SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
TEMA 3 : KETELUSAN DALAM MENGURUS DAN MENTADBIR.
TAJUK ISU : AKAUNTABILITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN DAN
PERAKAUNAN WANG SEKOLAH.
1. PENGENALAN.
Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang mentadbir harta
benda dan kewangannya tertakluk kepada peruntukan yang terdapat dalam
Education (Accounts and Audit) Rules, 1962 yang dikeluarkan di bawah Akta
Pendidikan 1996. di bawah peruntukan tersebut, pihak sekolah dikehendaki
menyelenggara dan menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod dengan
sempurna serta menyelia dan mengemukakan satu penyata akaun mengenai
tahun kewangan yang berlalu kepada pihak audit tidak lewat dari 31 Mac pada
tiap-tiap tahun.
Secara umumnya, akauntabiliti bermakna tanggungjawab seseorang
terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakannya.dalam konteks Perkhidmatan
Awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai dan
kakitangan awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dan juga
bagi memastikan pencapaian matlamat serta objektif tugas-tugas yang telah
1
diamanahkan. Menurut Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (INTAN, 1991),
akauntabiliti dalam konteks ini bermakna pelaksanaan tugas-tugas tersebut
mengikut peraturan yang telah ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa,
prosedur dan arahan. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, pegawai-
pegawai perlulah cekap dan mengutamakan sikap berhati-hati serta cermat.
Pegawai-pegawai awam dikatakan mempunyai akauntabiliti oleh kerna mereka
perlu bertanggungjawab terhadap segala tugas yang telah diamanahkan.
Akauntabiliti juga bermaksud ‘memikul amanah untuk menjalankan aktiviti
yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas kejayaan mahupun
kegagalannya’. Menurut Burnham (2003), ketelusan dalam akauntabiliti adalah
meliputi keperluan memberikan maklumat atas apa-apa peristiwa yang berlaku
kepada orang yang berhak dari segi undang-undang.
“Accountability is the obligation to give answers and explainations concerning
one’s actions and performance, to those with a right to require such answers and
explainations” ( Tan Sri Ahmad Sarji, bekas Ketua Setiausaha Negara).
Akauntabiliti dalam erti kata lain boleh ditafsirkan sebagai tanggungjawab
seseorang untuk mengakaun sesuatu yang telah diamanahkan kepadanya.
Dalam hal ini, sekurang-kurangnya ada dua pihak yang terlibat, iaitu satu pihak
yang mewakili kuasa dan satu pihak lain yang diamanahkan dengan kuasa yang
yang diwajibkan untuk melapor balik kepada pihak yang mewakili kuasa itu.
2
Menurut Bahagian Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (dalam Buku
Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah, 1993). Akauntabiliti dalam
pengurusan kewangan ialah satu proses yang melibatkan perancangan,
pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, wang tunai, barangan (aset) dan
perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi/sekolah. Pengurus
sekolah perlu:
i. mematuhi Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan
Surat Pekeliling Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Kewangan
dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah serta arahan-arahan dari
Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
ii. menyediakan sistem kawalan dalaman dan struktur organisasi yang
sesuai untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.
Perbincangan ini juga akan menyentuh aspek pentadbiran dan
pengurusan khususnya yang berkaitan dengan kewangan untuk memperlihatkan
perhubungannya dengan amalan akauntabiliti kakitangan awam. Menurut
Newmen (1963), pentadbiran merupakan sebagai satu bimbingan, kepimpinan
dan kawalan daya usaha kumpulan pekerja ke arah pencapaian matlamat.
Dalam konteks pendidikan pula, Campbell et al. (1983), menyatakan pentadbiran
pendidikan sebagai pengurusan sesebuah institusi pendidikan untuk
mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
3
Thierauf et al. (1977), menyatakan pengurusan sebagai satu proses
menempatkan input organisasi melalui perancangan, pengelolaan, pengarahan
dan pengawalan bagi menghasilkan output (barangan dan perkhidmatan) yang
diingini oleh pelanggan supaya matlamat organisasi tercapai. Pengertian
pengurusan oleh Thierauf ini disokong oleh pendapat Stoner (1984) yang
menyatakan bahawa pengurusan sebagai satu proses untuk merancang,
mengelola, mengarah dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan
penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain untuk mencapai matlamat
organisasi yang telah ditentukan.
Dalam konteks perbincangan ini, pentadbiran dan pengurusan kewangan
merupakan suatu bidang yang telah mendapat perhatian oleh kerajaan agar
semua aspek yang berkaitan dengan perbelanjaan dan penggunaan sumber
awam dapat digunakan secara cekap dan mematuhi prosedur perundangan
yang sedia ada. Secara realitinya, pentadbiran dan pengurusan kewangan dalam
organisasi awam amnya dan pendidikan khususnya tidak akan dapat berjalan
dengan baik tanpa disertai dengan amalan akauntabiliti yang tinggi oleh
penjawat awam.
4
2. MATLAMAT AKAUNTABILITI.
Secara umumnya ,matlamat akauntabiliti dalam pengurusan kweangan
kerajaan khususnya dalam bidang pendidikan adalah:
i. Untuk mencapai satu kawalan yang berkesan bagi memastikan
bahawa pengurusan wang awam adalah dibuat mengikut undang-
undang dan peraturan yang berkaitan (INTAN, 1991).
ii. Untuk menyediakan satu sistem berkesan bagi pegawai-pegawai
awam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan
(INTAN, 1991).
iii. Untuk mengubah sikap penjawat awam (warga pendidikan dalam
konteks ini) supaya bersikap telus, berjimat-cermat, berhati-hati dan
sentiasa mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan.
3. INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI
Instrumen-instrumen Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan, tenaga
dan pentadbiran bidang pendidikan seperti juga dalam sektor-sektor awam yang
lain boleh dibahagikan kepada tiga instrumen utama, iaitu:
1. Akauntabiliti Fiskal
5
Dari segi integriti kewangan, maklumat (disclosure), pematuhan kepada
undang-undang dan peraturan pentadbiran awam.
2. Akauntabiliti Pengurusan
Dari segi penggunaan tenaga manusia dan sumber-sumber lain secara
cekap dan ekonomik.
3. Akauntabiliti Program
Dari segi impak program, iaitu sama ada sesuatu program mencapai
objektif yang dirancangkan dan opsyen yang terbaik telah dipilih untuk
mencapai objektif berkenaan dengan mengambilkira jumlah kos dan
output.
4. PERINGKAT-PERINGKAT UTAMA KAWALAN PERBELANJAAN AWAM
DARI SEGI AKAUNTABILITI.
4.1 Kawalan Parlimen:
i. Parlimen
ii. Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam
iii. Ketua Audit Negara
6
Menurut Seksyen 6 Akta Acara Kewangan 1957, Perbendaharaan
juga berfungsi mengawal penggunaan kewangan negara. Bentuk kawalan
