SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
________________________________________________________________________
SEMESTER JANUARI 2011
HBML4403
KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU
SOALAN 1
Rencana: Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia
NO. MATRIKULASI : 700711135161002
NO. KAD PENGNEALAN : 700711135161
NO. TELEFON : 0138100780
E-MEL : atbo@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN
SARAWAK
HBML 4403
________________________________________________________________________
1
ABSTRAK
BahasaMelayudiangkatmartabatnyasebagaiBahasaKebangsaanketikanegarakitabarusah
ajamenghirupnafaskemerdekaan. Negara yang
barutumbuhinidikatakantidakakanbertahan lama
memandangkanrakyatnyaterdiridaripadapelbagaikaum. Pucukpimpinannegara yang
diterajuiolehTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
ketikaituamatmemahamibahawaperpaduanyang
eratdapatmenjaditonggakkesejahteraannegarapelbagaikaumini.Justeru,
pelbagaiinisiatifdiambiluntukmengeratkanperpaduanantarakaum demi
menegakkansebuahnegara yang kukuhdanprogresif.Antaranya,
kerajaanmemartabatkanbahasaMelayusebagaiBahasaRasmidanBahasaKebangsaan.Ren
canainimengupasperananbahasaMelayuyang sejaksekian lama membinabatuasas,
menyusunkerangkadanmengisisetiapronggasebuahperpaduanbangsa di sebuahnegara
yang bernama
Malaysia.RencanainiditulisuntukdimuatkankedalamRuanganNadiBangsadalammajalahb
ulananPelitaBahasa, terbitanDewanBahasadanPustaka.
HBML 4403
________________________________________________________________________
2
Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia
Oleh: Abdul Talip Bin Ochar
Bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan negara kita, Malaysia
sebaik sahaja negara kita menghirup udara kemerdekaan. Hal ini bererti bahasa Melayu
telah mengalami anjakan taraf daripada bahasa kebangsaan bangsa Melayu kepada
bahasa kebangsaan negara Malaysia. Menurut Hassan Ahmad (2007), perubahan taraf ini,
seperti yang diisytiharkan dalam Perlembagaan (1957) mempunyai implikasi sosiopolitik
yang luas dan penting bagi negara pelbagai etnik dan pelbagai bahasa seperti Malaysia.
Perubahan taraf itu bererti bahawa fungsi bahasa Melayu tidak lagi hanya sebagai bahasa
perpaduan dan bahasa kemajuan bangsa Melayu sahaja, tetapi lebih penting lagi, bahasa
Melayu diberikan fungsi dan nilai baharu, iaitu sebagai bahasa perpaduan dan kemajuan
negara, merentas segala sempadan dan kepentingan etnik dan bahasa-bahasa lain.
Berapa keratkah antara kita tahu bahawa bahasa Melayu merupakansatu bahasa
penting di rantau Kepulauan Melayu suatu ketika dulu?Bahasa Melayu bukan sahaja
dipertuturkan oleh jutaan penduduk di rantau inimalah bahasa Melayu pernah melalui
sejarah hidup yang panjang sejakkehadirannya puluhan abad lalu.Bahasa Melayu purba
dikatakan sudah wujud di Champa pada abadke-2 Masehi dan terus berkembang pesat.
Pada abad ke-4Masehi, beberapa prasasti atau batu bersurat dalam bahasa Melayukuno
ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Tourane, Vietnam danbeberapa prasasti lagi ditemui di
Sumatera, Jawa, Seberang Perai,Kedah, selatan Thailand, Filipina, Vietnam dan
Kalimantan padaabad ketujuh. Penemuan prasasti bertarikh 1303Masehi di Kuala
Berang,Terengganu dengan bentuk tulisan Melayu-Jawi serta kata-katapinjaman bahasa
Arab menandakan tahap baru dalam sejarahperkembangan bahasa Melayu. Ini disusuli
penemuan prasastiantara abad ke-14 hingga abad ke-18 di Pangkalan Kempas, Negeri
Sembilan;Pahang; Perak; Kelantan; Kedah; Sumatera; Brunei dan Kalimantanserta
manuskrip pada kulit kambing, gading, kulit kayu, kain danjuga kertas.
HBML 4403
________________________________________________________________________
3
Bermula awal abad ke-19, orang Barat datang membawa bersamapengaruh bahasa
mereka dan teknologi moden seperti mesinpencetak dan kapal api. Dasar mereka juga
menyaksikanpembukaan banyak sekolah Melayu dan peluang pembelajaranlebih meluas
kepada penduduk tempatan.Penerbitan pesat buku, akhbar dan majalah berbahasa
Melayudengan tulisan jawi dan rumi di Semenanjung Tanah Melayu,Indonesia dan
Singapura menyumbang kepada bahasa Melayumenjadi bahasa ilmu. Bahasa
Melayumula mencapai tahap bahasamoden dengan perbendaharaan kata, istilah dan gaya
penulisanbaru. Bahasa Melayu dikatakan bertapak kukuh pada abad ini.
Sejak sebelum penjajahan British, bahasa Melayu sudah mencapaikedudukan
penting dengan berfungsi sebagai bahasa perantaraan,perhubungan, pentadbiran,
perundangan dan kesusasteraan.Seawal abad ke-16 hingga ke-18, bahasa Melayu menjadi
bahasa linguafrancadi seluruh rantau Kepulauan Melayu. Profesor Ismail Husseindalam
bukunya Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita,berkata bahasa Melayu adalah
satu daripada 200 bahasa dalamKepulauan Melayu.Kesederhanaan sifat dan bentuk
bahasa Melayu itu menjadikannyamudah diterima sehingga menjadi bahasa perantaraan
yangpopular dan penting di rantau Kepulauan Melayu. Walaupunpelbagai ragam, dialek
dan bahasa daerah digunakan olehmasyarakat setempat apabila berhubung sesama
mereka, namunapabila ada keperluan berhubung dengan orang luar, satu bahasaumum
digunakan, iaitu bahasa Melayu.
Ada pihak beranggapan bahawa bahasa kebangsaan tidak mempunyai peranan
sebagai alat kemajuan atau pembangunan negara, tetapi hanya sebagai „lambang negara‟
atau sebagai „alat perpaduan bangsa atau etnik‟. Anggapan ini tidak benar, kerana bahasa
kebangsaan bererti bahasa komunikasi luas. Tidak mungkin bahasa yang hanya diketahui
oleh sebilangan kecil penduduk dapat diterima atau diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan
sesebuah negara. Kalau pun bahasa itu diterima atau diiktiraf oleh undang-undang atau
dasar bahasa sebagai bahasa kebangsaan negara itu, nilainya nanti tidak lebih hanya
sebagai „bahasa simbolik‟ tetapi tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan bangsa
dan negara. Misalnya, di Singapura bahasa Melayu masih diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan negara itu, tetapi peranan bahasa Melayu hanya sebagai lambang yang tidak
mempunyai apa-apa fungsi pembangunan. Hakikat yang nyata, bahasa ini tidak
HBML 4403
________________________________________________________________________
4
digunakan sebagai alat untuk memajukan negara itu, misalnya dalam bidang ekonomi,
pendidikan, teknologi dan sebagainya.
Lain halnya di Indonesia, bahasa Indonesia (bahasa Melayu juga) ialah bahasa
pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara Indonesia. Nilai atau fungsi bahasa
Indonesia sebagai bahasa nasional (bahasa kebangsaan), atau sebagai bahasa perpaduan
rakyat pelbagai etnik dan bahasa di negara itu dan fungsinya sebagai bahasa urusan
kerajaan (bahasa pengantar rasmi) tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara
itu seluruhnya. Beginilah martabat yang seharusnya dimiliki oleh sesuatu bahasa
kebangsaan.Beginilah darjat yang seharusnya diduduki oleh bahasa Melayu di negara kita
ini.Bagaimanapun, di Malaysia, nampaknya hal yang sedemikan tidak berlaku.
Sebaliknya, kedudukan dan fungsi bahasa kebangsaan terpisah daripada proses
pembangunan negara. Penggunaan bahasa kebangsaan nampaknya terhad dalam skop
urusan rasmi kerajaan sahaja. Fungsi atau kegunaan bahasa Melayu tidak tersebar luas
dalam sektor pembangunan ekonomi, perniagaan dan teknologi negara, terutama yang
dikuasai sektor swasta.
Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini, di peringkat negara,
dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum.
Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen
dan emosi, tetapi semata-mata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu
untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa
kemajuan atau pembangunan negara. Apakah alasan kita? Alasan yang paling kuat ialah,
bahasa Melayu mempunyai nilai tambah yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada
bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini
merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai
peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan
lain-lain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas. Sebagai
contoh, jikalau semua papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam bahasa Melayu,
pasti tiada siapa (kecuali penduduk bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya.
Tetapi tentu banyak penduduk Malaysia dari semua golongan etnik yang tidak akan
memahami iklan dan papan tanda itu jikalau mesejnya ditulis dalam bahasa Inggeris atau
bahasa Mandarin atau Tamil. Situasi ini dapat menjadi contoh (dan banyak contoh lain)
HBML 4403
________________________________________________________________________
5
yang menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang luas ini
tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain di Malaysia.
Jika kita menyingkap sejarah pascamerdekanegara kita, keadaan tegang dan
kritikal pernah dialami oleh negara Malaysia. Keadaan ini yang dikatakan sebagai satu
titik hitam negara kita telah berlaku pada tahun 1969. Pergaduhan antara kaum yang
tercetus pada 13 Mei 1969, iaitu hanya sekitar enam tahun selepas penubuhan Malaysia,
telah menagih sesuatu senjata yang ampuh bagi menyatupadukan semula rakyat Malaysia
yang berbilang kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berbeza, dan juga
mempunyai bahasa ibunda yang berbeza. Untuk memaksa atau mendorong rakyat
Malaysia mengamalkan satu agama atau satu budaya yang sama adalah mutahil kerana
langkah berkenaan hanya akan ditanggapi sebagai usaha untuk meghapuskan identiti
kaum-kaum yang tertentu. Sebaliknya, untuk mendorong rakyat Malaysia menerima dan
meggunakan satu bahasa yang sama sebagai alat komunikasi adalah tidak mustahil,
walaupun berkemungkinan menghadapi pelbagai kesukaran dan rintangan. Bahasa
ditanggapi sebagai lebih bersifat universal atau sejagat berbanding dengan agama dan
budaya. Bahasa Melayu diangkat sebagai penawar kepada masalah perkauman yang lebih
parah pada masa depan.
Atas sebab-sebab ini, wujudlah Bahasa Malaysia pada tahun 1969 yang bakal
berfungsi sebagai satu mekanisma politik, iaitu sebagai Bahasa Kebangsaan negara
Malaysia. Asmah (1978:1) telah menerangkan sebab-sebab Malaysia memerlukan
Bahasa Kebangsaan yang ditukarkan namanya daripada bahasa Melayu kepada Bahasa
Malaysia yang bakal berfungsi sebagai alat penyatuan rakyat. Menurut Asmah,
“Kekacauan yang berlaku pada 13 Mei 1969 memahkotakan segala pergaduhan yang
pernah berlaku. Dan salah satu dari perkara sensitif itu adalah bahasa. Rakyat didorong
supaya menerima kenyataan bahawa Bahasa Malaysia ialah Bahasa Kebangsaan”.
Pandangan di atas jelas memperlihatkan bahawa penukaran nama bahasa Melayu kepada
Bahasa Malaysia adalah atas tujuan politik yang amat mendesak, iaitu untuk
menyatupadukan semula rakyat Malaysia yang telah berpecah yang berpunca daripada
pelbagai perbezaan, dan salah satu yang utama adalah perbezaan bahasa.
HBML 4403
________________________________________________________________________
6
Oleh sebab Bahasa Malaysia berperanan sebagai Bahasa Kebangsaan,
wujudandaian bahawa Bahasa Malaysia ialah bahasa yang tidak dihubungkan dengan
budaya mana-mana bangsa yang tertentu agar dapat diterima dan ditanggapi oleh
