SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Zutto Aishite (Always Love You)




“Sa..saya suka awak!”


           Terus budak perempuan itu menutup mata selepas mengucapkan kata-kata keramat

itu. Uhh, malunya! Jeritnya dalam hati.Menderu darah ke mukanya. Ichijou Akira tak membalas

dan hanya memandang budak perempuan dihadapannya dengan pandangan kosong. Kedua

tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Gayanya memang sangat macho! Hensem giler!!


Diam. Sunyi menyelubungi kedua-duanya.Angin bertiup lembut mengibarkan tudung dan baju

gadis itu.Risa mula resah.Kenapa diam aje, Putera Ichi? Tolonglah jawab, “I accept!” ( tak

mungkinlah~_~) atau “ I reject!”( urgh,sakit pulak hati ni..><). Risa menggeleng kepala

membuang segala kemungkinan itu. Hish, jawab ajelah apaper pun!


Dia memang betul-betul sangat suka pada Putera Ichi sejak pertama kali putera itu menjejakkan

kaki ke sekolah ini sebagai pelajar pertukaran. Kata orang, love at first sight!


        Baru sahaja Ichijou Akira ingin membuka mulut, tiba-tiba...


       Prang! Gedebuk!


Pantas kedua-duanya menoleh ke arah punca bunyi itu. Retina mata mereka menangkap imej

pasu bunga yang sudah pecah bertaburan...dan tubuh seorang budak perempuan yang terlentang.

Budak perempuan itu kelam-kabut merangkak keluar dari situ sehingga tubuhnya hilang di

sebalik bangunan.
Terkebil-kebil Risa.Sape pulak tu?Ichijou Akira tersenyum sinis.Kening double-jerk diangkat.

Tanpa menghiraukan Risa dan love confessionnya, dia mengatur langkah melepasi Risa. Terpana

Risa. Automatik dia menarik kuat lengan Ichijou Akira, memaksa menghentikan langkahnya.


“ Nanti! Camne dengan confession saya. Awak nak pergi macam tu aje ke!?”


            Digenggam erat lengan Putera Ichi, tak mahu dilepaskan. Aku tahu aku kena reject,

tapi...!


Ichijou Akira mendengus. Tanpa memandang Risa, dia memberikan jawapan...


           “You‟re not my type..”


Perlahan tapi masih boleh didengari.Terkedu.Terketar-ketar tangan Risa. Dengan berat hati, dia

melepaskan lengan Ichijou Akira. Lemah tangannya dibawa ke sisi.Ichijou Akira menyambung

langkah.Risa hanya mampu memandang sayu belakang putera itu sehingga dia menghilang di

sebalik bangunan sekolah.


Lemah lutut Risa.Terngiang-ngiang lagi kata-kata rejection Putera Ichi tadi. Akhirnya...


            Thud! Terjelepok Risa. Air matanya deras mengalir membasahi wajahnya yang comel

itu. “Urgh!!!”Teresak-esak dia menangis tanpa dapat dikawal.Sakitnya hati bila cinta ditolak

macam tu aje! Pedihnya! Terhenjut-henjut bahu dia. Habis hingusnya meleleh tapi tak dihiraukan

langsung oleh Risa. Dia menyalahkan diri kerana begitu bodoh meluahkan perasaan walaupun

tau ape jawapannya. Bodohnya aku!!!


“Hei, kau tak apa-apa ke?”
Ish, sape pulak kacau aku punya sentimental time ni?! Kacau daun betullah! Risa

mendongak.Dihadapannya seorang budak lelaki yang tengah pandang dia dengan penuh

kerisauan.Tak berkelip mata Risa. Handsome jugak mamat ni!


       “Emm, rasanya kau perlukan ni. Habis hingus kau meleleh. Geli pulak aku tengok,”


Terbeliak mata Risa. „Straightforwad‟nya mamat ni! Secepat kilat dia rampas sapu tangan yang

dihulurkan lelaki itu. Orang dah bagi pinjam ambik ajelah!


Risa menghembus kuat hingusnya pada sapu tangan itu.Dikesat-kesat dengan selamba

aje..Ambik kau! Kutuk aku lagi.Budak lelaki itu dah buat muka pelik. Eeew! Lepas tu dihulurkan

semula pada budak lelaki itu dengan muka toya tanpa rasa bersalah pun.Habis lencun sapu

tangan dia dengan hingus Risa.Terkebil-kebil budak lelaki itu. Tanpa dapat ditahan, terus dia

meledakkan tawa. Kuat pulak tu!


Tak senang Risa dengan tawa itu.“ Apahal kau ni?!” Keras suaranya.“Oh, sori, sori. Kau ni

kelakarlah, tak senonoh pun ya. Takde sifat keperempuanan tapi kau comel. Ha,ha,ha!” kata

budak lelaki itu dengan tawa yang masih bersisa. Dia ni puji ke kutuk aku? Pelik betullah! Risa

mendengus marah.


         Setelah tawanya reda, budak lelaki itu mencangkung supaya matanya setentang dengan

mata Risa. Dia tersenyum lalu menghulurkan tangan.Berkerut dahi Risa.Apa lagi mamat ni nak?


“ Aku Khairul. Nama kau..?” Dia menghadiahkan senyuman maut kepada Risa.Teragak-agak

Risa untuk menyambut huluran tangan itu. Sudi berkawan...tapi! Risa menggeleng. Haram

sentuh orang bukan muhrim.. Tapi, terubat jugak hati dia dengan tingkah mamat tu..Risa

tersengih lalu membuat tanda „peace‟.“ Risa...”
Another love story is coming...!


