SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
PENGHARGAAN

                                   ‫بسم ال الرحمن الرحيم‬

                             ‫السلم عليكم ورحمة ا وبركاته‬
       Alhamdulillah, saya melafazkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya pada tempoh
yang telah ditetapkan.




      Sekalung budi dan penghargaan saya hadiahkan kepada Encik M. Asrar bin Siron selaku
pensyarah mata pelajaran Tamadun Islam saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan
juga maklumat serta membantu dalam menyiapkan tugasan berkaitan dengan Tamadun Islam
dan Tamadun Asia ini. Kepada kedua suami dan anak-anak saya yang tidak jemu memberi
sokongan serta dorongan baik dari segi moral mahupun material, sehinggalah saya berjaya
menghasilkan tugasan yang telah diberikan ini. Buat rakan-rakan yang turut membantu dengan
menyumbangkan idea-idea serta berkongsi maklumat dengan saya.




       Akhir kata, saya mengucapkan setinggi terima kasih dan juga penghargaan kepada
semua pihak di atas kesudian untuk membantu dalam memberikan kerjasama serta
menyumbang tenaga dan idea, baik secara langsung mahupun tidak langsung sehingga saya
berjaya menyiapkan tugasan ini.



Sekian, terima kasih
PRAKATA


       Islam menggalakkan penganutnya berfikir dengan rasional dan kritikal, sebaliknya
menegah penganutnya mengikut sesuatu dengan membabi buta. Pemikiran rasional dan kritikal
tidak akan membenarkan individu dipengaruhi dan hanya mempercayai berita yang
disampaikan tanpa melalui penapisan dan pertimbangan yang sesuai.




       Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun ataupun lebih dikenali sebagai Ibn Khaldun
merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 – 1395.
IbnKhaldun, ilmuan sains sosial , pakar sejarah Arab teragung,ahli sosiologi Islam tersohor di
sepanjang sejarah merasa terpanggil untuk mewujudkan kaedah baru bagi memahami, menilai
dan mendapatkan kebenaran sejarah. Ibn Khaldun telah membuat anjakan paradigma di dalam
metodologi yang diguna pakai oleh para sejarawan Islam yang terdahulu daripadanya di dalam
menghasilkan apa yang dipanggil sejarah.




       Bagi menyampaikan falsafahnya lahirlah buku Al-Muqaddimah . Masyarakat Eropah
mengenalinya sebagai Prolegomena. Al-Muqaddimah Ibn Khaldun secara ringkas di panggil
’Philosophy of history’ menyentuh perihal penulisan sejarah. Ibn Khaldun tidak melihat sejarah
itu semata-mata sebagai susunan fakta-fakta yang diperturunkan dari keturunan yang lepas,
juga fakta-fakta yang ada unsur penambahan dan pemalsuan. Itu yang dilakukan oleh
sejarawan sebelumnya. Beliau menggalakkan sejarawan lebih kritikal dalam membaca dan
menilai teks-teks sejarah. Juga menekankan kepentingan berfikir dan mengambil kira pelbagai
faktor sebelum mengiakan sesuatu sejarah supaya sejarah itu tidak salah. Namun begitu Ibn
Khaldun tetap menyanjung tinggi usaha-usaha para sejarawan generasi terawal Islam yang
telah membuat sumbangan besar dalam pengumpulan fakta-fakta sejarah.
JAWAPAN :




       Ada segelintir orang mengatakan bahawa kedudukan imam adalah tidak penting sama
sekali sama ada berdasarkan daya akal Kebiasaannya masyarakat berasa ragu-ragu terhadap
kesahihan maklumat sejarah. Mereka sering menokok tambah terhadap sesuatu maklumat
supaya lebih aneh dan menarik. Justeru itu, seseorang itu hendaklah memeriksa kesahihan
cerita dan mestilah percaya pada diri sendiri.




       Sesungguhnya, seorang raja yang berkuasa adalah di bawahnya rakyat jelata yang
membantu dalam usahanya dan menjawat jawatan-jawatan penting. Mereka menjalankan
tugas-tugas dan memainkan peranan yang penting dalam pengurusan kenegaraan. Pada
situasi yang lain, raja yang bermegah-megah dengan dirinya langsung tidak mahu bergantung
kepada rakyatnya lalu menjauhkan diri daripada rakyat. Ini mengakibatkan seterunya ialah
orang yang menyokongnya. Apa yang berlaku raja itu akan mencari orang suruhan yang boleh
dipergunakannya bagi melayani kehendaknya.




       Mereka ini akan ditatang melebihi saudaranya sendiri. Mereka sanggup berkorban demi
raja dan dijanjikan jawatan-jawatan tertinggi. Raja terus melupakan rakyat yang selama ini
menyokongnya. Tindakan raja ini dikatakan memilih bulu dan menjadikan pengikut baharunya
ini anak emas. Segala ganjaran, penghormatan dan kekayaan ditaburkan kepada mereka. Raja
melakukan ini semata-mata supaya pengikut baharunya adalah sahabatnya yang paling akrab
dan paling setia.




       Natijahnya, perbuatan ini telah menghancurkan kerajaan. Hilangnya semangat kekitaan.
Rakyat merasa jijik dengan tindakan rajanya dan bermulalah permusuhan antara raja dan
rakyat jelata. Kisah itu berlaku semasa dinasti Umaiyah apabila raja meminta bantuan
peperangan dan pentadbiran daripada bangsa Arab seperti Amr ibn Sa’d ibn Abi Waqqas. Juga
dalam dinasti abbasiyah, pembantu raja diambil daripada bangsa Arab. Dengan demikian,
negara itu telah menjadi milik orang lain.




       Kedudukan orang yang menjadi hamba sahaya adalah berbeza-beza di dalam sesuatu
negara. Hubungan darah dan kaum kerabat yang dekat itu saling membantu, sementara orang
luar dan asing tidak mengukuhkan hubungan. Apabila wujudnya hubungan kekerabatan, maka
perasaan kasih sayang dan saling tolong menolong terhasil. Kebenaran itu dapat dilihat
menerusi pengamatan terhadap manusia .




       Perhubungan hamba yang terbentuk sebelum kepimpinan dan kedaulatan kuasa itu
dicapai mewujudkan suatu hubungan yang erat antara tuan dan hamba sahayanya. Sebaliknya,
hubungan hamba yang terbentuk setelah kedaulatan berkuasa dan kepimpinan politik telah
dicapai tidak mewujudkan keakraban. Akhirnya hamba sahaya baharu ini menjadi bangga diri
dan ingin melawan raja. Akibatnya raja akan mencari hamba sahaya yang baharu pula.




       Kedaulatan dan kekuasaan diturunkan kepada putera-putera melalui perlantikan. Putera
yang masih kecil atau ahli keluarga lemah akan dipilih sebagai pengganti bapanya oleh orang
yang mempunyai muslihat atau para pembantunya. Dengan harapan penjaganya bertindak
mengawal putera ini kerana belum layak menjalankan pemerintahannya. Dialah yang
melaksanakan pengurusan pentadbiran. Sedangkan putera yang belum dewasa itu dimanjakan,
diberi kesenangan dan akan lupa kepada pemerintahan. Kedaulatan kuasa akan berpindah
kepada wazir. Itulah yang etrjadi kepada Bani Buwaihi dan orang-orang Turki. Apabila raja
sudah menyedari apa yang berlaku tindakan menghalang usaha-usaha wazir dilakukan.
Namun, jarang yang dapat mengubah kekuasaan wazir dan sekutunya.




       Seseorang raja awalnya mendirikan kerajaan dengan perasaan kekitaan rakyatnya.
Maka ketahanan negara itu terjamin. Orang yang dilantik hanya menjalankan tugas mengikut
arahan rajanya dan bukan untuk merampas kuasa. Sekiranya orang yang berkuasa itu terlalu
menonjolkan diri dengan hak keistimewaan raja maka rakyat akan tidak senang. Oleh sebab itu
dia merahsiakan muslihat sebenar dengan cara bertindak hanya sebagai wakil raja sahaja.
Begitu yang terjadi kepada dinasti Bani amir apabila keturunan Bani Amir dinafikan
haknya untuk menjadi khalifah setelah kuasa lain yang memerintah telah melantik
keturunannya.




       Manusia tidak dapat hidup dan wujud kecuali melalui kesatuan sosial dan saling
membantu dengan tujuan mendapatkan makanan dan keperluan hidup. Sebab itulah mereka
saling berhubungan dan memenuhi keperluan-keperluannya. Namun apabila perasaan amarah
dan benci menguasai diri seseorang maka orang itu akan menghalang seseorang lain bagi
mendapatkan keperluan itu. Oleh itu mereka perlukan seseorang yang digelar raja bagi
meredakan kekacauan itu. Kedaulatan berkuasa merupakan suatu lembaga yang memerlukan
sokongan perasaan kekitaan.




