SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
WARTAWAN: KEMAHIRAN BAHASA PENTING

SETIAP hari kita akan membaca berita-berita dan rencana di surat khabar atau
majalah.

Kita juga mendengar berita di radio atau menonton siaran berita di televisyen.

Pelbagai berita dan peristiwa disiarkan dan dilaporkan kepada kita melalui media
massa.

Siapakah yang melakukan tugas yang mulia ini? Sudah tentu ia dilakukan oleh
wartawan dan wartawan penyiaran untuk media elektronik.

Tugas mereka ialah membuat liputan tentang peristiwa, kejadian, aktiviti dan
sebarang kejadian yang boleh dijadikan bahan berita dan cerita untuk dilaporkan
kepada pembaca, pendengar dan penonton.

Selain itu, kerjaya wartawan akan memberi peluang untuk bertemu dengan
pelbagai golongan masyarakat seperti tokoh pemimpin, ahli politik dan ahli
perniagaan.

Seseorang yang bercita-cita menjadi wartawan perlu mempunyai kemahiran
menulis, mampu menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta
berbakat dan juga kreatif dalam menghasilkan idea.

Tanpa memiliki ciri-ciri ini agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai
wartawan kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang
berita dan rencana dengan baik dan difahami.

Mereka juga perlu menemu ramah sesiapa sahaja yang diperlukan sama ada
dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Sebagai wartawan, setiap hari mereka akan diberi tugasan membuat liputan
peristiwa atau menemuramah individu tertentu.

Selepas itu, mereka akan kembali ke bilik berita untuk menulis berita atau
rencana berhubung temu bual tadi.

Kemudian berita atau rencana yang ditulis itu akan disunting oleh pengarang
sebelum dicetak atau disiarkan di media.

Perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik akibat perkembangan
ekonomi negara pula telah membuka peluang yang banyak kepada kerjaya
kewartawanan khususnya di sektor swasta.
Banyak syarikat media cetak dan elektronik beroperasi yang beroperasi pada
masa kini memerlukan tenaga kerja di bidang kewartawanan.

Selain itu, agensi kerajaan dan syarikat swasta juga memerlukan pegawai atau
kakitangan yang mampu menulis dan mengarang mengenai pencapaian agensi
dan syarikat masing-masing dengan tujuan menghebahkannya kepada umum.

Walaupun para lulusan dalam bidang kewartawanan dari universiti atau institusi
pengajian tinggi (IPT) berpeluang menceburi bidang ini, sejak akhir-akhir ini,
banyak syarikat media cetak dan elektronik cenderung memilih calon-calon yang
mempunyai pengkhususan di bidang tertentu.

Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan mendalam serta lebih memahami
bidang mereka berbanding calon yang hanya mempunyai kelulusan dalam
bidang kewartawanan.

Calon yang tidak mempunyai asas kewartawanan akan dilatih oleh syarikat-
syarikat media cetak atau elektronik.

Kerjaya kewartawanan mampu menawarkan gaji yang lumayan dengan gaji
permulaan di sekitar RM1,500 serta ganjaran lain berdasarkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja.

Beberapa universiti dan IPT menawarkan pengkhususan di bidang
kewartawanan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains
Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat sarjana
muda.

Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya
(UM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula
menawarkan kursus Komunikasi Massa yang juga menjadi asas kepada bidang
kewartawanan.

Semasa pengajian, para pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus
kewartawanan termasuk penghantar komunikasi, prinsip-prinsip kewartawanan,
laporan dan penulisan berita, pemberitaan dan penyuntingan, pengucapan
awam, grafik dan reka letak, penulisan rencana, terjemahan, komunikasi foto,
undang-undang komunikasi, pengurusan akhbar dan isu-isu semasa Malaysia.

Bagi yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelulusan yang
bukan di bidang kewartawanan tetapi ditawarkan kerjaya ini dikehendaki
mengikuti latihan kewartawanan untuk tempoh tiga bulan atau lebih di syarikat
mereka bekerja.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

   1.   Berminat dengan kerjaya ini
   2.   Mempunyai kemahiran menulis
   3.   Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
   4.   Memiliki bakat serta kreatif
   5.   Sanggup bertemu dan menemu bual individu pelbagai peringkat
   6.   Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat
   7.   Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang
   8.   Rajin mengikuti perkembangan semasa


Syarat menceburi bidang ini

Individu yang berminat menjadikan bidang kewartawanan sebagai kerjaya harus
memiliki sekurang-kurangnya SPM serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan
Inggeris.

