SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Download to read offline
ketiga dibuat oleh sebuah majlis mesyuarat ( Syura ) yang telah ditubuhkan
oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.

ZULHIJJAH
Sejarah telah merakamkan berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah.
Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar Islam. Antara peristiwa
penting yang berlaku ialah:A. Pengorbanan Nabi Ismail a.s. - Nabi Ibrahim a.s. yang medapat gelaran
Rasul Ulul'Azmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah
Allah SWT untuk mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s. Lambang
kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam melalui
sembelihan korban sama ada unta,lembu,atau kambing pada 10,11,12 atau 13
Zulhijjah.
B. Bai'tul Aqabah - Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Rasulullah
s.a.w. menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai'tul Aqabah ( Perjanjian setia
Aqabah )yang disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus
setia mempertahankan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah s.a.w
kepada penduduk Yatsrib ( Madinah ). Sebenarnya Bai'tul Aqabah adalah
pembuka kunci kepada penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah.
C. Hajjatul Wida' ( Haji Selamat Tinggal ) - Rasulullah s.a.w. hanya sempat
mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun
kesepuluh Hijrah, Nabi s.a.w. mengerjakan ‘ibadah haji yang dikenali dengan
Hajjatul Wida'. Dalam peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda s.a.w.
menyampaikan khutbah terakhirnya ( Khutbatul Wida' ) yang terkandung
amanat-amanat tentang peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
D. Saidina Umar r.a. meninggal dunia dan Saidina Uthman r.a sebagai
pengganti - Umar adalah khalifah yang kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a.
Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah s.a.w. dan terkenal dengan sifat tegas
dan cerdik sehingga digelar sebagai Umar Al-Faruk ( pembeza ). Pada tahun
23 Hijrah, Amirul Mikminin Umar bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh
oleh Abu Lu'luah al-Majusi. Perlantikan Uthaman bin ‘Affan sebagai khalifah

E. Saidina Ali r.a menjadi khalifah yang ke-empat - Setelah berlaku
kontroversi tentang pembunuhan Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan
diterajui pula oleh Saidina Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada
tahun 35 Hijrah. Namun begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak yang
tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.
Bulan Zulhijjah juga merupakan bulan terserlahnya simbol kekuatan
dan perpaduan ummat Islam iaitu melalui ibadah Haji dan Wukuf di padang
Arafah. Bayangkan berjuta-juta umat Islam tidak kira bangsa, warna kulit,
bahasa,dan kedudukan bersama-sama mengerjakan ketaatan kepada-Nya.
Selain itu,kita disunnatkan berpuasa pada 9 hari pertama termasuk pada hari
‘Arafah ( kecuali bagi orang wukuf dalam mengerjakan haji ).Imam Muslim
Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda : "Puasa pada hari ‘Arafah,saya mengharap agar Allah akan
menghapuskan ( dosa ) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang" (
Muslim ).
Kita juga disunnatkan bertakbir ( Allahu Akbar ) dan berzikir padanya,
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan supaya mereka menyebut
nama Allah pada beberapa hari yang termaklum"( hajj : 28 ), hari-hari
tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah, Oleh kerana itu
para ulama' menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari
tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu Umar r.a yang diriwayatkan oleh
Imam Ahmad Rahimahullah,di antaranya : " Oleh kerana itu
perbanyakkanlah padanya tahlil ( La Ilaha Illah Allah ),takbir ( Allahu
Akbar ) dan Tahmid ( Alhamdulillah )".
Perkara Sunnat lain adalah :
1.
Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa.Semoga dengan
amalan baik ini dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah.
2.
Memperbanyakkan amalan soleh ( baik ) terutama amalan-amalan sunat
seperti solat sunat, bersedekah, membaca Al-Quran, menyeru kepada
kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya
akan digandakan pada hari-hari tersebut.
3.
Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu sama ada pada
waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardhu lima waktu
yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan
‘ibadah haji', takbir bermula dari waktu Subuh hari ‘Arafah ( 9 Zulhijjah ) dan
bagi yang menunaikannya,takbir bermula pada waktu Zohor Hari Raya Haji (
10 Zulhijjah ), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga
belas (13)Zulhijjah.
4.
Disyariatkan melakukan korban ( menyembelih haiwan ternakan ) pada
hari raya haji dan hari-hari Tasyriq ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ). Ia merupakan
sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim a.s setelah Allah Ta'ala mengujinya
dengan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s yang kemudian ditebus atau
digantikan dengan seekor kibas untuk disembelih.
5.
Menunaikan solat hari raya secara berjamaah,mendengar khutbah serta
pengajaran daripadanya.
6.
29 Zulhijjah : membaca doa akhir tahun setelah selesai solat Asar hingga
sebelum masuk waktu maghrib..
Maka selaku umat Islam hendaklah kita memperbetulkan kefahaman kita
bahawa bulan Zulhijjah bukanlah sekadar bulan haji sahaja yang di sambut ala
kadar sebagaimana biasa bahkan bulan Zulhijjah sebenarnya adalah bulan yang
penuh keberkatan.
KELEBIHAN IBADAH KORBAN
Amalan menyembelih korban merupakan satu ibadah sunat yang dikerjakan
pada setiap hari Raya 'Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban
iaitu pada 10,11 12 dan 13 Zulhijjah.
Binatang-binatang korban itu pula terdiri daripada unta, lembu, kerbau atau
kambing. Ibadat ini menjadi bukti keikhlasan dan kesetiaan serta ketaatan
hamba kepada Allah. Melaksanakan ibadah mempunyai banyak kelebihan
yang dikurniakan oleh Allah. Dengan berkoban kita mendapat tempat yang
mulia di sisi Allah, sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam dalam sabdanya bermaksud :

" Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada
Allah dengan darahnya. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke
bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia disisi Allah 'Azza wajalla"
( hadis riwayat Thabarani)
Berkorban juga boleh menebus dosa-dosa kita iaitu dengan setiap titisan
darahnya , sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada
Sayyidatina Fatimah bermaksud :
"Hai Fatimah berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya
titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atau dosa-dosamu "
( Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban )
Binatang -binatang yang dikorbankan tersebut akan menjadi tunggangan atas
titian (sirat ) pada Hari Kiamat, sepertimana dipetik daripada kitab
Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda
yang bermaksud : "Perbesarkanlah oleh kamu akan sekalian korban kamu
kerana bahawasanya ia jadi tunggangan kamu atas titian pada Hari Kiamat."
Bulu binatang yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan sebagaimana
menurut sebuah hadis bermaksud :
"Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan"
( Hadis riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim )
Jika diperhatikan daripada keterangan di atas, jelas bahawa keseluruhan
amalan atau pekerjaan yang berhubung-kait dengan ibadah korban itu,
mempunyai kelebihan yang sangat besar kepada orang yang melakukan ibadah
korban itu. Bermula daripada perbuatan menyembelih, menyaksikan
penyembelihan, darah, bulu, dan memperbesarkannya semuanya akan
mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
www.masjidlekir.blogspot.com / www.dakwahpdf.blogspot.com

More Related Content

What's hot

Ski kelas 7 semester2 usman bin affan
Ski kelas 7 semester2 usman bin affanSki kelas 7 semester2 usman bin affan
Ski kelas 7 semester2 usman bin affanTatik Suwartinah
 
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiahAbdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiahArdian DP
 
Detik kewatan rasulullah
Detik kewatan rasulullah Detik kewatan rasulullah
Detik kewatan rasulullah TG Huda EG Hadi
 
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4Abu Muhammad
 
Tugas pai kel. 3@ nabi nuh pembut kapal pertama kali
Tugas pai kel. 3@ nabi nuh pembut kapal pertama kaliTugas pai kel. 3@ nabi nuh pembut kapal pertama kali
Tugas pai kel. 3@ nabi nuh pembut kapal pertama kaliSekolah Vokasi UGM
 
Pengertian aqiqah-dalil-syari-tentang-aqiqah-hukum-aqiqah
Pengertian aqiqah-dalil-syari-tentang-aqiqah-hukum-aqiqahPengertian aqiqah-dalil-syari-tentang-aqiqah-hukum-aqiqah
Pengertian aqiqah-dalil-syari-tentang-aqiqah-hukum-aqiqahRa Hardianto
 
Peristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikrajPeristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikrajhafizahhalim3
 
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi BakrNOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi BakrMIZAN Management
 
Koleksi hadith rasulullah s.a.w
Koleksi hadith rasulullah s.a.wKoleksi hadith rasulullah s.a.w
Koleksi hadith rasulullah s.a.wRiez Sullivan
 
Kelompok 11 khitabah acara keagamaan
Kelompok 11 khitabah acara keagamaanKelompok 11 khitabah acara keagamaan
Kelompok 11 khitabah acara keagamaanLBB. Mr. Q
 

