SlideShare a Scribd company logo
1 of 38
Download to read offline
SEJARAH PENUBUHAN KEM WARDIEBURN
(1888-1972) DAN KINI (2013)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH
TAJUK :
NAMA CALON :
NOMBOR :
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN :
ALAMAT SEKOLAH/ :
ALAMAT CALON
NAMA GURU/ :
PEMERIKSA
TANDATANGAN :
GURU/PEMERIKSA
TARIKH :
MARKAH :
NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN
SMKA MAAHAD HAMIDIAH
JALAN SUNGAI RAMAL LUAR
43000 KAJANG, SELANGOR
ENCIK ZULKIPLI BIN ZAKARIA
21 FEBRUARI – 11 APRIL 2013
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan
dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon
menandatangani borang pengakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja
projek yang dihasilkan.
Nama Calon Najwa Huda Binti Mohd Shahidin
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat PBS Calon SMKA Maahad Hamidiah Kajang, Selangor
Makluman kepada calon :
Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan
sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek
yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati meniru dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja
projek tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon :
Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus
Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013), Sejarah (940) tanpa bantuan mana-mana
pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Sejarah :
Encik Zuklkipli bin Zakaria di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan)
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Penilai
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013),
Sejarah (940) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus
Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013) calon dan saya berpuas hati bahawa
sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013),
tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa Encik Zulkipli bin Zakaria
Tarikh
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran: No. Kad Pengenalan:
Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan
Projek
Ulasan Guru Tandatangan
Guru
Tandatangan
Calon
21.02.2013 Pemberitahuan cara menulis
PBS Sejarah.
28.02.2013 Guru menyemak kertas
cadangan yang diberikan.
07.03.2013 Semakan penulisan secara
kasar pada bahagian awal
kajian.
11.04.2013 Penyerahan Kerja Projek
kepada guru.
Pengesahan Guru Mata Pelajaran:
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja
dalam penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Sejarah Tahun 2013 mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru : ____________________________
Nama Guru : Encik Zulkipli bin Zakaria
Tarikh : ____________________________
Cap Sekolah :
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : Najwa Huda Binti Mohd Shahidin
No. Kad Pengenalan :
Angka Giliran :
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Dimensi Penilaian Markah
Penuh
Markah
Guru/Pemeriksa
Markah
Penyelaras
1. Pengetahuan 10
2. Organisasi 10
3. Komunikasi 10
4. Gaya, Mekanik dan Dokumentasi 10
5. Cadangan Kajian 7
6. Pembentangan 8
Jumlah Markah 55
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar
Tandatangan Guru/Pemeriksa :_______________
Nama : Encik Zulkipli bin Zakaria
No Kad Pengenalan :_______________________
Tarikh : ________________________________
No Telefon (sekolah) : 03 87376300
(bimbit) : _____________________
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas
adalah benar.
Tandatangan Penyelaras :________________________
Nama : ______________________________________
No. Kad Pengenalan : __________________________
Tarikh : _____________________________________
No. Telefon (sekolah) : _________________________
(bimbit) : _________________________
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Illahi kerana membantu penulis serta meminjamkan sedikit kekuatan-Nya
kepada penulis dalam menyiapkan kajian ini meskipun pelbagai perkara yang terpaksa
ditempuhi. Alhamdulillah, akhirnya, kajian ilmiah ini berjaya disiapkan hingga ke noktah
terakhir.
Segunung apresiasi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan buat
ayahanda dan bonda yang sangat memahami penulis dan juga yang turut membantu dari segi
kewangan dan motivasi kepada penulis semasa proses penulisan ini berlangsung. Begitu juga
buat kekanda-kekanda penulis yang turut sama membantu.
Jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran Sejarah STPM SMKA Maahad
Hamidiah yang juga merangkap pemeriksa penyelidikan ilmiah ini iaitu Encik Zulkipli bin
Zakaria. Selaku penyelia, beliau telah membimbing, memandu, memberikan tip-tip yang
berguna serta menegur dan menasihati penyelidik semasa dalam pembikinan kajian ini.
Terima kasih diucapkan.
Selaut penghargaan buat Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Zuki, Leftenan Kolonel
Md Rodzlan bin Mohd Shariff dan Mejar Hazizaton Naroslinda binti Nang serta para Pegawai
Kanan yang lain kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu ramah serta melayani penulis
dengan begitu baik sekali. Kenangan manis antara penulis dan semua warga kem tidak akan
dapat dilupakan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak Arkib Negara yang membantu
penulis dalam mencari bahan-bahan arkib yang diperlukan dan juga membenarkan penulis
untuk mencari bahan kajian di dalam Arkib Negara.
Seterusnya kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menyiapkan kajian ilmiah ini.
Sekian,
Najwa Huda Mohd Shahidin
April 2013
PENGENALAN
Peta 1: Lokasi Kem Wardieburn
Kem Wardieburn yang berkeluasan kira-kira 111.68 ekar dengan koordinat 3°12'38" Utara
101°43'28" Timur yang ada pada masa kini adalah merupakan sebuah kem yang ditubuhkan
sejak zaman tentera British beroperasi di Malaya (nama Malaysia suatu masa dahulu) dan
telah diduduki oleh tentera Gurkha/British. Pelbagai unit dan institusi dari pelbagai
perkhidmatan seperti 22nd
Special Air Service (SAS) Regiment telah ditempatkan di sini. Kem
ini berada dalam kawasan Setapak yang pada awalnya dikenali sebagai Batu Tapak dan nama
ini dipercayai diberi sempena nama ketua orang asli pada ketika itu kerana kawasan ini hanya
dihuni oleh orang asli dan orang Minangkabau. Walau bagaimanapun, pada 12 April 1888,
Frank Swettenham (Residen British Selangor) telah meluluskan penukaran nama baru yang
diguna pakai sehingga ke hari ini iaitu Setapak. Hal ini bersempena dengan kedudukannya
yang sangat hampir dengan Bandar Kuala Lumpur. Namun begitu, kem ini bukanlah sebuah
kem pada asalnya. Tapak kem Wardieburn pada hari ini merupakan tanah Wardieburn Estate
yang dimiliki oleh Robert Meikle dan Christopher Meikle sebelum diambil alih oleh Kuala
Lumpur Rubber Company (KLR) pada tahun 1906. Pengurus Wardieburn iaitu Encik
Campbell telah memohon agar tanah perkuburan dibina di ladang tersebut pada 18 Mei 1911.
Pada 18 Ogos 1939 pula, Kampong Lanjut Tin Dreging Ltd telah memohon kelulusan untuk
melombong bijih timah di Wardieburn Estate dan kebenaran untuk melombong telah
dikeluarkan pada 7 November 1941. Namun begitu, hasrat untuk melombong terhenti kerana
tentera Jepun sudah mula mendarat di Malaya pada 8 Disember 1941. Dalam tahun 1942,
kedudukan kem ini telah dimusnahkan oleh tentera Jepun dan telah dibina semula pada awal
1969. Setelah tentera Jepun menyerah diri pada tahun 1945, tanah seluas 32 ekar telah
diserahkan kepada pihak tentera pada 30 September 1947.
WARDIEBURN ESTATE
Ramai yang mengatakan bahawa asal usul nama Kem Wardieburn terdiri daripada tiga
perkataan Bahasa Inggeris iaitu war (perang) die (mati) dan burn (bakar). Namun hakikatnya,
itu hanyalah mitos semata-mata. Rentetan sejarah Kem Wardieburn bermula dengan
pengambilan nama ‘Wardieburn’ yang diambil daripada Wardieburn Estate yang telah dibuka
pada tahun 1888 oleh Robert Meikle dan Christopher Meikle. Mereka menamakan ladang
mereka sebagai Ladang Wardieburn bersempena dengan tempat tinggal bapa mereka di
Wardieburn, Edinburgh, Scotland. Ladang ini telah dimulakan dengan penanaman pokok kopi
yang semakin mendapat tempat dalam pasaran pada masa itu dan diikuti dengan penanaman
pokok getah pada tahun 1899 dan 1900.
Beberapa tahun kemudian, dengan bayaran sebanyak £180000 (RM 845 881.20), KLR
telah berjaya memperolehi lima ladang yang berkeluasan kira-kira 1582 ekar (640 ha) yang
terdiri daripada Kent Estate, Uganda Estate, Wardieburn Estate (1 April 1906), Gunung
Estate dan Klang Gates Estate. Meskipun sesetengah ladang-ladang ini dinamakan
bersempena dengan nama tempat tinggal di tanah air mereka tetapi tidak syak lagi bahawa
kesemua ladang-ladang ini terletak di kawasan yang dikenali kini sebagai Lembah Klang.
Dengan pengambilan Ladang Wardieburn oleh KLR maka tamatlah kuasa Robert Meikle dan
Chrsitopher Meikle ke atas ladang ini. Melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai, KLR telah
membeli ladang-ladang baru seperti Rawang Estate pada tahun 1912 bagi menambah bilangan
ladang mereka dan bermulalah penanaman getah secara besar-besaran oleh KLR.
Dalam masa yang sama, pengurus Ladang Wardieburn pada masa itu iaitu Mr.
Campbell telah memohon pembinaan tanah perkuburan di dalam kawasan ladang ini. Pada 16
Mei 1911, setiausaha Residen Selangor telah menghantar surat kepada pengurus tersebut
untuk memaklumkan bahawa permohonan yang diminta sepatutnya dihantar kepada
Pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur kerana lesen tanah perkuburan di bahagian yang
diingini telah pun diluluskan oleh Pegawai Kesihatan. Walau bagaimanpun, tidak ada
sebarang tanda kewujudan tanah perkuburan seperti yang disebut di atas pada ketika ini. Oleh
itu, dapat dikatakan di sini bahawa tidak berlaku sebarang pembinaan tanah perkuburan pada
tahun 1911 seperti yang telah diminta oleh Mr. Campbell kerana selepas permohonan itu,
KLR terus menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktivit penanaman getah yang dijalankan.
Kira-kira 932 ekar dari kawasan ladang ini telah ditanam dengan pokok getah.
Sebanyak 30 buah bilik dengan 8 blok dengan kemudahan tandas telah disediakan sebagai
tempat kediaman para pekerja ladang dan kemudahan prasarana yang disediakan ini berada
dalam keadaan bersih serta dijaga dengan baik. Kemudahan air pula, disalur melalui paip
yang disediakan dan sekiranya pam untuk menyalurkan air tersebut rosak atau tidak berfungsi,
para pekerja akan mendapatkan bekalan air dari telaga yang berhampiran dengan kedai-kedai
dan juga sempadan Ladang Wardieburn. Pada 28 April 1913, seramai 694 orang pekerja yang
terdiri daripada 638 orang India, 43 orang Cina dan 13 orang Melayu telah bekerja di ladang
ini dengan bayaran 33 sen untuk setiap 300 pokok getah bagi pekerja lelaki dan 25 sen bagi
pekerja wanita.
Apa yang lebih menarik, dalam kawasan ini juga No. 8 Brigade Group Medical Coy
(kumpulan perubatan) telah ditempatkan sebuah bilik rawatan bagi memberi khidmat kepada
para pekerja yang memerlukan dan juga bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dihantar ke
hospital sekiranya perlu. Sebuah ambulans disediakan bagi membawa para pesakit ke hospital
dan sebuah farmasi dibina untuk memudahkan para pesakit mendapatkan ubat yang mereka
perlukan. Semua pekerja ladang KLR mendapat rawatan perubatan di hospital bertempat di
Ladang Kent.
Lebih tepat lagi, pada suatu masa dahulu, sebuah hospital telah ditubuhkan di sini dan
juga di Kinrara. Walau bagaimanapun, hospital di kem ini telah pun ditutup manakala hospital
di Kinrara masih berjalan seperti biasa. Kemungkinan kem ini adalah merupakan destinasi
terakhir sebelum tentera-tentera tersebut dihantar pulang ke tempat asal mereka iaitu United
Kingdom atau negara-negara yang lain tahun 1970. Kerana itu, hospital pernah ditubuhkan di
sini (Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi, 2013).
Kampong Lanjut Tin Dredging Ltd telah memohon kelulusan daripada badan-badan
kerajaan dan juga memohon persetujuan daripada KLR untuk melombong bijih timah di
kawasan Ladang Wardieburn. Kelulusan untuk proses penukaran lesen Ladang Wardieburn
KLR daripda pertanian kepada perlombongan beserta syarat-syaratnya telah pun dikeluarkan
pada tahun 1922 dan kelulusan untuk menjalankan kegiatan perlombongan di kawasan ini
dikeluarkan pada 7 November 1941. Sebaik sahaja bahagian-bahagian yang telah dijalankan
operasi perlombongan berhenti dari beroperasi (selesai), bahagian tersebut akan diberimilik
semula oleh kerajaan kepada KLR atau penggantinya pada masa itu. Walau bagaimanapun,
kegiatan ini tidak dapat dilaksanakan meskipun kedua-dua belah pihak telah menandatangani
perjanjian bersama dan telah mendaftarkan diri di Pajabat Tanah di bawah nombor pendafaran
