SlideShare a Scribd company logo
1 of 52
Download to read offline
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
MODUL DUNIA KOMPUTER:
1.0 Memperihal Komputer dan
Fungsinya
TAHUN 4
Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2013
Cetakan Pertama 2013
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iv
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Draf
020413
1
Standard
kandungan:
1.0 Memperihal komputer Dan Fungsinya.
Standard
pembelajaran:
1.1 Menyatakan maksud komputer.
1.2 Mengenal dan menyenarai jenis
komputer.
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
Anda boleh lihat komputer di mana-mana sama ada di sekolah, di
pejabat atau di rumah. Komputer juga digunakan untuk mengawal
sesuatu peralatan seperti permainan kawalan jauh, mesin basuh, kereta
ketuhar gelombang mikro dan mesin autoteler (ATM). Ia ada di mana-
mana!
Pada hari ini kita boleh melihat kenderaan yang berbagai jenis seperti
kereta, kenderaan pelbagai guna, bas, lori dan sebagainya. Begitu juga
dengan komputer. Komputer terdiri dari berbagai jenis. Ianya digunakan
untuk berbagai tujuan dan berbeza dari segi saiz, harga dan keupayaan.
Komputer adalah alat elektronik yang dapat menerima data, memproses
data, menyimpan data dan menghasilkan output.
Apa itu komputer ?
MODUL DK1
Draf
020413
2
Peranti: Peralatan yang disambung kepada
sistem unit
Perisian: Program atau arahan yang memberitahu
komputer apa yang harus dilakukan
Data: Fakta mengenai sesuatu benda atau
orang seperti nama, gambar, warna,
saiz, bilangan dan sebagainya
Maklumat: Data yang telah diproses menjadi sesuatu
yang bermakna
Komputer boleh dikelaskan kepada tujuh (7) jenis komputer. Jenis-jenisnya
bergantung kepada saiz , kelajuan dan kuasa pemprosesan.
Rajah di sebelah menunjukkan tujuh(7) jenis komputer tersebut dan
contoh-contohnya.
Istilah-istilah asas yang perlu diketahui apabila belajar
mengenai komputer:
Jenis-jenis Komputer
Draf
020413
3
1. Komputer peribadi
2. Komputer mudah alih
3. Konsol mainan berkomputer
Draf
020413
4
4. Pelayan
5. Komputer benam (embedded)
6. Komputer tangan (hand held)
Draf
020413
5
7. Komputer tablet
KEPERLUAN PERKAKASAN
Satu set komputer
KEPERLUAN PERISIAN
MS Word
DK1.mp3
Draf
020413
6
AKTIVITI 1
Komputer
Langkah 1: Lakarkan sebuah komputer yang pernah anda
lihat atau guna.
Langkah 2: Banding dan bincangkan tentang lakaran komputer
yang telah anda buat bersama rakan di sebelah.
Draf
020413
7
Mari kita kaji apa itu komputer bersama-sama.
Langkah 3: Baca nota rujukan yang diberi untuk mengetahui makna
komputer dan fungsinya.
Langkah 4: Cuba anda senaraikan apakah yang anda tahu tentang
komputer dalam ruangan dialog di bawah.
Langkah 5: Bincangkan apa yang anda telah senaraikan di atas bersama
rakan anda. Bandingkan jawapan rakan anda.
Draf
020413
8
Komputer dapat menyimpan data yang
banyak!
Komputer boleh melaksanakan berjuta-juta
arahan sesaat!
Kegagalan komputer adalah disebabkan oleh
kesilapan manusia memberikan arahan.
TAHUKAH ANDA?
Apa yang boleh dilakukan
oleh komputer?
Draf
020413
9
AKTIVITI 2
Maksud Komputer
Langkah 1: Anda akan di bahagikan kepada 5 kumpulan.
Langkah 2: Cuba anda nyanyikan sebuah lagu yang anda minati.
Langkah 3: Secara berkumpulan cuba anda ubah lirik lagu tersebut
dengan memasukkan perkataan-perkataan ini:
a. Komputer
b. dapat menerima data
c. memproses data
d. menyimpan data
e. menghasilkan output
Langkah 4: Dengar contoh lagu yang akan dimainkan oleh guru melalui
fail DK1.mp3
Langkah 5: Secara berkumpulan cuba nyanyikan lagu yang telah anda
ubah liriknya.
Langkah 6: Secara berkumpulan cuba buat kaedah NEMONIK untuk
mengingati maksud komputer dengan mudah dengan menggunakan
kata kunci di bawah:
a. komputer
b. terima
c. proses
d. simpan
e. hasil
contoh NEMONIK: 1. Kambing Tok Pa Sangat Hamis/Handsome
2. Kakak Tipah Pakai Seluar Hijau
Draf
020413
10
Langkah 7: Secara berpasangan cuba sebut semula maksud komputer
secara bergilir-gilir.
AKTIVITI 3
Komputer
Langkah 1: Perhatikan gambar yang dipamerkan di bawah.
Langkah 2: Adakah semua alat di bawah boleh dikatakan
sebagai KOMPUTER?
MENGAPA?
A. Adakah alat-alat di atas merupakan
alat elektronik? Ya / Tidak
B. Adakah alat-alat tersebut dapat
memproses maklumat? Ya / Tidak
C. Jika jawapan anda bagi kedua-dua
soalan di atas ialah YA, maka alat-
alat tersebut ialah sejenis KOMPUTER.
Draf
020413
11
Pada asalnya, perkataan komputer
bermaksud ‘compute’ atau pengiraan.
Pengira bertugas untuk melakukan
pengiraan matematik sama ada dengan
bantuan alat mekanik atau tidak.
Seterusnya, hasil kiraan dialihkan ke mesin.
Pada asalnya, tugas “komputer” hanyalah
khusus kepada penyelesaian matematik,
tapi komputer moden digunakan untuk
pelbagai tugas lain selain daripada tugas
matematik.
TAHUKAH ANDA?
Draf
020413
12
AKTIVITI 4
Komputer boleh dilihat dalam berbagai bentuk dan saiz. Ada yang
dapat diletak di atas tapak tangan, di atas meja atau di atas lantai.
Model-model baru selalu sahaja keluar di pasaran
Langkah 1: Berpandukan kepada nota, nyatakan tentang jenis-jenis
komputer yang telah anda baca.
Langkah 2: Baca situasi di bawah:
Anda selalu mengikut ibu bapa anda ke pasaraya, bank atau stesyen
minyak. Cuba anda nyatakan jenis-jenis komputer yang pernah anda
lihat di tempat-tempat tersebut.
Langkah 3: Cari sekurang-kurangnya sepuluh imej komputer yang
menarik daripada internet yang mewakili tempat-tempat yang
dinyatakan tadi.
Langkah 4: Cuba anda kelaskan imej komputer yang anda cari mengikut
jenis yang anda telah pelajari.
Jenis-Jenis Komputer
Draf
020413
13
PENILAIAN 1
1. Lakarkan sebuah komputer masa hadapan ciptaan anda yang
akan menjadi rebutan setiap orang dan laris di pasaran.
2. Berikan sebarang nama kepada komputer yang anda lakarkan.
3. Berikan 3 keistimewaan yang ada pada komputer yang anda
lakarkan.
a) _________________________________________________