What's hot (17)

Ski kelas 7 semester2 usman bin affan
Ski kelas 7 semester2 usman bin affanSki kelas 7 semester2 usman bin affan
Ski kelas 7 semester2 usman bin affan
 
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiahAbdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
 
Detik kewatan rasulullah
Detik kewatan rasulullah Detik kewatan rasulullah
Detik kewatan rasulullah
 
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
Risalah "Syiah Yang Seat Dan Menyesatkan" ms. 4 dari 4
 
Tugas pai kel. 3@ nabi nuh pembut kapal pertama kali
Tugas pai kel. 3@ nabi nuh pembut kapal pertama kaliTugas pai kel. 3@ nabi nuh pembut kapal pertama kali
Tugas pai kel. 3@ nabi nuh pembut kapal pertama kali
 
Pengertian aqiqah-dalil-syari-tentang-aqiqah-hukum-aqiqah
Pengertian aqiqah-dalil-syari-tentang-aqiqah-hukum-aqiqahPengertian aqiqah-dalil-syari-tentang-aqiqah-hukum-aqiqah
Pengertian aqiqah-dalil-syari-tentang-aqiqah-hukum-aqiqah
 
Ali bin abi thalib
Ali bin abi thalibAli bin abi thalib
Ali bin abi thalib
 
Peristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikrajPeristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikraj
 
Muharam ipa4
Muharam ipa4Muharam ipa4
Muharam ipa4
 
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi BakrNOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
 
Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha
Hari Raya Idul Fitri dan Idul AdhaHari Raya Idul Fitri dan Idul Adha
Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha
 
Kitab Talmud Yahudi
Kitab Talmud YahudiKitab Talmud Yahudi
Kitab Talmud Yahudi
 
Koleksi hadith rasulullah s.a.w
Koleksi hadith rasulullah s.a.wKoleksi hadith rasulullah s.a.w
Koleksi hadith rasulullah s.a.w
 
Tanya jawab nikah
Tanya jawab  nikahTanya jawab  nikah
Tanya jawab nikah
 
Dalam catatan sirah nabawiyah
Dalam catatan sirah nabawiyahDalam catatan sirah nabawiyah
Dalam catatan sirah nabawiyah
 
Kelompok 11 khitabah acara keagamaan
Kelompok 11 khitabah acara keagamaanKelompok 11 khitabah acara keagamaan
Kelompok 11 khitabah acara keagamaan
 
Tafsir al masad
Tafsir al masadTafsir al masad
Tafsir al masad
 

Similar to Risalah dakwah 030 zulhijjah

Ibadah Korban Dalam Islam
Ibadah Korban Dalam IslamIbadah Korban Dalam Islam
Ibadah Korban Dalam Islamfrubo
 
KHUTBAH IDUL ADHA 1443 H.pdf
KHUTBAH IDUL ADHA 1443 H.pdfKHUTBAH IDUL ADHA 1443 H.pdf
KHUTBAH IDUL ADHA 1443 H.pdfAdiRohman1
 
Tugas khulafaur rasyidin (royhaan)
Tugas khulafaur rasyidin (royhaan)Tugas khulafaur rasyidin (royhaan)
Tugas khulafaur rasyidin (royhaan)Royhaan Al-Athory
 
Amalan di bulan Muharam
Amalan di bulan MuharamAmalan di bulan Muharam
Amalan di bulan MuharamNorAzmi2012
 
syariah islamiah: Korban
syariah islamiah: Korbansyariah islamiah: Korban
syariah islamiah: KorbanAmmar Mubasyir
 
Kisah Abu Bakar Ash Shiddiq 2.pptx
Kisah Abu Bakar Ash Shiddiq 2.pptxKisah Abu Bakar Ash Shiddiq 2.pptx
Kisah Abu Bakar Ash Shiddiq 2.pptxJudiMuhyiddin1
 
extraordinary (whale).pptx
extraordinary (whale).pptxextraordinary (whale).pptx
extraordinary (whale).pptxazalianaelatulk
 
Sejarah pemikiran ekonomi islam masa khulafa ar rasyidin
Sejarah pemikiran ekonomi islam masa khulafa ar rasyidinSejarah pemikiran ekonomi islam masa khulafa ar rasyidin
Sejarah pemikiran ekonomi islam masa khulafa ar rasyidinMiftah Iqtishoduna
 
