Hijrah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Hijrah

on

  • 1,200 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,200
Views on SlideShare
1,200
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
89
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Hijrah Presentation Transcript

  • 1. HIJRAH SATU UJIAN DAN PERUBAHAN MULIAOLEH :NOOR HIDAYAH BINTI GHAZALIIKLIL IZZATI BT AB GHAPAR
  • 2. MAKNA HIJRAH Berasal daripada kata kerja hajara ( ). Dari segi bahasa bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah demi memperkukuhkan kedudukan Islam dan sebagai satu strategi penyebaran Islam. Pengertian lain – Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
  • 3.  Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam seperti berikut: a. Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah. b. Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela. c. Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal. d. Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.http://saku30.tripod.com/bab5.htm
  • 4. HIJRAH RASULULLAH Hijrah Rasulullah saw dan para sahabatnya dari kota Makkah ke Yathrib, berlaku pada tahun 622M. Berlaku kerana perintah Allah swt menerusi wahyu. Firman spt: Surah al- Anfal. Tujuan : - Menyelamatkan aqidah - Meluaskan medan dakwah - Membangunkan pemerintahan berteraskan tauhid kepada Allah. Hijrah ini berakhir dengan kejayaan Rasulullah membuka kota Makkah pada tahun 630M.http://www.ustaznoramin.com/2011/11/hayati-hijrah rasulullah.html
  • 5. SABDA RASULULLAH SAW :SABDA RASULULLAH SAW : “Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia untuk mendapatkannya atau wanita untuk mengahwininya, maka hijrahnya terhenti pada tujuan hijrahnya itu”.
  • 6.  Apa yang didapati dari hijrah ialah apa yang dituju atau dimaksudkan dengan hijrah itu. Contohnya : Orang yang keluar dari penjara hawa nafsu dan dunia kerana inginkan syurga, maka pencariannya akan terhenti pada syurga. Maksud dan tujuan itu akan menghalang seseorang dari masuk ke Hadrat Allah s.w.t. Hanya satu sahaja tujuan yang benar-benar suci lagi murni, iaitu berhijrah kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya.http://alhikam0.tripod.com/hikam052.html
  • 7. RANGKUMAN HIJRAH MANUSIA1) HIJRAH JASMANI Seseorang melakukan perubahan dirinya kearah yang lebih baik, seperti bersenam, ingin memiliki pekerjaan yang baik dan sebagainya. Jasmani perlu sihat kerana ia akan memudahkan kita beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna. Contoh : - Memiliki pekerjaan yang baik supaya kita tidak mencuri disebabkan tekanan hidup. - Tukar pakaian daripada berpakaian yang kurang sempurna menutup auratnya sehingga sempurna menutup auratnya.
  • 8. 2) HIJRAH ROHANI Seseorang menghijrahkan dirinya kearah agama Allah seperti beliau mendekatkan diri ke masjid dan majlis- majlis ilmu yang sebelum ini tidak pernah dihadirinya. Jika seseorang itu dapat mengubah hatinya kearah yang baik, nescaya ia akan mempunyai perasaan cintakan Allah dan Rasulnya. Apabila mendapat ujian Allah, maka dia tabah dan tenang hatinya menghadapinya, sedikitpun ia tidak bersungut dan gelisah.http://www.ustaznoramin.com/2011/11/hayati-hijrah rasulullah.html
  • 9. ASAS-ASAS HIJRAH PADA ERA GLOBALISASI1) HIJRAH AKHLAK Keruntuhan akhlak antara punca umat Islam lemah. Umat Islam perlu berusaha berhijrah daripada tabiat buruk kepada berakhlak mulia seperti dimiliki Rasulullah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Andainya kesukaran hidup menjadi gangguan untuk mentaati Allah, maka perlu pula berusaha meningkatkan taraf hidup. Kesemua sikap buruk memerlukan kesungguhan dan azam yang tinggi untuk berubah dan kembali ke jalan yang diredai Ilahi. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya aku berhijrah kepada Tuhan-ku.” (Surah al-Ankabut, ayat 26)
