Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

T1 tanaman sayuran

12,559 views

Published on

Perkongsian slide kemahiran hidup pertanian, bertujuan untuk berkongsi bahan bantu mengajar bersama rakan-rakan guru kemahiran hidup pertanian

Published in: Education

T1 tanaman sayuran

  1. 1. TANAMANTANAMAN SAYURANSAYURAN
  2. 2. Jenis Sayuran Penyediaan Tapak Penanaman Penjagaan Pungutan Hasil Giliran Tanaman
  3. 3. ■ Sayuran jenis buah ialah sejenis sayuran di mana bahagian buahnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan. ■ Contoh sayuran jenis buah ialah seperti labu, terung, bendi, peria dan timun. Jenis Sayuran Buah
  4. 4. ■ Sayuran jenis akar ialah sejenis sayuran di mana bahagian akarnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan. ■ Contoh sayuran jenis akar ialah seperti lobak merah, keledek, keladi, kentang dan sengkuang. Jenis Sayuran Akar
  5. 5. ■ Sayuran jenis daun ialah sejenis sayuran di mana bahagian daunnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan. ■ Contoh sayuran jenis daun ialah seperti kangkung, sawi, kobis, sawi putih dan kailan. Jenis Sayuran Daun
  6. 6. ■ Sayuran jenis kekacang ialah sejenis sayuran di mana bahagian kekacangnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan. ■ Contoh sayuran jenis kekacang ialah seperti kacang panjang, kacang pis, kacang botol dan kacang buncis . Jenis Sayuran Kekacang
  7. 7. ■ Sayur-sayuran adalah salah satu sajian penting dalam pemakanan seimbang. ■ Sayuran membekalkan pelbagai nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh badan yang sihat. ■ Antara nutrien yang dibekalkan oleh sayur-sayuran ialah protein, karbohidrat, vitamin dan garam mineral. ■ Kita perlu makan pelbagai jenis sayur untuk mendapatkan vitamin yang mencukupi. Ini kerana sayuran yang berlainan jenis mengandungi vitamin yang berlainan. Fungsi Sayuran Dalam Diet
  8. 8. Nutrien Fungsi Sayuran Protein ▪ Membaiki pertumbuhan badan dan membaiki tisu yang rosak Kacang panjang, kacang soya, kacang tanah Karbohidrat ▪ Membekalkan haba dan tenaga ▪ Membantu kesihatan dan mencegah penyakit Ubi kentang, ubi keledek Vitamin ▪ Memelihara kesihatan dan mencegah penyakit Sawi, bayam, lobak merah, tomato dan kangkung Garam Mineral ▪ Memelihara kesihatan tubuh Kekacang Nutrien Dalam Sayuran Dan Fungsinya
  9. 9. ■ Jenis tanah daripada tanah loam yang subur yang mengandungi bahan organik yang tinggi. ■ Tapak tanaman hendaklah rata supaya masalah hakisan tanah dapat dikurangkan dan tanaman mudah diusahakan ■ Tapak tanaman berdekatan dengan sumber air seperti perigi, sungai, parit dan paip air. ■ Tapak tanaman terletak di kawasan lapang dan jauh daripada lindungan pokok-pokok besar dan bangunan tinggi kerana cahaya matahari yang banyak sangat diperlukan oleh sayuran untuk hidup subur. ■ Tapak tanaman mestilah berdekatan dengan jalan raya dan bandar untuk memudahkan pengangkutan hasil-hasil tanaman. Kenalpasti Tapak Ciri-ciri Tapak Yang Sesuai
  10. 10. ■ Skala pH digunakan untuk menguji dan menyukat kandungan asid dalam tanah. ■ Julat 0 -14 digunakan untuk mengukur nilai pH bagi tanah. ■ Skala pH berfungsi untuk menentukan kandungan asid tanah sama ada: ▪ Berasid - nilai pH kurang daripada 7 ▪ Neutral - nilai pH tepat pada 7 ▪ Beralkali - nilai pH lebih daripada 7 Menguji pH Tanah Asid AlkaliNeutral
