• Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
9,514
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
221
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Kajian Lepas atau Literature Review adalah “a critical analysis of the research conducted on aparticular topic or question in the field of science”. IA merupakan analisa berupa kritik (membangunmaupun menjatuhkan) dari penelitian yang sedang dilakukan terhadap topik khusus atau pertanyaanterhadap suatu bagian dari keilmuan.Literature Review bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian lain tetapi merupakan cerita ilmiahterhadap permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh orang lain.Literature Review dilakukan untuk:i. Membentuk sebuah kerangka teori untuk topik/bidang penelitianii. Menjelaskan definisi, kata kunci dan terminologiiii. Menentukan kajian, model, dll yang mendukung topikiv. Menentukan lingkup penelitianv. Topik penelitian.Apabila melakukan Literature Review, tiga perkara utama perlu dicari, iaitu;i. Katakan apa yang dikatakan oleh penelitian (teori).ii. Katakan bagaimana penelitian dilakukan (metodologi).iii. Katakan apa yang hilang/kurang, iaitu lompang (ruang kosong) yang ingin diisi oleh penelitiananda.Langkah-Langkah yang perlu diambil apabila melakukan Literature Review;Langkah 1: Membaca tulisan-tulisan ilmiah yang berkaitanLangkah 2: Menilai semua tulisan ilmiah yang dibacaLangkah 3: Buat ringkasanLangkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap mengenai suatu masalah kajianberkenaan.Langkah 1: Membaca Tulisan-Tulisan Ilmiah Yang BerkaitanAnda perlu mengenalpasti bahan-bahan yang akan diteliti sebagai kajian lepas. Sumber utama yangperlu dicari berdasarkan tulisan-tulisan yang diterbitkan dalam jurnal, laporan penelitian, kajian ataumendapatkan informasi daripada seseorang yang pakar dalam bidang berkenaan melalui wawancarasama ada secara terus atau melalui mel elektronik.Analisis akan dilakukan terhadap tulisan-tuilisan yang telah dipilih ini akan dilakukan melaluibeberapa tahap bacaan ilmiah iaitu;
  • 2. Tahap 1 Melihat Struktur TeksSetelah menemui sesuatu artikel atau tulisan, anda perlu melihat struktur dan teks berkenaanseperti daftar isi, abstrak, pengenalan, sub topik yang dibincangkan dan keseluruhan tulisanberkenaan sama ada sesuai atau tidak dengan apa yang dicari. Tulisan berkenaan perlu dilihat darisudut keberkaitan dengan apa yang ingin anda kaji dalam tulisan anda.Tahap 2 Bacaan Secara TerperinciApabila tulisan berkenaan sesuai dengan penelitian anda, anda perlu membacanya dengan lebihterperinci untuk mencari penelitian tertentu yang akan mendukung Literature Review anda andananti. Teknik ini membolehkan anda untuk mengenalpastikan kesesuaian bahan berkenaan. Padaperingkat ini, anda perlu membaca sebanyak mungkin bahan bacaan untuk memperolehi sebanyakmungkin maklumat dan pengertian umum mengenai kajian –kajian yang ada di dalam bidang kajianitu.Anda harus objektif apabila melakukan penelitian. Pada peringkat ini, tujuan membaca adalah untukmemberi penilaian dan kritikan terhadap kajian atau tulisan orang lain yang dipilih. Jadi, anda tidaksepatutnya hanya memilih kajian atau tulisan yang sependapat dengan apa yang anda anggap benarsahaja. Anda sepatutnya membaca semua tulisan yang berkaitan secara telus walaupun anda tidakbersetuju dengan pendapat atau pengangan penulis tersebut.Panduan Membaca Sumberi. SkimmingProses membaca dokumen objek secara cepat sambil mengambil inti-inti dari setiap perenggan.Peoses atau cara ini dapat membantu melakukan penelitian dengan