SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
1
SKSJ3023 DEMOKRASI DAN MASYARAKAT SIVIL
NAMA PELAJAR:
AISYAH SAKINAH ZULKEFLE (A164397)
NAMA PENSYARAH:
DR. MUHAMAD NADZRI BIN MOHAMED NOOR
TAJUK SOALAN:
DEMOKRASI SERING DIKATAKAN MEMBAWA KEPADA KETELUSAN
PENTADBIRAN DAN KEMUDIANNYA MEMBERI IMPAK KEPADA
PEMBANGUNAN NEGARA YANG LEBIH SEIMBANG. SISTEM
AUTORITARIAN PULA DIHUJAHKAN SEBALIKNYA. NAMUN KITA BOLEH
MELIHAT KEADAAN BERBEZA YANG BERLAKU DI INDIA SEBUAH
NEGARA DEMOKRASI TERBESAR DAN DI CHINA SEBUAH NEGARA
KOMUNIS. BINCANGKAN
2
1.0 PENGENALAN
Konsep demokrasi merupakan sistem yang menurut para sarjana Barker (1942)
merupakan pemerintahan untuk rakyat dan Shumpeter (1947) menegaskan sistem ini
adalah sebuah institusi di mana terdapat satu tadbir urus pembuatan keputusan yang
memberi hak pilih dan suara rakyat sebagai sumber tertinggi. Namun, erti demokrasi
sering disalah anggap sebagai sebuah sistem sempurna yang akan menyediakan
kesejahteraan dan keadilan buat masyarakatnya. Tambahan pula, pembangunan dan
ekonomi sebuah negara demokrasi akan dikaitkan dengan sistem tersebut untuk
menjelaskan bahawa demokrasi adalah pemerintahan yang akan menjamin keadilan
sosial. Berbeza dengan sistem komunisme, ramai berpendapat cara pemerintahan
tersebut tidak memberi kesejahteraan kepada penduduk. Namun tidak dinafikan
pengurusan ekonomi dan pembangunan di sebahagian negara komunis berupaya untuk
melangkah lebih jauh dari negara demokrasi. Hal ini terjadi di negara China beraliran
komunis dan India sebuah negara demokrasi terbesar di dunia. Kedua-dua sistem yang
mempunyai perbezaan besar itu menjurus kepada sumber akhir yang diperoleh oleh
rakyat di negara tersebut. India masih terbelenggu dengan kemiskinan, korupsi,
pembangunan terbantut, kekurangan infrastruktur dan jurang pendapatan yang begitu
besar. Sementara itu, China sudah mula melangkah lebih jauh dalam ekonomi dan
pembangunan dan merupakan saingan kuat kepada Amerika Syarikat.
India dan China merupakan di antara negara yang mempunyai jumlah populasi
penduduk terbesar di dunia. Populasi penduduk yang begitu ramai mensasarkan untuk
kerajaan menyalurkan lebih banyak peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur dan
peningkatan taraf hidup. Namun perbezaan sistem tersebut memperlihatkan negara
demokrasi India tidak mencapai matlamat pembangunan berbanding dengan China
negara komunis. Penulisan ini akan menumpukan pada pengaplikasian konsep yang
diguna pakai kedua-dua negara itu dan bagaimana jurang pembangunan boleh berlaku.
Persepsi masyarakat terhadap sistem demokrasi dan komunisme akan dijelaskan secara
lanjut dalam bahagian seterusnya. Pemfokusan akan dijalankan terhadap negara India
dan China dalam soal pembangunan (development).
3
2.0 TAKRIFAN KONSEP DEMOKRASI DAN KOMUNISME
Pemerintahan demokrasi mengalami fenomena dan sumber inspirasi kepada negara
autoritarian untuk melalui proses pendemokrasian. Sistem demokrasi dianggap sebagai
sebuah cara pemerintahan yang mementingkan keadilan dan kesejahteraan sosial,
termasuklah pembangunan ekonomi. Ungkapan yang kerap digunakan untuk
mentakrifkan maksud demokrasi dari Abraham Lincorn adalah government of the
people, by the people and for the people. Demokrasi merupakan projek perbincangan
tanpa henti oleh ahli-ahli sains politik, sarjana dan ahli akademik dalam memberi erti
sebenar bagaimana konsep ini boleh dilaksanakan (Bobbio, 1987). Secara ringkasnya,
demokrasi dikenali sebagai satu bentuk sistem pemerintahan yang mementingkan
keabsahan suara majoriti khususnya masyarakat sivil dalam melaksanakan undang-
undang, peraturan, perlembagaan, polisi, dasar-dasar dan lain-lainnya. Namun,
demokrasi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demokasi langsung dan tidak
langsung. Demokrasi langsung ialah produk yang mempunyai partisipasi langsung
daripada rakyat dan ianya bersesuaian untuk dilaksanakan di sebuah negara kecil.
Berbeza dengan perlaksanaan demokrasi tidak langsung yang pada hari ini digunakan
di kebanyakan negara serta mencorakkan sistem parlimen sebagai wakil suara
masyarakat umum. Selari dengan takrifan demokrasi Schimmter & Karl (1991) iaitu
political system in which ideologically and socially different groups are legally entitled
to compete for political power and which institutional power holders are elected by the
people and are responsible to the people.
Ideologi komunisme dikenali sebagai sebuah produk ciptaan Karl Marx yang
pada ketika negara-negara Eropah menghadapi Revolusi Industri pada abad ke-19,
jurang kelas antara para pekerja dan golongan majikan dilihat begitu besar. Golongan
proletariat dikenali sebagai pekerja dan golongan borjouis sebagai majikan merupakan
satu takrifan kepada perpecahan sistem kelas. Revolusi di Eropah menuntut aliran
kapitalisme dijalankan seiring dengan hasrat untuk memaksimumkan keuntungan dan
meminimumkan kos. Golongan borjouis secara dasarnya menggunakan sistem kapitalis
ini untuk mengaut keutungan secara maksimum dengan meletakkan kedudukan para
4
pekerja di hierarki bawahan. Sistem kelas ini terbahagi antara kelas pekerja dan kelas
majikan dan masyarakat yang bekerja di kilang-kilang industri tidak mendapat gaji yang
berpatutan sesuai dengan jumlah masa yang dikerjakan. Karl Marx memberi identifikasi
tiga kelas utama dalam masyarakat kapitalis iaitu buruh upahan, kapitalis dan pemilik
tanah. Kelas tersebut dibezakan berdasarkan pendapatan seperti upah, keuntungan,
sewa tanah dan sebagainya. Karl Marx menciptakan kesedaran kelas untuk
membangunkan kaum buruh untuk melawan kaum borjouis dengan menciptakan kritik
sosial melalui falsafah marxisme dan melakukan tindakan yang dikenali sebagai
revolusi golongan proletariat atau perjuangan kaum miskin (Engels, 1972). Pemikiran
Karl Marx memberikan impak yang besar dan berjaya untuk mempengaruhi beberapa
buah negara untuk membentuk ciri pemerintahan sosialisme atau komunisme termasuk
China. Bahagian seterusnya akan menjelaskan secara langsung berkenaan corak
pemerintahan China dan India dan bagaimana ianya mempengaruhi pembangunan di
negara tersebut.
3.0 KAJIAN KES: DEMOKRASI DAN PEMBANGUNAN DI INDIA
Demokrasi dan pembangunan sering dianggap sebagai sistem yang sealiran tanpa
memandang secara lebih spesifik tentang sistem pemerintahan yang lain. India ialah
sebuah negara demokrasi terbesar di dunia dengan berbekalkan jumlah populasi yang
ramai dengan perlaksanaan pilihan raya sebagai satu simbol demokratik. Schmitter &
Karl (1991) dalam satu tulisan berkaitan demokrasi ‘What democracy is…and is not?’
memberi kefahaman tentang persepsi masyarakat yang salah mengenai demokrasi.
Masyarakat kerap kali beranggapan sistem demokrasi adalah lebih efisien dalam
menguruskan dan menjalankan ekonomi berbanding pemerintahan yang lain. Kedua,
masyarakat sering berpendapat kerajaan demokrasi sering efisien dalam bidang
pentadbiran awam. Namun secara realiti, India mempunyai sistem politik yang
kompleks yang ditadbir oleh Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan hasil
pembuatan keputusan tidak selalunya efisien. Demokrasi di India juga tidak sepenuhnya
demokratik kerana terdapat ketidakstabilan politik yang turut menjejaskan proses