                    *                    *                      *            *


“Haish..”


Kana mengeluh berat.Merungut-rungut dia dalam hati.Tangannya ligat mengurut pergelangan

kaki kanannya yang terseliuh terkena pasu bunga tadi.Habis tudung dan baju sekolahnya comot

dipalit tanah.


“Ouww!!”


            Itulah padahnya mengendap orang lain, kan dah kena..Dia sendiri pun tak tau kenapa

ringan je kaki dia mengekori cipan dan budak junior tadi.Kenapa ya? Entah!


“ Kau ni memang stalker kan, shorty..”


Kana memandang ke arah suara itu.Ichijou Akira selesa bersandar pada dinding sambil berpeluk

tubuh.Mereka berpandangan.Tajam sekali. Seperti ada arus eletrik yang sedang bertingkah

keluardari tenungan masing-masing. Kana mencebik lalu meneruskan urutannya. Whatever lah

cipan!


         Ignore me, eh? Ichijou Akira melangkah menghampiri Kana lalu terus duduk

berhadapan dengan Kana. Dengan muka cipannya, dia menarik kaki Kana lalu terus mengurut

tempat yang terseliuh. Macam nak tercabut mata Kana dari soketnya dengan tindakan cipan yang

tak diduga itu. Suka hati dia aje!


         Geram,Kana menarik kakinya daripada sentuhan cipan itu. Tak mengalah, Ichijou Akira

tarik balik. Kana tarik.Cipan tarik balik.Kana tarik. Cipan..
Bengang, dipicit kuat pergelangan kaki Kana. Rasakan kau,hiyaaah!! Terjerit kuat Kana.

Mangkuk ayun punya cipan!


“Woi! Kau nak patahkan kaki aku ke apa?! Kalau nak tolong, buatlah cara tolong. Sakit giler

ni,BAKA!!”


        Padan muka! Kutuk Ichijou Akira dalam hati.


“ Well, it‟s not my fault kaki kau terseliuh. Lagipun sape suruh kau stalk aku. Sendiri mau ingat

la..” sinis nada suaranya membidas kata-kata Kana.


Diam. Merah muka Kana tapi malas hendak menjawab. Betul pun! Dibiarkan aje kakinya diurut

oleh cipan tu. Aik, diam pulak? Yosh, victory! Ichijou Akira bersorak kemenangan dalam hati.


         Beberapa minit berlalu, Kana hanyut dalam fikirannya sendiri. Leka dia dengan urutan

cipan tu. Boleh tahan! Boleh dimasukkan dalam senarai calon suami, hihi.. Eh, macam tak betul

aje ayat aku tu? Suami?!Kana membayangkan dia dan cipan tu jadi suami isteri, daripada enemy

change to lovey-dovey couple.. Bayangkan..


         “Oh, my honey bunny shorty..”


“ Oh, my sweet cipan..”


       Eeew! Kana menggeleng-geleng kepala membuang bayangan itu. Geli-geleman segala

bulu kat badan aku ni! Nahi, nahi!


“ Okay, done!”


         Huh?? Terkebil-kebil Kana.Berkecai segala lamunannya.Dah ke?Tapi, kenapa aku rasa

bertambah sakit?
“Naik belakang aku.Biar aku bawak pergi bilik sakit. Bengkak kau dah makin besar,”


         Hah?! Gi-la apa cipan ni??


Pantas dia menggeleng berkali-kali.Tak setuju langsung dengan cadangan gila cipan tu.


         “Tak nak lah..”


“ Don‟t be like a spoiled brat boleh tak. Kau nak sampai tak boleh jalan ke kaki tu?” ugut Ichijou

Akira.


         Gulp! Ya, Allah, tolonglah jangan ambil nikmat tu dari aku.. Nak tak nak, terpaksalah

Kana naik belakang cipan tak guna tu. Kedua-dua tangannya melingkari leher Ichijou Akira.

Ngeee, ngerinya! Nasib baik aku pakai seluar panjang kat dalam kain, kalau tak...


Sepi menyelubungi.Kana rasa tak selesa.Lebih-lebih lagi dengan jantungnya yang tak henti-henti

berdegup. Lama lagi ke nak sampai? Lembab betul cipan ni jalan, cepatlah sikit! Namun, jauh di

sudut hatinya, dia memang tak nak cepat sampai ke bilik sakit. Kalau boleh dia nak masa terhenti

sekarang.Kenapa?Dia sendiri takde jawapannya.


          Dub, dab! Dub,dab! Aiseyman, jantung..Senyap sikit boleh tak?? Naya aku kalau cipan

tu tau aku tengah berdebar-debar skang ni!


Tiba-tiba Kana teringat pasal budak junior tadi dengan cipan.Pelbagai persoalan muncul di

benaknya.Apa jadi?? Budak tu nak ape dengan cipan?Dia luahkan perasaan dia ke?Cipan terima

ke?Kana rasa sayu tiba-tiba. Hatinya sangat sakit, seperti nak menangis pun ada! Dia rasa seperti

dikhianati..


“Cipan...”
Diam.


“Love confession?”


Ichijou Akira angkat kening double-jerk.


“ Jeles ke?”


