SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
1
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
LATIHAN PENGUKUHAN UPSR 2015
SET SATU
021 BAHASA MELAYU SJK – PEMAHAMAN
50 minit
Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif
yang telah disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawaban yang baharu.
Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.
2
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.
Soalan 1 hingga 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Pak Cik Maniam ke pejabat pos kerana __________ hendak membayar bil elektrik dan
bil air.
A. ia
B. dia
C. aku
D. beliau
2. “Puteri Asyikin sedang menunggu kepulangan kakanda __________ dari Pulau
Bertam,” kata Hang Tuah kepada Laksamana Tun Perak.
A. beta
B. patik
C. baginda
D. tuanku
3. Para pekerja Jabatan Kerja Raya sedang__________jalan yang berlubang di Kampung
Degong.
A. melapis
B. menampal
C. menimbus
D. menurap
4. Ibu __________ kain yang basah itu sebelum menyidainya di ampaian.
A. membasuh
B. memulas
C. memerah
D. memusing
5. Pegawai tentera yang berkhidmat di KemTerendak itu sungguh __________.
A. berani
B. lemah
C. takut
D. gopoh
3
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
6. Jalan __________ ke Kampung Bahagia telah dibaiki pagi tadi.
A. segera
B. baharu
C. suntuk
D. lama
7. Kawan rapat saya mendapat tawaran belajar di__________negara.
A. dekat
B. luar
C. jauh
D. dalam
8. Ketua pasukan bola baling sekolah kami bertubuh__________orangnya.
A. ringan
B. panjang
C. gempal
D. tirus
9. Banyak manfaat yang kita peroleh__________ceramah itu.
A. terhadap
B. dari
C. akan
D. daripada
10. Encik Murad berhasrat untuk belayar ke Sabah__________banyak halangan yang
terpaksa ditempuhi.
A. manakala
B. seandainya
C. meskipun
D. kecuali
11. Lokman terus bersembunyi di__________pintu rumah ketika adik mencarinya.
A. belakang
B. tengah
C. bawah
D. pinggir
4
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
12. Semua pendatang tanpa izin__________dihantar ke negara asal mereka pada bulan
depan.
A. telah
B. masih
C. belum
D. akan
13. Penulis novel itu sentiasa mencari idea-idea baharu dalam__________ceritanya.
A. hasilan
B. berhasil
C. dihasilkan
D. penghasilan
14. Pengalaman Ahmad melihat matahari terbenam di pulau itu tidak __________ olehnya.
A. tergambar
B. digambarkan
C. tergambarkan
D. menggambarkan
15. Cik Foo Mei Feng merupakan seorang __________ di Syarikat Seri Wangi. Tugasnya
adalah membantu pengurus syarikat itu.
A. jawatankuasa
B. warganegara
C. setiausaha
D. sukarela
16. Baju Jaswant Singh __________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti
mewarna.
A. serba-serbi
B. koyak-rabak
C. comot-momot
D. compang-camping
17. Bantal yang berisi _________ amat lembut sekali.
A. dedaun
B. kekabu
C. bebola
D. bebiri
5
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.
18. Posmen itu memasukkan __________ surat ke dalam peti surat di rumah Puan Chong.
A. senaskhah
B. selembar
C. sepucuk
D. selembar
19. Puan Sofiah menyikat rambut anak perempuan yang agak kusut itu supaya rapi.
Perkataan seerti bagi menyikat ialah
A. menyisir
B. mengurut
C. mengusap
D. mengikat
20. Pasukan Pahang telah menang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim yang
lalu.
Perkataan berlawan bagi menang ialah
A. tewas
B. gagal
C. kandas
D. kecewa
Soalan 21 dan soalan 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21. I Hatinya mula terbenam setelah mendengar cerita sedih itu.
II Bangkai kapal terbang itu dijumpai terbenam di dasar laut.
III Saya terpegun oleh keindahan pemandangan matahari terbenam.
IV Kakinya terbenam ke dalam lubang ketika melalui jalan berlubang-lubang itu.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
6
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
22. I Muka adik masam setelah permintaannya tidak mahu dipenuhi oleh ibu
II Liew Yen bimbang perutnya akan meragam jika memakan buah mangga muda
yang masam.
III Janganlah kamu masam hati dengan sesiapa hanya disebabkan oleh perkara yang
remeh.
IV Mak Midah terpaksa menahan geram melihat perangai anaknya yang kurang
masam itu.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
23. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Di manakah kamu bertemu dengan Pak Majid?
A. Baru sebentar tadi saya berjumpa dengannya.
B. Semasa saya bermain bola di padang.
C. Berdekatan dengan gelanggang futsal Kompleks Sukan.
D. Setelah saya berjanji untuk bertemu dengannya.
24. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah.
Amalan membaca dalam kalangan masyarakat perlulah dipupuk sejak kanak-kanak lagi.
A. Siapakah yang sepatutnya memupuk amalan membaca dalam kalangan
masyarakat?
B. Bagaimanakah kita memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat?
C. Bilakah masa yang sesuai untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan
masyarakat?
D. Mengapakah amalan membaca patut dipupuk dalam kalangan masyarakat?
Soalan 25 dan soalan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
25. Oleh sebab selalu datang lewat semasa latihan bola baling, Cikgu Rama menggugurkan
Wei Hong daripada pasukan sekolahnya.
A. Cikgu Rama digugurkan daripada pasukan sekolahnya oleh Wei Hong.
B. Wei Hong digugurkan daripada pasukan bola baling sekolahnya kerana sering
lewat semasa latihan.
C. Cikgu Rama tidak membenarkan Wei Hong menjalani latihan bola baling kerana
sering lewat.
D. Wei Hong tidak membenarkan pasukan bola baling sekolahnya menggugurkan
Cikgu Rama.
7
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
26. “Sungguhpun keluargaku miskin, bukanlah penghalang untukku mencapai cita-cita ke
menara gading,” bisik hati kecil Puspha.
A. Puspha berbisik kepada dirinya sendiri untuk pergi ke pusat pengajian tinggi.
B. Puspha menyatakan bahawa walaupun keluarganya miskin namun itu bukan
halangan untuk dia mencapai cita-citanya.
C. Puspha mengakui kesusahan keluarganya bukanlah penghalang untuk dia berjaya
ke pusat pengajian tinggi.
D. Hati kecil Puspha berbisik menyatakan bahawa kesusahan keluarganya bukanlah
penghalang untuk dia mencapai cita-cita ke pusat pengajian tinggi.
Soalan 27 dan soalan 28.
