SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
AK1022/AZ1053
                 MEDIA, BUDAYA DAN MASYARAKAT

                     MEDIA CETAK - MAJALAH


Pengenalan

Media cetak seterusnya ialah majalah. Tidak seperti akhbar, majalah mempunyai cara
tersendiri dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. Jika akhbar menyampaikan
segala bentuk maklumat bagi memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat, majalah
pula lebih menumpukan kepada menyampaikan maklumat-maklumat tertentu dan
spesifik sahaja.


      Di samping itu, maklumat yang disampaikan oleh akhbar bersifat harian dan
      akhbar memberi tumpuan yang tinggi terhadap soal ketepatan masa (timeliness)
      sesuatu berita itu.

      Berbanding majalah, isu-isu yang diketengahkan adalah semasa tetapi “sense of
      urgency” nya tidaklah begitu tinggi. Maka ia boleh diterbitkan secara bulanan
      atau mingguan.

      Kesannya ialah maklumat yang disebarkan melalui akhbar adalah umum
      disebabkan ia terpaksa menyampaikan pelbagai jenis berita setiap hari untuk
      memenuhi kehendak pembaca yang pelbagai. Sementara informasi yang
      disampaikan oleh majalah bersifat mengkhusus iaitu hanya menumpu kepada
      bidang-bidang tertentu dan pembaca tertentu sahaja. Ia memenuhi keperluan
      spesifik pembaca dengan mengetengahkan isu-isu spesifik.

      Namun, majalah masih dikategorikan sebagai media-massa kerana ia mempunyai
      audiens yang luas dan bersifat massa. Penyampaian maklumat dilakukan oleh
      komunikator profesional dengan menggunakan teknologi yang mengkhusus.

      Menurut John Merrill dan Ralph Lowenstein, majalah boleh dikategorikan kepada
      dua jenis iaitu Unit Pengkhususan (Unit Specialisation) dan Pengkhususan
      Dalaman (Internal Specialisation).

      Unit Pengkhususan bermaksud majalah yang mana sasaran audiennya mempunyai
      minat tertentu. Misalnya :- Majalah Roda-Roda.

      Pengkhususan Dalaman pula ialah majalah yang menerbit isu-isu umum, yang
      mempunyai audiens yang luas serta menyediakan artikel dari pelbagai isu.
      (Dewan Masyarakat, Times, Newsweek).



                                        1
Kuliah mengenai majalah memfokuskan kepada isu penyebaran budaya popular
      dan konsumerisme kepada masyarakat.

1.1 Definisi Konsumerisme

      Konsumerisme berkait dengan kepenggunaan iaitu memiliki barangan dan
      perkhidmatan.

      Ia didefinisikan sebagai kecenderungan masyarakat untuk mengaitkan diri mereka
      dengan produk-produk atau perkhidmatan yang mereka gunakan, jenama komersil
      serta daya tarikan yang bertujuan untuk meningkatkan status. Contoh:- kereta
      mewah, barang kemas, telefon bimbit berjenama.

      Ia juga merujuk kepada satu teori apabila pengguna meningkatkan penggunaan ke
      atas    satu-satu  barangan      maka     ia   memberi    manfaat    ekonomi.
      (www.thefreedictionary.com/consumerism)

      Tumpuan yang berlebihan ke atas memiliki barangan dan perkhidmatan di luar
      dari kemampuan serta keperluan sebenar seseorang.

      Fenomena ini adalah akibat daripada usaha sistem ekonomi kapitalis untuk
      meningkatkan motif keuntungan, memajukan perniagaan. Bermotifkan
      meningkatkan keuntungan maka mereka akan menggunakan pelbagai strategi
      pemasaran yang menggunakan komunikasi pemujukan untuk mempengaruhi
      masyarakat supaya menyokong produk dan perkhidmatan mereka.

      Mereka menggunakan pelbagai cara – strategi periklanan yang dibentuk adalah
      begitu canggih dengan menggunakan strategi kreatif, daya tarikan lengkap dengan
      pelbagai mesej untuk memujuk pengguna.

      Dalam mengiklankan produk dan perkhidmatan juga, sistem ekonomi kapitalis
      akan mewujudkan imej dan jenama khusus bagi memujuk pengguna.

      Logik pasaran mendorong mereka mencipta pelbagai imej dan kepercayaan bagi
      mempengaruhi keputusan pembelian pengguna.

      Apa yang menjadi isu di sini ialah sistem ekonomi kapitalis berlumba-lumba
      untuk merebut pembeli maka berlakulah pembudayaan nilai materialisme yang
      keterlaluan.

      Pengguna pula, tertarik kepada tawaran-tawaran yang diberikan. Maka wujudlah
      pakatan antara pengguna dengan pembeli untuk memenuhi kehendak masing-
      masing.

      Pada peringkat ini, ia berlaku pada satu tahap yang keterlaluan. Memiliki
      barangan menjadi satu kemestian. Status diri pengguna



                                         2
Menurut pemikir kritikal seperti Theodor Adorno dan Max Horkheimer, media-
       massa merupakan antara institusi yang membantu memajukan budaya
       konsumerisme ini dengan mewujudkan kandungan media yang mempopularkan
       nilai-nilai budaya konsumerisme.

       Semua media terbabit (radio, televisyen, majalah, akhbar, internet)
       bertanggungjawab kepada penyebaran budaya konsumerisme kerana adanya
       periklanan yang memberi sokongan kuat kepada operasi institusi media.

       Selain itu, media-massa yang beroperasi di bawah sistem ekonomi kapitalis
       menyebabkan ia tidak dapat memisahkan diri dari menjadi sebahagian daripada
       industri penghasilan budaya (cultural industries).

       Di sini, majalah menjadi tumpuan kepada perbincangan isu konsumerisme.


1.2   Sejarah Perkembangan Majalah di Dunia & Malaysia


       Seperti akhbar, majalah mempunyai sejarah penerbitan yang panjang.

       Di England, majalah yang pertama wujud pada awal abad ke-18 iaitu majalah
       “Review” yang sebenarnya gabungan sebuah majalah dan akhbar.

       Ini diikuti dengan majalah “Tatler” – kedua-dua majalah ini memuatkan artikel-
       artikel mengenai sastera dan satira. Manakala di Amerika Syarikat, majalah yang
       pertama diterbitkan ialah majalah “American Magazine” oleh Andrew Bradford
       dan Benjamin Franklin yang menerbitkan majalah “General Magazine and
       Historial Chronicle” pada tahun 1741.

       Majalah-majalah di Amerika Syarikat disasarkan kepada golongan elit dan juga
       segelintir masyarakat yang mana tahap celik hurufnya adalah tinggi.

       Menjelang abad ke-19, majalah mula mengalami perkembangan yang pesat dan
       menjadi sebuah industri yang besar.

