SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Nama (Malay Name) Pokok Pisang Awak
Keluarga (Family) MUSACEAE
Nama Saintifik (Scientific Name) Musa paradisiaca
Musa acuminata x balbisiana Colla
(ABB Group) cv. 'Pisang awak'
Saiz Biasa (Size) 10 cm (flower)
Nama Lain (Other Names) Awak Banana Fruit
Nama Thai (Thai Name) Kluay Namwaa
Nama Kambodia (Cambodian Name) Douem Jack
Asal :
Pisang berasal daripada kawasan Tropika.
Kawasan Utama Tanaman :
Di Malaysia tanaman pisang diusahakan di kebanyakan negeri-negeri. Walau bagaimanapun,
kawasan yang terbesar pengeluaran terletak di negeri Pahang dan Perak.
Kegunaan :
Pisang enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat kek, pencuci mulut, kuih,
ia juga sangat enak dimakan selepas digoreng panas-panas.
Kandungan Zat Makanan :
Kandungan

Kandungan / 100 gm
yang boleh dimakan

Tenaga

103 kcl

Air

73.3 gm

Protin

1.3 gm

Lemak

0.4 gm

Karbohidrat

23.6 gm

Serat

0.5 gm

Abu

0.9 gm
Kalsium

11.0 mg

Posporus

17.0 mg

Besi

0.6 mg

Sodium

29.0 mg

Potasium

241.0 mg

Kerotin

300 mg

Vit B1

0.07 mg

Vit B2

0.08 mg

Niasin

0.7 mg

Asid Askorbik

17.3 mg

TANAMAN BOTANIA
Batang :
Batang pisang sebenarnya dibentuk daripada seludang daun yang dikenali sebagai batang
pseudo. Saiz batang pseudo atau palsu ada yang kecil atau besar serta tinggi dan rendah
mengikut kultivar pisang.
Sulur :
Sulur bertumbuh keluar dari umbisi yang tertanam dalam tanah. Pada amnya, terdapat 2 jenis
sulur iaitu sulur pedang dan sulur air.Sulur pedang terbentuk dari umbisi induk dan
mengeluarkan daun runcing dan menirus keatas. Sulur air terbentuk dari tunas utama umbisi
induk dan tidak disyorkan kerana pertumbuhan kurang cergas.
Daun :
Daun pisang adalah helaian daun dihujung batang pseudo yang terdiri dari susunan seludang
yang teguh. Saiz daun matang mencapai 2.0 meter panjang dan 5 cm lebar.
Bunga :
Setelah matang, pertumbuhan hujung batang palsu bertukar kepada pengeluaran jambak bunga.
Bunga-bunga tersusun dalam beberapa kelompok pada ruas ditandan.Setiap buku atau ruas
ditangkai mengeluarkan bunga betina.Pada hujung pula terdapat bunga jantan.
Buah :
Buah pisang terbentuk tanpa pendebungaan, dikenali sebagai partenokarpe. Kelompokkelompok buah pada tangkai atau tandan dipanggil sisir.Setiap sisir terdiri daripada sejumlah
buah pisang disebut jejari.
Kultivar / Klon :
Varieti

Ciri-ciri

1.
Sebagai makanan segar. Berat tandan dengan 8-12 sisir ialah 12 –20 kg. Setiap sisir terdapat 12–20
Berangan jejari. Saiz buah antara sederhana hingga besar. Panjang jejari diantara 12–18 cm dengan ketebalan
2.5–3.5 cm. Kulit buah agak tebal, mudah dipisahkan dan meninggalkan sedikit talian serabut. Isi
tegang, kekuningan oren, wangi, kering dan manis rasanya.
2. Mas

Berat tandan sederhana diantara 8-12 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 14-18 jejari sesisir.Jejari kecil
diantara 8-12sm panjang dan 2-3 cm garispusat. Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan sungguh
menarik setelah masak keseluruhannya. Isi tegang, kuning keemasan, harum kewangian dan sangat
manis.

3.
Antara jenama yang ditanam ialah Montel,Comel,Cabana atau Sun king. Berat tandan melebihi 20 kg
Cavendish dan 15-25 sisir. Jejari berukuran diantara 15-22 sm panjang dan garispusat 3.5-4.0 sm. Kulit yang
tebal dan mudah tanggal dari gantungan sisir dan berwarna kuning apabila sidah dibuat rawatan
pemasakan dengan suhu rendah. Isinya berwarma putih pekat, bertekstur halus, lembut, manis dan
berbau wangi.
4. Rastali Sesuai untuk hidangan segar. Berat tandan antara 10-15 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 12-16 jejari
setiap sisir. Kulit berwarna kuning terang setelah masak dan mudah tanggal. Panjang jejari 10-15 sm
dan 3-4 sm garis pusat, kulit senang dikupas dan sangat nipis. Isinya lembut, berwarna putih,
rasanya manis sedikit masam dengan rasa berkelat jika belum masak sepenuhnya.
5.Tanduk Sesuai untuk goreng. Berat tandan 7-10 kg dan terdapat 2 sisir dengan 7-10 jejari. Seringkali hingga
5 jejari sesisir. Saiz pisang tanduk besar dengan ukuran 25-35 sm panjang dan 6-7 sm garispusat.
Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isinya krim berwarna oren, setelah masak
digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.
6. Nipah

Hanya untuk digoreng. Berat tandan antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir. Setiap sisir terdapat 12-20
jejari. Jejari bersegi, pendek dan padat dengan kulit yang tebal.Kulit berwarna kuning setelah masak.
Panjang jejari diantara 10-15m dan 3-5 sm garispusat. Isi krim putih bertekstur halus. Setelah
digoreng manis rasanya.

7. Raja

Boleh dimakan segar atau digoreng. Berat tandan 10-15 kg dengan 6-9 sisir. Setiap sisir terdapat 1216 jejari. Panjang jejari 15 sm dan 3-4 sm garispusat. Kulit tebal berwarna kuning setelah masak dan
mudah dikupas. Isinya krim oren dengan bertekstur kasar.

8. Nangka Sesuai untuk goreng.Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit . Berat
tandan 12-14 dengan 6-8 sisir.Setiap sisir terdapat 14-24 jejari dan bentuk jejari bersegi,
memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar.
9. Awak

Dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Berat tandan ialah 18-22 kg dengan 8-12 sisir. Setiap
sisir 10-16 jejari dan panjang jejari ialah 10-15 sm dan 3-5 sm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya
putih keras dan melekit
KEPERLUAN TANAMAN
Cuaca :
Tanaman pisang sesuai diusahakan dikawasan bersuhu antara 12- 32ºC dengan taburan hujan
antara 1000 – 3000 mm.
Tanah :
Pisang boleh ditanam dipelbagai jenis tanah. Tanah yang paling sesuai ialah sederhana gembur,
dengan saliran yang baik.PH tanah antara 5.5 – 8.0.
AMALAN KULTUR
Bahan Tanaman :
Menggunakan sulur dari pokok induk dan anak pokok dari tisu didik. Sulur pedang sesuai
digunakan.
Jarak Tanaman :
Sistem tanaman empat segi sama, empat segi tepat dan tiga segi digunakan. Untuk sistem
tanaman tunggal, jarak tanaman yang sesuai ialah 3.0m x 1.5 m manakala untuk sistem tanaman
bercampur, jarak tanaman yang sesuai ialah 2.4m x 2.4 m.
Menanam :
Sediakan lubang 0.3 m x 0.3 m x 0.3 m dan biarkan terdedah ke matahari selama 2 – 4 minggu.
Campurkan baja organik atau kompos sebanyak 5 – 10 kg/lubang dan 100 gm TSP/lubang.
Cantasan :
Cantasan sulur dilakukan untuk menjaga pertumbuhan pokok induk, pemilihan sulur yang sihat
dan pengeluaran buah yang berkualiti tinggi. Cantasan dilakukan dengan pisau tajam dengan
membuang sulur air yang kurang cergas meninggalkan pokok induk.Dua sulur bagi setiap
perdu.
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Umur pokok (Bulan)

