Media & Kesejahteraan Sosial: Analisis Liputan Astro AWANI terhadap pembangunan negara. Telah dibentangkan oleh Penerbit Eksekutif Astro AWANI, Nazri Kahar semasa sidang Majlis Professor Negara -2013.
2. LATARBELAKANG
Astro AWANI menerusi program terbitannya seperti
Agenda Awani, Analisis Awani, U-Wartawan dan Kini
Trending memainkan peranan sebagai rakan pembinaan
negara bangsa. Pelbagai isu sosial menurut konteks
global dan lokal dikupas secara konstruktif.
#SUARAKAMI
3. PENDEKATAN
Memahami golongan sasaran merupakan penekanan utama Astro
AWANI dalam melaporkan isu-isu sosial. Melalui kaedah itu, mesej akan
lebih mudah disampaikan.
Pendekatan yang digunakan oleh Astro AWANI:
- Analisis ‘cause-effect’ 360 darjah menerusi Agenda Awani, Analisis
Awani dan U-Wartawan
- Budaya popular dalam Isu menerusi Kini Trending
4. TUMPUAN
Pembangunan sosial merupakan satu proses yang memberi penekanan kepada manusia
dan sistem sosialnya. Ia dihubungkaitkan dengan pelbagai strategi, program dan aktiviti yang
menekankan kepada pengisian nilai-nilai yang akan mempertingkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan.
Bagi mencapai objektif kesejahteraan sosial, Astro AWANI menyoroti isu mengikut tematema berikut:
- Impak Globalisasi
- Peningkatan Taraf Hidup
- Dasar Sosial Negara
- Kesejahteraan & Keselamatan Komuniti
- Kesukarelawan
5. IMPAK GLOBALISASI
Memahami isu-isu utama global menerusi
pendekatan budaya popular. Menyoroti isu-isu
tersebut berdasarkan paparan media sosial.
Satu peralihan paradigma dalam memahami
isu global dengan penggunaan media sosial.
Mengutarakan permasalahan dan
penyelesaian isu dengan lebih kreatif dan
kritis ala ‘crowdsourcing’ melalui media sosial.
(penggunaan twitter dan hash tag).
Kini Trending diberi peranan dalam
pemaparan isu-isu utama global kepada
generasi Y agar mereka didedahkan secara
langsung kepada isu-isu tersebut.
6. PENINGKATAN TARAF HIDUP
Paparan peningkatan taraf hidup
memfokus kepada strategi dan
program pembangunan sumber
manusia serta penyediaan persekitaran
ekonomi yang kondusif.
Laporan dari akar umbi, memahami
keperluan dan kehendak masyarakat
serta penyaluran maklumat tersebut
kepada pihak berwajib.
7. DASAR SOSIAL NEGARA
Hasil daripada pelaburan yang tinggi dari
segi peruntukan untuk perkhidmatan
awam seperti pendidikan, kesihatan dan
perumahan, Malaysia telah menunjukkan
perubahan dalam kualiti hidup kumpulan
masyarakat.
Dasar Sosial Negara menekan peri
pentingnya penghayatan moral dan nilai
dalam sesebuah masyarakat progresif.
Program seperti U-Wartawan menyingkap
peranan masyarakat dalam merealisasikan
Dasar Sosial Negara. Kebanyakan pendapat
dikongsi oleh golongan muda.
8. KESEJAHTERAAN & KESELAMATAN KOMUNITI
Sokongan untuk menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan serta
kerjasama dengan komuniti tempatan.
Pembangunan Komuniti menerusi
‘capacity building & empowerment’.
Paparan isu-isu lokal utama semasa
seperti keselamatan tempat awam,
kesamarataan peluang ekonomi,
pendidikan mengenai HIV/AIDS dan
sebagainya.
Paparan isu-isu lokal ini adalah selaras
dengan Millenium Development Goals.
#SAFERMALAYSIA
9. KESUKARELAWAN
Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara
sektor swasta dan sukarela sering dialu-alukan. Ini
perlu untuk mewujudkan satu sinergi tenaga dan
sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjamin
perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota
masyarakat.
Astro AWANI percaya pada konsep pembangunan
sosial adalah tanggungjawab bersama. Usaha-usaha
kesukarelawan ini harus menerima liputan
sewajarnya.
Dengan ledakan media sosial, aktiviti kesukarelawan
bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti fizikal, malah
golongan muda turut memanfaat medium tersebut
untuk menyumbang kepada komuniti serta
menggalakkan inovasi baru dalam keusahawanan
melalui ‘social entrepreneurship’.
#TWTUPIPOH
#TWTUPKAMI
#TWTUPKASEH
10. MEDIA & KESEJAHTERAAN SOSIAL
Peranan Media dalam liputan kesejahteraan sosial
TERIMA KASIH!