       Perkembangan pesat itu disebabkan oleh meningkatnya teknologi dalam
       percetakan, bertambahnya kadar celik huruf akibat polisi pendidikan wajib di
       sekolah-sekolah dan juga pembaharuan-pembaharuan sosial yang berlaku di
       dalam masyarakat. (De Fleur dan Dennis, 1996).

       Pada ketika itu, majalah-majalah yang diterbitkan kebanyakan mengetengahkan
       soal-soal kesusasteraan, politik, agama dan juga sosial.




                                          3
Apabila berakhirnya, Perang Saudara di Amerika Syarikat pada tahun 1865,
      majalah telah mula memperkenalkan budaya popular dalam isu keluarannya.
      Bagaimanapun periode selepas Perang Dunia Kedua, barulah majalah mula
      berkembang dengan pesat sekali.

      Pada waktu inilah, majalah mula mengetengahkan isu-isu yang berkisar mengenai
      kehidupan seharian pembaca di samping bermulanya nilai konsumerisme dalam
      majalah.

      Antara jenis-jenis majalah yang mula diterbitkan ialah McCall’s dan
      Cosmopolitan, dua majalah yang begitu terkenal sehingga kini.


      Di Malaysia, majalah berbahasa Melayu yang pertama pada abad ke-20 ialah
      Khizanah Al-Ulum diikuti oleh Al-Imam dua tahun kemudiannya. (Hamedi Mohd
      Adnan, 2003)

      Dunia permajalahan Melayu aktif pada tahun 1990-an kerana terdapat rangsangan
      untuk peningkatan prestasi penerbitan lebih banyak berbanding dulu.

      Menurut Dr Hamedi, faktor kecanggihan teknologi penerbitan iaitu desktop
      publishing telah membuka laluan kepada semua individu yang berminat untuk
      memulakan perniagaan penerbitan.



1.1   PERANAN MAJALAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT


      Umumnya, majalah dikatakan memainkan peranan pembentukan budaya dalam
      kehidupan pembacanya.

      Berbeza dengan akhbar, majalah menentukan aliran pemikiran dan cara hidup
      masyarakat mengikut peredaran zaman.

      Menurut John Vivian (1997), majalah-majalah di Amerika Syarikat menyumbang
      kepada pembentukan konsep kenegaraan kepada masyarakat.

      Majalah yang awal di Amerika membawa kepada pembentukan audiens di tahap
      nasional.

      1) Majalah-majalah tersebut menyiarkan kesusasteraan Amerika dan membentuk
      identiti nasional rakyat Amerika.




                                        4
“With the Postal Act of 1879, Congress recognized the role of magazines in
creating a national culture and promoting literacy – in effect, binding the nation,”
(Vivian, John, 1997 : 58).

Selain dari itu, majalah juga dilihat sebagai saluran periklanan yang pertama di
dunia. Sebelum wujudnya, media-massa yang lain para pengiklan menggunakan
majalah untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka kepada para
pengguna.

Di Malaysia, peranan majalah berubah mengikut perkembangan semasa. Menurut
Dr Hamedi yang mengkaji mengenai kegiatan dan perkembangan majalah Melayu
di Tanah Melayu, perkembangan awal penerbitan majalah Melayu di negara
didorong oleh dua faktor iaitu (1) eksploitasi agama dan (2) perjuangan bersifat
kebangsaan. (Hamedi Mohd Adnan, 2003).

Isu agama menjadi tema kepada isu-isu yang dibincangkan dalam majalah Melayu
sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Hampir 30 buah majalah pada waktu itu berunsurkan agama.

Kesedaran nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu pada waktu itu akhirnya
menyebabkan majalah-majalah Melayu turut menekankan soal perjuangan
kebangsaan.

Ia bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang-orang
Melayu pada waktu itu.

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, suasana sosial masyarakat mula
berubah di mana pengenalan kepada satu bentuk media baru iaitu wayang gambar
– filem telah menyebabkan masyarakat beralih minat dari isu-isu politik dan
sosial kini beralih kepada hiburan.

Masyarakat dikatakan lebih suka membaca kisah-kisah artis sama ada dari Barat
mahupun Hindi dan Indonesia maka majalah-majalah hiburan lebih popular dari
majalah umum dan agama.

Akibatnya, penerbitan majalah tempatan terpaksa berubah dari berbentuk agama
kepada bentuk komersil dan hiburan demi “survival” mereka. (Hamedi Mohd
Adnan, 2003).

Umumnya, perubahan ini turut berlaku di Amerika Syarikat di mana pada
mulanya, majalah diperkenalkan ia membincangkan soal-soal kesusasteraan
dengan menerbitkan cerpen-cerpen dan puisi-puisi untuk bacaan umum.

Perang Dunia Kedua telah menyebabkan majalah di Amerika terpaksa mengubah
peranan dan tumpuan kepada bercorak nasionalisme dan propaganda.



                                     5
Pada ketika itu, majalah mempunyai tanggungjawab sosial kepada negara dan
rakyat. Ia mempunyai satu wawasan nasional begitu juga dengan majalah
tempatan di Malaysia. Jelas menunjukkan bahawa perkembangan semasa
mempengaruhi majalah untuk mengubah peranan dan fokus kewartawanannya.
Majalah pada waktu itu melihat diri mereka sebagai institusi sosial untuk rakyat
dan negara.

Bagaimanapun, kesedaran sosial ini mula pudar selepas Perang Dunia Kedua.

Apabila dunia mula aman dan ketegangan politik mula reda, budaya hidup
masyarakat secara keseluruhannya turut berubah. Tumpuan dunia pada waktu itu
ialah reformasi dan membangunkan semula ekonomi yang teruk terjejas akibat
perang.

Keadaan dunia yang aman damai sebenarnya juga telah menyebabkan media dan
masyarakat mula lalai. Negara terlalu ghairah dalam usaha untuk membangunkan
ekonomi. Sebagai akibat, sistem ekonomi kapitalis tumbuh dengan pesat.
Masyarakat semakin mengejar kebendaan (materialistic).

Ahli sosiologi Richard Maisel melihat peralihan struktur masyarakat dari
masyarakat industri kepada pos-perindustrian.

Kesannya ialah orientasi perindustrian berubah kepada bentuk pengkhususan dan
media tidak terkecuali dari mengikut arus pembangunan seperti ini.

Dari majalah yang bersifat umum, majalah yang mengkhusus lebih popular dan
diwujudkan untuk memenuhi citarasa masyarakat yang berbeza-beza.

Ini dapat dilihat dalam majalah-majalah yang ada sama ada di Amerika Syarikat
mahupun di Malaysia sendiri.

Model pembangunan berasaskan sistem kapitalis telah mengubah matlamat dan
peranan majalah dari sebuah institusi yang mempunyai tanggungjawab sosial
kepada satu industri yang berbentuk komersil dan mementingkan keuntungan.

