SlideShare a Scribd company logo
1 of 53
Download to read offline
KAJIAN MENGENAI TAHAP KEPUASAN PELANGGAN
DALAM KALANGAN PELAJAR TERHADAP KUALITI
MAKANAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
OLEH PIHAK KANTIN SMKA MAAHAD HAMIDIAH
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENGKAJIAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM
TAJUK :
NAMA CALON :
NOMBOR :
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN :
ALAMAT SEKOLAH :
NAMA GURU/ :
PEMERIKSA
TANDATANGAN :
GURU/PEMERIKSA
TARIKH :
MARKAH :
NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN
SMKA MAAHAD HAMIDIAH
JALAN SUNGAI RAMAL LUAR
43000 KAJANG, SELANGOR
ENCIK SHAHARUDDIN BIN ABU KASIM
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan
dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon
menandatangani borang pengakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja
projek yang dihasilkan.
Nama Calon Najwa Huda Binti Mohd Shahidin
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat PBS Calon SMKA Maahad Hamidiah Kajang, Selangor
Makluman kepada calon :
Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan
sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek
yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati meniru dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja
projek tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon :
Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek
Kajian Mengenai Kepuasan Pelanggan Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Kualiti Makanan dan
Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pihak Kantin SMKA Maahad Hamidiah tanpa bantuan mana-mana
pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Am :
Encik Shahruddin Bin Abu Kasim di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan
kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran -
_______________________________ (untuk calon persendirian individu).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Penilai
Saya mengesahkan bahawa kertas projek Kajian Mengenai Kepuasan Pelanggan Dalam Kalangan Pelajar
Terhadap Kualiti Makanan dan Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pihak Kantin SMKA Maahad
Hamidiah telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon
dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh
calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa Encik Shahruddin Bin Abu Kasim
Tarikh
Lampiran 2
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran: No. Kad Pengenalan:
Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan
Projek
Ulasan Guru Tandatangan
Guru
Tandatangan
Calon
Pemberitahuan cara menulis
PBS Pengajian Am.
21.01.2013 Guru menyemak objektif
kajian dan beberapa
cadangan diberikan.
30.01.2013 Pemberitahuan cara menulis
borang soal selidik oleh guru.
01.02.2013 Semakan dan pindaan borang
soal selidik.
18.02.2013 Semakan analisis daripada
borang soal selidik.
Lampiran 3
BRKKC
21.02.2013 Semakan analisis borang soal
selidik secara kasar bahagian
A dan B (perkhidmatan)
27.02.2013 Semakan analisis borang soal
selidik bahagian A dan B
secara menyeluruh
23.03.2013 Semakan bahagian
kepentingan makanan, nutrisi
yang diperlukan, kebersihan
yang sepatutnya diamalkan
dan kehendak pelajar
Penyerahan Kerja Projek
kepada guru.
Pengesahan Guru Mata Pelajaran:
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja
dalam penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Pengajian Am Tahun 2013 mengikut
peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru : ____________________________
Nama Guru : Encik Shaharuddin bin Abu Kassim
Tarikh : ____________________________
Cap Sekolah :
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : Najwa Huda Binti Mohd Shahidin
No. Kad Pengenalan :
Angka Giliran :
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Dimensi Penilaian Markah
Penuh
Markah
Guru/Pemeriksa
Markah
Penyelaras
1. Pengetahuan 10
2. Organisasi 10
3. Komunikasi 10
4. Gaya, Mekanik dan Dokumentasi 10
5. Cadangan Kajian 7
6. Pembentangan 8
Jumlah Markah 55
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar
Tandatangan Guru/Pemeriksa :_______________
Nama : Encik Shaharuddin bin Abu Kasim
No Kad Pengenalan :_______________________
Tarikh : ________________________________
No Telefon (sekolah) : 03 87376300
(bimbit) : _____________________
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas
adalah benar.
Tandatangan Penyelaras :________________________
Nama : ______________________________________
No. Kad Pengenalan : __________________________
Tarikh : _____________________________________
No. Telefon (sekolah) : _________________________
(bimbit) : _________________________
Lampiran 4
BMKKC
KANDUNGAN
Muka Surat
Senarai Jadual
Senarai Singkatan ii
Abstrak iii
Penghargaan iv
1. Pengenalan 1
2. Objektif Kajian 4
3. Lokasi Kajian 5
4. Kaedah Kajian 6
5. Dapatan Kajian dan Perbincangan 8
5.1 Analisis Kajian 9
5.2 Kepentingan Makanan 17
5.3 Nutrisi Yang Sesuai 19
5.4 Kebersihan Yang Sepatutnya Diamalkan 21
5.5 Kehendak Para Pelajar 23
6. Rumusan dan Cadangan 24
Lampiran
Bibliografi
SENARAI SINGKATAN
PP - Pelajar Perempuan
PL - Pelajar Lelaki
T1 - Tingkatan Satu
T2 - Tingkatan Dua
T3 - Tingkatan Tiga
T4 - Tingkatan Empat
T5 - Tingkatan Lima
T6 - Tingkatan Enam
SMKAMH - Sekolah Menengah Kebangsaan Maahad Hamidiah
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti pandangan serta pendapat pelajar-pelajar
terhadap kualiti makanan dan minuman yang disediakan, perkhidmatan yang diberikan dan
harga yang ditetapkan oleh pihak kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad
Hamidiah. Seramai 97 orang pelajar sekolah ini telah dipilih sebagai responden. Pengkaji
menggunakan empat kaedah kajian iaitu mencari bahan rujukan, temu bual, soal selidik dan
pemerhatian. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada
responden dan juga dengan menggunakan tiga lagi instrumen seperti tersebut di atas. Hasil
kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti makanan dan
perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kantin berada pada tahap memuaskan sahaja. Hal
ini dapat dilihat semasa pengendalian makanan pada waktu rehat pelajar yang tidak efisien.
Ditambah pula dengan ketiadaan wang penukaran sehingga menyebabkan pelajar terpaksa
berhutang atau mengambil baki wang selepas menghabiskan makanan mereka. Oleh itu, pihak
kantin perlu menangani masalah sebegini bagi meningkatkan taraf kualiti perkhidmatan dan
makanan yang disediakan oleh mereka.
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke
hadrat Illahi yang telah mengurniakan rahmat-Nya sehingga pengkaji dapat menjayakan
kajian ilmiah ini dengan jayanya dari awal pembikinan hingga ke noktah terakhir. Segala puji-
pujian kembali kepada-Nya.
Terlebih dahulu, pengkaji ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda
dan bonda yang memahami dan telah membantu pengkaji dari segi motivasi, kewangan dan
juga idea-idea bernas.
Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada guru matapelajaran Pengajian Am yang juga merangkap pemeriksa pengkajian ilmiah
ini iaitu Encik Shaharuddin bin Abu Kassim selaku penyelia di atas segala bimbingan,
panduan, tip-tip yang berguna serta teguran,dan nasihat yang diberikan sepanjang pengkaji
menyempurnakan tugasan ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada abang-abang pengkaji, rakan-rakan
sekelas yang turut membantu pengkaji secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menyudahkan kajian ini. Sekali lagi pengkaji panjatkan doa kesyukuran kepada-Nya, agar
segala usaha yang disumbangkan oleh semua akan diberkati oleh Allah s.w.t. di dunia dan
akhirat.
Sekian, terima kasih.
Najwa Huda Mohd Shahidin
Mac 2013
1.0 PENGENALAN
Perkhidmatan makanan sekolah iaitu kantin merupakan tempat utama di mana pelajar-pelajar
memperolehi makanan pada sesi persekolahan.
Kualiti ditakrifkan sebagai darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi dan bermutu
manakala perkhidmatan pula bermaksud perihal berkhidmat ataupun kerja. Frasa makanan
pula bermakna apa sahaja yang boleh dimakan dan diminum seperti nasi, roti, air dan lain-lain.
Kantin pula ialah tempat menjual makan dan minum di sekolah, pejabat dan lain-lain. (Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4)
Di sini dapat dirangkumkan bahawa kualiti perkhidmatan dan makanan yang
disediakan oleh pihak kantin bermaksud darjah kecemerlangan biasa yang tinggi dan bermutu
untuk perihal berkhidmat ataupun kerja dan untuk apa sahaja yang boleh dimakan dan
diminum yang disediakan oleh orang yang bertanggungjawab kepada tempat makan dan
minum di sekolah, pejabat dan lain-lain.
Apabila membincangkan tentang pemakanan kepada pelajar, kantin sekolah
memainkan peranan yang penting dalam penyediaan makanan kepada pelajar di sekolah.
Menurut Kementertian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (1989),
pembekalan perkhidmatan makanan kepada guru dan pelajar merupakan satu kewajipan
dalam setiap sekolah.
Berdasarkan kepada Garis Panduan Kantin (1989), kantin sekolah merupakan suatu
tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai pengalaman sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Melalui ini, para pelajar dapat membina pengetahuan, sikap dan
amalan tentang makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan serta tabiat-tabiat
sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan santun dan amalan-amalan disiplin yang
lain. Oleh itu, layanan yang baik perlu diberikan kepada pelajar agar mereka dapat
mempelajari beberapa budaya Malaysia yang sudah semakin tidak dihiraukan.
Dalam kehidupan manusia seharian, makanan merupakan keperluan asasi yang sangat
penting dalam kehidupan untuk memastikan kesihatan individu lebih terjamin di samping ia
memberikan tenaga kepada manusia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti (Aishah, 2003).
Dalam masa yang sama, kebersihan juga perlu diambil berat agar terhindar daripada
penyakit-penyakit yang tidak dikehendaki seperti keracunan makanan. Hal ini disokong
dengan kenyataan daripada Jamal (1998) iaitu terdapat lima jenis bahaya yang boleh berpunca
daripada makanan ialah bahaya disebabkan kuman, kurang makan dan terlebih makan,
persekitaran yang tercemar, racun atau toksin semula jadi dalam makanan dan aditif makanan.
Bahaya yang disebabkan kuman merupakan peringkat bahaya paling atas di antara kelima-
lima jenis bahaya tersebut.
Oleh itu, pihak pengusaha kantin perlu berusaha agar mereka dapat menyediakan
seperti apa yang dikehendaki oleh para pelanggan terutamanya daripada para pelajar dan guru
kerana mereka merupakan pelanggan tetap.
Kantin SMKA Maahad Hamidiah dikendalikan oleh Encik Murat bin Khairi yang
berumur 65 tahun. Meskipun segalanya disediakan dan ditentukan oleh pihak pengusaha
kantin, mereka tetap tidak mempunyai autoriti sepenuhnya dalam penentuan tersebut kerana
mereka terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani bersama pihak sekolah.
Kebiasaannya, pelajar akan menggunakan kantin semasa waktu rehat dan juga selepas
pulang dari sekolah iaitu pada jam 2.15 petang. Waktu rehat di sekolah ini terbahagi kepada
dua sesi iaitu sesi pertama pada pukul 9.30 pagi hingga 9.50 pagi untuk pelajar menengah
rendah yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sesi kedua adalah untuk
pelajar menengah atas yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 pada
pukul 10.15 pagi hingga 10.35 pagi.
1.1 LATAR BELAKANG MASALAH
Kebanyakan pengusaha kantin/kafeteria akan cuba sedaya mungkin dalam mendapatkan
tender di sesebuah institusi terutamanya institusi sekolah. Hal ini kerana pulangan hasil yang
lebih lumayan dan tetap berbanding membuka gerai. Walau bagaimanapun, kebiasaannya
perjanjian yang ditandatangani antara pihak kantin dan pihak sekolah sah bagi tempoh dua ke
tiga tahun sahaja. Namun begitu, tidak ramai daripada pengusaha kantin yang memandang
berat terhadap kepuasan pelanggan mereka terutamanya para pelajar tetapi mereka cuba untuk
melanjutkan masa perjanjian tersebut selepas tamat tempoh dengan menghantar sebut harga
kepada pihak sekolah sekali lagi.
Moto kepada Pazzda Pizza ialah ‘kepuasan hati pelanggan, kegembiraan kami’
seharusnya diguna pakai oleh semua pengusaha kantin tidak kira sekolah mana sekali pun.
Diketahui bahawa sekolah ini meletakkan agama Islam di tempat tertinggi dalam segala aspek.
Islam menyuruh umatnya makan makanan yang bersih lagi halal berdasarkan firmannya yang
bermaksud : makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal
lagi bersih. (Surah al-Nahl : 114)
Menurut Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM, Mohd Fadzli Ismail, makanan yang
suci dan bersih menjamin kesihatan yang baik. Di samping memilih makanan berzat dan
berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan soal kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat
agama. Katanya, “Islam menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang
sentiasa prihatin terhadap kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari akan melahirkan
nur keimanan dalam diri untuk turut sama menjaga kebersihan secara kesuluruhanyya,
termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan, tingkah laku dan sebagainya.”
Oleh itu, makanan bukan sahaja sekadar memenuhi keperluan manusia tetapi ia juga
merupakan salah satu alat untuk mencapai keimanan yang jitu lebih-lebih lagi bagi seorang
pelajar. Hubungan di antara Allah perlu dijaga dengan sebaik mungkin tidak kira sama ada
ketika semasa di bangku sekolah atau pada waktu lain.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Menu makanan, kebersihan dan keceriaan memainkan peranan penting dalam memuaskan
hati pelanggan yang bertandang ke kantin. Namun begitu, tidak semua pihak kantin
mengambil berat mengenai perkara ini. Lantaran itu, kajian yang dijalankan dari 17 Januari
sehingga 4 April tahun 2013 adalah diharapkan dapat :