pelbagai golongan rakyat Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan mereka. Semasa
mengungkapkan kembali tentang kewujudan sebuah bahasa yang dipersepsikan sebagai
tidak dikaitkan dengan identiti mana-mana bangsa. Asmah (1987:75) mengatakan
bahawa boleh jadi dalam pemikiran dan perasaan mereka [yang bukan Melayu] Bahasa
Kebangsaan atau bahasa Melayu menjadikan mereka beridentiti Melayu. Pertukaran
nama bahasa ini pada tahun 1969 kepada „bahasa Malaysia‟ (lebih kemalaysiaan)
berbanding dengan „bahasa Melayu‟ (atau Melayu), adalah dimotivasikan oleh keinginan
untuk menukar sikap tertentu ini.
Apa yang jelas daripada huraian di atas adalah penukaran nama bahasa Melayu ke
Bahasa Malaysia bukanlah didorong oleh faktor linguistik tetapi semata-mata untuk
tujuan politik kebangsaan. Dengan kata lain, langkah tersebutdilaksanakandemi
memungkinkan bahasa Melayu berfungsi dengan lebih efektif sebagai bahasa penyatuan
antara kaum. Penukaran nama ini mewujudkan satu perasaan keserupaan, iaitu memiliki
Bahasa Kebangsaan yang serupa, iaitu Bahasa Malaysia.Di samping rasa penyatuan yang
terbit daripada rasa keserupaan itu, wujud juga rasa keterpisahan, iaitu perasaan bahawa
kita semua rakyat sebuah negara yang sama, dan kita wujud sebagai sebuah entiti yang
berlainan daripada rakyat negara lain. Dengan perkataan lain, wujud citra bahawa kita
ialah entiti politik yang satu dan terpisah daripada entiti politik yang lain. Dengan
demikian, rakyat Malaysia dapat memberikan kesetiaan hanya kepada sebuah negara,
iaitu Malaysia. Kita tidak akan mengkhianati negara ini dengan mengutamakan negara
lain. Kita rakyat Malaysia, dan kita wujud sebagai sebuah entiti politik yang berlainan
dan terpisah daripada entiti di luar Malaysia. Rasa keterpisahan ini mewujudkan
semangat atau citra „di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung‟.
Satu persoalan yang sering ditanya dan dibahaskan adalah mengapa penutur
Bahasa Malaysia atau bahasa Melayu harus dibezakan statusnya, iaitu ada yang
menuturkannya sebagai bahasa ibunda, bahasa kedua dan juga sebagai penutur bahasa
asing. Tidakkah status bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan mampu
menyamatarafkan status penuturnya? Bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah maju sejak
HBML 4403
________________________________________________________________________
7
ratusan tahun dahulu di kawasannya sendiri, bukan baru sekarang ini. Sebagaimana yang
kita tahu, bahasa ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun
tinggi di seluruh rantau berbahasa Melayu sejak abad ke-14 lagi. Hakikat bahawa bahasa
Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Indonesia (tidak
bahasa-bahasa lain, misalnya bahasa Jawa yang jauh lebih besar jumlah penutur aslinya)
membuktikan sifat kesegaran dan dinamika sosial bahasa ini. Sifat ini tidak ada pada
bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain di Malaysia atau bahasa-bahasa lain di rantau
nusantara ini.
Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an (berdasarkan Akta
Pelajaran 1961 hingga Akta Pendidikan 1995) memperkukuh lagi kedua-dua taraf dan
fungsi bahasa Melayu itu. Pemerhatian kita mutakhir ini menunjukkan bahawa orang
bukan Melayu makin cekap berbahasa Melayu tinggi, bahasa Melayu yang betul,
daripada orang Melayu sendiri. Berdasarkan dua sifat dan fungsi sosiopolitik dan
dinamika sosiolinguistik yang tersebut itu, maka kita dapat berkata bahawa bahasa
Melayu mempunyai potensi atau kelebihan yang banyak untuk dimajukan secara tegas
sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan negara. Strategi dan matlamat ini jauh lebih
penting dan lebih mudah dicapai daripada matlamat untuk „menyatupadukan‟ penduduk
pelbagai etnik dan bahasa di negara ini melalui bahasa Melayu.
Objektif untuk perpaduan tercapai melalui bahasa Melayu sebagai pengantar di
sekolah-sekolah. LaporanRazakdandiikutiPenyataRahmanTalib 1960
menegaskanbahawabahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaanuntukmenyatupadukanrakyatberanekarupadanpemikiran. Penggunaanbahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar
secaralangsungberkaitrapatdenganusahapembinaannegara.Bahasa Melayu
digunakandalamkonteksuntukmembantu perpaduan kebangsaandanmenjadiwahana yang
berkesanuntukkomunikasipelbagaikumpulanetnikdanmasyarakatpelbagaidialek.Selainitu,
bahasa Melayu jugadapatmembantupembentukanjatidiribangsa Malaysia yang
menggunakan bahasa komunikasi yang mudahdifahami.Penggunaanbahasa
Melayutidakmenimbulkanisupenghapusanpenggunaanbahasa Cinadanbahasa Tamil
untukmemelihara perpaduan kaum.Hanya di
HBML 4403
________________________________________________________________________
8
sekolahmenengahkebangsaansahajapenggunaan bahasa Melayu
dipraktikandengantujuanmemupuk perpaduan antarakaum.
SufeanHussin(1993) menegaskanbahawapenggunaanbahasa
Melayumampumewujudkanperhubungandanpersefahamanantarakaumtanpamenimbulkan
rasa kecurigaanmana-manapihak. Langkahiniakanmempercepat perpaduan
dankeharmoniandalammasyarakatmajmuk. Padatahun 1970, selepastragedikaum 1969
penekananbahasa Melayu sebagai pengantar dan Bahasa
Kebangsaandiperkuatdandijalankandengancara yang paling berkesan.
KementerianPelajaran Malaysia telahmenegaskanpenggunaanbahasa Melayu
disemuaperingkatbermuladenganaliransasterakeranabanyakbukubahasa
Melayuberbandingsains.
Sabanharibahasa Melayusemakinmeluaspenggunaannya.Majoritirakyat Malaysia
bolehbertuturdalambahasa Melayu.Kinibahasa Melayumenjadi bahasa pengantar utama
disemuaperingkatpersekolahannegarakita.Menjelangtahun 1983,
semuakursustahunpertama di universititempatanmengunakanbahasa Melayu sebagai
