Your SlideShare is downloading. ×
Penerangan teknik menggambar
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Penerangan teknik menggambar

11,239
views

Published on


3 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
11,239
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
361
Comments
3
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. MENGGAMBAR - Bidang menggambar adalah satu bidang yang mementingkan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. - Kegiatan yang dicadangkan untuk membuat gambar ialah seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek. Mengggambar adalah satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi. - Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan rata. - Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.- Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.- Bidang menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur murid. - Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian. - Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian. - Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.
  • 2. LUKISAN - Lukisan didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakarandengan menggunakan berbagai jenis media kering. Ianya dilakukan di atas permukaan yang rata. - Lukisan dihasilkan dengan menggunakan berbagai media kering. - Setiap alat, media dan bahan yang digunakan untuk melukis mempunyai kesan garisan, ton yang tertentu. - Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan tertentu adalah amat penting dan perlu disesuaikan dengan jenis kertas sebelum menghasilkan sesebuah lukisan. - Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna untuk menghasilkan lukisan pelbagai teknik. - Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah lukisan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan.- Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis adalah amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran lebih teratur. - Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira dalam sesebuah lukisan yang bermutu. - Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna. - Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan dan teknik akan menghasilkan lukisan yang terbaik. - Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting dijalankan setelah selesai mengadakan aktiviti lukisan. - Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan dengan langkah-langkah yang tertentu iaitu dari aras mudah ke aras sukar.
  • 3. CATAN - Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata. - Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata. - Adalah satu hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D. - Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. - Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air. - Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal. - Warna air bersifat lutsinar dan lembut. - Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas. - Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas. - Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas. - Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding/mural. - Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan. - Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri. - Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan. - Warna asas terdiri daripada tiga warna. - Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas. - Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder. - Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam. - Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna. - Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. - Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu objek. - Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza.- Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier. - Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol.- Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.
  • 4. KOLAJ • Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. • Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. • Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. • Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri. • Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan. • Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan. • Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. • Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid. • Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema.• Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj. • Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar. • Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu.• Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan. • Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik. • Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan keseronokan. • Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda. • Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.
  • 5. MONTAJ - Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. - Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. - Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. - Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru. - Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. - Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada. - Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek. - Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. - Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam hasil kerja. - Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman. - Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati. - Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.- Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.
  • 6. CETAKAN • Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. • Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. • Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. • Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata. • Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan bahan terbuang. • Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan.• Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan. • Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. • Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu. • Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. • Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan. • Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian masalah. • Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.
  • 7. GOSOKAN • Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatupermukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. • Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. • Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari benda buatan manusia. • Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus. • Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama. • Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan. • Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak.• Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut. • Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik. • Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik.
  • 8. RESIS • Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna- warna basah dan contengan lilin. • Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. • Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. • Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis.• Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar. • Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. • Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis. • Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis. • Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. • Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas. • Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis. • Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis. • Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. • Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. • Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut. • Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan induktif, deduktif, empati dan interaktif.
  • 9. PERCIKAN • Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. • Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. • Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. • Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. • Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas. • Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas. • Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu. • Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna. • Percikan boleh diulang ke atas permukaan yang sama. • Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan.• Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal. • Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata. • Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan. • Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini. • Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh- tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. • Apresiasi seni yang dijalankan di sekolah rendah haruslah dijalankan secara konkrit dan skop yang terhad. • Perbincangan yang hendak dijalankan oleh guru dan murid-murid haruslah menarik minat murid. • Perbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah daripada hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting. • Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudutperspektif, cadangan-cadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik. • Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna. • Pameran hasil kerja adalah satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif. • Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatuhasilkerja dari aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif.
  • 10. MOZEK • Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata. • Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar. • Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.• Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek. • Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.. • Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media. • Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja dan tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut. • Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan. • Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul. • Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik. • Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur. • Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal. • Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni. • Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.