pembangunan di negara itu. Pembangunan ditakrifkan sebagai satu bentuk
5
kesejahteraan, keselesaan, pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan kemudahan awam
lainnya untuk tujuan kestabilan sosial (Lipset, 1959). Namun hal ini dilihat cukup
berbeza di India yang mengamalkan demokrasi. Kemiskinan, korupsi, dan kekurangan
kemudahan awam dinilai masih membelenggu rakyat India. Sistem pentadbiran yang
kompleks serta partisipasi pemimpin yang begitu ramai tidak berupaya menghasilkan
proses pembuatan keputusan secara berkesan. Walaupun Narendra Modi dinilai
berusaha membangkitkan ekonomi negara melalui sistem kapitalisme atau
neoliberalisme dalam bidang ekonomi, namun masih ramai rakyat yang ketinggalan
khususnya peluang pekerjaan yang terhad.
Pembangunan menurut Barrington Moore (1966), mempunyai dua saluran
sistem pemerintahan kepada jalur pembangunan sebuah negara iaitu negara komunis
dan negara demokrasi. Makna kata, pembangunan tidak semestinya akan berpihak pada
sistem demokrasi, malah ia turut akan berpusat di negara komunis seperti China. Kajian
kes di India, negara tersebut dinilai masih gagal untuk membangunkan struktur sosial
dan ekonomi secara berkesan. Ahli-ahli politik sama ada di kerajaan pusat atau di
daerah/wilayah membangunkan kekuatan secara kolektif dalam politik tanpa melihat
realiti masalah sosial. Tanpa penyediaan peluang ekonomi yang lebih besar untuk
rakyat, secara automatik akan menyumbang kepada ketidakstabilan sosial. Peluang
pekerjaan yang terhad menjejaskan masalah sosial di India yang akan menjurus kepada
ketidakseimbangan pembangunan. Jurang pendapatan yang begitu besar dalam sistem
kelas masyarakat memberi kesedaran bahawa demokrasi di negara itu dianggap lemah
atau semi-demokrasi. Hal ini kerana pilihan raya, kempen, parti-parti politik dan
partisipasi rakyat dalam politik hanya wujud sebagai simbol demokrasi di India.
Kegagalan pemimpin untuk menyediakan sistem dan struktur secara berkesan
mewujudkan ketidakseimbangan kelas antara masyarakat atasan dan bawahan
(Bardhan, 2017).
Ketelusan pentadbiran dalam konsep demokrasi seakan-akan tidak wujud di
India. Korupsi bukan sahaja berlaku dalam kalangan ahli-ahli politik, malah pegawai
awam, polis dan sebahagian individu lainnya. Rasuah dan India adalah kombinasi
6
normal dan merujuk Corruption Perceptions Index pada tahun 2012 dan 2019, India
berada di kedudukan 80 daripada 198 negara yang terlibat dengan rasuah (CPI, 2019).
Demokrasi secara asasnya meletakkan hubungan penting kepada kerajaan yang
memerintah bagi menegakkan hukum dan mengendalikan wilayah kekuasaannya.
Negara merupakan satu-satunya kuasa sah untuk melakukan pemaksaan bagi mencapai
matlamat tersebut. Justeru itu, tanpa tata tertib dan konsistensi pemerintah untuk
menjaga tatanan hukum dan ketertiban, maka demokrasi di negara itu tidak menjadi
(Sity, 2019). Begitu yang terjadi di India, pemerintah tidak serius menjaga penegakan
hukum dan undang-undang sehingga terjadi masalah sosial terutamanya jenayah
pemerkosaan. Secara khususnya, kedudukan wanita dan jenayah pemerkosaan
merupakan masalah yang masih membelenggu India dan memberi kesan kepada sektor
perlancongan. Bukan itu sahaja, isu kebersihan ialah satu tumpuan utama kepada
kemunduran pembangunan di India. Kekurangan tandas awam dan disiplin yang rendah
dalam kalangan masyarakat menuntut kerajaan India untuk melaksanakan Swachh
Bharat Mission atau Clean India Mission (The Hindu, 2020).
Ekonomi India sejak tahun 1991 membuka lembaran baru kepada sistem
ekonomi kapitalis yang menjalankan perdagangan bebas, penswastaan dan menghadapi
perubahan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Sistem
kapitalisme yang dikritik Karl Marx ini menunjukkan wujudnya jurang pendapatan
antara golongan bawahan dan atasan. Hal ini menjurus kepada masalah kemiskinan
yang tinggi dan menunjukkan masih ramai masyarakat menetap di kawasan setinggan
dengan jumlah ahli keluarga yang ramai, eksploitasi kanak-kanak untuk meminta
derma, penganggur dan gelandangan. Kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air
bersih memerlukan waktu yang lama untuk diuruskan oleh pemerintah di kawasan di
bawahannya (The Economist, 2019). Demokrasi di India yang bercorak sistem parlimen
iaitu Lok Sabha (House of the People) dan Rajya Sabha (Council of States) hanya
sebatas perwakilan ahli dewan rakyat, namun perbincangan pembuatan keputusan
memerlukan masa yang begitu panjang dan perdebatan yang kompleks. Contohnya,
parlimen India mengambil masa selama 16 tahun untuk mengesahkan pindaan cukai
Goods Services and Tax (GST) yang diluluskan di bawah pemerintahan Narendra Modi.
Ironinya, walaupun demokrasi menyatakan keseimbangan perlu wujud dengan
7
terbentuknya pakatan pembangkang dan kerajaan, tetapi di India, keberadaan pihak
pembangkang National Congress Party melambatkan proses pembuatan keputusan di
parlimen (Quartz India, 2016).
Negara yang kuat turut diperlukan untuk mewujudkan keharmonian sosial dan
kestabilan politik, satu syarat yang harus ada bagi membolehkan pelaburan modal
berlaku secara berterusan supaya pertumbuhan pesat boleh berlaku. Jika dirujuk di
India, ciri-ciri yang diterangkan di atas tidak menepati citarasa yang dinginkan oleh
sebuah negara membangun. Pergolakan politik Bharatiya Janata Party (BJP) aliran
nasionalis Hindu membangkitkan sentimen agama yang menguat di negara itu.
Kepimpinan BJP yang diketuai Perdana Menteri, Narendra Modi mewujudkan
ketidakamanan penduduk beragama Islam, terutamanya selepas berlaku beberapa
rusuhan dan demonstrasi di antara pergolakan agama ini. Rakyat India yang beragama
Islam tidak menikmati keamanan sosial seperti yang dijanjikan oleh sistem demokrasi.
Malahan, satu pindaan undang-undang Amendment Citizenship Bill yang membenarkan
kewarnegaraan diberikan kepada rakyat negara luar. Pindaan ini secara tidak langsung
menjejaskan kedudukan masyarakat Islam di India di bawah pengaruh BJP. Walau
bagaimanapun, India ialah negara sekular dan penyataan ini dirujuk keengganan
Mahatma Gandhi terhadap pemisahan India-Pakistan pada tahun 1947. Pembentukan
Pakistan atas dasar ingin membentuk negara Islam tidak disokong oleh Gandhi kerana
India ialah negara sekular tanpa dibebani dengan mana-mana agama. Tetapi dengan
kewujudan sentimen nasionalis Hindu BJP ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian
sosial di India dan seterusnya memberi kesan kepada hubungan diplomatik dan
pelaburan asing dari negara luar (The Strategist, 2019).
4.0 KAJIAN KES: KOMUNISME DAN PEMBANGUNAN DI CHINA
Negara pembangunan tidak hanya tertakluk pada sistem pemerintahan demokrasi malah
ianya juga boleh bersifat tidak demokratik. Tetapi oleh kerana negara mesti kuat,
kemungkinan untuk negara bersifat autoritarian adalah tinggi. Begitu yang terjadi di
China, di mana negara ini mengamalkan corak komunisme dan pemerintahan
8
autoritarian berpusat. China dari struktur ekonomi dilihat berjaya membawa
pembangunan dan ekonomi ke peringkat global, mengatasi Amerika Syarikat yang
menjadi pesaing utama kepada kuasa dunia tersebut. Pembangunan yang sedang
