SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
TEMA:HARI KEMERDEKAAN 
Awan hitam yang berarak laju atas kepala makin gelap dan kelabu. Asap hitam dan 
habuk yang muncul dari celahan bangunan runtuh memenuhi ruang udara. Rizan tutup 
mulutnya dengan tangan. Dia jadi makin gelisah dan risau dengan keadaan 
persekitaran. Udara sudah tercemar dan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara 
(IPU) yang makin tinggi. 
Cuaca pula seakan bergelap dan malam dengan cahaya samar. 
“Rizan berapa lama lagi kita terpaksa begini?” Suara Hakimi yang penuh kerisauan 
seakan tidak kedengaran. 
Keadaan di situ menjadi porak peranda. Bandar itu seakan sudah musnah dan hancur. 
Rizan hanya mengelengkan kepala kepada kawan baiknya itu. Dia juga tidak punya 
jawapan. 
“Gone City” sudah bergelap hampir seminggu rasanya. Semuanya akibat serangan 
raksasa pelik yang menyerang bandar itu tiba-tiba. 
Rizan tekan punat pada jam besar di pergelangan tangan. koordinasi nombor 
yang kelihatan di permukaan jam bertukar ganti dengan pantas. 
“Hakimi kita kena bertindak cepat. Mereka dan sampai!” Rizan menjadi risau sambil 
memandang langit. Koordinasi nombor yang bergerak pantas menunjukkan kewujudan 
raksasa gergasi makin menghampiri mereka. 
Awan yang bergerak pantas juaga bagaikan petanda ada perkara buruk yang akan 
berlaku. 
Hakimi semakin risau. Dia tahu keadaan sudah semakin serius. 
“Arhhh tolong !!!! tolonggg !!!”
Tiba-tiba terdengar satu jeritan kuat. 
Di satu arah kelihatan ramai orang mula lari lintang pukang. 
Mereka seolah-olah sedang dikejar sesuatu. 
Rizan dan Hakimi saling berpandangan. 
“Cepat kita kena selamatkan “Gone City”!” Laung Rizan penuh semangat. 
Mereka berdua dengan pantas menekan punat pada jam besar di pergelangan tangan. 
“Robot Biru bersedia, tukar pakaian!” Ujar Rizan memberi arahan. 
Satu cahaya biru mula menyelubungi Rizan. Bajunya berganti dengan pakaian seragam 
robot lengkap bersenjata berwarna biru. 
“Robot Merah bersedia, tukar kenderaan !!!” Jerit Hakimi pula. 
Satu cahaya merah pula menyelubungi Hakimi dan kemudian dia bertukar menjadi 
kereta pacuan empat roda berwarna merah. Kereta itu besar dan warnanya bersinar-sinar. 
Dengan lagak seorang superhero, Rizan buka pintu kereta penuh gaya. Dia kemudian 
memandu kereta tepat ke arah raksasa pelik yang sedang mengejar orang ramai. 
“Keluarkan peluru berpandu!” Rizan menekan punat yang ada dalam kereta tersebut. 
Dari bahagian tepi kereta kelihatan peluru berpandu sudah sedia dilepaskan. 
“Tembak !!!” 
Rizan menekan punat berkali-kali. Dia harus memastikan tembakan itu terkena 
sasaran. 
“Dushh!!! Dushhh!!! Dushhhh!!!!” 
Beberapa peluru sudah menembusi badan raksasa tersebut. Namun raksasa itu masih 
bertahan. Dia menghampiri Rizan dengan muka ganas.
Hati Rizan mula berdebar namun dia kuatkan juga semangat. Dia mesti selamatkan 
bandar “Gone City” dari serangan raksasa pelik tersebut. 
Raksasa tersebut mengeluarkan api dari mulutnya dan menghala tepat kepada arah 
Rizan. 
Kereta terbakar dan terpelanting jauh. 
Rizan jadi marah. Dia keluar dari kereta dengan seluruh badan yang terbakar. 
“Jurusan maut!!!” Jerit Rizan lagi dengan kuat. Rizan cuba melawan raksasa pelik yang 
ingin memukulnya. Rizan mengelakkan kepalanya dari diketuk tangan besar raksasa 
tersebut. 
“Ahhh serangg!!! Nak ambil … ambil !!!” Rizan ingin membalas serangan itu dengan 
memukulnya kembali. 
“Rizannnn !!!!” 
Satu jeritan kuat memanggil namanya. Dia buka mata perlahan nampak wajah ibu yang 
menyinga di hadapannya. 
“Rizan bangun!!! Bangun mandi!” 
Jeritan ibu bergema. Rizan mengosok matanya berkali-kali. 
Dia rasa pelik kenapa raksasa pelik itu boleh bertukar menjadi wajah ibu. Kenapa 
mereka berada dalam biliknya dan bukan di “Gone City”. 
“Mustahil aku bermimpi lagi nie!” Rizan jadi keliru. 
Mungkin raksasa itu sengaja ingin mengelirukan aku. 
“Serangggg hapuskan raksasa gemukkk!!!” Rizan menghalakan tangannya tepat kearah 
ibu. 
Puan Suraya tambah geram. Anaknya itu masih tidak sedarkan diri.
“Hei Rizannn …. buka mata tu!” Puan Suraya terus memulas telinga Rizan dengan 
kuat. 
Rizan terkejut matanya terbuka luas. 
Rizan pandang seluruh bilik yang penuh dengan pelbagai poster superhero. Ada poster 
Superman, Batman, Spiderman dan banyak lagilah. Dia rasa pening tiba-tiba. 
“Kamu tunggu apa lagi … cepatttt!” Ibu cekak pinggang dengan muka yang merah 
padam. Rambut ibu mengerbang seperti singa lapar. 
“Aduh sakitlah ibu!” Rizan melompat dari katil. Dia dengan pantas mencapai tuala dan 
berlari ke bilik air. 
Puan Suraya kemaskan katil anak sulungnya yang berselerakan. Bantalnya semua 
jatuh kelantai. 
“Hish … asyik-asyik berangan jadi superhero.” Rungut puan Suraya sambil membuka 
tingkap bilik Rizan. 
Anak lelakinya itu memang sangat fanatik dengan superhero. Tengoklah poster-poster 
yang memenuhi biliknya itu hinggakan terbawa-bawa dalam mimpi. 
****************************** 
Rizan sudah berkali-kali menguap. Dia rasa sangat mengantuk. Semalam dia 
bermain permainan komputer hingga lewat malam. Cikgu Rodziah yang sedang 
menerangkan sesuatu dihadapan langsung tidak menarik perhatiannya. 
Rizan ingat lagi dengan mimpinya semalam. Dia sangat teruja dengan mimpi itu namun 
mimpi indahnya itu terganggu. Raksasa di “Gone City” berganti dengan wajah ibu pulak. 
Rizan tergelak sendiri. Dia rasa kelakar. 