Bagi yang memiliki diploma atau ijazah di bidang kewartawanan atau komunikasi
mereka lebih berpeluang untuk menceburi bidang ini.

Calon-calon yang memiliki diploma atau ijazah dari bidang lain juga boleh
memohon kerjaya ini.


Syarat melanjutkan pengajian

Pelajar perlu lulus dengan baik peperiksaan SPM/SPMV serta kepujian bahasa
Melayu, Inggeris dan Matematik.

Selain itu, pelajar perlu mendapat prinsipal yang baik di peringkat Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Ini kerana pengambilan di kebanyakan universiti
atau IPT memerlukan kelulusan STPM untuk melanjutkan pengajian terus ke
peringkat ijazah sarjana muda.

Pelajar juga boleh mengikuti pengajian ini selepas selesai program matrikulasi
dan syaratnya tetap sama iaitu lulus SPM dengan kepujian bahasa Melayu,
Inggeris dan Matematik.

Di UIAM, bahasa Inggeris atau Arab adalah bahasa penghantar.

UKM juga ada menawarkan kursus ini secara Pengajian Jarak Jauh manakala
UiTM turut menawarkannya menerusi program luar kampus.

Syarat yang diperlukan adalah seperti kemasukan sepenuh masa yang
memerlukan calon lulus SPM dan STPM atau SPM dan pengalaman kerja.
Kerjaya wartawan

More Related Content

What's hot

Soalan - Soalan Lazim PBS 2014
Soalan - Soalan Lazim PBS 2014Soalan - Soalan Lazim PBS 2014
Soalan - Soalan Lazim PBS 2014Abdul Rahman
 
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan PengukurPembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukurmandalina landy
 
Borang markah chef rimba
Borang markah chef rimbaBorang markah chef rimba
Borang markah chef rimbaJunita Jusoh
 
T1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranT1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranmnorzainiz
 
Komposisi Badan - MPP
Komposisi Badan - MPPKomposisi Badan - MPP
Komposisi Badan - MPPShaiful Izham
 
Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun Amir House
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Kemahiran menganalisis maklumat
Kemahiran menganalisis maklumatKemahiran menganalisis maklumat
Kemahiran menganalisis maklumatmunnianwar
 
2. fitrah manusia
2. fitrah manusia2. fitrah manusia
2. fitrah manusiaDya Imani
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
NOTA BUKU TEKS RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
NOTA  BUKU TEKS  RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)NOTA  BUKU TEKS  RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
NOTA BUKU TEKS RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)Fadhirul Fitri
 
asas pertolongan cemas
asas pertolongan cemasasas pertolongan cemas
asas pertolongan cemassiaw ong
 

What's hot (20)

Soalan - Soalan Lazim PBS 2014
Soalan - Soalan Lazim PBS 2014Soalan - Soalan Lazim PBS 2014
Soalan - Soalan Lazim PBS 2014
 
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan PengukurPembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
 
Borang markah chef rimba
Borang markah chef rimbaBorang markah chef rimba
Borang markah chef rimba
 
T1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranT1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuran
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Asas kawad kaki
Asas kawad kakiAsas kawad kaki
Asas kawad kaki
 
Komposisi Badan - MPP
Komposisi Badan - MPPKomposisi Badan - MPP
Komposisi Badan - MPP
 
Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Kemahiran menganalisis maklumat
Kemahiran menganalisis maklumatKemahiran menganalisis maklumat
Kemahiran menganalisis maklumat
 
Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
2. fitrah manusia
2. fitrah manusia2. fitrah manusia
2. fitrah manusia
 
Rancangan buku hijau
Rancangan buku hijau Rancangan buku hijau
Rancangan buku hijau
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Bab 2 Pengurusan Sukan
Bab 2   Pengurusan SukanBab 2   Pengurusan Sukan
Bab 2 Pengurusan Sukan
 
