SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita
1.1 Pengenalan
1. Jepun memerintah negara kita selama kira-kira
tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942
hingga 12 September 1945
2. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita adalah
bercorak ketenteraan
3. Kesan utama sepanjang tempoh tersebut telah
menyemarakkan semangat kebangsaan di
kalangan rakyat.
1.2 Pemerintahan Tentera Jepun
1.2.1. Kedatangan Jepun
1. Pada zaman pemenintahan Maharaja Mikado
Meiji Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa
imperialis
2. Pemulihan Meiji
a. Dilancarkan oleh Maharaja Meiji
b. Menekankan pemodenan dan perindustrian
c. Negara-negara barat dijadikan model
3. Perluasan kuasa Jepun ke Negara China kerana :
a. banyak bahan mentah
b. berpotensi menjadi pasaran barangan Jepun
4. Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun
telah menyebabkan Jepun dianggap sebagai
sebuah kuasa besar.
5. Faktor perluasan kuasa Jepun
a. masalah ekonomi di Negara.
b. Pertambahan penduduk Jepun
c. Kekurangan kawasan pertanian .
d. Sebagai sebuah negara industri pula, Jepun
memerlukan :
i. bekalan bahan mentah
ii kawasan pasaran baru
e. Sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana
enggan berundur dan negara China oleh
Amerika.
6. Isi jadual berikut dengan maklumat tepat
Tahun Maklumat
1895 Jepun memenangi Perang
Cina –Jepun Pertama
1905 Jepun memenangi perang
Rusia-Jepun
1910 Jepun menguasai Korea
1932 Jepun menakluki Mancuhria
1937 Jepun memenangi Perang
China –Jepun Kedua
1941 Jepun menduduki Indo China
1941 Jepun menyerang Asia
Tenggara
7. Tentera telah memerintah negara Jepun sejak
bulan Februari 1936
8. Sekatan ekonomi Amerika Syarikat
menyebabkan pimpinan Jepun iaitu Jeneral
Tojo menyerang Asia Tenggara.
9. Propaganda Jepun untuk mempengaruhi
penduduk tempatan di negara kita ialah
a. Asia Untuk Orang Asia
b. Semangat Asia
10. Slogan-slogan ini berunsur anti penjajah Barat
dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela
negara-negara Timur.
11. Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama
Asia Timur Raya” diperkenalkan
12. Rancangan ini bertujuan mewujudkan zon
ekonomi yang makmur yang diketuai oleh
Jepun
13. Strategi Jepun ini berkesan sehingga kehadiran
Jepun tidak dianggap sebagai penjajah baru
Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 1
Tema/Tajuk
A. Pemerintahan Jepun
i. Kedatangan Jepun
• Tujuan dan rancangan Jepun di Asia Tenggara
• Cara dan strategi serangan Jepun ke atas
Tanah Melayu, Sarawak Sabah
Hasil Pelajaran :
Memahami zaman pemerintahan Jepun di negara
kita
Aras 1
• Menyatakan sebab-sebab Jepun meluaskan
kuasa
• Memerihalkan kedatangan Jepun
• Menyenaraikan faktor kejayaan Jepun
menguasai Tanah Melayu
• Menceritakan tentang taktik Bumi Hangus yang
dijalankan oleh British
• Menceritakan strategi pertahanan British
Aras 2
• Menghuraikan keberkesanan strategi Jepun
dalam usaha menguasai Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah
Aras3
• Merumus tentang kejayaan Jepun
Nilai dan tingkahlaku patriotisme
Kebijaksanaan meny usun strategi.
• Bijak merancang strategi sebelumbertindak.
BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita
14. Iktibar daripada peristiwa ini ialah :
a. Perlu ada slogan yang baik untuk
melaksanakan sesuatu. misi.
b. berhati-hati terhadap propaganda dari luar.
1.2.2 Kemaraan tentera Jepun di Tanah
Melayu
1. 8 Disember 1941 mendarat serentak di Thailand
(Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota
Bharu
2. Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus
mara ke Jitra, Kedah
3. Kumpulan ini berpecah dua, iaitu
a. sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan
kemaraan ke selatan melalui pesisiran pantai
Barat menggunakan bot-bot yang dirampas
b. Sepasukan lagi, mengikut jalan darat menuju
bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai
barat menggunakan kereta kebal dan basikal
4. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bahru mara
ke selatan mengikut jalan darat melalui pantai
timur.
5. Pada 10 Disember 1941 , Jepun berjaya
menenggelamkan kapal Repulse dan Prince of
Wales oleh tentera berani mati.
1.2.3 Kemaraan tentera Jepun di Sarawak
dan Sabah.
1. Tentera Jepun berpengkalan di Cam Ranh
,Viatnam
2. Pada 16 Disember 1941 mendarat di Miri
3. Tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan .
4. Arah mara aasukan pertama ialah
a. Pada 21 Disember 1941 ke Kuching
b. Pada 27 Disember 1941 ke Sibu.
5. Arah mara pasukan yang kedua ialah
c. Pada 1 Januari 1942 ke Labuan
d. Pada 19 Januari 1942 ke Sandakan.
6. Kemaraan Jepun tidak mendapat tentangan sengit
di Sabah dan Sarawak
1.2.4 Cara kemaraan dan kelengkapan
tentera Jepun
1. Sebanyak 450 buah kapal terbang perang
digunakan untuk memberi perlindungan kepada
tentera darat.
2. Sebanyak 80 buah kereta kebal pengempur
digunakan
3. 100 buah kereta kebal kecil digunakan kerana
mudah dikendalikan
4. menggunakan bot untuk mendarat dari kapal
perang
5. menggunakan basikal untuk melalui jalan
sempit
6. Angkatan tentera seramai 80,000 orang
1.2.5. Kelengkapan tentera British
1. Tentera British seramai 100,000 orang
2. British mempunyai 141 buah kapal terbang
pejuang
3. British mempunyai 2 buah kapal perang untuk
menyekat kemaraan tentera Jepun
1.2.6. Kesan Peperangan
1. Antara kesan peperangan ini ialah kemusnahan
infrastruktur, sumber ekonomi dan bangunan.
2. Tentera British menggunakan taktik “bumi
hangus ” semasa berundur seperti :
a. meletupkan jambatan Guillemard di Kuala
Krai untuk meyekat kemaraan tentera
Jepun
b. Di Sarawak, British telah memusnahkan
telaga minyak dan dokumen-dokumen
kerajaan
3. Tujuan British berbuat demikian ialah
c. Melengah-lengahkan kemaraan tentera
Jepun
d. melumpuhkan ekonomi.
4. Jepun gagal untuk menguasai bahan mentah
akbiat kemusnahan ini
5. Iktibar daripada peristiwa ini ialah kita
hendaklah sentiasa berusaha untuk
mengelakkan sebarang peperangan daripada
berlaku di negara kita.
1.2.7 Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun
1. Kemaraan tentera Jepun gagal disekat oleh
tentera British yang terdiri daripada askar-askar
India – Gurkha , Australia dan British
2. Tentera British berundur ke selatan untuk
mempertahankan Singapura.
3. British tidak bersungguh-sungguh
mempertahankan Tanah Melayu kerana
mempertahankan negara Britain daripada
serangan tentera Paksi di Eropah.
4. Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan
Adnan telah berjuang bermati-matian
mempertahankan Tanah Melayu.
5. Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu dan
Singapura dalam tempoh sepuluh minggu
6. Pada 15 Februari 1942, Jeneral E.A.Percival
menyerah diri kepada Leftenan Jeneral
Yamashita Tomoyuki di Singapura.
7. Iktibar peristiwa ini ialah jangan mengharapkan
kuasa asing untuk mempertahankan tanah air
kita sendiri.
Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 2
Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita
1.2.8 Faktor-faktor Kejayaan Jepun
Mengalahkan British di Tanah Melayu
1. Perancangan awal perang Jepun
a. propaganda Jepun untuk memenangi hati dan
mendapatkan kerjasama penduduk Tanah
Melayu.
b. aktiviti perisikan di Tanah Melayu
mendapatkan maklumat untuk memudahkan
serangan.
2. Kelemahan tentera British
a. Tidak bersedia kerana menumpukan
peperangan di Eropah.
b. Tentera British kurang latihan dan kekurangan
peralatan perang
c. Askar India yang berkhidmat dengan British
telah berubah sikap menjadi anti British
d. Tumpuan pertahanan British hanya di
Singapura
3. Kelengkapan tentera Jepun
a. banyak kapal terbang pejuang yang moden
seperti Zero Fighter
b. kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka
bumi di Tanah Melayu.
4. Semangat tentera Jepun
a. berjuang untuk kemegahan negara mereka
b. rela mati demi Majaraja Jepun
c. berpengalaman kerana pernah terlibat dalam
Perang China –Jepun
5. Pakatan Jepun Thailand
a. Thailand memberi laluan tentera Jepun untuk
mendarat
b. Jepun tidak menyerang Thailand
c. Jepun menyerahkan Kelantan , Kedah , Perlis
dan Terangganu kepada Thailand
6. Taktik serangan Jepun
a. memusnahkan Pearl Habour di Hawai, yang
menjadi pangkalan utama tentera Amenka
Syarikat di Asia Pasifik.
b. memulakan serangan dari utara Tanah Melayu
kerana pertahanan utama British tertumpu di
Singapura.
7. Peranan Kesatuan Melayu Muda