lebih cepat dan menyeluruh.ii. Paragraph Statement (Statement Utama di dalam suatu perenggan)Membantu anda untuk memahami apakah statement utama dalam perenggan berkenaan.iii. Document Statement (Masalah kajian/Tema Penelitian)Statement utama dalam dokumen yang dibaca akan dapat membantu anda memahami tema secarakeseluruhan.Langkah 2: Menilai Semua Tulisan Ilmiah Yang DibacaSemasa menilai sesebuah tulisan yang akan dijadikan rujukan dalam kajian lepas, beberapa perkaraperlu diteliti bagi memastikan kesesuaian sumber berkenaan;A. Autoriti PenulisApabila meneliti tulisan yang ingin dijadikan kajian lepas atau Literature Review, autoriti seseorangpenulis juga perlu diambil kira. Anda tidak boleh menjadikan semua tulisan yang ditemui sebagaibahan rujukan tanpa menyemak kredibiliti bahan berkenaan termasuk penulisnya. Tulisan-tulisan diinternet yang anda perolehi tanpa sumber yang boleh dipercayai tidak boleh dijadikan bahanrujukan untuk tulisan ilmiah. Walau bagaimanapun, sekiranya tulisan berkenaan anda perolehi di
  • 3. laman web yang boleh dipercayai yang dibina oleh Jabatan Kerajaan seperti PDRM, Cyber Security,Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya,statistik atau maklumat berkenaan boleh digunakan.Anda perlu tahu Siapa yang melakukan penelitian? Apakah pengarang berkenaan merupakan orangyang memiliki autoriti dalam bidang tersebut? Apa bukti yang dapat mendukung hal ini?B. Tulisan ilmiah berkualitiSumber bacaan yang digunakan juga perlulah terdiri daripada tulisan ilmiah yang berkualiti. Inibermakna, tulisan-tulisan bersifat popular yang disiarkan untuk bacaan umum seperti di majalah,akhbar dan bahan bacaan popular tidak sesuai untuk dijadikan rujukan dalam kajian ilmiah. Andajuga boleh mendapatkan sumber rujukan yang terdapat dalam Jurnal elektronik dan database yangdisediakan secara dalam talian. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila melakukancarian dalam internet yang menghasilkan laman sawang tidak dapat disahkan kebolehpercayaannya.Beberapa persoalan perlu dijadikan panduan untuk menentukan kualiti sesebuah tulisan;i. Dari mana asal tulisan itu? Apakah berasal dari sumber yang valid misalnya institusi pendidikan?ii. Apakah penelitian ini dijadikan rujukan oleh orang lain atau telah diterima oleh badan editorialmisalnya. Apakah jurnal tersebut diterbitkan dalam mana-mana jurnal?iii. Jika berasal dari laman sawang (website), apakah memuat informasi pengarang, apakah lamansawang berkenaan adalah dari sebuah institusi pendidikan? Apakah ada tarikh diterbitkan?C. Kebolehpercayaan sumberKebolehpercayaan sumber boleh anda teliti berdasarkan beberapa perkara iaitu;i. Apa yang dibahaskan oleh kajian itu?ii. Apakah kajian ini diterima dalam bidang ini? Bagaimana anda boleh tahu sekiranya tulisanberkenaan diterima dalam bidang ini? Salah satu cara untuk menjawab persoalan ini adalah denganmelihat apakah penelitian yang sama telah digunakan dalam sumber atau tulisan lain apabilamembincangkan topik yang sama, dan adakah sumber rujukan ini telah digunakan secara berterusandengan sumber yang lain?iii. Apa yang membuatkan tulisan ini dapat dipercayai? Apakah rujukan dalam tulisan ini jugamenggunakan sumber rujukan yang boleh dipercayai juga? Sesebuah tulisan yang mempunyai bahanrujukan terhadap sumber yang boleh dipercayai, maka tulisan tersebut secara teorinya bolehdipercayai.D. Objektifi. Apakah tulisan berkenaan terdapat bukti yang bias tentang sesuatu hal, contohnya, apakah andaakan percaya apabila tulisan berkenaan menyatakan bahawa asap rokok tidak bahayakan kesihatan?
