TAJUK :Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI) telah banyak menimbulkan masalah kepada Malaysia. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dibawa oleh PATI tersebut. Bincangkan.
Kehendakan esei:
masalah yang dibawa oleh PATI
Langkah-langkah mengatasi masalah ini.
TAJUK :Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI) telah banyak menimbulkan masalah kepada Malaysia. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dibawa oleh PATI tersebut. Bincangkan.
Kehendakan esei:
masalah yang dibawa oleh PATI
Langkah-langkah mengatasi masalah ini.
sejarah dunia(Masyarakat feudal di england)Andrey James
Ringkasan dokumen tersebut adalah:
Masyarakat feudal mempunyai empat hiraki utama yaitu raja, bangsawan, kesatria, dan petani. Setiap hiraki mempunyai peranan dan hubungan yang saling bergantung dalam sistem sosial, ekonomi, dan politik pada zaman pertengahan di Eropa.
Dokumen tersebut membahas strategi untuk mencapai integriti nasional di Malaysia melalui 8 institusi utama termasuk keluarga, komuniti, masyarakat sivil, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran. Faktor-faktor seperti individu, kepimpinan, sistem dan budaya juga dibahas sebagai faktor yang dapat mempengaruhi integriti.
sejarah dunia(Masyarakat feudal di england)Andrey James
Ringkasan dokumen tersebut adalah:
Masyarakat feudal mempunyai empat hiraki utama yaitu raja, bangsawan, kesatria, dan petani. Setiap hiraki mempunyai peranan dan hubungan yang saling bergantung dalam sistem sosial, ekonomi, dan politik pada zaman pertengahan di Eropa.
Dokumen tersebut membahas strategi untuk mencapai integriti nasional di Malaysia melalui 8 institusi utama termasuk keluarga, komuniti, masyarakat sivil, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran. Faktor-faktor seperti individu, kepimpinan, sistem dan budaya juga dibahas sebagai faktor yang dapat mempengaruhi integriti.
Dokumen ini membahas pedoman keserasian vokal dalam bahasa Melayu. Terdapat 18 pola keserasian vokal utama yang melibatkan dua huruf vokal terakhir dalam kata dasar, dan beberapa pengecualian untuk kata pinjaman dari bahasa Jawa dan Inggris.
1. Walaupun sudah diterangkan berulangkali, terdapat segelintir pelajar
yang masih tidak mengingati struktur karangan ; pendahuluan, isi
sokongan dan kesimpulan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, para
pelajar akan terus mengulangi kesilapan yang sama dengan
meninggalkan struktur yang patut ada dalam sesuatu struktur karangan.
Pada pendapat saya, mereka perlu diberikan "sesuatu" yang konkrit bagi
memudah dan memperkukuh daya ingatan mereka. Saya berharap
dengan adanya senarai semak struktur karangan seperti paparan di
bawah, alasan popular mereka iaitu "tidak ingat" akan dapat diatasi.
Para guru sedaya mungkin akan mencari jalan penyelesaian yang
difikirkan boleh mengatasi masalah anda (pelajar). Sekarang, giliran anda
pula menngaplikasikan cara yang dicadangkan.
PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR
SENARAI SEMAK STRUKTUR PENDAHULUAN KARANGAN STPM
Penilaian
Bahagian/Ayat Struktur Perincian struktur
Pelajar Guru
Tulis semula dalam binaan
1 Penyataan Isu
ayat yang lain
Sama ada :
2.1 Definisi isu
2 Penjelasan isu
2.2 Konsep isu
2.3 Gambaran umum tentang isu
Contoh yang berkaitan
dengan apa-apa sahaja tentang isu
Contoh
Tidak semestinya wujud
secara berasingan
3 Ulasan isu Tulis apa-apa sahaja idea
4 Ulasan isu yang
berkaitan dengan isu
5 Ulasan isu Sebaiknya, kaitkan dengan
isu-isu semasa
Tulis semula
frasa/perkataan kehendak soalan
dalam bentuk ayat penyata.
Kehendak
6 Sekiranya terdapat 2 KS,
soalan
bina 2 ayat.