1. Mengkaji persepsi serta pendapat pelajar sekolah ini terhadap kualiti perkhidmatan
dan makanan yang disediakan oleh pihak kantin SMKAMH
2. Mengenal pasti pandangan para pelajar terhadap harga yang ditetapkan oleh pihak
kantin SMKAMH.
3. Mengenal pasti kemahuan para pelajar dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan
makanan yang diberikan oleh pihak kantin SMKAMH.
3.0 LOKASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah.
(Sila rujuk peta yang dilampirkan).
Alamat :
SMKA Maahad Hamidiah
Jalan Sungai Ramal Luar
43 000 Kajang, Selangor.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Beberapa instrumen telah digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Dengan
menggabungkan empat cara yang berbeza, pengkaji akan memperoleh ketepatan maklumat
lebih berbanding menggunakan satu cara sahaja. Instrumen yang diguna pakai oleh pengkaji
ialah :
1. Perpustakaan
Sebuah penulisan yang bertujuan untuk mengulas isi ilmu termasuklah penemuan
kajian dan juga secara teori dan kaedah sumbangan mengenai sesuatu topik
(wikipedia). Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji dapat menjelaskan sesuatu
perkara berdasarkan teori, fakta dan juga kajian beberapa orang dengan menggunakan
beberapa bahan-bahan tambahan di Perpustakaan Negara yang terletak di Kuala
Lumpur dan juga melalui internet.
2. Temu bual
Walau bagaimanapun, temu bual tidak berstruktur, jarang digunakan dalam kajian
tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat
mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay dan Airasian, 2000). Beberapa
orang pelajar telah dipilih untuk diajukan beberapa soalan bagi mendapatkan
pandangan dan pendapat mereka terhadap kantin sekolah ini dan juga beberapa
perkara yang berkaitan dengan makanan, kebersihan dan perkhidmatan.
3. Borang Soal Selidik
Tuckman (1988), instrumen yang kerap digunakan dalam kajian kuantitatif ialan soal
selidik kerana melalui instrumen kajian ini, kerjasama daripada sampel mudah
diperolehi dan menjimatkan masa. Kaedah ini paling sesuai untuk mendapatkan
maklumat kerana segala arahan dan soalan yang diberikan dalam soal selidik adalah
piawai dan serupa kepada semua responden yang dikaji (Ian Brace, 2004). Dengan ini,
pengkaji yakin bahawa data-data yang diperolehi adalah lebih tepat. Dengan itu 100
set borang telah diedarkan kepada pelajar.
4. Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu daripada kaedah mengukur pemboleh ubah penyelidikan
(Marohaini Yusoff, 2001). Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati tingkah
laku pihak kantin berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang dikenal pasti.
Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk melihat cara layanan yang diberikan kepada
para pelajar.
4.1 PROSEDUR KAJIAN
Rajah 1 : Carta aliran proses kajian
Taklimat daripada
guru
Kenalpasti masalah
Membina soal selidik
Edaran soal selidik dan
pengumpulan data
Analisis data dan
maklumat
Mentafsir data dan
maklumat
Membuat rumusan
kajian
Kajian rambang dan
pembacaan
Pembinaan tajuk
dan skop kajian
Temu bual dan
pemerhatian
Dikukuhkan dengan
teori, fakta dan
beberapa kajian
5.0 HASIL KAJIAN
Tahap kepuasan pelanggan amat diperlukan dalam menentukan kualiti sesebuah kantin.
Pepatah Inggeris ada mengatakan ‘customer is always right’. Di sini dapat difahami bahawa
pelanggan mempunyai hak untuk bersuara terhadap apa yang telah disediakan oleh pihak
penguasaha.
Apabila seorang pelajar menapak ke kawasan sekolah, amalan pemakanannya sedikit
berubah. Ini termasuk dari segi menu hidangan yang disediakan oleh pihak kantin dan waktu
makan mereka yang bergantung kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Apa yang dimakan oleh pelajar sebelum dan selepas bermulanya sesi pembelajaran akan
memberi kesan secara tidak langsung terhadap daya tahan dan tumpuan mereka di dalam
kelas. Justeru itu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang sesuai selain daripada
menerapkan amalan pemakanan yang sihat kepada pelajar serta suasana yang kondusif agar
mereka menjadi pelajar yang lebih proaktif.
Oleh demikian, pengkaji menyediakan 100 set borang soal selidik dan mengedarkan
kesemua borang tersebut kepada pelajar secara rawak dari T1 hingga T6 untuk melihat
persepsi mereka terhadap makanan dan minuman yang disediakan, perkhidmatan yang
diberikan dan harga yang ditetapkan oleh pihak kantin. Namun begitu, pengkaji hanya
menerima 97 set borang daripada 100 set yang telah diedarkan kerana tiga daripadanya telah
dihilangkan oleh responden.
Borang soal selidik tersebut terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A yang
dimuatkan mengenai taburan latar belakang responden, Bahagian B terdiri daripada beberapa
kenyataan positif mengenai apa yang telah disediakan oleh pihak kantin dan Bahagian C pula
adalah merupakan cadangan-cadangan yang diberikan oleh responden bagi menambah baik
kualiti makanan, minuman dan perkhidmatan kantin SMKAMH.
Sebagai tambahan, pengkaji telah menemubual beberapa orang pelajar untuk
mendapatkan pendapat mereka terhadap beberapa perkara iaitu kepentingan makanan kepada
mereka, nutrisi yang sesuai bagi seorang pelajar serta kebersihan yang sepatutnya diamalkan
oleh pihak kantin. Pengkaji juga turut meneliti kemahuan para pelajar terhadap makanan dan
dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan makanan yang disediakan oleh pihak kantin.
5.1 ANALISIS KAJIAN
5.1.1 Analisis Bahagian A
Untuk bahagian ini, pengkaji membahagikan lagi kepada dua bahagian iaitu taburan
responden berdasarkan umur mereka dan satu lagi ialah taburan responden berdasarkan
jantina.
5.1.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Umur
Peringkat Umur (tahun) Frekuensi (orang) Peratusan (%)
13 – 15
16 – 17
18 – 20
45
30
22
46.39
30.93
22.68
Jumlah 97 100.00
Jadual 1 : Taburan Responden Berdasarkan Umur
Jadual 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Daripada 97 orang responden
yang mengambil bahagian dalam kajian ini, didapati bahawa responden yang berumur di
antara 13 hingga 15 tahun merupakan kelompok majoriti dalam kajian ini dengan bilangannya
seramai 45 orang (46.39%). Seterusnya diikuti dengan responden yang berumur antara 16
hingga 17 tahun iaitu seramai 30 orang (30.93%) dan disusuli kelompok responden yang
paling sedikit dalam kajian ini ialah mereka yang berumur di antara 18 hingga 20 tahun iaitu
seramai 22 orang (22.68%) dan mereka ini terdiri daripada pelajar tingkatan 6 atas sahaja.
5.1.1.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Peringkat Umur (tahun)
Frekuensi (orang)
Perempuan Lelaki
13 – 15
16 – 17
18 – 20
27
17
10
18
13
12
Jumlah 54 43
Peratusan (%) 55.67 44.33
Jadual 2 : Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Dari aspek jantina, didapati
bahawa 54 orang (55.67%) daripada responden ialah perempuan. Analisis menunjukkan
bahawa responden perempuan dalam kelompok umur 13 hingga 15 tahun ialah seramai 27
orang. Seterusnya, pelajar perempuan dalam peringkat umur 16 hingga 17 tahun ialah 17
orang dan 10 orang dalam kelompok umur 18 hingga 20 tahun.
Analisis dari jadual 2 juga menunjukkan bahawa responden lelaki berjumlah 43 orang
(44.33%) daripada jumlah keseluruhan responden. Responden lelaki daripada kelompok umur
13 hingga 15 tahun berjumlah 18 orang manakala daripada umur 16 hingga 17 tahun pula
seramai 13 orang dan 12 orang daripada jumlah responden lelaki mewakili kelompok mereka
yang berumur 18 hingga 20 tahun.
5.1.2 Analisis Bahagian B
Untuk mengetahui maklumat mengenai pandangan dan pendapat pelajar-pelajar SMKA
Mahaad Hamidiah terhadap perkhidmatan, makanan dan minuman, pengkaji membahagikan
persetujuan resopenden kepada empat tahap iaitu sangat setuju (SS), setuju (S), tidak setuju
(TS) dan sangat tidak setuju (STS).
Pengkaji juga mengklasifikasikan kajian ini kepada tiga aspek iaitu dari segi
perkhidmatan yang diberikan, pengkaji letakkan dari soalan 1 hingga 9, makanan dan
minuman yang disajikan ditempatkan dari soalan 10 hingga soalan 17 manakala harga yang
ditetapkan pula dari soalan 18 hingga soalan 22.
5.1.2.1 Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan
Analisis kajian mendapati bahawa kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kantin
berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila lebih separuh
iaitu 51.34% di kalangan responden tidak bersetuju dengan kenyataan positif yang telah
dinyatakan. (Lihat jadual 2)
Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan
Bil. Item-item Soal Selidik
Jawapan
SETUJU (S) TIDAK SETUJU (TS)
1 (SS) 2 (S) 3 (TS) 4 (STS)
f % f % F % f %
1 Susun atur kerusi dan meja yang
sedia ada di kantin sesuai dengan
kondisi dan bilangan pelajar.
13 13.4 25 25.8 38 39.2 21 21.6
39.2 % 60.8 %
2 Susun atur kerusi dan meja yang
terdapat di kantin ini kemas dan
teratur.
20 20.6 42 43.3 26 26.8 14 14.4
63.9 % 41.2 %
3 Kantin sekolah ini sentiasa berada
dalam keadaan ceria.
12 12.4 29 29.9 43 44.3 13 13.4
42.3 % 57.7 %
4 Pekerja-pekerja melayan pelanggan
dengan ramah dan sopan.
13 13.4 33 34.0 30 30.9 21 21.6
47.4 % 52.5 %
5 Masa yang diambil untuk anda
dapatkan perkhidmatan (layanan)
mereka pada waktu rehat dan pada
waktu-waktu lain sangat cepat.
11 11.3 37 38.1 28 28.9 22 22.7
49.4 % 51.6 %
6 Kaunter jualan untuk pelajar lelaki
dan perempuan mesra pelanggan.
11 11.3 36 37.1 37 38.1 13 13.4
48.4 % 51.5 %
7 Kaunter pembayaran yang sedia
ada memudahkan urusan
pembayaran pelanggan.
6 6.2 30 30.9 41 42.3 20 20.6
37.1 % 62.9 %
8 Bilangan pelajar kantin ini sentiasa
mencukupi dan cekap.
8 8.3 36 37.1 37 38.1 16 16.5
45.4 % 54.6 %
9 Pekerja-pekerja kantin sentiasa
berketerampilan kemas dan bersih.
6 6.2 32 33.0 45 46.4 14 14.4
39.2 % 60.8 %
10 Komunikasi dan bahasa yang
digunakan sangat baik dan mudah
difahami.
16 16.5 44 45.4 27 27.8 10 10.3
61.9 % 38.1 %
Jumlah Keseluruhan Peratusan 47.42 % 51.34 %
Jadual 2 : Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan
Kenyataan nombor satu adalah mengenai susunan kerusi dan meja. Responden
merasakan bahawa susun atur yang sedia ada tidak sesuai dengan kondisi serta bilangan para
pelajar. 60.8% daripada responden tidak bersetuju dengan kenyataan di nombor satu dan
selebihnya (39.2%) bersetuju. Selain itu, kekemasan susun atur kerusi dan meja pula
diperakui oleh responden dengan 63.9% yang bersetuju dan hanya 41.2% sahaja yang tidak
bersetuju.
Dari sudut keceriaan kantin pula, seramai 42.3% bersetuju dan 57.7% pula tidak
bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa kantin sekolah ini belum lagi mencapai tahap ceria
tetapi telah berada dalam keadaan ceria. Dalam masa yang sama pekerja-pekerja kantin ini
melayan pelanggan dengan kurang ramah dan kurang sopan. Kenyataan ini menjadi kukuh
apabila 52.5% responden tidak merasakan bahawa mereka dilayan dengan ramah dan sopan.
Namun begitu, 47.4% lagi bersetuju dengan kenyataan di nombor 4.
51.6% responden merasakan mereka perlu menunggu lama untuk mendapatkan
layanan daripada pekerja kantin pada waktu rehat dan waktu-waktu lain. 49.4% lagi
merasakan sebaliknya. Kaunter jualan bagi pelajar sangat mesra pelanggan dan kenyataan ini
ditolak oleh 51.5% responden dan 48.4% lagi bersetuju.
Seterusnya kaunter pembayaran yang sedia ada tidak memudahkan urusan pembayaran
pelanggan malah melambatkan proses pembayaran dengan kelambatan dalam pemulangan
baki. Hal ini disokong oleh 62.9% responden. Sebanyak 37.1% responden lagi tidak
merasakan sedemikian. Oleh itu mereka bersetuju dengan kenyataan yang tercatat pada
nombor 7. Bilangan pekerja kantin sentiasa mencukupi dan cekap telah dibangkang oleh
54.6% responden tetapi baki dari keseluruhan responden iaitu 45.4% mempersetujuinya.
Nombor 9 pula mengenai pekerja-pekerja. Mereka sentiasa berketerampilan kemas
dan bersih. Kenyataan ini dipersetujui oleh 39.2% responden dan 60.8% responden tidak
bersetuju kerana sememangnya pekerja-pekerja di kantin ini boleh dikategorikan sebagai
selekeh terutamanya tukang masak. Walau bagaimanapun, komunikasi dan bahasa yang
digunakan sangat baik dan mudah difahami meskipun menggunakan dialek Indonesia.
Seramai 60 orang responden (61.9%) bersetuju dan selebihnya (38.1%) tidak bersetuju.
Oleh itu, dapat dirumuskan di sini bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap
perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kantin ialah memuaskan. Pihak kantin perlu
berusaha dengan lebih gigih lagi dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.
5.1.2.2 Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Makanan dan Minuman
Melalui jadual 3 dapat dilihat bahawa lebih daripada separuh daripada responden berpuas hati
terhadap kualiti makanan dan minuman yang disajikan kepada mereka di kantin. Analisis
menunjukkan kira-kira 54.64 % daripada 100 % yang bersetuju dengan kenyataan yang
diberikan dalam item soal selidik dari soalan 11 hingga 17.
Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Makanan dan Minuman
Bil. Item-item Soal Selidik
Jawapan
SETUJU (S) TIDAK SETUJU (TS)
1 (SS) 2 (S) 3 (TS) 4 (STS)
f % f % F % f %
11 Makanan dan minuman yang
disediakan pada waktu rehat
mencukupi.
29 29.9 43 44.3 19 19.6 6 6.2
74.2 % 25.8 %
12 Makanan dan minuman yang
disediakan berada dalam kondisi
yang terjamin kebersihannya.
18 18.6 50 51.5 22 22.7 7 7.2
70.1 % 29.9 %
13 Dapur kantin berada dalam
keadaan bersih dan kemas setiap
masa.
16 16.5 34 35.1 35 36.1 12 12.4
51.6 % 48.5 %
14 Pekerja-pekerja sentiasa
mementingkan serta menitik
beratkan kebersihan dalam
menyediakan sajian.
9 9.3 40 41.2 46 47.4 2 2.1
50.5 % 49.5 %
15 Nutrisi dalam setiap sajian sangat
sesuai untuk pelajar.
8 8.2 42 43.3 39 40.2 7 7.2
51.5 % 47.4%
16 Makanan dan minuman yang
disediakan bersesuaian dengan
selera.
19 19.6 43 44.3 27 27.8 8 8.2
63.9 % 36.0 %
17 Anda tidak perlu menunggu lama
bagi mendapatkan pesanan.
8 8.2 12 12.4 35 36.1 42 43.3
20.6 % 79.4 %
Jumlah Keseluruhan Peratusan 54.64 % 45.21 %