“Rizan, kenapa senyum sendiri ni. Okay bangun dan jawab soalan saya.” Dari depan 
cikgu Roziah sedang memberikan arahan kepada Rizan. 
Rizan tersentak. Dia bangun perlahan. Semua pelajar sedang merenungnya.
“Cuba kamu namakan perwira yang merupakan pahlawan Melaka pada zaman 
dahulu?” Cikgu Roziah berjalan menghampiri Rizan. 
Dahi Rizan berkerut dia cuba memikirkan jawapannya namun buntu. Kosong! 
“Hai mustahil kamu tidak kenal superhero yang lima bersaudara!” Cikgu Roziah mula 
memberi klu kepada Rizan. 
Rizan gelengkan kepala. Dia betul-betul tidak tahu. 
“Baiklah saya bagi klu … mereka perwira lima bersaudara. Kiranya merekalah 
superhero pada zaman dahulu!” 
Cikgu Rodiah ingin membantu Rizan menjawab. 
Rizan masih terkumat-kamit dengan dahi yang berkerut. Dia pandang pada Hakimi 
yang berada jauh belakang kelas. 
“Mustahil kamu tidak tahu superhero berlima yang sangat terkenal itu.” 
Ujar Cikgu Roziah mengelengkan kepala. 
Pelajar sekarang kurang mengambil tahu tentang sejarah lama malah mereka tidak 
kenal langsung dengan tokoh-tokoh sejarah. 
Rizan tahu tentu cikgu Roziah kecewa dengan pengetahuannya yang amat cetek. 
Rizan pandang seluruh kelas dengan rasa malu. 
“Selagi kamu tak jawab selagi tulah kamu kena berdiri.” Cikgu Roziah sengaja 
menegaskan suaranya bila melihat Rizan menutup rapat mulutnya tanpa mahu cuba 
menjawab. 
Hakimi silangkan tangannya. Dia seakan memberi isyarat kepada Rizan. Rizan senyum 
dia sudah tahu jawapannya. 
“Power Ranges cikgu!” Rizan menjawab dengan selamba.
Berderai ketawa satu kelas. Seluruh kelas mengelengkan kepala dengan ketawa 
panjang. 
Rizan tertunduk malu. 
Cikgu Roziah juga tersenyum nipis. 
“Kamu ni Rizan, balik nanti kamu cari dalam internet. Tanyakan sesiapa atau apa saja 
caranya. Esok kamu mesti bagi jawapan di hadapan kelas.” 
Cikgu Roziah menyuruh Rizan duduk. Dia kemudian melangkah kehadapan kelas. 
“Pelajar semua ingat esok kita akan dengar cerita dari Rizan tentang perwira lima 
bersaudara.” 
Cikgu Roziah mengemas buku dan fail atas meja. 
Dari belakang Rizan renung langkah cikgu muda itu dengan rasa kesal. Dia susah hati 
memikirkan tugasan itu. 
“Habislah aku!” Bisik Rizan dalam hati. 
Rizan dapat melihat wajah teruja seluruh kelas yang seakan sudah tidak sabar untuk 
ketawa padanya. 
Dia rasa risau dan gelisah memikirkan perkara itu. 
****************************** 
Nasi di pinggan seakan tidak terusik langsung. Wajah risau anaknya itu ketara 
sekali. 
Puan Suraya sumbat nasi kedalam mulut sambil merenung tajam kewajah Rizan. 
Tangan Rizan kelihatan menguis nasi perlahan-lahan. Dia kemudian ingin sumbatkan 
nasi dalam mulut namun tak jadi. Anaknya itu macam sedang menanggung masalah 
besar saja. 
“Macam angau jer ni …!”
Puan Suraya minum air perlahan. 
“Rizan, ibu masak tak sedap ker?” Soal puan Suraya sengaja ingin melihat respon 
Rizan. Anaknya itu hanya mengeleng perlahan. 
“Kenapa ni ada raksasa gemuk serang kamu tengah jalan ker!” Puan Suraya cuba 
berjenaka. 
Puan Suraya senyum nipis. Dia rasa lawak teringat akan peristiwa pagi tadi. 
Wajah Rizan makin masam. Dia pandang ibunya geram. 
Rizan bangun menuju singki. Dia terasa yang ibu sengaja ingin menyindirnya. 
“Uish Power Rangers mana boleh marah-marah!” Ajuk ibu lagi. Dia menghampiri Rizan. 
“Ibu ni …” Rizan sudah tidak tahan lagi. Dia malu bila fikirkan gelagatnya pagi tadi. 
“Kenapa dengan hero ibu ni?” Tanya puan Suraya lagi. 
“Rizan peninglah, cikgu dekat sekolah tadi tanya bukan-bukan!” Rizan mula membuka 
cerita. 
Ibu mengangguk perlahan. 
“Lah ingatkan masalah cinta tadi …” Usik ibu lagi. 
Rizan jeling ibunya. Dia makin geram. 
“Ibu ni main-main pulak!” Rizan melangkah pantas menuju ruang tamu. 
Dari dapur puan Suraya tersenyum sendiri. Rizan manja sebab dia anak tunggal. Puan 
Suraya selalu manjakan anak lelakinya itu. Dia tidak bekerja jadi Rizan mendapat 
sepenuh perhatian ibunya. 
Rizan tekan punat televisyen. Dia pandang jam besar yang tergantung di 
dinding.
“Yess!” Rizan senyum lebar. Sekarang siaran untuk rancangan Wonder Pets. Nasib 
baik dia tidak ketinggalan. 
Dia duduk atas sofa sambil melayan rancangan itu dengan wajah riang. 
“Kenapa tak panggil ibu tengok sekali, nasib baik sempat tengok.” 
Usik ibu sambil duduk sebelah Rizan. Rizan terus mencebik bibir pada ibunya. 
“Kenapa dengan anak ibu ni. Cikgu tanya apa ni Rizan!” Puan Suraya cuba memujuk 
anaknya itu. 
“Cikgu Rizan tanya siapa perwira lima bersaudara. Manalah Rizan tahu.” Balas Rizan 
dengan suara perlahan. 
“Hish bukan Power Rangers ker!” Sengaja puan Suraya ingin berjenaka. 
“Ibu ni bukanlah!” Marah Rizan. Dia tahu ibu sengaja ingin mengusiknya. 
“Kalau nak kata Ninja Turtle, mereka tiga bersaudara pula …” Puan Suraya bangun. Dia 
jalan mundar mandir seperti memikirkan sesuatu. 
“Ibu! Bukanlah … lima bersaudara perwira zaman dahululah!” Bentak Rizan yang tidak 
tahan melihat ibu yang sengaja mengusiknya. 
“Ohh senang je tu, Ibu pun tahu!” Balas puan Suraya dengan lagak sombong. 
Rizan seperti tidak percaya. Dia mula menghampiri ibunya dengan senyuman manis. 
“Ibu beritahulah Rizan … Lagipun esok cikgu nak Rizan ceritakan depan kelas.” Jelas 
Rizan melahirkan kerisauan pada ibunya. 
Puan Suraya tambah paham kenapa anaknya itu gelisah sangat. 
“Patutlah … Rizan takut nak cerita depan kelas yer.” Tambah ibu. 
Rizan angguk. Memanglah dia takut nak bercerita di hadapan kelas. Semua kawan-kawan 
mesti akan tertawakan dia nanti.