b) _________________________________________________
c) _________________________________________________
Komputer
Draf
020413
14
PENILAIAN 2
1. Berikan beberapa jenis komputer yang anda ketahui :-
a) _______________________
b) _______________________
c) _______________________
d) _______________________
e) _______________________
2. Namakan 3 komputer yang anda boleh bawa bersama anda.
a)_____________ b)______________ c) __________________
3. Berikan sebab kepada jawapan anda pada soalan ( 2 )
_______________________________________________________________
4. Jika diberi peluang untuk memiliki salah satu daripada komputer
pada soalan (2), yang manakah anda akan pilih?
________________________________________________________________
5. Berdasarkan kepada pendapat anda apakah ciri-ciri yang patut
ada pada sebuah komputer?
a)________________________ b)______________________________
c)________________________ d)______________________________
Mengenal dan menyenarai jenis komputer.
Draf
020413
15
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul:
Dunia Komputer
Standard
Kandungan:
1.0 Memperihal Komputer Dan Fungsinya.
Standard
Pembelajaran:
1.1 Menyatakan maksud komputer.
1.2 Mengenal dan menyenarai jenis-jenis
komputer.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Murid dapat menyatakan
maksud komputer dengan
menggunakan ayat sendiri
2 Murid kenal jenis-jenis komputer
3 Murid dapat memberikan 3
contoh jenis-jenis komputer
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh
Disahkan
oleh:
Tandatangan &
Tarikh
Draf
020413
16
Standard
kandungan:
1.0 Memperihal komputer dan fungsinya.
Standard
pembelajaran:
1.3 Mengenal bahagian-bahagian penting
komputer.
1.4 Menunjukkan komponen pada unit
system seperti port input dan output,
pemacu cakera liut, pemacu cakera
optik, dan soket input arus ulang
alik(AC).
Masa: 60 minit
MODUL DK2
Draf
020413
17
NOTA RUJUKAN
Sebuah sistem komputer adalah gabungan dari beberapa bahagian
perkakasan komputer. Bahagian-bahagian tersebut adalah sistem unit,
papan kekunci, monitor, dan tetikus. Setiap bahagian mempunyai fungsi
masing-masing.
MONITOR
Untuk paparan maklumat.
Mempunyai pelbagai jenis
dan saiz.
PAPAN KEKUNCI
Digunakan untuk menaip
data ke dalam komputer.
TETIKUS
Digunakan untuk memberi arahan kepada
komputer.
Memilih item yang dipaparkan pada skrin
komputer.
SISTEM UNIT
Sebagai ‘otak’ komputer.
Mengawal operasi komputer.
Menerima dan melaksanakan
arahan.
Bahagian-bahagian Penting Sistem Komputer
Draf
020413
18
Terdapat pelbagai rupa bentuk sistem unit yang dapat anda lihat di
sekolah, pejabat, kedai dan pasaraya. Di bahagian hadapan sistem unit,
anda akan nampak butang ON/OFF, pemacu cakera liut, pemacu
cakera optik dan port seperti port audio atau port USB.
Bahagian Hadapan Sistem Unit
Draf
020413
19
Komponen Bahagian Hadapan Sistem Unit
ON/OFF
Pemacu Cakera Liut
Pemacu cakera optik
Port Audio
Port USB
Draf
020413
20
Di bahagian belakang sistem unit anda akan nampak pelbagai jenis port
seperti port PS2, port USB, port audio dan port monitor. Soket input arus
ulangalik (AC) juga terdapat di bahagian belakang sistem unit.
Bahagian Belakang Sistem Unit
Draf
020413
21
Soket Input Arus Ulang Alik (AC) Dan Port Input/Output
Yang Terdapat Di Belakang Sistem Unit
Soket Input Arus
Ulang Alik (AC)
Port Monitor
Port PS2
Port USB
Port Audio
Port Rangkaian
Draf
020413
22
KEPERLUAN PERKAKASAN
1. Satu set komputer desktop atau komputer notebook.
2. Kertas A4
KEPERLUAN PERISIAN
MS Word
MS PowerPoint
Draf
020413
23
AKTIVITI 1
Bahagian-bahagian Penting Sistem Komputer dan Komponen Pada
Sistem Unit.
Langkah 1: Anda perlu berada di hadapan komputer.
Langkah 2: Perhatikan dan teliti bahagian-bahagian penting pada
komputer tersebut.
Langkah 3: Guru memaparkan bahagian-bahagian penting diskrin
seperti: monitor, sistem unit, papan kekunci, tetikus, fon telinga, mikrofon
dan pembesar suara. (rujuk DK1_A1L3.ppt.)
Langkah 4: Guru memaparkan pula komponen penting pada sistem unit
seperti: pemacu cakera liut, pemacu cakera optik, port USB, port monitor,
port PS2, port audio dan soket input arus ulang alik (AC). (rujuk
DK1_A1L4.ppt.)
Langkah 5: Anda perlu menyatakan bahagian-bahagian komputer dan
komponen-komponen pada sistem unit seperti yang ditujukkan oleh guru
anda tadi.
Langkah 6: Dalam kumpulan, anda dikehendaki bermain permainan
bahasa isyarat dengan melakonkan watak bisu sebagai monitor, sistem
unit, papan kekunci, tetikus, fon telinga, mikrofon dan pembesar suara.
Langkah 7: Minta rakan-rakan dari kumpulan lain meneka siapa anda
dalam permainan bahasa isyarat tersebut
Mari mengenali bahagian-bahagian penting
sebuah komputer.
Draf
020413
24
Terdapat pelbagai jenis
monitor di pasaran
Monitor jenis CRT (cathode
ray tube)
Monitor jenis LCD (liquid
crystal display)
Monitor jenis LCD
touchscreen
Papan kekunci QWERTY dan tetikus yang
menggunakan Port P/S2 atau Port USB
Papan kekunci dan tetikus tanpa wayar
(wireless)
TAHUKAH ANDA?
Terdapat dua jenis papan
kekunci dan tetikus di pasaran
Draf
020413
25
AKTIVITI 2
Menunjukkan Bahagian-bahagian Penting Komputer,
Komponen Pemacu Cakera Liut, Pemacu cakera optik
dan Soket Input Arus Ulang Alik.
Langkah 1: Secara berkumpulan, anda dikehendaki membuat satu
persembahan menggunakan MS PowerPoint untuk mempersembahkan
tentang komponen-komponen yang terdapat pada satu set komputer
iaitu:
a. Monitor
b. Sistem Unit
c. Papan Kekunci
d. Tetikus
e. Pemacu Cakera Liut
f. Pemacu cakera optik
g. Mikrofon
h. Fon telinga
i. Pembesar Suara
Langkah 2: Kumpulan anda hendaklah membuat persembahan yang
ada unsur animasi di mana setiap komponen perlu menjelma satu
persatu sehingga menjadi satu set komputer yang lengkap dan
komponen tersebut dilabelkan.
Langkah 3: Bentangkan hasil kumpulan anda.
Langkah 4: Kumpulan lain hendaklah memberikan pujian atau cadangan
