09 isi pelajaran (1)

1,069 views
974 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,069
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
38
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

09 isi pelajaran (1)

  1. 1. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKTAJUK 1 MERANCANG PENGAJARAN MATEMATIK• SINOPSISTajuk ini menyediakan satu kesempatan bagi pelajar untuk merancangpengajaran matematik yang berkesan. Pelajar akan tahu bagaimanauntuk merancang skema pengajaran tahunan atau semester dan jugamerancang rancangan pengajaran harian dengan format yang betul.Pelajar juga akan tahu pentingnya pengurusan bilik darjah matematikyang berkesan dan pentingnya komunikasi yang berkesan di dalambilik darjah. Pada akhir modul ini pelajar perlu tahu membezakanpengajaran mikro dan makro.• HASIL PEMBELAJARANPada akhir modul ini, anda dijangkakan akan dapat:(1) menerangkan kurikulum matematik sekolah rendah(2) menyediakan skop dan urutan tajuk dari kurikulum matematik(3) menghasilkan rancangan tahunan/semester dan rancanganpengajaran harian (RPH) dengan format yang betul(4) mengetahui penting pengurusan dan komunikasi bilik darjah(5) membezakan pengajaran mikro dan makro1
  2. 2. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIK• KERANGKA TAJUK2MerancangPengajaranmatematikSemakan kurikulumMatematik SekolahRendahMenyediakan skemakerja untuk tahunan/semester dan harianPengurusan danKomunikasi bilikdarjahPengajaran mikrodan makro
  3. 3. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKUNIT 1 Semakan kurikulum Matematik Sekolah Rendah1.1 PENGENALANSebagai seorang guru matematik, anda mesti mengetahui dan memahamikurikulum matematik sekolah rendah sebelum merancang pengajaran. Kurikulummatematik merupakan panduan rasmi yang mesti diikuti oleh semua gurumatematik. Kurikulum matematik digubal oleh Bahagian PembangunanKurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dengan objektif-objektif yangtertentu. Matlamat Kurikulum matematik sekolah rendah adalah untuk membinapemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan,memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan dan bolehmengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan danbertanggungjawab dalam kehidupan seharian.3Aktiviti 1.1Dapatkan Kurikulum dan Huraian Sukatan Matematik Sekolah Rendahtahun Satu hingga tahun 6. Sediakan skop dan urutan tajuk matematiksekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6
  4. 4. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKUNIT 2 Menyediakan Skema Kerja untuk Tahunan/Semester danRancangan Pengajaran Harian2.1 PENGENALANSebelum sesuatu pengajaran matematik dapat dilaksanakan secaraberkesan guru perlu merancang dan menyediakan skema kerja untuk satutahun atau satu semester. Berdasarkan skema kerja tahunan/ semester,guru merancang dan menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH).2.2 RANCANGAN TAHUNAN/SEMESTERRancangan tahunan/ semester ialah dokumen bercetak yang disediakanoleh guru atau panitia matematik sekolah berdasarkan kurikulummatematik bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.Rancangan tahunan/ semester perlu menunjukkan agihan tajuk mengikutminggu.2.3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen yang pentingbagi seseorang guru. RPH adalah langkah-langkah kerja yang perludilaksanakan oleh seorang guru dikelas bagi mencapai hasilpembelajaran yang ditetap. RPH sepatutnya mengandungi apa yang guruakan buat, bagaimana untuk melaksanakannya dan jangkaan apayangpelajar akan laksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.RPH ditulis berdasarkan format tentu. Perkara-perkara berikut perlu adadalam RPH:1. Tajuk2. Hasil Pembelajaran3. Pengetahuan sedia ada4. Bahan bantu mengajar5. Set induksi6. Perkembangan isi pelajaran7. Penilaian8. Penutup4Aktiviti 2.1Kumpulkan rancangan tahunan matematik di sekolah anda daritahun 1 hingga tahun 6. Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpandalam folio
  5. 5. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIK2.4 Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh gurusemasa menyediakan RPH. Perkara-perkara tersebut ialah:1. Hasil pembelajaran2. peruntukan masa3. pengetahuan sedia ada murid4. saiz kelas5. bahan bantu mengajar6. tahap keupayan murid7. kemahiran berfikir dan nilai murni8. pendekatan pengajaranContoh RPH:Rancangan Mengajar HarianBerdasarkanPENDEKATAN INKUIRI PENEMUANTopik Ukuran PanjangKemahiran Memahami hubungkait antara unit ukuranpanjangTahun 4Masa 1 jamA. Hasil PembelajaranSelepas aktiviti pembelajaran murid boleh:1. Menyatakan hubungkait antara unit:i. Meter(m) dan sentimeter(cm)ii. Sentimeter(cm) dan milimeter(mm)B. BBM : Pembaris meter, pembaris sentimeter(30 sentimeter & 300milimeter), LCD, LaptopC. Kaedah : Inkuiri penemuanD. Aktiviti : Mengukur benda maujud di dalam kelas menggunakan pembarisE. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui unit mater dansentimater.5Aktiviti 2.2Sediakan nota ringkas tentang kepentingan rancangan pengajaranharian kepada guru. Simpan nota anda dalam folio.