“Itulah Rizan … asyik agung-agungkan superhero barat jer. Kita sendiri pun ada 
superhero tau!” Gomel ibu lagi. 
Rizan dengar saja leteran ibunya itu. 
“Ibu cepatlah siapa lima bersaudara tu!” Rizan sudah tidak sabar untuk mendengar 
jawapan ibu. 
“Lima bersaudara itu tentulah Hang Tuah dah kawan-kawannya!” Ibu mula membuka 
cerita. 
Rizan sikit terpinga. Rasanya dia pernah mendengar nama itu cuma dia kurang kenal. 
“Hang Tuah dan kawan-kawan?” Soal Rizan pada ibu. 
“Hang Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Sejak kecil lagi mereka telah menjadi 
superhero. Mereka melindungi orang Melaka dari sebarang kejahatan. Mereka ada 
kuasa dalaman yang hebat tau, kuasa yang boleh mengalahkan semua musuh!” 
Terang ibu panjang lebar. 
“Maksud ibu Hang Tuah dan kawan-kawan ada kuasa misteri!” 
Rizan semakin teruja untuk mendengar cerita yang keluar dari mulut puan Suraya. 
“Kuasa misteri yang mereka dapati setelah mendalami ilmu persilatan. Mereka bertapa 
selama beberapa bulan untuk dapatkan kuasa itu. Kuasa itulah yang menolong mereka 
menumpaskan semua musuh.” Puan Suraya semakin bersemangat untuk meneruskan 
ceritanya. Tambahan pula, Rizan seperti terpaku memandangnya tanpa berkelip 
langsung. 
“Kuasa apa tu ibu!” Rizan semakin teruja. 
Dia tidak sabar untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 
“Rizan ibu dahagalah …!” Sengaja puan Suraya menekan suaranya yang agak serak 
itu. Rizan membentak. Dia tahu ibu sengaja ingin mengusiknya.
“Ibu nie cepatlah! Kuasa apa yang mereka ada ibu?” 
Soal Rizan semakin tidak sabar. 
“Okaylah ibu sambung. Cuba Rizan fikir zaman dahulu mana ada senjata. Mana ada 
baju pelindung yang tebal-tebal tu. Tetapi dengan adanya kuasa tersebut. Perwira lima 
bersaudara tetap berjaya menyelamatkan Melaka dari sebarang ancaman musuh. 
Hebat tak kuasa itu, Superhero berganda-ganda tak mereka?” Soal puan Suraya 
sengaja ingin anaknya itu lebih berfikir. 
“Tentu kuasa itu sangat hebat!” Rizan menjadi sangat taksub. 
“Mestilah, cuba Rizan fikir mereka masih kecil tapi sudah mampu mengalahkan orang 
dewasa yang jahat. Mereka berjaya mengusir penjajah yang cuba menawan Melaka 
pada zaman itu. Bayangkan penjajah datang dengan kapal besar tapi lari pulang sebab 
takutkan mereka!” 
Tambah puan Suraya yang makin semangat bercerita. 
“Hebatnya kuasa tu!” Rizan mula membayangkan tentang kuasa misteri tersebut. 
“Salah, bukan kuasa tu yang hebat tapi mereka berlima yang hebat! Tanpa mereka 
kuasa itu tidak boleh boleh buat apa-apa pun.” 
Puan Suraya betulkan pandangan anaknya. 
“Maksud ibu mereka yang lagi hebat dari kuasa tersebut! Wah hebatnya.” Mulut Rizan 
melopong. Dia pandang ibu seperti tidak percaya. 
“Kuasa ni lagi hebat dari semua kuasa yang ada. Bila kita ada kuasa ini, kita akan jadi 
kuat lebih dari segala-galanya.” 
Ibu makin semangat. Malah ibu sudah berdiri tegak di hadapan Rizan. 
“Kuasa apa tu ibu!” Rizan terus terlopong dengan cerita ibunya. 
“Kuasa yang sangat hebat dan kuat itu, namanya semangat dan keberanian. Semangat 
untuk melawan semua kuasa jahat. Semangat untuk menolong rakyat jelata. Semangat
untuk mempertahankan negara. Keberanian menentang apa saja demi pertahankan 
tanah air! Itulah kuasa yang paling hebat. Merdeka! Merdeka! Merdeka!” 
Ibu mengangkat tangannya melaungkan perkataan merdeka dengan penuh 
bersemangat. 
Mulut Rizan ternganga luas. Matanya tidak berkedip langsung. Ibunya itu kelihatan 
sangat bersemangat. 
Rizan terdiam lama. Mulanya dia rasa marah pada ibu. Namun dalam hatinya seakan 
terdetik semangat mereka. 
“Rizan betul tak kata ibu, kerana semangat dan keberanianlah negara kita mencapai 
kemerdekaan. Kerana semangat merekalah kita menjadi bangsa yang bebas dari 
sebarang penjajahanan. Negara kita aman dan damai. Cuba Rizan tengok negara-negara 
lain. Mereka makanan pun tidak cukup. Nasib baik kita ada perwira yang punya 
semangat dah keberaniankan. Hanya berbekalkan semangat dan keberanian mereka 
telah pertahankan negara kita!” 
Terang ibu pada Rizan. 
Rizan mengangguk. Dia paham dengan apa yang cuba ibu sampaikan. 
“Jadi Rizan rasa siapa yang lagi hebat. Power Rangers ker Perwira lima bersaudara? 
Superman ke Perwira lima bersaudara?” Soal ibu bertalu-talu. 
Rizan termenung agak lama. 
“Tentulah Perwira lima bersaudara! Kisah Hang Tuah dan kawan-kawannya ada dalam 
buku tak ibu. Bestlah Rizan nak bacalah.” Rizan rasa semakin ingin tahu dan 
menyelongkar sejarah Hang Tuah dan kawan-kawannya. 
“Banyak Rizan, dalam internet pun banyak! Banyak lagi perwira dulu-dulu yang hebat 
tau. Mereka melawan musuh-musuh yang mengancam negara kita. Mereka sanggup 
berkorban dan ada yang mati demi mempertahankan negara kita macam Leftenan
Adnan.” Ujar ibu lagi. 
Rizan renung wajah ibu. 
“Patutnya merekalah yang jadi superhero kita kan ibu!” Rizan mula terfikirkan perkara 
tersebut. 
Ibu tersenyum lebar kepada Rizan. 
Rizan tiba-tiba mendapat idea bagaimana untuk membuat pembentangan di hadapan 
kelas esok. Dia kena berani dan bersemangat barulah boleh menjadi anak cicit kepada 
Perwira lima bersaudara. Dia merancang untuk mengarang sebuah syair menceritakan 
tentang keberanian dan semangat Hang Tuah dan kawan-kawan demi 
mempertahankan negara. 
Tentu satu kelas akan terlopong dengan keberaniannya nanti. Sudah tentu cikgu 
Roziah akan bertepuk tangan bangga dengan Rizan. 
Rizan rasa sudah tidak sabar lagi menunggu hari esok.