yang dijalankan oleh Perbendaharaan adalah seperti berikut:
i. Penyediaan Belanjawan tahunan dan lain-lain cadangan kewangan
ii. Laporan-laporan Audit.
iii.Urusan wang tunai seperti hasil dan perbelanjaan.
iv. Urusan harta seperti pembelian dan urusan stor.
v. Sistem perakaunan seperti cara-cara merekod urusniaga kerajaan dan
lain-lain.
4.2 Kawalan Jabatan / Kementerian
Di peringkat Jabatan / Kementerian tanggungjawab untuk mengawal
peruntukan adalah terletak kepada Pegawai Pengawal yang dilantik
melalui Seksyen 15A, Akta Acara Kewangan 1957. Tugas-tugas
Pengawai Pengawal tidak terhad kepada perbelanjaan sahaja tetapi
menurut Arahan Perbendaharaan 10, Pegawai Pengawal juga
bertanggungjawab mengurus:
i. Wang awam yang dipungut, diterima dan dibelanjakan.
ii. Semua barang-barang awam yang diterima, disimpan dan
dilupuskan.
7
iii. Perkara-perkara penting dan luar biasa yang dirujuk dan
dibincangkan dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan
Pegawai Kewangan Negeri. Tugas-tugas Pengawai Pengawal yang
lain adalah seperti yang ditetapkan di bawah Arahan
Perbendaharaan Perkara 19, 54 dan 94.
5. TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH.
Menurut Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1999), pengetua perlu mempunyai
pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkannya menyemak dan menyelia
kerja-kerja kewangan yang dilakukan oleh kerani kewangan sekolah. Seorang
pengurus sekolah hendaklah bertanggungjawab terhadap aspek-aspek
pengurusan kewangan yang berkaitan dengan:
i. Penyediaan penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31
Disember tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima
umum (Peraturan-Peraturan Pendidikan, Akaun Dan Audit, 2002).
Penyata Kewangan Tahunan Sekolah merupakan penyata yang
menunjukkan kedudukan kewangan untuk sesuatu tahun berakhir
pada 31 Disember yang perlu disediakan untuk setiap kumpulan wang
yang diselenggarakan oleh sekolah mengikut Peraturan Pendidikan
8
(Akaun Dan Audit) 2002 di bawah Akta Pendidikan 1996. Penyata
Kewangan Tahunan Sekolah mengandungi penyata berikut:
a. Kunci Kira-kira.
b. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.
c. Penyata Penerimaan dan Pembayaran.
d. Nota Kepada Akaun, dan Penyata-penyata Lain.
ii. Mengemukakan penyata kewangan tahunan kepada Ketua Pusat
Tanggungjawab (PTJ) yang kemudiannya hendaklah mengemukakan
penyata kewangan tahunan itu kepada Pejabat Audit Sekolah Negeri
tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya. Walau bagaimanapun,
sekolah dikehendaki mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan
Sekolah pada atau sebelum 28/29 Febuari kepada Ketua PTJ atau
Pejabat Audit Sekolah (Surat Pekeliling Kementerian. Bil. 4/1988
dalam Garis Panduan Perakaunan Dan Kewangan Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998 ).
iii. Melantik Juruaudit Dalaman
Pengurus Sekolah perlu melantik pegawai yang sesuai sebagai
Juruaudit Dalaman untuk mengkaji kelemahan-kelemahan dalam
sistem pengurusan sekolah. Juruaudit Dalaman hendaklah terdiri
daripada guru yang tidak terlibat dalam urusan menandatangani cek
bayaran.
9
iv. Melantik Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
Ahli-ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada:
Pengerusi : Pengurus Sekolah Setiausaha KPT/PT yang
mentadbir kewangan
Ahli : Semua Penolong Kanan/
Ketua Bidang/
Semua Ketua Panitia/
Juruaudit Dalam/
Guru Prasekolah/
Guru Pendidikan Khas/
Pegawai-pegawai lain yang sesuai.
Bidang tugas jawatankuasa adalah untuk membantu Pengurus Sekolah
mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun
supaya berjalan dengan lancar dan menepati kehendak Akta Prosedur
Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling dan Tatacara yang
berkaitan (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8/2004 dan Surat Pekeliling
Kementerian Bil. 5/1996 dalam Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah
Menengah, 1993).
10
Bidang tugas Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun Sekolah
ini meliputi:
a. Bidang tugas pengurusan perbelanjaan, pengurusan kewangan,
pengurusan pungutan dan tunggakan hasil, penyediaan dan
pembentangan penyata kewangan dan laporan tahunan sekolah.
Jawatankuasa ini juga perlu meneliti dan mengambil tindakan susulan
terhadap Laporan Audit serta perancangan latihan untuk kakitangan
yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan.
b. Kekerapan mesyuarat
Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat tiap-tiap bulan atau
sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali. Mesyuarat yang diadakan
secara tersusun boleh membantu jawatankuasa mengesan dan
mengawasi operasi kewangan dan perakaunan dengan lebih berkesan.
v. Mengadakan Pemeriksaan Mengejut.
a. Pengurus Sekolah atau Juruaudit Dalam hendaklah mengadakan
pemeriksaan mengejut secara berkala ke atas peti besi atau peti
wang dalam penyimpanan wang awam, setem atau barang-barang
berharga.
11
b. Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan tidak kurang dari sekali dalam
enam (6) bulan dan hasilnya hendaklah direkodkan dalam Buku
Pemeriksaan Mengejut (Am 28) yang disimpan setiap sekolah. Butir-
butir yang perlu dicatat:
i. Tarikh dan masa pemeriksaan.
ii. Nama pegawai yang bertanggungjawab menyimpan wang tunai
dan setem.
iii. Amaun wang dan setem yang diamanahkan kepadanya.
iv. Hasil pemeriksaan.
v. Tandatangan dan jawatan pegawai pemeriksa.
vi. Perlantikan Pemverifikasian Stok.
Pengurus Sekolah hendaklah melantik secara bertulis sekurang-
kurangnya dua (2) orang pegawai yang tidak terlibat secara langsung
dalam pengurusan stor untuk dikemukakan kepada Pegawai Pengawal
melalui PPD.
12
vii. Penyediaan Rekod / Dokumen Kewangan Untuk Pengauditan. Tatacaca
atau prosedur penyediaan untuk sesuatu rekod dan dokumen kewangan
sekolah untuk diperiksa oleh pihak juruaudit adalah seperti:
i. Menyediakan dan mengemukakan semua rekod/dokumen kewangan
kepada Pejabat Audit Sekolah.
ii. Memberi penjelasan atau maklumat yang diperlukan.
iii. Membenarkan dan memberikan kerjasama ke atas penyiasatan atau
pemeriksaan.
viii. Pengurus Sekolah hendaklah memberikan jawapan ke atas laporan atau
pertanyaan audit dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh laporan atau
pertanyaan audit (Arahan Perbendaharaan Perkara 306).
Menurut Hussein Mahmod (1993), akauntabiliti yang diserlahkan melalui
kepimpinan pengetua yang telus dan berkesan bukanlah bererti bahawa
kepimpinan yang hanya berjaya mendorong stafnya membuat perubahan
semata-mata, tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya dalam
menyelesaikan masalah secara bersama-sama.
13
6. SURCAJ DAN PENALTI
6.1 Surcaj
Surcaj boleh dikenakan kepada Pengurus Sekolah jika:
i. Gagal menjalankan tanggungjawab untuk mengutip dan menguruskan
kutipan yang telah dipertanggungjawaban ke atasnya;
ii. Telah membuat pembayaran menggunakan wang awam dengan cara
