SlideShare a Scribd company logo
1 of 93
BAB 4 
PENTADBIRAN 
KEWANGAN
OBJEKTIF BAB 
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 
•Menerangkan latar belakang pentadbiran kewangan 
di Malaysia. 
•Menghuraikan perkara-perkara penting dalam 
pentadbiran kewangan di Malaysia, iaitu belanjawan, 
dasar kewangan, bidang kuasa kewangan, dan 
kawalan-kawalan kewangan.
PENGENALAN 
• Malaysia mengamalkan sistem 
ekonomi terbuka (Ahmad 
Atory,1996:203).
ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM 
PENTADBIRAN KEWANGAN 
• Belanjawan Negara merupakan anggaran 
perbelanjaan dan hasil untuksatu-satu tahun 
kewangan tertentu. 
• Dalam konteks Malaysia, Belanjawan Negara 
dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober 
atau November setiap tahun oleh Menteri 
Kewangan (Ahmad Atory, 1983:144).
• Belanjawan Negara telah memainkan beberapa 
peranan penting dalam pentadbiran kewangan 
negara kita. Di antara peranan tersebut ialah: 
a) Mengawal perbelanjaan negara -kerajaan akan 
mengagihkan peruntukan berdasarkan kepada anggaran 
pendapatan dan perbelanjaan yang dibuat sebelumnya. 
b) Menstabilkan ekonomi negara - kerajaan boleh 
menggunakan belanjawan sebagai strategi menghadapi 
keadaan semasa ekonomi negara dengan memberi 
penekanan kepada langkah-langkah yang bersesuaian.
c) Mengukur kecekapan dan keberkesanan pengurusan 
kewangan negara 
- Menilai kecekapan dan keberkesanan agensiagensi kerajaan 
dalam merancang dan menggunakan peruntukan yang diberikan. 
- Prestasi pengurusan kewangan agensi berkenaan diukur melalui 
sejauh mana ia dapat membelanjakan peruntukan pada akhir 
tahun mengikut perancangan sebelumnya. 
- Belanjawan juga bergantung kepada sistem belanjawan yang 
digunakan.
Tahap-tahap Peralihan 
Pentadbiran Kewangan Malaysia 
1. Sistem Belanjawan Zaman Masyarakat Melayu 
Tradisi 
- Hasil yang paling utama ialah dalam bentuk cukai. Cukai 
kepala dan cukai pelabuhan yang dipungut oleh 
Syahbandar ke atas pedagang-pedagang yang singgah di 
pelabuhan. 
- Hasil negara yang dipungut dikawal oleh Raja yang 
dinamakan Perbendaharaan Negeri. 
- Hanya Sultan atas nasihat Bendahara, boleh mengeluarkan 
harta dan perbendaharaan untuk dibelanjakan mengikut 
keperluan negara.
2. Sistem Belanjawan Zaman Penjajahan – sistem belanjawan 
yang digunakan adalah sistem berdasarkan amalan negara 
penjajah. 
3. Sistem Belanjawan Selepas Merdeka - kebanyakan dasar 
kerajaan termasuk sistem belanjawan masih lagi terikat 
dengan sistem yang diamalkan oleh British, iaitu kuasa 
penjajah yang terakhir di Tanah Melayu. 
4. Item Belanjawan Lini - tumpuan negara adalah terhadap 
pembangunan sosial dan ekonomi, terutamanya 
pembangunan infrastruktur dan luar bandar. Agensi-agensi 
kerajaan dikehendaki menyenaraikan aktiviti-aktiviti (objek 
atau item) yang dirancang untuk dilaksanakan, berserta 
dengan anggaran perbelanjaan yang terperinci.
5. Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) 
- Sistem belanjawan lini didapati kurang berkesan kerana terdapat 
banyak kelemahan. 
- Tidak ada mekanisme kawalan untuk menilai kecekapan dan 
keberkesanan terhadap peruntukan yang dibelanjakan. 
- Pada tahun 1968, kerajaan telah memperkenalkan satu sistem 
belanjawan yang dikenali sebagai Sistem Belanjawan Program dan 
Prestasi. 
- Sistem berorientasikan pengurusan kerana ini ia melibatkan aktiviti-aktiviti 
perancangan, pelaksanaan dan penilaian sesuatu projek. 
- Ia juga memperlihatkan sejauh mana kecekapan dan keberkesanan 
agensi-agensi memperoleh, mengorganisasikan, mengawal dan 
menggunakan sumber-sumber negara yang terhad itu.
• Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) 
(samb.) 
- setiap agensi dikehendaki menyediakan anggaran 
belanjawan untuk tahun hadapan dengan menjelaskan 
secara terperinci objektif-objektif dan strategi-strategi 
perlaksanaan bagi sesuatu projek. 
- Prestasi agensi pada tahun perlaksanaan akan diukur 
berasaskan kecekapan dan keberkesanan dalam 
menggunakan sumber ke arah pencapaian objektif 
mengikut strategi-strategi pelaksanaan yang ditetapkan 
itu.
6. Sistem Belanjawan DiubahSuai (SBD) 
- Diperkenalkan oleh kerajaan dalam tahun 1990 dan merupakan 
sistem yang digunakan oleh Malaysia sehingga hari ini. 
- Pengubahsuaian ke atas bidang kuasa melibatkan penurunan kuasa 
untuk membuat keputusan kepada peringkat pengurusan bawahan. 
Kuasa membuat keputusan ini dihadkan kepada pegawaipegawai 
pada peringkat akauntabiliti yang bersesuaian. 
- Pengubahsuaian yang dilakukan adalah bertujuan untuk memberi 
keberkesanan kecekapan dalam pengurusan kewangan kerana setiap 
aktiviti dapat di tadbir dan dikawal selia oleh individu yang paling 
hampir dengan pelaksananya.
• Sistem Belanjawan DiubahSuai (SBD) (samb.) 
- pengubahsuaian dalam proses pula melibatkan peraturan dan 
prosedur dalam agihan peruntukan belanjawan. 
- Batas Perbelanjaan merupakan satu had perbelanjaan kasar ke atas 
sesuatu aktiviti tanpa mengambil kira faktor-faktor lain dan tidak 
boleh dilampaui oleh agensi yang melaksanakannya. 
- Perjanjian Program, iaitu satu persetujuan yang menetapkan tahap 
prestasi yang ingin dicapai bagi sesuatu peruntukan yang diagihkan. 
- Pengubahsuaian dalam proses juga melibatkan aspek penilaian ke atas 
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Dasar Kewangan (Fiskal) 
Negara 
• Kerajaan mempunyai matlamat 
untuk meningkatkan prestasi dan 
menstabilkan kedudukan ekonomi 
negara (INTAN 1991:661).
• Terdapat beberapa dasar yang sering digunakan dalam 
usaha menyelesaikan beberapa masalah ekonomi 
tertentu, iaitu: 
a) Dasar Percukaian –untuk meningkatkan hasil negara 
atau mempengaruhi kuasa beli orang perseorangan 
dan organisasi dalam negara. 
b) Dasar Perbelanjaan Kerajaan 
- sikap yang diamalkan oleh kerajaan dalam menghadapi sesuatu 
keadaan ekonomi. 
- Perbelanjaan kerajaan boleh menjadi pengganti utama kepada 
semua perbelanjaan yang tidak dapat dipenuhi oleh sektor 
(firma atau perseorangan) dalam sistem ekonomi se sebuah 
negara. 
- Kerajaan boleh menentukan sama ada ingin atau tidak 
melakukan perbelanjaan dalam keadaan yang tertentu.
c) Pengendalian Hutang Negara 
- Pinjaman dalam dan luar negara. 
- Kerajaan sukar untuk mengagihkan 
peruntukan bagi membayar balik pinjaman 
mengikut jadual yang ditentukan, 
terutamanya hutang luaryang besar 
jumlahnya. 
- Keadaan akan menjadi lebih buruk 
sekiranya nilai mata wang negara menjadi 
semakin rendah berbanding nilai mata 
wang asas yang digunakan oleh negara 
pemberi pinjaman.
d) Dasar Perlepasan Cukai 
- Bertujuan untuk menarik pelaburan 
dari luar negara. 
- Dasar ini digunakan bertujuan untuk 
menggalakkan industri berteknologi 
tinggi tumbuh dan bertapak di 
negara ini.
Bidang Kuasa Kewangan 
• Dalam aspek kewangan Kerajaan Pusat juga 
mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada 
kerajaan-kerajaan negeri. 
• Hanya Parlimen boleh mengenakan sebarang 
cukai atau kadar ke atas mana-mana pihak. 
• Segala hasil dan pendapatan utama 
Persekutuan hendaklah dimasukkan dalam 
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan 
hanya melalui akta Parlimen sahaja 
membolehkan wang tersebut diagihkan atau 
dibelanjakan.
Bidang Kuasa Kewangan 
• Kerajaan-kerajaan negeri dibenarkan 
memungut dan membelanjakan apa-apa 
hasil yang diperoleh dalam bidang 
kuasanya seperti mana disenaraikan 
dalam Jadual Ke Sembilan(Senarai 
Negeri). 
• Prosedur memungut dan 
membelanjakan ini hendaklah selari 
dengan prosedur yang ditetapkan oleh 
kerajaan pusat.
• Semua akaun Kerajaan Persekutuan dan 
negeri hendaklah diaudit dan dilaporkan 
kepada Ketua Audit Negara. 
• Perkara 106 merupakan satu perjawatan 
peringkat Persekutuan. Ketua Audit Negara 
akan mengemukakan laporan audit kepada 
Yang Dipertuan Agong dan dibentangkan di 
Parlimen. 
• Bagi laporan audit Kerajaan Negeri, satu 
salinan disampaikan kepada Raja atau yang Di 
Pertua Negeri dan dibentangkan di Dewan 
Undangan Negeri.
• Kedudukan kerajaan pusat lebih tinggi 
berdasarkan kedudukan di mana 
Pegawai Kewangan peringkat negeri 
adalah bertanggungjawab kepada 
Ketua Audit Negara di peringkat 
Persekutuan. 
• Jumlah geran yang boleh diberikan 
kepada negeri dengan berdasarkan dua 
kriteria utama yang telah ditetapkan, 
iaitu berdasarkan bilangan penduduk 
dan kos penyelenggaraan jalan raya 
negeri.
Kawalan-Kawalan Kewangan 
• Kawalan-kawalan kewangan adalah merujuk 
kepada proses untuk memastikan kewangan 
negara di tadbir dan diurus dengan cekap, 
berkesan, dan mengikut peraturan yang 
ditentukan seperti berikut:
a) Peruntukan Perlembagaan - Perlembagaan 
merupakan undang-undang tertinggi dan tiada 
mana-mana pihak boleh membuat undang-undang 
dalam Persekutuan yang bercanggah dengan 
perlembagaan. 
b) Kawalan Parlimen 
- Dalam hal kewangan, Parlimen mengeluarkan akta-akta 
yang diterima pakai di seluruh Persekutuan. 
- Badan perundangan yang lebih rendah daripada parlimen, 
tidak boleh membuat undang-undang yang bercanggah 
dengan peruntukan akta berkenaan.
c) Kawalan Eksekutif 
- Melalui kementerian yang bertanggungjawab dalam hal-hal 
kewangan, iaitu Kementerian Kewangan. 
- Kementerian Kewangan juga dikenali sebagai 
Perbendaharaan. 
- Arahan Perbendaharaan mengeluarkan garis panduan 
pengurusan kewangan negara secara terperinci. 
- Arahan perbendaharaan ini boleh dipinda atau ditambah 
mengikut keperluan semasa melalui surat-surat pekeliling 
yang dinamakan Surat Pekeliling Perbendaharaan.
d) Kawalan Pentadbiran 
- Kawalan Pentadbiran pula merujuk kepada kawalan 
kewangan yang berlaku pada tahap jabatan tertentu. 
- Pegawai Pengawal dalam hal berkaitan kewangan agensi 
masing-masing.
BAB 5 
PENGURUSAN 
SUMBER MANUSIA
OBJEKTIF BAB 
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 
•Mendefinisikan konsep-konsep penting dalam pengurusan sumber manusia. 
•Membincangkan alternatif-alternatif pengrekrutan, kaedahkaedah pengrekrutan, 
jenis-jenis temuduga, dan jenis-jenis ujian. 
•Menerangkan maksud dan bentuk pampasan. 
•Menjelaskan peranan, kaedah, dan kesilapan di dalam penilaian prestasi. 
•Menerangkan objektif penubuhan kesatuan sekerja, keperluan pekerja menyertai 
kesatuan sekerja, dan jenis tindakan perusahaan. 
•Membincangkan faktor-faktor yang mewujudkan masalah disiplin, klasifikasi 
masalah displin, dan tahap tindakan displin. 
•Menghuraikan matlamat, faktor, proses, dan teknik-teknik latihan. 
•Membezakan di antara pengurusan kerjaya dan perancangan kerjaya. 
•Menjelaskan jenis-jenis dan kepentingan perkembangan kerjaya.
PENGENALAN 
• Pengurusan sumber manusia hendaklah bermula 
daripada peringkat awal sebelum kemasukan 
pekerja ke dalam organisasi, iaitu pada peringkat 
pengrekrutan dan pemilihan dan sentiasa berterusan 
agar mereka terus setia di dalam organisasi tersebut. 
• Pengurusan sumber manusia bolehlah didefinisikan 
sebagai polisi dan praktik yang diperlukan untuk 
menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan 
sumber manusia termasuk pengrekrutan dan 
pemilihan pekerja, pampasan, latihan dan 
pembangunan, penilaian prestasi dan 
perkembangan kerjaya, serta perhubungan industri 
dan keselamatan pekerja.
PENGREKRUTAN DAN PEMILIHAN 
• Pengrekrutan 
– proses mengambilan individu yang berkelayakan 
untuk mengisi jawatan di sesebuah organisasi. 
– Membantu organisasi memenuhi tanggungjawab 
sosial dan perundangan seperti mengurangkan 
kesan diskriminasi. 
– Dua perkara berkaitan dalam proses pengrekrutan 
yang perlu dibincangkan ialah alternatif kepada 
pengrekrutan dan kaedah pengrekrutan:
Alternatif kepada Pengrekrutan 
• Bagi sesetengah keadaan, pengrekrutan bukanlah 
jalan terbaik untuk membantu organisasi mengatasi 
masalah kekurangan pekerja. 
• Sesebuah organisasi boleh menimbangkan 
alternatifalternatif lain selain daripada pengrekrutan 
iaitu: 
– Kerja lebih masa 
– Subkontrak 
– Pekerja sementara 
– Employee Leasing 
– Kaedah Pengrekrutan
Kaedah Pengrekrutan 
a) Pengrekrutan dalaman 
b) Pengrekrutan luaran 
- Pengiklanan 
- Agensi mencari pekerjaan swasta dan awam 
- Pengrekrutan kampus 
- Acara khas 
- "Walk-In Interview"
Pemilihan 
• Merupakan satu proses di mana 
sesebuah jabatan atau organisasi 
memilih daripada senarai pemohon, 
calon yang paling layak atau 
berkebolehan untuk menjawat 
sesuatu jawatan (Mondy dan 
Noe,1993:208). 
• Matlamat proses ini adalah untuk 
memadankan calon dengan tugas-tugas 
yang akan dilaksanakan.
• Proses pemilihan selalunya 
bermula dengan penapisan calon-calon 
untuk mengeluarkan 
pemohon-pemohon yang tidak 
memenuhi kriteria yang 
ditetapkan. 
• Bentuk-bentuk pemilihan adalah 
seperti berikut:
1) Temu Duga Pekerjaan 
• Terdapat dua jenis temu duga, iaitu temu duga 
tidak berstruktur dan berstruktur. 
• Di dalam temu duga tidak berstruktur soalan 
yang dikemukakan tidak mengikut format yang 
ditetapkan. 
• Temu duga berstruktur, soalan yang 
dikemukakan adalah soalan-soalan yang telah 
disediakan terlebih dahulu oleh penemu duga 
dan bentuk soalan adalah sama bagi setiap 
calon. 