Pilih ayat yang betul.
27. A. Berbagai barang-barang dijual di Kedai Runcit Pak Lim.
B. Banyak cara-cara yang boleh kita lakukan untuk berjaya.
C. Salah satu dari cara yang patut kita lakukan adalah berusaha dengan bersungguh-
sungguh.
D. Beberapa nilai murni dapat diambil daripada cerpen itu.
28. I Apakah nama burung yang pandai berkata-kata itu?
II Keadaan datuk kamu yang sedang dirawat di hospital bagaimana?
III Sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah kita bilakah?
IV Adakah tujuan kamu datang berjumpa dengan saya?
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Soalan 29 dan soalan 30.
Pilih peribahasa yang sesuai.
29. Encik Rahman memberikan __________ kepada beberapa orang pekerja yang sukarela
membantunya walaupun tempoh bekerja mereka sudah tamat.
A. wang kopi
B. wang saku
C. wang hadiah
D. wang ringgit
8
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
30. Ahmad seorang yang handal dalam bidang sukan tetapi dia tidak suka menunjukkan
kebolehannya. Keadaan ini dikatakan __________.
A. bagai haruan makan anak
B. seperti ikan pulang ke lubuk
C. bagai anjing menyalak bukit
D. seperti harimau menyembunyikan kukunya
Soalan 31 hingga soalan 35.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan Lawatan ke Ladang Buah Anggur, Seremban, Negeri Sembilan
Kelab Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Hwa telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke ladang buah anggur di Seremban, Negeri Sembilan, pada 1 Mac 2015. Lawatan ini
telah disertai oleh 35 orang murid dan empat orang guru pengiring, iaitu Puan Saraswaty,
Puan Anita, Encik Lau Chong Wei dan Encik Azmi.
Ketibaan kami disambut oleh Encik Zailani Zulkifli, iaitu pengusaha ladang itu. Beliau
memberikan taklimat tentang ladang tersebut sebelum membawa kami melawat ke sekitar
ladang. Menurut Encik Zailani, kini buah anggur tempatan mendapat permintaan yang tinggi
di pasaran tempatan. Buah anggur ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri.
Untuk menghasilkan buah anggur yang bermutu tinggi, tanaman ini ditanam secara
organik tanpa menggunakan baja kimia ataupun racun serangga perosak. Encik Zailani
mengusahakan ladang ini bersama-sama keluarganya.
Semasa lawatan tersebut, kami dapat melihat sendiri keunikan tanaman buah anggur.
Kami dapat berjalan di bawah rimbunan pokok anggur yang sedang berbuah lebat. Kami juga
berpeluang menikmati keenakan buah anggur yang baru dipetik.
Sebelum pulang, kami dibekalkan dengan jus buah anggur. Walaupun lawatan ini agak
singkat tetapi banyak memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan kepada kami.
Disediakan oleh, 2 MEI 2015.
Suhaila
(SUHAILA SAMAD)
Setiausaha,
Kelab Sains,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yua Hua.
9
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
31. Siapakah yang menulis laporan ini?
A. Encik Azmi
B. Suhaila Samad
C. Guru pengiring
D. Peserta lawatan
32. Bilakah lawatan ini diadakan?
A. 1 Mac 2015
B. 2 Mei 2015
C. 1 Mac 2014
D. 2 Mac 2014
33. Apakah rahsia buah anggur di ladang itu bermutu tinggi?
A. mendapat siraman yang secukupnya
B. penggunaan baja organik
C. ditanam di negara ini
D. menggunakan baja kimia dan racun serangga perosak
34. Berapa orangkah yang menyertai rombongan lawatan sambil belajar itu?
A. 35 orang
B. 39 orang
C. 4 orang
D. 40 orang
35. Mengapakah buah anggur tempatan mendapat permintaan yang tinggi?
A. harganya yang murah
B. pokoknya berbuah lebat
C. rasa yang enak dan berkhasiat
D. keunikan tanaman buah anggur
10
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
Soalan 36 hingga soalan 40.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau
ialah negarawan yang terkenal di negara kita.
Beliau dilahirkan di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 20 Disember
1925. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan Maktab
Sultan Abdul Hamid. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di
College of Medicine University Malaya, Singapura.
Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melibatkan diri dalam bidang politik pada tahun
1964. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Julai 1981.
Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah banyak
menabur bakti kepada negara. Beliau telah banyak merancang projek mega negara agar
Malaysia setanding dengan pembangunan negara barat yang lain.
Antara projek mega beliau ialah Putrajaya, Cyberjaya, Stesen Sentral Kuala Lumpur,
Menara Berkembar Petronas dan banyak lagi. Selain itu, banyak dasar telah diperkenalkan
oleh beliau semasa pemerintahannya. Antaranya, Dasar Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar
Pandang ke Timur dan Dasar Penswastaan. Selain itu, Wawasan 2020 juga merupakan ilham
beliau.
31 Oktober 2003, adalah tarikh persaraan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana
Menteri Malaysia. Beliau telah berkhidmat selama 22 tahun kepada negara. Beliau telah
diberi gelaran Bapa Permodenan oleh kerajaan. Walaupun sudah bersara, namun jasa beliau
tetap dikenang oleh rakyat Malaysia
11
021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
36. Siapakah Tun Dr. Mahathir Mohamad?
A. Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
B. Perdana Menteri Melaysia yang kedua.
C. Perdana Menteri Malaysia yang ketiga
D. Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
37. Di manakah Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mendapat pendidikan awal?
A. Alor Setar, Kedah Darul Aman
B. Sekolah Melayu Seberang Perak
C. College of Medicine University Malaya, Singapura
D. Seberang Perai, Alor Setar
38. Berapa lamakah Tun Dr. Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri
Malaysia?
A. 20 tahun
B. 22 tahun
C. 23 tahun
D. 24 tahun
39. Apakah gelaran yang diberikan oleh kerajaan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad?
A. Bapa Pemodenan
B. Bapa Pembangunan
C. Bapa Kemerdekaan
D. Bapa Perpaduan
40. Mengapakah gelaran tersebut diberikan kepada beliau?
A. beliau telah lama berkhidmat
B. beliau seorang pemimpin negara
C. beliau seorang yang berkebolehan
D. beliau menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju
KERTAS SOALAN TAMAT