yang tidak teratur dan tidak dijamin kesempurnaannya;
iii. Telah menyebabkan berlakunya kekurangan atau kehilangan wang
awam atau harta benda kerajaan;
iv. Gagal menyelenggara akaun dan rekod kewangan dengan sempurna
dan teratur; atau
v. Gagal membuat pembayaran atau telah menggunakan pembayaran
wang awam kepada pihak yang tidak berhak menerimanya.
6.2 Penalti
Seseorang yang melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun Dan
Audit) 2002 yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 adalah dianggap
telah melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
14
tidak melebihi lima ribu Ringgit Malaysia (RM 5,000) atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan atau kedua-duanya (Akta
Pendidikan, 1996).
7. KELEMAHAN-KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH.
Sungguhpun satu sistem kawalan yang baik untuk menjamin pengurusan
kewangan awam yang sempurna telah diwujudkan oleh kerajaan, pemeriksaan
audit di agensi-agensi kerajaan telah menunjukkan banyak perkara yang tidak
memuaskan. Kebanyakan kelemahan ini adalah diringkaskan seperti berikut:
a. Kawalan punggutan hasil:
i. Kegagalan untuk mengutip hasil hingga mengakibatkan kehilangan
wang dan tunggakan hasil yang tinggi.
ii. Kelewatan memasukkan kutipan ke dalam bank.
iii. Penyalahgunaan kutipan hasil.
iv. Kelewatan menyerahkan akaun bulanan.
v. Kegagalan untuk menyelenggarakan rekod-rekod subsidiri dengan
kemaskini seperti rekod deposit.
vi. Tidak mematuhi kehendak Arahan Perbendaharaan tertentu.
15
b. Kawalan perbelanjaan:
i. Buku Vot tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini.
ii. Baucer bayaran tidak disokong dan disahkan dengan sewajarnya.
iii. Perbelanjaan melebihi peruntukan yang diluluskan.
iv. Prosedur-prosedur sebutharga dan tender dilonggarkan
c. Kawalan ke atas stor dan harga benda lain.
i. Perakaunan stor tidak diselenggarakan dengan lengkap dan
kemaskini.
ii. Penyimpanan barang-barang stor tidak dibuat teratur dan kawalan
keselamatan kurang memuaskan.
iii. Verifikasi stok tidak dijalankan mengikut jadual.
iv. Pembelian stok dibuat tanpa dirancang yang mengakibatkan banyak
stok disimpan tidak bergerak untuk beberapa tahun.
v. Harta-harta tidak diselenggara.
vi. Bangunan-bangunan yang dibina tidak digunakan untuk tujuan ianya
dibina.
vii. Jentera yang dibeli tidak digunakan kerana tidak ada drebar.
Pemerhatian-pemerhatian yang terlibat adalah dibangkitkan dengan
pohak yang berkenaan dan kes-kes yang ketara adalah dilaporkan dalam
16
Laporan Audit Negara (Laporan Audit Tahunan dalam Garis Panduan
Perakaunan Dan Kewangan Sekolah, 2005) yang dibentangkan di parlimen dan
dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam.
8. SYOR-SYOR MENINGKATKAN AKAUNTABILITI.
Adalah didapati kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan
berpunca daripada pengurusan yang kurang baik. Sebahagian anggota
perkhidmatan mempunyai sikap ‘tidak apa’ terhadap tugas dan tidak kurang juga
berpunca daripada sikap ketidakjujuran kakitangan awam. Oleh sebab itu
penyelewengan dan penyalahgunaan wang banyak berlaku sehinggakan
kerajaan terpaksa mengeluarkan buku panduan mengenai nilai dan etika dalam
perkhidmatan awam. Nilai-nilai berkenaan haruslah ditanam dan diperkukuhkan.
Satu punca kelemahan pengurusan kewangan adalah kegagalan untuk
mematuhi Akta Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan dan
sebagainya. Sebahagian pegawai tidak mempunyai pengetahuan yang
mencukupi mengenai arahan tersebut atau pun mereka tidak faham kepentingan
untuk mengikuti arahan-arahan tersebut. Menurut kajian Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP), Kementerian Pelajaran Malaysia (dalam
Garis Panduan Perakaunan Dan Kewangan Sekolah, 1998) pada tahun 1994
17
dan 1995 mendapati bahawa ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan
sekolah, beban tugas dan tanggungjawab yang berat, peraturan-peraturan yang
ketat dan kurang pengetahuan dalam pengurusan kewangan merupakan
masalah utama hampir semua sekolah di Malaysia.
Sebenarnya arahan-arahan ini merupakan satu sistem kawalan dalam
yang lengkap untuk para pegawai menjalankan tugasnya dengan lebih senang
kerana dengan mematuhi kehendak-kehendak arahan-arahan tersebut,
kebanyakan kelemahan pengurusan kewangan dapat dielakkan. Latihan atas
arahan-arahan perbendaharaan harus diadakan dari masa ke semasa kepada
anggota perkhidmatan awam. Semua pegawai harus mematuhi Arahan
Perbendaharaan dan peraturan kewangan dengan penuh dan teliti.
Adalah diperhatikan bahawa kebanyakan kelemahan pengurusan
kewangan juga berpunca daripada perancangan yang tidak memuaskan.
Dicadangkan sebelum sesuatu program dilaksanakan, kos faedah dan ‘viability’
berkenaan harus diselidik secara terperinci. Pegawai-pegawai harus
menentukan bahawa projek-projek yang dicadangkan benar-benar diperlukan
dalam bentuk dan corak yang dicadangkan bagi mematuhi matlamat program
atau jabatan.
18
Untuk menjamin pengurusan kewangan awam yang baik, penyeliaan yang
rapi ke atas pegawai-pegawai bawahan juga amat penting. Kes-kes
penyelewengan dan kelemahan pengurusan kewangan lain telah berlaku kerana
pegawai atasan tidak menyelia pegawai-pegawai bawahan selepas mewakikan
kuasa kepada mereka. Penyeliaan bukan sahaja boleh mengelakkan kejadian
yang tidak diingini, tetapi juga dapat meninggikan prestasi pegawai-pegawai
bawahan.
Kualiti akauntabiliti ini boleh ditingkatkan dengan menanam dan
memperkukuhkan nilai dan etika yang baik dalam perkhidmatan awam,
memahami dan mematuhi sistem kawalan seperti Arahan Perbendaharaan,
memberi penyeliaan yang rapi kepada pegawai bawahan dan merancang projek-
projek dan menggunakan sumber kewangan kerajaan dengan berhati-hati.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia (INTAN), telah mendapati bahawa di antara tindakan yang perlu
dijalankan bagi meningkatkan akauntabiliti adalah:
i. Pihak pengurusan perlu menyatakan secara jelas akauntabiliti bagi
setiap jenis tugas dan tanggungjawab.
ii. Sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi-agensi kerajaan
yang menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang
terlibat dalam melaksanakan satu-satu tugas.
19
iii. Akauntabiliti perlulah dinyatakan secara bertulis dan didokumentasikan
melalui undang-undang, prosedur, peraturan dan arahan-arahan yang
spesifik.
iv. Sistem kawalan kewangan dalam pengurusan kewangan perlu
memberikan perhatian kepada aspek sistem belanjawan berkesan,
pengawalan tenaga kerja manusia, aset dan perkhidmatan yang
diberikan dan mewujudkan satu sistem perakaunan yang cekap dan
kemaskini.
v. Sistem pengawalan dan pengawasan seperti audit dalam hendaklah
dipertingkatkan keupayaannya. Dengan ini, pihak pengurusan dapat
mengenal pasti kelemahan sesuatu prosedur.
vi. Penguatkuasaan hendaklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan
peraturan jabatan dilaksanakan secara tegas dan berkesan.
vii. Kerenah birokrasi hendaklah dikurangkan dan dihapuskan bagi
membolehkan akauntabiliti berfungsi. Kerenah birikrasi boleh
melewatkan proses pentadbiran dan memungkinkan berlakunya
rasuah serta penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
viii. Akauntabiliti di peringkat individu melalui perubahan-perubahan diri
seseorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni seperti
Bersih, Cekap dan Amanah.
Namun begitu, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum
pencapaian akauntabiliti tersebut boleh dicapai sepenuhnya. Syarat utamanya
20
sudah pasti lahir daripada pekerja itu sendiri yang harus mengetahui secara
terperinci selok-belok tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan
terhadapnya. Tanpa memahami apa yang yang diharapkan daripadanya, adalah
tidak adil untuk meletakkan akauntabiliti yang tinggi kepada seseorang pekerja.
Mereka yang diserahkan tugas pula mestilah mempunyai keupayaan
melaksanakannya dan perlu memahami akan tahap prestasi atau standard yang
diharapkan dari mereka. Pekerja yang telah diberikan tugas hendaklah
mempunyai komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menjalankan tugasnya
serta hendaklah mengenepikan soal ‘Personal Prejudics’ dan ‘Preferences’.
Syarat khusus menjadi pemimpin yang telus menurut Burnham (2003)
pula adalah :
i. Memajukan dan memperlihatkan ketekalan tujuan, yakni berbicara
dengan satu suara
ii. Melaksanakan prosedur kualiti dalam semua aspek kerjanya, istimewa
mengembangkan pasukan dan teknik membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah
iii. Melibatkan diri dalam aktiviti latihan dan pembangunan
iv. Menyedari bahawa kebanyakan masalah kualiti berpunca daripada
tindak tanduk pihak pengurusan
v. Memastikan agar sumber tersedia
vi. Bercakap dan bertindak secara kualiti
21
vii. Mengurus pelaksanaan kualiti menyeluruh sebagai perkara yang sangat
diutamakan.
9. KESIMPULAN.
Amalan ketelusan yang diterjemahkan melalui sikap akauntabiliti yang
tinggi dalam pengurusan kewangan dalam organisasi pendidikan adalah
bertujuan untuk memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan dapat
dilaksanakan dengan lebih cermat, jujur, berhati-hati, serta mengikut peruntukan-
peruntukan sedia ada agar akauntabiliti yang dijalankan dapat memenuhi objektif
penubuhan institusi pendidikan itu sendiri. ini kerana sistem yang baik sekalipun,
tidak akan mendatangkan hasil sekiranya sumber manusia yang
menjalankannya tidak mempunyai nilai-nilai dan sikap yang baik, amanah, cekap
dan bersih fikiran serta suci hati.
Dalam erti kata ini, prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan
kewangan dan perakaunan di sekolah dapat diibaratkan sebagai pemandu ke
jalan yang benar dan menjadi pengawal supaya pegawai kerajaan (warga
institusi pendidikan dalam konteks ini) tidak tergelincir daripada landasan
kemanusiaan dalam mengejar keinginan dan memenuhi matlamat diri atau
matlamat profesion yang diceburi. Nilai ketelusan dan akauntabiliti dalam
22
perkhidmatan pendidikan juga amat penting kerana pencapaian aspek ini
merupakan landasan penentuan arah dan makna kepada pemikiran, perlakuan
dan tingkah laku serta apa juga tindakan yang dibuat.
10. PENUTUP.
Amalan pentadibiran dan pengurusan kewangan secara telus merupakan
impian sistem pendidikan di negara ini sejak dahulu lagi. Ini telah dibuktikan
melalui penggubalan dasar-dasar pendidikan yang menyelitkan nilai tersirat ini,
iaitu kejujuran dan kerahsiaan dalam menjalankan tanggungjawab serta
akauntabiliti. Ini bermakna tugas yang diamanahkan dilaksanakan demi
merealisasikan matlamat dan objektif jabatan, dan bukan demi kepentingan
hawa nafsu peribadi atau pihak berkepentingan dengannya.
Menerusi langkah pentadbiran dan pengurusan yang betul, kualiti
pendidikan yang dinakhodakan oleh organisasi pendidikan melalui pemimpinnya
akan terus belayar di laluan yang betul dan seterusnya memastikan mercu
kejayaan ilmu dan sahsiah dipertahankan demi Falsafah Pendidikan Negara
Justeru itu, Pengetua selaku Pegawai Pengawal mempunyai harus
memiliki akauntabiliti yang tinggi dan berperanan penting dalam pengurusan
23
kewanan sekolah khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan penerimaan
dan pungutan wang kerajaan di peringkat sekolah.
Tugas dan tanggungjawab ini perlu dilakukan penuh berhemah, jujur dan
telus bagi memastikan wang awam dapat diurusbaik dan teratur mengikut lunas-
lunas peraturan dan prosedur kewangan yang telah diperuntukan sama ada
melalui Perlembagaan Persekutuan, Akta Acara Kewangan, Arahan
Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, Tatacara
Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah serta arahan-
arahan dari Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
24
BIBLIOGRAFI
Akta Pelajaran (2005). Petaling Jaya. International Law Book Sevices.
Arahan Perbendaharaan (2004). Kuala Lumpur. MDC Publisher Sdn. Bhd.
Burnham, W.J. (2003). Educational Leadership And The Community:
Strategies For School Improvement Through Community
Engagement. London. Pearson Education.
Campbell, R.F., Corbally, J.E dan Nystrande, R.O. (1983). Introduction to
Educational Administration. Edisi Ke-6. Massachusetts. Ally and Bacon
Inc.
Hussein Mahmod (1993). Kepimpinan Dan Keberkesanan Skolah. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (1991). Nilai Dan Etika Dalam
Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur. INTAN.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Bahagian Kewangan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Garis Panduan Perakaunan Dan Kewangan
Sekolah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Bahagian Kewangan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Garis Panduan Perakaunan Dan Kewangan
Sekolah. (Edisi Keempat). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1993). Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.
Bil. 2. Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Newmen, W.H. (1963). Administrative Action. New Jersey. Prentice Hall Inc.
Perintah-Perintah Am Dan Arahan Pentadbiran (2005). Petaling Jaya.
International Law Book Services.
Perlembagaan Persekutuan (2005). Petaling Jaya. International Law Book
Services.
Perintah-Perintah Am, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib
Perkhidmatan Awam, Arahan Perbendaharaan, Panduan
Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor, Arahan Perkhidmatan
25
dan Akta Acara Kewangan (2004). MDC Publishers Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
Stoner, J.A.F. (1984). Management. New Jersey. Prentice Hall Inc.
Thierauf, F.J., Klekamp, R.C dan Geeding, D.W. (1977). Management
Principles and Practice : A Contingency and Questionnaire
Approach. New York. John Wiley and Sons.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1999). Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
26