meningkat di China membawa sektor ekonomi menjadi antara yang terbesar di dunia
dengan mengamalkan dasar buka pintu kepada negara-negara luar (Berkeley, 2018).
Walaupun komunisme ialah aliran pemerintahan yang dilaksanakan sekian lama
terutamanya pada era pemerintahan Mao Zedong, tetapi perlaksanaan kapitalisme dan
neo-liberalisme dalam bidang ekonomi jelas dilihat digunakan. Tanggapan dan persepsi
masyarakat tentang impak sistem autoritarian terhadap pembangunan negara tidak
menemui kebenarannya. Negara autoritarian jelas menunjukkan mampu untuk
menyaingi negara demokrasi dalam soal ekonomi dan pembangunan terutamanya
Amerika Syarikat. China mampu melangkah lebih jauh menjadi kuasa besar dunia dan
memberi ancaman kepada negara demokrasi liberal Amerika. Pengaplikasian sistem
antara China (komunis) dan India (demokrasi) jelas menunjukkan perbezaan dalam
sistem politik. Parti Komunis China meluaskan pengaruh pada tahun 1949
menunjukkan pemimpin Mao Zedong untuk melakukan revolusi ekonomi melalui
Great Leap Forward dengan melangkau jauh USSR dalam aspek pembangunan di
negara itu (Open Democracy, 2012).
Kejayaan China membangunkan ekonomi dan pembangunan juga harus dilihat
sudut kepimpinan politik. Berbeza dengan demokrasi yang mempunyai persaingan
kompleks untuk kekuasaan, China menumpukan ketaatan atau kesetiaan (loyalty)
kepada satu pemerintah. Seperti yang dijelaskan, jalan menuju pembangunan juga boleh
berlaku di negara komunisme atau fasisme, dan China adalah salah satunya. Negara
autoritarian tidak mempunyai persaingan antara parti-parti politik, ahli-ahli politik dan
golongan pembangkang. Kekuasaan secara berpusat tertumpu pada satu parti politik
tunggal iaitu Parti Komunis China dan pemimpin Xi Jinping dan hal ini mampu
memfokuskan pada sasaran pembangunan ekonomi. Dalam hal ini, negara memainkan
peranan penting dalam pembangunan. Kewujudan autonomi relatif memberi ruang
kepada negara untuk melaksanakan polisi-polisi yang bersifat developmentalist untuk
rakyat bawahan dan bukan sekadar golongan dominan. China bukan sekadar menjadi
kuasa untuk menentukan segala aspek ekonomi negara, malah peningkatan taraf hidup
9
rakyat juga turut meningkat. Penguasaan berpusat pada satu pemerintah dan parti politik
itu menjadikan proses tadbir urus mudah dijalankan. Dalam beberapa dekad, China
mampu bangkit menyaingi kuasa besar dunia dalam aspek ekonomi dan dikenali ‘Tiger
of Asia’ (The Economist, 2019). Negara autoritarian lain yang berjaya dalam soal
pembangunan adalah Libya semasa era Muammar Gaddafi.
China menumpukan pada bahagian ekonomi dan pembangunan dan ianya
dilihat berjaya apabila negara itu menguasai sektor tersebut pada masa kini. Kuasa besar
dunia tidak hanya tertakluk pada Amerika, namun kini beralih tumpuannya kepada
China. Kejayaan China sebagai negara autoritarian dan komunis dilihat berbeza dengan
negara Korea Utara yang turut mengamalkan sistem yang sama. Sosialisme, komunisme
dan kapitalisme, ketiga-tiganya diguna pakai oleh China bagi tujuan kaedah
perlaksanaan pembangunan yang lebih cepat. Pada tahun 1970, kemiskinan
membelenggu rakyat China dengan jumlah populasi penduduk yang begitu ramai.
Namun, dengan melaksanakan reformasi ekonomi (economic reforms) pada tahun 1978
bermula di sektor pertanian, ekonomi China mula berkembang. Dengan memajukan
pertanian dan membuka kemasukan pedagang asing, itu merupakan satu langkah awal
bagi proses perkembangan ekonomi. Pada tahun 1980, China menjadi ahli Bank Dunia
dan IMF yang membuka peluang untuk membentuk special economic zones bagi tujuan
foreign direct investment. Populasi penduduk yang ramai di China turut digunakan
kesempatan ini membuka kilang-kilang industri berbekalkan harga buruh yang murah.
Langkah ini melihat China sebagai sumber import yang terbesar di dunia dengan
pelbagai barangan dihasilkan (BBC News, 2019).
5.0 RUMUSAN
Konsep pemerintahan demokrasi dan komunisme dilihat mampu membangunkan
sebuah pembangunan dan ekonomi negara melalui pelbagai mekanisme. Pembangunan
tidak hanya terhad pengaplikasiannya di negara demokrasi, malah ianya boleh berlaku
di negara komunisme terutamanya di China. India sebagai negara demokrasi terbesar di
dunia menunjukkan kelemahan apabila kemiskinan, korupsi, urus tadbir yang rendah,
10
konflik politik dan kekurangan kemudahan asas gagal disediakan. Persepsi masyarakat
terhadap demokrasi mempunyai tadbir urus yang baik serta akan menyumbang kepada
pembangunan adalah tidak tepat. Demokrasi masih merupakan sistem yang tidak
sempurna, tambahan lagi apabila dipimpin oleh pemerintah korup. Sistem politik India
yang kompleks menyukarkan lagi pembangunan di India berbanding di China, yang
menumpukan pusat tumpuan kepada seorang pemimpin dan parti politik tunggal.
RUJUKAN
Barker, E. 1942. Reflections on Government. Oxford: Clarendon Press.
Barrington Moore. 1966. Social Origins of Dictatorship and Democracy. Rusia: Beacon
Press.
BBC News. China Anniversary: How the Country Became the World’s Economic
Miracle. 1 Oktober 2019. https://www.bbc.com/news/business-49806247.
Berkeley Economic Review. India and China: Two Very Different Paths to
Development. 30 April 2018. https://econreview.berkeley.edu/india-and-china-two-
very-different-paths-to-development/.
Bobbio, N. 1987. The Future of Democracy: A Defence of the Rules of the Game. New
York: Polity.
Corruption Perception Index. 2019. Corruption Around the World in 2019.
https://www.transparency.org/en/cpi.
Engels, F. 1972. The Origin of the Family, Private Property and State. New York:
Pathfinder Press.
Open Democracy. China vs India: A Democracy Battle. 19 Oktober 2012.
https://www.opendemocracy.net/en/china-vs-india-democracy-battle/.
Pranab Bardhan. 2017. Democracy and Development in India: A Comparative
Perspective. United States: University of California.
Quartz India. India’s 16 Year Wait for The Mother of All Tax Reforms: The Goods and
Services Tax. 3 Ogos 2016. https://qz.com/india/478650/indias-16-year-wait-for-the-
mother-of-all-tax-reforms-the-goods-and-services-tax/.
Schmitter, P.C. & Karl, T.L. 1991. What Democracy is…and is Not? Journal of
Democracy2(3): 75-88.
Schumpeter, J.A. 1947. Capitalism, Socialism and Democracy. London: Allen &
Unwin.
Seymour Lipset. 1959. Some Social Requisites of Democracy. United States: American
Political Science Association.
11
Sity Daud. 2019. Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
The Economist. After Half a Century of Succes: the Asian Tigers Must Reinvent
Themselves. 5 Disember 2019. https://www.economist.com/special-
report/2019/12/05/after-half-a-century-of-success-the-asian-tigers-must-reinvent-
themselves.
The Economist. India’s Big, National Parties vie For Poor Voter’s Effection. 4 April
2019. https://www.economist.com/asia/2019/04/04/indias-big-national-parties-vie- for-
poor-voters-affections.
The Hindu. Second Phase of Swachh Bharat Mission Gets Nod. 19 Februari 2020.
https://www.thehindu.com/news/national/second-phase-of-swachh-bharat-mission-
gets-nod/article30863553.ece.
The Strategist. Are Indian Democracy’s Weakness Inherent. 28 Mei 2019.
https://www.aspistrategist.org.au/are-indian-democracys-weaknesses-inherent/.

More Related Content

What's hot

Sukan dan integrasi kaum
Sukan dan integrasi kaumSukan dan integrasi kaum
Sukan dan integrasi kaumtokey_sport
 
Pengenalan sosiologi sukan
Pengenalan sosiologi sukanPengenalan sosiologi sukan
Pengenalan sosiologi sukantokey_sport
 
Sains sukan(p2)[5.8]
Sains sukan(p2)[5.8]Sains sukan(p2)[5.8]
Sains sukan(p2)[5.8]shareShare
 
SISTEM PEMERINTAHAN DI RUSIA
SISTEM PEMERINTAHAN DI RUSIASISTEM PEMERINTAHAN DI RUSIA
SISTEM PEMERINTAHAN DI RUSIARasyidatul Najwa
 
5.3 Daya tahan kardio.pptx
5.3 Daya tahan kardio.pptx5.3 Daya tahan kardio.pptx
5.3 Daya tahan kardio.pptxnuar nani
 
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukanNoor Remy Ariffin
 
3.4 sukan dan ekonomi
3.4 sukan dan ekonomi3.4 sukan dan ekonomi
3.4 sukan dan ekonomiHong Inn Looi
 
contoh kertas kerja sains sukan
contoh kertas kerja sains sukancontoh kertas kerja sains sukan
contoh kertas kerja sains sukanNurul Shahida
 
Sukan dan sosialisasi
Sukan dan sosialisasiSukan dan sosialisasi
Sukan dan sosialisasitokey_sport
 
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatEsei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatIkhram Johari
 
6 sistem-sistem politik
6  sistem-sistem politik6  sistem-sistem politik
6 sistem-sistem politikNur Az
 
966spsainssukanmodular 120203183223-phpapp02
966spsainssukanmodular 120203183223-phpapp02966spsainssukanmodular 120203183223-phpapp02
966spsainssukanmodular 120203183223-phpapp02pamito02
 
Sains Sukan Tingkatan 4 Bab 1
Sains Sukan Tingkatan 4 Bab 1Sains Sukan Tingkatan 4 Bab 1
Sains Sukan Tingkatan 4 Bab 1Sheeyrha
 
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)suziana15
 

What's hot (20)

Sukan dan integrasi kaum
Sukan dan integrasi kaumSukan dan integrasi kaum
Sukan dan integrasi kaum
 
Pengenalan sosiologi sukan
Pengenalan sosiologi sukanPengenalan sosiologi sukan
Pengenalan sosiologi sukan
 
Sains sukan(p2)[5.8]
Sains sukan(p2)[5.8]Sains sukan(p2)[5.8]
Sains sukan(p2)[5.8]
 
3 kaedah-latihan-fizikal
3 kaedah-latihan-fizikal3 kaedah-latihan-fizikal
3 kaedah-latihan-fizikal
 
SISTEM PEMERINTAHAN DI RUSIA
SISTEM PEMERINTAHAN DI RUSIASISTEM PEMERINTAHAN DI RUSIA
SISTEM PEMERINTAHAN DI RUSIA
 
5.3 Daya tahan kardio.pptx
5.3 Daya tahan kardio.pptx5.3 Daya tahan kardio.pptx
5.3 Daya tahan kardio.pptx
 
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 
Definisi media
Definisi mediaDefinisi media
Definisi media
 
3.4 sukan dan ekonomi
3.4 sukan dan ekonomi3.4 sukan dan ekonomi
3.4 sukan dan ekonomi
 
Pengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep NegaraPengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep Negara
 
contoh kertas kerja sains sukan
contoh kertas kerja sains sukancontoh kertas kerja sains sukan
contoh kertas kerja sains sukan
 
Sukan dan sosialisasi
Sukan dan sosialisasiSukan dan sosialisasi
Sukan dan sosialisasi
 
Penggodaman
Penggodaman Penggodaman
Penggodaman
 
Sistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalisSistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalis
 
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatEsei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
 
6 sistem-sistem politik
6  sistem-sistem politik6  sistem-sistem politik
6 sistem-sistem politik
 
