SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
5.0 Penjelasan Pengurusan Emosi Dalam Situasi Mencabar



         Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir umat manusia di segenap empat penjuru
dunia ini tentang isu perumahan haram.Hal ini digambarkan melalui skrip drama yang
bertajuk Tamu Bukit Kenny.Emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran
tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang
berbeza-beza untuk bertindak.Sebagaimana yang kita ketahui, emosi seseorang harus
diurus    secara    berpatutan    dan   bijaksana   serta   digunakan   sesuai   mengikut
keadaansupaya dapat mengelakkan masalah-masalah yang bakal menempuhi.



         Dalam situasi skrip drama tersebut, emosi-emosi negatif dapat dilihat dengan
jelasnya melalui watak utama, Mamat seperti yang berikut:


Emosi Marah

         Kehadiran emosi marah menyebabkan Mamat bertindak cepat tanpa berfikir
dengan waras dan tanpa menghirau akan kesan sikap terburu-burunya pada masa
hadapan. Keadaan ini dapat dilihat apabila Mamat menunjukkan parang kepada
pegawai-pegawai Reserve Unit tanpa berfikir bahawa mereka ialah pegawai-pegawai
yang berkuasa.

         PEGAWAI: Jadi, engkau hendak menetak orang?

         MAMAT: Saya hendak menggertak sahaja, tetapi apabila saya lihat mata-mata
                   datang, mata-mata bertopi merah itu encik, mata-mata apa namanya-
                   mata – mata filem unit!

         Pada hemat saya, sekiranya saya berada dalam situasi Mamat, saya akan
mengawal emosi marah supaya ia tidak meletup secara meluap-luap. Walaupun masa
itu saya tertekan dengan emosi marah, saya akan mengawal tingkah laku di hadapan
pegawai-pegawai yang berkuasa kerana sekiranya saya bertindak tanpa berfikir dengan
waras pastinya keadaan sedemikian akan membawa kesan yang buruk kepada diri



                                                                                            14
saya.Saya juga akan mengakui kesalahan saya sendiri dengan pegawai Reserve Unit
tersebut dan meminta maaf terhadap mereka atas kesilapan saya selain marah
mereka.Saya akan mengetepikan Emosi marah dan tidak akan bercakap dengan
meninggikan suara terhadap pegawai-pegawai tersebut kerana ia boleh membawa
kepada pergaduhan yang besar.


Emosi Geram

      Emosi geram ditonjolkan oleh Mamat apabila dia mengamuk di hadapan
pegawai-pegawai Reserve Unit apabila rumahnya dirobohkan, sedangkan diri dia
sendiri yang bersalah membina rumah haram.

      PEGAWAI: Kenapa kau begini? [CIK PUAN manjenguk keluar]Kau nak
                  mengamuk?Kenapa mengamuk di sini?

      MAMAT: Di sana tadi saya nak mengamuk, encik. Tapi tak jadi.

      Sekiranya saya berada dalam keadaan di atas, saya akan pendamkan emosi
geram tersebut untuk mengatasi situasi tersebut. Pada masa yang sama juga saya
tidak akan menyalahkan orang lain atas kesilapan saya sendiri yang membina rumah
haram. Dalam konteks ini, pertuturan saya akan lebih lemah lembut untuk menjelaskan
keadaan saya pada pegawai-pegawai tersebut dan meminta masa yang lebih untuk
saya berpindah rumah kerana keadaan saya masih dikawal lagi.



Emosi Pilu
      Emosi pilu juga dapat dilihat pada watak Mamat.Situasi ini dapat dilihat padanya
apabila dia menceritakan bahawa dia melaburkan jumlah wang yang banyak untuk
membina rumah yang dirobohkan itu.

      MAMAT: Tidak encik, tetapi mula-mulanya marah juga … siapa yang tidak
               marah kalau rumahnya kena roboh. Encik tahu, $400 duit saya lebur
             buat rumah itu.

      PEGAWAI: Salah kau juga, kenapa membina rumah haram?


                                                                                         15
Sekiranya saya berada dalam situasi Mamat di atas, saya tidak akan memberi
kesempatan untuk emosi pilu mengambil tempat dalam diri saya kerana saya
memahami bahawa itu adalah balasan daripada Tuhan atas perbuatan salah saya.
Walaupun masa itu saya sakit hati membina rumah dengan melabur jumlah wang yang
banyak, tetapi saya akan menyesal melabur wang yang banyak membina rumah haram.



Emosi Takut

      Emosi takut pada watak Cik Puan dapat dilihat dengan jelas pada awal cerita.Cik
Puan takut dengan kehadiran Mamat dengan parang sehingga dia terus masuk ke
dalam.

      MAMAT: Encik… Encik…!

      [PEGAWAI dan CIK PUAN terkejut.CIK PUAN terus masuk ke dalam,
           PEGAWAI lari ke pintu bilik. Mukanya pucat dan takut]
      Pada hemat saya, saya akan mengawal emosi saya untuk tidak terkejut akan
Mamat yang berlari dengan parang panjang di tanggannya memekik-mekik dan
memberanikan diri saya ke hadapan untuk mendengar masalah Mamat.

      Di samping Cik Puan, Emosi takut juga jelas terpapar pada watak
Pegawai.Beliau takut menghadapi Mamat yang mempunyai parang panjang di
tangannya.

      MAMAT: [Mendekati PEGAWAI.PEGAWAI undur] Tolong saya encik… tolong
              saya…
      Sekiranya saya berada di tempat Pegawai, saya akan mencuba sedaya-upaya
untuk mengawal emosi saya supaya keadaan tersebut tidak menjadi serius.
Memandangkan peribahasa berani kerana betul, takut kerana salah saya akan
memberanikan diri menghadapi Mamat.