More Related Content

What's hot

SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...Fadzliaton Zainudin
 
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...Mohd Suhaimin Isnen
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.ppt
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.pptFAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.ppt
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.pptZUHRIYAHBINTIABHAMID
 
Laluan Kerjaya Guru Cemerlang
Laluan Kerjaya Guru CemerlangLaluan Kerjaya Guru Cemerlang
Laluan Kerjaya Guru CemerlangKakram Gc
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)FaFai S.
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Garis panduan kantin sekolah
Garis panduan kantin sekolahGaris panduan kantin sekolah
Garis panduan kantin sekolahAsif Yahya
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guruhibatullah92
 
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awamsyed ruslan
 
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2smstspg8
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Aida Fizleen
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruIrene Linda Lawan
 

What's hot (20)

SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
 
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.ppt
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.pptFAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.ppt
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.ppt
 
Laluan Kerjaya Guru Cemerlang
Laluan Kerjaya Guru CemerlangLaluan Kerjaya Guru Cemerlang
Laluan Kerjaya Guru Cemerlang
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Bidang Tugas PPM Pend. Khas
Bidang Tugas PPM Pend. KhasBidang Tugas PPM Pend. Khas
Bidang Tugas PPM Pend. Khas
 
Pengenalan skpmg2
Pengenalan skpmg2Pengenalan skpmg2
Pengenalan skpmg2
 
Garis panduan kantin sekolah
Garis panduan kantin sekolahGaris panduan kantin sekolah
Garis panduan kantin sekolah
 
perancangan strategik
perancangan  strategikperancangan  strategik
perancangan strategik
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
 
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
 
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
 

Similar to Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolah

AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdfAKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdfDahlanHam
 
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atasPentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atasNur Ashikin Ismahun
 

Similar to Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolah (20)

folio chemistry
folio chemistryfolio chemistry
folio chemistry
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILANLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILAN
 
Prof shahril
Prof shahrilProf shahril
Prof shahril
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 -  SELANGORLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 -  SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SELANGOR
 
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdfAKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGORLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - SELANGOR
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Kedah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - KedahLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Kedah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Kedah
 
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun PersekutuanLaporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun Persekutuan
 
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun PersekutuanLaporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun Persekutuan
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - NEGERI SEMBILAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - NEGERI SEMBILANLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - NEGERI SEMBILAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - NEGERI SEMBILAN
 
Gmga1013 nota bab 4 6
Gmga1013 nota bab 4 6Gmga1013 nota bab 4 6
Gmga1013 nota bab 4 6
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Pahang
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - PahangLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Pahang
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Pahang
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri Sembilan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri SembilanLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri Sembilan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri Sembilan
 
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atasPentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas
 
Laporan Ketua Audit Negara Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2013 Siri 2
Laporan Ketua Audit Negara Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2013 Siri 2Laporan Ketua Audit Negara Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2013 Siri 2
Laporan Ketua Audit Negara Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2013 Siri 2
 
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Sabah Siri 3
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Sabah Siri 3Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Sabah Siri 3
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Sabah Siri 3
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Sabah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri SabahLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Sabah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Sabah
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kedah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri KedahLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kedah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kedah
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Terengganu
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - TerengganuLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Terengganu
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Terengganu
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUANLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Recently uploaded (14)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolah

  • 1. TEMA 3 : KETELUSAN DALAM MENGURUS DAN MENTADBIR. TAJUK ISU : AKAUNTABILITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN WANG SEKOLAH. 1. PENGENALAN. Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang mentadbir harta benda dan kewangannya tertakluk kepada peruntukan yang terdapat dalam Education (Accounts and Audit) Rules, 1962 yang dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996. di bawah peruntukan tersebut, pihak sekolah dikehendaki menyelenggara dan menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod dengan sempurna serta menyelia dan mengemukakan satu penyata akaun mengenai tahun kewangan yang berlalu kepada pihak audit tidak lewat dari 31 Mac pada tiap-tiap tahun. Secara umumnya, akauntabiliti bermakna tanggungjawab seseorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakannya.dalam konteks Perkhidmatan Awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai dan kakitangan awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dan juga bagi memastikan pencapaian matlamat serta objektif tugas-tugas yang telah 1
  • 2. diamanahkan. Menurut Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (INTAN, 1991), akauntabiliti dalam konteks ini bermakna pelaksanaan tugas-tugas tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa, prosedur dan arahan. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, pegawai- pegawai perlulah cekap dan mengutamakan sikap berhati-hati serta cermat. Pegawai-pegawai awam dikatakan mempunyai akauntabiliti oleh kerna mereka perlu bertanggungjawab terhadap segala tugas yang telah diamanahkan. Akauntabiliti juga bermaksud ‘memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas kejayaan mahupun kegagalannya’. Menurut Burnham (2003), ketelusan dalam akauntabiliti adalah meliputi keperluan memberikan maklumat atas apa-apa peristiwa yang berlaku kepada orang yang berhak dari segi undang-undang. “Accountability is the obligation to give answers and explainations concerning one’s actions and performance, to those with a right to require such answers and explainations” ( Tan Sri Ahmad Sarji, bekas Ketua Setiausaha Negara). Akauntabiliti dalam erti kata lain boleh ditafsirkan sebagai tanggungjawab seseorang untuk mengakaun sesuatu yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam hal ini, sekurang-kurangnya ada dua pihak yang terlibat, iaitu satu pihak yang mewakili kuasa dan satu pihak lain yang diamanahkan dengan kuasa yang yang diwajibkan untuk melapor balik kepada pihak yang mewakili kuasa itu. 2
  • 3. Menurut Bahagian Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (dalam Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah, 1993). Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan ialah satu proses yang melibatkan perancangan, pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, wang tunai, barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi/sekolah. Pengurus sekolah perlu: i. mematuhi Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah serta arahan-arahan dari Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia; dan ii. menyediakan sistem kawalan dalaman dan struktur organisasi yang sesuai untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Perbincangan ini juga akan menyentuh aspek pentadbiran dan pengurusan khususnya yang berkaitan dengan kewangan untuk memperlihatkan perhubungannya dengan amalan akauntabiliti kakitangan awam. Menurut Newmen (1963), pentadbiran merupakan sebagai satu bimbingan, kepimpinan dan kawalan daya usaha kumpulan pekerja ke arah pencapaian matlamat. Dalam konteks pendidikan pula, Campbell et al. (1983), menyatakan pentadbiran pendidikan sebagai pengurusan sesebuah institusi pendidikan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. 3
  • 4. Thierauf et al. (1977), menyatakan pengurusan sebagai satu proses menempatkan input organisasi melalui perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan bagi menghasilkan output (barangan dan perkhidmatan) yang diingini oleh pelanggan supaya matlamat organisasi tercapai. Pengertian pengurusan oleh Thierauf ini disokong oleh pendapat Stoner (1984) yang menyatakan bahawa pengurusan sebagai satu proses untuk merancang, mengelola, mengarah dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditentukan. Dalam konteks perbincangan ini, pentadbiran dan pengurusan kewangan merupakan suatu bidang yang telah mendapat perhatian oleh kerajaan agar semua aspek yang berkaitan dengan perbelanjaan dan penggunaan sumber awam dapat digunakan secara cekap dan mematuhi prosedur perundangan yang sedia ada. Secara realitinya, pentadbiran dan pengurusan kewangan dalam organisasi awam amnya dan pendidikan khususnya tidak akan dapat berjalan dengan baik tanpa disertai dengan amalan akauntabiliti yang tinggi oleh penjawat awam. 4
  • 5. 2. MATLAMAT AKAUNTABILITI. Secara umumnya ,matlamat akauntabiliti dalam pengurusan kweangan kerajaan khususnya dalam bidang pendidikan adalah: i. Untuk mencapai satu kawalan yang berkesan bagi memastikan bahawa pengurusan wang awam adalah dibuat mengikut undang- undang dan peraturan yang berkaitan (INTAN, 1991). ii. Untuk menyediakan satu sistem berkesan bagi pegawai-pegawai awam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan (INTAN, 1991). iii. Untuk mengubah sikap penjawat awam (warga pendidikan dalam konteks ini) supaya bersikap telus, berjimat-cermat, berhati-hati dan sentiasa mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan. 3. INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI Instrumen-instrumen Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan, tenaga dan pentadbiran bidang pendidikan seperti juga dalam sektor-sektor awam yang lain boleh dibahagikan kepada tiga instrumen utama, iaitu: 1. Akauntabiliti Fiskal 5
  • 6. Dari segi integriti kewangan, maklumat (disclosure), pematuhan kepada undang-undang dan peraturan pentadbiran awam. 2. Akauntabiliti Pengurusan Dari segi penggunaan tenaga manusia dan sumber-sumber lain secara cekap dan ekonomik. 3. Akauntabiliti Program Dari segi impak program, iaitu sama ada sesuatu program mencapai objektif yang dirancangkan dan opsyen yang terbaik telah dipilih untuk mencapai objektif berkenaan dengan mengambilkira jumlah kos dan output. 4. PERINGKAT-PERINGKAT UTAMA KAWALAN PERBELANJAAN AWAM DARI SEGI AKAUNTABILITI. 4.1 Kawalan Parlimen: i. Parlimen ii. Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam iii. Ketua Audit Negara 6
  • 7. Menurut Seksyen 6 Akta Acara Kewangan 1957, Perbendaharaan juga berfungsi mengawal penggunaan kewangan negara. Bentuk kawalan yang dijalankan oleh Perbendaharaan adalah seperti berikut: i. Penyediaan Belanjawan tahunan dan lain-lain cadangan kewangan ii. Laporan-laporan Audit. iii.Urusan wang tunai seperti hasil dan perbelanjaan. iv. Urusan harta seperti pembelian dan urusan stor. v. Sistem perakaunan seperti cara-cara merekod urusniaga kerajaan dan lain-lain. 4.2 Kawalan Jabatan / Kementerian Di peringkat Jabatan / Kementerian tanggungjawab untuk mengawal peruntukan adalah terletak kepada Pegawai Pengawal yang dilantik melalui Seksyen 15A, Akta Acara Kewangan 1957. Tugas-tugas Pengawai Pengawal tidak terhad kepada perbelanjaan sahaja tetapi menurut Arahan Perbendaharaan 10, Pegawai Pengawal juga bertanggungjawab mengurus: i. Wang awam yang dipungut, diterima dan dibelanjakan. ii. Semua barang-barang awam yang diterima, disimpan dan dilupuskan. 7
  • 8. iii. Perkara-perkara penting dan luar biasa yang dirujuk dan dibincangkan dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pegawai Kewangan Negeri. Tugas-tugas Pengawai Pengawal yang lain adalah seperti yang ditetapkan di bawah Arahan Perbendaharaan Perkara 19, 54 dan 94. 5. TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH. Menurut Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1999), pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkannya menyemak dan menyelia kerja-kerja kewangan yang dilakukan oleh kerani kewangan sekolah. Seorang pengurus sekolah hendaklah bertanggungjawab terhadap aspek-aspek pengurusan kewangan yang berkaitan dengan: i. Penyediaan penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum (Peraturan-Peraturan Pendidikan, Akaun Dan Audit, 2002). Penyata Kewangan Tahunan Sekolah merupakan penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan untuk sesuatu tahun berakhir pada 31 Disember yang perlu disediakan untuk setiap kumpulan wang yang diselenggarakan oleh sekolah mengikut Peraturan Pendidikan 8