  • 4. ii. Apakah statistik yang dinyatakan sesuai dengan penerbitan lain? Jika tidak, apakah argumen(metode, rancangan penelitian dll) yang dipakai sebagai pegangan dasar dalam penelitian itu cukupmeyakinkan?iii. Apakah data yang dikemukakan itu benar? Adakah sumbernya boleh dipercayai?E. Mutakhir dan TerkiniApabila menulis tulisan ilmiah, anda perlu memastikan bahawa sumber rujukan yang digunakanterdiri daripada tulisan yang terkini. Rangkuman tulisan berkenaan sekurang-kurangnya dalamtempoh 10 tahun terkebelakang. Jika anda menulis pada tahun 2010, bahan rujukan yang digunakanmeliputi antara tahun 2000 hingga 2010.Walau bagaimanapun, terdapat kekecualian terhadap sumber rujukan berkenaan, antaranya;i. Jika menulis tentang sejarah sesuatu perkara atau rentetan peristiwaii. Menggunakan rujukan asal yang mencetus kepada sesuatu perkara; contoh teori darwin menjadiasas kepada kasjian tentang kejadian alam, merujuk tulisan hikayat-hikayat lama sebagai teks kajiandan sebagainya.iii. Membandingkan perbezaan pendapat antara dua perkara atau tokoh yang berlaku pada zamanyang berbeza seperti mengkaji pendapat Al-Ghazali dan tokoh Islam moden tentang sesuatu perkara,mengkaji pemikiran Mahathir Mohamad dalam Dilema Melayu dan pemikiran masa kini tokoh itu.iv. Dan sebab-sebab lain yang dirasakan relevan.Jadi, anda perlu meneliti perkara berikut untuk menentukan kekinian sesebuah tulisan;• Tahun tulisan tersebut diterbitkan.• Apakah mungkin terdapat informasi yang lebih terkini?• Apakah anda menemukan tulisan yang lebih baru dan menimbulkan keraguan atau menentangbeberapa penemuan sebelumnya?• Sudahkah informasi terkini itu anda peroleh dan teliti kandungannya?F. Cakupan• Apakah informasi yang tersedia sudah lengkap? Berdasarkan penelitian anda sejauh ini, apakahinformasi berkenaan telahpun mencakupi bidang yang diteliti?• Berapa ukuran sampel? Apakah sampel ini mencukupi?• Apakah ada penelitian lebih lanjut yang tidak disebut atau secara sengaja dihilangkan daripenemuan?Langkah 3: Buat ringkasanAnda boleh membuat ringkasan tentang sumber bacaan sambil membaca. Catatan berkenaan perlumengikut perkara berikut;
  • 5. • Apakah isi penting, teori, masalah utama yang diangkat dalam tulisan berkenaan?• Rangkumkan isi penting yang diajukan pengarang.• Catatkan secara terperinci sumber rujukan yang digunakan pengarang ini termasuk halaman yangdirujuk yang anda anggap mungkin berguna dalam Literature Review.• Pastikan anda memiliki semua maklumat bibliografi seperti pengarang, tahun terbitan, judul buku,penerbit, halaman dll.• Catat bagaimana pengarang menggunakan sumber asal rujukannya. Jika anda meniru ataumenyalin kata-kata pengarang asal secara langsung, anda perlu pastikan anda menulisnya dalamtanda petik dan menyebut halamannya. [rujuk bagaimana cara menulis petikan yang betul].• Apa tujuan pengarang; baik yang tersurat mahupun tersirat?• Apa kesimpulan yang dibuat oleh pengarang? Apa yang disimpulkan atau penemuan dalam kajianini?• Tulis juga pendapat anda tentang bacaan tersebut. Hal ini akan sangat berguna apabila andamelihat semula catatan tersebut atau menggunakannya semasa menulis nanti.Secara lebih mudah, senarai yang perlu anda catatkan pada bahagian ini adalah seperti berikut;i. Penulisii. Tahuniii. Juduliv. Sumber (Nama Jurnal atau Prosidings)v. Tujuan Penelitianvi. Hipotesis kajianvii. Metode Penelitian, Material, reka bentuk eksperimen yang dijalankanviii. Data/Hasilix. Kesimpulan/DiskusiLangkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap dalam bentuk tulisanMenulis Literature ReviewGunakan rangkuman dan catatan untuk mengidentifikasikan hubungan dan kaitan antara pelbagaipenelitian yang telah anda lakukan.Anda seharusnya boleh menentukan:• Persamaan dan perbezaan antara ramai pengarang dan penelitian yang telah mereka lakukan