  • 10. 2) HIJRAH IMAN Kita perlu mempertingkatkan iman dengan menjauhi sifat keji (mazmumah) dan mengamalkan sifat terpuji (mahmudah). Peningkatan iman juga perlu dibuat melalui banyak berfikir mengenai kejadian alam semesta, kejadian diri serta alam akhirat. Hati akan berasa takut dan gentar kepada Allah. Sembahyang adalah mikraj orang mukmin. Oleh itu, perlu dihayati secara sempurna dan diperbanyakkan sembahyang sunat. Seluruh kehidupan Muslim mesti berteraskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan hukum dalam menanggapi pelbagai persoalan hidup yang penuh cabaran dewasa ini.
  • 11. 3) HIJRAH ILMU „Ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya‟. Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang yang berpengetahuan dengan orang yang tidak berpengetahuan.” (Surah az-Zumar, ayat 9) Umat Islam boleh mencapai pelbagai kejayaan, andai konsep hijrah ilmu diamalkan iaitu terus meningkatkan ilmu ke tahap lebih tinggi dan mencapai profesional. Lemah daya fikir umat ada hubung kait dengan kelemahan menguasai ilmu dan pengetahuan. Kesannya, ramai remaja Muslim mudah terjebak dengan pelbagai unsur negatif dalam kehidupan. Hijrah mampu mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam terdahulu sehingga umat Islam hari ini disegani dan dihormati di mata dunia.
  • 12. 4) HIJRAH AMAL “Sebaik-baik amal adalah yang berkekalan biarpun sedikit.” maksud hadis Rasulullah. Ini bererti amalan sedikit yang istiqamah itu lebih baik berbanding dengan amalan yang banyak tidak istiqamah. Masa yang berlalu tidak akan kembali. Rasulullah memberi amaran melalui sabdanya bermaksud: “Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu ketika muda sebelum datangnya tua, masa lapang sebelum datangnya sibuk, masa senang sebelum datang susah, masa sihat sebelum datang sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.” Peringatan itu mendorong umatnya meningkatkan amalan kebajikan sebelum tiada lagi peluang untuk beramal, terutama apabila kedatangan ajal.
  • 13. 5) HIJRAH EKONOMI & PEMILIKAN Penglibatan dalam bidang ekonomi dan pemilikan harta wajib mematuhi garis panduan memperoleh, memanfaat dan mengagihkan harta menurut Islam. Penglibatan umat Islam dalam kegiatan ekonomi yang berteraskan riba demi mencari keuntungan berlipat kali ganda adalah diharamkan. Amalan penipuan, berbuat zalim dan mengambil hak orang lain tanpa hak adalah tidak sesuai dengan amalan ekonomi Islam. Masyarakat Islam perlu memahami ada hak zakat yang diwajibkan dan sedekah sunat daripada harta yang perlu dilunaskan. Ini bagi mengelak kerosakan yang lebih besar akibat kegiatan ekonomi yang tidak berteraskan kehendak Islam sebenar.
  • 14. 6) HIJRAH NAFSU Nafsu tidak boleh dibuang daripada diri manusia. Manusia membiak, tamadun berkembang dan bumi semarak kerana manusia memiliki nafsu. Hanya yang ditegah adalah menurut taraf rendah atau serakah yang membawa keburukan kepada manusia. Oleh itu, umat perlu berhijrah daripada nafsu amarah kepada lawwamah. Seterusnya, mulhimah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah.http://abihulwa.blogspot.com/2010/12/isu-agama-praktik- lima-asas-hijrah.html
  • 15. PENGAJARAN HIJRAH Ikhlas Mantapkan sakhsiyah Sabar Sanggup berkorban Bersungguh-sungguh Istikamah
  • 16. SEKIAN, TERIMA KASIH.