       Seseorang raja yang disayangi bukanlah berdasarkan paras rupa, berpengetahuan luas,
tulisan yang cantik ataupun otak yang pintar. Tetapi seseorang raja hendaklah mempunyai
hubungan yang baik dengan rakyat jelata. Ketuanan bermaksud seorang raja berkualiti yang
mempunyai pertalian hubungan dengan rakyatnya. Sekiranya ketuanan tidak memuaskan,
rakyat yang akan menerima padahnya dan menyebabkan kebinasaan mereka. Raja yang
mengamalkan kekerasan akan dibenci oleh rakyat dan mereka akan bermuafakat bagaimana
hendak menghancurkan kerajaan. Sekiranya raja bersikap lemah lembut maka mereka akan
menyayangi raja dengan sepenuh hati dan rela berkorban nyawa menentang musuhnya.




       Raja     yang   berkuasa   sepatutnya    melindungi    rakyatnya,    berhati   mulia   dan
memperlihatkan sikap mengambil berat kesejahteraan rakyat. Sikap lemah lembut tidak
terdapat pada raja yang sentiasa berhati-hati dan sangat pintar. Kisah Ziyad ibn Abi Sufyan
menepati ciri ini iaitu beliau dipecat oleh Umar dari jabatannya di Iraq kerana memiliki otak yang
hebat. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mensyaratkan bahawa seseorang raja itu tidak
seharusnya bersikap terlalu cerewet. Berasaskan sebab itulah maka orang yang terlalu pandai
dikatakan mempunyai sifat-sifat syaitan.
Maksud kedaulatan kuasa ialah suatu bentuk organisasi yang harus ada kepada
manusia. Apa yang diputuskan oleh seseorang raja biasanya menyimpang daripada yang
benar. Raja yang memaksa rakyat memenuhi keinginan dan kehendak hatinya tanpa mengira
kejayaan rakyat maka rakyat terdorong untuk membuat kekacauan dan berlakunya
pertumpahan darah. Maka itu sebuah kerajaan mestilah mengikut hukum politik yang telah
ditetapkan dan diterima oleh hamba rakyat.




       Jika tidak sesebuah negara tidak dapat menegakkan kedaulatan pemerintahannya.
Namun begitu terdapat satu hukum yang dianugerahi oleh Allah s.w.t. melalui perantaranya
RasulNya. Hukum yang berteraskan agama itu akan berguna untuk kehidupan di dunia dan di
akhirat. Tujuan manusia itu dijadikan adalah untuk agama mereka yang membawa kepada
kebahagiaan hidup di akhirat kelak.




       Hukum     politik   hanyalah   memperhitungkan    hal-hal   keduniaan.   Tugas    untuk
kesejahteraan manusia digalas oleh wakil undang-undang syariah, para nabi dan kemudiannya
para khalifah.   Khalifah memandu rakyat supaya bertingkah laku yang rasional ke arah
memajukan duniawi dan mengolah apa sahaja yang mendatangkan kesejahteraan. Oleh itu
khalifah pada sebenar-benarnya adalah pengganti Nabi Muhammad s.a.w. yang berperanan
seperti nabi untuk menyelamatkan agama dan melaksanakan tugas-tugas pemimpin dunia.




       Orang yang menjalankan tugas disebut khalifah manakala lembaga atau organisasi itu
disebut khilafah atau imamah. Imamah berasal daripada imam seperti imam solat iaitu
mengikuti dan menuruti segala tingkah laku dan perbuatannya. Ada pendapat mengatakan
penggunaan ’khalifah Allah’ tidak dibolehkan dan sebetulnya ialah ’khalifah Rasulullah. Menurut
Abu Bakar beliau menolak apabila dipanggil dengan nama khalifah Allah dan mengatakan
bahawa beliau khalifah Rasulullah.




       Jawatan imam memang perlu diwujudkan kerana organisasi masyarakat tidak mungkin
dapat hidup sendiri-sendiri. Mereka memerlukan suatu organisasi iaitu imam. Pendapat ahli
falsafah yang mengatakan kenabian harus bagi umat manusia dibantah oleh penulis. Apatah
lagi pendapat kuasa untuk mengekang sesuatu yang berlaku hanya melalui syariat agama yang
datang daripada Allah s.w.t. Ini dibuktikan apabla bangsa-bangsa Majusi dan bangsa lainnya
yang sama tidak mempunyai kitab suci dan tidak pernah menerima dakwah agama.




       Jadi, setiap orang perlu mengetahui bahawa ketidak adilan adalah diharamkan ke
atasnya berdasarkan hukum kata akalnyamahupun undang-undang syariah. Golongan
Muktazilah berpendapat sebegitu. Menurut mereka semua umat islam mentaati hukum Allah.
Maka tidak perlulah imam dan imamah. Sebenarnya mereka yang beranggapan demikian
kerana mereka berusaha membebaskan diri daripada cengkaman kuasa berdaulat. Ia
menganggap undang-undang syariah sangat mengecam dan menyusahkan. Mereka mahu
undang-undang syariah dihapuskan . Hakikatnya , undang-undang syariah tidak mengecam
kuasa berdaulat dan tidak pula melarang pelaksanaannya.




       Syariah itu hanya mencela keburukan yang timbul daripadanya seperti kezaliman,
ketidak adilan dan menyukai keseronokan. Syariah mencela sesuatu yang buruk dan jahat
tetapi tidak pula mahu melihat sifat-sifat sebegitu terhapus ama sekali sebab keperluan itu
menghendaki kewujudannya. Ia hanya mahu ia digunakan sebaiknya. Nabi Daud dan Nabi
Sulaiman pernah mempunyai kedaulatan yang tidak pernah dimiliki oleh orang-orang lain.




       Lembaga merupakan suatu tanggung jawab masyarakat yang memerlukan perasaan
kekitaan dan kekuasaan. Adalah menjadi kewajipan mereka untuk memastikan bahawa
imamah itu didirikan dan setiap orang harus patuh kepadanya sesuai dengan surah di dalam al-
Quran Surah An-nisa’ ayat 59. Dua imam menjalankan tugas yang sama pada masa yang sama
adalah sesuatu yang tidak munasabah.




       Prasyarat untuk mendirikan Lembaga imamah itu ada empat syarat utama              iaitu
pengetahuan, berhemah tinggi, berkesanggupan dan pancaindera dan anggota lain yang tiada
sebarang kecacatan kerana boleh mempengaruhi pertimbangan dan tindakan. Prasyarat yang
kelima ada sedikit perbezaan pendapat iaitu berketurunan Quraisy.
Kisah ini berlaku apabila permohonan daripada kaum Ansar supaya imam yang dilantik
daripada kaum Ansar telah ditentang oleh kaunm Quraisy. Tetapi lama kelamaan kekuasaan
kaum Quraisy menjadi lemah sebagai akibat daripada hidup mewah dan berlebih-lebihan.
Akhirnya bangsa Arab menakluki mereka. Para sarjana tetap berpendapat bahawa keturunan
Quraisy dijadikan prasyarat imamah. Menurut penulis, Nabi sendiri berketurunan Arab Quraisy.
Namun keturunan bukanlah tujuan syariat. Apa yang penting ialah perasaan kekitaan yang
dimiliki oleh para imam daripada keturunan Arab.




       Nabi sebagai pembuat undang-undang syariat telah mengingatkan peri pentingnya
ketaatan dan menghindari perpecahan dan kehancuran demi persaudaraan, perpaduan dan
perlindungan. Maka itu, kaum-kaum lain tunduk patuh kepada kaum Quraisy kerana mereka
berwibawa   memerintah.Khalifah    dijadikan   oleh     Allah   s.w.t.   sebagai   wakil-Nya   dan
dipertanggungjawabkan    untuk    mengendalikan       hal   ehwal    hamba-hambanya.      Khalifah
bertanggung jawab menyuruh mereka melakukan amal makruf demi kebaikan diri sendiri dan
mencegah melakukan perbuatan munkar yang boleh merosakkan.




       Mazhab syi’ah merupakan pengikut Ali dan putera-puteranya mengatakan imamah
bukan termasuk kepentingan umum. Tetapi mengatakan imamah merupakan salah satu rukun
agama dan tiang islam. Seorang nabi tidak boleh menurunkan pengurusan kepada umatnya
semata-mata. Menurut mereka teks dibahagikan kepada teks eksplisit seperti mereka
mengatakan wilayah hanya terpusat kepada Ali. Manakala teks implisit menurut mereka ialah
Nabi tidak pernah mendahulukan orang selain daripada Ali. Ini menunjukkan Ali lebih terkemuka
daripada yang lain seperti Abu Bakar. Setelah Ali wafat, mereka tidak menaruh perhatian
kepada Abu Bakar dan Umar walhal mereka juga dipilih sebagai imam oleh Nabi.




       Kemudian, golongan Syi’ah berbeza-beza pendapat mengenai siapa yang harus
diangkat menjadi khalifah. Sebahagian mereka berpendapat bahawa jawatan khalifah diberi
kepada putera-putera Fatimah secara tetap satu demi satu secara giliran dan banyak pendapat
lagi. Penulis berpendapat bahawa ada antara mereka dari golongan fanatik. Mereka bebas
berfikir melampaui batas akal dan ketentuan keimanan seperti umat nasrani terhadap nabi Isa.
Ada berpendapat kesempurnaan Imam Ali tiada bandingnya. Ada juga mengatakan Ali
belum mati tetapi tidak menampakkan diri pada penglihatan orang. Namun. Syi’ah menolak
semua pendapat golongan fanatik tersebut.