15274. Hal ini kerana pada ketika itu Perang Dunia Ke-2 sedang berlaku dan tentera Jepun
sudah mula memasuki Tanah Melayu (8 Disember 1941). Oleh itu, kegiatan melombong yang
baru hendak dimulakan dan kapal korek yang hendak dihantar dari Malim Nawar ke Ladang
Wardieburn terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Berikutan pendaratan Jepun di Tanah Melayu, sebuah ordinan telah dibina dengan
segera sebelum pendudukan Jepun di kawasan ini. Pada 31 Januari 1942, seluruh Tanah
Melayu telah jatuh ke tangan Jepun dan Tanah Melayu telah ditadbir oleh Jepun hampir
selama 5 tahun. Sebaik sahaja Jepun menyerah diri pada 16 Ogos 1945, tanah seluas 32 ekar
di Lot 3865 telah diserahkan kepada pihak tentera pada jam 10 pagi, 30 September 1947 dan
bahagian tanah ini menjadi milik pihak tentera sepenuhnya.
Pada tahun yang sama juga (1947), sebelum berlakunya penyerahan tanah kepada
pihak tentera, Syarikat Dad Claims and Hiring Kuala Lumpur telah bertanyakan persetujuan
pihak yang berkenaan untuk menandatangani perjanjian dengan mereka yang seterusnya akan
membenarkan pihak Kampong Lanjut Tin Dredging Ltd menyewa tanah tersebut selama
setahun seluas 20 ekar di Lot 3865 yang berada di sekeliling Kilang Pickle kerana kapal korek
biasa tidak akan dapat memasuki kawasan yang diingini.
Lebih kurang setahun kemudian, hasrat mereka untuk melombong bijih timah di
kawasan Ladang Wardieburn dan sekitarnya menjadi kenyataan apabila permohonan yang
dihantar kepada Pusat Pentadbiran Kawasan Tanah Melayu telah diluluskan pada 2 Jun 1948
dan sebuah peta telah diberikan bagi menunjukkan kawasan yang dibenarkan untuk
melombong.
Namun, menjadi suatu kesukaran buat mereka apabila pihak tentera berada di
bahagian Lot 3865. Oleh itu, sepucuk surat telah dihantar untuk bertanyakan bilakah masa
yang sesuai bagi pihak tentera untuk mengosongkan kawasan tersebut. Pihak tentera telah
berada di kawasan ini sebelum peperangan lagi dan bilangan kem pada masa itu sangat terhad.
Namun begitu, pihak Kampong Lanjut Tin Dredging Ltd amat berharap agar pihak tentera
dapat mengosongkan kawasan tersebut akhir tahun itu juga (1948).
Pada masa itu, tempat ini dijadikan tempat simpanan peluru dan senjata api (Mejar
Hazizaton, 2013). Kawasan Lot 3865 (Wardieburn Estate) yang diduduki oleh Jabatan
Tentera mempunyai 6 biji bom dan barangan senjata api yang lain seperti peluru berharga
yang telah disimpan secara strategik di kawasan ini. Oleh itu, mereka berharap agar
dipertimbangkan kembali pengambilan kawasan ini untuk dijadikan tempat perlombongan
kerana mereka perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan detik cemas
yang akan berlaku di Tanah Melayu seperti Perang Jepun. Tambahan pula, pada masa itu
Tanah Melayu diisytiharkan darurat sehingga tahun 1960 gara-gara Pakatan Komunis Malaya
(PKM) dan juga keadaan antarabangsa masih lagi belum stabil.
Arahan dijadikan kawasan ini sebagai tapak perlombongan tetap dijalankan seperti
biasa. Kawasan A akan dilombong pada tahun 1949 manakala kawasan B pula akan
dilombong 4 tahun kemudian. Sehingga ke hari ini, penulis tidak dapat melihat sebarang
kesan perlombongan dan didapati bahawa aktiviti tersebut tidak dijalankan sebaliknya tanah
tersebut semakin diluaskan kepada pihak tentera.
Dengan kehadiran tentera-tentera di Lot 3865 maka kawasan ini dikenali sebagai Kem
Wardieburn (Wardieburn Camp). Pada 1 April 1952, Penubuhan Khas Kepolisian telah
ditubuhkan di kem ini. Encik E. B. Skinner yang merupakan Suruhanjaya Kerosakan Perang
pada 19 Februari 1955 melaporkan tanah Kem Wardieburn sebelum perang ialah seluas 2700
ekar. 88.5 ekar untuk khemah Pihak Berkuasa Tentera dan 87 ekar untuk Pusat Latihan
Pengawal Tanah Air. Manakala 9 ekar lagi untuk bekalan air dan 192 ekar untuk kawasan
kediaman.
Tanah sebesar 257 ekar tanah telah dijual oleh KLR dengan harga $500 per ekar pada
2 Mac 1957. Walau bagaimanapun, penulis tidak mengetahui kepada siapakah KLR menjual
tanah tersebut. Alhamdulillah, pada tahun yang sama telah berlakunya sebuah peristiwa yang
pastinya tidak akan dapat dilupakan buat rakyat tempatan iaitu peristiwa kemerdekaan Tanah
Melayu (31 Ogos 1957).
Tidak lama kemudian, Skuadron 55 SAS (pasukan tentera British) telah meninggalkan
Kem Wardieburn pada 23 Mac 1959. Dengan kepulangan British ke tanah air mereka, kem ini
menjadi sepi dan telah diduduki oleh tentera negara. Pada 31 Julai 1960, pengisytiharan
darurat telah dibatalkan dan pada 16 April 1962, No. 8 Brigade Group Medical Coy telah
menyerahkan bahagian yang diduduki mereka kepada Jabatan Tentera.
Pada 29 April 1964, kerajaan akan berbincang mengenai hasrat mereka untuk membeli
606 ekar tanah Wardieburn. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Encik Khaw Kai
Boh, telah melawat tapak rancangan rumah murah di Ladang Wardieburn pada 3 September
1965. Tapak itu meliputi satu kawasan seluas 820 ekar dan akan menempatkan sebanyak
42000 buah rumah murah. Keseluruhan rancangan itu akan menelan belanja kira-kira RM150
juta dan dijangka siap dalam tempoh sepuluh tahun. Pada 18 September 1972, Ibu Pejabat
Jabatan Kerja Raya (Bahagia Senggara Tentera) mengatakan bahawa bangunan dan blok
kediaman di Kem Wardieburn akan berjaya dibina dan disiapkan.
KEM WARDIEBURN MASA KINI (2013)
Kem ini memuatkan seramai 4000 orang penghuni di dalamnya dengan pelbagai infrastruktur
yang disediakan di dalamnya. Kira–kira separuh daripada anggota tentera di kem ini tinggal di
sini dan selebihnya tinggal di tempat lain. Antara jenis kediaman yang diberikan ialah, rumah
banglo, rumah semi-d dan apartment (4 bilik) yang dilengkapi dengan perabot sepenuhnya.
Dari aspek kesihatan pula, sebuah klinik telah dibina di dalam kem ini bagi
kemudahan penghuni untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya. Dengan kemudahan ini,
mereka tidak perlu membazirkan duit dan tenaga mereka untuk keluar dari kawasan kem.
Dunia tanpa sempadan kini membuatkan sains dan teknologi sangat diperlukan dan
menjadi keutamaan dalam semua aspek. Oleh yang demikian, bagi menyenangkan para
penghuni untuk melayari internet dan sebagainya, sebuah kafe siber telah dibina dengan harga
yang sangat berpatutan iaitu RM1.50 per jam.
Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat sebuah perpustakaan mini yang mempunyai
pelbagai jenis buku yang dapat digunakan oleh anggota tentera bagi menambahkan ilmu
pengetahuan mereka. Kebiasaannya, anggota tentera kem ini akan berandang ke sini hampir
setiap hari untuk membaca surat khabar. Kemudahan yang lain adalah masjid yang terletak di
bahagian hadapan pagar masuk kem bagi memudahkan jemaah yang ingin solat jumaat untuk
bersolat di situ.
Dalam memberi keselesaan kepada penghuni, kem ini telah menyediakan pelbagai
jenis gelanggang dan padang agar mereka dapat menjalankan aktiviti riadah bersama rakan-
rakan ataupun dengan keluarga. Antara kemudahan sukan yang disediakan di kem ini ialah
gimnasium, padang bola, gelanggang futsal yang bertutup, gelanggang badminton, trek untuk
berjoging dan juga taman permainan bagi kanak-kanak. Dengan ini, ibu bapa tidak perlu risau
dengan keselamatan anak-anak mereka kerana semuanya disediakan dalam kawasan kem.
Kem Wardieburn pada hari ini jauh berbeza dengan Kem Wardieburn pada masa
dahulu. Namun begitu, pembangunan yang akan datang seperti naik taraf pejabat pentadbiran
masih dalam perancangan. Dapat dirumuskan bahawa pihak atasan kem ini sangat menjaga
kebajikan pekerja bawahannya apabila pelbagai kemudahan prasarana diberikan yang
bersesuaian mengikut peredaran masa dan juga keperluan para penghuni.
ORGANISASI PENTADBIRAN
Pada masa ini Tentera Darat mempunyai 4 Divisyen Infantri Tempur di bawah pemerintahan
Markas Tentera Darat yang bertempat di Kem Sungai Besi. Ibu Pejabat bagi Markas 1
Divisyen Infantri (1 Div) berada di Kem Bukavu Satok, Kuching, Sarawak manakala Markas
2 Divisyen Infantri (2 Div) pula bertempat di Kem Tun Razak, Bukit Gedong, Pulau Pinang.
Bagi Ibu Pejabat Markas 3 Divisyen Infantri (3 Div) ialah Kem Terendak, Melaka dan Kem
Wardieburn ini menjadi Ibu Pejabat bagi Markas Divisyen 4 Infantri (4 Div).
Divisyen biasanya mempunyai kekuatan 3 briged tempur dan disokong oleh pasukan
bantuan tempur seperti Semboyan, Polis Tentera, Akar Jurutera dan juga turut dibantu oleh
pasukan bantuan seperti pasukan kesihatan.
Markas 4 Div diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Zuki dan beliau
dibantu 11 Briged, 12 Briged dan Tp Div. Pasukan bantuan tempur ini pula diketuai oleh
Briged Jeneral dan di bawah mereka, terdapat beberapa batalion, skuadron, kompeni, platun
dan sebagainya yang akan membantu mereka.
Markas 4 Div
11 Briged 12 Briged Tp Div
PEGAWAI YANG DITEMPATKAN
Terdapat 17 susur galur pangkat dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) bermula dari Prebet
sehinggalah Jeneral yang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kumpulan Pegawai dan
kumpulan Lain-lain Pangkat (LLP).
Kumpulan Pegawai bermula daripada Leftenan Muda hingga Jeneral dan terbahagi kepada
tiga kelompok iaitu :
1. Kumpulan Pegawai Kanan
Jeneral Leftenan Jeneral Mejar Jeneral Brigedier Jeneral Kolonel Leftenan Kolonel
2. Kumpulan Pegawai Medan
Mejar
3. Kumpulan Pegawai Muda
Kapten Leftenan Leftenan Muda
Kumpulan Lain-lain Pangkat bermula dari prebet hingga Pegawai Waran I yang juga
terbahagi kepada tiga kelompok iaitu :
1. Kumpulan Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) Kanan.
Pegawai Waren I Pegawai Waren II Staf Sarjan Sarjan
2. Kumpulan Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) Rendah.
Koperal Lans Koperal
3. Prebet. Tidak mempunyai pangkat.
Kem Wardieburn menempatkan pegawai-pegawai yang berpangkat seperti yang disebut di
atas kecuali pangkat Jeneral dan Leftenan Jeneral. Kem ini diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’
Suhaimi bin Hj. Zuki yang menjawat jawatan sebagai Panglima 4 Div. Pegawai-pegawai dan
prebet-prebet yang ada dalam kem ini dan juga kem-kem di seluruh Malaysia dihantar oleh
Markas Tentera Darat (MINDEF).
TUGAS-TUGAS DAN KEGIATAN TENTERA
Orang awam mengetahui bahawa tugas seorang askar ialah menjaga keselamatan negara. Tak
kurang juga yang mengatakan bahawa pihak tentera hanya akan menjalankan tugas mereka
apabila pihak polis sudah tidak dapat mengawal keadaan bandar atau negara (darurat).
Hakikatnya, masih banyak lagi tugas-tugas tentera yang tidak diketahui ramai. Dalam
penulisan ini, penulis akan menerangkan serba sedikit tugas anggota tentera yang sebenarnya.
Tugasan semasa aman, pasukan infantri berkemampuan melaksanakan tugas-tugas
istiadat, membantu pihak berkuasa awam semasa bencana alam, ketenteraman awam, menjaga
keselamatan sempadan Malaysia daripada pendatang tanpa izin (PATI) serta penyuludupan
dan keselamatan kepada kawasan-kawasan yang berkepentingan. Kawasan jagaan bagi
Markas 4 Div ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Selain itu, anggota tentera kem ini juga terlibat dalam Operasi Pemerintahan Medan,
OPPASIR (Operasi Pulau Padanan, Sipadan Resort). 1 batalion telah dihantar ke tempat-
tempat yang telah ditentukan bagi menjaga keselamatan di kawasan tersebut. Mereka juga
terlibat dengan Op Wawasan dan Op Mas. Bukan itu sahaja, anggota tentera di kem ini turut
menjalankan kerja-kerja kebajikan seperti memberi bantuan kesihatan dan membina rumah.
Aktiviti kebajikan ini dipanggil sebagai Jiwa Murni. Dalam masa yang sama, mereka perlu
menjalani latihan ketenteraan bagi bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Antara latihan ketenteraan yang wajib dijalani ialah Latihan Tempatan, Latihan
Berterusan dan Latihan Kem Tahunan. Kursus, Seminar, hari Pegawai/PTT tergolong di
bawah jenis Latihan Berterusan. Mereka telah melalui Op Bamboo, beberapa jenis seminar,
latihan menembak, ujian kemahiran tempur, ujian berjalan kaki sejauh 15 km, ujian tahap
kecergasan dan bermacam-macam lagi. Latihan yang diberikan mestilah mematuhi piawaian
yang telah disediakan oleh Tentera Darat Malaysia.
Uniknya kem terletak pada kegiatan harian dan mingguan mereka dan juga perihal
agama yang sangat dititik beratkan di kem ini. Pada waktu pagi, mereka akan solat subuh
secara berjemaah di masjid kemudian mereka akan menjalan latihan fizikal (PT) pada waktu
pagi. Kemudian mereka akan masuk ke pejabat masing-masing. Pada waktu petang juga,
mereka akan menjalani latihan fizikal. Perkara ini terpulang kepada unit masing-masing dan
anggota tentera itu sendiri. Solat Zuhur dan Asar perlu dilakukan secara berjemaah.
Pada setiap hari Jumaat, solat dhuha secara berjemaah akan diadakan. Mereka juga
akan mengadakan qiamullail sekali untuk setiap bulan. Bagi mengimarahkan masjid, sebulan
sekali penceramah jemputan seperti Ustaz Don telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah
Maghrib. Kebiasannya. Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang akan menyampaikan
kuliah tersebut.
Konklusinya, kehidupan harian seorang tentera begitu padat. Penulis berasa sungguh
bangga dan kagum dengan mereka kerana sanggup untuk menggalas tanggungjawab dengan
menjadi seorang tentera.
SENJATA API YANG DIGUNAKAN
SENAPANG MODEL 16 (M-16)
Berat : 35 kg (tidak berisi peluru) dan 400 kg (berisi peluru penuh)
Panjang : 1 010 000 mm
Panjang laras : 508 mm
Peluru : 5.56 x 45 mm NATO
Mekanisme : Mekanisme gas dan putaran bolt
Rata-rata tembakan :12-15 putaran/minit berketelanjutan, 45-60 putaran/minit semi-
automatik, 700-950 putaran/minit siklik
Kecepatan peluru : 944.88 m/s
Jarak Efektif : 550 m (titik sasaran), 800 m (daerah sasaran)
Alat Bidik : Bidikan besi
PISTOL
Berat : 730 g
Panjang : 161.5 mm
Panjang laras : 93.5 mm
Peluru : 9x18 mm Makarov
Mekanisme : Blowback
Kecepatan peluru : 315 m/s
Jarak Efektif : 50 m
SENAPANG MESIN SERBA GUNA (GPMG)
Berat : 10.9 kg
Berat kaki tiga : 13.6 kg
Berat laras : 2.7 kg
Panjang : 125.8 cm
Panjang laras : 7.62mm
Berat 1x200 butir peluru : 5.4 kg
Mekanisme : Operasi gas piston panjang
Kecepatan peluru : 100-600 rds/min
Jarak Efektif : 200 – 1800 m
RUMUSAN
Kem Wardieburn pada suatu masa dahulu sangat berbeza dengan Kem Wardieburn yang ada
pada hari ini. Pelbagai penambah baikkan telah dilakukan. Kemudahan prasarana yang ada
pada masa awal penubuhan kem ini ternyata telah berubah sama sekali.
Rentetan sejarah ini tidak akan berhenti sebaliknya akan berterusan hinggan akhir
zaman. Dari pengambilan KLR terhadap Wardieburn Estate oleh Robert Meikle dan
Christopher Meikle, kini Kem Wardieburn dimiliki sepenuhnya oleh negara.
Pelbagai perkara telah ditempuhi oleh pihak tentera dalam mempertahankan tanah air
namun masih ada golongan yang tidak tahu berterima kasih dengan pihak tentera. Unit-unit
yang ada pada hari ini telah diubah suai sedikit demi sedikit bagi memudahkan sistem
ketenteraan. Unit kini masih sama seperti yang ada pada zaman dahulu cuma yang berbezanya
adalah tugas dan pecahannya.
Kegiatan harian yang begitu padat tidak membataskan mereka daripada melakukan
kebajikan kepada masyarakat. Meskipun perlu berhadapan dengan tugasan pejabat, tugasan di
medan perang dan juga latihan perang turut perlu diikuti.
Oleh itu, kisah mengenai ketenteraan adalah suatu yang sangat menyeronokkan
apabila dikupas dengan lebih mendalam lagi. Diharapkan Malaysia akan terus berada dalam
keadaan aman dan damai. Oleh yang demikian, masyarakat perlu berterima kasih kepada
pihak berkuasa kerana telah mambantu dalam menjaga keamanan negara.
LAMPIRAN
Gambar 1 : Barisan Kehormat di Kem Wardieburn tahun 1955
Gambar 2 : Eastern Daily Mail and Straits Morning Advertiser, 11 July 1906, Page 1
Gambar 3 : The Straits Times, Monday, 2 July 1933, Page 8.
Gambar 4 : Lawatan The Duke of Edinburgh ke Kem Wardieburn
Gambar 5 : Pemeriksaan ke atas 1st Battalion di Kem Wardieburn
Gambar 6 : Koperal Baker di Kem Wardieburn
Gambar 7 : Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi masa dahulu
Gambar 8 : Penerangan daripada Leftenan Kolonel Rodzlan
Gambar 9 : Lawatan bersama Pegawai Kanan
Gmbar 10 : Mural di bahagian laluan ke Indera Mahkota
Gmbar 11 : Kereta kebal di bahagian hadapan Markas 4 Div
Gambar 12 : Leftenan Kolonel Md Rodzlan
Gambar 13 : Mejar Hazizaton Naroslinda
Gambar 14 : Laluan ke Bilik Pnglima 4 Div
Gmbar 15 : Gambar Panglima-panglima 4 Div yang pertama hingga ke-18
Gambar 16 : Bahagian luar bilik Pnglima 4 Div
Gambar 17 :
Penulis bersama Mej. Jen Dato’ Suhaimi (Panglima 4 Div) dan Lef. Konel Rodzlan
.
KERTAS CADANGAN BAGI KERJA
KURSUS SEJARAH
Nama : Najwa Huda Binti Mohd Shahidin
Kelas : 6 Ibn Hisyam
No I/C :
Nama Guru : Encik Zulkipli bin Zakaria
Tajuk : Sejarah Penubuhan Kem Wardieburn (1888-1972) dan Kini
(2013)
PEMILIHAN TAJUK
Penulis telah memilih tajuk Sejarah Penubuhan Kem Wardieburn (1888-1972) dan Kini
(2013) yang terletak di Setapak kerana kawasan kajian ini berhampiran dengan tempat
kediaman keluarga penulis. Hal ini, akan memudahkan penulis untuk berurusan dengan pihak
kem. Dalam masa yang sama, penulis amat tertarik dengan tugas seorang tentera sedari
dahulu lagi kerana datuk penulis merupakan bekas tentera. Bagi penulis, kisah mengenai
perihal tentera amat sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana tidak ramai yang
menghargai perjuangan mereka pada hari ini. Tambahan pula, penulis tidak menjumpai
mana-mana kajian mengenai kem ini. Meskipun kawasan ini mempunyai penduduk yang
ramai dan amat strategik tetapi tidak ramai yang berminat untuk mengetahui sejarah di sebalik
kem ini. Oleh itu, penulis berasa terpanggil untuk mengkaji mengenai kem ini agar lebih
ramai lagi akan mengikut jejak langkah penulis.
PENGENALAN
Kem Wardieburn yang berkeluasan kira-kira 111.68 ekar dengan koordinat 3°12'38" Utara
101°43'28" Timur yang ada pada masa kini adalah merupakan sebuah kem yang ditubuhkan
sejak zaman tentera British beroperasi di Malaya (nama Malaysia ketika itu) dan telah diduki
oleh tentera Gurkha/British. Pelbagai unit dan institusi dari pelbagai perkhidmatan seperti
22nd
Special Air Service (SAS) Regiment telah ditempatkan di sini. Kem ini berada dalam
kawasan Setapak yang pada awalnya dikenali sebagai Batu Tapak dan nama ini dipercayai
diberi sempena nama ketua orang asli pada ketika itu kerana kawasan ini hanya dihuni oleh
orang asli dan orang Minangkabau. Walau bagaimanapun, pada 12 April 1888, Frank
Swettenham (Residen British Selangor pada masa itu) telah meluluskan penukaran nama baru
yang digunapakai sehingga ke hari ini iaitu Setapak. Hal ini bersempena dengan
kedudukannya yang sangat hampir dengan Bandar Kuala Lumpur.
OBJEKTIF KAJIAN
a) Mengenal pasti asal usul kemunculan Kem Wardieburn.
b) Mengkaji kebenaran khabar angin mengenai nama Wardieburn.
c) Mengetahui tugas seorang tentera.
d) Mengenal pasti kemudahan yang terdapat dalam Kem Wardieburn.
PERMASALAHAN KAJIAN
a) Tidak ada mana-mana pihak yang pernah menulis mengenai sejarah kewujudan kem ini.
b) Banyak desas-desus mengenai asal usul nama kem ini.
c) Ramai yang mengatakan tentera tidak mempunyai tugas yang banyak.
SKOP KAJIAN
Skop kajian ini bermula pada tahun 1888 iaitu semasa sebelum kedatangan Jepun ke Tanah
Melayu dan berakhir pada 1972. Walau bagaimanapun, penulis tetap akan menfokuskan pada
masa kini iaitu tahun 2013 untuk melihat Kem Wardieburn pada hari ini.
KAEDAH KAJIAN
Untuk hasil kajian penulis ini, penulis telah mengaplikasikan beberapa jenis kaedah kajian.
Antaranya ialah :
a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, penulis telah menemu ramah beberapa
orang Pegawai Kanan dan juga Pegawai Lain-lain Pangkat.
b) Kaedah pemerhatian :- Penulis telah melawat kawasan kajian iaitu Kem Wardieburn
yang terletak di setapak seorang diri.
c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut penulis aplikasikan
kerana terdapat akhabar mengenai perihal asal usul Kem Wardieburn keluaran Singapura
yang tidak terdapat di Malaysia.
d) Pembacaan bahan arkib :- Penulis telah mencari dan membaca beberapa bahan dari
Arkib Negara yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian penulis.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Bahagian 1 : Wardieburn Estate
Penulis menceritakan mengenai pindah milik Wardieburn Estate kepada Kuala Lumpur
Rubber Company Ltd. (KLR). Kisah-kisah yang terjadi seperti perlombongan bijih timah
sepanjang nama Wardieburn Estate diguna pakai dan jugalah unit-unit yang ada di dalamnya
seperti No. 8 Brigade Group Medical Corps (kumpulan perubatan).
Bahagian 2 : Kem Wardieburn Masa Kini (2013)
Penulis menerangkan segala infrastruktur yang terdapat di dalam kem ini daripada perumahan
hinggalah kawasan taman permainan untuk kanak-kanak. Kemudahan prasarana yang terdapat
di dalam kem ini boleh dikatakan hampir lengkap. Bagi mendapatkan barangan basah dan
barangan harian, mereka hanya perlu berjalan beberapa meter untuk sampai ke pasaraya yang
besar seperti Festival City kerana lokasinya yang berdekatan dengan pasaraya-pasaraya besar.
Bahagian 3 : Organisasi Pentadbiran
Divisyen 4 Infantri Malaysia (4 Div) merupakan kepala untuk bahagian pentadbiran kem ini
dan terdapat tiga unit yang berdiri di bawahnya. Antaranya ialah 11 Briged dan 12 Briged.
Walau bagaimanapun, 4 Div ini tidak hanya terdapat di kem ini sahaja. Apa yang lebih
menarik lagi, 4 Div di Kem Wardieburn merupakan head quarters kepada 4 Div seluruh
Malaysia.
Bahagian 4 : Tugas-tugas dan Kegiatan Tentera
Ramai orang yang sering menyatakan bahawa untuk menjadi seorang tentera perlulah bersiap
seida dari segi fizikal dan mental. Meskipun mereka berhadapan dengan lambakan kerja yang
begitu banyak, mereka tetap komited menjalani latihan ketenteraan untuk bersiap siaga bagi
mempertahankan tanah air yang tercinta.
Bahagian 5 : Pegawai Yang Ditempatkan
Prebet dan pegawai tentera yang ditempatkan di sini dihantar oleh MINDEF. Kira-kira
seramai 40 orang Pegawai Kanan dan 159 orang Pegawai Lain-lain Pangkat (LLP) telah
ditempatkan di kem ini. Jawatan yang tertinggi di kem ini ialah Mejar Jeneral.
Bahagian 6 : Senjata Yang Digunakan
Memandangkan bahagian 4 Div ini lebih berfokus kepada penjagaan bandar maka senjata api
yang diguna pakai tidaklah terlalu banyak. Antara yang digunakan oleh mereka ialah
senapang M-16, GPMG dan pistol.
PENUTUP
Penulis berharap, dengan hasil kajian penulis ini, masyarakat akan membuka mata untuk lebih
menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh pihak tentera seperti yang berlaku di Lahad Datu.
Penulis juga berharap agar masyarakat akan menilai sesuatu sejarah itu dengan mata hati.
Perjuangan tentera pada zaman dahulu tidak wajar untuk dilupakan kerana mereka sanggup
berjuang bermati-matian dalam mempertahankan negara seperti mana yang dilakukan oleh
Leftenan Adnan. Diharapkan agar sejarah mengenai kem ini akan dikarang oleh orang lain
dengan lebih baik lagi agar kem ini lebih menyinar di mata masyarakat.
BIBLIOGRAFI
Buletin 4 Divisyen, Bil 18/2010
Buletin 4 Divisyen, Bil 17/2010
Buletin 4 Divisyen, Bil 18/2010
Gambar barisan kehormat di Kem Wardieburn, Setapak Kuala Lumpur (1955). Kuala
Lumpur : Arkib Negara.
RECEPTION CAMP AT WARDIEBURN ESTATE - POLICY, bahan arkib. Kuala Lumpur :
Arkib Negara.
Request from Kampong Lanjut Tin Dredging Limited for Government's assistance in getting
the Army to evacuate an area of 32 acres of the Wardieburn Estate occupied by the
army, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara.
Training Centre for Community Development, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara
Terms approved in 1922 for the issue of a prospecting Licence and for the conversion
from Agricultural Title to Mining Title in the case of Wardieburn Estate : Kuala
Lumpur Rubber Company, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara.
Wardieburn Estate. Water for the:- Ask for Mr. James Mrikle's letter, bahan arkib. Kuala
Lumpur : Arkib Negara.
Temu bual bersama Mejar Hazizaton Naroslinda binti Nang (PS2 Pendidikan) di pejabatnya
di Kem Wardieburn pada jam 3.45 petang,
Temu bual bersama Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Zuki, Panglima 4 Div, Kolonel Dr.
Zakaria (Medical), Kolonel Dr. Zahani (Dental ), Leftenan Kolonel Ishak (G3-OPS),
Leftenan Kolonel Md Rodzlan bin Mohd Shariff (G4-JLJ) di Indera Mahkota, Markas 4
Div, Kem Wardieburn pada jam 10.37 pagi , 29 April 2013.
http://www.rsgc.com.my/Heritage-History.htm. Telah dilayari pada 30.03.2012
http://www.klk.com.my/corporate-information/milestones/1969-1906/. Telah dilayari pada
30.03.2013
http://prpm.dbp.gov.my/. Telah dilayari pada 30.03.2013
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/9c414dbb47e140c148256aaa00
13486f/587901303870c427482570ee000c1b14/$FILE/KLK-Cover-100YearsHistory-
Contents((27KB).pdf. Telah dilayari pada 30.03.2013
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19371224.2.132.aspx. Telah dilayari
pada 30.03.2013
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19121211.2.83.aspx. Telah dilayari pada
08.04.2013
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19131208-1.2.74.aspx. Telah dilayari
pada 08.04.2013
http://www.britains-smallwars.com/malaya/reg.html. Telah dilayari pada 08.04.2013
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-20051964.pdf. Telah dilayari pada
09.04.2013
http://kaptnizam.wordpress.com/atm/. Telah dilayari pada 10.04.2013
http://army.mod.gov.my/raw/index.php/latihan/25-jenis-latihan. Telah dilayari pada
10.04.2013

More Related Content

What's hot

3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
asihwiniy viniy
 
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
Nurul Atikah
 
Kuliah 8 Kritikan Seni STPM 2012
Kuliah 8 Kritikan Seni  STPM 2012Kuliah 8 Kritikan Seni  STPM 2012
Kuliah 8 Kritikan Seni STPM 2012
Norhayati Ismail
 
Dokumen skpm 2010
Dokumen skpm 2010Dokumen skpm 2010
Dokumen skpm 2010
Dapit Takka
 
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Noor Salina
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatif
Nadwah Khalid
 

What's hot (20)

3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
Maksud diftong
Maksud diftongMaksud diftong
Maksud diftong
 
Pelukis catan cat air pulau pinang
Pelukis catan cat air pulau pinangPelukis catan cat air pulau pinang
Pelukis catan cat air pulau pinang
 
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
 
KEMAHIRAN PENGURUSAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
KEMAHIRAN PENGURUSAN PENGAJIAN PERNIAGAANKEMAHIRAN PENGURUSAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
KEMAHIRAN PENGURUSAN PENGAJIAN PERNIAGAAN
 
Kuliah 8 Kritikan Seni STPM 2012
Kuliah 8 Kritikan Seni  STPM 2012Kuliah 8 Kritikan Seni  STPM 2012
Kuliah 8 Kritikan Seni STPM 2012
 
Dokumen skpm 2010
Dokumen skpm 2010Dokumen skpm 2010
Dokumen skpm 2010
 
TAKLIMAT KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA 2022.pptx
TAKLIMAT KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA 2022.pptxTAKLIMAT KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA 2022.pptx
TAKLIMAT KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA 2022.pptx
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
 
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
910 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM (Baharu)
 
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualSeni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
 
Biodata a.samad said
Biodata a.samad saidBiodata a.samad said
Biodata a.samad said
 
Cadangan Proposal.pptx
Cadangan Proposal.pptxCadangan Proposal.pptx
Cadangan Proposal.pptx
 
Revolusi industri 4 dalam pendidikan terkini
Revolusi industri 4 dalam pendidikan   terkiniRevolusi industri 4 dalam pendidikan   terkini
Revolusi industri 4 dalam pendidikan terkini
 
Draf transkrip soalan temubual bersama orang sumber 1 -Perayaan di Malaysia
Draf transkrip soalan temubual bersama orang sumber 1 -Perayaan di MalaysiaDraf transkrip soalan temubual bersama orang sumber 1 -Perayaan di Malaysia
Draf transkrip soalan temubual bersama orang sumber 1 -Perayaan di Malaysia
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Perancangan pd p kmr
Perancangan pd p kmrPerancangan pd p kmr
Perancangan pd p kmr
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatif
 

Viewers also liked

Jms 418 sejarah kajian tempatan -penanaman padi
Jms 418  sejarah kajian tempatan  -penanaman padiJms 418  sejarah kajian tempatan  -penanaman padi
Jms 418 sejarah kajian tempatan -penanaman padi
Siti Raudhah
 
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
Nurul Atikah
 
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Athirah Amalina
 
Senarai Mata Pelajaran SPM 2014
Senarai Mata Pelajaran SPM 2014Senarai Mata Pelajaran SPM 2014
Senarai Mata Pelajaran SPM 2014
ciklaili. com
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Linda Zain
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
yenchuxx
 

Viewers also liked (17)

Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
 
Jms 418 sejarah kajian tempatan -penanaman padi
Jms 418  sejarah kajian tempatan  -penanaman padiJms 418  sejarah kajian tempatan  -penanaman padi
Jms 418 sejarah kajian tempatan -penanaman padi
 
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
 
PBS Sejarah STPM
PBS Sejarah STPMPBS Sejarah STPM
PBS Sejarah STPM
 
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
 
Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013
Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013
Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013
 
Senarai Mata Pelajaran SPM 2014
Senarai Mata Pelajaran SPM 2014Senarai Mata Pelajaran SPM 2014
Senarai Mata Pelajaran SPM 2014
 
Contoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian AmContoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian Am
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PA
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
sejarah stpm penggal 2
sejarah stpm penggal 2sejarah stpm penggal 2
sejarah stpm penggal 2
 
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
 

More from Nur Paşa (6)

Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
 
Contoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahContoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM Syariah
 
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamPeranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
 
Phantom-limb Pain
Phantom-limb Pain Phantom-limb Pain
Phantom-limb Pain
 
6 in 1 key chain
6 in 1 key chain6 in 1 key chain
6 in 1 key chain
 
Idhofah
IdhofahIdhofah
Idhofah
 

Recently uploaded (8)

Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
 

Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

  • 1. SEJARAH PENUBUHAN KEM WARDIEBURN (1888-1972) DAN KINI (2013) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH TAJUK : NAMA CALON : NOMBOR : KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN : ALAMAT SEKOLAH/ : ALAMAT CALON NAMA GURU/ : PEMERIKSA TANDATANGAN : GURU/PEMERIKSA TARIKH : MARKAH : NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN SMKA MAAHAD HAMIDIAH JALAN SUNGAI RAMAL LUAR 43000 KAJANG, SELANGOR ENCIK ZULKIPLI BIN ZAKARIA 21 FEBRUARI – 11 APRIL 2013
  • 2. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang pengakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan. Nama Calon Najwa Huda Binti Mohd Shahidin No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon SMKA Maahad Hamidiah Kajang, Selangor Makluman kepada calon : Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati meniru dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon : Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013), Sejarah (940) tanpa bantuan mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Sejarah : Encik Zuklkipli bin Zakaria di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan) Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013), Sejarah (940) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013), tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Encik Zulkipli bin Zakaria Tarikh
  • 3. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: No. Kad Pengenalan: Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Projek Ulasan Guru Tandatangan Guru Tandatangan Calon 21.02.2013 Pemberitahuan cara menulis PBS Sejarah. 28.02.2013 Guru menyemak kertas cadangan yang diberikan. 07.03.2013 Semakan penulisan secara kasar pada bahagian awal kajian. 11.04.2013 Penyerahan Kerja Projek kepada guru. Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Sejarah Tahun 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru : ____________________________ Nama Guru : Encik Zulkipli bin Zakaria Tarikh : ____________________________ Cap Sekolah :
  • 4. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : Najwa Huda Binti Mohd Shahidin No. Kad Pengenalan : Angka Giliran : (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Dimensi Penilaian Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras 1. Pengetahuan 10 2. Organisasi 10 3. Komunikasi 10 4. Gaya, Mekanik dan Dokumentasi 10 5. Cadangan Kajian 7 6. Pembentangan 8 Jumlah Markah 55 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar Tandatangan Guru/Pemeriksa :_______________ Nama : Encik Zulkipli bin Zakaria No Kad Pengenalan :_______________________ Tarikh : ________________________________ No Telefon (sekolah) : 03 87376300 (bimbit) : _____________________ PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Penyelaras :________________________ Nama : ______________________________________ No. Kad Pengenalan : __________________________ Tarikh : _____________________________________ No. Telefon (sekolah) : _________________________ (bimbit) : _________________________
  • 5. PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Illahi kerana membantu penulis serta meminjamkan sedikit kekuatan-Nya kepada penulis dalam menyiapkan kajian ini meskipun pelbagai perkara yang terpaksa ditempuhi. Alhamdulillah, akhirnya, kajian ilmiah ini berjaya disiapkan hingga ke noktah terakhir. Segunung apresiasi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan buat ayahanda dan bonda yang sangat memahami penulis dan juga yang turut membantu dari segi kewangan dan motivasi kepada penulis semasa proses penulisan ini berlangsung. Begitu juga buat kekanda-kekanda penulis yang turut sama membantu. Jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran Sejarah STPM SMKA Maahad Hamidiah yang juga merangkap pemeriksa penyelidikan ilmiah ini iaitu Encik Zulkipli bin Zakaria. Selaku penyelia, beliau telah membimbing, memandu, memberikan tip-tip yang berguna serta menegur dan menasihati penyelidik semasa dalam pembikinan kajian ini. Terima kasih diucapkan. Selaut penghargaan buat Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Zuki, Leftenan Kolonel Md Rodzlan bin Mohd Shariff dan Mejar Hazizaton Naroslinda binti Nang serta para Pegawai Kanan yang lain kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu ramah serta melayani penulis dengan begitu baik sekali. Kenangan manis antara penulis dan semua warga kem tidak akan dapat dilupakan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak Arkib Negara yang membantu penulis dalam mencari bahan-bahan arkib yang diperlukan dan juga membenarkan penulis untuk mencari bahan kajian di dalam Arkib Negara. Seterusnya kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kajian ilmiah ini. Sekian, Najwa Huda Mohd Shahidin April 2013
  • 6. PENGENALAN Peta 1: Lokasi Kem Wardieburn Kem Wardieburn yang berkeluasan kira-kira 111.68 ekar dengan koordinat 3°12'38" Utara 101°43'28" Timur yang ada pada masa kini adalah merupakan sebuah kem yang ditubuhkan sejak zaman tentera British beroperasi di Malaya (nama Malaysia suatu masa dahulu) dan telah diduduki oleh tentera Gurkha/British. Pelbagai unit dan institusi dari pelbagai perkhidmatan seperti 22nd Special Air Service (SAS) Regiment telah ditempatkan di sini. Kem ini berada dalam kawasan Setapak yang pada awalnya dikenali sebagai Batu Tapak dan nama ini dipercayai diberi sempena nama ketua orang asli pada ketika itu kerana kawasan ini hanya dihuni oleh orang asli dan orang Minangkabau. Walau bagaimanapun, pada 12 April 1888, Frank Swettenham (Residen British Selangor) telah meluluskan penukaran nama baru yang diguna pakai sehingga ke hari ini iaitu Setapak. Hal ini bersempena dengan kedudukannya yang sangat hampir dengan Bandar Kuala Lumpur. Namun begitu, kem ini bukanlah sebuah kem pada asalnya. Tapak kem Wardieburn pada hari ini merupakan tanah Wardieburn Estate yang dimiliki oleh Robert Meikle dan Christopher Meikle sebelum diambil alih oleh Kuala Lumpur Rubber Company (KLR) pada tahun 1906. Pengurus Wardieburn iaitu Encik Campbell telah memohon agar tanah perkuburan dibina di ladang tersebut pada 18 Mei 1911. Pada 18 Ogos 1939 pula, Kampong Lanjut Tin Dreging Ltd telah memohon kelulusan untuk melombong bijih timah di Wardieburn Estate dan kebenaran untuk melombong telah dikeluarkan pada 7 November 1941. Namun begitu, hasrat untuk melombong terhenti kerana tentera Jepun sudah mula mendarat di Malaya pada 8 Disember 1941. Dalam tahun 1942, kedudukan kem ini telah dimusnahkan oleh tentera Jepun dan telah dibina semula pada awal 1969. Setelah tentera Jepun menyerah diri pada tahun 1945, tanah seluas 32 ekar telah diserahkan kepada pihak tentera pada 30 September 1947.
  • 7. WARDIEBURN ESTATE Ramai yang mengatakan bahawa asal usul nama Kem Wardieburn terdiri daripada tiga perkataan Bahasa Inggeris iaitu war (perang) die (mati) dan burn (bakar). Namun hakikatnya, itu hanyalah mitos semata-mata. Rentetan sejarah Kem Wardieburn bermula dengan pengambilan nama ‘Wardieburn’ yang diambil daripada Wardieburn Estate yang telah dibuka pada tahun 1888 oleh Robert Meikle dan Christopher Meikle. Mereka menamakan ladang mereka sebagai Ladang Wardieburn bersempena dengan tempat tinggal bapa mereka di Wardieburn, Edinburgh, Scotland. Ladang ini telah dimulakan dengan penanaman pokok kopi yang semakin mendapat tempat dalam pasaran pada masa itu dan diikuti dengan penanaman pokok getah pada tahun 1899 dan 1900. Beberapa tahun kemudian, dengan bayaran sebanyak £180000 (RM 845 881.20), KLR telah berjaya memperolehi lima ladang yang berkeluasan kira-kira 1582 ekar (640 ha) yang terdiri daripada Kent Estate, Uganda Estate, Wardieburn Estate (1 April 1906), Gunung Estate dan Klang Gates Estate. Meskipun sesetengah ladang-ladang ini dinamakan bersempena dengan nama tempat tinggal di tanah air mereka tetapi tidak syak lagi bahawa kesemua ladang-ladang ini terletak di kawasan yang dikenali kini sebagai Lembah Klang. Dengan pengambilan Ladang Wardieburn oleh KLR maka tamatlah kuasa Robert Meikle dan Chrsitopher Meikle ke atas ladang ini. Melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai, KLR telah membeli ladang-ladang baru seperti Rawang Estate pada tahun 1912 bagi menambah bilangan ladang mereka dan bermulalah penanaman getah secara besar-besaran oleh KLR. Dalam masa yang sama, pengurus Ladang Wardieburn pada masa itu iaitu Mr. Campbell telah memohon pembinaan tanah perkuburan di dalam kawasan ladang ini. Pada 16 Mei 1911, setiausaha Residen Selangor telah menghantar surat kepada pengurus tersebut untuk memaklumkan bahawa permohonan yang diminta sepatutnya dihantar kepada Pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur kerana lesen tanah perkuburan di bahagian yang diingini telah pun diluluskan oleh Pegawai Kesihatan. Walau bagaimanpun, tidak ada sebarang tanda kewujudan tanah perkuburan seperti yang disebut di atas pada ketika ini. Oleh itu, dapat dikatakan di sini bahawa tidak berlaku sebarang pembinaan tanah perkuburan pada tahun 1911 seperti yang telah diminta oleh Mr. Campbell kerana selepas permohonan itu, KLR terus menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktivit penanaman getah yang dijalankan.
  • 8. Kira-kira 932 ekar dari kawasan ladang ini telah ditanam dengan pokok getah. Sebanyak 30 buah bilik dengan 8 blok dengan kemudahan tandas telah disediakan sebagai tempat kediaman para pekerja ladang dan kemudahan prasarana yang disediakan ini berada dalam keadaan bersih serta dijaga dengan baik. Kemudahan air pula, disalur melalui paip yang disediakan dan sekiranya pam untuk menyalurkan air tersebut rosak atau tidak berfungsi, para pekerja akan mendapatkan bekalan air dari telaga yang berhampiran dengan kedai-kedai dan juga sempadan Ladang Wardieburn. Pada 28 April 1913, seramai 694 orang pekerja yang terdiri daripada 638 orang India, 43 orang Cina dan 13 orang Melayu telah bekerja di ladang ini dengan bayaran 33 sen untuk setiap 300 pokok getah bagi pekerja lelaki dan 25 sen bagi pekerja wanita. Apa yang lebih menarik, dalam kawasan ini juga No. 8 Brigade Group Medical Coy (kumpulan perubatan) telah ditempatkan sebuah bilik rawatan bagi memberi khidmat kepada para pekerja yang memerlukan dan juga bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital sekiranya perlu. Sebuah ambulans disediakan bagi membawa para pesakit ke hospital dan sebuah farmasi dibina untuk memudahkan para pesakit mendapatkan ubat yang mereka perlukan. Semua pekerja ladang KLR mendapat rawatan perubatan di hospital bertempat di Ladang Kent. Lebih tepat lagi, pada suatu masa dahulu, sebuah hospital telah ditubuhkan di sini dan juga di Kinrara. Walau bagaimanapun, hospital di kem ini telah pun ditutup manakala hospital di Kinrara masih berjalan seperti biasa. Kemungkinan kem ini adalah merupakan destinasi terakhir sebelum tentera-tentera tersebut dihantar pulang ke tempat asal mereka iaitu United Kingdom atau negara-negara yang lain tahun 1970. Kerana itu, hospital pernah ditubuhkan di sini (Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi, 2013). Kampong Lanjut Tin Dredging Ltd telah memohon kelulusan daripada badan-badan kerajaan dan juga memohon persetujuan daripada KLR untuk melombong bijih timah di kawasan Ladang Wardieburn. Kelulusan untuk proses penukaran lesen Ladang Wardieburn KLR daripda pertanian kepada perlombongan beserta syarat-syaratnya telah pun dikeluarkan pada tahun 1922 dan kelulusan untuk menjalankan kegiatan perlombongan di kawasan ini dikeluarkan pada 7 November 1941. Sebaik sahaja bahagian-bahagian yang telah dijalankan operasi perlombongan berhenti dari beroperasi (selesai), bahagian tersebut akan diberimilik semula oleh kerajaan kepada KLR atau penggantinya pada masa itu. Walau bagaimanapun, kegiatan ini tidak dapat dilaksanakan meskipun kedua-dua belah pihak telah menandatangani