Spirit of usman
Spirit of usmanSpirit of usman
Spirit of usmanSafri Dani
 
Jadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubairJadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubairErman Hidayat
 
Khutbah 33 memaknai 1 muharram
Khutbah 33   memaknai 1 muharramKhutbah 33   memaknai 1 muharram
Khutbah 33 memaknai 1 muharramZhang Li
 
Power point-bab-13
Power point-bab-13Power point-bab-13
Power point-bab-13lutfy ardian
 
PPT TELADAN KHULAFA RASYIDIN.pptx
PPT TELADAN KHULAFA RASYIDIN.pptxPPT TELADAN KHULAFA RASYIDIN.pptx
PPT TELADAN KHULAFA RASYIDIN.pptxAgungWibisono16
 
Jamaah jumat rahimakumullah
Jamaah jumat rahimakumullahJamaah jumat rahimakumullah
Jamaah jumat rahimakumullahekoriyadi2012
 

Similar to Risalah dakwah 030 zulhijjah (20)

Ibadah Korban Dalam Islam
Ibadah Korban Dalam IslamIbadah Korban Dalam Islam
Ibadah Korban Dalam Islam
 
KHUTBAH IDUL ADHA 1443 H.pdf
KHUTBAH IDUL ADHA 1443 H.pdfKHUTBAH IDUL ADHA 1443 H.pdf
KHUTBAH IDUL ADHA 1443 H.pdf
 
Tugas khulafaur rasyidin (royhaan)
Tugas khulafaur rasyidin (royhaan)Tugas khulafaur rasyidin (royhaan)
Tugas khulafaur rasyidin (royhaan)
 
Amalan di bulan Muharam
Amalan di bulan MuharamAmalan di bulan Muharam
Amalan di bulan Muharam
 
syariah islamiah: Korban
syariah islamiah: Korbansyariah islamiah: Korban
syariah islamiah: Korban
 
Kisah Abu Bakar Ash Shiddiq 2.pptx
Kisah Abu Bakar Ash Shiddiq 2.pptxKisah Abu Bakar Ash Shiddiq 2.pptx
Kisah Abu Bakar Ash Shiddiq 2.pptx
 
MATERI SCREENING LK 2.pptx
MATERI SCREENING LK 2.pptxMATERI SCREENING LK 2.pptx
MATERI SCREENING LK 2.pptx
 
The power of kurban
The power of kurbanThe power of kurban
The power of kurban
 
extraordinary (whale).pptx
extraordinary (whale).pptxextraordinary (whale).pptx
extraordinary (whale).pptx
 
Sejarah pemikiran ekonomi islam masa khulafa ar rasyidin
Sejarah pemikiran ekonomi islam masa khulafa ar rasyidinSejarah pemikiran ekonomi islam masa khulafa ar rasyidin
Sejarah pemikiran ekonomi islam masa khulafa ar rasyidin
 
Spirit of usman
Spirit of usmanSpirit of usman
Spirit of usman
 
Jadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubairJadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubair
 
Khutbah 33 memaknai 1 muharram
Khutbah 33   memaknai 1 muharramKhutbah 33   memaknai 1 muharram
Khutbah 33 memaknai 1 muharram
 
Power point-bab-13
Power point-bab-13Power point-bab-13
Power point-bab-13
 
K hulafa
K hulafaK hulafa
K hulafa
 
K hulafa
K hulafaK hulafa
K hulafa
 
Kitab jenaza h 2
Kitab jenaza h 2Kitab jenaza h 2
Kitab jenaza h 2
 
Kitab jenaza h 2
Kitab jenaza h 2Kitab jenaza h 2
Kitab jenaza h 2
 
PPT TELADAN KHULAFA RASYIDIN.pptx
PPT TELADAN KHULAFA RASYIDIN.pptxPPT TELADAN KHULAFA RASYIDIN.pptx
PPT TELADAN KHULAFA RASYIDIN.pptx
 
Jamaah jumat rahimakumullah
Jamaah jumat rahimakumullahJamaah jumat rahimakumullah
Jamaah jumat rahimakumullah
 

More from Ahmad Junaidi Mohd Said

Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...
Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...
Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...Ahmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )Ahmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )Ahmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARANAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolah
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolahRisalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolah
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolahAhmad Junaidi Mohd Said
 
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-mulia
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-muliaR isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-mulia
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-muliaAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan penting
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan pentingRisalah ramadan 000 risalah puasa ramadan penting
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan pentingAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadanRisalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadanAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadan
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadanRisalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadan
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadanAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadan
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadanRisalah ramadan 000 artikel puasa ramadan
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadanAhmad Junaidi Mohd Said
 
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjid
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjidRisalah nasihat 008 tatacara nikah di masjid
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjidAhmad Junaidi Mohd Said
 

More from Ahmad Junaidi Mohd Said (20)

Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...
Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...
Risalah Al-Quran 074 Ujian Pemantapan Tilawah Al- Quran ( RUMUS PENTING AL-QU...
 
