3. 3
KONSEP PENYELIDIKAN
Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan?
[1] Encik Najib menyediakan kertas kerja “penggunaan komputer di sekolah
menengah” selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di
perpustakaan universiti beliau dan memanggilnya satu kajian
[2] Pn. Lim mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan
dokumen yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid,
keputusan SPM, pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat
pelajaran
[3] En. Raju (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan
menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau
melakukan perkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan
berbincang dengan peserta bengkel yang lain
4. 4
KONSEP PENYELIDIKAN
• Tiada satu pun contoh di atas yang
boleh diklasifikasikan sebagai
penyelidikan!!!!
MENGAPA ?
Anda akan tahu apabila anda faham
konsep “penyelidikan”
5. 5
Pertimbangkan kes dibawah iaitu satu contoh penyelidikan:
• Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap aduan
yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta yang mereka
hasilkan memberi masalah bunyi di atas ‘dashboard’ serta tempat
duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer pemanduan.
• Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah yang
tersebut.
• Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan
(hipotesis).
• Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan mendapatkan
maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta
• Belaiu kemudian menganalisa data yang dikumpul, membuat
interpretasi daripada keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan
kemudiannya membuat kesimpulan
KONSEP PENYELIDIKAN
6. 6
KONSEP PENYELIDIKAN
• Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik
(pengurus syarikat tersebut) telah melalui satu
susunan langkah yang teratur dan sistematik.
• Kedua, penyelidik tidak terus membuat
kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian
atau explorasi yang saintifik sebelum membuat
kesimpulan
• Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah
sistematik dan keduanya ia mengikut kaedah
explorasi yang saintifik
7. 7
DEFINISI PENYELIDIKAN
• Tuckman (1999)
Penyelidikan adalah kaedah
sistematik untuk mendapatkan
jawapan untuk sesuatu
persoalan atau permasalahan
8. 8
DEFINISI PENYELIDIKAN
• Kelinger (1964)
Penyelidikan adalah penyiasatan
sistematik, terkawal, bercorak
empirikal dan kritikal mengenai
perhubungan di kalangan
fenomena
9. 9
DEFINISI PENYELIDIKAN
• Ahmad Mahdzan (1992)
Penyelidikan didefinisikan sebagai
usaha-usaha bagi mencari
jawapan kepada soalan-soalan
khusus yang dikemukakan
berkenaan sesuatu permasalahan
10. 10
DEFINISI PENYELIDIKAN
• Mencari fakta atau kebenaran mengenai
sesuatu perkara.
• Mengurus penyelidikan saintifik untuk
menyelesai masalah dan menguji
hipotesis
• Membina atau merekacipta produk yang
baru
11. 11
APAKAH
PENYELIDIKAN?
Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah
tertentu yang logik susunannya. Langkah ini ialah:
1. Memahami masalah yang hendak dikaji dan
mengenalpasti bidang pengetahuan yang berkaitan
2. Membuat sorotan kajian untuk memahami cara orang lain
mendekati atau menguruskan masalah tersebut
3. Mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya
dapat mencapai keputusan yang sah
4. Menganalisis data sesuai dengan masalah yang dikaji
5. Membuat kesimpulan dan generalisasi
12. 12
Kenapa kita melakukan
penyelidikan?
Mendapatkan ijazah
Sebagai cabaran dalam menyelesaikan masalah yang tidak
dapat diselesaikan (masalah yang kompleks)
Mendapatkan kepuasan intelektual
Mendapatkan produk yang baru
Keinginan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat
Mendapat pengiktirafan (kehormatan)
Untuk memperbaiki kehidupan sejagat
TERPAKSA!!!!
13. 13
PENYELIDIKAN BERKUALITI
TINGGI
• Ia adalah berasaskan kepada kerja orang lain
• Ia boleh direplikasi (duplicated)
• Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain
• Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang
logik dan terikat dengan teori
• Ia mampu untuk dilaksanakan!!!
• Ia menjana soalan baru
14. 14
PENYELIDIKAN YANG BURUK
• Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai.
• Plagiat kerja orang lain
• Memalsukan data untuk membuktikan
sesuatu.
• Maklumat disalahkan dan membawa
pembaca kepada maklumat yang
disalahertikan.
15. 15
Soalan yang perlu ditanya (5w)
What APA penyelidikan anda?
Why KENAPA anda mahu membuat penyelidikan ini?
Who SIAPAKAH yang terlibat?