       Perasaan kekitaan adalah suatu yang harus ada di dalam masyarakat Islam seperti
yang telah dibincangkan sebelum ini. Nabi Muhammad s.a.w. mengecam adanya perasaan
kekitan dan mendesak supaya kita mengikisnya. Nabi Muhammad juga mencemuh kedaulatan
berkuasa dan orang yang menjadi wakilnya. Baginda menyeru perasaan bersaudara sesama
Islam dan menasihati supaya dijauhi perbalahan dan perpecahan. Manusia adalah keturunan
Adam dan Adam diciptakan daripada tanah.




       Pendapat Nabi Muhammad s.a.w. itu merupakan saranan menuju akhirat. Baginda tidak
mahu mereka itu tersesat. Baginda mahu bidang kuasa yang ada itu digunakan untuk tujuan
yang betul. Baginda juga tidak mengecam perbuatan zalim kerana ciri-ciri itu diperlukan untuk
memperjuangkan kebenaran bagi mencapai kemenangan sesuatu jihad. Cuma, perbuatan
zalim yang didorong oleh hasutan syaitan amat dicela. Nabi Muhammad s.a.w. juga mencela
kuasa berdaulat yang digunakan untuk memperoleh kebesaran dengan cara yang sia-
sia.Sekiranya kuasa berdaulat itu digunakan dengan maksud yang tidak ikhlas terhadap
manusia demi Allah s.w.t. dan membuatkan mereka membantunya serta berjihad memerangi
musuh-musuhnya, maka kekerasan itu tidaklah dicela.




       Ketika Rasulullah s.a.w. sedang nazak, baginda telah memberitahu Abu Bakar untuk
menggantikantempat sebagai imam solat. Masyarakat terus menerimanya sebagai khalifah dan
tidak dinyatakan tentang kedaulatan berkuasa. Abu Bakar menjalankan tugas dengan
memerangi orang-orang murtad sehinggalah kesemua orang Arab itu bersatu padu. Kemudian
dilantik pula Umar, Usman ibn Affan dan Ali. Semua khalifah itu menolak kuasa berdaulat.
Mereka sentiasa bersyukur di atas nikmatnya. Tiada suatu bangsapun yang lebih betah dengan
kehidupan yang lapar dan dahaga daripada bangsa Mudhar. Orang-orang Quraisy seperti
keadaan mereka dalam soal makanan dan tempat tinggal. Akhirnya, perasaan kekitaan orang-
orang Arab diperkukuhkan oleh ajaran Islam melalui kenabian Muhammad s.a.w.
Mereka berjaya merampas kedaulatan berkuasa bangsa Parsi dan Roman dan
mengumpul kekayaan daripada barang-barang rampasan perang. Harta yang diperoleh
daripada pihak musuh adalah harta yang dihalalkan. Namun begitu Umar tetap masih terus
hidup dengan kesederhanaan dan masih menampal bajunya yang sehelai itu dengan kulit.
Begitu juga dengan Ali tidak mengingini emas dan perak dan rela menyerahkannya kepada
orang lain. Akhirnya sikap hidup di padang pasir orang-orang Arab dan kehendak hidup mereka
yang sederhana perlahan-lahan berakhir. Kedaulatan berkuasa pun terhasil membentuk
kekuasaan dan kekitaan.




        Ali dan Muawiyah sering bertelagah akibat perasaan kekitaan. Tetapi mereka bertelagah
dari   segi ijtihad tentang letaknya kebenaran itu. Muawiyah telah mendapatkan kedaulatan
untuk dirinya dan rakyatnya. Muawiyah melantik Yazid sebagai penggantinya kerana dia tidak
mahu Bani Umaiyah menentangnya sekiranya dia memilih orang lain. Timbul pula Marwan ibn
Hakam seorang raja yang tidak sukakan penindasan. Mereka mengerahkan tenaga sesuai
dengan tujuan kebenaran kecuali apabila terpaksa. Kemudian muncul pula Bani Umaiyah yang
terakhir. Mereka menggunakan kedaulatan untuk tujuan duniawi. Rakyat mengecam tindakan
mereka dan Bani Umaiyah menerima tampuk pemerintahan Bani Abbas.




        Pun begitu ketika kuasa berada ditangan anak cucu mereka, mereka telah
mengutamakan kuasa dan kemewahan sebagai hak mereka. Mereka hanyut dalam
kemewahan duniawi. Akibatnya orang-orang Arab dengan izin Allah telah hilang kekuasaannya.
Sudah jelas bagaimana khalifah berubah menjadi pemerintahan berdasarkan kedaulatan.
Namun demikian, ciri-ciri yang merupakan watak khas khalifah tetap ada dan taat mengikuti
jalan kebenaran. Bentuk pemerintahan berubah menjadi kedaulatan murni.




        Di sini, jelaslah bahawa pada mulanya khalifah terwujud tanpa perasaan kekitaan. Lalu
ciri khalifah menjadi bersimpang-siur dan bercampur baur. Akhirnya perasaan kekitaan sudah
berpisah dari ’soledariti’ khalifah. Kedaulatan menjadi tegak dengan sendirinya.
Baiah atau janji setia merupakan kontrak dan perjanjian untuk taat. Apabila rakyat
menyatakan janji setia kepada ketuanya dan mengikat kontrak, mereka berjabat tangan untuk
mengukuhkan janji itu.Hal ini seperti jual beli. Sebab itu janji setia disebut baiah. Janji setia
yang umum berlaku pada masa sekarang. Ini adalah kebiasaan orang-orang Parsi di dalam
menyambut raja-raja dengan mencium bumi, tangan, kaki atau hujung kelima-lima baju raja-raja
itu. Amalan ini menggantikan amalan berjabat tangan kerana berjabat tangan dengan setiap
orang bererti tindakan merendahkan diri dari seseorang raja dan menjadikan raja tidak
berharga. Namun berjabat tangan masih diamalkan oleh raja-raja yang ingin menunjukkan
kerendahan hati.




       Khalifah ialah wali dan pemegang amanah. Apabila khalifah mati maka seseorang perlu
dilantik untuk memikul tanggungjawab      sepertimana tanggung jawab khalifah . Perlantikan
seorang pengganti adalah dianggap sebagai sebahagian daripada syariat agama melalui ijmak
umat. Dengan demikian Abu Bakar telah melantik Umar diikuti pula oleh Usman. Semua kaum
muslimin membuat perjanjian taat setia kepada pengganti yang baru.




       Seorang imam itu tidak sewajarnya dicurigai meskipun dia telah melantik ayah atau
puteranya sendiri sebagai penggantinya. Hal itu berlaku kepada Muawiyah apabila melantik
puteranya, Yazid. Setelah Muawiyah , khalifah lain seperti Abdal-Malik dan Sulaiman daripada
Bani Umaiyah bertindak serupa juga. Apabila kuasa berdaulat bangsa-bangsa Arab telah
musnah, orang yang tidak diterima oleh kelompok telah dicalonkan menjadi pengganti akan
ditolak dan masyarakat akan berpecah belah. Pertikaian antara khalifah dan kuasa berdaulat
harus diambil kira sebagai perkara yang ada hubungannya dengan masalah peneraju agama .
Walau bagaimanapun Islam menyatakan bakal peneraju takhta kerajaan adalah suatu yang
datangnya daripada Allah s.w.t. dengan melantik sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
Perlantikan calon pengganti haruslah dilakukan dengan niat yang bersih.




       Ketika Nabi Muhammad s.a.w. melantik Abu bakar untuk mewakilinya melaksanakan
solat, para sahabat menyetujuinya. Abu Bakar juga menguasai urusan dunia. Hal ini
membuktikan bahawa perlantikan waris tidak pernah terjadi. Persoalan penggantian juga tidak
penting seperti apa yang berlaku hari ini. Syiar Islam telah dapat memenangi hati manusia dan
menyebabkab timbulnya kesanggupan untuk gugur kerana kesucian agamanya sekiranya ia
diganggu gugat. Ini kerana mereka sering diingatkan tentang malaikat, syurga dan kebesaran
Allah s.w.t. dalam hubungannnya dengan setiap kejadian.




       Manusia pada umumnya memiliki sifat patuh dan taat daripada perasaan kekitaan. Sifat-
sifat yang telah disebutkan itu berubah sedikit demi sedikit. Persoalan mengenai khalifah dan
kuasa berdaulat serta calon penggantinya dianggap masyarakat umum sebagai persoalan yang
amat penting.




       Kuasa yang berdaulat bagi Islam adalah dipertanggungjawabkan kepada khalifah tetapi
bagi negara bukan Islam adalah tegak dengan sendirinya. Khalifah bertanggungjawab
menguruskan fungsi keagamaan seperti mengerjakan solat, jabatan kehakiman, jabatan mufti,
berjihad dan penyeliaan dagangan. Fungsi keagamaan pertama ialah mengerjakan solat.
Mengimamkan solaat adalah fungsi yang paling utama dipertanggungjawabkan kepada
khalifah. Itu adalah suatu tugas murni dan berada pada martabat yang tinggi untuk menjadi
imam kepada jemaah. Namun ketika peribadimkuasa berdaulat, raja telah memilih orang
sebagai mewakilinya untuk mengimamkan solat. Raja hanya menjadi imam solat pada waktu
tertentu seperti Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. Dengan sengaja raja menunjuk-nunjuk dan
menonjolkan dirinya. Khalifah Bani Abbas dan Ubaydiyyin banyak melakukan seperti ini.




