SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Tajuk : Pengajaran Rekoder di Sekolah rendah
Oleh : Nazri Ghani
Ditulis Pada : Mei 2011
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Pendahuluan 3
2 Pemilihan Lagu 4
3 Maklumat Pasukan Ensembel 5
4 Senarai Semak Peralatan / Keperluan 6
5 Jadual Latihan 6
6 Proses Kerja 7
7 Gubahan Ensembel Rekoder 8
8 Refleksi 13
9 Kesimpulan 14
10 Rujukan 15
11 Skor Gubahan Rekoder Lagu ’Wau Bulan’
1
1. Pendahuluan
Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah
bertujuan memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Menurut PPK Kementerian
Pelajaran Malaysia ( 2003 ), selain memberi pengalaman muzikal, pembelajaran rekoder
juga dapat mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal. Sejak
KBSR diperkenalkan, penggunaan rekoder dalam subjek Pendidikan Muzik terus diberi
keutamaan dan diperkasakan melalui aktiviti bercorak pertandingan sama ada di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Namun, tidak semua sekolah dapat mengetengahkan kumpulan rekoder sekolah
masing-masing akibat kekurangan kemahiran dalam kalangan guru muzik dan
kemampuan membuat gubahan skor bagi persembahan ensembel rekoder. Ini ditambah
lagi dengan promosi berkaitan pertandingan yang dianggap lemah dan gagal diwar-
warkan ke seluruh sekolah terutama di peringkat daerah. Seringkali juga, pihak
pemilihan di peringkat daerah memilih sekolah tertentu untuk mewakili daerah kerana
ingin menjimatkan kos bagi menganjurkan pertandingan peringkat daerah.
Jika membuat carian di youtube misalnya, tidak banyak memaparkan kumpulan
ensembel rekoder dari negara ini dan ini menyukarkan guru-guru muzik khususnya
membuat perbandingan dan mengambil contoh terbaik daripada video yang dimuat
turun. Namun begitu video bertajuk Gosnells Primary School Recorder Ensemble,
Pasiber 4 altos sonata --- Canon Recorder Ensemble, Carol of the Birds dan The Sylph
Air boleh dimuat turun dari laman youtube untuk dijadikan panduan dalam gubahan
lagu untuk persembahan ensembel rekoder.
Penggunaan rentak tradisional seperti zapin, joget, inang, masri dan asli
seharusnya terus dimurnikan dalam gubahan skor rekoder agar generasi akan terus
didedahkan dengan budaya bangsa yang menarik dan mempunyai tarikan tersendiri.
Dengan ini, kita akan mewujudkan kelainan dalam genre persembahan yang selama ini
lebih menjurus kepada lagu-lagu yang dicedok dari budaya barat contohnya ’hot cross
bun’ , ’Marionnete’, ’London Bridge’ dan sebagainya.
2
2. Pemilihan Lagu
Lagu Wau Bulan dipilih kerana corak irama yang berulang digunakan bersama
melodi. Penjarian rekoder bagi lagu ini adalah mudah di mana hanya melibatkan 4 not
sahaja iaitu penjarian not G, A, B dan D. Pemilihan lagu ini dibuat kerana murid yang
terlibat mempunyai pengalaman sedia ada mengenai melodi dan telah memainkan lagu
tersebut melalui sesi pelajaran di dalam kelas.
Lagu ini dalam tanda masa 4an dan dalam nada G major. Lagu dalam tanda masa
4an lebih mudah dimainkan dimana murid dapat mengecam detik dengan lebih baik
berbanding lagu dalam tanda masa 3an. Nilai not yang terdapat dalam irama lagu adalah
not perempat dan perlapan. Corak iramanya mudah dan digredkan secara terancang.
Lagu dalam meter 4an seperti lagu ’Wau Bulan’ amat sesuai diiringi dengan
rentak inang. Lagu ini juga adalah dalam tempo sederhana ( 80 – 100 detik seminit ).
Pengulangan corak irama dan melodi memudahkan murid mengingati dan menggunakan
pendengaran dalaman mereka dengan lebih baik.
Helen Ten Hong Beng, Kwok Kim Teck (1992), menyatakan pemilihan lagu
untuk kanak-kanak harus mempunyai ciri-ciri pendek, mudah diingati, bermakna, jelas
tepat serta dapat mendorong reaksi. Julat suara hendaklah boleh dilakukan mengikut
kemampuan murid selain ia perlu sesuai dengan kumpulan umur di samping dapat
mencerminkan persekitaran kanak-kanak. Lagu yang dipilih juga hendaklah berkualiti
dan indah dari segi estetiknya.
3
3. Maklumat Pasukan Ensembel.
Nama Kumpulan : Kumpulan Ensembel Rekoder SK Peserian.
Bilangan Ahli : 30 Orang.
Penasihat : Encik Khalidi bin Senan ( Guru Besar SK Peserian ).
Jurulatih : Encik Nazri bin Ghani.
Pembantu : Puan khalsom bt Ahmad.
Senarai Peserta
1. Ahmad Hassan Suhaimi 16. A’mmarah Amran
2. Ahmad Hussin Suhaimi 17. Farah Nur Sahira Hamdi
3. Muhd Nur Adli Azrenkefly 18. Nor Azlina Othman
4. Muhd Nur Azri Azrenkefly 19. Nur Ain Farhannie Mohd Sabari.
5. Muhd Safwan Sahak 20. Nur Fasehah Baharuddin
6. Khairul Nazmi Zakaria 21. Nurul Adlina Ashikin Sohari
7. Muhd Adib Aris 22. Siti Aisyah Ahmad Zairi
8. Muhd Amalhakimi Abu Bakar 23. Mohd Izwan Azhar
9. Muhd Syamim Nor Azman 24. Nor Ain Abd Kahhar
10. Muhd Hilman Aris 25. Nuraini Sofea Azami
11. Muhd Ammar Khairuddin 26. Intan Syafina Nor
Effendee
12. Muhd Syahmi Arif Ismail 27. Siti Anis Afiqah Mohd Bukhari
13. Muhd Taqiuddin Masri 28. Siti Nor Syuhadah Suradi.
14. Iskandar Asyraf Md Khairi 29. Nur Amirah Hashim
15. Muhd Amir Farhan Abd Ghafar 30. Noraini Hamly
4
4. Senarai Semak Peralatan / Keperluan.
Bil Alatan Jumlah
1 Rekoder 25
2 Dram Bes 1
3 Dram Getar 1
4 Wood Block 1
5 Tamborin 1
6 Melodian 2
7 Skor Stand 2
8 Dram Stand 1
9 Bongo 1
5. Jadual Latihan
Tarikh Hari Masa Aktiviti
01.06.2011 Rabu 8.30 – 10.30 pg Pemilihan ahli kumpulan ensembel
rekoder.
04.06.2011 Sabtu 8.30 – 10.30 pg Surat Kebenaran ibu-bapa / Jadual
latihan.
08.06.2011 Rabu 8.30 – 10.30 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder.
11.06.2011 Sabtu 8.30 – 10.30 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder.
14.06.2011 Selasa 9.15 – 10.15 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder.
15.06.2011 Rabu 9.15 – 10.15 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder.
21.06.2011 Selasa 9.15 – 10.15 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder.
22.06.2011 Rabu 9.15 – 10.15 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder.
28.06.2011 Selasa 9.15 – 10.15 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder
29.06.2011 Rabu 9.15 – 10.15 pg Latihan ensembel rekoder / iringan.
05.07.2011 Selasa 9.15 – 10.15 pg Latihan ensembel rekoder / iringan.
06.07.2011 Rabu 9.15 – 10.15 pg Latihan ensembel rekoder / iringan.
07.07.2011 Khamis 9.15 – 10.15 pg Latihan ensembel rekoder / iringan.
08.07.2011 Jumaat 10.35 – 11.05 pg Rakaman video persembahan.
5
6. Proses Kerja.
Bagi menyiapkan tugasan ini, saya berbincang dengan rakan-rakan sekuliah