Jenis Baja

Kadar Baja

Semasa menanam

CIRP
Baja Organik

0.15 kg
10.0 kg

1–2

15:15:15

0.5 kg

4

15:15:15

0.5 kg

5–6

12:12:17:2

0.5 kg

>6

12:12:17:2

1.0 kg
Pengurusan Air :
Pengairan adalah penting terutama pada peringkat awal pertumbuhan pokok. Pengairan titis
atau mikro adalah disyorkan.Dikawasan yang sentiasa menakung air, perlu ada sistem saliran
yang baik.
Pembungkusan Buah :
Pembungkusan buah dilakukan untuk menjamin mutu buah yang tinggi. Biasanya, sarung
plastik polietilena bersaiz 75cm x 120 cm digunakan semasa peringkat akhir bunga mengorak.
PENGURUSAN PEROSAK
Penyakit :
Penyakit yang sering menyerang pisang adalah seperti berikut :
Penyakit

Tanda-tanda

Pembasmian

1. Bintik daun
(Sigatoka)
(Mycosphaerella
musicola)

Bintik-bintik kecil berwarna perang kekuningan atau jalur-jalur Gunakan kultivar yang
hijau kekuningan selari dengan urat daun. Kemudian bintikresistan. Sembur racun
bintik ini membesar dan bujur dengan bahagian tengah
benomyl.
berwarna perang terang yang dikelilingi warna perang gelap.
Bintik-bintik ini akan bercantum antara satu sama lain yang
mengakibatkan bahagian daun yang diserang menjadi perang
dan kering.

2. Penyakit
Berpunca dari tanah. Simptom pertama bermula dengan daun
Panama
tua menjadi kuning atau tangkai daun melekang walaupun daun
(Fusarium witt) masih hijau. Akhirnya semua daun layu dan mati.
(Fusarium
oxyspotrium)

Gunakan varieti yang
resisten. Menjaga kebersihan
ladang. Gunakan bahan
tanaman yang bebas dari
penyakit.

Serangga :
Serangga yang biasa menyerang pisang adalah seperti berikut :
Perosak

Tanda-tanda

Kawalan

1. Pengorek
umbi pisang
(Cosmopolites
sordidus)

Larva mengorek dan makan umbi pisang. Umbi
berlubang dan akan menjadi perang dan busuk.
Daun bertukar menjadi kuning. Anak-anak pisang
lemah dan mati.

Gunakan bahan tanaman tanpa penyakit
dengan celup ke dalam air panas selama 5 –
10 minit. Menyiram racun dieldin pada
pangkal pokok. Menjaga kebersihan ladang.

2. Nematod

Akar-akar yang berjangkit bertukar ke warna
coklat kemerahan dan akhirnya menjadi hitam.
Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok
hitam berbintik dan pecah terutama dibahagian
umbi dan menjadi reput

Merendam dalam air panas. Menjaga
kebersihan ladang. Menyiram dengan racun
feramiphos.

3. Lalat Buah

Larva menyerang buah. Terdapat bintik-bintik

Membungkus buah.
hitam bekas tusukan dikulit buah.
Rumpai :
Kawalan pada peringkat awal pertumbuhan rumpai perlu dilakukan secara manual tanpa kimia.
Rumpai diantara barisan tanaman boleh juga dikawal dengan menanam kacang penutup bumi.
KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL
Kematangan :
Pisang mula mengeluarkan hasil pada umur 6 – 8 bulan selepas ditanam.
Hasil :
Bergantung kepada jenis kultivar/varieti.
Umur Pokok (Tahun)
Jenis
1

2

3

Berangan

13

26

24

Embun

18

36

30

Mas

8

16

14

Indeks Mengutip Buah :
Varieti

Tarikh Penuaian (minggu selepas berjantung)

Cavendish

20 - 23

Mas

7- 9

Berangan

11-14

Embun

12-15

Rastali

11-13

Nangka

22

Tanduk

20

MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL
Pasca Tuai :
Tandan pisang dipotong dan dibawa ke rumah pengendalian. Sisir-sisir buah dipisahkan dari
tandan dan jejari-jejari yang cacat atau tidak bermutu dipotong dan diasingkan.Sisir-sisir pisang
kemudian dibersih, dirawat, dikering, digred dan dibungkus kedalam bakul atau kotak-kotak
pembungkusan.
Penyimpanan :
Tempoh penyimpanan buah pisang boleh dilanjutkan, apabila simpan pada suhu 13º-14º C.
Jumlah kos pengeluaran untuk tempoh 3 tahun ialah RM 10,864.00 berdasarkan harga selepas
di ladang.
EKONOMI
Nilai Bersih Kini @ 10 % ialah :
Embun RM 10,592.00
Berangan RM 21,292.00
Rastali RM 5, 345.00
Mas RM 6,146.00
Nisbah faedah kos @ 10% ialah :
Embun 1.65
Berangan 2.32
Rastali 1.33
Mas 1.38

Pengelasan saintifik

Alam:

Tumbuhan

Divisi:

Magnoliophyta

Kelas:

Magnoliopsida

Order: Solanales
Famili: Solanaceae
Genus: Capsicum

KETERANGAN AM
Nama Tempatan : Lada, Cabai, Cili Hijau, Cili Merah
Nama Saintifik : Capsicum annum
Kandungan

Amaun/100g

Protein

2.8 g

Karbohidrat

9.5 g

Lemak

0.7 g

Serabut

0g

Kalsium

15.0 mg

Besi

1.8 mg

Fosforus

80 mg

Kalium

0 mg

Natrium

0 mg

Karotena beta

2730.0 ug

Vitamin B1

0.2 mg

Vitamin B2

0.1 mg

Vitamin C

175.0 mg

Niacin

0.7 mg

KETERANGAN BOTANI
Batang :
Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau. . Buku warna hijau atau ungu .
Akar :
Sistem akar tunjang dan akar serabut.
Daun :
Berwarna hijau muda ke hijau tua.Bentuknya 'lanceolate' .
Bunga :
Berwarna putih, dari ketiak daun .
Buah :
Merah dan tirus dihujung .
Cara Pendebungaan :
Persenyawaan sendiri. Persenyawaan silang (30%)
Kultivar :
Varieti Ciri-ciri
Kulai
(Baris
15)

Tinggi pokok 70-80 cm, panjang buah 10-15 cm, 7-10 g/biji. Rasanya sangat pedas. Sederhana tahan
kepada antraknos dan virus. Tahan kepada layu bakteria. Hasil sebanyak 15-20 tan/ha.

MC 4

Tinggi pokok 60-70 cm, panjang buah 7-10 cm, 10-15 g/biji, rasa kurang pedas. Rentan pada antraknos
dan virus. Hasil sebanyak 12-20 tan/ha.

MC 5

Tinggi pokok 100-200 cm, panjang buah 10-157 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan
virus. Hasil sebanyak 15-25 tan/ha.