  • 9. (Akaun Dan Audit) 2002 di bawah Akta Pendidikan 1996. Penyata Kewangan Tahunan Sekolah mengandungi penyata berikut: a. Kunci Kira-kira. b. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. c. Penyata Penerimaan dan Pembayaran. d. Nota Kepada Akaun, dan Penyata-penyata Lain. ii. Mengemukakan penyata kewangan tahunan kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang kemudiannya hendaklah mengemukakan penyata kewangan tahunan itu kepada Pejabat Audit Sekolah Negeri tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, sekolah dikehendaki mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah pada atau sebelum 28/29 Febuari kepada Ketua PTJ atau Pejabat Audit Sekolah (Surat Pekeliling Kementerian. Bil. 4/1988 dalam Garis Panduan Perakaunan Dan Kewangan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998 ). iii. Melantik Juruaudit Dalaman Pengurus Sekolah perlu melantik pegawai yang sesuai sebagai Juruaudit Dalaman untuk mengkaji kelemahan-kelemahan dalam sistem pengurusan sekolah. Juruaudit Dalaman hendaklah terdiri daripada guru yang tidak terlibat dalam urusan menandatangani cek bayaran. 9
  • 10. iv. Melantik Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun. Ahli-ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada: Pengerusi : Pengurus Sekolah Setiausaha KPT/PT yang mentadbir kewangan Ahli : Semua Penolong Kanan/ Ketua Bidang/ Semua Ketua Panitia/ Juruaudit Dalam/ Guru Prasekolah/ Guru Pendidikan Khas/ Pegawai-pegawai lain yang sesuai. Bidang tugas jawatankuasa adalah untuk membantu Pengurus Sekolah mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun supaya berjalan dengan lancar dan menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling dan Tatacara yang berkaitan (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8/2004 dan Surat Pekeliling Kementerian Bil. 5/1996 dalam Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah, 1993). 10
  • 11. Bidang tugas Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun Sekolah ini meliputi: a. Bidang tugas pengurusan perbelanjaan, pengurusan kewangan, pengurusan pungutan dan tunggakan hasil, penyediaan dan pembentangan penyata kewangan dan laporan tahunan sekolah. Jawatankuasa ini juga perlu meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Audit serta perancangan latihan untuk kakitangan yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan. b. Kekerapan mesyuarat Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat tiap-tiap bulan atau sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali. Mesyuarat yang diadakan secara tersusun boleh membantu jawatankuasa mengesan dan mengawasi operasi kewangan dan perakaunan dengan lebih berkesan. v. Mengadakan Pemeriksaan Mengejut. a. Pengurus Sekolah atau Juruaudit Dalam hendaklah mengadakan pemeriksaan mengejut secara berkala ke atas peti besi atau peti wang dalam penyimpanan wang awam, setem atau barang-barang berharga. 11
  • 12. b. Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan tidak kurang dari sekali dalam enam (6) bulan dan hasilnya hendaklah direkodkan dalam Buku Pemeriksaan Mengejut (Am 28) yang disimpan setiap sekolah. Butir- butir yang perlu dicatat: i. Tarikh dan masa pemeriksaan. ii. Nama pegawai yang bertanggungjawab menyimpan wang tunai dan setem. iii. Amaun wang dan setem yang diamanahkan kepadanya. iv. Hasil pemeriksaan. v. Tandatangan dan jawatan pegawai pemeriksa. vi. Perlantikan Pemverifikasian Stok. Pengurus Sekolah hendaklah melantik secara bertulis sekurang- kurangnya dua (2) orang pegawai yang tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan stor untuk dikemukakan kepada Pegawai Pengawal melalui PPD. 12
  • 13. vii. Penyediaan Rekod / Dokumen Kewangan Untuk Pengauditan. Tatacaca atau prosedur penyediaan untuk sesuatu rekod dan dokumen kewangan sekolah untuk diperiksa oleh pihak juruaudit adalah seperti: i. Menyediakan dan mengemukakan semua rekod/dokumen kewangan kepada Pejabat Audit Sekolah. ii. Memberi penjelasan atau maklumat yang diperlukan. iii. Membenarkan dan memberikan kerjasama ke atas penyiasatan atau pemeriksaan. viii. Pengurus Sekolah hendaklah memberikan jawapan ke atas laporan atau pertanyaan audit dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh laporan atau pertanyaan audit (Arahan Perbendaharaan Perkara 306). Menurut Hussein Mahmod (1993), akauntabiliti yang diserlahkan melalui kepimpinan pengetua yang telus dan berkesan bukanlah bererti bahawa kepimpinan yang hanya berjaya mendorong stafnya membuat perubahan semata-mata, tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya dalam menyelesaikan masalah secara bersama-sama. 13
  • 14. 6. SURCAJ DAN PENALTI 6.1 Surcaj Surcaj boleh dikenakan kepada Pengurus Sekolah jika: i. Gagal menjalankan tanggungjawab untuk mengutip dan menguruskan kutipan yang telah dipertanggungjawaban ke atasnya; ii. Telah membuat pembayaran menggunakan wang awam dengan cara yang tidak teratur dan tidak dijamin kesempurnaannya; iii. Telah menyebabkan berlakunya kekurangan atau kehilangan wang awam atau harta benda kerajaan; iv. Gagal menyelenggara akaun dan rekod kewangan dengan sempurna dan teratur; atau v. Gagal membuat pembayaran atau telah menggunakan pembayaran wang awam kepada pihak yang tidak berhak menerimanya. 6.2 Penalti Seseorang yang melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun Dan Audit) 2002 yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 adalah dianggap telah melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda 14
  • 15. tidak melebihi lima ribu Ringgit Malaysia (RM 5,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan atau kedua-duanya (Akta Pendidikan, 1996). 7. KELEMAHAN-KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH. Sungguhpun satu sistem kawalan yang baik untuk menjamin pengurusan kewangan awam yang sempurna telah diwujudkan oleh kerajaan, pemeriksaan audit di agensi-agensi kerajaan telah menunjukkan banyak perkara yang tidak memuaskan. Kebanyakan kelemahan ini adalah diringkaskan seperti berikut: a. Kawalan punggutan hasil: i. Kegagalan untuk mengutip hasil hingga mengakibatkan kehilangan wang dan tunggakan hasil yang tinggi. ii. Kelewatan memasukkan kutipan ke dalam bank. iii. Penyalahgunaan kutipan hasil. iv. Kelewatan menyerahkan akaun bulanan. v. Kegagalan untuk menyelenggarakan rekod-rekod subsidiri dengan kemaskini seperti rekod deposit. vi. Tidak mematuhi kehendak Arahan Perbendaharaan tertentu. 15
  • 16. b. Kawalan perbelanjaan: i. Buku Vot tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini. ii. Baucer bayaran tidak disokong dan disahkan dengan sewajarnya. iii. Perbelanjaan melebihi peruntukan yang diluluskan. iv. Prosedur-prosedur sebutharga dan tender dilonggarkan c. Kawalan ke atas stor dan harga benda lain. i. Perakaunan stor tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini. ii. Penyimpanan barang-barang stor tidak dibuat teratur dan kawalan keselamatan kurang memuaskan. iii. Verifikasi stok tidak dijalankan mengikut jadual. iv. Pembelian stok dibuat tanpa dirancang yang mengakibatkan banyak stok disimpan tidak bergerak untuk beberapa tahun. v. Harta-harta tidak diselenggara. vi. Bangunan-bangunan yang dibina tidak digunakan untuk tujuan ianya dibina. vii. Jentera yang dibeli tidak digunakan kerana tidak ada drebar. Pemerhatian-pemerhatian yang terlibat adalah dibangkitkan dengan pohak yang berkenaan dan kes-kes yang ketara adalah dilaporkan dalam 16
  • 17. Laporan Audit Negara (Laporan Audit Tahunan dalam Garis Panduan Perakaunan Dan Kewangan Sekolah, 2005) yang dibentangkan di parlimen dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam. 8. SYOR-SYOR MENINGKATKAN AKAUNTABILITI. Adalah didapati kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan berpunca daripada pengurusan yang kurang baik. Sebahagian anggota perkhidmatan mempunyai sikap ‘tidak apa’ terhadap tugas dan tidak kurang juga berpunca daripada sikap ketidakjujuran kakitangan awam. Oleh sebab itu penyelewengan dan penyalahgunaan wang banyak berlaku sehinggakan kerajaan terpaksa mengeluarkan buku panduan mengenai nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Nilai-nilai berkenaan haruslah ditanam dan diperkukuhkan. Satu punca kelemahan pengurusan kewangan adalah kegagalan untuk mematuhi Akta Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan dan sebagainya. Sebahagian pegawai tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai arahan tersebut atau pun mereka tidak faham kepentingan untuk mengikuti arahan-arahan tersebut. Menurut kajian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP), Kementerian Pelajaran Malaysia (dalam Garis Panduan Perakaunan Dan Kewangan Sekolah, 1998) pada tahun 1994 17
  • 18. dan 1995 mendapati bahawa ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan sekolah, beban tugas dan tanggungjawab yang berat, peraturan-peraturan yang ketat dan kurang pengetahuan dalam pengurusan kewangan merupakan masalah utama hampir semua sekolah di Malaysia. Sebenarnya arahan-arahan ini merupakan satu sistem kawalan dalam yang lengkap untuk para pegawai menjalankan tugasnya dengan lebih senang kerana dengan mematuhi kehendak-kehendak arahan-arahan tersebut, kebanyakan kelemahan pengurusan kewangan dapat dielakkan. Latihan atas arahan-arahan perbendaharaan harus diadakan dari masa ke semasa kepada anggota perkhidmatan awam. Semua pegawai harus mematuhi Arahan Perbendaharaan dan peraturan kewangan dengan penuh dan teliti. Adalah diperhatikan bahawa kebanyakan kelemahan pengurusan kewangan juga berpunca daripada perancangan yang tidak memuaskan. Dicadangkan sebelum sesuatu program dilaksanakan, kos faedah dan ‘viability’ berkenaan harus diselidik secara terperinci. Pegawai-pegawai harus menentukan bahawa projek-projek yang dicadangkan benar-benar diperlukan dalam bentuk dan corak yang dicadangkan bagi mematuhi matlamat program atau jabatan. 18