Apa itu cpr
Apa itu cprApa itu cpr
Apa itu cpr
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
NOTA BUKU TEKS RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
NOTA  BUKU TEKS  RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)NOTA  BUKU TEKS  RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
NOTA BUKU TEKS RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
 
asas pertolongan cemas
asas pertolongan cemasasas pertolongan cemas
asas pertolongan cemas
 

Viewers also liked

Media komunikasi massa dan karakteristiknya
Media komunikasi massa dan karakteristiknyaMedia komunikasi massa dan karakteristiknya
Media komunikasi massa dan karakteristiknyaHana Eka
 
komunikasi massa
komunikasi massakomunikasi massa
komunikasi massaRatih Aini
 
Belajar Asas Fotografi Digital
Belajar Asas Fotografi DigitalBelajar Asas Fotografi Digital
Belajar Asas Fotografi DigitalAzman Hj. Ayup
 
Ciri ciri komunikasi
Ciri ciri komunikasiCiri ciri komunikasi
Ciri ciri komunikasiYien Ah
 
05 Komunikasi
05 Komunikasi05 Komunikasi
05 KomunikasiWanBK Leo
 
Pengenalan kepada komunikasi massa
Pengenalan kepada komunikasi massaPengenalan kepada komunikasi massa
Pengenalan kepada komunikasi massaAWAN PUTIH
 

Viewers also liked (6)

Media komunikasi massa dan karakteristiknya
Media komunikasi massa dan karakteristiknyaMedia komunikasi massa dan karakteristiknya
Media komunikasi massa dan karakteristiknya
 
komunikasi massa
komunikasi massakomunikasi massa
komunikasi massa
 
Belajar Asas Fotografi Digital
Belajar Asas Fotografi DigitalBelajar Asas Fotografi Digital
Belajar Asas Fotografi Digital
 
Ciri ciri komunikasi
Ciri ciri komunikasiCiri ciri komunikasi
Ciri ciri komunikasi
 
05 Komunikasi
05 Komunikasi05 Komunikasi
05 Komunikasi
 
Pengenalan kepada komunikasi massa
Pengenalan kepada komunikasi massaPengenalan kepada komunikasi massa
Pengenalan kepada komunikasi massa
 

Similar to Kerjaya wartawan

Kenapa saya mahu menjadi wartawan
Kenapa saya mahu menjadi wartawanKenapa saya mahu menjadi wartawan
Kenapa saya mahu menjadi wartawanAdrine Sapari
 
Kolej swasta kerjaya
Kolej swasta kerjayaKolej swasta kerjaya
Kolej swasta kerjayanorisham sham
 
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...Hafezah Yusof
 
Laporan Latihan Industri M-MODE.docx
Laporan Latihan Industri M-MODE.docxLaporan Latihan Industri M-MODE.docx
Laporan Latihan Industri M-MODE.docxIzzuwanIsmail
 
Campus Guide Magazine Digital Version
Campus Guide Magazine Digital VersionCampus Guide Magazine Digital Version
Campus Guide Magazine Digital VersionBobby Umbara
 
Contoh Motivation Letter untuk Melamar Magang
Contoh Motivation Letter untuk Melamar MagangContoh Motivation Letter untuk Melamar Magang
Contoh Motivation Letter untuk Melamar Magangajelestari
 
Penjaringan Minat Calon Siswa Keterampilan MAN Sumenep 2022.pptx
Penjaringan Minat Calon Siswa Keterampilan MAN Sumenep 2022.pptxPenjaringan Minat Calon Siswa Keterampilan MAN Sumenep 2022.pptx
Penjaringan Minat Calon Siswa Keterampilan MAN Sumenep 2022.pptxayyuubi
 
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014melcassie
 
Hhhc9501 a146268
Hhhc9501 a146268Hhhc9501 a146268
Hhhc9501 a146268iffahroslan
 
Profil SMK YASPI Syamsul 'Ulum Kota Sukabumi
Profil SMK YASPI Syamsul 'Ulum Kota SukabumiProfil SMK YASPI Syamsul 'Ulum Kota Sukabumi
Profil SMK YASPI Syamsul 'Ulum Kota SukabumiAdam Nurul Hussein
 

