SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
Darurat tanah Melayu
Darurat Tanah Melayu yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 adalah persengkatan antara Parti
Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu. Darurat telah diisytiharkan pada
7-7-1948.

Sebab Darurat

Bolehlah dikatakan bahawa segalanya bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. Nasionalisme
penduduk Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh Jepun semasa penjajahannya telah mendorong
penduduk Tanah Melayu untuk bekerajaan sendiri.

Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada
tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan
selepas itu PKM diharamkan.

Dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal
ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah
dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang
agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja,
serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).

Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk
melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang
mereka rasa patut.

Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantik sebagai ketua yang
baru, gerakan bersenjata dibuat bermula dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Tang (KMT) dan 3
orang pengurus ladang getah berbangsa Eropah, termasuk seorang penolong, pada 12-6-1948 dan 15-
6-1948. Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

Min Yuen
Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis.
Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya
dan sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina.

Tujuan Min Yuen adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan
kepada komunis. Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawaan
berhampiran hutan. Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa
berbuat demikian kerana takut ancaman maut. Sebenarnya kebanyakkan orang Cina berasa serba salah
kerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan
tindakan akan diambil bukan sahaja terhadap mereka tetapi melibatkan keluaraga mereka.

Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya di sebelah malam. Bagi
melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs
telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan
baru yang dikawal. Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada diancam
dan diperas-ugut oleh pengganas komunis.

Langkah mengatasi darurat
Undang-undang Darurat

Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:

   1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
   2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
   3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah
untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang,
seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.

Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke
70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras
komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New
Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang mempunyai pengaruh komunis.

Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka
dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas
daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka
adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang
mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak
sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.

Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad
pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad
pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.

Rancangan Briggs
Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada
pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon
Briggs.

Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan
makanan serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai
Persekutuan.

Tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil
yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru
supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta
ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan.
Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan,
tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.
Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan
di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak
membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.

Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung
untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara
berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.

Gerakan Kelaparan
Gerakan Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan British di dalam
Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti
Komunis Malaya.

Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan
awam, polis dan tentera. Oleh itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan
daerah telah ditubuhkan. Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan
bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya.

Semua anggota di Kampung Baru yang terlibat dalam Rancangan Briggs perlu memastikan bahawa
segala keperluan asas seperti bahan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta senjata tidak diberikan
kepada pihak komunis. Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang
ditetapkan sahaja. Kad pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk di
Kampung Baru. Sekatan-sekatan jalan raya diadakan juga untuk menghalang pergerakan Min Yuen.

Perang Saraf
Rancangan Briggs telah meninggalkan kesan terhadap hubungan kerajaan dan rakyat ketika
itu.Didapati ahli Parti Komunis Malaya adalah kaum Cina manakala orang Melayu ramai berkhidmat
sebagai polis dan tentera.

Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah mengadakan kempen ‘Bulan Penduduk
Tanah Melayu Menentang Komunis’ yang melibatkan 500 000 orang.Dalam kempen ini mereka
membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-patung komunis serta
mengadakan rapat umum.

Rundingan Baling 1955
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin
Peng telah meminta perundingan diadakan. Rundingan Baling telah dibuat pada 28-29 Disember 1955,
di Sekolah Rendah Baling, Baling , Kedah Darul Aman. Rundingan ini tidak membawa apa-apa
keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis
Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak
sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan
Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat
sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah
parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak
menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Sebelum Perjanjian
Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng. Surat
itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul
Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng.

Tawaran Chin Peng tidak dihiraukan oleh kerajaan kerana PKM sudah lemah. Lagipun kerajaan
dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata
komunis. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah
tidak wajar.

Julai 1955 Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu.

September 1955 kerajaan menabur 40 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan
melalui kapal terbang. Namun demikian Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan
Februari 1956.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa.
Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan
pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di
sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah
darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.

Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa
dasar:-

   1. Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.
   2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras
        ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.
   3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
   4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas.
        Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang,
        mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang
        (discourage) .
   5.   Memperkenalkan ISA.
   6.   Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan
        melalui unit udara.
   7.   Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.
   8.   Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.

Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk
tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di
Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi
sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir
musuh.

