SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Download to read offline
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu



                  Industri Budaya: Pembangunan
                      Industri Budaya Melayu

                                        Wan Abdul Kadir

                                            ABSTRAK

            Pembangunan industri budaya terutama dalam proses globalisasi budaya
            telah mambawa kesan menyeluruh kepada masyarakat di negara ini. Bahan-
            bahan budaya Melayu turut tersebar luas dan popular berikutan dengan
            pembangunan industri budaya itu. Penawaran bahan-bahan budaya secara
            komersial itu telah membina fenomenon budaya popular yang kian
            berkembang pesat kini. Perkembangan ini telah memberikan pulangan
            ekonomi yang baik dan menjadikan budaya itu amat dinamik.
            Kata kunci: Perubahan budaya, industri budaya, budaya popular, globalisasi
            budaya, dan perubahan sosial.

            Bidang pengajian tentang industri budaya kini didapati semakin penting
            berikutan dengan pesatnya perkembangan penawaran bahan-bahan
            budaya yang tersebar luas di peringkat global. Negara-negara maju
            memainkan peranan penting dalam menawarkan bahan-bahan budaya
            itu ke peringkat global. Malahan sumbangannya itu adalah berkaitan
            dengan permintaan yang semakin meningkat kini.
                  Pengajian tentang industri budaya ini meliputi usaha menjadikan
            unsur-unsur budaya sebagai bahan dagangan yang diberikan nilai-nilai
            ekonomi. Dengan itu usaha meningkatkan pencapaian ekonomi melibatkan
            aspek budaya dan seterusnya turut menyatakan masyarakat yang terlibat
            dalam pembangunan industri itu. Dalam bidang ini turut melibatkan
            pengurusan dan perancangan budaya, terutama di peringkat nasional.
                  Apabila bahan-bahan budaya itu diberikan nilai-nilai ekonomi, maka
            itu bermakna melibatkan proses ekonomi sebagaimana kegiatan industri
            yang lain. Oleh itu latar belakang tentang ilmu yang berkaitan itu turut
            penting untuk menjadi rujukan dalam pengajian industri budaya ini.


            Konsep Budaya

            Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup
            anggota-anggota masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek

                                                87



Bab 3.pmd                     87                                  10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


            kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi, pemikiran, nilai, world-view
            dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material dan budaya
            bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya
            itu dengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu
            menyatakan secara simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala
            perlakuan dan penghasilan budaya itu dapat difahami oleh masyarakat
            yang mendokong budaya itu.
                   Kerapkali pula untuk memahami aspek budaya dan bukan budaya
            itu selalu menimbulkan kekeliruan. Misalnya, penawaran barangan, seperti
            makanan di pasaran turut membawa bersamanya aspek budaya. Dalam
            usaha untuk memahami aspek budaya itu perlulah terlebih dahulu
            memahami budaya bagi sesuatu masyarakat atau jenis bahan itu di
            pasaran. Bahan itu sebagai bahan makanan misalnya turut menyatakan
            aspek budayanya, iaitu tentang makna dan pernyataan nilai sosial bagi
            sesuatu masyarakat itu.
                   Budaya itu merupakan pernyataan jiwa, emosi, pemikiran dan nilai-
            nilai sosial bagi sesuatu masyarakat itu. Oleh itu, budaya itu boleh juga
            difahami sebagai budaya ekspresif. Di samping itu unsur-unsur budaya
            itu juga membawa pengertian dan makna kepada masyarakat yang
            menghasilkannya. Oleh itu, budaya itu juga boleh diteliti sebagai budaya
            simbolik. Walau bagaimanapun budaya itu dinamik, iaitu berubah
            menyesuaikan dengan keperluan masyarakat semasa. Unsur-unsur
            budaya masa lalu itu merupakan tradisi yang diwarisi dari zaman-
            berzaman. Dengan berlakunya proses modenisasi dan urbanisasi itu, maka
            budaya juga turut menyesuaikan dengan perubahan itu.
                   Budaya itu merupakan pernyataan yang diterima dan diberikan
            pengesahan oleh masyarakat. Sesuatu yang tidak dapat diterima dan
            diberikan pengesahan oleh anggota-anggota masyarakat maka itu tidak
            dapat dianggap budaya. Misalnya, perlakuan devian atau bercanggah
            dengan nilai-nilai sosial tidak dapat dianggap sebagai unsur budaya. Dalam
            keadaan ini maka terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat
            dengan satu masyarakat yang lain. Agama dan kepercayaan, tradisi dan
            persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
            pembinaan budaya bagi sesuatu masyarakat itu.


            Konsep Industri

            Industri boleh difahami sebagai kegiatan ekonomi yang dilakukan, dalam
            proses ekonomi itu, dengan matlamat pengeluaran, baik kebendaan

                                                88



Bab 3.pmd                      88                                  10/6/2009, 3:06 PM
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


            mahupun perkhidmatan untuk dipasarkan. Kegiatan dalam sesuatu industri
            itu dapat dikatakan sebagai pengeluaran dan penawaran bahan atau
            komoditi untuk pasaran, yang juga merupakan kegiatan komersial. Oleh
            itu, dalam industri itu melibatkan proses pengeluaran, panawaran atau
            pasaran yang bertujuan untuk mencapai matlamat penambahan nilai-
            nilai ekonomi.
                   Dalam industri itu adakala dilakukan pengeluaran secara besar-
            besaran, yang melibatkan pengurusan, teknologi dan sistem pasaran yang
            kompleks. Kedudukan sesuatu industri itu boleh juga dinilai kepada
            penawaran bahan-bahan pengeluaran itu, misalnya tersebar luas ke
            peringkat global. Dalam pengeluaran secara besar-besaran itu melibatkan
            modal yang besar, tenaga kerja yang ramai, teknologi moden, pasaran
            dan promosi yang meluas hingga ke peringkat global dan pengiktirafan
            mutu yang tinggi.
                   Terdapat juga industri yang dilakukan secara kecil-kecilan, iaitu
            melibatkan rangkaian proses ekonomi yang sederhana, penyebaran dan
            pasaran yang terbatas, teknologi yang sederhana dan modal yang kecil.
            Industri kecilan dan sederhana ini turut diberikan penggalakan dan
            pertolongan daripada kerajaan. Industri peringkat ini juga dikenali sebagai
            kotej industri, yang mungkin dilakukan di belakang rumah.
                   Perkembangan industri merupakan fenomenon moden yang
            berkembang pesat berikutan dengan perkembangan ekonomi kapitalis.
            Kegiatan ini mulai tersebar luas apabila berlaku revolusi industri di Eropah,
            kemudian pemerintah kolonial membawanya pula ke kawasan-kawasan
            baru di tanah jajahan mereka. Perkembangan industri itu telah memainkan
            peranan penting dalam menggerakkan ekonomi. Kini dengan
            perkembangan ekonomi global, peranan industri itu didapati semakin
            penting dan mendapat kedudukan yang semakin baik. Perkembangan
            ekonomi moden sangat bergantung kepada pembangunan industri itu.


            Industri Budaya

            Pengertian industri budaya hendaklah dibezakan daripada pengertian
            budaya industri. Kegiatan ekonomi yang menjadikan unsur-unsur budaya
            itu sebagai bahan komersial atau dikatakan komoditi budaya adalah
            bersesuain dengan keperluan masyarakat moden dan bandaran yang
            pesat mengalami perubahan.
                  Perkembangan industri budaya di negara ini boleh dikesan bermula
            sejak kedatangan kolonial di negara ini. Penawaran bahan-bahan budaya

                                                 89



Bab 3.pmd                      89                                  10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


            yang dihasilkan daripada industri budaya itu adalah selaras dengan
            permintaan orang ramai, terutama penduduk bandar yang mengalami
            perubahan yang pesat. Penawaran bahan-bahan budaya itu umumnya
            adalah untuk memenuhi atau mengisi keperluan yang lebih tinggi
            sebagaimana yang dialami penduduk bandar. Jadi, proses modenisasi
            dan urbanisasi memainkan peranan penting dalam pembangunan industri
            budaya itu. Misalnya, keperluan bahan-bahan budaya keluaran industri
            itu adalah untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi.
                  Perkembangan industri budaya itu adalah berasaskan atau berkaitan
            dengan perkembangan ekonomi kapitalis. Ekonomi kapitalis itu yang
            mementingkan nilai-nilai tambahan atau keuntungan, mengeksploit
            keinginan manusia yang lebih tinggi. Kegiatan ekonomi yang berupa
            intensif modal dan tenaga serta teknologi mampu menghasilkan produk
            secara besar-besaran dan dengan ini dapat menyebarkan bahan-bahan
            budaya itu secara meluas, bagi mendapatkan pengguna yang ramai.


            Masyarakat dan Budaya Melayu Moden

            Perubahan masyarakat dan budaya memainkan peranan penting dalam
            menggalakkan pertumbuhan industri budaya. Masyarakat Melayu
            tradisional amat kuat terikat kepada tradisi, iaitu tradisi budaya itu
            dipertahankan sebagai budaya warisan yang dipeturunkan dari satu
            generasi kepada satu generasi. Dalam suasana itu, masyarakat berusaha
            mempertahankan tradisi dan tidak dapat menerima perubahan yang
            berlaku secara mendadak.
                  Apabila pemerintah kolonial British membawa berbagai perubahan
            di negara ini, maka orang Melayu juga turut menerima kesan perubahan
            itu. Pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah colonial di bandar-
            bandar kolonial, maka itu turut membawa perubahan budaya. Proses
            modenisasi dan urbanisasi turut dilalui orang Melayu, khususnya mereka
            yang tinggal di bandar-bandar kolonial itu. Dengan itu juga bermakna
            masyarakat dan budaya Melayu turut mengalami proses urbanisasi dan
            modenisasi. Tetapi kampung Melayu tetap mempertahankan tradisi
            warisan.
                  Di bandar-bandar kolonial itu mulai terdapat penawaran bahan-
            bahan budaya dikeluarkan oleh industri budaya. Bahan-bahan budaya
            yang ditawarkan itu dengan jelas menerangkan nilai-nilai kemodenan
            dan perbandaran. Masyarakat bandaran mulai menyatakan keperluan
            bahan-bahan budaya moden yang berbeza daripada budaya tradisional

                                              90



Bab 3.pmd                     90                               10/6/2009, 3:06 PM
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


            yang masih dipertahankan di peringkat kampung. Namun bahan-bahan
            budaya yang didatangkan dari barat didapati mendapat minat dan perhatian
            ramai. Penawaran bahan-bahan budaya barat atau kolonial itu dianggap
            moden dan maju, tidak sebagaimana budaya Melayu yang dianggap tradisi
            yang tidak menyatakan kemajuan.
                  Perkembangan budaya bandaran dan budaya moden itu telah
            memainkan peranan penting dalam mendorongkan perkembangan industri
            budaya. Dengan ini juga menyatakan bahawa keluaran industri budaya
            itu menawarkan bahan-bahan budaya yang bersesuaian dengan perubahan
            nilai masyarakat bandaran dan moden itu. Walau bagaimanapun terdapat
            usaha menawarkan bahan-bahan budaya Melayu yang disesuaikan
            dengan keperluan industri budaya yang sedang pesat berkembang itu.
            Misalnya muzik dan filem Melayu turut dihasilkan berlandaskan
            perkembangan industri budaya moden itu.


            Struktur Industri Budaya

            Penghasilan dan penawaran bahan-bahan budaya dari industri budaya
            itu adalah berasaskan kepada proses ekonomi sebagaimana industri atau
            kegiatan komersial bahan-bahan pengguna yang lain.
                  Pengusaha industri budaya mempunyai kepentingan ekonomi, iaitu
            menanam modal dengan harapan untuk mendapat keuntungan. Pengusaha
            dengan kerjasama berbagai pihak, seperti artis, orang yang berkebolehan
            dalam lapangan tertentu berusaha menghasilkan sesuatu untuk ditawarkan
            kepada orang ramai. Orang ramai sebagai pengguna keluaran industri
            itu mempunyai cita rasa budaya yang berasaskan keperluan kemodenan,
            terutama sebagaimana yang dipupuk melalui media massa. Pihak
            pengusaha menggunakan berbagai kaedah dalam penawaran bahan-
            bahan budaya itu untuk menarik minat ramai sebagai pengguna. Berbagai
            usaha dapat dilakukan, misalnya dengan iklan, promosi, publisiti dan
            seumpamanya untuk memberi maklumat kepada pengguna tentang bahan-
            bahan budaya yang dikeluarkan itu.
                  Industri budaya itu juga melibatkan kepakaran dalam pengurusan
            budaya, pengurusan industri, keahlian atau kepakaran dalam bidang-
            bidang tertentu, kebolehan dalam pemasaran dan kemampuan kreativiti.
            Bahan-bahan budaya yang ditawarkan itu juga perlu menentukan mutu
            yang sebaiknya untuk menarik para pengguna. Pembaharuan dan
            perubahan perlu dilakukan dari masa ke masa agar selaras dengan
            perubahan cita rasa budaya para pengguna. Penawaran bahan-bahan

                                               91



Bab 3.pmd                     91                                 10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


            budaya itu juga berhadapan dengan persaingan di pasaran. Dengan ini
            pihak pengusaha perlu menyesuaikan dengan perubahan itu yang berlaku
            di pasaran itu.


            Unsur-unsur Budaya Tradisi

            Penghasilan unsur-unsur budaya tradisional adalah berasaskan kepada
            keperluan mereka yang terlibat atau sedikit untuk pasaran apabila terdapat
            lebihan. Pengusaha, tukang, artis dan mereka yang ahli dalam bidang
            tertentu menghasilkan unsur-unsur budaya secara manual berasaskan
            kemampuan tenaga keluarga, Mereka tidak memberikan perhatian secara
            serius untuk menawarkan unsur-unsur budaya itu bagi tujuan komersial.
                  Unsur-unsur budaya tradisional itu mempertahankan tradisi. Mereka
            yang terlibat tidak mampu untuk mengubahnya, kerana itu akan dipandang
            rendah oleh masyarakat. Misalnya dalam bidang kegiatan seni dan mainan,
            mereka yang terlibat mengutamakan nilai-nilai sosial, peranan dan
            kepentingan sosial, bukannya untuk menawarkan secara komersial.
            Walaupun terdapat usaha kreatif dalam penghasilan itu, tetapi perlu
            berasaskan kepada struktur tradisi sebagaimana yang telah ditetapkan
            dalam budaya tradisi itu.
                  Penawaran unsur-unsur budaya tradisional dilakukan secara
            sederhana di semua peringkat penghasilannya. Mereka yang terlibat dalam
            kegiatan budaya itu selalunya secara sambilan. Mereka bergantung hidup
            kepada kegiatan ekonomi tani yang dilakukan secara sederhana. Mereka
            yang terlibat dalam kegiatan seni dan mainan sebagai contoh, adalah
            berasaskan kepada kepentingan minat, pengisian jiwa dan merupakan
            keperluan yang lebih tinggi.