      Di samping itu, Mamat juga seorang yang mementingkan diri sendiri.Hal ini
digambarkan apabila Mamat mementingkan nyawa sendiri, takut ditembak lalu dia
berlari ke rumah Pegawainya. Tetapi dia tidak kisah akan nyawa orang lain apabila dia


                                                                                        16
mengkibas-kibaskan parang untuk menggertak pegawai-pegawai yang merobohkan
rumahnya.

      MAMAT: Ha, Reserve Unit !Saya lihat tangan mata-mata itu sudah ke pistolnya,
      encik.Oleh itu, tidak jadilah saya mengamuk, encik. Manalah tahu,
      entah-entah ditembaknya saya, encik, tumpas pula saya.

      PEGAWAI: Tahu pun engkau.

      MAMAT: Nyawa encik.

      PEGAWAI: Habis nyawa orang lain?

      MAMAT : Saya hanya hendak menggertak sahaja, bukan betul-betul. Apabila
               saya melihat mata-mata itu lain macam nampaknya … saya pun
               cabut larilah, encik. [Ketawa]

      Sekiranya saya berada dalam situasi di atas, saya tidak akan takut dengan
kedatangan pegawai-pegawai berkuada tersebut. Malah, saya akan memberanikan diri
untuk menghadap pegawai-pegawai tersebut. Berani kerana betul, takut kerana
salah.Dalam keadaan sedemikian saya akan menghargai nyawa orang lain seperti
mana menghargai nyawa diri saya sendiri.




Emosi Sedih

      Mamat berasa amat sedih mengenang keadaanya sekarang yang tidak
mempunyai tempat tinggal.Keadaan ini tentunya merisaukan Mamat untuk mencari
tempat tinggal untuk ahli keluarga supaya mereka dapat bermalam.


      MAMAT: Habis kena roboh. [Semakin sedih] Ke manalah saya hendak pergi?Di
              manalah anak isteri saya hendak tinggal?Di manakah kami hendak
               tidur malam ini?Kalau saya seorang, tidak mengapalah, di masjid pun
              saya boleh tidur.Anak saya yang kecil itu dedar pula badannya.




                                                                                     17
[Menundukkan muka dengan sedih, mengesat-ngesat mata yang tak
              berair]
       Jikalau saya di tempat Mamat, saya tidak akan memberi kesempatan untuk
emosi sedih kerana emosi sedih akan mengganggu pemikiran yang jelas. Tambahan
pula, saya akan menanggung akibat yang menjelang atas sebab membina rumah
haram. Saya akan sedar bahawa membina rumah haram tidak akan menjamin
kehidupan masa depan yang berkualiti. Lagipun, setelah nasi sudah menjadi bubur
tidak ada apa lagi untuk dibuat untuk memperbaikinya.




Emosi Tamak

       Emosi tamak dapat dilihat pada watak Mamat yang mencuba menyalahgunakan
kuasanya yang dia ialah seorang ahli politik dan dia berasa berhak untuk membina
rumah haram.Walaupun demikian, emosi tamak menguasai Mamat di mana dia tidak
berasa bahawa dirinya bersalah dan menyuruh Pegawai untuk menelefon pegawai
Reserve unit dan menyuruh berbincang dengannya mengenai masalahnya supaya dia
dapat membina sebuah rumah haram lagi.

       MAMAT: Tolonglah, encik. Kalau dapat encik telefonlah pegawai yang
                berkenaan, biarlah dapat bina rumah sebuah lagi.Tak lama, encik,
                membuat rumah kilat itu, satu malam saja sudah siap.Sementara itu
                biarlah saya menumpang di mana-mana. [Sedih dan mengesat lagi
              mata yang tak berair itu]

       Sekiranya saya di tempat Mamat, saya tidak membenarkan emosi tamak
menguasai saya. Saya percaya bahawa kehadiran emosi tamak akan memusnahkan
diri seseorang. Selain itu, saya juga tidak akan mencuba menyalahgunakan kuasa yang
diberi sewenang-wenangnya untuk kegunaan sendiri untuk membina rumah atas tanah
orang lain.




                                                                                      18
Emosi Cemas

       Emosi cemas membuatkan dia tergopoh-gapah sehingga terambil sarung golok
dan ia menyebabkan parangnya tidak dapat disarungkan.

       MAMAT: Bukan menghunus, mak encik. Saya tadi tergopoh-gapah.Jadi, sudah
                terambil sarung golok pula.Jadi, parang initidak boleh disarungkan.

       Jika saya di tempat Mamat, saya tidak akan cemas pada masa itu kerana emosi
cemas akan membuatkan seseorang bertindak seperti kehilangan akal. Walaupun
emosi saya tertekan pada masa itu, saya akan bertindak secara berhati-hati tanpa
terburu-buru.




BerterimaKasih dan Bersyukur

       Pada masa yang sama juga Mamat berasa penuh terima kasih dan bersyukur
dengan bantuan Pegawai dan isterinya, Cik Puan. Emosi ini dapat dibuktikan apabila
dia mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan Pegawai dan Cik Puan apabila
masalah dia dapat diselesaikan untuk sementara dengan bantuan mereka berdua.

       PEGAWAI: Tak payalah, Mamat. Dengar apa kata mak encik engkau. Bawalah
                keluarga engkau ke mari. Bawa kereta tu.

       MAMAT: [Penuh terima kasih] Terima kasih banyak, encik. Biar saya pergi
                  sekarang [Bergerak ke pintu]

       Sekiranya saya berada dalam situasi di atas, saya akan berkelakuan seperti
mana Mamat bertindak. Saya juga akan mengucapakan ribuan terima kasih atas
pertolongan Pegawai dan isterinya, Cik Puan yang mengatasi masalah saya walaupun
buat sementara sahaja. Menghargai bantuan orang lain ialah sikap yang paling mulia di
dunia ini.