Dulu, majalah diwujudkan kerana untuk memberi kesedaran agama dan semangat
nasionalisme melalui hasil-hasil kesusasteraan kini majalah wujud bagai
cendawan tumbuh kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan. Apabila satu
penerbitan itu diwujudkan sebagai satu entiti perniagaan maka falsafah
editorialnya akan menyentuh isu-isu yang mendapat meraih sokongan pengguna.

Dalam keadaan ini, majalah mula menumpu kepada pengembangan budaya-
budaya popular yang akhirnya membentuk budaya konsumerisme.




                                   6
Buktinya, majalah-majalah berbentuk Pengkhususan Dalaman semakin kurang
      dibandingkan dengan majalah-majalah yang berbentuk Pengkhususan Unit.

      Jumlah majalah fesyen, wanita, hiburan, berbentuk hobi lebih banyak dan
      diwujudkan untuk menggalakkan orang ramai supaya menumpu kepada minat
      masing-masing. Bagaimanapun, dalam menggalakkan orang ramai ke arah minat
      mereka, majalah itu turut menarik mereka kepada hal-hal yang remeh.

      Kemunculan majalah “Playboy” pada tahun 1953 menyebabkan masyarakat
      terbahagi kepada dua kelompok iaitu mereka yang menjadi pengkritik sosial dan
      pelopor budaya popular.

      Wujudnya media yang bersifat mengkhusus seperti majalah juga telah membawa
      kepada pembentukan pemikiran individualistik di kalangan masyarakat yang
      semakin luntur kesedaran sosialnya.


1.3 Perspektif Kritikal kepada Majalah

      Pembentukan masyarakat yang ada sekarang yang bersifat individualistik dan
      tinggi nilai konsumerismenya adalah disebabkan oleh pengaruh majalah kepada
      masyarakat.

      Fenomena ini dapat diterangkan dari perspektif kritikal iaitu melalui teori kritikal
      ekonomi politik.

      Mengikut teori kritikal ekonomi politik ini faktor ekonomi menjadi penentu
      kepada operasi segala kegiatan di dalam masyarakat termasuk media. Majalah
      sebagai punca periklanan tidak terlepas dari kawalan ekonomi para pemain utama
      dalam pasaran ekonomi terbuka.

      Majalah dimiliki dan ditentukan kandungannya supaya ia dapat memberi
      keuntungan kepada pemilik dan pengiklan.

       Dalam ertikata yang lain, kandungan media seumpama komoditi yang dijual
      dalam pasaran. Maklumat yang disebarkan ditentukan oleh kehendak pasaran.

      Littlejohn (1996) berkata keadaan ini menyebabkan pemilik media akan
      memastikan daya saingnya tidak terjejas dengan maklumat yang tidak popular dan
      kritikal. Maka ia akan hanya mengekalkan kehendak orang ramai yang mahukan
      apa yang komersil untuk disebarkan.

      Kemunculan pelbagai jenis majalah yang memajukan budaya popular adalah
      disebabkan oleh faktor kuasa pasaran.




                                           7
Selain itu, analisis ke atas majalah dan kaitannya dengan kehidupan budaya
      masyarakat boleh dilihat dari sudut pendekatan kajian budaya (cultural studies)
      yang juga merupakan cabang pemikiran kritikal. Sarjana dari “the British Cultural
      Studies” bersama “ Centre for Contemporary Cultural Studies” di Universiti
      Birmingham, begitu aktif dalam kaedah penganalisaan ini.

      Tradisi pemikiran ini bermula dengan hujahan Richard Hoggart dan Raymond
      Williams dalam tahun 1950-an yang mengkaji kehidupan masyarakat British
      selepas Perang Dunia Kedua. (Littlejohn, 1996).

      Pendekatan ini berpendapat bahawa perubahan akan berlaku dalam dua cara (1)
      dengan mengenalpasti percanggahan yang berlaku dalam masyarakat,
      kesepakatan yang akan membawa kepada perubahan positif (2) menyediakan
      penafsiran yang akan meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap proses
      pendominasian dan segala perubahan yang dikehendaki.

 --   Pendekatan ini bermula dengan melihat bagaimana sesuatu budaya itu dihasilkan
dalam proses pengeluaran.

-- Pada mereka budaya ialah (1) pandangan umum yang digunakan oleh masyarakat
dalam menangani cara hidup mereka (2) amalan hidup yang dianuti oleh masyarakat yang
menentukan cara hidup mereka secara fisikal. (Littlejohn, 1996).

      Ia bermula dengan andaian bahawa media mempunyai fungsi yang khas dalam
      mempengaruhi perkembangan budaya popular melalui maklumat yang
      disebarkan.

      “ The irony of media, especially television, is that they present the illusion of
      diversity and objectivity, when in fact they are clear instruments of the dominant
      order,” (Littlejohn, 1996 : 236)

      Ini kerana proses penghasilan maklumat boleh dilihat dari sudut enkod dan dekod
      makna mesej oleh pengeluar maklumat kepada penerima maklumat.

      Pendekata, majalah sebagai salah satu media yang lebih menyerlah peranannya
      sebagai “industri budaya” atau alat penghasilan budaya menyajikan nilai budaya
      dan pandangan golongan atasan kepada pembaca. Walaupun, tidak semua makna
      mesej yang disebarkan dikongsikan bersama dengan para pembaca namun
      akhirnya pembaca akan akur kepada pandangan dominan yang disebarkan melalui
      majalah kerana institusi sosial lain (sekolah, keluarga) turut menyampaikan
      pandangan yang sama.

      Dalam keadaan di mana masyarakat lebih menerima pandangan persekitaran
      maka mereka tidak akan bersetuju dengan nilai yang disebarkan oleh majalah
      tetapi sekiranya keadaan sebaliknya berlaku maka masyarakat akan lebih
      cenderung meniru apa yang disebarkan oleh media.



                                          8
Soalnya, sekarang ialah ke arah masyarakat kita kini berada. Apakah yang
menjadi landasan hidup mereka pada masa kini? Semua ini mencerminkan tahap
budaya mereka pada masa ini.

Kemunculan majalah-majalah yang memaparkan kehidupan moden bagi golongan
muda boleh dikatakan sebagai usaha menghasilkan budaya popular dan
konsumerism kepada pembaca.

Berbanding media yang lain, majalah dan televisyen merupakan media-massa
yang banyak menyebar budaya popular dan konsumerisme. Ia merupakan media
pilihan para pengiklan kerana ia merupakan media tampak yang mana produk
lebih dapat dipasarkan melalui kedua-dua media. Seterusnya, di sinilah
terletaknya tumpuan masyarakat yang merupakan sasaran pasaran utama para
industri.

Menurut Raymond Williams, budaya merangkumi makna dan amalan hidup yang
diamalkan oleh masyarakat biasa.

“ Culture does not float free of the material conditions of life; on the contrary, for
Williams, ‘whatever purposes cultural practice may serve, its means of production
are always unarguably material’ (Williams, 1981 :87)” (Barker, Chris, 2000 : 41).