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )
Risalah Dakwah 073 Senarai Nama Surah Al Quran ( Semakan Bacaan )
 
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )
Risalah dakwah 072 doa selepas solat fardu ( asrama )
 
Risalah Dakwah 071 Isra' Mi'raj
Risalah Dakwah 071 Isra'  Mi'rajRisalah Dakwah 071 Isra'  Mi'raj
Risalah Dakwah 071 Isra' Mi'raj
 
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 006 PENERANGAN HAJI PERINGKAT SEKOLAH - BAHAN EDARAN
 
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 005 KEM HAJI TAMATTUK - BAHAN EDARAN
 
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 004 KEM TASMIK BACAAN SOLAT - BAHAN EDARAN
 
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 003 KEM SOLAT BESTARI - BAHAN EDARAN
 
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN
 
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARANKEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARAN
KEM DAKWAH 001 KEM FARDU AIN ( RUKUN ISLAM DAN IMAN ) - BAHAN EDARAN
 
Risalah Doa 063 : Doa selepas berwuduk
Risalah Doa 063 : Doa selepas berwudukRisalah Doa 063 : Doa selepas berwuduk
Risalah Doa 063 : Doa selepas berwuduk
 
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolah
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolahRisalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolah
Risalah iklan makdis 000 cadangan papan iklan dakwah sekitar sekolah
 
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-mulia
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-muliaR isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-mulia
R isalah ramadan 007 senarai semak-ramadan-yang-mulia
 
Risalah ramadan 000 selawat tarawih 20
Risalah ramadan 000 selawat tarawih 20Risalah ramadan 000 selawat tarawih 20
Risalah ramadan 000 selawat tarawih 20
 
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan penting
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan pentingRisalah ramadan 000 risalah puasa ramadan penting
Risalah ramadan 000 risalah puasa ramadan penting
 
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadanRisalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
Risalah ramadan 000 panduan ehya ramadan
 
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadan
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadanRisalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadan
Risalah ramadan 000 doa solat tarawih ramadan
 
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadan
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadanRisalah ramadan 000 artikel puasa ramadan
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadan
 
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjid
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjidRisalah nasihat 008 tatacara nikah di masjid
Risalah nasihat 008 tatacara nikah di masjid
 
Risalah ramadan 000 amalan ramadan
Risalah ramadan 000 amalan ramadanRisalah ramadan 000 amalan ramadan
Risalah ramadan 000 amalan ramadan
 