                                                                                        19
Selain itu, pada masa ini juga emosi-emosi positif dapat dilihat pada watak
Pegawai dan isterinya, Cik Puan.



Beramanah

      Pegawai dalam cerita tersebut merupakan seorang yang beramanah dalam
kehidupannya.Beliau tidak ingin melakukan sebarang kesalahan yang salah disisi
undang-undang. Pernyataan ini dapat dibuktikan apabila Pegawai tersebut tidak
bersetuju dengan pendapat Mamat dan enggan menelefon Pegawai Reserve Unit yang
merobohkan rumah Mamat untuk berbincang kerana beliau memahami bahawa apa
yang Mamat telah lakukan adalah salah sebenarnya.

      PEGAWAI: Tak boleh, tak boleh. [Mengeleng-gelengkan kepala] Ini kerja salah!
            Kau baliklah dahulu, tengok anak isteri engkau.

      Sekiranya saya berada dalam situasi Pegawai saya juga akan bertindak seperti
beliau di mana saya tidak mengikut-ikut kata Mamat kerana ia adalah salah di sisi
undang-undang. Di samping itu, saya perlu beramanah dalam kehidupan saya selaku
sabagai seorang pegawai.Walaupun saya belas kasihan akan keadaan Mamat, saya
tidak akan membuat sebarang kelakuan yang salah disisi undang-undang.


Emosi Sabar

      Selain daripada itu, Pegawai juga merupakan seorang yang sabar.Walaupun
pada mulanya beliau terkejut melihat Mamat, beliau tetap sabar mendengar masalah
Mamat dan memberi nasihat kepadanya dengan penuh bertanggungjawab.

      PEGAWAI: Kau gila nak mengamuk?

      Sekiranya saya di tempat Pegawai, saya akan sama seperti beliau. Saya akan
sabar mendengar masalah Mamat tanpa mengatakan itu bukan masalah saya.
Tambahan pula, sebagai seorang manusia kita harus sedia mendengar masalah orang
lain walaupun tidak dapat dibantu. Memberi nasihat mahupun tunjuk ajar yang baik
adalah tanggungjawab seseorang manusia yang berguna.



                                                                                     20
Emosi Empati

      Emosi empati juga dapat dilihat pada diri Pegawai semasa beliau mengizinkan
Mamat dan seisi keluarganya tinggal bersama tanpa melihatkan status yang Mamat
merupakan pemandu untuknya.Keputusan yang dibuat oleh Pegawai menunjukkan
bahawa beliau ialah seorang yang berhati mulia dan sedia menghulurkan bantuan
kepada sesiapa yang berada dalam kesusahan.

      PEGAWAI: Tak payalah, Mamat. Dengar apa kata mak encik engkau. Bawalah
             keluarga engkau ke mari. Bawa kereta tu.
      Jikalau saya dalam situasi di atas, saya juga akan menhulurkan bantuan yang
semampunya untuk mengatasi masalah Mamat dengan menyuruhnya menumpang
tempat kediaman saya. Walaupun Mamat merupakan seorang pemandu saya juga
tidak akan membandingkan status untuk membantunya. Sebagai seorang manusia,
saya akan berhati mulia untuk membantunya tanpa ada perasaan apa jua sekalipun.
Lazimnya, dalam keadaan sedemikian saya akan membantu Mamat sama ada
menyuruhnya menumpang tempat tinggal saya untuk sementara menyelesaikan
masalahnya atau menyediakan tempat tinggal yang lain untuknya.


      Selain itu, Cik Puan juga tidak terkecuali dalam menonjolkan emosi
empati.Emosi tersebut dapat dilihat apabila Cik Puan meminta Mamat dan seisi
keluarganya tinggal bersama.
      CIK PUAN: Bawalah keluarga engkau tinggal sementara di sini. Kalau kau cuti
                  lama, susah pula encik kau. Tadi dia sendiri yang
            memandu kereta, badannya penat, kena marah pula.

      Saya juga akan berkelakuan seperti mana Cik Puan mengatasi masalah Mamat
dengan meminta Mamat menumpang tempat tinggal saya sehingga dia menyelesaikan
masalahnya. Walaupun memerlukan kebenaran suaminya, saya akan memberi idea
bahawa menyuruh Mamat menumpang tempat tinggal saya pada masa itu, supaya
suami saya dapat membuat tindakan yang baik untuk kesejahteraan bersama.



                                                                                    21
Rasa Ingin Tahu

       Walaupun Cik Puan pada mulanya agak terkejut dengan kedatangan Mamat
dengan parang, tetapi dia sedia mendengar masalah Mamat dengan penuh prihatin.

       CIK PUAN: Buat apa kau hunus parang kau ke mari?

       Sekiranya saya di tempat Cik Puan saya juga akan mempunyai rasa ingin tahu
ini untuk mengetahui masalah Mamat di mana dia berlari dengan parang. Pastinya saya
ada ingin tahu untuk bertanya lanjut tujuan dia lari ke mari dengan parang. Hal ini
sedemikian kerana saya akan lebih faham dan boleh mendapat maklumat tambahan
dengan adanya rasa ingin tahu ini. Ada juga pepatah Melayu yang berkata, ‘malu
tanya,sesat jalan’.




Kasih Sayang

       Cik Puan merupakan seorang isteri yang penuh prihatin terhadap kesihatan
suaminya, Pegawai.Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila Cik Puan memarahi
suaminya yang penat memandu kereta seorang diri. Walaupun emosi marah
merupakan emosi negatif, tetapi memandangkan keadaan Cik Puan, dia memarahi
suaminya atas dasar kasih sayang terhadap suaminya.

