Hadis menjelaskan bahawa orang-orang beriman akan memohon kepada Allah untuk mengeluarkan saudara-saudara mereka yang beriman dari neraka, dengan menyebut bukti-bukti kebaikan mereka seperti berpuasa dan solat. Allah akan mengeluarkan mereka berperingkat-peringkat berdasarkan besar kecilnya bukti kebaikan mereka.
Tentang Gerhanatoto: Situs Judi Online yang Menarik Perhatian
Andai kalian tidak temui aku di syurga
1. ANDAI KALIAN TIDAK TEMUI AKU DI SYURGA?
Assalamualaikum.
Sahihkah apa yang dinyatakan di dalam gambar?
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
Riwayat dalam gambar selari dengan sebuah hadis panjang dalam Sahih Muslim:
Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya. Manusia-manusia beriman akan memohon dengan
bersungguh-sungguh kepada Allah untuk memperjuangkan hak saudara mereka yang berada
di neraka.
Mereka berkata: Tuhan kami, mereka berpuasa, solat dan mengerjakan haji bersama kami.
Lalu dijawab kepada mereka: Keluarkan dari neraka sesiapa yang kalian kenal. Lalu
diharamkan mereka daripada neraka. Orang beriman itu pun mengeluarkan sejumlah manusia
yang ramai, yang mana mereka telah dimakan neraka sedalam separuh betis hingga ke lutut.
Kemudian orang beriman akan berkata: Tuhan kami, sudah tiada seorang pun lagi yang
kalian suruh kami keluarkan. Lalu Allah menjawab: Kembalilah lagi, sesiapa yang kalian
dapati pada hatinya terdapat sebesar dinar kebaikan, keluarkan dia.
Lalu mereka mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai, kemudian mereka berkata: Tuhan
kami, kami tidak meninggalkan seorang pun yang engkau suruh kami keluarkan. Kemudian
Allah berkata: Kembalilah lagi, sesiapa yang kalian dapati dalam hatinya terdapat separuh
dinar kebaikan, keluarkanlah dia.
Lalu mereka mengeluarkan sejumlah ramai manusia, kemudian mereka berkata: Tuhan kami,
kami tidak meninggalkan seorang pun yang engkau suruh kami keluarkan. Kemudian Allah
berkata: Kembalilah, sesiapa yang kalian dapati dalam hatinya ada sebesar zarah kebaikan,
keluarkanlah dia.
Lalu mereka mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai. Kemudian mereka berkata: Tuhan
kami, kami tidak meninggalkan langsung sesiapa yang ada kebaikan di sana.
[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 183]
Oleh kerana itu, Al-Imam Al-Hasan Al-Basri berkata:
Perbanyakkanlah rakan-rakan yang beriman, sesungguhnya mereka memiliki syafaat di hari
kiamat. [Tafsir al-Baghawi]
Wallahua'lam.