  6. 6. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKSet Induksi (5 minit) :1. Guru menyoal murid tentang apakah alat tulis yang mereka bawa.(Soalan secara mencapah, murid menyatakan beberapa alat tulisseperti pembaris, pensil, pemadam dan sebagainya)2. Guru meminta murid melihat dan menyatakan apakah yang merekadapat perhatikan pada pembaris yang mereka miliki.3. Guru membimbing murid untuk fokus kepada huruf cm dan mm yangterdapat pada pembaris mereka dan apakah hubungkaitnya dengankegunaan pembaris tersebut.PerkembanganLangkah 1 (20 minit) Tahap Konkrit1. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan kecil (4-5 orang satukumpulan)2. Murid mengenal pasti benda maujud yang hendak diukur (ukuranpanjang meja, ukuran lebar buku teks, ukuran panjang pemadampapan tulis, dan lain – lain)3. Edarkan pembaris meter , pembaris sentimeter dan pembarismilimeter kepada setiap kumpulan. Kertas kosong untukmerekodkan bacaan hasil ukuran yang diperolehi.Contoh rekod murid:Kumpulan Meter (m)Sentimeter(cm)Milimeter(mm)6
  7. 7. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKPemadampapan tulis9 90Panjang meja 1 1004. Setiap kumpulan mengukur panjang setiap objek yang telahmereka kenal pasti dalam kumpulan masing-masing danmerekodkan bacaan ukuran objek yang mereka perolehi dalam unityang berasingan.Langkah 2 (10 minit) Tahap Semi Konkrit5. Setiap kumpulan membentangkan hasil ukuran yang diperolehi dihadapan kelas dengan unit ukuran yang mereka gunakan.6. Murid membandingkan hasil ukuran dalam unit yang berbeza padabenda maujud yang sama.7. Murid mendapati hasil ukuran pada benda maujud yang samamempunyai nombor dan unit yang berbeza.Langkah 3 (10 minit) Tahap abstrak1. Guru memberi penerangan tentang hubungkait antara unit ukuranpanjang yang digunakan dalam pengukuran. Contoh : Ukuran mejamurid 1 meter = 100cm, ukuran pemadam papan tulis 7cm =70mm. Unit dan nombor berbeza tetapi nilai ukuran panjang adalahsama. Guru memberi contoh – contoh yang berkaitan.PenilaianLangkah 4 (10 minit) Tahap abstrak1. Murid diberi lembaran kerja dan menyelesaikan secara individu.2. Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga bentuk aras kecerdasan7
  8. 8. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKiaitu cerdik, sederhana dan lemah.3. Guru menyemak jawapan lembaran kerja yang diperolehi daripadamurid.Penutup1. Guru menayangkan video lagu bertajuk unit ukuran panjang. Gurumembimbing murid menyanyikan lagu yang ditayangkan.2. Rumusan isi pelajaran daripada murid dengan bimbingan guru,guru menegaskan 1 m = 100 cm dan 1 cm = 10 mm.Contoh latihan yang disediakan oleh guru bagi pelbagai tahap kebolehan murid.Kumpulan cerdas :Selesaikan :1. 4.5 m = ______ cm2. 0.8 m = ______ cm3. 6 m = ______ cm4. 65 cm = ______ m5. 120 cm=______m6. 12 cm =_______mm7. 45 cm =_______mm8. 68 mm=_______cm9. 108 mm=______cm10.70 mm = _______cm8
  9. 9. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKKumpulan sederhana :Selesaikan :1. 5 m = ________cm2. 12 m=_______cm3. 180 cm=_______m4. 56 cm= _______m5. 18 cm=______mm6. 26 cm=______mm7. 80 mm=______cm8. 50 mm=______cmKumpulan lemah :Selesaikan :1. 2 cm = ______mm2. 20 mm = _____cm3. 3 m = ______cm4. 100 cm = _____m9Aktiviti 2.3Pilih satu topik matematik sekolah rendah dan sediakan satu RPH untuksatu jam pengajaran. RPH mestilah mengikut format yang telahditetapkan dan mengambil kira perkara-perkara di atas. Simpan RPHdalam folio.