       CIK PUAN: Bawalah keluarga engkau tinggal sementara di sini. Kalau kau cuti
                      lama,susah pula encik kau. Tadi dia sendiri yang memandu kereta,
              badannya penat, kena marah pula.

       Saya juga akan menunjukkan emosi kasih sayang ini terhadap suami saya
sekiranya saya berada dalam situasi tersebut. Saya pasti akan lebih prihatin terhadap
kesihatan suami saya di mana melarang kelakuannya yang menyebabkan kesihatannya
terjejas.




                                                                                         22
Memahami orang lain

      Cik Puan juga seorang yang berhati mulia kerana dia memahami orang lain.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan, Cik Puan peka kepada masalah
Mamat.Apabila suaminya, menyuruh Mamat balik dahulu, Cik Puan yang membenarkan
Mamat menumpang tempat tinggalnya tanpa menanyakan pendapat suaminya.Hal ini
menggambarkan bahawa Cik Puan memahami situasi Mamat yang tidak mempunyai
rumah untuk bermalam dan kemana hendak dia membawa ahli keluarganya. Pada
masa yang sama juga dia menyelesaikan masalah Mamat buat sementara sehingga
Mamat membina sebuah rumah lagi.

      CIK PUAN: Kalau tidak ada rumah bagaimana hendak bermalam? Mamat,
                 bawalah anak isteri engkau ke mari. Tinggallah di sini sementara ada
            rumah lain.
      Sekiranya saya di situasi di atas, saya juga akan memahami keadaan Mamat
sekarang yang tiada tempat tinggal untuk bermalam lagipun bersama seisi keluarganya.
Pastinya saya akan membantu dia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
olehnya supaya dia dan seisi keluarganya dapat berada dalam keadaan yang selamat.
Sikap memahami antara satu sama lain dapat menjamin kesejahteraan bersama.



      Secara tuntasnya, pola penggiatan automatik yang berbeza membawa
pengalaman emosi yang berlainan.Oleh itu, emosi-emosi yang telah dijelaskan di atas
seperti emosi takut, marah cemas dan sebagainya adalah berdasarkan atas persepsi
yang tertentu dan penggaitan automatik yang dialami.Ringkasnya, emosi memainkan
peranan sebagai pengarah di bawah kesedaran (subconscious) kepada perhatian kita
yang wujud sebelum perasaan kita ditunjukkan.




                                                                                        23

More Related Content

What's hot

Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Mcc Goh
 
Gaya penampilan karya seni halus
Gaya penampilan karya seni halusGaya penampilan karya seni halus
Gaya penampilan karya seni halusHASSAN MOHD GHAZALI
 
Peranan seni visual
Peranan seni visualPeranan seni visual
Peranan seni visualzainiaman
 
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaKuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaNorhayati Ismail
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang IskandarPeperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang IskandarRedzuanShamsuddin
 
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualSeni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualFairuz Alwi
 
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)azam_hazel
 
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1) Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1) nichurl
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Fairuz Alwi
 
Pengalaman estetik
Pengalaman estetikPengalaman estetik
Pengalaman estetikzainiaman
 
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan Fairuz Alwi
 
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)Mcc Goh
 
Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)zainiaman
 
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Mcc Goh
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
Rekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirahRekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirahzainiaman
 
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)Mcc Goh
 

What's hot (20)

Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
 
Gaya penampilan karya seni halus
Gaya penampilan karya seni halusGaya penampilan karya seni halus
Gaya penampilan karya seni halus
 
PSV
PSVPSV
PSV
 
Peranan seni visual
Peranan seni visualPeranan seni visual
Peranan seni visual
 
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaKuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang IskandarPeperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
 
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualSeni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
 
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
 
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1) Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
 
Pengalaman estetik
Pengalaman estetikPengalaman estetik
Pengalaman estetik
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
 
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)
 
Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)
 
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Rekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirahRekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirah
 
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
 

Viewers also liked

I'm gonna live so god lives thru
I'm gonna live so god lives thruI'm gonna live so god lives thru
I'm gonna live so god lives thruLinnea Good
 
The trade in digital: collaboration and partnership in the content economy
The trade in digital: collaboration and partnership in the content economyThe trade in digital: collaboration and partnership in the content economy
The trade in digital: collaboration and partnership in the content economyTim Hart
 
דו"ח המלצות לחברי הוד"לים
דו"ח המלצות לחברי הוד"ליםדו"ח המלצות לחברי הוד"לים
דו"ח המלצות לחברי הוד"ליםacri009
 
παρουσίαση πασχα νικος νταβελης ε2
παρουσίαση πασχα νικος νταβελης ε2παρουσίαση πασχα νικος νταβελης ε2
παρουσίαση πασχα νικος νταβελης ε25dimpeir
 
Comparison
ComparisonComparison
ComparisonSami co
 
I am the light of the world
I am the light of the worldI am the light of the world
I am the light of the worldLinnea Good
 
Ps 095 stand on the rock copy 5
Ps 095 stand on the rock copy 5Ps 095 stand on the rock copy 5
Ps 095 stand on the rock copy 5Linnea Good
 
00 welcome slide
00 welcome slide00 welcome slide
00 welcome slideLinnea Good
 
Hope is a candle
Hope is a candleHope is a candle
Hope is a candleLinnea Good
 
Be thou my vision ***
Be thou my vision ***Be thou my vision ***
Be thou my vision ***Linnea Good
 

Viewers also liked (20)

I'm gonna live so god lives thru
I'm gonna live so god lives thruI'm gonna live so god lives thru
I'm gonna live so god lives thru
 
When a poor one
When a poor oneWhen a poor one
When a poor one
 
The trade in digital: collaboration and partnership in the content economy
The trade in digital: collaboration and partnership in the content economyThe trade in digital: collaboration and partnership in the content economy
The trade in digital: collaboration and partnership in the content economy
 
