّ
‫ات‬ ِ‫ن‬َ‫م‬ ُ َّ
‫الل‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫ِي‬‫د‬ْ‫ه‬َ‫ي‬
12
ِ‫ه‬ِ‫ن‬
ْ
‫ذ‬ِ‫إ‬ِ‫ب‬ ِ‫ور‬ُّ‫انل‬
َ
‫ل‬ِ‫إ‬ ِ
‫ات‬َ‫م‬
ُ
‫ل‬
ُّ
‫الظ‬ َ‫ِن‬ّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ج‬ِ‫ر‬
ْ
‫خ‬ُ‫ي‬َ‫و‬
‎
١٦ ٍ‫يم‬ِ‫ق‬َ‫ت‬ ْ‫س‬ُّ‫م‬ ٍ
‫اط‬َ ِ
‫ص‬ ٰ َ
‫ل‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬‫ِي‬‫د‬ْ‫ه‬َ‫ي‬َ‫و‬
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu
cahaya kebenaran (Nabi Muḥammad) dari
Allāh, dan sebuah Kitab (al-Qur’ān) yang
jelas nyata keterangannya. * Dengan (al-
Qur’ān) itu Allāh menunjukkan jalan-jalan
keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa
yang mengikut keredaan-Nya, dan (dengannya)
Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita
(kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-
benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya
juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang
lurus.” (Al-Mā’idah, 15-16)
Adakah kalian menyaksikan, wahai hamba-hamba
Allāh, kepada seluruh perintah ini, yang berhimpun
pada topik yang sama: perintah al-Bārī (Allāh) ‘azza wa
jalla kepada para hamba-Nya, agar mereka masuk ke
dalam agama Allāh ‘azza wa jalla dalam keadaan taat,
dan agar mereka melaksanakan hukum-hakam-Nya yang
difirmankan-Nya kepada mereka, serta perintah-perintah
yang telah dipesankan kepada mereka agar jangan mereka
terpesong daripadanya. Adakah kalian memerhatikan,
kepada ayat-ayat ini, bagaimana ia menegaskan perintah
yang difirmankan Allāh ‘azza wa jalla kepada kita. Lalu
lihatlah pula kepada (sirah) kehidupan generasi terawal
13
daripada Muslimīn, bagaimana mereka melaksanakan
perintah rabbani ini dan meladeninya, bermula daripada
zaman Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam. Kemudian
renungkanlah pula pada zaman al-Khilāfah al-Rāshidah
(Khulafā’ Rāshidīn: Abū Bakar, ‘Umar, ‘Uthmān, ‘Alī),
dan renungkanlah juga sirah Muslimīn di atas jalan ini,
yang tidak terpesong daripadanya, pada zaman-zaman
selepas itu pula. Mereka patuh kepada perintah Allāh
sepertimana yang diarahkan, mereka tidak mengubah
dan menukar-nukarnya. Mereka beriltizam untuk
melaksanakan Sharī‘at Allāh, dan hawa nafsu mereka
tidak tergoyang untuk mencari gantinya (kepada Sharī‘at
Allāh itu). Begitu juga, kehendak-kehendak mereka tidak
menghasut mereka untuk memansuhkan Sharī‘at yang
telah diperintahkan Allāh, menggantikannya dengan
Sharī‘at yang difardukan oleh diri dan hawa nafsu mereka
sendiri.
Masa agak sempit, wahai hamba-hamba Allāh, untuk
membahaskan contoh-contoh (sirah) yang memerikan
hakikat ini. Akan tetapi, tetaplah menjadi kewajiban
setiap muslim untuk mempelajari (sejarah) kehidupan
Muslimīn pada zaman terawal, bahkan (sirah) generasi
terawal Muslimīn – kerana itulah tanda ukuran yang kekal
(sebagai rujukan) dalam perjalanan (menjalani hidup) di
atas jalan Allāh subḥānahu wa ta‘ālā.
Akan tetapi, apa yang telah berlaku selepas itu?
Generasi tersebut telah digantikan dengan generasi yang
14
hidup pada zaman kita ini. Kita telah tilik dan renungkan
perihal mereka – daku tidak maksudkan perihal orang-
orang yang sesat daripada Islam, dan tidak pula berkenaan
perihal orang-orang yang terpesong daripada jalan Allāh
– akan tetapi, daku memerhatikan perihal mereka yang
dinamakan pada hari ini sebagai “Islāmiyyīn” (Islamis)
– ia merupakan gelaran yang tak pernah dikenali dalam
sejarah Islam – Islamis ini.
Daku teliti perihal mereka, dan mendapati bahawa
mereka menjadikan Islam sebagai tangga yang dihinakan
dan direndah-rendahkan, agar sampai kepada cita-cita,
kemahuan dan (tujuan) politik mereka.
Satu ketika dahulu, mereka mengatakan, “Politik ini
tiada agamanya.” Maksudnya: Politik yang tidak terikat
dengan sebarang prinsip, secara hakikinya, tidaklah ada
agamanya. Kita melihat, generasi terkemudian yang
muncul selepas generasi terawal Islamis, seakan-akan
bercerita tentang perihal diri mereka sendiri; mereka
menjadikan Sharī‘at dan hukum-hakam Allāh sebagai
khadam, bahkan boleh jadi lebih hina daripada khadam,
agar menyampaikan mereka kepada tujuan-tujuan politik
mereka yang pelbagai.
Betapa banyaklah tindakan-tindakan yang kita telah
dengar daripada mereka itu, yang menyatakan bahawa
hukum sesuatu perkara itu wajib – daku tidak ingin
menamakan mereka – lalu kita melihat pula tindakan
15
mereka pada hari ini, mereka mengumumkan bahawa
perkara (yang awal) itu sudah menjadi haram. Kelmarinnya
wajib, dan hari ini menjadi haram. Bukanlah wahyu yang
turun kelmarinnya, dan bukan pula wahyu yang turun
pada hari ini, akan tetapi (tindakan) politiklah yang
berubah. Cara yang menyampaikan kepada tujuan
(politik) telah berubah.
Betapa banyaklah telah kita mendengar biografi tokoh-
tokoh tertentu – daku tidak ingin menamakan mereka
– yang dahulunya diperikan Islamis dengan sifat-sifat
yang terbaik – orang-orang Islam yang teguh beragama,
jujur kepada Allāh, jujur kepada umat – lalu kita melihat
mereka pada hari ini, mereka menilainya (tokoh-tokoh
tersebut) sebagai kafir, dan menyatakan bahawa mereka
(tokoh-tokoh itu) telah terkeluar secara total daripada jalan
Allāh subḥānahu wa ta‘ālā. Bukanlah wahyu yang turun
kelmarinnya memerikan sifat-sifat tokoh-tokoh tersebut
kelmarin, dan bukanlah pula wahyu yang turun pada hari
ini yang bertentangan dengan pemerian dan penyifatan
mereka (tokoh-tokoh itu). Akan tetapi, politiklah yang
menuntut, agar pujian diberikan kepada mereka kelmarin
harinya, dan takfīr (pengkafiran) mereka pada hari ini pula.
Betapa banyaklah telah kita perhatikan dan melihat,
kita mendapati imej semangat membara yang terhidu
daripadanya wangi semerbak keikhlasan terhadap
agama Allāh, melawan musuh ini – Isrā’īl – yang telah
merampas tanah, merampas hak dan rumah, yang telah
16
menghalau orang ramai (Muslimīn) daripada rumah
mereka dan tanah air mereka. Kita telah mendengar
mereka menyeru untuk memerangi musuh yang telah
merampas ini, kita telah menyaksikan bagaimana mereka
tak hentinya merayu kepada umat Islam, agar bersama di
dalam saf yang satu, demi memerangi musuh yang telah
merampas ini. Sementara pada hari ini, kita menyaksikan
bagaimana mereka mengumumkan akujanji – yang
tersembunyi mahupun yang nyata – dengan musuh yang
telah merampas ini. Kita telah memasang telinga menanti
untuk mendengar daripada mereka sendiri berkenaan isu
yang telah kita sebutkan tadi – pendirian mereka beberapa
tahun sebelumnya – hanyasanya yang kita dengar daripada
mereka cumalah kontradiksi belaka.
Adakah perlu kutambahkan lagi, wahai saudara, akan
contoh-contoh bagaimana (mereka) mempermainkan
Sharī‘at dan hukum-hakam Allāh, apabila Islam dijadikan
tangga kepada politik, dan cara untuk mencapai tujuan
politik?! Betapa banyak sudahlah hukum-hakam yang
disokong oleh islamis ini, yang mana fuqahā’ Islam
bersepakat akan haramnya tindak-tanduk tersebut, dan
batilnyaakujanjiitu.Sementarapadahariini,kitamemasang
telinga kepada pendirian mereka terhadap fatwa-fatwa
pengharaman, kebatilan dan larangan yang pernah mereka
sokong fuqahā’ Sharī‘at Islam dahulunya; pada hari ini,
merekalah yang berfatwa menghalalkannya, dan berfatwa
bahawa ia sahih serta harus pula.
17
Lalu kita tertanya-tanya; adakah ada dalil yang
tersembunyi daripada kalian kelmarinnya, lalu kalian
tahu pula pada hari ini, lalu kalian menukar hukumnya?
Tidak. Hukum itu itulah juga (kekal), dalilnya itu itulah
juga (kekal), akan tetapi Maṣlahat Siyāsiyyah (kepentingan
politik)lah yang berubah. Kepentingan politiklah yang
menuntut agar patuh kepada apa yang dikatakan para
fuqahā’ tentang hukum perkara-perkara itu – yang tidak
ingin daku sebutkan. Sementara kepentingan politik pada
hari ini menuntut perkara sebaliknya (tidak patuh kepada
fuqahā’).
Adakah kalian melihat betapa jauhnya beza dengan
generasi terawal yang patuh dengan ikhlas sekali terhadap
perintah-perintah Allāh dan Sharī‘at-Nya; mereka
meletakkan hawa nafsu mereka di bawah kaki mereka
dalam usaha mereka melaksanakan perintah Allāh, dan
dalam usaha mereka menuju Allāh – di mana muka-muka
mereka telah memutih bersinar (dan masuk syurga) kerana
melaksanakan perintah-perintah-Nya. Lalu adakah kalian
melihatakanperbezaantindakangenerasi(terawal)tersebut,
dengan kesudahan Islam pada tangan kebanyakan – tidak
daku katakan semua – mereka yang bernama Islamis itu,
pada hari ini? Kalian lihatlah, bagaimana ia (Islam) menjadi
tangga yang hina, yang dipijak selangkah demi selangkah,
agar tercapainya impian politik.
Wahai hamba-hamba Allāh, daku menyokong mereka
yang menegah daripada Islām Siyāsī (Islam Politik).
18
Akan tetapi, hendaklah kalian ketahui, apakah yang
kita maksudkan dengan Islam Politik itu? Daku
maksudkan dengannya, ialah mereka yang menukar
Islam menjadi wasilah, menjadi khadam, menjadi
tangga, yang digunakan untuk sampai kepada impian
politik yang pelbagai dan berbeza pula. Inilah yang
daku maksudkan daripada Islam Politik yang daku
tegah daripadanya.
Adapun Islam, pada hakikatnya, ia memerintahkan
dan juga melarang. Islam memerintahkan politik yang
baik sentosa, yang manusiawi, yang telah Allāh jelaskan
kepada kita di dalam al-Qur’ānnya yang jelas, dan telah
disyarahkan oleh Rasūlullāh buat kita di dalam hadis-
hadisnya yang sahih. Benar. Akan tetapi, tidak wajarlah
untuk kita merendahkan Islam daripada ketinggiannya,
agar kita menjadikannya sebagai khadam kepada impian
kita, khadam kepada tujuan kita, dan impian politik kita.
Daku pernah sekali berkata kepada salah seorang pemimpin
(Islamis) itu, akan kata-kata yang daku katakan kepada
kalian ini, lalu dia tidak menerimanya, kerana pelaksanaan
Sharī‘at Islam tidak boleh terlaksana sempurna melainkan
selepas memegang tampuk pemerintahan, lalu apabila kita
telah sampai kepada pemerintahan, maka mampulah kita
ketika itu dengan semudahnya untuk mempraktikkan
(taṭbīq) Islam.
Tidakkah kalian melihat kepada perangkap ini, yang
lebih merbahaya daripada falasi yang daku telah ceritakan
19
kepada kalian – saudara-saudara itu menyangka bahawa
Islam dan pelaksanaannya itu umpama aliran-aliran politik
apabila ahli politik berusaha untuk melaksanakannya. Ada
orang yang mempercayai Sosialisme, dan melaksanakannya
apabila mereka menjadi pemerintah. Orang-orang Liberal
melaksanakan agenda liberal mereka apabila mereka
menjadi pemerintah, tanpa memerhatikan kepada siapa
yang meyakininya ataupun tidak meyakininya.
Adakah Islam begitu juga? Daku kata: Wahai dikau,
Islam ini adalah kepercayaan yang masuk ke dalam akal
melalui ilmu, lalu ia (Islam) itu ialah cinta yang berjalan
ke dalam hati, kerana mengagungkan batas-batas Allāh,
cinta kepadaNya, takut dan gerun kepada-Nya – lalu ketika
itulah (apabila Islam sampai ke akal dan hati), barulah Islam
akan dipraktikkan secara nescaya. Cara kepada demikian itu
ialah dengan dikau masuk ke dalam dakwah kepada Allāh
‘azza wa jalla, di tengah orang ramai di atas muka bumi ini,
dan tidak wajarlah untuk dikau berbicara dengan mereka di
atas kerusi pemerintah.
Islam memerintahkanmu untuk memiliki keinginan
memahamkan para pemimpin dan raja, bukannya untuk
dikau memiliki kerusi mereka. Kelmarinnya – beberapa
tahun sebelum ini – ada sebuah kumpulan besar yang
akhirnya memegang tampuk pemerintahan sesebuah
negara yang bersempadan dengan selatan Syria – daku
tidak menamakannya – lalu berkekalanlah pula kumpulan
Islam ini menjadi pemimpin, sekitar dua tahun lebih.
20
Apakah yang mereka telah lakukan? Tak termampukan
olehnya untuk mempraktikkan Islam melainkan pada
beberapa perkara yang terlalu kecil, dan situasinya tetap
saja sama seperti sebelumnya. Mereka mencuba, namun
merekatidakmenemukantelingayangsanggupmendengar
(dakwahnya). Kenapa? Kerana, Islamis itu, menyibukkan
diri mereka dan menghabiskan waktu mereka untuk
berusaha mendapatkan tampuk pemerintahan, mereka
tidak mempedulikan urusan dakwah kepada Allāh, dan
tidak berdialog dengan hamba-hamba Allāh. Mereka tidak
mencuba untuk memasukkan kecintaan kepada Allāh
di dalam hati (orang ramai). Mereka mendapat tampuk
pemerintahan, sementara orang ramai tetap saja seperti
dahulunya; lalu bagaimanakah mereka akan mampu
mencapai apa yang diinginkan mereka (mempraktikkan
Islam itu)? Inilah hakikatnya, yang hari ini daku
ungkapkan, agar ia sampai kepada telinga mereka yang
menikmati rasa ikhlas demi agama Allāh ‘azza wa jalla,
agar mereka menjadi warak.
Wahai manusia sekeliannya, tidakkah kalian
merenungkan ‘ibrah pengajaran yang wajar diambil
daripada apa yang telah kukisahkan kepada kalian,
daripada ayat-ayat ini, yang telah menjelaskan kepada
kita, metod yang perlu diikuti para hamba Allāh
dalam dakwah kepada agama Allāh, dan agar mampu
melaksanakan perintah-perintah-Nya? Inilah ia, fitnah
begitu gelap, yang sentiasa bergerak tanpa hentinya,
21
membakar tanpa padamnya, di negara Islam yang besar
ini (Syria), yang kita sentiasa berbangga dengannya. Apa
yang sudah jadi? Yang jadi ialah, Islamis terpesong jalan
dalam mempraktikkan (taṭbīq) Islam, dan terpesong jalan
dalam usaha melaksanakan Sharī‘at Allāh ‘azza wa jalla.
Sedangkan, Sharī‘at Allāh ini bukanlah aliran liberalisme,
yang dipraktikkan melalui cara politik – sama ada manusia
mahu ataupun tidak. Sharī‘at Allāh ialah dakwah kepada
Allāh ‘azza wa jalla:
‫ا‬ً ِ
‫ال‬ َ
‫ص‬
َ
‫ل‬ِ‫م‬
َ
‫ع‬َ‫و‬ ِ
َّ
‫الل‬
َ
‫ل‬ِ‫إ‬ َ
‫ع‬
َ
‫د‬ ‫ن‬َّ‫ِم‬ّ‫م‬
ً
‫ل‬ْ‫و‬
َ
‫ق‬ ُ‫ن‬ َ‫س‬
ْ
‫ح‬
َ
‫أ‬ ْ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬
‎
٣٣ َ‫ني‬ِ‫م‬ِ‫ل‬ ْ‫س‬ُ‫م‬
ْ
‫ال‬ َ‫ِن‬‫م‬ ِ
‫ن‬
َّ
‫ن‬ِ‫إ‬
َ
‫ال‬
َ
‫ق‬َ‫و‬
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada
(mengEsakan dan mematuhi perintah) Allāh,
serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh,
sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat
kepada Allāh)!” (Fuṣṣilat, 33)
Inilah jalan yang sewajarnya kita tempa. Dan waktu
belumlah terlambat. Moga-moga saudara-saudara itu
kembali kepada kewarasan mereka. Moga-moga mereka
turun daripada menara-menara (politik) yang mereka
impikan untuk sampai kepadanya. Moga-moga mereka
menoleh ke kiri ke kanan, lalu mereka menyedari bahawa
(pemerintahan) itu bukanlah apa yang diperintahkan
22
Allāh untuk mereka menggapainya dan sampai
kepadanya, maka merekapun turun kepada umat, kepada
memahamkan manusia (akan dakwah). Orang ramai itu
fitrahnya tetaplah jaga dan bersiap sedia, mereka tidak
perlukan apapun melainkan kepada teman berdiskusi dan
mengingatkan, siapapun orangnya. Manakah mereka yang
duduk bersama orang-orang yang sesat, berdiskusi dengan
mereka dan menyeru mereka agar kembali ke dalam
lindungan Allāh? Manakah mereka yang menjejak orang-
orang fasik, duduk bersama mereka dan berdialog dengan
mereka dengan mantik kasih, dan mantik al-ghīrah (tidak
inginkan saudaranya sesat), sepertimana yang dilakukan
oleh para sahabat Rasūlullāh, para tābi‘īn, dan mereka
(pendakwah) yang sanggup berhijrah ke tempat-tempat
terpencil di Eropah (untuk dakwah)? Manakah mereka,
yang bergerak (demi dakwah), mempraktikkan metode
yang diperintahkan Allāh ‘azza wa jalla? Inilah kata-
kataku, daku memohon keampunan Allāh yang Maha
Agung.
***
Wahai saudara-saudara sekelian..
Kata-kata yang terbit daripada hati yang sedang
terbakar, daku tujukan kepada saudara seagama kita, atau
semanusia kita; dengan harapan, agar cebisan kata-kataku
ini sampai kepada mereka, dan agar ia menembusi telinga
mereka hingga ke hati mereka. Wahai kalian (Islamis),
23
semaklah semula iman kalian kepada Allāh ‘azza wa
jalla, sekiranya ia masih berbaki di dalam hati kalian.
Semaklah semula denyutan kemanusiaan kalian, sekiranya
ia masih wujud lagi di dalam diri kalian. Janganlah kalian
mempergunakan kesengsaraan para hamba Allāh ‘azza
wa jalla di dalam tempoh yang merbahaya ini yang kita
sedang alami sekarang ini, agar kalian mengisi poket kalian
dengan (memanfaatkan) kesengsaraan mereka. Janganlah
kalian mempergunakan kelaparan para hamba Allāh ‘azza
wa jalla, yang mencari sesuap makanan buat mereka dan
anak-anaknya, dengan harapan untuk menyelamatkan
diri daripada bala bencana ini, dan (menyelamatkan diri)
daripada kematian.
Janganlah kalian jadikan situasi mereka ini, sebagai
peluang untuk menambah duit di poket kalian. Pelik sekali,
hina sekali, dan rendah sekali – orang yang ingin membolot
segala makanan dan roti yang ada di ketuhar (rumah dan
kedai roti), lalu menjualnya pula, dengan menggadaikan
siapa? Menggadaikan kelaparan orang-orang (awam)
ini yang berharap mereka akan pulang ke rumah-rumah
mereka dengan sedikit makanan. Akan tetapi, mereka
pulang dengan tangan kosong, kerana orang-orang itu
(yang merampas makanan).
Wahai saudara, amat menghairankanlah situasi kalian
ini. Sekiranya terhapus rasa keagamaan di dalam diri kalian,
adakah rasa kemanusiaan turut terhapus sama? Sekiranya
situasi mendesak kalian, kalian menggadaikan kelaparan
24
orang ramai, kemiskinan mereka, kesengsaraan mereka
apabila sesuap makanan dirampas daripada mulut mereka.
Sesungguhnya kalianlah yang sedang menuju ke arah api
(kemusnahan) dan segala asbabnya.
Apa lagi yang daku boleh katakan? Kalian semua tahu,
wahai saudara-saudara, apa yang telah dilakukan mereka
itu. Mereka memindahkan benda-benda yang ada ini, yang
negara ini sukar untuk mendapatkannya dengan segala
kemampuannya, untuk diagihkan kepada orang ramai –
sedangkan sekumpulan manusia ini ingin menjadikannya
jualan di pasaran gelap. Begitukah kemanusiaan, wahai
manusia?! Daku katakan kepada kalian, bahawa kedua
mataku ini, tidak percaya bahawa yang melakukan
kesemua ini adalah manusia yang berjalan di atas muka
bumi! Daku tidak ingin membandingkan antara Muslimīn
yang menyangka bahawa mereka beriman dengan Allāh,
dengan orang yang tidak mengetahui sekelumitpun
tentang agama, yang tidak tahu apa Islam apa agama Ahli
Kitab – akan tetapi rasa manusiawi mereka yang masih
celik jaga yang menjadi penilai buat mereka bahkan ke atas
mereka.
Daku tidak ingin membandingkan – wahai saudara –
pada setiap hari daku mendengar isu-isu seperti ini yang
melukakan hati. Dan daku tertanya-tanya, adakah mereka
redha sekiranya sanggup melahap makanan yang diambil
mereka daripada mulut orang-orang lapar! Demi Allāh yang
tiada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya racun yang paling
25
membunuh sekalipun lebih kecil mudaratnya berbanding
daripada makanan sebegitu. Sesungguhnya, hendaklah
mereka mengetahui, bahawa kewajiban kita berkenaan
isu ini ialah, kita mengorbankan isi poket kita untuk
diberikan kepada mereka yang memerlukan, dan bukan
pula mengorbankan sesuap makanan yang menghampiri
mulut mereka (yang miskin) agar kita memakannya pula,
ganti kepada mereka (yang kelaparan).
***
Alḥamdulillāh, segala puji bagi Allāh, dahulu, kini dan
selamanya, atas penyempurnaan terjemahan bagi khutbah
Shaykh Muḥammad Ramaḍān al-Būṭī, yang dijudulkan
sebagai “Ketika Islam berubah menjadi alat Politik,” pada
Isyak 17 Syawal 1441H, bersamaan Selasa 9.6.2020M, di
Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah, di
tangan empunya segala dosa dan kesilapan Syafiq atTauhidi.
Semoga Allāh yang baik menerimanya dan mengumumkan
manfaatnya kepada seluruh umat.
E-Book Ketika Islam Berubah Menjadi Alat Politik.pdf

More Related Content

Similar to E-Book Ketika Islam Berubah Menjadi Alat Politik.pdf

Al ushul ats-tsalatsah - terjemah revisi
Al ushul ats-tsalatsah - terjemah revisiAl ushul ats-tsalatsah - terjemah revisi
Al ushul ats-tsalatsah - terjemah revisiilmu ilmu
 
Khutbah idul fitri 1434 h kobe jepang
Khutbah idul fitri 1434 h kobe jepangKhutbah idul fitri 1434 h kobe jepang
Khutbah idul fitri 1434 h kobe jepangHatta Syamsuddin
 
Bahaya mengambil ideologi selain islam
Bahaya mengambil ideologi selain islamBahaya mengambil ideologi selain islam
Bahaya mengambil ideologi selain islamRizky Faisal
 
MAKALAH AHLUL BAIT kelompok 10.pdf
MAKALAH AHLUL BAIT kelompok 10.pdfMAKALAH AHLUL BAIT kelompok 10.pdf
MAKALAH AHLUL BAIT kelompok 10.pdfAriantoAnto6
 
majalah albinaa-edis-5
majalah albinaa-edis-5majalah albinaa-edis-5
majalah albinaa-edis-5Muhammad Zain
 
Langkah Awal Mengetahui Kedudukan Hadits
Langkah Awal Mengetahui Kedudukan HaditsLangkah Awal Mengetahui Kedudukan Hadits
Langkah Awal Mengetahui Kedudukan Haditszaki009
 
Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah
Ayat ayat tentang Peranan RasulullahAyat ayat tentang Peranan Rasulullah
Ayat ayat tentang Peranan RasulullahAbdul Ghani
 
Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah
Ayat ayat tentang Peranan RasulullahAyat ayat tentang Peranan Rasulullah
Ayat ayat tentang Peranan RasulullahAbdul Ghani
 
Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]KRFlamenco
 
BAHAYA WAHABI HAPUSKAN CINTA KEPADA NABI ﷺ
BAHAYA WAHABI HAPUSKAN CINTA KEPADA NABI ﷺBAHAYA WAHABI HAPUSKAN CINTA KEPADA NABI ﷺ
BAHAYA WAHABI HAPUSKAN CINTA KEPADA NABI ﷺunderitan
 
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ahAqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ahIslamhouse.com
 
Hadist sahih imam muslim
Hadist sahih imam muslimHadist sahih imam muslim
Hadist sahih imam muslimAyenk Yenk
 
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur 10 Dosa Besar
 
Iman kepada para rasul
Iman kepada para rasulIman kepada para rasul
Iman kepada para rasulBudiman Susilo
 

Similar to E-Book Ketika Islam Berubah Menjadi Alat Politik.pdf (20)

Al ushul ats-tsalatsah - terjemah revisi
Al ushul ats-tsalatsah - terjemah revisiAl ushul ats-tsalatsah - terjemah revisi
Al ushul ats-tsalatsah - terjemah revisi
 
Pidato islam
Pidato islamPidato islam
Pidato islam
 
Khutbah idul fitri 1434 h kobe jepang
Khutbah idul fitri 1434 h kobe jepangKhutbah idul fitri 1434 h kobe jepang
Khutbah idul fitri 1434 h kobe jepang
 
Bahaya mengambil ideologi selain islam
Bahaya mengambil ideologi selain islamBahaya mengambil ideologi selain islam
Bahaya mengambil ideologi selain islam
 
MAKALAH AHLUL BAIT kelompok 10.pdf
MAKALAH AHLUL BAIT kelompok 10.pdfMAKALAH AHLUL BAIT kelompok 10.pdf
MAKALAH AHLUL BAIT kelompok 10.pdf
 
majalah albinaa-edis-5
majalah albinaa-edis-5majalah albinaa-edis-5
majalah albinaa-edis-5
 
khotbah
khotbahkhotbah
khotbah
 
Langkah Awal Mengetahui Kedudukan Hadits
Langkah Awal Mengetahui Kedudukan HaditsLangkah Awal Mengetahui Kedudukan Hadits
Langkah Awal Mengetahui Kedudukan Hadits
 
Menjadi muslim sejati
Menjadi muslim sejatiMenjadi muslim sejati
Menjadi muslim sejati
 
Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah
Ayat ayat tentang Peranan RasulullahAyat ayat tentang Peranan Rasulullah
Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah
 
Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah
Ayat ayat tentang Peranan RasulullahAyat ayat tentang Peranan Rasulullah
Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah
 
Syahadatain
SyahadatainSyahadatain
Syahadatain
 
Aswaja
AswajaAswaja
Aswaja
 
Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]
 
BAHAYA WAHABI HAPUSKAN CINTA KEPADA NABI ﷺ
BAHAYA WAHABI HAPUSKAN CINTA KEPADA NABI ﷺBAHAYA WAHABI HAPUSKAN CINTA KEPADA NABI ﷺ
BAHAYA WAHABI HAPUSKAN CINTA KEPADA NABI ﷺ
 
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ahAqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
 
Hadist sahih imam muslim
Hadist sahih imam muslimHadist sahih imam muslim
Hadist sahih imam muslim
 
Buletin 2 edisi haji
Buletin 2  edisi hajiBuletin 2  edisi haji
Buletin 2 edisi haji
 
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur
 
Iman kepada para rasul
Iman kepada para rasulIman kepada para rasul
Iman kepada para rasul
 

Recently uploaded

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 7
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 7Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 7
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 7Adam Hiola
 
Perintah Tuhan untuk Nabi Hosea Mengawini Perempuan Sundal
Perintah Tuhan untuk Nabi Hosea Mengawini Perempuan SundalPerintah Tuhan untuk Nabi Hosea Mengawini Perempuan Sundal
Perintah Tuhan untuk Nabi Hosea Mengawini Perempuan Sundalelziramagdalene29
 
PPT puasa: menjekaskan tentang pengertian puasa dan hal hak yang berkaitan te...
PPT puasa: menjekaskan tentang pengertian puasa dan hal hak yang berkaitan te...PPT puasa: menjekaskan tentang pengertian puasa dan hal hak yang berkaitan te...
PPT puasa: menjekaskan tentang pengertian puasa dan hal hak yang berkaitan te...KangSarungPangeranBe
 
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEISIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEIGilbertFibriyantAdan
 
4 RAHSIA UMUR PANJANG BAGI ORANG KRISTEN.ppt
4 RAHSIA UMUR PANJANG BAGI ORANG KRISTEN.ppt4 RAHSIA UMUR PANJANG BAGI ORANG KRISTEN.ppt
4 RAHSIA UMUR PANJANG BAGI ORANG KRISTEN.pptMichaelPateh1
 
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024GilbertFibriyantAdan
 
KEL 1 HAKIKAT IBADAH dalam ajaran agama islam
KEL 1 HAKIKAT IBADAH dalam ajaran agama islamKEL 1 HAKIKAT IBADAH dalam ajaran agama islam
KEL 1 HAKIKAT IBADAH dalam ajaran agama islamsyifaavirarachman
 

Recently uploaded (7)

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 7
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 7Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 7
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 7
 
Perintah Tuhan untuk Nabi Hosea Mengawini Perempuan Sundal
Perintah Tuhan untuk Nabi Hosea Mengawini Perempuan SundalPerintah Tuhan untuk Nabi Hosea Mengawini Perempuan Sundal
Perintah Tuhan untuk Nabi Hosea Mengawini Perempuan Sundal
 
PPT puasa: menjekaskan tentang pengertian puasa dan hal hak yang berkaitan te...
PPT puasa: menjekaskan tentang pengertian puasa dan hal hak yang berkaitan te...PPT puasa: menjekaskan tentang pengertian puasa dan hal hak yang berkaitan te...
PPT puasa: menjekaskan tentang pengertian puasa dan hal hak yang berkaitan te...
 
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEISIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
 
4 RAHSIA UMUR PANJANG BAGI ORANG KRISTEN.ppt
4 RAHSIA UMUR PANJANG BAGI ORANG KRISTEN.ppt4 RAHSIA UMUR PANJANG BAGI ORANG KRISTEN.ppt
4 RAHSIA UMUR PANJANG BAGI ORANG KRISTEN.ppt
 
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
 
KEL 1 HAKIKAT IBADAH dalam ajaran agama islam
KEL 1 HAKIKAT IBADAH dalam ajaran agama islamKEL 1 HAKIKAT IBADAH dalam ajaran agama islam
KEL 1 HAKIKAT IBADAH dalam ajaran agama islam
 