       Berhubung dengan jabatan mufti, khalifah haruslah menguji para ulama dan guru dan
menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang yang layak . Orang yang tidak berkebolehan
menerajui jabatan mufti akan menyebabkan masyarakat Islam sesat. Para guru pula
bertanggungjawab mengajar dan menyebarkan pengetahuan agama serta mengadakan kelas
di masjid-masjid.




       Jabatan kehakiman merupakan salah satu daripada jawatan yang diselia khalifah. Ia
adalah lembaga yang menyelesaikan perselisihan dan pertikaian. Ia mengikut garis panduan
undang-undang syariah sebagaimana ditetapkan oleh Al-Quran dan sunnah. Pada mmasa
permulaan Islam khalifah ssendiri yang mengendalikan jabatan kehakiman. Namun, khalifah
Umar telah melantik seseorang untuk menjalankan fungsi ini. Tetapi Umar menulis kandungan
hukum-hukum yang menjadi dasarnya. Isi kandungannya seperti berikut: fahami keterangan,
semua yang hadir adalah setara sahaja, pendakwa mesti mengemukakan bukti dan pengakuan
sumpah daripada pihak tertuduh. Utamakan keadilan dan gunakan akal untuk kes-kes yang
membingungkan yang tiada dalam Al-Quran dan sunnah. Beri tempoh untuk menyediakan bukti
supaya penyelesaian dapat dilakukan sebaik mungkin. Setiap orang boleh menjadi saksi,
hindari kejengkelan terhadap pendakwa. Mereka memberi tanggungjawan jabatan kehakiman
kepada orang lain kerana terlalu sibuk denagan peperangan.




       Tugas hakim yang dipertanggungjawabkan juga adalah untuk menyeia kesalahan-
kesalahan yang berhubung dengan kecuaian melaksanakan tanggungjawab. Calang-calang
orang boleh bersedia menjalankan tugas ini kerana kes seperti ini merupakan paduan dua
elemen iaitu bidang kuasa pemerintahan dan kebijaksanaan perundangan.




       Dalam dinasti Abbasiyyah dan dinasti Umaiyah pengawasan terhadap jenayah serta
hukumannya ditanggungjawabkan kepada ketua polis. Kepolisan mempunyai hubungan yang
erat dengan hukuman agama. Bidangnya adalah lebih luas daripada jabatan kehakiman. Ia juga
mengenakan hukum yang tidak ditetapkan oleh hukum agama serta mengenakan langkah-
langkah mencegah terhadap orang yang belum melakukan perbuatan jenayah.




                                                              (2908 patah perkataan )
PENUTUP



        Buku Muqaddimah , iaitu pendahuluan kepada bukunya yang kedua, al-’Ibar wa Diwan
al-Mubtada’wa al-Khabar fi Ayyam al-’Arab wa al-’Ajam wa al- Barbar, merupakan satu-satunya
karya agung dalam bidang persejarahan.




        Buku tersebut dianggap sebagai percubaan awal oleh ahli sejarah untuk memahami
pola perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia. Buku tersebut juga
menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatannya yang rasional, kaedah serta
perbahasan yang analitikal dan terperinci.




        Melalui ringkasan yang telah dibina didapati, yang pertama, seseorang raja itu berusaha
untuk mendapatkan bantuan daripada orang yang dinaungi dan sekutu-sekutunya untuk
menentangi mereka daripada kalangannya dan yang mengongsi perasaan kekitaan. Kemudian,
buku ini menerangkan tentang keadaan orang-orang yang dilindungi dan hamba sahaya di
dalam negara itu. Seterusnya kisah pengasingan terhadap, dan penguasaan ke atas, raja boleh
terjadi di dalam dinasti.




        Ibn Khaldun berpendapat, walaupun faktor alam sekitar seperti udara, cuaca dan
pemakanan memberikan impak kepada kehidupan dan tamadun manusia, tetapi faktor sosiologi
dan pendidikan memberikan kesan yang lebih besar kepada perubahan sejarah manusia.




        Mereka yang merampas kuasa daripada raja tidak berkongsi gelaran khusus yang wujud
bersama dengan kedaulatan berkuasa. Buku ini juga menerangkan peribadi sebenar dan
pelbagai macam kedaulatan kuasa. Kekerasan yang berlebihan akan memudaratkan
kedaulatan berkuasa dan boleh menyebabkan kehancuran. Selain itu. Al-Muqaddimah
menyatakan erti khalifah dan imamah serta perbezaan pendapat umat Islam tentang hukum
serta syarat-syarat berhubung dengan kekhilafahan.




       Pendapat Mazhab syi’ah tentang imamah juga ada diterangkan. Kemudian, buku ini
menerangkan tentang peralihan peranan daripada kekhalifahan kepada kuasa berdaulat. Apa
itu janji setia? Dalam buku ini diterangkan segala-galanya janji setia atau baiat. Siapa yang
layak dilantik menjadi pengganti juga ada dijelaskan. Akhirnya, pada akhir kajian saya
mengenai tajuk fungsi keagamaan yang dipertanggungjawabkan kepada khalifah.
ISI KANDUNGAN


Penghargaan                    i

Prakata                        ii

Jawapan esei                   1 – 11

Penutup                        12 – 13

Rujukan                        14
RUJUKAN
1.    Dewan Bahasa dan pustaka (2002). Mukadimah Ibn khaldun, Kuala Lumpur:Dewan
      Bahasa dan Pustaka .




 2.   Mahayudin Hj. Yahaya (2010). Teks STPM Tamadun Islam, Shah alam : Oxford Fajar
      sdn. Bhd.
3.   http://islamichistory-arts-culture.blogspot.com/2010/07/ibnu-khaldun

More Related Content

What's hot

Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli suziana15
 
Sirah- Saidina Uthman bin Affan
Sirah- Saidina Uthman bin AffanSirah- Saidina Uthman bin Affan
Sirah- Saidina Uthman bin Affansriyanti
 
Kerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani UmaiyahKerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani UmaiyahAlifah Ilyana
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZGuru Sejarah PraU
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMGuru Sejarah PraU
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Tazkirah PTAR
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
Hadis jihad dalam Islam
Hadis jihad dalam IslamHadis jihad dalam Islam
Hadis jihad dalam Islamabu qat
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah cairel zikry
 
Wajib,sunat,harus,makruh,haram
Wajib,sunat,harus,makruh,haramWajib,sunat,harus,makruh,haram
Wajib,sunat,harus,makruh,haramKhairani Salim
 
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan IsteriPendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan IsteriSiti Nur Rabiah
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaEzad Azraai Jamsari
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 

What's hot (20)

Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli
 
Sirah- Saidina Uthman bin Affan
Sirah- Saidina Uthman bin AffanSirah- Saidina Uthman bin Affan
Sirah- Saidina Uthman bin Affan
 
Kerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani UmaiyahKerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani Umaiyah
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Piagam Madinah
Piagam MadinahPiagam Madinah
Piagam Madinah
 
Sebab nuzul
Sebab nuzulSebab nuzul
Sebab nuzul
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Hadis jihad dalam Islam
Hadis jihad dalam IslamHadis jihad dalam Islam
Hadis jihad dalam Islam
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah
 
Wajib,sunat,harus,makruh,haram
Wajib,sunat,harus,makruh,haramWajib,sunat,harus,makruh,haram
Wajib,sunat,harus,makruh,haram
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan IsteriPendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Kerajaan bani umayyah sumbangan ketenteraan
Kerajaan bani umayyah   sumbangan ketenteraanKerajaan bani umayyah   sumbangan ketenteraan
Kerajaan bani umayyah sumbangan ketenteraan
 
Jihad dan peperangan
Jihad dan peperanganJihad dan peperangan
Jihad dan peperangan
 

Viewers also liked

Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaanzainipr
 
Senarai kandungan
Senarai kandunganSenarai kandungan
Senarai kandunganKRIEE
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Amir Zul
 
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKITContoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT010907
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Prakata modul membaca dan menulis
Prakata modul membaca dan menulisPrakata modul membaca dan menulis
Prakata modul membaca dan menulisMohd Sohaimi Ismail
 
Bg pai sma kelas xi kurikulum 2013__[blogerkupang.com]
Bg pai sma kelas xi kurikulum 2013__[blogerkupang.com]Bg pai sma kelas xi kurikulum 2013__[blogerkupang.com]
Bg pai sma kelas xi kurikulum 2013__[blogerkupang.com]Randy Ikas
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysianorhizal
 
Folio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamFolio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamDania
 
ABRSM Grade 8 aural material
ABRSM Grade 8 aural materialABRSM Grade 8 aural material
ABRSM Grade 8 aural materialJames Ngu
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menrosmizai
 
27151136 bab-1-pendahuluan-1-latar-belakang-sosialisasi
27151136 bab-1-pendahuluan-1-latar-belakang-sosialisasi27151136 bab-1-pendahuluan-1-latar-belakang-sosialisasi
27151136 bab-1-pendahuluan-1-latar-belakang-sosialisasiFathur Marah
 