Jadual 3 : Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Makanan dan Minuman
Berdasarkan peratusan responden yang bersetuju (74.2%) lebih tinggi berbanding
responden yang tidak setuju (25.8%) maka kenyataan bahawa makanan dan minuman yang
disediakan pada waktu rehat mencukupi tidak dapat disangkal lagi. Seterusya ialah kenyataan
nombor 12 iaitu makanan dan minuman yang disediakan berada dalam kondisi yang terjamin
kebersihannya juga tidak dapat disangkal apabila seramai 70.1% responden dan hanya 29.9%
sahaja yang tidak bersetuju.
51.6% responden merasakan bahawa dapur kantin berada dalam kemas dan bersih
pada setiap masa meskipun dapur itu tidak berada dalam keadaan yang sedemikian rupa. Hal
ini berdasarkan pemerhatian pengkaji serta beberapa orang pelajar Namun hanya 48.5%
sahaja yang tidak bersetuju bahawa dapur kantin sekolah ini bersih dan kemas setiap masa.
Bagi item nombor 14 ialah para pekerja sentiasa menitikberatkan kebersihan dalam
menyediakan makanan. 50.5% daripada responden bersetuju dan selebihnya (49.5%) tidak
bersetuju. Hal ini juga menjadi satu kemusykilan bagi pengkaji kerana jika diteliti kembali,
para pekerja kantin ini tidak menitik beratkan soal kebersihan dalam setiap sajian mereka
kerana mereka tidak menggunakan sarung tangan semasa membuat burger. (Rujuk Gambar 1
pada lampiran).
Seramai 51.5% responden bersetuju bahawa nutrisi dalam setiap sajian sangat sesuai
dengan para pelajar tetapi 47.4% lagi tidak bersetuju. Seterusnya adalah dari segi selera
pelanggan. Majoriti daripada responden (63.9%) bersetuju dan selebihnya (36.0%) merasakan
menu yang disediakan tidak bersesuaian dengan selera mereka.
Walau bagaiamanapun, sebanyak 79.4% responden berpendapat bahawa mereka perlu
menunggu lama bagi mendapatkan pesanan mereka. 20.6% lagi bersetuju dengan kenyataan
di nombor 17. Konklusinya, responden berpuas hati dengan kualiti makanan dan minuman
yang disajikan kepada mereka meskipun berdasarkan pemerhatian pengkaji, pihak kantin ini
perlu mempertingkatkan lagi tahap kebersihan mereka.
5.1.2.3 Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Harga
Dalam perkara ini, pengkaji berasa hairan apabila pihak sekolah meluluskan harga yang
diletakkan oleh pihak kantin semasa kontrak ditandatangani. Analisis menunjukkan bahawa
harga yang ditetapkan kurang sesuai dengan status seorang pelajar seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 4. Contohnya, harga bagi dua ketul kuih ialah RM 1.00. Oleh itu hampir ¾
daripada kalangan pelajar bersetuju agar harga makanan dan minuman diturunkan.
Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Harga
Bil. Item-item Soal Selidik
Jawapan
SETUJU (S) TIDAK SETUJU (TS)
1 (SS) 2 (S) 3 (TS) 4 (STS)
f % f % f % f %
18 Harga bagi setiap menu yang
disediakan sangat berpatutan.
28 28.9 15 15.5 33 34.0 21 21.6
44.4 % 55.6 %
19 Harga makanan dan minuman
sering berubah.
10 10.3 21 21.6 41 42.3 25 25.8
31.9 % 68.1%
20 Harga yang telah ditetapkan
bersesuaian dan berpatutan dengan
kuantiti dan kualiti sajian yang
dijual.
18 18.6 32 33.0 34 35.1 13 13.4
51.6 % 48.5 %
21 Harga makanan dan minuman di
kantin tidak perlu diturunkan.
15 15.5 6 6.2 27 27.8 49 50.5
21.7 % 78.3 %
22 Anda berpuas hati terhadap
perkhidmatan, makanan dan
minuman yang disediakan oleh
pihak kantin.
8 8.2 36 37.1 35 36.1 18 18.6
45.3 % 54.7 %
Jumlah Keseluruhan Peratusan 38.97 % 61.03 %
Jadual 4 : Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Harga
Analisis daripada jadual 4 menunjukkan bahawa item pada nombor 18 iaitu harga bagi
setiap menu yang disediakan sangat tidak berpatutan. Perkara ini dipersetujui oleh 55.6% dan
44.4% lagi tidak bersetuju. Namun begitu, harga di kantin ini adalah tetap dan tidak akan
berubah selagi tidak mendapat persetujuan dari pihak sekolah. Hal ini kerana pihak kantin
telah terikat dengan kontrak yang dipersetujui dengan pihak sekolah. Seramai 31.9%
responden merasakan harga di kantin adalah tetap dan 68.1% lagi merasakan harga di kantin
ini sering berubah.
Dari sudut harga yang telah ditetapkan bersesuaian dan berpatutan dengan kuantiti dan
kualiti sajian yang dijual pula, 51.6% responden mempersetujinya dan 48.5% tidak bersetuju.
Seterusnya, harga makanan dan minuman di kantin ini tidak perlu diturunkan. Kenyataan ini
hanya disokong oleh 21.7% responden dan 78.3% responden yang lain membangkang. Akhir
sekali ialah mengenai tahap kepuasan mereka terhadap kesuluruhan perkhidmatan, makanan
dan minuman yang disediakan oleh pihak kantin. 45.3% bersetuju dan 54.7% lagi tidak
bersetuju.
Oleh yang demikian, dapat dirangkumkan bahawa harga yang ditawarkan berada
dalam tahap yang memuaskan. Gabungan daripada peratusan ketiga-tiga aspek ini iaitu
perkhidmatan (47.42%), makanan dan minuman (54.64%) serta harga yang ditawarkan
(38.97%), maka jelas menunjukkan pengusaha kantin SMKA Maahad Hamidiah perlu
melakukan pelbagai pembaharuan dan perubahan bagi meningkatkan lagi kualiti
perkhidmatan, kebersihan, kekemasan, makanan dan minuman kantin ini. Walau
bagaimanapun, majoriti daripada responden berpuas hati terhadap makanan yang disediakan.
5.2 KEPENTINGAN MAKANAN
Perkataan makanan tidak hanya berfokus kepada makanan semata-mata tetapi ia turut
merangkumi minuman. Makanan dikatakan sangat penting bagi kelangsungan hidup
seseorang manusia. Menurut Asmak Ab. Rahman (2009), makanan merupakan keperluan asas
manusia untuk hidup. Oleh itu, setiap orang perlu mendapat makanan yang mencukupi untuk
meneruskan kehidupannya. Ketiadaan bekalan makanan, ataupun ketidakmampuan untuk
memperoleh makanan yang diperlukan untuk hidup, boleh membawa pelbagai masalah seperti
penyakit, kematian dan sebagainya.
Berdasarkan analisis soal selidik di atas, didapati bahawa kantin SMKAMH berjaya
menjalankan tanggungjawabnya dalam menyediakan juadah bagi keperluan pelajar dan guru
semasa berada di sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang perlu diperbaiki
oleh pihak sekolah dan bukannya pihak kantin iaitu dengan mengubah peraturan tidak
membenarkan pelajar membeli makanan sewaktu awal pagi di kantin kepada dibenarkan.
Berdasarkan sesi temu bual bersama responden, pengkaji mendapati bahawa
responden mahukan agar pihak sekolah membenarkan para pelajar untuk membeli makanan di
kantin pada waktu pagi sebelum proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) berjalan. Hal ini
kerana terdapat beberapa pelajar yang tidak sempat untuk bersarapan di rumah sedangkan
pengambilan sarapan pagi sangat penting dalam membekalkan tenaga kepada pelajar.
Perkara ini sejajar dengan kajian daripada Yuksel (2005), Menurut Yuksel
dianggarkan seramai 825 juta manusia di seluruh dunia tidak dapat memperoleh makanan
yang mencukupi untuk kehidupan yang sihat dan produktif. Kelaparan membawa kepada
banyak kesan seperti terdedah kepada penyakit dan kematian, perkembangan otak yang
terbatas, dan produktiviti yang rendah dalam kalangan generasi akan datang.
Namun begitu, didapati pihak sekolah tidak membenarkan pelajar membeli makanan
sewaktu awal pagi iaitu ketika sesi persekolahan belum bermula. Seharusnya, pihak sekolah
perlu lebih prihatin terhadap pelajar yang tidak sempat mengambil sarapan pagi dengan
membenarkan mereka membeli makanan di kantin sebelum sesi persekolahan dimulakan.
Berdasarkan kajian pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei, mereka yang kerap
mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai
prestasi mental yang lebih baik. Menurut Simeon dan MacGregor (1989) dalam Bowker
(1999) menyatakan bahawa tidak mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan prestasi
pembelajaran yang lemah di sekolah.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pengambilan makanan pada waktu pagi dan rehat
sangat penting bagi memastikan pembelajaran yang lebih berkesan dan efisien bagi seorang
pelajar. Otak perlu berada dalam keadaan segar dan anggota badan yang lain perlu berada
dalam keadaan selesa bagi meneruskan pembelajaran tanpa sebarang komplikasi. Hal ini
bukan sahaja baik bagi pelajar malah memberi kesan kepada prestasi akademik sekolah.
5.3 NUTRISI YANG SESUAI
Kecemerlangan pelajar bukan sahaja dipengaruhi cara pembelajarannya tetapi dari segi
pemakanan juga perlu diambil kira. Terdapat beberapa makanan yang tidak bersesuaian bagi
seorang pelajar kerana akan menyebabkan apa yang telah dipelajari hilang dari minda seperti
penggunaan Monosodium Glutamate (MSG) dalam masakan. Rata-rata pelajar gemar
mengambil makanan segera seperti Maggi dan Bubur Knorr segera, terutamanya pelajar yang
tinggal di asrama kerana lebih mudah, cepat dan sedap sedangkan bahan dalam makanan
tersebut tidak baik untuk otak.
Menurut Hamidah Noor (2006), status nutrisi dan kesihatan memberikan pengaruh
yang kuat terhadap kebolehan kognitif dan psikomotor pelajar. Namun demikian, amalan
pemakanan yang sihat di kalangan pelajar masih kurang diaplikasi. Hal ini turut berlaku di
kantin SMKAMH apabila penyediaan makanan yang terdapat di kantin kadangkala
meragukan pelajar bahawa sama ada ia berkhasiat atau sekadar untuk dimakan semata-mata.
Responden mengatakan bahawa mereka tidak ada sebarang pilihan untuk memilih
makanan. Mahu atau tidak, mereka tetap perlu mengisi perut mereka. Mereka juga
mengatakan bahawa kadangkala timbul persoalan di benak fikiran mereka sama ada makanan
yang disajikan itu berkhasiat atau tidak contohnya makanan bersup yang dijual tidak
mempunyai sebarang perasa. Ada juga yang memperkaui bahawa nutrisi itu sangat penting
untuk seorang pelajar tetapi baginya, pihak kantin adalah merupakan pihak yang perlu tahu
mengenai perihal ini.
Pihak kantin seharusnya menyediakan nutrisi yang seimbang kerana mereka sudah
sedia maklum bahawa mereka menyediakan makanan buat pelajar. Pemakananan untuk
pelajar perlu diteliti dan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil mudah tentang
itu terutamanya penggunaan MSG dalam masakan mereka.
Terdapat 10 jenis makanan yang wajib ada di kantin. Makanan tersebut ialah ikan
salmon, telur, mentega kacang, gandum murni, oat, beri, kekacang, sayuran berwarna, susu
dan yogurt serta daging lembu tanpa lemak. Makanan ini akan dapat memberi banyak
kelebihan kepada pelajar selain daripada meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi serta
meransang pertumbuhan sel-sel otak.
Penyediaan nutrisi yang terbaik buat pelajar dapat menjana nama baik sekolah apabila
pelajar-pelajar memperoleh markah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Hal ini dapat dilihat melalui kajian Rosso (1999) yang mengatakan bahawa tahap kesihatan
dan nutrisi yang rendah di kalangan pelajar sekolah menyumbang kepada sistem pendidikan
yang tidak efisien.
Namun begitu, meskipun terdapat beberapa kekangan dalam nutrisi makanan di kantin
ini, para pelajar tetap berpuas hati dengan makanan yang disajikan buat mereka. Rata-rata
pelajar terutamanya pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 tidak begitu ambil pusing mengenai
kepentingan nutrisi dalam setiap makanan yang diambil oleh mereka.
Konklusinya, menjadi kewajipan kepada pihak kantin untuk menyediakan nutrtisi
yang seimbang dalam setiap sajian mereka. Namun begitu, para responden berpuas hati
dengan makanan yang disediakan oleh pihak kantin kepada mereka kerana mereka tidak
mengambil pusing aspek kepentingan nutrisi asalkan makanan itu sedap dan boleh dimakan.
5.4 KEBERSIHAN YANG SEPATUTNYA DIAMALKAN
Rasulullah pernah bersabda, “kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Oleh itu,
kebersihan merupakan aspek utama dalam segala perkara terutamanya makanan. Imej
perniagaan perkhidmatan makanan bergantung sebahagian besarnya kepada kebersihan
kawasan premis makan. Kebanyakan kantin tidak mempunyai dinding atau pagar yang dapat
menghindarkan haiwan daripada berkeliaran dalam kawasan makan. Kadangkala kucing
didapati memanjat ke atas meja dan kerusi. Gejala ini tidak harus berlaku kerana haiwan
adalah pembawa bakteria dan boleh menyebabkan pencemaran makanan (Dudley, 1988).
Pekerja kantin mesti menjauhi pemakaian barang-barang kemas, jam, pin atau
sebarang perhiasan badan atau dibawa ke kawasan-kawasan pengendalian makanan kerana
boleh mengancam keselamatan makanan sekiranya barangan tersebut termasuk ke dalam
makanan. Mereka juga hendaklah menjaga kebersihan diri pada tahap yang tinggi, memakai
jaket pelindung yang bersih, pelindung kepala, sarung tangan dan kasut. Sekiranya terdapat
luka, hendaklah ditutup dengan pembalut kalis air yang sesuai, bagi pekerja yang dibenarkan
untuk meneruskan pengendalian ke atas makanan. Ini akan memberikan tanggapan sama ada
positif atau negatif kepada pengunjung kafeteria (Brown & Decgan, 1994).
Jika dilihat pada premis kantin SMKAMH, terdapat banyak kucing yang berkeliaran
dan juga ada yang memanjat kerusi dan meja semasa pelanggan sedang makan. Penampilan
pekerja juga kurang kemas dan tempat untuk memasak sangat kotor dengan lantai yang basah,
minyak yang terpercik beserta lalat dan serangga lain. Kuali tidak dicuci dengan baik. Oleh
itu pengkaji tidak dapat untuk mengatakan bahawa kebersihan kantin ini berada di tahap yang
memuaskan.
Namun begitu, didapati para responden berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin
sekolah ini. Oleh itu pengkaji dapat konklusi bahawa para pelajar mempunyai mentaliti yang
rendah dari aspek kebersihan. Selaku seorang pelajar dari sebuah sekolah kluster, perkara ini
tidak seharusnya berlaku. Pengkaji juga dapat katakan bahawa pemikiran mereka mengenai
kebersihan bergantung kepada kehidupan mereka di rumah. Jika mereka merasakan kantin ini
sudah cukup bersih, maka dapat diketahui bahawa keadaan rumah mereka juga setaraf dengan
kantin sekolah ini. Jika mereka tidak merasakan bahawa kantin ini berada dalam tahap yang
bersih maka pelajar tersebut sememangnya mementingkan aspek kebersihan dalam kehidupan
sehariannya.
Responden mengatakan bahawa penampilan pekerja-pekerja kantin sekolah ini dan
juga cara mereka memasak sangat meloyakan. Hal ini ditambah pula dengan lalat yang sudah
mati yang berada di sisi bahan masak (di atas kertas yang diletakkan gam untuk menangkap
lalat). Bagi pendapatnya, jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia datang untuk membuat
pantau, sudah tentu kantin ini akan disita selama sebulan.
5.6.1 Cara mengenali ciri-ciri kantin yang bersih
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menampal poster di beberapa kawasan seperti
kawasan sekolah dan kafeteria mengenai cara untuk mengenali ciri-ciri kantin yang bersih.
Oleh itu, pelajar disarankan agar melihat sama ada perkara ini dilakukan oleh pihak kantin
atau tidak. Sekiranya tidak, maka pelajar perlu melaporkan kepada pihak sekolah agar
pelbagai penyakit seperti keracunan makanan dapat dihindarkan.
Makanan tersebut perlulah dilindungi dari haiwan seperti lalat, tikus, lipas dan bahan-
bahan beracun serta habuk. Makanan juga mesti ditutup. Makanan yang dimasak dan bahan
mentah haruslah diletakkan secara berasingan untuk mengelakkan pencemaran silang. Pekerja
kantin mestilah menggunakan alat seperti penyepit/sudu/garpu untuk mengambil makanan.
Bagi keselamatan para pelanggan, pihak kantin tidak boleh menggunakan bekas yang telah
retak atau sumbing untuk menghidang makanan. Yang paling penting ialah makanan tidak
diletakkan atau disediakan di atas lantai dan para pekerja adalah dilarang sama sekali untuk
merokok ketika menyediakan makanan. (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012).
Konklusinya, kita perlulah mengambil berat mengenai hal kebersihan tidak kira di
mana sahaja dan tidak kira dalam apa jua keadaan. Aspek kebersihan makanan tidak boleh
dipandang ringan oleh pihak kantin. Penyakit-penyakit seperti keracunan makanan berpunca
daripda kebersihan penyediaan dan hidangan makanan itu sendiri. Oleh itu pihak kantin perlu
menyediakan makanan yang lebih berkualiti dalam semua aspek agar para pelajar mendapat
tenaga yang secukupnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
5.5 KEHENDAK PARA PELAJAR
Dalam melihat kepada tahap kepuasan para pelanggan yang terdiri daripada kalangan pelajar,
kehendak mereka juga perlu diambil kira.
Melalui borang soal selidik dalam bahagian C iaitu bahagian cadangan, dapat
diketahui bahawa rata-rata responden mahu pengusaha kantin mencari pekerja kantin yang
cekap dan pembersih. Pekerja juga perlu menutup aurat memandangkan mereka semua
beragama Islam dan tambahan pula mereka berada di dalam kawasan sekolah agama. Bagi
memperlihatkan kekemasan para pekerja, para responden mencadangkan agar para pekerja
memakai pakaian uniform yang seragam. Perkhidmatan yang diberikan perlulah cepat
ataupun pengusaha menggajikan lebih ramai lagi pekerja. Para responden menasihatkan agar
para pekerja tidak memegang makanan selepas memegang tong sampah.
Selain itu, para responden merasakan kedudukan meja dan kerusi kini tidak
bersesuaian dan mereka berharap agar kedudukan itu diubah agar tampak lebih selesa.
Disebabkan bilangan pelajar yang terlalu ramai, bilangan kerusi dan meja perlu ditambah.
Bahagian dapur mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersih setiap masa. Sistem jual beli
juga perlu dibaiki terutamanya dalam memulangkan baki kepada pelajar. Bahagian pelajar
lelaki dan perempuan di kaunter jualan perlu diasingkan dengan lebih sistematik.
Bagi memudahkan para pekerja, responden mahukan servis layan diri diadakan. Bagi
menyelamatkan alam sekitar, responden mencadangkan agar cawan kertas diguna pakai.
Mereka juga meminta agar pengusaha membuka kantin pada hari Sabtu dan Ahad dan yang
paling penting ialah harga makanan perlu diturunkan.
Responden juga turut mencadangkan beberapa jenis makanan yang bersesuaian
dengan selera mereka iaitu nasi berlauk, nasi ayam, laksa, mi kari, chicken chop, ice blended,
buah-buahan, jus buah dan sandwich.
RUMUSAN
Kantin bukanlah satu perkara yang asing dalam kehidupan seharian seorang insan. Fitrah
semula jadi manusia (memerlukan makanan dan minuman) itu sendiri yang sebenarnya telah
membawa kepada keperluan kantin kepada sesebuah institusi terutamanya institusi sekolah.
Oleh hal yang demikian, pihak kantin perlu menggalas tanggungjawab ini bagi memastikan
kantin SMKA Maahad Hamidiah berada dalam tahap cemerlang. Bukan sahaja untuk warga
sekolah semata-mata tetapi juga buat jemaah-jemaah yang datang untuk solat jumaat di
masjid sekolah ini.
Dapat dikonklusikan di sini bahawa kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pihak
kantin berada dalam tahap memuaskan.
0
5
10
15
20
25
30
35
40
Cemerlang Baik Memuaskan Teruk
Peratus(%)
Tahap Kepuasan Pelanggan
PERATUSAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN DALAM KALANGAN PELAJAR
TERHADAP KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
MAAHAD HAMIDIAH TAHUN 2013
PERKHIDMATAN MAKANAN HARGA
Bagi keseluruhan tahap kepuasan pelanggan terhadap kantin SMKAMH, 34.9% daripada
keseluruhan ialah memuaskan. 33.6% daripadanya ialah baik dan 17.4% lagi ialah teruk.
Terakhir ialah cemerlang yang hanya 14.1%.
Pengkaji merasakan pihak kantin haruslah menitik beratkan soal kebesihan dalam
penyediaan makanan dan juga persekitaran kantin di samping mengambil kira kemahuan para
pelanggan yang majoritinya adalah dari kalangan pelajar. Dari segi penyediaan makanan dan
minuman pula, pihak kantin perlu mengurangkan penggunaan minyak masak dan gula. Hal ini
kerana ia tidak baik untuk kesihatan kerana mampu menigkat kolestrol dan mampu
mendatangkan penyakit kencing manis. Selain itu, sikap sopan dan mesra perlu ditunjukkan
oleh setiap pekerja kantin. Akhir sekali, para pekerja wajib menutup aurat dengan sempurna
kerana mereka beragama Islam.
Diharapkan pihak kantin menyedari kekurangan dan kelebihan yang ada pada mereka
dan dapat memperbaiki mana yang sepatutnya. Semoga kantin SMKAMH mendapat tempat
di hati para pelanggannya.
LAMPIRAN
Peta 1: Peta Lokasi SMKA Maahad Hamidiah
Sumber : http://www.google.com.my/maps
Gambar 1 : Kondisi semasa rehat menengah atas bahagian putera
Gambar 2 : Kondisi semasa rehat menengah atas bahagian puteri
Gambar 3 : Penyediaan makanan
Gambar 4 : Lalat di bahagian bahan masak
Gambar 5 : Bahagian dapur
Gambar 3 : Poster kebersihan
TEMU BUAL BERSAMA BEBERAPA ORANG PELAJAR
Soalan : Adakah pengambilan sarapan pagi sangat penting?
“... tak adalah. Kadang-kadang tu rasa macam kesian jugak lah dekat pelajar yang tak dapat
sarapan pagi sebab tak sempat tapi pihak sekolah kan macam pelik sikit. Hee. Em. Yelah...
sebab tak bagi pelajar beli makanan masa waktu pagi sedangkan sarapan pagi tu kan penting.
Kalau ada gastrik payah kang. Tak pasal-pasal tak dapat fokus dalam kelas ... “
PP/SMKAMH/T3/13
Soalan : Adakah kantin ini menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para pelajar?
“haha. Em. Macam mana nak cakap eh? Em susah nak cakap sebab en kita bukannya boleh
nak pilih-pilih tempat makan. Lain lah kalau ada berlambak kantin dalam sekolah ni tapi er
ada lah jugak rasa cam ei benda ni berkhasiat ke?Er. Contohnya macam sup dia tu. Tak ada
rasa langsung, sayur memang tak lah kan...
PP/SMKAMH/T5/13
Soalan : Nutrisi sangat penting bagi pelajar. Apakah pendapat anda tentang kenyataan
tersebut?
“... belasah je makan apa pun tapi memang betul lah yang nutrisi tu penting sebab kita nak
belajar en. Jadi pihak kantin lah kena ambil tahu pasal benda ni. Tak kan nak ajar pulak en.
haha ...”
PL/SMKAMH/T6/13
“... saya tak kisah makan apa pun sebab mak saya cakap jangan memilih sangat. Janji
makan ...”
PP/SMKAMH/T1/13
Soalan : Sila berikan pendapat anda mengenai tahap kebersihan kantin ini.
“... ehem kalau nak bagi pendapat memang banyak lah. Em hari tu aku ada pesan makanan
kat kantin sebab tak sempat makan dekat dewan makan sebab ada kerja nak buat. Pastu tak
ada pilihan pergilah kantin. Ya Allah rasa nak muntah sebab, satu, pekerja dia memang
selekeh, sakai semua ada lah, pastu dorang boleh biar je lalat yang er banyak kot. Ei geli doh.
Tahu en ? Dorang letak je dekat tepi bawang, sayur se semua tu pastu cedok kuah paprik tapi
lalat tak sampai 3 kaki. Pergh memang terbaik lah. Geli geli geli . Uwek. Lantai basah tak
yah cakap lah kan. Kalau Kementerian Kesihatan datang memang confirm bungkus lah
dorang. Pengotor ...”
PP/SMKAMH/T6/13
“Kebersihan makanan perlu diambil berat. Hari tu, saya beli makanan roti hotdog ada kulat.
Lepas tu saya beli nasi goreng ada kumbang. Gempak kan?”
PL/SMKAMH/T3/13
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar bin Hashim & Noraini Azuani binti Yusoff (2010). Persepsi Pelajar Terhadap
Tahap Kebersihan Makanan di Kafeteria-kafeteria Di UTM Skudai. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Asmak Ab. Rahman, 2009. Sekuriti Makanan dari Perspektif Syariah. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya (UM).
Hamidah Noor binti Md Yusoh, 2006. Amalan Pemakanan Yang Sihat Di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah Teknik. Johor: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Makanan Bersih Pengguna Selamat, Berita Kosmo, 14 Mac 2013.
Mohd Rizal et al, 2011. Amalan Kebersihan Makanan Dalam Kalangan Pengendali-
pengendali Kantin di Sekolah Zon Skudai. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi
Malaysia (UTM).
Mohd Said et al, 2010. Persepsi Guru Terhadap Kualiti Terhadap Makanan di Kantin Sekolah
Menengah Kebangsaan Skudai Bharu. Kuala Lumpur: Universit Teknologi Malaysia
(UTM).
Nurul Huda binti Hashim, 2008. Pengetahuan, Sikap dan Amalan Kebersihan dan
Keselamatan Makanan di Kalangan Pengendali Makanan Hospital. Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
World Health Organization, 2002. World Health Report 2002: Reducing Risks, Promoting
Healthy Life. Geneva.
Yuksel, Nalan (2005). Halving Hunger: It Can Be Done. London, GBR: Earthscan
Publications.
Zubaidah Haji Abdul Rahim, 1992. Pemakanan : Pendekatan Dari Segi Biokimia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://www.google.com.my. Telah dilayari pada 07.02.2013.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=makanan. Telah dilayari pada 08.02.2013
https://maps.google.com.my/maps?q=peta+SMKA+Maahad+Hamidiah&oe=utf-
8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-
a&channel=np&um=1&ie=UTF-8&hl=en&sa=N&tab=wl. Telah dilayari pada
08.02.2013
http://anizyn.blogspot.com/2010/04/sarapan-pagi-penting-untuk-kesihatan.html#ixzz2NUZItehQ.
Telah dilayari pada 14.03.2013
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa anda bagi menjawab borang soal selidik ini.
Dimaklumkan di sini bahawa seoal selidik ini adalah bertujuan meninjau pandangan serta
pendapat warga sekolah terhadap perkhidmatan, makanan dan minuman yang
disediakan/diberikan oleh pihak kantin sekolah.
Borang ini disediakan adalah untuk kajian ilmiah penulis (Najwa Huda binti Mohd Shahidin
dari kelas 6 Atas Ibn Hisyam) bagi melaksanakan PBS STPM bagi mata pelajaran Pengajian
Am. Semua maklumat yang dikemukakan dalam soal selidik ini akan dirahsiakan. Kerjasama
yang diberikan, penulis dahulukan ucapan ribuan terima kasih. Jasa anda amat dihargai.
BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PANDANGAN DAN PENDAPAT
WARGA SMKA MAAHAD HAMIDIAH TERHADAP PERKHIDMATAN,
MAKANAN DAN MINUMAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK KANTIN
SMKA MAAHAD HAMIDIAH
Arahan :
Sila jawab semua soalan. Semua soalan yang diberikan hendaklah dijawab mengikut pendapat
dan pandangan anda sendiri.
Bahagian A – Latar Belakang
Sila tandakan ( / ) pada salah satu kotak yang berkenaan.
1. Jantina
2. Umur
Lelaki
Perempuan
13 – 15 tahun
16 – 17 tahun
18 – 20 tahun
Bahagian B – Tahap Kepuasan Pelanggan
Sila tandakan ( / ) pada salah satu kotak kosong yang disediakan di bawah.
NO. PERKARA 1 2 3 4
1 Susun atur kerusi dan meja yang sedia ada di kantin sesuai
dengan kondisi dan bilangan pelajar.
2 Susun atur kerusi dan meja yang terdapat di kantin ini
kemas dan teratur.
3 Kantin sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan ceria.
4 Pekerja-pekerja melayan pelanggan dengan ramah dan
sopan.
5 Masa yang diambil untuk anda dapatkan perkhidmatan
(layanan) mereka pada waktu rehat dan pada waktu-waktu
lain sangat cepat.
6 Tempat jualan untuk pelajar lelaki dan perempuan mesra
pelanggan.
7 Kaunter pembayaran yang sedia ada memudahkan urusan
pembayaran pelanggan.
8 Bilangan pekerja kantin ini sentiasa mencukupi dan cekap.
Petunjuk :
1- sangat setuju 3 – tidak setuju
2 - setuju 4 - sangat tidak setuju
9 Pekerja-pekerja kantin sekolah ini sentiasa
berketerampilan kemas dan bersih.
10 Komunikasi dan bahasa yang diguna pakai sangat baik dan
mudah difahami.
11 Makanan dan minuman yang diberikan pada waktu rehat
sangat mencukupi buat anda.
12 Makanan dan minuman yang sediakan berada dalam
kondisi yang terjamin kebersihannya.
13 Dapur kantin sekolah ini berada dalam keadaan bersih dan
kemas setiap masa.
14 Pekerja-pekerja sentiasa mementingkan serta menitik
beratkan kebersihan dalam menyediakan setiap kajian.
15 Nutrisi dalam setiap kajian sangat sesuai buat anda.
16 Makanan dan minuman yang disediakan bersesuaian
dengan selera.
17 Anda tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan
pesanan.
18 Harga bagi setiap menu yang disediakan oleh pihak kantin
sangat berpatutan.
19 Harga makanan dan minuman sering berubah
20 Harga yang telah ditetapkan bersesuaian dan berpatutan
dengan kuantiti dan kualiti sajian yang dihidangkan.
21 Harga makanan dan minuman di kantin tidak perlu
diturunkan.
22 Anda berpuas hati terhadap perkhidmatan, makanan dan
minuman yang disediakan oleh pihak kantin.
Bahagian C – Cadangan
1. Berikan cadangan anda bagi menambahbaik kualiti perkhidmatan, makanan dan
minuman di kantin SMKA Maahad Hamidiah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. Berikan menu yang perlu ditambah / perlu ada di kantin SMKA Maahad Hamidiah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
- SEKIAN, TERIMA KASIH -

More Related Content

What's hot

Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Asmawi Abdullah
 
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
DANIELSONTAJAK1
 
Segi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpmSegi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpm
sakiminie
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Asmawi Abdullah
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Jimmy Mogolid
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
NUR HUMAIRAH AMIRA
 

What's hot (20)

Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmPengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
 
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
 
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
 
Segi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpmSegi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpm
 
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIAKuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
 
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
 

Similar to Contoh PBS STPM Pengajian Am

Bengkel menjawab soalan upsr 2013
Bengkel menjawab soalan upsr 2013Bengkel menjawab soalan upsr 2013
Bengkel menjawab soalan upsr 2013
skajbnk
 
Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2
gschong83
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
SandraAbdul1
 
Buku pengurusan 2014
Buku pengurusan 2014Buku pengurusan 2014
Buku pengurusan 2014
ticerada
 
Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014
nadzrah
 
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajukQgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
Pea Paradiso
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Pensil Dan Pemadam
 
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademikKertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
NAJWA MOHD NOR
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp faz
fazrul
 

Similar to Contoh PBS STPM Pengajian Am (20)

Bengkel menjawab soalan upsr 2013
Bengkel menjawab soalan upsr 2013Bengkel menjawab soalan upsr 2013
Bengkel menjawab soalan upsr 2013
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
FAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.docFAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.doc
 
FAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.docFAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.doc
 
60505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-1
60505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-160505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-1
60505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-1
 
Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
 
Pengurusan
PengurusanPengurusan
Pengurusan
 
Buku pengurusan 2014
Buku pengurusan 2014Buku pengurusan 2014
Buku pengurusan 2014
 
Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014
 
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajukQgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
Qgk3023 program kesihatan_sekolah_tajuk
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademikKertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
Kertas kerja-program-lonjakan-prestasi-akademik
 
Elemen2
Elemen2Elemen2
Elemen2
 
Dpsk hsk 303 ok
Dpsk hsk 303 okDpsk hsk 303 ok
Dpsk hsk 303 ok
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp faz
 
PERANCANGAN STRATEGIK 2016 BI.doc
PERANCANGAN STRATEGIK 2016 BI.docPERANCANGAN STRATEGIK 2016 BI.doc
PERANCANGAN STRATEGIK 2016 BI.doc
 
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
Bahan kreativiti
Bahan kreativitiBahan kreativiti
Bahan kreativiti
 

More from Nur Paşa (7)

Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
 
Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp
Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN CampContoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp
Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp
 
Contoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahContoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM Syariah
 
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamPeranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
 
Phantom-limb Pain
Phantom-limb Pain Phantom-limb Pain
Phantom-limb Pain
 
6 in 1 key chain
6 in 1 key chain6 in 1 key chain
6 in 1 key chain
 
Idhofah
IdhofahIdhofah
Idhofah
 

Contoh PBS STPM Pengajian Am

  • 1. KAJIAN MENGENAI TAHAP KEPUASAN PELANGGAN DALAM KALANGAN PELAJAR TERHADAP KUALITI MAKANAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK KANTIN SMKA MAAHAD HAMIDIAH MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENGKAJIAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM TAJUK : NAMA CALON : NOMBOR : KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN : ALAMAT SEKOLAH : NAMA GURU/ : PEMERIKSA TANDATANGAN : GURU/PEMERIKSA TARIKH : MARKAH : NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN SMKA MAAHAD HAMIDIAH JALAN SUNGAI RAMAL LUAR 43000 KAJANG, SELANGOR ENCIK SHAHARUDDIN BIN ABU KASIM
  • 2. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang pengakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan. Nama Calon Najwa Huda Binti Mohd Shahidin No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon SMKA Maahad Hamidiah Kajang, Selangor Makluman kepada calon : Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati meniru dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon : Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek Kajian Mengenai Kepuasan Pelanggan Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Kualiti Makanan dan Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pihak Kantin SMKA Maahad Hamidiah tanpa bantuan mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Am : Encik Shahruddin Bin Abu Kasim di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran - _______________________________ (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai Saya mengesahkan bahawa kertas projek Kajian Mengenai Kepuasan Pelanggan Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Kualiti Makanan dan Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pihak Kantin SMKA Maahad Hamidiah telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Encik Shahruddin Bin Abu Kasim Tarikh Lampiran 2 BPC
  • 3. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: No. Kad Pengenalan: Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Projek Ulasan Guru Tandatangan Guru Tandatangan Calon Pemberitahuan cara menulis PBS Pengajian Am. 21.01.2013 Guru menyemak objektif kajian dan beberapa cadangan diberikan. 30.01.2013 Pemberitahuan cara menulis borang soal selidik oleh guru. 01.02.2013 Semakan dan pindaan borang soal selidik. 18.02.2013 Semakan analisis daripada borang soal selidik. Lampiran 3 BRKKC
  • 4. 21.02.2013 Semakan analisis borang soal selidik secara kasar bahagian A dan B (perkhidmatan) 27.02.2013 Semakan analisis borang soal selidik bahagian A dan B secara menyeluruh 23.03.2013 Semakan bahagian kepentingan makanan, nutrisi yang diperlukan, kebersihan yang sepatutnya diamalkan dan kehendak pelajar Penyerahan Kerja Projek kepada guru. Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Pengajian Am Tahun 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru : ____________________________ Nama Guru : Encik Shaharuddin bin Abu Kassim Tarikh : ____________________________ Cap Sekolah :
  • 5. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : Najwa Huda Binti Mohd Shahidin No. Kad Pengenalan : Angka Giliran : (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Dimensi Penilaian Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras 1. Pengetahuan 10 2. Organisasi 10 3. Komunikasi 10 4. Gaya, Mekanik dan Dokumentasi 10 5. Cadangan Kajian 7 6. Pembentangan 8 Jumlah Markah 55 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar Tandatangan Guru/Pemeriksa :_______________ Nama : Encik Shaharuddin bin Abu Kasim No Kad Pengenalan :_______________________ Tarikh : ________________________________ No Telefon (sekolah) : 03 87376300 (bimbit) : _____________________ PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Penyelaras :________________________ Nama : ______________________________________ No. Kad Pengenalan : __________________________ Tarikh : _____________________________________ No. Telefon (sekolah) : _________________________ (bimbit) : _________________________ Lampiran 4 BMKKC
  • 6. KANDUNGAN Muka Surat Senarai Jadual Senarai Singkatan ii Abstrak iii Penghargaan iv 1. Pengenalan 1 2. Objektif Kajian 4 3. Lokasi Kajian 5 4. Kaedah Kajian 6 5. Dapatan Kajian dan Perbincangan 8 5.1 Analisis Kajian 9 5.2 Kepentingan Makanan 17 5.3 Nutrisi Yang Sesuai 19 5.4 Kebersihan Yang Sepatutnya Diamalkan 21 5.5 Kehendak Para Pelajar 23 6. Rumusan dan Cadangan 24 Lampiran Bibliografi
  • 7. SENARAI SINGKATAN PP - Pelajar Perempuan PL - Pelajar Lelaki T1 - Tingkatan Satu T2 - Tingkatan Dua T3 - Tingkatan Tiga T4 - Tingkatan Empat T5 - Tingkatan Lima T6 - Tingkatan Enam SMKAMH - Sekolah Menengah Kebangsaan Maahad Hamidiah
  • 8. ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti pandangan serta pendapat pelajar-pelajar terhadap kualiti makanan dan minuman yang disediakan, perkhidmatan yang diberikan dan harga yang ditetapkan oleh pihak kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah. Seramai 97 orang pelajar sekolah ini telah dipilih sebagai responden. Pengkaji menggunakan empat kaedah kajian iaitu mencari bahan rujukan, temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada responden dan juga dengan menggunakan tiga lagi instrumen seperti tersebut di atas. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti makanan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kantin berada pada tahap memuaskan sahaja. Hal ini dapat dilihat semasa pengendalian makanan pada waktu rehat pelajar yang tidak efisien. Ditambah pula dengan ketiadaan wang penukaran sehingga menyebabkan pelajar terpaksa berhutang atau mengambil baki wang selepas menghabiskan makanan mereka. Oleh itu, pihak kantin perlu menangani masalah sebegini bagi meningkatkan taraf kualiti perkhidmatan dan makanan yang disediakan oleh mereka.
  • 9. PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi yang telah mengurniakan rahmat-Nya sehingga pengkaji dapat menjayakan kajian ilmiah ini dengan jayanya dari awal pembikinan hingga ke noktah terakhir. Segala puji- pujian kembali kepada-Nya. Terlebih dahulu, pengkaji ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang memahami dan telah membantu pengkaji dari segi motivasi, kewangan dan juga idea-idea bernas. Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru matapelajaran Pengajian Am yang juga merangkap pemeriksa pengkajian ilmiah ini iaitu Encik Shaharuddin bin Abu Kassim selaku penyelia di atas segala bimbingan, panduan, tip-tip yang berguna serta teguran,dan nasihat yang diberikan sepanjang pengkaji menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada abang-abang pengkaji, rakan-rakan sekelas yang turut membantu pengkaji secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyudahkan kajian ini. Sekali lagi pengkaji panjatkan doa kesyukuran kepada-Nya, agar segala usaha yang disumbangkan oleh semua akan diberkati oleh Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih. Najwa Huda Mohd Shahidin Mac 2013
  • 10. 1.0 PENGENALAN Perkhidmatan makanan sekolah iaitu kantin merupakan tempat utama di mana pelajar-pelajar memperolehi makanan pada sesi persekolahan. Kualiti ditakrifkan sebagai darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi dan bermutu manakala perkhidmatan pula bermaksud perihal berkhidmat ataupun kerja. Frasa makanan pula bermakna apa sahaja yang boleh dimakan dan diminum seperti nasi, roti, air dan lain-lain. Kantin pula ialah tempat menjual makan dan minum di sekolah, pejabat dan lain-lain. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4) Di sini dapat dirangkumkan bahawa kualiti perkhidmatan dan makanan yang disediakan oleh pihak kantin bermaksud darjah kecemerlangan biasa yang tinggi dan bermutu untuk perihal berkhidmat ataupun kerja dan untuk apa sahaja yang boleh dimakan dan diminum yang disediakan oleh orang yang bertanggungjawab kepada tempat makan dan minum di sekolah, pejabat dan lain-lain. Apabila membincangkan tentang pemakanan kepada pelajar, kantin sekolah memainkan peranan yang penting dalam penyediaan makanan kepada pelajar di sekolah. Menurut Kementertian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (1989), pembekalan perkhidmatan makanan kepada guru dan pelajar merupakan satu kewajipan dalam setiap sekolah. Berdasarkan kepada Garis Panduan Kantin (1989), kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Melalui ini, para pelajar dapat membina pengetahuan, sikap dan amalan tentang makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan santun dan amalan-amalan disiplin yang lain. Oleh itu, layanan yang baik perlu diberikan kepada pelajar agar mereka dapat mempelajari beberapa budaya Malaysia yang sudah semakin tidak dihiraukan. Dalam kehidupan manusia seharian, makanan merupakan keperluan asasi yang sangat penting dalam kehidupan untuk memastikan kesihatan individu lebih terjamin di samping ia memberikan tenaga kepada manusia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti (Aishah, 2003).
  • 11. Dalam masa yang sama, kebersihan juga perlu diambil berat agar terhindar daripada penyakit-penyakit yang tidak dikehendaki seperti keracunan makanan. Hal ini disokong dengan kenyataan daripada Jamal (1998) iaitu terdapat lima jenis bahaya yang boleh berpunca daripada makanan ialah bahaya disebabkan kuman, kurang makan dan terlebih makan, persekitaran yang tercemar, racun atau toksin semula jadi dalam makanan dan aditif makanan. Bahaya yang disebabkan kuman merupakan peringkat bahaya paling atas di antara kelima- lima jenis bahaya tersebut. Oleh itu, pihak pengusaha kantin perlu berusaha agar mereka dapat menyediakan seperti apa yang dikehendaki oleh para pelanggan terutamanya daripada para pelajar dan guru kerana mereka merupakan pelanggan tetap. Kantin SMKA Maahad Hamidiah dikendalikan oleh Encik Murat bin Khairi yang berumur 65 tahun. Meskipun segalanya disediakan dan ditentukan oleh pihak pengusaha kantin, mereka tetap tidak mempunyai autoriti sepenuhnya dalam penentuan tersebut kerana mereka terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani bersama pihak sekolah. Kebiasaannya, pelajar akan menggunakan kantin semasa waktu rehat dan juga selepas pulang dari sekolah iaitu pada jam 2.15 petang. Waktu rehat di sekolah ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pertama pada pukul 9.30 pagi hingga 9.50 pagi untuk pelajar menengah rendah yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sesi kedua adalah untuk pelajar menengah atas yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 pada pukul 10.15 pagi hingga 10.35 pagi. 1.1 LATAR BELAKANG MASALAH Kebanyakan pengusaha kantin/kafeteria akan cuba sedaya mungkin dalam mendapatkan tender di sesebuah institusi terutamanya institusi sekolah. Hal ini kerana pulangan hasil yang lebih lumayan dan tetap berbanding membuka gerai. Walau bagaimanapun, kebiasaannya perjanjian yang ditandatangani antara pihak kantin dan pihak sekolah sah bagi tempoh dua ke tiga tahun sahaja. Namun begitu, tidak ramai daripada pengusaha kantin yang memandang berat terhadap kepuasan pelanggan mereka terutamanya para pelajar tetapi mereka cuba untuk melanjutkan masa perjanjian tersebut selepas tamat tempoh dengan menghantar sebut harga kepada pihak sekolah sekali lagi.
  • 12. Moto kepada Pazzda Pizza ialah ‘kepuasan hati pelanggan, kegembiraan kami’ seharusnya diguna pakai oleh semua pengusaha kantin tidak kira sekolah mana sekali pun. Diketahui bahawa sekolah ini meletakkan agama Islam di tempat tertinggi dalam segala aspek. Islam menyuruh umatnya makan makanan yang bersih lagi halal berdasarkan firmannya yang bermaksud : makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. (Surah al-Nahl : 114) Menurut Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM, Mohd Fadzli Ismail, makanan yang suci dan bersih menjamin kesihatan yang baik. Di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan soal kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama. Katanya, “Islam menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin terhadap kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari akan melahirkan nur keimanan dalam diri untuk turut sama menjaga kebersihan secara kesuluruhanyya, termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan, tingkah laku dan sebagainya.” Oleh itu, makanan bukan sahaja sekadar memenuhi keperluan manusia tetapi ia juga merupakan salah satu alat untuk mencapai keimanan yang jitu lebih-lebih lagi bagi seorang pelajar. Hubungan di antara Allah perlu dijaga dengan sebaik mungkin tidak kira sama ada ketika semasa di bangku sekolah atau pada waktu lain.
  • 13. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Menu makanan, kebersihan dan keceriaan memainkan peranan penting dalam memuaskan hati pelanggan yang bertandang ke kantin. Namun begitu, tidak semua pihak kantin mengambil berat mengenai perkara ini. Lantaran itu, kajian yang dijalankan dari 17 Januari sehingga 4 April tahun 2013 adalah diharapkan dapat : 1. Mengkaji persepsi serta pendapat pelajar sekolah ini terhadap kualiti perkhidmatan dan makanan yang disediakan oleh pihak kantin SMKAMH 2. Mengenal pasti pandangan para pelajar terhadap harga yang ditetapkan oleh pihak kantin SMKAMH. 3. Mengenal pasti kemahuan para pelajar dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan makanan yang diberikan oleh pihak kantin SMKAMH.
  • 14. 3.0 LOKASI KAJIAN Kajian ini dijalankan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah. (Sila rujuk peta yang dilampirkan). Alamat : SMKA Maahad Hamidiah Jalan Sungai Ramal Luar 43 000 Kajang, Selangor.
  • 15. 4.0 KAEDAH KAJIAN Beberapa instrumen telah digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Dengan menggabungkan empat cara yang berbeza, pengkaji akan memperoleh ketepatan maklumat lebih berbanding menggunakan satu cara sahaja. Instrumen yang diguna pakai oleh pengkaji ialah : 1. Perpustakaan Sebuah penulisan yang bertujuan untuk mengulas isi ilmu termasuklah penemuan kajian dan juga secara teori dan kaedah sumbangan mengenai sesuatu topik (wikipedia). Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji dapat menjelaskan sesuatu perkara berdasarkan teori, fakta dan juga kajian beberapa orang dengan menggunakan beberapa bahan-bahan tambahan di Perpustakaan Negara yang terletak di Kuala Lumpur dan juga melalui internet. 2. Temu bual Walau bagaimanapun, temu bual tidak berstruktur, jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay dan Airasian, 2000). Beberapa orang pelajar telah dipilih untuk diajukan beberapa soalan bagi mendapatkan pandangan dan pendapat mereka terhadap kantin sekolah ini dan juga beberapa perkara yang berkaitan dengan makanan, kebersihan dan perkhidmatan. 3. Borang Soal Selidik Tuckman (1988), instrumen yang kerap digunakan dalam kajian kuantitatif ialan soal selidik kerana melalui instrumen kajian ini, kerjasama daripada sampel mudah diperolehi dan menjimatkan masa. Kaedah ini paling sesuai untuk mendapatkan maklumat kerana segala arahan dan soalan yang diberikan dalam soal selidik adalah piawai dan serupa kepada semua responden yang dikaji (Ian Brace, 2004). Dengan ini, pengkaji yakin bahawa data-data yang diperolehi adalah lebih tepat. Dengan itu 100 set borang telah diedarkan kepada pelajar.
  • 16. 4. Pemerhatian Pemerhatian merupakan satu daripada kaedah mengukur pemboleh ubah penyelidikan (Marohaini Yusoff, 2001). Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati tingkah laku pihak kantin berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang dikenal pasti. Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk melihat cara layanan yang diberikan kepada para pelajar. 4.1 PROSEDUR KAJIAN Rajah 1 : Carta aliran proses kajian Taklimat daripada guru Kenalpasti masalah Membina soal selidik Edaran soal selidik dan pengumpulan data Analisis data dan maklumat Mentafsir data dan maklumat Membuat rumusan kajian Kajian rambang dan pembacaan Pembinaan tajuk dan skop kajian Temu bual dan pemerhatian Dikukuhkan dengan teori, fakta dan beberapa kajian
  • 17. 5.0 HASIL KAJIAN Tahap kepuasan pelanggan amat diperlukan dalam menentukan kualiti sesebuah kantin. Pepatah Inggeris ada mengatakan ‘customer is always right’. Di sini dapat difahami bahawa pelanggan mempunyai hak untuk bersuara terhadap apa yang telah disediakan oleh pihak penguasaha. Apabila seorang pelajar menapak ke kawasan sekolah, amalan pemakanannya sedikit berubah. Ini termasuk dari segi menu hidangan yang disediakan oleh pihak kantin dan waktu makan mereka yang bergantung kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Apa yang dimakan oleh pelajar sebelum dan selepas bermulanya sesi pembelajaran akan memberi kesan secara tidak langsung terhadap daya tahan dan tumpuan mereka di dalam kelas. Justeru itu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang sesuai selain daripada menerapkan amalan pemakanan yang sihat kepada pelajar serta suasana yang kondusif agar mereka menjadi pelajar yang lebih proaktif. Oleh demikian, pengkaji menyediakan 100 set borang soal selidik dan mengedarkan kesemua borang tersebut kepada pelajar secara rawak dari T1 hingga T6 untuk melihat persepsi mereka terhadap makanan dan minuman yang disediakan, perkhidmatan yang diberikan dan harga yang ditetapkan oleh pihak kantin. Namun begitu, pengkaji hanya menerima 97 set borang daripada 100 set yang telah diedarkan kerana tiga daripadanya telah dihilangkan oleh responden. Borang soal selidik tersebut terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A yang dimuatkan mengenai taburan latar belakang responden, Bahagian B terdiri daripada beberapa kenyataan positif mengenai apa yang telah disediakan oleh pihak kantin dan Bahagian C pula adalah merupakan cadangan-cadangan yang diberikan oleh responden bagi menambah baik kualiti makanan, minuman dan perkhidmatan kantin SMKAMH. Sebagai tambahan, pengkaji telah menemubual beberapa orang pelajar untuk mendapatkan pendapat mereka terhadap beberapa perkara iaitu kepentingan makanan kepada mereka, nutrisi yang sesuai bagi seorang pelajar serta kebersihan yang sepatutnya diamalkan oleh pihak kantin. Pengkaji juga turut meneliti kemahuan para pelajar terhadap makanan dan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan makanan yang disediakan oleh pihak kantin.
  • 18. 5.1 ANALISIS KAJIAN 5.1.1 Analisis Bahagian A Untuk bahagian ini, pengkaji membahagikan lagi kepada dua bahagian iaitu taburan responden berdasarkan umur mereka dan satu lagi ialah taburan responden berdasarkan jantina. 5.1.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Umur Peringkat Umur (tahun) Frekuensi (orang) Peratusan (%) 13 – 15 16 – 17 18 – 20 45 30 22 46.39 30.93 22.68 Jumlah 97 100.00 Jadual 1 : Taburan Responden Berdasarkan Umur Jadual 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Daripada 97 orang responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini, didapati bahawa responden yang berumur di antara 13 hingga 15 tahun merupakan kelompok majoriti dalam kajian ini dengan bilangannya seramai 45 orang (46.39%). Seterusnya diikuti dengan responden yang berumur antara 16 hingga 17 tahun iaitu seramai 30 orang (30.93%) dan disusuli kelompok responden yang paling sedikit dalam kajian ini ialah mereka yang berumur di antara 18 hingga 20 tahun iaitu seramai 22 orang (22.68%) dan mereka ini terdiri daripada pelajar tingkatan 6 atas sahaja. 5.1.1.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina Peringkat Umur (tahun) Frekuensi (orang) Perempuan Lelaki 13 – 15 16 – 17 18 – 20 27 17 10 18 13 12 Jumlah 54 43 Peratusan (%) 55.67 44.33 Jadual 2 : Taburan Responden Berdasarkan Jantina
  • 19. Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Dari aspek jantina, didapati bahawa 54 orang (55.67%) daripada responden ialah perempuan. Analisis menunjukkan bahawa responden perempuan dalam kelompok umur 13 hingga 15 tahun ialah seramai 27 orang. Seterusnya, pelajar perempuan dalam peringkat umur 16 hingga 17 tahun ialah 17 orang dan 10 orang dalam kelompok umur 18 hingga 20 tahun. Analisis dari jadual 2 juga menunjukkan bahawa responden lelaki berjumlah 43 orang (44.33%) daripada jumlah keseluruhan responden. Responden lelaki daripada kelompok umur 13 hingga 15 tahun berjumlah 18 orang manakala daripada umur 16 hingga 17 tahun pula seramai 13 orang dan 12 orang daripada jumlah responden lelaki mewakili kelompok mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun. 5.1.2 Analisis Bahagian B Untuk mengetahui maklumat mengenai pandangan dan pendapat pelajar-pelajar SMKA Mahaad Hamidiah terhadap perkhidmatan, makanan dan minuman, pengkaji membahagikan persetujuan resopenden kepada empat tahap iaitu sangat setuju (SS), setuju (S), tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS). Pengkaji juga mengklasifikasikan kajian ini kepada tiga aspek iaitu dari segi perkhidmatan yang diberikan, pengkaji letakkan dari soalan 1 hingga 9, makanan dan minuman yang disajikan ditempatkan dari soalan 10 hingga soalan 17 manakala harga yang ditetapkan pula dari soalan 18 hingga soalan 22. 5.1.2.1 Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Analisis kajian mendapati bahawa kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kantin berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila lebih separuh iaitu 51.34% di kalangan responden tidak bersetuju dengan kenyataan positif yang telah dinyatakan. (Lihat jadual 2)
  • 20. Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Bil. Item-item Soal Selidik Jawapan SETUJU (S) TIDAK SETUJU (TS) 1 (SS) 2 (S) 3 (TS) 4 (STS) f % f % F % f % 1 Susun atur kerusi dan meja yang sedia ada di kantin sesuai dengan kondisi dan bilangan pelajar. 13 13.4 25 25.8 38 39.2 21 21.6 39.2 % 60.8 % 2 Susun atur kerusi dan meja yang terdapat di kantin ini kemas dan teratur. 20 20.6 42 43.3 26 26.8 14 14.4 63.9 % 41.2 % 3 Kantin sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan ceria. 12 12.4 29 29.9 43 44.3 13 13.4 42.3 % 57.7 % 4 Pekerja-pekerja melayan pelanggan dengan ramah dan sopan. 13 13.4 33 34.0 30 30.9 21 21.6 47.4 % 52.5 % 5 Masa yang diambil untuk anda dapatkan perkhidmatan (layanan) mereka pada waktu rehat dan pada waktu-waktu lain sangat cepat. 11 11.3 37 38.1 28 28.9 22 22.7 49.4 % 51.6 % 6 Kaunter jualan untuk pelajar lelaki dan perempuan mesra pelanggan. 11 11.3 36 37.1 37 38.1 13 13.4 48.4 % 51.5 % 7 Kaunter pembayaran yang sedia ada memudahkan urusan pembayaran pelanggan. 6 6.2 30 30.9 41 42.3 20 20.6 37.1 % 62.9 % 8 Bilangan pelajar kantin ini sentiasa mencukupi dan cekap. 8 8.3 36 37.1 37 38.1 16 16.5 45.4 % 54.6 % 9 Pekerja-pekerja kantin sentiasa berketerampilan kemas dan bersih. 6 6.2 32 33.0 45 46.4 14 14.4 39.2 % 60.8 % 10 Komunikasi dan bahasa yang digunakan sangat baik dan mudah difahami. 16 16.5 44 45.4 27 27.8 10 10.3 61.9 % 38.1 % Jumlah Keseluruhan Peratusan 47.42 % 51.34 % Jadual 2 : Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan
  • 21. Kenyataan nombor satu adalah mengenai susunan kerusi dan meja. Responden merasakan bahawa susun atur yang sedia ada tidak sesuai dengan kondisi serta bilangan para pelajar. 60.8% daripada responden tidak bersetuju dengan kenyataan di nombor satu dan selebihnya (39.2%) bersetuju. Selain itu, kekemasan susun atur kerusi dan meja pula diperakui oleh responden dengan 63.9% yang bersetuju dan hanya 41.2% sahaja yang tidak bersetuju. Dari sudut keceriaan kantin pula, seramai 42.3% bersetuju dan 57.7% pula tidak bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa kantin sekolah ini belum lagi mencapai tahap ceria tetapi telah berada dalam keadaan ceria. Dalam masa yang sama pekerja-pekerja kantin ini melayan pelanggan dengan kurang ramah dan kurang sopan. Kenyataan ini menjadi kukuh apabila 52.5% responden tidak merasakan bahawa mereka dilayan dengan ramah dan sopan. Namun begitu, 47.4% lagi bersetuju dengan kenyataan di nombor 4. 51.6% responden merasakan mereka perlu menunggu lama untuk mendapatkan layanan daripada pekerja kantin pada waktu rehat dan waktu-waktu lain. 49.4% lagi merasakan sebaliknya. Kaunter jualan bagi pelajar sangat mesra pelanggan dan kenyataan ini ditolak oleh 51.5% responden dan 48.4% lagi bersetuju. Seterusnya kaunter pembayaran yang sedia ada tidak memudahkan urusan pembayaran pelanggan malah melambatkan proses pembayaran dengan kelambatan dalam pemulangan baki. Hal ini disokong oleh 62.9% responden. Sebanyak 37.1% responden lagi tidak merasakan sedemikian. Oleh itu mereka bersetuju dengan kenyataan yang tercatat pada nombor 7. Bilangan pekerja kantin sentiasa mencukupi dan cekap telah dibangkang oleh 54.6% responden tetapi baki dari keseluruhan responden iaitu 45.4% mempersetujuinya. Nombor 9 pula mengenai pekerja-pekerja. Mereka sentiasa berketerampilan kemas dan bersih. Kenyataan ini dipersetujui oleh 39.2% responden dan 60.8% responden tidak bersetuju kerana sememangnya pekerja-pekerja di kantin ini boleh dikategorikan sebagai selekeh terutamanya tukang masak. Walau bagaimanapun, komunikasi dan bahasa yang digunakan sangat baik dan mudah difahami meskipun menggunakan dialek Indonesia. Seramai 60 orang responden (61.9%) bersetuju dan selebihnya (38.1%) tidak bersetuju.
  • 22. Oleh itu, dapat dirumuskan di sini bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kantin ialah memuaskan. Pihak kantin perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka. 5.1.2.2 Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Makanan dan Minuman Melalui jadual 3 dapat dilihat bahawa lebih daripada separuh daripada responden berpuas hati terhadap kualiti makanan dan minuman yang disajikan kepada mereka di kantin. Analisis menunjukkan kira-kira 54.64 % daripada 100 % yang bersetuju dengan kenyataan yang diberikan dalam item soal selidik dari soalan 11 hingga 17. Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Makanan dan Minuman Bil. Item-item Soal Selidik Jawapan SETUJU (S) TIDAK SETUJU (TS) 1 (SS) 2 (S) 3 (TS) 4 (STS) f % f % F % f % 11 Makanan dan minuman yang disediakan pada waktu rehat mencukupi. 29 29.9 43 44.3 19 19.6 6 6.2 74.2 % 25.8 % 12 Makanan dan minuman yang disediakan berada dalam kondisi yang terjamin kebersihannya. 18 18.6 50 51.5 22 22.7 7 7.2 70.1 % 29.9 % 13 Dapur kantin berada dalam keadaan bersih dan kemas setiap masa. 16 16.5 34 35.1 35 36.1 12 12.4 51.6 % 48.5 % 14 Pekerja-pekerja sentiasa mementingkan serta menitik beratkan kebersihan dalam menyediakan sajian. 9 9.3 40 41.2 46 47.4 2 2.1 50.5 % 49.5 % 15 Nutrisi dalam setiap sajian sangat sesuai untuk pelajar. 8 8.2 42 43.3 39 40.2 7 7.2 51.5 % 47.4% 16 Makanan dan minuman yang disediakan bersesuaian dengan selera. 19 19.6 43 44.3 27 27.8 8 8.2 63.9 % 36.0 % 17 Anda tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan pesanan. 8 8.2 12 12.4 35 36.1 42 43.3 20.6 % 79.4 % Jumlah Keseluruhan Peratusan 54.64 % 45.21 % Jadual 3 : Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Makanan dan Minuman
  • 23. Berdasarkan peratusan responden yang bersetuju (74.2%) lebih tinggi berbanding responden yang tidak setuju (25.8%) maka kenyataan bahawa makanan dan minuman yang disediakan pada waktu rehat mencukupi tidak dapat disangkal lagi. Seterusya ialah kenyataan nombor 12 iaitu makanan dan minuman yang disediakan berada dalam kondisi yang terjamin kebersihannya juga tidak dapat disangkal apabila seramai 70.1% responden dan hanya 29.9% sahaja yang tidak bersetuju. 51.6% responden merasakan bahawa dapur kantin berada dalam kemas dan bersih pada setiap masa meskipun dapur itu tidak berada dalam keadaan yang sedemikian rupa. Hal ini berdasarkan pemerhatian pengkaji serta beberapa orang pelajar Namun hanya 48.5% sahaja yang tidak bersetuju bahawa dapur kantin sekolah ini bersih dan kemas setiap masa. Bagi item nombor 14 ialah para pekerja sentiasa menitikberatkan kebersihan dalam menyediakan makanan. 50.5% daripada responden bersetuju dan selebihnya (49.5%) tidak bersetuju. Hal ini juga menjadi satu kemusykilan bagi pengkaji kerana jika diteliti kembali, para pekerja kantin ini tidak menitik beratkan soal kebersihan dalam setiap sajian mereka kerana mereka tidak menggunakan sarung tangan semasa membuat burger. (Rujuk Gambar 1 pada lampiran). Seramai 51.5% responden bersetuju bahawa nutrisi dalam setiap sajian sangat sesuai dengan para pelajar tetapi 47.4% lagi tidak bersetuju. Seterusnya adalah dari segi selera pelanggan. Majoriti daripada responden (63.9%) bersetuju dan selebihnya (36.0%) merasakan menu yang disediakan tidak bersesuaian dengan selera mereka. Walau bagaiamanapun, sebanyak 79.4% responden berpendapat bahawa mereka perlu menunggu lama bagi mendapatkan pesanan mereka. 20.6% lagi bersetuju dengan kenyataan di nombor 17. Konklusinya, responden berpuas hati dengan kualiti makanan dan minuman yang disajikan kepada mereka meskipun berdasarkan pemerhatian pengkaji, pihak kantin ini perlu mempertingkatkan lagi tahap kebersihan mereka.
  • 24. 5.1.2.3 Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Harga Dalam perkara ini, pengkaji berasa hairan apabila pihak sekolah meluluskan harga yang diletakkan oleh pihak kantin semasa kontrak ditandatangani. Analisis menunjukkan bahawa harga yang ditetapkan kurang sesuai dengan status seorang pelajar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Contohnya, harga bagi dua ketul kuih ialah RM 1.00. Oleh itu hampir ¾ daripada kalangan pelajar bersetuju agar harga makanan dan minuman diturunkan. Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Harga Bil. Item-item Soal Selidik Jawapan SETUJU (S) TIDAK SETUJU (TS) 1 (SS) 2 (S) 3 (TS) 4 (STS) f % f % f % f % 18 Harga bagi setiap menu yang disediakan sangat berpatutan. 28 28.9 15 15.5 33 34.0 21 21.6 44.4 % 55.6 % 19 Harga makanan dan minuman sering berubah. 10 10.3 21 21.6 41 42.3 25 25.8 31.9 % 68.1% 20 Harga yang telah ditetapkan bersesuaian dan berpatutan dengan kuantiti dan kualiti sajian yang dijual. 18 18.6 32 33.0 34 35.1 13 13.4 51.6 % 48.5 % 21 Harga makanan dan minuman di kantin tidak perlu diturunkan. 15 15.5 6 6.2 27 27.8 49 50.5 21.7 % 78.3 % 22 Anda berpuas hati terhadap perkhidmatan, makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak kantin. 8 8.2 36 37.1 35 36.1 18 18.6 45.3 % 54.7 % Jumlah Keseluruhan Peratusan 38.97 % 61.03 % Jadual 4 : Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Harga Analisis daripada jadual 4 menunjukkan bahawa item pada nombor 18 iaitu harga bagi setiap menu yang disediakan sangat tidak berpatutan. Perkara ini dipersetujui oleh 55.6% dan 44.4% lagi tidak bersetuju. Namun begitu, harga di kantin ini adalah tetap dan tidak akan berubah selagi tidak mendapat persetujuan dari pihak sekolah. Hal ini kerana pihak kantin
  • 25. telah terikat dengan kontrak yang dipersetujui dengan pihak sekolah. Seramai 31.9% responden merasakan harga di kantin adalah tetap dan 68.1% lagi merasakan harga di kantin ini sering berubah. Dari sudut harga yang telah ditetapkan bersesuaian dan berpatutan dengan kuantiti dan kualiti sajian yang dijual pula, 51.6% responden mempersetujinya dan 48.5% tidak bersetuju. Seterusnya, harga makanan dan minuman di kantin ini tidak perlu diturunkan. Kenyataan ini hanya disokong oleh 21.7% responden dan 78.3% responden yang lain membangkang. Akhir sekali ialah mengenai tahap kepuasan mereka terhadap kesuluruhan perkhidmatan, makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak kantin. 45.3% bersetuju dan 54.7% lagi tidak bersetuju. Oleh yang demikian, dapat dirangkumkan bahawa harga yang ditawarkan berada dalam tahap yang memuaskan. Gabungan daripada peratusan ketiga-tiga aspek ini iaitu perkhidmatan (47.42%), makanan dan minuman (54.64%) serta harga yang ditawarkan (38.97%), maka jelas menunjukkan pengusaha kantin SMKA Maahad Hamidiah perlu melakukan pelbagai pembaharuan dan perubahan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan, kebersihan, kekemasan, makanan dan minuman kantin ini. Walau bagaimanapun, majoriti daripada responden berpuas hati terhadap makanan yang disediakan.
  • 26. 5.2 KEPENTINGAN MAKANAN Perkataan makanan tidak hanya berfokus kepada makanan semata-mata tetapi ia turut merangkumi minuman. Makanan dikatakan sangat penting bagi kelangsungan hidup seseorang manusia. Menurut Asmak Ab. Rahman (2009), makanan merupakan keperluan asas manusia untuk hidup. Oleh itu, setiap orang perlu mendapat makanan yang mencukupi untuk meneruskan kehidupannya. Ketiadaan bekalan makanan, ataupun ketidakmampuan untuk memperoleh makanan yang diperlukan untuk hidup, boleh membawa pelbagai masalah seperti penyakit, kematian dan sebagainya. Berdasarkan analisis soal selidik di atas, didapati bahawa kantin SMKAMH berjaya menjalankan tanggungjawabnya dalam menyediakan juadah bagi keperluan pelajar dan guru semasa berada di sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang perlu diperbaiki oleh pihak sekolah dan bukannya pihak kantin iaitu dengan mengubah peraturan tidak membenarkan pelajar membeli makanan sewaktu awal pagi di kantin kepada dibenarkan. Berdasarkan sesi temu bual bersama responden, pengkaji mendapati bahawa responden mahukan agar pihak sekolah membenarkan para pelajar untuk membeli makanan di kantin pada waktu pagi sebelum proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) berjalan. Hal ini kerana terdapat beberapa pelajar yang tidak sempat untuk bersarapan di rumah sedangkan pengambilan sarapan pagi sangat penting dalam membekalkan tenaga kepada pelajar. Perkara ini sejajar dengan kajian daripada Yuksel (2005), Menurut Yuksel dianggarkan seramai 825 juta manusia di seluruh dunia tidak dapat memperoleh makanan yang mencukupi untuk kehidupan yang sihat dan produktif. Kelaparan membawa kepada banyak kesan seperti terdedah kepada penyakit dan kematian, perkembangan otak yang terbatas, dan produktiviti yang rendah dalam kalangan generasi akan datang. Namun begitu, didapati pihak sekolah tidak membenarkan pelajar membeli makanan sewaktu awal pagi iaitu ketika sesi persekolahan belum bermula. Seharusnya, pihak sekolah perlu lebih prihatin terhadap pelajar yang tidak sempat mengambil sarapan pagi dengan membenarkan mereka membeli makanan di kantin sebelum sesi persekolahan dimulakan. Berdasarkan kajian pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei, mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik. Menurut Simeon dan MacGregor (1989) dalam Bowker
  • 27. (1999) menyatakan bahawa tidak mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan prestasi pembelajaran yang lemah di sekolah. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pengambilan makanan pada waktu pagi dan rehat sangat penting bagi memastikan pembelajaran yang lebih berkesan dan efisien bagi seorang pelajar. Otak perlu berada dalam keadaan segar dan anggota badan yang lain perlu berada dalam keadaan selesa bagi meneruskan pembelajaran tanpa sebarang komplikasi. Hal ini bukan sahaja baik bagi pelajar malah memberi kesan kepada prestasi akademik sekolah.
  • 28. 5.3 NUTRISI YANG SESUAI Kecemerlangan pelajar bukan sahaja dipengaruhi cara pembelajarannya tetapi dari segi pemakanan juga perlu diambil kira. Terdapat beberapa makanan yang tidak bersesuaian bagi seorang pelajar kerana akan menyebabkan apa yang telah dipelajari hilang dari minda seperti penggunaan Monosodium Glutamate (MSG) dalam masakan. Rata-rata pelajar gemar mengambil makanan segera seperti Maggi dan Bubur Knorr segera, terutamanya pelajar yang tinggal di asrama kerana lebih mudah, cepat dan sedap sedangkan bahan dalam makanan tersebut tidak baik untuk otak. Menurut Hamidah Noor (2006), status nutrisi dan kesihatan memberikan pengaruh yang kuat terhadap kebolehan kognitif dan psikomotor pelajar. Namun demikian, amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar masih kurang diaplikasi. Hal ini turut berlaku di kantin SMKAMH apabila penyediaan makanan yang terdapat di kantin kadangkala meragukan pelajar bahawa sama ada ia berkhasiat atau sekadar untuk dimakan semata-mata. Responden mengatakan bahawa mereka tidak ada sebarang pilihan untuk memilih makanan. Mahu atau tidak, mereka tetap perlu mengisi perut mereka. Mereka juga mengatakan bahawa kadangkala timbul persoalan di benak fikiran mereka sama ada makanan yang disajikan itu berkhasiat atau tidak contohnya makanan bersup yang dijual tidak mempunyai sebarang perasa. Ada juga yang memperkaui bahawa nutrisi itu sangat penting untuk seorang pelajar tetapi baginya, pihak kantin adalah merupakan pihak yang perlu tahu mengenai perihal ini. Pihak kantin seharusnya menyediakan nutrisi yang seimbang kerana mereka sudah sedia maklum bahawa mereka menyediakan makanan buat pelajar. Pemakananan untuk pelajar perlu diteliti dan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil mudah tentang itu terutamanya penggunaan MSG dalam masakan mereka. Terdapat 10 jenis makanan yang wajib ada di kantin. Makanan tersebut ialah ikan salmon, telur, mentega kacang, gandum murni, oat, beri, kekacang, sayuran berwarna, susu dan yogurt serta daging lembu tanpa lemak. Makanan ini akan dapat memberi banyak kelebihan kepada pelajar selain daripada meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi serta meransang pertumbuhan sel-sel otak. Penyediaan nutrisi yang terbaik buat pelajar dapat menjana nama baik sekolah apabila pelajar-pelajar memperoleh markah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
  • 29. Hal ini dapat dilihat melalui kajian Rosso (1999) yang mengatakan bahawa tahap kesihatan dan nutrisi yang rendah di kalangan pelajar sekolah menyumbang kepada sistem pendidikan yang tidak efisien. Namun begitu, meskipun terdapat beberapa kekangan dalam nutrisi makanan di kantin ini, para pelajar tetap berpuas hati dengan makanan yang disajikan buat mereka. Rata-rata pelajar terutamanya pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 tidak begitu ambil pusing mengenai kepentingan nutrisi dalam setiap makanan yang diambil oleh mereka. Konklusinya, menjadi kewajipan kepada pihak kantin untuk menyediakan nutrtisi yang seimbang dalam setiap sajian mereka. Namun begitu, para responden berpuas hati dengan makanan yang disediakan oleh pihak kantin kepada mereka kerana mereka tidak mengambil pusing aspek kepentingan nutrisi asalkan makanan itu sedap dan boleh dimakan.
  • 30. 5.4 KEBERSIHAN YANG SEPATUTNYA DIAMALKAN Rasulullah pernah bersabda, “kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Oleh itu, kebersihan merupakan aspek utama dalam segala perkara terutamanya makanan. Imej perniagaan perkhidmatan makanan bergantung sebahagian besarnya kepada kebersihan kawasan premis makan. Kebanyakan kantin tidak mempunyai dinding atau pagar yang dapat menghindarkan haiwan daripada berkeliaran dalam kawasan makan. Kadangkala kucing didapati memanjat ke atas meja dan kerusi. Gejala ini tidak harus berlaku kerana haiwan adalah pembawa bakteria dan boleh menyebabkan pencemaran makanan (Dudley, 1988). Pekerja kantin mesti menjauhi pemakaian barang-barang kemas, jam, pin atau sebarang perhiasan badan atau dibawa ke kawasan-kawasan pengendalian makanan kerana boleh mengancam keselamatan makanan sekiranya barangan tersebut termasuk ke dalam makanan. Mereka juga hendaklah menjaga kebersihan diri pada tahap yang tinggi, memakai jaket pelindung yang bersih, pelindung kepala, sarung tangan dan kasut. Sekiranya terdapat luka, hendaklah ditutup dengan pembalut kalis air yang sesuai, bagi pekerja yang dibenarkan untuk meneruskan pengendalian ke atas makanan. Ini akan memberikan tanggapan sama ada positif atau negatif kepada pengunjung kafeteria (Brown & Decgan, 1994). Jika dilihat pada premis kantin SMKAMH, terdapat banyak kucing yang berkeliaran dan juga ada yang memanjat kerusi dan meja semasa pelanggan sedang makan. Penampilan pekerja juga kurang kemas dan tempat untuk memasak sangat kotor dengan lantai yang basah, minyak yang terpercik beserta lalat dan serangga lain. Kuali tidak dicuci dengan baik. Oleh itu pengkaji tidak dapat untuk mengatakan bahawa kebersihan kantin ini berada di tahap yang memuaskan. Namun begitu, didapati para responden berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin sekolah ini. Oleh itu pengkaji dapat konklusi bahawa para pelajar mempunyai mentaliti yang rendah dari aspek kebersihan. Selaku seorang pelajar dari sebuah sekolah kluster, perkara ini tidak seharusnya berlaku. Pengkaji juga dapat katakan bahawa pemikiran mereka mengenai kebersihan bergantung kepada kehidupan mereka di rumah. Jika mereka merasakan kantin ini sudah cukup bersih, maka dapat diketahui bahawa keadaan rumah mereka juga setaraf dengan kantin sekolah ini. Jika mereka tidak merasakan bahawa kantin ini berada dalam tahap yang bersih maka pelajar tersebut sememangnya mementingkan aspek kebersihan dalam kehidupan sehariannya.
  • 31. Responden mengatakan bahawa penampilan pekerja-pekerja kantin sekolah ini dan juga cara mereka memasak sangat meloyakan. Hal ini ditambah pula dengan lalat yang sudah mati yang berada di sisi bahan masak (di atas kertas yang diletakkan gam untuk menangkap lalat). Bagi pendapatnya, jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia datang untuk membuat pantau, sudah tentu kantin ini akan disita selama sebulan. 5.6.1 Cara mengenali ciri-ciri kantin yang bersih Kementerian Kesihatan Malaysia telah menampal poster di beberapa kawasan seperti kawasan sekolah dan kafeteria mengenai cara untuk mengenali ciri-ciri kantin yang bersih. Oleh itu, pelajar disarankan agar melihat sama ada perkara ini dilakukan oleh pihak kantin atau tidak. Sekiranya tidak, maka pelajar perlu melaporkan kepada pihak sekolah agar pelbagai penyakit seperti keracunan makanan dapat dihindarkan. Makanan tersebut perlulah dilindungi dari haiwan seperti lalat, tikus, lipas dan bahan- bahan beracun serta habuk. Makanan juga mesti ditutup. Makanan yang dimasak dan bahan mentah haruslah diletakkan secara berasingan untuk mengelakkan pencemaran silang. Pekerja kantin mestilah menggunakan alat seperti penyepit/sudu/garpu untuk mengambil makanan. Bagi keselamatan para pelanggan, pihak kantin tidak boleh menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidang makanan. Yang paling penting ialah makanan tidak diletakkan atau disediakan di atas lantai dan para pekerja adalah dilarang sama sekali untuk merokok ketika menyediakan makanan. (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012). Konklusinya, kita perlulah mengambil berat mengenai hal kebersihan tidak kira di mana sahaja dan tidak kira dalam apa jua keadaan. Aspek kebersihan makanan tidak boleh dipandang ringan oleh pihak kantin. Penyakit-penyakit seperti keracunan makanan berpunca daripda kebersihan penyediaan dan hidangan makanan itu sendiri. Oleh itu pihak kantin perlu menyediakan makanan yang lebih berkualiti dalam semua aspek agar para pelajar mendapat tenaga yang secukupnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
  • 32. 5.5 KEHENDAK PARA PELAJAR Dalam melihat kepada tahap kepuasan para pelanggan yang terdiri daripada kalangan pelajar, kehendak mereka juga perlu diambil kira. Melalui borang soal selidik dalam bahagian C iaitu bahagian cadangan, dapat diketahui bahawa rata-rata responden mahu pengusaha kantin mencari pekerja kantin yang cekap dan pembersih. Pekerja juga perlu menutup aurat memandangkan mereka semua beragama Islam dan tambahan pula mereka berada di dalam kawasan sekolah agama. Bagi memperlihatkan kekemasan para pekerja, para responden mencadangkan agar para pekerja memakai pakaian uniform yang seragam. Perkhidmatan yang diberikan perlulah cepat ataupun pengusaha menggajikan lebih ramai lagi pekerja. Para responden menasihatkan agar para pekerja tidak memegang makanan selepas memegang tong sampah. Selain itu, para responden merasakan kedudukan meja dan kerusi kini tidak bersesuaian dan mereka berharap agar kedudukan itu diubah agar tampak lebih selesa. Disebabkan bilangan pelajar yang terlalu ramai, bilangan kerusi dan meja perlu ditambah. Bahagian dapur mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersih setiap masa. Sistem jual beli juga perlu dibaiki terutamanya dalam memulangkan baki kepada pelajar. Bahagian pelajar lelaki dan perempuan di kaunter jualan perlu diasingkan dengan lebih sistematik. Bagi memudahkan para pekerja, responden mahukan servis layan diri diadakan. Bagi menyelamatkan alam sekitar, responden mencadangkan agar cawan kertas diguna pakai. Mereka juga meminta agar pengusaha membuka kantin pada hari Sabtu dan Ahad dan yang paling penting ialah harga makanan perlu diturunkan. Responden juga turut mencadangkan beberapa jenis makanan yang bersesuaian dengan selera mereka iaitu nasi berlauk, nasi ayam, laksa, mi kari, chicken chop, ice blended, buah-buahan, jus buah dan sandwich.
  • 33. RUMUSAN Kantin bukanlah satu perkara yang asing dalam kehidupan seharian seorang insan. Fitrah semula jadi manusia (memerlukan makanan dan minuman) itu sendiri yang sebenarnya telah membawa kepada keperluan kantin kepada sesebuah institusi terutamanya institusi sekolah. Oleh hal yang demikian, pihak kantin perlu menggalas tanggungjawab ini bagi memastikan kantin SMKA Maahad Hamidiah berada dalam tahap cemerlang. Bukan sahaja untuk warga sekolah semata-mata tetapi juga buat jemaah-jemaah yang datang untuk solat jumaat di masjid sekolah ini. Dapat dikonklusikan di sini bahawa kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kantin berada dalam tahap memuaskan. 0 5 10 15 20 25 30 35 40 Cemerlang Baik Memuaskan Teruk Peratus(%) Tahap Kepuasan Pelanggan PERATUSAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN DALAM KALANGAN PELAJAR TERHADAP KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MAAHAD HAMIDIAH TAHUN 2013 PERKHIDMATAN MAKANAN HARGA
  • 34. Bagi keseluruhan tahap kepuasan pelanggan terhadap kantin SMKAMH, 34.9% daripada keseluruhan ialah memuaskan. 33.6% daripadanya ialah baik dan 17.4% lagi ialah teruk. Terakhir ialah cemerlang yang hanya 14.1%. Pengkaji merasakan pihak kantin haruslah menitik beratkan soal kebesihan dalam penyediaan makanan dan juga persekitaran kantin di samping mengambil kira kemahuan para pelanggan yang majoritinya adalah dari kalangan pelajar. Dari segi penyediaan makanan dan minuman pula, pihak kantin perlu mengurangkan penggunaan minyak masak dan gula. Hal ini kerana ia tidak baik untuk kesihatan kerana mampu menigkat kolestrol dan mampu mendatangkan penyakit kencing manis. Selain itu, sikap sopan dan mesra perlu ditunjukkan oleh setiap pekerja kantin. Akhir sekali, para pekerja wajib menutup aurat dengan sempurna kerana mereka beragama Islam. Diharapkan pihak kantin menyedari kekurangan dan kelebihan yang ada pada mereka dan dapat memperbaiki mana yang sepatutnya. Semoga kantin SMKAMH mendapat tempat di hati para pelanggannya.
  • 36. Peta 1: Peta Lokasi SMKA Maahad Hamidiah Sumber : http://www.google.com.my/maps Gambar 1 : Kondisi semasa rehat menengah atas bahagian putera
  • 37. Gambar 2 : Kondisi semasa rehat menengah atas bahagian puteri Gambar 3 : Penyediaan makanan
  • 38. Gambar 4 : Lalat di bahagian bahan masak Gambar 5 : Bahagian dapur
  • 39. Gambar 3 : Poster kebersihan TEMU BUAL BERSAMA BEBERAPA ORANG PELAJAR Soalan : Adakah pengambilan sarapan pagi sangat penting? “... tak adalah. Kadang-kadang tu rasa macam kesian jugak lah dekat pelajar yang tak dapat sarapan pagi sebab tak sempat tapi pihak sekolah kan macam pelik sikit. Hee. Em. Yelah... sebab tak bagi pelajar beli makanan masa waktu pagi sedangkan sarapan pagi tu kan penting. Kalau ada gastrik payah kang. Tak pasal-pasal tak dapat fokus dalam kelas ... “ PP/SMKAMH/T3/13 Soalan : Adakah kantin ini menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para pelajar? “haha. Em. Macam mana nak cakap eh? Em susah nak cakap sebab en kita bukannya boleh nak pilih-pilih tempat makan. Lain lah kalau ada berlambak kantin dalam sekolah ni tapi er ada lah jugak rasa cam ei benda ni berkhasiat ke?Er. Contohnya macam sup dia tu. Tak ada rasa langsung, sayur memang tak lah kan... PP/SMKAMH/T5/13
  • 40. Soalan : Nutrisi sangat penting bagi pelajar. Apakah pendapat anda tentang kenyataan tersebut? “... belasah je makan apa pun tapi memang betul lah yang nutrisi tu penting sebab kita nak belajar en. Jadi pihak kantin lah kena ambil tahu pasal benda ni. Tak kan nak ajar pulak en. haha ...” PL/SMKAMH/T6/13 “... saya tak kisah makan apa pun sebab mak saya cakap jangan memilih sangat. Janji makan ...” PP/SMKAMH/T1/13 Soalan : Sila berikan pendapat anda mengenai tahap kebersihan kantin ini. “... ehem kalau nak bagi pendapat memang banyak lah. Em hari tu aku ada pesan makanan kat kantin sebab tak sempat makan dekat dewan makan sebab ada kerja nak buat. Pastu tak ada pilihan pergilah kantin. Ya Allah rasa nak muntah sebab, satu, pekerja dia memang selekeh, sakai semua ada lah, pastu dorang boleh biar je lalat yang er banyak kot. Ei geli doh. Tahu en ? Dorang letak je dekat tepi bawang, sayur se semua tu pastu cedok kuah paprik tapi lalat tak sampai 3 kaki. Pergh memang terbaik lah. Geli geli geli . Uwek. Lantai basah tak yah cakap lah kan. Kalau Kementerian Kesihatan datang memang confirm bungkus lah dorang. Pengotor ...” PP/SMKAMH/T6/13 “Kebersihan makanan perlu diambil berat. Hari tu, saya beli makanan roti hotdog ada kulat. Lepas tu saya beli nasi goreng ada kumbang. Gempak kan?” PL/SMKAMH/T3/13
  • 41.
  • 42.
  • 43.
  • 44.
  • 45.
  • 46.
  • 47. BIBLIOGRAFI Abu Bakar bin Hashim & Noraini Azuani binti Yusoff (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Tahap Kebersihan Makanan di Kafeteria-kafeteria Di UTM Skudai. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Asmak Ab. Rahman, 2009. Sekuriti Makanan dari Perspektif Syariah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM). Hamidah Noor binti Md Yusoh, 2006. Amalan Pemakanan Yang Sihat Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik. Johor: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Kamus Dewan Edisi Keempat, 1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Makanan Bersih Pengguna Selamat, Berita Kosmo, 14 Mac 2013. Mohd Rizal et al, 2011. Amalan Kebersihan Makanan Dalam Kalangan Pengendali- pengendali Kantin di Sekolah Zon Skudai. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Mohd Said et al, 2010. Persepsi Guru Terhadap Kualiti Terhadap Makanan di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Bharu. Kuala Lumpur: Universit Teknologi Malaysia (UTM). Nurul Huda binti Hashim, 2008. Pengetahuan, Sikap dan Amalan Kebersihan dan Keselamatan Makanan di Kalangan Pengendali Makanan Hospital. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. World Health Organization, 2002. World Health Report 2002: Reducing Risks, Promoting Healthy Life. Geneva. Yuksel, Nalan (2005). Halving Hunger: It Can Be Done. London, GBR: Earthscan Publications. Zubaidah Haji Abdul Rahim, 1992. Pemakanan : Pendekatan Dari Segi Biokimia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.google.com.my. Telah dilayari pada 07.02.2013. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=makanan. Telah dilayari pada 08.02.2013
  • 48. https://maps.google.com.my/maps?q=peta+SMKA+Maahad+Hamidiah&oe=utf- 8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox- a&channel=np&um=1&ie=UTF-8&hl=en&sa=N&tab=wl. Telah dilayari pada 08.02.2013 http://anizyn.blogspot.com/2010/04/sarapan-pagi-penting-untuk-kesihatan.html#ixzz2NUZItehQ. Telah dilayari pada 14.03.2013
  • 49. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 900/4 – PENGAJIAN AM Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa anda bagi menjawab borang soal selidik ini. Dimaklumkan di sini bahawa seoal selidik ini adalah bertujuan meninjau pandangan serta pendapat warga sekolah terhadap perkhidmatan, makanan dan minuman yang disediakan/diberikan oleh pihak kantin sekolah. Borang ini disediakan adalah untuk kajian ilmiah penulis (Najwa Huda binti Mohd Shahidin dari kelas 6 Atas Ibn Hisyam) bagi melaksanakan PBS STPM bagi mata pelajaran Pengajian Am. Semua maklumat yang dikemukakan dalam soal selidik ini akan dirahsiakan. Kerjasama yang diberikan, penulis dahulukan ucapan ribuan terima kasih. Jasa anda amat dihargai. BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PANDANGAN DAN PENDAPAT WARGA SMKA MAAHAD HAMIDIAH TERHADAP PERKHIDMATAN, MAKANAN DAN MINUMAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK KANTIN SMKA MAAHAD HAMIDIAH
  • 50. Arahan : Sila jawab semua soalan. Semua soalan yang diberikan hendaklah dijawab mengikut pendapat dan pandangan anda sendiri. Bahagian A – Latar Belakang Sila tandakan ( / ) pada salah satu kotak yang berkenaan. 1. Jantina 2. Umur Lelaki Perempuan 13 – 15 tahun 16 – 17 tahun 18 – 20 tahun
  • 51. Bahagian B – Tahap Kepuasan Pelanggan Sila tandakan ( / ) pada salah satu kotak kosong yang disediakan di bawah. NO. PERKARA 1 2 3 4 1 Susun atur kerusi dan meja yang sedia ada di kantin sesuai dengan kondisi dan bilangan pelajar. 2 Susun atur kerusi dan meja yang terdapat di kantin ini kemas dan teratur. 3 Kantin sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan ceria. 4 Pekerja-pekerja melayan pelanggan dengan ramah dan sopan. 5 Masa yang diambil untuk anda dapatkan perkhidmatan (layanan) mereka pada waktu rehat dan pada waktu-waktu lain sangat cepat. 6 Tempat jualan untuk pelajar lelaki dan perempuan mesra pelanggan. 7 Kaunter pembayaran yang sedia ada memudahkan urusan pembayaran pelanggan. 8 Bilangan pekerja kantin ini sentiasa mencukupi dan cekap. Petunjuk : 1- sangat setuju 3 – tidak setuju 2 - setuju 4 - sangat tidak setuju
  • 52. 9 Pekerja-pekerja kantin sekolah ini sentiasa berketerampilan kemas dan bersih. 10 Komunikasi dan bahasa yang diguna pakai sangat baik dan mudah difahami. 11 Makanan dan minuman yang diberikan pada waktu rehat sangat mencukupi buat anda. 12 Makanan dan minuman yang sediakan berada dalam kondisi yang terjamin kebersihannya. 13 Dapur kantin sekolah ini berada dalam keadaan bersih dan kemas setiap masa. 14 Pekerja-pekerja sentiasa mementingkan serta menitik beratkan kebersihan dalam menyediakan setiap kajian. 15 Nutrisi dalam setiap kajian sangat sesuai buat anda. 16 Makanan dan minuman yang disediakan bersesuaian dengan selera. 17 Anda tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan pesanan. 18 Harga bagi setiap menu yang disediakan oleh pihak kantin sangat berpatutan. 19 Harga makanan dan minuman sering berubah 20 Harga yang telah ditetapkan bersesuaian dan berpatutan dengan kuantiti dan kualiti sajian yang dihidangkan.
  • 53. 21 Harga makanan dan minuman di kantin tidak perlu diturunkan. 22 Anda berpuas hati terhadap perkhidmatan, makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak kantin. Bahagian C – Cadangan 1. Berikan cadangan anda bagi menambahbaik kualiti perkhidmatan, makanan dan minuman di kantin SMKA Maahad Hamidiah. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 2. Berikan menu yang perlu ditambah / perlu ada di kantin SMKA Maahad Hamidiah. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ - SEKIAN, TERIMA KASIH -