More Related Content

What's hot

Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Kertas 1
Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Kertas 1Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Kertas 1
Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Kertas 1ar-rifke.com
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp0128443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01mohd fahmie mohd fauzi
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016PAKLONG CIKGU
 
Peperiksaan pertengahan tahun 2017 pemahaman (autosaved)
Peperiksaan pertengahan tahun     2017 pemahaman (autosaved)Peperiksaan pertengahan tahun     2017 pemahaman (autosaved)
Peperiksaan pertengahan tahun 2017 pemahaman (autosaved)Yugesh Yugi
 
Latihan 011 Bm 2012
Latihan 011 Bm 2012 Latihan 011 Bm 2012
Latihan 011 Bm 2012 Roslanmansor
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-428443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4jamilinordin
 
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4 2019
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4 2019Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4 2019
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4 2019Husna Mahirah Hasan
 
Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotatePercubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotateMazli Jaafar
 
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah b 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah b 7 sept 2015Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah b 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah b 7 sept 2015Hui Siang Ong
 
Latihan tatabahasa
Latihan tatabahasaLatihan tatabahasa
Latihan tatabahasaBaharin Abas
 

What's hot (19)

Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Kertas 1
Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Kertas 1Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Kertas 1
Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Kertas 1
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp0128443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
 
Latihan kata pemeri
Latihan kata pemeriLatihan kata pemeri
Latihan kata pemeri
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
A bmk1 ujianupsr_set6_08
A bmk1 ujianupsr_set6_08A bmk1 ujianupsr_set6_08
A bmk1 ujianupsr_set6_08
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Peperiksaan pertengahan tahun 2017 pemahaman (autosaved)
Peperiksaan pertengahan tahun     2017 pemahaman (autosaved)Peperiksaan pertengahan tahun     2017 pemahaman (autosaved)
Peperiksaan pertengahan tahun 2017 pemahaman (autosaved)
 