a. membantu menyebarkan propaganda Jepun
b. memberi maklumat perisikan
c. menjadi penunjuk arah semasa kemaraan
Jepun
Rumusan Kejayaan Jepun
1. Memeranjatkan banyak pihak termasuk tentera
British dan Amerika Syarikat
2. Kunci kejayaan Jepun ialah
a. kegiatan perisikan Jepun yang berkesan
b. semangat perjuangan yang tinggi
c. kelemahan pertahanan British
d. kebijakan tentera Jepun menggunakan
kesempatan semasa kuasa barat sedang
berperang di Eropah
e. tiada tentangan daripada penduduk tempatan
kerana terpengaruh dengan slogan-slogan
Jepun
1.3 Dasar Pemerintahan Jepun
1. Jepun telah memperkenalkan pemerintahan
secara tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan
Sabah.
2. Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru
3. Singapura pula dikenali sebagai Syonan dan
pentadbirannya diasingkan daripada Tanah
Melayu.
4. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
dibahagikan kepada :
Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 3
Tema/Tajuk
A. Pemerintahan Jepun
ii. Dasar pemerintahan Jepun
• Pentadbiran
• Ekonomi
• Sosial
iii. Reaksi penduduk tempatan terhadap
pemerintahanJepun
Hasil Pelajaran :
Memahami zaman pemerintahan Jepun di negara
kita
Aras 1
• Mererihalkan pentadbiran Jepun di Tanah
Melayu
• Menyatakan dasar ekonomi Jepun di Tanah
Melayu
• Memerihalkan dasar penjepunan
• Menceritakan kesengsaraan hidup pada zaman
Jepun
• Menyatakan reaksi penduduk tempatan
terhadap pemerintahan Jepun
• Mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh
tanah air yang berjuang menentang Jepun
• Menceritakan tentang kekalahan Jepun dalam
Perang Dunia Kedua
Aras 2
• Membandingkan corak pentadbiran Jepun di
Tanah Melayu dengan di Sarawak dan Sabah
Aras 3
• Menjelaskan kesan pentadbiran Jepun yang
mengubah corak pemikiran rakyat Tanah
Melayu
Nilai dan tingkahlaku patriotisme
Jati diri bangsa Malaysia.
• Memperkasakan mental dan fizikal.
Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita
A. Pentadbiran Pusat
i. Pejabat Perang di Tokyo
ii. Di Singapura diketuai oleh Pengarah Agung
yang mengetuai mahkamah, biro-biro
pentadbiran dan majlis pusat
a. Pentadbiran Wilayah
i. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah
ii. Wilayah terdiri daripada negeri-negeri
iii. Gabenor dibantu oleh Datuk Bandar dan
Pegawai Daerah
iv. Pegawai Daerah dibantu oleh Penghulu
5. Pada mulanya, Jepun menggabungkan Tanah
Melayu dengan Sumatera
6. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
diserahkan kepada Thailand sebagai menghargai
kerjasama negara itu yang memberi laluan kepada
tentera Jepun.
7. Sarawak, Sabah dan Brunei pula digabungkan
dikenali sebagai pentadbiran Borneo Utara
a. diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral
b. beribu pejabat di Kuching
c. Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu
Kuching, Miri dan Sibu
d. Sabah pula dibahagikan kepada dua wilayah
iaitu Jesselton dan Sandakan.
e. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah
f. Gebenor Wilayah dibantu oleh Residen
g. Terdapat 15 deerah dibentuk dan setiap
diketuai oleh pegawai daerah
h. Pegawai derah dibantu oleh Ketua Tempatan
8. Jepun memperkenalkan pelbagai dasar untuk
mencapai matlamat pendudukan mereka di Tanah
Melayu.
9. Dasar Jepun sering berubah-ubah mengikut
kepentingan mereka.
10. Penduduk tidak berhak menyuarakan pendapat
mereka.
11. Dasar Jepun mula berubah apabila mendapati
mereka akan kalah dalam Perang Dunia Kedua
1.3.1 Dasar Politik
1. Kedudukan Sultan
a. sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri
b. hanya menjadi ketua agama Islam dan adat
istiadat Melayu
c. Sultan diberi elaun seperti semasa British.
2. Status Tanah Melayu menjadi tanah jajahan Jepun
3. Majlis Agama Islam ditubuhkan apabila Jepun
hampir kalah
1.3.2 Dasar Ekonomi
1. dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan
membiayai peperangan
2. Mata wang Jepun diperkenalkan.
3. Ekonomi kawalan diperkenalkan
a. Ekonomi sara diri digiatkan untuk
pengeluaran makanan harian
b. Mengeluarkan Notis kerajaan No 41 pada 25
November
i. memaksa penduduk menjalankan
tanaman sara diri di tanah sendiri dalam
masa sebulan dari tarikh notis
dikeluarkan
ii. Hadiah diberi kepada yang berjaya
iii. Kegagalan mematuhi notis ini akan
didenda
c. Catuan makanan dilaksanakan
d. Layanan istimewa diberikan kepada
kaisha(syarikat Jepun )
1.3.3 Dasar Penjepunan dan Sosial
1. Sekolah Inggeris dan Cina ditutup bagi
menghapuskan pengaruh barat dan Cina
2. Rakyat dipaksa setia kepada Maharaja Jepun
3. Lagu Kimigayo(Kebangsan Jepun)
dinyanyikan setiap pagi di sekolah.
4. Dasar Bahasa
a. Bahasa Jepun (Nippon Go) menjadi bahasa
pengantar di sekolah
b. Ruangan khas belajar bahasa Jepun
disiarkan dalam akhbar Fajar Asia
c. Menukar nama Stesen Kereta Api Tanjung
Pagar kepada Stesen Ketera Api Syonan
d. Nama persatuan perdagangan menggunakan
bahasa Jepun
5. Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar
6. Cuti hari-hari perayaan negara Jepun
diperkenalkan
7. Melayan baik orang Melayu untuk
mendapatkankerjasama meneruskan
pemerintahan
8. Melayan kasar orang Cina kerana menyokong
negara China semasa perang China- Jepun
9. Melayan baik orang India bagi mendapatkan
kerjasama mengusir British di India .
1.4 Reaksi Penduduk
1.4.1 Reaksi Orang Melayu
1. Sebahagian besar orang Melayu tidak menentang
2. Mereka terpengaruh dengan slogan Jepun
3. Orang Melayu diberikan layanan yang baik
oleh tentera Jepun.
4. Usaha mendapatan kemerdekaan dijalankan
oleh Kesatuan Melayu Muda di bawah
pimpinan Ibrahiin Haji Yaacob dengan
mengadakan pakatan sulit dengan pihak Jepun
Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 4
Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita
5. Sokongan orang Melayu tidak kekal lama kerana :
a. Jepun mewujudkan pemerintahan
baru secara tentera.
b. Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan
kehidupan rakyat.
c. Slogan Jepun hanya muslihat untuk
kepentingan mereka.
d. Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan
seperti yang dijanjikan.
e. Status Tanah Melayu menjadi tanah jajahan .
f. Negeri-negeri Melayu Utara pula diserahkan
kepada Thailand
g. Pada mulanya pihak Jepun tidak mengiktiraf
kedudukan raja-raja Melayu.
h. KMM dibubarkan oleh Jepun.
i. Tentera Jepun melakukan kekejaman terhadap
sesiapa sahaja yang dianggap bersalah.
6. Iktibar pemerintahan Jepun ialah kita hendaklah
lebih berwaspada dalam menjalinkan hubungan
dengan kuasa-kuasa asing.
1.4.2 Reaksi Orang Cina
1. Orang Cina menentang Jepun kerana dipengaruhi
oleh Perang China –Jepun pada tahun 1937.
2. Kebanyakan terlibat dengan gerakan anti-Jepun
3. Mereka memulaukan barangan Jepun
4. Mereka memungut derma untuk membantu negara
China.
5. Ada pemuda Cina yang balik ke negara China
untuk menyertai perang menentang Jepun.
6. Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu , mereka
dilayan secara kasar dan ada juga dibunuh oleh
tentera Jepun
7. Ada orang Cina yang menyokong Jepun untuk
menjaga kepentingan perniagaan dan keselamatan
nyawa mereka.
1.4.3 Reaksi Orang India
1. Orang India mendapat layanan yang baik kerana
Jepun memerlukan kerjasama mereka untuk
mengusir British di India.
2. Jepun mempengaruhi orang India dalam tentera
British supaya bekerjasama dengan mereka.
3. Sebahagian besar orang India dalam tentera British
telah berpaling tadah kepada pihak Jepun.
4. Sebahagian besar orang India menyertai Tentera
Kebangsaan India .
5. Jepun menjadi pendorong penubuhan Liga
Kemerdekaan India.
1.5. Gerakan antiJepun
1. Gerakan ini muncul di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak kerana dasar kejam yang dijalankan
oleh pihak Jepun
2. Mereka bergerak secara gerila
3. Ada yang berkerjasama dengan tentera
Bersekutu khususnya British
4. Antara gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu
ialah
5. Antara gerakan anti-Jepun di Sabah dan
Sarawak ialah
1. 6 Jepun Menyerah Kalah
1. Menjelang 1945, Jepun enggan menyerah diri
walaupun telah didesak oleh tentera Bersekutu
2. Kemudiannya ,Tentera Bersekutu telah
menggugurkan bom atom di
a. Hiroshima pada 6 Ogos 1945
b. Nagasaki pada 9 Ogos1945
3. Hal ini menyebabkan Jepun menyerah kalah
tanpa syarat pada 15 Ogos 1945.
4. Jeneral Seishiro Itagaki, menyerah diri secara
rasmi kepada Laksamana Louis Mountbatten ,
pada 12 September 1945 tentera Bersekutu di
Singapura
Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3
Pertubuhan Maklumat
MPAJA • Ditubuhkan oleh Parti Komunis
Malaya
• Dapat bantuan daripada British
• Menggunakan taktik perang gerila
Force 136 • Ditubuhkan oleh tentera Bersekutu
di Pahang , Johor dan Kedah
• Mendapat latihan di Sri Langka
• Dianggotai oleh pegawai-pegawai
tadbir Melayu
Askar
Melayu
Setia
• Melancarkan perang gerila
• Dapat bantuan daripada Force 136
Pasukan
Wataniah
Pahang
• Pemerintah Kehormatnya ialah
Sultan Pahang
• Diketuai oleh Yeop Maidin
• Dianggotai oleh pemuda-pemuda
Melayu antaranya Kapten Abdul
Razak bin Hussin
• Hubungan baik dengan Force 136
Pertubuhan Maklumat
Gerila Kinabalu • Pimpinan Albert Kwok
• Melancarkan pemberontakan
Double Tenth tetapi gagal
Pasukan Gerila
Datu Mustapha
• Penentangan di Kudat
Pasukan gerila
di Sandakan
• Penentangan di Sandakan
Penentangan di
pesisir pantai
Sarawak
• Membantu tentera Bersekutu
mengusir Jepun
5
Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita
5. Di Borneo pula, pemerintah tertinggi tentera
tentera Jepun ke-37, Masao Baba menyerah kalah
di Surrender Point, Labuan pada 10 September
1945.
1.7 Kesan Pemerintahan Tentera Jepun
1.7.1 Politik
1.7.1.1 Menyemarak semangat kebangsaan
1. Kejayaan Jepun rnenewaskan kuasa barat
memberi keyakinan kepada orang Asia untuk
merdeka
2. Jepun telah menyemarakkan semangat kebangsaan
di kalangan penduduk Tanah Melayu.
3. Wujud penulisan seperti sajak Kekuatan Asia
yang bertemakan kebangkitan orang Asia
1.7.1.2 Memberi pengalaman pentadbiran
1. Terdapat orang tempatan diberi peluang
menjawat jawatan dalam pentadbiran seperti
berikut :
Tokoh Jawatan
Ibrahim Haji Yaacob Mengetuai PETA sebagai
Leftenan Kolonel
Abang Haji Openg Pegawai Daerah di
Kuching
Dr Burhanuddin Al-
Helmy
Penasihat Kebudayaan dan
Adat Istiadat Melayu
Dato Onn bin Jaafar Pengawal Makanan Negeri
Johor
Dilantik semula menjadi
ahli Majlis Mesyuarat
Negeri Johor
Kapten Mohd Salleh
Haji Sulaiman
Pegawai Daerah di Hulu
Perak
2. Oleh itu , Jepun telah menubuhkan Koa
Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) untuk
melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran
3. Kua Kunrenjo ditubuhkan di Singapura , Pulau
Pinang dan Melaka
4. 75% pelatihnya terdiri daripada orang Melayu
5. Jepun menubuhkan Pembela Tanah Air (PETA)
6. PETA ialah pertubuhan separa ketenteraan yang
diberi latihan ketenteraan oleh Jepun untuk
menentang tentera Bersekutu.
7. Peluang menjawat jawatan tinggi memberi
pemgalaman kepada orang Melayu dalam
bidang pentadbiran
8. Walau bagaimanapun Jepun tidak menunaikan
janjinya membela negara-negara Asia
9. Antara dasar politik Jepun ialah :
a. Kegiatan politik diawasi oleh Jepun
b. Menyekat kebebasan bersuara
c. Akhbar mencurigakan diharamkan
d. Hanya pertubuhan pro-Jepun yang
dibenarkan aktif
e. Mengharamkan KMM pada 1942.
10. Pertubuhan politik dibenarkan bergiat semula
apabila Jepun menerima tekanan daripada
pihak Bersekutu
11. Tanah Melayu dijanjikan kemerdekaan
bersama Indonesia
12. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung
(KRIS) ditubuhkan untuk mendapatkan
kemerdekaan bersama-sama
13. KMM telah memperjuangkan konsep Melayu
Raya
1.7.1.3 Perluasan Pengaruh Komunis
Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 6
Tema/Tajuk
B) Kesan pemerintahan Jepun
i. Politik
• Menyemarakkan perjuangan kebangsaan
• Memberi pengalaman pentadbiran kepada
penduduk tempatan
• Peluasan pengaruh komunis
ii. Ekonomi
• Kemerosotan ekonomi
iii. Sosial
• Kesengsaraan hidup
•
Hasil Pelajaran :
Memahami zaman pemerintahan Jepun di negara
kita
Aras 1
• Menyenaraikan kesan pemerintahan Jepun
di negara kita
Aras 2
• Menjelaskan usaha-usaha rakyat untuk
mengatasi kesengsaraan hidup pada zaman
pendudukan Jepun
Aras 3
• Menjelaskan kesan pentadbiran Jepun yang
mengubahcorak pemikiran rakyat Tanah
Melayu
• Menghubungkaitkan pendudukan Jepun
dengan kebangkitan semangat nasionalisme
Nilai dan tingkahlaku patriotisme
Keberanian dan kecekalan mendaulatkan negara
Malaysia
• Kegigihan dan kecekalan menghadapai
dugaan
Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita
1. Semasa Jepun, semangat kebangsaan berbeza
mengikut kaum kerana berpaksi kepada negara
asal masing-masing
a. orang India berusaha untuk memerdekakan
negara India
b. orang Cina pula lebih bersikap anti- Jepun
2. PKM mendapat bantuan daripada pasukan Force
136
3. Parti Komunis Malaya menubuhkan MPAJA
dikenali dengan nama tentera Bintang Tiga yang
melambangkan 3 kaum .
4. Sebahagian besar ahlinya terdiri orang Cina
1.7.1.4 Iktibar daripada pendudukan Jepun
1. Jangan tidak mudah mempercayai kebaikan yang
ditawarkan oleh kuasa asing kerana .
i. Jepun mungkir janji untuk memberikan
kemerdekaan kepada negara kita.
ii. Jepun menyerahkan empat negeri Melayu
utara kepada Thailand
iii. Kekejaman tentera Jepun semakin terserlah.
iv. Dasar-dasar Jepun telah mengongkong dan
menyusahkan rakyat.
2. Untuk mencapai kemerdekaan kita tidak
sepatutnya hanya bergantung pada negara lain.
1.7.2 . Ekonomi
1. Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama
Asia Timur Raya” ternyata gagal
2. Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot
3. Gaji pegawai kerajaan pula dikurangkan
4. Kadar pengangguran semakin meningkat.
5. Perdagangan antarabangsa terhenti kerana sekatan
ekonomi oleh kuasa Bersekutu
6. Bijih timah dan getah tidak dapat dieksport ke
Barat.
7. Beras tidak dapat lagi diimport dari Thailand dan
Burma.
8. Bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun kerana
kawalan kawasan perairan oleh kapal selam tentera
Bersekutu
9. Ekonomi kawalan tidak memberi kebaikan kepada
penduduk
10. Amalan rasuah , menyorok barang dan pasaran
gelap berlaku di merata tempat.
11. Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan.
12. Hal ini menyebabkan berlakunya inflasi
13. Bekalan dan barang keperluan harian sukar
diperolehi
14. Jika ada, harganya melambung tinggi.
15. Catuan bekalan makanan dikenakan
16. Kad catuan diberikan supaya tiada keluarga
mendapat bekalan melebihi kadar yang ditetapkan
17. Ubi kayu dan keledek menjadi makanan utama
18. Ada penduduk bandar berpindah ke luar bandar
untuk mencari kehidupan yang lebih baik
19. Keperitan hidup menjadikan penduduk lebih
kreatif seperti :
a. Kasut getah dibuat daripada getah keping
b. Kain daripada benang nanas dihasilkan
c. Perusahaan menghasilkan minyak kelapa,
gula kelapa dan rokok daun digiatkan semula
d. Ubat-ubat tradisional menjadi semakin
penting.
e. munculnya industri baru berasaskan sumber
tempatan seperti
i. lori dan kereta berkuasa wap
menggunakan arang
ii. bahan api dari susu getah
iii.getah padat dijadikan tayar tanpa tiub
iv. Kertas daripada buluh, daun getah dan
lalang
v. Peralatan daripada kulit haiwan dan logam
vi. Kelambu dan kain daripada benang nanas
20. Industri yang tidak ekonomik dan mengalami
kekurangan bahan mentah lenyap
1.7.3. Sosial
1. Penduduk sentisa berada dalam kesengsaraan
dan ketakutan
2. Penduduk dikenakan perintah berkurung dan
sekatan perjalanan
3. Mereka saling mencurigai antara satu sama lain
kerana bimbang dianggap anti Jepun.
4. Ada yang menjadi tali barut pihak Jepun.
5. Ramai menjadi mangsa kekejaman tentera
Jepun.
6. Kempitai ditubuhkan oleh Jepun
a. Merupakan pasukan polis tentera
b. Menjaga kepentingan pentadbiran Jepun
c. Mengamalkan amalan seksa dulu kemudian
siasat
d. Ada yang bertindak ganas dan kejam
e. menjalankan tugas pemgintipan
7. Jepun juga menjalankan hukuman dera dan
hukuman dijalankan di khalayak ramai.
8. Ada rakyat yang menjadi buruh paksa
9. Buruh paksa ini
a. Tidak diberi gaji
b. Hanya diberi makanan sekadar menanpung
hidup
c. Diberi surat tunjuk sebab jika tidak hadir
d. Ada yang bekerja membina “jalan kereta api
maut”
i. Terletak di sempadan Thailand -Burma
ii. Sejauh 742 km dari Thailand melalui
Burma ke India
iii.Seramai 70,000 penduduk terlibat
iv. Satu pertiga telah terkorban
10. Kemudahan kesihatan teruk akibat peperangan
11. Wabak penyakit semakin merebak kerana
kekurangan zat makanan.
Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 7
Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita
12. Kebuluran berlaku di mana-mana.
13. Bekalan ubat sukar didapati
14. Tentera Jepun merampas ubat-ubatan di pasaran
untuk kegunaan mereka sendiri
Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 8

