SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
SULIT
PRA PERCUBAAN UPSR 2013
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011
Julai
50 minit Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian,
hitamkan jawapan yang baharu.
Kertas ini mengandungi 13 halaman bercetak dan tiga halaman tidak bercetak.
1 Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza kali ini telah disertai seramai 56 orang
______________ yang terdiri daripada kalangan doktor, paramedik dan pengamal media.
011 [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 0112
A budiman
B ilmuan
C cendekiawan
D sukarelawan
2 “Sultan menitahkan _______________ supaya datang menghadap _______________ di
istana segera”, kata Bendahara Tun Perak kepada Hang Tuah.
A hamba … beta
B tuan hamba … baginda
C kakanda … patik
D adinda … tuanku
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Iskandar sedang _______________ dua baldi berisi air yang diambilnya dari sungai
berdekatan.
A mengelek
B menjinjing
C menjunjung
D mengandar
4 Kami _______________ di bawah pondok yang usang ketika hujan lebat pada pagi tadi.
A berteduh
B berpayung
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 0113
C berlindung
D berhenti
5 Barang-barang tembaga yang kusam itu _______________ oleh datuk sehingga berkilat.
A disental
B digilap
C dilap
D digosok
6 Rumah di hujung kampung itu _______________ selepas ditimpa sebatang pokok yang
besar dalam kejadian ribur petir semalam.
A senget
B rosak
C condong
D ranap
7 Nenek merebus seperiuk ubi kayu sehingga _______________ untuk dicicah dengan
kelapa parut dan sambal tumis.
A lembut
B lembik
C empuk
D masak
8 Kita ______________ menaiki kereta atau kapal terbang jika _______________ ke Pulau
Langkawi.
A harus … baru
B mungkin … belum
C patut … akan
D boleh … hendak
9 _______________ Gunung Kinabalu tidak terdaki olehnya, _______________ Gunung
Everest.
A Jangankan … pun
B Sama ada … ataupun
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 0114
C Bukan sahaja … bahkan
D Sedangkan … inikan pula
10 Suhu tubuhnya meningkat _______________ 37 darjah Celcius _______________
39 darjah Celcius.
A dari … kepada
B dari … hingga
C daripada … kepada
D daripada … ke
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Pelita itu
digantung pada _______________ rumah.
A pepintu
B sesiku
C bebendul
D tetingkap
12 Pokok-pokok lalang yang tumbuh di lereng bukit itu _______________ apabila ditiup
angin.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 0115
A berbuai-buai
B beroleng-oleng
C bergoyang-goyang
D berayun-ayun
13 Semua peserta sayembara puisi itu diminta mematuhi _______________ yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur.
A tatacara
B tatertib
C prakata
D prasyarat
14 _______________ murid sekolah rendah sekarang sudah celik komputer.
A Setengah
B Kebanyakan
C Segelintir
D Seluruh
15 Puan Fatihah hanya menggunakan _______________ benang untuk menjahit
______________ baju kurung.
A selembar … sepotong
B segulung … sehelai
C seurat … sepersalinan
D sebuku … sepasang
16 Kalsium penting untuk _______________ tulang dan gigi yang kuat.
A bina
B membina
C terbina
D pembinaan
17 Amalan bergotong-royong perlu dipupuk sejak murid-murid di bangku sekolah lagi.
Berikan perkataan seerti bagi perkataan dipupuk.
A disemai
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 0116
B dibentuk
C dilakukan
D disemarakkan
18 Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya dalam
mentadbir negara.
Perkataan berlawan bagi kemajuan ialah _______________.
A kemusnahan
B kejatuhan
C kemunduran
D keruntuhan
Soalan 19 – 20
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
19 I Kisah pengembaraan Panglima Awang sangat lanjut.
II Datuk masih kuat bekerja di kebun walaupun usianya telah lanjut.
III Abang telah mendapat tawaran untuk lanjut pelajaran di salah sebuah universiti
terkemuka dunia.
IV Buah cempedak yang masak itu telah lanjut hingga mencecah tanah.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
20 I Seorang pelanggan ternama telah menempah karangan bunga yang cantik itu.
II Karangan rumah nenek dipenuhi dedaun kering setelah lama ditinggalkan.
III Ramai penyelam terpesona dengan keindahan terumbu karangan di Pulau Sipadan.
IV Karangan yang ditulis oleh Amin mendapat pujian daripada Cikgu Hamidah.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 0117
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
21 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Adakah kamu pernah berkunjung ke Planetarium Negara?
A Ya, terdapat banyak pameran berkaitan angkasa lepas di sana.
B Tidak, saya belum pernah menjejakkan kaki ke Planetarium Negara.
C Saya dapat mengetahui tentang sejarah dan perkembangan sains angkasa di
Planetarium Negara.
D Rumah sepupu saya terletak tidak jauh daripada Planetarium Negara.
22 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan tubuh
badan.
A Siapakah yang perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang?
B Apakah maksud amalan pemakanan yang seimbang?
