SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1
SET LATIHAN BERFOKUS UPSR 2016
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011
TAHUN 6
MASA : 11/4 JAM
BAHAGIAN A
[20 markah]
Nama : ________________________________________ TAHUN 6 : ______________
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Jiran saya Encik Shahir. ____________ bertugas sebagai pensyarah di Universiti
Teknologi Malaysia.
A Dia
B Beliau
C Kalian
D Baginda
2 “____________ perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh 6A dalam
UPSR”. Kata Cikgu Masyitah kepada murid tahun 6.
A Awak
B Beliau
C Kalian
D Engkau
3 __________ hujan turun dengan lebat, paras air sungai akan naik dan kawasan sekitarnya
banjir.
A Apabila
B Kerana
C Andai
D Agar
4 Umat Islam akan saling __________ dan __________ dengan ibu bapa serta sanak-
saudara pada hari raya.
A hadir…menghormati
B mengunjungi…bermaafan
C menghormati…mencintai
D mengasihi…bekerjasama
2
5 Penggunaan lampu yang __________ ketika membaca boleh menyebabkan kerosakan
mata.
A silau
B malap
C jernih
D terang
6
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.
Emak __________ buah tembikai untuk dihidangkan kepada tetamu.
A menebuk
B mengerat
C memasak
D memotong
7 Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan
menggunakan strategi yang betul.
A pemaju
B memaju
C kemajuan
D memajukan
8 Plastik __________ akan memudahkan kita untuk melihat barangan yang ada di
dalamnya.
A lutsinar
B kalis air
C kedap sinar
D kedap udara
3
9
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
Pak Bahar sedang memasang __________ kawat mata punai di sekeliling reban.
A secebis
B selembar
C segelung
D serawan
10 __________ tingkap rumah itu dipasang jeriji keselamatan, pencuri itu berjaya memecah
masuk juga.
A Walau bagaimanapun
B Kendatipun
C Lantaran
D Jikalau
11 Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
Muhaimin meletakkan beberapa jenis batu yang cantik ke _________ akauariumnya itu.
A sisi
B sudut
C dalam
D pinggir
4
12 Pasukan penari zapin sekolah perlu berlatih dengan gigih sekiranya __________
memenangi pertandingan tarian itu.
A ingin
B masih
C dapat
D perlu
13 Dedaun kering itu __________ ditiup angin.
A berpusar
B berserakan
C berguguran
D berterbangan
14 Masih terdapat __________ penduduk Manjung Point yang tidak ambil peduli akan
usaha gotong-royong memerangi nyamuk Aedes.
A Semua
B separuh
C segelintir
D setengah
Pilih ayat yangsama maksuddengan ayat yang diberikan.
15 “Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata
ayah kepada abang.
A Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari
kemudian.
B Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya senang
pada kemudian hari.
C Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang
pada kemudian hari.
D Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang.
Pilih ayat yangbetul.
16 IMenara Berkembar Petronas pernah menjadi menara tertinggi di Asia Tenggara.
IIPemuda cantik itu pramugara pesawat MAS.
IIIMurid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September lepas.
IVSiapakah Menteri Pendidikan Malaysia sekarang?
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I dan IV
5
Soalan 17-20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
LONDON, 17 Mei – Norman bin Musa, seorang rakyat Malaysia yang telah mengusahakan
restoran makanan Malaysia di London. Beliau juga pengeluar rempah-ratus yang terkenal
pada peringkat antarabangsa.
Norman juga tukang masak utama yang mengajarkan masakan Malaysia dengan
menggunakan rempah-ratus dari Malaysia. Beliau juga menggunakan rempah-ratus ini di
restoran dan di kelas masakannya di London. Semangat jati dirinya terserlah dalam masakan
Malaysia.
Norman juga sentiasa mempromosikan masakan Malaysia. Antara masakan Malaysia
yang dijual di restorannya termasuklah sate, roti canai dan masak lemak cili padi. Beliau
tidak pernah menjual masakan Barat kerana jati diri Malaysianya yang tetap menebal.
Selain itu, Norman juga turut menyertai banyak pertandingan masakan pada peringkat
antarabangsa. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang usahanya
mengharumkan nama negara di persada dunia. Antara kejayaannya termasuklah Cef Muda
Asia dan Timur Tahunan Terbaikpada Anugerah Kari Asia 2012. Beliau turut disenarai
pendek dalam kategori Cef Tahunan Terbaik pada Anugerah Festival Makanan dan Minuman
Manchester 2009. Pada tahun 2010 pula, beliau dipilih selaku cef rasmi bagi pasukan
Formula 1 Lotus.
Walaupun Norman telah lama menetap di London, namun semangat patriotik tetap
utuh di jiwanya. Beliau bangga menjadi warganegara Malaysia. Sebagai bukti, cintanya
kepada tanah air jelas terpancar apabila Jalur Gemilang dikibar setiap kali demonstrasi
masakan diadakan di luar negara. Nama Malaysia sentiasa dekat di hati beliau biarpun berada
di perantauan. Oleh sebab itu, beliau dikenali sebagai “Malaysian Chef Norman Musa”. Di
samping itu, beliau tetap berbahasa Melayu apabila dikunjungi pelanggannya dari Malaysia.
18 Apakah yang diusahakan oleh Norman bin Musa?
A Mengusahakan rempah-ratus
B Mengajarkan masakan Malaysia
C Menyertai banyak pertandingan masakan di London
D Mengusahakan restoran makanan Malaysia di London
17 Siapakah Norman bin Musa?
A Tukang masak
B Pengeluar rempah-ratus
C Tenaga pengajar masakan di London
D Pengusaha restoran makanan Malaysia di London
6
19 Bagaimanakah Norman bin Musa mengajarkan masakan Malaysia?
A Menjadi pengeluar rempah-ratus
B Menggunakan rempah-ratus di restoran dan kelas masakannya di London
C Memenangi pelbagai anugerah dalam usaha mengharumkan nama negara