More Related Content

What's hot

Perihal kisah kita
Perihal kisah  kitaPerihal kisah  kita
Perihal kisah kitaAh Ling
 
Cerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakCerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakResdianto
 
Drama malin kundang 5 orang
Drama malin kundang 5 orangDrama malin kundang 5 orang
Drama malin kundang 5 orangYadhi Muqsith
 
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016Fajar Sany
 
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah PerbedaanCerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah PerbedaanIrfan Rosyidin
 
Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakSabrina Eyna
 
Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Shika Nara
 
Cinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhirCinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhirRio Soeqer
 
Dongeng putri salju dan 7 kurcaci
Dongeng putri salju dan 7 kurcaciDongeng putri salju dan 7 kurcaci
Dongeng putri salju dan 7 kurcacimohammad aminuddin
 
85242 aku dan kamu
85242 aku dan kamu85242 aku dan kamu
85242 aku dan kamuAlimah Hanan
 
Semangat yang tak terkalahkan versi cerpen
Semangat yang tak terkalahkan versi cerpenSemangat yang tak terkalahkan versi cerpen
Semangat yang tak terkalahkan versi cerpenMuhammad Jaenal
 

What's hot (19)

Deja Vu
Deja VuDeja Vu
Deja Vu
 
Perihal kisah kita
Perihal kisah  kitaPerihal kisah  kita
Perihal kisah kita
 
Ketoprak
KetoprakKetoprak
Ketoprak
 
Cerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakCerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menak
 
Drama malin kundang 5 orang
Drama malin kundang 5 orangDrama malin kundang 5 orang
Drama malin kundang 5 orang
 
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016
 
Dara ayu
Dara ayuDara ayu
Dara ayu
 
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah PerbedaanCerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
 
Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanak
 
Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..
 