C Mengapakah kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang?
D Bagaimanakah cara untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang?
Soalan 23 – 24
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
23 “Pandanglah ke kiri dan ke kanan sebelum kamu melintas jalan”, kata Cikgu Aznirawati
kepada kami.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 0118
A Cikgu Aznirawati menasihati kami agar melihat ke kiri dan kanan dahulu sebelum
melintas jalan.
B Cikgu Aznirawati mengatakan bahawa kami perlu memandang ke kiri dan kanan
sebelum melintas jalan.
C Cikgu Aznirawati menyuruh kami memandang ke kiri dan kanan semasa melintas
jalan.
D Cikgu Aznirawati memberitahu kami supaya berhati-hati semasa melintas jalan.
24 Iqmal memberitahu adiknya bahawa dia akan pulang lewat pada petang ini kerana
menghadiri kelas tambahan.
A “Abang akan pulang pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan”, kata Iqmal.
B “Abang akan pulang lewat pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan”, kata
Iqmal.
C “Abang ada kelas tambahan pada petang ini”, kata Iqmal.
D “Saya akan pulang lewat pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan”, kata
adiknya.
Soalan 25 – 28
Pilih ayat yang betul.
25 A “Aduh, sungguh sedih hatiku melihat keluarga yang miskin itu”, kata Sarah.
B Minta tolong tuan-tuan dan puan-puan bersabar sebentar.
C Yang datang ke rumah kita semalam siapa?
D Dia tidak hendak belajar, tetapi asyik hendak bermain sahaja.
26 A Hadiah ini ialah untuk para pemenang Minggu Bahasa.
B Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat.
C Pemandangan sewaktu matahari terbenam nian indah.
D Sudah satu jam suku kami menunggu jurulatih baru itu di padang.
27 I Isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat esok.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 0119
II Kebanyakan ubat tradisional diperbuat daripada akar kayu.
III Mereka sedang berbincang demi program perkhemahan di Sungai Congkak.
IV Di antara faktor yang menyumbang kepada gejala vandalisme ialah pengaruh media
massa.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
28 I Kesemua hutang itu akan ku jelaskan nanti.
II Sekumpulan kanak-kanak itu kena kejar oleh anjing.
III Pak Mat memperbesar dapur rumahnya yang kecil.
IV Sultan Melaka mengurniakan Hang Tuah pingat kebesaran.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Soalan 29 – 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29 Izzah seorang yang _______________ kerana dia akan merajuk setiap kali ditegur oleh
ibu bapanya.
A telinga kuali
B telinga lintah
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 01110
C telinga nipis
D telinga capang
30 Mak Andeh menganyam tikar yang diperbuat daripada daun mengkuang dengan tekun
seperti _______________.
A bertih direndang
B halilintar membelah bumi
C gunting makan di hujung
D anai-anai makan kayu
Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh
bahasa dan cendekiawan Melayu. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung
Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau bersekolah pada usia 12 tahun di Sekolah
Melayu Batu Kikir dan kemudiannya bertukar ke Sekolah Melayu Linggi. Beliau merupakan
pelajar Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan Senior Cambridge dalam
tempoh enam tahun.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 01111
Perjuangan tokoh ini lebih menjurus kepada bidang penulisan. Artikel pertama beliau
iaitu “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” telah dua kali diterbitkan oleh Utusan
Melayu. Kelebihan Za’ba yang amat dikagumi ialah beliau berupaya menghasilkan karya
yang menggabungkan pelbagai aspek seperti bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi
dan politik. Malah, beliau turut menggunakan mata pena untuk menentang penjajahan British
dan mengetengahkan masalah kemunduran masyarakat Melayu.
Selain itu, Za’ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu. Ketika berkhidmat di
Kolej Latihan Sultan Idris, beliau telah menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke
dalam Bahasa Melayu. Beliau turut menggunakan aturan tersebut dalam menghasilkan buku
teks sekolah dan bahan bacaan umum.
Di samping itu, Za’ba aktif dalam aktiviti sosial. Beliau pernah menjadi Penasihat
Umum Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (1937), Yang Dipertua Persatuan Melayu
Selangor (1945) dan ahli jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO (1946). Malah,
Za’ba juga pernah menjawat jawatan pensyarah Bahasa Melayu di University of London
(1947) dan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Singapura
(1953).
Sumbangan Za’ba dalam bidang penulisan dan Bahasa Melayu sememangnya amat
besar. Beliau telah dianugerahkan gelaran pendeta pada tahun 1956 dalam Kongres Penulisan
dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada
23 Oktober 1973.
31 Nama penuh Za’ba ialah
A Pendeta Za’ba
B Pendeta Zainal Abidin bin Ahmad
C Za’ba bin Ahmad
D Zainal Abidin bin Ahmad
32 Za’ba amat dikagumi kerana