melalui perbualan telefon. Seterusnya, saya telah merujuk buku-buku berkaitan gubahan
lagu dan rekoder yang terdapat dalam pasaran dan simpanan peribadi. Modul digunakan
sebagai bahan rujukan utama dalam menyiapkan tugasan tersebut. Saya telah memilih
sebuah lagu rakyat iaitu lagu ’Wau Bulan’. Analisa skor telah dilakukan sama ada lagu
yang dipilih bersesuaian dengan rekoder ensembel yang akan digubah.
Carian internet dilakukan bagi mencari gubahan lagu tradisional dalam format
midi. Lagu yang telah dimuat turun kemudiannya dianalisa menggunakan perisian Encore
yang dapat memaparkan gubahan lagu tersebut secara keseluruhan dalam skor yang
lengkap serta alat muzik yang digunakan. Contoh-contoh gubahan tersebut dijadikan asas
dalam gubahan rekoder ensembel agar bersesuaian dengan tahap murid yang terlibat
dalam kumpulan tersebut.
Walaupun tiada lawatan dilakukan di sekolah lain bagi menyempurnakan tugasan,
saya telah memuat turun video ensembel rekoder yang terdapat di internet untuk
dijadikan asas dan ’benchmark’ kepada persembahan yang bakal dilakukan oleh
kumpulan ensembel rekoder sekolah saya. Video tersebut termasuklah dari pertandingan
rekoder peringkat negeri, Gosnells Primary School Recorder Ensemble, The Simpson
recorder Ensemble dan sebagainya. Video tersebut diperolehi melalui laman web youtube
telah dijadikan rujukan dalam mendapatkan gambaran rakaman yang hendak dilakukan.
Jadual latihan dan senarai semak telah disediakan bagi melicinkan tugasan ini
agar menepati masa yang telah ditetapkan. Pemilihan murid telah dibuat berpandukan
aktiviti yang dijalankan dalam kelas formal dimana hanya murid yang mempunyai
kemahiran penjarian dan tiupan yang mantap sahaja dipilih bagi projek ini.
Murid yang dipilih telah dimaklumkan tentang jadual latihan dan diberikan skor
lagu ‘Wau Bulan’ yang belum dibuat gubahan alat muzik yang lain. Tempoh dua minggu
diberikan agar murid memahirkan penjarian dan tiupan berpandukan skor yang diberikan.
6
Latihan bersama skor gubahan ensembel rekoder kemudiannya dilakukan dalam jangka
masa tiga minggu sebelum persembahan sebenar dilakukan.
Murid-murid telah dikumpulkan kepada enam kumpulan iaitu :
a. Kumpulan Soprano 1 (Melodi Asas).
b. Kumpulan Soprano 2
c. Kumpulan Soprano 3
d. Kumpulan Perkusi (rentak / detik)
e. Kumpulan Melodian (Kod iringan)
f. Glokenspiel (intro, solo, ending)
Teknik latih tubi digunakan bagi memantapkan penjarian dan tiupan rekoder serta
muzik iringan yang lain. Penekanan diberi dalam aspek tempo, dinamik dan
keseimbangan bunyi yang dihasilkan. Semangat kerjasama berkumpulan diterapkan agar
persembahan yang bakal dibuat benar-benar menepati objektif yang disasarkan.
Murid yang dipilih sentiasa diingatkan agar mematuhi jadual latihan, disiplin serta
etika sebelum, semasa dan selepas persembahan. Rakaman akhir telah dijadualkan pada
08 Julai 2011 di Dewan Maju Jaya, SK Peserian, Semerah, Batu Pahat. Rakaman tersebut
seterusnya disimpan dalam bentuk CD dan dihantar sebagai bahan lampiran tugasan.
7. Gubahan Ensembel Rekoder.
Menurut Mastor Jarkaseh (1994), gubahan lagu boleh dilakukan mengikut tahap-
tahap bergantung kepada golongan pendengar, penyanyi atau tujuan sesuatu lagu tersebut
digubah. Lima aspek asas dalam menggubah sebuah skor persembahan rekoder ialah :
a. Pemilihan rentak.
b. Pemilihan Kod-kod iringan.
c. Gubahan nada lagu.
d. Mencipta permulaan ( intro ) dan penamat ( ending ).
e. Menyusun bentuk atau ulangan rangkap-rangkap lagu.
7
7.1 Soprano 1 (Melodi Asas)
Seramai 10 orang murid telah dipilih bagi memainkan melodi asas lagu
’Wau Bulan”. Melodi asas ini dimainkan oleh kumpulan soprano 1 sebanyak 2
kali iaitu selepas intro dan solo sebelum ulangan kedua.
7.2 Soprano 2 (Ostinato Melodi)
Seramai 5 Orang murid meniup rekoder berpandukan ostinato melodi
yang telah dipilih. Kumpulan ini mengiringi soprano 1 berpandukan skor yang
diberikan.
7.3 Melodian (Kod Lagu)
Kumpulan ini telah dihadkan kepada 2 orang murid sahaja di mana setiap
murid diberikan tugas meniup membunyikan kod lagu mengikut corak irama
berikut :
Keratan kod iringan lagu ’Wau Bulan’
7.4 Kumpulan Iringan perkusi.
7.4.1 Glokenspiel - Ditugaskan untuk memainkan intro, solo dan ending.
- 2 pemain melodian.
7.4.2 Bongo - memainkan rentak inang.
- seorang pemain bongo.
7.4.3 Dram Samping / Bes - memainkan rentak inang.
- seorang pemain sahaja untuk 2 alat.
7.4.4 Tamborin - membunyikan not kuaver ( 8 bagi setiap bar ).
8
7.4.5 Wood Block - membunyikan detik.
7. Kaedah Pengajaran dan Pelaksanaan.
Keratan skor perkusi lagu ’Wau Bulan’
Sebelum latihan tiupan rekoder dilakukan, murid terlebih dahulu didedahkan
dengan lagu ’Wau Bulan’. Murid diajar menyanyikan lagu tersebut dengan dan tanpa
iringan. Ini selaras dengan prinsip pengajaran muzik Kodaly. Pada asasnya pendekatan
Kodaly merupakan kaedah yang sistematik untuk mengajar konsep dan kemahiran muzik.
Kaedah vokal sejajar dengan falsafah Kodaly iaitu ’A musical culture that has real dept
must always be founded singing’. Nyanyian dapat menyediakan asas dan seterusnya
meningkatkan pembelajaran instrumental.
Setelah murid boleh menyanyi dengan baik, paparan skor lagu ditunjukkan
kepada murid yang terlibat. Mereka kemudiannya diminta menepuk corak irama
berpandukan skor seterusnya menyebut ’tu’ mengikut melodi dan irama lagu tersebut.
Setelah yakin, murid dilatih untuk mengecam not dan nilainya dan pic yang perlu
dimainkan. Tempat yang dibenarkan mengambil nafas juga ditandakan di skor bagi
memudahkan murid semasa meniup keseluruhan lagu tersebut.
Seterusnya, murid melakukan penjarian not secara latih tubi hingga mereka benar-
benar dapat meniup lagu dengan yakin, tepat dan mengikut tempo. Penguasaan melodi
9
asas akan membantu murid dalam aktiviti berikutnya dengan lebih baik. Ahli kumpulan
telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu kumpulan soprano 1, soprano 2, soprano 3,
melodian dan perkusi iringan.
Latihan berkumpulan dijalankan bagi memudahkan murid menguasai skor
gubahan mengikut yang dirancang. Latihan ini juga dapat membantu perkembangan rasa
organisasi muzikal seperti yang dinyatakan dalam matlamat pendekatan Carl Orff.
Keadaan ini juga mewujudkan budaya musical independence dalam kalangan ahli
kumpulan yang terlibat.
Langkah selanjutnya ialah menggabungkan kumpulan-kumpulan tersebut
membentuk satu organisasi ensembel rekoder yang lengkap. Skor gubahan telah
diperdengarkan kepada semua ahli kumpulan menggunakan perisian Encore. Perisian ini
memudahkan guru untuk menunjukkan gubahan yang disediakan untuk setiap kumpulan
dan keseluruhan persembahan.
Gabungan permainan dalam ensembel tersebut dirakamkan untuk dibuat
penelitian oleh ahli kumpulan dan membuat pembetulan dalam sebarang kesilapan yang
telah dilakukan. Unsur-unsur dinamik tidak dimasukkan dalam gubahan kerana
memerlukan latihan yang lebih teliti dan berkesan. Namun begitu, keperluan untuk
memainkan alat muzik dalam tempo yang betul dititikberatkan di samping penjarian not
serta tiupan rekoder yang kemas agar terhasilnya ton yang baik melalui persembahan
tersebut.
Bagi mengawal keseimbangan bunyi susunan peserta ensembel dilakukan dengan
teliti dan dibuat beberapa penyesuaian. Ini dapat membantu ke arah sebuah persembahan
yang bermutu di mana campuran ton alat muzik mewujudkan harmoni yang menarik dan
memuaskan hati pendengar. Berikut adalah susunan ahli kumpulan ensembel rekoder
yang dilaksanakan.
10
6
7
7
9
4
5
3
1
2
8
7
1
0
Keterangan : 1. Melodian. 6. Dram samping / bes.
2. Glokenspiel. 7. Woodblock.
3. Soprano 1. 8. Tamborin.
4. Soprano 2. 9. Bongo.
5. Soprano 3. 10. konduktor.
Etika persembahan diterapkan dalam diri murid kerana disiplin dan etika
persembahan merupakan antara faktor kejayaan sesebuah persembahan. Setiap ahli
diingatkan agar mematuhi disiplin persembahan iaitu sebelum, semasa dan selepas
persembahan. Pemilihan ahli dalam kalangan murid tahun 4 dan 5 membantu
memudahkan pengurusan di mana murid tersebut tidak terlibat dengan kelas peperiksaan
UPSR. Ini memberi ruang untuk latihan secara intensif sebelum persembahan dan
rakaman yang dibuat.
Seorang ketua dalam kalangan murid telah dilantik sebagai penghubung
maklumat antara jurulatih dan ahli kumpulan. Murid dipastikan memahami apa yang
dikehendaki dan matlamat akhir latihan seterusnya menunjukkan persembahan yang
mantap. Latihan secara individu digalakkan bagi memahirkan murid dalam aktiviti
penjarian dan pembacaan notasi.
8. Refleksi.
Bagi menyiapkan tugasan ini, sebuah skor ensembel telah digubah. Kemahiran
berkaitan teori muzik amat diperlukan bagi membuat gubahan skor yang baik. Kreativiti
guru yang terlibat boleh menentukan sama ada gubahan tersebut dipersembahkan dengan
menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Walaupun saya kurang berpuashati
dengan gubahan yang dibuat, usaha tetap diteruskan bagi memantapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran khusus muzik agar lebih memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran termasuk memberi pengalaman muzikal melalui persembahan pentas.
11
Rakaman yang dibuat menggunakan kamera digital Sony L4000 kurang
memuaskan dari segi kualiti gambar dan suara. Oleh itu penggunaan kamera video
sebenar perlu digunakan untuk rakaman akan datang. Kawalan murid juga perlu
dipertingkatkan agar mereka benar-benar mengamalkan disiplin yang tinggi semasa
latihan hingga ke peringkat persembahan.
Kegagalan murid mematuhi disiplin latihan dan arahan guru menyebabkan
persembahan yang dilakukan tidak memenuhi matlamat yang disasarkan. Susun atur
peserta persembahan perlu diperkemaskan supaya imbangan bunyi alatan muzik akan
lebih jelas, jitu dan menarik minat audien yang menyaksikan persembahan.
Murid harus terus diberikan motivasi dimana kata pujian dan penghargaan secara
langsung dapat meningkatkan semangat murid untuk berlatih dengan lebih tekun dan
memberi tumpuan dalam sesi latihan yang diadakan. Sebarang kesilapan hendaklah
diperbetulkan dengan segera agar ia tidak mencacatkan keseluruhan persembahan.
9. Kesimpulan
Rekoder merupakan alat muzik yang diajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah untuk memberi pengalaman muzikal. Rekoder menjadi
pilihan kebanyakkan negara untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
rekoder senang dipelajari dan harganya murah.
Rekoder telah diperkenalkan ke sekolah- sekolah sejak pelaksanaan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Muzik pada tahun
1983. Pembelajaran Muzik secara formal dengan menggunakan rekoder kepada murid
Tahap 2 telah bermula pada tahun 1986. Pertandingan disyorkan sebagai satu aktiviti
sokongan dan pengukuhan kepada aktiviti di bilik darjah (kurikulum) di samping dapat
mencungkil bakat pelajar dalam permainan alat. lanya sebagai alternatif bagi
pertandingan yang sedia ada.
12
Oleh itu guru muzik perlu meningkatkan kemahiran berkaitan gubahan, alat
muzik, dan sebagainya. Rakan-rakan yang telah lama berkecimpung dalam bidang muzik
boleh dirujuk jika kita menghadapi masalah. Perkongsian maklumat membolehkan guru-
guru meningkatkan nilai sahsiah mereka ke arah pengajaran yang lebih positif dan
berkesan. Guru muzik perlu mempertahankan kesinambungan mereka dalam aliran
pendidikan negara. Aktiviti yang menonjolkan kesan pengajaran dan pembelajaran muzik
dalam kalangan murid hendaklah digalakkan melalui penyertaan dalam aktiviti sekolah
yang lain. Kegiatan muzik di sekolah haruslah dipastikan sentiasa ‘hidup’ agar ia dapat
menarik penyertaan khalayak dan sokongan masyarakat serta pembuat dasar seterusnya
memberi kesedaran tentang kepentingan mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah.
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai satu pilihan
aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial
khususnya di kalangan generasi muda. Muzik dapat memberi penekanan ke arah
pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai
sosialisasi, estetika dan etika juga sebagai pengerak minda untuk berfikir dengan lebih
aktif ke arah peningkatan diri. Penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen
dan disiplin diri yang tinggi. Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar sekali gus
membina keyakinan kental dalam diri.
13
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Chesire Goh, C.F. Wong, H.M Phang. Pendidikan Muzik KBSR Tahun 3. Kajang : Unik
Didik Sdn Bhd.
Haji Abu Hassan bin Haji Ali (2000). Latihan Permainan Rekoder, Melodian dan Kibod
Kecil Untuk Sekolah Rendah. Petaling Jaya : Pustaka Akademik.
Janet Yong Yoke Fah, Barnitus Loo (1994). Mari Bergembira Dengan rekoder
Berasaskan Pendekatan Zoltan Kodaly. Bayan Lepas : Penerbit Muzikal.
Mastor Jarkaseh (1994). Bermain Gitar – Aspek Melodi Iringan dan Gubahan. Pulau
Pinang : Rhythm MP Sdn Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Buku Sumber Pendidikan Muzik KBSR. Kuala
Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
14

More Related Content

What's hot

Elemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&pElemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&pnoreenrudy
 
rph minggu orentasi
rph minggu orentasirph minggu orentasi
rph minggu orentasiFida Fy
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakanguest4b329ff
 
Rancangan pengajaran harian_krt_3013_converted
Rancangan pengajaran harian_krt_3013_convertedRancangan pengajaran harian_krt_3013_converted
Rancangan pengajaran harian_krt_3013_convertedIsma Azizie Ismail
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Amran Aris
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokkopimis
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanEzzatul Nadeera Idris
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikAmran Aris
 
Penggunaan Alat perkusi dalam PNP Prasekolah
Penggunaan Alat perkusi dalam PNP PrasekolahPenggunaan Alat perkusi dalam PNP Prasekolah
Penggunaan Alat perkusi dalam PNP PrasekolahNur Farhanie
 
Rph muzik
Rph muzikRph muzik
Rph muzikizzall
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANnoor izieyana
 

What's hot (20)

Asas pengetahuan muzik
Asas pengetahuan muzikAsas pengetahuan muzik
Asas pengetahuan muzik
 
Modul rekoder
Modul rekoderModul rekoder
Modul rekoder
 
Alat perkusi
Alat perkusiAlat perkusi
Alat perkusi
 
Elemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&pElemen muzik dalam p&p
Elemen muzik dalam p&p
 
Asas muzik
Asas muzikAsas muzik
Asas muzik
 
Muzik KBSM_Tekstur
Muzik KBSM_TeksturMuzik KBSM_Tekstur
Muzik KBSM_Tekstur
 
Dalcroze
DalcrozeDalcroze
Dalcroze
 
rph minggu orentasi
rph minggu orentasirph minggu orentasi
rph minggu orentasi
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakan
 
4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV
 
Rancangan pengajaran harian_krt_3013_converted
Rancangan pengajaran harian_krt_3013_convertedRancangan pengajaran harian_krt_3013_converted
Rancangan pengajaran harian_krt_3013_converted
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
Kit pembelajaran sdp
Kit pembelajaran sdpKit pembelajaran sdp
Kit pembelajaran sdp
 
WAYANG KULIT
WAYANG KULITWAYANG KULIT
WAYANG KULIT
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokk
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi Muzik
 
Penggunaan Alat perkusi dalam PNP Prasekolah
Penggunaan Alat perkusi dalam PNP PrasekolahPenggunaan Alat perkusi dalam PNP Prasekolah
Penggunaan Alat perkusi dalam PNP Prasekolah
 
Rph muzik
Rph muzikRph muzik
Rph muzik
 
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKANKONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
KONSEP PERGERAKAN ASAS, MUZIK DAN PERGERAKAN
 

Similar to 68035926 pengajaran-rekoder-sekolah-rendah

Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.izzall
 
Panduan pengajaran muzik tahun 6
Panduan pengajaran muzik tahun 6Panduan pengajaran muzik tahun 6
Panduan pengajaran muzik tahun 6siaw ong
 
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 6
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 6Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 6
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 6SK BATANG BENAR
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.izzall
 
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 5
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 5Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 5
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 5SK BATANG BENAR
 
Panduan pengajaran muzik tahun 5
Panduan pengajaran muzik tahun 5Panduan pengajaran muzik tahun 5
Panduan pengajaran muzik tahun 5siaw ong
 
Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014
Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014
Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014izzall
 
Panduan pengajaran-dunia-muzik-tahun-3 sjkt
Panduan pengajaran-dunia-muzik-tahun-3 sjktPanduan pengajaran-dunia-muzik-tahun-3 sjkt
Panduan pengajaran-dunia-muzik-tahun-3 sjktVijaen Cool
 
Panduan pengajaran dunia muzik tahun3
Panduan pengajaran dunia muzik tahun3Panduan pengajaran dunia muzik tahun3
Panduan pengajaran dunia muzik tahun3izzall
 
Panduan pengajaran dunia muzik tahun 3
Panduan pengajaran dunia muzik tahun 3Panduan pengajaran dunia muzik tahun 3
Panduan pengajaran dunia muzik tahun 3Siti Noraihan
 
Panduan pengajaran dunia muzik thn 3
Panduan pengajaran dunia muzik thn 3Panduan pengajaran dunia muzik thn 3
Panduan pengajaran dunia muzik thn 3Nur Syima
 
Panduan pengajaran muzik tahun 3
Panduan pengajaran muzik tahun 3Panduan pengajaran muzik tahun 3
Panduan pengajaran muzik tahun 3siaw ong
 
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4SK BATANG BENAR
 
kemahiran-nyanyian-instrumental.pptx
kemahiran-nyanyian-instrumental.pptxkemahiran-nyanyian-instrumental.pptx
kemahiran-nyanyian-instrumental.pptxTeeAngel2
 
11 panduan pengajaran dunia muzik
11 panduan pengajaran dunia muzik11 panduan pengajaran dunia muzik
11 panduan pengajaran dunia muzikHaris Ismail
 
11 panduan pengajaran dunia muzik
11 panduan pengajaran dunia muzik11 panduan pengajaran dunia muzik
11 panduan pengajaran dunia muzikHaris Ismail
 
Modul pengajaran muzik tahun 1 KSSR sk, sjkt, sjkc 3 bahasa vijaen
Modul pengajaran muzik tahun 1 KSSR sk, sjkt, sjkc 3 bahasa   vijaenModul pengajaran muzik tahun 1 KSSR sk, sjkt, sjkc 3 bahasa   vijaen
Modul pengajaran muzik tahun 1 KSSR sk, sjkt, sjkc 3 bahasa vijaenVijaen Bob
 
modul pengajaran muzik tahun1
modul pengajaran muzik tahun1 modul pengajaran muzik tahun1
modul pengajaran muzik tahun1 Adila Dila
 
Panduan pengajaran muzik tahun 1
Panduan pengajaran muzik tahun 1Panduan pengajaran muzik tahun 1
Panduan pengajaran muzik tahun 1siaw ong
 

Similar to 68035926 pengajaran-rekoder-sekolah-rendah (20)

Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
 
Panduan pengajaran muzik tahun 6
Panduan pengajaran muzik tahun 6Panduan pengajaran muzik tahun 6
Panduan pengajaran muzik tahun 6
 
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 6
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 6Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 6
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 6
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
 
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
 
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 5
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 5Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 5
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 5
 
Panduan pengajaran muzik tahun 5
Panduan pengajaran muzik tahun 5Panduan pengajaran muzik tahun 5
Panduan pengajaran muzik tahun 5
 
Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014
Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014
Panduan pengajaran tahun 5 edit 5 april 2014
 
Panduan pengajaran-dunia-muzik-tahun-3 sjkt
Panduan pengajaran-dunia-muzik-tahun-3 sjktPanduan pengajaran-dunia-muzik-tahun-3 sjkt
Panduan pengajaran-dunia-muzik-tahun-3 sjkt
 
Panduan pengajaran dunia muzik tahun3
Panduan pengajaran dunia muzik tahun3Panduan pengajaran dunia muzik tahun3
Panduan pengajaran dunia muzik tahun3
 
Panduan pengajaran dunia muzik tahun 3
Panduan pengajaran dunia muzik tahun 3Panduan pengajaran dunia muzik tahun 3
Panduan pengajaran dunia muzik tahun 3
 
Panduan pengajaran dunia muzik thn 3
Panduan pengajaran dunia muzik thn 3Panduan pengajaran dunia muzik thn 3
Panduan pengajaran dunia muzik thn 3
 
Panduan pengajaran muzik tahun 3
Panduan pengajaran muzik tahun 3Panduan pengajaran muzik tahun 3
Panduan pengajaran muzik tahun 3
 
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4
Panduan pengajaran PENDIDIKAN MUZIK tahun 4
 
kemahiran-nyanyian-instrumental.pptx
kemahiran-nyanyian-instrumental.pptxkemahiran-nyanyian-instrumental.pptx
kemahiran-nyanyian-instrumental.pptx
 
11 panduan pengajaran dunia muzik
11 panduan pengajaran dunia muzik11 panduan pengajaran dunia muzik
11 panduan pengajaran dunia muzik
 
11 panduan pengajaran dunia muzik
11 panduan pengajaran dunia muzik11 panduan pengajaran dunia muzik
11 panduan pengajaran dunia muzik
 
Modul pengajaran muzik tahun 1 KSSR sk, sjkt, sjkc 3 bahasa vijaen
Modul pengajaran muzik tahun 1 KSSR sk, sjkt, sjkc 3 bahasa   vijaenModul pengajaran muzik tahun 1 KSSR sk, sjkt, sjkc 3 bahasa   vijaen
Modul pengajaran muzik tahun 1 KSSR sk, sjkt, sjkc 3 bahasa vijaen
 
modul pengajaran muzik tahun1
modul pengajaran muzik tahun1 modul pengajaran muzik tahun1
modul pengajaran muzik tahun1
 
Panduan pengajaran muzik tahun 1
Panduan pengajaran muzik tahun 1Panduan pengajaran muzik tahun 1
Panduan pengajaran muzik tahun 1
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 

Recently uploaded (14)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 

68035926 pengajaran-rekoder-sekolah-rendah

  • 1. Tajuk : Pengajaran Rekoder di Sekolah rendah Oleh : Nazri Ghani Ditulis Pada : Mei 2011 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Pendahuluan 3 2 Pemilihan Lagu 4 3 Maklumat Pasukan Ensembel 5 4 Senarai Semak Peralatan / Keperluan 6 5 Jadual Latihan 6 6 Proses Kerja 7 7 Gubahan Ensembel Rekoder 8 8 Refleksi 13 9 Kesimpulan 14 10 Rujukan 15 11 Skor Gubahan Rekoder Lagu ’Wau Bulan’ 1
  • 2. 1. Pendahuluan Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah bertujuan memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Menurut PPK Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003 ), selain memberi pengalaman muzikal, pembelajaran rekoder juga dapat mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal. Sejak KBSR diperkenalkan, penggunaan rekoder dalam subjek Pendidikan Muzik terus diberi keutamaan dan diperkasakan melalui aktiviti bercorak pertandingan sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Namun, tidak semua sekolah dapat mengetengahkan kumpulan rekoder sekolah masing-masing akibat kekurangan kemahiran dalam kalangan guru muzik dan kemampuan membuat gubahan skor bagi persembahan ensembel rekoder. Ini ditambah lagi dengan promosi berkaitan pertandingan yang dianggap lemah dan gagal diwar- warkan ke seluruh sekolah terutama di peringkat daerah. Seringkali juga, pihak pemilihan di peringkat daerah memilih sekolah tertentu untuk mewakili daerah kerana ingin menjimatkan kos bagi menganjurkan pertandingan peringkat daerah. Jika membuat carian di youtube misalnya, tidak banyak memaparkan kumpulan ensembel rekoder dari negara ini dan ini menyukarkan guru-guru muzik khususnya membuat perbandingan dan mengambil contoh terbaik daripada video yang dimuat turun. Namun begitu video bertajuk Gosnells Primary School Recorder Ensemble, Pasiber 4 altos sonata --- Canon Recorder Ensemble, Carol of the Birds dan The Sylph Air boleh dimuat turun dari laman youtube untuk dijadikan panduan dalam gubahan lagu untuk persembahan ensembel rekoder. Penggunaan rentak tradisional seperti zapin, joget, inang, masri dan asli seharusnya terus dimurnikan dalam gubahan skor rekoder agar generasi akan terus didedahkan dengan budaya bangsa yang menarik dan mempunyai tarikan tersendiri. Dengan ini, kita akan mewujudkan kelainan dalam genre persembahan yang selama ini lebih menjurus kepada lagu-lagu yang dicedok dari budaya barat contohnya ’hot cross bun’ , ’Marionnete’, ’London Bridge’ dan sebagainya. 2
  • 3. 2. Pemilihan Lagu Lagu Wau Bulan dipilih kerana corak irama yang berulang digunakan bersama melodi. Penjarian rekoder bagi lagu ini adalah mudah di mana hanya melibatkan 4 not sahaja iaitu penjarian not G, A, B dan D. Pemilihan lagu ini dibuat kerana murid yang terlibat mempunyai pengalaman sedia ada mengenai melodi dan telah memainkan lagu tersebut melalui sesi pelajaran di dalam kelas. Lagu ini dalam tanda masa 4an dan dalam nada G major. Lagu dalam tanda masa 4an lebih mudah dimainkan dimana murid dapat mengecam detik dengan lebih baik berbanding lagu dalam tanda masa 3an. Nilai not yang terdapat dalam irama lagu adalah not perempat dan perlapan. Corak iramanya mudah dan digredkan secara terancang. Lagu dalam meter 4an seperti lagu ’Wau Bulan’ amat sesuai diiringi dengan rentak inang. Lagu ini juga adalah dalam tempo sederhana ( 80 – 100 detik seminit ). Pengulangan corak irama dan melodi memudahkan murid mengingati dan menggunakan pendengaran dalaman mereka dengan lebih baik. Helen Ten Hong Beng, Kwok Kim Teck (1992), menyatakan pemilihan lagu untuk kanak-kanak harus mempunyai ciri-ciri pendek, mudah diingati, bermakna, jelas tepat serta dapat mendorong reaksi. Julat suara hendaklah boleh dilakukan mengikut kemampuan murid selain ia perlu sesuai dengan kumpulan umur di samping dapat mencerminkan persekitaran kanak-kanak. Lagu yang dipilih juga hendaklah berkualiti dan indah dari segi estetiknya. 3
  • 4. 3. Maklumat Pasukan Ensembel. Nama Kumpulan : Kumpulan Ensembel Rekoder SK Peserian. Bilangan Ahli : 30 Orang. Penasihat : Encik Khalidi bin Senan ( Guru Besar SK Peserian ). Jurulatih : Encik Nazri bin Ghani. Pembantu : Puan khalsom bt Ahmad. Senarai Peserta 1. Ahmad Hassan Suhaimi 16. A’mmarah Amran 2. Ahmad Hussin Suhaimi 17. Farah Nur Sahira Hamdi 3. Muhd Nur Adli Azrenkefly 18. Nor Azlina Othman 4. Muhd Nur Azri Azrenkefly 19. Nur Ain Farhannie Mohd Sabari. 5. Muhd Safwan Sahak 20. Nur Fasehah Baharuddin 6. Khairul Nazmi Zakaria 21. Nurul Adlina Ashikin Sohari 7. Muhd Adib Aris 22. Siti Aisyah Ahmad Zairi 8. Muhd Amalhakimi Abu Bakar 23. Mohd Izwan Azhar 9. Muhd Syamim Nor Azman 24. Nor Ain Abd Kahhar 10. Muhd Hilman Aris 25. Nuraini Sofea Azami 11. Muhd Ammar Khairuddin 26. Intan Syafina Nor Effendee 12. Muhd Syahmi Arif Ismail 27. Siti Anis Afiqah Mohd Bukhari 13. Muhd Taqiuddin Masri 28. Siti Nor Syuhadah Suradi. 14. Iskandar Asyraf Md Khairi 29. Nur Amirah Hashim 15. Muhd Amir Farhan Abd Ghafar 30. Noraini Hamly 4
  • 5. 4. Senarai Semak Peralatan / Keperluan. Bil Alatan Jumlah 1 Rekoder 25 2 Dram Bes 1 3 Dram Getar 1 4 Wood Block 1 5 Tamborin 1 6 Melodian 2 7 Skor Stand 2 8 Dram Stand 1 9 Bongo 1 5. Jadual Latihan Tarikh Hari Masa Aktiviti 01.06.2011 Rabu 8.30 – 10.30 pg Pemilihan ahli kumpulan ensembel rekoder. 04.06.2011 Sabtu 8.30 – 10.30 pg Surat Kebenaran ibu-bapa / Jadual latihan. 08.06.2011 Rabu 8.30 – 10.30 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder. 11.06.2011 Sabtu 8.30 – 10.30 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder. 14.06.2011 Selasa 9.15 – 10.15 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder. 15.06.2011 Rabu 9.15 – 10.15 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder. 21.06.2011 Selasa 9.15 – 10.15 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder. 22.06.2011 Rabu 9.15 – 10.15 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder. 28.06.2011 Selasa 9.15 – 10.15 pg Latihan penjarian / tiupan rekoder 29.06.2011 Rabu 9.15 – 10.15 pg Latihan ensembel rekoder / iringan. 05.07.2011 Selasa 9.15 – 10.15 pg Latihan ensembel rekoder / iringan. 06.07.2011 Rabu 9.15 – 10.15 pg Latihan ensembel rekoder / iringan. 07.07.2011 Khamis 9.15 – 10.15 pg Latihan ensembel rekoder / iringan. 08.07.2011 Jumaat 10.35 – 11.05 pg Rakaman video persembahan. 5
  • 6. 6. Proses Kerja. Bagi menyiapkan tugasan ini, saya berbincang dengan rakan-rakan sekuliah melalui perbualan telefon. Seterusnya, saya telah merujuk buku-buku berkaitan gubahan lagu dan rekoder yang terdapat dalam pasaran dan simpanan peribadi. Modul digunakan sebagai bahan rujukan utama dalam menyiapkan tugasan tersebut. Saya telah memilih sebuah lagu rakyat iaitu lagu ’Wau Bulan’. Analisa skor telah dilakukan sama ada lagu yang dipilih bersesuaian dengan rekoder ensembel yang akan digubah. Carian internet dilakukan bagi mencari gubahan lagu tradisional dalam format midi. Lagu yang telah dimuat turun kemudiannya dianalisa menggunakan perisian Encore yang dapat memaparkan gubahan lagu tersebut secara keseluruhan dalam skor yang lengkap serta alat muzik yang digunakan. Contoh-contoh gubahan tersebut dijadikan asas dalam gubahan rekoder ensembel agar bersesuaian dengan tahap murid yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Walaupun tiada lawatan dilakukan di sekolah lain bagi menyempurnakan tugasan, saya telah memuat turun video ensembel rekoder yang terdapat di internet untuk dijadikan asas dan ’benchmark’ kepada persembahan yang bakal dilakukan oleh kumpulan ensembel rekoder sekolah saya. Video tersebut termasuklah dari pertandingan rekoder peringkat negeri, Gosnells Primary School Recorder Ensemble, The Simpson recorder Ensemble dan sebagainya. Video tersebut diperolehi melalui laman web youtube telah dijadikan rujukan dalam mendapatkan gambaran rakaman yang hendak dilakukan. Jadual latihan dan senarai semak telah disediakan bagi melicinkan tugasan ini agar menepati masa yang telah ditetapkan. Pemilihan murid telah dibuat berpandukan aktiviti yang dijalankan dalam kelas formal dimana hanya murid yang mempunyai kemahiran penjarian dan tiupan yang mantap sahaja dipilih bagi projek ini. Murid yang dipilih telah dimaklumkan tentang jadual latihan dan diberikan skor lagu ‘Wau Bulan’ yang belum dibuat gubahan alat muzik yang lain. Tempoh dua minggu diberikan agar murid memahirkan penjarian dan tiupan berpandukan skor yang diberikan. 6
  • 7. Latihan bersama skor gubahan ensembel rekoder kemudiannya dilakukan dalam jangka masa tiga minggu sebelum persembahan sebenar dilakukan. Murid-murid telah dikumpulkan kepada enam kumpulan iaitu : a. Kumpulan Soprano 1 (Melodi Asas). b. Kumpulan Soprano 2 c. Kumpulan Soprano 3 d. Kumpulan Perkusi (rentak / detik) e. Kumpulan Melodian (Kod iringan) f. Glokenspiel (intro, solo, ending) Teknik latih tubi digunakan bagi memantapkan penjarian dan tiupan rekoder serta muzik iringan yang lain. Penekanan diberi dalam aspek tempo, dinamik dan keseimbangan bunyi yang dihasilkan. Semangat kerjasama berkumpulan diterapkan agar persembahan yang bakal dibuat benar-benar menepati objektif yang disasarkan. Murid yang dipilih sentiasa diingatkan agar mematuhi jadual latihan, disiplin serta etika sebelum, semasa dan selepas persembahan. Rakaman akhir telah dijadualkan pada 08 Julai 2011 di Dewan Maju Jaya, SK Peserian, Semerah, Batu Pahat. Rakaman tersebut seterusnya disimpan dalam bentuk CD dan dihantar sebagai bahan lampiran tugasan. 7. Gubahan Ensembel Rekoder. Menurut Mastor Jarkaseh (1994), gubahan lagu boleh dilakukan mengikut tahap- tahap bergantung kepada golongan pendengar, penyanyi atau tujuan sesuatu lagu tersebut digubah. Lima aspek asas dalam menggubah sebuah skor persembahan rekoder ialah : a. Pemilihan rentak. b. Pemilihan Kod-kod iringan. c. Gubahan nada lagu. d. Mencipta permulaan ( intro ) dan penamat ( ending ). e. Menyusun bentuk atau ulangan rangkap-rangkap lagu. 7
  • 8. 7.1 Soprano 1 (Melodi Asas) Seramai 10 orang murid telah dipilih bagi memainkan melodi asas lagu ’Wau Bulan”. Melodi asas ini dimainkan oleh kumpulan soprano 1 sebanyak 2 kali iaitu selepas intro dan solo sebelum ulangan kedua. 7.2 Soprano 2 (Ostinato Melodi) Seramai 5 Orang murid meniup rekoder berpandukan ostinato melodi yang telah dipilih. Kumpulan ini mengiringi soprano 1 berpandukan skor yang diberikan. 7.3 Melodian (Kod Lagu) Kumpulan ini telah dihadkan kepada 2 orang murid sahaja di mana setiap murid diberikan tugas meniup membunyikan kod lagu mengikut corak irama berikut : Keratan kod iringan lagu ’Wau Bulan’ 7.4 Kumpulan Iringan perkusi. 7.4.1 Glokenspiel - Ditugaskan untuk memainkan intro, solo dan ending. - 2 pemain melodian. 7.4.2 Bongo - memainkan rentak inang. - seorang pemain bongo. 7.4.3 Dram Samping / Bes - memainkan rentak inang. - seorang pemain sahaja untuk 2 alat. 7.4.4 Tamborin - membunyikan not kuaver ( 8 bagi setiap bar ). 8
  • 9. 7.4.5 Wood Block - membunyikan detik. 7. Kaedah Pengajaran dan Pelaksanaan. Keratan skor perkusi lagu ’Wau Bulan’ Sebelum latihan tiupan rekoder dilakukan, murid terlebih dahulu didedahkan dengan lagu ’Wau Bulan’. Murid diajar menyanyikan lagu tersebut dengan dan tanpa iringan. Ini selaras dengan prinsip pengajaran muzik Kodaly. Pada asasnya pendekatan Kodaly merupakan kaedah yang sistematik untuk mengajar konsep dan kemahiran muzik. Kaedah vokal sejajar dengan falsafah Kodaly iaitu ’A musical culture that has real dept must always be founded singing’. Nyanyian dapat menyediakan asas dan seterusnya meningkatkan pembelajaran instrumental. Setelah murid boleh menyanyi dengan baik, paparan skor lagu ditunjukkan kepada murid yang terlibat. Mereka kemudiannya diminta menepuk corak irama berpandukan skor seterusnya menyebut ’tu’ mengikut melodi dan irama lagu tersebut. Setelah yakin, murid dilatih untuk mengecam not dan nilainya dan pic yang perlu dimainkan. Tempat yang dibenarkan mengambil nafas juga ditandakan di skor bagi memudahkan murid semasa meniup keseluruhan lagu tersebut. Seterusnya, murid melakukan penjarian not secara latih tubi hingga mereka benar- benar dapat meniup lagu dengan yakin, tepat dan mengikut tempo. Penguasaan melodi 9