דו"ח המלצות לחברי הוד"לים
דו"ח המלצות לחברי הוד"ליםדו"ח המלצות לחברי הוד"לים
דו"ח המלצות לחברי הוד"לים
 
For the beauty
For the beautyFor the beauty
For the beauty
 
παρουσίαση πασχα νικος νταβελης ε2
παρουσίαση πασχα νικος νταβελης ε2παρουσίαση πασχα νικος νταβελης ε2
παρουσίαση πασχα νικος νταβελης ε2
 
Comparison
ComparisonComparison
Comparison
 
I am the light of the world
I am the light of the worldI am the light of the world
I am the light of the world
 
Child of god
Child of godChild of god
Child of god
 
Bad hair day
Bad hair dayBad hair day
Bad hair day
 
See amid
See amidSee amid
See amid
 
Ps 095 stand on the rock copy 5
Ps 095 stand on the rock copy 5Ps 095 stand on the rock copy 5
Ps 095 stand on the rock copy 5
 
Guide my feet
Guide my feetGuide my feet
Guide my feet
 
Jubilee!
Jubilee!Jubilee!
Jubilee!
 
TM891[1].pdf
TM891[1].pdfTM891[1].pdf
TM891[1].pdf
 
00 welcome slide
00 welcome slide00 welcome slide
00 welcome slide
 
Hope is a candle
Hope is a candleHope is a candle
Hope is a candle
 
Meravigliosi cigni
Meravigliosi cigniMeravigliosi cigni
Meravigliosi cigni
 
Be thou my vision ***
Be thou my vision ***Be thou my vision ***
Be thou my vision ***
 
Simple gifts
Simple giftsSimple gifts
Simple gifts
 

More from asihwiniy viniy

Asal usul nama borobudur
Asal usul nama borobudurAsal usul nama borobudur
Asal usul nama borobudurasihwiniy viniy
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance asihwiniy viniy
 
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membacaIsl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membacaasihwiniy viniy
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranasihwiniy viniy
 
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanak
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanakTeori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanak
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanakasihwiniy viniy
 
Ibn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandiIbn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandiasihwiniy viniy
 
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriPerkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriasihwiniy viniy
 
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayuasihwiniy viniy
 
Sastera lisan cerita jenaka
Sastera lisan  cerita jenakaSastera lisan  cerita jenaka
Sastera lisan cerita jenakaasihwiniy viniy
 
The giant jellyfish latest
The giant jellyfish latestThe giant jellyfish latest
The giant jellyfish latestasihwiniy viniy
 
Cara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg beratCara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg beratasihwiniy viniy
 
Sebab beg berat budak sekolah
Sebab beg berat budak sekolah Sebab beg berat budak sekolah
Sebab beg berat budak sekolah asihwiniy viniy
 

More from asihwiniy viniy (20)

Asal usul nama borobudur
Asal usul nama borobudurAsal usul nama borobudur
Asal usul nama borobudur
 
Seni pribumi
Seni pribumiSeni pribumi
Seni pribumi
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance
 
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membacaIsl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Pj huraian dan tafsiran
Pj huraian dan tafsiranPj huraian dan tafsiran
Pj huraian dan tafsiran
 
Tugasan isl 5
Tugasan isl 5 Tugasan isl 5
Tugasan isl 5
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaran
 
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanak
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanakTeori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanak
Teori-teori perkembangan Pengutaraan tampak Kanak-kanak
 
Ibn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandiIbn khaldun & mahatma ghandi
Ibn khaldun & mahatma ghandi
 
Catan seni islam
Catan seni islamCatan seni islam
Catan seni islam
 
Seni tembikar islam
Seni tembikar islamSeni tembikar islam
Seni tembikar islam
 
Seni bina islam
Seni bina islamSeni bina islam
Seni bina islam
 
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriPerkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
 
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
 
Sastera lisan cerita jenaka
Sastera lisan  cerita jenakaSastera lisan  cerita jenaka
Sastera lisan cerita jenaka
 
The giant jellyfish latest
The giant jellyfish latestThe giant jellyfish latest
The giant jellyfish latest
 
Cara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg beratCara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg berat
 
Sebab beg berat budak sekolah
Sebab beg berat budak sekolah Sebab beg berat budak sekolah
Sebab beg berat budak sekolah
 