            Perancangan Industri Budaya

            Di peringkat kebangsaan atau nasional, pembangunan industri budaya
            itu perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi menjaga
            keharmonian dan kestabilan sosial di peringkat yang luas. Kepentingan
            kepada perancangan budaya di peringkat kebangsaan turut melibatkan
            perancangan dalam industri budaya. Kepentingan dalam perancangan
            industri budaya ini melibatkan berbagai-bagai aspek yang memerlukan
            strategi sewajarnya.



                                               92



Bab 3.pmd                     92                                 10/6/2009, 3:06 PM
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


                  Penawaran bahan-bahan budaya boleh mempengaruhi kestabilan
            politik. Terdapat bahan-bahan budaya yang mempunyai nilai-nilai politik
            yang bertentangan dengan dasar politik negara yang boleh mempengaruhi
            ramai atau para pengguna. Pengaruh ideologi yang bercanggah dengan
            dasar politik negara boleh membawa keadaan politik yang tidak stabil.
            Oleh itu, pengawasan dan pengawalan terhadap bahan-bahan budaya
            itu perlu dilakukan sepanjang masa bagi menjaga kestabilan politik negara.
                  Perancangan perkembangan industri budaya itu sangat perlu
            diberikan perhatian atas kepentingan pembangunan ekonomi. Industri
            budaya sebagai kegiatan ekonomi dapat memberikan sumbangan ekonomi
            yang penting kepada negara di samping memberikan peluang-peluang
            pekerjaan kepada ramai orang. Usaha menggalakkan perkembangan
            industri budaya itu diberikan tumpuan oleh kerajaan dan pihak-pihak yang
            terlibat dengan pembangunan ekonomi. Pembangunan industri budaya
            tempatan perlu ditingkatkan bagi mengimbangi penawaran bahan-bahan
            budaya yang dibawa dari luar negara.
                  Penawaran bahan-bahan budaya hasil pengeluaran industri budaya
            perlu diawasi dan dikawal memandangkan bahan-bahan itu boleh
            membawa kesan-kesan keburukan sosial. Terdapat bahan-bahan budaya
            yang didatangkan dari negara-negara asing yang tidak sesuai dengan
            hasrat pembangunan sosial di negara ini. Penawaran bahan-bahan budaya,
            terutama budaya popular dari negara-negara maju sangat berpengaruh
            di kalangan muda-mudi negara ini.
                  Di kalangan orang-orang Melayu, terdapat pula bahan-bahan
            budaya yang ditawarkan atas kepentingan ekonomi kurang memberikan
            perhatian terhadap nilai-nilai Islam. Misalnya, terdapat bahan-bahan
            budaya yang kurang moral dan bercanggah dengan ajaran Islam yang
            disebarkan di pasaran. Penyebaran bahan-bahan budaya secara bebas,
            tanpa perancangan boleh menjejaskan kepentingan nilai-nilai Islam dan
            keperluan tempatan.
                  Perkembangan bahan-bahan budaya yang dihasilkan dari industri
            budaya itu boleh membawa kesan buruk terhadap pembangunan dan
            pembinaan budaya kebangsaan dalam usaha untuk memperkukuhkan
            identiti nasional. Dalam kepentingan ini, perancangan pembangunan
            industri budaya amat penting diberikan perhatian agar perkembangan
            bahan-bahan budaya itu, terutama yang datang dari negara-negara maju
            tidak membawa kesan-kesan buruk terhadap pembangunan budaya
            kebangsaan.
                  Perancangan industri budaya itu amat penting dilakukan di peringkat
            nasional bagi menjamin pembangunan budaya yang seimbang di negara

                                                93



Bab 3.pmd                     93                                  10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


            ini. Perancangan itu sebenarnya tidak terpisah daripada perancangan
            pembangunan negara umumnya. Dengan perancangan pembangunan
            yang teratur dan sistematis dapat menjamin keharmonian, kestabilan dan
            keselamatan bagi masyarakat di negara ini.


            Budaya Kebangsaan dan Industri Budaya

            Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, perancangan industri
            budaya tidak boleh dipisahkan daripada kepentingan atau strategi
            pembangunan budaya kebangsaan. Budaya kebangsaan ialah suatu
            konsep yang berasaskan kepada pembinaan budaya yang dapat
            menyatakan identiti kebangsaan. Orang Melayu menyedari tentang
            keperluan pembinaan budaya kebangsaan semasa pemerintahan kolonial
            British dahulu lagi, berikutan dengan kemunculan semangat nasionalisme
            yang semakin meningkat. Pembinaan budaya kebangsaan kepada orang
            Melayu adalah keperluan untuk mengembalikan kekuatan kemelayuan
            di negara ini berikutan pengaruh budaya kolonial yang semakin meluas
            di bandar-bandar kolonial itu.
                  Perjuangan orang Melayu untuk membina budaya kebangsaan
            hanya mendapat perhatian kerajaan pada tahun 1970, berikutan
            perlaksanaan DEB. Pembinaan budaya kebangsaan itu adalah atas
            kepentingan atau keperluan untuk menyatakan identiti kebangsaan atau
            Malaysia. Budaya kebangsaan itu juga diharapkan dapat memainkan
            peranan dalam membina intergrasi kaum di negara ini. Dan seterusnya
            budaya kebangsaan juga merupakan saluran dalam memupuk nilai-nilai
            taat setia kepada negara dan mengenali sejarah negara dengan lebih
            dekat.
                  Pembinaan budaya kebangsaan itu adalah berasaskan prinsip-prinsip
            yang telah dipersetujui bersama. Pertama, budaya kebangsaan itu
            berasaskan kepada budaya penduduk asal di negara ini. Kedua, budaya
            kebangsaan itu tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ketiga, unsur-
            unsur budaya lain yang dapat diterima bersama tetapi tidak bercanggah
            dengan nilai-nilai Islam juga boleh diterima sebagai budaya kebangsaan.
            Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip yang telah ditetapkan itu menghadapi
            berbagai masalah dalam perlaksanaannya. Perkara tentang kebudayaan
            ini tidak semudah sebagaimana bahasa kebangsaan dalam
            perlaksanaannya. Terdapat berbagai masalah dalam usaha perlaksanaan
            budaya kebangsaan itu di peringkat nasional, terutama apabila berhadapan
            dengan penduduk negara ini yang terdiri daripada berbagai kaum.

                                              94



Bab 3.pmd                     94                                10/6/2009, 3:06 PM
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


                  Satu daripada usaha membangunkan budaya kebangsaan ialah
            menggalakkan perkembangan budaya tradisi penduduk asal negara ini
            atau lebih khusus ialah budaya Melayu tradisional. Kementerian
            Kebudayaan yang ditubuhkan oleh kerajaan salah satu daripada
            matlamatnya ialah untuk menggalakkan perkembangan budaya Melayu
            tradisonal, misalnya dengan memberikan pertolongan dalam berbagai
            bentuk supaya kegiatan kesenian dan mainan tradisional itu dapat
            diperkembangkan dan mendapat perhatian orang ramai.


            Kedudukan Budaya Melayu Tradisional

            Dalam bidang seni dan mainan sebagai bahagian daripada kebudayaan
            Melayu tradisional kini kurang mendapat perhatian dan minat ramai,
            terutama di kalangan golongan muda-mudi. Permasalahan ini berkaitan
            dengan perkembangan pesat penawaran bahan-bahan budaya yang
            dianggap moden dari industri budaya. Unsur-unsur budaya tradisional
            selalu dianggap ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai dengan kemajuan
            yang dilalui masyarakat hari ini. Penawaran bahan-bahan budaya popular
            yang dianggap maju dan moden diutamakan oleh orang ramai. Malahan
            media massa memainkan peranan penting dalam mempopularkan bahan-
            bahan budaya itu.
                  Generasi muda kurang didedahkan dengan unsur-unsur budaya
            tradisional yang menyebabkan mereka tidak mengenali dan menghayati
            unsur-unsur budaya tradisional itu. Mereka tidak dapat mengenali tradisi
            budaya Melayu, oleh itu mereka tidak meminatinya.
                  Mereka yang ahli dan berkebolehan dalam kegiatan budaya
            tradisional itu didapati kian berkurangan. Golongan muda pula tidak
            menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam kegiatan itu. Keadaan
            ini telah menimbulkan permasalahan dalam usaha pihak yang mahu
            menggalakkan perkembangan budaya tradisional itu, walaupun berbagai
            usaha telah dilakukan.
                  Memandangkan berbagai masalah yang dihadapi dalam
            membangunkan budaya Melayu tradisional itu, maka terdapat juga usaha
            untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada penghasilan budaya
            tradisional itu, iaitu dengan menggabungkan Kementerian Kebudayaan
            dengan Pelancongan. Dalam strategi ini bahan-bahan budaya itu
            digalakkan perkembangan secara komersial, iaitu berusaha menawarkan
            bahan-bahan budaya kepada para pengguna, terutama pelancong-
            pelancong dari luar negara dan dalam negara.

                                               95



Bab 3.pmd                     95                                 10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


                 Sebagaimana telah dinyatakan di atas bahawa permasalahan utama
            dalam perkembangan budaya tradisional itu ialah persaingan dengan
            perkembangan pesat budaya popular yang membawa nilai-nilai kemodenan
            dan kemajuan.


            Industri Budaya: Bahan-bahan Budaya
            Tradisional

            Penghasilan unsur-unsur budaya tradisional sangat terikat kepada peranan
            dan kepentingan masyarakat masa itu, iaitu unsur-unsur budaya itu
            dihasilkan atas keperluan peranan dan kepentingan unsur-unsur budaya
            itu yang dipertahankan tradisi sebagaimana yang diwarisi. Anggota-
            anggota masyarakat membina cita rasa budaya berasaskan tradisi yang
            diwarisi. Perubahan yang berlaku agak perlahan, tetapi teras kepada
            tradisi itu dipertahankan dalam usaha mereka mempertahankan identiti.
                  Unsur-unsur budaya tradisional yang dihasilkan tidak menekankan
            kepada nilai-nilai tambahan, iaitu dari segi ekonomi. Misalnya, dalam
            bidang seni dan mainan, mereka terlibat atas kepentingan minat. Mereka
            terlibat dalam kegiatan-kegiatan seni dan mainan misalnya, adalah
            berasaskan kepada keperluan yang lebih tinggi. Walaupun, adakala hasil
            itu dipasarkan tetapi sekadar usaha tambahan, tanpa memberikan
            perhatian khusus untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada hasilan
            mereka itu.
                  Berasaskan pandangan seperti di atas itu, maka penghasilan budaya
            Melayu tradisional itu tidak mampu disebarkan secara meluas. Malahan
            penghsilan bahan-bahan budaya tradisional itu dilakukan secara manual
            yang tidak mampu dihasilkan secara banyak. Apabila bahan-bahan
            budaya tradisional itu berhadapan dengan perkembangan budaya moden,
            terutama budaya popular maka kedudukan budaya Melayu tradisional
            itu sentiasa ketinggalan dan tidak diberikan perhatian, terutama orang-
            orang muda.
                  Untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada kegiatan dan
            penghasilan unsur-unsur budaya tradisional, kerajaan melalui Kementerian
            Kebudayaan dan Pelancongan pernah berusaha menggalakkan
            perkembangan budaya tradisional untuk diberikan nilai-nilai ekonomi agar
            dapat ditingkatkan perkembangan budaya warisan, sebagaimana telah
            dinyatakan bagi kepentingan pembangunan budaya nasional.
                  Bagi kepentingan mengembangkan kegiatan budaya tradisional itu
            berbagai usaha pernah dilakukan, terutama oleh pihak kerajaan dan

                                              96



Bab 3.pmd                     96                                10/6/2009, 3:06 PM
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


            badan-badan kebudayaan. Namun sambutan yang diberikan orang ramai
            masih tidak menggalakkan. Banyak usaha menghasilkan bahan-bahan
            budaya tradisional yang dilakukan secara komersial kesan daripada
            dorongan yang diberikan oleh kerajaan. Tetapi kemudian didapati tidak
            banyak daripada kegiatan itu yang berjaya dalam konteks sebagai kegiatan
            industri budaya.
                 Antara kegiatan menghasilkan bahan-bahan budaya tradisional
            secara komersial termasuk kraftangan, batik, pertukangan, ukir-mengukir,
            membuat pasu, dan berbagai jenis makanan dan minuman. Walaupun
            terdapat industri itu yang diberikan sokongan dan galakan dari pihak
            kerajaan, tetapi tidak banyak yang berjaya dari segi ekonomi.Industri
            budaya Melayu tradisional menghadapi berbagai permasalahan, yang
            bukan sahaja tentang kurang permintaan ramai, malahan turut melibatkan
            berbagai aspek tentang bahan-bahan budaya yang dihasilkan itu.


            Budaya Tradisional dan Budaya Moden

            Perkembangan industri budaya moden membawa ciri-ciri yang berbeza
            daripada penghasilan budaya Melayu tradisional. Suatu aspek yang
            menimbulkan permasalahan ialah sejauh mana budaya tradisional itu boleh
            disesuaikan dengan pembangunan budaya moden. Dalam perkembangan
            industri budaya moden, penekanan ekonomi atau nilai-nilai tambahan
            diberikan keutamaan. Oleh itu pengusaha industri budaya moden amat
            peka kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Sejauh mana
            budaya tradisional itu dapat disesuaikan dengan perubahan bagi menjamin
            penerimaan orang ramai, iaitu dalam usaha menarik ramai para pengguna
            adalah ditentukan oleh orang ramai..
                   Terdapat pandangan atau pendapat dari kalangan yang berpegang
            kuat kepada tradisi menyatakan bahawa segala unsur budaya tradisional
            itu tidak patut diubahsuaikan dengan kemodenan. Mereka berpendapat
            segala unsur budaya tradisional itu perlu mengekalkan ciri-ciri tradisional
            agar tidak akan hilang identitinya kemudian.Segala unsur budaya
            tradisional yang diwarisi itu dikatakan patut dikekalkan keasliannya. Usaha
            mempertahankan kemurnian tradisi itu merupakan perjuangan bagi
            golongan yang ingin mempertahankan tradisi yang diwarisi itu.
                   Golongan yang lebih liberal berpendapat budaya itu perlu berubah
            menyesuaikan dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, golongan ini
            menyatakan bahawa segala unsur budaya tradisi itu perlu diubah suai



                                                97



Bab 3.pmd                      97                                 10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


            mengikut keperluan masyarakat semasa,. Dengan itu budaya Melayu
            dapat berkembang selaras dengan kemajuan yang dilalui masyarakat
            Melayu hari ini.Berasaskan pandangan ini industri budaya Melayu
            tradisional boleh ditingkatkan dengan cara melakukan perubahan selaras
            dengan cita rasa budaya para pengguna, sebagaimana pengalaman dalam
            pembangunan budaya popular.
                  Walau bagaimanapun, perkembangan industri budaya tradisional
            tidak mampu bersaing dengan perkembangan budaya popular semasa.
            Dalam pembangunan industri budaya popular atau budaya moden, bahan-
            bahan budaya yang ditawarkan di pasaran sentiasa mengambil kira
            keperluan atau permintaan ramai. Nilai-nilai sosial yang diberikan terhadap
            budaya tradisional itu adalah berbeza daripada budaya popular moden.
            Budaya tradisional membawa nilai-nilai sosial yang menekankan
            kepentingan warisan, identiti, dan keperibadian nasional.