bahasa pengantarrasmi. Denganini, soalsatu bahasa pengantar,
satusistempelajarandansatusukatanpelajarantelah
tercapaidalamsistempendidikannegarakita.
Tanpapengenalandanpenggunaanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
danbahasa kebangsaan, sudahpasti proses pewujudanmasyarakat yang
bersatupadutidakmampudibinakeranaketiadaantunjangdanasas yang kukuh. Hal
inidemikiankerana,menurutOmar Mohd.Hashim (1991),sebelumLaporanRazak,
masyarakatpelbagaikaum
dinegarainicenderungmelakukantugassendiritanpamempedulikankaum lain.
Malahankomunikasitidakwujudakibatmasalah
bahasahinggamenimbulkansituasiumpamaitikbercakapdenganayam.Situasitidakmemaha
miantarasatusama lain
bolehmewujudkansikapprejudisdalamkalanganrakyatpelbagaikaum.
Jikasalingtidakmampuberkomunikasidenganbaikbagaimananakah perpaduan
dapatdicapai? Denganitu, bahasa Melayu berperanan sebagai
HBML 4403
________________________________________________________________________
9
alatmenyatupadukanrakyatdalam proses untukmencapai perpaduan negara yang dicita-
citakan. Sesuaidenganmatlamatinibahasa Melayudijadikansatumatapelajaranwajib di
semuaperingkatdanjenissekolahdankelulusanmatapelajaraninitelahmenjadikeperluanmala
hansyaratutamauntukmendapatkankelulusandalampeperiksaanawamsepertiPenilaianMene
ngahRendah (PMR) danSijilPelajaran Malaysia (SPM).
Secara konseptual Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia
dapat didefinisikansebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa
perantaraan berupaya menjaditunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di
negara ini.Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan?Sejarah
membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau
bahasakomunikasi utama sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi.
Bahasa inidigunakan secara meluas dalam bidang perdagangan, penyebaran agama Islam
dan hubungan diplomatik.
Kitab Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang menyebutkan bagaimana para
pedagang bertungkus lumus mempelajariBahasa Melayu dan menguasainya bagi
memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin danmasyarakat setempat yang telah
lama menggunakan bahasa itu.Dalam konteks hubungan antarabangsa pula, surat-surat
rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakanBahasa Melayu bertulisan jawi. Hal ini
membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaumtermasuk pihak British.
Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yangakan
mengajar mereka.Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh
negeri-negeri Melayu telahmenggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai
medium. Semua ini membuktikan kepadakita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai
tahap yang tertinggi dan digunakan sehingga peringkatantarabangsa.
Memandangkan Bahasa Melayu telah digunakan sekian lama sebagai bahasa
rasmi dan bahasa basahan, sebagaibahasa komunikasi dan bahasa persuratan, maka
Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersamaoleh pemimpin pelbagai kaum
di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuanMalaysia yang merdeka
pada tahun 1957.Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk
dokumen tertinggi dan luhur,iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam
HBML 4403
________________________________________________________________________
10
Perkara 152 (Para 1) sebagai bahasa bagiPersekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang
merdeka.Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk
menjadi bahasaperantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi
kerajaan termasuk dimahkamah.
Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama
dan dapatdigunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.Bagaimanakah Bahasa
Melayu boleh berfungsi secara berterusan sebagai bahasa perpaduan?Bahasa Melayu
yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu
yangdigunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi
sebagai bahasabasahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.Bahasa ini bukan sahaja
dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapipenggunaannya
menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak telah bertuturdalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China
semasa lawatan beliau ke sana baru-baruini.
Kesimpulannya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa
untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia. Dalam proses ini kepentingan negara
seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. Setakat hari ini, nampaknya hanya
bahasa Melayu sahajalah yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-
bahasa etnik yang lain untuk digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik
di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan negarayang memainkan peranan sebagai wahana perpaduan rakyat Malaysia.
[2842 patah perkataan]
HBML 4403
________________________________________________________________________
11
RUJUKAN
AsmahHj. Omar. 1978. Pengajaran Bahasa Malaysia dalamKonteksPerancangan
Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
AsmahHj. Omar. 1987. Malay in Its Sociocultural Context. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa danPustaka.
Hassan Ahmad,Datuk Dr. 2007.NilaidanPotensi Bahasa
KebangsaandalamBeritaHarianRabu, 21 Mac 2007 (Halaman 3).
Omar MohdHashim. 1991. PengisianMisiPendidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa
danPustaka.
SufeanHussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, SistemdanFalsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

More Related Content

What's hot

Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat.pdf
Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat.pdfDasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat.pdf
Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat.pdfMazitaAbdGhani1
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Saifatul Nurul Zaima
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakMasitah Musa
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiPuworkUtara OnSlideshare
 
PAKK3362 Perkaitan Tema NCSS dan Bidang Pembelaran PERMATA
PAKK3362 Perkaitan Tema NCSS dan Bidang Pembelaran PERMATAPAKK3362 Perkaitan Tema NCSS dan Bidang Pembelaran PERMATA
PAKK3362 Perkaitan Tema NCSS dan Bidang Pembelaran PERMATAAfifah Yusoff
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)miemasjuri
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 

What's hot (20)

Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAHCONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
 
09 Gender
09 Gender09 Gender
09 Gender
 
Implikasi perkembangan kanak
Implikasi perkembangan kanakImplikasi perkembangan kanak
Implikasi perkembangan kanak
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Aktiviti moral
Aktiviti moralAktiviti moral
Aktiviti moral
 
Awal sains
Awal sainsAwal sains
Awal sains
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat.pdf
Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat.pdfDasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat.pdf
Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat.pdf
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHDNota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
PAKK3362 Perkaitan Tema NCSS dan Bidang Pembelaran PERMATA
PAKK3362 Perkaitan Tema NCSS dan Bidang Pembelaran PERMATAPAKK3362 Perkaitan Tema NCSS dan Bidang Pembelaran PERMATA
PAKK3362 Perkaitan Tema NCSS dan Bidang Pembelaran PERMATA
 
Bahan prasekolah(1)
Bahan prasekolah(1)Bahan prasekolah(1)
Bahan prasekolah(1)
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 

Similar to Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraYahya Othman
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuSiew Hong Ting
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaAnua Haris
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012johari7755
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Muhammad Amirul
 
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahMpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahfnurizdian
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERISKarangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERISUTM, MALAYSIA
 
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039NOR_IZA
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahSuhaida Anior
 

Similar to Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia (20)

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
Ucapan perasmian
Ucapan perasmianUcapan perasmian
Ucapan perasmian
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negara
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsa
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
Cabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa MelayuCabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa Melayu
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
 
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahMpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
1 pengenalan bm
1 pengenalan bm1 pengenalan bm
1 pengenalan bm
 
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERISKarangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
 
TEKS PIDATO.docx
TEKS PIDATO.docxTEKS PIDATO.docx
TEKS PIDATO.docx
 
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
Esp313 tugasan noriza ahmad_e30209120039
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendah
 

Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ________________________________________________________________________ SEMESTER JANUARI 2011 HBML4403 KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU SOALAN 1 Rencana: Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia NO. MATRIKULASI : 700711135161002 NO. KAD PENGNEALAN : 700711135161 NO. TELEFON : 0138100780 E-MEL : atbo@oum.edu.my PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK
  • 2. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 1 ABSTRAK BahasaMelayudiangkatmartabatnyasebagaiBahasaKebangsaanketikanegarakitabarusah ajamenghirupnafaskemerdekaan. Negara yang barutumbuhinidikatakantidakakanbertahan lama memandangkanrakyatnyaterdiridaripadapelbagaikaum. Pucukpimpinannegara yang diterajuiolehTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketikaituamatmemahamibahawaperpaduanyang eratdapatmenjaditonggakkesejahteraannegarapelbagaikaumini.Justeru, pelbagaiinisiatifdiambiluntukmengeratkanperpaduanantarakaum demi menegakkansebuahnegara yang kukuhdanprogresif.Antaranya, kerajaanmemartabatkanbahasaMelayusebagaiBahasaRasmidanBahasaKebangsaan.Ren canainimengupasperananbahasaMelayuyang sejaksekian lama membinabatuasas, menyusunkerangkadanmengisisetiapronggasebuahperpaduanbangsa di sebuahnegara yang bernama Malaysia.RencanainiditulisuntukdimuatkankedalamRuanganNadiBangsadalammajalahb ulananPelitaBahasa, terbitanDewanBahasadanPustaka.
  • 3. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 2 Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia Oleh: Abdul Talip Bin Ochar Bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan negara kita, Malaysia sebaik sahaja negara kita menghirup udara kemerdekaan. Hal ini bererti bahasa Melayu telah mengalami anjakan taraf daripada bahasa kebangsaan bangsa Melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. Menurut Hassan Ahmad (2007), perubahan taraf ini, seperti yang diisytiharkan dalam Perlembagaan (1957) mempunyai implikasi sosiopolitik yang luas dan penting bagi negara pelbagai etnik dan pelbagai bahasa seperti Malaysia. Perubahan taraf itu bererti bahawa fungsi bahasa Melayu tidak lagi hanya sebagai bahasa perpaduan dan bahasa kemajuan bangsa Melayu sahaja, tetapi lebih penting lagi, bahasa Melayu diberikan fungsi dan nilai baharu, iaitu sebagai bahasa perpaduan dan kemajuan negara, merentas segala sempadan dan kepentingan etnik dan bahasa-bahasa lain. Berapa keratkah antara kita tahu bahawa bahasa Melayu merupakansatu bahasa penting di rantau Kepulauan Melayu suatu ketika dulu?Bahasa Melayu bukan sahaja dipertuturkan oleh jutaan penduduk di rantau inimalah bahasa Melayu pernah melalui sejarah hidup yang panjang sejakkehadirannya puluhan abad lalu.Bahasa Melayu purba dikatakan sudah wujud di Champa pada abadke-2 Masehi dan terus berkembang pesat. Pada abad ke-4Masehi, beberapa prasasti atau batu bersurat dalam bahasa Melayukuno ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Tourane, Vietnam danbeberapa prasasti lagi ditemui di Sumatera, Jawa, Seberang Perai,Kedah, selatan Thailand, Filipina, Vietnam dan Kalimantan padaabad ketujuh. Penemuan prasasti bertarikh 1303Masehi di Kuala Berang,Terengganu dengan bentuk tulisan Melayu-Jawi serta kata-katapinjaman bahasa Arab menandakan tahap baru dalam sejarahperkembangan bahasa Melayu. Ini disusuli penemuan prasastiantara abad ke-14 hingga abad ke-18 di Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan;Pahang; Perak; Kelantan; Kedah; Sumatera; Brunei dan Kalimantanserta manuskrip pada kulit kambing, gading, kulit kayu, kain danjuga kertas.
  • 4. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 3 Bermula awal abad ke-19, orang Barat datang membawa bersamapengaruh bahasa mereka dan teknologi moden seperti mesinpencetak dan kapal api. Dasar mereka juga menyaksikanpembukaan banyak sekolah Melayu dan peluang pembelajaranlebih meluas kepada penduduk tempatan.Penerbitan pesat buku, akhbar dan majalah berbahasa Melayudengan tulisan jawi dan rumi di Semenanjung Tanah Melayu,Indonesia dan Singapura menyumbang kepada bahasa Melayumenjadi bahasa ilmu. Bahasa Melayumula mencapai tahap bahasamoden dengan perbendaharaan kata, istilah dan gaya penulisanbaru. Bahasa Melayu dikatakan bertapak kukuh pada abad ini. Sejak sebelum penjajahan British, bahasa Melayu sudah mencapaikedudukan penting dengan berfungsi sebagai bahasa perantaraan,perhubungan, pentadbiran, perundangan dan kesusasteraan.Seawal abad ke-16 hingga ke-18, bahasa Melayu menjadi bahasa linguafrancadi seluruh rantau Kepulauan Melayu. Profesor Ismail Husseindalam bukunya Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita,berkata bahasa Melayu adalah satu daripada 200 bahasa dalamKepulauan Melayu.Kesederhanaan sifat dan bentuk bahasa Melayu itu menjadikannyamudah diterima sehingga menjadi bahasa perantaraan yangpopular dan penting di rantau Kepulauan Melayu. Walaupunpelbagai ragam, dialek dan bahasa daerah digunakan olehmasyarakat setempat apabila berhubung sesama mereka, namunapabila ada keperluan berhubung dengan orang luar, satu bahasaumum digunakan, iaitu bahasa Melayu. Ada pihak beranggapan bahawa bahasa kebangsaan tidak mempunyai peranan sebagai alat kemajuan atau pembangunan negara, tetapi hanya sebagai „lambang negara‟ atau sebagai „alat perpaduan bangsa atau etnik‟. Anggapan ini tidak benar, kerana bahasa kebangsaan bererti bahasa komunikasi luas. Tidak mungkin bahasa yang hanya diketahui oleh sebilangan kecil penduduk dapat diterima atau diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan sesebuah negara. Kalau pun bahasa itu diterima atau diiktiraf oleh undang-undang atau dasar bahasa sebagai bahasa kebangsaan negara itu, nilainya nanti tidak lebih hanya sebagai „bahasa simbolik‟ tetapi tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan bangsa dan negara. Misalnya, di Singapura bahasa Melayu masih diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara itu, tetapi peranan bahasa Melayu hanya sebagai lambang yang tidak mempunyai apa-apa fungsi pembangunan. Hakikat yang nyata, bahasa ini tidak