E-Book Ketika Islam Berubah Menjadi Alat Politik.pdf

  • 1.
  • 2. Terbit edisi e-book, Jun 2020 Edisi kemaskini, Julai 2023 © Angkatan Belia Islam Malaysia Pengarang: Shaykh Muḥammad Sa‘īd Ramaḍān al-Būṭī (w. 2013M) Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail Penyunting dan transliterasi: Mohd Khairul Anwar Ismail Reka Bentuk Huruf: Muhammad Fateh Reka Bentuk Kulit: Ainatunnadiah Azizan Gambar kulit: gadingeffendi01 @freepik ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN) No. 6, Jalan TC 2A/2 Taman Cemerlang 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA No. Telefon (P): +603-4108 4500 No. Telefon (HP/Whatsapp): +6013 3916299 No. Faks: +603-41082400 Emel: abimpressmy@gmail.com Laman Sesawang: www.abimpress.com FB: www.facebook.com/abimpressmy Lihat juga pelbagai judul E-Buku yang lain yang boleh dimuatturun secara percuma di halaman FB Abim Press: ABIM PRESS
  • 3. 3 MUQADDIMAH PENTERJEMAH Atas nama Yang Kasih, daku menulis. Selawat dan salam buat kekasih. Segala puji hanyalah bagi Allāh, daripada azali hinggalah abadi, atas penyempurnaan terjemahan khutbah ini, yang dikarang dan disampaikan oleh Shaykh Muḥammad Sa‘īd Ramaḍān al-Būṭī raḥimahullāh, dengan judul asal: "‫عندما‬ ‫سياسة‬�‫ال‬ ‫بيد‬ ‫أداة‬ ‫إىل‬ ‫اإلسالم‬ ‫يتحول‬", yang kita terjemahkan sebagai “Ketika Islam berubah menjadi alat Politik”1 yang disampaikan beliau pada jumaat 7 Disember 2012 lalu, kira- kira 4 bulan sebelum peristiwa kesyahidan beliau pada 21 Mac 2013, raḥimahullāh. 1 Dipetik daripada: https://www.naseemalsham.com/persons/ Muḥammad_said_ramadan_al_bouti/speeches/view/37118
  • 4. 4 Perlulah difahami, bahawa khutbah ini disampaikan sesuai dengan konteks semasa – di mana Syria bergolak dengan perang saudara seawal 2011, dan melarat hinggalah ke hari ini, pada tahun 2020. Perang yang mengorbankan jutaan nyawa – di antaranya nyawa ilmuwan kita ini, yang takkan bergalang ganti dengan sejuta nyawa, syahid beliau di saat menyampaikan pengajian di masjid, syahidnya di tangan pengkhianat agama. Beliau meluahkan kesedihan yang bertalu-talu, dan kemarahan yang membara, di sela- sela khutbahnya ini, bagaimanakah ‘pejuang-pejuang Islam’ sanggup menggadaikan keamanan Muslimīn, demi politik. Beliau mengkritik keras sikap ‘pejuang-pejuang Islam’ (?) di Syria, yang sebahagiannya bertindak looting (merampas) makanan dan harta benda daripada orang ramai sebagai bekalan mereka – menurut penilaian beliau. Beliau mengkritik bagaimana domino effect Arab Spring yang bermula di Mesir, melarat ke Syria, kerana ijtihad dan seruan beberapa islamis. Perkara yang meskipun tidak disetujui penterjemah secara keseluruhannya, tidaklah menghalang kita daripada mengambil iktibar daripada nasihat-nasihat emas beliau, memesankan, agar dakwah hakiki bermula daripada akar umbi, sepertimana halnya Rasūlullāh, para sahabat, dan salafussoleh. Begitu juga wajaruntuk dihayati bersama, pesanan beliau: jangan khadamkan Islam demi politik. Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS atas kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara
  • 5. 5 gratis nan online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik terbitan ini, ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh sesiapa saja, dan digunakan dalam kajian-kajian. Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana tiada kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān. Allāh Maha Mengetahui. Syafiq atTauhidi (Mohammad Syafiq Ismail) Isyak 17 Syawal 1441H / 9 Jun 2020M Maktabah atTauhidi, Negeri Sabah alMahmiyah billah.
  • 6. 6
  • 7. 7 KETIKA ISLAM BERUBAH MENJADI ALAT POLITIK ‫نعمــه‬ ‫ي‬ ‫ف‬ �‫يــوا‬ ً ‫محــدا‬ ‫هلل‬ ‫احلمــد‬ ،‫هلل‬ ‫احلمــد‬ ‫ث‬ � ‫هلل‬ ‫احلمــد‬ ‫ــال‬‫ج‬‫ل‬ ‫ي‬ ‫غ‬‫ينبــ‬ ‫امك‬ ‫احلمــد‬ ‫لــك‬ ‫ربنــا‬ ‫ي‬ � ،‫مزيــده‬ ‫ئ‬ ‫ف‬ �‫ويــا‬ ‫ي‬ �‫ـ‬‫ـ‬‫أح‬ ‫ال‬ ‫ـم‬‫ـ‬‫الله‬ ‫ـبحانك‬‫ـ‬‫س‬ .‫ـلطانك‬‫ـ‬‫س‬ ‫ي‬ ‫ـم‬‫ـ‬‫لعظ‬‫و‬ ‫ـك‬‫ـ‬ ‫ج‬ �‫و‬ ‫ال‬ ‫أن‬ ‫ـد‬‫ـ‬ ‫ش‬ �‫وأ‬ .‫ـك‬‫ـ‬‫نفس‬ ‫ـى‬‫ـ‬‫ع‬ ‫ـت‬‫ـ‬‫أثني‬ ‫امك‬ ‫ـت‬‫ـ‬‫أن‬ ‫ـك‬‫ـ‬‫علي‬ ‫ـاء‬‫ـ‬‫ثن‬ ‫ـده‬‫ـ‬‫عب‬ ً ‫ـدا‬‫ـ‬‫حمم‬ ‫أن‬ ‫ـد‬‫ـ‬ ‫ش‬ �‫وأ‬ ،‫هل‬ ‫ـك‬‫ـ‬‫ي‬ ‫ش‬ � ‫ال‬ ‫ـده‬‫ـ‬‫وح‬ ‫هللا‬ ‫إال‬ ‫إهل‬ ‫هللا‬ ‫أرســه‬ .‫أرســه‬ ‫ي‬ ‫ب‬‫نــ‬ ‫ي‬ ‫خــر‬ .‫وخليــه‬ ‫وصفيــه‬ ‫ورســوهل‬ ‫رك‬ ‫ب‬ �‫و‬ ‫وســم‬ ‫صــل‬ ‫اللهــم‬ . ً ‫ا‬ ‫ي‬ �‫ونــذ‬ ً ‫ا‬ ‫ي‬ ‫بشــر‬ ِ‫ــه‬ ّ ِ‫لك‬ ‫العــامل‬ ‫إىل‬ ً ‫ـاما‬‫ـ‬‫وس‬ ً ‫ـاة‬‫ـ‬‫ص‬ ‫ـد‬‫ـ‬‫حمم‬ ‫ن‬ �‫ـيد‬‫ـ‬‫س‬ ‫آل‬ ‫ـى‬‫ـ‬‫وع‬ ‫ـد‬‫ـ‬‫حمم‬ ‫ن‬ �‫ـيد‬‫ـ‬‫س‬ ‫ـى‬‫ـ‬‫ع‬ ‫ـمون‬‫ـ‬‫املس‬ ‫ـا‬‫ـ‬ ‫ي‬ �‫أ‬ ‫ـم‬‫ـ‬‫وأوصي‬ . ‫ن‬ ‫ي‬ �‫ـد‬‫ـ‬‫ال‬ ‫ـوم‬‫ـ‬‫ي‬ ‫إىل‬ ‫ن‬ ‫ي‬ �‫ـ‬‫ـ‬‫متالزم‬ ‫ن‬ ‫ي‬ �‫ـ‬‫ـ‬ ‫ئ‬ �‫دا‬ .‫ـاىل‬‫ـ‬‫تع‬ ‫هللا‬ ‫ـوى‬‫ـ‬‫بتق‬ ‫ـة‬‫ـ‬‫املذنب‬ ‫ي‬ �‫ـ‬‫ـ‬‫ونف‬
  • 8. 8 Alḥamdulillāh thumma Alḥamdulillāh (Segala puji bagi hanyalah bagi Allāh). Segala puji bagi Allāh, kepujian yang layak bagi segala nikmat-Nya dan layak bagi tambahan kurniaan-Nya. Wahai Tuhan kami, segala puji hanyalah bagi-Mu, sepertimana yang layak bagi kemuliaan diri-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu. Maha suci Engkau, wahai Allāh, tak terhad pujian ke atas-Mu sepertimana yang Dikau puji diri-Mu sendiri dengannya. Daku naik saksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allāh, Esa-Nya tiada sekutu bagi-Nya. Daku naik saksi bahawa Muḥammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya, pilihan-Nya dan khalil-Nya. Bagindalah sebaik-baik nabi yang pernah diutuskan-Nya, Allāh mengutus baginda buat alam ini kesemuanya, sebagai pembawa berita baik dan pembawa peringatan. Wahai Allāh, selawat dan salam serta keberkatanlah buat sayyid kamiMuḥammad,sertakeluargasayyidkamiMuḥammad– selawat dan salam yang lazim berkekalan hinggalah ke Hari Kiamat. Daku berpesan kepada kalian, wahai Muslimīn, begitu juga diriku yang berdosa ini, agar bertaqwa kepada Allāh ta‘ālā. Seterusnya, wahai hamba-hamba Allāh: Allāh ‘azza wa jalla telah menetapkan di dalam Tibyān- Nya (al-Qur’ān) yang muḥkam (jelas), bahawa kedudukan agama-Nya ini di dalam keluarga kemanusiaan ialah kedudukan Pemerintah nan Pemimpin (bagi mereka). Kedudukan keluarga kemanusiaan ini di hadapan agama Allāh ‘azza wa jalla pula ialah mereka yang patuh (kepada
  • 9. 9 agama), kedudukan orang yang tunduk kepada kekuasaan dan perintah Allāh – mereka tidak berpaling daripadanya (agama ini), dan ia tidak mampu digantikan dengan selainnya. Renungilah bagaimana penjelasan Allāh di dalam Qur’ān-Nya – berfirman kepada kita, dengannya (al- Qur’ān itu) – bagaimana Dia memerintahkan kita dengan sesungguhnya agar kita meninggalkan hawa nafsu yang pelbagai itu, dan agar kita membebaskan diri kita daripadanya, serta agar kita masuk ke dalam agama Allāh ‘azza wa jalla, dalam keadaan tunduk kepada kekuasaan- Nya, melaksanakan segala perintah-Nya dalam keadaan patuh taat, dan agar kita tidak berpaling daripadanya (agama-Nya) atas apa sebab sekalipun. Renungkanlah himpunan kenyataan Allāh ‘azza wa jalla ini, yang difirmankan-Nya kepada kita, memberi peringatan akan hakikat yang kuingatkan diriku sendiri dan kalian juga tentangnya: ِ ّ ‫ب‬َ‫ر‬ ِ َّ ِ ‫ل‬ ِ ‫ات‬َ‫م‬َ‫م‬َ‫و‬ َ‫اي‬َ‫ي‬ ْ َ ‫م‬َ‫و‬ ِ ‫ك‬ ُ‫س‬ ُ ‫ن‬َ‫و‬ ِ ‫ت‬ َ ‫ل‬ َ ‫ص‬ َّ ‫ن‬ِ‫إ‬ ْ ‫ل‬ ُ ‫ق‬ ‫ا‬ َ ‫ن‬ َ ‫أ‬َ‫و‬ ُ ‫ت‬ْ‫ِر‬‫م‬ ُ ‫أ‬ َ ‫ِك‬‫ل‬ٰ َ ‫ذ‬ِ‫ب‬َ‫و‬ ۖ ُ َ ‫ل‬ َ ‫يك‬ِ َ ‫ش‬ َ ‫ل‬ ‫‏‬ ‎ ١٦٢ َ‫ني‬ِ‫م‬ َ ‫ال‬َ‫ع‬ ْ ‫ال‬ ‎ ١٦٣ َ‫ني‬ِ‫م‬ِ‫ل‬ ْ‫س‬ُ‫م‬ ْ ‫ال‬ ُ ‫ل‬َّ‫و‬ َ ‫أ‬ “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allāh Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. * Tiada sekutu bagi-Nya,