            Permasalahan Industri Budaya Tradisional

            Dalam pembangunan industri budaya Melayu tradisional yang pernah
            diusahakan oleh pengusaha-pengusaha Melayu menghadapi berbagai
            masalah. Pengusaha-pengusaha Melayu yang pernah terlibat dalam
            industri budaya tradisional selalunya merupakan kegiatan secara kecil-
            kecilan, yang mempunyai keupayaan yang terbatas dari segi modal, tenaga
            dan teknologi serta pasaran Oleh itu kegiatan komersial itu tidak mampu
            berkembang dengan baik.
                  Pengusaha industri itu umumnya kurang pengalaman dalam bidang
            pengurusan walaupun pengusaha itu mempunyai pengalaman dan
            kepakaran dalam bidang menghasilkan bahan-bahan budaya itu.
                  Sebagai contoh kita teliti kes pengusaha seni persembahan
            makyung. Pengusaha itu ialah pemain utama kumpulan makyung itu.
            Beliau sebagai pengusaha melakukan pengurusan kumpulan, meliputi
            berbagai aspek persembahan, pemasaran, dan promosi di samping beliau
            sebagai pelakon utama dalam kumpulan itu. Beliau menguruskan
            kewangan secara sendirian tanpa mempunyai kaedah perkiraan yang
            sistematis, beliau juga menguruskan tenaga sokongan dalam kumpulannya
            secara amalan tradisi seperti kerjasama dan tolong-menolong, dan beliau
            juga menguruskan tentang peralatan dan persembahan yang perlu
            dilakukan. Umumnya, pengusaha dalam kes ini sebagaimana juga ketua
            kumpulan persembahan mak yong masa lalu umumnya tidak mempunyai
            pengetahuan atau pengalaman dalam kaedah pengurusan moden

                                                98



Bab 3.pmd                      98                                 10/6/2009, 3:06 PM
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


            sebagaimana pengurusan budaya dalam industri budaya moden hari ini.
            Seorang pengusaha yang melakukan berbagai urusan dan kegiatan secara
            sendirian tanpa mempunyai sistem atau kaedah bermakna beliau tidak
            mampu untuk meningkatkan industri itu sebagai suatu industri dalam
            konteks perniagaan moden, walaupun harapannya untuk menjadikan seni
            persembahan itu sebagai kegiatan komersial.
                  Dalam penawaran bahan-bahan budaya tradisional tidak pernah
            dilakukan secara sistematis mengikut perkembangan industri moden,
            melainkan berasaskan kepada kaedah atau amalan tradisi yang diwarisi
            sejak zaman berzaman. Industri budaya tradisional itu biasanya dilakukan
            secara kecil-kecilan, sebagai kegiatan dalam jangka pendek. Misalnya,
            dalam pertukangan besi membuat parang, kapak, dan sebagainya, tukang
            itu menghasilkan barangan itu mengikut kemampuannya. Tukang itu
            selalunya tidak berhajat untuk memperbesarkan kegiatan itu dengan
            mengupah pekerja-pekerja tambahan. Begitu juga kurang usahanya untuk
            meningkatkan penggunaan teknologi yang lebih tinggi didapati di luar
            kemampuan tukang-tukang tradisional itu. Malahan apabila melibatkan
            teknologi yang lebih tinggi itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran.
            Ini didapati tidak mampu diikuti oleh mereka itu.
                  Industri budaya tradisional itu berhadapan dengan persaingan
            dengan penawaran bahan-bahan budaya moden yang membawa nilai-
            nilai kemajuan dan pembangunan. Mereka yang terlibat dalam industri
            budaya tradisional itu tidak mampu untuk mengikuti arus perkembangan
            kemodenan, misalnya dari segi membawa perubahan kepada bahan-
            bahan budaya tradisional itu mengikuti arus kemajuan dan perkembangan
            kemodenan. Misalnya, orang Melayu telah lama terlibat dalam kegiatan
            menghasilkan berbagai herba yang boleh memberikan sumbangan dalam
            penjagaan kesihatan. Penawaran bahan-bahan itu dilakukan secara
            tradisional, misalnya dari segi kaedah membuatnya, dan cara
            mengedarkan bahan-bahan itu di pasaran. Tidak banyak perubahan yang
            dilakukan dari generasi ke generasi, perusahaan itu dilakukan secara
            kecil-kecilan dengan menggunakan teknologi sederhana. Walaupun kini
            penawaran bahan-bahan itu dilakukan secara komersial tetapi tidak
            banyak perubahan yang dilakukan bagi menyesuaikan dengan
            perkembangan moden. Tiada penyelidikan yang dilakukan bagi tujuan
            memahami khasiat bahan yang ditawarkan itu. Dalam penggunaan bahan-
            bahan itu tiada ukuran jelas yang digunakan, malahan tempoh
            penggunaannya juga tidak dapat ditentukan.
                  Perkembangan industri budaya moden kini mengambil kira berbagai-
            bagai aspek dalam pemasaran. Kaedah pemasaran tradisional tidak

                                               99



Bab 3.pmd                     99                                 10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


            mampu diteruskan lagi dalam perkembangan ekonomi moden kini.
            Penawaran bahan-bahan budaya secara kecil-kecilan terbatas kepada
            para pengguna dalam kawasan tertentu. Malahan tidak didapati usaha
            untuk menyebarkan pengeluaran atau bahan-bahan budaya secepat
            mungkin. Penyebarannya dilakukan dari mulut ke mulut secara sederhana
            berasaskan kepada kemampuan pengeluaran.


            Pembangunan Industri Budaya Moden

            Sebagaimana yang telah diperkatakan sebelum ini bahawa perkembangan
            ekonomi kapitalis memainkan peranan penting dalam pembangunan
            industri budaya. Atas kepentingan ekonomi, kemudahan teknologi moden
            dan perubahan sosial telah memainkan peranan penting dalam membawa
            perkembangan industri budaya. Proses modenisasi dan urbanisasi yang
            dilalui masyarakat turut mendorongkan penawaran bahan-bahan budaya
            itu. Bahan-bahan budaya mulai menjadi suatu keperluan dalam perubahan
            itu. Penduduk bandar memerlukan sesuatu untuk mengisi masa, misalnya
            semasa cuti, masa lapang waktu petang dan malam. Bahan-bahan budaya
            itu juga sebagai keperluan yang lebih tinggi yang dapat memberikan
            kepuasan, hiburan dan melayan perasaan. Keinginan manusia yang tidak
            terbatas itu telah memberikan peluang kepada pihak pengusaha industri
            budaya menghasilkan sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai.
                  Proses modenisasi dan urbanisasi telah membawa perubahan
            kepada cita rasa budaya penduduk bandar. Mereka tidak lagi terikat
            kepada nilai-nilai tradisi, tetapi berusaha melakukan pembaharuan, mencari
            sesuatu yang dianggap moden dan maju sesuai dengan perubahan. Oleh
            itu pihak pengusaha industri budaya sentiasa berusaha melakukan
            perubahan bersesuaian dengan perubahan selera atau cita rasa budaya
            orang ramai. Atas kepentingan itu juga industri budaya memainkan
            peranan penting untuk melakukan perubahan dari masa ke masa, maka
            seterusnya menjadikan kedudukan budaya itu amat dinamik.
                  Perkembangan teknologi moden telah memberikan kekuatan kepada
            pembangunan industri budaya. Malahan, dalam perkembangan teknologi
            moden itu sentiasa memberikan perhatian terhadap kepentingan nilai-
            nilai tambahan. Dengan nilai-nilai ekonomi yang diberikan kepada
            perkembangan teknologi moden telah mendorongkan pesatnya
            perkembangan teknologi itu. Dengan kemudahan teknologi moden itu
            dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia yang banyak, dapat
            mengeluarkan bahan-bahan budaya secara banyak dengan mutunya dapat

                                               100



Bab 3.pmd                     100                                10/6/2009, 3:06 PM
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


            dikawal. Selain itu kemudahan teknologi itu juga membolehkan penyebaran
            bahan-bahan budaya itu dilakukan dengan meluas dalam jangka masa
            yang singkat. Penyebarannya dapat dilakukan secara berkesan.
            Kemudahan teknologi moden itu juga menyokong kepada kekuatan sistem
            pemasaran yang lebih berkesan.
                  Bahan-bahan budaya dapat ditingkatkan publisiti, promosi dan iklan
            melalui teknologi moden itu. Misalnya, iklan dan penyebaran maklumat
            dapat dilakukan secara meluas dan berkesan melalui media massa seperti
            media elektronik. Selain itu, dengan kemudahan teknologi moden itu juga
            meningkatkan kaedah pemasaran, seperti menyediakan pembungkusan
            dan analisis konteks bahan budaya yang dihasilkan itu.
                  Pembangunan industri budaya menawarkan bahan-bahan budaya
            secara komersial, pihak pengusaha industri sentiasa memberikan
            perhatian kepada nilai-nilai tambahan, iaitu pulangan ekonomi yang lebih
            baik. Pengusaha berusaha memahami keperluan atau permintaan para
            pengguna dan dengan itu pengusaha berusaha menawarkan bahan-bahan
            budaya selaras dengan cita rasa budaya para pengguna atau orang ramai
            itu. Walau bagaimanapun pihak pengusaha mempunyai sasaran pengguna
            yang akan menggunakan bahan-bahan budaya keluarannya itu. Misalnya,
            pengguna itu boleh terdiri daripada kumpulan wanita, orang muda, kanak-
            kanak atau muda-mudi. Selain itu pengusaha juga menimbangkan
            kelompok berasaskan kelas sebagai penggunanya. Bagi bahan-bahan
            budaya untuk golongan berada atau kelas atasan, mutu dan harga atau
            kos bahan itu menjadi pertimbangan utama. Golongan itu pula berusaha
            mempertahankan kedudukan mutu bahan-bahan budaya yang diaggap
            eksklusif untuk kelompok mereka. Tetapi rata-rata pengusaha industri
            budaya itu mahukan bahan-bahan budaya keluaran mereka itu mendapat
            tempat sebagai budaya popular, iaitu yang diminati ramai. Malahan,
            dengan itu produknya dapat ditingkatkan kuantiti, yang mempengaruhi
            harga di pasaran lebih rendah yang mampu dibeli atau dimiliki orang
            ramai. Walau bagaimanapun cita rasa budaya para pengguna memainkan
            peranan penting dalam mempengaruhi industri budaya itu.


            Industri Budaya dan Budaya Popular

            Budaya popular secara mudah bermaksud unsur-unsur budaya yang
            diminati ramai atau majoriti anggota-anggota masyarakat. Fenomenon
            budaya popular diminati semua kelompok dalam masyarakat tanpa
            mengira kelas atau kelompok sosial. Perkembangan budaya popular yang

                                              101



Bab 3.pmd                     101                                10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


            amat pesat dalam masyarakat moden kini didorongkan oleh beberapa
            faktor yang menyokong perkembangan budaya itu. Pertama, perubahan
            masyarakat, iaitu proses modenisasi dan urbanisasi masyarakat itu
            membawa perubahan kepada minat unsur-unsur budaya moden itu.
            Kedua, perkembangan teknologi moden membolehkan pengeluran
            dilakukan secara banyak dan penawaran bahan-bahan budaya dapat
            disebarkan secara berkesan. Ketiga, perkembangan ekonomi kapitalis
            telah memainkan peranan penting dalam pembinaan industri budaya.
            Bahan-bahan budaya ditawarkan secara komersial. Nilai-nilai tambahan
            sentiasa diberikan tumpuan oleh pengusaha industri budaya.
                  Industri budaya yang mementingkan pulangan ekonomi menjadikan
            bahan-bahan budaya sebagai komoditi, iaitu bahan-bahan budaya yang
            ditawarkan secara komersial. Sebagai kegiatan industri, pihak pengusaha
            berusaha menawarkan sebanyak mungkin bahan budaya, dan ini
            bermakna mereka memerlukan para pengguna yang ramai. Dalam
            konteks ini pihak pengusaha berusaha menjadikan bahan budaya itu
            popular, iaitu diminati ramai. Dengan ini juga bermakna industri budaya
            itu mendorongkan perkembangan budaya popular.
                  Atas kepentingan mendapatkan pengguna yang ramai itu, industri
            budaya selalu menggunakan berbagai kaedah untuk mendapat perhatian
            orang ramai, terutama dengan mengeksploit keinginan semula jadi
            manusia. Misalnya, perkara-perkara sensasi, keinginan seks dan sesuatu
            yang glamour selalu diberikan perhatian oleh pengusaha industri budaya.
            Berkaitan dengan ini kerapkali pengkritik sosial selalu menganggap
            penawaran bahan budaya itu kurang memberikan perhatian tentang mutu
            dan nilai seni, tetapi mengutamakan keperluan orang ramai. Juga selalu
            diperkatakan industri budaya itu kurang menimbangkan tentang
            kepentingan sosial, misalnya masalah sosial di kalangan muda-mudi selalu
            dikaitkan dengan penawaran bahan-bahan budaya yang kurang
            menimbangkan kepentingan sosial. Dalam industri muzik sebagai contoh,
            kerapkali pertimbangan seni kurang diberikan perhatian, tetapi lebih
            menekankan minat ramai, terutama golongan muda-mudi. Penawaran
            bahan seperti filem dan bahan bercetak kerapkali pengusaha memberikan
            perhatian terhadap perkara-perkara sensasi dan keinginan seks.
                  Terdapat berbagai kritik terhadap perkembangan industri budaya
            dan budaya popular. Sejak awal perkembangan ekonomi kapitalis di Eropah
            yang mendorongkan perkembangan industri budaya telah mendapat kritik
            dari kalangan sarjana waktu itu. Mereka menganggap perkembangan
            budaya popular itu adalah agenda kapitalis dan politik yang berkaitan dengan
            tujuan untuk melekakan orang ramai daripada menumpukan perhatian

                                                102



Bab 3.pmd                      102                                 10/6/2009, 3:06 PM
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


            terhadap perkembangan politik dan ekonomi kapitalis. Fenomenon ini
            dianggap sebagai penindasan dan eksploitasi kapitalis.
                  Perkembangan industri budaya moden dan penawaran bahan-bahan
            budaya popular di negara ini juga selalu dikaitkan dengan permasalahan
            sosial, iaitu kesan-kesan yang dibawa oleh fenomenon itu. Misalnya,
            muzik, filem, bahan-bahan bercetak, fesyen, penjagaan kecantikan dan
            perhiasan diri di kalangan muda-mudi yang dianggap menjejaskan moral
            dan akhlak golongan muda-mudi adalah kesan daripada perkembangan
            bahan-bahan budaya popular, terutama yang dibawa dari barat.
            Permasalahan ini bukanlah perkara baru dalam masyarakat Melayu yang
            mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Isu tentang bahan-bahan
            budaya popular atau bahan-bahan industri budaya yang datang dari barat
            semasa pemerintahan kolonial dahulu telah menimbulkan perbincangan
            di kalangan bijak pandai Melayu.
                  Bahan-bahan industri budaya popular selalu dianggap bermutu
            rendah, tiada nilai seni, dan dianggap seperti sampah yang boleh membawa
            kesan buruk kepada orang ramai. Sedangkan budaya tinggi selalu dianggap
            bermutu tinggi dan membawa kesan yang baik kepada orang ramai.
                  Kritik dan komen tentang budaya popular yang dibawa oleh industri
            budaya itu datangnya dari kalangan golongan elit atau dari kelas sosial
            yang tinggi. Sedangkan bahan-bahan budaya popular itu terus mendapat
            minat ramai.