Where DIMANA anda akan melaksanakan penyelidikan?
When BILA anda akan melaksankan penyelidikan?
16. 16
PROSES PENYELIDIKAN
Mengenalpasti masalah
Sorotan/ Kajian literatur
Pembentukan masalah
Merekabentuk kajian
Pengumpulan data
Pemprosesan data
Interpretasi data
Penulisan laporan
18. 18
ABSTRAK
Abstrak ialah satu rumusan ringkas
kepada perkara yang termasuk
dalam laporan/tesis/disertasi/artikel.
Abstrak amat membantu kerana ia
pendek dan memasukkan idea
utama penyelidikan
19. 19
ABSTRAK
Abstrak
Tujuan penyelidikan
Bagaimana penyelidik mengkaji fenomena
Apakah keputusan utama yang diperolehi
20. 20
SOROTAN LITERATUR
Sorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang
telah diterbitkan atas topik yang tertentu
Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal,
monograf, buku akademik, dan laporan
penyelidikan
Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari
daripada pengalaman orang lain, di samping
memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh
penyelidik yang terdahulu daripadanya.
21. 21
SOROTAN LITERATUR
Kemajuan akan dicapai dengan membaiki cara
orang-orang terdahulu daripada kita
Dalam sorotan ini, harus keutamaan harus
diberikan kepada karya-karya yang dibuat di
kawasan yang sama dahulu, atas tajuk yang
sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada,
selepas itu bolehlah dibuat sorotan terhadap
karya-karya di luas kawasan, dalam negara
yang sama.
Jika tidak ada, boleh digunakan karya-karya
dari luar negeri
22. 22
PERANAN KAJIAN
LITERATUR
Menjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui dan apa yang
beli diketahui berkenaan topik yang dipilih
Memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau
masalah yang dikaji
Menjelaskan/mendefinasi istilah-istilah yang digunakan dalam
kajian
Memahami penemuan-penemuan awal yang kadangkala
bercangkah
Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang
sesuai
Menjadi asas atau batu tanda untuk perbandingan penemuan
23. 23
CIRI-CIRI SOROTAN
LITERATUR YANG BAIK
1. Lengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang
anda hendak kaji dalam kajian anda.
2. Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutakhir
tentang topik yang sama
3. Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat
berdasarkan angkubah yang pernah digunakan
oleh pengaji terdahulu, bukan mengikuti
pengarang demi pengarang.
24. 24
samb. CIRI-CIRI
SOROTAN LITERATUR
YANG BAIK
4. Kritis: aspek ini sudah disentuh sebentar
tadi
5. Pemilihan: pilihlah artikel-artikel yang
betul-betul relevan dengan topik anda.
25. 25
MASALAH
PENYELIDIKAN
Situasi yang tidak dapat diselesaikan
dan memerlukan penyelidikan untuk
menyelesaikannya.
Masalah yang menyebabkan seseorang
pengkaji ingin melakukan kajian
Masalah yang hendak dikaji
saharusnya jitu, konkrit dan tidak direka
26. 26
SUMBER-SUMBER
MASALAH
Media cetak dan elektronik
Journal, buku yang berkaitan dengan tajuk
penyelidikan
Pemerhatian terhadap persekitaran yang
penyelidik lalui
Melalui konsep, teori, elemen yang ingin dikaji
Sumber masalah diperolehi drpd penyelidik
berdasarkan pengalamannya
Pengalaman individu lain
Perbincangan antara individu atau kumpulan
27. 27
Pertimbangan dalam
memilih masalah kajian
Adakah kajian tersebut berada di dalam limitasi atau
masa yg sesuai untuk diselesaikan?
Adakah penyelidik mempunyai minat dalam
menjalankan kajian tersebut?
Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai
nilai teoritikal yang mampu untuk mengembangkan
sesuatu model, elemen atau cadangan yang terkini?
Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai
nilai praktis yang mampu untuk digunakan oleh
pengguna lain?
Adakah di dalam menjalankan kajian tersebut, bahan-
bahan untuk rujukan boleh digunakan dan senang
diperolehi?