  • 10. 10 dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allāh dan mematuhi perintah-Nya).” (Al-An‘ām, 162-163). Allāh ‘azza wa jalla mengajarkan kita tentang janji sumpah setia ini (dengan-Nya), sepertimana yang kalian sendiri saksikan. Begitu juga, Dia berfirman: ٰ‫ى‬َ‫و‬َ‫ه‬ ْ ‫ال‬ ِ‫ع‬ِ‫ب‬ َّ ‫ت‬ َ ‫ت‬ َ ‫ل‬َ‫و‬ ِ ّ ‫ق‬َْ ‫ال‬ِ‫ب‬ ِ ‫اس‬َّ‫انل‬ َ ْ ‫ي‬َ‫ب‬ ‫م‬ ُ ‫ك‬ ْ ‫اح‬ َ ‫ف‬ ۚ ِ َّ ‫الل‬ ِ‫يل‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ن‬ َ ‫ع‬ َ ‫ك‬ َّ ‫ل‬ ِ ‫ض‬ُ‫ي‬ َ ‫ف‬ “… Maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum Sharī‘at) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allāh...” (Ṣad, 26) Dia menegaskan perintah ini dengan laras bahasa yang lain pula, firman-Nya: ْ‫ع‬ِ‫ب‬ َّ ‫ت‬ َ ‫ت‬ َ ‫ل‬َ‫و‬ ُ َّ ‫الل‬ َ ‫ل‬َ‫نز‬ َ ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ن‬ ْ ‫ي‬َ‫ب‬ ‫م‬ ُ ‫ك‬ ْ ‫اح‬ ِ‫ن‬ َ ‫أ‬َ‫و‬ ‫ا‬َ‫م‬ ِ ‫ض‬ ْ ‫ع‬َ‫ب‬ ‫ن‬ َ ‫ع‬ َ‫وك‬ُ‫ن‬ِ‫ت‬ ْ ‫ف‬َ‫ي‬ ‫ن‬ َ ‫أ‬ ْ‫م‬ ُ ‫ه‬ْ‫ر‬ َ ‫ذ‬ ْ ‫اح‬َ‫و‬ ْ‫م‬ ُ ‫ه‬َ‫اء‬َ‫و‬ ْ ‫ه‬ َ ‫أ‬ ۖ َ ‫ك‬ْ َ ‫ل‬ِ‫إ‬ ُ َّ ‫الل‬ َ ‫ل‬َ‫نز‬ َ ‫أ‬
  • 11. 11 “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antaramerekadenganapayangtelahditurunkan oleh Allāh dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga- jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allāh kepadamu…” (Al-Mā’idah, 49) Firman-Nya menegaskan juga perintah ini: َ ْ ‫ي‬َ‫ب‬ َ‫م‬ ُ ‫ك‬ ْ ‫ح‬َ ِ‫ل‬ ِ ّ ‫ق‬َْ ‫ال‬ِ‫ب‬ َ ‫اب‬َ‫ِت‬‫ك‬ ْ ‫ال‬ َ ‫ك‬ْ َ ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫ا‬َ ْ ‫ل‬َ‫نز‬ َ ‫أ‬ ‫ا‬ َّ ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫ِني‬‫ن‬ِ‫ائ‬ َ ‫خ‬ ْ ‫ِل‬ ّ ‫ل‬ ‫ن‬ ُ ‫ك‬ َ ‫ت‬ َ ‫ل‬َ‫و‬ ۚ ُ َّ ‫الل‬ َ‫اك‬َ‫ر‬ َ ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ ِ ‫اس‬َّ‫انل‬ ‫‏‬ ‎ ١٠٥ ‫ا‬ً‫يم‬ ِ ‫ص‬ َ ‫خ‬ “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muḥammad) Kitab (al-Qur’ān) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allāh telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (Al- Nisā’, 105) Firman-Nya: ‫‏‬ ‎ ١٥ ٌ‫ني‬ِ‫ب‬ُّ‫م‬ ٌ ‫اب‬َ‫ِت‬‫ك‬َ‫و‬ ٌ‫ور‬ ُ ‫ن‬ ِ َّ ‫الل‬ َ‫ِن‬ّ‫م‬ ‫م‬ ُ ‫ك‬َ‫اء‬َ‫ج‬ ْ ‫د‬ َ ‫ق‬ ِ‫م‬ َ ‫ل‬ َّ‫الس‬ َ ‫ل‬ُ‫ب‬ُ‫س‬ ُ‫ه‬ َ ‫ان‬َ‫و‬ ْ ‫ض‬ِ‫ر‬ َ‫ع‬َ‫ب‬ َّ ‫ات‬ ِ‫ن‬َ‫م‬ ُ َّ ‫الل‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫ِي‬‫د‬ْ‫ه‬َ‫ي‬
  • 12. 12 ِ‫ه‬ِ‫ن‬ ْ ‫ذ‬ِ‫إ‬ِ‫ب‬ ِ‫ور‬ُّ‫انل‬ َ ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ ‫ات‬َ‫م‬ ُ ‫ل‬ ُّ ‫الظ‬ َ‫ِن‬ّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ج‬ِ‫ر‬ ْ ‫خ‬ُ‫ي‬َ‫و‬ ‎ ١٦ ٍ‫يم‬ِ‫ق‬َ‫ت‬ ْ‫س‬ُّ‫م‬ ٍ ‫اط‬َ ِ ‫ص‬ ٰ َ ‫ل‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬‫ِي‬‫د‬ْ‫ه‬َ‫ي‬َ‫و‬ “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muḥammad) dari Allāh, dan sebuah Kitab (al-Qur’ān) yang jelas nyata keterangannya. * Dengan (al- Qur’ān) itu Allāh menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang- benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Mā’idah, 15-16) Adakah kalian menyaksikan, wahai hamba-hamba Allāh, kepada seluruh perintah ini, yang berhimpun pada topik yang sama: perintah al-Bārī (Allāh) ‘azza wa jalla kepada para hamba-Nya, agar mereka masuk ke dalam agama Allāh ‘azza wa jalla dalam keadaan taat, dan agar mereka melaksanakan hukum-hakam-Nya yang difirmankan-Nya kepada mereka, serta perintah-perintah yang telah dipesankan kepada mereka agar jangan mereka terpesong daripadanya. Adakah kalian memerhatikan, kepada ayat-ayat ini, bagaimana ia menegaskan perintah yang difirmankan Allāh ‘azza wa jalla kepada kita. Lalu lihatlah pula kepada (sirah) kehidupan generasi terawal
  • 13. 13 daripada Muslimīn, bagaimana mereka melaksanakan perintah rabbani ini dan meladeninya, bermula daripada zaman Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam. Kemudian renungkanlah pula pada zaman al-Khilāfah al-Rāshidah (Khulafā’ Rāshidīn: Abū Bakar, ‘Umar, ‘Uthmān, ‘Alī), dan renungkanlah juga sirah Muslimīn di atas jalan ini, yang tidak terpesong daripadanya, pada zaman-zaman selepas itu pula. Mereka patuh kepada perintah Allāh sepertimana yang diarahkan, mereka tidak mengubah dan menukar-nukarnya. Mereka beriltizam untuk melaksanakan Sharī‘at Allāh, dan hawa nafsu mereka tidak tergoyang untuk mencari gantinya (kepada Sharī‘at Allāh itu). Begitu juga, kehendak-kehendak mereka tidak menghasut mereka untuk memansuhkan Sharī‘at yang telah diperintahkan Allāh, menggantikannya dengan Sharī‘at yang difardukan oleh diri dan hawa nafsu mereka sendiri. Masa agak sempit, wahai hamba-hamba Allāh, untuk membahaskan contoh-contoh (sirah) yang memerikan hakikat ini. Akan tetapi, tetaplah menjadi kewajiban setiap muslim untuk mempelajari (sejarah) kehidupan Muslimīn pada zaman terawal, bahkan (sirah) generasi terawal Muslimīn – kerana itulah tanda ukuran yang kekal (sebagai rujukan) dalam perjalanan (menjalani hidup) di atas jalan Allāh subḥānahu wa ta‘ālā. Akan tetapi, apa yang telah berlaku selepas itu? Generasi tersebut telah digantikan dengan generasi yang
  • 14. 14 hidup pada zaman kita ini. Kita telah tilik dan renungkan perihal mereka – daku tidak maksudkan perihal orang- orang yang sesat daripada Islam, dan tidak pula berkenaan perihal orang-orang yang terpesong daripada jalan Allāh – akan tetapi, daku memerhatikan perihal mereka yang dinamakan pada hari ini sebagai “Islāmiyyīn” (Islamis) – ia merupakan gelaran yang tak pernah dikenali dalam sejarah Islam – Islamis ini. Daku teliti perihal mereka, dan mendapati bahawa mereka menjadikan Islam sebagai tangga yang dihinakan dan direndah-rendahkan, agar sampai kepada cita-cita, kemahuan dan (tujuan) politik mereka. Satu ketika dahulu, mereka mengatakan, “Politik ini tiada agamanya.” Maksudnya: Politik yang tidak terikat dengan sebarang prinsip, secara hakikinya, tidaklah ada agamanya. Kita melihat, generasi terkemudian yang muncul selepas generasi terawal Islamis, seakan-akan bercerita tentang perihal diri mereka sendiri; mereka menjadikan Sharī‘at dan hukum-hakam Allāh sebagai khadam, bahkan boleh jadi lebih hina daripada khadam, agar menyampaikan mereka kepada tujuan-tujuan politik mereka yang pelbagai. Betapa banyaklah tindakan-tindakan yang kita telah dengar daripada mereka itu, yang menyatakan bahawa hukum sesuatu perkara itu wajib – daku tidak ingin menamakan mereka – lalu kita melihat pula tindakan