Kata pemeri
Kata pemeriKata pemeri
Kata pemeri
 
Latihan 011 Bm 2012
Latihan 011 Bm 2012 Latihan 011 Bm 2012
Latihan 011 Bm 2012
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-428443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
 
Trial bm 1 melaka
Trial bm 1 melakaTrial bm 1 melaka
Trial bm 1 melaka
 
Perak bm pemahaman 2017
Perak bm pemahaman 2017Perak bm pemahaman 2017
Perak bm pemahaman 2017
 
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4 2019
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4 2019Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4 2019
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4 2019
 
Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotatePercubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
 
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
 
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah b 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah b 7 sept 2015Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah b 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah b 7 sept 2015
 
bm thn 4 (k1)
bm thn 4 (k1)bm thn 4 (k1)
bm thn 4 (k1)
 
Latihan tatabahasa
Latihan tatabahasaLatihan tatabahasa
Latihan tatabahasa
 
Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015
 

Viewers also liked

220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4Tamilaarasi Jagan
 
Pendeta modul penulisan sjk
Pendeta modul penulisan sjkPendeta modul penulisan sjk
Pendeta modul penulisan sjkSuhaniza Supian
 
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)ibnrahim
 
MODUL-FORM2-SCIENCE-CHAPTER-2
MODUL-FORM2-SCIENCE-CHAPTER-2MODUL-FORM2-SCIENCE-CHAPTER-2
MODUL-FORM2-SCIENCE-CHAPTER-2Mudzaffar Shah
 
structured-questions-science-form-2
structured-questions-science-form-2structured-questions-science-form-2
structured-questions-science-form-2farhalina
 
Modul bahasa melayu soalan 25 murid lemah
Modul bahasa melayu soalan 25   murid lemahModul bahasa melayu soalan 25   murid lemah
Modul bahasa melayu soalan 25 murid lemahTamilaarasi Jagan
 
NUTRITION - Science Form 2 ( CHAPTER 2 )
NUTRITION - Science Form 2 ( CHAPTER 2 )NUTRITION - Science Form 2 ( CHAPTER 2 )
NUTRITION - Science Form 2 ( CHAPTER 2 )MESHALINEE
 
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSU
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSULatihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSU
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSUKamil Kamilriah
 
Modul latihan bahasa melayu format baharu upsr
Modul latihan bahasa melayu format baharu upsrModul latihan bahasa melayu format baharu upsr
Modul latihan bahasa melayu format baharu upsrmyra_melanie
 
Format BM UPSR 2016
Format BM UPSR 2016Format BM UPSR 2016
Format BM UPSR 2016keng koon
 

Viewers also liked (20)

Bi thn 1
Bi thn 1Bi thn 1
Bi thn 1
 
Latihan pemahaman sjk set 2
Latihan pemahaman sjk set 2Latihan pemahaman sjk set 2
Latihan pemahaman sjk set 2
 
Bm kertas 1
Bm kertas 1Bm kertas 1
Bm kertas 1
 
Swot
SwotSwot
Swot
 
17 hingg 21 set 2
17 hingg 21 set 217 hingg 21 set 2
17 hingg 21 set 2
 
Bm kertas 2
Bm kertas 2Bm kertas 2
Bm kertas 2
 
8 setsoalan 012
8 setsoalan 0128 setsoalan 012
8 setsoalan 012
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
 
Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata ganda
 
Asessment 1 science form2
Asessment 1 science form2Asessment 1 science form2
Asessment 1 science form2
 
Pendeta modul penulisan sjk
Pendeta modul penulisan sjkPendeta modul penulisan sjk
Pendeta modul penulisan sjk
 
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
 
MODUL-FORM2-SCIENCE-CHAPTER-2
MODUL-FORM2-SCIENCE-CHAPTER-2MODUL-FORM2-SCIENCE-CHAPTER-2
MODUL-FORM2-SCIENCE-CHAPTER-2
 
structured-questions-science-form-2
structured-questions-science-form-2structured-questions-science-form-2
structured-questions-science-form-2
 
Modul bahasa melayu soalan 25 murid lemah
Modul bahasa melayu soalan 25   murid lemahModul bahasa melayu soalan 25   murid lemah
Modul bahasa melayu soalan 25 murid lemah
 
NUTRITION - Science Form 2 ( CHAPTER 2 )
NUTRITION - Science Form 2 ( CHAPTER 2 )NUTRITION - Science Form 2 ( CHAPTER 2 )
NUTRITION - Science Form 2 ( CHAPTER 2 )
 
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSU
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSULatihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSU
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSU
 
Modul latihan bahasa melayu format baharu upsr
Modul latihan bahasa melayu format baharu upsrModul latihan bahasa melayu format baharu upsr
Modul latihan bahasa melayu format baharu upsr
 