D Menyertai pertandingan rempah-ratus di restoran dan kelas masakannya di London
20 Mengapakah Norman bin Musa memiliki semangat patriotik walaupun berada di
perantauan?
A Jalur Gemilang berkibar setiap kali demonstrasi masakan diadakan di luar negara
B Dikenali sebagai “Malaysian Chef Norman Musa”
C Tetap berbicara dalam bahasa Melayu
D Malaysia dekat di hati
7
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
akan dengan supaya untuk
atau di dan yang
Hatiku melonjak kegembiraan apabila ayah membenarkan aku menyertai lawatan ke Kuala
Lumpur.
Menjelang pagi itu, aku ______________kawan-kawan telah diberi taklimat. Cikgu
Ang yang cantik bak bidadari itu meminta kami beratur semasa menaiki bas.
“Jangan sesekali naik ______________ turun semasa bas sedang bergerak,” pesan
Cikgu Syafik pula. Aku berfikir sejenak. Mungkin aku _______________ terjatuh jika tidak
mematuhi arahan guru yang tampan seperti putera raja itu.
Tidak lama kemudian, bas pun sampai. Aku memasukkan beg ke dalam perut bas lalu
menaiki bas itu _______________ berhati-hati.
[4 markah]
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
______________________________________________________________
Jawapan : Bangunan warisan ini perlu dipelihara kerana mempunyai nilai seni dan
estetik yang tinggi.
[2 markah]
8
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.
Jawapan:
____________________________________________________________
____________________________________________________________
[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
Jawapan :
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[2 markah]
9
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya
dikenali sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang
bertanggungjawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choo Cheong atau Ah
Cheong. Sebagai arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi
sedemikian berdasarkan bangunan pagoda di negara China.
Tujuan asal pembinaan Jam Tinggi pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan sebuah
tangki air untuk kegunaan penduduk setempat pada musim kemarau atau apabila berlaku
kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak ada perkhidmatan bomba. Pada tahun 1895
berlaku banjir besar di Teluk Intan menyebabkan tapak dan tingkat bawah menara ini
tenggelam. Banjir yang berlaku serta bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini
condong ke arah barat.
Pada zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) bangunan Menara Condong ini dijadikan
pusat kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini digunakan sebagai
bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada
bahagian atas. Menara Condong ini mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi. Secara
umum, bangunan ini mempunyai tiga tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki.
Menara Condong mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu,
pandangan dari luar, bangunan ini seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
a. Nama lain bagi bangunan Jam Tinggi ialah __________________________________
(1 markah)
b. Apakah punca bangunan Jam Tinggi ini condong ke arah barat?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)
10
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Salah satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.
(2 markah)
Menara Condong mempunyai 110 anak
tangga yang diperbuat daripada kayu.
Sepuluh tahun selepas Jam Tinggi siap
dibina, banjir besar telah melanda pekan
Teluk Intan.
Orang yang bertanggungjawab membuat
menara Jam Tinggi ialah pemerintah Jepun.
Hampir lapan tahun Jam Tinggi digunakan
oleh askar Jepun sebagai pusat kawalan
ketenteraan.
BETUL
SALAH
11
Soalan 24
Baca memo di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
a) Memo tersebut adalah untuk memberitahu murid-murid tentang _________________
____________________________________________________________________
[1 markah]
b) Nyatakan satu punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di
negara kita.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
12
c) Pada pendapat kamu, mengapakah proses pengumpulan barangan kitar semula
mengambil masa selama sebulan?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]
d) Sekiranya kamu tidak dapat membawa barangan terpakai untuk program tersebut,
apakah sumbangan kamu dalam menjayakan program ini?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]
13
Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Awasi Keselamatanmu
Sahabatku
Nasihatku jangan dilupa
Kata-kata ini amat bermakna
Walau di mana-mana kauberada
Keselamatan diri tetap diutama.
Sahabatku
Awasi dompetmu
Pastikan di sisimu
Biarlah bersama-sama
Takut nanti hilang entah ke mana
Kelak pasti jiwa merana.
Sahabatku
Bersendirian tanpa tuju
Mungkin bahaya sedang menunggu
Nanti diculik tak siapa yang tahu.
Sahabatku
Jika kamu hadapi masalah
Usah kamu berasa gundah
Pantang alah jangan pasrah
Tenangkan diri elak marah.
Sahabatku
Awasi keselamatanmu
Usah leka akan nasihatku
Demi kasih sayangku yang jitu.
a) Apakah maksud rangkap pertama dalam sajak di atas?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
14
b) Tandakan (√) bagi penyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.
Kita boleh pergi ke mana sahaja secara bersendirian.
Kita perlu menjaga dompet dan pastikan sentiasa berada
bersama kita.
[1 markah]
c) Mengapakah kita dilarang berjalan bersendirian ?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
d) Terangkan maksud baris dalam sajak di atas
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
Jika kamu hadapi masalah
Usah kamu berasa gundah