MC 11

Tinggi pokok 85-110 cm, panjang buah 8-20 cm, 7-10 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos
dan virus dan sedikit tahan pada Choanephora . Hasil sebanyak 17-24 tan/ha.

MC 12

Tinggi pokok 60-80 cm, panjang buah 10-13 cm, 12-14 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos
dan Choanephora dan 'escape' pada virus. Hasil 15-29 tan/ha.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
20-33° C .
Taburan hujan :
1500-2000 mm/tahun.
Ketinggian :
Sehingga 500 m atas parat laut
Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.
pH tanah :
5.5 - 6.8
AMALAN KULTUR
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran
dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan. Kadar mengapur
adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan
baja organik .
Penyediaan anak benih:
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 300-500 gm
Rawatan biji benih : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih .
Masa menyemai
: Enam minggu sebelum menanam
Tempat menyemai : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian
Penanaman di ladang :
Umur anak benih : 6 minggu
Jarak tanaman
: 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara baris
Kepadatan tanaman : 8,570 pokok.
Menyulam
: 1 minggu selepas menanam
Junjung pokok
: Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam
Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan
bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang
menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama .
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Tanah Jenis Baja

Kadar
Masa
(t/ha/musim) (Minggu lepas tanam)

Cara

1. Bris
Rudua

Tahi ayam
10
NPK12:12:17:2 2

-1 *
2,8 & 14

Gaul dalam tanah keliling pokok

Baging

Tahi ayam
30
NPK12:12:17:2 3

-1 *
2,8 & 14

Gaul dalam tanah keliling pokok

2. Bekas Lombong
Pasir

Tahi ayam
20
NPK12:12:17:2 3

-1 *
2,8 & 14

Gaul dalam tanah keliling pokok

3. Gambut

NPK12:12:17:2 2

2,8 & 14

Keliling pokok

4. Mineral

Tahi ayam
5
NPK12:12:17:2 1.5

-1 *
2,8 & 14

Gaul dalam tanah keliling pokok

* Satu minggu sebelum tanam
PENGURUSAN PEROSAK
Jenis
Serangga/Penyakit
Kutu Daun
(Aphis spp.)
[Vektor virus]

Simptom

Cara Kawalan

Daun kerekot, bunga gugur dan
buah terbantut .

Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid
selepas mengubah ke ladang. Selepas 2.5 bulan di
ladang, sembur dengan permethrin, cypermethrin
atau dimethoate apabila serangan virus melebihi
20% populasi pokok yang ditanam.
Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid
selang 7-10 hari sehingga pokok berumur 2.5
bulan. Sembur racun chlorpyrifos atau malathion
jika serangan virus melebihi 20% selepas pokok
berumur 2.5 bulan

Kutu Trips
(Thrips spp.)
[Vektor virus]

Daun kerekot dan bunga gugur .

Lalat buah
(Bactrocera spp.)

Daun bertukar menjadi kekuningan, Sembur dengan chloryrifos pada masa mula
akhirnya perang, kering serta
berbuah. Sembur dengan 'protien bait' yang
berkedut. .
dicampur dengan racun perosak.

Bintik yang lekok dan berpusar
Antraknos
berwarna keperangan terdapat di Rawat biji benih dengan captan . Musnah buah
(Colletotrichum capsici) kulit buah. Bintik bertukar menjadi yang diserang Sembur mancozeb (0.01 % b.a)
kehitaman. .
Bintik daun
(Cercospora capsici)

Musnah bahagian yang diserang penyakit. Sembur
Bintik kecil berwarna perang pada
dengan benomyl. Amalkan tanaman giliran dengan
daun.
sayuran lain.

Reput pangkal
(Sclerotium rolfsii)

Daun-daun kelihatan layu. Pangkal
Cabut dan bakar pokok yang diserang.
dan akar menjadi hitam dan reput.

Layu bakteria
(Pseudomonas
solanacearum)

Daun-daun kelihatan layu dan
menjadi kuning. Jika akar atau
batang dipotong dan direndam
dalam air, ianya mengeluarkan
cecair jaluran putih.

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI
Masa kutipan hasil :
2.0 - 2.5 Bulan selepas menyemai .
Hasil (kg/ha) :
15000
Tempoh kutipan hasil :
3 - 6 bulan
Ciri buah masak :
Hijau tua kemerahan - pasaran segar. Merah sepenuhnya.
Cara memungut :
Buah dipetik dengan tangkainya.
Masa mengutip :

Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.
Tentukan saliran baik. Gilirkan tanaman.
Pagi atau lewat petang.
Pengendalian hasil :
Pemilihan, pembasuhan, penggredan an pembungkusan.
Penyimpanan :
Suhu 5 - 8 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 3-6 minggu.
EKONOMI PENGELUARAN
Kos Pengeluaran/ha

RM 7,570 (Tenaga Keluarga)
RM 11,560 (Tenaga Upah)

Pendapatan Kasar/ha

RM 30,000 (@ RM2.00/kg)

Pendapatan Bersih/ha

RM 22,430 (Tenaga Keluarga)
RM 18,440 (Tenaga Upah)

Pengelasan saintifik
Alam:

Tumbuhan

Divisi:

Magnoliophyta

Kelas:

Magnoliopsida

Order:

Fabales

Famili: Fabaceae
Genus:

Psophocarpus

Spesies: P. tetragonolobus

Pokok Kacang Botor (bahasa Inggeris: winged bean atau Goa bean), juga dipanggilkacang
botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang, ialah tumbuhan kekacangtropika yang
berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklimtropika lembap
dengan hujan lebat dan oleh itu, banyak terdapat di
kawasan khatulistiwadari Filipina dan Indonesia ke India, Myanmar, dan Sri Lanka.
Pokok Kacang Botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat
atau melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok
kekacang biasa.Pokok Kacang Botor ialah tumbuhan herba saka, tetapi boleh ditumbuh
sebagai pokok semusim.
Lenggai kacang biasanya sepanjang 15-22 sentimeter (6-9 inci) dan mempunyai empat sayap,
dengan tepi yang beropol-ropol pada sepanjangnya.Kulitnya lekit-lekit, dan isinya kelihatan
separuh lut cahaya di dalam lenggai yang muda.Ketika lenggai cukup masak, warnanya bertukar
menjadi perang-abu dan lenggai itu terbelah untuk membebaskan biji-bijinya. Bunganya besar
dan berwarna biru pucat.Kekacangnya serupa dengan kacang soya dari segi kegunaan dan
kandungan pemakanan, dengan kandungan protein sebanyak 29.8% - 39%.
Pokok Kacang Botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik,
denganpenodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan
keupayaannya untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan atau
tidak memerlukan banyak baja.
Sebagai pokok tropika, Pokok Kacang Botor amat peka akan fros. Pokok ini tidak akan berbunga
jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benih mempunyai kulit yang keras, dan untuk
membantu percambahan, biji benih boleh direndam sebelum menanam.Pokok ini bertumbuh
dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam tempoh beberapa minggu.

[sunting]Kegunaan
Pokok Kacang Botor telah diberi nama samaran, "pasar raya satu spesies", kerana hampir
semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan.:


Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian
tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan
selepaspenanaman.



Kacang mempunyai rasa yang sama dengan pucuk asparagus.



Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.



Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun yang serupa dengan daun bayam.



Akar yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai sayur berubi yang serupa
dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya dengan protein, berbanding ubi kentang.



Biji-biji kering amat berguna sebagai tepung, dan boleh dijadikan minuman seakanakan kopi.