  • 6. • Penelitian yang mana yang saling menyokong dan menentang?• Apa persoalan utama yang masih belum terjawab?• Arah penelitian yang mungkin boleh dilakukan kajian lebih lanjut?Merangkum/menggabungkan semua tulisanUntuk merangkumkan semua penelitian ini yang akhirnya menjadi kajian lepas atau literaturereview, anda perlu membuat penggelompokan (kategorikan) semua penelitian yang mirip dan bolehdigandingkan secara bersama contohnya maklumat yang sama atau berbeza. Salah satu teknik yangsangat berguna untuk diamalkan bagi tujuan ini adalah dengan menggunakan peta minda yang akanmenyusun penelitian ke dalam bentuk isi utama dalam setiap tema.Tips: Menulis Literature Reviewi. Paraphrasingii. Rujukan/bibliografiiii. CitingParafrasa (Paraphrasing)Parafrasa adalah menulis semula apa yang ditulis penulis lain (dengan menggunakan ayat sendiri)tanpa menghilangkan maksudnya. Tulisan ini kelihatan berbeza dengan tulisan asal kerana ayatnyatelah diubahsuai, tetapi masih lagi mempunyai maksud yang sama.Cara ini dapat menghindarkan kita untuk mengutip statement seseorang secara langsung seperti apayang diungkapkan oleh orang itu. walau bagaimanapun, penulisan yang telah dilakukan parafrasamasih lagi memerlukan anda memasukkan sumber rujukan sebagai tanda anda mengiktiraf tulisanasal dan mengelakkan daripada terjebak dalam plagiat.Contoh Paraphrasing - one statementDokumen asli: bersumberkan Majlis Keselamatan Jalan Raya, 2010. Maklumat lengkap tidakdinyatakan kerana contoh ini hanya melibatkan cara menulis parafrasa sahaja.Cuai dikenal pasti sebagai penyebab utama kemalangan maut di jalan raya sekali gus menjadipenyumbang kepada peningkatan angka kematian di negeri ini. Lebih membimbangkan, faktortersebut kebanyakannya berpunca daripada pengguna jalan raya sendiri yang bersikap sambil lewaterhadap aspek keselamatan. Sikap cuai pemandu serta tidak mengambil berat tentang keselamatanserta pematuhan undang-undang jalan raya dikenal pasti sebagai punca utama bilangan nyawaterkorban di negara ini terus meningkat. Kajian mendapati sikap cuai pemandu untuk memandumelebihi had laju serta tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merupakan sebab utamaberlakunya kemalangan maut di negera kita.Setelah diparafrasa:
  • 7. Berdasarkan kajian, kemalangan maut yang berlaku di negara ini berpunca daripada kecuaianpengguna jalan raya akibat gagal mematuhi aspek keselamatan dan undang-undang. Punca utamakemalangan maut berkenaan adalah memandu melebihi had laju dan tidak memberhentikankenderaan di lampu isyarat menjadikan jumlah nyawa yang terkorban dalam kemalangan di negaraini terus meningkat (Majlis Keselamatan Jalan Raya, 2010).Contoh Paraphrasing – multiple statementDokumen asli 1: Tulisan Zuhayati Yazid, 2006. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana contoh inihanya melibatkan cara menulis parafrasa sahaja.Anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama lumrahnya lahir daripada keluarga yang tidakmementingkan agama. Ini terjadi kerana keluarga itu sendiri tidak memahami keperluan agama.Keadaan menjadi lebih buruk apabila ketua keluarga lebih menumpukan perhatian danmenghabiskan tenaga untuk mencari nafkah. Akibat daripada sikap ibu bapa seperti ini, anak-anakakan lebih cenderung dipengaruhi oleh orang sekeliling seperti teman-teman sebaya dan sebagainyaDokumen asli 2: Fatimah Yusoff, 2008. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana contoh ini hanyamelibatkan cara menulis parafrasa sahaja.Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejalasosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remajatidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini perananibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anakSetelah Parafrasa:Ibu bapa sangat berperanan dan mempengaruhi kehidupan anak-anak melalui institusi keluargayang kukuh. Asas agama yang teguh dalam sesebuah keluarga menjadi benteng kepada para remajaagar tidak akan terjebak dalam gejala sosial. Anak-anak yang tidak mempunyai didikan agamakebiasaannya lahir dalam keluarga yang tidak memahami dan mementingkan agama. Ketua keluargapula sibuk mencari nafkah keluarga sehingga tidak dapat meluangkan lebih banyak masamendampingi anak remaja. Ini menyebabkan anak-anak akan lebih cenderung dipengaruhi olehorang sekeliling terutama rakan sebaya ( Zuhayati Yazid, 2006; Fatimah Yusoff, 2008).Mengutip (Citing)Mengutip tulisan atau lebih dikenali sebagai Citing merupakan kegiatan mencantumkan beberapatulisan yang ditulis oleh penulis lain dalam buku, jurnal, prosiding seminar, internet dan sebagainya,terhadap pernyataan orang lain secara langsung. Pernyataan berkenaan kemudiannya akandiparafrasa mengikut kesesuaian.ContohAbdullah Mohamad Said (1999) yang memetik maksud dalam Kamus Webster menjelaskan tentangmakna alam sekitar sebagai kesemua faktor dan keadaan fizikal, sosial dan kebudayaan yangmempengaruhi kewujudan dan perkembangan organisma. Royston (1980) menjelaskan bahawaalam sekitar terdiri daripada faktor-faktor fizikal, ekonomi, teknologi, politik, sosial dan kebudayaan.
  • 8. Ahli ekologi berpendapat alam sekitar merupakan kesemua keadaan dan pengaruh luaran yangmemberi kesan kepada kehidupan dan perkembangan organisma (Abdullah Mohamad Said, 1999).Rujukan/bibliografiMemasukkan penerbitan yang dijadikan rujukan dalam kajian mengikut cara penulisan yang betul.Rujukan untuk Buku sila rujuk Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKMRujukan untuk Makalah dalam Jurnal dan prosiding sila rujuk Menulis Rujukan Makalah dalam JurnalRujukan untuk sumber Internet sila rujuk Gaya UKM: Rujukan Tidak Terbit.Literature Review Yang BaikAnda dapat menghasilkan literature review yang baik apabila mampu menjawab persoalan-persoalan berikut;1. Pilihan literatur• Sudahkan anda membaca dengan cukup luas berkaitan kajian tersebut?• Apakah tujuan dari review telah dikenalpasti dengan jelas?• Apakah tulisan anda mengandungi definisi yang jelas dan mengklasifikasi batasan daripada bacaanberkenaan dengan penelitian yang bakal anda jalankan?• Apakah review menumpukan kepada perkembangan mutakhir topik itu?• Apakah review menggunakan sumber utama?2. Kritikan daripada literatur• Apakah terdapat aliran yang logik dari penulisan anda?• Apakah struktur review anda telah dinyatakan dengan jelas?• Sudahkah anda membuktikan bahawa anda telah membaca dengan luas, sekaligus fokuskankepada topik penelitian yang spesifik?• Sudahkah anda fokuskan kepada masalah yang paling relevan?3. Interpretasi• Sudahkah anda fokuskan dan membuat penilaian terhadap apa yang telah dibaca?• Apakah masih ada ruang yang lebar belum terisi dalam penelitian tersebut?• Sudahkah anda menggunakan hasil penilitian itu untuk membuat interpretasi anda terhadap Kajianitu?