• Teknik yang boleh digunakan di dalam temu 
duga: temu duga berkumpulan , temuduga 
panel, temu duga tekanan dan lain-lain. 
2) Ujian Pemilihan – langkah pemilihan yang 
seterusnya ialah mengadakan ujian bagi 
caloncalon yang berjaya di dalam temu duga.
PAMPASAN 
• Pampasan merupakan setiap bentuk faedah 
yang diterima oleh pekerja sebagai pulangan 
ke atas kerja yang dilaksanakan (Mondy dan 
Noe, 1993:442). Pampasan boleh diberi dalam 
bentuk wang, perkhidmatan atau faedah-faedah 
lain yang sesuai. 
• Merupakan satu alat yang penting untuk 
menarik serta mengekalkan pekerja-pekerja 
yang produktif. 
• Pampasan boleh dibahagikan kepada tiga 
bahagian yang utama, iaitu gaji dan upah, 
insentif, serta faedah-faedah sampingan.
PENILAIAN PRESTASI 
• Penilaian prestasi merupakan satu sistem penilaian 
berkala untuk menilai prestasi dari segi kualiti dan 
kuantiti kerja yang dihasilkan dan juga tingkah laku 
individu pekerja (Mondy, Noe, dan Edwards, 
1986:55). 
• Sistem penilaian prestasi yang baik akan dapat 
membantu organisasi mencapai objektif yang 
ditetapkan serta dapat memotivasikan pekerja untuk 
meningkatkan prestasi mereka.
• Objektif Penilaian Prestasi: 
- Imbuhan 
- Pembangunan sumber manusia 
- Maklum balas prestasi 
- Meningkatkan motivasi 
- Perancangan sumber manusia 
- Pengrekrutan dan pemilihan 
- Perkembangan kerjaya
Kaedah Penilaian Prestasi 
a) Rating scale - Setiap pekerja akan dinilai 
berasaskan pencapaian mereka terhadap setiap 
kriteria yang ditetapkan mengikut skala 
terendah hinggalah tertinggi (Dessler, 
1994:334). 
b) Critical incidents - Penggunaan teknik ini 
menghendaki pengurus dan pekerja 
mencatatkan tingkah laku efektif dan tidak 
efektif di dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
c) Ranking - pekerja akan disenaraikan 
mengikut turutan prestasi mereka daripada 
cemerlang ke bawah (Dessler, 1994:34). 
d) Behaviorally Anchored Rating Scale (BARS) - 
Kaedah ini memerlukan pengurus merekod 
tingkah laku efektif dan tidak efektif tetapi 
dengan lebih objektif.
Kesilapan di dalam Penilaian Prestasi 
a) Standard yang tidak jelas 
b) Kesan halo - penyelia menilai pekerja bawahnya 
berdasarkan satu ciri tertentu sahaja dan berat 
sebelah. 
c) Kecenderungan memusat - penilaian terhadap 
pekerja dengan memberi nilai kadaran secara 
purata atau sama terhadap semua pekerja ataupun 
penilai.
d) Leniency dan strictnes- "Leniency" terjadi apabila 
penilai membuat penilaian secara murah hati dan 
tidak tegas terhadap kriteria prestasi yang ada. 
"strictness" pula terjadi apabila penilai membuat 
penilaian dengan tegas dan ketat yang 
menyebabkan kebanyakan pekerja mendapat 
markah yang rendah di dalam penilaian tersebut. 
e) Berat sebelah - penilai melakukan pertimbangan 
yang tidak objektif dan bergantung kepada 
prasangka dan stereotaip.
KESATUAN SEKERJA DAN 
PERHUBUNGAN INDUSTRI 
• Satu badan yang dapat mewakili hak-hak 
dan kepentingan pekerja perlu 
diwujudkan bagi menjaga kebajikan 
mereka. 
• Kesatuan Sekerja - Kesatuan sekerja 
secara umumnya merupakan satu 
gabungan pekerja yang bekerjasama 
untuk memperbaiki keadaan kerja 
mereka (Maimunah, 1994).
• Objektif Penubuhan Kesatuan Sekerja: 
– Memperbaiki suasana fizikal pekerjaan. 
– Meminta gaji atau upah yang setimpal 
dengan kelulusan dan kemahiran yang ada 
pada mereka. 
– Memperbaiki kemudahan sosial semasa 
bekerja seperti pengangkutan dan tempat 
tinggal. 
– Mendapatkan hak atau suara dalam 
kerajaan 
– Mewujudkan suasana industri yang 
demokratik.
• Kepentingan Pekerja Menyertai 
Kesatuan Sekerja: 
– Meningkatkan Kuasa Perundingan. 
– Gaji dan Upah yang Setimpal. 
– Perlindungan Hak. 
– Saluran untuk Bersosial. 
– Jaminan Pekerjaan. 
– Peluang untuk Menjadi Pemimpin dan 
Ketua.
• Perundingan dan Perjanjian Bersama 
- Perundingan bersama ialah satu proses 
di mana pihak pengurusan dan wakil 
kesatuan sekerja bertemu untuk 
membuat perundingan tentang syarat-syarat 
pekerjaan ataupun peraturan-peraturan 
pekerjaan 
(Dessler,1994:566). 
- Rundingan mencapai kata sepakat, 
maka perjanjian bersama ditulis dan 
ditandatangani.
• Tindakan Perusahaan 
- Merupakan satu tindakan yang dilakukan 
oleh ahliahli kesatuan sekerja apabila 
pertikaian perusahaan tidak dapat 
diselesaikan secara rundingan. 
- Mogok merupakan perbuatan menarik 
diri dari pekerjaan oleh sekumpulan 
pekerja. 
- Konsep menarik diri daripada pekerjaan 
termasuk keengganan pekerja untuk 
terus bekerja ataupun keengganan 
menerima kerja serta melewatkan 
perlaksanaan tugas yang bersangkutan.
• Jenis mogok: 
• Mogok simpati -sekumpulan pekerja 
yang tidak terlibat di dalam pertikaian 
perusahaan membuat keputusan 
untuk mogok bagi menunjukkan 
sokongan dan perpaduan dengan 
kumpulan pekerja yang sah bermogok. 
• Mogok Politik atau Umum - Mogok 
yang ditujukan kepada kerajaan, 
bukan kepada majikan. 
• "Wildcat strike“- mogok tanpa undi 
atau tanpa mengikut prosedur.
DISIPLIN 
• Tatatertib adalah peraturan-peraturan atau tata kelakuan 
yang perlu dipatuhi oleh kakitangan sesebuah organisasi 
supaya organisasi dapat mencapai kestabilan dan objektif 
yang telah ditetapkan (Malaysia Kita, 1991). 
• Disiplin juga merupakan suatu latihan terhadap pemikiran 
dan kelakuan supaya dapat melahirkan para pekerja yang 
berfikiran rasional, berakhlak, dan bersopan seterusnya dapat 
mengawal diri agar mematuhi peraturan dan undang-undang 
yang ditetapkan oleh organisasi.
• Ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan 
peraturan kebiasaannya disebabkan oleh kurang 
pengetahuan tentang undang-undang, salah faham 
akan sesuatu arahan, kecuaian, kurang perasaan 
bertanggungjawab, dan sikap yang sengaja tidak 
mahu mengikut peraturan. 
• Di dalam perkhidmatan awam, tatatertib atau 
disiplin adalah berkaitan dengan tata kelakuan dan 
larangan yang dinyatakan dalam Peraturan- 
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib).
• Tindakan Disiplin 
- Tindakan disiplin akan diambil apabila berlakunya 
pelanggaran terhadap peraturan dan undang-undang yang 
telah ditetapkan. 
- Terdapat tiga syarat bagi memastikan tindakan disiplin yang 
diambil adalah adil kepada pekerja, iaitu: 
(i) Peraturan atau undang-undang mestilah digariskan dengan jelas dan 
hendaklah diberitahu kepada pekerja. 
(ii) Sistem tindakan disiplin dibuat secara progresif, iaitu semua jenis 
hukuman hendaklah bergantung kepada jenis-jenis kesalahan dan 
bilangan kesalahan dilakukan. 
(iii) Pekerja diberi peluang untuk membuat rayuan.
• Masalah Displin 
- Masalah displin bukan hanya timbul disebabkan oleh sikap 
atau tingkah laku pekerja, tetapi juga disebabkan oleh 
pengurusan displin yang lemah oleh organisasi. 
- Faktor-faktor yang membawa kepada pengurusan displin 
yang lemah ialah: 
- Prosedur pengrekrutan yang lemah. 
- Kekurangan latihan dan pengembangan kerjaya. 
- Kurang komunikasi di antara pegawai atasan dan bawahan. 
- Pengawasan yang lemah. 
- Polisi dan peraturan yang tidak munasabah.
• Klasifikasi Masalah Displin: 
- Prestasi yang lemah. 
- Melanggar peraturan dan undang-undang. 
- Gangguan emosi. 
- Penentang atau pemberontak.
• Tahap-Tahap Tindakan Disiplin - tindakan disiplin yang adil mestilah 
mempunyai sistem yang progresif, iaitu mengikut tahap kesalahan yang 
dilakukan. 
• Bagi kakitangan awam, seksyen 36 Peraturan-peraturan Pegawai Awam 
(Kelakuan & Tatatertib) menggariskan sembilan jenis hukuman atau tindakan 
disiplin yang boleh dikenakan oleh Lembaga Tatatertib iaitu: 
(i) Amaran 
(ii) Celaan 
(iii) Denda 
(iv) Lucut Gaji 
(v) Hentikan Kenaikan Gaji 
(vi) Tangguhkan Kenaikan Gaji 
(vii) Turun Gaji 
(viii) Turun Pangkat 
(ix) Buang Kerja 
• Sebelum tindakan disiplin diambil terhadap pekerja, siasatan yang 
menyeluruh perlu dilakukan untuk tujuan keadilan.
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN 
• Pembangunan sumber manusia di dalam sesebuah 
organisasi amat penting bagi memastikan bahawa 
pekerja sentiasa peka terhadap sebarang 
pembaharuan yang diwujudkan. 
• Pembangunan sumber manusia memerlukan 
usaha yang terancang dan berterusan bagi 
memperbaiki atau meningkatkan kemahiran 
pekerja dan seterusnya prestasi organisasi dan 
usaha ini dapat dilakukan melalui latihan. 
• Latihan merupakan satu alat untuk meningkatkan 
pengetahuan, keupayaan dan kemahiran, serta 
mengubah sikap pekerja dan seterusnya 
meningkatkan lagi keyakinan pekerja dalam 
menjalankan tugas yang lebih mencabar.
• Matlamat Latihan: 
• Meningkatkan produktiviti dan prestasi 
organisasi. 
• Mengelakkan daripada kemahiran yang 
ada pada pekerja menjadi usang. 
• Menghasilkan pekerja yang berkualiti 
dan mempunyai potensi untuk 
meningkatkan prestasi dalam 
pekerjaan.
• Faktor-faktor yang Mempengaruhi 
Latihan 
• sokongan daripada pihak pengurusan 
• kemajuan teknologi 
• persaingan di antara organisasi 
• pengetahuan tentang faktor 
kemanusiaan
• Proses Latihan- Sebelum sesuatu program latihan 
dijalankan, perancangan awal hendaklah dilakukan 
untuk memastikan kelancaran program latihan dan 
memberikan pulangan yang setimpal dengan kos 
yang dikeluarkan oleh organisasi. Perancangan 
program latihan perlu melalui beberapa tahap, iaitu: 
a) Identifikasi keperluan latihan - memastikan individu 
yang memerlukan latihan dan dalam bidang yang 
ditentukan berdasarkan tanggungjawab dan 
kesesuaiannya. 
b) Menetapkan objektif latihan – Objektif latihan 
hendaklah jelas, boleh dicapai dan dapat membantu 
organisasi membuat keputusan tentang kandungan 
program. 
c) Analisis faedah dari segi kos - Analisis yang dilakukan 
juga memudahkan pihak pengurusan membuat 
belanjawan bagi program latihan yang hendak 
diadakan.
d) Mengenal pasti teknik latihan dan memilih 
fasilitator - teknik latihan yang dipilih hendaklah 
mengambil kira cara penilaian yang akan digunakan 
untuk menilai sejauh mana kemahiran atau 
pengetahuan yang diperolehi oleh pelatih. 
e) Mengatur keperluan latihan - Keperluan latihan 
termasuklah penentuan bilangan peserta, tempat 
latihan, peralatan dan kelengkapan latihan serta 
keperluan-keperluan lain. 
f) Mengendalikan program latihan - program latihan 
dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat. 
g) Penilaian program latihan -menilai keberkesanan 
program latihan tersebut serta sejauhmana 
kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi oleh 
setiap pelatih. Hasil penilaian ini dapat membantu 
organisasi memperbaiki lagi program latihan yang 
akan diadakan pada masa akan datang. Selain 
daripada itu, ia juga dapat digunakan untuk 
mengukur tahap prestasi pelatih sendiri.
• Teknik Latihan: 
– Teknik audio visual 
– Kuliah 
– Latihan semasa bekerja 
– Program latihan menggunakan bantuan 
komputer
PERKEMBANGAN KERJAYA 
• Perkembangan kerjaya merupakan satu proses yang 
tersusun dan terancang untuk mencapai 
keseimbangan di antara kehendak kerjaya seseorang 
pekerja dan juga keperluan tenaga kerja sesebuah 
organisasi (Leibowitz, Farren, dan Kaye, 1986). 
• Ia merujuk kepada usaha untuk membantu individu 
pekerja merancang kerjaya mereka supaya selari 
dengan objektif dan perancangan strategik 
organisasi.
• Perkembangan kerjaya juga merupakan satu sistem 
yang menghubungkan matlamat kerjaya individu 
pekerja dengan keperluan organisasi terhadap 
sumber manusia. 
• Berdasarkan kepada definisi ini, terdapat tiga pihak 
yang terlibat di dalam proses perkembangan kerjaya 
iaitu pengurusan atasan, pengurus dan juga individu 
pekerja itu sendiri.
• Perancangan Kerjaya -Perancangan kerjaya 
ialah proses perancangan yang dilakukan 
oleh seseorang pekerja seperti memilih 
pekerjaan dan organisasi yang ingin diceburi. 
• Penyediaan perancangan kerjaya oleh 
individu pekerja adalah penting untuk 
meningkatkan penyertaan mereka di dalam 
program-program perkembangan kerjaya 
yang lain.
• Pengurusan Kerjaya-Pengurusan kerjaya pula ialah suatu program 
perkembangan kerjaya yang tersusun dan sistematik yang 
dilaksanakan oleh organisasi untuk membantu perkembangan 
kerjaya pekerja. Antara tindakan organisasi ialah mewujudkan 
program-program maklumat kerjaya, kaunseling kerjaya, 
pembangunan kerjaya, dan peningkatan kerjaya. 
• Terdapat tiga elemen yang perlu dianalisis terlebih dahulu oleh 
organisasi bagi memastikan program-program berkenaan bukan 
saja tersusun dan sistematik tetapi juga efektif dan benar-benar 
memberi faedah kepada organisasi dan juga pekerja-pekerja. 
Elemen-elemen tersebut ialah analisis keperluan organisasi, analisis 
keperluan pekerjaan dan analisis keperluan individu.
• Jenis-Jenis Program Perkembangan Kerjaya: 
– Perancangan kerjaya 
– Program maklumat kerjaya 
– Kaunseling kerjaya 
– Program pembangunan kerjaya 
– Peningkatan kerjaya
BAB 6 BIROKRASI
OBJEKTIF BAB 
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 
•Mendefinisikan konsep-konsep penting birokrasi. 
•Membincangkan tiga kecenderungan utama dalam birokrasi. 
•Menghuraikan ciri-ciri struktur birokrasi. 
•Menjelaskan tiga model utama birokrasi. 
•Membincangkan kritikan-kritikan terhadap konsep birokrasi. 