  • 15. 15 mereka pada hari ini, mereka mengumumkan bahawa perkara (yang awal) itu sudah menjadi haram. Kelmarinnya wajib, dan hari ini menjadi haram. Bukanlah wahyu yang turun kelmarinnya, dan bukan pula wahyu yang turun pada hari ini, akan tetapi (tindakan) politiklah yang berubah. Cara yang menyampaikan kepada tujuan (politik) telah berubah. Betapa banyaklah telah kita mendengar biografi tokoh- tokoh tertentu – daku tidak ingin menamakan mereka – yang dahulunya diperikan Islamis dengan sifat-sifat yang terbaik – orang-orang Islam yang teguh beragama, jujur kepada Allāh, jujur kepada umat – lalu kita melihat mereka pada hari ini, mereka menilainya (tokoh-tokoh tersebut) sebagai kafir, dan menyatakan bahawa mereka (tokoh-tokoh itu) telah terkeluar secara total daripada jalan Allāh subḥānahu wa ta‘ālā. Bukanlah wahyu yang turun kelmarinnya memerikan sifat-sifat tokoh-tokoh tersebut kelmarin, dan bukanlah pula wahyu yang turun pada hari ini yang bertentangan dengan pemerian dan penyifatan mereka (tokoh-tokoh itu). Akan tetapi, politiklah yang menuntut, agar pujian diberikan kepada mereka kelmarin harinya, dan takfīr (pengkafiran) mereka pada hari ini pula. Betapa banyaklah telah kita perhatikan dan melihat, kita mendapati imej semangat membara yang terhidu daripadanya wangi semerbak keikhlasan terhadap agama Allāh, melawan musuh ini – Isrā’īl – yang telah merampas tanah, merampas hak dan rumah, yang telah
  • 16. 16 menghalau orang ramai (Muslimīn) daripada rumah mereka dan tanah air mereka. Kita telah mendengar mereka menyeru untuk memerangi musuh yang telah merampas ini, kita telah menyaksikan bagaimana mereka tak hentinya merayu kepada umat Islam, agar bersama di dalam saf yang satu, demi memerangi musuh yang telah merampas ini. Sementara pada hari ini, kita menyaksikan bagaimana mereka mengumumkan akujanji – yang tersembunyi mahupun yang nyata – dengan musuh yang telah merampas ini. Kita telah memasang telinga menanti untuk mendengar daripada mereka sendiri berkenaan isu yang telah kita sebutkan tadi – pendirian mereka beberapa tahun sebelumnya – hanyasanya yang kita dengar daripada mereka cumalah kontradiksi belaka. Adakah perlu kutambahkan lagi, wahai saudara, akan contoh-contoh bagaimana (mereka) mempermainkan Sharī‘at dan hukum-hakam Allāh, apabila Islam dijadikan tangga kepada politik, dan cara untuk mencapai tujuan politik?! Betapa banyak sudahlah hukum-hakam yang disokong oleh islamis ini, yang mana fuqahā’ Islam bersepakat akan haramnya tindak-tanduk tersebut, dan batilnyaakujanjiitu.Sementarapadahariini,kitamemasang telinga kepada pendirian mereka terhadap fatwa-fatwa pengharaman, kebatilan dan larangan yang pernah mereka sokong fuqahā’ Sharī‘at Islam dahulunya; pada hari ini, merekalah yang berfatwa menghalalkannya, dan berfatwa bahawa ia sahih serta harus pula.
  • 17. 17 Lalu kita tertanya-tanya; adakah ada dalil yang tersembunyi daripada kalian kelmarinnya, lalu kalian tahu pula pada hari ini, lalu kalian menukar hukumnya? Tidak. Hukum itu itulah juga (kekal), dalilnya itu itulah juga (kekal), akan tetapi Maṣlahat Siyāsiyyah (kepentingan politik)lah yang berubah. Kepentingan politiklah yang menuntut agar patuh kepada apa yang dikatakan para fuqahā’ tentang hukum perkara-perkara itu – yang tidak ingin daku sebutkan. Sementara kepentingan politik pada hari ini menuntut perkara sebaliknya (tidak patuh kepada fuqahā’). Adakah kalian melihat betapa jauhnya beza dengan generasi terawal yang patuh dengan ikhlas sekali terhadap perintah-perintah Allāh dan Sharī‘at-Nya; mereka meletakkan hawa nafsu mereka di bawah kaki mereka dalam usaha mereka melaksanakan perintah Allāh, dan dalam usaha mereka menuju Allāh – di mana muka-muka mereka telah memutih bersinar (dan masuk syurga) kerana melaksanakan perintah-perintah-Nya. Lalu adakah kalian melihatakanperbezaantindakangenerasi(terawal)tersebut, dengan kesudahan Islam pada tangan kebanyakan – tidak daku katakan semua – mereka yang bernama Islamis itu, pada hari ini? Kalian lihatlah, bagaimana ia (Islam) menjadi tangga yang hina, yang dipijak selangkah demi selangkah, agar tercapainya impian politik. Wahai hamba-hamba Allāh, daku menyokong mereka yang menegah daripada Islām Siyāsī (Islam Politik).
  • 18. 18 Akan tetapi, hendaklah kalian ketahui, apakah yang kita maksudkan dengan Islam Politik itu? Daku maksudkan dengannya, ialah mereka yang menukar Islam menjadi wasilah, menjadi khadam, menjadi tangga, yang digunakan untuk sampai kepada impian politik yang pelbagai dan berbeza pula. Inilah yang daku maksudkan daripada Islam Politik yang daku tegah daripadanya. Adapun Islam, pada hakikatnya, ia memerintahkan dan juga melarang. Islam memerintahkan politik yang baik sentosa, yang manusiawi, yang telah Allāh jelaskan kepada kita di dalam al-Qur’ānnya yang jelas, dan telah disyarahkan oleh Rasūlullāh buat kita di dalam hadis- hadisnya yang sahih. Benar. Akan tetapi, tidak wajarlah untuk kita merendahkan Islam daripada ketinggiannya, agar kita menjadikannya sebagai khadam kepada impian kita, khadam kepada tujuan kita, dan impian politik kita. Daku pernah sekali berkata kepada salah seorang pemimpin (Islamis) itu, akan kata-kata yang daku katakan kepada kalian ini, lalu dia tidak menerimanya, kerana pelaksanaan Sharī‘at Islam tidak boleh terlaksana sempurna melainkan selepas memegang tampuk pemerintahan, lalu apabila kita telah sampai kepada pemerintahan, maka mampulah kita ketika itu dengan semudahnya untuk mempraktikkan (taṭbīq) Islam. Tidakkah kalian melihat kepada perangkap ini, yang lebih merbahaya daripada falasi yang daku telah ceritakan
  • 19. 19 kepada kalian – saudara-saudara itu menyangka bahawa Islam dan pelaksanaannya itu umpama aliran-aliran politik apabila ahli politik berusaha untuk melaksanakannya. Ada orang yang mempercayai Sosialisme, dan melaksanakannya apabila mereka menjadi pemerintah. Orang-orang Liberal melaksanakan agenda liberal mereka apabila mereka menjadi pemerintah, tanpa memerhatikan kepada siapa yang meyakininya ataupun tidak meyakininya. Adakah Islam begitu juga? Daku kata: Wahai dikau, Islam ini adalah kepercayaan yang masuk ke dalam akal melalui ilmu, lalu ia (Islam) itu ialah cinta yang berjalan ke dalam hati, kerana mengagungkan batas-batas Allāh, cinta kepadaNya, takut dan gerun kepada-Nya – lalu ketika itulah (apabila Islam sampai ke akal dan hati), barulah Islam akan dipraktikkan secara nescaya. Cara kepada demikian itu ialah dengan dikau masuk ke dalam dakwah kepada Allāh ‘azza wa jalla, di tengah orang ramai di atas muka bumi ini, dan tidak wajarlah untuk dikau berbicara dengan mereka di atas kerusi pemerintah. Islam memerintahkanmu untuk memiliki keinginan memahamkan para pemimpin dan raja, bukannya untuk dikau memiliki kerusi mereka. Kelmarinnya – beberapa tahun sebelum ini – ada sebuah kumpulan besar yang akhirnya memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara yang bersempadan dengan selatan Syria – daku tidak menamakannya – lalu berkekalanlah pula kumpulan Islam ini menjadi pemimpin, sekitar dua tahun lebih.