“Ee, tolonglah! Takdenya aku suka orang macam kau! Aku ade prince charming aku sendirilah!”


Pantas Kana menyangkal. Tak nak cipan tu perasan pulak! Ichijou Akira tak membalas.Diam

lagi.Bahu Ichijou Akira menarik perhatian Kana.Ditenungnya lama.Automatik dia tersenyum.

Bahu dia sangat lebar..Kenapa aku tak perasan selama ni? Ah, jantung! Kenapa kau berdebar

lagi?Sakit eh? Sorilah tak jaga kau dengan baik..Kana dah mula merapu dalam hati.


        “Wei, cipan..”


“ Akira..”


        Huh??? Berkerut dahi Kana.Apa pulak ni?


“ Nama aku Akira, bukan cipan. Dah lama aku sabar dengan kau tau tak. Ikutkan hati, nak aje

aku baling kau sekarang ni. Biar lagi sakit kaki kau. Lain kali panggil aku Aki, faham tak

shorty??”


        Tanpa amaran, Ichijou Akira berpaling.Hidung mereka tersentuh.Segalanya berlaku

begitu pantas.Terpana Kana. Boleh dirasakan hangat hembusan nafas Ichijou Akira pada

kulitnya.Debaran hatinya makin menggila dengan kejadian tak disangka itu.Macam nak

meloncat jantungnya. Dan, sudah tentu Ichijou Akira pun merasai benda yang sama.
Oh, mamma mia..


*                    *                    *


“ It‟s love my dear! Kau dah s.u.k.a kat Putera Ichi tu!!”


Nak tercekik Kana dengar conclusion Ika selepas mendengar cerita dia pasal seminggu lalu. Dan,

pasal jantungnya yang dah mula „sakit‟ sejak tu. Biar betul minah jiwang ni! Fara yang tengah

mengunyah nugget angguk, mengiakan.Kana buat muka geli. Takkanlah! Impossible!


        “It‟s possible, honey..”Ika menepuk lembut bahu Kana. Terkejut Kana. Aik, dia boleh

dengar suara hati aku ke?Hebat, macam Pelesit Biru je. Teringat pulak dia pada Presiden

kesayangannya itu.. Ketika itu mereka sedang menikmati waktu rehat di bawah pokok besar di

hujung padang sekolah. Tempat feveret diorang..


“ Tapi, kan, aku rasa tak mungkinlah aku suka dia. Selama ni kitorang kan enemy. Kadang-

kadang gaduh sampai luka. Tapi...”


Air kotak milo dihirupnya sampai habis lalu diremukkan.Kemudian dimasukkan ke dalam kocek

baju. Dia membuang pandang ke tengah padang melihat budak senior dan junior main bola. Ika

dan Fara sabar menunggu apa yang Kana nak cakap tadi.


“ Tapi, skang kitorang dah tak gaduh sangat. Kalau boleh aku nak elak jumpa atau bertembung

dia. Aku tak nak pandang muka dia langsung.Eeii, benci aku bila ingat muka cipan dia tu!!”


Jerit Kana tiba-tiba.Geram pasal kejadian seminggu lalu yang menyebabkan hatinya „sakit‟.Ika

mendengus geram. Degil betullah kawan dia yang sorang ni!
Ika memikir seketika sambil mengusap dagu.Mereka berjalan beriringan. 15 minit lagi sebelum

waktu rehat habis. Kana di tengah-tengah antara mereka.


“ Okey, biar aku tanya kau beberapa soalan. Pertama, ada tak bila kau bertembung mata dengan

dia, kau rasa thump,thump?” tanya Ika.


Tajam matanya memandang Kana.Berkerut dahi Kana. Thump,thump? Apa kejadahnya tu? Ooo,

berdebar-debar kot. Hmm..Kana memikir. Dua hari lepas, aku tak sengaja terlanggar dia. Pastu

mata kitorang bertemu. Pastu aku rasa..


Kana gigit bibir.“ A..da..” Berat mulut dia nak jawab.Tapi, memang betul pun. Ika tersenyum

lebar.Good.. Fara turut senyum, walaupun tengah sibuk mesej dengan entah siapa tapi dia tetap

pasang telinga.


“ Kedua, sejak kejadian tu kau tak boleh tidur lena dan kadang-kadang tak boleh tidur langsung.

Betul atau tak?”


Makin berkerut dahi Kana. Macam mana..


“ Macam mana kau tau? Aku tak boleh tidur sebab aku selalu berjaga malam. Yelah,periksa kan

dah dekat. Aku tak nak gagal Fizik dan Add Math lagi.”


        Hmm..okey.. 1-1.


“ Last question. Pernah tak kau mimpi dia. Maksud aku pernah tak dia muncul dalam mimpi

kau?”
Serius muka Ika. Fara menekan „send‟ pada handphonenya lalu menutupnya. Disimpan

handphonenya ke dalam kocek.Muka dia pun serius jugak.Walaupun mereka bersoal-jawab, kaki

mereka laju melangkah menyusuri dewan sekolah pula.


Kana memikir lagi. Rasanya...


“ Ada. Cipan tu kacau daun betullah. Aku tengah mimpi dating dengan prince charming aku,

pastu boleh pulak dia datang bawak aku lari dengan unicorn putih! Eei, dalam mimpi pun nak

gaduh dengan aku jugak.Bengang betullah dengan Jepun tu!!!”