Sekiranya KSnya kesan,
tulis kesan baik dan kesan buruk
2. PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR
SENARAI SEMAK STRUKTUR ISI SOKONGAN KARANGAN STPM
Penilaian
Bahagian/Ayat Struktur Perincian struktur
Pelajar Guru
Ayat yang mengandungi isi
1 Ayat Judul Sebaik-baiknya, isi bersifat
umum supaya boleh dihurai
Ayat sokongan
2
1
Ayat sokongan Ayat yang memberi
3
1 penjelasan lanjut tentang isi yang
Ayat sokongan dinyatakan dalam ayat judul
4
1
Mesti bersifat khusus
Ayat sokongan
5 Tidak boleh bersifat umum
1
Ayat sokongan
6
1
7 Kesimpulan Menegaskan semula isi
PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR
SENARAI SEMAK STRUKTUR KESIMPULAN KARANGAN STPM
Penilaian
Bahagian/Ayat Struktur Perincian struktur
Pelajar Guru
Tulis semula isu yang
terdapat dalam KS
1 Pernyataan isu
Kaitkan dengan pandangan
calon
Nyatakan kesan isu, sama
2 Kesan
ada baik atau buruk
Nyatakan pendapat calon
3 Pendapat
tentang isu
Nyatakan penilaian calon
4 Penilaian
tentang isu
Nyatakan cadangan calon
5 Cadangan
tentang isu
3. Nyatakan harapan calon
6 Harapan
tentang isu
Sebelum mula membuat latihan, sila rujuk terlebih dahulu senarai semak
struktur karangan di atas. Buatlah karangan berpandukan senarai semak
tersebut. Setelah siap, buat penilaian kendiri sebelum latihan tersebut
dihantar kepada guru untuk dinilai. Perhatikan pula penilaian guru dan
peka serta ambil tindakan terhadap komen-komen guru. Sekiranya
tindakan-tindakan ini dibuat, saya agak yakin prestasi anda boleh
meningkat.
di 12:17:00 PM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Label: BM 2 : Karangan.
Khamis, 24 Mei 2012
STPM Baharu : Bahagian B - Pemikiran Kritis dan
Analitis
PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS
Pembacaan Kritis dan Analitis merupakan bahagian baru yang terkandung dalam sukatan
pelajaran STPM Baharu bermula sesi 2012-2013. Bahagian B ini dipelajari dan dinilai pada
penggal 1. Waktu yang diperuntukkan untuk proses PdP bahagian ini ialah 24 waktu.
Berdasarkan contoh soalan yang dikemukan oleh MPM, calon akan diberikan petikan yang
panjangnya antara 300-350 patah perkataan. Calon perlu menjawab soalan 2 soalan struktur
dan 1 soalan esei pendek. Keseluruhan markah bahagian ini ialah 30.
Semasa mempelajari bahagian ini, calon seharusnya dapat :
(a) menerangkan maksud perkataan, frasa, ayat, atau perenggan yang terdapat dalam
teks;
(b) mengenal pasti idea dan mesej penulis;
(c) membezakan fakta dengan pendapat penulis
(d) menyusun dan mengolah idea atau fakta dengan lancar dan berkesan
(e) membuat inferens, ramalan, parafrasa, dan kesimpulan;
(f) memberikan pandangan, ulasan, atau kritikan terhadap kandungan teks;
(g) menggunakan bahasa yang baik dan berkesan
Kemahiran yang penting :
1. Pengetahuan bahasa
2. Pengetahuan latar
Pengetahuan bahasa membolehkan calon memahami :
1. kandungan teks.
2. Makna perkataan, frasa, klausa dan ayat.
Pengetahuan latar pula membolehkan calon memahami kandungan teks yang dibaca.
4. Sekiranya calon memang telah sedia maklum (pernah membaca daripada sumber-sumber lain)
tentang kandungan teks yang diberi, maka semakin tinggilah tahap pemahaman terhadap teks
yang dibacanya. Kandungan teks mengandungi maksud tersurat dan tersirat
Teks yang diberi merupakan sebuah karangan. Oleh itu calon perlu mengesan idea-idea yang
terkandung dalam teks tersebut.