966spsainssukanmodular 120203183223-phpapp02
966spsainssukanmodular 120203183223-phpapp02966spsainssukanmodular 120203183223-phpapp02
966spsainssukanmodular 120203183223-phpapp02
 
Sains Sukan Tingkatan 4 Bab 1
Sains Sukan Tingkatan 4 Bab 1Sains Sukan Tingkatan 4 Bab 1
Sains Sukan Tingkatan 4 Bab 1
 
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
INTELEKTUAL ( SUMBANGAN TOKOH)
 

Similar to Demokrasi di India dan Komunisme di China

Demokrasi indonesia
Demokrasi indonesiaDemokrasi indonesia
Demokrasi indonesiaChe Bintank
 
Makalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesiaMakalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesiaWarnet Raha
 
1. Sistem dan Dinamika Demokrasi.doc
1. Sistem dan Dinamika Demokrasi.doc1. Sistem dan Dinamika Demokrasi.doc
1. Sistem dan Dinamika Demokrasi.docnabilakpum
 
Resume PKN Bab 5 (Kelompok 4) Demokrasi.pptx
Resume PKN Bab 5 (Kelompok 4) Demokrasi.pptxResume PKN Bab 5 (Kelompok 4) Demokrasi.pptx
Resume PKN Bab 5 (Kelompok 4) Demokrasi.pptxrzqzer0123
 
Demokrasi sistem gagal
Demokrasi  sistem gagalDemokrasi  sistem gagal
Demokrasi sistem gagalRizky Faisal
 
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02Dancha GazeRockz
 
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02Dancha GazeRockz
 
sistem dan dinamika demokrasi pancasila kelas xi
sistem dan dinamika demokrasi pancasila kelas xisistem dan dinamika demokrasi pancasila kelas xi
sistem dan dinamika demokrasi pancasila kelas xiAuliaFarisHumam
 
Kebijakan Pemberlakuan Politik Demokrasi dan Pengaruhnya Terhadap Kesejahtera...
Kebijakan Pemberlakuan Politik Demokrasi dan Pengaruhnya Terhadap Kesejahtera...Kebijakan Pemberlakuan Politik Demokrasi dan Pengaruhnya Terhadap Kesejahtera...
Kebijakan Pemberlakuan Politik Demokrasi dan Pengaruhnya Terhadap Kesejahtera...Succes Zen
 

Similar to Demokrasi di India dan Komunisme di China (20)

Makalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesiaMakalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesia
 
Makalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesiaMakalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesia
 
Makalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesiaMakalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesia
 
Makalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesiaMakalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesia
 
Demokrasi indonesia
Demokrasi indonesiaDemokrasi indonesia
Demokrasi indonesia
 
Makalah tentang demokrasi
Makalah tentang demokrasiMakalah tentang demokrasi
Makalah tentang demokrasi
 
Makalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesiaMakalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesia
 
Makalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesiaMakalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesia
 
Makalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesiaMakalah demokrasi di indonesia
Makalah demokrasi di indonesia
 
Kwn bab 4
Kwn bab 4Kwn bab 4
Kwn bab 4
 
1. Sistem dan Dinamika Demokrasi.doc
1. Sistem dan Dinamika Demokrasi.doc1. Sistem dan Dinamika Demokrasi.doc
1. Sistem dan Dinamika Demokrasi.doc
 
KELAS XI BAB 2.pptx
KELAS XI BAB 2.pptxKELAS XI BAB 2.pptx
KELAS XI BAB 2.pptx
 
Resume PKN Bab 5 (Kelompok 4) Demokrasi.pptx
Resume PKN Bab 5 (Kelompok 4) Demokrasi.pptxResume PKN Bab 5 (Kelompok 4) Demokrasi.pptx
Resume PKN Bab 5 (Kelompok 4) Demokrasi.pptx
 
Demokrasi sistem gagal
Demokrasi  sistem gagalDemokrasi  sistem gagal
Demokrasi sistem gagal
 
Demokrasi
DemokrasiDemokrasi
Demokrasi
 
Makalah demokrasi
Makalah demokrasiMakalah demokrasi
Makalah demokrasi
 
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02
 
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02
Makalahdemokrasi 130515200858-phpapp02
 
sistem dan dinamika demokrasi pancasila kelas xi
sistem dan dinamika demokrasi pancasila kelas xisistem dan dinamika demokrasi pancasila kelas xi
sistem dan dinamika demokrasi pancasila kelas xi
 
Kebijakan Pemberlakuan Politik Demokrasi dan Pengaruhnya Terhadap Kesejahtera...
Kebijakan Pemberlakuan Politik Demokrasi dan Pengaruhnya Terhadap Kesejahtera...Kebijakan Pemberlakuan Politik Demokrasi dan Pengaruhnya Terhadap Kesejahtera...
Kebijakan Pemberlakuan Politik Demokrasi dan Pengaruhnya Terhadap Kesejahtera...
 