  10. 10. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKUNIT 3 PENGURUSAN DAN KOMUNIKASI BILIK DARJAH3.1 PENGENALANPengurusan dan komunikasi bilik darjah merupakan satu aspek yangpenting ke arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaranyang berkesan.3.2 PENGURUSAN BILIK DARJAHPengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengawalan displindan tingkah laku murid di dalam bilik darjah ketika proses pengajarandan pembelajaran. Tetapi ianya juga berkaitan dengan pengurusanaktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara konsisten.Bagi tujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yangkondusif, guru perlu tahu dan memahami murid dari aspek tingkahlaku,kedudukan murid dalam kelas, termasuklah nama murid. Guru perlu jugamengadakan dan menguatkuasa peraturan dalam kelas.Guru perlu mengawal masa bagi setiap aktiviti pengajaran danpembelajaran yang dirancang supaya apa yang dirancang dapatdiselesaikan dalam masa yang ditetapkan secara berkesan. Walaupunbegitu guru perlu bersikap fleksible dalam mengurus aktiviti pengajarandan pembelajaran mengikut keupayan murid untuk belajar.10Aktiviti 3.1Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan kelasmatematik yang kondusif. Kongsikan dapatan anda dengan rakansekelas dan simpan dalam folio.
  11. 11. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIK3.3 KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAHKomunikasi adalah aspek yang penting dalam pengajaran danpembelajaran matematik. Komunikasi juga merupakan satu cara untukguru dan murid berkongsi idea dan menjelaskan konsep matematik.Proses komunikasi membantu murid membina kefahaman konsep yangbermakna. Komunikasi yang berkesan boleh membantu muridmeningkatkan kemahiran berfikir.Guru perlu menggalakan murid berbincang tentang idea-idea matematiksupaya murid dapat meneroka konsep-konsep matematik dari pelbagaiperspektif. Keadaan ini akan meningkatkan lagi pembentukan pemikiranmatematik dalam minda murid.Ketika membuat RPH guru perlu merancang aktiviti-aktiviti yangmenggalakan murid-murid berkomunikasi sesama mereka dan guru.Aktiviti-aktiviti seperti pembelajaran koperatif, pembentangan hasil kerjadan projek amat bersesuaian bagi meningkatkan komunkasi di dalambilik darjah.UNIT 4 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO4.1 PENGENALANPengajaran mikro dan makro merupakan satu kaedah dalam latihanmengajar kepada calon guru bukan dalam kelas sebenar.4.2 PENGAJARAN MIKROObjektif utama pengajaran mikro adalah untuk menyediakan bakal gurudengan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Sesi pengajaran mikrodijalankan dalam kumpulan murid yang kecil 4 hingga 5 orang. Masapengajaran mikro adalah antara 10-15 minit. Kemahiran penyampaian11Aktiviti 3.2Rancangkan satu aktiviti matematik yang sesuai dijalankan dalambilik darjah di mana melibatkan komunikasi antara murid dan muridserta murid dan guru.
  12. 12. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKpula difokuskan kepada satu aspek sahaja seperti set induksi, satulangkah aktiviti pengembangan atau penutup.Selepas sesi pengajaran mikro, bakal guru perlu membuat refleksiterhadap pengajaran mereka. Refleksi ini bertujuan menambah baikpengajaran mereka dari semua aspek perancangan dan perlaksanaanpengajaran dan pembelajaran.4.3 PENGAJARAN MAKROPengajaran makro mempunyai objektif yang sama dengan pengajaranmikro, tetapi dalam situasi berbeza. Pengajaran makro merupakan sesipengajaran sebenar tetapi dikalangan rakan sebaya dan bukan dalamsuasana bilik darjah sebenar. Pengajaran mikro melibat bilangan muridyang ramai dan masa mengikut kelas sebenar.12Aktiviti 4.1Kumpulkan maklumat tentang kepentingan pengajaran mikro dan makro.Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, banding bezapengajaran mikro dan makro.