  • 9. perjanjian bersama dan telah mendaftarkan diri di Pajabat Tanah di bawah nombor pendafaran 15274. Hal ini kerana pada ketika itu Perang Dunia Ke-2 sedang berlaku dan tentera Jepun sudah mula memasuki Tanah Melayu (8 Disember 1941). Oleh itu, kegiatan melombong yang baru hendak dimulakan dan kapal korek yang hendak dihantar dari Malim Nawar ke Ladang Wardieburn terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Berikutan pendaratan Jepun di Tanah Melayu, sebuah ordinan telah dibina dengan segera sebelum pendudukan Jepun di kawasan ini. Pada 31 Januari 1942, seluruh Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun dan Tanah Melayu telah ditadbir oleh Jepun hampir selama 5 tahun. Sebaik sahaja Jepun menyerah diri pada 16 Ogos 1945, tanah seluas 32 ekar di Lot 3865 telah diserahkan kepada pihak tentera pada jam 10 pagi, 30 September 1947 dan bahagian tanah ini menjadi milik pihak tentera sepenuhnya. Pada tahun yang sama juga (1947), sebelum berlakunya penyerahan tanah kepada pihak tentera, Syarikat Dad Claims and Hiring Kuala Lumpur telah bertanyakan persetujuan pihak yang berkenaan untuk menandatangani perjanjian dengan mereka yang seterusnya akan membenarkan pihak Kampong Lanjut Tin Dredging Ltd menyewa tanah tersebut selama setahun seluas 20 ekar di Lot 3865 yang berada di sekeliling Kilang Pickle kerana kapal korek biasa tidak akan dapat memasuki kawasan yang diingini. Lebih kurang setahun kemudian, hasrat mereka untuk melombong bijih timah di kawasan Ladang Wardieburn dan sekitarnya menjadi kenyataan apabila permohonan yang dihantar kepada Pusat Pentadbiran Kawasan Tanah Melayu telah diluluskan pada 2 Jun 1948 dan sebuah peta telah diberikan bagi menunjukkan kawasan yang dibenarkan untuk melombong. Namun, menjadi suatu kesukaran buat mereka apabila pihak tentera berada di bahagian Lot 3865. Oleh itu, sepucuk surat telah dihantar untuk bertanyakan bilakah masa yang sesuai bagi pihak tentera untuk mengosongkan kawasan tersebut. Pihak tentera telah berada di kawasan ini sebelum peperangan lagi dan bilangan kem pada masa itu sangat terhad. Namun begitu, pihak Kampong Lanjut Tin Dredging Ltd amat berharap agar pihak tentera dapat mengosongkan kawasan tersebut akhir tahun itu juga (1948). Pada masa itu, tempat ini dijadikan tempat simpanan peluru dan senjata api (Mejar Hazizaton, 2013). Kawasan Lot 3865 (Wardieburn Estate) yang diduduki oleh Jabatan Tentera mempunyai 6 biji bom dan barangan senjata api yang lain seperti peluru berharga
  • 10. yang telah disimpan secara strategik di kawasan ini. Oleh itu, mereka berharap agar dipertimbangkan kembali pengambilan kawasan ini untuk dijadikan tempat perlombongan kerana mereka perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan detik cemas yang akan berlaku di Tanah Melayu seperti Perang Jepun. Tambahan pula, pada masa itu Tanah Melayu diisytiharkan darurat sehingga tahun 1960 gara-gara Pakatan Komunis Malaya (PKM) dan juga keadaan antarabangsa masih lagi belum stabil. Arahan dijadikan kawasan ini sebagai tapak perlombongan tetap dijalankan seperti biasa. Kawasan A akan dilombong pada tahun 1949 manakala kawasan B pula akan dilombong 4 tahun kemudian. Sehingga ke hari ini, penulis tidak dapat melihat sebarang kesan perlombongan dan didapati bahawa aktiviti tersebut tidak dijalankan sebaliknya tanah tersebut semakin diluaskan kepada pihak tentera. Dengan kehadiran tentera-tentera di Lot 3865 maka kawasan ini dikenali sebagai Kem Wardieburn (Wardieburn Camp). Pada 1 April 1952, Penubuhan Khas Kepolisian telah ditubuhkan di kem ini. Encik E. B. Skinner yang merupakan Suruhanjaya Kerosakan Perang pada 19 Februari 1955 melaporkan tanah Kem Wardieburn sebelum perang ialah seluas 2700 ekar. 88.5 ekar untuk khemah Pihak Berkuasa Tentera dan 87 ekar untuk Pusat Latihan Pengawal Tanah Air. Manakala 9 ekar lagi untuk bekalan air dan 192 ekar untuk kawasan kediaman. Tanah sebesar 257 ekar tanah telah dijual oleh KLR dengan harga $500 per ekar pada 2 Mac 1957. Walau bagaimanapun, penulis tidak mengetahui kepada siapakah KLR menjual tanah tersebut. Alhamdulillah, pada tahun yang sama telah berlakunya sebuah peristiwa yang pastinya tidak akan dapat dilupakan buat rakyat tempatan iaitu peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu (31 Ogos 1957). Tidak lama kemudian, Skuadron 55 SAS (pasukan tentera British) telah meninggalkan Kem Wardieburn pada 23 Mac 1959. Dengan kepulangan British ke tanah air mereka, kem ini menjadi sepi dan telah diduduki oleh tentera negara. Pada 31 Julai 1960, pengisytiharan darurat telah dibatalkan dan pada 16 April 1962, No. 8 Brigade Group Medical Coy telah menyerahkan bahagian yang diduduki mereka kepada Jabatan Tentera. Pada 29 April 1964, kerajaan akan berbincang mengenai hasrat mereka untuk membeli 606 ekar tanah Wardieburn. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Encik Khaw Kai Boh, telah melawat tapak rancangan rumah murah di Ladang Wardieburn pada 3 September
  • 11. 1965. Tapak itu meliputi satu kawasan seluas 820 ekar dan akan menempatkan sebanyak 42000 buah rumah murah. Keseluruhan rancangan itu akan menelan belanja kira-kira RM150 juta dan dijangka siap dalam tempoh sepuluh tahun. Pada 18 September 1972, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (Bahagia Senggara Tentera) mengatakan bahawa bangunan dan blok kediaman di Kem Wardieburn akan berjaya dibina dan disiapkan.
  • 12. KEM WARDIEBURN MASA KINI (2013) Kem ini memuatkan seramai 4000 orang penghuni di dalamnya dengan pelbagai infrastruktur yang disediakan di dalamnya. Kira–kira separuh daripada anggota tentera di kem ini tinggal di sini dan selebihnya tinggal di tempat lain. Antara jenis kediaman yang diberikan ialah, rumah banglo, rumah semi-d dan apartment (4 bilik) yang dilengkapi dengan perabot sepenuhnya. Dari aspek kesihatan pula, sebuah klinik telah dibina di dalam kem ini bagi kemudahan penghuni untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya. Dengan kemudahan ini, mereka tidak perlu membazirkan duit dan tenaga mereka untuk keluar dari kawasan kem. Dunia tanpa sempadan kini membuatkan sains dan teknologi sangat diperlukan dan menjadi keutamaan dalam semua aspek. Oleh yang demikian, bagi menyenangkan para penghuni untuk melayari internet dan sebagainya, sebuah kafe siber telah dibina dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM1.50 per jam. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat sebuah perpustakaan mini yang mempunyai pelbagai jenis buku yang dapat digunakan oleh anggota tentera bagi menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Kebiasaannya, anggota tentera kem ini akan berandang ke sini hampir setiap hari untuk membaca surat khabar. Kemudahan yang lain adalah masjid yang terletak di bahagian hadapan pagar masuk kem bagi memudahkan jemaah yang ingin solat jumaat untuk bersolat di situ. Dalam memberi keselesaan kepada penghuni, kem ini telah menyediakan pelbagai jenis gelanggang dan padang agar mereka dapat menjalankan aktiviti riadah bersama rakan- rakan ataupun dengan keluarga. Antara kemudahan sukan yang disediakan di kem ini ialah gimnasium, padang bola, gelanggang futsal yang bertutup, gelanggang badminton, trek untuk berjoging dan juga taman permainan bagi kanak-kanak. Dengan ini, ibu bapa tidak perlu risau dengan keselamatan anak-anak mereka kerana semuanya disediakan dalam kawasan kem. Kem Wardieburn pada hari ini jauh berbeza dengan Kem Wardieburn pada masa dahulu. Namun begitu, pembangunan yang akan datang seperti naik taraf pejabat pentadbiran masih dalam perancangan. Dapat dirumuskan bahawa pihak atasan kem ini sangat menjaga kebajikan pekerja bawahannya apabila pelbagai kemudahan prasarana diberikan yang bersesuaian mengikut peredaran masa dan juga keperluan para penghuni.
  • 13. ORGANISASI PENTADBIRAN Pada masa ini Tentera Darat mempunyai 4 Divisyen Infantri Tempur di bawah pemerintahan Markas Tentera Darat yang bertempat di Kem Sungai Besi. Ibu Pejabat bagi Markas 1 Divisyen Infantri (1 Div) berada di Kem Bukavu Satok, Kuching, Sarawak manakala Markas 2 Divisyen Infantri (2 Div) pula bertempat di Kem Tun Razak, Bukit Gedong, Pulau Pinang. Bagi Ibu Pejabat Markas 3 Divisyen Infantri (3 Div) ialah Kem Terendak, Melaka dan Kem Wardieburn ini menjadi Ibu Pejabat bagi Markas Divisyen 4 Infantri (4 Div). Divisyen biasanya mempunyai kekuatan 3 briged tempur dan disokong oleh pasukan bantuan tempur seperti Semboyan, Polis Tentera, Akar Jurutera dan juga turut dibantu oleh pasukan bantuan seperti pasukan kesihatan. Markas 4 Div diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Zuki dan beliau dibantu 11 Briged, 12 Briged dan Tp Div. Pasukan bantuan tempur ini pula diketuai oleh Briged Jeneral dan di bawah mereka, terdapat beberapa batalion, skuadron, kompeni, platun dan sebagainya yang akan membantu mereka. Markas 4 Div 11 Briged 12 Briged Tp Div
  • 14. PEGAWAI YANG DITEMPATKAN Terdapat 17 susur galur pangkat dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) bermula dari Prebet sehinggalah Jeneral yang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kumpulan Pegawai dan kumpulan Lain-lain Pangkat (LLP). Kumpulan Pegawai bermula daripada Leftenan Muda hingga Jeneral dan terbahagi kepada tiga kelompok iaitu : 1. Kumpulan Pegawai Kanan Jeneral Leftenan Jeneral Mejar Jeneral Brigedier Jeneral Kolonel Leftenan Kolonel 2. Kumpulan Pegawai Medan Mejar 3. Kumpulan Pegawai Muda Kapten Leftenan Leftenan Muda
  • 15. Kumpulan Lain-lain Pangkat bermula dari prebet hingga Pegawai Waran I yang juga terbahagi kepada tiga kelompok iaitu : 1. Kumpulan Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) Kanan. Pegawai Waren I Pegawai Waren II Staf Sarjan Sarjan 2. Kumpulan Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) Rendah. Koperal Lans Koperal 3. Prebet. Tidak mempunyai pangkat. Kem Wardieburn menempatkan pegawai-pegawai yang berpangkat seperti yang disebut di atas kecuali pangkat Jeneral dan Leftenan Jeneral. Kem ini diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Zuki yang menjawat jawatan sebagai Panglima 4 Div. Pegawai-pegawai dan prebet-prebet yang ada dalam kem ini dan juga kem-kem di seluruh Malaysia dihantar oleh Markas Tentera Darat (MINDEF).
  • 16. TUGAS-TUGAS DAN KEGIATAN TENTERA Orang awam mengetahui bahawa tugas seorang askar ialah menjaga keselamatan negara. Tak kurang juga yang mengatakan bahawa pihak tentera hanya akan menjalankan tugas mereka apabila pihak polis sudah tidak dapat mengawal keadaan bandar atau negara (darurat). Hakikatnya, masih banyak lagi tugas-tugas tentera yang tidak diketahui ramai. Dalam penulisan ini, penulis akan menerangkan serba sedikit tugas anggota tentera yang sebenarnya. Tugasan semasa aman, pasukan infantri berkemampuan melaksanakan tugas-tugas istiadat, membantu pihak berkuasa awam semasa bencana alam, ketenteraman awam, menjaga keselamatan sempadan Malaysia daripada pendatang tanpa izin (PATI) serta penyuludupan dan keselamatan kepada kawasan-kawasan yang berkepentingan. Kawasan jagaan bagi Markas 4 Div ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Selain itu, anggota tentera kem ini juga terlibat dalam Operasi Pemerintahan Medan, OPPASIR (Operasi Pulau Padanan, Sipadan Resort). 1 batalion telah dihantar ke tempat- tempat yang telah ditentukan bagi menjaga keselamatan di kawasan tersebut. Mereka juga terlibat dengan Op Wawasan dan Op Mas. Bukan itu sahaja, anggota tentera di kem ini turut menjalankan kerja-kerja kebajikan seperti memberi bantuan kesihatan dan membina rumah. Aktiviti kebajikan ini dipanggil sebagai Jiwa Murni. Dalam masa yang sama, mereka perlu menjalani latihan ketenteraan bagi bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Antara latihan ketenteraan yang wajib dijalani ialah Latihan Tempatan, Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan. Kursus, Seminar, hari Pegawai/PTT tergolong di bawah jenis Latihan Berterusan. Mereka telah melalui Op Bamboo, beberapa jenis seminar, latihan menembak, ujian kemahiran tempur, ujian berjalan kaki sejauh 15 km, ujian tahap kecergasan dan bermacam-macam lagi. Latihan yang diberikan mestilah mematuhi piawaian yang telah disediakan oleh Tentera Darat Malaysia. Uniknya kem terletak pada kegiatan harian dan mingguan mereka dan juga perihal agama yang sangat dititik beratkan di kem ini. Pada waktu pagi, mereka akan solat subuh secara berjemaah di masjid kemudian mereka akan menjalan latihan fizikal (PT) pada waktu pagi. Kemudian mereka akan masuk ke pejabat masing-masing. Pada waktu petang juga, mereka akan menjalani latihan fizikal. Perkara ini terpulang kepada unit masing-masing dan anggota tentera itu sendiri. Solat Zuhur dan Asar perlu dilakukan secara berjemaah.
  • 17. Pada setiap hari Jumaat, solat dhuha secara berjemaah akan diadakan. Mereka juga akan mengadakan qiamullail sekali untuk setiap bulan. Bagi mengimarahkan masjid, sebulan sekali penceramah jemputan seperti Ustaz Don telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah Maghrib. Kebiasannya. Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang akan menyampaikan kuliah tersebut. Konklusinya, kehidupan harian seorang tentera begitu padat. Penulis berasa sungguh bangga dan kagum dengan mereka kerana sanggup untuk menggalas tanggungjawab dengan menjadi seorang tentera.