Namun, pembentukan budaya yang ada sekarang harus dilihat dari konteks cara
penghasilan itu dibuat. Dalam konteks kehidupan sekarang, penghasilan budaya
yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa (pemerintah/pemilik modal/media)
adalah berasaskan faktor kebendaan dan ekonomi. Sebab itu, segala maklumat
mengenai cara hidup dan amalan hidup kita semuanya berkait dengan imej, stail
dan memiliki barang-barang tertentu yang sebenarnya mewujudkan masyarakat
konsumerisme.




   Rangkaian Proses Yang Berlaku Mengikut “Materialisme
          Budaya” oleh Raymond Williams.




                                      9
Superstructure (Kuasa atas kaedah pengeluaran)



                        (Media i.e. majalah)




                        Budaya/ Seni (disebarkan melalui artikel, iklan)




                         Masyarakat



                       Penafsiran = Amalan Hidup
                           (Konsumerism)




KESIMPULAN




                                   10
-- Ramai yang mungkin tidak dapat menerima hujahan sarjana dari aliran kritikal dan
menganggap bahawa masyarakat mempunyai mekanismenya tersendiri dalam menangkis
pengaruh konsumerisme dalam majalah.

-- Namun, proses pembudayaan itu tidaklah semudah yang ditafsirkan. Menurut
Williams, sungguhpun masyarakat boleh bersandarkan kepada faktor latarbelakang,
pendidikan dan institusi sosial yang lain untuk membentuk budaya mereka tetapi
institusi-institusi ini juga menyokong pandangan dominant. Media hanya
memperkukuhkan sahaja apa yang sudah berlaku dalam masyarakat.

-- Bagaimanapun, media seperti majalah menjadi sasaran kritikan kerana ia berperanan
sebagai menyebarkan maklumat tersebut di samping mempromosikan lagi pandangan
dominant.

-- Sememangnya, masyarakat tidak akan berkongsi makna maka mereka akan berkonflik
dengan apa yang disampaikan.




Bibliografi




                                        11
1. Barker, Chris (2000). Cultural Studies. Theory and Practice. London : Sage
   Publications.

2. Defleur, Melvin dan Everette E. Dennis (1996). Understanding Mass
   Communication : USA : Houghton Mifflin.

3. Hamedi Mohd Adnan (2002). Penerbitan Majalah di Malaysia. Isu-isu dan
   Cabaran. Shah Alam : Karisma Publications Sdn Bhd

4. Littlejohn, Stephen W. (1996). Theories of Human Communication. Belmont :
   Wadsworth Publishing Co.

5. Mohamad Md Yusoff (1993). Media dan Masyarakat. KL : DBP




                                   12

More Related Content

Viewers also liked

9 mat prep_ti_pf_iii_mar2014
9 mat prep_ti_pf_iii_mar20149 mat prep_ti_pf_iii_mar2014
9 mat prep_ti_pf_iii_mar2014silvia_lfr
 
9 mapas que explican lo que está pasando en oriente medio rt
9 mapas que explican lo que está pasando en oriente medio   rt9 mapas que explican lo que está pasando en oriente medio   rt
9 mapas que explican lo que está pasando en oriente medio rtTorres Saavedra Nelson Alberto
 
9 M2007 Results And Strategic Update On Russia
9 M2007 Results And Strategic Update On Russia9 M2007 Results And Strategic Update On Russia
9 M2007 Results And Strategic Update On RussiaEnel S.p.A.
 
9. Media Exposure- DNA News
9. Media Exposure- DNA News9. Media Exposure- DNA News
9. Media Exposure- DNA NewsJaymin Gajjar
 
9 major changes in Linked in 2014
9 major changes in Linked in 20149 major changes in Linked in 2014
9 major changes in Linked in 2014Des Walsh
 
Third Quarter 2009 Financial Results
Third Quarter 2009 Financial ResultsThird Quarter 2009 Financial Results
Third Quarter 2009 Financial ResultsGruppo TIM
 
9 mat prep_ti_pf_vi_mar2014_sol
9 mat prep_ti_pf_vi_mar2014_sol9 mat prep_ti_pf_vi_mar2014_sol
9 mat prep_ti_pf_vi_mar2014_solsilvia_lfr
 
9 MayıS 2009
9 MayıS 20099 MayıS 2009
9 MayıS 2009mtahca
 
9 meses de promesas sin resultados EPN
9 meses de promesas sin resultados EPN9 meses de promesas sin resultados EPN
9 meses de promesas sin resultados EPNTemo Galindo
 

Viewers also liked (14)

Menú maig 2014
Menú maig 2014Menú maig 2014
Menú maig 2014
 
9 mat prep_ti_pf_iii_mar2014
9 mat prep_ti_pf_iii_mar20149 mat prep_ti_pf_iii_mar2014
9 mat prep_ti_pf_iii_mar2014
 
9. mai
9. mai9. mai
9. mai
 
9 mapas que explican lo que está pasando en oriente medio rt
9 mapas que explican lo que está pasando en oriente medio   rt9 mapas que explican lo que está pasando en oriente medio   rt
9 mapas que explican lo que está pasando en oriente medio rt
 
9 M2007 Results And Strategic Update On Russia
9 M2007 Results And Strategic Update On Russia9 M2007 Results And Strategic Update On Russia
9 M2007 Results And Strategic Update On Russia
 
9. Media Exposure- DNA News
9. Media Exposure- DNA News9. Media Exposure- DNA News
9. Media Exposure- DNA News
 
9 major changes in Linked in 2014
9 major changes in Linked in 20149 major changes in Linked in 2014
9 major changes in Linked in 2014
 
Third Quarter 2009 Financial Results
Third Quarter 2009 Financial ResultsThird Quarter 2009 Financial Results
Third Quarter 2009 Financial Results
 
9 mat prep_ti_pf_vi_mar2014_sol
9 mat prep_ti_pf_vi_mar2014_sol9 mat prep_ti_pf_vi_mar2014_sol
9 mat prep_ti_pf_vi_mar2014_sol
 
9 MayıS 2009
9 MayıS 20099 MayıS 2009
9 MayıS 2009
 
9 meses de promesas sin resultados EPN
9 meses de promesas sin resultados EPN9 meses de promesas sin resultados EPN
9 meses de promesas sin resultados EPN
 
9 maneras de hacer dinero
9 maneras de hacer dinero9 maneras de hacer dinero
9 maneras de hacer dinero
 
9 Mehra and Jain JDT
9 Mehra and Jain JDT9 Mehra and Jain JDT
9 Mehra and Jain JDT
 
9 fred cook
9 fred cook9 fred cook
9 fred cook
 

Similar to 9 media cetak_majalah

Konsep dan model komunikasi massa
Konsep dan model komunikasi massaKonsep dan model komunikasi massa
Konsep dan model komunikasi massaReni Kurniati
 
