SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
1
Definisi Istilah
IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakan
Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam
Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta
Pendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau
Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan oleh
IPG.
IPG : Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan Program
Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam
Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta
Pendidikan 1996.
Senat : Senat Institut-institut Pendidikan Guru adalah badan
akademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6,
Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-institut
Pendidikan Guru) 2010.
PPG : Program Pensiswazahan Guru adalah kesinambungan
daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 yang dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) untuk Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah mengikuti
pengajian peringkat ijazah pertama secara Pendidikan
Jarak Jauh.
Internship : Satu latihan amali bertujuan mengaitkan pengalaman
amalan profesional perguruan pelajar yang terdahulu
dengan dapatan pengetahuan baharu untuk diaplikasi
dalam perkhidmatan pendidikan.
Penilai : Pensyarah IPG dan mentor yang dilantik oleh Pengarah
IPGK dan Pengarah JPN masing-masing untuk menilai
prestasi pelajar semasa Internship.
Mentor : Penolong Kanan/Ketua Panitia/Guru sekolah yang
berpengalaman dalam mata pelajaran sekolah dan
dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pengurus Sekolah : Pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan
Guru Penolong Kanan.
Pelajar : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah
(PPPBS) yang sedang mengikuti Program
Pensiswazahan Guru (PPG).
Murid : Murid sekolah tempat Internship dilaksanakan.
Bilik Darjah : Tempat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.
Sekolah : Institusi pendidikan tempat Internship dilaksanakan.
2
Pemantauan : Proses mengesan pelaksanaan Internship oleh ahli
JKIAPIPGK/JKIPIPGK.
Gagal : Markah kurang 50 % atau gagal mematuhi garis panduan
Internship.
Senarai Singkatan
IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia
IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus
JKIAPIPGK/ JKIPIPGK : Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut
Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Praktikum
Institut Pendidikan Guru Kampus
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
PPD : Pejabat Pendidikan Daerah
PPG : Program Pensiswazahan Guru
PPPBS : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah
SM : sekolah menengah
PdP : pengajaran dan pembelajaran
RPH : Rancangan Pengajaran Harian
RPI : Rancangan Pengajaran Individu
TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3
INTERNSHIP
1. KONSEP
Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang
guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini,
pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat
kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru
yang berinovasi.
2. OBJEKTIF
Melalui Internship, pelajar dapat:
i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab
yang diberikan.
iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti
sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.
v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak
program pendidikan semasa.
vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta
projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang
berterusan.
vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan
kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan.
4
3. PROSEDUR PELAKSANAAN
i. Tempoh
Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan
peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8.
ii. Penempatan Internship
Pelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah sahaja.
iii. Bilangan Waktu Mengajar
• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru
Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah
rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah.
• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah
rendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di
KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah
rendah.
iv. Mata Pelajaran
Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di
samping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship.
v. Taklimat Internship
Pelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh Unit
Praktikum IPGK.
vi. Portfolio
Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship (rujuk Lampiran 3).
.
4. PROJEK INTERNSHIP
i. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek
tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 – 30 minit (satu waktu)
ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
iii. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan
sendiri.
iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif,
strategi dan pelan tindakan projek inovasi.
5
v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan
projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu,
penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome,
aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.
vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 – 10 muka surat
(tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan
grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya)
mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan
(rujuk Lampiran 1).
vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship
berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah
diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu
selepas tamat Internship untuk dinilai.
5. PENETAPAN MENTOR/PENILAI DAN PENGURUS SEKOLAH YANG
MENGESAHKAN MARKAH PENILAIAN BAGI PELAJAR YANG MENGIKUTI
INTERNSHIP
i. Ketetapan mentor dan pengurus sekolah/tempat bertugas yang
mengesahkan markah penilaian bagi pelajar yang mengikuti Internship
adalah seperti berikut :-
Kategori Pelajar Mentor/Penilai
Pengurus
Sekolah/Tempat
Bertugas Yang
Mengesahkan Markah
Penilaian
Guru
Penolong Kanan/Ketua Panitia
ATAU
Guru yang berpengalaman
sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
dalam mata pelajaran major yang
diajar di sekolah di tempat pelajar
menjalani Internship.
DAN
Pensyarah IPGK
Guru Besar &
Ketua Jabatan
Ketua Panitia Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK
Guru Besar &
Ketua Jabatan
Penolong Kanan Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK
Guru Besar &
Ketua Jabatan
Guru Besar Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK
Guru Kanan &
Ketua Jabatan
PPPBS yang
bertugas di
Bahagian-bahagian
di KPM/JPN/PPD/SM
Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK
Guru Besar &
Ketua Jabatan
Jadual 1: Penetapan Mentor/Penilai Dan Pengurus Sekolah Yang Mengesahkan
Markah Penilaian Bagi Pelajar Yang Mengikuti Internship
6
6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
(i) Pelajar
a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.
b) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif
Internship.
c) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di
Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM):
i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakan
Internship
ii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolah
berkenaan
d) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan
sebelum menjalani Internship.
e) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk
mencapai persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akan
dilaksanakan.
f) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah,
guru/pegawai dan staf sokongan.
g) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika
Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan
sekolah.
h) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran
sekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar
kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di
KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk
sesi persekolahan dalam seminggu.
i) Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas.
j) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada Unit
Praktikum IPGK.
k) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara
individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan mata
pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam
masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak
memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan
terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan.
Contoh Projek Inovasi dalam PdP:
i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang
Pendidikan Islam)
ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)
iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)
7
l) Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek
inovasi tersebut berdurasi selama 20 hingga 30 minit (1 waktu) dalam
bentuk cakera padat (CD) beserta RPH. Pelajar perlu membuat dua
salinan rakaman video tersebut di mana satu salinan masing-masing
untuk diserahkan kepada mentor dan Unit Praktikum IPG untuk proses
penilaian dalam tempoh satu minggu selepas tamat Internship.
(Pelajar juga dinasihatkan membuat 1 salinan rakaman dalam fail
peribadi)
m) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi
antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada
mentor/penilai
n) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi pada
setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang
ditetapkan. (rujuk Lampiran 2 dan 2a).
o) Menghantar portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik
pihak sekolah dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship.
Seterusnya portfolio internship yang telah dinilai oleh mentor perlu di
hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah
selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tamat Internship.
(ii) Pengurus Sekolah
a) Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah
pencapaian matlamat dan objektif Internship.
b) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.
c) Memastikan dan membantu pelajar melaksanakan tanggungjawab dan
tugasan yang dipersetuju bersama oleh pihak sekolah sepanjang
tempoh Internship.
d) Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua
Panitia/guru untuk dilantik oleh JPN bagi membimbing pelajar semasa
Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua
orang pelajar.
e) Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar
berpotensi gagal.
f) Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor.
g) Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada Unit
Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat
Internship. Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT.
h) Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal Internship
8
(iii) Mentor
a) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.
b) Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan projek
inovasi yang dijalankan.
c) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang
cemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik.
d) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan
dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa.
g) Menilai pelaksanaan projek inovasi pelajar semasa Internship dengan
menggunakan Borang PR5 dalam tempoh satu (1) minggu selepas
tamat Internship untuk disahkan oleh pengurus sekolah. Sila rujuk
Lampiran 4 dan Lampiran 4a.
(iv) Pensyarah
a) Menerima surat pelantikan sebagai penilai daripada Pengarah IPGK.
b) Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum.
c) Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projek
inovasi pelajar dalam PdP.
d) Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada Unit
Praktikum.
(v) Unit Praktikum
a) Melaksanakan garis panduan Internship yang dikeluarkan oleh IPGM.
b) Menguruskan pelantikan mentor/pensyarah yang telah dicalonkan oleh
pengurus sekolah/Ketua Jabatan dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri/IPGK.
c) Merancang dan menguruskan dokumen berkaitan pelaksanaan
Internship.
d) Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan Internship kepada
pelajar.
e) Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen/rekod
Internship.
f) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Internship (jika ada) untuk
dibawa ke mesyuarat JKPIPGK/JKIAPIPGK.
g) Mengurus dan membentang keputusan Internship untuk disahkan oleh
JKPIPGK/JKIAPIPGK sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan
dan Penganugerahan Institut Pendidikan Guru.
9
(v) Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru
Kampus/Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan
Guru Kampus (JKIPIPGK/JKIAPIPGK)
a) Memastikan pelaksanaan garis panduan Internship dipatuhi.
b) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan
tempoh Internship, disiplin dan gagal serta mengambil tindakan
susulan yang sewajarnya.
c) Mengesahkan kehadiran dan keputusan Internship pelajar.
7. KEHADIRAN INTERNSHIP
a) Pelajar wajib hadir 100% kecuali dengan kebenaran Pengarah JPN/
Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar/
Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripada
jumlah hari internship adalah atas sebab-sebab berikut:
.
• Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.
• Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.
• Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.
(Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan
Awam – Bab Cuti)
• Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.
b) Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa
kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak jawatankuasa
tatatertib IPGK untuk tindakan seperti yang berikut:
Kehadiran
Internship
Tindakan
90 % ke atas
JKIPIPGK/JKIAPIPGK akan menentukan sama ada
pelajar perlu melengkapkan kehadiran Internship
atau tidak.
70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran Internship.
Kurang daripada
69.9%
Pelajar wajib mengulang keseluruhan Internship.
Jadual 2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran Internship Tanpa
Sebab Atau Tanpa Kebenaran dan Kurang Daripada 100%
10
8. PENANGGUHAN INTERNSHIP
a) Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepada
Rektor IPGM melalui Pengarah IPGK.
b) Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang
dibuat oleh Rektor IPGM.
c) Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh
pengajian.
d) Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan
sebelum boleh dianugerahkan ijazah.
e) Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh
penangguhan yang dimohon untuk meneruskan Internship.
f) Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali
dengan kelulusan Pengarah IPGK.
g) Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan Internship
kecuali dengan kebenaran Rektor IPGM.
9. PENILAIAN INTERNSHIP
a) Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship.
b) Penilaian pelajar dalam Internship melibatkan aspek-aspek perancangan,
pelaksanaan dan penilaian projek inovasi yang dijalankan, penulisan
refleksi.
c) Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) dan
Pensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan
4a).
d) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan oleh
Guru Besar.
e) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukan
oleh Ketua Jabatan di IPGK.
f) Wajaran bagi penilaian pelajar adalah seperti berikut:
Kategori Pelajar
Wajaran Penilaian
Sekolah IPG
PPPBS yang bertugas
sebagai guru di sekolah
rendah
50% 50%
PPPBS (Guru Besar,
Penolong Kanan, pegawai
bertugas Bahagian-
bahagian di KPM/ JPN/
PPD/SM
50% 50%
Jadual 3: Wajaran Penilaian Internship
11
g) Komponen Penilaian Internship adalah seperti berikut :-
Jadual 4: Komponen Penilaian Internship
10. SYARAT LULUS ATAU GAGAL INTERNSHIP
a) Syarat penentuan keputusan
Prestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yang
ditetapkan dalam syarat dan peraturan sistem peperiksaan, penilaian dan
penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat.
b) Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-
• Kehadiran 100 %.
• Lulus dalam penilaian Internship (rujuk PR5)
• Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan
disabitkan kesalahan.
c) Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-
• Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat
penentuan lulus.
d) Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK.
e) Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.
Aspek Penilaian Rujukan Markah
A. Perancangan Projek
Inovasi
Portfolio Internship/RPH 20%
B. Pelaksanaan Projek
Inovasi
Portfolio Internship/RPH
dan
rakaman video projek
inovasi dalam PdP.
30%
C. Penilaian Projek Inovasi 30%
D. Penulisan Refleksi Portfolio Internship 20%
JUMLAH 100%
12
LAMPIRAN
13
LAMPIRAN 1
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
(Laporan antara 8 – 10 muka surat)
NAMA PELAJAR : ………………………………………………………………………
NO. KAD PENGENALAN : ………………………………………………………………………
PROGRAM :………………………………………………………………………
NAMA SEKOLAH :………………………………………………………………………
NAMA PROJEK :………………………………………………………………………
TEMPOH PELAKSANAAN :………………………………………………………………………
1. OBJEKTIF
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………...
…...………………………………………………………………………………………………
2. STRATEGI PELAKSANAAN
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
3. REFLEKSI
a) Kekuatan Projek:
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
b) Kelemahan Projek:
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………..
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
5. KESIMPULAN
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
14
LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokus:
2. Analisis isu / perkara yang difokus:
2.1 Kekuatan:
2.2 Kelemahan:
3. Cadangan penambahbaikan:
(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)
15
LAMPIRAN 2a
PENULISAN REFLEKSI
1. Definisi Refleksi
• Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan
untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)
• Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman
pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat.
Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta –
pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
• Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul,
memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian
kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan
meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.
2. Tujuan Refleksi:
• Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang
dilaksanakan.
• Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambah baik dan
meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.
• Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti
dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.
• Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.
3. Ciri-Ciri Refleksi
• Bermula dengan mengingat kembali
• Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu
• Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)
• Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif
4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship
a) Satu proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh
pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan.
b) Antara panduan yang boleh diikuti ialah:-
i). Hendaklah dibuat selepas projek inovasi dalam PdP yang dijalankan oleh
PPPBS selesai dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang dicadangkan
adalah seperti berikut:
• Sejauh manakah objektif projek yang dirancang dan dilaksanakan
tercapai?
• Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?
• Jelaskan langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki
pelaksanaan aktiviti tersebut ?
• Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan
atau menambah baikkan pelaksanaan projek tersebut?
ii) Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di
Lampiran 2 dan 2a.
16
LAMPIRAN 3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ______________________________
SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIP PPG
Bahagian No. Perkara
Tandakan
(!)
A
Maklumat
Diri
A01 Biodata Pelajar
A02 Surat Pengenalan Diri
A03 Salinan Borang Kehadiran Internship
B
Maklumat
Projek
Inovasi
B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PdP
B02 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
B03 Menyediakan Laporan Projek Inovasi
B04 Cadangan Penambahbaikan
C
Amalan
Refleksi
C01 Catatan Refleksi Mingguan
D Lain-lain
D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PdP
D02
Rakaman video yang disimpan dalam cakera padat
(CD)
D03
17
LAMPIRAN 4
BORANG PR5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU: KAMPUS_______________________________
BORANG PENILAIAN INTERNSHIP
Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian Internship yang perlu dilengkapkan oleh
mentor/pensyarah dan pengurus sekolah.
Nama Pelajar : ____________________________________ No. K.P.: ______________________
Kursus : ________________________________ Ambilan : _____________________
Major : _________________________________ Elektif : _____________________
Nama Sekolah : ________________________________________________________________
RUMUSAN UNTUK INTERNSHIP
Petunjuk Tahap
Tahap 1 : Terdapat banyak kelemahan
Tahap 2 : Terdapat beberapa kelemahan
Tahap 3 : Pencapaian sederhana
Tahap 4 : Baik dalam banyak aspek
Tahap 5 : Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek
KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP
TAHAP 10% 20% 30%
1
2
3
4
5
0.0 - 1.9
2.0 - 3.9
4.0 - 6.4
6.5 - 7.9
8.0 - 10.0
0.0 - 3.9
4.0 - 7.9
8.0 - 12.9
13.0 - 15.9
16.0 - 20.0
0.0 - 5.9
6.0 - 11.9
12.0 - 19.4
19.5 - 23.9
24.0 - 30.0
18
BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)
Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan
Aspek Tahap Ulasan
A. PERANCANGAN PROJEK INOVASI PdP
(20 MARKAH)
1 2 3 4 5
- Objektif jelas dan sesuai
- Pelan tindakan disediakan
- Sasaran pelajar dinyatakan
- Inovasi sesuai dengan sasaran
Markah A =
__________
B. PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DALAM
PdP
(30 MARKAH)
1 2 3 4 5
- Mengikut kesesuaian jadual perancangan Markah B =
- Penglibatan aktif murid
- Impak kepada murid __________
C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP
(rujuk portfolio)
(30 MARKAH)
1 2 3 4 5
- Menyediakan laporan projek inovasi
- Cadangan penambahbaikan
- Laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Markah C =
__________
D. CATATAN REFLEKSI (rujuk portfolio)
(20 MARKAH) 1 2 3 4 5
- Isu/perkara difokus
- Analisis kekuatan/kelemahan
- Cadangan penambahbaikan Markah D =
- Rumusan
__________
Jumlah Keseluruhan Markah = (A + B + C + D) = _______%
RUMUSAN KESELURUHAN
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
Tandatangan Mentor/Pensyarah Tandatangan Pengurus Sekolah/Ketua
Jabatan
________________________________ _______________________________
(Nama: ) (Nama: )
Tarikh: _________________________ Tarikh: _________________________
19
LAMPIRAN 5a
PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)
1. Borang PR5 digunakan untuk membuat penilaian Internship.
2. Pengurus sekolah dan mentor perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan dan
penilaian pada borang PR5.
3. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat
rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar.
4. BORANG RUMUSAN PR5 INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR.
A. PERANCANGAN INOVASI DALAM PdP
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Perancangan tidak jelas,
tidak teratur, strategi
tidak sesuai, tidak ada
sumber rujukan,
persembahan sangat
lemah
Perancangan projek
inovasi kurang jelas,
kurang teratur, strategi
kurang sesuai, sumber
rujukan sangat terhad,
persembahan lemah
Perancangan projek
inovasi jelas, tetapi
kurang teratur, strategi
sesuai, sumber rujukan
terhad, persembahan
mengikut format
Perancangan projek
inovasi jelas dan teratur,
strategi sesuai, sumber
rujukan sesuai dengan
tajuk, persembahan
mengikut format
Perancangan projek
inovasi sangat jelas dan
teratur, strategi sesuai,
sumber rujukan pelbagai
dan sesuai dengan tajuk,
persembahan kreatif dan
mengikut format
B. PELAKSANAAN INOVASI DALAM PdP
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Penglibatan murid
tidak jelas, tidak teratur
dan tidak mengikut
jadual perancangan.
Projek inovasi tidak
memberi Impak kepada
murid
Penglibatan murid
kurang jelas, kurang
teratur dan kurang
mengikut jadual
perancangan.
Projek inovasi kurang
memberi Impak kepada
murid
Penglibatan murid
jelas, tetapi kurang
teratur dan kurang
mengikut jadual
perancangan.
Projek inovasi kurang
memberi Impak kepada
murid
Penglibatan murid
jelas, teratur dan
mengikut jadual
perancangan.
Projek inovasi jelas
memberi Impak kepada
murid
Penglibatan murid
sangat jelas, sangat
teratur dan mengikut
jadual perancangan.
Projek inovasi sangat
jelas memberi Impak
kepada murid
C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Tidak jelas dan tidak
teratur dalam
menyediakan laporan
projek inovasi
Tidak jelas dan tidak
teratur dalam
menyediakan cadangan
penambahbaikan dan
laporan akhir
pelaksanaan projek
inovasi
Kurang jelas dan kurang
teratur dalam
menyediakan laporan
projek inovasi
Kurang jelas dan kurang
teratur dalam
menyediakan cadangan
penambahbaikan dan
laporan akhir
pelaksanaan projek
inovasi
Jelas tetapi kurang
teratur dalam
menyediakan laporan
projek inovasi
Jelas tetapi kurang
teratur dalam
menyediakan cadangan
penambahbaikan dan
laporan akhir
pelaksanaan projek
inovasi
Jelas dan teratur dalam
menyediakan laporan
projek inovasi
Jelas dan teratur dalam
menyediakan cadangan
penambahbaikan dan
laporan akhir
pelaksanaan projek
inovasi
Sangat jelas dan sangat
teratur dalam
menyediakan laporan
projek inovasi
Sangat jelas dan sangat
teratur dalam
menyediakan cadangan
penambahbaikan dan
laporan akhir
pelaksanaan projek
inovasi
20
D. CATATAN REFLEKSI
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Kurang berusaha untuk
menilai diri
Tidak dapat
menghubungkaitkan
sebab dan akibat tentang
tindakan yang telah
diambil.
Tidak menunjukkan
usaha untuk
menghubung kait dalam
merancang dan
membuat tindakan
susulan.
Ada usaha untuk menilai
kekuatan dan kelemahan
diri.
Kurang dapat
menghubungkaitkan
sebab dan akibat tentang
tindakan yang telah
diambil.
Kurang mengaitkan
situasi dan pengalaman
untuk membuat inferens.
Sentiasa berusaha
menilai kekuatan dan
kelemahan diri.
Dapat
menghubungkaitkan
sebab dan akibat yang
telah diambil.
Dapat mengaitkan situasi
dan pengalaman untuk
membuat inferens.
Berjaya menilai kekuatan
dan kelemahan diri.
Berjaya
menghubungkaitkan
sebab dan akibat tentang
tindakan yang diambil
Berjaya mengaitkan
sebab dan akibat untuk
membuat inferens.
Berjaya meramal kesan
sesuatu tindakan dan
bertindak berlandaskan
bukti, seterusnya
merancang langkah
susulan.
Sangat berjaya menilai
kekuatan dan kelemahan
diri.
Sangat berjaya
menghubungkaitkan
sebab dan akibat tentang
tindakan yang diambil
Sangat berjaya
mengaitkan sebab dan
akibat untuk membuat
inferens.
Sangat berjaya meramal
kesan sesuatu tindakan
dan bertindak
berlandaskan bukti,
seterusnya merancang
langkah susulan.
21
AHLI PANEL PENGGUBAL:
Dr. Mohd. Nordin bin Abu Bakar
Pusat Pembangunan Akademik
Institut Pendidikan Guru Malaysia
En. Muhammad bin Ibrahim
Pusat Pembangunan Akademik
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Tn. Hj. Aleas bin Hj. Md. Isa
Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas
Tn. Syed Hamid bin Syed Alwi
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Islam
En. Ahmad Tarmizi bin Salleh
Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Islam
Tn. Hj. Azhar bin Hashim
Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik
En. Johari bin Joned
Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu
Pn. Hjh. Hasnah bt. Razali
Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa
Dr. Syed Ismail bin Syed Mustafa
Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas
En. Mohd. Izan bin Yusop
Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar

More Related Content

What's hot

Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)Ida's Mustafa
 
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Mokhzani Fadir
 
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksionalPanduan pelaksanaan melindungi masa instruksional
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksionaleducation.au limited
 
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanTips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanMokhzani Fadir
 
Taklimat Guru Cemerlang
Taklimat Guru CemerlangTaklimat Guru Cemerlang
Taklimat Guru CemerlangAzmi Sulaiman
 
Pelan taktikal fizik ting4
Pelan taktikal fizik ting4Pelan taktikal fizik ting4
Pelan taktikal fizik ting4azlinadanjasrul
 
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016Cikgu Hayati
 
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuKetetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuAbu Bakar Sani
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Pelan strategik tkrs 2018
Pelan strategik tkrs 2018Pelan strategik tkrs 2018
Pelan strategik tkrs 2018sufian sulaiman
 
Pelan strategik bm bi 2016(1)
Pelan strategik bm bi 2016(1)Pelan strategik bm bi 2016(1)
Pelan strategik bm bi 2016(1)Suzanne Chang
 
Perancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contohPerancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contohLina Gan
 
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpkSuparman Suparman
 
23. pelan strategik ub pengakap 2015 (1)
23. pelan strategik ub pengakap 2015 (1)23. pelan strategik ub pengakap 2015 (1)
23. pelan strategik ub pengakap 2015 (1)mohd azuwan
 
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpitFizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpithazwani odeyh
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpkabd rahim yassin
 

What's hot (20)

Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
 
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
 
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksionalPanduan pelaksanaan melindungi masa instruksional
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional
 
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanTips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
 
Taklimat Guru Cemerlang
Taklimat Guru CemerlangTaklimat Guru Cemerlang
Taklimat Guru Cemerlang
 