A kelebihan beliau menghasilkan karya yang menggabungkan pelbagai aspek seperti
bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 01112
B menghasilkan banyak karya seperti rencana, buku tatabahasa, buku teks sekolah dan
bahan bacaan umum.
C memberikan sumbangan besar dalam bidang Bahasa Melayu dan penulisan.
D menerima gelaran pendeta.
33 Mengapakah Za’ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu?
A Merupakan tokoh bahasa dan cendekiawan Melayu
B Pernah menerbitkan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum
C Menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu
D Menerbitkan banyak buku Bahasa Melayu
34 Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai Za’ba.
A Buku pertamanya ialah “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling”
B Mula bersekolah pada usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir
C Menerima gelaran pendeta dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di
Johor Bahru pada tahun 1956
D Meninggal dunia ketika berusia 78 tahun pada 23 Oktober 1973
35 Rangkai kata mengetengahkan isu kemunduran masyarakat dalam petikan bermaksud
A mengemukakan masalah kemiskinan masyarakat.
B mendedahkan hal penderitaan masyarakat.
C mengutarakan situasi masyarakat yang ketinggalan dalam segenap aspek.
D memaparkan keadaan perpecahan masyarakat.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 01113
Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering terdengar tentang kejadian gempa bumi.
Walaupun Malaysia terletak di luar zon Lingkaran Api Pasifik, namun kedudukannya yang
berjiran dengan negara-negara seperti Indonesia dan Filipina menyebabkan kita tidak
terkecuali daripada merasai gegaran tersebut. Malah, berdasarkan kajian, Malaysia berpotensi
mengalami gempa bumi tahap sederhana pada masa hadapan.
Gempa bumi ialah fenomena pergerakan permukaan bumi secara tiba-tiba, yang
terhasil daripada pelepasan tenaga dari dalam kerak bumi. Apabila kerak bumi bergeser
antara satu sama lain, tekanan akan terhasil pada batuan dalam kerak bumi tersebut.
Akibatnya, batuan ini akan merekah dan tenaga yang terhasil daripada geseran tersebut akan
meletus. Letusan itulah menyebabkan berlakunya gempa bumi.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 01114
Kekuatan gempa diukur dengan menggunakan alat yang dinamakan seismograf. Ia
boleh digredkan kepada nombor satu hingga sepuluh berdasarkan skala Richter. Skala tujuh
hingga sepuluh menujukkan gempa bumi yang paling kuat.
Gempa bumi ini sememangnya suatu fenomena yang menggerunkan. Ia boleh
menyebabkan tanah runtuh, kerosakan serta kehilangan nyawa. Jika terjadi di dasar laut, ia
boleh menghasilkan siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami. Terbaru,
kejadian gempa bumi di Jepun pada 11 Mac 2011 yang berskala 8.9 Richter, telah
menghasilkan tsunami yang mengakibatkan seramai 15,845 orang maut, 3,339 hilang dan
lebih 125,000 bangunan rosak atau binasa serta kemalangan nuklear iaitu peleburan pada
tahap tujuh.
Gempa bumi sebenarnya berlaku pada setiap hari. Namun begitu, kebanyakannya
bersifat kecil dan kita tidak merasainya. Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa bersedia
dan tidak panik apabila gempa berlaku. Sekiranya berada dalam bangunan, jangan tergesa-
gesa keluar. Sebaliknya, kita perlu duduk dan mendapatkan perlindungan di bawah meja atau
bangku sehingga gegaran berhenti. Jauhkan diri daripada tingkap, almari dan benda berat
yang tergantung serta elakkan menggunakan lif. Jika berada di luar bangunan, pergilah ke
kawasan yang lapang.
36 Mengapakah gempa bumi dianggap sebagai fenomena yang menakutkan?
A Ia berlaku pada setiap hari
B Menghasilkan siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami
C Menyebabkan berlakunya tanah runtuh, kerosakan serta kehilangan nyawa
D Menyebabkan kemalangan nuklear
37 Kejadian tsunami di Jepun berlaku kerana
A terletak di dalam zon Lingkaran Api Pasifik.
B mengalami gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter.
C mengalami gempa bumi di dasar laut.
D pergerakan permukaan bumi.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
SULIT 01115
38 Antara langkah keselamatan yang perlu kita lakukan semasa gempa bumi berlaku ialah
A keluar segera dari rumah atau bangunan.
B menghubungi pihak berkuasa seperti polis dan bomba.
C pergi ke kawasan yang lebih tinggi.
D duduk dan berlindung di bawah meja dan bangku.
39 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.
A Malaysia turut mengalami gegaran kerana terletak dalam zon Lingkaran Api Pasifik.
B Gempa bumi berlaku hasil letusan tenaga akibat pergeseran antara kerak bumi.
C Berdasarkan skala Richter, gempa bumi di Jepun digredkan dalam skala yang kuat.
D Semua kejadian gempa bumi boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan
kehilangan nyawa.
40 Rangkai kata bersedia dan tidak panik dalam petikan bermaksud
A berwaspada dan bertenang.
B berjaga-jaga dan reda.
C bersiap dan tidak cemas.
D peka dan tidak risau.
KERTAS SOALAN TAMAT
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT

More Related Content

What's hot

Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1santhiraman
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1ariey67
 
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016me wahab
 
Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Shika Nara
 
Latih tubi kata_nama
Latih tubi kata_namaLatih tubi kata_nama
Latih tubi kata_namaKathleen Ong
 
Bm pemahaman set 5
Bm pemahaman set 5Bm pemahaman set 5
Bm pemahaman set 5Zam Zainol
 
Latih tubi kata_kerja
Latih tubi kata_kerjaLatih tubi kata_kerja
Latih tubi kata_kerjaKathleen Ong
 
A bmk1 ujianupsr_set1_08
A bmk1 ujianupsr_set1_08A bmk1 ujianupsr_set1_08
A bmk1 ujianupsr_set1_08harijas
 
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahunKertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahunSPidEr Mohd
 

What's hot (17)

Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
 
bm thn 4 (k1)
bm thn 4 (k1)bm thn 4 (k1)
bm thn 4 (k1)
 
A bmk1 ujianupsr_set6_08
A bmk1 ujianupsr_set6_08A bmk1 ujianupsr_set6_08
A bmk1 ujianupsr_set6_08
 
Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020
 
Kata pemeri
Kata pemeriKata pemeri
Kata pemeri
 
Antonim
AntonimAntonim
Antonim
 
Kata sendi
Kata sendiKata sendi
Kata sendi
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata nama
 
Latih tubi kata_nama
Latih tubi kata_namaLatih tubi kata_nama
Latih tubi kata_nama
 
Bm pemahaman set 5
Bm pemahaman set 5Bm pemahaman set 5
Bm pemahaman set 5
 
Latih tubi kata_kerja
Latih tubi kata_kerjaLatih tubi kata_kerja
Latih tubi kata_kerja
 
A bmk1 ujianupsr_set1_08
A bmk1 ujianupsr_set1_08A bmk1 ujianupsr_set1_08
A bmk1 ujianupsr_set1_08
 
Pem tahun 4 pkbs 3
Pem tahun 4 pkbs 3Pem tahun 4 pkbs 3
Pem tahun 4 pkbs 3
 
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahunKertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
 

Similar to Trial bm 1 melaka

Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu PemahamanSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahamanar-rifke.com
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu PemahamanSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahamanar-rifke.com
 
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfUjian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfALEZABINTIOTHMANMoe
 
Johor bm pemahaman a set 3 2017
Johor bm pemahaman a set 3 2017 Johor bm pemahaman a set 3 2017
Johor bm pemahaman a set 3 2017 feedmylappy
 
Emak ^^ ujian semester pertengahan tahun
Emak ^^   ujian semester pertengahan tahunEmak ^^   ujian semester pertengahan tahun
Emak ^^ ujian semester pertengahan tahunNor Liza Bahaman
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp0128443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01mohd fahmie mohd fauzi
 
520505133 ujian-sumatif-bm-thn-2
520505133 ujian-sumatif-bm-thn-2520505133 ujian-sumatif-bm-thn-2
520505133 ujian-sumatif-bm-thn-2vvvip
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-428443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4jamilinordin
 