More Related Content

What's hot

punca penyakit jantung
punca penyakit jantungpunca penyakit jantung
punca penyakit jantungnurfazilah
 
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 Fasyah Tutor
 
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1nadiafikris
 
Pemanasan global
Pemanasan global Pemanasan global
Pemanasan global khaihay
 
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaMuhamad Saifullah
 
Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)JANGAN TENGOK
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di MalaysiaRamli Rem
 
pemerintahan raja mutlak di perancis
pemerintahan raja mutlak di perancispemerintahan raja mutlak di perancis
pemerintahan raja mutlak di perancissmk batu sapi
 
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaNoha Fiq
 
Kesan kesan perang dunia kedua 11
Kesan kesan perang dunia kedua 11Kesan kesan perang dunia kedua 11
Kesan kesan perang dunia kedua 11Noha Fiq
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 saadiah alidrus
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
Pengajian Am Hak Asasi
Pengajian Am  Hak AsasiPengajian Am  Hak Asasi
Pengajian Am Hak AsasiKhai Khairy
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Amirul Ezuan
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 Seow Han Lin
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIAsmawi Abdullah
 
Fungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiaFungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiajuliana
 

What's hot (20)

punca penyakit jantung
punca penyakit jantungpunca penyakit jantung
punca penyakit jantung
 
Mahatma gandhi
Mahatma gandhiMahatma gandhi
Mahatma gandhi
 
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
 
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
 
Pemanasan global
Pemanasan global Pemanasan global
Pemanasan global
 
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdfTEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
 
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
Faktor faktor tercetus perang kemerdekaan amerika (sej stpm sem 1)
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
 
Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
 
pemerintahan raja mutlak di perancis
pemerintahan raja mutlak di perancispemerintahan raja mutlak di perancis
pemerintahan raja mutlak di perancis
 
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
 
Kesan kesan perang dunia kedua 11
Kesan kesan perang dunia kedua 11Kesan kesan perang dunia kedua 11
Kesan kesan perang dunia kedua 11
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
Pengajian Am Hak Asasi
Pengajian Am  Hak AsasiPengajian Am  Hak Asasi
Pengajian Am Hak Asasi
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
 
Fungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiaFungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysia
 

Viewers also liked

Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara KitaBab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara KitaNur Rahifah Karim
 
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAAishah Ali
 
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah MelayuKedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayusejarahkita
 
Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3Cg Man
 
Bab 2 Zaman Penjajahan Jepun
Bab 2   Zaman  Penjajahan  JepunBab 2   Zaman  Penjajahan  Jepun
Bab 2 Zaman Penjajahan Jepunbooluckmie
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Cg Man
 
Unit 14 fungsi luar bandar dan bandar
Unit 14 fungsi luar bandar dan bandarUnit 14 fungsi luar bandar dan bandar
Unit 14 fungsi luar bandar dan bandarSarina Ismail
 
CH2F5f
CH2F5fCH2F5f
CH2F5fcgsha
 
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinya
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinyaPetempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinya
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinyatetamusenja
 
TMK_Fironika
TMK_FironikaTMK_Fironika
TMK_Fironikafiro HAR
 
Tingkatan 2 bab 12 Petempatan
Tingkatan 2 bab 12 PetempatanTingkatan 2 bab 12 Petempatan
Tingkatan 2 bab 12 PetempatanLee Chop Way Lcw
 
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12yinzhen lee
 

Viewers also liked (20)

Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara KitaBab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
 
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
 
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah MelayuKedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
 
Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 2 Zaman Penjajahan Jepun
Bab 2   Zaman  Penjajahan  JepunBab 2   Zaman  Penjajahan  Jepun
Bab 2 Zaman Penjajahan Jepun
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3
 
Bab 1 ting 3
Bab 1 ting 3Bab 1 ting 3
Bab 1 ting 3
 
Nota Sejarah Tingkatan 3
Nota Sejarah Tingkatan 3Nota Sejarah Tingkatan 3
Nota Sejarah Tingkatan 3
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 1
Sejarah Tingkatan 3: Bab 1Sejarah Tingkatan 3: Bab 1
Sejarah Tingkatan 3: Bab 1
 
Maksud kemerdekaan
Maksud kemerdekaanMaksud kemerdekaan
Maksud kemerdekaan
 
Unit 14 fungsi luar bandar dan bandar
Unit 14 fungsi luar bandar dan bandarUnit 14 fungsi luar bandar dan bandar
Unit 14 fungsi luar bandar dan bandar
 
CH2F5f
CH2F5fCH2F5f
CH2F5f
 
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinya
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinyaPetempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinya
Petempatan awal dan faktor faktor mempengaruhinya
 
TMK_Fironika
TMK_FironikaTMK_Fironika
TMK_Fironika
 
T2bab2
T2bab2T2bab2
T2bab2
 
Tingkatan 2 bab 12 Petempatan
Tingkatan 2 bab 12 PetempatanTingkatan 2 bab 12 Petempatan
Tingkatan 2 bab 12 Petempatan
 
Bab12 petempatan
Bab12 petempatanBab12 petempatan
Bab12 petempatan
 
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12
 

Similar to Jawaban bab1-t3

Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitaBab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitarubiah ali
 
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1A'dilah Hanum
 
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-notaAmilinda Amsar
 
T3 bab-01a
T3 bab-01aT3 bab-01a
T3 bab-01aCg Man
 
Sejarah tingkatan 3 pw
Sejarah tingkatan 3 pwSejarah tingkatan 3 pw
Sejarah tingkatan 3 pwHameyah Kasim
 
Latihan bab 1 ting
Latihan bab 1 tingLatihan bab 1 ting
Latihan bab 1 tingIb Zack
 
Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3Umi Yah
 
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia norlizaismail2013
 
Nota lengkap sejarah tingkatan 3
Nota lengkap sejarah tingkatan 3Nota lengkap sejarah tingkatan 3
Nota lengkap sejarah tingkatan 3smktsj2
 
Nota lengkap sejarah tingkatan 3 (bab 1 7)
Nota lengkap sejarah tingkatan 3 (bab 1   7)Nota lengkap sejarah tingkatan 3 (bab 1   7)
Nota lengkap sejarah tingkatan 3 (bab 1 7)fiqa_purplegurlz
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3smktsj2
 

Similar to Jawaban bab1-t3 (20)

Bab 1 ting 3
Bab 1 ting 3Bab 1 ting 3
Bab 1 ting 3
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Sejarah tingkatan 3
Sejarah tingkatan 3Sejarah tingkatan 3
Sejarah tingkatan 3
 
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitaBab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
 
Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3
 
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
 
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
 
NOTA SEJARAH TINGKATAN 3
NOTA SEJARAH TINGKATAN 3NOTA SEJARAH TINGKATAN 3
NOTA SEJARAH TINGKATAN 3
 
T3 bab-01a
T3 bab-01aT3 bab-01a
T3 bab-01a
 
Sejarah tingkatan 3 pw
Sejarah tingkatan 3 pwSejarah tingkatan 3 pw
Sejarah tingkatan 3 pw
 
Jepun
JepunJepun
Jepun
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Latihan bab 1 ting
Latihan bab 1 tingLatihan bab 1 ting
Latihan bab 1 ting
 
Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3
 
Sejarah ting 3
Sejarah ting 3Sejarah ting 3
Sejarah ting 3
 
Nota sejarah ting 3
Nota sejarah ting 3Nota sejarah ting 3
Nota sejarah ting 3
 
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
 
Nota lengkap sejarah tingkatan 3
Nota lengkap sejarah tingkatan 3Nota lengkap sejarah tingkatan 3
Nota lengkap sejarah tingkatan 3
 
Nota lengkap sejarah tingkatan 3 (bab 1 7)
Nota lengkap sejarah tingkatan 3 (bab 1   7)Nota lengkap sejarah tingkatan 3 (bab 1   7)
Nota lengkap sejarah tingkatan 3 (bab 1 7)
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 3
 

More from Muhammad Aizat

Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 

More from Muhammad Aizat (6)

Brochure dr.khahar
Brochure dr.khaharBrochure dr.khahar
Brochure dr.khahar
 
Bbm 2d
Bbm 2dBbm 2d
Bbm 2d
 
Teori bahasa
Teori bahasaTeori bahasa
Teori bahasa
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
1 taklimat-umum-kssr
1 taklimat-umum-kssr1 taklimat-umum-kssr
1 taklimat-umum-kssr
 
Darurat tanahmelayu
Darurat tanahmelayuDarurat tanahmelayu
Darurat tanahmelayu
 

Recently uploaded

ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (12)

ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Jawaban bab1-t3

  • 1. Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita 1.1 Pengenalan 1. Jepun memerintah negara kita selama kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 2. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita adalah bercorak ketenteraan 3. Kesan utama sepanjang tempoh tersebut telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat. 1.2 Pemerintahan Tentera Jepun 1.2.1. Kedatangan Jepun 1. Pada zaman pemenintahan Maharaja Mikado Meiji Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialis 2. Pemulihan Meiji a. Dilancarkan oleh Maharaja Meiji b. Menekankan pemodenan dan perindustrian c. Negara-negara barat dijadikan model 3. Perluasan kuasa Jepun ke Negara China kerana : a. banyak bahan mentah b. berpotensi menjadi pasaran barangan Jepun 4. Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun telah menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar. 5. Faktor perluasan kuasa Jepun a. masalah ekonomi di Negara. b. Pertambahan penduduk Jepun c. Kekurangan kawasan pertanian . d. Sebagai sebuah negara industri pula, Jepun memerlukan : i. bekalan bahan mentah ii kawasan pasaran baru e. Sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dan negara China oleh Amerika. 6. Isi jadual berikut dengan maklumat tepat Tahun Maklumat 1895 Jepun memenangi Perang Cina –Jepun Pertama 1905 Jepun memenangi perang Rusia-Jepun 1910 Jepun menguasai Korea 1932 Jepun menakluki Mancuhria 1937 Jepun memenangi Perang China –Jepun Kedua 1941 Jepun menduduki Indo China 1941 Jepun menyerang Asia Tenggara 7. Tentera telah memerintah negara Jepun sejak bulan Februari 1936 8. Sekatan ekonomi Amerika Syarikat menyebabkan pimpinan Jepun iaitu Jeneral Tojo menyerang Asia Tenggara. 9. Propaganda Jepun untuk mempengaruhi penduduk tempatan di negara kita ialah a. Asia Untuk Orang Asia b. Semangat Asia 10. Slogan-slogan ini berunsur anti penjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara Timur. 11. Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” diperkenalkan 12. Rancangan ini bertujuan mewujudkan zon ekonomi yang makmur yang diketuai oleh Jepun 13. Strategi Jepun ini berkesan sehingga kehadiran Jepun tidak dianggap sebagai penjajah baru Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 1 Tema/Tajuk A. Pemerintahan Jepun i. Kedatangan Jepun • Tujuan dan rancangan Jepun di Asia Tenggara • Cara dan strategi serangan Jepun ke atas Tanah Melayu, Sarawak Sabah Hasil Pelajaran : Memahami zaman pemerintahan Jepun di negara kita Aras 1 • Menyatakan sebab-sebab Jepun meluaskan kuasa • Memerihalkan kedatangan Jepun • Menyenaraikan faktor kejayaan Jepun menguasai Tanah Melayu • Menceritakan tentang taktik Bumi Hangus yang dijalankan oleh British • Menceritakan strategi pertahanan British Aras 2 • Menghuraikan keberkesanan strategi Jepun dalam usaha menguasai Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah Aras3 • Merumus tentang kejayaan Jepun Nilai dan tingkahlaku patriotisme Kebijaksanaan meny usun strategi. • Bijak merancang strategi sebelumbertindak. BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
  • 2. Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita 14. Iktibar daripada peristiwa ini ialah : a. Perlu ada slogan yang baik untuk melaksanakan sesuatu. misi. b. berhati-hati terhadap propaganda dari luar. 1.2.2 Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu 1. 8 Disember 1941 mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bharu 2. Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus mara ke Jitra, Kedah 3. Kumpulan ini berpecah dua, iaitu a. sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke selatan melalui pesisiran pantai Barat menggunakan bot-bot yang dirampas b. Sepasukan lagi, mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat menggunakan kereta kebal dan basikal 4. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bahru mara ke selatan mengikut jalan darat melalui pantai timur. 5. Pada 10 Disember 1941 , Jepun berjaya menenggelamkan kapal Repulse dan Prince of Wales oleh tentera berani mati. 1.2.3 Kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah. 1. Tentera Jepun berpengkalan di Cam Ranh ,Viatnam 2. Pada 16 Disember 1941 mendarat di Miri 3. Tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan . 4. Arah mara aasukan pertama ialah a. Pada 21 Disember 1941 ke Kuching b. Pada 27 Disember 1941 ke Sibu. 5. Arah mara pasukan yang kedua ialah c. Pada 1 Januari 1942 ke Labuan d. Pada 19 Januari 1942 ke Sandakan. 6. Kemaraan Jepun tidak mendapat tentangan sengit di Sabah dan Sarawak 1.2.4 Cara kemaraan dan kelengkapan tentera Jepun 1. Sebanyak 450 buah kapal terbang perang digunakan untuk memberi perlindungan kepada tentera darat. 2. Sebanyak 80 buah kereta kebal pengempur digunakan 3. 100 buah kereta kebal kecil digunakan kerana mudah dikendalikan 4. menggunakan bot untuk mendarat dari kapal perang 5. menggunakan basikal untuk melalui jalan sempit 6. Angkatan tentera seramai 80,000 orang 1.2.5. Kelengkapan tentera British 1. Tentera British seramai 100,000 orang 2. British mempunyai 141 buah kapal terbang pejuang 3. British mempunyai 2 buah kapal perang untuk menyekat kemaraan tentera Jepun 1.2.6. Kesan Peperangan 1. Antara kesan peperangan ini ialah kemusnahan infrastruktur, sumber ekonomi dan bangunan. 2. Tentera British menggunakan taktik “bumi hangus ” semasa berundur seperti : a. meletupkan jambatan Guillemard di Kuala Krai untuk meyekat kemaraan tentera Jepun b. Di Sarawak, British telah memusnahkan telaga minyak dan dokumen-dokumen kerajaan 3. Tujuan British berbuat demikian ialah c. Melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun d. melumpuhkan ekonomi. 4. Jepun gagal untuk menguasai bahan mentah akbiat kemusnahan ini 5. Iktibar daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengelakkan sebarang peperangan daripada berlaku di negara kita. 1.2.7 Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun 1. Kemaraan tentera Jepun gagal disekat oleh tentera British yang terdiri daripada askar-askar India – Gurkha , Australia dan British 2. Tentera British berundur ke selatan untuk mempertahankan Singapura. 3. British tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu kerana mempertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah. 4. Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan telah berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. 5. Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu dan Singapura dalam tempoh sepuluh minggu 6. Pada 15 Februari 1942, Jeneral E.A.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura. 7. Iktibar peristiwa ini ialah jangan mengharapkan kuasa asing untuk mempertahankan tanah air kita sendiri. Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 2
  • 3. Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita 1.2.8 Faktor-faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu 1. Perancangan awal perang Jepun a. propaganda Jepun untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu. b. aktiviti perisikan di Tanah Melayu mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan. 2. Kelemahan tentera British a. Tidak bersedia kerana menumpukan peperangan di Eropah. b. Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang c. Askar India yang berkhidmat dengan British telah berubah sikap menjadi anti British d. Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura 3. Kelengkapan tentera Jepun a. banyak kapal terbang pejuang yang moden seperti Zero Fighter b. kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi di Tanah Melayu. 4. Semangat tentera Jepun a. berjuang untuk kemegahan negara mereka b. rela mati demi Majaraja Jepun c. berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China –Jepun 5. Pakatan Jepun Thailand a. Thailand memberi laluan tentera Jepun untuk mendarat b. Jepun tidak menyerang Thailand c. Jepun menyerahkan Kelantan , Kedah , Perlis dan Terangganu kepada Thailand 6. Taktik serangan Jepun a. memusnahkan Pearl Habour di Hawai, yang menjadi pangkalan utama tentera Amenka Syarikat di Asia Pasifik. b. memulakan serangan dari utara Tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura. 7. Peranan Kesatuan Melayu Muda a. membantu menyebarkan propaganda Jepun b. memberi maklumat perisikan c. menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun Rumusan Kejayaan Jepun 1. Memeranjatkan banyak pihak termasuk tentera British dan Amerika Syarikat 2. Kunci kejayaan Jepun ialah a. kegiatan perisikan Jepun yang berkesan b. semangat perjuangan yang tinggi c. kelemahan pertahanan British d. kebijakan tentera Jepun menggunakan kesempatan semasa kuasa barat sedang berperang di Eropah e. tiada tentangan daripada penduduk tempatan kerana terpengaruh dengan slogan-slogan Jepun 1.3 Dasar Pemerintahan Jepun 1. Jepun telah memperkenalkan pemerintahan secara tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. 2. Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru 3. Singapura pula dikenali sebagai Syonan dan pentadbirannya diasingkan daripada Tanah Melayu. 4. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dibahagikan kepada : Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 3 Tema/Tajuk A. Pemerintahan Jepun ii. Dasar pemerintahan Jepun • Pentadbiran • Ekonomi • Sosial iii. Reaksi penduduk tempatan terhadap pemerintahanJepun Hasil Pelajaran : Memahami zaman pemerintahan Jepun di negara kita Aras 1 • Mererihalkan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu • Menyatakan dasar ekonomi Jepun di Tanah Melayu • Memerihalkan dasar penjepunan • Menceritakan kesengsaraan hidup pada zaman Jepun • Menyatakan reaksi penduduk tempatan terhadap pemerintahan Jepun • Mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh tanah air yang berjuang menentang Jepun • Menceritakan tentang kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua Aras 2 • Membandingkan corak pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dengan di Sarawak dan Sabah Aras 3 • Menjelaskan kesan pentadbiran Jepun yang mengubah corak pemikiran rakyat Tanah Melayu Nilai dan tingkahlaku patriotisme Jati diri bangsa Malaysia. • Memperkasakan mental dan fizikal.
  • 4. Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita A. Pentadbiran Pusat i. Pejabat Perang di Tokyo ii. Di Singapura diketuai oleh Pengarah Agung yang mengetuai mahkamah, biro-biro pentadbiran dan majlis pusat a. Pentadbiran Wilayah i. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah ii. Wilayah terdiri daripada negeri-negeri iii. Gabenor dibantu oleh Datuk Bandar dan Pegawai Daerah iv. Pegawai Daerah dibantu oleh Penghulu 5. Pada mulanya, Jepun menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera 6. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand sebagai menghargai kerjasama negara itu yang memberi laluan kepada tentera Jepun. 7. Sarawak, Sabah dan Brunei pula digabungkan dikenali sebagai pentadbiran Borneo Utara a. diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral b. beribu pejabat di Kuching c. Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu Kuching, Miri dan Sibu d. Sabah pula dibahagikan kepada dua wilayah iaitu Jesselton dan Sandakan. e. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah f. Gebenor Wilayah dibantu oleh Residen g. Terdapat 15 deerah dibentuk dan setiap diketuai oleh pegawai daerah h. Pegawai derah dibantu oleh Ketua Tempatan 8. Jepun memperkenalkan pelbagai dasar untuk mencapai matlamat pendudukan mereka di Tanah Melayu. 9. Dasar Jepun sering berubah-ubah mengikut kepentingan mereka. 10. Penduduk tidak berhak menyuarakan pendapat mereka. 11. Dasar Jepun mula berubah apabila mendapati mereka akan kalah dalam Perang Dunia Kedua 1.3.1 Dasar Politik 1. Kedudukan Sultan a. sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri b. hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu c. Sultan diberi elaun seperti semasa British. 2. Status Tanah Melayu menjadi tanah jajahan Jepun 3. Majlis Agama Islam ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah 1.3.2 Dasar Ekonomi 1. dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan membiayai peperangan 2. Mata wang Jepun diperkenalkan. 3. Ekonomi kawalan diperkenalkan a. Ekonomi sara diri digiatkan untuk pengeluaran makanan harian b. Mengeluarkan Notis kerajaan No 41 pada 25 November i. memaksa penduduk menjalankan tanaman sara diri di tanah sendiri dalam masa sebulan dari tarikh notis dikeluarkan ii. Hadiah diberi kepada yang berjaya iii. Kegagalan mematuhi notis ini akan didenda c. Catuan makanan dilaksanakan d. Layanan istimewa diberikan kepada kaisha(syarikat Jepun ) 1.3.3 Dasar Penjepunan dan Sosial 1. Sekolah Inggeris dan Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh barat dan Cina 2. Rakyat dipaksa setia kepada Maharaja Jepun 3. Lagu Kimigayo(Kebangsan Jepun) dinyanyikan setiap pagi di sekolah. 4. Dasar Bahasa a. Bahasa Jepun (Nippon Go) menjadi bahasa pengantar di sekolah b. Ruangan khas belajar bahasa Jepun disiarkan dalam akhbar Fajar Asia c. Menukar nama Stesen Kereta Api Tanjung Pagar kepada Stesen Ketera Api Syonan d. Nama persatuan perdagangan menggunakan bahasa Jepun 5. Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar 6. Cuti hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan 7. Melayan baik orang Melayu untuk mendapatkankerjasama meneruskan pemerintahan 8. Melayan kasar orang Cina kerana menyokong negara China semasa perang China- Jepun 9. Melayan baik orang India bagi mendapatkan kerjasama mengusir British di India . 1.4 Reaksi Penduduk 1.4.1 Reaksi Orang Melayu 1. Sebahagian besar orang Melayu tidak menentang 2. Mereka terpengaruh dengan slogan Jepun 3. Orang Melayu diberikan layanan yang baik oleh tentera Jepun. 4. Usaha mendapatan kemerdekaan dijalankan oleh Kesatuan Melayu Muda di bawah pimpinan Ibrahiin Haji Yaacob dengan mengadakan pakatan sulit dengan pihak Jepun Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 4
  • 5. Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita 5. Sokongan orang Melayu tidak kekal lama kerana : a. Jepun mewujudkan pemerintahan baru secara tentera. b. Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan kehidupan rakyat. c. Slogan Jepun hanya muslihat untuk kepentingan mereka. d. Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti yang dijanjikan. e. Status Tanah Melayu menjadi tanah jajahan . f. Negeri-negeri Melayu Utara pula diserahkan kepada Thailand g. Pada mulanya pihak Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu. h. KMM dibubarkan oleh Jepun. i. Tentera Jepun melakukan kekejaman terhadap sesiapa sahaja yang dianggap bersalah. 6. Iktibar pemerintahan Jepun ialah kita hendaklah lebih berwaspada dalam menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa asing. 1.4.2 Reaksi Orang Cina 1. Orang Cina menentang Jepun kerana dipengaruhi oleh Perang China –Jepun pada tahun 1937. 2. Kebanyakan terlibat dengan gerakan anti-Jepun 3. Mereka memulaukan barangan Jepun 4. Mereka memungut derma untuk membantu negara China. 5. Ada pemuda Cina yang balik ke negara China untuk menyertai perang menentang Jepun. 6. Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu , mereka dilayan secara kasar dan ada juga dibunuh oleh tentera Jepun 7. Ada orang Cina yang menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan dan keselamatan nyawa mereka. 1.4.3 Reaksi Orang India 1. Orang India mendapat layanan yang baik kerana Jepun memerlukan kerjasama mereka untuk mengusir British di India. 2. Jepun mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya bekerjasama dengan mereka. 3. Sebahagian besar orang India dalam tentera British telah berpaling tadah kepada pihak Jepun. 4. Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India . 5. Jepun menjadi pendorong penubuhan Liga Kemerdekaan India. 1.5. Gerakan antiJepun 1. Gerakan ini muncul di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana dasar kejam yang dijalankan oleh pihak Jepun 2. Mereka bergerak secara gerila 3. Ada yang berkerjasama dengan tentera Bersekutu khususnya British 4. Antara gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu ialah 5. Antara gerakan anti-Jepun di Sabah dan Sarawak ialah 1. 6 Jepun Menyerah Kalah 1. Menjelang 1945, Jepun enggan menyerah diri walaupun telah didesak oleh tentera Bersekutu 2. Kemudiannya ,Tentera Bersekutu telah menggugurkan bom atom di a. Hiroshima pada 6 Ogos 1945 b. Nagasaki pada 9 Ogos1945 3. Hal ini menyebabkan Jepun menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos 1945. 4. Jeneral Seishiro Itagaki, menyerah diri secara rasmi kepada Laksamana Louis Mountbatten , pada 12 September 1945 tentera Bersekutu di Singapura Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 Pertubuhan Maklumat MPAJA • Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya • Dapat bantuan daripada British • Menggunakan taktik perang gerila Force 136 • Ditubuhkan oleh tentera Bersekutu di Pahang , Johor dan Kedah • Mendapat latihan di Sri Langka • Dianggotai oleh pegawai-pegawai tadbir Melayu Askar Melayu Setia • Melancarkan perang gerila • Dapat bantuan daripada Force 136 Pasukan Wataniah Pahang • Pemerintah Kehormatnya ialah Sultan Pahang • Diketuai oleh Yeop Maidin • Dianggotai oleh pemuda-pemuda Melayu antaranya Kapten Abdul Razak bin Hussin • Hubungan baik dengan Force 136 Pertubuhan Maklumat Gerila Kinabalu • Pimpinan Albert Kwok • Melancarkan pemberontakan Double Tenth tetapi gagal Pasukan Gerila Datu Mustapha • Penentangan di Kudat Pasukan gerila di Sandakan • Penentangan di Sandakan Penentangan di pesisir pantai Sarawak • Membantu tentera Bersekutu mengusir Jepun 5