Indri xii a3
Indri xii a3Indri xii a3
Indri xii a3
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Jaka tarub
Jaka tarubJaka tarub
Jaka tarub
 
Sebatang pen
Sebatang penSebatang pen
Sebatang pen
 
Cinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhirCinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhir
 
Dongeng putri salju dan 7 kurcaci
Dongeng putri salju dan 7 kurcaciDongeng putri salju dan 7 kurcaci
Dongeng putri salju dan 7 kurcaci
 
85242 aku dan kamu
85242 aku dan kamu85242 aku dan kamu
85242 aku dan kamu
 
Semangat yang tak terkalahkan versi cerpen
Semangat yang tak terkalahkan versi cerpenSemangat yang tak terkalahkan versi cerpen
Semangat yang tak terkalahkan versi cerpen
 
Cerpen bahasa indonesia
Cerpen bahasa indonesiaCerpen bahasa indonesia
Cerpen bahasa indonesia
 

Similar to KisahPerwira

Cinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satuCinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satuRio Soeqer
 
Andai a lebih dekat dengan z
Andai a lebih dekat dengan zAndai a lebih dekat dengan z
Andai a lebih dekat dengan zAlfian Akatsuki
 
Kumpulan Teks Anekdot
Kumpulan Teks AnekdotKumpulan Teks Anekdot
Kumpulan Teks AnekdotFirdika Arini
 

Similar to KisahPerwira (7)

Cinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satuCinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satu
 
Andai a lebih dekat dengan z
Andai a lebih dekat dengan zAndai a lebih dekat dengan z
Andai a lebih dekat dengan z
 
Busway im in love
Busway im in loveBusway im in love
Busway im in love
 
Karangan naratif
Karangan naratifKarangan naratif
Karangan naratif
 
Adore y ou, my brother chapter 3
Adore y ou, my brother chapter 3Adore y ou, my brother chapter 3
Adore y ou, my brother chapter 3
 
Cerpen kasih salina
Cerpen  kasih salinaCerpen  kasih salina
Cerpen kasih salina
 
Kumpulan Teks Anekdot
Kumpulan Teks AnekdotKumpulan Teks Anekdot
Kumpulan Teks Anekdot
 