Upsr 2016 copy
Upsr 2016   copyUpsr 2016   copy
Upsr 2016 copy
 
Format BM UPSR 2016
Format BM UPSR 2016Format BM UPSR 2016
Format BM UPSR 2016
 

Similar to Latihan pemahaman sjk set 1

Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1ariey67
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1santhiraman
 
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfUjian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfALEZABINTIOTHMANMoe
 
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdf
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdfBM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdf
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdfzauyahsaad
 
Upsr bm sjk kertas 1 set 1
Upsr bm sjk kertas 1 set 1Upsr bm sjk kertas 1 set 1
Upsr bm sjk kertas 1 set 1gmurugian
 
Bm pemahaman set 5
Bm pemahaman set 5Bm pemahaman set 5
Bm pemahaman set 5Zam Zainol
 
Soalan pendidikan-moral march 2014
Soalan pendidikan-moral march 2014Soalan pendidikan-moral march 2014
Soalan pendidikan-moral march 2014Christie Mh
 
ayat-sama-maksud.pdf
ayat-sama-maksud.pdfayat-sama-maksud.pdf
ayat-sama-maksud.pdfAki Untol
 
85213689 ujian-mac-sivik-tahun-6
85213689 ujian-mac-sivik-tahun-685213689 ujian-mac-sivik-tahun-6
85213689 ujian-mac-sivik-tahun-6Sabri Noor
 
Soalan pendidikan-moral ting 1
Soalan pendidikan-moral ting 1Soalan pendidikan-moral ting 1
Soalan pendidikan-moral ting 1Law Denny
 
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docxAspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docxcepuah
 
Soalan Pendidikan Sivik & Kenegaraan Tahun 6
Soalan Pendidikan Sivik & Kenegaraan Tahun 6 Soalan Pendidikan Sivik & Kenegaraan Tahun 6
Soalan Pendidikan Sivik & Kenegaraan Tahun 6 Erni Johan Erni
 
Soalan Bahasa Melayu thn 5
Soalan Bahasa Melayu thn 5Soalan Bahasa Melayu thn 5
Soalan Bahasa Melayu thn 5babyfiaten
 
soalan pemahaman BM Thn 5
soalan pemahaman BM Thn 5soalan pemahaman BM Thn 5
soalan pemahaman BM Thn 5PAKLONG CIKGU
 

Similar to Latihan pemahaman sjk set 1 (20)

Moral ting 1 2013 akhir tahun
Moral ting 1 2013 akhir tahunMoral ting 1 2013 akhir tahun
Moral ting 1 2013 akhir tahun
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfUjian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
 
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdf
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdfBM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdf
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdf
 
Upsr bm sjk kertas 1 set 1
Upsr bm sjk kertas 1 set 1Upsr bm sjk kertas 1 set 1
Upsr bm sjk kertas 1 set 1
 
Kertas 1 bm pp1_2012
Kertas 1 bm pp1_2012Kertas 1 bm pp1_2012
Kertas 1 bm pp1_2012
 
Bm pemahaman set 5
Bm pemahaman set 5Bm pemahaman set 5
Bm pemahaman set 5
 
Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014
Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014
Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014
 
PPT T4 BM K1.pdf
PPT T4 BM K1.pdfPPT T4 BM K1.pdf
PPT T4 BM K1.pdf
 
Soalan pendidikan-moral march 2014
Soalan pendidikan-moral march 2014Soalan pendidikan-moral march 2014
Soalan pendidikan-moral march 2014
 
ayat-sama-maksud.pdf
ayat-sama-maksud.pdfayat-sama-maksud.pdf
ayat-sama-maksud.pdf
 
85213689 ujian-mac-sivik-tahun-6
85213689 ujian-mac-sivik-tahun-685213689 ujian-mac-sivik-tahun-6
85213689 ujian-mac-sivik-tahun-6
 
Soalan pendidikan-moral ting 1
Soalan pendidikan-moral ting 1Soalan pendidikan-moral ting 1
Soalan pendidikan-moral ting 1
 
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docxAspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
 
Soalan Pendidikan Sivik & Kenegaraan Tahun 6
Soalan Pendidikan Sivik & Kenegaraan Tahun 6 Soalan Pendidikan Sivik & Kenegaraan Tahun 6
Soalan Pendidikan Sivik & Kenegaraan Tahun 6
 
Soalan Bahasa Melayu thn 5
Soalan Bahasa Melayu thn 5Soalan Bahasa Melayu thn 5
Soalan Bahasa Melayu thn 5
 
soalan pemahaman BM Thn 5
soalan pemahaman BM Thn 5soalan pemahaman BM Thn 5
soalan pemahaman BM Thn 5
 

More from Tamilaarasi Jagan

More from Tamilaarasi Jagan (20)

1 tahun 1-bahasa-melayu-sjk
1 tahun 1-bahasa-melayu-sjk1 tahun 1-bahasa-melayu-sjk
1 tahun 1-bahasa-melayu-sjk
 
Nota kata ganda converted
Nota kata ganda convertedNota kata ganda converted
Nota kata ganda converted
 
2783562 imbuhan-apitan
2783562 imbuhan-apitan2783562 imbuhan-apitan
2783562 imbuhan-apitan
 
English lesson
English lesson English lesson
English lesson
 
Nota kata ganda separa.pdf
Nota kata ganda separa.pdfNota kata ganda separa.pdf
Nota kata ganda separa.pdf
 
Kosa kata 2
Kosa kata 2Kosa kata 2
Kosa kata 2
 
Pelan strategik panitia bm 2016 versi 2
Pelan strategik panitia bm 2016 versi 2Pelan strategik panitia bm 2016 versi 2
Pelan strategik panitia bm 2016 versi 2
 
Bahagian c menulis karangan
Bahagian c menulis karanganBahagian c menulis karangan
Bahagian c menulis karangan
 
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak][2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
 
Mujarab latihan tatabahasa
Mujarab latihan tatabahasaMujarab latihan tatabahasa
Mujarab latihan tatabahasa
 
Pembetulan kesalahan
Pembetulan kesalahanPembetulan kesalahan
Pembetulan kesalahan
 
74 contoh & latihan karangan upsr (2)
74 contoh & latihan karangan upsr (2)74 contoh & latihan karangan upsr (2)
74 contoh & latihan karangan upsr (2)
 
316345156 kata-nama-am-tak-hidup-bukan-institusi
316345156 kata-nama-am-tak-hidup-bukan-institusi316345156 kata-nama-am-tak-hidup-bukan-institusi
316345156 kata-nama-am-tak-hidup-bukan-institusi
 
Kata seruan
Kata seruanKata seruan
Kata seruan
 
Kata seruan
Kata seruanKata seruan
Kata seruan
 
Gambar bina ayat
Gambar bina ayatGambar bina ayat
Gambar bina ayat
 
Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4
 
Perancangan 5
Perancangan 5Perancangan 5
Perancangan 5
 
Laporan linus matematik naga
Laporan linus matematik nagaLaporan linus matematik naga
Laporan linus matematik naga
 
5.information software [repaired]
5.information software [repaired]5.information software [repaired]
5.information software [repaired]
 