  • 10. asas akan membantu murid dalam aktiviti berikutnya dengan lebih baik. Ahli kumpulan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu kumpulan soprano 1, soprano 2, soprano 3, melodian dan perkusi iringan. Latihan berkumpulan dijalankan bagi memudahkan murid menguasai skor gubahan mengikut yang dirancang. Latihan ini juga dapat membantu perkembangan rasa organisasi muzikal seperti yang dinyatakan dalam matlamat pendekatan Carl Orff. Keadaan ini juga mewujudkan budaya musical independence dalam kalangan ahli kumpulan yang terlibat. Langkah selanjutnya ialah menggabungkan kumpulan-kumpulan tersebut membentuk satu organisasi ensembel rekoder yang lengkap. Skor gubahan telah diperdengarkan kepada semua ahli kumpulan menggunakan perisian Encore. Perisian ini memudahkan guru untuk menunjukkan gubahan yang disediakan untuk setiap kumpulan dan keseluruhan persembahan. Gabungan permainan dalam ensembel tersebut dirakamkan untuk dibuat penelitian oleh ahli kumpulan dan membuat pembetulan dalam sebarang kesilapan yang telah dilakukan. Unsur-unsur dinamik tidak dimasukkan dalam gubahan kerana memerlukan latihan yang lebih teliti dan berkesan. Namun begitu, keperluan untuk memainkan alat muzik dalam tempo yang betul dititikberatkan di samping penjarian not serta tiupan rekoder yang kemas agar terhasilnya ton yang baik melalui persembahan tersebut. Bagi mengawal keseimbangan bunyi susunan peserta ensembel dilakukan dengan teliti dan dibuat beberapa penyesuaian. Ini dapat membantu ke arah sebuah persembahan yang bermutu di mana campuran ton alat muzik mewujudkan harmoni yang menarik dan memuaskan hati pendengar. Berikut adalah susunan ahli kumpulan ensembel rekoder yang dilaksanakan. 10 6 7 7 9 4 5 3 1 2 8 7 1 0
  • 11. Keterangan : 1. Melodian. 6. Dram samping / bes. 2. Glokenspiel. 7. Woodblock. 3. Soprano 1. 8. Tamborin. 4. Soprano 2. 9. Bongo. 5. Soprano 3. 10. konduktor. Etika persembahan diterapkan dalam diri murid kerana disiplin dan etika persembahan merupakan antara faktor kejayaan sesebuah persembahan. Setiap ahli diingatkan agar mematuhi disiplin persembahan iaitu sebelum, semasa dan selepas persembahan. Pemilihan ahli dalam kalangan murid tahun 4 dan 5 membantu memudahkan pengurusan di mana murid tersebut tidak terlibat dengan kelas peperiksaan UPSR. Ini memberi ruang untuk latihan secara intensif sebelum persembahan dan rakaman yang dibuat. Seorang ketua dalam kalangan murid telah dilantik sebagai penghubung maklumat antara jurulatih dan ahli kumpulan. Murid dipastikan memahami apa yang dikehendaki dan matlamat akhir latihan seterusnya menunjukkan persembahan yang mantap. Latihan secara individu digalakkan bagi memahirkan murid dalam aktiviti penjarian dan pembacaan notasi. 8. Refleksi. Bagi menyiapkan tugasan ini, sebuah skor ensembel telah digubah. Kemahiran berkaitan teori muzik amat diperlukan bagi membuat gubahan skor yang baik. Kreativiti guru yang terlibat boleh menentukan sama ada gubahan tersebut dipersembahkan dengan menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Walaupun saya kurang berpuashati dengan gubahan yang dibuat, usaha tetap diteruskan bagi memantapkan diri dengan kemahiran-kemahiran khusus muzik agar lebih memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran termasuk memberi pengalaman muzikal melalui persembahan pentas. 11
  • 12. Rakaman yang dibuat menggunakan kamera digital Sony L4000 kurang memuaskan dari segi kualiti gambar dan suara. Oleh itu penggunaan kamera video sebenar perlu digunakan untuk rakaman akan datang. Kawalan murid juga perlu dipertingkatkan agar mereka benar-benar mengamalkan disiplin yang tinggi semasa latihan hingga ke peringkat persembahan. Kegagalan murid mematuhi disiplin latihan dan arahan guru menyebabkan persembahan yang dilakukan tidak memenuhi matlamat yang disasarkan. Susun atur peserta persembahan perlu diperkemaskan supaya imbangan bunyi alatan muzik akan lebih jelas, jitu dan menarik minat audien yang menyaksikan persembahan. Murid harus terus diberikan motivasi dimana kata pujian dan penghargaan secara langsung dapat meningkatkan semangat murid untuk berlatih dengan lebih tekun dan memberi tumpuan dalam sesi latihan yang diadakan. Sebarang kesilapan hendaklah diperbetulkan dengan segera agar ia tidak mencacatkan keseluruhan persembahan. 9. Kesimpulan Rekoder merupakan alat muzik yang diajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk memberi pengalaman muzikal. Rekoder menjadi pilihan kebanyakkan negara untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana rekoder senang dipelajari dan harganya murah. Rekoder telah diperkenalkan ke sekolah- sekolah sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Muzik pada tahun 1983. Pembelajaran Muzik secara formal dengan menggunakan rekoder kepada murid Tahap 2 telah bermula pada tahun 1986. Pertandingan disyorkan sebagai satu aktiviti sokongan dan pengukuhan kepada aktiviti di bilik darjah (kurikulum) di samping dapat mencungkil bakat pelajar dalam permainan alat. lanya sebagai alternatif bagi pertandingan yang sedia ada. 12
  • 13. Oleh itu guru muzik perlu meningkatkan kemahiran berkaitan gubahan, alat muzik, dan sebagainya. Rakan-rakan yang telah lama berkecimpung dalam bidang muzik boleh dirujuk jika kita menghadapi masalah. Perkongsian maklumat membolehkan guru- guru meningkatkan nilai sahsiah mereka ke arah pengajaran yang lebih positif dan berkesan. Guru muzik perlu mempertahankan kesinambungan mereka dalam aliran pendidikan negara. Aktiviti yang menonjolkan kesan pengajaran dan pembelajaran muzik dalam kalangan murid hendaklah digalakkan melalui penyertaan dalam aktiviti sekolah yang lain. Kegiatan muzik di sekolah haruslah dipastikan sentiasa ‘hidup’ agar ia dapat menarik penyertaan khalayak dan sokongan masyarakat serta pembuat dasar seterusnya memberi kesedaran tentang kepentingan mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah. Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai satu pilihan aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda. Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika juga sebagai pengerak minda untuk berfikir dengan lebih aktif ke arah peningkatan diri. Penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar sekali gus membina keyakinan kental dalam diri. 13
  • 14. APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI Chesire Goh, C.F. Wong, H.M Phang. Pendidikan Muzik KBSR Tahun 3. Kajang : Unik Didik Sdn Bhd. Haji Abu Hassan bin Haji Ali (2000). Latihan Permainan Rekoder, Melodian dan Kibod Kecil Untuk Sekolah Rendah. Petaling Jaya : Pustaka Akademik. Janet Yong Yoke Fah, Barnitus Loo (1994). Mari Bergembira Dengan rekoder Berasaskan Pendekatan Zoltan Kodaly. Bayan Lepas : Penerbit Muzikal. Mastor Jarkaseh (1994). Bermain Gitar – Aspek Melodi Iringan dan Gubahan. Pulau Pinang : Rhythm MP Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Buku Sumber Pendidikan Muzik KBSR. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. 14