•Menerangkan konsep-konsep asas birokrasi di Malaysia. 
•Menghuraikan evolusi perkhidmatan awam di Malaysia. 
•Menjelaskan tiga peranan utama birokrasi di Malaysia.
PENGENALAN 
• Birokrasi adalah satu konsep yang 
sukar difahami dan sering kali 
disalahtafsirkan kepada bentuk 
yang negatif. 
• Teori Marx Weber .
KONSEP ASAS BIROKRASI 
• Birokrasi sebagai fenomena yang berkaitan 
dengan organisasi yang besar dan kompleks 
yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. 
• Victor Thomson melihat birokrasi sebagai 
organisasi yang mengandungi pengelasan 
pekerjaan yang mendalam. 
• Kecenderungan birokrasi adalah seperti 
berikut:
a) Berdasarkan ciri-ciri struktur: 
i. Jawatan yang berhierarki. 
ii. Pengelasan pekerjaan berdasarkan kemahiran dalam sesuatu tugas. 
iii. Sistem peraturan yang meliputi hak, tugas, dan tanggungjawab 
seseorang pemegang jawatan. 
iv. Prosedur kerja dalam menghadapi tugas seharian. 
v. Tidak ada unsur-unsur berat sebelah dalam hubungan sesama 
pekerja dan pelanggan. 
vi. Pemilihan jawatan dan kenaikan pangkat berdasarkan kebolehan 
teknikal.
b) Berdasarkan ciri tingkah lakunya. 
– Ciri-ciri yang diutarakan oleh Friedrich (1963), iaitu objektif 
(objectivity), tepat (precision), konsisten (consistency), dan 
kebijaksanaan (discretion). 
– Pegangan yang total terhadap peraturan-peraturan di dalam birokrasi 
demi mencapai keberkesanan kerja akan mewujudkan tingkah laku 
negatif seperti kebergantungan terhadap isu-isu teknikal dan 
pendekatan yang lebih konservatif. 
– Ketiadaan kebebasan dalam hubungan (depersonalization of 
relationships) telah mewujudkan konflik di antara penjawat awam 
dengan pelanggan-pelanggan. 
– Tiada fleksibel dalam pelaksanaan tugas, tiada sifat keprihatinan, tiada 
ketelusan dalam pekerjaan, tiada unsur delegasi tugas, dan tiada 
kebijaksanaan dalam tugas.
c) Bentuk pencapaian matlamat. 
– Birokrasi sebagai sebuah organisasi yang cuba 
memaksimumkan kecekapan di dalam pentadbiran 
atau cuba untuk menginstitusikan tingkah laku sosial 
yang teratur demi mencapai keberkesanan dalam 
pentadbiran. 
– Kesesuaian sesuatu tingkah laku itu banyak 
bergantung kepada bagaimana sumbangannya 
terhadap pencapaian matlamat organisasi. 
– Sesebuah organisasi itu di lihat sebagai birokrasi 
bilamana ia mencapai matlamatnya dan ini bermakna 
elemen-elemen struktur dan tingkah laku itu akan 
sentiasa berubah mengikut masa dan keadaan.
STRUKTUR BIROKRASI 
a) Hierarki 
– ciri yang paling penting kerana ia 
menggambarkan keupayaan untuk 
merasionalisasikan kerja-kerja 
pentadbiran. 
– Sistem yang formal ini penting demi 
menentukan hala tuju, kekuatan, 
dan kesinambungan dalam sesuatu 
bentuk pentadbiran.
b) Perbezaan atau Pengkhususan 
-wujud kerana pembahagian 
tugas dan ia amat penting dalam 
mewujudkan kerjasama di antara 
satu sama lain demi mencapai 
objektif yang telah ditetapkan. 
Perbezaan dalam pengkhususan 
kerja mewujudkan peranan 
tertentu.
c) Kelayakan atau Kebolehan - 
penting dalam menjamin supaya 
peranan yang telah dikhususkan 
akan mampu dilakukan dengan 
efektif oleh individu yang 
memegang peranan tersebut. 
Kelayakan ini datang melalui 
persiapan atau pendidikan.
MODEL-MODEL 
BIROKRASI 
a) Stateness Model 
– Diperkenalkan oleh Heper (1987) melalui 
penulisannya dalam “The State and Public 
Bureaucracies.” 
i. Kerajaan personalist yang diterajui oleh seorang 
pemerintah, terdapat dua bentuk birokrasi iaitu 
personal servant bureaucracy dan machine model 
bureaucracy. 
ii. Kerajaan yang berteraskan ideologi, yang mana 
pemerintahan adalah di bawah kekuasaan birokrasi 
atau parti, terdapat dua bentuk birokrasi, iaitu 
bonapartist bureaucracy dan birokrasi yang 
dikuasai oleh parti.
ii. Kerajaan mengamalkan dasar liberal, di mana 
tidak ada kuasa yang dominan dalam 
pemerintahan negara, model birokrasi yang 
diamalkan ialah weberian legal-rational 
bureaucracy. 
iii. Kerajaan praetorian di mana tidak wujud 
sebuah pemerintahan yang bersistematik dan 
bentuk birokrasi yang terdapat di dalam sistem 
ini ialah spoils system bureaucracy.
b) Model Klasik (Classic Model) 
– Model Klasik kadangkala dikenali juga sebagai 
model Weber mengambil sempena nama Marx 
Weber. 
– Model ini menggabungkan pendekatan struktur 
dan tingkah laku dalam pengaplikasiannya. 
– Model ini menggunakan ketiga-tiga unsur penting 
dalam sesebuah pentadbiran birokrasi iaitu 
hierarki, pengkhususan, dan kelayakan. 
– Dari sudut tingkah laku pula, model ini 
menggunakan konsep rasional, iaitu tingkah laku 
sesuatu pentadbiran mestilah berlandaskan 
kepada pengetahuan.
c) Model Prismatik (Prismatic 
Model) 
– Model ini lahir berdasarkan 
perkembangan yang berlaku di 
dalam pentadbiran kerajaan di 
negara-negara membangun. 
– Diperkenalkan oleh Riggs pada 
tahun 1973. 
– Masyarakat membangun secara 
keseluruhan terutama dari sudut 
tingkah laku sosial.
• Model Prismatik (Prismatic 
Model) (samb.) 
– Riggs lebih melihat fungsi birokrasi 
di negaranegara membangun dalam 
konteks yang negatif yang 
berdasarkan kepada terma dan 
piawaian dari perspektif barat. 
– Birokrasi di negara tersebut sebagai 
tergolong kepada dua kumpulan 
iaitu:
i. Kumpulan pertama ialah birokrasi yang mempunyai kuasa yang 
banyak sehinggakan ia turut mencampuri urusan-urusan politik 
dan pemerintahan kerajaan. 
ii. Kumpulan yang kedua pula ialah birokrasi yang mempunyai kuasa 
yang banyak akan mengurangkan kecekapan dalam pentadbiran. 
– Ini berlaku apabila pembahagian yang tidak rata dalam 
perkhidmatan, ketidakberkesanan dalam permohonan 
sesuatu projek, pengambilan berdasarkan kenalan dan 
ahli keluarga (nepotisme), percubaan untuk melindungi 
daripada dikenakan tindakan akibat melanggar 
peraturan, dan ketidaksamaan antara harapan pelanggan 
dan tindakan sebenar.
KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP KONSEP 
BIROKRASI 
• Idea Weber dalam menerangkan teori birokrasinya melalui 
konsep rasional sebagai mekanisme untuk mencapai 
ketepatan dan keteguhan adalah tidak tepat. 
• Menurut Merton, peraturan-peraturan yang mengawal 
penjawat awam akan menjadi penghalang dalam usaha 
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 
• Faktor tidak dipengaruhi oleh perasaan dalam melakukan 
hubungan dengan pelanggan akan turut memberi kesan yang 
negatif apabila pelanggan merasakan bahawa kehendak-kehendak 
mereka tidak dilayan dengan sepenuhnya.
• Talcott Parson adalah di antara tokoh terkenal yang tidak bersetuju 
dengan konsep birokrasi berdasarkan teori Weber yang 
mengklasifikasikan penjawat awam sebagai kumpulan profesional 
yang mempunyai kuasa untuk memberi arahan (Albrow, 1970). 
• Talcott menyatakan bahawa arahan yang diberikan oleh pegawai 
atasan tidak semestinya sesuai jika pegawai berkenaan tidak 
mempunyai kepakaran dalam jabatan di bawah pentadbirannya. 
• Fungsi birokrasi berlandaskan ketaatan terhadap peraturan sebagai 
elemen penting dalam konsep rasional tidak akan tercapai apabila 
pekerja-pekerja bawahan akan lebih selesa mengikuti perintah 
pihak atasan berdasarkan kesesuaian dan kehendak-kehendak 
semasa.
• Model birokrasi yang digunapakai dalam pentadbiran 
sesebuah kerajaan adalah berpaksikan kepada perkembangan 
politik, ekonomi, dan sosial di negara-negara maju seperti 
Eropah Barat dan Amerika Syarikat. 
• Negara-negara ini kebanyakanya mempunyai ciriciri yang 
sama jika di lihat dari aspek sosial, politik, mahupun ekonomi. 
• Teori birokrasi yang diamalkan di negara tersebut tidak boleh 
berfungsi dengan baik jika di aplikasi di negara-negara 
membangun yang mempunyai struktur pemerintahan, sistem 
sosial, politik, dan ekonomi yang berbeza di antara satu 
dengan yang lain.
BIROKRASI DI MALAYSIA 
• Kerajaan British apabila mereka 
memulakan dasar kolonialisme ke atas 
Tanah Melayu. 
• Telah memper kemaskan 
perkhidmatan awam yang ada untuk 
melicinkan jentera pentadbiran. 
• Struktur yang ada kemudiannya telah 
diteruskan apabila negara mencapai 
kemerdekaan pada tahun 1957.
• Ahli-ahli di dalam perkhidmatan awam 
merupakan kakitangan kerajaan yang akan 
melaksanakan polisi-polisi yang telah digubal 
oleh kerajaan. 
• Kakitangan ini hendaklah bertugas secara 
bebas, adil, dan berani. 
• Mereka mestilah berkecuali dalam memberi 
sokongan terhadap mana-mana parti politik. 
• Kakitangan-kakitangan kerajaan yang bertugas 
di Perkhidmatan Awam Negeri adalah dilantik 
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 
masing-masing kecuali negeri Melaka, Pulau 
Pinang, Negeri Sembilan, dan Perlis di mana 
kuasa pelantikan adalah di bawah Suruhanjaya 
Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Evolusi Perkhidmatan 
Awam di Malaysia 
a) Sebelum Kedatangan British 
– Di dalam masyarakat feudal, fungsi pentadbiran 
awam lebih terhad kepada memberi perkhidmatan 
kepada sultan dan pembesarpembesarnya. 
– Keadaan ini mencerminkan bahawa penekanan 
birokrasi pada ketika itu lebih menjurus kepada 
penjagaan keselamatan dan keamanan sesuatu 
daerah atau kawasan daripada ancaman luar, 
bukan kepada perancangan-perancangan 
pembangunan.
b) Zaman Penjajahan British 
– Sejarah perkhidmatan awam di Malaysia adalah 
distrukturkan berdasar kepada pengaruh 
penjajahan British di Tanah Melayu sebelum 
kemerdekaan. 
– Menurut Milne (1969), struktur birokrasi di 
Malaysia adalah lebih kompleks jika dibandingkan 
dengan negara-negara ASEAN yang lain seperti 
Thailand, Burma, dan Filipina kerana pemerintahan 
kerajaan negeri-negeri Melayu sebelum 
kedatangan British adalah berpusat di kalangan 
negeri masing-masing.
– Negeri-negeri ini pula sentiasa berada dalam keadaan 
yang tidak stabil kerana terlibat dalam peperangan 
bagi menguasai industri bijih timah mendatangkan 
keuntungan kepada pemerintah. 
– British telah mengambil kesempatan di atas 
perpecahan ini dengan memulakan pengaruhnya di 
Tanah Melayu apabila Francis Light menubuhkan tapak 
perniagaan untuk Syarikat Hindia Timur di Pulau 
Pinang pada tahun 1786. 
– Kepentingan kerajaan British terhadap Tanah Melayu 
menyebabkan British membentuk sistem 
pentadbirannya sendiri di negara ini. 
– Ini telah menyebabkan tertubuhnya Perkhidmatan 
Awam Tanah Melayu (Malayan Civil Service).
c) Selepas Merdeka 
– Masih lagi mempunyai persamaan dengan struktur 
pentadbiran sebelumnya. 
– Ini bermakna, sistem federalisme masih kuat 
diamalkan, di mana kuasa hanya tertumpu di 
kerajaan pusat sahaja. 
– Pemecahan kuasa juga berlaku di mana kuasa-kuasa 
pentadbiran telah dipertanggungjawabkan 
kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan 
bagi melicinkan jentera pentadbiran. 
– Sebelum kemerdekaan, perkhidmatan awam Tanah 
Melayu banyak dikuasai oleh pegawai-pegawai 
British (expartriates).
PERANAN BIROKRASI 
• Proses-proses pemodenan yang berlaku di 
dalam perkhidmatan awam di Malaysia pada 
hari ini adalah berasaskan kepada peranan-peranan 
yang perlu dimainkan sejajar dengan 
tuntutan semasa. 
• Perkhidmatan awam di Malaysia telah melalui 
tiga tahap penting yang telah menyebabkan 
berlakunya perubahan dalam peranan 
perkhidmatan awam seperti berikut:
1) Tahap 1: Pemeliharaan Undang-Undang dan Peraturan 
(1950-1960) 
• Perkhidmatan awam di lihat sebagai kerajaan kerana ia 
merupakan satu-satunya alat untuk British meneruskan 
pemerintahan mereka di Tanah Melayu. 
• Tugas utama perkhidmatan awam ialah untuk menjaga dan 
memelihara undang-undang dan peraturan di dalam negara. 
• Perkhidmatan awam ini juga bertanggungjawab 
melaksanakan polisi-polisi British.
2) Tahap 2: Penekanan Terhadap Pentadbiran Penyelenggaraan 
(1960-1970). 
• Permintaan-permintaan yang semakin bertambah terutamanya 
daripada pihak luar telah menyebabkan perkhidmatan awam 
berusaha mempertingkatkan keupayaan prestasinya. 
• Isu utama yang menjadi tumpuan ialah bagai manakah 
perkhidmatan awam dapat melakukan proses pemodenan tanpa 
melibatkan sensitiviti perkauman. 
• Dasar-dasar sosioekonomi yang dilancarkan amat mengambil kira 
pertimbangan komunal. 
• Peranan-peranan yang semakin bertambah ini wujud kerana 
negara Malaysia pada ketika itu baru sahaja mencapai 
kemerdekaan dan perlu menumpukan kepada pembangunan 
nasional.
3) Tahap 3: Penekanan terhadap Pentadbiran Pembangunan (1970-1990). 
• Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 
1970 adalah bertujuan mengimbangi ketidaksamarataan dalam 
penguasaan ekonomi di antara penduduk Bumiputera dengan 
orangorang Cina. 
• DEB juga berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan 
orang-orang Melayu. 
• Untuk mencapai matlamat tersebut, perkhidmatan awam terpaksa 
memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. 
• Dasar-dasar baru juga diperkenalkan bagi melicinkan jentera pentadbiran 
kerajaan. 
• Melalui dasar ini, kerajaan berhasrat menggalakkan lebih banyak 
perkongsian maklumat mengenai sesuatu perkara agar matlamat 
kerajaan untuk membangunkan masyarakat dan negara dapat dijalankan 
dengan lebih berkesan melalui bantuan kepakaran daripada pihak 
swasta.
TAMAT 
BAB 4, 5 DAN 6.