Latihan pemahaman sjk set 1

  • 1. 1 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK LATIHAN PENGUKUHAN UPSR 2015 SET SATU 021 BAHASA MELAYU SJK – PEMAHAMAN 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang telah disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.
  • 2. 2 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1 hingga 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Pak Cik Maniam ke pejabat pos kerana __________ hendak membayar bil elektrik dan bil air. A. ia B. dia C. aku D. beliau 2. “Puteri Asyikin sedang menunggu kepulangan kakanda __________ dari Pulau Bertam,” kata Hang Tuah kepada Laksamana Tun Perak. A. beta B. patik C. baginda D. tuanku 3. Para pekerja Jabatan Kerja Raya sedang__________jalan yang berlubang di Kampung Degong. A. melapis B. menampal C. menimbus D. menurap 4. Ibu __________ kain yang basah itu sebelum menyidainya di ampaian. A. membasuh B. memulas C. memerah D. memusing 5. Pegawai tentera yang berkhidmat di KemTerendak itu sungguh __________. A. berani B. lemah C. takut D. gopoh
  • 3. 3 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 6. Jalan __________ ke Kampung Bahagia telah dibaiki pagi tadi. A. segera B. baharu C. suntuk D. lama 7. Kawan rapat saya mendapat tawaran belajar di__________negara. A. dekat B. luar C. jauh D. dalam 8. Ketua pasukan bola baling sekolah kami bertubuh__________orangnya. A. ringan B. panjang C. gempal D. tirus 9. Banyak manfaat yang kita peroleh__________ceramah itu. A. terhadap B. dari C. akan D. daripada 10. Encik Murad berhasrat untuk belayar ke Sabah__________banyak halangan yang terpaksa ditempuhi. A. manakala B. seandainya C. meskipun D. kecuali 11. Lokman terus bersembunyi di__________pintu rumah ketika adik mencarinya. A. belakang B. tengah C. bawah D. pinggir
  • 4. 4 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 12. Semua pendatang tanpa izin__________dihantar ke negara asal mereka pada bulan depan. A. telah B. masih C. belum D. akan 13. Penulis novel itu sentiasa mencari idea-idea baharu dalam__________ceritanya. A. hasilan B. berhasil C. dihasilkan D. penghasilan 14. Pengalaman Ahmad melihat matahari terbenam di pulau itu tidak __________ olehnya. A. tergambar B. digambarkan C. tergambarkan D. menggambarkan 15. Cik Foo Mei Feng merupakan seorang __________ di Syarikat Seri Wangi. Tugasnya adalah membantu pengurus syarikat itu. A. jawatankuasa B. warganegara C. setiausaha D. sukarela 16. Baju Jaswant Singh __________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna. A. serba-serbi B. koyak-rabak C. comot-momot D. compang-camping 17. Bantal yang berisi _________ amat lembut sekali. A. dedaun B. kekabu C. bebola D. bebiri
  • 5. 5 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah. 18. Posmen itu memasukkan __________ surat ke dalam peti surat di rumah Puan Chong. A. senaskhah B. selembar C. sepucuk D. selembar 19. Puan Sofiah menyikat rambut anak perempuan yang agak kusut itu supaya rapi. Perkataan seerti bagi menyikat ialah A. menyisir B. mengurut C. mengusap D. mengikat 20. Pasukan Pahang telah menang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim yang lalu. Perkataan berlawan bagi menang ialah A. tewas B. gagal C. kandas D. kecewa Soalan 21 dan soalan 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 21. I Hatinya mula terbenam setelah mendengar cerita sedih itu. II Bangkai kapal terbang itu dijumpai terbenam di dasar laut. III Saya terpegun oleh keindahan pemandangan matahari terbenam. IV Kakinya terbenam ke dalam lubang ketika melalui jalan berlubang-lubang itu. A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV
  • 6. 6 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 22. I Muka adik masam setelah permintaannya tidak mahu dipenuhi oleh ibu II Liew Yen bimbang perutnya akan meragam jika memakan buah mangga muda yang masam. III Janganlah kamu masam hati dengan sesiapa hanya disebabkan oleh perkara yang remeh. IV Mak Midah terpaksa menahan geram melihat perangai anaknya yang kurang masam itu. A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 23. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah. Di manakah kamu bertemu dengan Pak Majid? A. Baru sebentar tadi saya berjumpa dengannya. B. Semasa saya bermain bola di padang. C. Berdekatan dengan gelanggang futsal Kompleks Sukan. D. Setelah saya berjanji untuk bertemu dengannya. 24. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah. Amalan membaca dalam kalangan masyarakat perlulah dipupuk sejak kanak-kanak lagi. A. Siapakah yang sepatutnya memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat? B. Bagaimanakah kita memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat? C. Bilakah masa yang sesuai untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat? D. Mengapakah amalan membaca patut dipupuk dalam kalangan masyarakat? Soalan 25 dan soalan 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 25. Oleh sebab selalu datang lewat semasa latihan bola baling, Cikgu Rama menggugurkan Wei Hong daripada pasukan sekolahnya. A. Cikgu Rama digugurkan daripada pasukan sekolahnya oleh Wei Hong. B. Wei Hong digugurkan daripada pasukan bola baling sekolahnya kerana sering lewat semasa latihan. C. Cikgu Rama tidak membenarkan Wei Hong menjalani latihan bola baling kerana sering lewat. D. Wei Hong tidak membenarkan pasukan bola baling sekolahnya menggugurkan Cikgu Rama.
