Sajak ini membandingkan kehidupan tiga kelompok masyarakat yang berbeza iaitu pengarah bank, petani dan nelayan. Walaupun pekerjaan dan keadaan hidup mereka berbeza, sajak ini menekankan bahawa setiap perbuatan baik atau jahat akan menerima balasan di akhirat kelak mengikut catatan Allah S.W.T.
2. Kecek
Seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
Tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain
Kedalam amanahnya yang telah lama pecah
Dikampung
Seorang petani
Membuka akaun kemiskinannya
Di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
Tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain
Kedalam getirnya yang sudah lama berumbi
Di pantai
Seorang nelayan
Membuka akaun sengsaranya
Di rahang laut ternganga
Dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusara
nasib
Tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain
Kedalam kegusarannya yang teklah sekian lama berlumut
di papan hidupnya
Tuhan tidak pernah mungkir
Memcatatkan setiap angka dan nulai hitungan paling
kecil
Kedalam akaun-Nya di rumah keadilan
3. Maksud sajak
Rangkap 1 : seorang pengarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank
terkemuka. Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan
hak milik orang lain untuk kepentingan diri .
Rangkap 2 : seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan
untuk membesarkan dua belas anaknya. Namun begitu, petani tersebut tiak
pernah mengharapkan belas ehsan daripada orang lain untuk meringankan
beban yang dipikulnya sekian lama
Rangkap 3 : seorang nelayan di kawasan pantai memcari rezeki di laut yang saban
hari bergantung pada nasib dan keadaan cuaca di laut . Namun begitu,
nelayan itu tidak pernah memointa simpati daripada orang lain kerana
keadaan cuaca di laut sudah sebati dengan jiwanya
Rangkap 4 : Tuhan sentiasa berpegang pada janjinya . Setiap inci perbuatan baik
atau jahat yang dilakukan oleh manusia akan di catat dan dihitung untuk di
adili di akhirat kelak
4. TEMA
* Sifat manusia yang berbeza dalam melakukan
sesuatu pekerjaan mempengaruhi kehidupan
seseorang.
5. Persoalan
• Kepayahan hidup kaum tani yang dilalui
dengan tabah
• Kegigihan kaum nelayan mencari rezeki yang
halal
• Setiap perbuatan baik dan buruk akan
menerima balasan daripada Allah S.W.T
• Kesenangan hidup yang diperoleh daripada
sumber rezeki yang tidak berkat
6. Unsur Bahasa
PERSONAFIKASI
• Di rahang laut ternganga
METAFORA
• Pagar sengsara
• Pusara nasib
ALITERASI
• tetapi dalam diam
• Tuhan tidak pernah mungkir
7. N I LA I
• Kejujuran
• Ketabahan
• Kegigihan
• Keadilan
8. PENGAJARAN
-Kita hendaklah sabar dalam menghadapi
dugaan
-Kita mestilah gigih berusaha demi memperoleh
rezeki yang halal
-Kita haruslah tabah menjalani kehidupan yang
penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan
-Kita hendaklah bersifat jujur dan a,anah dalam
melakukan setiap perkara