            Sumbangan Industri Budaya

            Bahan-bahan budaya keluaran industri budaya disebarkan secara meluas
            dapat mengisi berbagai keperluan orang ramai. Misalnya, penawaran
            bahan-bahan hiburan dengan jelas dapat memberikan kepuasan kepada
            para pengguna. Industri budaya dapat menawarkan bahan-bahan budaya
            yang mampu dibeli oleh orang ramai. Bahan-bahan budaya yang berupa
            budaya popular dapat mengurangkan kos kepada para pengguna berikutan
            dengan penawaran bahan-bahan budaya yang dikeluarkan dengan banyak.
                   Di samping peranan industri budaya dalam pembangunan ekonomi,
            iaitu dari segi peluang-peluang pekerjaan dan sumbangan ekonomi kepada
            negara, pembangunan industri budaya itu juga dapat mendorongkan
            dinamiknya perubahan budaya. Proses penciptaan dan kreatif yang pesat
            berlaku itu menjadikan budaya itu amat pesat mengalami perubahan dan
            pembangunan. Misalnya dalam industri muzik, filem, bahan-bahan
            perhiasan, penjagaan kesihatan dan sebagainya.

                                              103



Bab 3.pmd                     103                                10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


                   Industri budaya mendorongkan perkembangan bahan-bahan budaya
            popular, iaitu penawaran bahan-bahan budaya dapat dilakukan dengan
            meluas, merintasi kelompok-kelompok sosial. Dengan ini juga bahan-
            bahan budaya itu memainkan peranan dalam membawa pembinaan nilai-
            nilai sosial yang standard, yang juga bermakna dapat membina perpaduan
            sosial dan memperkukuhkan hubungan sosial di kalangan anggota-anggota
            masyarakat. Melaluinya juga dapat memupuk nilai-nilai kemodenan dan
            pembangunan serta pembandaran di kalangan orang ramai sebagai para
            pengguna. Bahan-bahan budaya yang ditawarkan kepada ramai itu selaras
            dengan perubahan dan perkembangan cita rasa budaya orang ramai.
                   Perkembangan industri budaya memberikan peluang orang ramai
            mengisi keperluan hidup yang lebih tinggi, mengisi masa lapang, hiburan
            dan keperluan mengisi keinginan dan kepuasan emosi. Industri budaya
            melahirkan budaya ekspresif yang membolehkan anggota-anggota
            masyarakat melaluinya melahirkan perasaan, pemikiran, kreativiti, atau
            menyatakan aspek kejiwaan.
                   Perkembangan industri budaya itu memainkan peranan penting
            dalam membawa perubahan dan pembangunan masyarakat dan budaya
            dalam konteks yang lebih luas. Penawaran bahan-bahan budaya itu dapat
            meningkatkan kualiti hidup anggota-anggota masyarakat.
                   Dalam pembangunan industri budaya itu, terutama dalam
            mendorongkan perkembangan budaya popular, boleh dilihat dan dianalisis
            kesan-kesan baik dan juga kesan-kesan buruknya. Walaupun pengusaha
            industri budaya itu berusaha mengeksploit keinginan orang ramai, tetapi
            mereka juga tertakluk kepada peraturan sosial, undang-undang dan nilai-
            nilai sosial serta agama. Pihak berkuasa dan orang ramai sentiasa
            memainkan peranan penting dalam menentukan penyebaran bahan-bahan
            budaya itu sesuai tidak menimbulkan kesan-kesan buruk kepada orang
            ramai.


            Globalisasi Industri Budaya

            Kini penyebaran bahan-bahan budaya yang dikeluarkan oleh industri
            budaya itu berlaku begitu meluas, meliputi seluruh dunia secara global.
            Negara-negara maju, terutama barat telah memainkan peranan penting
            dalam pembangunan industri budaya. Penawaran bahan-bahan industri
            budaya dari negara-negara maju itu tersebar secara global. Mereka
            menguasai ekonomi dan turut memainkan peranan dalam menyebarkan
            pengaruh budayanya ke negara-negara lain secara global.

                                             104



Bab 3.pmd                     104                              10/6/2009, 3:06 PM
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


                  Negara-negara maju menguasai ekonomi dan teknologi mampu
            menguasai ekonomi global. Pembangunan industri budaya dari negara-
            negara maju itu amat pesat kerana mereka menguasai pasaran yang
            meluas atau global. Kemajuan teknologinya juga turut memainkan peranan
            dalam menawarkan bahan-bahan budaya yang dianggap moden dan maju
            yang dengan mudah dapat mempengaruhi penduduk di negara-negara
            sedang membangun. Dengan ini bermakna negara-negara maju, sejak
            zaman colonial dahulu terus menguasai ekonomi, mempengaruhi budayanya
            kepada negara-negara yang sedang membangun, seperti Malaysia.
                  Penyebaran bahan-bahan budaya negara-negara maju secara global
            itu juga turut mempengaruhi penyebaran ideologi politiknya. Misalnya,
            melalui filem mereka dapat memupuk nilai-nilai politik mereka secara
            global.
                  Sebagai contoh, penyebaran bahan-bahan budaya dari barat telah
            berkembang pesat sejak zaman pemerintahan colonial dahulu lagi. Bahan-
            bahan budaya yang dibawa dari barat itu dipandang tinggi dan dihormati
            oleh penduduk tempatan. Bahan-bahan budaya itu dianggap moden dan
            maju, sesuai dengan perubahan yang dilalui masyarakat. Penduduk negara
            ini menerimanya dengan baik, malahan penyebaran bahan-bahan budaya
            barat itu juga mempengaruhi perkembangan budaya Melayu, iaitu
            penawaran bahan-bahan budaya Melayu turut disesuaikan dengan
            perubahan yang berasaskan budaya barat itu. Dengan kata lain
            perkembangan budaya barat yang sangat berpengaruh itu turut
            mempengaruhi perkembangan industri budaya Melayu, seperti filem,
            muzik, bahan-bahan bercetak dan perhiasan diri.
                  Pengaruh perkembangan industri budaya barat itu terus berlaku
            hingga kini. Masyarakat Melayu terus memandang tinggi dan
            menghormati bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu, yang
            dianggap perkembangan budaya global itu. Malahan penyebaran bahan-
            bahan budaya barat itu terus mempengaruhi perkembangan industri
            budaya tempatan. Walau bagaimanapun bijak pandai tempatan tetap
            memainkan peranan penting dalam mengolah dan menyesuaikan
            penawaran bahan-bahan budaya Melayu dalam menyatakan identiti
            Melayu itu. Proses kreativiti mampu mempertingkat perkembangan
            budaya Melayu dalam usaha mereka menyesuaikan dengan
            perkembangan industri budaya di peringkat global itu.
                  Sejak awal penyebaran bahan-bahan budaya dari barat telah
            menimbulkan krisis identiti di kalangan orang-orang Melayu. Golongan
            tua melihat pengaruh barat itu membawa kesan buruk kepada orang
            Melayu, misalnya terdapat bahan-bahan budaya yang dianggap moden

                                             105



Bab 3.pmd                    105                                10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


            dan maju itu bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tradisi budaya
            Melayu. Di kalangan orang muda pula, terutama yang terpengaruh dengan
            kemodenan dan kemajuan barat itu menerima dengan baik bahan-bahan
            budaya yang dibawa dari barat itu.
                  Perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan, seperti pendidikan
            moden merupakan sokongan kuat terhadap perkembangan budaya barat
            itu. Berasaskan nilai-nilai sosial yang sama mendorongkan bahan-bahan
            budaya barat terus mendapat tempat yang baik di kalangan penduduk
            tempatan hingga kini. Walau bagaimanapun usaha memilih dan
            menyesuaikan bahan-bahan budaya global itu dengan keperluan dan
            kepentingan tempatan sentiasa diberikan pertimbangan. Bahan-bahan
            budaya yang berkembang secara global itu diberikan pertimbangan dari
            segi kesan-kesan sosialnya, terutama apabila bahan-bahan itu bercanggah
            dengan ajaran Islam, orang Melayu tidak dapat menerimanya.
                  Dalam penyebaran bahan-bahan budaya global itu, adakala tidak
            dapat dikawal atau di luar daripada kemampuan mengawalnya, misalnya
            bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui internat terdapat bahan-
            bahan yang amat tidak sesuai dengan budaya Melayu dan ajaran Islam.
            Dalam keadaan ini, anggota-anggota masyarakat perlu diberikan
            pendidikan atau dipupuk dengan nilai-nilai yang sewajarnya, agar mereka
            dapat melakukan pemilihan atau membezakan antara bahan-bahan yang
            baik dan yang tidak baik.
                  Perkembangan bahan-bahan budaya yang dibawa dari negara-
            negara maju itu, seperti barat adakala bahan-bahan budaya itu tidak sesuai
            dengan tradisi budaya Melayu, misalnya dalam fesyen pakaian, makanan
            atau perhiasan diri terdapat bahan-bahan yang bercanggah dengan nilai-
            nilai budaya dan Islam, menyebabkan orang Melayu terpaksa melakukan
            penyesuaian dalam proses penerimaan peubahan budaya untuk
            menyatakan pembangunan dan perubahan yang sewajarnya.


            Kesan Industri Budaya Global

            Perkembangan industri budaya dan penyebaran bahan-bahan budaya
            dari negara-negara maju di negara ini tidak dapat dinafikan telah
            mempengaruhi perkembangan industri budaya Melayu itu sendiri.
            Pengusaha-pengusaha industri budaya Melayu turut mempelajari
            perjalanan atau corak industri budaya negara maju yang telah berjaya.
            Kesannya, pengusaha tempatan berusaha mempelajari dan memahami
            budaya industri budaya telah berjaya.

                                               106



Bab 3.pmd                     106                                10/6/2009, 3:06 PM
Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


                  Industri budaya di negara-negara maju telah membuktikan kejayaan
            berasaskan pengalaman pengusaha-pengusaha dalam bidang-bidang
            penting dalam pengurusan industri. Mereka berjaya menggabungkan
            berbagai kaedah dalam menguruskan teknologi, tenaga kepakaran, modal,
            pemasaran dan kewangan yang berkesan. Mereka menguasai ilmu
            pengetahuan yang mendalam dan meluas dalam bidang industri budaya
            yang menjadi tumpuan itu. Di samping itu mereka sentiasa meningkatkan
            peyelidikan dan pembangunan dalam bidangnya bagi menentukan
            penghasilan bahan-bahan budaya yang bermutu tinggi untuk dapat diterima
            oleh orang ramai.
                  Pada peringkat awal perkembangan industri moden di negara ini
            semasa pemerintahan kolonial British dahulu, orang Melayu tidak
            berkebolehan dalam kegiatan industri. Misalnya, apabila industri filem
            dan muzik mula berkembang di negara ini orang Melayu tidak
            berkebolehan menguasai teknologi moden, tidak mempunyai pengalaman
            dalam pengurusan budaya moden, tetapi mereka hanya mampu
            menawarkan tenaga untuk berlakon dan menyanyi. Hanya akhir-akhir
            ini orang Melayu mampu menguasai ilmu teknologi moden dan turut
            berpengalaman dalam pengurusan industri budaya. Namun pencapaian
            orang Melayu dalam indusrti budaya masih di peringkat awal. Mereka
            memerlukan lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang-
            bidang yang berkaitan.
                  Perkembangan dan kejayaan industri budaya global dalam berbagai-
            bagai bidang telah turut mendorongkan orang Melayu mempelajarinya
            dan berusaha mencari pengisian industri berasaskan bahan-bahan budaya
            tempatan, terutama yang telah menjadi amalan orang Melayu sejak lama
            dahulu. Orang Melayu menyedari bahawa mereka mempunyai banyak
            warisan tradisi yang boleh diterokai untuk pembangunan industri. Tetapi
            mereka memerlukan bantuan kepakaran dari berbagai pihak, terutama
            untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang yang berkaitan
            dengan bahan-bahan budaya tradisional.
                  Perkembangan dan penyebaran bahan-bahan budaya di peringkat
            global itu juga memberikan pengajaran kepada pengusaha-pengusaha
            industri tempatan mempelajari tentang strategi dan kaedah pemasaran
            yang berkesan, bukan sahaja pemasaran di peringkat lokal, malahan
            berusaha untuk menerokai pasaran yang lebih luas.
                  Perkembangan industri budaya global itu melibatkan penggunaan
            teknologi tinggi yang sentiasa menyesuaikan dengan perkembangan
            teknologi dan ilmu moden hasil penyelidikan yang berterusan. Pengusaha
            Melayu berusaha mempelajari dan menguasai teknologi moden, serta

                                              107



Bab 3.pmd                     107                                10/6/2009, 3:06 PM
Jurnal ASWARA


            ilmu pengetahuan moden yang sewajarnya menyesuaikan dengan
            kegiatan menghasilkan bahan-bahan budaya.
                 Bidang pengurusan yang berkesan juga adalah sebahagian penting
            dalam bidang industri budaya.


            Rujukan

            Bigsby, C.W.S. (ed.) (1977). Approaches to popular culture, Bowling
               Green, Ohio Popular Press.
            Brandon, James K. (ed.) (1971). The performing arts in Asia, UNESCO.
            Browne, Ray (ed) (1973). Popular culture and expanding
               consciousness, Bowling Green.
            Butcher, John G. (1979). The British in Malaya 1880-1941, Kuala
               Lumpur: Oxford University Press.
            Gullick, J.M. (1987). Malay society in the late 19 th century, the
               beginning of change, Singapore: Oxford University Press.


            WAN ABDUL KADIR, Akademi Pengajian Melayu.