  • 6. Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita 5. Di Borneo pula, pemerintah tertinggi tentera tentera Jepun ke-37, Masao Baba menyerah kalah di Surrender Point, Labuan pada 10 September 1945. 1.7 Kesan Pemerintahan Tentera Jepun 1.7.1 Politik 1.7.1.1 Menyemarak semangat kebangsaan 1. Kejayaan Jepun rnenewaskan kuasa barat memberi keyakinan kepada orang Asia untuk merdeka 2. Jepun telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu. 3. Wujud penulisan seperti sajak Kekuatan Asia yang bertemakan kebangkitan orang Asia 1.7.1.2 Memberi pengalaman pentadbiran 1. Terdapat orang tempatan diberi peluang menjawat jawatan dalam pentadbiran seperti berikut : Tokoh Jawatan Ibrahim Haji Yaacob Mengetuai PETA sebagai Leftenan Kolonel Abang Haji Openg Pegawai Daerah di Kuching Dr Burhanuddin Al- Helmy Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Dato Onn bin Jaafar Pengawal Makanan Negeri Johor Dilantik semula menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor Kapten Mohd Salleh Haji Sulaiman Pegawai Daerah di Hulu Perak 2. Oleh itu , Jepun telah menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) untuk melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran 3. Kua Kunrenjo ditubuhkan di Singapura , Pulau Pinang dan Melaka 4. 75% pelatihnya terdiri daripada orang Melayu 5. Jepun menubuhkan Pembela Tanah Air (PETA) 6. PETA ialah pertubuhan separa ketenteraan yang diberi latihan ketenteraan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu. 7. Peluang menjawat jawatan tinggi memberi pemgalaman kepada orang Melayu dalam bidang pentadbiran 8. Walau bagaimanapun Jepun tidak menunaikan janjinya membela negara-negara Asia 9. Antara dasar politik Jepun ialah : a. Kegiatan politik diawasi oleh Jepun b. Menyekat kebebasan bersuara c. Akhbar mencurigakan diharamkan d. Hanya pertubuhan pro-Jepun yang dibenarkan aktif e. Mengharamkan KMM pada 1942. 10. Pertubuhan politik dibenarkan bergiat semula apabila Jepun menerima tekanan daripada pihak Bersekutu 11. Tanah Melayu dijanjikan kemerdekaan bersama Indonesia 12. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan bersama-sama 13. KMM telah memperjuangkan konsep Melayu Raya 1.7.1.3 Perluasan Pengaruh Komunis Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 6 Tema/Tajuk B) Kesan pemerintahan Jepun i. Politik • Menyemarakkan perjuangan kebangsaan • Memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk tempatan • Peluasan pengaruh komunis ii. Ekonomi • Kemerosotan ekonomi iii. Sosial • Kesengsaraan hidup • Hasil Pelajaran : Memahami zaman pemerintahan Jepun di negara kita Aras 1 • Menyenaraikan kesan pemerintahan Jepun di negara kita Aras 2 • Menjelaskan usaha-usaha rakyat untuk mengatasi kesengsaraan hidup pada zaman pendudukan Jepun Aras 3 • Menjelaskan kesan pentadbiran Jepun yang mengubahcorak pemikiran rakyat Tanah Melayu • Menghubungkaitkan pendudukan Jepun dengan kebangkitan semangat nasionalisme Nilai dan tingkahlaku patriotisme Keberanian dan kecekalan mendaulatkan negara Malaysia • Kegigihan dan kecekalan menghadapai dugaan
  • 7. Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita 1. Semasa Jepun, semangat kebangsaan berbeza mengikut kaum kerana berpaksi kepada negara asal masing-masing a. orang India berusaha untuk memerdekakan negara India b. orang Cina pula lebih bersikap anti- Jepun 2. PKM mendapat bantuan daripada pasukan Force 136 3. Parti Komunis Malaya menubuhkan MPAJA dikenali dengan nama tentera Bintang Tiga yang melambangkan 3 kaum . 4. Sebahagian besar ahlinya terdiri orang Cina 1.7.1.4 Iktibar daripada pendudukan Jepun 1. Jangan tidak mudah mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing kerana . i. Jepun mungkir janji untuk memberikan kemerdekaan kepada negara kita. ii. Jepun menyerahkan empat negeri Melayu utara kepada Thailand iii. Kekejaman tentera Jepun semakin terserlah. iv. Dasar-dasar Jepun telah mengongkong dan menyusahkan rakyat. 2. Untuk mencapai kemerdekaan kita tidak sepatutnya hanya bergantung pada negara lain. 1.7.2 . Ekonomi 1. Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” ternyata gagal 2. Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot 3. Gaji pegawai kerajaan pula dikurangkan 4. Kadar pengangguran semakin meningkat. 5. Perdagangan antarabangsa terhenti kerana sekatan ekonomi oleh kuasa Bersekutu 6. Bijih timah dan getah tidak dapat dieksport ke Barat. 7. Beras tidak dapat lagi diimport dari Thailand dan Burma. 8. Bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun kerana kawalan kawasan perairan oleh kapal selam tentera Bersekutu 9. Ekonomi kawalan tidak memberi kebaikan kepada penduduk 10. Amalan rasuah , menyorok barang dan pasaran gelap berlaku di merata tempat. 11. Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan. 12. Hal ini menyebabkan berlakunya inflasi 13. Bekalan dan barang keperluan harian sukar diperolehi 14. Jika ada, harganya melambung tinggi. 15. Catuan bekalan makanan dikenakan 16. Kad catuan diberikan supaya tiada keluarga mendapat bekalan melebihi kadar yang ditetapkan 17. Ubi kayu dan keledek menjadi makanan utama 18. Ada penduduk bandar berpindah ke luar bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik 19. Keperitan hidup menjadikan penduduk lebih kreatif seperti : a. Kasut getah dibuat daripada getah keping b. Kain daripada benang nanas dihasilkan c. Perusahaan menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa dan rokok daun digiatkan semula d. Ubat-ubat tradisional menjadi semakin penting. e. munculnya industri baru berasaskan sumber tempatan seperti i. lori dan kereta berkuasa wap menggunakan arang ii. bahan api dari susu getah iii.getah padat dijadikan tayar tanpa tiub iv. Kertas daripada buluh, daun getah dan lalang v. Peralatan daripada kulit haiwan dan logam vi. Kelambu dan kain daripada benang nanas 20. Industri yang tidak ekonomik dan mengalami kekurangan bahan mentah lenyap 1.7.3. Sosial 1. Penduduk sentisa berada dalam kesengsaraan dan ketakutan 2. Penduduk dikenakan perintah berkurung dan sekatan perjalanan 3. Mereka saling mencurigai antara satu sama lain kerana bimbang dianggap anti Jepun. 4. Ada yang menjadi tali barut pihak Jepun. 5. Ramai menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun. 6. Kempitai ditubuhkan oleh Jepun a. Merupakan pasukan polis tentera b. Menjaga kepentingan pentadbiran Jepun c. Mengamalkan amalan seksa dulu kemudian siasat d. Ada yang bertindak ganas dan kejam e. menjalankan tugas pemgintipan 7. Jepun juga menjalankan hukuman dera dan hukuman dijalankan di khalayak ramai. 8. Ada rakyat yang menjadi buruh paksa 9. Buruh paksa ini a. Tidak diberi gaji b. Hanya diberi makanan sekadar menanpung hidup c. Diberi surat tunjuk sebab jika tidak hadir d. Ada yang bekerja membina “jalan kereta api maut” i. Terletak di sempadan Thailand -Burma ii. Sejauh 742 km dari Thailand melalui Burma ke India iii.Seramai 70,000 penduduk terlibat iv. Satu pertiga telah terkorban 10. Kemudahan kesihatan teruk akibat peperangan 11. Wabak penyakit semakin merebak kerana kekurangan zat makanan. Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 7
  • 8. Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita 12. Kebuluran berlaku di mana-mana. 13. Bekalan ubat sukar didapati 14. Tentera Jepun merampas ubat-ubatan di pasaran untuk kegunaan mereka sendiri Modul Baja Bina Sejarah Tingkatan 3 8