More Related Content

What's hot

Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 
Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Amir Hyung
 
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)Xiiao Irene
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009Mr. H
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaNur Azwani Azmi
 
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]Allan Nacha
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020Lala Aliron
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmPengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmadib danial
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysiaNur Az
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negaramunnianwar
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awamNur Az
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)nasywah79
 
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui TeladanD. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui TeladanMis Sem
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLim Willy
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportNur Az
 

What's hot (20)

Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)
 
Rmk10
Rmk10Rmk10
Rmk10
 
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat 2009
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmPengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
9 jentera pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri di malaysia
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Mahkamah Khas
Mahkamah KhasMahkamah Khas
Mahkamah Khas
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
 
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui TeladanD. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 

Viewers also liked

Bab 4 transformasi_sektor_awam
Bab 4 transformasi_sektor_awamBab 4 transformasi_sektor_awam
Bab 4 transformasi_sektor_awamTiong Ee
 
Kewangan kerajaan
Kewangan kerajaanKewangan kerajaan
Kewangan kerajaanguestd56616
 
Hub tanah-air-tumbuhan (kelompok 7)
Hub tanah-air-tumbuhan (kelompok 7)Hub tanah-air-tumbuhan (kelompok 7)
Hub tanah-air-tumbuhan (kelompok 7)BMKG
 
Pentadbiran kewangan
Pentadbiran kewanganPentadbiran kewangan
Pentadbiran kewanganai ying
 