Langkah bukan bentuk ketenteraan

Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara
yang paling popular adalah berbentuk:

   1. Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang
        adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip)
Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka
      tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di
      dalam hutan.
   2. Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran
      untuk pemberitahuan sarang setiap ahli PKM dengan gangaran untuk ahli PKM yang
      menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang
      menyerah diri, serta $25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.
   3. Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang
      alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini telah membawa kepada
      mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO.
   4. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan
      MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam),
      tetapi langkah ini telah dibuktikan gagal kerana Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang
      berlaku pada tahun 1963.

Sumber : internet

More Related Content

What's hot

Ancaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaAncaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaBeela Sensei
 
Ancaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuAncaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuSamad Shomie
 
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunisPresentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunisAishah Rashid
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan DaruratMohd Sofian
 
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)SMK Chalok (Model Khas)
 
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)IzzahNazri
 
Bab3 t3
Bab3 t3Bab3 t3
Bab3 t3Cg Man
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunisariffzainuddin
 
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaan
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaanPENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaan
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaanAmin Upsi
 
Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemerdekaan Tanah MelayuKemerdekaan Tanah Melayu
Kemerdekaan Tanah Melayuawkhalid
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanHijaz Husna
 
T3 bab-06a
T3 bab-06aT3 bab-06a
T3 bab-06aCg Man
 
pengajian malaysia
pengajian malaysia pengajian malaysia
pengajian malaysia dka1d
 
5. kemerdekaan tanah melayu
5. kemerdekaan tanah melayu5. kemerdekaan tanah melayu
5. kemerdekaan tanah melayuwk_aiman
 

What's hot (20)

Ancaman komunis
Ancaman komunisAncaman komunis
Ancaman komunis
 
Ancaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaAncaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysia
 
Ancaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuAncaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayu
 
Komunis dan darurat
Komunis dan daruratKomunis dan darurat
Komunis dan darurat
 
Bab 3-ting-31
Bab 3-ting-31Bab 3-ting-31
Bab 3-ting-31
 
Penubuhan parti komunis malaya
Penubuhan parti komunis malayaPenubuhan parti komunis malaya
Penubuhan parti komunis malaya
 
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunisPresentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunis
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat
 
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
 
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)
(Sej Form 3) Bab 3.2 : Langkah Mambanteras Ancaman Komunis (Pertemuan Baling)
 
Bab3 t3
Bab3 t3Bab3 t3
Bab3 t3
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaan
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaanPENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaan
PENGAJIAN KENEGARAAN kemerdekaan
 
Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemerdekaan Tanah MelayuKemerdekaan Tanah Melayu
Kemerdekaan Tanah Melayu
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
T3 bab-06a
T3 bab-06aT3 bab-06a
T3 bab-06a
 
pengajian malaysia
pengajian malaysia pengajian malaysia
pengajian malaysia
 
5. kemerdekaan tanah melayu
5. kemerdekaan tanah melayu5. kemerdekaan tanah melayu
5. kemerdekaan tanah melayu
 

Viewers also liked

Konsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasaKonsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasapeningla
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5peningla
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4peningla
 
gender study
gender studygender study
gender studypeningla
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1peningla
 
Darurat 1948
Darurat 1948Darurat 1948
Darurat 1948naam yun
 
Definisi, Matlamat & Kepentingan Sejarah
Definisi, Matlamat & Kepentingan SejarahDefinisi, Matlamat & Kepentingan Sejarah
Definisi, Matlamat & Kepentingan SejarahSKSP
 
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaivepeningla
 
Ancaman Pengganas Komunis
Ancaman Pengganas KomunisAncaman Pengganas Komunis
Ancaman Pengganas KomunisIzza Damia
 
Ancaman parti komunis malaya dan darurat
Ancaman parti komunis malaya dan daruratAncaman parti komunis malaya dan darurat
Ancaman parti komunis malaya dan daruratNisaGapar
 
Komunis Dan Darurat Di Tanah Melayu
Komunis Dan Darurat Di Tanah MelayuKomunis Dan Darurat Di Tanah Melayu
Komunis Dan Darurat Di Tanah Melayuawkhalid
 
Sistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanSistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanZoul Omar
 
Sosialisasi dan pembentukan kepribadian
Sosialisasi dan pembentukan kepribadianSosialisasi dan pembentukan kepribadian
Sosialisasi dan pembentukan kepribadianDelaneira Puspita
 
Buku Teks Tingkatan 4 Bab 1
Buku Teks Tingkatan 4 Bab 1Buku Teks Tingkatan 4 Bab 1
Buku Teks Tingkatan 4 Bab 1samsulsmadi
 
Sample slides by Garr Reynolds
Sample slides by Garr ReynoldsSample slides by Garr Reynolds
Sample slides by Garr Reynoldsgarr
 

Viewers also liked (18)

Konsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasaKonsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasa
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4
 
gender study
gender studygender study
gender study
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1
 
Darurat 1948
Darurat 1948Darurat 1948
Darurat 1948
 
Definisi, Matlamat & Kepentingan Sejarah
Definisi, Matlamat & Kepentingan SejarahDefinisi, Matlamat & Kepentingan Sejarah
Definisi, Matlamat & Kepentingan Sejarah
 
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive
 
Ancaman Pengganas Komunis
Ancaman Pengganas KomunisAncaman Pengganas Komunis
Ancaman Pengganas Komunis
 
Ancaman parti komunis malaya dan darurat
Ancaman parti komunis malaya dan daruratAncaman parti komunis malaya dan darurat
Ancaman parti komunis malaya dan darurat
 
Komunis Dan Darurat Di Tanah Melayu
Komunis Dan Darurat Di Tanah MelayuKomunis Dan Darurat Di Tanah Melayu
Komunis Dan Darurat Di Tanah Melayu
 
Sistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanSistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuan
 
KEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAHKEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAH
 
Sosialisasi dan pembentukan kepribadian
Sosialisasi dan pembentukan kepribadianSosialisasi dan pembentukan kepribadian
Sosialisasi dan pembentukan kepribadian
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 3
Sejarah Tingkatan 3: Bab 3Sejarah Tingkatan 3: Bab 3
Sejarah Tingkatan 3: Bab 3
 
Nota Sejarah Tingkatan 3
Nota Sejarah Tingkatan 3Nota Sejarah Tingkatan 3
Nota Sejarah Tingkatan 3
 
Buku Teks Tingkatan 4 Bab 1
Buku Teks Tingkatan 4 Bab 1Buku Teks Tingkatan 4 Bab 1
Buku Teks Tingkatan 4 Bab 1
 
Sample slides by Garr Reynolds
Sample slides by Garr ReynoldsSample slides by Garr Reynolds
Sample slides by Garr Reynolds
 

Similar to Darurat tanahmelayu

Buletin Sejarah
Buletin SejarahBuletin Sejarah
Buletin SejarahMiz Karstz
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkasAmilinda Amsar
 
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionMengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionArsyad Arifin Ismail
 
bab 6.3 sejarah tingkatan 4 - usaha menangani komunis
bab 6.3 sejarah tingkatan 4 - usaha menangani komunisbab 6.3 sejarah tingkatan 4 - usaha menangani komunis
bab 6.3 sejarah tingkatan 4 - usaha menangani komunisfaridatulalieya
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik Stephanie Unsil
 
Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960
Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960
Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960Kamarularnizam
 
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...
3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...Nurul Atikah
 
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunisPresentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunisAishah Rashid
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Irwan John Imbayan
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Cg Man
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikYazreen Eleena
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5nooranisa
 

Similar to Darurat tanahmelayu (20)

Buletin Sejarah
Buletin SejarahBuletin Sejarah
Buletin Sejarah
 
comunis
comuniscomunis
comunis
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
20844699 nota-sejarah-pmr-tingkatan-3-ringkas
 
Masyarakatmajmuk
MasyarakatmajmukMasyarakatmajmuk
Masyarakatmajmuk
 
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionMengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
 
bab 6.3 sejarah tingkatan 4 - usaha menangani komunis
bab 6.3 sejarah tingkatan 4 - usaha menangani komunisbab 6.3 sejarah tingkatan 4 - usaha menangani komunis
bab 6.3 sejarah tingkatan 4 - usaha menangani komunis
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik
 
Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960
Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960
Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960
 
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...
3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...
 