  11. 11. Menguji pH Tanah ■ Alat yang digunakan untuk mengukur pH tanah ialah meter pH. ■ Kebanyakan tanah di negara kita adalah jenis berasid kerana nilai pHnya kurang daripada 7 (antara pH4 hingga pH5). ■ Tanah berasid tidak sesuai untuk sayuran kerana kekurangan nutrien. ■ Nilai pH yang sesuai untuk tanaman sayuran ialah pH5.5 hingga pH6.5 Meter pH
  12. 12. Langkah-langkah: ■ Kenal pasti tapak penanaman sayuran. ■ Masukkan 10 g sampel tanah ke dalam bikar. ■ Tambahkan 10 ml air suling ke dalam bikar dan kacau. ■ Biarkan campuran itu selama 10 minit. Menguji pH Tanah Bikar Tanah Air SulingBikar berisi 10 g tanah
  13. 13. Langkah-langkah: ■ Kacau campuran itu dengan rod kaca sehingga rata. ■ Tentu ukuran bacaan meter pH dengan air suling. ■ Masukkan kepala meter pH ke dalam campuran tersebut. ■ Biarkan bacaan meter pH stabil, kemudian catatkan bacaan meter. Menguji pH Tanah Meter pH Elektrod Rod Kaca Campuran Air Suling dan Tanah
  14. 14. Membersih Tapak ■ Kerja membersihkan tapak dilakukan setelah mengenalpasti tapak penanaman ■ Pokok kecil dan belukar hendaklah ditebas, dikumpulkan, dan dibakar. ■ Tunggul-tunggul kayu dan akar hendaklah dikeluarkan. ■ Tumbuhan daun hijau seperti rumpai yang dipotong, dikumpulkan untuk dijadikan kompos.
  15. 15. Menggembur Tanah ■ Kerja menggemburkan tanah dimulakan setelah selesai kerja membersihkan tapak Menggembur bermaksud menghancurkan tanah supaya menjadi ketulan kecil dan sesuai untuk percambahan biji benih ■ Kerja menggembur tanah dapat dilakukan dengan menggunakan cangkul atau jentera bergantung kepada saiz tapak tanaman. ■ Tanah biasanya digembur sedalam 30cm
  16. 16. ■ Penggemburan tanah membantu membunuh mikroorganisma yang berbahaya pada tanaman sayur-sayuran. Tanah dibiarkan selama seminggu supaya kapur yang telah ditabur dapat bertindak balas. ■ Tujuan utama kerja menggemburkan tanah ialah untuk memperbaiki pengudaraan tanah, saliran, dan membuang akar-akar rumpai. Menggembur Tanah
  17. 17. Membina Batas ■ Kerja membina batas dilakukan setelah kerja menggembur ■ Batas dibina dengan menggunakan cangkul dan jentera kecil ■ Batas dibina bertujuan untuk mengelakkan tanah daripada ditakungi air, memudahkan kerja-kerja penjagaan dan untuk mengelakkan tapak tanaman daripada dipijak.
  18. 18. ■ Membaja asas dilakukan setelah batas siap dibina ■ Baja yang digunakan ialah baja organik atau baja kompos ■ Baja organik ditabur dipermukaan batas dan diratakan dengan pencakar ■ Kerja-kerja membaja pada peringkat ini dipanggil pembajaan asas ■ Baja organik yang telah mereput digunakan kerana bajanya tidak mengandungi biji benih rumpai Membaja Asas
  19. 19. ■ Batas yang siap dibina perlu disungkup dengan pelepah kelapa, rumput kering atau plastik politena. ■ Tujuan sungkupan ialah untuk mengelakkan hakisan, merendahkan suhu tanah, melembapkan tanah dan menghalang tumbesaran rumpai. Meletak Sungkupan ■ Batas dibiarkan selama seminggu sebelum aktiviti menanam dijalankan.