Risalah dakwah 030 zulhijjah

  • 1. ketiga dibuat oleh sebuah majlis mesyuarat ( Syura ) yang telah ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya. ZULHIJJAH Sejarah telah merakamkan berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah. Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar Islam. Antara peristiwa penting yang berlaku ialah:A. Pengorbanan Nabi Ismail a.s. - Nabi Ibrahim a.s. yang medapat gelaran Rasul Ulul'Azmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam melalui sembelihan korban sama ada unta,lembu,atau kambing pada 10,11,12 atau 13 Zulhijjah. B. Bai'tul Aqabah - Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Rasulullah s.a.w. menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai'tul Aqabah ( Perjanjian setia Aqabah )yang disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahankan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah s.a.w kepada penduduk Yatsrib ( Madinah ). Sebenarnya Bai'tul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah. C. Hajjatul Wida' ( Haji Selamat Tinggal ) - Rasulullah s.a.w. hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi s.a.w. mengerjakan ‘ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Dalam peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda s.a.w. menyampaikan khutbah terakhirnya ( Khutbatul Wida' ) yang terkandung amanat-amanat tentang peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam. D. Saidina Umar r.a. meninggal dunia dan Saidina Uthman r.a sebagai pengganti - Umar adalah khalifah yang kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah s.a.w. dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar sebagai Umar Al-Faruk ( pembeza ). Pada tahun 23 Hijrah, Amirul Mikminin Umar bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah al-Majusi. Perlantikan Uthaman bin ‘Affan sebagai khalifah E. Saidina Ali r.a menjadi khalifah yang ke-empat - Setelah berlaku kontroversi tentang pembunuhan Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada tahun 35 Hijrah. Namun begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya. Bulan Zulhijjah juga merupakan bulan terserlahnya simbol kekuatan dan perpaduan ummat Islam iaitu melalui ibadah Haji dan Wukuf di padang Arafah. Bayangkan berjuta-juta umat Islam tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa,dan kedudukan bersama-sama mengerjakan ketaatan kepada-Nya. Selain itu,kita disunnatkan berpuasa pada 9 hari pertama termasuk pada hari ‘Arafah ( kecuali bagi orang wukuf dalam mengerjakan haji ).Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Puasa pada hari ‘Arafah,saya mengharap agar Allah akan menghapuskan ( dosa ) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang" ( Muslim ). Kita juga disunnatkan bertakbir ( Allahu Akbar ) dan berzikir padanya, Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum"( hajj : 28 ), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah, Oleh kerana itu para ulama' menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu Umar r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah,di antaranya : " Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil ( La Ilaha Illah Allah ),takbir ( Allahu Akbar ) dan Tahmid ( Alhamdulillah )". Perkara Sunnat lain adalah : 1. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa.Semoga dengan amalan baik ini dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. 2. Memperbanyakkan amalan soleh ( baik ) terutama amalan-amalan sunat seperti solat sunat, bersedekah, membaca Al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
  • 2. 3. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu sama ada pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardhu lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji', takbir bermula dari waktu Subuh hari ‘Arafah ( 9 Zulhijjah ) dan bagi yang menunaikannya,takbir bermula pada waktu Zohor Hari Raya Haji ( 10 Zulhijjah ), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13)Zulhijjah. 4. Disyariatkan melakukan korban ( menyembelih haiwan ternakan ) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim a.s setelah Allah Ta'ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s yang kemudian ditebus atau digantikan dengan seekor kibas untuk disembelih. 5. Menunaikan solat hari raya secara berjamaah,mendengar khutbah serta pengajaran daripadanya. 6. 29 Zulhijjah : membaca doa akhir tahun setelah selesai solat Asar hingga sebelum masuk waktu maghrib.. Maka selaku umat Islam hendaklah kita memperbetulkan kefahaman kita bahawa bulan Zulhijjah bukanlah sekadar bulan haji sahaja yang di sambut ala kadar sebagaimana biasa bahkan bulan Zulhijjah sebenarnya adalah bulan yang penuh keberkatan. KELEBIHAN IBADAH KORBAN Amalan menyembelih korban merupakan satu ibadah sunat yang dikerjakan pada setiap hari Raya 'Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban iaitu pada 10,11 12 dan 13 Zulhijjah. Binatang-binatang korban itu pula terdiri daripada unta, lembu, kerbau atau kambing. Ibadat ini menjadi bukti keikhlasan dan kesetiaan serta ketaatan hamba kepada Allah. Melaksanakan ibadah mempunyai banyak kelebihan yang dikurniakan oleh Allah. Dengan berkoban kita mendapat tempat yang mulia di sisi Allah, sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam sabdanya bermaksud : " Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia disisi Allah 'Azza wajalla" ( hadis riwayat Thabarani) Berkorban juga boleh menebus dosa-dosa kita iaitu dengan setiap titisan darahnya , sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah bermaksud : "Hai Fatimah berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atau dosa-dosamu " ( Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban ) Binatang -binatang yang dikorbankan tersebut akan menjadi tunggangan atas titian (sirat ) pada Hari Kiamat, sepertimana dipetik daripada kitab Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : "Perbesarkanlah oleh kamu akan sekalian korban kamu kerana bahawasanya ia jadi tunggangan kamu atas titian pada Hari Kiamat." Bulu binatang yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan sebagaimana menurut sebuah hadis bermaksud : "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan" ( Hadis riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim ) Jika diperhatikan daripada keterangan di atas, jelas bahawa keseluruhan amalan atau pekerjaan yang berhubung-kait dengan ibadah korban itu, mempunyai kelebihan yang sangat besar kepada orang yang melakukan ibadah korban itu. Bermula daripada perbuatan menyembelih, menyaksikan penyembelihan, darah, bulu, dan memperbesarkannya semuanya akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. www.masjidlekir.blogspot.com / www.dakwahpdf.blogspot.com