Komunis
KomunisKomunis
Komunis
 
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunisPresentation bab 3 tingkatan 3 komunis
Presentation bab 3 tingkatan 3 komunis
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5
 
Penyusunan semula penduduk impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah da...
Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah da...Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah da...
Penyusunan semula penduduk impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah da...
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian Malaysia
 
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
 

More from Muhammad Aizat

More from Muhammad Aizat (6)

Brochure dr.khahar
Brochure dr.khaharBrochure dr.khahar
Brochure dr.khahar
 
Bbm 2d
Bbm 2dBbm 2d
Bbm 2d
 
Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3
 
Teori bahasa
Teori bahasaTeori bahasa
Teori bahasa
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
1 taklimat-umum-kssr
1 taklimat-umum-kssr1 taklimat-umum-kssr
1 taklimat-umum-kssr
 

Darurat tanahmelayu

  • 1. Darurat tanah Melayu Darurat Tanah Melayu yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 adalah persengkatan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu. Darurat telah diisytiharkan pada 7-7-1948. Sebab Darurat Bolehlah dikatakan bahawa segalanya bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. Nasionalisme penduduk Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh Jepun semasa penjajahannya telah mendorong penduduk Tanah Melayu untuk bekerajaan sendiri. Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan. Dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun. Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League). Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka rasa patut. Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantik sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat bermula dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Tang (KMT) dan 3 orang pengurus ladang getah berbangsa Eropah, termasuk seorang penolong, pada 12-6-1948 dan 15- 6-1948. Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948. Min Yuen Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya dan sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina. Tujuan Min Yuen adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis. Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawaan berhampiran hutan. Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut. Sebenarnya kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan diambil bukan sahaja terhadap mereka tetapi melibatkan keluaraga mereka. Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya di sebelah malam. Bagi melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yang dikawal. Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada diancam dan diperas-ugut oleh pengganas komunis. Langkah mengatasi darurat
  • 2. Undang-undang Darurat Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk: 1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan. 2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri. 3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis. Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut. Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat. Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang mempunyai pengaruh komunis. Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih. Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada. Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja. Rancangan Briggs Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan. Tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen. Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.
  • 3. Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina. Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila. Gerakan Kelaparan Gerakan Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan British di dalam Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti Komunis Malaya. Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan awam, polis dan tentera. Oleh itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah telah ditubuhkan. Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya. Semua anggota di Kampung Baru yang terlibat dalam Rancangan Briggs perlu memastikan bahawa segala keperluan asas seperti bahan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta senjata tidak diberikan kepada pihak komunis. Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang ditetapkan sahaja. Kad pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk di Kampung Baru. Sekatan-sekatan jalan raya diadakan juga untuk menghalang pergerakan Min Yuen. Perang Saraf Rancangan Briggs telah meninggalkan kesan terhadap hubungan kerajaan dan rakyat ketika itu.Didapati ahli Parti Komunis Malaya adalah kaum Cina manakala orang Melayu ramai berkhidmat sebagai polis dan tentera. Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah mengadakan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’ yang melibatkan 500 000 orang.Dalam kempen ini mereka membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-patung komunis serta mengadakan rapat umum. Rundingan Baling 1955 Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan. Rundingan Baling telah dibuat pada 28-29 Disember 1955, di Sekolah Rendah Baling, Baling , Kedah Darul Aman. Rundingan ini tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British. Sebelum Perjanjian
  • 4. Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng. Surat itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng. Tawaran Chin Peng tidak dihiraukan oleh kerajaan kerana PKM sudah lemah. Lagipun kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidak wajar. Julai 1955 Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu. September 1955 kerajaan menabur 40 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang. Namun demikian Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya. Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam. Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:- 1. Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam. 2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru. 3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti. 4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage) . 5. Memperkenalkan ISA. 6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara. 7. Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata. 8. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam. Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh. Langkah bukan bentuk ketenteraan Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara yang paling popular adalah berbentuk: 1. Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip)
  • 5. Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di dalam hutan. 2. Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran untuk pemberitahuan sarang setiap ahli PKM dengan gangaran untuk ahli PKM yang menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri, serta $25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng. 3. Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO. 4. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini telah dibuktikan gagal kerana Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1963. Sumber : internet