Pengurusan kewfv
Pengurusan kewfvPengurusan kewfv
Pengurusan kewfvguestd56616
 
Ph 3023 bab8-pemilihan-luara_nlatest
Ph 3023 bab8-pemilihan-luara_nlatestPh 3023 bab8-pemilihan-luara_nlatest
Ph 3023 bab8-pemilihan-luara_nlatestZilafeeq Shafilla
 
PENGREKRUTAN
PENGREKRUTANPENGREKRUTAN
PENGREKRUTANCkg Nizam
 
Definisi kerjaya
Definisi kerjayaDefinisi kerjaya
Definisi kerjayaakunizam
 
Documents.tips dasar awam-562bad3087a73
Documents.tips dasar awam-562bad3087a73Documents.tips dasar awam-562bad3087a73
Documents.tips dasar awam-562bad3087a73Ibnu Mazlan
 
Faktor faktor pemilihan pekerjaan
Faktor faktor pemilihan pekerjaanFaktor faktor pemilihan pekerjaan
Faktor faktor pemilihan pekerjaanYusliza Baharin
 
Motivasi kerjaya
Motivasi kerjayaMotivasi kerjaya
Motivasi kerjayaridzuangrik
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANGCkg Nizam
 
Dasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaanDasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaanKEN KEN
 
Aspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanAspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanNorazul89
 
60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnikAzlyn Juliana
 

Viewers also liked (20)

Bab 4 transformasi_sektor_awam
Bab 4 transformasi_sektor_awamBab 4 transformasi_sektor_awam
Bab 4 transformasi_sektor_awam
 
Kewangan kerajaan
Kewangan kerajaanKewangan kerajaan
Kewangan kerajaan
 
Hub tanah-air-tumbuhan (kelompok 7)
Hub tanah-air-tumbuhan (kelompok 7)Hub tanah-air-tumbuhan (kelompok 7)
Hub tanah-air-tumbuhan (kelompok 7)
 
Pentadbiran kewangan
Pentadbiran kewanganPentadbiran kewangan
Pentadbiran kewangan
 
Pengurusan kewfv
Pengurusan kewfvPengurusan kewfv
Pengurusan kewfv
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
Ph 3023 bab8-pemilihan-luara_nlatest
Ph 3023 bab8-pemilihan-luara_nlatestPh 3023 bab8-pemilihan-luara_nlatest
Ph 3023 bab8-pemilihan-luara_nlatest
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
 
PENGREKRUTAN
PENGREKRUTANPENGREKRUTAN
PENGREKRUTAN
 
Definisi kerjaya
Definisi kerjayaDefinisi kerjaya
Definisi kerjaya
 
Documents.tips dasar awam-562bad3087a73
Documents.tips dasar awam-562bad3087a73Documents.tips dasar awam-562bad3087a73
Documents.tips dasar awam-562bad3087a73
 
Faktor faktor pemilihan pekerjaan
Faktor faktor pemilihan pekerjaanFaktor faktor pemilihan pekerjaan
Faktor faktor pemilihan pekerjaan
 
Motivasi kerjaya
Motivasi kerjayaMotivasi kerjaya
Motivasi kerjaya
 
6 isu isu ekonomi
6 isu isu ekonomi6 isu isu ekonomi
6 isu isu ekonomi
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
 
Dasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaanDasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaan
 
Aspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanAspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaan
 
60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 

Similar to Gmga1013 nota bab 4 6

kursus perolhan 2021.pdf
kursus perolhan 2021.pdfkursus perolhan 2021.pdf
kursus perolhan 2021.pdfOliviaOng25
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanUNie ONie
 
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)nenekchumel89
 
dasar pengurangan beban perbelanjaan awam
dasar pengurangan beban perbelanjaan awamdasar pengurangan beban perbelanjaan awam
dasar pengurangan beban perbelanjaan awamEvolution Fiz
 
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolah
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolahAkauntabiliti pengurusan kewangan sekolah
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolahAlima Rahman
 
1000 belanjawan
1000 belanjawan1000 belanjawan
1000 belanjawanaimm reka
 
Pembangunan Bandar Mapan-Tugasan 3
Pembangunan Bandar Mapan-Tugasan 3Pembangunan Bandar Mapan-Tugasan 3
Pembangunan Bandar Mapan-Tugasan 3yuying309
 

Similar to Gmga1013 nota bab 4 6 (20)

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUANLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
 
kursus perolhan 2021.pdf
kursus perolhan 2021.pdfkursus perolhan 2021.pdf
kursus perolhan 2021.pdf
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan Perumahan
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUANLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
 
Laporan Ketua Audit Negara 2012 - Pengesahan Penyata Kewangan & Pengurusan Ke...
Laporan Ketua Audit Negara 2012 - Pengesahan Penyata Kewangan & Pengurusan Ke...Laporan Ketua Audit Negara 2012 - Pengesahan Penyata Kewangan & Pengurusan Ke...
Laporan Ketua Audit Negara 2012 - Pengesahan Penyata Kewangan & Pengurusan Ke...
 
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
Perancangan pembentukan negara lima btahun (kum 1)
 
dasar pengurangan beban perbelanjaan awam
dasar pengurangan beban perbelanjaan awamdasar pengurangan beban perbelanjaan awam
dasar pengurangan beban perbelanjaan awam
 
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolah
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolahAkauntabiliti pengurusan kewangan sekolah
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolah
 
Laporan Ketua Audit Negara Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2013 Siri 2
Laporan Ketua Audit Negara Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2013 Siri 2Laporan Ketua Audit Negara Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2013 Siri 2
Laporan Ketua Audit Negara Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2013 Siri 2
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Kedah
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - KedahLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Kedah
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Kedah
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PERSEKUTUAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PERSEKUTUANLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PERSEKUTUAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PERSEKUTUAN
 
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun PersekutuanLaporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Badan Berkanun Persekutuan
 
1000 belanjawan
1000 belanjawan1000 belanjawan
1000 belanjawan
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Kelantan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - KelantanLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Kelantan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Kelantan
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 -  SELANGORLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 -  SELANGOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - SELANGOR
 
1000 belanjawan
1000 belanjawan1000 belanjawan
1000 belanjawan
 
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun PersekutuanLaporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun Persekutuan
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri Sembilan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri SembilanLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri Sembilan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Negeri Sembilan
 
Pembangunan Bandar Mapan-Tugasan 3
Pembangunan Bandar Mapan-Tugasan 3Pembangunan Bandar Mapan-Tugasan 3
Pembangunan Bandar Mapan-Tugasan 3
 