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copykerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copyIzzi Jusoh
 

Viewers also liked (20)

Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Senarai kandungan
Senarai kandunganSenarai kandungan
Senarai kandungan
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
 
Spm folio akaun
Spm folio akaunSpm folio akaun
Spm folio akaun
 
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKITContoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Prakata modul membaca dan menulis
Prakata modul membaca dan menulisPrakata modul membaca dan menulis
Prakata modul membaca dan menulis
 
Bg pai sma kelas xi kurikulum 2013__[blogerkupang.com]
Bg pai sma kelas xi kurikulum 2013__[blogerkupang.com]Bg pai sma kelas xi kurikulum 2013__[blogerkupang.com]
Bg pai sma kelas xi kurikulum 2013__[blogerkupang.com]
 
Bab V Penutup
Bab V PenutupBab V Penutup
Bab V Penutup
 
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysia
 
Folio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamFolio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem Terancam
 
Imam as syafie
Imam as syafie Imam as syafie
Imam as syafie
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
ABRSM Grade 8 aural material
ABRSM Grade 8 aural materialABRSM Grade 8 aural material
ABRSM Grade 8 aural material
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-men
 
27151136 bab-1-pendahuluan-1-latar-belakang-sosialisasi
27151136 bab-1-pendahuluan-1-latar-belakang-sosialisasi27151136 bab-1-pendahuluan-1-latar-belakang-sosialisasi
27151136 bab-1-pendahuluan-1-latar-belakang-sosialisasi
 
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copykerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
 

Similar to KETUANAN KUASA

Sumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ahSumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ahHazim Hg
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSholiha Nurwulan
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamImanina Baim
 
Institusi khalifah dalam politik islam
Institusi khalifah dalam politik islamInstitusi khalifah dalam politik islam
Institusi khalifah dalam politik islamDian Lestari
 
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02Operator Warnet Vast Raha
 
KARYA MODEN
KARYA MODENKARYA MODEN
KARYA MODENAT05F
 
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong MahawangsaPembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong MahawangsaNurul Amira Ali
 
Sistem feudalisme
Sistem feudalismeSistem feudalisme
Sistem feudalismeahmadsupu
 
Sistem pemerintahan raja
Sistem pemerintahan rajaSistem pemerintahan raja
Sistem pemerintahan rajaNurhawa Rosman
 
KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptx
KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptxKEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptx
KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptxilmanh98
 
Sang pemimpin, siapakah mereka
Sang pemimpin, siapakah merekaSang pemimpin, siapakah mereka
Sang pemimpin, siapakah merekaMuhsin Hariyanto
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsamira dyla
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Berajahomogenus
 
Ciri-Ciri Asas Tamadun Islam
Ciri-Ciri Asas Tamadun IslamCiri-Ciri Asas Tamadun Islam
Ciri-Ciri Asas Tamadun IslamArifahAzlanShah2
 

Similar to KETUANAN KUASA (20)

Politik dalam islam
Politik dalam islamPolitik dalam islam
Politik dalam islam
 
Sumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ahSumpah keramat dan mubaya'ah
Sumpah keramat dan mubaya'ah
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
 
CTU 151
CTU 151CTU 151
CTU 151
 
Ciri
CiriCiri
Ciri
 
Ciri
CiriCiri
Ciri
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islam
 
Muhammad al fatih
Muhammad al fatihMuhammad al fatih
Muhammad al fatih
 
Institusi khalifah dalam politik islam
Institusi khalifah dalam politik islamInstitusi khalifah dalam politik islam
Institusi khalifah dalam politik islam
 
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
 
KARYA MODEN
KARYA MODENKARYA MODEN
KARYA MODEN
 
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong MahawangsaPembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
Pembentangan Hikayat Merong Mahawangsa
 
Sistem feudalisme
Sistem feudalismeSistem feudalisme
Sistem feudalisme
 
Sistem pemerintahan raja
Sistem pemerintahan rajaSistem pemerintahan raja
Sistem pemerintahan raja
 
KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptx
KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptxKEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptx
KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptx
 
Sang pemimpin, siapakah mereka
Sang pemimpin, siapakah merekaSang pemimpin, siapakah mereka
Sang pemimpin, siapakah mereka
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa
 
Rukun al fahmu pt 2
Rukun al fahmu pt 2Rukun al fahmu pt 2
Rukun al fahmu pt 2
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
 
Ciri-Ciri Asas Tamadun Islam
Ciri-Ciri Asas Tamadun IslamCiri-Ciri Asas Tamadun Islam
Ciri-Ciri Asas Tamadun Islam
 