  • 9. Anda boleh melihat How to review literature and write literature review? yang ditulis Dr. Supyan,lengkap dengan video berkaitan, dalam Bahasa Inggeris. Tulisan beliau akan melengkapkan lagibacaan anda di entri ini.Contoh literature riviewBerikut saya salin dan tampal literature riview yang ditulis dalam sebuah artikel yang diterbitkandalam Jurnal Pendidikan 31 (2006) 123-141. Tulisan ini merupakan artikel yang ditulis oleh NorliaAbd. Aziz, Subahan Meerah, Lilia Halim dan Kamisah Osman yang boleh juga diperolehi sepenuhnyasecara online berjudul Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan PencapaianMatematik Tambahan Pelajar Tingkatan.literature riview:Kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak dan Rashidi (1997) adalah untuk menentukan hubunganantara gaya pembelajaran dengan pencapaian Sains dan Matematik sekolah menengah rendah.Dalam kajian berkenaan, tiga gaya pembelajaran telah dikemukakan iaitu gaya motivasi, gayamendalam dan gaya permukaan dari Inventori Gaya Pembelajaran Selmes (1987). Sampel kajianterdiri daripada 539 orang pelajar Tingkatan 4 di 20 buah sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga gayapembelajaran. Gaya motivasi mendalam mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaianSains dan Matematik, sementara gaya permukaan mempunyai hubungan yang negatif. Ini bermaknagaya motivasi dan gaya mendalam dapat meningkatkan pencapaian akademik. Asiah (1999) telahmenjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap pencapaian akademik dan gaya pembelajaran dikalangan pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Instrumen yang digunakan ialah Learning Style Inventory Dunn, Dunn and Price (1985). Sampelkajian seramai 97 orang pelajar Tingkatan 4 dari aliran teknik. Dapatan kajian menunjukkan bahawatiada korelasi antara pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran pelajar.Kajian Tumerah (1996) menggunakan Grasha-Reichman Learning Style Inventory menunjukkanbahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan etnik. Etnik Melayumenunjukkan kecenderungan memilih gaya pembelajaran yang melibatkan aktiviti kumpulan.Sementara, etnik Cina menunjukkan kecenderungan yang tidak dominan dalam semua gayapembelajaraan. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang pelajar Semester 5 kursus DiplomaPerguruan Malaysia di sebuah maktab perguruan di Sarawak. Misnan (1999) dalam kajiannya untukmelihat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran bahasa Arabtelah menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah (Selmes 1987). Misnan telah mengubah suaiinventori tersebut kepada empat gaya pembelajaran.Empat gaya pembelajaran itu ialah gaya hafalan, gaya perbincangan, gaya latihan dan gaya motivasi.Sampel kajian terdiri daripada 200 pelajar Tingkatan 4 di enam buah sekolah di negeri Perak.Dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar cemerlang adalah gayamotivasi dan gaya hafalan. Sementara, pelajar lemah mengamalkan gaya motivasi dan perbincangansemasa mempelajari Bahasa Arab.Dapatan kajian oleh Norihan (2001) mendapati tidak wujud perbezaan gaya pembelajaran antarapelajar pandai, sederhana dan lemah dalam matematik. Dapatan ini memberi implikasi bahawa