  13. 13. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKTAJUK 2 PENGETAHUAN PENGAJARAN MATEMATIK• SINOPSISTajuk ini menjelaskan tentang tiga jenis pengetahuan matematik yangperlu dikuasai oleh pelajar bagi memahami konsep dan ideamatematk. Tiga jenis pengetahuan tersebut ialah pengetahuantentang ’factual’, pengetahuan tentang konsep dan pengetahuantentang prosedur atau algorithm. Tajuk ini juga membincangkanbagaimana pelajar melaksanakan matematik dan kaitannya denganketiga-tiga jenis pengetahuan tersebut.• HASIL PEMBELAJARANPada akhir modul ini, anda dijangka akan dapat:(1) menerangkan tiga jenis pengetahuan iaitu pengetahuan konsep,pengetahuan ‘factual’ dan pengetahuan prosedur.(2) menerangkan bagaimana melaksanakan matematik melalui material,perbincangan dan membuat konjektual.• KERANGKA TAJUK13
  14. 14. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKUNIT 1 PENGETAHUAN TENTANG FACTUAL1.1 PENGENALANPengetahuan factual adalah pengetahuan yang terbina secaralangsung melalui proses pembelajaran. Pengetahuan factualdikuasai oleh pelajar tanpa memahami konsep yang sebenar.Misalnya 4 X 2 = 8, pelajar memperolehi jawapan terus melalui sifirtanpa memahami konsep pendaraban.UNIT 2 PENGETAHUAN TENTANG KONSEP2.1 PENGENALAN14PengetahuanPengajaran MatematkPengetahuanMatematikMelaksanakanMatematikFactual konsep Prosedur / algorithmAktiviti 1.1Senaraikan 5 contoh pengetahuan factual dalam kelas matematiksekolah.
  15. 15. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKPengetahuan tentang konsep merupakan pengetahuan yangterbina secara langsung atau tidak langsung melalui prosespembelajaran. Pengetahuan konsep merupakan pengetahuan yangterbentuk hasil pemahaman pelajar terhadap apa yang disampaioleh guru.2.2 PERKEMBANGAN KONSEPMurid membina konsep matematik berdasarkan pengetahuan sediaada. Murid boleh mengembangkan pengetahuan atau konsepdengan sendiri melalui aktiviti yang berasaskan pengetahuan danpengalaman sedia ada. Dengan ini murid akan dapatmenggunakannya untuk mengembangkan pengetahuan konsepyang baruGuru sebagai fasilitator merupakan sumber utama bagi muridmeneroka dan mengembangkan pengetahuan konsep matematikmereka. Pengetahuan konsep matematik perlu dibina langkah demilangkah. Pengetahuan konsep yang baru dikembangkan selepaskonsep yang sebelumnya dikuasai. Contoh bagi mengembangkankonsep pendaraban, murid perlu terlebih dahulu menguasai konseppenambahan dan penolakan.UNIT 3 PENGETAHUAN TENTANG PROSEDUR/ALGORITHM3.1 PENGENALANPengetahuan tentang prosedur atau algorithm merupakan satu aspekyang sangat penting dalam proses pembelajaran matematik.Pengetahuan tentang prosedur atau algorithm melibat kemahiran untuk15Aktiviti 2.1Cari menggunakan internet artikel yang menerangkan bagaimanapengetahuan konsep matematik dikembangkan dikalangan muridsekolah rendah. Tulis ringkasan tentang artikel tersebut. Ringkasandan artikel perlulah disimpan dalam folio.