Teras bahasa melayu
Teras bahasa melayuTeras bahasa melayu
Teras bahasa melayu
 

Pengurusan Emosi dalam Situasi Mencabar

  • 1. 5.0 Penjelasan Pengurusan Emosi Dalam Situasi Mencabar Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu perumahan haram.Hal ini digambarkan melalui skrip drama yang bertajuk Tamu Bukit Kenny.Emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.Sebagaimana yang kita ketahui, emosi seseorang harus diurus secara berpatutan dan bijaksana serta digunakan sesuai mengikut keadaansupaya dapat mengelakkan masalah-masalah yang bakal menempuhi. Dalam situasi skrip drama tersebut, emosi-emosi negatif dapat dilihat dengan jelasnya melalui watak utama, Mamat seperti yang berikut: Emosi Marah Kehadiran emosi marah menyebabkan Mamat bertindak cepat tanpa berfikir dengan waras dan tanpa menghirau akan kesan sikap terburu-burunya pada masa hadapan. Keadaan ini dapat dilihat apabila Mamat menunjukkan parang kepada pegawai-pegawai Reserve Unit tanpa berfikir bahawa mereka ialah pegawai-pegawai yang berkuasa. PEGAWAI: Jadi, engkau hendak menetak orang? MAMAT: Saya hendak menggertak sahaja, tetapi apabila saya lihat mata-mata datang, mata-mata bertopi merah itu encik, mata-mata apa namanya- mata – mata filem unit! Pada hemat saya, sekiranya saya berada dalam situasi Mamat, saya akan mengawal emosi marah supaya ia tidak meletup secara meluap-luap. Walaupun masa itu saya tertekan dengan emosi marah, saya akan mengawal tingkah laku di hadapan pegawai-pegawai yang berkuasa kerana sekiranya saya bertindak tanpa berfikir dengan waras pastinya keadaan sedemikian akan membawa kesan yang buruk kepada diri 14
  • 2. saya.Saya juga akan mengakui kesalahan saya sendiri dengan pegawai Reserve Unit tersebut dan meminta maaf terhadap mereka atas kesilapan saya selain marah mereka.Saya akan mengetepikan Emosi marah dan tidak akan bercakap dengan meninggikan suara terhadap pegawai-pegawai tersebut kerana ia boleh membawa kepada pergaduhan yang besar. Emosi Geram Emosi geram ditonjolkan oleh Mamat apabila dia mengamuk di hadapan pegawai-pegawai Reserve Unit apabila rumahnya dirobohkan, sedangkan diri dia sendiri yang bersalah membina rumah haram. PEGAWAI: Kenapa kau begini? [CIK PUAN manjenguk keluar]Kau nak mengamuk?Kenapa mengamuk di sini? MAMAT: Di sana tadi saya nak mengamuk, encik. Tapi tak jadi. Sekiranya saya berada dalam keadaan di atas, saya akan pendamkan emosi geram tersebut untuk mengatasi situasi tersebut. Pada masa yang sama juga saya tidak akan menyalahkan orang lain atas kesilapan saya sendiri yang membina rumah haram. Dalam konteks ini, pertuturan saya akan lebih lemah lembut untuk menjelaskan keadaan saya pada pegawai-pegawai tersebut dan meminta masa yang lebih untuk saya berpindah rumah kerana keadaan saya masih dikawal lagi. Emosi Pilu Emosi pilu juga dapat dilihat pada watak Mamat.Situasi ini dapat dilihat padanya apabila dia menceritakan bahawa dia melaburkan jumlah wang yang banyak untuk membina rumah yang dirobohkan itu. MAMAT: Tidak encik, tetapi mula-mulanya marah juga … siapa yang tidak marah kalau rumahnya kena roboh. Encik tahu, $400 duit saya lebur buat rumah itu. PEGAWAI: Salah kau juga, kenapa membina rumah haram? 15
  • 3. Sekiranya saya berada dalam situasi Mamat di atas, saya tidak akan memberi kesempatan untuk emosi pilu mengambil tempat dalam diri saya kerana saya memahami bahawa itu adalah balasan daripada Tuhan atas perbuatan salah saya. Walaupun masa itu saya sakit hati membina rumah dengan melabur jumlah wang yang banyak, tetapi saya akan menyesal melabur wang yang banyak membina rumah haram. Emosi Takut Emosi takut pada watak Cik Puan dapat dilihat dengan jelas pada awal cerita.Cik Puan takut dengan kehadiran Mamat dengan parang sehingga dia terus masuk ke dalam. MAMAT: Encik… Encik…! [PEGAWAI dan CIK PUAN terkejut.CIK PUAN terus masuk ke dalam, PEGAWAI lari ke pintu bilik. Mukanya pucat dan takut] Pada hemat saya, saya akan mengawal emosi saya untuk tidak terkejut akan Mamat yang berlari dengan parang panjang di tanggannya memekik-mekik dan memberanikan diri saya ke hadapan untuk mendengar masalah Mamat. Di samping Cik Puan, Emosi takut juga jelas terpapar pada watak Pegawai.Beliau takut menghadapi Mamat yang mempunyai parang panjang di tangannya. MAMAT: [Mendekati PEGAWAI.PEGAWAI undur] Tolong saya encik… tolong saya… Sekiranya saya berada di tempat Pegawai, saya akan mencuba sedaya-upaya untuk mengawal emosi saya supaya keadaan tersebut tidak menjadi serius. Memandangkan peribahasa berani kerana betul, takut kerana salah saya akan memberanikan diri menghadapi Mamat. Di samping itu, Mamat juga seorang yang mementingkan diri sendiri.Hal ini digambarkan apabila Mamat mementingkan nyawa sendiri, takut ditembak lalu dia berlari ke rumah Pegawainya. Tetapi dia tidak kisah akan nyawa orang lain apabila dia 16