  • 10. kesan positif gaya pembelajaran adalah sama ke atas semua pelajar, walaupun mereka mempunyaikeupayaan yang berbeza. Selain dalam negara, kajian gaya pembelajaran juga banyak dilakukan diluar negara. Misalnya, Geiser-William (1999) telah membuat kajian terhadap pelajar-pelajar pinggirbandar gred 18 matematik. Beliau mendapati pelajar yang mengamalkan learning- style- responsivedalam strategi pembelajaran Matematik telah menunjukkan kesignifikan yang tinggi dalampencapaian dan sikap mereka berbanding dengan pelajar yang menggunakan gaya tradisional.Kajian Mcgowan (1998) terhadap 68 orang pelajar Afrika Amerika dari Fakulti TeknologiPerindustrian di Universiti Mississippi menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan gayapembelajaran dengan pencapaian akademik. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Cavanagh danStephen (1995) dalam kajiannya ke atas 192 pelajar jururawat menggunakan Inventori GayaPembelajaran Kolb. Beliau mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan antara gayapembelajaran dengan pencapaian.Kajian yang dijalankan oleh Sadler-Smith (1996) menunjukkan terdapat perbezaan dalam gayapembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan jantina,umur dan program belajar dalam pendekatan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam kajianini adalah Revised Approaches to Studying Inventory (RASI). Hasil kajian ini mendapati pelajar lelakimengamalkan gaya mendalam berbanding pelajar perempuan yang lebih suka kepada gayapembelajaran permukaan.Kajian tentang gaya pembelajaran dengan jantina juga telah dijalankan oleh Watson (1997) terhadap147 orang pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaranmengikut jantina. Pelajar lelaki dan perempuan sama-sama cenderung kepada gaya pembelajarankonkrit dan juga kombinasi gaya pembelajaran konkrit dan abstrak.Kajian oleh Engelbrecht dan Natzel (1997) menunjukkan terdapat perbezaan gaya kognitif antarapelajar kulit hitam Afrika-Amerika dan Afrika Selatan. Instrumen yang digunakan ialah Children’sEmbedded Figures Test (GEFT) untuk menentukan gaya kognitif bagi 100 orang pelajar kulit hitamAfrika-Amerika dan 100 orang pelajar kulit hitam Afrika Selatan Gred 4 dan 5. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa pelajar kulit hitam Afrika-Amerika lebih suka menggunakan gaya fieldindependent manakala pelajar Afrika Selatan pula lebih suka kepada gaya field dependent.Richardson dan Fergus (1993) telah menjalankan kajian di dua buah sekolah menengah diMonstserrat, Caribbean untuk mengenal pasti gaya pembelajaran bagi dua kumpulan yang berbezakebolehan, iaitu A dan B. Sampel kajian terdiri daripada 114 orang pelajar Gred 9 yang berumur 14tahun. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik Inventory of Processes yang merangkumi empatskala gaya pembelajaran, iaitu proses mendalam, proses menghuraikan, mempertahankan fakta danbelajar secara tersusun. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar dari kumpulan A yangberkebolehan tinggi memperolehi skor yang tinggi dalam proses belajar secara mendalam, belajarsecara tersusun dan mempertahankan fakta berbanding dengan pelajar kumpulan B yang kurangberkebolehan.Secara keseluruhan, kajian lepas melaporkan bahawa tidak ada perbezaan gaya pembelajaranmengikut etnik dan jantina. Pada masa yang sama, hubungan positif antara gaya pembelajarandengan pencapaian akademik juga tidak konsisten. Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan
  • 11. bahawa terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi, yakni gaya pembelajaranmendalam mempunyai kaitan dengan motivasi dalaman.Sekian dahulu untuk entri kali ini. Entri seterusnya akan memberi anda informasi tentang aspek laindalam penulisan. Selamat menulis.