Term 12 media sebagai pengarah kebijakan
Term 12   media sebagai pengarah kebijakanTerm 12   media sebagai pengarah kebijakan
Term 12 media sebagai pengarah kebijakanyuls1423
 
Syarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetakSyarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetakSyarifudin Amq
 
Syarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetakSyarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetakSyarifudin Amq
 
Syarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetakSyarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetakSyarifudin Amq
 
2. evolusi dan sejarah public relations
2. evolusi dan sejarah public relations2. evolusi dan sejarah public relations
2. evolusi dan sejarah public relationsblade_net
 
Bout media massa
Bout media massaBout media massa
Bout media massaEka Arisman
 
JURNALISTIK Seputar Bentuk, Produk, Bahasa & Kode Etik
JURNALISTIK  Seputar Bentuk, Produk, Bahasa & Kode Etik JURNALISTIK  Seputar Bentuk, Produk, Bahasa & Kode Etik
JURNALISTIK Seputar Bentuk, Produk, Bahasa & Kode Etik phebtwo Ayy
 
Analisis Perkembangan Surat Kabar/Newspapers Menuju Media Baru
Analisis Perkembangan Surat Kabar/Newspapers Menuju Media BaruAnalisis Perkembangan Surat Kabar/Newspapers Menuju Media Baru
Analisis Perkembangan Surat Kabar/Newspapers Menuju Media BaruAlfiahSeptianiSiradj
 
pert 11 humas.pptxsefrduhtrFJFGDhtrsrthGFD124
pert 11 humas.pptxsefrduhtrFJFGDhtrsrthGFD124pert 11 humas.pptxsefrduhtrFJFGDhtrsrthGFD124
pert 11 humas.pptxsefrduhtrFJFGDhtrsrthGFD124YuliaIya1
 
Refleksi Yanuar Nugroho pada 18 Tahun AJI
Refleksi Yanuar Nugroho pada 18 Tahun AJIRefleksi Yanuar Nugroho pada 18 Tahun AJI
Refleksi Yanuar Nugroho pada 18 Tahun AJIAsep Saefullah
 
media dan budaya populer
media dan budaya populermedia dan budaya populer
media dan budaya populerandre rahman
 
Budaya popular
Budaya popularBudaya popular
Budaya popularNik Shah
 

Similar to 9 media cetak_majalah (20)

Konsep dan model komunikasi massa
Konsep dan model komunikasi massaKonsep dan model komunikasi massa
Konsep dan model komunikasi massa
 
Media & Market
Media & MarketMedia & Market
Media & Market
 
Term 12 media sebagai pengarah kebijakan
Term 12   media sebagai pengarah kebijakanTerm 12   media sebagai pengarah kebijakan
Term 12 media sebagai pengarah kebijakan
 
Syarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetakSyarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetak
 
Ppt 11 postmodernisme
Ppt 11 postmodernismePpt 11 postmodernisme
Ppt 11 postmodernisme
 
Syarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetakSyarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetak
 
Syarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetakSyarifudin, dakwah melalui media cetak
Syarifudin, dakwah melalui media cetak
 
2. evolusi dan sejarah public relations
2. evolusi dan sejarah public relations2. evolusi dan sejarah public relations
2. evolusi dan sejarah public relations
 
Bout media massa
Bout media massaBout media massa
Bout media massa
 
Jurnalisme.pptx
Jurnalisme.pptxJurnalisme.pptx
Jurnalisme.pptx
 
JURNALISTIK Seputar Bentuk, Produk, Bahasa & Kode Etik
JURNALISTIK  Seputar Bentuk, Produk, Bahasa & Kode Etik JURNALISTIK  Seputar Bentuk, Produk, Bahasa & Kode Etik
JURNALISTIK Seputar Bentuk, Produk, Bahasa & Kode Etik
 
Analisis Perkembangan Surat Kabar/Newspapers Menuju Media Baru
Analisis Perkembangan Surat Kabar/Newspapers Menuju Media BaruAnalisis Perkembangan Surat Kabar/Newspapers Menuju Media Baru
Analisis Perkembangan Surat Kabar/Newspapers Menuju Media Baru
 
Makalah media masa
Makalah media masaMakalah media masa
Makalah media masa
 
pert 11 humas.pptxsefrduhtrFJFGDhtrsrthGFD124
pert 11 humas.pptxsefrduhtrFJFGDhtrsrthGFD124pert 11 humas.pptxsefrduhtrFJFGDhtrsrthGFD124
pert 11 humas.pptxsefrduhtrFJFGDhtrsrthGFD124
 
Refleksi Yanuar Nugroho pada 18 Tahun AJI
Refleksi Yanuar Nugroho pada 18 Tahun AJIRefleksi Yanuar Nugroho pada 18 Tahun AJI
Refleksi Yanuar Nugroho pada 18 Tahun AJI
 
media dan budaya populer
media dan budaya populermedia dan budaya populer
media dan budaya populer
 
Media massa atau pers
Media massa atau persMedia massa atau pers
Media massa atau pers
 
Ski 2
Ski 2Ski 2
Ski 2
 
Mengevaluasi peranan pers dalam masyarakat demokrasi
Mengevaluasi peranan pers dalam masyarakat demokrasiMengevaluasi peranan pers dalam masyarakat demokrasi
Mengevaluasi peranan pers dalam masyarakat demokrasi
 