Setiap bahagian Pokok Kacang Botor boleh membekalkan vitamin A dan vitamin-vitamin yang
lain. Adalah mungkin bahawa dengan sedikit pembaikan genetik melalui pembiakbakaan
pilihan, Pokok Kacang Botor boleh meningkatkan taraf hidup berjuta-juta orang di negaranegara tropika yang miskin.

Pengelasan saintifik
Alam:

Tumbuhan

Divisi:

Tumbuhan berbunga

Kelas:

Liliopsida

Order:

Zingiberales

Famili: Zingiberaceae
Genus:

Curcuma

Spesies: C. longa

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan
masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada
masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu
dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit.Di
samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari
sebagai ulam.
[sunting]Khasiat
Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv, Israel mendapati
kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin.Dalam dos yang tinggi, unsur itu
mampu memberikan kesan terapeutik untuk menentang keradangan. Menurut Dr. Shahar LevAri dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv, kajian yang dilakukan
bersama para penyelidik lain mendapati Curcumin mampu melawan kanserapabila
digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan
radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai
faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)
Pengelasan saintifik
Alam: Hidupan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Poales
Famili: Poaceae
Genus: Cymbopogan

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar
hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass
(Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dariSri Lanka dan
telah tersebar luas di kawasan tropika,
termasuk Malaysia, Indonesia,Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya
digunakan dalam masakandi kalangan masyarakat Asia terutamanya
masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) danCaribbean.
[sunting]Penanaman
Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya.Di
Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batang serai dituai
untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman
rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.Pada setiap rumpun
terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom.Batangnya berwarna putih keunguan atau
kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia
berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di
Malaysia.
[sunting]Kegunaan
Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau
digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan
dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.
Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah
tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat(Cymbopogon
citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C.
citratus lebih sesuai untuk memasak.Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan
wangi-wangian.
Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling
menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari
mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat
boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.
[sunting]Sebahagian spesies


Cymbopogon ambiguus – Rumput berbau lemon Australia (pokok asli Australia)



Cymbopogon bombycinus – Rumput Minyak Sutera (pokok asli Australia)



Cymbopogon citratus – Serai makan



Cymbopogon citriodora – Serai India Barat



Cymbopogon flexuosus – Serai India Timur



Cymbopogon martini



Cymbopogon nardus – Serai wangi



Cymbopogon obtectus – Rumput biji sutera (pokok asli Australia)



Cymbopogon procerus (pokok asli Australia)



Cymbopogon schoenanthus



Cymbopogon winterianus – Rumput Citronella

More Related Content

What's hot

Lambang lambang negara
Lambang lambang negaraLambang lambang negara
Lambang lambang negaraKesuma Wahida
 
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbruKertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbruAbdullah Musa
 
Minit mesyuarat kejohanan sukan tahunan sekolah
Minit mesyuarat  kejohanan sukan tahunan sekolahMinit mesyuarat  kejohanan sukan tahunan sekolah
Minit mesyuarat kejohanan sukan tahunan sekolahSharfina Fina
 
A for english upsr penulisan
A for english upsr penulisanA for english upsr penulisan
A for english upsr penulisanAdie's Sediey
 
SLIDE SARINGAN MINDA.pptx
SLIDE SARINGAN MINDA.pptxSLIDE SARINGAN MINDA.pptx
SLIDE SARINGAN MINDA.pptxZAKARIATAHIR1
 
UPSR 2017: Peratus tahun 6
UPSR 2017: Peratus tahun 6UPSR 2017: Peratus tahun 6
UPSR 2017: Peratus tahun 6IMSHA LEARNING
 
Cara cara menjaga kebersihan diri
Cara cara menjaga kebersihan diriCara cara menjaga kebersihan diri
Cara cara menjaga kebersihan diriBEELIM
 
Kertas kerja lawatan melaka 2017
Kertas kerja lawatan melaka 2017Kertas kerja lawatan melaka 2017
Kertas kerja lawatan melaka 2017hasnah annuar
 
Kertas kerja hari anugerah
Kertas kerja hari anugerahKertas kerja hari anugerah
Kertas kerja hari anugerahZatil Nabilah
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanIERA
 
Syarat pertandingan bagi permainan tradisional
Syarat pertandingan bagi permainan tradisionalSyarat pertandingan bagi permainan tradisional
Syarat pertandingan bagi permainan tradisionalLovelyAidaMumtaz
 
Ajk program penutupan merdeka 58
Ajk program penutupan merdeka 58Ajk program penutupan merdeka 58
Ajk program penutupan merdeka 58Siti Norijah Muda
 
Tempat pelancongan di malaysia
Tempat pelancongan di malaysiaTempat pelancongan di malaysia
Tempat pelancongan di malaysiaSiti Nursuzila
 
Modul cemerlang tatabahasa selangor
Modul cemerlang tatabahasa   selangorModul cemerlang tatabahasa   selangor
Modul cemerlang tatabahasa selangorJalalludin6791
 
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Noor Hayati Haya Haya
 
Sijil pertandingan kebersihan 2015
Sijil pertandingan kebersihan 2015Sijil pertandingan kebersihan 2015
Sijil pertandingan kebersihan 2015are_pay
 
Takwim Kelab Keceriaan.docx
Takwim Kelab Keceriaan.docxTakwim Kelab Keceriaan.docx
Takwim Kelab Keceriaan.docxpurpleglory
 

What's hot (20)

Lambang lambang negara
Lambang lambang negaraLambang lambang negara
Lambang lambang negara
 
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbruKertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
 
Minit mesyuarat kejohanan sukan tahunan sekolah
Minit mesyuarat  kejohanan sukan tahunan sekolahMinit mesyuarat  kejohanan sukan tahunan sekolah
Minit mesyuarat kejohanan sukan tahunan sekolah
 
A for english upsr penulisan
A for english upsr penulisanA for english upsr penulisan
A for english upsr penulisan
 
SLIDE SARINGAN MINDA.pptx
SLIDE SARINGAN MINDA.pptxSLIDE SARINGAN MINDA.pptx
SLIDE SARINGAN MINDA.pptx
 
UPSR 2017: Peratus tahun 6
UPSR 2017: Peratus tahun 6UPSR 2017: Peratus tahun 6
UPSR 2017: Peratus tahun 6
 
Cara cara menjaga kebersihan diri
Cara cara menjaga kebersihan diriCara cara menjaga kebersihan diri
Cara cara menjaga kebersihan diri
 
Kertas kerja lawatan melaka 2017
Kertas kerja lawatan melaka 2017Kertas kerja lawatan melaka 2017
Kertas kerja lawatan melaka 2017
 
Kertas kerja hari anugerah
Kertas kerja hari anugerahKertas kerja hari anugerah
Kertas kerja hari anugerah
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkan
 
Syarat pertandingan bagi permainan tradisional
Syarat pertandingan bagi permainan tradisionalSyarat pertandingan bagi permainan tradisional
Syarat pertandingan bagi permainan tradisional
 
Ajk program penutupan merdeka 58
Ajk program penutupan merdeka 58Ajk program penutupan merdeka 58
Ajk program penutupan merdeka 58
 
Tempat pelancongan di malaysia
Tempat pelancongan di malaysiaTempat pelancongan di malaysia
Tempat pelancongan di malaysia
 
Modul cemerlang tatabahasa selangor
Modul cemerlang tatabahasa   selangorModul cemerlang tatabahasa   selangor
Modul cemerlang tatabahasa selangor
 