  20. 20. ■ Varieti – pilih sayuran yang mengeluarkan hasil yang tinggi dan bermutu. ■ Daya tahan (resistans) – pilih sayuran yang mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit. ■ Kesesuaian iklim – pilih sayuran yang sesuai dengan iklim setempat. ■ Nilai pasaran – sayuran yang dipilih mesti mempunyai nilai pasaran yang baik. Memilih Jenis Sayuran
  21. 21. Sifat-sifat benih yang baik ialah: ■ Bernas ■ Cukup matang ■ Bebas daripada perosak dan penyakit ■ Bebas daripada biji benih rumpai ■ Bersaiz normal Memilih Biji Benih
  22. 22. ■ Biji benih sayur-sayuran yang telah dipilih dapat diuji peratus atau kadar percambahannya. ■ Biji benih yang telah dipilih seharusnya mempunyai percambahan yang tinggi ■ Peratus percambahan biji benih dapat ditentukan dengan membuat ujian sebelum menyemainya Menguji Peratusan Percambahan
  23. 23. ■ Letakkan 20 biji benih di atas piring petri beralaskan kapas. ■ Lembapkan kapas dengan air suling. ■ Tutup piring petri dan biarkan biji benih beberapa hari sehingga bercambah. ■ Lembapkan kapas dari masa ke semasa. ■ Catatkan bilangan biji benih bercambah selepas lima hari. ■ Kira peratus percambahan dengan formula. Langkah-Langkah Menguji Peratus Percambahan Biji Benih Bercambah Biji Benih Piring Petri
  24. 24. ■ Kira peratus percambahan dengan formula: Langkah-Langkah Menguji Peratus Percambahan Bilangan yang bercambah Jumlah biji benih yang disemai % Percambahan = x 100 Biji Benih Bercambah Biji Benih Piring Petri Kapas Lembap
  25. 25. 1. Sediakan tanah loam, bahan organik dan pasir sungai dengan nisbah 2:1:1 2. Tapis ketiga-tiga bahan medium untuk mengasingkan bahan yang tidak dikehendaki. 3. Sukat medium dengan baldi kecil 4. Longgokkan ketiga-tiga bahan tersebut. 5. Gaulkan semua bahan itu dengan skop 6. Isikan medium ke dalam bekas semaian Pasir sungai Bahan organik Tanah loam Menyedia Medium Semaian
  26. 26. Menyedia Medium Semaian Kotak semaian yang berisi medium semaian
  27. 27. Terdapat Tiga Kaedah Menyemai Biji Benih iaitu: 1. Menyemai terus ke batas bagi biji benih besar saperti kacang panjang,labu dan peria. 2. Menyemai di dalam kotak semaian, kemudian diubah ke batas penanaman bagi biji benih kecil seperti terung, tomato dan cili. 3. Menyemai biji benih halus di batas, campurkan dengan pasir halus (untuk taburan yang sekata) sebelum ditabur. Contohnya ialah benih sawi. Menyemai Biji Benih
  28. 28. Menyemai biji benih secara terus di semaian: 1. Bersihkan bekas semaian 2. Tutup lubang saliran denan serpihan batu kecil atau pasu. Perhatikan Rajah A. 3. Isikan medium semaian sehingga 2 cm dari permukaan kotak semaian . 4. Ratakan permukaan medium semaian 5. Tabur biji benih dengan di atas permukaan medium. Menyemai Biji Benih A B C
  29. 29. 6. Tutup biji benih dengan selapisan nipis medium.Perhatikan Rajah B. 7. Siram medium semaian dan tutup permukaan kotak semaian dengan plastik politena yang lutsinar.Perhatikan Rajah C. 8. Letakkan kotak semaian di tempat teduh Menyemai Biji Benih A B C
  30. 30. Menyemai Biji Benih Anak benih yang tumbuh dalam kotak semaian