                                            108



Bab 3.pmd                    108                             10/6/2009, 3:06 PM

More Related Content

Similar to Muzik perubahan sosial

Konsep Akulturasi, Enkulturasi, dan Modenisasi
Konsep Akulturasi, Enkulturasi, dan ModenisasiKonsep Akulturasi, Enkulturasi, dan Modenisasi
Konsep Akulturasi, Enkulturasi, dan Modenisasi
Ahmad Khairi
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Mohammad Yaqin
 
Salman Mulya Lesmana_Manusia dan Peradaban_Klmpk 10_IBSD.pptx
Salman Mulya Lesmana_Manusia dan Peradaban_Klmpk 10_IBSD.pptxSalman Mulya Lesmana_Manusia dan Peradaban_Klmpk 10_IBSD.pptx
Salman Mulya Lesmana_Manusia dan Peradaban_Klmpk 10_IBSD.pptx
SalmanLesmana1
 
Makalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaan
Makalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaanMakalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaan
Makalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaan
Irlan Vigier
 
Ilmu Sosial Budaya Dasar - Komodifikasi Budaya Bali
Ilmu Sosial Budaya Dasar - Komodifikasi Budaya BaliIlmu Sosial Budaya Dasar - Komodifikasi Budaya Bali
Ilmu Sosial Budaya Dasar - Komodifikasi Budaya Bali
Margii Utamii
 
Makalah perubahan kebudayaan karena pengaruh dari luar
Makalah perubahan kebudayaan karena pengaruh dari luarMakalah perubahan kebudayaan karena pengaruh dari luar
Makalah perubahan kebudayaan karena pengaruh dari luar
Mara Sutan Siregar
 
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
Rasmitadila Mita
 
media dan budaya populer
media dan budaya populermedia dan budaya populer
media dan budaya populer
andre rahman
 

Similar to Muzik perubahan sosial (20)

modernisasi, industrialisasi dan pembangunan
modernisasi, industrialisasi dan pembangunanmodernisasi, industrialisasi dan pembangunan
modernisasi, industrialisasi dan pembangunan
 
Konsep Akulturasi, Enkulturasi, dan Modenisasi
Konsep Akulturasi, Enkulturasi, dan ModenisasiKonsep Akulturasi, Enkulturasi, dan Modenisasi
Konsep Akulturasi, Enkulturasi, dan Modenisasi
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Tik mk
Tik mkTik mk
Tik mk
 
Salman Mulya Lesmana_Manusia dan Peradaban_Klmpk 10_IBSD.pptx
Salman Mulya Lesmana_Manusia dan Peradaban_Klmpk 10_IBSD.pptxSalman Mulya Lesmana_Manusia dan Peradaban_Klmpk 10_IBSD.pptx
Salman Mulya Lesmana_Manusia dan Peradaban_Klmpk 10_IBSD.pptx
 
PPT Tugas Besar Kelompok 15.pptx
PPT Tugas Besar Kelompok 15.pptxPPT Tugas Besar Kelompok 15.pptx
PPT Tugas Besar Kelompok 15.pptx
 
Lingkungan sosial budaya
Lingkungan sosial budayaLingkungan sosial budaya
Lingkungan sosial budaya
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Manusia peradaban
Manusia peradabanManusia peradaban
Manusia peradaban
 
Makalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaan
Makalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaanMakalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaan
Makalah pengaruh globalisasi terhadap eksistensi kebudayaan
 
Ilmu Sosial Budaya Dasar - Komodifikasi Budaya Bali
Ilmu Sosial Budaya Dasar - Komodifikasi Budaya BaliIlmu Sosial Budaya Dasar - Komodifikasi Budaya Bali
Ilmu Sosial Budaya Dasar - Komodifikasi Budaya Bali
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
PPT IRA.pptx
PPT IRA.pptxPPT IRA.pptx
PPT IRA.pptx
 
Makalah perubahan kebudayaan karena pengaruh dari luar
Makalah perubahan kebudayaan karena pengaruh dari luarMakalah perubahan kebudayaan karena pengaruh dari luar
Makalah perubahan kebudayaan karena pengaruh dari luar
 
PPT ISBD - Pertemuan ke 4.pptx
PPT ISBD - Pertemuan ke 4.pptxPPT ISBD - Pertemuan ke 4.pptx
PPT ISBD - Pertemuan ke 4.pptx
 
Makalah kesenian
Makalah kesenianMakalah kesenian
Makalah kesenian
 
Budaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptx
Budaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptxBudaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptx
Budaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptx
 
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
Orientasi baru pendidikan terhadap perubahan sosial
 
media dan budaya populer
media dan budaya populermedia dan budaya populer
media dan budaya populer
 
Kongres Kebudayaan Peni Cameron
Kongres Kebudayaan Peni CameronKongres Kebudayaan Peni Cameron
Kongres Kebudayaan Peni Cameron
 