Congkak
CongkakCongkak
Congkak
 
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
 
Surat jemputan semua ppd
Surat jemputan semua ppdSurat jemputan semua ppd
Surat jemputan semua ppd
 
Sijil pertandingan kebersihan 2015
Sijil pertandingan kebersihan 2015Sijil pertandingan kebersihan 2015
Sijil pertandingan kebersihan 2015
 
Modul PRS
Modul PRSModul PRS
Modul PRS
 
Takwim Kelab Keceriaan.docx
Takwim Kelab Keceriaan.docxTakwim Kelab Keceriaan.docx
Takwim Kelab Keceriaan.docx
 

Similar to Pertanian

Budidaya tanaman anggur
Budidaya tanaman anggurBudidaya tanaman anggur
Budidaya tanaman anggurCaraKerja
 
Informasi Manfaat Buah dan Sayuran
Informasi Manfaat Buah dan SayuranInformasi Manfaat Buah dan Sayuran
Informasi Manfaat Buah dan SayuranWarta Wirausaha
 
Teknis budidaya anggur
Teknis budidaya anggurTeknis budidaya anggur
Teknis budidaya anggursujononasa
 
Pelajaran budidaya tanaman tahunan
Pelajaran budidaya tanaman tahunanPelajaran budidaya tanaman tahunan
Pelajaran budidaya tanaman tahunangabriellapatric
 
Teknologi Fermentasi pada tempe
Teknologi Fermentasi pada tempeTeknologi Fermentasi pada tempe
Teknologi Fermentasi pada tempeNuruliswati
 
Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1
Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1
Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1RESTYKURNIAILAHI
 
komoditas kacang kacangan
komoditas kacang kacangankomoditas kacang kacangan
komoditas kacang kacanganAila Yumeko
 
Laporan pisang klutuk fakultas
Laporan pisang klutuk fakultasLaporan pisang klutuk fakultas
Laporan pisang klutuk fakultasAyyu Sartheeqaa
 
Rancangan Percobaan Tape Singkong
Rancangan Percobaan Tape SingkongRancangan Percobaan Tape Singkong
Rancangan Percobaan Tape SingkongIswi Haniffah
 
Teknis budidaya panili
Teknis budidaya paniliTeknis budidaya panili
Teknis budidaya panilisujononasa
 
8 Panduan Tepat Cara Budidaya Tanaman Kelengkeng Itoh Agar Tumbuh Dengan Opti...
8 Panduan Tepat Cara Budidaya Tanaman Kelengkeng Itoh Agar Tumbuh Dengan Opti...8 Panduan Tepat Cara Budidaya Tanaman Kelengkeng Itoh Agar Tumbuh Dengan Opti...
8 Panduan Tepat Cara Budidaya Tanaman Kelengkeng Itoh Agar Tumbuh Dengan Opti...Pupus Muda
 
Budidaya tanaman kelapa sawit
Budidaya tanaman kelapa sawitBudidaya tanaman kelapa sawit
Budidaya tanaman kelapa sawitgabriellapatric
 
Cara budidaya tanaman kentang
Cara budidaya tanaman kentangCara budidaya tanaman kentang
Cara budidaya tanaman kentangsupriyadispd21
 

Similar to Pertanian (20)

Bawang putih
Bawang putihBawang putih
Bawang putih
 
Budidaya tanaman anggur
Budidaya tanaman anggurBudidaya tanaman anggur
Budidaya tanaman anggur
 
Informasi Manfaat Buah dan Sayuran
Informasi Manfaat Buah dan SayuranInformasi Manfaat Buah dan Sayuran
Informasi Manfaat Buah dan Sayuran
 
Budidaya Kelapa 1.ppt
Budidaya Kelapa 1.pptBudidaya Kelapa 1.ppt
Budidaya Kelapa 1.ppt
 
Budi daya buah naga
Budi daya buah nagaBudi daya buah naga
Budi daya buah naga
 
Teknis budidaya anggur
Teknis budidaya anggurTeknis budidaya anggur
Teknis budidaya anggur
 
Pelajaran budidaya tanaman tahunan
Pelajaran budidaya tanaman tahunanPelajaran budidaya tanaman tahunan
Pelajaran budidaya tanaman tahunan
 
Teknologi Fermentasi pada tempe
Teknologi Fermentasi pada tempeTeknologi Fermentasi pada tempe
Teknologi Fermentasi pada tempe
 
Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1
Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1
Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1
 
komoditas kacang kacangan
komoditas kacang kacangankomoditas kacang kacangan
komoditas kacang kacangan
 
Laporan pisang klutuk fakultas
Laporan pisang klutuk fakultasLaporan pisang klutuk fakultas
Laporan pisang klutuk fakultas
 
Laporan pisang klutuk fakultas
Laporan pisang klutuk fakultasLaporan pisang klutuk fakultas
Laporan pisang klutuk fakultas
 
Rancangan Percobaan Tape Singkong
Rancangan Percobaan Tape SingkongRancangan Percobaan Tape Singkong
Rancangan Percobaan Tape Singkong
 
Teknis budidaya panili
Teknis budidaya paniliTeknis budidaya panili
Teknis budidaya panili
 
8 Panduan Tepat Cara Budidaya Tanaman Kelengkeng Itoh Agar Tumbuh Dengan Opti...
8 Panduan Tepat Cara Budidaya Tanaman Kelengkeng Itoh Agar Tumbuh Dengan Opti...8 Panduan Tepat Cara Budidaya Tanaman Kelengkeng Itoh Agar Tumbuh Dengan Opti...
8 Panduan Tepat Cara Budidaya Tanaman Kelengkeng Itoh Agar Tumbuh Dengan Opti...
 
Famili meliaceae
Famili meliaceaeFamili meliaceae
Famili meliaceae
 
Makalah kacang panjang
Makalah kacang panjangMakalah kacang panjang
Makalah kacang panjang
 
Tanaman Pangan Talas
Tanaman Pangan TalasTanaman Pangan Talas
Tanaman Pangan Talas
 
Budidaya tanaman kelapa sawit
Budidaya tanaman kelapa sawitBudidaya tanaman kelapa sawit
Budidaya tanaman kelapa sawit
 
Cara budidaya tanaman kentang
Cara budidaya tanaman kentangCara budidaya tanaman kentang
Cara budidaya tanaman kentang
 

More from Tarmimi Bin Jain Aam (13)

Okjektif
OkjektifOkjektif
Okjektif
 
Apakah dia membuat kompos
Apakah dia membuat komposApakah dia membuat kompos
Apakah dia membuat kompos
 
Mari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimiaMari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimia
 
Mari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimiaMari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimia
 
Air dan larutan
Air dan larutanAir dan larutan
Air dan larutan
 
Mari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimiaMari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimia
 
Mari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimiaMari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimia
 
Mari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimiaMari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimia
 
Mari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimiaMari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimia
 
Mari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimiaMari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimia
 
Mari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimiaMari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimia
 
Mari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimiaMari ingat siri elektrokimia
Mari ingat siri elektrokimia
 
4541 3-kim-trial-spm-2013
4541 3-kim-trial-spm-20134541 3-kim-trial-spm-2013
4541 3-kim-trial-spm-2013
 