  • 4. mengkibas-kibaskan parang untuk menggertak pegawai-pegawai yang merobohkan rumahnya. MAMAT: Ha, Reserve Unit !Saya lihat tangan mata-mata itu sudah ke pistolnya, encik.Oleh itu, tidak jadilah saya mengamuk, encik. Manalah tahu, entah-entah ditembaknya saya, encik, tumpas pula saya. PEGAWAI: Tahu pun engkau. MAMAT: Nyawa encik. PEGAWAI: Habis nyawa orang lain? MAMAT : Saya hanya hendak menggertak sahaja, bukan betul-betul. Apabila saya melihat mata-mata itu lain macam nampaknya … saya pun cabut larilah, encik. [Ketawa] Sekiranya saya berada dalam situasi di atas, saya tidak akan takut dengan kedatangan pegawai-pegawai berkuada tersebut. Malah, saya akan memberanikan diri untuk menghadap pegawai-pegawai tersebut. Berani kerana betul, takut kerana salah.Dalam keadaan sedemikian saya akan menghargai nyawa orang lain seperti mana menghargai nyawa diri saya sendiri. Emosi Sedih Mamat berasa amat sedih mengenang keadaanya sekarang yang tidak mempunyai tempat tinggal.Keadaan ini tentunya merisaukan Mamat untuk mencari tempat tinggal untuk ahli keluarga supaya mereka dapat bermalam. MAMAT: Habis kena roboh. [Semakin sedih] Ke manalah saya hendak pergi?Di manalah anak isteri saya hendak tinggal?Di manakah kami hendak tidur malam ini?Kalau saya seorang, tidak mengapalah, di masjid pun saya boleh tidur.Anak saya yang kecil itu dedar pula badannya. 17
  • 5. [Menundukkan muka dengan sedih, mengesat-ngesat mata yang tak berair] Jikalau saya di tempat Mamat, saya tidak akan memberi kesempatan untuk emosi sedih kerana emosi sedih akan mengganggu pemikiran yang jelas. Tambahan pula, saya akan menanggung akibat yang menjelang atas sebab membina rumah haram. Saya akan sedar bahawa membina rumah haram tidak akan menjamin kehidupan masa depan yang berkualiti. Lagipun, setelah nasi sudah menjadi bubur tidak ada apa lagi untuk dibuat untuk memperbaikinya. Emosi Tamak Emosi tamak dapat dilihat pada watak Mamat yang mencuba menyalahgunakan kuasanya yang dia ialah seorang ahli politik dan dia berasa berhak untuk membina rumah haram.Walaupun demikian, emosi tamak menguasai Mamat di mana dia tidak berasa bahawa dirinya bersalah dan menyuruh Pegawai untuk menelefon pegawai Reserve unit dan menyuruh berbincang dengannya mengenai masalahnya supaya dia dapat membina sebuah rumah haram lagi. MAMAT: Tolonglah, encik. Kalau dapat encik telefonlah pegawai yang berkenaan, biarlah dapat bina rumah sebuah lagi.Tak lama, encik, membuat rumah kilat itu, satu malam saja sudah siap.Sementara itu biarlah saya menumpang di mana-mana. [Sedih dan mengesat lagi mata yang tak berair itu] Sekiranya saya di tempat Mamat, saya tidak membenarkan emosi tamak menguasai saya. Saya percaya bahawa kehadiran emosi tamak akan memusnahkan diri seseorang. Selain itu, saya juga tidak akan mencuba menyalahgunakan kuasa yang diberi sewenang-wenangnya untuk kegunaan sendiri untuk membina rumah atas tanah orang lain. 18
  • 6. Emosi Cemas Emosi cemas membuatkan dia tergopoh-gapah sehingga terambil sarung golok dan ia menyebabkan parangnya tidak dapat disarungkan. MAMAT: Bukan menghunus, mak encik. Saya tadi tergopoh-gapah.Jadi, sudah terambil sarung golok pula.Jadi, parang initidak boleh disarungkan. Jika saya di tempat Mamat, saya tidak akan cemas pada masa itu kerana emosi cemas akan membuatkan seseorang bertindak seperti kehilangan akal. Walaupun emosi saya tertekan pada masa itu, saya akan bertindak secara berhati-hati tanpa terburu-buru. BerterimaKasih dan Bersyukur Pada masa yang sama juga Mamat berasa penuh terima kasih dan bersyukur dengan bantuan Pegawai dan isterinya, Cik Puan. Emosi ini dapat dibuktikan apabila dia mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan Pegawai dan Cik Puan apabila masalah dia dapat diselesaikan untuk sementara dengan bantuan mereka berdua. PEGAWAI: Tak payalah, Mamat. Dengar apa kata mak encik engkau. Bawalah keluarga engkau ke mari. Bawa kereta tu. MAMAT: [Penuh terima kasih] Terima kasih banyak, encik. Biar saya pergi sekarang [Bergerak ke pintu] Sekiranya saya berada dalam situasi di atas, saya akan berkelakuan seperti mana Mamat bertindak. Saya juga akan mengucapakan ribuan terima kasih atas pertolongan Pegawai dan isterinya, Cik Puan yang mengatasi masalah saya walaupun buat sementara sahaja. Menghargai bantuan orang lain ialah sikap yang paling mulia di dunia ini. 19
  • 7. Selain itu, pada masa ini juga emosi-emosi positif dapat dilihat pada watak Pegawai dan isterinya, Cik Puan. Beramanah Pegawai dalam cerita tersebut merupakan seorang yang beramanah dalam kehidupannya.Beliau tidak ingin melakukan sebarang kesalahan yang salah disisi undang-undang. Pernyataan ini dapat dibuktikan apabila Pegawai tersebut tidak bersetuju dengan pendapat Mamat dan enggan menelefon Pegawai Reserve Unit yang merobohkan rumah Mamat untuk berbincang kerana beliau memahami bahawa apa yang Mamat telah lakukan adalah salah sebenarnya. PEGAWAI: Tak boleh, tak boleh. [Mengeleng-gelengkan kepala] Ini kerja salah! Kau baliklah dahulu, tengok anak isteri engkau. Sekiranya saya berada dalam situasi Pegawai saya juga akan bertindak seperti beliau di mana saya tidak mengikut-ikut kata Mamat kerana ia adalah salah di sisi undang-undang. Di samping itu, saya perlu beramanah dalam kehidupan saya selaku sabagai seorang pegawai.Walaupun saya belas kasihan akan keadaan Mamat, saya tidak akan membuat sebarang kelakuan yang salah disisi undang-undang. Emosi Sabar Selain daripada itu, Pegawai juga merupakan seorang yang sabar.Walaupun pada mulanya beliau terkejut melihat Mamat, beliau tetap sabar mendengar masalah Mamat dan memberi nasihat kepadanya dengan penuh bertanggungjawab. PEGAWAI: Kau gila nak mengamuk? Sekiranya saya di tempat Pegawai, saya akan sama seperti beliau. Saya akan sabar mendengar masalah Mamat tanpa mengatakan itu bukan masalah saya. Tambahan pula, sebagai seorang manusia kita harus sedia mendengar masalah orang lain walaupun tidak dapat dibantu. Memberi nasihat mahupun tunjuk ajar yang baik adalah tanggungjawab seseorang manusia yang berguna. 20