kepada kumpulan yang membuat persembahan.
Draf
020413
26
PENILAIAN 1
Port Input/Output yang terdapat di belakang Sistem Unit
Cuba padankan kabel yang digunakan untuk port-port di belakang
Sistem Unit dengan meletak nombor kabel dalam petak yang disediakan.
Draf
020413
27
1
2
4
3
5
6
Draf
020413
28
PENILAIAN 2
Labelkan Bahagian-Bahagian Penting Komputer.
Draf
020413
29
PENILAIAN 3
Labelkan port-port input/output yang terdapat di belakang
Sistem Unit.Sistem Unit.
Draf
020413
30
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul:
Dunia Komputer
Standard
Kandungan:
1.0 Memperihal komputer dan fungsinya.
Standard
Pembelajaran:
1.3 Mengenal bahagian-bahagian penting
komputer.
1.4 Menunjukkan komponen pada unit sistem, port
input/output, pemacu cakera liut, pemacu
cakera optik, dan soket bekalan kuasa.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Dapat menyenaraikan
bahagian-bahagian penting
komputer.
2 Persembahan slaid yang
mengandungi perkara
berkenaan pemacu cakera
liut, pemacu cakera optik, dan
soket bekalan kuasa.
3 Dapat melabelkan port-port
input dan output.
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Draf
020413
31
Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh
Disahkan
oleh:
Tandatangan &
Tarikh
Draf
020413
32
Standard
kandungan:
1.0 Memperihal Komputer Dan Fungsinya.
Standard
pembelajaran:
1.5 Menerangkan maksud input, proses,
output dan storan dengan
menggunakan analogi mudah.
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
Input
Input adalah aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer. Data
dimasukkan ke dalam sistem komputer melalui aktiviti:
1. Menaip data secara manual menggunakan papan kekunci .
2. Memilih dan klik dari senarai yang disediakan menggunakan
tetikus.
Input, Proses, Output dan Storan
MODUL DK3
Draf
020413
33
3. Mengimbas dokumen, imej dan sebagainya menggunakan
pengimbas.
Proses
Proses adalah langkah menukarkan data kepada maklumat yang
berguna.
Output
Output ialah maklumat yang dipaparkan oleh komputer selepas data
diproses mengikut arahan yang diberikan oleh peranti input.
Contoh output ialah paparan teks, video atau imej di monitor, teks atau
imej yang dicetak oleh pencetak dan paparan di projector LCD.
Storan
Storan ialah tempat untuk menyimpan data untuk tujuan kegunaan masa
hadapan.
INPUT
STORAN
PROSES OUTPUT
Rajah1: Menunjukkan carta aliran input, proses, output dan storan.
Draf
020413
34
KEPERLUAN PERKAKASAN
1. Satu set komputer
2. Kad imbas yang tertera perkataan INPUT, OUTPUT, PROSES dan
STORAN
3. Sampul surat yang mengandungi:
Abjad vokal – 5 setiap satu vokal
Abjad konsonan- 1 setiap satu
4. Fail
5. Kertas A4
KEPERLUAN PERISIAN
MS Word
Draf
020413
35
AKTIVITI 1
Input, Proses, Output dan Storan
Langkah 1: Pernahkah anda melihat ibu anda memasak mee goreng?
Cuba anda ceritakan apa yang ibu anda buat sebelum, semasa dan
selepas memasak mee goreng.
Langkah 2: Lihat pula gambar rajah di bawah dan terangkan apakah
yang berlaku.
Input Output
Proses
Storan
Draf
020413
36
Langkah 3: Terangkan pula apakah yang berlaku dalam gambar rajah di
bawah.
Langkah 4: Lihat carta di bawah dan dengar penerangan oleh guru.
Simpanan
(Storan)
Data
(Input)
Diubah
(Proses)
Maklumat
(Output)
Input Output
Proses
Storan
Draf
020413
37
Langkah 5: Berpandukan contoh di atas cuba lukiskan satu aktiviti yang
pernah anda buat yang melibatkan aktiviti input, proses, output dan
storan.
Data yang telah diproses
dipanggil maklumat
TAHUKAH ANDA?
Draf
020413
38
AKTIVITI 2
Input, Proses, Output dan Storan
Langkah 1: Masuk dalam kumpulan (4 orang). Setiap seorang akan
menjadi Input, Proses, Output dan Storan.
Langkah 2: Setiap kumpulan di berikan satu sampul surat mengandungi
abjad A-Z yang dipegang oleh Proses.
Langkah 3: Input akan membisikkan sepatah perkataan yang tidak
melebih 10 abjad kepada Proses.
Langkah 4: Proses perlu mencari abjad yang betul dengan perkataan
yang dibisikkan oleh Input. Setelah itu, Proses akan berikan abjad yang
membentuk perkataan Input kepada Output.
Langkah 5: Output akan tulis perkataan Input di atas kertas. Setelah itu
Output akan tunjukkan kertas tersebut kepada rakan-rakan yang lain.
Langkah 6: Output akan memberikan kertas tersebut kepada Storan
untuk disimpan.
Langkah 7: Setiap kumpulan akan menceritakan semula apa yang
berlaku.
Draf
020413
39
PENILAIAN 1
Input, Proses, Output dan Storan
Cuba teka Siapa Saya
1
2
3
4
Draf
020413
40
a) ________________ b)________________ c)_____________________
a) ________________ b)________________ c)_____________________
a) ________________ b)________________ c)_____________________
Bolehkah anda fikirkan contoh SAYA yang no 1?
Bolehkah anda fikirkan contoh SAYA yang no 3?
Bolehkah anda fikirkan contoh SAYA yang no 4?
Draf
020413
41
PENILAIAN 2
Lihat gambar rajah di bawah dan jawab soalan-soalan berikut:
1. Berdasarkan rajah di atas, namakan
P _________________
Q _________________
Draf
020413
42
2. Berikan sebab mengapa outputnya menjadi jajah dan bukannya
gajah.
Draf
020413
43
PENILAIAN 3
Tuliskan aktiviti untuk setiap peranti di bahagian bawah.
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada peranti
yang digunakan untuk aktiviti input, output dan storan.
Bolehkah anda labelkan aktiviti untuk setiap peranti-peranti
tersebut?
Draf
020413
44
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul:
Dunia Komputer
Standard
Kandungan:
1.0 Memperihal komputer dan fungsinya.
Standard
Pembelajaran:
1.5 Menerangkan maksud Input, Proses, Output
dan Storan dengan menggunakan analogi
mudah.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Dapat menerangkan maksud
Input, Proses, Output dan
Storan dengan menggunakan
analogi mudah.
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh
Disahkan
oleh:
Tandatangan &
Tarikh
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya

More Related Content

Similar to 1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya

3 0-memahami-peranti-komputer
3 0-memahami-peranti-komputer3 0-memahami-peranti-komputer
3 0-memahami-peranti-komputerSK BERIS PANCHOR
 
Modul 3-dunia-komputer-bm1
Modul 3-dunia-komputer-bm1Modul 3-dunia-komputer-bm1
Modul 3-dunia-komputer-bm1farid2405
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3SK Sungai Embak
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3SK Sungai Embak
 
Soalan tmk thn 5 sem i 2018
Soalan tmk thn 5 sem i 2018Soalan tmk thn 5 sem i 2018
Soalan tmk thn 5 sem i 2018ziziasri
 
Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016looweese
 
Komputer
KomputerKomputer
KomputerVan46
 
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969KT Yap
 
Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016cba2051
 
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5Haikal Kasin
 
Soalan tmk tahun 5 2016
Soalan tmk tahun 5 2016Soalan tmk tahun 5 2016
Soalan tmk tahun 5 2016shahril azrin
 
Laporan projek tahun akhir sem julai 20003 1
Laporan projek tahun akhir sem julai 20003 1Laporan projek tahun akhir sem julai 20003 1
Laporan projek tahun akhir sem julai 20003 1Faizal Ansar
 
PAT 15 TMK T4
PAT 15 TMK T4PAT 15 TMK T4
PAT 15 TMK T4SekRen
 
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 5 2015
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 5 2015Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 5 2015
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 5 2015Muar Johor
 
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 4 2015
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 4 2015Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 4 2015
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 4 2015Muar Johor
 
Ict trial-2013-kedah-question
Ict trial-2013-kedah-questionIct trial-2013-kedah-question
Ict trial-2013-kedah-questionDanie Ismail
 

Similar to 1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya (20)

3 0-memahami-peranti-komputer
3 0-memahami-peranti-komputer3 0-memahami-peranti-komputer
3 0-memahami-peranti-komputer
 
Modul 3-dunia-komputer-bm1
Modul 3-dunia-komputer-bm1Modul 3-dunia-komputer-bm1
Modul 3-dunia-komputer-bm1
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 3
 
Soalan tmk thn 5 sem i 2018
Soalan tmk thn 5 sem i 2018Soalan tmk thn 5 sem i 2018
Soalan tmk thn 5 sem i 2018
 
Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016
 
Komputer
KomputerKomputer
Komputer
 
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
 
Tmk akhir tahun 2015 final
Tmk akhir tahun 2015 finalTmk akhir tahun 2015 final
Tmk akhir tahun 2015 final
 
Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016Soalan tmk-t5-pat-2016
Soalan tmk-t5-pat-2016
 
Ciri perisian
Ciri perisianCiri perisian
Ciri perisian
 
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5
Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5
 
Soalan tmk tahun 5 2016
Soalan tmk tahun 5 2016Soalan tmk tahun 5 2016
Soalan tmk tahun 5 2016
 
Laporan projek tahun akhir sem julai 20003 1
Laporan projek tahun akhir sem julai 20003 1Laporan projek tahun akhir sem julai 20003 1
Laporan projek tahun akhir sem julai 20003 1
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
PAT 15 TMK T4
PAT 15 TMK T4PAT 15 TMK T4
PAT 15 TMK T4
 
Ppt tmk t5 2015
Ppt tmk t5 2015Ppt tmk t5 2015
Ppt tmk t5 2015
 
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 5 2015
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 5 2015Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 5 2015
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 5 2015
 