Pertanian

  • 1. Nama (Malay Name) Pokok Pisang Awak Keluarga (Family) MUSACEAE Nama Saintifik (Scientific Name) Musa paradisiaca Musa acuminata x balbisiana Colla (ABB Group) cv. 'Pisang awak' Saiz Biasa (Size) 10 cm (flower) Nama Lain (Other Names) Awak Banana Fruit Nama Thai (Thai Name) Kluay Namwaa Nama Kambodia (Cambodian Name) Douem Jack Asal : Pisang berasal daripada kawasan Tropika. Kawasan Utama Tanaman : Di Malaysia tanaman pisang diusahakan di kebanyakan negeri-negeri. Walau bagaimanapun, kawasan yang terbesar pengeluaran terletak di negeri Pahang dan Perak. Kegunaan : Pisang enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat kek, pencuci mulut, kuih, ia juga sangat enak dimakan selepas digoreng panas-panas. Kandungan Zat Makanan : Kandungan Kandungan / 100 gm yang boleh dimakan Tenaga 103 kcl Air 73.3 gm Protin 1.3 gm Lemak 0.4 gm Karbohidrat 23.6 gm Serat 0.5 gm Abu 0.9 gm
  • 2. Kalsium 11.0 mg Posporus 17.0 mg Besi 0.6 mg Sodium 29.0 mg Potasium 241.0 mg Kerotin 300 mg Vit B1 0.07 mg Vit B2 0.08 mg Niasin 0.7 mg Asid Askorbik 17.3 mg TANAMAN BOTANIA Batang : Batang pisang sebenarnya dibentuk daripada seludang daun yang dikenali sebagai batang pseudo. Saiz batang pseudo atau palsu ada yang kecil atau besar serta tinggi dan rendah mengikut kultivar pisang. Sulur : Sulur bertumbuh keluar dari umbisi yang tertanam dalam tanah. Pada amnya, terdapat 2 jenis sulur iaitu sulur pedang dan sulur air.Sulur pedang terbentuk dari umbisi induk dan mengeluarkan daun runcing dan menirus keatas. Sulur air terbentuk dari tunas utama umbisi induk dan tidak disyorkan kerana pertumbuhan kurang cergas. Daun : Daun pisang adalah helaian daun dihujung batang pseudo yang terdiri dari susunan seludang yang teguh. Saiz daun matang mencapai 2.0 meter panjang dan 5 cm lebar. Bunga : Setelah matang, pertumbuhan hujung batang palsu bertukar kepada pengeluaran jambak bunga. Bunga-bunga tersusun dalam beberapa kelompok pada ruas ditandan.Setiap buku atau ruas ditangkai mengeluarkan bunga betina.Pada hujung pula terdapat bunga jantan. Buah : Buah pisang terbentuk tanpa pendebungaan, dikenali sebagai partenokarpe. Kelompokkelompok buah pada tangkai atau tandan dipanggil sisir.Setiap sisir terdiri daripada sejumlah buah pisang disebut jejari.
  • 3. Kultivar / Klon : Varieti Ciri-ciri 1. Sebagai makanan segar. Berat tandan dengan 8-12 sisir ialah 12 –20 kg. Setiap sisir terdapat 12–20 Berangan jejari. Saiz buah antara sederhana hingga besar. Panjang jejari diantara 12–18 cm dengan ketebalan 2.5–3.5 cm. Kulit buah agak tebal, mudah dipisahkan dan meninggalkan sedikit talian serabut. Isi tegang, kekuningan oren, wangi, kering dan manis rasanya. 2. Mas Berat tandan sederhana diantara 8-12 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 14-18 jejari sesisir.Jejari kecil diantara 8-12sm panjang dan 2-3 cm garispusat. Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan sungguh menarik setelah masak keseluruhannya. Isi tegang, kuning keemasan, harum kewangian dan sangat manis. 3. Antara jenama yang ditanam ialah Montel,Comel,Cabana atau Sun king. Berat tandan melebihi 20 kg Cavendish dan 15-25 sisir. Jejari berukuran diantara 15-22 sm panjang dan garispusat 3.5-4.0 sm. Kulit yang tebal dan mudah tanggal dari gantungan sisir dan berwarna kuning apabila sidah dibuat rawatan pemasakan dengan suhu rendah. Isinya berwarma putih pekat, bertekstur halus, lembut, manis dan berbau wangi. 4. Rastali Sesuai untuk hidangan segar. Berat tandan antara 10-15 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 12-16 jejari setiap sisir. Kulit berwarna kuning terang setelah masak dan mudah tanggal. Panjang jejari 10-15 sm dan 3-4 sm garis pusat, kulit senang dikupas dan sangat nipis. Isinya lembut, berwarna putih, rasanya manis sedikit masam dengan rasa berkelat jika belum masak sepenuhnya. 5.Tanduk Sesuai untuk goreng. Berat tandan 7-10 kg dan terdapat 2 sisir dengan 7-10 jejari. Seringkali hingga 5 jejari sesisir. Saiz pisang tanduk besar dengan ukuran 25-35 sm panjang dan 6-7 sm garispusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isinya krim berwarna oren, setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan. 6. Nipah Hanya untuk digoreng. Berat tandan antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir. Setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Jejari bersegi, pendek dan padat dengan kulit yang tebal.Kulit berwarna kuning setelah masak. Panjang jejari diantara 10-15m dan 3-5 sm garispusat. Isi krim putih bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya. 7. Raja Boleh dimakan segar atau digoreng. Berat tandan 10-15 kg dengan 6-9 sisir. Setiap sisir terdapat 1216 jejari. Panjang jejari 15 sm dan 3-4 sm garispusat. Kulit tebal berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas. Isinya krim oren dengan bertekstur kasar. 8. Nangka Sesuai untuk goreng.Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit . Berat tandan 12-14 dengan 6-8 sisir.Setiap sisir terdapat 14-24 jejari dan bentuk jejari bersegi, memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar. 9. Awak Dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Berat tandan ialah 18-22 kg dengan 8-12 sisir. Setiap sisir 10-16 jejari dan panjang jejari ialah 10-15 sm dan 3-5 sm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit
  • 4. KEPERLUAN TANAMAN Cuaca : Tanaman pisang sesuai diusahakan dikawasan bersuhu antara 12- 32ºC dengan taburan hujan antara 1000 – 3000 mm. Tanah : Pisang boleh ditanam dipelbagai jenis tanah. Tanah yang paling sesuai ialah sederhana gembur, dengan saliran yang baik.PH tanah antara 5.5 – 8.0. AMALAN KULTUR Bahan Tanaman : Menggunakan sulur dari pokok induk dan anak pokok dari tisu didik. Sulur pedang sesuai digunakan. Jarak Tanaman : Sistem tanaman empat segi sama, empat segi tepat dan tiga segi digunakan. Untuk sistem tanaman tunggal, jarak tanaman yang sesuai ialah 3.0m x 1.5 m manakala untuk sistem tanaman bercampur, jarak tanaman yang sesuai ialah 2.4m x 2.4 m. Menanam : Sediakan lubang 0.3 m x 0.3 m x 0.3 m dan biarkan terdedah ke matahari selama 2 – 4 minggu. Campurkan baja organik atau kompos sebanyak 5 – 10 kg/lubang dan 100 gm TSP/lubang. Cantasan : Cantasan sulur dilakukan untuk menjaga pertumbuhan pokok induk, pemilihan sulur yang sihat dan pengeluaran buah yang berkualiti tinggi. Cantasan dilakukan dengan pisau tajam dengan membuang sulur air yang kurang cergas meninggalkan pokok induk.Dua sulur bagi setiap perdu. Pembajaan : Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut : Umur pokok (Bulan) Jenis Baja Kadar Baja Semasa menanam CIRP Baja Organik 0.15 kg 10.0 kg 1–2 15:15:15 0.5 kg 4 15:15:15 0.5 kg 5–6 12:12:17:2 0.5 kg >6 12:12:17:2 1.0 kg