28. 28
Kriteria Pembentukan
Masalah Penyelidikan
Penyelidikan mampu menambahkan pengetahuan
Penyelidikan mampu
membentuk/mengembangkan kpd masalah baru
dan penyelesaian
Permasalahan kajian tersebut boleh dikaji
Sesuai dengan seorang penyelidik
Berkaitan dengan masalah terkini
Dilakukan dengan etika yg sempurna
29. 29
Makna Pernyataan Masalah
Hubungan yang jelas dengan pemboleh
ubah
Menerangkan dengan jelas perkara yg
kurang jelas, kabur atau abstrak
Boleh diuji setiap pemboleh ubah
30. 30
HIPOTESIS
Satu ramalan terhadap kemungkinan
dapatan di dalam penyelidikan
Dibentuk selepas objektif wujud
31. 31
Ciri-ciri hipotesis
Menduga hubungan antara 2 atau lebih pemboleh ubah
Dinyatakan secara logik, jelas dan terang
Berupaya untuk diuji sama ada hipotesi itu ditolak atau
disahkan
Bersifat khusus bukan umum
Berbentuk khusus agar berupaya menjadi panduan
Tidak mempunyai pertimbangan nilai, moral atau etika
Secara konsepsi sahaja
Ada hubungan dengan teori yang ingin dikaji
Spesifik
33. 33
1. Penyelidikan Asas
(basic research)
Kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu
kajian ke atas fenomena atau isu/situasi sebelum
menjalankan kajian yang selanjutnya
Biasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori
dalam tingkah laku sosial, menguji sama ada sesuatu
teori berkenaan masih boleh digunakan dalam keadaan
semasa atau memerlukan penambahbaikan supaya
mengikut keadaan semasa.
Mempunyai orientasi yang lebih umum
Menambah pengetahuan kepada yang sedia ada dalam
disiplin tersebut
34. 34
Contoh penyelidikan asas
Menjalankan eksperimen berkaitan: pembelajaran
dalam persekitaran makmal
Tujuan eksperimen itu ialah untuk menyumbang
kepada pengetahuan berkenaan cara
pembelajaran berlaku
Eksperimen tersebut boleh memfokus kepada satu
atau beberapa faktor yang terhad berkaitan
pembelajaran seperti perbezaan yang
berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran
dipersembahkan melalui gambar rajah atau lisan
35. 35
2. Penyelidikan Gunaan
(applied research)
Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh
penyelidik sebelumnya atau kajian sebelum ini
Difokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia, soalan
praktikal untuk memberi penyelesaian segera yang relatif.
Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang
strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan
Untuk mengenalpasti impak sesuatu fenomena atau teori ke
atas sesuatu isu
Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh
masalah semasa yang menjadi perhatian pembuat polisi
36. 36
Contoh penyelidikan gunaan
Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah
rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti
kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan
beberapa program bacaan yang ada.
Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa
kurikulum atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin
dengan masalah memilih program bacaan atau bahan
yang hendak dibeli.
Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting
untuk membuat keputusan pembelian bahan tersebut.
38. 38
Penyelidikan Penilaian
Dibahagikan kepada dua jenis bergantung
kepada tujuan penilaian.
Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk
mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai
bagaimana program itu boleh dibaiki, ia
dipanggil penilaian formatif.
Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah
kepada penilaian (judgment) mengenai sama ada
program itu efektif dan adakah ia patut
diteruskan ia dipanggil penilaian sumatif.
40. 40
Penyelidikan Tindakan difokuskan
kepada penyelesaian masalah yang
spesifik dihadapi oleh pengamal lokal
(local practitioners)
Ini adalah jenis penyelidikan gunaan
Penyelidikan Tindakan
48. 48
iv. Kajian Korelasi
Kajian korelasi menerangkan hubungkait atau
hubungan sedia ada antara pembolehubah
Penyelidik dapat menerangkan atau meramalkan
sesuatu fenomena
MAKSUDpenyelidikan yang cuba mencari
hubungkait atau perhubungan antara
pembolehubah dengan menggunakan kaedah
statistik kolerasi tanpa mencari sebab dan
penyebabnya
Ia juga menilai kekuatan dan arah hubungan atau
kaitan antara pembolehubah yang diselidik
49. 49
DEFINISI:
Kajian ke atas sesuatu sesuatu situasi dan individu
untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta
mendalam
PENGENALAN:
dijalankan dalam satu kawasan yang kecil,
melibatkan individu dalam kawasan berkenaan
sahaja
Contoh : kajian etnografi, kajian kes dan kajian
sejarah
PENYELIDIKAN KUALITATIF
50. 50
PENYELIDIKAN KUALITITATIF
Data dikutip melalui teknik pemerhatian,
temubual, penulisan diari dan analisis
dokumen
Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan
bagaimana”.