  • 7. 7 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 26. “Sungguhpun keluargaku miskin, bukanlah penghalang untukku mencapai cita-cita ke menara gading,” bisik hati kecil Puspha. A. Puspha berbisik kepada dirinya sendiri untuk pergi ke pusat pengajian tinggi. B. Puspha menyatakan bahawa walaupun keluarganya miskin namun itu bukan halangan untuk dia mencapai cita-citanya. C. Puspha mengakui kesusahan keluarganya bukanlah penghalang untuk dia berjaya ke pusat pengajian tinggi. D. Hati kecil Puspha berbisik menyatakan bahawa kesusahan keluarganya bukanlah penghalang untuk dia mencapai cita-cita ke pusat pengajian tinggi. Soalan 27 dan soalan 28. Pilih ayat yang betul. 27. A. Berbagai barang-barang dijual di Kedai Runcit Pak Lim. B. Banyak cara-cara yang boleh kita lakukan untuk berjaya. C. Salah satu dari cara yang patut kita lakukan adalah berusaha dengan bersungguh- sungguh. D. Beberapa nilai murni dapat diambil daripada cerpen itu. 28. I Apakah nama burung yang pandai berkata-kata itu? II Keadaan datuk kamu yang sedang dirawat di hospital bagaimana? III Sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah kita bilakah? IV Adakah tujuan kamu datang berjumpa dengan saya? A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV Soalan 29 dan soalan 30. Pilih peribahasa yang sesuai. 29. Encik Rahman memberikan __________ kepada beberapa orang pekerja yang sukarela membantunya walaupun tempoh bekerja mereka sudah tamat. A. wang kopi B. wang saku C. wang hadiah D. wang ringgit
  • 8. 8 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 30. Ahmad seorang yang handal dalam bidang sukan tetapi dia tidak suka menunjukkan kebolehannya. Keadaan ini dikatakan __________. A. bagai haruan makan anak B. seperti ikan pulang ke lubuk C. bagai anjing menyalak bukit D. seperti harimau menyembunyikan kukunya Soalan 31 hingga soalan 35. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Lawatan ke Ladang Buah Anggur, Seremban, Negeri Sembilan Kelab Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Hwa telah mengadakan lawatan sambil belajar ke ladang buah anggur di Seremban, Negeri Sembilan, pada 1 Mac 2015. Lawatan ini telah disertai oleh 35 orang murid dan empat orang guru pengiring, iaitu Puan Saraswaty, Puan Anita, Encik Lau Chong Wei dan Encik Azmi. Ketibaan kami disambut oleh Encik Zailani Zulkifli, iaitu pengusaha ladang itu. Beliau memberikan taklimat tentang ladang tersebut sebelum membawa kami melawat ke sekitar ladang. Menurut Encik Zailani, kini buah anggur tempatan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan. Buah anggur ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Untuk menghasilkan buah anggur yang bermutu tinggi, tanaman ini ditanam secara organik tanpa menggunakan baja kimia ataupun racun serangga perosak. Encik Zailani mengusahakan ladang ini bersama-sama keluarganya. Semasa lawatan tersebut, kami dapat melihat sendiri keunikan tanaman buah anggur. Kami dapat berjalan di bawah rimbunan pokok anggur yang sedang berbuah lebat. Kami juga berpeluang menikmati keenakan buah anggur yang baru dipetik. Sebelum pulang, kami dibekalkan dengan jus buah anggur. Walaupun lawatan ini agak singkat tetapi banyak memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan kepada kami. Disediakan oleh, 2 MEI 2015. Suhaila (SUHAILA SAMAD) Setiausaha, Kelab Sains, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yua Hua.
  • 9. 9 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 31. Siapakah yang menulis laporan ini? A. Encik Azmi B. Suhaila Samad C. Guru pengiring D. Peserta lawatan 32. Bilakah lawatan ini diadakan? A. 1 Mac 2015 B. 2 Mei 2015 C. 1 Mac 2014 D. 2 Mac 2014 33. Apakah rahsia buah anggur di ladang itu bermutu tinggi? A. mendapat siraman yang secukupnya B. penggunaan baja organik C. ditanam di negara ini D. menggunakan baja kimia dan racun serangga perosak 34. Berapa orangkah yang menyertai rombongan lawatan sambil belajar itu? A. 35 orang B. 39 orang C. 4 orang D. 40 orang 35. Mengapakah buah anggur tempatan mendapat permintaan yang tinggi? A. harganya yang murah B. pokoknya berbuah lebat C. rasa yang enak dan berkhasiat D. keunikan tanaman buah anggur
  • 10. 10 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT Soalan 36 hingga soalan 40. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau ialah negarawan yang terkenal di negara kita. Beliau dilahirkan di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 20 Disember 1925. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan Maktab Sultan Abdul Hamid. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di College of Medicine University Malaya, Singapura. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melibatkan diri dalam bidang politik pada tahun 1964. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Julai 1981. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah banyak menabur bakti kepada negara. Beliau telah banyak merancang projek mega negara agar Malaysia setanding dengan pembangunan negara barat yang lain. Antara projek mega beliau ialah Putrajaya, Cyberjaya, Stesen Sentral Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan banyak lagi. Selain itu, banyak dasar telah diperkenalkan oleh beliau semasa pemerintahannya. Antaranya, Dasar Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Pandang ke Timur dan Dasar Penswastaan. Selain itu, Wawasan 2020 juga merupakan ilham beliau. 31 Oktober 2003, adalah tarikh persaraan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau telah berkhidmat selama 22 tahun kepada negara. Beliau telah diberi gelaran Bapa Permodenan oleh kerajaan. Walaupun sudah bersara, namun jasa beliau tetap dikenang oleh rakyat Malaysia
  • 11. 11 021© 2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah SULIT SULIT 36. Siapakah Tun Dr. Mahathir Mohamad? A. Perdana Menteri Malaysia yang pertama. B. Perdana Menteri Melaysia yang kedua. C. Perdana Menteri Malaysia yang ketiga D. Perdana Menteri Malaysia yang keempat. 37. Di manakah Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mendapat pendidikan awal? A. Alor Setar, Kedah Darul Aman B. Sekolah Melayu Seberang Perak C. College of Medicine University Malaya, Singapura D. Seberang Perai, Alor Setar 38. Berapa lamakah Tun Dr. Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia? A. 20 tahun B. 22 tahun C. 23 tahun D. 24 tahun 39. Apakah gelaran yang diberikan oleh kerajaan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad? A. Bapa Pemodenan B. Bapa Pembangunan C. Bapa Kemerdekaan D. Bapa Perpaduan 40. Mengapakah gelaran tersebut diberikan kepada beliau? A. beliau telah lama berkhidmat B. beliau seorang pemimpin negara C. beliau seorang yang berkebolehan D. beliau menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju KERTAS SOALAN TAMAT