Dokumen tersebut membahas tentang sejarah seni dari zaman prasejarah hingga zaman modern. Ia menjelaskan bahwa seni pada zaman prasejarah, seperti Zaman Batu antara 30,000-2500 SM, berupa lukisan gua, arca, dan bangunan sederhana yang merefleksikan kepercayaan dan kehidupan manusia pada masa itu. Dokumen tersebut kemudian membahas perkembangan seni pada berbagai periode berikutnya hingga
IDMPO : SERVER SLOT LUAR NEGERI DI JAMIN GACOR TERPERCAYA
SVK 10022 – SEJARAH SENI (NOTA).pptx
1. SVK 10022 – SEJARAH SENI
Membahas tentang sejarah seni, meskipun masih sangat kompleks, tetapi sangat menarik untuk kita pelajari.
Dalam perkembangan sejarah seni, terdapat banyak periode atau aliran yang timbul hasil dari perubahan dari
perkembangan pelbagai peringkat kehidupan tamadun manusia seperti falsafah, kritis, kreativiti, keagamaan,
perindustrian dan sebagainya. Dalam seni muzik, biasanya kita membahas tentang jenis aliran atau genre.
Begitu juga dengan seni rupa. Kedua cabang seni ini terus berkembang melalui gerakan aliran-aliran yang
dibawa dalam garis masa.
Disingkatkan sebutan periode, gerakan atau dalam Bahasa Inggeris “ART MOVEMENT” akan lebih tepat dan
jelas bersamaan apa yang kita gelar “ALIRAN”. Kita akan membahas secara berurutan dimulai dari periode
zaman batu pada 30.000 tahun sebelum masehi hingga periode postmodern dan dekonstruksisme yang
dimulai dari tahun 1970 sampai sekarang (2020).
2.
3. Zaman Batu
• Seni Zaman Batu (Zaman Paleolitik) menunjukkan kreativiti manusia menghasilkan objek-objek kecil seperti
lukisan gua, arca dan binaan asas awal.
• Periode seni Zaman Batu dimulai dari 30,000 hingga 2500 sebelum masihi (SM)
• Periode seni berikutnya dimulai setalah Zaman Ais berakhir iaitu sekitar 10,000 – 8000 SM (Era Mesolitik)
• Disusuli dengan Zaman Batu Baru (Zaman Neolitik) 8000 – 2500 SM
Merujuk kepada teknologi pembuatan peralatan dan penggunaannya sepanjang tempoh masa tersebut
Zaman Batu berakhir setelah manusia mula menghasilkan peralatan yang diperbuat daripada logam, dikenali
sebagai Zaman Gangsa seterusnya Zaman Besi yang secara umumnya dinamakan sebagai Zaman Logam.
4. SENI GUA / “ROCK GRAFFITI”
Manusia pada zaman paleolitik turut menghasilkan seni iaitu luahan dan ekspresi yang berkaitan dengan
kepercayaan, cara hidup dan apa yang ada disekeliling mereka serta ianya dihasilkan dalam pelbagai rupa
dan bentuk. Peninggalan hasil seni oleh mereka boleh dilihat seperti terdapat di dalam gua-gua berupa lukisan
imej-imej binatang dan binatang buruan, figura manusia, tapak tangan dan bentuk-bentuk geometri. Hasil
karya ini dinamakan sebagai seni gua atau dipanggil sebagai “rock graffiti”.
Ahli arkeologi menjumpai tujuh kepingan
batu berimej binatang di dalam gua
dinamakan sebagai Gua Apolo 11 di
kawasan Pergunungan Hunt, Namibia.
Banyak lagi kerja ekskavasi oleh ahli
arkeologi sedang dijalankan di Afrika dan
dipercayai terdapat beberapa artifak
telah dijumpai yang dikatakan berumur
lebih 100,000 tahun sebelum masihi. Rajah 1 : Salah satu lukisan atas kepingan batu dari Gua Apolo 11 (Namibia)
[Sumber: http://arthistorypart1.blogspot.com/2008/01/prehistoric-rock-art-in-africa-apollo.html]