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 4 2015
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 4 2015Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 4 2015
Peperiksaan Pertengahan Tahun TMK Tahun 4 2015
 
Ict trial-2013-kedah-question
Ict trial-2013-kedah-questionIct trial-2013-kedah-question
Ict trial-2013-kedah-question
 

More from Syahmi Zakaria

Latih tubi-soalan-latihan-matematik-tahun-5-cuti-bulan-mac-1
Latih tubi-soalan-latihan-matematik-tahun-5-cuti-bulan-mac-1Latih tubi-soalan-latihan-matematik-tahun-5-cuti-bulan-mac-1
Latih tubi-soalan-latihan-matematik-tahun-5-cuti-bulan-mac-1Syahmi Zakaria
 
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Syahmi Zakaria
 
015 mt krtas 1 pro pa 4_ogos1
015 mt krtas 1 pro pa 4_ogos1015 mt krtas 1 pro pa 4_ogos1
015 mt krtas 1 pro pa 4_ogos1Syahmi Zakaria
 
Takwim bola tampar 2017
Takwim bola tampar 2017Takwim bola tampar 2017
Takwim bola tampar 2017Syahmi Zakaria
 
Bab 1 dunia melalui deria kita nota
Bab 1 dunia melalui deria kita notaBab 1 dunia melalui deria kita nota
Bab 1 dunia melalui deria kita notaSyahmi Zakaria
 
Carta organisasi bola tampar 2017
Carta organisasi bola tampar 2017Carta organisasi bola tampar 2017
Carta organisasi bola tampar 2017Syahmi Zakaria
 

More from Syahmi Zakaria (12)

Soalan mt k1
Soalan mt k1Soalan mt k1
Soalan mt k1
 
Latih tubi-soalan-latihan-matematik-tahun-5-cuti-bulan-mac-1
Latih tubi-soalan-latihan-matematik-tahun-5-cuti-bulan-mac-1Latih tubi-soalan-latihan-matematik-tahun-5-cuti-bulan-mac-1
Latih tubi-soalan-latihan-matematik-tahun-5-cuti-bulan-mac-1
 
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
 
015 mt krtas 1 pro pa 4_ogos1
015 mt krtas 1 pro pa 4_ogos1015 mt krtas 1 pro pa 4_ogos1
015 mt krtas 1 pro pa 4_ogos1
 
Kertas ramalan upsr 1
Kertas ramalan upsr 1Kertas ramalan upsr 1
Kertas ramalan upsr 1
 
Takwim bola tampar 2017
Takwim bola tampar 2017Takwim bola tampar 2017
Takwim bola tampar 2017
 
Bab 1 dunia melalui deria kita nota
Bab 1 dunia melalui deria kita notaBab 1 dunia melalui deria kita nota
Bab 1 dunia melalui deria kita nota
 
Praktis formatif 2,2
Praktis formatif 2,2Praktis formatif 2,2
Praktis formatif 2,2
 
Praktis formatif 2,2
Praktis formatif 2,2Praktis formatif 2,2
Praktis formatif 2,2
 
Carta organisasi bola tampar 2017
Carta organisasi bola tampar 2017Carta organisasi bola tampar 2017
Carta organisasi bola tampar 2017
 
Spi 2 2013 kssr thp2
Spi 2 2013 kssr thp2Spi 2 2013 kssr thp2
Spi 2 2013 kssr thp2
 