Muzik perubahan sosial

  • 1. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu Wan Abdul Kadir ABSTRAK Pembangunan industri budaya terutama dalam proses globalisasi budaya telah mambawa kesan menyeluruh kepada masyarakat di negara ini. Bahan- bahan budaya Melayu turut tersebar luas dan popular berikutan dengan pembangunan industri budaya itu. Penawaran bahan-bahan budaya secara komersial itu telah membina fenomenon budaya popular yang kian berkembang pesat kini. Perkembangan ini telah memberikan pulangan ekonomi yang baik dan menjadikan budaya itu amat dinamik. Kata kunci: Perubahan budaya, industri budaya, budaya popular, globalisasi budaya, dan perubahan sosial. Bidang pengajian tentang industri budaya kini didapati semakin penting berikutan dengan pesatnya perkembangan penawaran bahan-bahan budaya yang tersebar luas di peringkat global. Negara-negara maju memainkan peranan penting dalam menawarkan bahan-bahan budaya itu ke peringkat global. Malahan sumbangannya itu adalah berkaitan dengan permintaan yang semakin meningkat kini. Pengajian tentang industri budaya ini meliputi usaha menjadikan unsur-unsur budaya sebagai bahan dagangan yang diberikan nilai-nilai ekonomi. Dengan itu usaha meningkatkan pencapaian ekonomi melibatkan aspek budaya dan seterusnya turut menyatakan masyarakat yang terlibat dalam pembangunan industri itu. Dalam bidang ini turut melibatkan pengurusan dan perancangan budaya, terutama di peringkat nasional. Apabila bahan-bahan budaya itu diberikan nilai-nilai ekonomi, maka itu bermakna melibatkan proses ekonomi sebagaimana kegiatan industri yang lain. Oleh itu latar belakang tentang ilmu yang berkaitan itu turut penting untuk menjadi rujukan dalam pengajian industri budaya ini. Konsep Budaya Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek 87 Bab 3.pmd 87 10/6/2009, 3:06 PM
  • 2. Jurnal ASWARA kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi, pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material dan budaya bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itu dengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu menyatakan secara simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itu dapat difahami oleh masyarakat yang mendokong budaya itu. Kerapkali pula untuk memahami aspek budaya dan bukan budaya itu selalu menimbulkan kekeliruan. Misalnya, penawaran barangan, seperti makanan di pasaran turut membawa bersamanya aspek budaya. Dalam usaha untuk memahami aspek budaya itu perlulah terlebih dahulu memahami budaya bagi sesuatu masyarakat atau jenis bahan itu di pasaran. Bahan itu sebagai bahan makanan misalnya turut menyatakan aspek budayanya, iaitu tentang makna dan pernyataan nilai sosial bagi sesuatu masyarakat itu. Budaya itu merupakan pernyataan jiwa, emosi, pemikiran dan nilai- nilai sosial bagi sesuatu masyarakat itu. Oleh itu, budaya itu boleh juga difahami sebagai budaya ekspresif. Di samping itu unsur-unsur budaya itu juga membawa pengertian dan makna kepada masyarakat yang menghasilkannya. Oleh itu, budaya itu juga boleh diteliti sebagai budaya simbolik. Walau bagaimanapun budaya itu dinamik, iaitu berubah menyesuaikan dengan keperluan masyarakat semasa. Unsur-unsur budaya masa lalu itu merupakan tradisi yang diwarisi dari zaman- berzaman. Dengan berlakunya proses modenisasi dan urbanisasi itu, maka budaya juga turut menyesuaikan dengan perubahan itu. Budaya itu merupakan pernyataan yang diterima dan diberikan pengesahan oleh masyarakat. Sesuatu yang tidak dapat diterima dan diberikan pengesahan oleh anggota-anggota masyarakat maka itu tidak dapat dianggap budaya. Misalnya, perlakuan devian atau bercanggah dengan nilai-nilai sosial tidak dapat dianggap sebagai unsur budaya. Dalam keadaan ini maka terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. Agama dan kepercayaan, tradisi dan persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembinaan budaya bagi sesuatu masyarakat itu. Konsep Industri Industri boleh difahami sebagai kegiatan ekonomi yang dilakukan, dalam proses ekonomi itu, dengan matlamat pengeluaran, baik kebendaan 88 Bab 3.pmd 88 10/6/2009, 3:06 PM
  • 3. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu mahupun perkhidmatan untuk dipasarkan. Kegiatan dalam sesuatu industri itu dapat dikatakan sebagai pengeluaran dan penawaran bahan atau komoditi untuk pasaran, yang juga merupakan kegiatan komersial. Oleh itu, dalam industri itu melibatkan proses pengeluaran, panawaran atau pasaran yang bertujuan untuk mencapai matlamat penambahan nilai- nilai ekonomi. Dalam industri itu adakala dilakukan pengeluaran secara besar- besaran, yang melibatkan pengurusan, teknologi dan sistem pasaran yang kompleks. Kedudukan sesuatu industri itu boleh juga dinilai kepada penawaran bahan-bahan pengeluaran itu, misalnya tersebar luas ke peringkat global. Dalam pengeluaran secara besar-besaran itu melibatkan modal yang besar, tenaga kerja yang ramai, teknologi moden, pasaran dan promosi yang meluas hingga ke peringkat global dan pengiktirafan mutu yang tinggi. Terdapat juga industri yang dilakukan secara kecil-kecilan, iaitu melibatkan rangkaian proses ekonomi yang sederhana, penyebaran dan pasaran yang terbatas, teknologi yang sederhana dan modal yang kecil. Industri kecilan dan sederhana ini turut diberikan penggalakan dan pertolongan daripada kerajaan. Industri peringkat ini juga dikenali sebagai kotej industri, yang mungkin dilakukan di belakang rumah. Perkembangan industri merupakan fenomenon moden yang berkembang pesat berikutan dengan perkembangan ekonomi kapitalis. Kegiatan ini mulai tersebar luas apabila berlaku revolusi industri di Eropah, kemudian pemerintah kolonial membawanya pula ke kawasan-kawasan baru di tanah jajahan mereka. Perkembangan industri itu telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi. Kini dengan perkembangan ekonomi global, peranan industri itu didapati semakin penting dan mendapat kedudukan yang semakin baik. Perkembangan ekonomi moden sangat bergantung kepada pembangunan industri itu. Industri Budaya Pengertian industri budaya hendaklah dibezakan daripada pengertian budaya industri. Kegiatan ekonomi yang menjadikan unsur-unsur budaya itu sebagai bahan komersial atau dikatakan komoditi budaya adalah bersesuain dengan keperluan masyarakat moden dan bandaran yang pesat mengalami perubahan. Perkembangan industri budaya di negara ini boleh dikesan bermula sejak kedatangan kolonial di negara ini. Penawaran bahan-bahan budaya 89 Bab 3.pmd 89 10/6/2009, 3:06 PM
  • 4. Jurnal ASWARA yang dihasilkan daripada industri budaya itu adalah selaras dengan permintaan orang ramai, terutama penduduk bandar yang mengalami perubahan yang pesat. Penawaran bahan-bahan budaya itu umumnya adalah untuk memenuhi atau mengisi keperluan yang lebih tinggi sebagaimana yang dialami penduduk bandar. Jadi, proses modenisasi dan urbanisasi memainkan peranan penting dalam pembangunan industri budaya itu. Misalnya, keperluan bahan-bahan budaya keluaran industri itu adalah untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi. Perkembangan industri budaya itu adalah berasaskan atau berkaitan dengan perkembangan ekonomi kapitalis. Ekonomi kapitalis itu yang mementingkan nilai-nilai tambahan atau keuntungan, mengeksploit keinginan manusia yang lebih tinggi. Kegiatan ekonomi yang berupa intensif modal dan tenaga serta teknologi mampu menghasilkan produk secara besar-besaran dan dengan ini dapat menyebarkan bahan-bahan budaya itu secara meluas, bagi mendapatkan pengguna yang ramai. Masyarakat dan Budaya Melayu Moden Perubahan masyarakat dan budaya memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan industri budaya. Masyarakat Melayu tradisional amat kuat terikat kepada tradisi, iaitu tradisi budaya itu dipertahankan sebagai budaya warisan yang dipeturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Dalam suasana itu, masyarakat berusaha mempertahankan tradisi dan tidak dapat menerima perubahan yang berlaku secara mendadak. Apabila pemerintah kolonial British membawa berbagai perubahan di negara ini, maka orang Melayu juga turut menerima kesan perubahan itu. Pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah colonial di bandar- bandar kolonial, maka itu turut membawa perubahan budaya. Proses modenisasi dan urbanisasi turut dilalui orang Melayu, khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar kolonial itu. Dengan itu juga bermakna masyarakat dan budaya Melayu turut mengalami proses urbanisasi dan modenisasi. Tetapi kampung Melayu tetap mempertahankan tradisi warisan. Di bandar-bandar kolonial itu mulai terdapat penawaran bahan- bahan budaya dikeluarkan oleh industri budaya. Bahan-bahan budaya yang ditawarkan itu dengan jelas menerangkan nilai-nilai kemodenan dan perbandaran. Masyarakat bandaran mulai menyatakan keperluan bahan-bahan budaya moden yang berbeza daripada budaya tradisional 90 Bab 3.pmd 90 10/6/2009, 3:06 PM
  • 5. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu yang masih dipertahankan di peringkat kampung. Namun bahan-bahan budaya yang didatangkan dari barat didapati mendapat minat dan perhatian ramai. Penawaran bahan-bahan budaya barat atau kolonial itu dianggap moden dan maju, tidak sebagaimana budaya Melayu yang dianggap tradisi yang tidak menyatakan kemajuan. Perkembangan budaya bandaran dan budaya moden itu telah memainkan peranan penting dalam mendorongkan perkembangan industri budaya. Dengan ini juga menyatakan bahawa keluaran industri budaya itu menawarkan bahan-bahan budaya yang bersesuaian dengan perubahan nilai masyarakat bandaran dan moden itu. Walau bagaimanapun terdapat usaha menawarkan bahan-bahan budaya Melayu yang disesuaikan dengan keperluan industri budaya yang sedang pesat berkembang itu. Misalnya muzik dan filem Melayu turut dihasilkan berlandaskan perkembangan industri budaya moden itu. Struktur Industri Budaya Penghasilan dan penawaran bahan-bahan budaya dari industri budaya itu adalah berasaskan kepada proses ekonomi sebagaimana industri atau kegiatan komersial bahan-bahan pengguna yang lain. Pengusaha industri budaya mempunyai kepentingan ekonomi, iaitu menanam modal dengan harapan untuk mendapat keuntungan. Pengusaha dengan kerjasama berbagai pihak, seperti artis, orang yang berkebolehan dalam lapangan tertentu berusaha menghasilkan sesuatu untuk ditawarkan kepada orang ramai. Orang ramai sebagai pengguna keluaran industri itu mempunyai cita rasa budaya yang berasaskan keperluan kemodenan, terutama sebagaimana yang dipupuk melalui media massa. Pihak pengusaha menggunakan berbagai kaedah dalam penawaran bahan- bahan budaya itu untuk menarik minat ramai sebagai pengguna. Berbagai usaha dapat dilakukan, misalnya dengan iklan, promosi, publisiti dan seumpamanya untuk memberi maklumat kepada pengguna tentang bahan- bahan budaya yang dikeluarkan itu. Industri budaya itu juga melibatkan kepakaran dalam pengurusan budaya, pengurusan industri, keahlian atau kepakaran dalam bidang- bidang tertentu, kebolehan dalam pemasaran dan kemampuan kreativiti. Bahan-bahan budaya yang ditawarkan itu juga perlu menentukan mutu yang sebaiknya untuk menarik para pengguna. Pembaharuan dan perubahan perlu dilakukan dari masa ke masa agar selaras dengan perubahan cita rasa budaya para pengguna. Penawaran bahan-bahan 91 Bab 3.pmd 91 10/6/2009, 3:06 PM
  • 6. Jurnal ASWARA budaya itu juga berhadapan dengan persaingan di pasaran. Dengan ini pihak pengusaha perlu menyesuaikan dengan perubahan itu yang berlaku di pasaran itu. Unsur-unsur Budaya Tradisi Penghasilan unsur-unsur budaya tradisional adalah berasaskan kepada keperluan mereka yang terlibat atau sedikit untuk pasaran apabila terdapat lebihan. Pengusaha, tukang, artis dan mereka yang ahli dalam bidang tertentu menghasilkan unsur-unsur budaya secara manual berasaskan kemampuan tenaga keluarga, Mereka tidak memberikan perhatian secara serius untuk menawarkan unsur-unsur budaya itu bagi tujuan komersial. Unsur-unsur budaya tradisional itu mempertahankan tradisi. Mereka yang terlibat tidak mampu untuk mengubahnya, kerana itu akan dipandang rendah oleh masyarakat. Misalnya dalam bidang kegiatan seni dan mainan, mereka yang terlibat mengutamakan nilai-nilai sosial, peranan dan kepentingan sosial, bukannya untuk menawarkan secara komersial. Walaupun terdapat usaha kreatif dalam penghasilan itu, tetapi perlu berasaskan kepada struktur tradisi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam budaya tradisi itu. Penawaran unsur-unsur budaya tradisional dilakukan secara sederhana di semua peringkat penghasilannya. Mereka yang terlibat dalam kegiatan budaya itu selalunya secara sambilan. Mereka bergantung hidup kepada kegiatan ekonomi tani yang dilakukan secara sederhana. Mereka yang terlibat dalam kegiatan seni dan mainan sebagai contoh, adalah berasaskan kepada kepentingan minat, pengisian jiwa dan merupakan keperluan yang lebih tinggi. Perancangan Industri Budaya Di peringkat kebangsaan atau nasional, pembangunan industri budaya itu perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi menjaga keharmonian dan kestabilan sosial di peringkat yang luas. Kepentingan kepada perancangan budaya di peringkat kebangsaan turut melibatkan perancangan dalam industri budaya. Kepentingan dalam perancangan industri budaya ini melibatkan berbagai-bagai aspek yang memerlukan strategi sewajarnya. 92 Bab 3.pmd 92 10/6/2009, 3:06 PM
  • 7. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu Penawaran bahan-bahan budaya boleh mempengaruhi kestabilan politik. Terdapat bahan-bahan budaya yang mempunyai nilai-nilai politik yang bertentangan dengan dasar politik negara yang boleh mempengaruhi ramai atau para pengguna. Pengaruh ideologi yang bercanggah dengan dasar politik negara boleh membawa keadaan politik yang tidak stabil. Oleh itu, pengawasan dan pengawalan terhadap bahan-bahan budaya itu perlu dilakukan sepanjang masa bagi menjaga kestabilan politik negara. Perancangan perkembangan industri budaya itu sangat perlu diberikan perhatian atas kepentingan pembangunan ekonomi. Industri budaya sebagai kegiatan ekonomi dapat memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara di samping memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada ramai orang. Usaha menggalakkan perkembangan industri budaya itu diberikan tumpuan oleh kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan ekonomi. Pembangunan industri budaya tempatan perlu ditingkatkan bagi mengimbangi penawaran bahan-bahan budaya yang dibawa dari luar negara. Penawaran bahan-bahan budaya hasil pengeluaran industri budaya perlu diawasi dan dikawal memandangkan bahan-bahan itu boleh membawa kesan-kesan keburukan sosial. Terdapat bahan-bahan budaya yang didatangkan dari negara-negara asing yang tidak sesuai dengan hasrat pembangunan sosial di negara ini. Penawaran bahan-bahan budaya, terutama budaya popular dari negara-negara maju sangat berpengaruh di kalangan muda-mudi negara ini. Di kalangan orang-orang Melayu, terdapat pula bahan-bahan budaya yang ditawarkan atas kepentingan ekonomi kurang memberikan perhatian terhadap nilai-nilai Islam. Misalnya, terdapat bahan-bahan budaya yang kurang moral dan bercanggah dengan ajaran Islam yang disebarkan di pasaran. Penyebaran bahan-bahan budaya secara bebas, tanpa perancangan boleh menjejaskan kepentingan nilai-nilai Islam dan keperluan tempatan. Perkembangan bahan-bahan budaya yang dihasilkan dari industri budaya itu boleh membawa kesan buruk terhadap pembangunan dan pembinaan budaya kebangsaan dalam usaha untuk memperkukuhkan identiti nasional. Dalam kepentingan ini, perancangan pembangunan industri budaya amat penting diberikan perhatian agar perkembangan bahan-bahan budaya itu, terutama yang datang dari negara-negara maju tidak membawa kesan-kesan buruk terhadap pembangunan budaya kebangsaan. Perancangan industri budaya itu amat penting dilakukan di peringkat nasional bagi menjamin pembangunan budaya yang seimbang di negara 93 Bab 3.pmd 93 10/6/2009, 3:06 PM