Gmga1013 nota bab 4 6

  • 1. BAB 4 PENTADBIRAN KEWANGAN
  • 2. OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: •Menerangkan latar belakang pentadbiran kewangan di Malaysia. •Menghuraikan perkara-perkara penting dalam pentadbiran kewangan di Malaysia, iaitu belanjawan, dasar kewangan, bidang kuasa kewangan, dan kawalan-kawalan kewangan.
  • 3. PENGENALAN • Malaysia mengamalkan sistem ekonomi terbuka (Ahmad Atory,1996:203).
  • 4. ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM PENTADBIRAN KEWANGAN • Belanjawan Negara merupakan anggaran perbelanjaan dan hasil untuksatu-satu tahun kewangan tertentu. • Dalam konteks Malaysia, Belanjawan Negara dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober atau November setiap tahun oleh Menteri Kewangan (Ahmad Atory, 1983:144).
  • 5. • Belanjawan Negara telah memainkan beberapa peranan penting dalam pentadbiran kewangan negara kita. Di antara peranan tersebut ialah: a) Mengawal perbelanjaan negara -kerajaan akan mengagihkan peruntukan berdasarkan kepada anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang dibuat sebelumnya. b) Menstabilkan ekonomi negara - kerajaan boleh menggunakan belanjawan sebagai strategi menghadapi keadaan semasa ekonomi negara dengan memberi penekanan kepada langkah-langkah yang bersesuaian.
  • 6. c) Mengukur kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan negara - Menilai kecekapan dan keberkesanan agensiagensi kerajaan dalam merancang dan menggunakan peruntukan yang diberikan. - Prestasi pengurusan kewangan agensi berkenaan diukur melalui sejauh mana ia dapat membelanjakan peruntukan pada akhir tahun mengikut perancangan sebelumnya. - Belanjawan juga bergantung kepada sistem belanjawan yang digunakan.
  • 7. Tahap-tahap Peralihan Pentadbiran Kewangan Malaysia 1. Sistem Belanjawan Zaman Masyarakat Melayu Tradisi - Hasil yang paling utama ialah dalam bentuk cukai. Cukai kepala dan cukai pelabuhan yang dipungut oleh Syahbandar ke atas pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan. - Hasil negara yang dipungut dikawal oleh Raja yang dinamakan Perbendaharaan Negeri. - Hanya Sultan atas nasihat Bendahara, boleh mengeluarkan harta dan perbendaharaan untuk dibelanjakan mengikut keperluan negara.
  • 8. 2. Sistem Belanjawan Zaman Penjajahan – sistem belanjawan yang digunakan adalah sistem berdasarkan amalan negara penjajah. 3. Sistem Belanjawan Selepas Merdeka - kebanyakan dasar kerajaan termasuk sistem belanjawan masih lagi terikat dengan sistem yang diamalkan oleh British, iaitu kuasa penjajah yang terakhir di Tanah Melayu. 4. Item Belanjawan Lini - tumpuan negara adalah terhadap pembangunan sosial dan ekonomi, terutamanya pembangunan infrastruktur dan luar bandar. Agensi-agensi kerajaan dikehendaki menyenaraikan aktiviti-aktiviti (objek atau item) yang dirancang untuk dilaksanakan, berserta dengan anggaran perbelanjaan yang terperinci.
  • 9. 5. Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) - Sistem belanjawan lini didapati kurang berkesan kerana terdapat banyak kelemahan. - Tidak ada mekanisme kawalan untuk menilai kecekapan dan keberkesanan terhadap peruntukan yang dibelanjakan. - Pada tahun 1968, kerajaan telah memperkenalkan satu sistem belanjawan yang dikenali sebagai Sistem Belanjawan Program dan Prestasi. - Sistem berorientasikan pengurusan kerana ini ia melibatkan aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan dan penilaian sesuatu projek. - Ia juga memperlihatkan sejauh mana kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi memperoleh, mengorganisasikan, mengawal dan menggunakan sumber-sumber negara yang terhad itu.
  • 10. • Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) (samb.) - setiap agensi dikehendaki menyediakan anggaran belanjawan untuk tahun hadapan dengan menjelaskan secara terperinci objektif-objektif dan strategi-strategi perlaksanaan bagi sesuatu projek. - Prestasi agensi pada tahun perlaksanaan akan diukur berasaskan kecekapan dan keberkesanan dalam menggunakan sumber ke arah pencapaian objektif mengikut strategi-strategi pelaksanaan yang ditetapkan itu.
  • 11. 6. Sistem Belanjawan DiubahSuai (SBD) - Diperkenalkan oleh kerajaan dalam tahun 1990 dan merupakan sistem yang digunakan oleh Malaysia sehingga hari ini. - Pengubahsuaian ke atas bidang kuasa melibatkan penurunan kuasa untuk membuat keputusan kepada peringkat pengurusan bawahan. Kuasa membuat keputusan ini dihadkan kepada pegawaipegawai pada peringkat akauntabiliti yang bersesuaian. - Pengubahsuaian yang dilakukan adalah bertujuan untuk memberi keberkesanan kecekapan dalam pengurusan kewangan kerana setiap aktiviti dapat di tadbir dan dikawal selia oleh individu yang paling hampir dengan pelaksananya.
  • 12. • Sistem Belanjawan DiubahSuai (SBD) (samb.) - pengubahsuaian dalam proses pula melibatkan peraturan dan prosedur dalam agihan peruntukan belanjawan. - Batas Perbelanjaan merupakan satu had perbelanjaan kasar ke atas sesuatu aktiviti tanpa mengambil kira faktor-faktor lain dan tidak boleh dilampaui oleh agensi yang melaksanakannya. - Perjanjian Program, iaitu satu persetujuan yang menetapkan tahap prestasi yang ingin dicapai bagi sesuatu peruntukan yang diagihkan. - Pengubahsuaian dalam proses juga melibatkan aspek penilaian ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
  • 13. Dasar Kewangan (Fiskal) Negara • Kerajaan mempunyai matlamat untuk meningkatkan prestasi dan menstabilkan kedudukan ekonomi negara (INTAN 1991:661).
  • 14. • Terdapat beberapa dasar yang sering digunakan dalam usaha menyelesaikan beberapa masalah ekonomi tertentu, iaitu: a) Dasar Percukaian –untuk meningkatkan hasil negara atau mempengaruhi kuasa beli orang perseorangan dan organisasi dalam negara. b) Dasar Perbelanjaan Kerajaan - sikap yang diamalkan oleh kerajaan dalam menghadapi sesuatu keadaan ekonomi. - Perbelanjaan kerajaan boleh menjadi pengganti utama kepada semua perbelanjaan yang tidak dapat dipenuhi oleh sektor (firma atau perseorangan) dalam sistem ekonomi se sebuah negara. - Kerajaan boleh menentukan sama ada ingin atau tidak melakukan perbelanjaan dalam keadaan yang tertentu.
  • 15. c) Pengendalian Hutang Negara - Pinjaman dalam dan luar negara. - Kerajaan sukar untuk mengagihkan peruntukan bagi membayar balik pinjaman mengikut jadual yang ditentukan, terutamanya hutang luaryang besar jumlahnya. - Keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya nilai mata wang negara menjadi semakin rendah berbanding nilai mata wang asas yang digunakan oleh negara pemberi pinjaman.
  • 16. d) Dasar Perlepasan Cukai - Bertujuan untuk menarik pelaburan dari luar negara. - Dasar ini digunakan bertujuan untuk menggalakkan industri berteknologi tinggi tumbuh dan bertapak di negara ini.
  • 17. Bidang Kuasa Kewangan • Dalam aspek kewangan Kerajaan Pusat juga mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada kerajaan-kerajaan negeri. • Hanya Parlimen boleh mengenakan sebarang cukai atau kadar ke atas mana-mana pihak. • Segala hasil dan pendapatan utama Persekutuan hendaklah dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan hanya melalui akta Parlimen sahaja membolehkan wang tersebut diagihkan atau dibelanjakan.
  • 18. Bidang Kuasa Kewangan • Kerajaan-kerajaan negeri dibenarkan memungut dan membelanjakan apa-apa hasil yang diperoleh dalam bidang kuasanya seperti mana disenaraikan dalam Jadual Ke Sembilan(Senarai Negeri). • Prosedur memungut dan membelanjakan ini hendaklah selari dengan prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.
  • 19. • Semua akaun Kerajaan Persekutuan dan negeri hendaklah diaudit dan dilaporkan kepada Ketua Audit Negara. • Perkara 106 merupakan satu perjawatan peringkat Persekutuan. Ketua Audit Negara akan mengemukakan laporan audit kepada Yang Dipertuan Agong dan dibentangkan di Parlimen. • Bagi laporan audit Kerajaan Negeri, satu salinan disampaikan kepada Raja atau yang Di Pertua Negeri dan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.
  • 20. • Kedudukan kerajaan pusat lebih tinggi berdasarkan kedudukan di mana Pegawai Kewangan peringkat negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Audit Negara di peringkat Persekutuan. • Jumlah geran yang boleh diberikan kepada negeri dengan berdasarkan dua kriteria utama yang telah ditetapkan, iaitu berdasarkan bilangan penduduk dan kos penyelenggaraan jalan raya negeri.
  • 21. Kawalan-Kawalan Kewangan • Kawalan-kawalan kewangan adalah merujuk kepada proses untuk memastikan kewangan negara di tadbir dan diurus dengan cekap, berkesan, dan mengikut peraturan yang ditentukan seperti berikut:
  • 22. a) Peruntukan Perlembagaan - Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan tiada mana-mana pihak boleh membuat undang-undang dalam Persekutuan yang bercanggah dengan perlembagaan. b) Kawalan Parlimen - Dalam hal kewangan, Parlimen mengeluarkan akta-akta yang diterima pakai di seluruh Persekutuan. - Badan perundangan yang lebih rendah daripada parlimen, tidak boleh membuat undang-undang yang bercanggah dengan peruntukan akta berkenaan.
  • 23. c) Kawalan Eksekutif - Melalui kementerian yang bertanggungjawab dalam hal-hal kewangan, iaitu Kementerian Kewangan. - Kementerian Kewangan juga dikenali sebagai Perbendaharaan. - Arahan Perbendaharaan mengeluarkan garis panduan pengurusan kewangan negara secara terperinci. - Arahan perbendaharaan ini boleh dipinda atau ditambah mengikut keperluan semasa melalui surat-surat pekeliling yang dinamakan Surat Pekeliling Perbendaharaan.
  • 24. d) Kawalan Pentadbiran - Kawalan Pentadbiran pula merujuk kepada kawalan kewangan yang berlaku pada tahap jabatan tertentu. - Pegawai Pengawal dalam hal berkaitan kewangan agensi masing-masing.
  • 25. BAB 5 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  • 26. OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: •Mendefinisikan konsep-konsep penting dalam pengurusan sumber manusia. •Membincangkan alternatif-alternatif pengrekrutan, kaedahkaedah pengrekrutan, jenis-jenis temuduga, dan jenis-jenis ujian. •Menerangkan maksud dan bentuk pampasan. •Menjelaskan peranan, kaedah, dan kesilapan di dalam penilaian prestasi. •Menerangkan objektif penubuhan kesatuan sekerja, keperluan pekerja menyertai kesatuan sekerja, dan jenis tindakan perusahaan. •Membincangkan faktor-faktor yang mewujudkan masalah disiplin, klasifikasi masalah displin, dan tahap tindakan displin. •Menghuraikan matlamat, faktor, proses, dan teknik-teknik latihan. •Membezakan di antara pengurusan kerjaya dan perancangan kerjaya. •Menjelaskan jenis-jenis dan kepentingan perkembangan kerjaya.
  • 27. PENGENALAN • Pengurusan sumber manusia hendaklah bermula daripada peringkat awal sebelum kemasukan pekerja ke dalam organisasi, iaitu pada peringkat pengrekrutan dan pemilihan dan sentiasa berterusan agar mereka terus setia di dalam organisasi tersebut. • Pengurusan sumber manusia bolehlah didefinisikan sebagai polisi dan praktik yang diperlukan untuk menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan sumber manusia termasuk pengrekrutan dan pemilihan pekerja, pampasan, latihan dan pembangunan, penilaian prestasi dan perkembangan kerjaya, serta perhubungan industri dan keselamatan pekerja.
  • 28. PENGREKRUTAN DAN PEMILIHAN • Pengrekrutan – proses mengambilan individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di sesebuah organisasi. – Membantu organisasi memenuhi tanggungjawab sosial dan perundangan seperti mengurangkan kesan diskriminasi. – Dua perkara berkaitan dalam proses pengrekrutan yang perlu dibincangkan ialah alternatif kepada pengrekrutan dan kaedah pengrekrutan:
  • 29. Alternatif kepada Pengrekrutan • Bagi sesetengah keadaan, pengrekrutan bukanlah jalan terbaik untuk membantu organisasi mengatasi masalah kekurangan pekerja. • Sesebuah organisasi boleh menimbangkan alternatifalternatif lain selain daripada pengrekrutan iaitu: – Kerja lebih masa – Subkontrak – Pekerja sementara – Employee Leasing – Kaedah Pengrekrutan
  • 30. Kaedah Pengrekrutan a) Pengrekrutan dalaman b) Pengrekrutan luaran - Pengiklanan - Agensi mencari pekerjaan swasta dan awam - Pengrekrutan kampus - Acara khas - "Walk-In Interview"
  • 31. Pemilihan • Merupakan satu proses di mana sesebuah jabatan atau organisasi memilih daripada senarai pemohon, calon yang paling layak atau berkebolehan untuk menjawat sesuatu jawatan (Mondy dan Noe,1993:208). • Matlamat proses ini adalah untuk memadankan calon dengan tugas-tugas yang akan dilaksanakan.
  • 32. • Proses pemilihan selalunya bermula dengan penapisan calon-calon untuk mengeluarkan pemohon-pemohon yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. • Bentuk-bentuk pemilihan adalah seperti berikut:
  • 33. 1) Temu Duga Pekerjaan • Terdapat dua jenis temu duga, iaitu temu duga tidak berstruktur dan berstruktur. • Di dalam temu duga tidak berstruktur soalan yang dikemukakan tidak mengikut format yang ditetapkan. • Temu duga berstruktur, soalan yang dikemukakan adalah soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh penemu duga dan bentuk soalan adalah sama bagi setiap calon. • Teknik yang boleh digunakan di dalam temu duga: temu duga berkumpulan , temuduga panel, temu duga tekanan dan lain-lain. 2) Ujian Pemilihan – langkah pemilihan yang seterusnya ialah mengadakan ujian bagi caloncalon yang berjaya di dalam temu duga.
  • 34. PAMPASAN • Pampasan merupakan setiap bentuk faedah yang diterima oleh pekerja sebagai pulangan ke atas kerja yang dilaksanakan (Mondy dan Noe, 1993:442). Pampasan boleh diberi dalam bentuk wang, perkhidmatan atau faedah-faedah lain yang sesuai. • Merupakan satu alat yang penting untuk menarik serta mengekalkan pekerja-pekerja yang produktif. • Pampasan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama, iaitu gaji dan upah, insentif, serta faedah-faedah sampingan.
  • 35. PENILAIAN PRESTASI • Penilaian prestasi merupakan satu sistem penilaian berkala untuk menilai prestasi dari segi kualiti dan kuantiti kerja yang dihasilkan dan juga tingkah laku individu pekerja (Mondy, Noe, dan Edwards, 1986:55). • Sistem penilaian prestasi yang baik akan dapat membantu organisasi mencapai objektif yang ditetapkan serta dapat memotivasikan pekerja untuk meningkatkan prestasi mereka.
  • 36. • Objektif Penilaian Prestasi: - Imbuhan - Pembangunan sumber manusia - Maklum balas prestasi - Meningkatkan motivasi - Perancangan sumber manusia - Pengrekrutan dan pemilihan - Perkembangan kerjaya
  • 37. Kaedah Penilaian Prestasi a) Rating scale - Setiap pekerja akan dinilai berasaskan pencapaian mereka terhadap setiap kriteria yang ditetapkan mengikut skala terendah hinggalah tertinggi (Dessler, 1994:334). b) Critical incidents - Penggunaan teknik ini menghendaki pengurus dan pekerja mencatatkan tingkah laku efektif dan tidak efektif di dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
  • 38. c) Ranking - pekerja akan disenaraikan mengikut turutan prestasi mereka daripada cemerlang ke bawah (Dessler, 1994:34). d) Behaviorally Anchored Rating Scale (BARS) - Kaedah ini memerlukan pengurus merekod tingkah laku efektif dan tidak efektif tetapi dengan lebih objektif.
  • 39. Kesilapan di dalam Penilaian Prestasi a) Standard yang tidak jelas b) Kesan halo - penyelia menilai pekerja bawahnya berdasarkan satu ciri tertentu sahaja dan berat sebelah. c) Kecenderungan memusat - penilaian terhadap pekerja dengan memberi nilai kadaran secara purata atau sama terhadap semua pekerja ataupun penilai.
  • 40. d) Leniency dan strictnes- "Leniency" terjadi apabila penilai membuat penilaian secara murah hati dan tidak tegas terhadap kriteria prestasi yang ada. "strictness" pula terjadi apabila penilai membuat penilaian dengan tegas dan ketat yang menyebabkan kebanyakan pekerja mendapat markah yang rendah di dalam penilaian tersebut. e) Berat sebelah - penilai melakukan pertimbangan yang tidak objektif dan bergantung kepada prasangka dan stereotaip.
  • 41. KESATUAN SEKERJA DAN PERHUBUNGAN INDUSTRI • Satu badan yang dapat mewakili hak-hak dan kepentingan pekerja perlu diwujudkan bagi menjaga kebajikan mereka. • Kesatuan Sekerja - Kesatuan sekerja secara umumnya merupakan satu gabungan pekerja yang bekerjasama untuk memperbaiki keadaan kerja mereka (Maimunah, 1994).
  • 42. • Objektif Penubuhan Kesatuan Sekerja: – Memperbaiki suasana fizikal pekerjaan. – Meminta gaji atau upah yang setimpal dengan kelulusan dan kemahiran yang ada pada mereka. – Memperbaiki kemudahan sosial semasa bekerja seperti pengangkutan dan tempat tinggal. – Mendapatkan hak atau suara dalam kerajaan – Mewujudkan suasana industri yang demokratik.
  • 43. • Kepentingan Pekerja Menyertai Kesatuan Sekerja: – Meningkatkan Kuasa Perundingan. – Gaji dan Upah yang Setimpal. – Perlindungan Hak. – Saluran untuk Bersosial. – Jaminan Pekerjaan. – Peluang untuk Menjadi Pemimpin dan Ketua.
  • 44. • Perundingan dan Perjanjian Bersama - Perundingan bersama ialah satu proses di mana pihak pengurusan dan wakil kesatuan sekerja bertemu untuk membuat perundingan tentang syarat-syarat pekerjaan ataupun peraturan-peraturan pekerjaan (Dessler,1994:566). - Rundingan mencapai kata sepakat, maka perjanjian bersama ditulis dan ditandatangani.
  • 45. • Tindakan Perusahaan - Merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh ahliahli kesatuan sekerja apabila pertikaian perusahaan tidak dapat diselesaikan secara rundingan. - Mogok merupakan perbuatan menarik diri dari pekerjaan oleh sekumpulan pekerja. - Konsep menarik diri daripada pekerjaan termasuk keengganan pekerja untuk terus bekerja ataupun keengganan menerima kerja serta melewatkan perlaksanaan tugas yang bersangkutan.
  • 46. • Jenis mogok: • Mogok simpati -sekumpulan pekerja yang tidak terlibat di dalam pertikaian perusahaan membuat keputusan untuk mogok bagi menunjukkan sokongan dan perpaduan dengan kumpulan pekerja yang sah bermogok. • Mogok Politik atau Umum - Mogok yang ditujukan kepada kerajaan, bukan kepada majikan. • "Wildcat strike“- mogok tanpa undi atau tanpa mengikut prosedur.
  • 47. DISIPLIN • Tatatertib adalah peraturan-peraturan atau tata kelakuan yang perlu dipatuhi oleh kakitangan sesebuah organisasi supaya organisasi dapat mencapai kestabilan dan objektif yang telah ditetapkan (Malaysia Kita, 1991). • Disiplin juga merupakan suatu latihan terhadap pemikiran dan kelakuan supaya dapat melahirkan para pekerja yang berfikiran rasional, berakhlak, dan bersopan seterusnya dapat mengawal diri agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh organisasi.
  • 48. • Ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan kebiasaannya disebabkan oleh kurang pengetahuan tentang undang-undang, salah faham akan sesuatu arahan, kecuaian, kurang perasaan bertanggungjawab, dan sikap yang sengaja tidak mahu mengikut peraturan. • Di dalam perkhidmatan awam, tatatertib atau disiplin adalah berkaitan dengan tata kelakuan dan larangan yang dinyatakan dalam Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib).
  • 49. • Tindakan Disiplin - Tindakan disiplin akan diambil apabila berlakunya pelanggaran terhadap peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. - Terdapat tiga syarat bagi memastikan tindakan disiplin yang diambil adalah adil kepada pekerja, iaitu: (i) Peraturan atau undang-undang mestilah digariskan dengan jelas dan hendaklah diberitahu kepada pekerja. (ii) Sistem tindakan disiplin dibuat secara progresif, iaitu semua jenis hukuman hendaklah bergantung kepada jenis-jenis kesalahan dan bilangan kesalahan dilakukan. (iii) Pekerja diberi peluang untuk membuat rayuan.
  • 50. • Masalah Displin - Masalah displin bukan hanya timbul disebabkan oleh sikap atau tingkah laku pekerja, tetapi juga disebabkan oleh pengurusan displin yang lemah oleh organisasi. - Faktor-faktor yang membawa kepada pengurusan displin yang lemah ialah: - Prosedur pengrekrutan yang lemah. - Kekurangan latihan dan pengembangan kerjaya. - Kurang komunikasi di antara pegawai atasan dan bawahan. - Pengawasan yang lemah. - Polisi dan peraturan yang tidak munasabah.
  • 51. • Klasifikasi Masalah Displin: - Prestasi yang lemah. - Melanggar peraturan dan undang-undang. - Gangguan emosi. - Penentang atau pemberontak.
  • 52. • Tahap-Tahap Tindakan Disiplin - tindakan disiplin yang adil mestilah mempunyai sistem yang progresif, iaitu mengikut tahap kesalahan yang dilakukan. • Bagi kakitangan awam, seksyen 36 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) menggariskan sembilan jenis hukuman atau tindakan disiplin yang boleh dikenakan oleh Lembaga Tatatertib iaitu: (i) Amaran (ii) Celaan (iii) Denda (iv) Lucut Gaji (v) Hentikan Kenaikan Gaji (vi) Tangguhkan Kenaikan Gaji (vii) Turun Gaji (viii) Turun Pangkat (ix) Buang Kerja • Sebelum tindakan disiplin diambil terhadap pekerja, siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan untuk tujuan keadilan.
  • 53. LATIHAN DAN PEMBANGUNAN • Pembangunan sumber manusia di dalam sesebuah organisasi amat penting bagi memastikan bahawa pekerja sentiasa peka terhadap sebarang pembaharuan yang diwujudkan. • Pembangunan sumber manusia memerlukan usaha yang terancang dan berterusan bagi memperbaiki atau meningkatkan kemahiran pekerja dan seterusnya prestasi organisasi dan usaha ini dapat dilakukan melalui latihan. • Latihan merupakan satu alat untuk meningkatkan pengetahuan, keupayaan dan kemahiran, serta mengubah sikap pekerja dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan pekerja dalam menjalankan tugas yang lebih mencabar.
  • 54. • Matlamat Latihan: • Meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi. • Mengelakkan daripada kemahiran yang ada pada pekerja menjadi usang. • Menghasilkan pekerja yang berkualiti dan mempunyai potensi untuk meningkatkan prestasi dalam pekerjaan.
  • 55. • Faktor-faktor yang Mempengaruhi Latihan • sokongan daripada pihak pengurusan • kemajuan teknologi • persaingan di antara organisasi • pengetahuan tentang faktor kemanusiaan
  • 56. • Proses Latihan- Sebelum sesuatu program latihan dijalankan, perancangan awal hendaklah dilakukan untuk memastikan kelancaran program latihan dan memberikan pulangan yang setimpal dengan kos yang dikeluarkan oleh organisasi. Perancangan program latihan perlu melalui beberapa tahap, iaitu: a) Identifikasi keperluan latihan - memastikan individu yang memerlukan latihan dan dalam bidang yang ditentukan berdasarkan tanggungjawab dan kesesuaiannya. b) Menetapkan objektif latihan – Objektif latihan hendaklah jelas, boleh dicapai dan dapat membantu organisasi membuat keputusan tentang kandungan program. c) Analisis faedah dari segi kos - Analisis yang dilakukan juga memudahkan pihak pengurusan membuat belanjawan bagi program latihan yang hendak diadakan.
  • 57. d) Mengenal pasti teknik latihan dan memilih fasilitator - teknik latihan yang dipilih hendaklah mengambil kira cara penilaian yang akan digunakan untuk menilai sejauh mana kemahiran atau pengetahuan yang diperolehi oleh pelatih. e) Mengatur keperluan latihan - Keperluan latihan termasuklah penentuan bilangan peserta, tempat latihan, peralatan dan kelengkapan latihan serta keperluan-keperluan lain. f) Mengendalikan program latihan - program latihan dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat. g) Penilaian program latihan -menilai keberkesanan program latihan tersebut serta sejauhmana kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi oleh setiap pelatih. Hasil penilaian ini dapat membantu organisasi memperbaiki lagi program latihan yang akan diadakan pada masa akan datang. Selain daripada itu, ia juga dapat digunakan untuk mengukur tahap prestasi pelatih sendiri.
  • 58. • Teknik Latihan: – Teknik audio visual – Kuliah – Latihan semasa bekerja – Program latihan menggunakan bantuan komputer
  • 59. PERKEMBANGAN KERJAYA • Perkembangan kerjaya merupakan satu proses yang tersusun dan terancang untuk mencapai keseimbangan di antara kehendak kerjaya seseorang pekerja dan juga keperluan tenaga kerja sesebuah organisasi (Leibowitz, Farren, dan Kaye, 1986). • Ia merujuk kepada usaha untuk membantu individu pekerja merancang kerjaya mereka supaya selari dengan objektif dan perancangan strategik organisasi.
  • 60. • Perkembangan kerjaya juga merupakan satu sistem yang menghubungkan matlamat kerjaya individu pekerja dengan keperluan organisasi terhadap sumber manusia. • Berdasarkan kepada definisi ini, terdapat tiga pihak yang terlibat di dalam proses perkembangan kerjaya iaitu pengurusan atasan, pengurus dan juga individu pekerja itu sendiri.
  • 61. • Perancangan Kerjaya -Perancangan kerjaya ialah proses perancangan yang dilakukan oleh seseorang pekerja seperti memilih pekerjaan dan organisasi yang ingin diceburi. • Penyediaan perancangan kerjaya oleh individu pekerja adalah penting untuk meningkatkan penyertaan mereka di dalam program-program perkembangan kerjaya yang lain.
  • 62. • Pengurusan Kerjaya-Pengurusan kerjaya pula ialah suatu program perkembangan kerjaya yang tersusun dan sistematik yang dilaksanakan oleh organisasi untuk membantu perkembangan kerjaya pekerja. Antara tindakan organisasi ialah mewujudkan program-program maklumat kerjaya, kaunseling kerjaya, pembangunan kerjaya, dan peningkatan kerjaya. • Terdapat tiga elemen yang perlu dianalisis terlebih dahulu oleh organisasi bagi memastikan program-program berkenaan bukan saja tersusun dan sistematik tetapi juga efektif dan benar-benar memberi faedah kepada organisasi dan juga pekerja-pekerja. Elemen-elemen tersebut ialah analisis keperluan organisasi, analisis keperluan pekerjaan dan analisis keperluan individu.
  • 63. • Jenis-Jenis Program Perkembangan Kerjaya: – Perancangan kerjaya – Program maklumat kerjaya – Kaunseling kerjaya – Program pembangunan kerjaya – Peningkatan kerjaya
  • 65. OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: •Mendefinisikan konsep-konsep penting birokrasi. •Membincangkan tiga kecenderungan utama dalam birokrasi. •Menghuraikan ciri-ciri struktur birokrasi. •Menjelaskan tiga model utama birokrasi. •Membincangkan kritikan-kritikan terhadap konsep birokrasi. •Menerangkan konsep-konsep asas birokrasi di Malaysia. •Menghuraikan evolusi perkhidmatan awam di Malaysia. •Menjelaskan tiga peranan utama birokrasi di Malaysia.