  • 5. Pengurusan Air : Pengairan adalah penting terutama pada peringkat awal pertumbuhan pokok. Pengairan titis atau mikro adalah disyorkan.Dikawasan yang sentiasa menakung air, perlu ada sistem saliran yang baik. Pembungkusan Buah : Pembungkusan buah dilakukan untuk menjamin mutu buah yang tinggi. Biasanya, sarung plastik polietilena bersaiz 75cm x 120 cm digunakan semasa peringkat akhir bunga mengorak. PENGURUSAN PEROSAK Penyakit : Penyakit yang sering menyerang pisang adalah seperti berikut : Penyakit Tanda-tanda Pembasmian 1. Bintik daun (Sigatoka) (Mycosphaerella musicola) Bintik-bintik kecil berwarna perang kekuningan atau jalur-jalur Gunakan kultivar yang hijau kekuningan selari dengan urat daun. Kemudian bintikresistan. Sembur racun bintik ini membesar dan bujur dengan bahagian tengah benomyl. berwarna perang terang yang dikelilingi warna perang gelap. Bintik-bintik ini akan bercantum antara satu sama lain yang mengakibatkan bahagian daun yang diserang menjadi perang dan kering. 2. Penyakit Berpunca dari tanah. Simptom pertama bermula dengan daun Panama tua menjadi kuning atau tangkai daun melekang walaupun daun (Fusarium witt) masih hijau. Akhirnya semua daun layu dan mati. (Fusarium oxyspotrium) Gunakan varieti yang resisten. Menjaga kebersihan ladang. Gunakan bahan tanaman yang bebas dari penyakit. Serangga : Serangga yang biasa menyerang pisang adalah seperti berikut : Perosak Tanda-tanda Kawalan 1. Pengorek umbi pisang (Cosmopolites sordidus) Larva mengorek dan makan umbi pisang. Umbi berlubang dan akan menjadi perang dan busuk. Daun bertukar menjadi kuning. Anak-anak pisang lemah dan mati. Gunakan bahan tanaman tanpa penyakit dengan celup ke dalam air panas selama 5 – 10 minit. Menyiram racun dieldin pada pangkal pokok. Menjaga kebersihan ladang. 2. Nematod Akar-akar yang berjangkit bertukar ke warna coklat kemerahan dan akhirnya menjadi hitam. Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam berbintik dan pecah terutama dibahagian umbi dan menjadi reput Merendam dalam air panas. Menjaga kebersihan ladang. Menyiram dengan racun feramiphos. 3. Lalat Buah Larva menyerang buah. Terdapat bintik-bintik Membungkus buah.
  • 6. hitam bekas tusukan dikulit buah. Rumpai : Kawalan pada peringkat awal pertumbuhan rumpai perlu dilakukan secara manual tanpa kimia. Rumpai diantara barisan tanaman boleh juga dikawal dengan menanam kacang penutup bumi. KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL Kematangan : Pisang mula mengeluarkan hasil pada umur 6 – 8 bulan selepas ditanam. Hasil : Bergantung kepada jenis kultivar/varieti. Umur Pokok (Tahun) Jenis 1 2 3 Berangan 13 26 24 Embun 18 36 30 Mas 8 16 14 Indeks Mengutip Buah : Varieti Tarikh Penuaian (minggu selepas berjantung) Cavendish 20 - 23 Mas 7- 9 Berangan 11-14 Embun 12-15 Rastali 11-13 Nangka 22 Tanduk 20 MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL Pasca Tuai : Tandan pisang dipotong dan dibawa ke rumah pengendalian. Sisir-sisir buah dipisahkan dari tandan dan jejari-jejari yang cacat atau tidak bermutu dipotong dan diasingkan.Sisir-sisir pisang kemudian dibersih, dirawat, dikering, digred dan dibungkus kedalam bakul atau kotak-kotak pembungkusan.
  • 7. Penyimpanan : Tempoh penyimpanan buah pisang boleh dilanjutkan, apabila simpan pada suhu 13º-14º C. Jumlah kos pengeluaran untuk tempoh 3 tahun ialah RM 10,864.00 berdasarkan harga selepas di ladang. EKONOMI Nilai Bersih Kini @ 10 % ialah : Embun RM 10,592.00 Berangan RM 21,292.00 Rastali RM 5, 345.00 Mas RM 6,146.00 Nisbah faedah kos @ 10% ialah : Embun 1.65 Berangan 2.32 Rastali 1.33 Mas 1.38 Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Solanales Famili: Solanaceae Genus: Capsicum KETERANGAN AM Nama Tempatan : Lada, Cabai, Cili Hijau, Cili Merah Nama Saintifik : Capsicum annum
  • 8. Kandungan Amaun/100g Protein 2.8 g Karbohidrat 9.5 g Lemak 0.7 g Serabut 0g Kalsium 15.0 mg Besi 1.8 mg Fosforus 80 mg Kalium 0 mg Natrium 0 mg Karotena beta 2730.0 ug Vitamin B1 0.2 mg Vitamin B2 0.1 mg Vitamin C 175.0 mg Niacin 0.7 mg KETERANGAN BOTANI Batang : Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau. . Buku warna hijau atau ungu . Akar : Sistem akar tunjang dan akar serabut. Daun : Berwarna hijau muda ke hijau tua.Bentuknya 'lanceolate' . Bunga : Berwarna putih, dari ketiak daun . Buah : Merah dan tirus dihujung . Cara Pendebungaan : Persenyawaan sendiri. Persenyawaan silang (30%)
  • 9. Kultivar : Varieti Ciri-ciri Kulai (Baris 15) Tinggi pokok 70-80 cm, panjang buah 10-15 cm, 7-10 g/biji. Rasanya sangat pedas. Sederhana tahan kepada antraknos dan virus. Tahan kepada layu bakteria. Hasil sebanyak 15-20 tan/ha. MC 4 Tinggi pokok 60-70 cm, panjang buah 7-10 cm, 10-15 g/biji, rasa kurang pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 12-20 tan/ha. MC 5 Tinggi pokok 100-200 cm, panjang buah 10-157 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 15-25 tan/ha. MC 11 Tinggi pokok 85-110 cm, panjang buah 8-20 cm, 7-10 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus dan sedikit tahan pada Choanephora . Hasil sebanyak 17-24 tan/ha. MC 12 Tinggi pokok 60-80 cm, panjang buah 10-13 cm, 12-14 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan Choanephora dan 'escape' pada virus. Hasil 15-29 tan/ha. KEPERLUAN ASAS TANAMAN Suhu : 20-33° C . Taburan hujan : 1500-2000 mm/tahun. Ketinggian : Sehingga 500 m atas parat laut Jenis tanah : Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. pH tanah : 5.5 - 6.8 AMALAN KULTUR Penyedian Kawasan : Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan. Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik . Penyediaan anak benih: Jenis bahan tanaman : Biji benih Keperluan biji benih : 300-500 gm Rawatan biji benih : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih .
  • 10. Masa menyemai : Enam minggu sebelum menanam Tempat menyemai : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian Penanaman di ladang : Umur anak benih : 6 minggu Jarak tanaman : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara baris Kepadatan tanaman : 8,570 pokok. Menyulam : 1 minggu selepas menanam Junjung pokok : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam Pengurusan Air : Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama . Pembajaan : Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut : Jenis Tanah Jenis Baja Kadar Masa (t/ha/musim) (Minggu lepas tanam) Cara 1. Bris Rudua Tahi ayam 10 NPK12:12:17:2 2 -1 * 2,8 & 14 Gaul dalam tanah keliling pokok Baging Tahi ayam 30 NPK12:12:17:2 3 -1 * 2,8 & 14 Gaul dalam tanah keliling pokok 2. Bekas Lombong Pasir Tahi ayam 20 NPK12:12:17:2 3 -1 * 2,8 & 14 Gaul dalam tanah keliling pokok 3. Gambut NPK12:12:17:2 2 2,8 & 14 Keliling pokok 4. Mineral Tahi ayam 5 NPK12:12:17:2 1.5 -1 * 2,8 & 14 Gaul dalam tanah keliling pokok * Satu minggu sebelum tanam PENGURUSAN PEROSAK Jenis Serangga/Penyakit Kutu Daun (Aphis spp.) [Vektor virus] Simptom Cara Kawalan Daun kerekot, bunga gugur dan buah terbantut . Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selepas mengubah ke ladang. Selepas 2.5 bulan di ladang, sembur dengan permethrin, cypermethrin atau dimethoate apabila serangan virus melebihi