  31. 31. ■ Mengubah bermaksud memindahkan anak benih dari kotak semaian ke batas tetap. ■ Mengubah anak benih sayuran boleh dilakukan setelah mengeluarkan 4-5 helai daun. Anak benih perlu menjalani proses pengerasan untuk menyesuaikan anak benih dengan persekitaran luar dan mengurangkan renjatan perubahan. ■ Pengerasan dilakukan dengan mengurangkan siraman dan naungan secara beransur-ansur. ■ Proses penjarangan dan mengubah boleh dilakukan serentak iaitu mengurangkan anak benih yang tumbuh lebih dari satu kepada lubang penanaman yang tidak tumbuh. Mengubah Anak Benih
  32. 32. 1. Siram kotak semaian sehingga medium di dalamnya lembab. 2. Tandakan lubang penanaman dengan jarak yang sesuai di atas batas. 3. Gali lubang sedalam 8-10 cm. 4. Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih bersama segumpal tanah. Lihat gambar A dan B. 5. Tanam anak benih di dalam lubang penanaman dan padatkan . Lihat gambar C. 6. Siram dan beri teduhan pada anak benih yang baru diubah. Mengubah Anak Benih Tekan A B C
  33. 33. Mengubah Anak Benih
  34. 34. ■ Sayuran memerlukan air yang cukup untuk tumbesaran. Air diperlukan untuk melarutkan nutrien supaya mudah diserap oleh akar sayuran. ■ Sayuran perlu disiram dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang. ■ Sistem pemercik air digunakan dikebun sayuran yang luas. Bekas penyiraman yang berlubang halus boleh digunakan di kebun sayuran yang kecil Menyiram
  35. 35. ■ Merumput ialah aktiviti membuang rumpai yang tumbuh di batas sayuran. ■ Merumput dapat mengelakkan persaingan antara sayur-sayuran dengan rumpai dalam mendapatkan air, nutrien, cahaya matahari dan ruang. Merumput ■ Merumput dapat memusnahkan habitat perosak dan agen penyakit. ■ Merumput dilakukan dengan tangan, serampang tangan dan tajak.
  36. 36. ■ Menggembur ialah kerja menghancurkan tanah kepada ketulan kecil bagi memudahkan air meresap ke dalam tanah. ■ Menggembur dapat membaiki saliran dan pengudaraan tanah. ■ Menggembur tanah dilakukan menggunakan serampang tangan atau tajak. Menggembur Tanah
  37. 37. ■ Membaja dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh sayuran. ■ Baja yang biasa digunakan ialah baja kimia dan baja organik. ■ Baja organik dihasilkan daripada sisa tumbuhan dan haiwan yang reput seperti kompos, najis haiwan dan sebagainya. ■ Baja dapat membaiki struktur tanah serta membekalkan nutrien. ■ Kerja membaja dilakukan 2 – 3minggu sekali mengikut kadar yang disyorkan. Membaja
  38. 38. Membaja ■ Baja kimia membekalkan nutrien dengan cepat. Baja tunggal membekalkan satu atau dua nutrien, seperti baja urea dan potasy minurat. Baja sebatian pula mengandungi tiga jenis nutrien yang lengkap seperti baja NPK.
  39. 39. ■ Membolehkan pokok mendapatkan cahaya matahari. ■ Mengelakkan pokok daripada menjalar ke merata tempat. ■ Memudahkan kerja-kerja penjagaan dan memungut hasil. ■ Mengelakkan daripada tumbang. Memberi Sokongan Sokongan diperlukan oleh sayuran memanjat, melilit atau yang berbatang lemah seperti timun, peria, kacang panjang dan tomato. Tujuannya adalah untuk:
  40. 40. Jenis sokongan Jenis sayuran Junjungan Kacang panjang, kacang buncis Para Timun, peria, petola Berpagar Tomato Memberi Sokongan
  41. 41. Memberi Sokongan Junjung Para Pagar Contoh Jenis Sokongan
  42. 42. ■ Mengamalkan tanaman giliran. ■ Mengamalkan sanitasi ladang dengan memusnahkan tempat tinggal dan tempat membiak haiwan perosak. ■ Memungut haiwan perosak seperti siput dengan tangan dan menghapuskannya. ■ Mengamalkan kawalan biologi iaitu penggunaan pemangsa semulajadi haiwan perosak. ■ Menggunakan baka resistans. ■ Mengelakkan kecederaan pada pokok yang akan menyebabkan jangkitan kulat dan bakteria. Mengawal Perosak dan Penyakit
  43. 43. Haiwan perosak Bahagian yang diserang Cara mengawal Ulat beluncas Daun dan putik buah Sembur racun serangga Siput babi Makan batang lembut dan pucuk muda Guna umpan beracun Belalang Makan daun, bunga dan anak benih Sembur racun serangga Kumbang Makan daun muda dan anak benih Sembur racun serangga Kutu daun Menghisap air daun Sembur racun serangga Mengawal Perosak Secara Kimia KumbangBelalangSiput babi Kutu daun Ulat beluncas
  44. 44. Penyakit Punca Tanda-tanda Kawalan Melecuh anak benih Kulat Anak benih layu dan mati - Sembur racun serangga - Kurangkan siraman Bintik daun Kulat Daun berbintik perang - Sembur racun serangga - Tanaman giliran Layu bakteria Bakteria Salur xilem mereput, urat daun hitam, pokok layu dan mati - Tanam baka tahan penyakit Karat batang Kulat Tompok kuning keperangan, daun gugur. - Sembur racun kulat Mengawal Penyakit Secara Kimia
  45. 45. ■ Kualiti sayuran rendah jika dipungut terlalu awal manakala pungutan yang lewat menyebabkan nilainya turun kerana wujud serat kasar pada daun. ■ Sayuran yang dimakan segar perlu dipungut semasa muda dan jika hendak dijadikan benih ia perlu dipungut apabila cukup matang. ■ Masa memungut paling sesuai ialah pada awal pagi atau lewat petang bagi mengelakkannya layu. Jenis Sayuran Tomato Cili Sengkuang Kacang panjang Tempoh Memungut 12 minggu 16-18 minggu 20-24 minggu 6-8 minggu Cara Memungut Memetik Memetik Menggali Memetik Tempoh Menuai
  46. 46. ■ Memungut hasil harus dilakukan dengan teliti dan cermat untuk mengelakkan sayuran tercedera atau rosak. ■ Cara memungut hasil ialah memotong, memetik, mencabut atau menggali. Memungut Hasil
  47. 47. ■ Untuk mengurangkan kemerosotan kualiti dan kerosakan sayuran selepas dipungut, kerja pengendalian lepas tuai perlu dilakukan. ■ Kerja pengendalian ialah pembersihan, penggredan, pembungkusan dan penyimpanan sementara. ■ Sayuran jenis ubi dan daun hendaklah dibasuh untuk membuang tanah dan pasir manakala bahagian rosak dan akar perlu dibuang. ■ Sayur perlu digred untuk menentukan harga jualan. Sayuran digredkan mengikut saiz, rupa, kualiti, warna, kematangan dan jenisnya. ■ Sayuran dibungkus untuk mengekalkan kesegaran dan mencegah kerosakan semasa proses penghantaran. ■ Penyimpanan sementara penting untuk mengelakkan sayuran menjadi layu sebelum di pasaran. Mengendalikan Hasil
  48. 48. Mengendalikan Hasil Pembersihan Penggredan Penyimpanan Sementara Pembungkusan
  49. 49. Giliran tanaman bermaksud menanam tanaman secara bergilir-gilir dalam satu kawasan yang sama selepas sesuatu musim penanaman. Maksud Giliran Tanaman AkarBuah Kekacang Daun
  50. 50. ■ Amalan giliran tanaman di tapak yang sama mengikut jenis sayuran lebih menguntungkan. ■ Sayuran memerlukan nutrien dan kedalaman penembusan akar yang berbeza. ■ Membantu penyerapan nutrien yang sekata. ■ Sayuran kekacang berupaya mengikat nitrogen dari udara yang dibantu oleh bakteria ‘Rhizobium’ yang terdapat pada nodul akar. Ini menjimatkan pembajaan nitrogen di kawasan penanaman. ■ Giliran tanaman dapat mengawal haiwan perosak dan penyakit. ■ Tanaman yang sama jenis setiap masa akan membantu pembiakan populasi perosak. Kebaikan Giliran Tanaman
  51. 51. SEKIANSEKIAN

×