  • 20. 20 Apakah yang mereka telah lakukan? Tak termampukan olehnya untuk mempraktikkan Islam melainkan pada beberapa perkara yang terlalu kecil, dan situasinya tetap saja sama seperti sebelumnya. Mereka mencuba, namun merekatidakmenemukantelingayangsanggupmendengar (dakwahnya). Kenapa? Kerana, Islamis itu, menyibukkan diri mereka dan menghabiskan waktu mereka untuk berusaha mendapatkan tampuk pemerintahan, mereka tidak mempedulikan urusan dakwah kepada Allāh, dan tidak berdialog dengan hamba-hamba Allāh. Mereka tidak mencuba untuk memasukkan kecintaan kepada Allāh di dalam hati (orang ramai). Mereka mendapat tampuk pemerintahan, sementara orang ramai tetap saja seperti dahulunya; lalu bagaimanakah mereka akan mampu mencapai apa yang diinginkan mereka (mempraktikkan Islam itu)? Inilah hakikatnya, yang hari ini daku ungkapkan, agar ia sampai kepada telinga mereka yang menikmati rasa ikhlas demi agama Allāh ‘azza wa jalla, agar mereka menjadi warak. Wahai manusia sekeliannya, tidakkah kalian merenungkan ‘ibrah pengajaran yang wajar diambil daripada apa yang telah kukisahkan kepada kalian, daripada ayat-ayat ini, yang telah menjelaskan kepada kita, metod yang perlu diikuti para hamba Allāh dalam dakwah kepada agama Allāh, dan agar mampu melaksanakan perintah-perintah-Nya? Inilah ia, fitnah begitu gelap, yang sentiasa bergerak tanpa hentinya,
  • 21. 21 membakar tanpa padamnya, di negara Islam yang besar ini (Syria), yang kita sentiasa berbangga dengannya. Apa yang sudah jadi? Yang jadi ialah, Islamis terpesong jalan dalam mempraktikkan (taṭbīq) Islam, dan terpesong jalan dalam usaha melaksanakan Sharī‘at Allāh ‘azza wa jalla. Sedangkan, Sharī‘at Allāh ini bukanlah aliran liberalisme, yang dipraktikkan melalui cara politik – sama ada manusia mahu ataupun tidak. Sharī‘at Allāh ialah dakwah kepada Allāh ‘azza wa jalla: ‫ا‬ً ِ ‫ال‬ َ ‫ص‬ َ ‫ل‬ِ‫م‬ َ ‫ع‬َ‫و‬ ِ َّ ‫الل‬ َ ‫ل‬ِ‫إ‬ َ ‫ع‬ َ ‫د‬ ‫ن‬َّ‫ِم‬ّ‫م‬ ً ‫ل‬ْ‫و‬ َ ‫ق‬ ُ‫ن‬ َ‫س‬ ْ ‫ح‬ َ ‫أ‬ ْ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬ ‎ ٣٣ َ‫ني‬ِ‫م‬ِ‫ل‬ ْ‫س‬ُ‫م‬ ْ ‫ال‬ َ‫ِن‬‫م‬ ِ ‫ن‬ َّ ‫ن‬ِ‫إ‬ َ ‫ال‬ َ ‫ق‬َ‫و‬ “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengEsakan dan mematuhi perintah) Allāh, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allāh)!” (Fuṣṣilat, 33) Inilah jalan yang sewajarnya kita tempa. Dan waktu belumlah terlambat. Moga-moga saudara-saudara itu kembali kepada kewarasan mereka. Moga-moga mereka turun daripada menara-menara (politik) yang mereka impikan untuk sampai kepadanya. Moga-moga mereka menoleh ke kiri ke kanan, lalu mereka menyedari bahawa (pemerintahan) itu bukanlah apa yang diperintahkan
  • 22. 22 Allāh untuk mereka menggapainya dan sampai kepadanya, maka merekapun turun kepada umat, kepada memahamkan manusia (akan dakwah). Orang ramai itu fitrahnya tetaplah jaga dan bersiap sedia, mereka tidak perlukan apapun melainkan kepada teman berdiskusi dan mengingatkan, siapapun orangnya. Manakah mereka yang duduk bersama orang-orang yang sesat, berdiskusi dengan mereka dan menyeru mereka agar kembali ke dalam lindungan Allāh? Manakah mereka yang menjejak orang- orang fasik, duduk bersama mereka dan berdialog dengan mereka dengan mantik kasih, dan mantik al-ghīrah (tidak inginkan saudaranya sesat), sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat Rasūlullāh, para tābi‘īn, dan mereka (pendakwah) yang sanggup berhijrah ke tempat-tempat terpencil di Eropah (untuk dakwah)? Manakah mereka, yang bergerak (demi dakwah), mempraktikkan metode yang diperintahkan Allāh ‘azza wa jalla? Inilah kata- kataku, daku memohon keampunan Allāh yang Maha Agung. *** Wahai saudara-saudara sekelian.. Kata-kata yang terbit daripada hati yang sedang terbakar, daku tujukan kepada saudara seagama kita, atau semanusia kita; dengan harapan, agar cebisan kata-kataku ini sampai kepada mereka, dan agar ia menembusi telinga mereka hingga ke hati mereka. Wahai kalian (Islamis),
  • 23. 23 semaklah semula iman kalian kepada Allāh ‘azza wa jalla, sekiranya ia masih berbaki di dalam hati kalian. Semaklah semula denyutan kemanusiaan kalian, sekiranya ia masih wujud lagi di dalam diri kalian. Janganlah kalian mempergunakan kesengsaraan para hamba Allāh ‘azza wa jalla di dalam tempoh yang merbahaya ini yang kita sedang alami sekarang ini, agar kalian mengisi poket kalian dengan (memanfaatkan) kesengsaraan mereka. Janganlah kalian mempergunakan kelaparan para hamba Allāh ‘azza wa jalla, yang mencari sesuap makanan buat mereka dan anak-anaknya, dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada bala bencana ini, dan (menyelamatkan diri) daripada kematian. Janganlah kalian jadikan situasi mereka ini, sebagai peluang untuk menambah duit di poket kalian. Pelik sekali, hina sekali, dan rendah sekali – orang yang ingin membolot segala makanan dan roti yang ada di ketuhar (rumah dan kedai roti), lalu menjualnya pula, dengan menggadaikan siapa? Menggadaikan kelaparan orang-orang (awam) ini yang berharap mereka akan pulang ke rumah-rumah mereka dengan sedikit makanan. Akan tetapi, mereka pulang dengan tangan kosong, kerana orang-orang itu (yang merampas makanan). Wahai saudara, amat menghairankanlah situasi kalian ini. Sekiranya terhapus rasa keagamaan di dalam diri kalian, adakah rasa kemanusiaan turut terhapus sama? Sekiranya situasi mendesak kalian, kalian menggadaikan kelaparan
  • 24. 24 orang ramai, kemiskinan mereka, kesengsaraan mereka apabila sesuap makanan dirampas daripada mulut mereka. Sesungguhnya kalianlah yang sedang menuju ke arah api (kemusnahan) dan segala asbabnya. Apa lagi yang daku boleh katakan? Kalian semua tahu, wahai saudara-saudara, apa yang telah dilakukan mereka itu. Mereka memindahkan benda-benda yang ada ini, yang negara ini sukar untuk mendapatkannya dengan segala kemampuannya, untuk diagihkan kepada orang ramai – sedangkan sekumpulan manusia ini ingin menjadikannya jualan di pasaran gelap. Begitukah kemanusiaan, wahai manusia?! Daku katakan kepada kalian, bahawa kedua mataku ini, tidak percaya bahawa yang melakukan kesemua ini adalah manusia yang berjalan di atas muka bumi! Daku tidak ingin membandingkan antara Muslimīn yang menyangka bahawa mereka beriman dengan Allāh, dengan orang yang tidak mengetahui sekelumitpun tentang agama, yang tidak tahu apa Islam apa agama Ahli Kitab – akan tetapi rasa manusiawi mereka yang masih celik jaga yang menjadi penilai buat mereka bahkan ke atas mereka. Daku tidak ingin membandingkan – wahai saudara – pada setiap hari daku mendengar isu-isu seperti ini yang melukakan hati. Dan daku tertanya-tanya, adakah mereka redha sekiranya sanggup melahap makanan yang diambil mereka daripada mulut orang-orang lapar! Demi Allāh yang tiada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya racun yang paling
  • 25. 25 membunuh sekalipun lebih kecil mudaratnya berbanding daripada makanan sebegitu. Sesungguhnya, hendaklah mereka mengetahui, bahawa kewajiban kita berkenaan isu ini ialah, kita mengorbankan isi poket kita untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan, dan bukan pula mengorbankan sesuap makanan yang menghampiri mulut mereka (yang miskin) agar kita memakannya pula, ganti kepada mereka (yang kelaparan). *** Alḥamdulillāh, segala puji bagi Allāh, dahulu, kini dan selamanya, atas penyempurnaan terjemahan bagi khutbah Shaykh Muḥammad Ramaḍān al-Būṭī, yang dijudulkan sebagai “Ketika Islam berubah menjadi alat Politik,” pada Isyak 17 Syawal 1441H, bersamaan Selasa 9.6.2020M, di Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah, di tangan empunya segala dosa dan kesilapan Syafiq atTauhidi. Semoga Allāh yang baik menerimanya dan mengumumkan manfaatnya kepada seluruh umat.