  16. 16. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKmelaksanakan matematik (doing mathematics) seperti membuatpengiraan, menyelesaikan masalah dan membuat konjektual.3.2 ALGORITHMAlgorithm adalah langkah-langkah yang dibina untuk menyelesaikanmasalah matematik secara sistematik. Terdapat dua jenis algorithm yangdigunakan dalam menyelesaikan masalah matematik terutama dalampenyelesaian masalah yang melibatkan pengiraan. Dua jenis algorithmtersebut ialah algorithm standard dan algorithm alternatif.Contoh algorithm standard:Selesaikan 21 991 + 49 889 = ?Algorithm standard bagi operasi tambah adalah seperti berikut:1 1 1 12 1 9 9 1+ 4 9 8 8 9_______7 1 8 8 0_______Algorithm alternatif bagi operasi tambah adalah seperti berikut:21991=20000 +1000 +900 + 90 +149889 =40000 +9000+ 800 +80 +9Oleh itu21991 +49889=(20000+40000)+(1000+9000)+(900+800)+(90+80)+(1+9)= 60000 + 10000 +1700 +170 +10=70000 +1870+10=70000 +188016
  17. 17. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIK=71880UNIT 4 MELAKSANAKAN MATEMATIK(DOING MATHEMATICS)4.1 PENGENALANMelaksanakan matematik bermakna murid berupaya untukmenggunakan pengetahuan matematik mereka dalam membuatpengiraan, melaksanakan operasi asas tambah, tolak darab danbahagi serta menyelesaikan masalah matematik. Penguasaanketiga-tiga pengetahuan matematik iaitu pengetahuan konsep,pengetahuan prosedur atau algorithm dan pengetahuan factualoleh murid akan membolehkan mereka melaksanakan matematiksecara berkesan.4.2 MELAKSANAKAN MATEMATIK MELALUI MATERIALMaterial atau bahan manipulatif digunakan secara meluas olehguru dan juga murid sebagai bahan sokongan dalammelaksanakan matematik. Material atau bahan manipulatifdigunakan untuk memudahkan murid mengambarkan konsep-konsep matematik yang abstrak.Contoh melaksanakan matematik melalui material ialah memahamikonsep bentuk 2-D menggunakan tangram.17Aktiviti 3.1Kumpulkan contoh-contoh algorithm standard dan algorithmalternatif bagi operasi darab dan bahagi. Kongsikan dapatan andadengan rakan sekelas anda. Simpan semua hasil dapatan dalamfolio
  18. 18. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIKBerdasarkan 7 bentuk tangram murid diminta membina bentuk-bentuk yang yang bermakna seperti berikut:18
  19. 19. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIK4.3 MELAKSANAKAN MATEMATIK MELALUI PERBINCANGAN.Kaedah perbincangan membolehkan murid bertukar ideabagaimana melaksanakan matematik secara berkesan.Perbincangan yang terancang antara murid dengan murid danmurid dengan guru akan dapat meningkatkan kefahaman muridterhadap konsep-konsep matematik. Melalui perbincangan muridakan dapat mengemukakan idea-idea atau cara bagaimanasesuatu masalah matematik dapat diselesaikan. Suasana sepertiini akan dapat membina pemikiran matematik dalam minda pelajar.Guru perlulah merancang dengan teliti soalan-soalan akan ditanyakepada murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran bagimemudah pelajar memahami dan melaksanakan matematik.Penggunaan tugasan matematk yang bermakna dan sesuaidengan tahap kebolehan pelajar akan meningkatkan lagiperbincangan di dalam kelas matematik.19Aktiviti 4.1Rancang satu aktiviti bagi membina konsep matematik yangmenggunakan bahan manipulatif.Aktiviti 4.2Cari melalui internet ciri-ciri dan contoh tugasan matematik yangbermakna.
  20. 20. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARANMATEMATIK4.4 MELAKSANAKAN MATEMATIK MELALUI KONJEKTUALMatematik merupakan sebahagian dari bidang sains. Matematikadalah sains tentang pola. Oleh itu kaedah melaksanakanmatematik adalah juga mengikut kaedah sains. Dalam bidang sainstulin sesuatu teori sains terhasil melalui experimen dimanakandapatannya boleh digeneralisasikan. Begitulah juga dalam bidangmatematik dimana teorem-teorem matematik boleh terbentukberdasarkan generalisasi terhadap sesuatu idea.Konjektual merupakan suatu generalisasi dalam matematik yangtidak perlu dibuktikan. Keupayaan murid membuat generalisasiterhadap sesuatu idea matematik akan membolehkan merekamelaksanakan matematik secara berkesan.1. Pilih satu topik matematik sekolah rendah dan sediakan satu rancanganpengajaran harian yang lengkap bagi mengajar topik tersebut bagi tempohsatu jam.2. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan strategi-strategibagi membolehkan murid menguasai fakta asas darab.20Aktiviti 4.3Kumpulkan maklumat berkaitan dengan bagaimana muridmelaksanakan matematik melalui konjektual (conjectures).LATIHAN

×