Calon seharusnya dapat mengesan :
1. Isu
2. Fokus penulisan
3. Isi utama
4. Isi sokongan
5. Kesimpulan
Calon juga seharusnya boleh mengenal pasti dan membezakan :
1. Fakta
2. Pendapat
3. Bukti
4. Alasan
5. Cadangan
6 Contoh
7. Dll
Seterusnya, pada peringkat lebih tinggi, calon boleh membuat rumusan dan penilaian
terhadap kandungan teks tersebut.
Kesimpulannya, semasa membaca teks, calon akan melalui proses-proses berikut :
1. Mengetahui
2. Memahami
3. Menganalisa
4. Merumus
5. Menilai
Soalan Contoh MPM
Bahagian B
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.
Kini, kita menyaksikan bahawa dunia terus dibelenggu
oleh pelbagai polemik. Antaranya ialah krisis kenaikan harga
minyak, krisis kenaikan harga barangan, dan krisis
kekurangan bekalan makanan. Kita seharusnya sedar bahawa
setiap sesuatu yang berlaku ini merupakan petanda bahawa 5
dunia semakin hampir ke penghujung jalan. Pada hakikatnya,
sesuatu kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian dan
kealpaan kita dalam hal mengurus alam dengan bijaksana.
Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat,
5. bencana akan menimpa. Perjanjian pengurangan pelepasan 10
gas rumah hijau peringkat global dicabuli, malah ada yang
enggan untuk menandatanganinya atas kepentingan ekonomi.
Akibatnya, bumi menjadi semakin panas dan penderitaan
penduduk bumi, terutamanya di negara-negara miskin 15
semakin dirasai. Kegilaan negara besar untuk menakluki dunia
dengan melepaskan pelbagai jenis bom, menambahkan derita
penghuni planet ini. Pembangunan senjata nuklear dan
pelbagai senjata baharu bukan dengan tujuan untuk
mengamankan dunia, sebaliknya telah menjadikan dunia 20
semakin tidak aman.
Di Malaysia, kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang
diberikan Tuhan. Kita dilimpahi dengan pelbagai sumber alam
yang mencukupi. Setakat ini bencana alam yang meragut
puluhan ribu nyawa manusia di negara ini belum pernah lagi 25
berlaku. Belum ada daerah yang musnah seratus peratus
akibat dilanda oleh bencana alam. Walaupun krisis makanan
berlaku dengan peningkatan harga beras dan tepung, namun
keadaan masih terkawal tanpa berlaku apa-apa rusuhan dan
huru-hara. 30
Perpaduan dan keharmonian kaum harus dipertahankan,
manakala sumber alam perlu dijaga dan diuruskan dengan
bijaksana. Amalan masyarakat tentang penjagaan alam
sekitar perlu dipertingkatkan. Rasa tanggungjawab untuk
menjaga persekitaran seharusnya disemai sejak seseorang itu
kecil lagi. Penjagaan alam sekitar harus dilakukan umpama
menjaga diri sendiri. Janganlah setelah alam ini musnah dan
kita mula merasai kesan buruknya, barulah kita mula
berusaha untuk menjaganya.
Kita perlu sedar bahawa bencana alam tidak mengenal
tempat dan masa. Pada bila-bila masa dan di mana-mana
sahaja, bencana boleh berlaku. Malang akan menimpa kita,
sekiranya kita terus leka dan berbalah serta tuduh-menuduh
mengenai punca pemusnahan alam sekitar. Sudah tiba
masanya untuk kita mengelakkan perbalahan yang boleh
mengundang permusuhan, sedangkan dalam masa yang sama
alam terus musnah. Kita perlu menghargai nilai-nilai
kemanusiaan, di samping menjaga biodiversiti yang amat
besar kepentingannya kepada kita.
(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 14 Mei 2008)
1 Jelaskan maksud frasa
(a) …dunia semakin hampir ke penghujung jalan (baris 4 dan 5) [2]
(b) …menjaga biodiversiti yang amat besar kepentingannya kepada kita (baris 34) [2]
2 Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas? [6]
3 “Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat, bencana akan
6. menimpa.” (baris 7 dan 8)
Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai.
Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan.
[20]
di 12:25:00 PM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Label: STPM Baharu : Bahagian B - Pemikiran Kritis dan Analitis.