Pelan taktikal fizik ting4
Pelan taktikal fizik ting4Pelan taktikal fizik ting4
Pelan taktikal fizik ting4
 
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
Pelan strategik tkrs sktpsp 2014 2016
 
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuKetetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
 
Fail meja pk
Fail meja pkFail meja pk
Fail meja pk
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Pelan strategik tkrs 2018
Pelan strategik tkrs 2018Pelan strategik tkrs 2018
Pelan strategik tkrs 2018
 
Pelan strategik bm bi 2016(1)
Pelan strategik bm bi 2016(1)Pelan strategik bm bi 2016(1)
Pelan strategik bm bi 2016(1)
 
Perancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contohPerancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contoh
 
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
 
23. pelan strategik ub pengakap 2015 (1)
23. pelan strategik ub pengakap 2015 (1)23. pelan strategik ub pengakap 2015 (1)
23. pelan strategik ub pengakap 2015 (1)
 
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpitFizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
 
96173283 taklimat-plc
96173283 taklimat-plc96173283 taklimat-plc
96173283 taklimat-plc
 
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
9442955 cth-perancangan-strategik-pjpk
 
Fail meja
Fail mejaFail meja
Fail meja
 

Similar to Garis panduanppg

P E N G U R U S A N P E N G A J A R A N D A N P E M B E L A J A R A N
P E N G U R U S A N  P E N G A J A R A N  D A N  P E M B E L A J A R A NP E N G U R U S A N  P E N G A J A R A N  D A N  P E M B E L A J A R A N
P E N G U R U S A N P E N G A J A R A N D A N P E M B E L A J A R A NFa Mah
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPauling Chia
 
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasan
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasanKursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasan
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasanPuworkUtara OnSlideshare
 
Pelan Strategik Persatuan Bahasa Melayu
Pelan Strategik Persatuan Bahasa MelayuPelan Strategik Persatuan Bahasa Melayu
Pelan Strategik Persatuan Bahasa MelayuAidil Sahipaludin
 
Pelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bmPelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bmRAHMAT ABD RAHIM
 
Projek inovasi skcj2015
Projek inovasi skcj2015Projek inovasi skcj2015
Projek inovasi skcj2015khafizul
 
Table3 sjh3073 12.1.2015
Table3 sjh3073  12.1.2015Table3 sjh3073  12.1.2015
Table3 sjh3073 12.1.2015nursarina
 
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson StudyKomuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson StudyMokhzani Fadir
 
Fh jlpz etxialxk7ngri2iogk3s4aqpclocmjic4n4chmmiistofptqhkqvg33kpm
Fh jlpz etxialxk7ngri2iogk3s4aqpclocmjic4n4chmmiistofptqhkqvg33kpmFh jlpz etxialxk7ngri2iogk3s4aqpclocmjic4n4chmmiistofptqhkqvg33kpm
Fh jlpz etxialxk7ngri2iogk3s4aqpclocmjic4n4chmmiistofptqhkqvg33kpmBibi Nahida
 
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Mokhzani Fadir
 
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)Mim Hamdan
 
Apakah itu pembelajaran berasaskan projek
Apakah itu pembelajaran berasaskan projekApakah itu pembelajaran berasaskan projek
Apakah itu pembelajaran berasaskan projekSiti Salmiah Omarali
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekmfadzil1969
 

Similar to Garis panduanppg (20)

6d pbs
6d pbs6d pbs
6d pbs
 
5_6255962089618146497.pptx
5_6255962089618146497.pptx5_6255962089618146497.pptx
5_6255962089618146497.pptx
 
P E N G U R U S A N P E N G A J A R A N D A N P E M B E L A J A R A N
P E N G U R U S A N  P E N G A J A R A N  D A N  P E M B E L A J A R A NP E N G U R U S A N  P E N G A J A R A N  D A N  P E M B E L A J A R A N
P E N G U R U S A N P E N G A J A R A N D A N P E M B E L A J A R A N
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
 
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasan
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasanKursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasan
Kursus i think dalam talian (ki dt)2014 - taklimat peluasan
 
Pelan Strategik Persatuan Bahasa Melayu
Pelan Strategik Persatuan Bahasa MelayuPelan Strategik Persatuan Bahasa Melayu
Pelan Strategik Persatuan Bahasa Melayu
 
Pelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bmPelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bm
 
Pelan operasi
Pelan operasiPelan operasi
Pelan operasi
 
Projek inovasi skcj2015
Projek inovasi skcj2015Projek inovasi skcj2015
Projek inovasi skcj2015
 
Soalan lazim KSSR TMK
Soalan lazim KSSR TMKSoalan lazim KSSR TMK
Soalan lazim KSSR TMK
 
Soalan lazim kssr tmk
Soalan lazim kssr tmkSoalan lazim kssr tmk
Soalan lazim kssr tmk
 
Table3 sjh3073 12.1.2015
Table3 sjh3073  12.1.2015Table3 sjh3073  12.1.2015
Table3 sjh3073 12.1.2015
 
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson StudyKomuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
 
Fh jlpz etxialxk7ngri2iogk3s4aqpclocmjic4n4chmmiistofptqhkqvg33kpm
Fh jlpz etxialxk7ngri2iogk3s4aqpclocmjic4n4chmmiistofptqhkqvg33kpmFh jlpz etxialxk7ngri2iogk3s4aqpclocmjic4n4chmmiistofptqhkqvg33kpm
Fh jlpz etxialxk7ngri2iogk3s4aqpclocmjic4n4chmmiistofptqhkqvg33kpm
 
Garis panduan pbd
Garis panduan pbdGaris panduan pbd
Garis panduan pbd
 
Manual PdPR versi 2
Manual PdPR versi 2Manual PdPR versi 2
Manual PdPR versi 2
 
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
 
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
 
Apakah itu pembelajaran berasaskan projek
Apakah itu pembelajaran berasaskan projekApakah itu pembelajaran berasaskan projek
Apakah itu pembelajaran berasaskan projek
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
 

Recently uploaded

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Recently uploaded (14)