KETUANAN KUASA

  • 1. PENGHARGAAN ‫بسم ال الرحمن الرحيم‬ ‫السلم عليكم ورحمة ا وبركاته‬ Alhamdulillah, saya melafazkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya pada tempoh yang telah ditetapkan. Sekalung budi dan penghargaan saya hadiahkan kepada Encik M. Asrar bin Siron selaku pensyarah mata pelajaran Tamadun Islam saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga maklumat serta membantu dalam menyiapkan tugasan berkaitan dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini. Kepada kedua suami dan anak-anak saya yang tidak jemu memberi sokongan serta dorongan baik dari segi moral mahupun material, sehinggalah saya berjaya menghasilkan tugasan yang telah diberikan ini. Buat rakan-rakan yang turut membantu dengan menyumbangkan idea-idea serta berkongsi maklumat dengan saya. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi terima kasih dan juga penghargaan kepada semua pihak di atas kesudian untuk membantu dalam memberikan kerjasama serta menyumbang tenaga dan idea, baik secara langsung mahupun tidak langsung sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih
  • 2. PRAKATA Islam menggalakkan penganutnya berfikir dengan rasional dan kritikal, sebaliknya menegah penganutnya mengikut sesuatu dengan membabi buta. Pemikiran rasional dan kritikal tidak akan membenarkan individu dipengaruhi dan hanya mempercayai berita yang disampaikan tanpa melalui penapisan dan pertimbangan yang sesuai. Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun ataupun lebih dikenali sebagai Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 – 1395. IbnKhaldun, ilmuan sains sosial , pakar sejarah Arab teragung,ahli sosiologi Islam tersohor di sepanjang sejarah merasa terpanggil untuk mewujudkan kaedah baru bagi memahami, menilai dan mendapatkan kebenaran sejarah. Ibn Khaldun telah membuat anjakan paradigma di dalam metodologi yang diguna pakai oleh para sejarawan Islam yang terdahulu daripadanya di dalam menghasilkan apa yang dipanggil sejarah. Bagi menyampaikan falsafahnya lahirlah buku Al-Muqaddimah . Masyarakat Eropah mengenalinya sebagai Prolegomena. Al-Muqaddimah Ibn Khaldun secara ringkas di panggil ’Philosophy of history’ menyentuh perihal penulisan sejarah. Ibn Khaldun tidak melihat sejarah itu semata-mata sebagai susunan fakta-fakta yang diperturunkan dari keturunan yang lepas, juga fakta-fakta yang ada unsur penambahan dan pemalsuan. Itu yang dilakukan oleh sejarawan sebelumnya. Beliau menggalakkan sejarawan lebih kritikal dalam membaca dan menilai teks-teks sejarah. Juga menekankan kepentingan berfikir dan mengambil kira pelbagai faktor sebelum mengiakan sesuatu sejarah supaya sejarah itu tidak salah. Namun begitu Ibn Khaldun tetap menyanjung tinggi usaha-usaha para sejarawan generasi terawal Islam yang telah membuat sumbangan besar dalam pengumpulan fakta-fakta sejarah.
  • 3. JAWAPAN : Ada segelintir orang mengatakan bahawa kedudukan imam adalah tidak penting sama sekali sama ada berdasarkan daya akal Kebiasaannya masyarakat berasa ragu-ragu terhadap kesahihan maklumat sejarah. Mereka sering menokok tambah terhadap sesuatu maklumat supaya lebih aneh dan menarik. Justeru itu, seseorang itu hendaklah memeriksa kesahihan cerita dan mestilah percaya pada diri sendiri. Sesungguhnya, seorang raja yang berkuasa adalah di bawahnya rakyat jelata yang membantu dalam usahanya dan menjawat jawatan-jawatan penting. Mereka menjalankan tugas-tugas dan memainkan peranan yang penting dalam pengurusan kenegaraan. Pada situasi yang lain, raja yang bermegah-megah dengan dirinya langsung tidak mahu bergantung kepada rakyatnya lalu menjauhkan diri daripada rakyat. Ini mengakibatkan seterunya ialah orang yang menyokongnya. Apa yang berlaku raja itu akan mencari orang suruhan yang boleh dipergunakannya bagi melayani kehendaknya. Mereka ini akan ditatang melebihi saudaranya sendiri. Mereka sanggup berkorban demi raja dan dijanjikan jawatan-jawatan tertinggi. Raja terus melupakan rakyat yang selama ini menyokongnya. Tindakan raja ini dikatakan memilih bulu dan menjadikan pengikut baharunya ini anak emas. Segala ganjaran, penghormatan dan kekayaan ditaburkan kepada mereka. Raja melakukan ini semata-mata supaya pengikut baharunya adalah sahabatnya yang paling akrab dan paling setia. Natijahnya, perbuatan ini telah menghancurkan kerajaan. Hilangnya semangat kekitaan. Rakyat merasa jijik dengan tindakan rajanya dan bermulalah permusuhan antara raja dan rakyat jelata. Kisah itu berlaku semasa dinasti Umaiyah apabila raja meminta bantuan peperangan dan pentadbiran daripada bangsa Arab seperti Amr ibn Sa’d ibn Abi Waqqas. Juga
  • 4. dalam dinasti abbasiyah, pembantu raja diambil daripada bangsa Arab. Dengan demikian, negara itu telah menjadi milik orang lain. Kedudukan orang yang menjadi hamba sahaya adalah berbeza-beza di dalam sesuatu negara. Hubungan darah dan kaum kerabat yang dekat itu saling membantu, sementara orang luar dan asing tidak mengukuhkan hubungan. Apabila wujudnya hubungan kekerabatan, maka perasaan kasih sayang dan saling tolong menolong terhasil. Kebenaran itu dapat dilihat menerusi pengamatan terhadap manusia . Perhubungan hamba yang terbentuk sebelum kepimpinan dan kedaulatan kuasa itu dicapai mewujudkan suatu hubungan yang erat antara tuan dan hamba sahayanya. Sebaliknya, hubungan hamba yang terbentuk setelah kedaulatan berkuasa dan kepimpinan politik telah dicapai tidak mewujudkan keakraban. Akhirnya hamba sahaya baharu ini menjadi bangga diri dan ingin melawan raja. Akibatnya raja akan mencari hamba sahaya yang baharu pula. Kedaulatan dan kekuasaan diturunkan kepada putera-putera melalui perlantikan. Putera yang masih kecil atau ahli keluarga lemah akan dipilih sebagai pengganti bapanya oleh orang yang mempunyai muslihat atau para pembantunya. Dengan harapan penjaganya bertindak mengawal putera ini kerana belum layak menjalankan pemerintahannya. Dialah yang melaksanakan pengurusan pentadbiran. Sedangkan putera yang belum dewasa itu dimanjakan, diberi kesenangan dan akan lupa kepada pemerintahan. Kedaulatan kuasa akan berpindah kepada wazir. Itulah yang etrjadi kepada Bani Buwaihi dan orang-orang Turki. Apabila raja sudah menyedari apa yang berlaku tindakan menghalang usaha-usaha wazir dilakukan. Namun, jarang yang dapat mengubah kekuasaan wazir dan sekutunya. Seseorang raja awalnya mendirikan kerajaan dengan perasaan kekitaan rakyatnya. Maka ketahanan negara itu terjamin. Orang yang dilantik hanya menjalankan tugas mengikut arahan rajanya dan bukan untuk merampas kuasa. Sekiranya orang yang berkuasa itu terlalu menonjolkan diri dengan hak keistimewaan raja maka rakyat akan tidak senang. Oleh sebab itu dia merahsiakan muslihat sebenar dengan cara bertindak hanya sebagai wakil raja sahaja.
  • 5. Begitu yang terjadi kepada dinasti Bani amir apabila keturunan Bani Amir dinafikan haknya untuk menjadi khalifah setelah kuasa lain yang memerintah telah melantik keturunannya. Manusia tidak dapat hidup dan wujud kecuali melalui kesatuan sosial dan saling membantu dengan tujuan mendapatkan makanan dan keperluan hidup. Sebab itulah mereka saling berhubungan dan memenuhi keperluan-keperluannya. Namun apabila perasaan amarah dan benci menguasai diri seseorang maka orang itu akan menghalang seseorang lain bagi mendapatkan keperluan itu. Oleh itu mereka perlukan seseorang yang digelar raja bagi meredakan kekacauan itu. Kedaulatan berkuasa merupakan suatu lembaga yang memerlukan sokongan perasaan kekitaan. Seseorang raja yang disayangi bukanlah berdasarkan paras rupa, berpengetahuan luas, tulisan yang cantik ataupun otak yang pintar. Tetapi seseorang raja hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan rakyat jelata. Ketuanan bermaksud seorang raja berkualiti yang mempunyai pertalian hubungan dengan rakyatnya. Sekiranya ketuanan tidak memuaskan, rakyat yang akan menerima padahnya dan menyebabkan kebinasaan mereka. Raja yang mengamalkan kekerasan akan dibenci oleh rakyat dan mereka akan bermuafakat bagaimana hendak menghancurkan kerajaan. Sekiranya raja bersikap lemah lembut maka mereka akan menyayangi raja dengan sepenuh hati dan rela berkorban nyawa menentang musuhnya. Raja yang berkuasa sepatutnya melindungi rakyatnya, berhati mulia dan memperlihatkan sikap mengambil berat kesejahteraan rakyat. Sikap lemah lembut tidak terdapat pada raja yang sentiasa berhati-hati dan sangat pintar. Kisah Ziyad ibn Abi Sufyan menepati ciri ini iaitu beliau dipecat oleh Umar dari jabatannya di Iraq kerana memiliki otak yang hebat. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mensyaratkan bahawa seseorang raja itu tidak seharusnya bersikap terlalu cerewet. Berasaskan sebab itulah maka orang yang terlalu pandai dikatakan mempunyai sifat-sifat syaitan.