Rabu, 23 Mei 2012
Soalan Bahagian D : Analisis Kesalahan Bahasa
Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 Atas Tahun 2012 :
Bahasa Malaysia Kertas 2 Kota Tinggi, Johor
BAHAGIAN D
8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini.
Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahandan kemudian buat
pembetulan.
[15]
Pengeluar mahupun pemborong perlu menimbangkan kepentingan
minyak masak kepada pengguna dan bukan sepatutnya menaikkan harga
minyak masak atas pelbagai alasan setelah mereka memperoleh subsidi
daripada kerajaan semenjak bulan Januari yang lalu.Pengeluar
mengaitkan kenaikan harga minyak masak dengan kenaikan harga petrol,
upah membungkus, dan harga plastik peket yang digunakan.Oleh kerana
itu, harga sekilogram minyak masak peket terpaksa dinaikkan kepada
RM2.75 hingga RM3.00 sepeket berbanding dengan harga siling RM2.50
yang kerajaan tetapkan.Sehubungan dengan itu, kerajaan harus
melipatgandakan usaha-usaha praktikal dan berkesan untuk menangani
masalah ini.
Skema jawapan :
BIL KESALAHAN ANALISIS SEBAB PEMBETULAN
KESALAHAN
1 Pengeluar mahupun Kata hubung Baik pengeluar
pemborong... berpasangan tidak mahupun
digunakan secara pemborong...
lengkap. Kata hubung
"mahupun" harus
7. digandingkan atau
berpasangan dengan
kata "baik" untuk
membawa maksud
kedua-duanya.
2 ... bukan sepatut Kata nafi "bukan" ... tidak
menaikkan... digunakan sebagai unsur sepatutnya
nafi bagi frasa nama atau menaikkan...
frasa sendi nama sahaja
sedangkan "menaikkan"
ialah kata kerja.
3 ...plastik peket... Kesalahan Hukum D-M. ...peket plastik...
"Peket" ialah unsur yang
diterangkan (D)
merupakan inti atau kata
utama yang harus
mendahului unsur atau
perkara yang
menerangkan (M)
"plastik"
4 Oleh kerana itu... Kata "oleh" ialah kata Oleh sebab itu...
sendi nama yang harus
diikuti oleh kata nama
"sebab" sebagai
penyambut sedangkan
"kerana" ialah kata
hubung pancangan
keterangan yang
berfungsi sebagai
penghubung klausa yang
menjadi keterangan pada
klausa utama.
5 ... yang kerajaan Kesalahan struktur ayat ...yang ditetapkan
tetapkan... pasif dengan kata ganti oleh kerajaan...
nama diri
ketiga.”Kerajaan”
merupakan kata ganti
nama diri ketiga dan
dalam struktur ayat
pasif, kata kerja
dipasifkan dengan
imbuhan pasif
mendahului kata ganti
8. nama diri
6 ... melipatgandakan Kata nama yang ...melipatgandakan
usaha-usaha... mengikuti atau usaha...
mendahului kata kerja
yang bermaksud jamak
tidak perlu digandakan
kerana pengulangan
maksud jamak
menyebabkan lewah.
Soalan di atas merupakan soalan STPM sebenar. Bahagian ini memang agak sukar.
Kebiasaannya calon agak lemah pada bahagian menyatakan sebab kesalahan
bahasa. Dalam skrip jawapan calon, sangat jarang saya jumpa ruangan tersebut
penuh. Tindakan ini merugikan calon. Cubalah memenuhkan ruangan tersebut.
Bahagian D ini diajar dalam BM 1 tetapi dinilai dalam BM 2. Sekiranya masa
mencukupi, tulislah seberapa banyak kesalahan bahasa yang calon fikirkan,
walaupun pada kebiasaannya hanya terdapat hanya 5-6 kesalahan bahasa sahaja.
Calon seharusnya mempunyai "sandaran" tentang kemungkinan kesalahan bahasa.
Sebagai contoh, kemungkinan kesalahan bahasa tersebut ialah bahagian morfologi
iaitu kata tugas atau kata sendi nama. Dengan adanya "sandaran" tentang
kemungkinan kesalahan bahasa, maka calon akan lebih fokus semasa mencari
jawapannya.