Pekeliling 31999
Pekeliling 31999Pekeliling 31999
Pekeliling 31999
 

Recently uploaded

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 

Recently uploaded (11)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 

1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya

  • 1.
  • 2.
  • 3. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Rendah TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MODUL DUNIA KOMPUTER: 1.0 Memperihal Komputer dan Fungsinya TAHUN 4 Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2013
  • 4. Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. iii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 6. iv Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 7. Draf 020413 1 Standard kandungan: 1.0 Memperihal komputer Dan Fungsinya. Standard pembelajaran: 1.1 Menyatakan maksud komputer. 1.2 Mengenal dan menyenarai jenis komputer. Masa: 60 minit NOTA RUJUKAN Anda boleh lihat komputer di mana-mana sama ada di sekolah, di pejabat atau di rumah. Komputer juga digunakan untuk mengawal sesuatu peralatan seperti permainan kawalan jauh, mesin basuh, kereta ketuhar gelombang mikro dan mesin autoteler (ATM). Ia ada di mana- mana! Pada hari ini kita boleh melihat kenderaan yang berbagai jenis seperti kereta, kenderaan pelbagai guna, bas, lori dan sebagainya. Begitu juga dengan komputer. Komputer terdiri dari berbagai jenis. Ianya digunakan untuk berbagai tujuan dan berbeza dari segi saiz, harga dan keupayaan. Komputer adalah alat elektronik yang dapat menerima data, memproses data, menyimpan data dan menghasilkan output. Apa itu komputer ? MODUL DK1
  • 8. Draf 020413 2 Peranti: Peralatan yang disambung kepada sistem unit Perisian: Program atau arahan yang memberitahu komputer apa yang harus dilakukan Data: Fakta mengenai sesuatu benda atau orang seperti nama, gambar, warna, saiz, bilangan dan sebagainya Maklumat: Data yang telah diproses menjadi sesuatu yang bermakna Komputer boleh dikelaskan kepada tujuh (7) jenis komputer. Jenis-jenisnya bergantung kepada saiz , kelajuan dan kuasa pemprosesan. Rajah di sebelah menunjukkan tujuh(7) jenis komputer tersebut dan contoh-contohnya. Istilah-istilah asas yang perlu diketahui apabila belajar mengenai komputer: Jenis-jenis Komputer
  • 9. Draf 020413 3 1. Komputer peribadi 2. Komputer mudah alih 3. Konsol mainan berkomputer
  • 10. Draf 020413 4 4. Pelayan 5. Komputer benam (embedded) 6. Komputer tangan (hand held)
  • 11. Draf 020413 5 7. Komputer tablet KEPERLUAN PERKAKASAN Satu set komputer KEPERLUAN PERISIAN MS Word DK1.mp3
  • 12. Draf 020413 6 AKTIVITI 1 Komputer Langkah 1: Lakarkan sebuah komputer yang pernah anda lihat atau guna. Langkah 2: Banding dan bincangkan tentang lakaran komputer yang telah anda buat bersama rakan di sebelah.
  • 13. Draf 020413 7 Mari kita kaji apa itu komputer bersama-sama. Langkah 3: Baca nota rujukan yang diberi untuk mengetahui makna komputer dan fungsinya. Langkah 4: Cuba anda senaraikan apakah yang anda tahu tentang komputer dalam ruangan dialog di bawah. Langkah 5: Bincangkan apa yang anda telah senaraikan di atas bersama rakan anda. Bandingkan jawapan rakan anda.
  • 14. Draf 020413 8 Komputer dapat menyimpan data yang banyak! Komputer boleh melaksanakan berjuta-juta arahan sesaat! Kegagalan komputer adalah disebabkan oleh kesilapan manusia memberikan arahan. TAHUKAH ANDA? Apa yang boleh dilakukan oleh komputer?
  • 15. Draf 020413 9 AKTIVITI 2 Maksud Komputer Langkah 1: Anda akan di bahagikan kepada 5 kumpulan. Langkah 2: Cuba anda nyanyikan sebuah lagu yang anda minati. Langkah 3: Secara berkumpulan cuba anda ubah lirik lagu tersebut dengan memasukkan perkataan-perkataan ini: a. Komputer b. dapat menerima data c. memproses data d. menyimpan data e. menghasilkan output Langkah 4: Dengar contoh lagu yang akan dimainkan oleh guru melalui fail DK1.mp3 Langkah 5: Secara berkumpulan cuba nyanyikan lagu yang telah anda ubah liriknya. Langkah 6: Secara berkumpulan cuba buat kaedah NEMONIK untuk mengingati maksud komputer dengan mudah dengan menggunakan kata kunci di bawah: a. komputer b. terima c. proses d. simpan e. hasil contoh NEMONIK: 1. Kambing Tok Pa Sangat Hamis/Handsome 2. Kakak Tipah Pakai Seluar Hijau
  • 16. Draf 020413 10 Langkah 7: Secara berpasangan cuba sebut semula maksud komputer secara bergilir-gilir. AKTIVITI 3 Komputer Langkah 1: Perhatikan gambar yang dipamerkan di bawah. Langkah 2: Adakah semua alat di bawah boleh dikatakan sebagai KOMPUTER? MENGAPA? A. Adakah alat-alat di atas merupakan alat elektronik? Ya / Tidak B. Adakah alat-alat tersebut dapat memproses maklumat? Ya / Tidak C. Jika jawapan anda bagi kedua-dua soalan di atas ialah YA, maka alat- alat tersebut ialah sejenis KOMPUTER.
  • 17. Draf 020413 11 Pada asalnya, perkataan komputer bermaksud ‘compute’ atau pengiraan. Pengira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik sama ada dengan bantuan alat mekanik atau tidak. Seterusnya, hasil kiraan dialihkan ke mesin. Pada asalnya, tugas “komputer” hanyalah khusus kepada penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain selain daripada tugas matematik. TAHUKAH ANDA?
  • 18. Draf 020413 12 AKTIVITI 4 Komputer boleh dilihat dalam berbagai bentuk dan saiz. Ada yang dapat diletak di atas tapak tangan, di atas meja atau di atas lantai. Model-model baru selalu sahaja keluar di pasaran Langkah 1: Berpandukan kepada nota, nyatakan tentang jenis-jenis komputer yang telah anda baca. Langkah 2: Baca situasi di bawah: Anda selalu mengikut ibu bapa anda ke pasaraya, bank atau stesyen minyak. Cuba anda nyatakan jenis-jenis komputer yang pernah anda lihat di tempat-tempat tersebut. Langkah 3: Cari sekurang-kurangnya sepuluh imej komputer yang menarik daripada internet yang mewakili tempat-tempat yang dinyatakan tadi. Langkah 4: Cuba anda kelaskan imej komputer yang anda cari mengikut jenis yang anda telah pelajari. Jenis-Jenis Komputer