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Garis panduanppg

  • 1. 1 Definisi Istilah IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan oleh IPG. IPG : Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. Senat : Senat Institut-institut Pendidikan Guru adalah badan akademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6, Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-institut Pendidikan Guru) 2010. PPG : Program Pensiswazahan Guru adalah kesinambungan daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama secara Pendidikan Jarak Jauh. Internship : Satu latihan amali bertujuan mengaitkan pengalaman amalan profesional perguruan pelajar yang terdahulu dengan dapatan pengetahuan baharu untuk diaplikasi dalam perkhidmatan pendidikan. Penilai : Pensyarah IPG dan mentor yang dilantik oleh Pengarah IPGK dan Pengarah JPN masing-masing untuk menilai prestasi pelajar semasa Internship. Mentor : Penolong Kanan/Ketua Panitia/Guru sekolah yang berpengalaman dalam mata pelajaran sekolah dan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pengurus Sekolah : Pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. Pelajar : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG). Murid : Murid sekolah tempat Internship dilaksanakan. Bilik Darjah : Tempat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal. Sekolah : Institusi pendidikan tempat Internship dilaksanakan.
  • 2. 2 Pemantauan : Proses mengesan pelaksanaan Internship oleh ahli JKIAPIPGK/JKIPIPGK. Gagal : Markah kurang 50 % atau gagal mematuhi garis panduan Internship. Senarai Singkatan IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus JKIAPIPGK/ JKIPIPGK : Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus JPN : Jabatan Pendidikan Negeri PPD : Pejabat Pendidikan Daerah PPG : Program Pensiswazahan Guru PPPBS : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah SM : sekolah menengah PdP : pengajaran dan pembelajaran RPH : Rancangan Pengajaran Harian RPI : Rancangan Pengajaran Individu TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • 3. 3 INTERNSHIP 1. KONSEP Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi. 2. OBJEKTIF Melalui Internship, pelajar dapat: i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan. iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi. v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa. vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan. vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.
  • 4. 4 3. PROSEDUR PELAKSANAAN i. Tempoh Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8. ii. Penempatan Internship Pelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah sahaja. iii. Bilangan Waktu Mengajar • Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah. • Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah rendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah rendah. iv. Mata Pelajaran Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di samping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship. v. Taklimat Internship Pelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK. vi. Portfolio Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship (rujuk Lampiran 3). . 4. PROJEK INTERNSHIP i. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 – 30 minit (satu waktu) ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. iii. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan sendiri. iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif, strategi dan pelan tindakan projek inovasi.
  • 5. 5 v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome, aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi. vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 – 10 muka surat (tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya) mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan (rujuk Lampiran 1). vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu selepas tamat Internship untuk dinilai. 5. PENETAPAN MENTOR/PENILAI DAN PENGURUS SEKOLAH YANG MENGESAHKAN MARKAH PENILAIAN BAGI PELAJAR YANG MENGIKUTI INTERNSHIP i. Ketetapan mentor dan pengurus sekolah/tempat bertugas yang mengesahkan markah penilaian bagi pelajar yang mengikuti Internship adalah seperti berikut :- Kategori Pelajar Mentor/Penilai Pengurus Sekolah/Tempat Bertugas Yang Mengesahkan Markah Penilaian Guru Penolong Kanan/Ketua Panitia ATAU Guru yang berpengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam mata pelajaran major yang diajar di sekolah di tempat pelajar menjalani Internship. DAN Pensyarah IPGK Guru Besar & Ketua Jabatan Ketua Panitia Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar & Ketua Jabatan Penolong Kanan Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar & Ketua Jabatan Guru Besar Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Kanan & Ketua Jabatan PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK Guru Besar & Ketua Jabatan Jadual 1: Penetapan Mentor/Penilai Dan Pengurus Sekolah Yang Mengesahkan Markah Penilaian Bagi Pelajar Yang Mengikuti Internship
  • 6. 6 6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB (i) Pelajar a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK. b) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif Internship. c) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM): i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakan Internship ii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolah berkenaan d) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan sebelum menjalani Internship. e) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk mencapai persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akan dilaksanakan. f) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru/pegawai dan staf sokongan. g) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan sekolah. h) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk sesi persekolahan dalam seminggu. i) Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas. j) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada Unit Praktikum IPGK. k) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan. Contoh Projek Inovasi dalam PdP: i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang Pendidikan Islam) ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik) iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)
  • 7. 7 l) Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek inovasi tersebut berdurasi selama 20 hingga 30 minit (1 waktu) dalam bentuk cakera padat (CD) beserta RPH. Pelajar perlu membuat dua salinan rakaman video tersebut di mana satu salinan masing-masing untuk diserahkan kepada mentor dan Unit Praktikum IPG untuk proses penilaian dalam tempoh satu minggu selepas tamat Internship. (Pelajar juga dinasihatkan membuat 1 salinan rakaman dalam fail peribadi) m) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada mentor/penilai n) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi pada setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang ditetapkan. (rujuk Lampiran 2 dan 2a). o) Menghantar portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik pihak sekolah dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship. Seterusnya portfolio internship yang telah dinilai oleh mentor perlu di hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tamat Internship. (ii) Pengurus Sekolah a) Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah pencapaian matlamat dan objektif Internship. b) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK. c) Memastikan dan membantu pelajar melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang dipersetuju bersama oleh pihak sekolah sepanjang tempoh Internship. d) Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru untuk dilantik oleh JPN bagi membimbing pelajar semasa Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua orang pelajar. e) Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar berpotensi gagal. f) Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor. g) Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada Unit Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship. Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT. h) Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal Internship