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdf
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdfBM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdf
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdfzauyahsaad
 
Pmr 2005
Pmr 2005Pmr 2005
Pmr 2005amrida
 
Pmr 2005
Pmr 2005Pmr 2005
Pmr 2005amrida
 

Similar to Trial bm 1 melaka (20)

A bmk1 ujianupsr_set1_08
A bmk1 ujianupsr_set1_08A bmk1 ujianupsr_set1_08
A bmk1 ujianupsr_set1_08
 
Soalan kertas 1
Soalan kertas 1Soalan kertas 1
Soalan kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
A bmk1 ujianupsr_set3_08
A bmk1 ujianupsr_set3_08A bmk1 ujianupsr_set3_08
A bmk1 ujianupsr_set3_08
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu PemahamanSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
 
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu PemahamanSoalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman
 
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfUjian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
 
Latihan pemahaman sjk set 1
Latihan pemahaman sjk set 1Latihan pemahaman sjk set 1
Latihan pemahaman sjk set 1
 
Johor bm pemahaman a set 3 2017
Johor bm pemahaman a set 3 2017 Johor bm pemahaman a set 3 2017
Johor bm pemahaman a set 3 2017
 
Emak ^^ ujian semester pertengahan tahun
Emak ^^   ujian semester pertengahan tahunEmak ^^   ujian semester pertengahan tahun
Emak ^^ ujian semester pertengahan tahun
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp0128443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
 
Kertas 1 bm pp1_2012
Kertas 1 bm pp1_2012Kertas 1 bm pp1_2012
Kertas 1 bm pp1_2012
 
520505133 ujian-sumatif-bm-thn-2
520505133 ujian-sumatif-bm-thn-2520505133 ujian-sumatif-bm-thn-2
520505133 ujian-sumatif-bm-thn-2
 
Latihan
LatihanLatihan
Latihan
 
Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014
Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014
Akhir tahun pemahaman tahun 4 2014
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-428443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
 
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdf
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdfBM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdf
BM PT3 SOALAN GERAK GEMPUR K1 2019.pdf
 
Pmr 2005
Pmr 2005Pmr 2005
Pmr 2005
 
Pmr 2005
Pmr 2005Pmr 2005
Pmr 2005
 

More from share with me

Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014share with me
 
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1share with me
 
2014 score a in mathematics paper 2
2014  score  a  in  mathematics  paper  22014  score  a  in  mathematics  paper  2
2014 score a in mathematics paper 2share with me
 
Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2share with me
 
Trial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johorTrial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johorshare with me
 
Trial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johorTrial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johorshare with me
 
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)share with me
 
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k2   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantanshare with me
 
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k1   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantanshare with me
 
Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2share with me
 
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantanskema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantanshare with me
 
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18share with me
 
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2share with me
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raubshare with me
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raubshare with me
 

More from share with me (20)

Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014
 
Zon e3
Zon e3Zon e3
Zon e3
 
Zon e2
Zon e2Zon e2
Zon e2
 
Zone1
Zone1Zone1
Zone1
 
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
 
2014 score a in mathematics paper 2
2014  score  a  in  mathematics  paper  22014  score  a  in  mathematics  paper  2
2014 score a in mathematics paper 2
 
Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2
 
Trial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johorTrial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johor
 
Trial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johorTrial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johor
 
Trial penang mt k2
Trial penang mt k2Trial penang mt k2
Trial penang mt k2
 
Trial penang mt k1
Trial penang mt k1Trial penang mt k1
Trial penang mt k1
 
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
 
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k2   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantan
 
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k1   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantan
 
Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2
 
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantanskema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
 