Demokrasi di India dan Komunisme di China

  • 1. 1 SKSJ3023 DEMOKRASI DAN MASYARAKAT SIVIL NAMA PELAJAR: AISYAH SAKINAH ZULKEFLE (A164397) NAMA PENSYARAH: DR. MUHAMAD NADZRI BIN MOHAMED NOOR TAJUK SOALAN: DEMOKRASI SERING DIKATAKAN MEMBAWA KEPADA KETELUSAN PENTADBIRAN DAN KEMUDIANNYA MEMBERI IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA YANG LEBIH SEIMBANG. SISTEM AUTORITARIAN PULA DIHUJAHKAN SEBALIKNYA. NAMUN KITA BOLEH MELIHAT KEADAAN BERBEZA YANG BERLAKU DI INDIA SEBUAH NEGARA DEMOKRASI TERBESAR DAN DI CHINA SEBUAH NEGARA KOMUNIS. BINCANGKAN
  • 2. 2 1.0 PENGENALAN Konsep demokrasi merupakan sistem yang menurut para sarjana Barker (1942) merupakan pemerintahan untuk rakyat dan Shumpeter (1947) menegaskan sistem ini adalah sebuah institusi di mana terdapat satu tadbir urus pembuatan keputusan yang memberi hak pilih dan suara rakyat sebagai sumber tertinggi. Namun, erti demokrasi sering disalah anggap sebagai sebuah sistem sempurna yang akan menyediakan kesejahteraan dan keadilan buat masyarakatnya. Tambahan pula, pembangunan dan ekonomi sebuah negara demokrasi akan dikaitkan dengan sistem tersebut untuk menjelaskan bahawa demokrasi adalah pemerintahan yang akan menjamin keadilan sosial. Berbeza dengan sistem komunisme, ramai berpendapat cara pemerintahan tersebut tidak memberi kesejahteraan kepada penduduk. Namun tidak dinafikan pengurusan ekonomi dan pembangunan di sebahagian negara komunis berupaya untuk melangkah lebih jauh dari negara demokrasi. Hal ini terjadi di negara China beraliran komunis dan India sebuah negara demokrasi terbesar di dunia. Kedua-dua sistem yang mempunyai perbezaan besar itu menjurus kepada sumber akhir yang diperoleh oleh rakyat di negara tersebut. India masih terbelenggu dengan kemiskinan, korupsi, pembangunan terbantut, kekurangan infrastruktur dan jurang pendapatan yang begitu besar. Sementara itu, China sudah mula melangkah lebih jauh dalam ekonomi dan pembangunan dan merupakan saingan kuat kepada Amerika Syarikat. India dan China merupakan di antara negara yang mempunyai jumlah populasi penduduk terbesar di dunia. Populasi penduduk yang begitu ramai mensasarkan untuk kerajaan menyalurkan lebih banyak peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur dan peningkatan taraf hidup. Namun perbezaan sistem tersebut memperlihatkan negara demokrasi India tidak mencapai matlamat pembangunan berbanding dengan China negara komunis. Penulisan ini akan menumpukan pada pengaplikasian konsep yang diguna pakai kedua-dua negara itu dan bagaimana jurang pembangunan boleh berlaku. Persepsi masyarakat terhadap sistem demokrasi dan komunisme akan dijelaskan secara lanjut dalam bahagian seterusnya. Pemfokusan akan dijalankan terhadap negara India dan China dalam soal pembangunan (development).
  • 3. 3 2.0 TAKRIFAN KONSEP DEMOKRASI DAN KOMUNISME Pemerintahan demokrasi mengalami fenomena dan sumber inspirasi kepada negara autoritarian untuk melalui proses pendemokrasian. Sistem demokrasi dianggap sebagai sebuah cara pemerintahan yang mementingkan keadilan dan kesejahteraan sosial, termasuklah pembangunan ekonomi. Ungkapan yang kerap digunakan untuk mentakrifkan maksud demokrasi dari Abraham Lincorn adalah government of the people, by the people and for the people. Demokrasi merupakan projek perbincangan tanpa henti oleh ahli-ahli sains politik, sarjana dan ahli akademik dalam memberi erti sebenar bagaimana konsep ini boleh dilaksanakan (Bobbio, 1987). Secara ringkasnya, demokrasi dikenali sebagai satu bentuk sistem pemerintahan yang mementingkan keabsahan suara majoriti khususnya masyarakat sivil dalam melaksanakan undang- undang, peraturan, perlembagaan, polisi, dasar-dasar dan lain-lainnya. Namun, demokrasi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demokasi langsung dan tidak langsung. Demokrasi langsung ialah produk yang mempunyai partisipasi langsung daripada rakyat dan ianya bersesuaian untuk dilaksanakan di sebuah negara kecil. Berbeza dengan perlaksanaan demokrasi tidak langsung yang pada hari ini digunakan di kebanyakan negara serta mencorakkan sistem parlimen sebagai wakil suara masyarakat umum. Selari dengan takrifan demokrasi Schimmter & Karl (1991) iaitu political system in which ideologically and socially different groups are legally entitled to compete for political power and which institutional power holders are elected by the people and are responsible to the people. Ideologi komunisme dikenali sebagai sebuah produk ciptaan Karl Marx yang pada ketika negara-negara Eropah menghadapi Revolusi Industri pada abad ke-19, jurang kelas antara para pekerja dan golongan majikan dilihat begitu besar. Golongan proletariat dikenali sebagai pekerja dan golongan borjouis sebagai majikan merupakan satu takrifan kepada perpecahan sistem kelas. Revolusi di Eropah menuntut aliran kapitalisme dijalankan seiring dengan hasrat untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos. Golongan borjouis secara dasarnya menggunakan sistem kapitalis ini untuk mengaut keutungan secara maksimum dengan meletakkan kedudukan para
  • 4. 4 pekerja di hierarki bawahan. Sistem kelas ini terbahagi antara kelas pekerja dan kelas majikan dan masyarakat yang bekerja di kilang-kilang industri tidak mendapat gaji yang berpatutan sesuai dengan jumlah masa yang dikerjakan. Karl Marx memberi identifikasi tiga kelas utama dalam masyarakat kapitalis iaitu buruh upahan, kapitalis dan pemilik tanah. Kelas tersebut dibezakan berdasarkan pendapatan seperti upah, keuntungan, sewa tanah dan sebagainya. Karl Marx menciptakan kesedaran kelas untuk membangunkan kaum buruh untuk melawan kaum borjouis dengan menciptakan kritik sosial melalui falsafah marxisme dan melakukan tindakan yang dikenali sebagai revolusi golongan proletariat atau perjuangan kaum miskin (Engels, 1972). Pemikiran Karl Marx memberikan impak yang besar dan berjaya untuk mempengaruhi beberapa buah negara untuk membentuk ciri pemerintahan sosialisme atau komunisme termasuk China. Bahagian seterusnya akan menjelaskan secara langsung berkenaan corak pemerintahan China dan India dan bagaimana ianya mempengaruhi pembangunan di negara tersebut. 3.0 KAJIAN KES: DEMOKRASI DAN PEMBANGUNAN DI INDIA Demokrasi dan pembangunan sering dianggap sebagai sistem yang sealiran tanpa memandang secara lebih spesifik tentang sistem pemerintahan yang lain. India ialah sebuah negara demokrasi terbesar di dunia dengan berbekalkan jumlah populasi yang ramai dengan perlaksanaan pilihan raya sebagai satu simbol demokratik. Schmitter & Karl (1991) dalam satu tulisan berkaitan demokrasi ‘What democracy is…and is not?’ memberi kefahaman tentang persepsi masyarakat yang salah mengenai demokrasi. Masyarakat kerap kali beranggapan sistem demokrasi adalah lebih efisien dalam menguruskan dan menjalankan ekonomi berbanding pemerintahan yang lain. Kedua, masyarakat sering berpendapat kerajaan demokrasi sering efisien dalam bidang pentadbiran awam. Namun secara realiti, India mempunyai sistem politik yang kompleks yang ditadbir oleh Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan hasil pembuatan keputusan tidak selalunya efisien. Demokrasi di India juga tidak sepenuhnya demokratik kerana terdapat ketidakstabilan politik yang turut menjejaskan proses pembangunan di negara itu. Pembangunan ditakrifkan sebagai satu bentuk