KisahPerwira

  • 1. TEMA:HARI KEMERDEKAAN Awan hitam yang berarak laju atas kepala makin gelap dan kelabu. Asap hitam dan habuk yang muncul dari celahan bangunan runtuh memenuhi ruang udara. Rizan tutup mulutnya dengan tangan. Dia jadi makin gelisah dan risau dengan keadaan persekitaran. Udara sudah tercemar dan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang makin tinggi. Cuaca pula seakan bergelap dan malam dengan cahaya samar. “Rizan berapa lama lagi kita terpaksa begini?” Suara Hakimi yang penuh kerisauan seakan tidak kedengaran. Keadaan di situ menjadi porak peranda. Bandar itu seakan sudah musnah dan hancur. Rizan hanya mengelengkan kepala kepada kawan baiknya itu. Dia juga tidak punya jawapan. “Gone City” sudah bergelap hampir seminggu rasanya. Semuanya akibat serangan raksasa pelik yang menyerang bandar itu tiba-tiba. Rizan tekan punat pada jam besar di pergelangan tangan. koordinasi nombor yang kelihatan di permukaan jam bertukar ganti dengan pantas. “Hakimi kita kena bertindak cepat. Mereka dan sampai!” Rizan menjadi risau sambil memandang langit. Koordinasi nombor yang bergerak pantas menunjukkan kewujudan raksasa gergasi makin menghampiri mereka. Awan yang bergerak pantas juaga bagaikan petanda ada perkara buruk yang akan berlaku. Hakimi semakin risau. Dia tahu keadaan sudah semakin serius. “Arhhh tolong !!!! tolonggg !!!”
  • 2. Tiba-tiba terdengar satu jeritan kuat. Di satu arah kelihatan ramai orang mula lari lintang pukang. Mereka seolah-olah sedang dikejar sesuatu. Rizan dan Hakimi saling berpandangan. “Cepat kita kena selamatkan “Gone City”!” Laung Rizan penuh semangat. Mereka berdua dengan pantas menekan punat pada jam besar di pergelangan tangan. “Robot Biru bersedia, tukar pakaian!” Ujar Rizan memberi arahan. Satu cahaya biru mula menyelubungi Rizan. Bajunya berganti dengan pakaian seragam robot lengkap bersenjata berwarna biru. “Robot Merah bersedia, tukar kenderaan !!!” Jerit Hakimi pula. Satu cahaya merah pula menyelubungi Hakimi dan kemudian dia bertukar menjadi kereta pacuan empat roda berwarna merah. Kereta itu besar dan warnanya bersinar-sinar. Dengan lagak seorang superhero, Rizan buka pintu kereta penuh gaya. Dia kemudian memandu kereta tepat ke arah raksasa pelik yang sedang mengejar orang ramai. “Keluarkan peluru berpandu!” Rizan menekan punat yang ada dalam kereta tersebut. Dari bahagian tepi kereta kelihatan peluru berpandu sudah sedia dilepaskan. “Tembak !!!” Rizan menekan punat berkali-kali. Dia harus memastikan tembakan itu terkena sasaran. “Dushh!!! Dushhh!!! Dushhhh!!!!” Beberapa peluru sudah menembusi badan raksasa tersebut. Namun raksasa itu masih bertahan. Dia menghampiri Rizan dengan muka ganas.
  • 3. Hati Rizan mula berdebar namun dia kuatkan juga semangat. Dia mesti selamatkan bandar “Gone City” dari serangan raksasa pelik tersebut. Raksasa tersebut mengeluarkan api dari mulutnya dan menghala tepat kepada arah Rizan. Kereta terbakar dan terpelanting jauh. Rizan jadi marah. Dia keluar dari kereta dengan seluruh badan yang terbakar. “Jurusan maut!!!” Jerit Rizan lagi dengan kuat. Rizan cuba melawan raksasa pelik yang ingin memukulnya. Rizan mengelakkan kepalanya dari diketuk tangan besar raksasa tersebut. “Ahhh serangg!!! Nak ambil … ambil !!!” Rizan ingin membalas serangan itu dengan memukulnya kembali. “Rizannnn !!!!” Satu jeritan kuat memanggil namanya. Dia buka mata perlahan nampak wajah ibu yang menyinga di hadapannya. “Rizan bangun!!! Bangun mandi!” Jeritan ibu bergema. Rizan mengosok matanya berkali-kali. Dia rasa pelik kenapa raksasa pelik itu boleh bertukar menjadi wajah ibu. Kenapa mereka berada dalam biliknya dan bukan di “Gone City”. “Mustahil aku bermimpi lagi nie!” Rizan jadi keliru. Mungkin raksasa itu sengaja ingin mengelirukan aku. “Serangggg hapuskan raksasa gemukkk!!!” Rizan menghalakan tangannya tepat kearah ibu. Puan Suraya tambah geram. Anaknya itu masih tidak sedarkan diri.
  • 4. “Hei Rizannn …. buka mata tu!” Puan Suraya terus memulas telinga Rizan dengan kuat. Rizan terkejut matanya terbuka luas. Rizan pandang seluruh bilik yang penuh dengan pelbagai poster superhero. Ada poster Superman, Batman, Spiderman dan banyak lagilah. Dia rasa pening tiba-tiba. “Kamu tunggu apa lagi … cepatttt!” Ibu cekak pinggang dengan muka yang merah padam. Rambut ibu mengerbang seperti singa lapar. “Aduh sakitlah ibu!” Rizan melompat dari katil. Dia dengan pantas mencapai tuala dan berlari ke bilik air. Puan Suraya kemaskan katil anak sulungnya yang berselerakan. Bantalnya semua jatuh kelantai. “Hish … asyik-asyik berangan jadi superhero.” Rungut puan Suraya sambil membuka tingkap bilik Rizan. Anak lelakinya itu memang sangat fanatik dengan superhero. Tengoklah poster-poster yang memenuhi biliknya itu hinggakan terbawa-bawa dalam mimpi. ****************************** Rizan sudah berkali-kali menguap. Dia rasa sangat mengantuk. Semalam dia bermain permainan komputer hingga lewat malam. Cikgu Rodziah yang sedang menerangkan sesuatu dihadapan langsung tidak menarik perhatiannya. Rizan ingat lagi dengan mimpinya semalam. Dia sangat teruja dengan mimpi itu namun mimpi indahnya itu terganggu. Raksasa di “Gone City” berganti dengan wajah ibu pulak. Rizan tergelak sendiri. Dia rasa kelakar. “Rizan, kenapa senyum sendiri ni. Okay bangun dan jawab soalan saya.” Dari depan cikgu Roziah sedang memberikan arahan kepada Rizan. Rizan tersentak. Dia bangun perlahan. Semua pelajar sedang merenungnya.
  • 5. “Cuba kamu namakan perwira yang merupakan pahlawan Melaka pada zaman dahulu?” Cikgu Roziah berjalan menghampiri Rizan. Dahi Rizan berkerut dia cuba memikirkan jawapannya namun buntu. Kosong! “Hai mustahil kamu tidak kenal superhero yang lima bersaudara!” Cikgu Roziah mula memberi klu kepada Rizan. Rizan gelengkan kepala. Dia betul-betul tidak tahu. “Baiklah saya bagi klu … mereka perwira lima bersaudara. Kiranya merekalah superhero pada zaman dahulu!” Cikgu Rodiah ingin membantu Rizan menjawab. Rizan masih terkumat-kamit dengan dahi yang berkerut. Dia pandang pada Hakimi yang berada jauh belakang kelas. “Mustahil kamu tidak tahu superhero berlima yang sangat terkenal itu.” Ujar Cikgu Roziah mengelengkan kepala. Pelajar sekarang kurang mengambil tahu tentang sejarah lama malah mereka tidak kenal langsung dengan tokoh-tokoh sejarah. Rizan tahu tentu cikgu Roziah kecewa dengan pengetahuannya yang amat cetek. Rizan pandang seluruh kelas dengan rasa malu. “Selagi kamu tak jawab selagi tulah kamu kena berdiri.” Cikgu Roziah sengaja menegaskan suaranya bila melihat Rizan menutup rapat mulutnya tanpa mahu cuba menjawab. Hakimi silangkan tangannya. Dia seakan memberi isyarat kepada Rizan. Rizan senyum dia sudah tahu jawapannya. “Power Ranges cikgu!” Rizan menjawab dengan selamba.
  • 6. Berderai ketawa satu kelas. Seluruh kelas mengelengkan kepala dengan ketawa panjang. Rizan tertunduk malu. Cikgu Roziah juga tersenyum nipis. “Kamu ni Rizan, balik nanti kamu cari dalam internet. Tanyakan sesiapa atau apa saja caranya. Esok kamu mesti bagi jawapan di hadapan kelas.” Cikgu Roziah menyuruh Rizan duduk. Dia kemudian melangkah kehadapan kelas. “Pelajar semua ingat esok kita akan dengar cerita dari Rizan tentang perwira lima bersaudara.” Cikgu Roziah mengemas buku dan fail atas meja. Dari belakang Rizan renung langkah cikgu muda itu dengan rasa kesal. Dia susah hati memikirkan tugasan itu. “Habislah aku!” Bisik Rizan dalam hati. Rizan dapat melihat wajah teruja seluruh kelas yang seakan sudah tidak sabar untuk ketawa padanya. Dia rasa risau dan gelisah memikirkan perkara itu. ****************************** Nasi di pinggan seakan tidak terusik langsung. Wajah risau anaknya itu ketara sekali. Puan Suraya sumbat nasi kedalam mulut sambil merenung tajam kewajah Rizan. Tangan Rizan kelihatan menguis nasi perlahan-lahan. Dia kemudian ingin sumbatkan nasi dalam mulut namun tak jadi. Anaknya itu macam sedang menanggung masalah besar saja. “Macam angau jer ni …!”
  • 7. Puan Suraya minum air perlahan. “Rizan, ibu masak tak sedap ker?” Soal puan Suraya sengaja ingin melihat respon Rizan. Anaknya itu hanya mengeleng perlahan. “Kenapa ni ada raksasa gemuk serang kamu tengah jalan ker!” Puan Suraya cuba berjenaka. Puan Suraya senyum nipis. Dia rasa lawak teringat akan peristiwa pagi tadi. Wajah Rizan makin masam. Dia pandang ibunya geram. Rizan bangun menuju singki. Dia terasa yang ibu sengaja ingin menyindirnya. “Uish Power Rangers mana boleh marah-marah!” Ajuk ibu lagi. Dia menghampiri Rizan. “Ibu ni …” Rizan sudah tidak tahan lagi. Dia malu bila fikirkan gelagatnya pagi tadi. “Kenapa dengan hero ibu ni?” Tanya puan Suraya lagi. “Rizan peninglah, cikgu dekat sekolah tadi tanya bukan-bukan!” Rizan mula membuka cerita. Ibu mengangguk perlahan. “Lah ingatkan masalah cinta tadi …” Usik ibu lagi. Rizan jeling ibunya. Dia makin geram. “Ibu ni main-main pulak!” Rizan melangkah pantas menuju ruang tamu. Dari dapur puan Suraya tersenyum sendiri. Rizan manja sebab dia anak tunggal. Puan Suraya selalu manjakan anak lelakinya itu. Dia tidak bekerja jadi Rizan mendapat sepenuh perhatian ibunya. Rizan tekan punat televisyen. Dia pandang jam besar yang tergantung di dinding.
  • 8. “Yess!” Rizan senyum lebar. Sekarang siaran untuk rancangan Wonder Pets. Nasib baik dia tidak ketinggalan. Dia duduk atas sofa sambil melayan rancangan itu dengan wajah riang. “Kenapa tak panggil ibu tengok sekali, nasib baik sempat tengok.” Usik ibu sambil duduk sebelah Rizan. Rizan terus mencebik bibir pada ibunya. “Kenapa dengan anak ibu ni. Cikgu tanya apa ni Rizan!” Puan Suraya cuba memujuk anaknya itu. “Cikgu Rizan tanya siapa perwira lima bersaudara. Manalah Rizan tahu.” Balas Rizan dengan suara perlahan. “Hish bukan Power Rangers ker!” Sengaja puan Suraya ingin berjenaka. “Ibu ni bukanlah!” Marah Rizan. Dia tahu ibu sengaja ingin mengusiknya. “Kalau nak kata Ninja Turtle, mereka tiga bersaudara pula …” Puan Suraya bangun. Dia jalan mundar mandir seperti memikirkan sesuatu. “Ibu! Bukanlah … lima bersaudara perwira zaman dahululah!” Bentak Rizan yang tidak tahan melihat ibu yang sengaja mengusiknya. “Ohh senang je tu, Ibu pun tahu!” Balas puan Suraya dengan lagak sombong. Rizan seperti tidak percaya. Dia mula menghampiri ibunya dengan senyuman manis. “Ibu beritahulah Rizan … Lagipun esok cikgu nak Rizan ceritakan depan kelas.” Jelas Rizan melahirkan kerisauan pada ibunya. Puan Suraya tambah paham kenapa anaknya itu gelisah sangat. “Patutlah … Rizan takut nak cerita depan kelas yer.” Tambah ibu. Rizan angguk. Memanglah dia takut nak bercerita di hadapan kelas. Semua kawan-kawan mesti akan tertawakan dia nanti.