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
 
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
 

Trial bm 1 melaka

  • 1. SULIT PRA PERCUBAAN UPSR 2013 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 Julai 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baharu. Kertas ini mengandungi 13 halaman bercetak dan tiga halaman tidak bercetak. 1 Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza kali ini telah disertai seramai 56 orang ______________ yang terdiri daripada kalangan doktor, paramedik dan pengamal media. 011 [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 2. SULIT 0112 A budiman B ilmuan C cendekiawan D sukarelawan 2 “Sultan menitahkan _______________ supaya datang menghadap _______________ di istana segera”, kata Bendahara Tun Perak kepada Hang Tuah. A hamba … beta B tuan hamba … baginda C kakanda … patik D adinda … tuanku Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Iskandar sedang _______________ dua baldi berisi air yang diambilnya dari sungai berdekatan. A mengelek B menjinjing C menjunjung D mengandar 4 Kami _______________ di bawah pondok yang usang ketika hujan lebat pada pagi tadi. A berteduh B berpayung [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 3. SULIT 0113 C berlindung D berhenti 5 Barang-barang tembaga yang kusam itu _______________ oleh datuk sehingga berkilat. A disental B digilap C dilap D digosok 6 Rumah di hujung kampung itu _______________ selepas ditimpa sebatang pokok yang besar dalam kejadian ribur petir semalam. A senget B rosak C condong D ranap 7 Nenek merebus seperiuk ubi kayu sehingga _______________ untuk dicicah dengan kelapa parut dan sambal tumis. A lembut B lembik C empuk D masak 8 Kita ______________ menaiki kereta atau kapal terbang jika _______________ ke Pulau Langkawi. A harus … baru B mungkin … belum C patut … akan D boleh … hendak 9 _______________ Gunung Kinabalu tidak terdaki olehnya, _______________ Gunung Everest. A Jangankan … pun B Sama ada … ataupun [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 4. SULIT 0114 C Bukan sahaja … bahkan D Sedangkan … inikan pula 10 Suhu tubuhnya meningkat _______________ 37 darjah Celcius _______________ 39 darjah Celcius. A dari … kepada B dari … hingga C daripada … kepada D daripada … ke Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah. 11 Pelita itu digantung pada _______________ rumah. A pepintu B sesiku C bebendul D tetingkap 12 Pokok-pokok lalang yang tumbuh di lereng bukit itu _______________ apabila ditiup angin. [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 5. SULIT 0115 A berbuai-buai B beroleng-oleng C bergoyang-goyang D berayun-ayun 13 Semua peserta sayembara puisi itu diminta mematuhi _______________ yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. A tatacara B tatertib C prakata D prasyarat 14 _______________ murid sekolah rendah sekarang sudah celik komputer. A Setengah B Kebanyakan C Segelintir D Seluruh 15 Puan Fatihah hanya menggunakan _______________ benang untuk menjahit ______________ baju kurung. A selembar … sepotong B segulung … sehelai C seurat … sepersalinan D sebuku … sepasang 16 Kalsium penting untuk _______________ tulang dan gigi yang kuat. A bina B membina C terbina D pembinaan 17 Amalan bergotong-royong perlu dipupuk sejak murid-murid di bangku sekolah lagi. Berikan perkataan seerti bagi perkataan dipupuk. A disemai [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 6. SULIT 0116 B dibentuk C dilakukan D disemarakkan 18 Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya dalam mentadbir negara. Perkataan berlawan bagi kemajuan ialah _______________. A kemusnahan B kejatuhan C kemunduran D keruntuhan Soalan 19 – 20 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 19 I Kisah pengembaraan Panglima Awang sangat lanjut. II Datuk masih kuat bekerja di kebun walaupun usianya telah lanjut. III Abang telah mendapat tawaran untuk lanjut pelajaran di salah sebuah universiti terkemuka dunia. IV Buah cempedak yang masak itu telah lanjut hingga mencecah tanah. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 20 I Seorang pelanggan ternama telah menempah karangan bunga yang cantik itu. II Karangan rumah nenek dipenuhi dedaun kering setelah lama ditinggalkan. III Ramai penyelam terpesona dengan keindahan terumbu karangan di Pulau Sipadan. IV Karangan yang ditulis oleh Amin mendapat pujian daripada Cikgu Hamidah. [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 7. SULIT 0117 A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 21 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Adakah kamu pernah berkunjung ke Planetarium Negara? A Ya, terdapat banyak pameran berkaitan angkasa lepas di sana. B Tidak, saya belum pernah menjejakkan kaki ke Planetarium Negara. C Saya dapat mengetahui tentang sejarah dan perkembangan sains angkasa di Planetarium Negara. D Rumah sepupu saya terletak tidak jauh daripada Planetarium Negara. 