  • 8. Jurnal ASWARA ini. Perancangan itu sebenarnya tidak terpisah daripada perancangan pembangunan negara umumnya. Dengan perancangan pembangunan yang teratur dan sistematis dapat menjamin keharmonian, kestabilan dan keselamatan bagi masyarakat di negara ini. Budaya Kebangsaan dan Industri Budaya Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, perancangan industri budaya tidak boleh dipisahkan daripada kepentingan atau strategi pembangunan budaya kebangsaan. Budaya kebangsaan ialah suatu konsep yang berasaskan kepada pembinaan budaya yang dapat menyatakan identiti kebangsaan. Orang Melayu menyedari tentang keperluan pembinaan budaya kebangsaan semasa pemerintahan kolonial British dahulu lagi, berikutan dengan kemunculan semangat nasionalisme yang semakin meningkat. Pembinaan budaya kebangsaan kepada orang Melayu adalah keperluan untuk mengembalikan kekuatan kemelayuan di negara ini berikutan pengaruh budaya kolonial yang semakin meluas di bandar-bandar kolonial itu. Perjuangan orang Melayu untuk membina budaya kebangsaan hanya mendapat perhatian kerajaan pada tahun 1970, berikutan perlaksanaan DEB. Pembinaan budaya kebangsaan itu adalah atas kepentingan atau keperluan untuk menyatakan identiti kebangsaan atau Malaysia. Budaya kebangsaan itu juga diharapkan dapat memainkan peranan dalam membina intergrasi kaum di negara ini. Dan seterusnya budaya kebangsaan juga merupakan saluran dalam memupuk nilai-nilai taat setia kepada negara dan mengenali sejarah negara dengan lebih dekat. Pembinaan budaya kebangsaan itu adalah berasaskan prinsip-prinsip yang telah dipersetujui bersama. Pertama, budaya kebangsaan itu berasaskan kepada budaya penduduk asal di negara ini. Kedua, budaya kebangsaan itu tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ketiga, unsur- unsur budaya lain yang dapat diterima bersama tetapi tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam juga boleh diterima sebagai budaya kebangsaan. Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip yang telah ditetapkan itu menghadapi berbagai masalah dalam perlaksanaannya. Perkara tentang kebudayaan ini tidak semudah sebagaimana bahasa kebangsaan dalam perlaksanaannya. Terdapat berbagai masalah dalam usaha perlaksanaan budaya kebangsaan itu di peringkat nasional, terutama apabila berhadapan dengan penduduk negara ini yang terdiri daripada berbagai kaum. 94 Bab 3.pmd 94 10/6/2009, 3:06 PM
  • 9. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu Satu daripada usaha membangunkan budaya kebangsaan ialah menggalakkan perkembangan budaya tradisi penduduk asal negara ini atau lebih khusus ialah budaya Melayu tradisional. Kementerian Kebudayaan yang ditubuhkan oleh kerajaan salah satu daripada matlamatnya ialah untuk menggalakkan perkembangan budaya Melayu tradisonal, misalnya dengan memberikan pertolongan dalam berbagai bentuk supaya kegiatan kesenian dan mainan tradisional itu dapat diperkembangkan dan mendapat perhatian orang ramai. Kedudukan Budaya Melayu Tradisional Dalam bidang seni dan mainan sebagai bahagian daripada kebudayaan Melayu tradisional kini kurang mendapat perhatian dan minat ramai, terutama di kalangan golongan muda-mudi. Permasalahan ini berkaitan dengan perkembangan pesat penawaran bahan-bahan budaya yang dianggap moden dari industri budaya. Unsur-unsur budaya tradisional selalu dianggap ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai dengan kemajuan yang dilalui masyarakat hari ini. Penawaran bahan-bahan budaya popular yang dianggap maju dan moden diutamakan oleh orang ramai. Malahan media massa memainkan peranan penting dalam mempopularkan bahan- bahan budaya itu. Generasi muda kurang didedahkan dengan unsur-unsur budaya tradisional yang menyebabkan mereka tidak mengenali dan menghayati unsur-unsur budaya tradisional itu. Mereka tidak dapat mengenali tradisi budaya Melayu, oleh itu mereka tidak meminatinya. Mereka yang ahli dan berkebolehan dalam kegiatan budaya tradisional itu didapati kian berkurangan. Golongan muda pula tidak menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam kegiatan itu. Keadaan ini telah menimbulkan permasalahan dalam usaha pihak yang mahu menggalakkan perkembangan budaya tradisional itu, walaupun berbagai usaha telah dilakukan. Memandangkan berbagai masalah yang dihadapi dalam membangunkan budaya Melayu tradisional itu, maka terdapat juga usaha untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada penghasilan budaya tradisional itu, iaitu dengan menggabungkan Kementerian Kebudayaan dengan Pelancongan. Dalam strategi ini bahan-bahan budaya itu digalakkan perkembangan secara komersial, iaitu berusaha menawarkan bahan-bahan budaya kepada para pengguna, terutama pelancong- pelancong dari luar negara dan dalam negara. 95 Bab 3.pmd 95 10/6/2009, 3:06 PM
  • 10. Jurnal ASWARA Sebagaimana telah dinyatakan di atas bahawa permasalahan utama dalam perkembangan budaya tradisional itu ialah persaingan dengan perkembangan pesat budaya popular yang membawa nilai-nilai kemodenan dan kemajuan. Industri Budaya: Bahan-bahan Budaya Tradisional Penghasilan unsur-unsur budaya tradisional sangat terikat kepada peranan dan kepentingan masyarakat masa itu, iaitu unsur-unsur budaya itu dihasilkan atas keperluan peranan dan kepentingan unsur-unsur budaya itu yang dipertahankan tradisi sebagaimana yang diwarisi. Anggota- anggota masyarakat membina cita rasa budaya berasaskan tradisi yang diwarisi. Perubahan yang berlaku agak perlahan, tetapi teras kepada tradisi itu dipertahankan dalam usaha mereka mempertahankan identiti. Unsur-unsur budaya tradisional yang dihasilkan tidak menekankan kepada nilai-nilai tambahan, iaitu dari segi ekonomi. Misalnya, dalam bidang seni dan mainan, mereka terlibat atas kepentingan minat. Mereka terlibat dalam kegiatan-kegiatan seni dan mainan misalnya, adalah berasaskan kepada keperluan yang lebih tinggi. Walaupun, adakala hasil itu dipasarkan tetapi sekadar usaha tambahan, tanpa memberikan perhatian khusus untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada hasilan mereka itu. Berasaskan pandangan seperti di atas itu, maka penghasilan budaya Melayu tradisional itu tidak mampu disebarkan secara meluas. Malahan penghsilan bahan-bahan budaya tradisional itu dilakukan secara manual yang tidak mampu dihasilkan secara banyak. Apabila bahan-bahan budaya tradisional itu berhadapan dengan perkembangan budaya moden, terutama budaya popular maka kedudukan budaya Melayu tradisional itu sentiasa ketinggalan dan tidak diberikan perhatian, terutama orang- orang muda. Untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada kegiatan dan penghasilan unsur-unsur budaya tradisional, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pernah berusaha menggalakkan perkembangan budaya tradisional untuk diberikan nilai-nilai ekonomi agar dapat ditingkatkan perkembangan budaya warisan, sebagaimana telah dinyatakan bagi kepentingan pembangunan budaya nasional. Bagi kepentingan mengembangkan kegiatan budaya tradisional itu berbagai usaha pernah dilakukan, terutama oleh pihak kerajaan dan 96 Bab 3.pmd 96 10/6/2009, 3:06 PM
  • 11. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu badan-badan kebudayaan. Namun sambutan yang diberikan orang ramai masih tidak menggalakkan. Banyak usaha menghasilkan bahan-bahan budaya tradisional yang dilakukan secara komersial kesan daripada dorongan yang diberikan oleh kerajaan. Tetapi kemudian didapati tidak banyak daripada kegiatan itu yang berjaya dalam konteks sebagai kegiatan industri budaya. Antara kegiatan menghasilkan bahan-bahan budaya tradisional secara komersial termasuk kraftangan, batik, pertukangan, ukir-mengukir, membuat pasu, dan berbagai jenis makanan dan minuman. Walaupun terdapat industri itu yang diberikan sokongan dan galakan dari pihak kerajaan, tetapi tidak banyak yang berjaya dari segi ekonomi.Industri budaya Melayu tradisional menghadapi berbagai permasalahan, yang bukan sahaja tentang kurang permintaan ramai, malahan turut melibatkan berbagai aspek tentang bahan-bahan budaya yang dihasilkan itu. Budaya Tradisional dan Budaya Moden Perkembangan industri budaya moden membawa ciri-ciri yang berbeza daripada penghasilan budaya Melayu tradisional. Suatu aspek yang menimbulkan permasalahan ialah sejauh mana budaya tradisional itu boleh disesuaikan dengan pembangunan budaya moden. Dalam perkembangan industri budaya moden, penekanan ekonomi atau nilai-nilai tambahan diberikan keutamaan. Oleh itu pengusaha industri budaya moden amat peka kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Sejauh mana budaya tradisional itu dapat disesuaikan dengan perubahan bagi menjamin penerimaan orang ramai, iaitu dalam usaha menarik ramai para pengguna adalah ditentukan oleh orang ramai.. Terdapat pandangan atau pendapat dari kalangan yang berpegang kuat kepada tradisi menyatakan bahawa segala unsur budaya tradisional itu tidak patut diubahsuaikan dengan kemodenan. Mereka berpendapat segala unsur budaya tradisional itu perlu mengekalkan ciri-ciri tradisional agar tidak akan hilang identitinya kemudian.Segala unsur budaya tradisional yang diwarisi itu dikatakan patut dikekalkan keasliannya. Usaha mempertahankan kemurnian tradisi itu merupakan perjuangan bagi golongan yang ingin mempertahankan tradisi yang diwarisi itu. Golongan yang lebih liberal berpendapat budaya itu perlu berubah menyesuaikan dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, golongan ini menyatakan bahawa segala unsur budaya tradisi itu perlu diubah suai 97 Bab 3.pmd 97 10/6/2009, 3:06 PM
  • 12. Jurnal ASWARA mengikut keperluan masyarakat semasa,. Dengan itu budaya Melayu dapat berkembang selaras dengan kemajuan yang dilalui masyarakat Melayu hari ini.Berasaskan pandangan ini industri budaya Melayu tradisional boleh ditingkatkan dengan cara melakukan perubahan selaras dengan cita rasa budaya para pengguna, sebagaimana pengalaman dalam pembangunan budaya popular. Walau bagaimanapun, perkembangan industri budaya tradisional tidak mampu bersaing dengan perkembangan budaya popular semasa. Dalam pembangunan industri budaya popular atau budaya moden, bahan- bahan budaya yang ditawarkan di pasaran sentiasa mengambil kira keperluan atau permintaan ramai. Nilai-nilai sosial yang diberikan terhadap budaya tradisional itu adalah berbeza daripada budaya popular moden. Budaya tradisional membawa nilai-nilai sosial yang menekankan kepentingan warisan, identiti, dan keperibadian nasional. Permasalahan Industri Budaya Tradisional Dalam pembangunan industri budaya Melayu tradisional yang pernah diusahakan oleh pengusaha-pengusaha Melayu menghadapi berbagai masalah. Pengusaha-pengusaha Melayu yang pernah terlibat dalam industri budaya tradisional selalunya merupakan kegiatan secara kecil- kecilan, yang mempunyai keupayaan yang terbatas dari segi modal, tenaga dan teknologi serta pasaran Oleh itu kegiatan komersial itu tidak mampu berkembang dengan baik. Pengusaha industri itu umumnya kurang pengalaman dalam bidang pengurusan walaupun pengusaha itu mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang menghasilkan bahan-bahan budaya itu. Sebagai contoh kita teliti kes pengusaha seni persembahan makyung. Pengusaha itu ialah pemain utama kumpulan makyung itu. Beliau sebagai pengusaha melakukan pengurusan kumpulan, meliputi berbagai aspek persembahan, pemasaran, dan promosi di samping beliau sebagai pelakon utama dalam kumpulan itu. Beliau menguruskan kewangan secara sendirian tanpa mempunyai kaedah perkiraan yang sistematis, beliau juga menguruskan tenaga sokongan dalam kumpulannya secara amalan tradisi seperti kerjasama dan tolong-menolong, dan beliau juga menguruskan tentang peralatan dan persembahan yang perlu dilakukan. Umumnya, pengusaha dalam kes ini sebagaimana juga ketua kumpulan persembahan mak yong masa lalu umumnya tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kaedah pengurusan moden 98 Bab 3.pmd 98 10/6/2009, 3:06 PM
  • 13. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu sebagaimana pengurusan budaya dalam industri budaya moden hari ini. Seorang pengusaha yang melakukan berbagai urusan dan kegiatan secara sendirian tanpa mempunyai sistem atau kaedah bermakna beliau tidak mampu untuk meningkatkan industri itu sebagai suatu industri dalam konteks perniagaan moden, walaupun harapannya untuk menjadikan seni persembahan itu sebagai kegiatan komersial. Dalam penawaran bahan-bahan budaya tradisional tidak pernah dilakukan secara sistematis mengikut perkembangan industri moden, melainkan berasaskan kepada kaedah atau amalan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman. Industri budaya tradisional itu biasanya dilakukan secara kecil-kecilan, sebagai kegiatan dalam jangka pendek. Misalnya, dalam pertukangan besi membuat parang, kapak, dan sebagainya, tukang itu menghasilkan barangan itu mengikut kemampuannya. Tukang itu selalunya tidak berhajat untuk memperbesarkan kegiatan itu dengan mengupah pekerja-pekerja tambahan. Begitu juga kurang usahanya untuk meningkatkan penggunaan teknologi yang lebih tinggi didapati di luar kemampuan tukang-tukang tradisional itu. Malahan apabila melibatkan teknologi yang lebih tinggi itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran. Ini didapati tidak mampu diikuti oleh mereka itu. Industri budaya tradisional itu berhadapan dengan persaingan dengan penawaran bahan-bahan budaya moden yang membawa nilai- nilai kemajuan dan pembangunan. Mereka yang terlibat dalam industri budaya tradisional itu tidak mampu untuk mengikuti arus perkembangan kemodenan, misalnya dari segi membawa perubahan kepada bahan- bahan budaya tradisional itu mengikuti arus kemajuan dan perkembangan kemodenan. Misalnya, orang Melayu telah lama terlibat dalam kegiatan menghasilkan berbagai herba yang boleh memberikan sumbangan dalam penjagaan kesihatan. Penawaran bahan-bahan itu dilakukan secara tradisional, misalnya dari segi kaedah membuatnya, dan cara mengedarkan bahan-bahan itu di pasaran. Tidak banyak perubahan yang dilakukan dari generasi ke generasi, perusahaan itu dilakukan secara kecil-kecilan dengan menggunakan teknologi sederhana. Walaupun kini penawaran bahan-bahan itu dilakukan secara komersial tetapi tidak banyak perubahan yang dilakukan bagi menyesuaikan dengan perkembangan moden. Tiada penyelidikan yang dilakukan bagi tujuan memahami khasiat bahan yang ditawarkan itu. Dalam penggunaan bahan- bahan itu tiada ukuran jelas yang digunakan, malahan tempoh penggunaannya juga tidak dapat ditentukan. Perkembangan industri budaya moden kini mengambil kira berbagai- bagai aspek dalam pemasaran. Kaedah pemasaran tradisional tidak 99 Bab 3.pmd 99 10/6/2009, 3:06 PM
  • 14. Jurnal ASWARA mampu diteruskan lagi dalam perkembangan ekonomi moden kini. Penawaran bahan-bahan budaya secara kecil-kecilan terbatas kepada para pengguna dalam kawasan tertentu. Malahan tidak didapati usaha untuk menyebarkan pengeluaran atau bahan-bahan budaya secepat mungkin. Penyebarannya dilakukan dari mulut ke mulut secara sederhana berasaskan kepada kemampuan pengeluaran. Pembangunan Industri Budaya Moden Sebagaimana yang telah diperkatakan sebelum ini bahawa perkembangan ekonomi kapitalis memainkan peranan penting dalam pembangunan industri budaya. Atas kepentingan ekonomi, kemudahan teknologi moden dan perubahan sosial telah memainkan peranan penting dalam membawa perkembangan industri budaya. Proses modenisasi dan urbanisasi yang dilalui masyarakat turut mendorongkan penawaran bahan-bahan budaya itu. Bahan-bahan budaya mulai menjadi suatu keperluan dalam perubahan itu. Penduduk bandar memerlukan sesuatu untuk mengisi masa, misalnya semasa cuti, masa lapang waktu petang dan malam. Bahan-bahan budaya itu juga sebagai keperluan yang lebih tinggi yang dapat memberikan kepuasan, hiburan dan melayan perasaan. Keinginan manusia yang tidak terbatas itu telah memberikan peluang kepada pihak pengusaha industri budaya menghasilkan sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai. Proses modenisasi dan urbanisasi telah membawa perubahan kepada cita rasa budaya penduduk bandar. Mereka tidak lagi terikat kepada nilai-nilai tradisi, tetapi berusaha melakukan pembaharuan, mencari sesuatu yang dianggap moden dan maju sesuai dengan perubahan. Oleh itu pihak pengusaha industri budaya sentiasa berusaha melakukan perubahan bersesuaian dengan perubahan selera atau cita rasa budaya orang ramai. Atas kepentingan itu juga industri budaya memainkan peranan penting untuk melakukan perubahan dari masa ke masa, maka seterusnya menjadikan kedudukan budaya itu amat dinamik. Perkembangan teknologi moden telah memberikan kekuatan kepada pembangunan industri budaya. Malahan, dalam perkembangan teknologi moden itu sentiasa memberikan perhatian terhadap kepentingan nilai- nilai tambahan. Dengan nilai-nilai ekonomi yang diberikan kepada perkembangan teknologi moden telah mendorongkan pesatnya perkembangan teknologi itu. Dengan kemudahan teknologi moden itu dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia yang banyak, dapat mengeluarkan bahan-bahan budaya secara banyak dengan mutunya dapat 100 Bab 3.pmd 100 10/6/2009, 3:06 PM