  • 9. “Itulah Rizan … asyik agung-agungkan superhero barat jer. Kita sendiri pun ada superhero tau!” Gomel ibu lagi. Rizan dengar saja leteran ibunya itu. “Ibu cepatlah siapa lima bersaudara tu!” Rizan sudah tidak sabar untuk mendengar jawapan ibu. “Lima bersaudara itu tentulah Hang Tuah dah kawan-kawannya!” Ibu mula membuka cerita. Rizan sikit terpinga. Rasanya dia pernah mendengar nama itu cuma dia kurang kenal. “Hang Tuah dan kawan-kawan?” Soal Rizan pada ibu. “Hang Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Sejak kecil lagi mereka telah menjadi superhero. Mereka melindungi orang Melaka dari sebarang kejahatan. Mereka ada kuasa dalaman yang hebat tau, kuasa yang boleh mengalahkan semua musuh!” Terang ibu panjang lebar. “Maksud ibu Hang Tuah dan kawan-kawan ada kuasa misteri!” Rizan semakin teruja untuk mendengar cerita yang keluar dari mulut puan Suraya. “Kuasa misteri yang mereka dapati setelah mendalami ilmu persilatan. Mereka bertapa selama beberapa bulan untuk dapatkan kuasa itu. Kuasa itulah yang menolong mereka menumpaskan semua musuh.” Puan Suraya semakin bersemangat untuk meneruskan ceritanya. Tambahan pula, Rizan seperti terpaku memandangnya tanpa berkelip langsung. “Kuasa apa tu ibu!” Rizan semakin teruja. Dia tidak sabar untuk mengetahui dengan lebih lanjut. “Rizan ibu dahagalah …!” Sengaja puan Suraya menekan suaranya yang agak serak itu. Rizan membentak. Dia tahu ibu sengaja ingin mengusiknya.
  • 10. “Ibu nie cepatlah! Kuasa apa yang mereka ada ibu?” Soal Rizan semakin tidak sabar. “Okaylah ibu sambung. Cuba Rizan fikir zaman dahulu mana ada senjata. Mana ada baju pelindung yang tebal-tebal tu. Tetapi dengan adanya kuasa tersebut. Perwira lima bersaudara tetap berjaya menyelamatkan Melaka dari sebarang ancaman musuh. Hebat tak kuasa itu, Superhero berganda-ganda tak mereka?” Soal puan Suraya sengaja ingin anaknya itu lebih berfikir. “Tentu kuasa itu sangat hebat!” Rizan menjadi sangat taksub. “Mestilah, cuba Rizan fikir mereka masih kecil tapi sudah mampu mengalahkan orang dewasa yang jahat. Mereka berjaya mengusir penjajah yang cuba menawan Melaka pada zaman itu. Bayangkan penjajah datang dengan kapal besar tapi lari pulang sebab takutkan mereka!” Tambah puan Suraya yang makin semangat bercerita. “Hebatnya kuasa tu!” Rizan mula membayangkan tentang kuasa misteri tersebut. “Salah, bukan kuasa tu yang hebat tapi mereka berlima yang hebat! Tanpa mereka kuasa itu tidak boleh boleh buat apa-apa pun.” Puan Suraya betulkan pandangan anaknya. “Maksud ibu mereka yang lagi hebat dari kuasa tersebut! Wah hebatnya.” Mulut Rizan melopong. Dia pandang ibu seperti tidak percaya. “Kuasa ni lagi hebat dari semua kuasa yang ada. Bila kita ada kuasa ini, kita akan jadi kuat lebih dari segala-galanya.” Ibu makin semangat. Malah ibu sudah berdiri tegak di hadapan Rizan. “Kuasa apa tu ibu!” Rizan terus terlopong dengan cerita ibunya. “Kuasa yang sangat hebat dan kuat itu, namanya semangat dan keberanian. Semangat untuk melawan semua kuasa jahat. Semangat untuk menolong rakyat jelata. Semangat
  • 11. untuk mempertahankan negara. Keberanian menentang apa saja demi pertahankan tanah air! Itulah kuasa yang paling hebat. Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Ibu mengangkat tangannya melaungkan perkataan merdeka dengan penuh bersemangat. Mulut Rizan ternganga luas. Matanya tidak berkedip langsung. Ibunya itu kelihatan sangat bersemangat. Rizan terdiam lama. Mulanya dia rasa marah pada ibu. Namun dalam hatinya seakan terdetik semangat mereka. “Rizan betul tak kata ibu, kerana semangat dan keberanianlah negara kita mencapai kemerdekaan. Kerana semangat merekalah kita menjadi bangsa yang bebas dari sebarang penjajahanan. Negara kita aman dan damai. Cuba Rizan tengok negara-negara lain. Mereka makanan pun tidak cukup. Nasib baik kita ada perwira yang punya semangat dah keberaniankan. Hanya berbekalkan semangat dan keberanian mereka telah pertahankan negara kita!” Terang ibu pada Rizan. Rizan mengangguk. Dia paham dengan apa yang cuba ibu sampaikan. “Jadi Rizan rasa siapa yang lagi hebat. Power Rangers ker Perwira lima bersaudara? Superman ke Perwira lima bersaudara?” Soal ibu bertalu-talu. Rizan termenung agak lama. “Tentulah Perwira lima bersaudara! Kisah Hang Tuah dan kawan-kawannya ada dalam buku tak ibu. Bestlah Rizan nak bacalah.” Rizan rasa semakin ingin tahu dan menyelongkar sejarah Hang Tuah dan kawan-kawannya. “Banyak Rizan, dalam internet pun banyak! Banyak lagi perwira dulu-dulu yang hebat tau. Mereka melawan musuh-musuh yang mengancam negara kita. Mereka sanggup berkorban dan ada yang mati demi mempertahankan negara kita macam Leftenan
  • 12. Adnan.” Ujar ibu lagi. Rizan renung wajah ibu. “Patutnya merekalah yang jadi superhero kita kan ibu!” Rizan mula terfikirkan perkara tersebut. Ibu tersenyum lebar kepada Rizan. Rizan tiba-tiba mendapat idea bagaimana untuk membuat pembentangan di hadapan kelas esok. Dia kena berani dan bersemangat barulah boleh menjadi anak cicit kepada Perwira lima bersaudara. Dia merancang untuk mengarang sebuah syair menceritakan tentang keberanian dan semangat Hang Tuah dan kawan-kawan demi mempertahankan negara. Tentu satu kelas akan terlopong dengan keberaniannya nanti. Sudah tentu cikgu Roziah akan bertepuk tangan bangga dengan Rizan. Rizan rasa sudah tidak sabar lagi menunggu hari esok.