  • 19. Untuk menjamin pengurusan kewangan awam yang baik, penyeliaan yang rapi ke atas pegawai-pegawai bawahan juga amat penting. Kes-kes penyelewengan dan kelemahan pengurusan kewangan lain telah berlaku kerana pegawai atasan tidak menyelia pegawai-pegawai bawahan selepas mewakikan kuasa kepada mereka. Penyeliaan bukan sahaja boleh mengelakkan kejadian yang tidak diingini, tetapi juga dapat meninggikan prestasi pegawai-pegawai bawahan. Kualiti akauntabiliti ini boleh ditingkatkan dengan menanam dan memperkukuhkan nilai dan etika yang baik dalam perkhidmatan awam, memahami dan mematuhi sistem kawalan seperti Arahan Perbendaharaan, memberi penyeliaan yang rapi kepada pegawai bawahan dan merancang projek- projek dan menggunakan sumber kewangan kerajaan dengan berhati-hati. Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (INTAN), telah mendapati bahawa di antara tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan akauntabiliti adalah: i. Pihak pengurusan perlu menyatakan secara jelas akauntabiliti bagi setiap jenis tugas dan tanggungjawab. ii. Sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi-agensi kerajaan yang menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu-satu tugas. 19
  • 20. iii. Akauntabiliti perlulah dinyatakan secara bertulis dan didokumentasikan melalui undang-undang, prosedur, peraturan dan arahan-arahan yang spesifik. iv. Sistem kawalan kewangan dalam pengurusan kewangan perlu memberikan perhatian kepada aspek sistem belanjawan berkesan, pengawalan tenaga kerja manusia, aset dan perkhidmatan yang diberikan dan mewujudkan satu sistem perakaunan yang cekap dan kemaskini. v. Sistem pengawalan dan pengawasan seperti audit dalam hendaklah dipertingkatkan keupayaannya. Dengan ini, pihak pengurusan dapat mengenal pasti kelemahan sesuatu prosedur. vi. Penguatkuasaan hendaklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan jabatan dilaksanakan secara tegas dan berkesan. vii. Kerenah birokrasi hendaklah dikurangkan dan dihapuskan bagi membolehkan akauntabiliti berfungsi. Kerenah birikrasi boleh melewatkan proses pentadbiran dan memungkinkan berlakunya rasuah serta penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. viii. Akauntabiliti di peringkat individu melalui perubahan-perubahan diri seseorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni seperti Bersih, Cekap dan Amanah. Namun begitu, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum pencapaian akauntabiliti tersebut boleh dicapai sepenuhnya. Syarat utamanya 20
  • 21. sudah pasti lahir daripada pekerja itu sendiri yang harus mengetahui secara terperinci selok-belok tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan terhadapnya. Tanpa memahami apa yang yang diharapkan daripadanya, adalah tidak adil untuk meletakkan akauntabiliti yang tinggi kepada seseorang pekerja. Mereka yang diserahkan tugas pula mestilah mempunyai keupayaan melaksanakannya dan perlu memahami akan tahap prestasi atau standard yang diharapkan dari mereka. Pekerja yang telah diberikan tugas hendaklah mempunyai komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menjalankan tugasnya serta hendaklah mengenepikan soal ‘Personal Prejudics’ dan ‘Preferences’. Syarat khusus menjadi pemimpin yang telus menurut Burnham (2003) pula adalah : i. Memajukan dan memperlihatkan ketekalan tujuan, yakni berbicara dengan satu suara ii. Melaksanakan prosedur kualiti dalam semua aspek kerjanya, istimewa mengembangkan pasukan dan teknik membuat keputusan dan menyelesaikan masalah iii. Melibatkan diri dalam aktiviti latihan dan pembangunan iv. Menyedari bahawa kebanyakan masalah kualiti berpunca daripada tindak tanduk pihak pengurusan v. Memastikan agar sumber tersedia vi. Bercakap dan bertindak secara kualiti 21
  • 22. vii. Mengurus pelaksanaan kualiti menyeluruh sebagai perkara yang sangat diutamakan. 9. KESIMPULAN. Amalan ketelusan yang diterjemahkan melalui sikap akauntabiliti yang tinggi dalam pengurusan kewangan dalam organisasi pendidikan adalah bertujuan untuk memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan lebih cermat, jujur, berhati-hati, serta mengikut peruntukan- peruntukan sedia ada agar akauntabiliti yang dijalankan dapat memenuhi objektif penubuhan institusi pendidikan itu sendiri. ini kerana sistem yang baik sekalipun, tidak akan mendatangkan hasil sekiranya sumber manusia yang menjalankannya tidak mempunyai nilai-nilai dan sikap yang baik, amanah, cekap dan bersih fikiran serta suci hati. Dalam erti kata ini, prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dan perakaunan di sekolah dapat diibaratkan sebagai pemandu ke jalan yang benar dan menjadi pengawal supaya pegawai kerajaan (warga institusi pendidikan dalam konteks ini) tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan dalam mengejar keinginan dan memenuhi matlamat diri atau matlamat profesion yang diceburi. Nilai ketelusan dan akauntabiliti dalam 22
  • 23. perkhidmatan pendidikan juga amat penting kerana pencapaian aspek ini merupakan landasan penentuan arah dan makna kepada pemikiran, perlakuan dan tingkah laku serta apa juga tindakan yang dibuat. 10. PENUTUP. Amalan pentadibiran dan pengurusan kewangan secara telus merupakan impian sistem pendidikan di negara ini sejak dahulu lagi. Ini telah dibuktikan melalui penggubalan dasar-dasar pendidikan yang menyelitkan nilai tersirat ini, iaitu kejujuran dan kerahsiaan dalam menjalankan tanggungjawab serta akauntabiliti. Ini bermakna tugas yang diamanahkan dilaksanakan demi merealisasikan matlamat dan objektif jabatan, dan bukan demi kepentingan hawa nafsu peribadi atau pihak berkepentingan dengannya. Menerusi langkah pentadbiran dan pengurusan yang betul, kualiti pendidikan yang dinakhodakan oleh organisasi pendidikan melalui pemimpinnya akan terus belayar di laluan yang betul dan seterusnya memastikan mercu kejayaan ilmu dan sahsiah dipertahankan demi Falsafah Pendidikan Negara Justeru itu, Pengetua selaku Pegawai Pengawal mempunyai harus memiliki akauntabiliti yang tinggi dan berperanan penting dalam pengurusan 23
  • 24. kewanan sekolah khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan penerimaan dan pungutan wang kerajaan di peringkat sekolah. Tugas dan tanggungjawab ini perlu dilakukan penuh berhemah, jujur dan telus bagi memastikan wang awam dapat diurusbaik dan teratur mengikut lunas- lunas peraturan dan prosedur kewangan yang telah diperuntukan sama ada melalui Perlembagaan Persekutuan, Akta Acara Kewangan, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah serta arahan- arahan dari Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia. 24
  • 25. BIBLIOGRAFI Akta Pelajaran (2005). Petaling Jaya. International Law Book Sevices. Arahan Perbendaharaan (2004). Kuala Lumpur. MDC Publisher Sdn. Bhd. Burnham, W.J. (2003). Educational Leadership And The Community: Strategies For School Improvement Through Community Engagement. London. Pearson Education. Campbell, R.F., Corbally, J.E dan Nystrande, R.O. (1983). Introduction to Educational Administration. Edisi Ke-6. Massachusetts. Ally and Bacon Inc. Hussein Mahmod (1993). Kepimpinan Dan Keberkesanan Skolah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (1991). Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur. INTAN. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis Panduan Perakaunan Dan Kewangan Sekolah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis Panduan Perakaunan Dan Kewangan Sekolah. (Edisi Keempat). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (1993). Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Bil. 2. Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Newmen, W.H. (1963). Administrative Action. New Jersey. Prentice Hall Inc. Perintah-Perintah Am Dan Arahan Pentadbiran (2005). Petaling Jaya. International Law Book Services. Perlembagaan Persekutuan (2005). Petaling Jaya. International Law Book Services. Perintah-Perintah Am, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, Arahan Perbendaharaan, Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor, Arahan Perkhidmatan 25
  • 26. dan Akta Acara Kewangan (2004). MDC Publishers Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Stoner, J.A.F. (1984). Management. New Jersey. Prentice Hall Inc. Thierauf, F.J., Klekamp, R.C dan Geeding, D.W. (1977). Management Principles and Practice : A Contingency and Questionnaire Approach. New York. John Wiley and Sons. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1999). Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd. 26