  • 5. 5 kesejahteraan, keselesaan, pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan kemudahan awam lainnya untuk tujuan kestabilan sosial (Lipset, 1959). Namun hal ini dilihat cukup berbeza di India yang mengamalkan demokrasi. Kemiskinan, korupsi, dan kekurangan kemudahan awam dinilai masih membelenggu rakyat India. Sistem pentadbiran yang kompleks serta partisipasi pemimpin yang begitu ramai tidak berupaya menghasilkan proses pembuatan keputusan secara berkesan. Walaupun Narendra Modi dinilai berusaha membangkitkan ekonomi negara melalui sistem kapitalisme atau neoliberalisme dalam bidang ekonomi, namun masih ramai rakyat yang ketinggalan khususnya peluang pekerjaan yang terhad. Pembangunan menurut Barrington Moore (1966), mempunyai dua saluran sistem pemerintahan kepada jalur pembangunan sebuah negara iaitu negara komunis dan negara demokrasi. Makna kata, pembangunan tidak semestinya akan berpihak pada sistem demokrasi, malah ia turut akan berpusat di negara komunis seperti China. Kajian kes di India, negara tersebut dinilai masih gagal untuk membangunkan struktur sosial dan ekonomi secara berkesan. Ahli-ahli politik sama ada di kerajaan pusat atau di daerah/wilayah membangunkan kekuatan secara kolektif dalam politik tanpa melihat realiti masalah sosial. Tanpa penyediaan peluang ekonomi yang lebih besar untuk rakyat, secara automatik akan menyumbang kepada ketidakstabilan sosial. Peluang pekerjaan yang terhad menjejaskan masalah sosial di India yang akan menjurus kepada ketidakseimbangan pembangunan. Jurang pendapatan yang begitu besar dalam sistem kelas masyarakat memberi kesedaran bahawa demokrasi di negara itu dianggap lemah atau semi-demokrasi. Hal ini kerana pilihan raya, kempen, parti-parti politik dan partisipasi rakyat dalam politik hanya wujud sebagai simbol demokrasi di India. Kegagalan pemimpin untuk menyediakan sistem dan struktur secara berkesan mewujudkan ketidakseimbangan kelas antara masyarakat atasan dan bawahan (Bardhan, 2017). Ketelusan pentadbiran dalam konsep demokrasi seakan-akan tidak wujud di India. Korupsi bukan sahaja berlaku dalam kalangan ahli-ahli politik, malah pegawai awam, polis dan sebahagian individu lainnya. Rasuah dan India adalah kombinasi
  • 6. 6 normal dan merujuk Corruption Perceptions Index pada tahun 2012 dan 2019, India berada di kedudukan 80 daripada 198 negara yang terlibat dengan rasuah (CPI, 2019). Demokrasi secara asasnya meletakkan hubungan penting kepada kerajaan yang memerintah bagi menegakkan hukum dan mengendalikan wilayah kekuasaannya. Negara merupakan satu-satunya kuasa sah untuk melakukan pemaksaan bagi mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, tanpa tata tertib dan konsistensi pemerintah untuk menjaga tatanan hukum dan ketertiban, maka demokrasi di negara itu tidak menjadi (Sity, 2019). Begitu yang terjadi di India, pemerintah tidak serius menjaga penegakan hukum dan undang-undang sehingga terjadi masalah sosial terutamanya jenayah pemerkosaan. Secara khususnya, kedudukan wanita dan jenayah pemerkosaan merupakan masalah yang masih membelenggu India dan memberi kesan kepada sektor perlancongan. Bukan itu sahaja, isu kebersihan ialah satu tumpuan utama kepada kemunduran pembangunan di India. Kekurangan tandas awam dan disiplin yang rendah dalam kalangan masyarakat menuntut kerajaan India untuk melaksanakan Swachh Bharat Mission atau Clean India Mission (The Hindu, 2020). Ekonomi India sejak tahun 1991 membuka lembaran baru kepada sistem ekonomi kapitalis yang menjalankan perdagangan bebas, penswastaan dan menghadapi perubahan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Sistem kapitalisme yang dikritik Karl Marx ini menunjukkan wujudnya jurang pendapatan antara golongan bawahan dan atasan. Hal ini menjurus kepada masalah kemiskinan yang tinggi dan menunjukkan masih ramai masyarakat menetap di kawasan setinggan dengan jumlah ahli keluarga yang ramai, eksploitasi kanak-kanak untuk meminta derma, penganggur dan gelandangan. Kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih memerlukan waktu yang lama untuk diuruskan oleh pemerintah di kawasan di bawahannya (The Economist, 2019). Demokrasi di India yang bercorak sistem parlimen iaitu Lok Sabha (House of the People) dan Rajya Sabha (Council of States) hanya sebatas perwakilan ahli dewan rakyat, namun perbincangan pembuatan keputusan memerlukan masa yang begitu panjang dan perdebatan yang kompleks. Contohnya, parlimen India mengambil masa selama 16 tahun untuk mengesahkan pindaan cukai Goods Services and Tax (GST) yang diluluskan di bawah pemerintahan Narendra Modi. Ironinya, walaupun demokrasi menyatakan keseimbangan perlu wujud dengan
  • 7. 7 terbentuknya pakatan pembangkang dan kerajaan, tetapi di India, keberadaan pihak pembangkang National Congress Party melambatkan proses pembuatan keputusan di parlimen (Quartz India, 2016). Negara yang kuat turut diperlukan untuk mewujudkan keharmonian sosial dan kestabilan politik, satu syarat yang harus ada bagi membolehkan pelaburan modal berlaku secara berterusan supaya pertumbuhan pesat boleh berlaku. Jika dirujuk di India, ciri-ciri yang diterangkan di atas tidak menepati citarasa yang dinginkan oleh sebuah negara membangun. Pergolakan politik Bharatiya Janata Party (BJP) aliran nasionalis Hindu membangkitkan sentimen agama yang menguat di negara itu. Kepimpinan BJP yang diketuai Perdana Menteri, Narendra Modi mewujudkan ketidakamanan penduduk beragama Islam, terutamanya selepas berlaku beberapa rusuhan dan demonstrasi di antara pergolakan agama ini. Rakyat India yang beragama Islam tidak menikmati keamanan sosial seperti yang dijanjikan oleh sistem demokrasi. Malahan, satu pindaan undang-undang Amendment Citizenship Bill yang membenarkan kewarnegaraan diberikan kepada rakyat negara luar. Pindaan ini secara tidak langsung menjejaskan kedudukan masyarakat Islam di India di bawah pengaruh BJP. Walau bagaimanapun, India ialah negara sekular dan penyataan ini dirujuk keengganan Mahatma Gandhi terhadap pemisahan India-Pakistan pada tahun 1947. Pembentukan Pakistan atas dasar ingin membentuk negara Islam tidak disokong oleh Gandhi kerana India ialah negara sekular tanpa dibebani dengan mana-mana agama. Tetapi dengan kewujudan sentimen nasionalis Hindu BJP ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian sosial di India dan seterusnya memberi kesan kepada hubungan diplomatik dan pelaburan asing dari negara luar (The Strategist, 2019). 4.0 KAJIAN KES: KOMUNISME DAN PEMBANGUNAN DI CHINA Negara pembangunan tidak hanya tertakluk pada sistem pemerintahan demokrasi malah ianya juga boleh bersifat tidak demokratik. Tetapi oleh kerana negara mesti kuat, kemungkinan untuk negara bersifat autoritarian adalah tinggi. Begitu yang terjadi di China, di mana negara ini mengamalkan corak komunisme dan pemerintahan