Penyelidikan ini menerangkan proses,
langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.
Data kajian kualitatif boleh membantu kajian
kuantitatif dengan memberi penjelasan
kepada hasil data penyelidikan kuantitatif
51. 51
PENYELIDIKAN KUALITITATIF
Data dikutip melalui teknik pemerhatian,
temubual, penulisan diari dan analisis
dokumen
Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan
bagaimana”.
Penyelidikan ini menerangkan proses,
langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.
Data kajian kualitatif boleh membantu kajian
kuantitatif dengan memberi penjelasan
kepada hasil data penyelidikan kuantitatif
53. 53
i. Kajian Etnografi
Merupakan kajian yang dijalankan oleh ahli
sosiologi dan antropologi dalam sesuatu
masyarakat / komuniti
Kajian deskriptif untuk mengenal pasti aspek :
Budaya
Tingkah laku
Corak interaksi sosial pemikiran
Cara hidup masyarakat
54. 54
i. Kajian Etnografi (samb.)
Dilaksanakan dalam jangka masa
yang panjang
Cara pengumpulan data :
Pemerhatian
Temu bual
Kajian dilakukan sehingga pola
kehidupan dapat ditentukan
dengan jelas
55. 55
ii. Kajian Kes
Kajian ini tertumpu kepada individu atau
kumpulan dalam sesebuah sekolah, 2 buah
sekolah atau 3 buah sekolah yang terletak
dalam sesebuah kawasan
Tujuan :
Menjawab persoalan kajian “bila”,
“bagaimana” dan “mengapa”
Fokus penghuraian yang holistik dan
menyeluruh
56. 56
ii. Kajian Kes (samb.)
Dapatan kajian kes memberikan penjelasan kepada
sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam
(Yin, 1994)
2 jenis kajian kes :
penerokaan (exploratory)
deskriptif (descriptive)
Contoh kajian kes:
kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah dan
pelajar yang cerdik dalam pembelajaran
57. 57
iii. Kajian Sejarah
Maklumat utama :
diperolehi daripada orang yang mengalami
situasi atau peristiwa tersebut
Maklumat sekunder :
diperolehi daripada kajian literatur dan orang
yang terdekat dengan orang yang
mengalami sendiri dan yang berada di
tempat kejadian
58. 58
iii. Kajian Sejarah (samb.)
Dokumen-dokumen berkaitan :
surat
artikel
minit mesyuarat
teks dalam majalah
rakaman video
kaset
foto
tayangan gambar dsb
59. 59
Kualitatif vs Kuantitatif
1. Tujuan/ Matlamat
Kuali: Untuk
memahami & mentafsir interaksi sosial .
Kuanti: Untuk menguji hipotesis, melihat
kesan dan akibat dan membuat ramalan
60. 60
Kualitatif vs Kuantitatif
2. Pendekatan
Kuali: Pendekatan yang subjektif kerana ia bertujuan
untuk memahami tingkah laku manusia dan sebab-
sebab yang mengawal tingkah laku itu
Kuanti: cenderung untuk mengekalkan objektif kajian
yang diasingkan daripada subjek atau perkara
61. 61
Kualitatif vs Kuantitatif
3. Kumpulan yang dikaji
Kuali: kecil dan tidak dipilih secara rawak
Kuanti: besar dan dipilih secara rawak
62. 62
Kualitatif vs Kuantitatif
4. Pembolehubah (variables)
Kuali: kajian secara menyeluruh dan bukannya
pembolehubah
Kuanti: pembolehubah spefisik sahaja dikaji
63. 63
Kualitatif vs Kuantitatif
5. Instrumen Pengumpulan Data
Kuali: temubual berstruktur dan tidak berstruktur, kumpulan fokus,
kandungan atau analisis dokumentari & peserta pemerhatian
Kuanti: penggunaan medium seperti borang soal selidik, kaji selidik dan
medium lain untuk mengumpul data numerik atau data yang boleh
diukur
65. 65
Kualitatif vs Kuantitatif
7. Hasil
Kuali: Penemuan tertentu atau khusus yang
kurang generalisasi
Kuanti: Hasil penemuan yang boleh diaplikasi
66. 66
Kualitatif vs Kuantitatif
8. Soalan yang ditanya
Kuali: Kenapa? Bagaimana? Dengan cara yang
bagaimana?
Kuanti: Berapa banyak? Berapa ramai? Seberapa
kerap? Sejauh manakah?