  • 5. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 4 digunakan sebagai alat untuk memajukan negara itu, misalnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi dan sebagainya. Lain halnya di Indonesia, bahasa Indonesia (bahasa Melayu juga) ialah bahasa pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara Indonesia. Nilai atau fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional (bahasa kebangsaan), atau sebagai bahasa perpaduan rakyat pelbagai etnik dan bahasa di negara itu dan fungsinya sebagai bahasa urusan kerajaan (bahasa pengantar rasmi) tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara itu seluruhnya. Beginilah martabat yang seharusnya dimiliki oleh sesuatu bahasa kebangsaan.Beginilah darjat yang seharusnya diduduki oleh bahasa Melayu di negara kita ini.Bagaimanapun, di Malaysia, nampaknya hal yang sedemikan tidak berlaku. Sebaliknya, kedudukan dan fungsi bahasa kebangsaan terpisah daripada proses pembangunan negara. Penggunaan bahasa kebangsaan nampaknya terhad dalam skop urusan rasmi kerajaan sahaja. Fungsi atau kegunaan bahasa Melayu tidak tersebar luas dalam sektor pembangunan ekonomi, perniagaan dan teknologi negara, terutama yang dikuasai sektor swasta. Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini, di peringkat negara, dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi, tetapi semata-mata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa kemajuan atau pembangunan negara. Apakah alasan kita? Alasan yang paling kuat ialah, bahasa Melayu mempunyai nilai tambah yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan lain-lain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas. Sebagai contoh, jikalau semua papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam bahasa Melayu, pasti tiada siapa (kecuali penduduk bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya. Tetapi tentu banyak penduduk Malaysia dari semua golongan etnik yang tidak akan memahami iklan dan papan tanda itu jikalau mesejnya ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin atau Tamil. Situasi ini dapat menjadi contoh (dan banyak contoh lain)
  • 6. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 5 yang menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang luas ini tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain di Malaysia. Jika kita menyingkap sejarah pascamerdekanegara kita, keadaan tegang dan kritikal pernah dialami oleh negara Malaysia. Keadaan ini yang dikatakan sebagai satu titik hitam negara kita telah berlaku pada tahun 1969. Pergaduhan antara kaum yang tercetus pada 13 Mei 1969, iaitu hanya sekitar enam tahun selepas penubuhan Malaysia, telah menagih sesuatu senjata yang ampuh bagi menyatupadukan semula rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berbeza, dan juga mempunyai bahasa ibunda yang berbeza. Untuk memaksa atau mendorong rakyat Malaysia mengamalkan satu agama atau satu budaya yang sama adalah mutahil kerana langkah berkenaan hanya akan ditanggapi sebagai usaha untuk meghapuskan identiti kaum-kaum yang tertentu. Sebaliknya, untuk mendorong rakyat Malaysia menerima dan meggunakan satu bahasa yang sama sebagai alat komunikasi adalah tidak mustahil, walaupun berkemungkinan menghadapi pelbagai kesukaran dan rintangan. Bahasa ditanggapi sebagai lebih bersifat universal atau sejagat berbanding dengan agama dan budaya. Bahasa Melayu diangkat sebagai penawar kepada masalah perkauman yang lebih parah pada masa depan. Atas sebab-sebab ini, wujudlah Bahasa Malaysia pada tahun 1969 yang bakal berfungsi sebagai satu mekanisma politik, iaitu sebagai Bahasa Kebangsaan negara Malaysia. Asmah (1978:1) telah menerangkan sebab-sebab Malaysia memerlukan Bahasa Kebangsaan yang ditukarkan namanya daripada bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia yang bakal berfungsi sebagai alat penyatuan rakyat. Menurut Asmah, “Kekacauan yang berlaku pada 13 Mei 1969 memahkotakan segala pergaduhan yang pernah berlaku. Dan salah satu dari perkara sensitif itu adalah bahasa. Rakyat didorong supaya menerima kenyataan bahawa Bahasa Malaysia ialah Bahasa Kebangsaan”. Pandangan di atas jelas memperlihatkan bahawa penukaran nama bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia adalah atas tujuan politik yang amat mendesak, iaitu untuk menyatupadukan semula rakyat Malaysia yang telah berpecah yang berpunca daripada pelbagai perbezaan, dan salah satu yang utama adalah perbezaan bahasa.
  • 7. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 6 Oleh sebab Bahasa Malaysia berperanan sebagai Bahasa Kebangsaan, wujudandaian bahawa Bahasa Malaysia ialah bahasa yang tidak dihubungkan dengan budaya mana-mana bangsa yang tertentu agar dapat diterima dan ditanggapi oleh pelbagai golongan rakyat Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan mereka. Semasa mengungkapkan kembali tentang kewujudan sebuah bahasa yang dipersepsikan sebagai tidak dikaitkan dengan identiti mana-mana bangsa. Asmah (1987:75) mengatakan bahawa boleh jadi dalam pemikiran dan perasaan mereka [yang bukan Melayu] Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu menjadikan mereka beridentiti Melayu. Pertukaran nama bahasa ini pada tahun 1969 kepada „bahasa Malaysia‟ (lebih kemalaysiaan) berbanding dengan „bahasa Melayu‟ (atau Melayu), adalah dimotivasikan oleh keinginan untuk menukar sikap tertentu ini. Apa yang jelas daripada huraian di atas adalah penukaran nama bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia bukanlah didorong oleh faktor linguistik tetapi semata-mata untuk tujuan politik kebangsaan. Dengan kata lain, langkah tersebutdilaksanakandemi memungkinkan bahasa Melayu berfungsi dengan lebih efektif sebagai bahasa penyatuan antara kaum. Penukaran nama ini mewujudkan satu perasaan keserupaan, iaitu memiliki Bahasa Kebangsaan yang serupa, iaitu Bahasa Malaysia.Di samping rasa penyatuan yang terbit daripada rasa keserupaan itu, wujud juga rasa keterpisahan, iaitu perasaan bahawa kita semua rakyat sebuah negara yang sama, dan kita wujud sebagai sebuah entiti yang berlainan daripada rakyat negara lain. Dengan perkataan lain, wujud citra bahawa kita ialah entiti politik yang satu dan terpisah daripada entiti politik yang lain. Dengan demikian, rakyat Malaysia dapat memberikan kesetiaan hanya kepada sebuah negara, iaitu Malaysia. Kita tidak akan mengkhianati negara ini dengan mengutamakan negara lain. Kita rakyat Malaysia, dan kita wujud sebagai sebuah entiti politik yang berlainan dan terpisah daripada entiti di luar Malaysia. Rasa keterpisahan ini mewujudkan semangat atau citra „di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung‟. Satu persoalan yang sering ditanya dan dibahaskan adalah mengapa penutur Bahasa Malaysia atau bahasa Melayu harus dibezakan statusnya, iaitu ada yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda, bahasa kedua dan juga sebagai penutur bahasa asing. Tidakkah status bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan mampu menyamatarafkan status penuturnya? Bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah maju sejak