  • 6. Maksud kedaulatan kuasa ialah suatu bentuk organisasi yang harus ada kepada manusia. Apa yang diputuskan oleh seseorang raja biasanya menyimpang daripada yang benar. Raja yang memaksa rakyat memenuhi keinginan dan kehendak hatinya tanpa mengira kejayaan rakyat maka rakyat terdorong untuk membuat kekacauan dan berlakunya pertumpahan darah. Maka itu sebuah kerajaan mestilah mengikut hukum politik yang telah ditetapkan dan diterima oleh hamba rakyat. Jika tidak sesebuah negara tidak dapat menegakkan kedaulatan pemerintahannya. Namun begitu terdapat satu hukum yang dianugerahi oleh Allah s.w.t. melalui perantaranya RasulNya. Hukum yang berteraskan agama itu akan berguna untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Tujuan manusia itu dijadikan adalah untuk agama mereka yang membawa kepada kebahagiaan hidup di akhirat kelak. Hukum politik hanyalah memperhitungkan hal-hal keduniaan. Tugas untuk kesejahteraan manusia digalas oleh wakil undang-undang syariah, para nabi dan kemudiannya para khalifah. Khalifah memandu rakyat supaya bertingkah laku yang rasional ke arah memajukan duniawi dan mengolah apa sahaja yang mendatangkan kesejahteraan. Oleh itu khalifah pada sebenar-benarnya adalah pengganti Nabi Muhammad s.a.w. yang berperanan seperti nabi untuk menyelamatkan agama dan melaksanakan tugas-tugas pemimpin dunia. Orang yang menjalankan tugas disebut khalifah manakala lembaga atau organisasi itu disebut khilafah atau imamah. Imamah berasal daripada imam seperti imam solat iaitu mengikuti dan menuruti segala tingkah laku dan perbuatannya. Ada pendapat mengatakan penggunaan ’khalifah Allah’ tidak dibolehkan dan sebetulnya ialah ’khalifah Rasulullah. Menurut Abu Bakar beliau menolak apabila dipanggil dengan nama khalifah Allah dan mengatakan bahawa beliau khalifah Rasulullah. Jawatan imam memang perlu diwujudkan kerana organisasi masyarakat tidak mungkin dapat hidup sendiri-sendiri. Mereka memerlukan suatu organisasi iaitu imam. Pendapat ahli falsafah yang mengatakan kenabian harus bagi umat manusia dibantah oleh penulis. Apatah
  • 7. lagi pendapat kuasa untuk mengekang sesuatu yang berlaku hanya melalui syariat agama yang datang daripada Allah s.w.t. Ini dibuktikan apabla bangsa-bangsa Majusi dan bangsa lainnya yang sama tidak mempunyai kitab suci dan tidak pernah menerima dakwah agama. Jadi, setiap orang perlu mengetahui bahawa ketidak adilan adalah diharamkan ke atasnya berdasarkan hukum kata akalnyamahupun undang-undang syariah. Golongan Muktazilah berpendapat sebegitu. Menurut mereka semua umat islam mentaati hukum Allah. Maka tidak perlulah imam dan imamah. Sebenarnya mereka yang beranggapan demikian kerana mereka berusaha membebaskan diri daripada cengkaman kuasa berdaulat. Ia menganggap undang-undang syariah sangat mengecam dan menyusahkan. Mereka mahu undang-undang syariah dihapuskan . Hakikatnya , undang-undang syariah tidak mengecam kuasa berdaulat dan tidak pula melarang pelaksanaannya. Syariah itu hanya mencela keburukan yang timbul daripadanya seperti kezaliman, ketidak adilan dan menyukai keseronokan. Syariah mencela sesuatu yang buruk dan jahat tetapi tidak pula mahu melihat sifat-sifat sebegitu terhapus ama sekali sebab keperluan itu menghendaki kewujudannya. Ia hanya mahu ia digunakan sebaiknya. Nabi Daud dan Nabi Sulaiman pernah mempunyai kedaulatan yang tidak pernah dimiliki oleh orang-orang lain. Lembaga merupakan suatu tanggung jawab masyarakat yang memerlukan perasaan kekitaan dan kekuasaan. Adalah menjadi kewajipan mereka untuk memastikan bahawa imamah itu didirikan dan setiap orang harus patuh kepadanya sesuai dengan surah di dalam al- Quran Surah An-nisa’ ayat 59. Dua imam menjalankan tugas yang sama pada masa yang sama adalah sesuatu yang tidak munasabah. Prasyarat untuk mendirikan Lembaga imamah itu ada empat syarat utama iaitu pengetahuan, berhemah tinggi, berkesanggupan dan pancaindera dan anggota lain yang tiada sebarang kecacatan kerana boleh mempengaruhi pertimbangan dan tindakan. Prasyarat yang kelima ada sedikit perbezaan pendapat iaitu berketurunan Quraisy.
  • 8. Kisah ini berlaku apabila permohonan daripada kaum Ansar supaya imam yang dilantik daripada kaum Ansar telah ditentang oleh kaunm Quraisy. Tetapi lama kelamaan kekuasaan kaum Quraisy menjadi lemah sebagai akibat daripada hidup mewah dan berlebih-lebihan. Akhirnya bangsa Arab menakluki mereka. Para sarjana tetap berpendapat bahawa keturunan Quraisy dijadikan prasyarat imamah. Menurut penulis, Nabi sendiri berketurunan Arab Quraisy. Namun keturunan bukanlah tujuan syariat. Apa yang penting ialah perasaan kekitaan yang dimiliki oleh para imam daripada keturunan Arab. Nabi sebagai pembuat undang-undang syariat telah mengingatkan peri pentingnya ketaatan dan menghindari perpecahan dan kehancuran demi persaudaraan, perpaduan dan perlindungan. Maka itu, kaum-kaum lain tunduk patuh kepada kaum Quraisy kerana mereka berwibawa memerintah.Khalifah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai wakil-Nya dan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal ehwal hamba-hambanya. Khalifah bertanggung jawab menyuruh mereka melakukan amal makruf demi kebaikan diri sendiri dan mencegah melakukan perbuatan munkar yang boleh merosakkan. Mazhab syi’ah merupakan pengikut Ali dan putera-puteranya mengatakan imamah bukan termasuk kepentingan umum. Tetapi mengatakan imamah merupakan salah satu rukun agama dan tiang islam. Seorang nabi tidak boleh menurunkan pengurusan kepada umatnya semata-mata. Menurut mereka teks dibahagikan kepada teks eksplisit seperti mereka mengatakan wilayah hanya terpusat kepada Ali. Manakala teks implisit menurut mereka ialah Nabi tidak pernah mendahulukan orang selain daripada Ali. Ini menunjukkan Ali lebih terkemuka daripada yang lain seperti Abu Bakar. Setelah Ali wafat, mereka tidak menaruh perhatian kepada Abu Bakar dan Umar walhal mereka juga dipilih sebagai imam oleh Nabi. Kemudian, golongan Syi’ah berbeza-beza pendapat mengenai siapa yang harus diangkat menjadi khalifah. Sebahagian mereka berpendapat bahawa jawatan khalifah diberi kepada putera-putera Fatimah secara tetap satu demi satu secara giliran dan banyak pendapat lagi. Penulis berpendapat bahawa ada antara mereka dari golongan fanatik. Mereka bebas berfikir melampaui batas akal dan ketentuan keimanan seperti umat nasrani terhadap nabi Isa.
  • 9. Ada berpendapat kesempurnaan Imam Ali tiada bandingnya. Ada juga mengatakan Ali belum mati tetapi tidak menampakkan diri pada penglihatan orang. Namun. Syi’ah menolak semua pendapat golongan fanatik tersebut. Perasaan kekitaan adalah suatu yang harus ada di dalam masyarakat Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Nabi Muhammad s.a.w. mengecam adanya perasaan kekitan dan mendesak supaya kita mengikisnya. Nabi Muhammad juga mencemuh kedaulatan berkuasa dan orang yang menjadi wakilnya. Baginda menyeru perasaan bersaudara sesama Islam dan menasihati supaya dijauhi perbalahan dan perpecahan. Manusia adalah keturunan Adam dan Adam diciptakan daripada tanah. Pendapat Nabi Muhammad s.a.w. itu merupakan saranan menuju akhirat. Baginda tidak mahu mereka itu tersesat. Baginda mahu bidang kuasa yang ada itu digunakan untuk tujuan yang betul. Baginda juga tidak mengecam perbuatan zalim kerana ciri-ciri itu diperlukan untuk memperjuangkan kebenaran bagi mencapai kemenangan sesuatu jihad. Cuma, perbuatan zalim yang didorong oleh hasutan syaitan amat dicela. Nabi Muhammad s.a.w. juga mencela kuasa berdaulat yang digunakan untuk memperoleh kebesaran dengan cara yang sia- sia.Sekiranya kuasa berdaulat itu digunakan dengan maksud yang tidak ikhlas terhadap manusia demi Allah s.w.t. dan membuatkan mereka membantunya serta berjihad memerangi musuh-musuhnya, maka kekerasan itu tidaklah dicela. Ketika Rasulullah s.a.w. sedang nazak, baginda telah memberitahu Abu Bakar untuk menggantikantempat sebagai imam solat. Masyarakat terus menerimanya sebagai khalifah dan tidak dinyatakan tentang kedaulatan berkuasa. Abu Bakar menjalankan tugas dengan memerangi orang-orang murtad sehinggalah kesemua orang Arab itu bersatu padu. Kemudian dilantik pula Umar, Usman ibn Affan dan Ali. Semua khalifah itu menolak kuasa berdaulat. Mereka sentiasa bersyukur di atas nikmatnya. Tiada suatu bangsapun yang lebih betah dengan kehidupan yang lapar dan dahaga daripada bangsa Mudhar. Orang-orang Quraisy seperti keadaan mereka dalam soal makanan dan tempat tinggal. Akhirnya, perasaan kekitaan orang- orang Arab diperkukuhkan oleh ajaran Islam melalui kenabian Muhammad s.a.w.
  • 10. Mereka berjaya merampas kedaulatan berkuasa bangsa Parsi dan Roman dan mengumpul kekayaan daripada barang-barang rampasan perang. Harta yang diperoleh daripada pihak musuh adalah harta yang dihalalkan. Namun begitu Umar tetap masih terus hidup dengan kesederhanaan dan masih menampal bajunya yang sehelai itu dengan kulit. Begitu juga dengan Ali tidak mengingini emas dan perak dan rela menyerahkannya kepada orang lain. Akhirnya sikap hidup di padang pasir orang-orang Arab dan kehendak hidup mereka yang sederhana perlahan-lahan berakhir. Kedaulatan berkuasa pun terhasil membentuk kekuasaan dan kekitaan. Ali dan Muawiyah sering bertelagah akibat perasaan kekitaan. Tetapi mereka bertelagah dari segi ijtihad tentang letaknya kebenaran itu. Muawiyah telah mendapatkan kedaulatan untuk dirinya dan rakyatnya. Muawiyah melantik Yazid sebagai penggantinya kerana dia tidak mahu Bani Umaiyah menentangnya sekiranya dia memilih orang lain. Timbul pula Marwan ibn Hakam seorang raja yang tidak sukakan penindasan. Mereka mengerahkan tenaga sesuai dengan tujuan kebenaran kecuali apabila terpaksa. Kemudian muncul pula Bani Umaiyah yang terakhir. Mereka menggunakan kedaulatan untuk tujuan duniawi. Rakyat mengecam tindakan mereka dan Bani Umaiyah menerima tampuk pemerintahan Bani Abbas. Pun begitu ketika kuasa berada ditangan anak cucu mereka, mereka telah mengutamakan kuasa dan kemewahan sebagai hak mereka. Mereka hanyut dalam kemewahan duniawi. Akibatnya orang-orang Arab dengan izin Allah telah hilang kekuasaannya. Sudah jelas bagaimana khalifah berubah menjadi pemerintahan berdasarkan kedaulatan. Namun demikian, ciri-ciri yang merupakan watak khas khalifah tetap ada dan taat mengikuti jalan kebenaran. Bentuk pemerintahan berubah menjadi kedaulatan murni. Di sini, jelaslah bahawa pada mulanya khalifah terwujud tanpa perasaan kekitaan. Lalu ciri khalifah menjadi bersimpang-siur dan bercampur baur. Akhirnya perasaan kekitaan sudah berpisah dari ’soledariti’ khalifah. Kedaulatan menjadi tegak dengan sendirinya.