Kana sudah mula menggenggam penumbuk.Bengang. Teringat pasal mimpi dia dengan Ji Hun

dalam Boys Over Flower. Sejak hari tu, asyik-asyik dia je muncul dalam mimpi aku. Bosan!!!


        Bingo!! 2-1!!!


        Pap! Ika dan Fara buat hi-five.Diorang tersenyum lebar. Banzai! Banzai!! Mereka

bersorak dalam hati.Gembira tak terkata. Akhirnya, „anak gadis‟ mereka sudah mula melangkah

ke alam dewasa.. Hu,hu, terharunya!


       “Wei, betul tak aku cakap yang kau...”


       “...suka dia?? Tolonglah, tak mungkin!”Pantas dia memintas kata-kata Ika.Dia

mempercepatkan langkah. Malas nak dengar benda yang mengarut! Ika dan Fara mencebik.

Bengap betul kawan diorang ni! Dituruti juga langkah Kana yang laju meninggalkan mereka.


“ Go,go! Fight! Go,go! Fight! Wooah!!”
Mereka bertiga tertarik dengan sorakan di dalam dewan lalu masuk untuk melihat apayang

berlaku. Woa! Ramai betul orang.Kebanyakannya pulak budak perempuan yang tengah terjerit-

jerit dan terloncat-loncat macam beruk.


“ Patutlah..budak-budak basketball ada game hari ini.” Kata Ika sambil terjengket-jengket untuk

tengok perlawanan.Terpaksa sebab ramai yang blocking.Fara angguk. Dia menoleh pula pada

papan yang menunjukkan score. “...dan sekolah kita mendahului. Baguslah. Tak pernah

sekalipun kita menang dalam perlawanan rasmi..”


Kana membatu. Tidak dihiraukan apa yang dibualkan Ika dan Fara.Matanya tajam memandang

pada seseorang di tengah gelanggang. Ika dan Fara yang pelik dengan kebisuan Kana turut

memandang arah yang sama. Pemain nombor 7 yang sedang dihalang dua orang pemain lawan

menarik perhatian mereka.Senyum. Patutlah kaku macam patung aje..Ichijou Akira!


“Ichi-sama! Ganbatte! Kyaaa!!!”


“Woi, jangan tolak Ichi-sama kitoranglah!!”


“Ichi-sama!!!”


       Bla, bla, bla..Kana leka memandang Ichijou Akira yang sedang bermain sehingga

sorakan peminat-peminat cipan itu tidak dihiraukan.Peristiwa seminggu lalu terimbas kembali di

mindanya. Teringat love confession terhadap Ichijou Akira.Teringat perasaannya yang terasa

dikhianati. Teringat juga kejadian yang membuatkan jantungnya rasa nak meletup.Jarak yang

paling dekat antara mereka buat...kali kedua.Kana menghempaskan keluhan berat.


“ Jomlah. Waktu rehat dah nak habis,”
Lemah suaranya mengajak Ika dan Fara supaya pergi dari situ.Dipaksa kakinya melangkah. Aku

tak suka perasaan yang ada ni, ya Allah..Ika dan Fara membuntuti langkah Kana. Dari belakang,

Kana seperti orang yang putus cinta. Gloomy aura...


Sambil mengorak langkah, Ika memandang Ichijou Akira di sebalik deretan pelajar yang

memberi sorakan. Pemain nombor 4 pihak lawan cekap merampas bola dari Kapten Basketball..

Fara teringat sesuatu. Bulan ni bulan Mei..


“ Kana..” panggil Fara.


          Pada masa yang sama, Ichijou Akira berjaya merampas bola dari pihak lawan dan laju

berlari menuju ke „basket‟ pihak lawan.


          20 saat lagi untuk perlawanan tamat..Ketika itu pihak lawan mendahului dengan 2 mata.


“ Macam mana kalau dia balik semula ke Jepun..”


10 saat lagi... Ichijou Akira berjaya melepasi dua orang pertahanan lawan dan berada di posisi 3

mata! Tanpa membuang masa, Ichijou Akira melompat lalu melontar bola terus menuju ke

basket!


          5 saat lagi..


       “...dan tiada di sisi kau lagi, mungkin selamanya kau takkan jumpa dia semula. Masa tu,

apa kau nak buat?”


Langkah Kana terhenti.Betul-betul selari dengan posisi 3 point Ichijou Akira. Serentak itu juga,

bola menjunam masuk ke dalam basket.Melantun-lantun seketika sebelum bergolek terus ke kaki

Ichijou Akira..
Zero second. Prittt! Tiupan wisel daripada pengadil menandakan perlawanan tamat!


“Yay!!!Kita menang!!!”


Bergegar dewan dengan sorakan gembira pelajar-pelajar.Mereka mengerumuni pemain-pemain

basketball dan mengucapkan tahniah terutamanya Ichijou Akira.


Kana terkedu.Tak pernah dia terfikir sampai ke situ.Entah kenapa hatinya sebak memikirkan

kemungkinan itu.Dia memejam mata rapat-rapat. Ya, Allah, kenapa hati aku sakit?


“ Macam mana kalau..”


Kata-kata Fara terngiang-ngiang di kepalanya.Kana membuka mata. Perlahan-lahan..


        “...dia tiada di sisi kau lagi, mungkin buat selamanya. Masa tu...”


...kepalanya ditoleh ke gelanggang yang dipenuhi dengan pelajar.Matanya tertancap pada Ichijou

Akira yang tengah dikerumuni.Ika dan Fara memandang sayu dari belakang.


         Tanpa disangka, Ichijou Akira turut menoleh seperti ada tarikan magnet antara mereka.

Dia mengenyit mata pada Kana lalu tersengih nakal. Zapp! Perasaan aneh dirasai Kana.


        Kalau dia takde, masa tu..Kata-kata Ika masih berdengung di telinganya.


      ..Apa kau nak buat?


         Dub, dab!


        Kana menyentuh dadanya yang berdebar-debar.


“ Apa aku nak buat..?”
*                     *                       *



Bulan Jun.

6:00 p.m.

Rumah Khidir.



“ Wei, Akira!”



Khidir mencuit bahu Ichijou Akira yang leka menonton VCD Bleach milik Khidir.Dia

menoleh.Khidir menuding ke arah telefon rumahnya.



“Mak kau call.Dia nak cakap dengan kau.Urgent katanya. Kau ni pun satu, buat apalah

off handphone. Menyusahkan aku je nak angkat telefon, kau pulak bersenang-lenang

tengok Bleach,”



Khidir dah mula membebel sambil kakinya ligat memanjat tangga rumahnya menuju ke

tingkat dua.Ichijou Akira tersengih. Macam mak nenek je kawan aku ni. Tanpa

berlengah, dia bangun dari sofa dan terus menuju ke telefon.



“ Thanks bro! Nanti aku belikan kau ayam panggang!”



Jerit Akira sambil tangannya memegang gagang telefon.
“ Aku nak 5 ekor, bro!”



       Jerit Khidir dari tingkat atas. Tengah main PS2 lah tu..Tergeleng-geleng Akira.Telefon

       dilekap ke telinga.



       “ Ka-san, Akira desu,”



               “Aki-chan..!”



           *                       *                             *


8.30 p.m. hari yang sama..


Bilik tidur Kana.


        Flop!


Direbahkan badannya ke atas katil sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik air.Dibiarkan aje

rambutnya yang masih basah.Malas nak keringkan.Hatinya resah.Tak keruan dan serba tak kena.

Kana asyik terfikir apa yang dikatakan Fara sejak sebulan lalu. Kana mengeluh berat.Dia

bergolek-golek malas di atas katil.Habis berselerak katilnya.Sudahnya dia memandang kosong

kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana.


Ingatannya terarah pada cipan.Tak pernah sekalipun aku tengok dia senyum kat aku dengan

ikhlas. Ichijou Akira..Handsome jugak dia tu. Kana hanyut dalam fikirannya sendiri.Lagu

„Jumping‟ dari KARA bermain dari mp3nya menemani khayalannya.
Huh??? Kana tersedar.Apasal aku ingat kat cipan tu?! Pap! Ditampar pipinya sekali. Gi-

la! Kana mencapai Suzuki-san lalu dipeluk erat teddy bearnya itu.


“Kau suka dia!”


Teringat kata-kata Ika. Blush! Merah muka Kana.Spontan kepalanya digelengkan. Tak

mungkinlah..! Dah sebulan mereka tak bercakap, bergaduh apatah lagi. Masing-masing macam

cuba mengelakkan diri daripada bertembung. Bagus, taklah ganggu hidup aku! Kana mengeluh

berat.Tapi, kenapa aku rasa kehilangan?


          Lagu tema Oh! My Lady, My Doll mematikan keluhannya. Dia mencapai

handphonenya lalu melihat nama yang tertera pada skrin. Ika..Kana menekan butang hijau lalu

dilekapkan pada telinga.


“ Kana, habislah! Big problem! Khidir call aku tadi, dia kata...!”


Kana menjarakkan sedikit handphone dari telinganya.Bingit. Boleh pekak telinga aku..kutuknya

dalam hati.


        “Wei, kau ni slow downlah sikit. Cubalah bagi salam dulu. Hah, apasal? Khidir ajak kau

kahwin malam ni ke?”


Kana ketawa. Ika dan Khidir..Couple yang dia paling respect.Ika di talian bengang. Hish, budak

ni! Orang tengah masalah besar boleh buat lawak tak bodoh pulak!


“ Kana, please! Listen to me,honey. Ichijou Akira dia...”


Kana berhenti ketawa.Ya, Allah, kenapa dengan cipan?


      “..dia kena balik Jepun malam ni jugak!”
Serentak itu juga mp3 Kana memainkan lagu Love That Cannot Be erased dari SS501.

Kana tersentap.Hatinya bagai direnggut.Pedih.Kelu lidahnya untuk membalas.Kenapa?Bukan 3

hari lagi baru dia balik?Kenapa cepat sangat?Pelbagai persoalan bermain di mindanya namun tak

mampu diluahkan.Sebak.Air matanya mula bergenang di tubir mata.


“Business keluarga dia ada masalah, ayah dia sakit. So, mak dia minta dia balik untuk

selesaikan...”


Kata-kata Ika langsung tidak didengari Kana.Dia terlampau terkejut.


“Apa maknanya kalau jantung kau berdebar-debar bila tengok dia walaupun sekejap?”


“ Apa kau nak buat kalau dia takde?”


         Zapp! Kata-kata Fara dulu membuatkan Kana tersedar. Ya, Allah..Kana menutup mulut.

Kenapa aku tak sedar selama ni? Cipan! Wajah Ichijou Akira menerpa mindanya. Segala

ekspresi wajahnya, tindak-tanduknya dan segalanya tentang dia..


           “Airport...” Bergetar suara Kana.


“ Hah??” Suara Kana yang perlahan menyukarkan Ika mendengar apa yang dikatakan Kana.


“Aku nak pergi airport!!!!”


       Tut,tut,tut. Talian diputuskan.Kana pantas memakai tudung dan menyarung jaket untuk

menutupi baju tidurnya.Bergegas dia keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Aku dah buat

keputusan! Di fikirannya hanya satu. Ichijou Akira!


       *                 *                     *
Kereta BMW hitam itu laju memecut membelah lebuh raya menuju ke Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur.Pemandunya Pak Kasim cekap memutar stereng dan memecut laju

seperti di litar lumba.


“ Macam mana kau tau aku nak pergi airport?”


Fara menoleh memandang Kana yang dibasahi peluh dingin.Dia tersenyum.Dicapai tangan Kana

yang sejuk lalu digenggam erat.Menyalurkan kekuatan untuk rakannya.


“ Kita kan childhood friends. Mestilah aku tau cara kau berfikir macam mana. Dengan sikap kau

yang tak fikir panjang,mesti kau nak lari pergi airport. So, aku ready ajelah tunggu depan rumah

kau,”


Kana tersenyum hambar.Terharu. Pada saat begini, dia tak tahu apa yang perlu dilakukan.

Pertama kali dia buat kerja gila macam ni. Kejar lelaki malam-malam kat airport. Semuanya

demi Ichijou Akira yang mungkin akan pergi dari hidupnya selamanya. Sape tahu bila mereka

akan berjumpa lagi?


Teringat pulak dia pada mak ayahnya.Terkejut beruk diorang bila Kana cakap nak pergi airport

malam-malam. Dengan baju tidur pulak tu. Pengsan terus ayah.Adik lelaki aku yang otaku pulak

suruh aku bawak model Gundam dari Jepun. Mak pulak menyokong aku, bersemangat suruh aku

kejar cinta aku. Siap mintak gambar SS501 lagi. Mak, dia nak pergi Jepunlah..


Kana tersenyum sendiri. Macam ni rupanya suka kat orang. Sanggup buat apa aje..Fara disebelah

menepuk perlahan bahu Kana.


“Oit, kau ni kalau dah angau takut aku. So, sebelum kau sampai kat airport, aku nak tanya kau

betul-betul S.U.K.A dia ke tak?”
Bersinar-sinar mata Fara menanti jawapan keramat Kana.Kana tersengih-sengih macam kerang

busuk.


“ Fara, terima kasih sebab bagi aku sedar perasaan aku. Ika pun. Kalau tak, aku akan menyesal

seumur hidup aku. Korang pernah tanya aku dulu, aku suka kat dia atau tak. Sekarang, aku dah

ada jawapan dan aku pasti skang yang..”


Kana menarik nafas dalam-dalam. Be brave!


         “..yang aku su..”


“ Cik Muda, kita dah nak sampai!”


Fara melihat pada signboard di luar.Dia menarik nafas lega. Sikit je lagi..Ditoleh semula pada

Kana yang tak senang duduk.Dia menggenggam erat kedua-dua tangan Kana.


“Kau confesslah kat dia nanti.Biar dia terlopong.Aku doakan kau sempat jumpa dia. Okay,

honey?”


Fara mengenyit mata.Mereka ketawa bersama.Ya, ALLAH, moga-moga aku sempat. Akira!


         *                          *                         *




Pintu masuk balai pelepasan.


Ichijou Akira menoleh.Dia seperti terdengar suara Kana memanggil namanya. Nama

sebenarnya..Dia menggeleng. Tak mungkin...
“Wei, tak ada tertinggal barang kan? Malas aku nak bagi kat kau balik. Buang duit aku

je,”


Seloroh Khidir.Ichijou Akira ketawa.Mereka berpelukan. Walaupun singkat, namun friendship

yang terjalin takkan hilang.


“Arigato untuk semuanya bro. Kirim salam aku kat oji-san dan oba-san.And kau jangan lupakan

aku tau. Kalau nak kahwin bagitau aku kalau tak..”


Ichijou Akira menunjukkan penumbuknya.Khidir ketawa lalu menumbuk perlahan bahu

sahabatnya itu.


“Taulah aku.Tapi dia camne? Tak apa ke tak bagitau dia yang kau balik Jepun hari ini? Kesian

dia bro.”


Ichijou Akira mengeluh berat. Shorty..Mesti muka dia merah pastu terus melenting bila aku

panggil dia macam tu. Akira tersenyum hambar.


“ Biar ajelah. Dia bukannya kisah pasal aku pun.Pandailah aku lupakan dia nanti. And, ni kira

hukuman untuk dia jugak sebab tak nak mengaku yang dia dah jatuh cinta kat aku..”


Akira angkat kening double-jerk sambil tersenyum jahat.Khidir ketawa.Faham benar dengan

perangai jahat Akira yang suka buli orang yang dia suka. Haish, nasib kaulah Kana sebab jatuh

cintan dengan Devil ni..


“Perhatian kepada semua penumpang MAS xxx. Panggilan akhir untuk penerbangan ke

Tokyo...”
Akira mengangkat beg galasnya lalu disandang di bahu. Dia melambaikan tangan kepada

Khidir.


“Sayonara...”


       Dia melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi..