  • 8. 8 (iii) Mentor a) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK. b) Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan projek inovasi yang dijalankan. c) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik. d) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. g) Menilai pelaksanaan projek inovasi pelajar semasa Internship dengan menggunakan Borang PR5 dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship untuk disahkan oleh pengurus sekolah. Sila rujuk Lampiran 4 dan Lampiran 4a. (iv) Pensyarah a) Menerima surat pelantikan sebagai penilai daripada Pengarah IPGK. b) Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum. c) Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projek inovasi pelajar dalam PdP. d) Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada Unit Praktikum. (v) Unit Praktikum a) Melaksanakan garis panduan Internship yang dikeluarkan oleh IPGM. b) Menguruskan pelantikan mentor/pensyarah yang telah dicalonkan oleh pengurus sekolah/Ketua Jabatan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri/IPGK. c) Merancang dan menguruskan dokumen berkaitan pelaksanaan Internship. d) Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan Internship kepada pelajar. e) Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen/rekod Internship. f) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Internship (jika ada) untuk dibawa ke mesyuarat JKPIPGK/JKIAPIPGK. g) Mengurus dan membentang keputusan Internship untuk disahkan oleh JKPIPGK/JKIAPIPGK sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan dan Penganugerahan Institut Pendidikan Guru.
  • 9. 9 (v) Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru Kampus (JKIPIPGK/JKIAPIPGK) a) Memastikan pelaksanaan garis panduan Internship dipatuhi. b) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh Internship, disiplin dan gagal serta mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. c) Mengesahkan kehadiran dan keputusan Internship pelajar. 7. KEHADIRAN INTERNSHIP a) Pelajar wajib hadir 100% kecuali dengan kebenaran Pengarah JPN/ Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar/ Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari internship adalah atas sebab-sebab berikut: . • Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan. • Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah. • Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian. (Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Awam – Bab Cuti) • Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan. b) Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak jawatankuasa tatatertib IPGK untuk tindakan seperti yang berikut: Kehadiran Internship Tindakan 90 % ke atas JKIPIPGK/JKIAPIPGK akan menentukan sama ada pelajar perlu melengkapkan kehadiran Internship atau tidak. 70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran Internship. Kurang daripada 69.9% Pelajar wajib mengulang keseluruhan Internship. Jadual 2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran Internship Tanpa Sebab Atau Tanpa Kebenaran dan Kurang Daripada 100%
  • 10. 10 8. PENANGGUHAN INTERNSHIP a) Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepada Rektor IPGM melalui Pengarah IPGK. b) Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Rektor IPGM. c) Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh pengajian. d) Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan sebelum boleh dianugerahkan ijazah. e) Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh penangguhan yang dimohon untuk meneruskan Internship. f) Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali dengan kelulusan Pengarah IPGK. g) Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan Internship kecuali dengan kebenaran Rektor IPGM. 9. PENILAIAN INTERNSHIP a) Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship. b) Penilaian pelajar dalam Internship melibatkan aspek-aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian projek inovasi yang dijalankan, penulisan refleksi. c) Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) dan Pensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan 4a). d) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan oleh Guru Besar. e) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukan oleh Ketua Jabatan di IPGK. f) Wajaran bagi penilaian pelajar adalah seperti berikut: Kategori Pelajar Wajaran Penilaian Sekolah IPG PPPBS yang bertugas sebagai guru di sekolah rendah 50% 50% PPPBS (Guru Besar, Penolong Kanan, pegawai bertugas Bahagian- bahagian di KPM/ JPN/ PPD/SM 50% 50% Jadual 3: Wajaran Penilaian Internship
  • 11. 11 g) Komponen Penilaian Internship adalah seperti berikut :- Jadual 4: Komponen Penilaian Internship 10. SYARAT LULUS ATAU GAGAL INTERNSHIP a) Syarat penentuan keputusan Prestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yang ditetapkan dalam syarat dan peraturan sistem peperiksaan, penilaian dan penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat. b) Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:- • Kehadiran 100 %. • Lulus dalam penilaian Internship (rujuk PR5) • Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan. c) Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:- • Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat penentuan lulus. d) Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK. e) Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja. Aspek Penilaian Rujukan Markah A. Perancangan Projek Inovasi Portfolio Internship/RPH 20% B. Pelaksanaan Projek Inovasi Portfolio Internship/RPH dan rakaman video projek inovasi dalam PdP. 30% C. Penilaian Projek Inovasi 30% D. Penulisan Refleksi Portfolio Internship 20% JUMLAH 100%
  • 13. 13 LAMPIRAN 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8 – 10 muka surat) NAMA PELAJAR : ……………………………………………………………………… NO. KAD PENGENALAN : ……………………………………………………………………… PROGRAM :……………………………………………………………………… NAMA SEKOLAH :……………………………………………………………………… NAMA PROJEK :……………………………………………………………………… TEMPOH PELAKSANAAN :……………………………………………………………………… 1. OBJEKTIF ………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………………... …...……………………………………………………………………………………………… 2. STRATEGI PELAKSANAAN ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… 3. REFLEKSI a) Kekuatan Projek: ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… b) Kelemahan Projek: ………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………….. 4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… 5. KESIMPULAN ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………
  • 14. 14 LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokus: 2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: 2.2 Kelemahan: 3. Cadangan penambahbaikan: (sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)
  • 15. 15 LAMPIRAN 2a PENULISAN REFLEKSI 1. Definisi Refleksi • Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999) • Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik. • Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif. 2. Tujuan Refleksi: • Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan. • Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. • Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. • Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan. 3. Ciri-Ciri Refleksi • Bermula dengan mengingat kembali • Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu • Menentukan usaha secara sedar (conscious effort) • Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif 4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship a) Satu proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. b) Antara panduan yang boleh diikuti ialah:- i). Hendaklah dibuat selepas projek inovasi dalam PdP yang dijalankan oleh PPPBS selesai dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang dicadangkan adalah seperti berikut: • Sejauh manakah objektif projek yang dirancang dan dilaksanakan tercapai? • Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti? • Jelaskan langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ? • Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan projek tersebut? ii) Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 2 dan 2a.