Similar to Kerjaya wartawan (20)

Kerjaya
KerjayaKerjaya
Kerjaya
 
Kenapa saya mahu menjadi wartawan
Kenapa saya mahu menjadi wartawanKenapa saya mahu menjadi wartawan
Kenapa saya mahu menjadi wartawan
 
Wawasan futuristik
Wawasan futuristikWawasan futuristik
Wawasan futuristik
 
Rpl karir
Rpl karirRpl karir
Rpl karir
 
Rpl karir
Rpl karirRpl karir
Rpl karir
 
Kolej swasta kerjaya
Kolej swasta kerjayaKolej swasta kerjaya
Kolej swasta kerjaya
 
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...
 
Kertas Kerja
Kertas KerjaKertas Kerja
Kertas Kerja
 
Laporan Latihan Industri M-MODE.docx
Laporan Latihan Industri M-MODE.docxLaporan Latihan Industri M-MODE.docx
Laporan Latihan Industri M-MODE.docx
 
Campus Guide Magazine Digital Version
Campus Guide Magazine Digital VersionCampus Guide Magazine Digital Version
Campus Guide Magazine Digital Version
 
Program Pendidikan Vokasi MIBM Universitas Brawijaya
Program Pendidikan Vokasi MIBM Universitas BrawijayaProgram Pendidikan Vokasi MIBM Universitas Brawijaya
Program Pendidikan Vokasi MIBM Universitas Brawijaya
 
Laporan Program
Laporan ProgramLaporan Program
Laporan Program
 
Contoh Motivation Letter untuk Melamar Magang
Contoh Motivation Letter untuk Melamar MagangContoh Motivation Letter untuk Melamar Magang
Contoh Motivation Letter untuk Melamar Magang
 
Brosur kuliah reguler
Brosur kuliah regulerBrosur kuliah reguler
Brosur kuliah reguler
 
Motivation letter
Motivation letterMotivation letter
Motivation letter
 
Penjaringan Minat Calon Siswa Keterampilan MAN Sumenep 2022.pptx
Penjaringan Minat Calon Siswa Keterampilan MAN Sumenep 2022.pptxPenjaringan Minat Calon Siswa Keterampilan MAN Sumenep 2022.pptx
Penjaringan Minat Calon Siswa Keterampilan MAN Sumenep 2022.pptx
 
Kenali ui tm
Kenali ui tmKenali ui tm
Kenali ui tm
 
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
 
Hhhc9501 a146268
Hhhc9501 a146268Hhhc9501 a146268
Hhhc9501 a146268
 
Profil SMK YASPI Syamsul 'Ulum Kota Sukabumi
Profil SMK YASPI Syamsul 'Ulum Kota SukabumiProfil SMK YASPI Syamsul 'Ulum Kota Sukabumi
Profil SMK YASPI Syamsul 'Ulum Kota Sukabumi
 