22 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan tubuh badan. A Siapakah yang perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang? B Apakah maksud amalan pemakanan yang seimbang? C Mengapakah kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang? D Bagaimanakah cara untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang? Soalan 23 – 24 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 23 “Pandanglah ke kiri dan ke kanan sebelum kamu melintas jalan”, kata Cikgu Aznirawati kepada kami. [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 8. SULIT 0118 A Cikgu Aznirawati menasihati kami agar melihat ke kiri dan kanan dahulu sebelum melintas jalan. B Cikgu Aznirawati mengatakan bahawa kami perlu memandang ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. C Cikgu Aznirawati menyuruh kami memandang ke kiri dan kanan semasa melintas jalan. D Cikgu Aznirawati memberitahu kami supaya berhati-hati semasa melintas jalan. 24 Iqmal memberitahu adiknya bahawa dia akan pulang lewat pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan. A “Abang akan pulang pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan”, kata Iqmal. B “Abang akan pulang lewat pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan”, kata Iqmal. C “Abang ada kelas tambahan pada petang ini”, kata Iqmal. D “Saya akan pulang lewat pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan”, kata adiknya. Soalan 25 – 28 Pilih ayat yang betul. 25 A “Aduh, sungguh sedih hatiku melihat keluarga yang miskin itu”, kata Sarah. B Minta tolong tuan-tuan dan puan-puan bersabar sebentar. C Yang datang ke rumah kita semalam siapa? D Dia tidak hendak belajar, tetapi asyik hendak bermain sahaja. 26 A Hadiah ini ialah untuk para pemenang Minggu Bahasa. B Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat. C Pemandangan sewaktu matahari terbenam nian indah. D Sudah satu jam suku kami menunggu jurulatih baru itu di padang. 27 I Isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat esok. [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 9. SULIT 0119 II Kebanyakan ubat tradisional diperbuat daripada akar kayu. III Mereka sedang berbincang demi program perkhemahan di Sungai Congkak. IV Di antara faktor yang menyumbang kepada gejala vandalisme ialah pengaruh media massa. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 28 I Kesemua hutang itu akan ku jelaskan nanti. II Sekumpulan kanak-kanak itu kena kejar oleh anjing. III Pak Mat memperbesar dapur rumahnya yang kecil. IV Sultan Melaka mengurniakan Hang Tuah pingat kebesaran. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Soalan 29 – 30 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. 29 Izzah seorang yang _______________ kerana dia akan merajuk setiap kali ditegur oleh ibu bapanya. A telinga kuali B telinga lintah [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 10. SULIT 01110 C telinga nipis D telinga capang 30 Mak Andeh menganyam tikar yang diperbuat daripada daun mengkuang dengan tekun seperti _______________. A bertih direndang B halilintar membelah bumi C gunting makan di hujung D anai-anai makan kayu Soalan 31 – 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh bahasa dan cendekiawan Melayu. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau bersekolah pada usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir dan kemudiannya bertukar ke Sekolah Melayu Linggi. Beliau merupakan pelajar Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun. [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 11. SULIT 01111 Perjuangan tokoh ini lebih menjurus kepada bidang penulisan. Artikel pertama beliau iaitu “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” telah dua kali diterbitkan oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za’ba yang amat dikagumi ialah beliau berupaya menghasilkan karya yang menggabungkan pelbagai aspek seperti bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik. Malah, beliau turut menggunakan mata pena untuk menentang penjajahan British dan mengetengahkan masalah kemunduran masyarakat Melayu. Selain itu, Za’ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, beliau telah menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Beliau turut menggunakan aturan tersebut dalam menghasilkan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Di samping itu, Za’ba aktif dalam aktiviti sosial. Beliau pernah menjadi Penasihat Umum Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (1937), Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (1945) dan ahli jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO (1946). Malah, Za’ba juga pernah menjawat jawatan pensyarah Bahasa Melayu di University of London (1947) dan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Singapura (1953). Sumbangan Za’ba dalam bidang penulisan dan Bahasa Melayu sememangnya amat besar. Beliau telah dianugerahkan gelaran pendeta pada tahun 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 23 Oktober 1973. 