More Related Content

What's hot

Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Shika Nara
 
Pat bm-1-tahun-5
Pat bm-1-tahun-5Pat bm-1-tahun-5
Pat bm-1-tahun-5suni162702
 
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah a 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah a 7 sept 2015Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah a 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah a 7 sept 2015Hui Siang Ong
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-428443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4jamilinordin
 
Bahasa Melayu kertas 1
Bahasa Melayu kertas 1Bahasa Melayu kertas 1
Bahasa Melayu kertas 1PAKLONG CIKGU
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
1 panduan guru model pemahaman bahagian a
1 panduan guru model pemahaman bahagian a1 panduan guru model pemahaman bahagian a
1 panduan guru model pemahaman bahagian aNoraini Che Embong
 
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah b 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah b 7 sept 2015Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah b 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah b 7 sept 2015Hui Siang Ong
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1santhiraman
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1ariey67
 

What's hot (18)

Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020
 
Pat bm-1-tahun-5
Pat bm-1-tahun-5Pat bm-1-tahun-5
Pat bm-1-tahun-5
 
Ramalan bm1 upsr 2017
Ramalan bm1 upsr 2017Ramalan bm1 upsr 2017
Ramalan bm1 upsr 2017
 
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah a 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah a 7 sept 2015Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah a 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah a 7 sept 2015
 
Pem tahun 4 pkbs 3
Pem tahun 4 pkbs 3Pem tahun 4 pkbs 3
Pem tahun 4 pkbs 3
 
Thn 4 pemahaman BM SJKC
Thn 4 pemahaman BM SJKCThn 4 pemahaman BM SJKC
Thn 4 pemahaman BM SJKC
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-428443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
 
Perak bm pemahaman 2017
Perak bm pemahaman 2017Perak bm pemahaman 2017
Perak bm pemahaman 2017
 
Bahasa Melayu kertas 1
Bahasa Melayu kertas 1Bahasa Melayu kertas 1
Bahasa Melayu kertas 1
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
1 panduan guru model pemahaman bahagian a
1 panduan guru model pemahaman bahagian a1 panduan guru model pemahaman bahagian a
1 panduan guru model pemahaman bahagian a
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Kata pemeri
Kata pemeriKata pemeri
Kata pemeri
 