          *                   *                       *


Termengah-mengah Kana berlari.Nafasnya tak teratur.Habis lencun baju tidurnya yang ditutupi

dengan jaket.Tidak henti-henti dia berlari sejak menjejakkan kaki ke airport.Berlari tanpa

tujuan.Dia takut nak berhenti, takut tak dapat jumpa Akira lagi!Tidak dihiraukan langsung

dengan mata-mata yang memandangnya pelik.


              Cipan..cipan!


Kana berlari memanjat elevator sambil matanya liar mencari kelibat orang itu. Takde...takde!


       Akira, Akira, Akira!!! Hatinya menjerit memanggil nama itu berkali-kali. Langkahnya

makin laju.Matanya liar mencari di kalangan orang ramai.Tolonglah, tolonglah jangan pergi

dulu!! Tolonglah!!


Kana berhenti melepaskan lelah.Tercungap-cungap dia. Susah-payah dia bernafas mencari

udara.Semput dadanya kerana berlari tanpa henti.Menitik peluh jatuh ke lantai.Kelibat orang

yang dicari masih tak dijumpai.Namun, dia tak putus asa.Matanya liar mencari buat kesekian

kali. Tolong...tolonglah!


          “Akira...”


       “Huh???”
“Nama aku Akira, bukan cipan. Suka hati kau aje panggil aku cipan..”


Kenangan sebulan yang lalu menerpa mindanya.Sebaknya tak terkata.Mengalir air matanya. Dia

dah pergi... Pahit hendak diterima tapi itulah hakikatnya. Akira dah pergi! Lemah lutuh Kana.

Akhirnya, dia jatuh terjelepok, tidak mampu lagi menahan perasaan yang maha berat ini.


“Bak sini RM70, sebab aku dah tumpangkan kau. Tak termasuk kau hentak muka aku yang

handsome ni...”


Kana tersenyum hambar mengenang pertemuan kali pertama mereka. Huru-hara! Air matanya

mengalir tanpa henti. Menyesal... Cipan, aku belum cakap perkataan tu lagi...


       Dengan penuh perasaan dia menjerit kuat, menggegarkan KLIA, “Aku suka kat kaulah!

BAKA!!!” Fuh, lega..Kana tersenyum puas.


“ Sape bodoh?”


Terkejut badak Kana. Suara tu...tak mungkin! Perlahan-lahan dia berpaling.Dia menelan

liur.Gulp! Mak, ni hantu ke ghost ke orang?? Nak pitam dia melihat orang yang berada di

belakangnya, selamba minum air tin latte feveretnya. Kana terlopong luas.Nak terkeluar biji

mata dia.Tak tau nak beri reaksi apa..Ichijou Akira!!!


          “Sorry for our inconvenient and have to delay the flight. Now, the plane to Tokyo will

be departed soon...”


   Bla,bla,bla.. Kana kaku. Flight delay..jadi orang kat depan ni...!


“Eeeekk!!!”
Terkeluar jugak suara pelik Kana.Kelam-kabut dia bangun. Blush! Blush! Berasap mukanya

menahan malu. Dia dengar ke tadi??Akira senyum sinis lalu berjalan melepasi Kana yang

tertunduk akibat malu yang amat sangat.


“ Well,then, aku pergi dulu, shorty...”


Kana kaku.Langsung tak menghalang, Dia tak tau nak buat apa sekarang. Habis blackout otak

dia. Akira sudah makin jauh melangkah.Tiba-tiba, ada mesej masuk pada handphonenya. Fara..

Kana menekan „view message‟.


Wei, apa kau tercegat lagi?! Cepatlah halang dia and confess kat dia. Sia-sia aje


usaha aku nanti. Kau boleh buat sis! Beranikan diri kau! Kau suka diakan!! Fighting!><


p/s: Aku, Ika dengan Khidir kat depan kau.


Kana tersenyum membaca mesej tu. Dia memandang ke hadapan.Ika, Fara dan Khidir melambai-

lambai ke arahnya tanda memberi sokongan kepadanya. Korang..terima kasih. Kana mengesat

hingus lalu menarik nafas panjang. Aku boleh buat! Akhirnya....


        “Akira!”


Terhenti langkah Akira namun dia tidak berpaling.Terkejut jugak bila Kana memanggil namanya

buat pertama kali.Sabar dia menanti bicara Kana. At last...


Kana menggenggam tangannya mencari kekuatan. Aku suka dia..Dia menarik nafas dalam-

dalam lalu..


“ Aku suka kat kau!!!”
....suka sangat-sangat...!


Turun naik nafas Kana setelah mengucapkan kata-kata keramat itu.Lega hatinya. Puas!


“Aku tak dengar...” jawab Akira setelah diam begitu lama.Langkahnya diatur menuju pada Kana.


        Hah??? Dia ni pekak ke? Takkan nak cakap lagi, malulah! Takut dia tengok Ichijou

Akira yang makin mendekat.Eeee, nak kena cakap lagi ke? Ah, gasaklah!!


Akira berhenti satu meter dari Kana.Menanti.“ Aku suka kat kaulah, pekak!!!” Kali ni naik satu

oktaf suaranya. Terus dia tunduk.Kalau tak dengar lagi, tak taulah aku..Akira tersenyum tanpa

disedari Kana.


        “Aku..tetap tak dengar....”


Mendidih darah Kana. Dia ni nak cari pasal dengan aku ke? Okay fine biar aku jerit kat telinga

kau!!