  • 19. Draf 020413 13 PENILAIAN 1 1. Lakarkan sebuah komputer masa hadapan ciptaan anda yang akan menjadi rebutan setiap orang dan laris di pasaran. 2. Berikan sebarang nama kepada komputer yang anda lakarkan. 3. Berikan 3 keistimewaan yang ada pada komputer yang anda lakarkan. a) _________________________________________________ b) _________________________________________________ c) _________________________________________________ Komputer
  • 20. Draf 020413 14 PENILAIAN 2 1. Berikan beberapa jenis komputer yang anda ketahui :- a) _______________________ b) _______________________ c) _______________________ d) _______________________ e) _______________________ 2. Namakan 3 komputer yang anda boleh bawa bersama anda. a)_____________ b)______________ c) __________________ 3. Berikan sebab kepada jawapan anda pada soalan ( 2 ) _______________________________________________________________ 4. Jika diberi peluang untuk memiliki salah satu daripada komputer pada soalan (2), yang manakah anda akan pilih? ________________________________________________________________ 5. Berdasarkan kepada pendapat anda apakah ciri-ciri yang patut ada pada sebuah komputer? a)________________________ b)______________________________ c)________________________ d)______________________________ Mengenal dan menyenarai jenis komputer.
  • 21. Draf 020413 15 LAPORAN PENCAPAIAN MURID Nama Murid: Tahun: Kelas Modul: Dunia Komputer Standard Kandungan: 1.0 Memperihal Komputer Dan Fungsinya. Standard Pembelajaran: 1.1 Menyatakan maksud komputer. 1.2 Mengenal dan menyenarai jenis-jenis komputer. Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan Ya Tidak 1 Murid dapat menyatakan maksud komputer dengan menggunakan ayat sendiri 2 Murid kenal jenis-jenis komputer 3 Murid dapat memberikan 3 contoh jenis-jenis komputer KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI) TARIKH Nama Guru: Tandatangan & Tarikh Disahkan oleh: Tandatangan & Tarikh
  • 22. Draf 020413 16 Standard kandungan: 1.0 Memperihal komputer dan fungsinya. Standard pembelajaran: 1.3 Mengenal bahagian-bahagian penting komputer. 1.4 Menunjukkan komponen pada unit system seperti port input dan output, pemacu cakera liut, pemacu cakera optik, dan soket input arus ulang alik(AC). Masa: 60 minit MODUL DK2
  • 23. Draf 020413 17 NOTA RUJUKAN Sebuah sistem komputer adalah gabungan dari beberapa bahagian perkakasan komputer. Bahagian-bahagian tersebut adalah sistem unit, papan kekunci, monitor, dan tetikus. Setiap bahagian mempunyai fungsi masing-masing. MONITOR Untuk paparan maklumat. Mempunyai pelbagai jenis dan saiz. PAPAN KEKUNCI Digunakan untuk menaip data ke dalam komputer. TETIKUS Digunakan untuk memberi arahan kepada komputer. Memilih item yang dipaparkan pada skrin komputer. SISTEM UNIT Sebagai ‘otak’ komputer. Mengawal operasi komputer. Menerima dan melaksanakan arahan. Bahagian-bahagian Penting Sistem Komputer
  • 24. Draf 020413 18 Terdapat pelbagai rupa bentuk sistem unit yang dapat anda lihat di sekolah, pejabat, kedai dan pasaraya. Di bahagian hadapan sistem unit, anda akan nampak butang ON/OFF, pemacu cakera liut, pemacu cakera optik dan port seperti port audio atau port USB. Bahagian Hadapan Sistem Unit
  • 25. Draf 020413 19 Komponen Bahagian Hadapan Sistem Unit ON/OFF Pemacu Cakera Liut Pemacu cakera optik Port Audio Port USB
  • 26. Draf 020413 20 Di bahagian belakang sistem unit anda akan nampak pelbagai jenis port seperti port PS2, port USB, port audio dan port monitor. Soket input arus ulangalik (AC) juga terdapat di bahagian belakang sistem unit. Bahagian Belakang Sistem Unit
  • 27. Draf 020413 21 Soket Input Arus Ulang Alik (AC) Dan Port Input/Output Yang Terdapat Di Belakang Sistem Unit Soket Input Arus Ulang Alik (AC) Port Monitor Port PS2 Port USB Port Audio Port Rangkaian
  • 28. Draf 020413 22 KEPERLUAN PERKAKASAN 1. Satu set komputer desktop atau komputer notebook. 2. Kertas A4 KEPERLUAN PERISIAN MS Word MS PowerPoint
  • 29. Draf 020413 23 AKTIVITI 1 Bahagian-bahagian Penting Sistem Komputer dan Komponen Pada Sistem Unit. Langkah 1: Anda perlu berada di hadapan komputer. Langkah 2: Perhatikan dan teliti bahagian-bahagian penting pada komputer tersebut. Langkah 3: Guru memaparkan bahagian-bahagian penting diskrin seperti: monitor, sistem unit, papan kekunci, tetikus, fon telinga, mikrofon dan pembesar suara. (rujuk DK1_A1L3.ppt.) Langkah 4: Guru memaparkan pula komponen penting pada sistem unit seperti: pemacu cakera liut, pemacu cakera optik, port USB, port monitor, port PS2, port audio dan soket input arus ulang alik (AC). (rujuk DK1_A1L4.ppt.) Langkah 5: Anda perlu menyatakan bahagian-bahagian komputer dan komponen-komponen pada sistem unit seperti yang ditujukkan oleh guru anda tadi. Langkah 6: Dalam kumpulan, anda dikehendaki bermain permainan bahasa isyarat dengan melakonkan watak bisu sebagai monitor, sistem unit, papan kekunci, tetikus, fon telinga, mikrofon dan pembesar suara. Langkah 7: Minta rakan-rakan dari kumpulan lain meneka siapa anda dalam permainan bahasa isyarat tersebut Mari mengenali bahagian-bahagian penting sebuah komputer.
  • 30. Draf 020413 24 Terdapat pelbagai jenis monitor di pasaran Monitor jenis CRT (cathode ray tube) Monitor jenis LCD (liquid crystal display) Monitor jenis LCD touchscreen Papan kekunci QWERTY dan tetikus yang menggunakan Port P/S2 atau Port USB Papan kekunci dan tetikus tanpa wayar (wireless) TAHUKAH ANDA? Terdapat dua jenis papan kekunci dan tetikus di pasaran
  • 31. Draf 020413 25 AKTIVITI 2 Menunjukkan Bahagian-bahagian Penting Komputer, Komponen Pemacu Cakera Liut, Pemacu cakera optik dan Soket Input Arus Ulang Alik. Langkah 1: Secara berkumpulan, anda dikehendaki membuat satu persembahan menggunakan MS PowerPoint untuk mempersembahkan tentang komponen-komponen yang terdapat pada satu set komputer iaitu: a. Monitor b. Sistem Unit c. Papan Kekunci d. Tetikus e. Pemacu Cakera Liut f. Pemacu cakera optik g. Mikrofon h. Fon telinga i. Pembesar Suara Langkah 2: Kumpulan anda hendaklah membuat persembahan yang ada unsur animasi di mana setiap komponen perlu menjelma satu persatu sehingga menjadi satu set komputer yang lengkap dan komponen tersebut dilabelkan. Langkah 3: Bentangkan hasil kumpulan anda. Langkah 4: Kumpulan lain hendaklah memberikan pujian atau cadangan kepada kumpulan yang membuat persembahan.