Latihan kata pemeri
Latihan kata pemeriLatihan kata pemeri
Latihan kata pemeri
 
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah b 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah b 7 sept 2015Instrumen cth upsr bm pemahaman  bah b 7 sept 2015
Instrumen cth upsr bm pemahaman bah b 7 sept 2015
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata nama
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 

Similar to 1 bahasa melayu pemahaman cemerlang

Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docxAspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docxcepuah
 
ayat-sama-maksud.pdf
ayat-sama-maksud.pdfayat-sama-maksud.pdf
ayat-sama-maksud.pdfAki Untol
 
Johor bm pemahaman a set 3 2017
Johor bm pemahaman a set 3 2017 Johor bm pemahaman a set 3 2017
Johor bm pemahaman a set 3 2017 feedmylappy
 
Peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 2016
Peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 2016Peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 2016
Peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 2016moon bulan
 
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfUjian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfALEZABINTIOTHMANMoe
 

Similar to 1 bahasa melayu pemahaman cemerlang (14)

1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
 
PPT T4 BM K1.pdf
PPT T4 BM K1.pdfPPT T4 BM K1.pdf
PPT T4 BM K1.pdf
 
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docxAspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
 
ayat-sama-maksud.pdf
ayat-sama-maksud.pdfayat-sama-maksud.pdf
ayat-sama-maksud.pdf
 
Johor bm pemahaman a set 3 2017
Johor bm pemahaman a set 3 2017 Johor bm pemahaman a set 3 2017
Johor bm pemahaman a set 3 2017
 
Latihan pemahaman sjk set 1
Latihan pemahaman sjk set 1Latihan pemahaman sjk set 1
Latihan pemahaman sjk set 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
bm thn 4 (k1)
bm thn 4 (k1)bm thn 4 (k1)
bm thn 4 (k1)
 
Peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 2016
Peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 2016Peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 2016
Peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 2016
 
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfUjian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
 
Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014
Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014
Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014
 
Trial bm 1 melaka
Trial bm 1 melakaTrial bm 1 melaka
Trial bm 1 melaka
 
Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (12)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