  • 16. 16 LAMPIRAN 3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ______________________________ SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIP PPG Bahagian No. Perkara Tandakan (!) A Maklumat Diri A01 Biodata Pelajar A02 Surat Pengenalan Diri A03 Salinan Borang Kehadiran Internship B Maklumat Projek Inovasi B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PdP B02 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) B03 Menyediakan Laporan Projek Inovasi B04 Cadangan Penambahbaikan C Amalan Refleksi C01 Catatan Refleksi Mingguan D Lain-lain D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PdP D02 Rakaman video yang disimpan dalam cakera padat (CD) D03
  • 17. 17 LAMPIRAN 4 BORANG PR5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU: KAMPUS_______________________________ BORANG PENILAIAN INTERNSHIP Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian Internship yang perlu dilengkapkan oleh mentor/pensyarah dan pengurus sekolah. Nama Pelajar : ____________________________________ No. K.P.: ______________________ Kursus : ________________________________ Ambilan : _____________________ Major : _________________________________ Elektif : _____________________ Nama Sekolah : ________________________________________________________________ RUMUSAN UNTUK INTERNSHIP Petunjuk Tahap Tahap 1 : Terdapat banyak kelemahan Tahap 2 : Terdapat beberapa kelemahan Tahap 3 : Pencapaian sederhana Tahap 4 : Baik dalam banyak aspek Tahap 5 : Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP TAHAP 10% 20% 30% 1 2 3 4 5 0.0 - 1.9 2.0 - 3.9 4.0 - 6.4 6.5 - 7.9 8.0 - 10.0 0.0 - 3.9 4.0 - 7.9 8.0 - 12.9 13.0 - 15.9 16.0 - 20.0 0.0 - 5.9 6.0 - 11.9 12.0 - 19.4 19.5 - 23.9 24.0 - 30.0
  • 18. 18 BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5) Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan Aspek Tahap Ulasan A. PERANCANGAN PROJEK INOVASI PdP (20 MARKAH) 1 2 3 4 5 - Objektif jelas dan sesuai - Pelan tindakan disediakan - Sasaran pelajar dinyatakan - Inovasi sesuai dengan sasaran Markah A = __________ B. PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DALAM PdP (30 MARKAH) 1 2 3 4 5 - Mengikut kesesuaian jadual perancangan Markah B = - Penglibatan aktif murid - Impak kepada murid __________ C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP (rujuk portfolio) (30 MARKAH) 1 2 3 4 5 - Menyediakan laporan projek inovasi - Cadangan penambahbaikan - Laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Markah C = __________ D. CATATAN REFLEKSI (rujuk portfolio) (20 MARKAH) 1 2 3 4 5 - Isu/perkara difokus - Analisis kekuatan/kelemahan - Cadangan penambahbaikan Markah D = - Rumusan __________ Jumlah Keseluruhan Markah = (A + B + C + D) = _______% RUMUSAN KESELURUHAN ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ Tandatangan Mentor/Pensyarah Tandatangan Pengurus Sekolah/Ketua Jabatan ________________________________ _______________________________ (Nama: ) (Nama: ) Tarikh: _________________________ Tarikh: _________________________
  • 19. 19 LAMPIRAN 5a PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5) 1. Borang PR5 digunakan untuk membuat penilaian Internship. 2. Pengurus sekolah dan mentor perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan dan penilaian pada borang PR5. 3. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar. 4. BORANG RUMUSAN PR5 INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR. A. PERANCANGAN INOVASI DALAM PdP Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Perancangan tidak jelas, tidak teratur, strategi tidak sesuai, tidak ada sumber rujukan, persembahan sangat lemah Perancangan projek inovasi kurang jelas, kurang teratur, strategi kurang sesuai, sumber rujukan sangat terhad, persembahan lemah Perancangan projek inovasi jelas, tetapi kurang teratur, strategi sesuai, sumber rujukan terhad, persembahan mengikut format Perancangan projek inovasi jelas dan teratur, strategi sesuai, sumber rujukan sesuai dengan tajuk, persembahan mengikut format Perancangan projek inovasi sangat jelas dan teratur, strategi sesuai, sumber rujukan pelbagai dan sesuai dengan tajuk, persembahan kreatif dan mengikut format B. PELAKSANAAN INOVASI DALAM PdP Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Penglibatan murid tidak jelas, tidak teratur dan tidak mengikut jadual perancangan. Projek inovasi tidak memberi Impak kepada murid Penglibatan murid kurang jelas, kurang teratur dan kurang mengikut jadual perancangan. Projek inovasi kurang memberi Impak kepada murid Penglibatan murid jelas, tetapi kurang teratur dan kurang mengikut jadual perancangan. Projek inovasi kurang memberi Impak kepada murid Penglibatan murid jelas, teratur dan mengikut jadual perancangan. Projek inovasi jelas memberi Impak kepada murid Penglibatan murid sangat jelas, sangat teratur dan mengikut jadual perancangan. Projek inovasi sangat jelas memberi Impak kepada murid C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tidak jelas dan tidak teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi Tidak jelas dan tidak teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Kurang jelas dan kurang teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi Kurang jelas dan kurang teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Jelas tetapi kurang teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi Jelas tetapi kurang teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Jelas dan teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi Jelas dan teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Sangat jelas dan sangat teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi Sangat jelas dan sangat teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi
  • 20. 20 D. CATATAN REFLEKSI Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Kurang berusaha untuk menilai diri Tidak dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang telah diambil. Tidak menunjukkan usaha untuk menghubung kait dalam merancang dan membuat tindakan susulan. Ada usaha untuk menilai kekuatan dan kelemahan diri. Kurang dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang telah diambil. Kurang mengaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens. Sentiasa berusaha menilai kekuatan dan kelemahan diri. Dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat yang telah diambil. Dapat mengaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens. Berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri. Berjaya menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil Berjaya mengaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens. Berjaya meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan. Sangat berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri. Sangat berjaya menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil Sangat berjaya mengaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens. Sangat berjaya meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan.
  • 21. 21 AHLI PANEL PENGGUBAL: Dr. Mohd. Nordin bin Abu Bakar Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia En. Muhammad bin Ibrahim Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia Tn. Hj. Aleas bin Hj. Md. Isa Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Tn. Syed Hamid bin Syed Alwi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam En. Ahmad Tarmizi bin Salleh Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Tn. Hj. Azhar bin Hashim Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik En. Johari bin Joned Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pn. Hjh. Hasnah bt. Razali Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Dr. Syed Ismail bin Syed Mustafa Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas En. Mohd. Izan bin Yusop Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar