Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah

5,378 views

Published on

Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah

  1. 1. MEMBUAT CORAK DAN REKAANTahun : 2Bidang : Membuat Corak dan RekaanAktiviti : Membuat Corak Tidak Terancang Menggunakan Kaedah Lipatan Dan GosokanTema : Pembalut HadiahTajuk : Kertas Pembalut HadiahMasa : 9.05 pagi – 10.05pagiJenis-Jenis Media : Contoh-contoh corak pembalut hadiahBahan Bantu Mengajar : Komputer, pemancar LCDEMK : Kreativiti dan Inovasi, KeusahawananStandard Kandungan: i. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, harmoni, serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipat dan gosok. ii. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan corak teknik lipat dan gosok. iii. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak tidak terancang. iv. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
  2. 2. Standard Pembelajaran2.1 Persepsi Estetik – Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik lipat dan gosok. 2.1.1 Unsur Seni 2.1.1.1 Rupa – organik atau geometri dan gabungan rupa 2.1.1.2 Warna – primer, sekunder dan gabungan warna primer dan sekunder 2.1.1.3 Jalinan - Tampak 2.1.2 Prinsip Rekaan 2.1.2.1 Kepelbagaian – warna dan jalinan 2.1.2.2 Harmoni – warna dan rupa2.2 Aplikasi Seni – Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak tidak terancang menggunakan kaedah lipatan dan gosokan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Bahan – warna air, kertas lukisan 2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.2.3 Ekspresi Kreatif – murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik, serta bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 2.3.1 Memilih dan memanipulasi warna secara kreatif 2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik lipatan dan gosokan dalam menghasilkan corak dan rekaan
  3. 3. 2.4 Apresiasi Seni – Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan.Standard Pembelajaran Ilustrasi AktivitiPersepsi estetik • Guru memainkan lagu selamat hari jadiGuru bertanya kepada murid:“Apakah yang kamu terima semasa menyambut sambutanhari lahir?”Jawapan murid: Hadiah • Guru menayangkan gambar hadiah • Murid diminta untuk memerhatikan slaid Alat dan bahanAplikasi seni • Guru menerangkan contoh corak tidak terancang • Guru memperkenalkan media yang digunakan • Guru menunjukkan cara bancuhan dan membuat corak tidak terancang • Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan
  4. 4. Ekspresi seni Langkah-langkahLangkah 1 • Murid diminta untuk melipat kertas lukisan menjadi dua bahagian.Langkah 2 • Titiskan beberapa warna poster pada sebelah satu bahagian di bahagian dalam lipatanLangkah 3 • Lipatkan semula kertas lukisan dan buat urutan dengan perlahan ke beberapa arah • Buka kertas lukisan dan lihat hasilnyaLangkah 4 • Keringkan dan hiaskan hasil corak anda Hasil corak yang dihasilkanApresiasi Seni VisualMurid mempamerkan hasil corak yang dihasilkanMurid diminta menyatakan bahasa seni visual pada karyasendiri dan rakan yang dipamerkan.

×