  • 8. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 7 ratusan tahun dahulu di kawasannya sendiri, bukan baru sekarang ini. Sebagaimana yang kita tahu, bahasa ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun tinggi di seluruh rantau berbahasa Melayu sejak abad ke-14 lagi. Hakikat bahawa bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Indonesia (tidak bahasa-bahasa lain, misalnya bahasa Jawa yang jauh lebih besar jumlah penutur aslinya) membuktikan sifat kesegaran dan dinamika sosial bahasa ini. Sifat ini tidak ada pada bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain di Malaysia atau bahasa-bahasa lain di rantau nusantara ini. Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an (berdasarkan Akta Pelajaran 1961 hingga Akta Pendidikan 1995) memperkukuh lagi kedua-dua taraf dan fungsi bahasa Melayu itu. Pemerhatian kita mutakhir ini menunjukkan bahawa orang bukan Melayu makin cekap berbahasa Melayu tinggi, bahasa Melayu yang betul, daripada orang Melayu sendiri. Berdasarkan dua sifat dan fungsi sosiopolitik dan dinamika sosiolinguistik yang tersebut itu, maka kita dapat berkata bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi atau kelebihan yang banyak untuk dimajukan secara tegas sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan negara. Strategi dan matlamat ini jauh lebih penting dan lebih mudah dicapai daripada matlamat untuk „menyatupadukan‟ penduduk pelbagai etnik dan bahasa di negara ini melalui bahasa Melayu. Objektif untuk perpaduan tercapai melalui bahasa Melayu sebagai pengantar di sekolah-sekolah. LaporanRazakdandiikutiPenyataRahmanTalib 1960 menegaskanbahawabahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaanuntukmenyatupadukanrakyatberanekarupadanpemikiran. Penggunaanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secaralangsungberkaitrapatdenganusahapembinaannegara.Bahasa Melayu digunakandalamkonteksuntukmembantu perpaduan kebangsaandanmenjadiwahana yang berkesanuntukkomunikasipelbagaikumpulanetnikdanmasyarakatpelbagaidialek.Selainitu, bahasa Melayu jugadapatmembantupembentukanjatidiribangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudahdifahami.Penggunaanbahasa Melayutidakmenimbulkanisupenghapusanpenggunaanbahasa Cinadanbahasa Tamil untukmemelihara perpaduan kaum.Hanya di
  • 9. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 8 sekolahmenengahkebangsaansahajapenggunaan bahasa Melayu dipraktikandengantujuanmemupuk perpaduan antarakaum. SufeanHussin(1993) menegaskanbahawapenggunaanbahasa Melayumampumewujudkanperhubungandanpersefahamanantarakaumtanpamenimbulkan rasa kecurigaanmana-manapihak. Langkahiniakanmempercepat perpaduan dankeharmoniandalammasyarakatmajmuk. Padatahun 1970, selepastragedikaum 1969 penekananbahasa Melayu sebagai pengantar dan Bahasa Kebangsaandiperkuatdandijalankandengancara yang paling berkesan. KementerianPelajaran Malaysia telahmenegaskanpenggunaanbahasa Melayu disemuaperingkatbermuladenganaliransasterakeranabanyakbukubahasa Melayuberbandingsains. Sabanharibahasa Melayusemakinmeluaspenggunaannya.Majoritirakyat Malaysia bolehbertuturdalambahasa Melayu.Kinibahasa Melayumenjadi bahasa pengantar utama disemuaperingkatpersekolahannegarakita.Menjelangtahun 1983, semuakursustahunpertama di universititempatanmengunakanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantarrasmi. Denganini, soalsatu bahasa pengantar, satusistempelajarandansatusukatanpelajarantelah tercapaidalamsistempendidikannegarakita. Tanpapengenalandanpenggunaanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar danbahasa kebangsaan, sudahpasti proses pewujudanmasyarakat yang bersatupadutidakmampudibinakeranaketiadaantunjangdanasas yang kukuh. Hal inidemikiankerana,menurutOmar Mohd.Hashim (1991),sebelumLaporanRazak, masyarakatpelbagaikaum dinegarainicenderungmelakukantugassendiritanpamempedulikankaum lain. Malahankomunikasitidakwujudakibatmasalah bahasahinggamenimbulkansituasiumpamaitikbercakapdenganayam.Situasitidakmemaha miantarasatusama lain bolehmewujudkansikapprejudisdalamkalanganrakyatpelbagaikaum. Jikasalingtidakmampuberkomunikasidenganbaikbagaimananakah perpaduan dapatdicapai? Denganitu, bahasa Melayu berperanan sebagai
  • 10. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 9 alatmenyatupadukanrakyatdalam proses untukmencapai perpaduan negara yang dicita- citakan. Sesuaidenganmatlamatinibahasa Melayudijadikansatumatapelajaranwajib di semuaperingkatdanjenissekolahdankelulusanmatapelajaraninitelahmenjadikeperluanmala hansyaratutamauntukmendapatkankelulusandalampeperiksaanawamsepertiPenilaianMene ngahRendah (PMR) danSijilPelajaran Malaysia (SPM). Secara konseptual Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia dapat didefinisikansebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjaditunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini.Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan?Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasakomunikasi utama sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa inidigunakan secara meluas dalam bidang perdagangan, penyebaran agama Islam dan hubungan diplomatik. Kitab Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajariBahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin danmasyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.Dalam konteks hubungan antarabangsa pula, surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakanBahasa Melayu bertulisan jawi. Hal ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaumtermasuk pihak British. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yangakan mengajar mereka.Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telahmenggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini membuktikan kepadakita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan digunakan sehingga peringkatantarabangsa. Memandangkan Bahasa Melayu telah digunakan sekian lama sebagai bahasa rasmi dan bahasa basahan, sebagaibahasa komunikasi dan bahasa persuratan, maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersamaoleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuanMalaysia yang merdeka pada tahun 1957.Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur,iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam
  • 11. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 10 Perkara 152 (Para 1) sebagai bahasa bagiPersekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasaperantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk dimahkamah. Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapatdigunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.Bagaimanakah Bahasa Melayu boleh berfungsi secara berterusan sebagai bahasa perpaduan?Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yangdigunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasabasahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapipenggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bertuturdalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baruini. Kesimpulannya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia. Dalam proses ini kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. Setakat hari ini, nampaknya hanya bahasa Melayu sahajalah yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa- bahasa etnik yang lain untuk digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negarayang memainkan peranan sebagai wahana perpaduan rakyat Malaysia. [2842 patah perkataan]
  • 12. HBML 4403 ________________________________________________________________________ 11 RUJUKAN AsmahHj. Omar. 1978. Pengajaran Bahasa Malaysia dalamKonteksPerancangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka. AsmahHj. Omar. 1987. Malay in Its Sociocultural Context. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka. Hassan Ahmad,Datuk Dr. 2007.NilaidanPotensi Bahasa KebangsaandalamBeritaHarianRabu, 21 Mac 2007 (Halaman 3). Omar MohdHashim. 1991. PengisianMisiPendidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa danPustaka. SufeanHussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, SistemdanFalsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.