  • 8. 8 autoritarian berpusat. China dari struktur ekonomi dilihat berjaya membawa pembangunan dan ekonomi ke peringkat global, mengatasi Amerika Syarikat yang menjadi pesaing utama kepada kuasa dunia tersebut. Pembangunan yang sedang meningkat di China membawa sektor ekonomi menjadi antara yang terbesar di dunia dengan mengamalkan dasar buka pintu kepada negara-negara luar (Berkeley, 2018). Walaupun komunisme ialah aliran pemerintahan yang dilaksanakan sekian lama terutamanya pada era pemerintahan Mao Zedong, tetapi perlaksanaan kapitalisme dan neo-liberalisme dalam bidang ekonomi jelas dilihat digunakan. Tanggapan dan persepsi masyarakat tentang impak sistem autoritarian terhadap pembangunan negara tidak menemui kebenarannya. Negara autoritarian jelas menunjukkan mampu untuk menyaingi negara demokrasi dalam soal ekonomi dan pembangunan terutamanya Amerika Syarikat. China mampu melangkah lebih jauh menjadi kuasa besar dunia dan memberi ancaman kepada negara demokrasi liberal Amerika. Pengaplikasian sistem antara China (komunis) dan India (demokrasi) jelas menunjukkan perbezaan dalam sistem politik. Parti Komunis China meluaskan pengaruh pada tahun 1949 menunjukkan pemimpin Mao Zedong untuk melakukan revolusi ekonomi melalui Great Leap Forward dengan melangkau jauh USSR dalam aspek pembangunan di negara itu (Open Democracy, 2012). Kejayaan China membangunkan ekonomi dan pembangunan juga harus dilihat sudut kepimpinan politik. Berbeza dengan demokrasi yang mempunyai persaingan kompleks untuk kekuasaan, China menumpukan ketaatan atau kesetiaan (loyalty) kepada satu pemerintah. Seperti yang dijelaskan, jalan menuju pembangunan juga boleh berlaku di negara komunisme atau fasisme, dan China adalah salah satunya. Negara autoritarian tidak mempunyai persaingan antara parti-parti politik, ahli-ahli politik dan golongan pembangkang. Kekuasaan secara berpusat tertumpu pada satu parti politik tunggal iaitu Parti Komunis China dan pemimpin Xi Jinping dan hal ini mampu memfokuskan pada sasaran pembangunan ekonomi. Dalam hal ini, negara memainkan peranan penting dalam pembangunan. Kewujudan autonomi relatif memberi ruang kepada negara untuk melaksanakan polisi-polisi yang bersifat developmentalist untuk rakyat bawahan dan bukan sekadar golongan dominan. China bukan sekadar menjadi kuasa untuk menentukan segala aspek ekonomi negara, malah peningkatan taraf hidup
  • 9. 9 rakyat juga turut meningkat. Penguasaan berpusat pada satu pemerintah dan parti politik itu menjadikan proses tadbir urus mudah dijalankan. Dalam beberapa dekad, China mampu bangkit menyaingi kuasa besar dunia dalam aspek ekonomi dan dikenali ‘Tiger of Asia’ (The Economist, 2019). Negara autoritarian lain yang berjaya dalam soal pembangunan adalah Libya semasa era Muammar Gaddafi. China menumpukan pada bahagian ekonomi dan pembangunan dan ianya dilihat berjaya apabila negara itu menguasai sektor tersebut pada masa kini. Kuasa besar dunia tidak hanya tertakluk pada Amerika, namun kini beralih tumpuannya kepada China. Kejayaan China sebagai negara autoritarian dan komunis dilihat berbeza dengan negara Korea Utara yang turut mengamalkan sistem yang sama. Sosialisme, komunisme dan kapitalisme, ketiga-tiganya diguna pakai oleh China bagi tujuan kaedah perlaksanaan pembangunan yang lebih cepat. Pada tahun 1970, kemiskinan membelenggu rakyat China dengan jumlah populasi penduduk yang begitu ramai. Namun, dengan melaksanakan reformasi ekonomi (economic reforms) pada tahun 1978 bermula di sektor pertanian, ekonomi China mula berkembang. Dengan memajukan pertanian dan membuka kemasukan pedagang asing, itu merupakan satu langkah awal bagi proses perkembangan ekonomi. Pada tahun 1980, China menjadi ahli Bank Dunia dan IMF yang membuka peluang untuk membentuk special economic zones bagi tujuan foreign direct investment. Populasi penduduk yang ramai di China turut digunakan kesempatan ini membuka kilang-kilang industri berbekalkan harga buruh yang murah. Langkah ini melihat China sebagai sumber import yang terbesar di dunia dengan pelbagai barangan dihasilkan (BBC News, 2019). 5.0 RUMUSAN Konsep pemerintahan demokrasi dan komunisme dilihat mampu membangunkan sebuah pembangunan dan ekonomi negara melalui pelbagai mekanisme. Pembangunan tidak hanya terhad pengaplikasiannya di negara demokrasi, malah ianya boleh berlaku di negara komunisme terutamanya di China. India sebagai negara demokrasi terbesar di dunia menunjukkan kelemahan apabila kemiskinan, korupsi, urus tadbir yang rendah,
  • 10. 10 konflik politik dan kekurangan kemudahan asas gagal disediakan. Persepsi masyarakat terhadap demokrasi mempunyai tadbir urus yang baik serta akan menyumbang kepada pembangunan adalah tidak tepat. Demokrasi masih merupakan sistem yang tidak sempurna, tambahan lagi apabila dipimpin oleh pemerintah korup. Sistem politik India yang kompleks menyukarkan lagi pembangunan di India berbanding di China, yang menumpukan pusat tumpuan kepada seorang pemimpin dan parti politik tunggal. RUJUKAN Barker, E. 1942. Reflections on Government. Oxford: Clarendon Press. Barrington Moore. 1966. Social Origins of Dictatorship and Democracy. Rusia: Beacon Press. BBC News. China Anniversary: How the Country Became the World’s Economic Miracle. 1 Oktober 2019. https://www.bbc.com/news/business-49806247. Berkeley Economic Review. India and China: Two Very Different Paths to Development. 30 April 2018. https://econreview.berkeley.edu/india-and-china-two- very-different-paths-to-development/. Bobbio, N. 1987. The Future of Democracy: A Defence of the Rules of the Game. New York: Polity. Corruption Perception Index. 2019. Corruption Around the World in 2019. https://www.transparency.org/en/cpi. Engels, F. 1972. The Origin of the Family, Private Property and State. New York: Pathfinder Press. Open Democracy. China vs India: A Democracy Battle. 19 Oktober 2012. https://www.opendemocracy.net/en/china-vs-india-democracy-battle/. Pranab Bardhan. 2017. Democracy and Development in India: A Comparative Perspective. United States: University of California. Quartz India. India’s 16 Year Wait for The Mother of All Tax Reforms: The Goods and Services Tax. 3 Ogos 2016. https://qz.com/india/478650/indias-16-year-wait-for-the- mother-of-all-tax-reforms-the-goods-and-services-tax/. Schmitter, P.C. & Karl, T.L. 1991. What Democracy is…and is Not? Journal of Democracy2(3): 75-88. Schumpeter, J.A. 1947. Capitalism, Socialism and Democracy. London: Allen & Unwin. Seymour Lipset. 1959. Some Social Requisites of Democracy. United States: American Political Science Association.
  • 11. 11 Sity Daud. 2019. Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. The Economist. After Half a Century of Succes: the Asian Tigers Must Reinvent Themselves. 5 Disember 2019. https://www.economist.com/special- report/2019/12/05/after-half-a-century-of-success-the-asian-tigers-must-reinvent- themselves. The Economist. India’s Big, National Parties vie For Poor Voter’s Effection. 4 April 2019. https://www.economist.com/asia/2019/04/04/indias-big-national-parties-vie- for- poor-voters-affections. The Hindu. Second Phase of Swachh Bharat Mission Gets Nod. 19 Februari 2020. https://www.thehindu.com/news/national/second-phase-of-swachh-bharat-mission- gets-nod/article30863553.ece. The Strategist. Are Indian Democracy’s Weakness Inherent. 28 Mei 2019. https://www.aspistrategist.org.au/are-indian-democracys-weaknesses-inherent/.