1. Dokumen ini membahasikan adab-adab membaca Al-Quran seperti ikhlas dalam niat, bersih dari hadas, membersihkan mulut, menghadap kiblat, dan berdoa setelah membaca.
1. a NAMA : SALIYAH BINTI MD SHAH NO.MATRIK : L20102006235
2. a ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN AL-QURAN MERUPAKAN SEBUAH KITAB YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH TAALA KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W UNTUK DI SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT MANUSIA.AL-QURAN MERUPAKAN MUKJIZAT YANG AGUNG KEPADA JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD S.A.W. ALLAH MEMERINTAHKAN MANUSIA SUPAYA MEMBACANYA SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH TAALA BERBUNYI :MAKSUDNYA “( Katakanlah wahai Muhammad):Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah)ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati,dan menguasai segala-galanya ,dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi daripada orang-orang islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadanya ).dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran .Olehitu sesiapa yang menurut petunjuk ( al-quran dengan beramal dengannya)maka faedah perbuatannya itu akan kembali kepada dirinya sendiri,dan sesiapa yang sesat ,maka katakanlah kepada mereka:”Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran” ( SURAH AN-NAML:91,92)
3. a ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN 1- IKHLASKAN NIAT HENDAKLAH MENGIKHLASKAN NIAT HANYA KERANA ALLAH SEMASA MEMBACA ,MEMPELAJARI,DAN MENGAJARKAN AL-QURAN.SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH TAALA MAKSUDNYA ” Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya ,lagi tetap teguh diatas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar ” (SURAH AL-BAYYINAH :5) Dari Hadith Nabi Muhammad S.A.W. “ sesungguhnya Allah ,tidak menerima sesuatu amalan kecualilah benar-benar ikhlas kerana Allah dan mengharapkan daripada amalannya hanya kerana Allah ” (RIWAYAT AN-NASIE)
4. a 2. SUCI DARIPADA HADAS BESAR DAN HADAS KECIL Memastikan diri seseorang itu berada dalam keadaan bersih daripada hadas kecil dan hadas besarketika membaca Al-Quran .Membaca Al-Quran ketika hadas kecil dibolehkan tanpa menyentuh Al-Quran.Hendaklah memastikan bahawa suci daripada haid dan nifas.Firman Allah taala yang berbunyi “ Maksudnya bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia,yang Sentiasa memberi ajaran dan pimpinan ,yang tersimpan didalam kitab yang cukup Terpelihara ,yang disentuh melainkan makhluk-makhluk yang diakui sah bersih suci: Al-Quran itu diturunkan dari Allah tuhan sekelian alam ” . (SURAH AL-WAQIAH:77-80)
5. a 3. BERSIHKAN MULUT Membersihkan mulut dengan kayu sugi atau seumpanya sebelum membaca Al-Quran kerana mulut merupakan tempat keluarnya bacaan seseorang. DARIPADA SAIDINA ALI BERKATA “ Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah tempat keluar atau jalan kepada bacaan Al-Quran ,maka elokkannya dengan bersiwak ” (RIWAYAT AL-BAZZAR) 4 . MENGHADAP KIBLAT Disunatkan kepada pembaca Al-Quran menghadap kiblat apabila memungkinkan ia melakukan perkara demikian.Ia merupakan sebaik-baik Majlis dengan menghadap kiblat.Diharuskan juga membaca Al-Quran dalam keadaan berdiri ,berjalan,diatas katil dan sebagainya.Ia akan memperoleh Balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukannya.
6. a 5. PERSEKITARAN YANG BERSIH Memastikan tempat dan pakaian berada dalam keadaan bersih ketika Membaca Al-Quran.Begitu juga, memperelok keadaan dan memakai wangian untuk bermunajat kepada Allah dengan membaca Al-Quran . 6. MEMULAKAN DENGAN BASMALAH Memulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. DARIPADA ABI HURAIRAH BERKATA : Rasullullah S.A.W bersabda : “ Setiap perkara yang tidak dimulai dengan Bismillah Maka ,ia terputus. (RIWAYAT ABU DAUD) 7. MEMPERELOKKAN SUARA DAN MEMBACA DENGAN TAJWID Sentiasa memperelok suara ketika membaca Al-Quran merupakan salah satu Adab-adab yang dituntut semasa mebaca Al-Quran dan memerhatikan hukum tajwid supaya tidak tersalah didalam pembacaan Al-Quran.Disitu pembaca dapat Menghayati setiap bacaan yang dibaca.
7. a 8. MENJAUHI PERKARA YANG MELEKAKAN Berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan segala perkara yang dapat Menghilangkan khusyuk seseorang ketika membaca Al-Quran atau Mendengarnya seperti ketawa,menguap,mematah matahkan jari, Bercakap tanpa hajat dan sebagainya. 9. BERDOA Membaca doa selepas daripada membaca Al-Quran dengan doa-doa Yang munasabah dengan ayat yang dibaca.Begitu juga hendaklah berdoa Ketika khatam Al-Quran kerana ia merupakan waktu yang mustajab Daripada Anas : Sesungguhnya apabila ia telah khatam Al-Quran ia akan mengumpulkan ahli Keluarganya yang berdoa ( Riwayat Abu Daud )