Dengan membuat banyak latihan "persendirian" dan melihat skema jawapan , calon
akan "terbiasa" dengan kemungkinan kesalahan-kesalahan bahasa tersebut.
di 9:19:00 AM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Label: BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.
Selasa, 22 Mei 2012
Filem Berunsur Mistik & 1 Murid 1 Sukan : Peperiksaan
Pertengahan Tahun 6 Atas Tahun 2012 : Bahasa
Malaysia Kertas 2 Kota Tinggi, Johor
SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A : KARANGAN
Soalan 3 :
Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik. Bincangkan
kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton.
9. Pendahuluan
- Filem yang bertemakan unsur mistik ialah wayang gambar yang
memaparkan kisah kehidupan keadaan ghaib yang tidak dapat diselami
oleh
pemikiran manusia untuk tontonan masyarakat.
- Contoh, Jangan Pandang Belakang, Zombie Kampung Pisang, Pontianak
Harum Sundal Malam dan sebagainya.
- Pemaparan tema tersebut memberikan kesan kepada penonton.
Isi
Kesan filem yang bertemakan unsur mistik
IS1 : Menyebabkan ketakutan membelenggu jiwa penonton.
IS2 : Mendorong penonton untuk meniru aksi pelakon yang
mengamalkan ilmu hitam atau amalan khurafat
IS3 : Memberikan keuntungan kepada penerbit filem kerana
sambutan
yang memberangsangkan daripada penonton.
IS4 : Penonton dapat mengambil iktibar daripada cerita yang
ditonton.
IS5 : Menambah pengetahuan penonton tentang kehidupan alam
ghaib
IS6 : Mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat – terpesong
akidah
– meniru perlakuan tersebut
IS7 : Memperbodoh masyarakat – pemikiran tahyul
IS8 : Pengaruh kepada kanak-kanak – tingkah laku, pemahaman
dan
percakapan
Kesimpulan
Pemaparan filem yang bertemakan mistik mendatangkan kesan positif
dan negatif kepada penonton. Oleh itu, pihak yang berkenaan harus
memberikan garis panduan yang relevan kepada penerbit filem mistik di
Malaysia.
Soalan 4 :
Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada murid.
Huraikan manfaat yang boleh diperoleh daripada program ini.
Pendahuluan
- Program 1Murid 1Sukan: pembangunan sukan sekolah ke arah
meningkatkan
kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di
sekolah.
-Terdapat pelbagai manfaat sukan kepada murid.
10. Isi
Manfaat sukan
IS1 : Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang murid secara
berfaedah.
IS2 : Murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang
sukan
dapat mengharumkan nama sekolah dan negara apabila
memenangi
pertandingan sehingga peringkat antarabangsa.
IS3 : Sukan juga penting sebagai alat perpaduan
IS4 : Dengan menyertai aktiviti sukan dapat membentuk sahsiah,
jati diri,
dan disiplin murid.
IS5 : Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.
IS6 : Berpengetahuan luas tentang sukan yang diceburi. Contoh,
badminton – pelajar tahu cara pegang raket, undang-undang
dan
sebagainya.
IS7 : Membangunkan modal insan melalui penyataan yang
menyeluruh
IS8 : Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan
berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
IS9 : Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan
keperluan fizikal
Kesimpulan
Soalan 3 :
Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik.
Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton.
Soalan 4 :
Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada
murid. Huraikan manfaat yang boleh diperoleh daripada program ini.
Pastikan anda memang benar-benar memahami isunya. Pemahaman
tentang isu akan memudahkan anda mencari isi-isi yang relevan.
Pemilihan soalan yang ingin calon jawab bergantung kepada beberapa
kriteria.
Dalam memilih soalan, jangan sesekali melihat kepada susah atau
senangnya sesuatu isu pada pandangan sendiri. Yang lebih penting bukan
isunya tetapi jumlah isi dan pengetahuan tentang sesuatu isu tersebut.
Fikirkan juga bilangan kehendak soalannya, sama ada satu atau dua.
Kriteria-kriteria ini boleh membantu calon memilih soalan dengan lebih
baik.
11. di 8:23:00 AM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Label: BM 2 : Karangan.