  • 8. Emosi Empati Emosi empati juga dapat dilihat pada diri Pegawai semasa beliau mengizinkan Mamat dan seisi keluarganya tinggal bersama tanpa melihatkan status yang Mamat merupakan pemandu untuknya.Keputusan yang dibuat oleh Pegawai menunjukkan bahawa beliau ialah seorang yang berhati mulia dan sedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang berada dalam kesusahan. PEGAWAI: Tak payalah, Mamat. Dengar apa kata mak encik engkau. Bawalah keluarga engkau ke mari. Bawa kereta tu. Jikalau saya dalam situasi di atas, saya juga akan menhulurkan bantuan yang semampunya untuk mengatasi masalah Mamat dengan menyuruhnya menumpang tempat kediaman saya. Walaupun Mamat merupakan seorang pemandu saya juga tidak akan membandingkan status untuk membantunya. Sebagai seorang manusia, saya akan berhati mulia untuk membantunya tanpa ada perasaan apa jua sekalipun. Lazimnya, dalam keadaan sedemikian saya akan membantu Mamat sama ada menyuruhnya menumpang tempat tinggal saya untuk sementara menyelesaikan masalahnya atau menyediakan tempat tinggal yang lain untuknya. Selain itu, Cik Puan juga tidak terkecuali dalam menonjolkan emosi empati.Emosi tersebut dapat dilihat apabila Cik Puan meminta Mamat dan seisi keluarganya tinggal bersama. CIK PUAN: Bawalah keluarga engkau tinggal sementara di sini. Kalau kau cuti lama, susah pula encik kau. Tadi dia sendiri yang memandu kereta, badannya penat, kena marah pula. Saya juga akan berkelakuan seperti mana Cik Puan mengatasi masalah Mamat dengan meminta Mamat menumpang tempat tinggal saya sehingga dia menyelesaikan masalahnya. Walaupun memerlukan kebenaran suaminya, saya akan memberi idea bahawa menyuruh Mamat menumpang tempat tinggal saya pada masa itu, supaya suami saya dapat membuat tindakan yang baik untuk kesejahteraan bersama. 21
  • 9. Rasa Ingin Tahu Walaupun Cik Puan pada mulanya agak terkejut dengan kedatangan Mamat dengan parang, tetapi dia sedia mendengar masalah Mamat dengan penuh prihatin. CIK PUAN: Buat apa kau hunus parang kau ke mari? Sekiranya saya di tempat Cik Puan saya juga akan mempunyai rasa ingin tahu ini untuk mengetahui masalah Mamat di mana dia berlari dengan parang. Pastinya saya ada ingin tahu untuk bertanya lanjut tujuan dia lari ke mari dengan parang. Hal ini sedemikian kerana saya akan lebih faham dan boleh mendapat maklumat tambahan dengan adanya rasa ingin tahu ini. Ada juga pepatah Melayu yang berkata, ‘malu tanya,sesat jalan’. Kasih Sayang Cik Puan merupakan seorang isteri yang penuh prihatin terhadap kesihatan suaminya, Pegawai.Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila Cik Puan memarahi suaminya yang penat memandu kereta seorang diri. Walaupun emosi marah merupakan emosi negatif, tetapi memandangkan keadaan Cik Puan, dia memarahi suaminya atas dasar kasih sayang terhadap suaminya. CIK PUAN: Bawalah keluarga engkau tinggal sementara di sini. Kalau kau cuti lama,susah pula encik kau. Tadi dia sendiri yang memandu kereta, badannya penat, kena marah pula. Saya juga akan menunjukkan emosi kasih sayang ini terhadap suami saya sekiranya saya berada dalam situasi tersebut. Saya pasti akan lebih prihatin terhadap kesihatan suami saya di mana melarang kelakuannya yang menyebabkan kesihatannya terjejas. 22
  • 10. Memahami orang lain Cik Puan juga seorang yang berhati mulia kerana dia memahami orang lain. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan, Cik Puan peka kepada masalah Mamat.Apabila suaminya, menyuruh Mamat balik dahulu, Cik Puan yang membenarkan Mamat menumpang tempat tinggalnya tanpa menanyakan pendapat suaminya.Hal ini menggambarkan bahawa Cik Puan memahami situasi Mamat yang tidak mempunyai rumah untuk bermalam dan kemana hendak dia membawa ahli keluarganya. Pada masa yang sama juga dia menyelesaikan masalah Mamat buat sementara sehingga Mamat membina sebuah rumah lagi. CIK PUAN: Kalau tidak ada rumah bagaimana hendak bermalam? Mamat, bawalah anak isteri engkau ke mari. Tinggallah di sini sementara ada rumah lain. Sekiranya saya di situasi di atas, saya juga akan memahami keadaan Mamat sekarang yang tiada tempat tinggal untuk bermalam lagipun bersama seisi keluarganya. Pastinya saya akan membantu dia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya supaya dia dan seisi keluarganya dapat berada dalam keadaan yang selamat. Sikap memahami antara satu sama lain dapat menjamin kesejahteraan bersama. Secara tuntasnya, pola penggiatan automatik yang berbeza membawa pengalaman emosi yang berlainan.Oleh itu, emosi-emosi yang telah dijelaskan di atas seperti emosi takut, marah cemas dan sebagainya adalah berdasarkan atas persepsi yang tertentu dan penggaitan automatik yang dialami.Ringkasnya, emosi memainkan peranan sebagai pengarah di bawah kesedaran (subconscious) kepada perhatian kita yang wujud sebelum perasaan kita ditunjukkan. 23