  • 11. 20% populasi pokok yang ditanam. Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selang 7-10 hari sehingga pokok berumur 2.5 bulan. Sembur racun chlorpyrifos atau malathion jika serangan virus melebihi 20% selepas pokok berumur 2.5 bulan Kutu Trips (Thrips spp.) [Vektor virus] Daun kerekot dan bunga gugur . Lalat buah (Bactrocera spp.) Daun bertukar menjadi kekuningan, Sembur dengan chloryrifos pada masa mula akhirnya perang, kering serta berbuah. Sembur dengan 'protien bait' yang berkedut. . dicampur dengan racun perosak. Bintik yang lekok dan berpusar Antraknos berwarna keperangan terdapat di Rawat biji benih dengan captan . Musnah buah (Colletotrichum capsici) kulit buah. Bintik bertukar menjadi yang diserang Sembur mancozeb (0.01 % b.a) kehitaman. . Bintik daun (Cercospora capsici) Musnah bahagian yang diserang penyakit. Sembur Bintik kecil berwarna perang pada dengan benomyl. Amalkan tanaman giliran dengan daun. sayuran lain. Reput pangkal (Sclerotium rolfsii) Daun-daun kelihatan layu. Pangkal Cabut dan bakar pokok yang diserang. dan akar menjadi hitam dan reput. Layu bakteria (Pseudomonas solanacearum) Daun-daun kelihatan layu dan menjadi kuning. Jika akar atau batang dipotong dan direndam dalam air, ianya mengeluarkan cecair jaluran putih. KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI Masa kutipan hasil : 2.0 - 2.5 Bulan selepas menyemai . Hasil (kg/ha) : 15000 Tempoh kutipan hasil : 3 - 6 bulan Ciri buah masak : Hijau tua kemerahan - pasaran segar. Merah sepenuhnya. Cara memungut : Buah dipetik dengan tangkainya. Masa mengutip : Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran baik. Gilirkan tanaman.
  • 12. Pagi atau lewat petang. Pengendalian hasil : Pemilihan, pembasuhan, penggredan an pembungkusan. Penyimpanan : Suhu 5 - 8 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 3-6 minggu. EKONOMI PENGELUARAN Kos Pengeluaran/ha RM 7,570 (Tenaga Keluarga) RM 11,560 (Tenaga Upah) Pendapatan Kasar/ha RM 30,000 (@ RM2.00/kg) Pendapatan Bersih/ha RM 22,430 (Tenaga Keluarga) RM 18,440 (Tenaga Upah) Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Fabales Famili: Fabaceae Genus: Psophocarpus Spesies: P. tetragonolobus Pokok Kacang Botor (bahasa Inggeris: winged bean atau Goa bean), juga dipanggilkacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang, ialah tumbuhan kekacangtropika yang berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklimtropika lembap
  • 13. dengan hujan lebat dan oleh itu, banyak terdapat di kawasan khatulistiwadari Filipina dan Indonesia ke India, Myanmar, dan Sri Lanka. Pokok Kacang Botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa.Pokok Kacang Botor ialah tumbuhan herba saka, tetapi boleh ditumbuh sebagai pokok semusim. Lenggai kacang biasanya sepanjang 15-22 sentimeter (6-9 inci) dan mempunyai empat sayap, dengan tepi yang beropol-ropol pada sepanjangnya.Kulitnya lekit-lekit, dan isinya kelihatan separuh lut cahaya di dalam lenggai yang muda.Ketika lenggai cukup masak, warnanya bertukar menjadi perang-abu dan lenggai itu terbelah untuk membebaskan biji-bijinya. Bunganya besar dan berwarna biru pucat.Kekacangnya serupa dengan kacang soya dari segi kegunaan dan kandungan pemakanan, dengan kandungan protein sebanyak 29.8% - 39%. Pokok Kacang Botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik, denganpenodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan atau tidak memerlukan banyak baja. Sebagai pokok tropika, Pokok Kacang Botor amat peka akan fros. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benih mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu percambahan, biji benih boleh direndam sebelum menanam.Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam tempoh beberapa minggu. [sunting]Kegunaan Pokok Kacang Botor telah diberi nama samaran, "pasar raya satu spesies", kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan.:  Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepaspenanaman.  Kacang mempunyai rasa yang sama dengan pucuk asparagus.  Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.  Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun yang serupa dengan daun bayam.  Akar yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai sayur berubi yang serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya dengan protein, berbanding ubi kentang.  Biji-biji kering amat berguna sebagai tepung, dan boleh dijadikan minuman seakanakan kopi. Setiap bahagian Pokok Kacang Botor boleh membekalkan vitamin A dan vitamin-vitamin yang lain. Adalah mungkin bahawa dengan sedikit pembaikan genetik melalui pembiakbakaan
  • 14. pilihan, Pokok Kacang Botor boleh meningkatkan taraf hidup berjuta-juta orang di negaranegara tropika yang miskin. Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan Divisi: Tumbuhan berbunga Kelas: Liliopsida Order: Zingiberales Famili: Zingiberaceae Genus: Curcuma Spesies: C. longa Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit.Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam. [sunting]Khasiat Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv, Israel mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin.Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik untuk menentang keradangan. Menurut Dr. Shahar LevAri dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv, kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati Curcumin mampu melawan kanserapabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)
  • 15. Pengelasan saintifik Alam: Hidupan Divisi: Magnoliophyta Kelas: Liliopsida Order: Poales Famili: Poaceae Genus: Cymbopogan Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dariSri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia,Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakandi kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) danCaribbean. [sunting]Penanaman Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya.Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom.Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia. [sunting]Kegunaan Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.
  • 16. Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat(Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak.Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian. Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk. [sunting]Sebahagian spesies  Cymbopogon ambiguus – Rumput berbau lemon Australia (pokok asli Australia)  Cymbopogon bombycinus – Rumput Minyak Sutera (pokok asli Australia)  Cymbopogon citratus – Serai makan  Cymbopogon citriodora – Serai India Barat  Cymbopogon flexuosus – Serai India Timur  Cymbopogon martini  Cymbopogon nardus – Serai wangi  Cymbopogon obtectus – Rumput biji sutera (pokok asli Australia)  Cymbopogon procerus (pokok asli Australia)  Cymbopogon schoenanthus  Cymbopogon winterianus – Rumput Citronella