1 bahasa melayu pemahaman cemerlang

  • 1. 1 SET LATIHAN BERFOKUS UPSR 2016 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 TAHUN 6 MASA : 11/4 JAM BAHAGIAN A [20 markah] Nama : ________________________________________ TAHUN 6 : ______________ Soalan 1 hingga 13 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Jiran saya Encik Shahir. ____________ bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. A Dia B Beliau C Kalian D Baginda 2 “____________ perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh 6A dalam UPSR”. Kata Cikgu Masyitah kepada murid tahun 6. A Awak B Beliau C Kalian D Engkau 3 __________ hujan turun dengan lebat, paras air sungai akan naik dan kawasan sekitarnya banjir. A Apabila B Kerana C Andai D Agar 4 Umat Islam akan saling __________ dan __________ dengan ibu bapa serta sanak- saudara pada hari raya. A hadir…menghormati B mengunjungi…bermaafan C menghormati…mencintai D mengasihi…bekerjasama
  • 2. 2 5 Penggunaan lampu yang __________ ketika membaca boleh menyebabkan kerosakan mata. A silau B malap C jernih D terang 6 Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini. Emak __________ buah tembikai untuk dihidangkan kepada tetamu. A menebuk B mengerat C memasak D memotong 7 Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul. A pemaju B memaju C kemajuan D memajukan 8 Plastik __________ akan memudahkan kita untuk melihat barangan yang ada di dalamnya. A lutsinar B kalis air C kedap sinar D kedap udara
  • 3. 3 9 Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah. Pak Bahar sedang memasang __________ kawat mata punai di sekeliling reban. A secebis B selembar C segelung D serawan 10 __________ tingkap rumah itu dipasang jeriji keselamatan, pencuri itu berjaya memecah masuk juga. A Walau bagaimanapun B Kendatipun C Lantaran D Jikalau 11 Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah. Muhaimin meletakkan beberapa jenis batu yang cantik ke _________ akauariumnya itu. A sisi B sudut C dalam D pinggir
  • 4. 4 12 Pasukan penari zapin sekolah perlu berlatih dengan gigih sekiranya __________ memenangi pertandingan tarian itu. A ingin B masih C dapat D perlu 13 Dedaun kering itu __________ ditiup angin. A berpusar B berserakan C berguguran D berterbangan 14 Masih terdapat __________ penduduk Manjung Point yang tidak ambil peduli akan usaha gotong-royong memerangi nyamuk Aedes. A Semua B separuh C segelintir D setengah Pilih ayat yangsama maksuddengan ayat yang diberikan. 15 “Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang. A Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari kemudian. B Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari. C Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari. D Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang. Pilih ayat yangbetul. 16 IMenara Berkembar Petronas pernah menjadi menara tertinggi di Asia Tenggara. IIPemuda cantik itu pramugara pesawat MAS. IIIMurid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September lepas. IVSiapakah Menteri Pendidikan Malaysia sekarang? A I dan II B II dan III C II dan IV D I dan IV
  • 5. 5 Soalan 17-20 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. LONDON, 17 Mei – Norman bin Musa, seorang rakyat Malaysia yang telah mengusahakan restoran makanan Malaysia di London. Beliau juga pengeluar rempah-ratus yang terkenal pada peringkat antarabangsa. Norman juga tukang masak utama yang mengajarkan masakan Malaysia dengan menggunakan rempah-ratus dari Malaysia. Beliau juga menggunakan rempah-ratus ini di restoran dan di kelas masakannya di London. Semangat jati dirinya terserlah dalam masakan Malaysia. Norman juga sentiasa mempromosikan masakan Malaysia. Antara masakan Malaysia yang dijual di restorannya termasuklah sate, roti canai dan masak lemak cili padi. Beliau tidak pernah menjual masakan Barat kerana jati diri Malaysianya yang tetap menebal. Selain itu, Norman juga turut menyertai banyak pertandingan masakan pada peringkat antarabangsa. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang usahanya mengharumkan nama negara di persada dunia. Antara kejayaannya termasuklah Cef Muda Asia dan Timur Tahunan Terbaikpada Anugerah Kari Asia 2012. Beliau turut disenarai pendek dalam kategori Cef Tahunan Terbaik pada Anugerah Festival Makanan dan Minuman Manchester 2009. Pada tahun 2010 pula, beliau dipilih selaku cef rasmi bagi pasukan Formula 1 Lotus. Walaupun Norman telah lama menetap di London, namun semangat patriotik tetap utuh di jiwanya. Beliau bangga menjadi warganegara Malaysia. Sebagai bukti, cintanya kepada tanah air jelas terpancar apabila Jalur Gemilang dikibar setiap kali demonstrasi masakan diadakan di luar negara. Nama Malaysia sentiasa dekat di hati beliau biarpun berada di perantauan. Oleh sebab itu, beliau dikenali sebagai “Malaysian Chef Norman Musa”. Di samping itu, beliau tetap berbahasa Melayu apabila dikunjungi pelanggannya dari Malaysia. 18 Apakah yang diusahakan oleh Norman bin Musa? A Mengusahakan rempah-ratus B Mengajarkan masakan Malaysia C Menyertai banyak pertandingan masakan di London D Mengusahakan restoran makanan Malaysia di London 17 Siapakah Norman bin Musa? A Tukang masak B Pengeluar rempah-ratus C Tenaga pengajar masakan di London D Pengusaha restoran makanan Malaysia di London
  • 6. 6 19 Bagaimanakah Norman bin Musa mengajarkan masakan Malaysia? A Menjadi pengeluar rempah-ratus B Menggunakan rempah-ratus di restoran dan kelas masakannya di London C Memenangi pelbagai anugerah dalam usaha mengharumkan nama negara D Menyertai pertandingan rempah-ratus di restoran dan kelas masakannya di London 20 Mengapakah Norman bin Musa memiliki semangat patriotik walaupun berada di perantauan? A Jalur Gemilang berkibar setiap kali demonstrasi masakan diadakan di luar negara B Dikenali sebagai “Malaysian Chef Norman Musa” C Tetap berbicara dalam bahasa Melayu D Malaysia dekat di hati