  • 66. PENGENALAN • Birokrasi adalah satu konsep yang sukar difahami dan sering kali disalahtafsirkan kepada bentuk yang negatif. • Teori Marx Weber .
  • 67. KONSEP ASAS BIROKRASI • Birokrasi sebagai fenomena yang berkaitan dengan organisasi yang besar dan kompleks yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. • Victor Thomson melihat birokrasi sebagai organisasi yang mengandungi pengelasan pekerjaan yang mendalam. • Kecenderungan birokrasi adalah seperti berikut:
  • 68. a) Berdasarkan ciri-ciri struktur: i. Jawatan yang berhierarki. ii. Pengelasan pekerjaan berdasarkan kemahiran dalam sesuatu tugas. iii. Sistem peraturan yang meliputi hak, tugas, dan tanggungjawab seseorang pemegang jawatan. iv. Prosedur kerja dalam menghadapi tugas seharian. v. Tidak ada unsur-unsur berat sebelah dalam hubungan sesama pekerja dan pelanggan. vi. Pemilihan jawatan dan kenaikan pangkat berdasarkan kebolehan teknikal.
  • 69. b) Berdasarkan ciri tingkah lakunya. – Ciri-ciri yang diutarakan oleh Friedrich (1963), iaitu objektif (objectivity), tepat (precision), konsisten (consistency), dan kebijaksanaan (discretion). – Pegangan yang total terhadap peraturan-peraturan di dalam birokrasi demi mencapai keberkesanan kerja akan mewujudkan tingkah laku negatif seperti kebergantungan terhadap isu-isu teknikal dan pendekatan yang lebih konservatif. – Ketiadaan kebebasan dalam hubungan (depersonalization of relationships) telah mewujudkan konflik di antara penjawat awam dengan pelanggan-pelanggan. – Tiada fleksibel dalam pelaksanaan tugas, tiada sifat keprihatinan, tiada ketelusan dalam pekerjaan, tiada unsur delegasi tugas, dan tiada kebijaksanaan dalam tugas.
  • 70. c) Bentuk pencapaian matlamat. – Birokrasi sebagai sebuah organisasi yang cuba memaksimumkan kecekapan di dalam pentadbiran atau cuba untuk menginstitusikan tingkah laku sosial yang teratur demi mencapai keberkesanan dalam pentadbiran. – Kesesuaian sesuatu tingkah laku itu banyak bergantung kepada bagaimana sumbangannya terhadap pencapaian matlamat organisasi. – Sesebuah organisasi itu di lihat sebagai birokrasi bilamana ia mencapai matlamatnya dan ini bermakna elemen-elemen struktur dan tingkah laku itu akan sentiasa berubah mengikut masa dan keadaan.
  • 71. STRUKTUR BIROKRASI a) Hierarki – ciri yang paling penting kerana ia menggambarkan keupayaan untuk merasionalisasikan kerja-kerja pentadbiran. – Sistem yang formal ini penting demi menentukan hala tuju, kekuatan, dan kesinambungan dalam sesuatu bentuk pentadbiran.
  • 72. b) Perbezaan atau Pengkhususan -wujud kerana pembahagian tugas dan ia amat penting dalam mewujudkan kerjasama di antara satu sama lain demi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Perbezaan dalam pengkhususan kerja mewujudkan peranan tertentu.
  • 73. c) Kelayakan atau Kebolehan - penting dalam menjamin supaya peranan yang telah dikhususkan akan mampu dilakukan dengan efektif oleh individu yang memegang peranan tersebut. Kelayakan ini datang melalui persiapan atau pendidikan.
  • 74. MODEL-MODEL BIROKRASI a) Stateness Model – Diperkenalkan oleh Heper (1987) melalui penulisannya dalam “The State and Public Bureaucracies.” i. Kerajaan personalist yang diterajui oleh seorang pemerintah, terdapat dua bentuk birokrasi iaitu personal servant bureaucracy dan machine model bureaucracy. ii. Kerajaan yang berteraskan ideologi, yang mana pemerintahan adalah di bawah kekuasaan birokrasi atau parti, terdapat dua bentuk birokrasi, iaitu bonapartist bureaucracy dan birokrasi yang dikuasai oleh parti.
  • 75. ii. Kerajaan mengamalkan dasar liberal, di mana tidak ada kuasa yang dominan dalam pemerintahan negara, model birokrasi yang diamalkan ialah weberian legal-rational bureaucracy. iii. Kerajaan praetorian di mana tidak wujud sebuah pemerintahan yang bersistematik dan bentuk birokrasi yang terdapat di dalam sistem ini ialah spoils system bureaucracy.
  • 76. b) Model Klasik (Classic Model) – Model Klasik kadangkala dikenali juga sebagai model Weber mengambil sempena nama Marx Weber. – Model ini menggabungkan pendekatan struktur dan tingkah laku dalam pengaplikasiannya. – Model ini menggunakan ketiga-tiga unsur penting dalam sesebuah pentadbiran birokrasi iaitu hierarki, pengkhususan, dan kelayakan. – Dari sudut tingkah laku pula, model ini menggunakan konsep rasional, iaitu tingkah laku sesuatu pentadbiran mestilah berlandaskan kepada pengetahuan.
  • 77. c) Model Prismatik (Prismatic Model) – Model ini lahir berdasarkan perkembangan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan di negara-negara membangun. – Diperkenalkan oleh Riggs pada tahun 1973. – Masyarakat membangun secara keseluruhan terutama dari sudut tingkah laku sosial.
  • 78. • Model Prismatik (Prismatic Model) (samb.) – Riggs lebih melihat fungsi birokrasi di negaranegara membangun dalam konteks yang negatif yang berdasarkan kepada terma dan piawaian dari perspektif barat. – Birokrasi di negara tersebut sebagai tergolong kepada dua kumpulan iaitu:
  • 79. i. Kumpulan pertama ialah birokrasi yang mempunyai kuasa yang banyak sehinggakan ia turut mencampuri urusan-urusan politik dan pemerintahan kerajaan. ii. Kumpulan yang kedua pula ialah birokrasi yang mempunyai kuasa yang banyak akan mengurangkan kecekapan dalam pentadbiran. – Ini berlaku apabila pembahagian yang tidak rata dalam perkhidmatan, ketidakberkesanan dalam permohonan sesuatu projek, pengambilan berdasarkan kenalan dan ahli keluarga (nepotisme), percubaan untuk melindungi daripada dikenakan tindakan akibat melanggar peraturan, dan ketidaksamaan antara harapan pelanggan dan tindakan sebenar.
  • 80. KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP KONSEP BIROKRASI • Idea Weber dalam menerangkan teori birokrasinya melalui konsep rasional sebagai mekanisme untuk mencapai ketepatan dan keteguhan adalah tidak tepat. • Menurut Merton, peraturan-peraturan yang mengawal penjawat awam akan menjadi penghalang dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan. • Faktor tidak dipengaruhi oleh perasaan dalam melakukan hubungan dengan pelanggan akan turut memberi kesan yang negatif apabila pelanggan merasakan bahawa kehendak-kehendak mereka tidak dilayan dengan sepenuhnya.
  • 81. • Talcott Parson adalah di antara tokoh terkenal yang tidak bersetuju dengan konsep birokrasi berdasarkan teori Weber yang mengklasifikasikan penjawat awam sebagai kumpulan profesional yang mempunyai kuasa untuk memberi arahan (Albrow, 1970). • Talcott menyatakan bahawa arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tidak semestinya sesuai jika pegawai berkenaan tidak mempunyai kepakaran dalam jabatan di bawah pentadbirannya. • Fungsi birokrasi berlandaskan ketaatan terhadap peraturan sebagai elemen penting dalam konsep rasional tidak akan tercapai apabila pekerja-pekerja bawahan akan lebih selesa mengikuti perintah pihak atasan berdasarkan kesesuaian dan kehendak-kehendak semasa.
  • 82. • Model birokrasi yang digunapakai dalam pentadbiran sesebuah kerajaan adalah berpaksikan kepada perkembangan politik, ekonomi, dan sosial di negara-negara maju seperti Eropah Barat dan Amerika Syarikat. • Negara-negara ini kebanyakanya mempunyai ciriciri yang sama jika di lihat dari aspek sosial, politik, mahupun ekonomi. • Teori birokrasi yang diamalkan di negara tersebut tidak boleh berfungsi dengan baik jika di aplikasi di negara-negara membangun yang mempunyai struktur pemerintahan, sistem sosial, politik, dan ekonomi yang berbeza di antara satu dengan yang lain.
  • 83. BIROKRASI DI MALAYSIA • Kerajaan British apabila mereka memulakan dasar kolonialisme ke atas Tanah Melayu. • Telah memper kemaskan perkhidmatan awam yang ada untuk melicinkan jentera pentadbiran. • Struktur yang ada kemudiannya telah diteruskan apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
  • 84. • Ahli-ahli di dalam perkhidmatan awam merupakan kakitangan kerajaan yang akan melaksanakan polisi-polisi yang telah digubal oleh kerajaan. • Kakitangan ini hendaklah bertugas secara bebas, adil, dan berani. • Mereka mestilah berkecuali dalam memberi sokongan terhadap mana-mana parti politik. • Kakitangan-kakitangan kerajaan yang bertugas di Perkhidmatan Awam Negeri adalah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri masing-masing kecuali negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan.
  • 85. Evolusi Perkhidmatan Awam di Malaysia a) Sebelum Kedatangan British – Di dalam masyarakat feudal, fungsi pentadbiran awam lebih terhad kepada memberi perkhidmatan kepada sultan dan pembesarpembesarnya. – Keadaan ini mencerminkan bahawa penekanan birokrasi pada ketika itu lebih menjurus kepada penjagaan keselamatan dan keamanan sesuatu daerah atau kawasan daripada ancaman luar, bukan kepada perancangan-perancangan pembangunan.
  • 86. b) Zaman Penjajahan British – Sejarah perkhidmatan awam di Malaysia adalah distrukturkan berdasar kepada pengaruh penjajahan British di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. – Menurut Milne (1969), struktur birokrasi di Malaysia adalah lebih kompleks jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN yang lain seperti Thailand, Burma, dan Filipina kerana pemerintahan kerajaan negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British adalah berpusat di kalangan negeri masing-masing.
  • 87. – Negeri-negeri ini pula sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil kerana terlibat dalam peperangan bagi menguasai industri bijih timah mendatangkan keuntungan kepada pemerintah. – British telah mengambil kesempatan di atas perpecahan ini dengan memulakan pengaruhnya di Tanah Melayu apabila Francis Light menubuhkan tapak perniagaan untuk Syarikat Hindia Timur di Pulau Pinang pada tahun 1786. – Kepentingan kerajaan British terhadap Tanah Melayu menyebabkan British membentuk sistem pentadbirannya sendiri di negara ini. – Ini telah menyebabkan tertubuhnya Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (Malayan Civil Service).
  • 88. c) Selepas Merdeka – Masih lagi mempunyai persamaan dengan struktur pentadbiran sebelumnya. – Ini bermakna, sistem federalisme masih kuat diamalkan, di mana kuasa hanya tertumpu di kerajaan pusat sahaja. – Pemecahan kuasa juga berlaku di mana kuasa-kuasa pentadbiran telah dipertanggungjawabkan kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi melicinkan jentera pentadbiran. – Sebelum kemerdekaan, perkhidmatan awam Tanah Melayu banyak dikuasai oleh pegawai-pegawai British (expartriates).
  • 89. PERANAN BIROKRASI • Proses-proses pemodenan yang berlaku di dalam perkhidmatan awam di Malaysia pada hari ini adalah berasaskan kepada peranan-peranan yang perlu dimainkan sejajar dengan tuntutan semasa. • Perkhidmatan awam di Malaysia telah melalui tiga tahap penting yang telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam peranan perkhidmatan awam seperti berikut:
  • 90. 1) Tahap 1: Pemeliharaan Undang-Undang dan Peraturan (1950-1960) • Perkhidmatan awam di lihat sebagai kerajaan kerana ia merupakan satu-satunya alat untuk British meneruskan pemerintahan mereka di Tanah Melayu. • Tugas utama perkhidmatan awam ialah untuk menjaga dan memelihara undang-undang dan peraturan di dalam negara. • Perkhidmatan awam ini juga bertanggungjawab melaksanakan polisi-polisi British.
  • 91. 2) Tahap 2: Penekanan Terhadap Pentadbiran Penyelenggaraan (1960-1970). • Permintaan-permintaan yang semakin bertambah terutamanya daripada pihak luar telah menyebabkan perkhidmatan awam berusaha mempertingkatkan keupayaan prestasinya. • Isu utama yang menjadi tumpuan ialah bagai manakah perkhidmatan awam dapat melakukan proses pemodenan tanpa melibatkan sensitiviti perkauman. • Dasar-dasar sosioekonomi yang dilancarkan amat mengambil kira pertimbangan komunal. • Peranan-peranan yang semakin bertambah ini wujud kerana negara Malaysia pada ketika itu baru sahaja mencapai kemerdekaan dan perlu menumpukan kepada pembangunan nasional.
  • 92. 3) Tahap 3: Penekanan terhadap Pentadbiran Pembangunan (1970-1990). • Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1970 adalah bertujuan mengimbangi ketidaksamarataan dalam penguasaan ekonomi di antara penduduk Bumiputera dengan orangorang Cina. • DEB juga berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. • Untuk mencapai matlamat tersebut, perkhidmatan awam terpaksa memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. • Dasar-dasar baru juga diperkenalkan bagi melicinkan jentera pentadbiran kerajaan. • Melalui dasar ini, kerajaan berhasrat menggalakkan lebih banyak perkongsian maklumat mengenai sesuatu perkara agar matlamat kerajaan untuk membangunkan masyarakat dan negara dapat dijalankan dengan lebih berkesan melalui bantuan kepakaran daripada pihak swasta.
  • 93. TAMAT BAB 4, 5 DAN 6.