31 Nama penuh Za’ba ialah A Pendeta Za’ba B Pendeta Zainal Abidin bin Ahmad C Za’ba bin Ahmad D Zainal Abidin bin Ahmad 32 Za’ba amat dikagumi kerana A kelebihan beliau menghasilkan karya yang menggabungkan pelbagai aspek seperti bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik. [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 12. SULIT 01112 B menghasilkan banyak karya seperti rencana, buku tatabahasa, buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. C memberikan sumbangan besar dalam bidang Bahasa Melayu dan penulisan. D menerima gelaran pendeta. 33 Mengapakah Za’ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu? A Merupakan tokoh bahasa dan cendekiawan Melayu B Pernah menerbitkan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum C Menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu D Menerbitkan banyak buku Bahasa Melayu 34 Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai Za’ba. A Buku pertamanya ialah “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” B Mula bersekolah pada usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir C Menerima gelaran pendeta dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru pada tahun 1956 D Meninggal dunia ketika berusia 78 tahun pada 23 Oktober 1973 35 Rangkai kata mengetengahkan isu kemunduran masyarakat dalam petikan bermaksud A mengemukakan masalah kemiskinan masyarakat. B mendedahkan hal penderitaan masyarakat. C mengutarakan situasi masyarakat yang ketinggalan dalam segenap aspek. D memaparkan keadaan perpecahan masyarakat. [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 13. SULIT 01113 Soalan 36 – 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering terdengar tentang kejadian gempa bumi. Walaupun Malaysia terletak di luar zon Lingkaran Api Pasifik, namun kedudukannya yang berjiran dengan negara-negara seperti Indonesia dan Filipina menyebabkan kita tidak terkecuali daripada merasai gegaran tersebut. Malah, berdasarkan kajian, Malaysia berpotensi mengalami gempa bumi tahap sederhana pada masa hadapan. Gempa bumi ialah fenomena pergerakan permukaan bumi secara tiba-tiba, yang terhasil daripada pelepasan tenaga dari dalam kerak bumi. Apabila kerak bumi bergeser antara satu sama lain, tekanan akan terhasil pada batuan dalam kerak bumi tersebut. Akibatnya, batuan ini akan merekah dan tenaga yang terhasil daripada geseran tersebut akan meletus. Letusan itulah menyebabkan berlakunya gempa bumi. [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 14. SULIT 01114 Kekuatan gempa diukur dengan menggunakan alat yang dinamakan seismograf. Ia boleh digredkan kepada nombor satu hingga sepuluh berdasarkan skala Richter. Skala tujuh hingga sepuluh menujukkan gempa bumi yang paling kuat. Gempa bumi ini sememangnya suatu fenomena yang menggerunkan. Ia boleh menyebabkan tanah runtuh, kerosakan serta kehilangan nyawa. Jika terjadi di dasar laut, ia boleh menghasilkan siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami. Terbaru, kejadian gempa bumi di Jepun pada 11 Mac 2011 yang berskala 8.9 Richter, telah menghasilkan tsunami yang mengakibatkan seramai 15,845 orang maut, 3,339 hilang dan lebih 125,000 bangunan rosak atau binasa serta kemalangan nuklear iaitu peleburan pada tahap tujuh. Gempa bumi sebenarnya berlaku pada setiap hari. Namun begitu, kebanyakannya bersifat kecil dan kita tidak merasainya. Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa bersedia dan tidak panik apabila gempa berlaku. Sekiranya berada dalam bangunan, jangan tergesa- gesa keluar. Sebaliknya, kita perlu duduk dan mendapatkan perlindungan di bawah meja atau bangku sehingga gegaran berhenti. Jauhkan diri daripada tingkap, almari dan benda berat yang tergantung serta elakkan menggunakan lif. Jika berada di luar bangunan, pergilah ke kawasan yang lapang. 36 Mengapakah gempa bumi dianggap sebagai fenomena yang menakutkan? A Ia berlaku pada setiap hari B Menghasilkan siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami C Menyebabkan berlakunya tanah runtuh, kerosakan serta kehilangan nyawa D Menyebabkan kemalangan nuklear 37 Kejadian tsunami di Jepun berlaku kerana A terletak di dalam zon Lingkaran Api Pasifik. B mengalami gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter. C mengalami gempa bumi di dasar laut. D pergerakan permukaan bumi. [Lihat halaman sebelah 011 SULIT
  • 15. SULIT 01115 38 Antara langkah keselamatan yang perlu kita lakukan semasa gempa bumi berlaku ialah A keluar segera dari rumah atau bangunan. B menghubungi pihak berkuasa seperti polis dan bomba. C pergi ke kawasan yang lebih tinggi. D duduk dan berlindung di bawah meja dan bangku. 39 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan. A Malaysia turut mengalami gegaran kerana terletak dalam zon Lingkaran Api Pasifik. B Gempa bumi berlaku hasil letusan tenaga akibat pergeseran antara kerak bumi. C Berdasarkan skala Richter, gempa bumi di Jepun digredkan dalam skala yang kuat. D Semua kejadian gempa bumi boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. 40 Rangkai kata bersedia dan tidak panik dalam petikan bermaksud A berwaspada dan bertenang. B berjaga-jaga dan reda. C bersiap dan tidak cemas. D peka dan tidak risau. KERTAS SOALAN TAMAT [Lihat halaman sebelah 011 SULIT