  • 15. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu dikawal. Selain itu kemudahan teknologi itu juga membolehkan penyebaran bahan-bahan budaya itu dilakukan dengan meluas dalam jangka masa yang singkat. Penyebarannya dapat dilakukan secara berkesan. Kemudahan teknologi moden itu juga menyokong kepada kekuatan sistem pemasaran yang lebih berkesan. Bahan-bahan budaya dapat ditingkatkan publisiti, promosi dan iklan melalui teknologi moden itu. Misalnya, iklan dan penyebaran maklumat dapat dilakukan secara meluas dan berkesan melalui media massa seperti media elektronik. Selain itu, dengan kemudahan teknologi moden itu juga meningkatkan kaedah pemasaran, seperti menyediakan pembungkusan dan analisis konteks bahan budaya yang dihasilkan itu. Pembangunan industri budaya menawarkan bahan-bahan budaya secara komersial, pihak pengusaha industri sentiasa memberikan perhatian kepada nilai-nilai tambahan, iaitu pulangan ekonomi yang lebih baik. Pengusaha berusaha memahami keperluan atau permintaan para pengguna dan dengan itu pengusaha berusaha menawarkan bahan-bahan budaya selaras dengan cita rasa budaya para pengguna atau orang ramai itu. Walau bagaimanapun pihak pengusaha mempunyai sasaran pengguna yang akan menggunakan bahan-bahan budaya keluarannya itu. Misalnya, pengguna itu boleh terdiri daripada kumpulan wanita, orang muda, kanak- kanak atau muda-mudi. Selain itu pengusaha juga menimbangkan kelompok berasaskan kelas sebagai penggunanya. Bagi bahan-bahan budaya untuk golongan berada atau kelas atasan, mutu dan harga atau kos bahan itu menjadi pertimbangan utama. Golongan itu pula berusaha mempertahankan kedudukan mutu bahan-bahan budaya yang diaggap eksklusif untuk kelompok mereka. Tetapi rata-rata pengusaha industri budaya itu mahukan bahan-bahan budaya keluaran mereka itu mendapat tempat sebagai budaya popular, iaitu yang diminati ramai. Malahan, dengan itu produknya dapat ditingkatkan kuantiti, yang mempengaruhi harga di pasaran lebih rendah yang mampu dibeli atau dimiliki orang ramai. Walau bagaimanapun cita rasa budaya para pengguna memainkan peranan penting dalam mempengaruhi industri budaya itu. Industri Budaya dan Budaya Popular Budaya popular secara mudah bermaksud unsur-unsur budaya yang diminati ramai atau majoriti anggota-anggota masyarakat. Fenomenon budaya popular diminati semua kelompok dalam masyarakat tanpa mengira kelas atau kelompok sosial. Perkembangan budaya popular yang 101 Bab 3.pmd 101 10/6/2009, 3:06 PM
  • 16. Jurnal ASWARA amat pesat dalam masyarakat moden kini didorongkan oleh beberapa faktor yang menyokong perkembangan budaya itu. Pertama, perubahan masyarakat, iaitu proses modenisasi dan urbanisasi masyarakat itu membawa perubahan kepada minat unsur-unsur budaya moden itu. Kedua, perkembangan teknologi moden membolehkan pengeluran dilakukan secara banyak dan penawaran bahan-bahan budaya dapat disebarkan secara berkesan. Ketiga, perkembangan ekonomi kapitalis telah memainkan peranan penting dalam pembinaan industri budaya. Bahan-bahan budaya ditawarkan secara komersial. Nilai-nilai tambahan sentiasa diberikan tumpuan oleh pengusaha industri budaya. Industri budaya yang mementingkan pulangan ekonomi menjadikan bahan-bahan budaya sebagai komoditi, iaitu bahan-bahan budaya yang ditawarkan secara komersial. Sebagai kegiatan industri, pihak pengusaha berusaha menawarkan sebanyak mungkin bahan budaya, dan ini bermakna mereka memerlukan para pengguna yang ramai. Dalam konteks ini pihak pengusaha berusaha menjadikan bahan budaya itu popular, iaitu diminati ramai. Dengan ini juga bermakna industri budaya itu mendorongkan perkembangan budaya popular. Atas kepentingan mendapatkan pengguna yang ramai itu, industri budaya selalu menggunakan berbagai kaedah untuk mendapat perhatian orang ramai, terutama dengan mengeksploit keinginan semula jadi manusia. Misalnya, perkara-perkara sensasi, keinginan seks dan sesuatu yang glamour selalu diberikan perhatian oleh pengusaha industri budaya. Berkaitan dengan ini kerapkali pengkritik sosial selalu menganggap penawaran bahan budaya itu kurang memberikan perhatian tentang mutu dan nilai seni, tetapi mengutamakan keperluan orang ramai. Juga selalu diperkatakan industri budaya itu kurang menimbangkan tentang kepentingan sosial, misalnya masalah sosial di kalangan muda-mudi selalu dikaitkan dengan penawaran bahan-bahan budaya yang kurang menimbangkan kepentingan sosial. Dalam industri muzik sebagai contoh, kerapkali pertimbangan seni kurang diberikan perhatian, tetapi lebih menekankan minat ramai, terutama golongan muda-mudi. Penawaran bahan seperti filem dan bahan bercetak kerapkali pengusaha memberikan perhatian terhadap perkara-perkara sensasi dan keinginan seks. Terdapat berbagai kritik terhadap perkembangan industri budaya dan budaya popular. Sejak awal perkembangan ekonomi kapitalis di Eropah yang mendorongkan perkembangan industri budaya telah mendapat kritik dari kalangan sarjana waktu itu. Mereka menganggap perkembangan budaya popular itu adalah agenda kapitalis dan politik yang berkaitan dengan tujuan untuk melekakan orang ramai daripada menumpukan perhatian 102 Bab 3.pmd 102 10/6/2009, 3:06 PM
  • 17. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu terhadap perkembangan politik dan ekonomi kapitalis. Fenomenon ini dianggap sebagai penindasan dan eksploitasi kapitalis. Perkembangan industri budaya moden dan penawaran bahan-bahan budaya popular di negara ini juga selalu dikaitkan dengan permasalahan sosial, iaitu kesan-kesan yang dibawa oleh fenomenon itu. Misalnya, muzik, filem, bahan-bahan bercetak, fesyen, penjagaan kecantikan dan perhiasan diri di kalangan muda-mudi yang dianggap menjejaskan moral dan akhlak golongan muda-mudi adalah kesan daripada perkembangan bahan-bahan budaya popular, terutama yang dibawa dari barat. Permasalahan ini bukanlah perkara baru dalam masyarakat Melayu yang mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Isu tentang bahan-bahan budaya popular atau bahan-bahan industri budaya yang datang dari barat semasa pemerintahan kolonial dahulu telah menimbulkan perbincangan di kalangan bijak pandai Melayu. Bahan-bahan industri budaya popular selalu dianggap bermutu rendah, tiada nilai seni, dan dianggap seperti sampah yang boleh membawa kesan buruk kepada orang ramai. Sedangkan budaya tinggi selalu dianggap bermutu tinggi dan membawa kesan yang baik kepada orang ramai. Kritik dan komen tentang budaya popular yang dibawa oleh industri budaya itu datangnya dari kalangan golongan elit atau dari kelas sosial yang tinggi. Sedangkan bahan-bahan budaya popular itu terus mendapat minat ramai. Sumbangan Industri Budaya Bahan-bahan budaya keluaran industri budaya disebarkan secara meluas dapat mengisi berbagai keperluan orang ramai. Misalnya, penawaran bahan-bahan hiburan dengan jelas dapat memberikan kepuasan kepada para pengguna. Industri budaya dapat menawarkan bahan-bahan budaya yang mampu dibeli oleh orang ramai. Bahan-bahan budaya yang berupa budaya popular dapat mengurangkan kos kepada para pengguna berikutan dengan penawaran bahan-bahan budaya yang dikeluarkan dengan banyak. Di samping peranan industri budaya dalam pembangunan ekonomi, iaitu dari segi peluang-peluang pekerjaan dan sumbangan ekonomi kepada negara, pembangunan industri budaya itu juga dapat mendorongkan dinamiknya perubahan budaya. Proses penciptaan dan kreatif yang pesat berlaku itu menjadikan budaya itu amat pesat mengalami perubahan dan pembangunan. Misalnya dalam industri muzik, filem, bahan-bahan perhiasan, penjagaan kesihatan dan sebagainya. 103 Bab 3.pmd 103 10/6/2009, 3:06 PM
  • 18. Jurnal ASWARA Industri budaya mendorongkan perkembangan bahan-bahan budaya popular, iaitu penawaran bahan-bahan budaya dapat dilakukan dengan meluas, merintasi kelompok-kelompok sosial. Dengan ini juga bahan- bahan budaya itu memainkan peranan dalam membawa pembinaan nilai- nilai sosial yang standard, yang juga bermakna dapat membina perpaduan sosial dan memperkukuhkan hubungan sosial di kalangan anggota-anggota masyarakat. Melaluinya juga dapat memupuk nilai-nilai kemodenan dan pembangunan serta pembandaran di kalangan orang ramai sebagai para pengguna. Bahan-bahan budaya yang ditawarkan kepada ramai itu selaras dengan perubahan dan perkembangan cita rasa budaya orang ramai. Perkembangan industri budaya memberikan peluang orang ramai mengisi keperluan hidup yang lebih tinggi, mengisi masa lapang, hiburan dan keperluan mengisi keinginan dan kepuasan emosi. Industri budaya melahirkan budaya ekspresif yang membolehkan anggota-anggota masyarakat melaluinya melahirkan perasaan, pemikiran, kreativiti, atau menyatakan aspek kejiwaan. Perkembangan industri budaya itu memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dan pembangunan masyarakat dan budaya dalam konteks yang lebih luas. Penawaran bahan-bahan budaya itu dapat meningkatkan kualiti hidup anggota-anggota masyarakat. Dalam pembangunan industri budaya itu, terutama dalam mendorongkan perkembangan budaya popular, boleh dilihat dan dianalisis kesan-kesan baik dan juga kesan-kesan buruknya. Walaupun pengusaha industri budaya itu berusaha mengeksploit keinginan orang ramai, tetapi mereka juga tertakluk kepada peraturan sosial, undang-undang dan nilai- nilai sosial serta agama. Pihak berkuasa dan orang ramai sentiasa memainkan peranan penting dalam menentukan penyebaran bahan-bahan budaya itu sesuai tidak menimbulkan kesan-kesan buruk kepada orang ramai. Globalisasi Industri Budaya Kini penyebaran bahan-bahan budaya yang dikeluarkan oleh industri budaya itu berlaku begitu meluas, meliputi seluruh dunia secara global. Negara-negara maju, terutama barat telah memainkan peranan penting dalam pembangunan industri budaya. Penawaran bahan-bahan industri budaya dari negara-negara maju itu tersebar secara global. Mereka menguasai ekonomi dan turut memainkan peranan dalam menyebarkan pengaruh budayanya ke negara-negara lain secara global. 104 Bab 3.pmd 104 10/6/2009, 3:06 PM
  • 19. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu Negara-negara maju menguasai ekonomi dan teknologi mampu menguasai ekonomi global. Pembangunan industri budaya dari negara- negara maju itu amat pesat kerana mereka menguasai pasaran yang meluas atau global. Kemajuan teknologinya juga turut memainkan peranan dalam menawarkan bahan-bahan budaya yang dianggap moden dan maju yang dengan mudah dapat mempengaruhi penduduk di negara-negara sedang membangun. Dengan ini bermakna negara-negara maju, sejak zaman colonial dahulu terus menguasai ekonomi, mempengaruhi budayanya kepada negara-negara yang sedang membangun, seperti Malaysia. Penyebaran bahan-bahan budaya negara-negara maju secara global itu juga turut mempengaruhi penyebaran ideologi politiknya. Misalnya, melalui filem mereka dapat memupuk nilai-nilai politik mereka secara global. Sebagai contoh, penyebaran bahan-bahan budaya dari barat telah berkembang pesat sejak zaman pemerintahan colonial dahulu lagi. Bahan- bahan budaya yang dibawa dari barat itu dipandang tinggi dan dihormati oleh penduduk tempatan. Bahan-bahan budaya itu dianggap moden dan maju, sesuai dengan perubahan yang dilalui masyarakat. Penduduk negara ini menerimanya dengan baik, malahan penyebaran bahan-bahan budaya barat itu juga mempengaruhi perkembangan budaya Melayu, iaitu penawaran bahan-bahan budaya Melayu turut disesuaikan dengan perubahan yang berasaskan budaya barat itu. Dengan kata lain perkembangan budaya barat yang sangat berpengaruh itu turut mempengaruhi perkembangan industri budaya Melayu, seperti filem, muzik, bahan-bahan bercetak dan perhiasan diri. Pengaruh perkembangan industri budaya barat itu terus berlaku hingga kini. Masyarakat Melayu terus memandang tinggi dan menghormati bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu, yang dianggap perkembangan budaya global itu. Malahan penyebaran bahan- bahan budaya barat itu terus mempengaruhi perkembangan industri budaya tempatan. Walau bagaimanapun bijak pandai tempatan tetap memainkan peranan penting dalam mengolah dan menyesuaikan penawaran bahan-bahan budaya Melayu dalam menyatakan identiti Melayu itu. Proses kreativiti mampu mempertingkat perkembangan budaya Melayu dalam usaha mereka menyesuaikan dengan perkembangan industri budaya di peringkat global itu. Sejak awal penyebaran bahan-bahan budaya dari barat telah menimbulkan krisis identiti di kalangan orang-orang Melayu. Golongan tua melihat pengaruh barat itu membawa kesan buruk kepada orang Melayu, misalnya terdapat bahan-bahan budaya yang dianggap moden 105 Bab 3.pmd 105 10/6/2009, 3:06 PM
  • 20. Jurnal ASWARA dan maju itu bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tradisi budaya Melayu. Di kalangan orang muda pula, terutama yang terpengaruh dengan kemodenan dan kemajuan barat itu menerima dengan baik bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu. Perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan, seperti pendidikan moden merupakan sokongan kuat terhadap perkembangan budaya barat itu. Berasaskan nilai-nilai sosial yang sama mendorongkan bahan-bahan budaya barat terus mendapat tempat yang baik di kalangan penduduk tempatan hingga kini. Walau bagaimanapun usaha memilih dan menyesuaikan bahan-bahan budaya global itu dengan keperluan dan kepentingan tempatan sentiasa diberikan pertimbangan. Bahan-bahan budaya yang berkembang secara global itu diberikan pertimbangan dari segi kesan-kesan sosialnya, terutama apabila bahan-bahan itu bercanggah dengan ajaran Islam, orang Melayu tidak dapat menerimanya. Dalam penyebaran bahan-bahan budaya global itu, adakala tidak dapat dikawal atau di luar daripada kemampuan mengawalnya, misalnya bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui internat terdapat bahan- bahan yang amat tidak sesuai dengan budaya Melayu dan ajaran Islam. Dalam keadaan ini, anggota-anggota masyarakat perlu diberikan pendidikan atau dipupuk dengan nilai-nilai yang sewajarnya, agar mereka dapat melakukan pemilihan atau membezakan antara bahan-bahan yang baik dan yang tidak baik. Perkembangan bahan-bahan budaya yang dibawa dari negara- negara maju itu, seperti barat adakala bahan-bahan budaya itu tidak sesuai dengan tradisi budaya Melayu, misalnya dalam fesyen pakaian, makanan atau perhiasan diri terdapat bahan-bahan yang bercanggah dengan nilai- nilai budaya dan Islam, menyebabkan orang Melayu terpaksa melakukan penyesuaian dalam proses penerimaan peubahan budaya untuk menyatakan pembangunan dan perubahan yang sewajarnya. Kesan Industri Budaya Global Perkembangan industri budaya dan penyebaran bahan-bahan budaya dari negara-negara maju di negara ini tidak dapat dinafikan telah mempengaruhi perkembangan industri budaya Melayu itu sendiri. Pengusaha-pengusaha industri budaya Melayu turut mempelajari perjalanan atau corak industri budaya negara maju yang telah berjaya. Kesannya, pengusaha tempatan berusaha mempelajari dan memahami budaya industri budaya telah berjaya. 106 Bab 3.pmd 106 10/6/2009, 3:06 PM
  • 21. Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu Industri budaya di negara-negara maju telah membuktikan kejayaan berasaskan pengalaman pengusaha-pengusaha dalam bidang-bidang penting dalam pengurusan industri. Mereka berjaya menggabungkan berbagai kaedah dalam menguruskan teknologi, tenaga kepakaran, modal, pemasaran dan kewangan yang berkesan. Mereka menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam dan meluas dalam bidang industri budaya yang menjadi tumpuan itu. Di samping itu mereka sentiasa meningkatkan peyelidikan dan pembangunan dalam bidangnya bagi menentukan penghasilan bahan-bahan budaya yang bermutu tinggi untuk dapat diterima oleh orang ramai. Pada peringkat awal perkembangan industri moden di negara ini semasa pemerintahan kolonial British dahulu, orang Melayu tidak berkebolehan dalam kegiatan industri. Misalnya, apabila industri filem dan muzik mula berkembang di negara ini orang Melayu tidak berkebolehan menguasai teknologi moden, tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan budaya moden, tetapi mereka hanya mampu menawarkan tenaga untuk berlakon dan menyanyi. Hanya akhir-akhir ini orang Melayu mampu menguasai ilmu teknologi moden dan turut berpengalaman dalam pengurusan industri budaya. Namun pencapaian orang Melayu dalam indusrti budaya masih di peringkat awal. Mereka memerlukan lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang- bidang yang berkaitan. Perkembangan dan kejayaan industri budaya global dalam berbagai- bagai bidang telah turut mendorongkan orang Melayu mempelajarinya dan berusaha mencari pengisian industri berasaskan bahan-bahan budaya tempatan, terutama yang telah menjadi amalan orang Melayu sejak lama dahulu. Orang Melayu menyedari bahawa mereka mempunyai banyak warisan tradisi yang boleh diterokai untuk pembangunan industri. Tetapi mereka memerlukan bantuan kepakaran dari berbagai pihak, terutama untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan bahan-bahan budaya tradisional. Perkembangan dan penyebaran bahan-bahan budaya di peringkat global itu juga memberikan pengajaran kepada pengusaha-pengusaha industri tempatan mempelajari tentang strategi dan kaedah pemasaran yang berkesan, bukan sahaja pemasaran di peringkat lokal, malahan berusaha untuk menerokai pasaran yang lebih luas. Perkembangan industri budaya global itu melibatkan penggunaan teknologi tinggi yang sentiasa menyesuaikan dengan perkembangan teknologi dan ilmu moden hasil penyelidikan yang berterusan. Pengusaha Melayu berusaha mempelajari dan menguasai teknologi moden, serta 107 Bab 3.pmd 107 10/6/2009, 3:06 PM
  • 22. Jurnal ASWARA ilmu pengetahuan moden yang sewajarnya menyesuaikan dengan kegiatan menghasilkan bahan-bahan budaya. Bidang pengurusan yang berkesan juga adalah sebahagian penting dalam bidang industri budaya. Rujukan Bigsby, C.W.S. (ed.) (1977). Approaches to popular culture, Bowling Green, Ohio Popular Press. Brandon, James K. (ed.) (1971). The performing arts in Asia, UNESCO. Browne, Ray (ed) (1973). Popular culture and expanding consciousness, Bowling Green. Butcher, John G. (1979). The British in Malaya 1880-1941, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Gullick, J.M. (1987). Malay society in the late 19 th century, the beginning of change, Singapore: Oxford University Press. WAN ABDUL KADIR, Akademi Pengajian Melayu. 108 Bab 3.pmd 108 10/6/2009, 3:06 PM