Budaya popular
Budaya popularBudaya popular
Budaya popular
 

9 media cetak_majalah

  • 1. AK1022/AZ1053 MEDIA, BUDAYA DAN MASYARAKAT MEDIA CETAK - MAJALAH Pengenalan Media cetak seterusnya ialah majalah. Tidak seperti akhbar, majalah mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. Jika akhbar menyampaikan segala bentuk maklumat bagi memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat, majalah pula lebih menumpukan kepada menyampaikan maklumat-maklumat tertentu dan spesifik sahaja. Di samping itu, maklumat yang disampaikan oleh akhbar bersifat harian dan akhbar memberi tumpuan yang tinggi terhadap soal ketepatan masa (timeliness) sesuatu berita itu. Berbanding majalah, isu-isu yang diketengahkan adalah semasa tetapi “sense of urgency” nya tidaklah begitu tinggi. Maka ia boleh diterbitkan secara bulanan atau mingguan. Kesannya ialah maklumat yang disebarkan melalui akhbar adalah umum disebabkan ia terpaksa menyampaikan pelbagai jenis berita setiap hari untuk memenuhi kehendak pembaca yang pelbagai. Sementara informasi yang disampaikan oleh majalah bersifat mengkhusus iaitu hanya menumpu kepada bidang-bidang tertentu dan pembaca tertentu sahaja. Ia memenuhi keperluan spesifik pembaca dengan mengetengahkan isu-isu spesifik. Namun, majalah masih dikategorikan sebagai media-massa kerana ia mempunyai audiens yang luas dan bersifat massa. Penyampaian maklumat dilakukan oleh komunikator profesional dengan menggunakan teknologi yang mengkhusus. Menurut John Merrill dan Ralph Lowenstein, majalah boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu Unit Pengkhususan (Unit Specialisation) dan Pengkhususan Dalaman (Internal Specialisation). Unit Pengkhususan bermaksud majalah yang mana sasaran audiennya mempunyai minat tertentu. Misalnya :- Majalah Roda-Roda. Pengkhususan Dalaman pula ialah majalah yang menerbit isu-isu umum, yang mempunyai audiens yang luas serta menyediakan artikel dari pelbagai isu. (Dewan Masyarakat, Times, Newsweek). 1
  • 2. Kuliah mengenai majalah memfokuskan kepada isu penyebaran budaya popular dan konsumerisme kepada masyarakat. 1.1 Definisi Konsumerisme Konsumerisme berkait dengan kepenggunaan iaitu memiliki barangan dan perkhidmatan. Ia didefinisikan sebagai kecenderungan masyarakat untuk mengaitkan diri mereka dengan produk-produk atau perkhidmatan yang mereka gunakan, jenama komersil serta daya tarikan yang bertujuan untuk meningkatkan status. Contoh:- kereta mewah, barang kemas, telefon bimbit berjenama. Ia juga merujuk kepada satu teori apabila pengguna meningkatkan penggunaan ke atas satu-satu barangan maka ia memberi manfaat ekonomi. (www.thefreedictionary.com/consumerism) Tumpuan yang berlebihan ke atas memiliki barangan dan perkhidmatan di luar dari kemampuan serta keperluan sebenar seseorang. Fenomena ini adalah akibat daripada usaha sistem ekonomi kapitalis untuk meningkatkan motif keuntungan, memajukan perniagaan. Bermotifkan meningkatkan keuntungan maka mereka akan menggunakan pelbagai strategi pemasaran yang menggunakan komunikasi pemujukan untuk mempengaruhi masyarakat supaya menyokong produk dan perkhidmatan mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara – strategi periklanan yang dibentuk adalah begitu canggih dengan menggunakan strategi kreatif, daya tarikan lengkap dengan pelbagai mesej untuk memujuk pengguna. Dalam mengiklankan produk dan perkhidmatan juga, sistem ekonomi kapitalis akan mewujudkan imej dan jenama khusus bagi memujuk pengguna. Logik pasaran mendorong mereka mencipta pelbagai imej dan kepercayaan bagi mempengaruhi keputusan pembelian pengguna. Apa yang menjadi isu di sini ialah sistem ekonomi kapitalis berlumba-lumba untuk merebut pembeli maka berlakulah pembudayaan nilai materialisme yang keterlaluan. Pengguna pula, tertarik kepada tawaran-tawaran yang diberikan. Maka wujudlah pakatan antara pengguna dengan pembeli untuk memenuhi kehendak masing- masing. Pada peringkat ini, ia berlaku pada satu tahap yang keterlaluan. Memiliki barangan menjadi satu kemestian. Status diri pengguna 2
  • 3. Menurut pemikir kritikal seperti Theodor Adorno dan Max Horkheimer, media- massa merupakan antara institusi yang membantu memajukan budaya konsumerisme ini dengan mewujudkan kandungan media yang mempopularkan nilai-nilai budaya konsumerisme. Semua media terbabit (radio, televisyen, majalah, akhbar, internet) bertanggungjawab kepada penyebaran budaya konsumerisme kerana adanya periklanan yang memberi sokongan kuat kepada operasi institusi media. Selain itu, media-massa yang beroperasi di bawah sistem ekonomi kapitalis menyebabkan ia tidak dapat memisahkan diri dari menjadi sebahagian daripada industri penghasilan budaya (cultural industries). Di sini, majalah menjadi tumpuan kepada perbincangan isu konsumerisme. 1.2 Sejarah Perkembangan Majalah di Dunia & Malaysia Seperti akhbar, majalah mempunyai sejarah penerbitan yang panjang. Di England, majalah yang pertama wujud pada awal abad ke-18 iaitu majalah “Review” yang sebenarnya gabungan sebuah majalah dan akhbar. Ini diikuti dengan majalah “Tatler” – kedua-dua majalah ini memuatkan artikel- artikel mengenai sastera dan satira. Manakala di Amerika Syarikat, majalah yang pertama diterbitkan ialah majalah “American Magazine” oleh Andrew Bradford dan Benjamin Franklin yang menerbitkan majalah “General Magazine and Historial Chronicle” pada tahun 1741. Majalah-majalah di Amerika Syarikat disasarkan kepada golongan elit dan juga segelintir masyarakat yang mana tahap celik hurufnya adalah tinggi. Menjelang abad ke-19, majalah mula mengalami perkembangan yang pesat dan menjadi sebuah industri yang besar. Perkembangan pesat itu disebabkan oleh meningkatnya teknologi dalam percetakan, bertambahnya kadar celik huruf akibat polisi pendidikan wajib di sekolah-sekolah dan juga pembaharuan-pembaharuan sosial yang berlaku di dalam masyarakat. (De Fleur dan Dennis, 1996). Pada ketika itu, majalah-majalah yang diterbitkan kebanyakan mengetengahkan soal-soal kesusasteraan, politik, agama dan juga sosial. 3
  • 4. Apabila berakhirnya, Perang Saudara di Amerika Syarikat pada tahun 1865, majalah telah mula memperkenalkan budaya popular dalam isu keluarannya. Bagaimanapun periode selepas Perang Dunia Kedua, barulah majalah mula berkembang dengan pesat sekali. Pada waktu inilah, majalah mula mengetengahkan isu-isu yang berkisar mengenai kehidupan seharian pembaca di samping bermulanya nilai konsumerisme dalam majalah. Antara jenis-jenis majalah yang mula diterbitkan ialah McCall’s dan Cosmopolitan, dua majalah yang begitu terkenal sehingga kini. Di Malaysia, majalah berbahasa Melayu yang pertama pada abad ke-20 ialah Khizanah Al-Ulum diikuti oleh Al-Imam dua tahun kemudiannya. (Hamedi Mohd Adnan, 2003) Dunia permajalahan Melayu aktif pada tahun 1990-an kerana terdapat rangsangan untuk peningkatan prestasi penerbitan lebih banyak berbanding dulu. Menurut Dr Hamedi, faktor kecanggihan teknologi penerbitan iaitu desktop publishing telah membuka laluan kepada semua individu yang berminat untuk memulakan perniagaan penerbitan. 1.1 PERANAN MAJALAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT Umumnya, majalah dikatakan memainkan peranan pembentukan budaya dalam kehidupan pembacanya. Berbeza dengan akhbar, majalah menentukan aliran pemikiran dan cara hidup masyarakat mengikut peredaran zaman. Menurut John Vivian (1997), majalah-majalah di Amerika Syarikat menyumbang kepada pembentukan konsep kenegaraan kepada masyarakat. Majalah yang awal di Amerika membawa kepada pembentukan audiens di tahap nasional. 1) Majalah-majalah tersebut menyiarkan kesusasteraan Amerika dan membentuk identiti nasional rakyat Amerika. 4
  • 5. “With the Postal Act of 1879, Congress recognized the role of magazines in creating a national culture and promoting literacy – in effect, binding the nation,” (Vivian, John, 1997 : 58). Selain dari itu, majalah juga dilihat sebagai saluran periklanan yang pertama di dunia. Sebelum wujudnya, media-massa yang lain para pengiklan menggunakan majalah untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka kepada para pengguna. Di Malaysia, peranan majalah berubah mengikut perkembangan semasa. Menurut Dr Hamedi yang mengkaji mengenai kegiatan dan perkembangan majalah Melayu di Tanah Melayu, perkembangan awal penerbitan majalah Melayu di negara didorong oleh dua faktor iaitu (1) eksploitasi agama dan (2) perjuangan bersifat kebangsaan. (Hamedi Mohd Adnan, 2003). Isu agama menjadi tema kepada isu-isu yang dibincangkan dalam majalah Melayu sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Hampir 30 buah majalah pada waktu itu berunsurkan agama. Kesedaran nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu pada waktu itu akhirnya menyebabkan majalah-majalah Melayu turut menekankan soal perjuangan kebangsaan. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang-orang Melayu pada waktu itu. Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, suasana sosial masyarakat mula berubah di mana pengenalan kepada satu bentuk media baru iaitu wayang gambar – filem telah menyebabkan masyarakat beralih minat dari isu-isu politik dan sosial kini beralih kepada hiburan. Masyarakat dikatakan lebih suka membaca kisah-kisah artis sama ada dari Barat mahupun Hindi dan Indonesia maka majalah-majalah hiburan lebih popular dari majalah umum dan agama. Akibatnya, penerbitan majalah tempatan terpaksa berubah dari berbentuk agama kepada bentuk komersil dan hiburan demi “survival” mereka. (Hamedi Mohd Adnan, 2003). Umumnya, perubahan ini turut berlaku di Amerika Syarikat di mana pada mulanya, majalah diperkenalkan ia membincangkan soal-soal kesusasteraan dengan menerbitkan cerpen-cerpen dan puisi-puisi untuk bacaan umum. Perang Dunia Kedua telah menyebabkan majalah di Amerika terpaksa mengubah peranan dan tumpuan kepada bercorak nasionalisme dan propaganda. 5
  • 6. Pada ketika itu, majalah mempunyai tanggungjawab sosial kepada negara dan rakyat. Ia mempunyai satu wawasan nasional begitu juga dengan majalah tempatan di Malaysia. Jelas menunjukkan bahawa perkembangan semasa mempengaruhi majalah untuk mengubah peranan dan fokus kewartawanannya. Majalah pada waktu itu melihat diri mereka sebagai institusi sosial untuk rakyat dan negara. Bagaimanapun, kesedaran sosial ini mula pudar selepas Perang Dunia Kedua. Apabila dunia mula aman dan ketegangan politik mula reda, budaya hidup masyarakat secara keseluruhannya turut berubah. Tumpuan dunia pada waktu itu ialah reformasi dan membangunkan semula ekonomi yang teruk terjejas akibat perang. Keadaan dunia yang aman damai sebenarnya juga telah menyebabkan media dan masyarakat mula lalai. Negara terlalu ghairah dalam usaha untuk membangunkan ekonomi. Sebagai akibat, sistem ekonomi kapitalis tumbuh dengan pesat. Masyarakat semakin mengejar kebendaan (materialistic). Ahli sosiologi Richard Maisel melihat peralihan struktur masyarakat dari masyarakat industri kepada pos-perindustrian. Kesannya ialah orientasi perindustrian berubah kepada bentuk pengkhususan dan media tidak terkecuali dari mengikut arus pembangunan seperti ini. Dari majalah yang bersifat umum, majalah yang mengkhusus lebih popular dan diwujudkan untuk memenuhi citarasa masyarakat yang berbeza-beza. Ini dapat dilihat dalam majalah-majalah yang ada sama ada di Amerika Syarikat mahupun di Malaysia sendiri. Model pembangunan berasaskan sistem kapitalis telah mengubah matlamat dan peranan majalah dari sebuah institusi yang mempunyai tanggungjawab sosial kepada satu industri yang berbentuk komersil dan mementingkan keuntungan. Dulu, majalah diwujudkan kerana untuk memberi kesedaran agama dan semangat nasionalisme melalui hasil-hasil kesusasteraan kini majalah wujud bagai cendawan tumbuh kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan. Apabila satu penerbitan itu diwujudkan sebagai satu entiti perniagaan maka falsafah editorialnya akan menyentuh isu-isu yang mendapat meraih sokongan pengguna. Dalam keadaan ini, majalah mula menumpu kepada pengembangan budaya- budaya popular yang akhirnya membentuk budaya konsumerisme. 6
  • 7. Buktinya, majalah-majalah berbentuk Pengkhususan Dalaman semakin kurang dibandingkan dengan majalah-majalah yang berbentuk Pengkhususan Unit. Jumlah majalah fesyen, wanita, hiburan, berbentuk hobi lebih banyak dan diwujudkan untuk menggalakkan orang ramai supaya menumpu kepada minat masing-masing. Bagaimanapun, dalam menggalakkan orang ramai ke arah minat mereka, majalah itu turut menarik mereka kepada hal-hal yang remeh. Kemunculan majalah “Playboy” pada tahun 1953 menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iaitu mereka yang menjadi pengkritik sosial dan pelopor budaya popular. Wujudnya media yang bersifat mengkhusus seperti majalah juga telah membawa kepada pembentukan pemikiran individualistik di kalangan masyarakat yang semakin luntur kesedaran sosialnya. 1.3 Perspektif Kritikal kepada Majalah Pembentukan masyarakat yang ada sekarang yang bersifat individualistik dan tinggi nilai konsumerismenya adalah disebabkan oleh pengaruh majalah kepada masyarakat. Fenomena ini dapat diterangkan dari perspektif kritikal iaitu melalui teori kritikal ekonomi politik. Mengikut teori kritikal ekonomi politik ini faktor ekonomi menjadi penentu kepada operasi segala kegiatan di dalam masyarakat termasuk media. Majalah sebagai punca periklanan tidak terlepas dari kawalan ekonomi para pemain utama dalam pasaran ekonomi terbuka. Majalah dimiliki dan ditentukan kandungannya supaya ia dapat memberi keuntungan kepada pemilik dan pengiklan. Dalam ertikata yang lain, kandungan media seumpama komoditi yang dijual dalam pasaran. Maklumat yang disebarkan ditentukan oleh kehendak pasaran. Littlejohn (1996) berkata keadaan ini menyebabkan pemilik media akan memastikan daya saingnya tidak terjejas dengan maklumat yang tidak popular dan kritikal. Maka ia akan hanya mengekalkan kehendak orang ramai yang mahukan apa yang komersil untuk disebarkan. Kemunculan pelbagai jenis majalah yang memajukan budaya popular adalah disebabkan oleh faktor kuasa pasaran. 7
  • 8. Selain itu, analisis ke atas majalah dan kaitannya dengan kehidupan budaya masyarakat boleh dilihat dari sudut pendekatan kajian budaya (cultural studies) yang juga merupakan cabang pemikiran kritikal. Sarjana dari “the British Cultural Studies” bersama “ Centre for Contemporary Cultural Studies” di Universiti Birmingham, begitu aktif dalam kaedah penganalisaan ini. Tradisi pemikiran ini bermula dengan hujahan Richard Hoggart dan Raymond Williams dalam tahun 1950-an yang mengkaji kehidupan masyarakat British selepas Perang Dunia Kedua. (Littlejohn, 1996). Pendekatan ini berpendapat bahawa perubahan akan berlaku dalam dua cara (1) dengan mengenalpasti percanggahan yang berlaku dalam masyarakat, kesepakatan yang akan membawa kepada perubahan positif (2) menyediakan penafsiran yang akan meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap proses pendominasian dan segala perubahan yang dikehendaki. -- Pendekatan ini bermula dengan melihat bagaimana sesuatu budaya itu dihasilkan dalam proses pengeluaran. -- Pada mereka budaya ialah (1) pandangan umum yang digunakan oleh masyarakat dalam menangani cara hidup mereka (2) amalan hidup yang dianuti oleh masyarakat yang menentukan cara hidup mereka secara fisikal. (Littlejohn, 1996). Ia bermula dengan andaian bahawa media mempunyai fungsi yang khas dalam mempengaruhi perkembangan budaya popular melalui maklumat yang disebarkan. “ The irony of media, especially television, is that they present the illusion of diversity and objectivity, when in fact they are clear instruments of the dominant order,” (Littlejohn, 1996 : 236) Ini kerana proses penghasilan maklumat boleh dilihat dari sudut enkod dan dekod makna mesej oleh pengeluar maklumat kepada penerima maklumat. Pendekata, majalah sebagai salah satu media yang lebih menyerlah peranannya sebagai “industri budaya” atau alat penghasilan budaya menyajikan nilai budaya dan pandangan golongan atasan kepada pembaca. Walaupun, tidak semua makna mesej yang disebarkan dikongsikan bersama dengan para pembaca namun akhirnya pembaca akan akur kepada pandangan dominan yang disebarkan melalui majalah kerana institusi sosial lain (sekolah, keluarga) turut menyampaikan pandangan yang sama. Dalam keadaan di mana masyarakat lebih menerima pandangan persekitaran maka mereka tidak akan bersetuju dengan nilai yang disebarkan oleh majalah tetapi sekiranya keadaan sebaliknya berlaku maka masyarakat akan lebih cenderung meniru apa yang disebarkan oleh media. 8
  • 9. Soalnya, sekarang ialah ke arah masyarakat kita kini berada. Apakah yang menjadi landasan hidup mereka pada masa kini? Semua ini mencerminkan tahap budaya mereka pada masa ini. Kemunculan majalah-majalah yang memaparkan kehidupan moden bagi golongan muda boleh dikatakan sebagai usaha menghasilkan budaya popular dan konsumerism kepada pembaca. Berbanding media yang lain, majalah dan televisyen merupakan media-massa yang banyak menyebar budaya popular dan konsumerisme. Ia merupakan media pilihan para pengiklan kerana ia merupakan media tampak yang mana produk lebih dapat dipasarkan melalui kedua-dua media. Seterusnya, di sinilah terletaknya tumpuan masyarakat yang merupakan sasaran pasaran utama para industri. Menurut Raymond Williams, budaya merangkumi makna dan amalan hidup yang diamalkan oleh masyarakat biasa. “ Culture does not float free of the material conditions of life; on the contrary, for Williams, ‘whatever purposes cultural practice may serve, its means of production are always unarguably material’ (Williams, 1981 :87)” (Barker, Chris, 2000 : 41). Namun, pembentukan budaya yang ada sekarang harus dilihat dari konteks cara penghasilan itu dibuat. Dalam konteks kehidupan sekarang, penghasilan budaya yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa (pemerintah/pemilik modal/media) adalah berasaskan faktor kebendaan dan ekonomi. Sebab itu, segala maklumat mengenai cara hidup dan amalan hidup kita semuanya berkait dengan imej, stail dan memiliki barang-barang tertentu yang sebenarnya mewujudkan masyarakat konsumerisme. Rangkaian Proses Yang Berlaku Mengikut “Materialisme Budaya” oleh Raymond Williams. 9
  • 10. Superstructure (Kuasa atas kaedah pengeluaran) (Media i.e. majalah) Budaya/ Seni (disebarkan melalui artikel, iklan) Masyarakat Penafsiran = Amalan Hidup (Konsumerism) KESIMPULAN 10
  • 11. -- Ramai yang mungkin tidak dapat menerima hujahan sarjana dari aliran kritikal dan menganggap bahawa masyarakat mempunyai mekanismenya tersendiri dalam menangkis pengaruh konsumerisme dalam majalah. -- Namun, proses pembudayaan itu tidaklah semudah yang ditafsirkan. Menurut Williams, sungguhpun masyarakat boleh bersandarkan kepada faktor latarbelakang, pendidikan dan institusi sosial yang lain untuk membentuk budaya mereka tetapi institusi-institusi ini juga menyokong pandangan dominant. Media hanya memperkukuhkan sahaja apa yang sudah berlaku dalam masyarakat. -- Bagaimanapun, media seperti majalah menjadi sasaran kritikan kerana ia berperanan sebagai menyebarkan maklumat tersebut di samping mempromosikan lagi pandangan dominant. -- Sememangnya, masyarakat tidak akan berkongsi makna maka mereka akan berkonflik dengan apa yang disampaikan. Bibliografi 11
  • 12. 1. Barker, Chris (2000). Cultural Studies. Theory and Practice. London : Sage Publications. 2. Defleur, Melvin dan Everette E. Dennis (1996). Understanding Mass Communication : USA : Houghton Mifflin. 3. Hamedi Mohd Adnan (2002). Penerbitan Majalah di Malaysia. Isu-isu dan Cabaran. Shah Alam : Karisma Publications Sdn Bhd 4. Littlejohn, Stephen W. (1996). Theories of Human Communication. Belmont : Wadsworth Publishing Co. 5. Mohamad Md Yusoff (1993). Media dan Masyarakat. KL : DBP 12