  • 18. SENJATA API YANG DIGUNAKAN SENAPANG MODEL 16 (M-16) Berat : 35 kg (tidak berisi peluru) dan 400 kg (berisi peluru penuh) Panjang : 1 010 000 mm Panjang laras : 508 mm Peluru : 5.56 x 45 mm NATO Mekanisme : Mekanisme gas dan putaran bolt Rata-rata tembakan :12-15 putaran/minit berketelanjutan, 45-60 putaran/minit semi- automatik, 700-950 putaran/minit siklik Kecepatan peluru : 944.88 m/s Jarak Efektif : 550 m (titik sasaran), 800 m (daerah sasaran) Alat Bidik : Bidikan besi
  • 19. PISTOL Berat : 730 g Panjang : 161.5 mm Panjang laras : 93.5 mm Peluru : 9x18 mm Makarov Mekanisme : Blowback Kecepatan peluru : 315 m/s Jarak Efektif : 50 m
  • 20. SENAPANG MESIN SERBA GUNA (GPMG) Berat : 10.9 kg Berat kaki tiga : 13.6 kg Berat laras : 2.7 kg Panjang : 125.8 cm Panjang laras : 7.62mm Berat 1x200 butir peluru : 5.4 kg Mekanisme : Operasi gas piston panjang Kecepatan peluru : 100-600 rds/min Jarak Efektif : 200 – 1800 m
  • 21. RUMUSAN Kem Wardieburn pada suatu masa dahulu sangat berbeza dengan Kem Wardieburn yang ada pada hari ini. Pelbagai penambah baikkan telah dilakukan. Kemudahan prasarana yang ada pada masa awal penubuhan kem ini ternyata telah berubah sama sekali. Rentetan sejarah ini tidak akan berhenti sebaliknya akan berterusan hinggan akhir zaman. Dari pengambilan KLR terhadap Wardieburn Estate oleh Robert Meikle dan Christopher Meikle, kini Kem Wardieburn dimiliki sepenuhnya oleh negara. Pelbagai perkara telah ditempuhi oleh pihak tentera dalam mempertahankan tanah air namun masih ada golongan yang tidak tahu berterima kasih dengan pihak tentera. Unit-unit yang ada pada hari ini telah diubah suai sedikit demi sedikit bagi memudahkan sistem ketenteraan. Unit kini masih sama seperti yang ada pada zaman dahulu cuma yang berbezanya adalah tugas dan pecahannya. Kegiatan harian yang begitu padat tidak membataskan mereka daripada melakukan kebajikan kepada masyarakat. Meskipun perlu berhadapan dengan tugasan pejabat, tugasan di medan perang dan juga latihan perang turut perlu diikuti. Oleh itu, kisah mengenai ketenteraan adalah suatu yang sangat menyeronokkan apabila dikupas dengan lebih mendalam lagi. Diharapkan Malaysia akan terus berada dalam keadaan aman dan damai. Oleh yang demikian, masyarakat perlu berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana telah mambantu dalam menjaga keamanan negara.
  • 22. LAMPIRAN Gambar 1 : Barisan Kehormat di Kem Wardieburn tahun 1955
  • 23. Gambar 2 : Eastern Daily Mail and Straits Morning Advertiser, 11 July 1906, Page 1
  • 24. Gambar 3 : The Straits Times, Monday, 2 July 1933, Page 8.
  • 25. Gambar 4 : Lawatan The Duke of Edinburgh ke Kem Wardieburn Gambar 5 : Pemeriksaan ke atas 1st Battalion di Kem Wardieburn
  • 26. Gambar 6 : Koperal Baker di Kem Wardieburn Gambar 7 : Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi masa dahulu
  • 27. Gambar 8 : Penerangan daripada Leftenan Kolonel Rodzlan Gambar 9 : Lawatan bersama Pegawai Kanan
  • 28. Gmbar 10 : Mural di bahagian laluan ke Indera Mahkota Gmbar 11 : Kereta kebal di bahagian hadapan Markas 4 Div
  • 29. Gambar 12 : Leftenan Kolonel Md Rodzlan Gambar 13 : Mejar Hazizaton Naroslinda
  • 30. Gambar 14 : Laluan ke Bilik Pnglima 4 Div Gmbar 15 : Gambar Panglima-panglima 4 Div yang pertama hingga ke-18
  • 31. Gambar 16 : Bahagian luar bilik Pnglima 4 Div Gambar 17 : Penulis bersama Mej. Jen Dato’ Suhaimi (Panglima 4 Div) dan Lef. Konel Rodzlan
  • 32. . KERTAS CADANGAN BAGI KERJA KURSUS SEJARAH Nama : Najwa Huda Binti Mohd Shahidin Kelas : 6 Ibn Hisyam No I/C : Nama Guru : Encik Zulkipli bin Zakaria Tajuk : Sejarah Penubuhan Kem Wardieburn (1888-1972) dan Kini (2013)
  • 33. PEMILIHAN TAJUK Penulis telah memilih tajuk Sejarah Penubuhan Kem Wardieburn (1888-1972) dan Kini (2013) yang terletak di Setapak kerana kawasan kajian ini berhampiran dengan tempat kediaman keluarga penulis. Hal ini, akan memudahkan penulis untuk berurusan dengan pihak kem. Dalam masa yang sama, penulis amat tertarik dengan tugas seorang tentera sedari dahulu lagi kerana datuk penulis merupakan bekas tentera. Bagi penulis, kisah mengenai perihal tentera amat sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana tidak ramai yang menghargai perjuangan mereka pada hari ini. Tambahan pula, penulis tidak menjumpai mana-mana kajian mengenai kem ini. Meskipun kawasan ini mempunyai penduduk yang ramai dan amat strategik tetapi tidak ramai yang berminat untuk mengetahui sejarah di sebalik kem ini. Oleh itu, penulis berasa terpanggil untuk mengkaji mengenai kem ini agar lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah penulis. PENGENALAN Kem Wardieburn yang berkeluasan kira-kira 111.68 ekar dengan koordinat 3°12'38" Utara 101°43'28" Timur yang ada pada masa kini adalah merupakan sebuah kem yang ditubuhkan sejak zaman tentera British beroperasi di Malaya (nama Malaysia ketika itu) dan telah diduki oleh tentera Gurkha/British. Pelbagai unit dan institusi dari pelbagai perkhidmatan seperti 22nd Special Air Service (SAS) Regiment telah ditempatkan di sini. Kem ini berada dalam kawasan Setapak yang pada awalnya dikenali sebagai Batu Tapak dan nama ini dipercayai diberi sempena nama ketua orang asli pada ketika itu kerana kawasan ini hanya dihuni oleh orang asli dan orang Minangkabau. Walau bagaimanapun, pada 12 April 1888, Frank Swettenham (Residen British Selangor pada masa itu) telah meluluskan penukaran nama baru yang digunapakai sehingga ke hari ini iaitu Setapak. Hal ini bersempena dengan kedudukannya yang sangat hampir dengan Bandar Kuala Lumpur.
  • 34. OBJEKTIF KAJIAN a) Mengenal pasti asal usul kemunculan Kem Wardieburn. b) Mengkaji kebenaran khabar angin mengenai nama Wardieburn. c) Mengetahui tugas seorang tentera. d) Mengenal pasti kemudahan yang terdapat dalam Kem Wardieburn. PERMASALAHAN KAJIAN a) Tidak ada mana-mana pihak yang pernah menulis mengenai sejarah kewujudan kem ini. b) Banyak desas-desus mengenai asal usul nama kem ini. c) Ramai yang mengatakan tentera tidak mempunyai tugas yang banyak. SKOP KAJIAN Skop kajian ini bermula pada tahun 1888 iaitu semasa sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu dan berakhir pada 1972. Walau bagaimanapun, penulis tetap akan menfokuskan pada masa kini iaitu tahun 2013 untuk melihat Kem Wardieburn pada hari ini. KAEDAH KAJIAN Untuk hasil kajian penulis ini, penulis telah mengaplikasikan beberapa jenis kaedah kajian. Antaranya ialah : a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, penulis telah menemu ramah beberapa orang Pegawai Kanan dan juga Pegawai Lain-lain Pangkat.
  • 35. b) Kaedah pemerhatian :- Penulis telah melawat kawasan kajian iaitu Kem Wardieburn yang terletak di setapak seorang diri. c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut penulis aplikasikan kerana terdapat akhabar mengenai perihal asal usul Kem Wardieburn keluaran Singapura yang tidak terdapat di Malaysia. d) Pembacaan bahan arkib :- Penulis telah mencari dan membaca beberapa bahan dari Arkib Negara yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian penulis. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI Bahagian 1 : Wardieburn Estate Penulis menceritakan mengenai pindah milik Wardieburn Estate kepada Kuala Lumpur Rubber Company Ltd. (KLR). Kisah-kisah yang terjadi seperti perlombongan bijih timah sepanjang nama Wardieburn Estate diguna pakai dan jugalah unit-unit yang ada di dalamnya seperti No. 8 Brigade Group Medical Corps (kumpulan perubatan). Bahagian 2 : Kem Wardieburn Masa Kini (2013) Penulis menerangkan segala infrastruktur yang terdapat di dalam kem ini daripada perumahan hinggalah kawasan taman permainan untuk kanak-kanak. Kemudahan prasarana yang terdapat di dalam kem ini boleh dikatakan hampir lengkap. Bagi mendapatkan barangan basah dan barangan harian, mereka hanya perlu berjalan beberapa meter untuk sampai ke pasaraya yang besar seperti Festival City kerana lokasinya yang berdekatan dengan pasaraya-pasaraya besar. Bahagian 3 : Organisasi Pentadbiran Divisyen 4 Infantri Malaysia (4 Div) merupakan kepala untuk bahagian pentadbiran kem ini dan terdapat tiga unit yang berdiri di bawahnya. Antaranya ialah 11 Briged dan 12 Briged. Walau bagaimanapun, 4 Div ini tidak hanya terdapat di kem ini sahaja. Apa yang lebih menarik lagi, 4 Div di Kem Wardieburn merupakan head quarters kepada 4 Div seluruh Malaysia. Bahagian 4 : Tugas-tugas dan Kegiatan Tentera
  • 36. Ramai orang yang sering menyatakan bahawa untuk menjadi seorang tentera perlulah bersiap seida dari segi fizikal dan mental. Meskipun mereka berhadapan dengan lambakan kerja yang begitu banyak, mereka tetap komited menjalani latihan ketenteraan untuk bersiap siaga bagi mempertahankan tanah air yang tercinta. Bahagian 5 : Pegawai Yang Ditempatkan Prebet dan pegawai tentera yang ditempatkan di sini dihantar oleh MINDEF. Kira-kira seramai 40 orang Pegawai Kanan dan 159 orang Pegawai Lain-lain Pangkat (LLP) telah ditempatkan di kem ini. Jawatan yang tertinggi di kem ini ialah Mejar Jeneral. Bahagian 6 : Senjata Yang Digunakan Memandangkan bahagian 4 Div ini lebih berfokus kepada penjagaan bandar maka senjata api yang diguna pakai tidaklah terlalu banyak. Antara yang digunakan oleh mereka ialah senapang M-16, GPMG dan pistol. PENUTUP Penulis berharap, dengan hasil kajian penulis ini, masyarakat akan membuka mata untuk lebih menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh pihak tentera seperti yang berlaku di Lahad Datu. Penulis juga berharap agar masyarakat akan menilai sesuatu sejarah itu dengan mata hati. Perjuangan tentera pada zaman dahulu tidak wajar untuk dilupakan kerana mereka sanggup berjuang bermati-matian dalam mempertahankan negara seperti mana yang dilakukan oleh Leftenan Adnan. Diharapkan agar sejarah mengenai kem ini akan dikarang oleh orang lain dengan lebih baik lagi agar kem ini lebih menyinar di mata masyarakat.
  • 37. BIBLIOGRAFI Buletin 4 Divisyen, Bil 18/2010 Buletin 4 Divisyen, Bil 17/2010 Buletin 4 Divisyen, Bil 18/2010 Gambar barisan kehormat di Kem Wardieburn, Setapak Kuala Lumpur (1955). Kuala Lumpur : Arkib Negara. RECEPTION CAMP AT WARDIEBURN ESTATE - POLICY, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara. Request from Kampong Lanjut Tin Dredging Limited for Government's assistance in getting the Army to evacuate an area of 32 acres of the Wardieburn Estate occupied by the army, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara. Training Centre for Community Development, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara Terms approved in 1922 for the issue of a prospecting Licence and for the conversion from Agricultural Title to Mining Title in the case of Wardieburn Estate : Kuala Lumpur Rubber Company, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara. Wardieburn Estate. Water for the:- Ask for Mr. James Mrikle's letter, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara. Temu bual bersama Mejar Hazizaton Naroslinda binti Nang (PS2 Pendidikan) di pejabatnya di Kem Wardieburn pada jam 3.45 petang, Temu bual bersama Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Zuki, Panglima 4 Div, Kolonel Dr. Zakaria (Medical), Kolonel Dr. Zahani (Dental ), Leftenan Kolonel Ishak (G3-OPS), Leftenan Kolonel Md Rodzlan bin Mohd Shariff (G4-JLJ) di Indera Mahkota, Markas 4 Div, Kem Wardieburn pada jam 10.37 pagi , 29 April 2013. http://www.rsgc.com.my/Heritage-History.htm. Telah dilayari pada 30.03.2012
  • 38. http://www.klk.com.my/corporate-information/milestones/1969-1906/. Telah dilayari pada 30.03.2013 http://prpm.dbp.gov.my/. Telah dilayari pada 30.03.2013 http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/9c414dbb47e140c148256aaa00 13486f/587901303870c427482570ee000c1b14/$FILE/KLK-Cover-100YearsHistory- Contents((27KB).pdf. Telah dilayari pada 30.03.2013 http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19371224.2.132.aspx. Telah dilayari pada 30.03.2013 http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19121211.2.83.aspx. Telah dilayari pada 08.04.2013 http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19131208-1.2.74.aspx. Telah dilayari pada 08.04.2013 http://www.britains-smallwars.com/malaya/reg.html. Telah dilayari pada 08.04.2013 http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-20051964.pdf. Telah dilayari pada 09.04.2013 http://kaptnizam.wordpress.com/atm/. Telah dilayari pada 10.04.2013 http://army.mod.gov.my/raw/index.php/latihan/25-jenis-latihan. Telah dilayari pada 10.04.2013