Kerjaya wartawan

  • 1. WARTAWAN: KEMAHIRAN BAHASA PENTING SETIAP hari kita akan membaca berita-berita dan rencana di surat khabar atau majalah. Kita juga mendengar berita di radio atau menonton siaran berita di televisyen. Pelbagai berita dan peristiwa disiarkan dan dilaporkan kepada kita melalui media massa. Siapakah yang melakukan tugas yang mulia ini? Sudah tentu ia dilakukan oleh wartawan dan wartawan penyiaran untuk media elektronik. Tugas mereka ialah membuat liputan tentang peristiwa, kejadian, aktiviti dan sebarang kejadian yang boleh dijadikan bahan berita dan cerita untuk dilaporkan kepada pembaca, pendengar dan penonton. Selain itu, kerjaya wartawan akan memberi peluang untuk bertemu dengan pelbagai golongan masyarakat seperti tokoh pemimpin, ahli politik dan ahli perniagaan. Seseorang yang bercita-cita menjadi wartawan perlu mempunyai kemahiran menulis, mampu menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta berbakat dan juga kreatif dalam menghasilkan idea. Tanpa memiliki ciri-ciri ini agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai wartawan kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang berita dan rencana dengan baik dan difahami. Mereka juga perlu menemu ramah sesiapa sahaja yang diperlukan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Sebagai wartawan, setiap hari mereka akan diberi tugasan membuat liputan peristiwa atau menemuramah individu tertentu. Selepas itu, mereka akan kembali ke bilik berita untuk menulis berita atau rencana berhubung temu bual tadi. Kemudian berita atau rencana yang ditulis itu akan disunting oleh pengarang sebelum dicetak atau disiarkan di media. Perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik akibat perkembangan ekonomi negara pula telah membuka peluang yang banyak kepada kerjaya kewartawanan khususnya di sektor swasta.
  • 2. Banyak syarikat media cetak dan elektronik beroperasi yang beroperasi pada masa kini memerlukan tenaga kerja di bidang kewartawanan. Selain itu, agensi kerajaan dan syarikat swasta juga memerlukan pegawai atau kakitangan yang mampu menulis dan mengarang mengenai pencapaian agensi dan syarikat masing-masing dengan tujuan menghebahkannya kepada umum. Walaupun para lulusan dalam bidang kewartawanan dari universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang menceburi bidang ini, sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat media cetak dan elektronik cenderung memilih calon-calon yang mempunyai pengkhususan di bidang tertentu. Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan mendalam serta lebih memahami bidang mereka berbanding calon yang hanya mempunyai kelulusan dalam bidang kewartawanan. Calon yang tidak mempunyai asas kewartawanan akan dilatih oleh syarikat- syarikat media cetak atau elektronik. Kerjaya kewartawanan mampu menawarkan gaji yang lumayan dengan gaji permulaan di sekitar RM1,500 serta ganjaran lain berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Beberapa universiti dan IPT menawarkan pengkhususan di bidang kewartawanan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat sarjana muda. Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula menawarkan kursus Komunikasi Massa yang juga menjadi asas kepada bidang kewartawanan. Semasa pengajian, para pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus kewartawanan termasuk penghantar komunikasi, prinsip-prinsip kewartawanan, laporan dan penulisan berita, pemberitaan dan penyuntingan, pengucapan awam, grafik dan reka letak, penulisan rencana, terjemahan, komunikasi foto, undang-undang komunikasi, pengurusan akhbar dan isu-isu semasa Malaysia. Bagi yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelulusan yang bukan di bidang kewartawanan tetapi ditawarkan kerjaya ini dikehendaki mengikuti latihan kewartawanan untuk tempoh tiga bulan atau lebih di syarikat mereka bekerja.
  • 3. Ciri-ciri peribadi yang diperlukan 1. Berminat dengan kerjaya ini 2. Mempunyai kemahiran menulis 3. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris 4. Memiliki bakat serta kreatif 5. Sanggup bertemu dan menemu bual individu pelbagai peringkat 6. Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat 7. Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang 8. Rajin mengikuti perkembangan semasa Syarat menceburi bidang ini Individu yang berminat menjadikan bidang kewartawanan sebagai kerjaya harus memiliki sekurang-kurangnya SPM serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan Inggeris. Bagi yang memiliki diploma atau ijazah di bidang kewartawanan atau komunikasi mereka lebih berpeluang untuk menceburi bidang ini. Calon-calon yang memiliki diploma atau ijazah dari bidang lain juga boleh memohon kerjaya ini. Syarat melanjutkan pengajian Pelajar perlu lulus dengan baik peperiksaan SPM/SPMV serta kepujian bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik. Selain itu, pelajar perlu mendapat prinsipal yang baik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ini kerana pengambilan di kebanyakan universiti atau IPT memerlukan kelulusan STPM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat ijazah sarjana muda. Pelajar juga boleh mengikuti pengajian ini selepas selesai program matrikulasi dan syaratnya tetap sama iaitu lulus SPM dengan kepujian bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik. Di UIAM, bahasa Inggeris atau Arab adalah bahasa penghantar. UKM juga ada menawarkan kursus ini secara Pengajian Jarak Jauh manakala UiTM turut menawarkannya menerusi program luar kampus. Syarat yang diperlukan adalah seperti kemasukan sepenuh masa yang memerlukan calon lulus SPM dan STPM atau SPM dan pengalaman kerja.