  • 32. Draf 020413 26 PENILAIAN 1 Port Input/Output yang terdapat di belakang Sistem Unit Cuba padankan kabel yang digunakan untuk port-port di belakang Sistem Unit dengan meletak nombor kabel dalam petak yang disediakan.
  • 35. Draf 020413 29 PENILAIAN 3 Labelkan port-port input/output yang terdapat di belakang Sistem Unit.Sistem Unit.
  • 36. Draf 020413 30 LAPORAN PENCAPAIAN MURID Nama Murid: Tahun: Kelas Modul: Dunia Komputer Standard Kandungan: 1.0 Memperihal komputer dan fungsinya. Standard Pembelajaran: 1.3 Mengenal bahagian-bahagian penting komputer. 1.4 Menunjukkan komponen pada unit sistem, port input/output, pemacu cakera liut, pemacu cakera optik, dan soket bekalan kuasa. Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan Ya Tidak 1 Dapat menyenaraikan bahagian-bahagian penting komputer. 2 Persembahan slaid yang mengandungi perkara berkenaan pemacu cakera liut, pemacu cakera optik, dan soket bekalan kuasa. 3 Dapat melabelkan port-port input dan output. KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI) TARIKH
  • 37. Draf 020413 31 Nama Guru: Tandatangan & Tarikh Disahkan oleh: Tandatangan & Tarikh
  • 38. Draf 020413 32 Standard kandungan: 1.0 Memperihal Komputer Dan Fungsinya. Standard pembelajaran: 1.5 Menerangkan maksud input, proses, output dan storan dengan menggunakan analogi mudah. Masa: 60 minit NOTA RUJUKAN Input Input adalah aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer. Data dimasukkan ke dalam sistem komputer melalui aktiviti: 1. Menaip data secara manual menggunakan papan kekunci . 2. Memilih dan klik dari senarai yang disediakan menggunakan tetikus. Input, Proses, Output dan Storan MODUL DK3
  • 39. Draf 020413 33 3. Mengimbas dokumen, imej dan sebagainya menggunakan pengimbas. Proses Proses adalah langkah menukarkan data kepada maklumat yang berguna. Output Output ialah maklumat yang dipaparkan oleh komputer selepas data diproses mengikut arahan yang diberikan oleh peranti input. Contoh output ialah paparan teks, video atau imej di monitor, teks atau imej yang dicetak oleh pencetak dan paparan di projector LCD. Storan Storan ialah tempat untuk menyimpan data untuk tujuan kegunaan masa hadapan. INPUT STORAN PROSES OUTPUT Rajah1: Menunjukkan carta aliran input, proses, output dan storan.
  • 40. Draf 020413 34 KEPERLUAN PERKAKASAN 1. Satu set komputer 2. Kad imbas yang tertera perkataan INPUT, OUTPUT, PROSES dan STORAN 3. Sampul surat yang mengandungi: Abjad vokal – 5 setiap satu vokal Abjad konsonan- 1 setiap satu 4. Fail 5. Kertas A4 KEPERLUAN PERISIAN MS Word
  • 41. Draf 020413 35 AKTIVITI 1 Input, Proses, Output dan Storan Langkah 1: Pernahkah anda melihat ibu anda memasak mee goreng? Cuba anda ceritakan apa yang ibu anda buat sebelum, semasa dan selepas memasak mee goreng. Langkah 2: Lihat pula gambar rajah di bawah dan terangkan apakah yang berlaku. Input Output Proses Storan
  • 42. Draf 020413 36 Langkah 3: Terangkan pula apakah yang berlaku dalam gambar rajah di bawah. Langkah 4: Lihat carta di bawah dan dengar penerangan oleh guru. Simpanan (Storan) Data (Input) Diubah (Proses) Maklumat (Output) Input Output Proses Storan
  • 43. Draf 020413 37 Langkah 5: Berpandukan contoh di atas cuba lukiskan satu aktiviti yang pernah anda buat yang melibatkan aktiviti input, proses, output dan storan. Data yang telah diproses dipanggil maklumat TAHUKAH ANDA?
  • 44. Draf 020413 38 AKTIVITI 2 Input, Proses, Output dan Storan Langkah 1: Masuk dalam kumpulan (4 orang). Setiap seorang akan menjadi Input, Proses, Output dan Storan. Langkah 2: Setiap kumpulan di berikan satu sampul surat mengandungi abjad A-Z yang dipegang oleh Proses. Langkah 3: Input akan membisikkan sepatah perkataan yang tidak melebih 10 abjad kepada Proses. Langkah 4: Proses perlu mencari abjad yang betul dengan perkataan yang dibisikkan oleh Input. Setelah itu, Proses akan berikan abjad yang membentuk perkataan Input kepada Output. Langkah 5: Output akan tulis perkataan Input di atas kertas. Setelah itu Output akan tunjukkan kertas tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Langkah 6: Output akan memberikan kertas tersebut kepada Storan untuk disimpan. Langkah 7: Setiap kumpulan akan menceritakan semula apa yang berlaku.
  • 45. Draf 020413 39 PENILAIAN 1 Input, Proses, Output dan Storan Cuba teka Siapa Saya 1 2 3 4
  • 46. Draf 020413 40 a) ________________ b)________________ c)_____________________ a) ________________ b)________________ c)_____________________ a) ________________ b)________________ c)_____________________ Bolehkah anda fikirkan contoh SAYA yang no 1? Bolehkah anda fikirkan contoh SAYA yang no 3? Bolehkah anda fikirkan contoh SAYA yang no 4?
  • 47. Draf 020413 41 PENILAIAN 2 Lihat gambar rajah di bawah dan jawab soalan-soalan berikut: 1. Berdasarkan rajah di atas, namakan P _________________ Q _________________
  • 48. Draf 020413 42 2. Berikan sebab mengapa outputnya menjadi jajah dan bukannya gajah.
  • 49. Draf 020413 43 PENILAIAN 3 Tuliskan aktiviti untuk setiap peranti di bahagian bawah. Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada peranti yang digunakan untuk aktiviti input, output dan storan. Bolehkah anda labelkan aktiviti untuk setiap peranti-peranti tersebut?
  • 50. Draf 020413 44 LAPORAN PENCAPAIAN MURID Nama Murid: Tahun: Kelas Modul: Dunia Komputer Standard Kandungan: 1.0 Memperihal komputer dan fungsinya. Standard Pembelajaran: 1.5 Menerangkan maksud Input, Proses, Output dan Storan dengan menggunakan analogi mudah. Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan Ya Tidak 1 Dapat menerangkan maksud Input, Proses, Output dan Storan dengan menggunakan analogi mudah. KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI) TARIKH Nama Guru: Tandatangan & Tarikh Disahkan oleh: Tandatangan & Tarikh