  • 7. 7 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN BAHAGIAN B [30 markah] Soalan 21 Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi. akan dengan supaya untuk atau di dan yang Hatiku melonjak kegembiraan apabila ayah membenarkan aku menyertai lawatan ke Kuala Lumpur. Menjelang pagi itu, aku ______________kawan-kawan telah diberi taklimat. Cikgu Ang yang cantik bak bidadari itu meminta kami beratur semasa menaiki bas. “Jangan sesekali naik ______________ turun semasa bas sedang bergerak,” pesan Cikgu Syafik pula. Aku berfikir sejenak. Mungkin aku _______________ terjatuh jika tidak mematuhi arahan guru yang tampan seperti putera raja itu. Tidak lama kemudian, bas pun sampai. Aku memasukkan beg ke dalam perut bas lalu menaiki bas itu _______________ berhati-hati. [4 markah] Soalan 22 a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. Ayat tanya: ______________________________________________________________ Jawapan : Bangunan warisan ini perlu dipelihara kerana mempunyai nilai seni dan estetik yang tinggi. [2 markah]
  • 8. 8 b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah. Jawapan: ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ [2 markah] c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah. Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas. Jawapan : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ [2 markah]
  • 9. 9 Soalan 23 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya dikenali sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang bertanggungjawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choo Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi sedemikian berdasarkan bangunan pagoda di negara China. Tujuan asal pembinaan Jam Tinggi pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan sebuah tangki air untuk kegunaan penduduk setempat pada musim kemarau atau apabila berlaku kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak ada perkhidmatan bomba. Pada tahun 1895 berlaku banjir besar di Teluk Intan menyebabkan tapak dan tingkat bawah menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku serta bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini condong ke arah barat. Pada zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) bangunan Menara Condong ini dijadikan pusat kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian atas. Menara Condong ini mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi. Secara umum, bangunan ini mempunyai tiga tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki. Menara Condong mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu, pandangan dari luar, bangunan ini seolah-olah mempunyai tujuh tingkat. a. Nama lain bagi bangunan Jam Tinggi ialah __________________________________ (1 markah) b. Apakah punca bangunan Jam Tinggi ini condong ke arah barat? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (2 markah)
  • 10. 10 c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Salah satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh. (2 markah) Menara Condong mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Sepuluh tahun selepas Jam Tinggi siap dibina, banjir besar telah melanda pekan Teluk Intan. Orang yang bertanggungjawab membuat menara Jam Tinggi ialah pemerintah Jepun. Hampir lapan tahun Jam Tinggi digunakan oleh askar Jepun sebagai pusat kawalan ketenteraan. BETUL SALAH
  • 11. 11 Soalan 24 Baca memo di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. a) Memo tersebut adalah untuk memberitahu murid-murid tentang _________________ ____________________________________________________________________ [1 markah] b) Nyatakan satu punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di negara kita. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ [2 markah]
  • 12. 12 c) Pada pendapat kamu, mengapakah proses pengumpulan barangan kitar semula mengambil masa selama sebulan? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ [2 markah] d) Sekiranya kamu tidak dapat membawa barangan terpakai untuk program tersebut, apakah sumbangan kamu dalam menjayakan program ini? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ [3 markah]
  • 13. 13 Soalan 25 Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Awasi Keselamatanmu Sahabatku Nasihatku jangan dilupa Kata-kata ini amat bermakna Walau di mana-mana kauberada Keselamatan diri tetap diutama. Sahabatku Awasi dompetmu Pastikan di sisimu Biarlah bersama-sama Takut nanti hilang entah ke mana Kelak pasti jiwa merana. Sahabatku Bersendirian tanpa tuju Mungkin bahaya sedang menunggu Nanti diculik tak siapa yang tahu. Sahabatku Jika kamu hadapi masalah Usah kamu berasa gundah Pantang alah jangan pasrah Tenangkan diri elak marah. Sahabatku Awasi keselamatanmu Usah leka akan nasihatku Demi kasih sayangku yang jitu. a) Apakah maksud rangkap pertama dalam sajak di atas? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ [2 markah]
  • 14. 14 b) Tandakan (√) bagi penyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan sajak tersebut. Kita boleh pergi ke mana sahaja secara bersendirian. Kita perlu menjaga dompet dan pastikan sentiasa berada bersama kita. [1 markah] c) Mengapakah kita dilarang berjalan bersendirian ? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ [2 markah] d) Terangkan maksud baris dalam sajak di atas _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ [3 markah] KERTAS SOALAN TAMAT Jika kamu hadapi masalah Usah kamu berasa gundah