  • 11. Baiah atau janji setia merupakan kontrak dan perjanjian untuk taat. Apabila rakyat menyatakan janji setia kepada ketuanya dan mengikat kontrak, mereka berjabat tangan untuk mengukuhkan janji itu.Hal ini seperti jual beli. Sebab itu janji setia disebut baiah. Janji setia yang umum berlaku pada masa sekarang. Ini adalah kebiasaan orang-orang Parsi di dalam menyambut raja-raja dengan mencium bumi, tangan, kaki atau hujung kelima-lima baju raja-raja itu. Amalan ini menggantikan amalan berjabat tangan kerana berjabat tangan dengan setiap orang bererti tindakan merendahkan diri dari seseorang raja dan menjadikan raja tidak berharga. Namun berjabat tangan masih diamalkan oleh raja-raja yang ingin menunjukkan kerendahan hati. Khalifah ialah wali dan pemegang amanah. Apabila khalifah mati maka seseorang perlu dilantik untuk memikul tanggungjawab sepertimana tanggung jawab khalifah . Perlantikan seorang pengganti adalah dianggap sebagai sebahagian daripada syariat agama melalui ijmak umat. Dengan demikian Abu Bakar telah melantik Umar diikuti pula oleh Usman. Semua kaum muslimin membuat perjanjian taat setia kepada pengganti yang baru. Seorang imam itu tidak sewajarnya dicurigai meskipun dia telah melantik ayah atau puteranya sendiri sebagai penggantinya. Hal itu berlaku kepada Muawiyah apabila melantik puteranya, Yazid. Setelah Muawiyah , khalifah lain seperti Abdal-Malik dan Sulaiman daripada Bani Umaiyah bertindak serupa juga. Apabila kuasa berdaulat bangsa-bangsa Arab telah musnah, orang yang tidak diterima oleh kelompok telah dicalonkan menjadi pengganti akan ditolak dan masyarakat akan berpecah belah. Pertikaian antara khalifah dan kuasa berdaulat harus diambil kira sebagai perkara yang ada hubungannya dengan masalah peneraju agama . Walau bagaimanapun Islam menyatakan bakal peneraju takhta kerajaan adalah suatu yang datangnya daripada Allah s.w.t. dengan melantik sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Perlantikan calon pengganti haruslah dilakukan dengan niat yang bersih. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. melantik Abu bakar untuk mewakilinya melaksanakan solat, para sahabat menyetujuinya. Abu Bakar juga menguasai urusan dunia. Hal ini membuktikan bahawa perlantikan waris tidak pernah terjadi. Persoalan penggantian juga tidak penting seperti apa yang berlaku hari ini. Syiar Islam telah dapat memenangi hati manusia dan
  • 12. menyebabkab timbulnya kesanggupan untuk gugur kerana kesucian agamanya sekiranya ia diganggu gugat. Ini kerana mereka sering diingatkan tentang malaikat, syurga dan kebesaran Allah s.w.t. dalam hubungannnya dengan setiap kejadian. Manusia pada umumnya memiliki sifat patuh dan taat daripada perasaan kekitaan. Sifat- sifat yang telah disebutkan itu berubah sedikit demi sedikit. Persoalan mengenai khalifah dan kuasa berdaulat serta calon penggantinya dianggap masyarakat umum sebagai persoalan yang amat penting. Kuasa yang berdaulat bagi Islam adalah dipertanggungjawabkan kepada khalifah tetapi bagi negara bukan Islam adalah tegak dengan sendirinya. Khalifah bertanggungjawab menguruskan fungsi keagamaan seperti mengerjakan solat, jabatan kehakiman, jabatan mufti, berjihad dan penyeliaan dagangan. Fungsi keagamaan pertama ialah mengerjakan solat. Mengimamkan solaat adalah fungsi yang paling utama dipertanggungjawabkan kepada khalifah. Itu adalah suatu tugas murni dan berada pada martabat yang tinggi untuk menjadi imam kepada jemaah. Namun ketika peribadimkuasa berdaulat, raja telah memilih orang sebagai mewakilinya untuk mengimamkan solat. Raja hanya menjadi imam solat pada waktu tertentu seperti Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. Dengan sengaja raja menunjuk-nunjuk dan menonjolkan dirinya. Khalifah Bani Abbas dan Ubaydiyyin banyak melakukan seperti ini. Berhubung dengan jabatan mufti, khalifah haruslah menguji para ulama dan guru dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang yang layak . Orang yang tidak berkebolehan menerajui jabatan mufti akan menyebabkan masyarakat Islam sesat. Para guru pula bertanggungjawab mengajar dan menyebarkan pengetahuan agama serta mengadakan kelas di masjid-masjid. Jabatan kehakiman merupakan salah satu daripada jawatan yang diselia khalifah. Ia adalah lembaga yang menyelesaikan perselisihan dan pertikaian. Ia mengikut garis panduan undang-undang syariah sebagaimana ditetapkan oleh Al-Quran dan sunnah. Pada mmasa permulaan Islam khalifah ssendiri yang mengendalikan jabatan kehakiman. Namun, khalifah
  • 13. Umar telah melantik seseorang untuk menjalankan fungsi ini. Tetapi Umar menulis kandungan hukum-hukum yang menjadi dasarnya. Isi kandungannya seperti berikut: fahami keterangan, semua yang hadir adalah setara sahaja, pendakwa mesti mengemukakan bukti dan pengakuan sumpah daripada pihak tertuduh. Utamakan keadilan dan gunakan akal untuk kes-kes yang membingungkan yang tiada dalam Al-Quran dan sunnah. Beri tempoh untuk menyediakan bukti supaya penyelesaian dapat dilakukan sebaik mungkin. Setiap orang boleh menjadi saksi, hindari kejengkelan terhadap pendakwa. Mereka memberi tanggungjawan jabatan kehakiman kepada orang lain kerana terlalu sibuk denagan peperangan. Tugas hakim yang dipertanggungjawabkan juga adalah untuk menyeia kesalahan- kesalahan yang berhubung dengan kecuaian melaksanakan tanggungjawab. Calang-calang orang boleh bersedia menjalankan tugas ini kerana kes seperti ini merupakan paduan dua elemen iaitu bidang kuasa pemerintahan dan kebijaksanaan perundangan. Dalam dinasti Abbasiyyah dan dinasti Umaiyah pengawasan terhadap jenayah serta hukumannya ditanggungjawabkan kepada ketua polis. Kepolisan mempunyai hubungan yang erat dengan hukuman agama. Bidangnya adalah lebih luas daripada jabatan kehakiman. Ia juga mengenakan hukum yang tidak ditetapkan oleh hukum agama serta mengenakan langkah- langkah mencegah terhadap orang yang belum melakukan perbuatan jenayah. (2908 patah perkataan )
  • 14. PENUTUP Buku Muqaddimah , iaitu pendahuluan kepada bukunya yang kedua, al-’Ibar wa Diwan al-Mubtada’wa al-Khabar fi Ayyam al-’Arab wa al-’Ajam wa al- Barbar, merupakan satu-satunya karya agung dalam bidang persejarahan. Buku tersebut dianggap sebagai percubaan awal oleh ahli sejarah untuk memahami pola perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia. Buku tersebut juga menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatannya yang rasional, kaedah serta perbahasan yang analitikal dan terperinci. Melalui ringkasan yang telah dibina didapati, yang pertama, seseorang raja itu berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang yang dinaungi dan sekutu-sekutunya untuk menentangi mereka daripada kalangannya dan yang mengongsi perasaan kekitaan. Kemudian, buku ini menerangkan tentang keadaan orang-orang yang dilindungi dan hamba sahaya di dalam negara itu. Seterusnya kisah pengasingan terhadap, dan penguasaan ke atas, raja boleh terjadi di dalam dinasti. Ibn Khaldun berpendapat, walaupun faktor alam sekitar seperti udara, cuaca dan pemakanan memberikan impak kepada kehidupan dan tamadun manusia, tetapi faktor sosiologi dan pendidikan memberikan kesan yang lebih besar kepada perubahan sejarah manusia. Mereka yang merampas kuasa daripada raja tidak berkongsi gelaran khusus yang wujud bersama dengan kedaulatan berkuasa. Buku ini juga menerangkan peribadi sebenar dan
  • 15. pelbagai macam kedaulatan kuasa. Kekerasan yang berlebihan akan memudaratkan kedaulatan berkuasa dan boleh menyebabkan kehancuran. Selain itu. Al-Muqaddimah menyatakan erti khalifah dan imamah serta perbezaan pendapat umat Islam tentang hukum serta syarat-syarat berhubung dengan kekhilafahan. Pendapat Mazhab syi’ah tentang imamah juga ada diterangkan. Kemudian, buku ini menerangkan tentang peralihan peranan daripada kekhalifahan kepada kuasa berdaulat. Apa itu janji setia? Dalam buku ini diterangkan segala-galanya janji setia atau baiat. Siapa yang layak dilantik menjadi pengganti juga ada dijelaskan. Akhirnya, pada akhir kajian saya mengenai tajuk fungsi keagamaan yang dipertanggungjawabkan kepada khalifah.
  • 16. ISI KANDUNGAN Penghargaan i Prakata ii Jawapan esei 1 – 11 Penutup 12 – 13 Rujukan 14
  • 17. RUJUKAN 1. Dewan Bahasa dan pustaka (2002). Mukadimah Ibn khaldun, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka . 2. Mahayudin Hj. Yahaya (2010). Teks STPM Tamadun Islam, Shah alam : Oxford Fajar sdn. Bhd.
  • 18. 3. http://islamichistory-arts-culture.blogspot.com/2010/07/ibnu-khaldun