“Sushilah! Aku suka sushi!”Terpacul ayat tu dari mulutnya.Kana ketawa dibuat-buat.Dalam hati

dia menangis. Bodoh! Merah mukanya toksah cakaplah..Ichijou Akira ketawa tiba-tiba. Budak ni

memnag pandai buat orang ketawa. Dia menghampiri Kana yang tertunduk. Tengah nangislah

tu..


         “You‟re suck at lying..”


Kana mengesat hingus. Taulah, toksahlah cakap! Kana masih memandang kaki sendiri.Ichijou

Akira tersenyum lagi.


        “Kana..”
Perlahan namun mampu membuatkan jantungnya melantun hebat. Pertama kali cipan memanggil

namanya!


Automatik kepalanya diangkat.Serentak itu juga Akira membongkok dan mendekatkan bibirnya

pada telinga Kana.Mulutnya bergerak-gerak menuturkan sesuatu.


Bulat mata Kana.Pantas dia menutup mulut.Air matanya mengalir lagi.Blush! Merah terus muka

dia mendengar bisikan Akira tadi. Seluruh muka pulak tu. Akira tersenyum, kali ini begitu

manis, hanya untuk Kana. Ya, Allah, aku takkan lupakan senyuman tu sampai bila-bila..


Kenangan antara mereka satu-persatu menerpa.6 bulan terasa begitu lama tapi kini kisah mereka

sudah sampai ke penghujungnya.


Kana menggenggam erat rantai berbentuk kunci yang diberi oleh Ichijou Akira sebelum dia

berlepas. Sebuah janji yang akan dipegang sampai bila-bila,Insya-Allah.. Kata-kata Ichijou Akira

dipahat kukuh dalam hatinya..


         Zutto Aishite.. Kana..




p/s : this story was inspired from my sis, Momuzuki Kisa (nama pena dia) ^^

More Related Content

What's hot (20)

Bhg c
Bhg cBhg c
Bhg c
 
Cuti sekolah telah bermula
Cuti sekolah telah bermulaCuti sekolah telah bermula
Cuti sekolah telah bermula
 
Cerpen putri
Cerpen putriCerpen putri
Cerpen putri
 
Andai a lebih dekat dengan z
Andai a lebih dekat dengan zAndai a lebih dekat dengan z
Andai a lebih dekat dengan z
 
Post 1
Post 1Post 1
Post 1
 
Humor
HumorHumor
Humor
 
Rasa ini
Rasa iniRasa ini
Rasa ini
 
Aku ingin seperti laki laki
Aku ingin seperti laki lakiAku ingin seperti laki laki
Aku ingin seperti laki laki
 
Hyrftu
HyrftuHyrftu
Hyrftu
 
Contoh cerpen persahabatan
Contoh cerpen persahabatanContoh cerpen persahabatan
Contoh cerpen persahabatan
 
Sebatang pen
Sebatang penSebatang pen
Sebatang pen
 
Misteri kehadiran arwah
Misteri kehadiran arwahMisteri kehadiran arwah
Misteri kehadiran arwah
 
Cerpen -our tale
Cerpen -our taleCerpen -our tale
Cerpen -our tale
 
Adhe
AdheAdhe
Adhe
 
Cerita ceweksma dalamduniagemerlap
Cerita ceweksma dalamduniagemerlapCerita ceweksma dalamduniagemerlap
Cerita ceweksma dalamduniagemerlap
 
Cinta pertama
Cinta pertamaCinta pertama
Cinta pertama
 
Serial Oliv Buku 3 Bab 1 :Gadis manis dalam bis
Serial Oliv Buku 3 Bab 1 :Gadis manis dalam bisSerial Oliv Buku 3 Bab 1 :Gadis manis dalam bis
Serial Oliv Buku 3 Bab 1 :Gadis manis dalam bis
 
Cerpen kasih salina
Cerpen  kasih salinaCerpen  kasih salina
Cerpen kasih salina
 
Analisis drama berdasarkan unsur intrinsik dan ekstrinsik
Analisis drama berdasarkan unsur intrinsik dan ekstrinsikAnalisis drama berdasarkan unsur intrinsik dan ekstrinsik
Analisis drama berdasarkan unsur intrinsik dan ekstrinsik
 
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah PerbedaanCerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
 

Zutto aishite

  • 1. Zutto Aishite (Always Love You) “Sa..saya suka awak!” Terus budak perempuan itu menutup mata selepas mengucapkan kata-kata keramat itu. Uhh, malunya! Jeritnya dalam hati.Menderu darah ke mukanya. Ichijou Akira tak membalas dan hanya memandang budak perempuan dihadapannya dengan pandangan kosong. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Gayanya memang sangat macho! Hensem giler!! Diam. Sunyi menyelubungi kedua-duanya.Angin bertiup lembut mengibarkan tudung dan baju gadis itu.Risa mula resah.Kenapa diam aje, Putera Ichi? Tolonglah jawab, “I accept!” ( tak mungkinlah~_~) atau “ I reject!”( urgh,sakit pulak hati ni..><). Risa menggeleng kepala membuang segala kemungkinan itu. Hish, jawab ajelah apaper pun! Dia memang betul-betul sangat suka pada Putera Ichi sejak pertama kali putera itu menjejakkan kaki ke sekolah ini sebagai pelajar pertukaran. Kata orang, love at first sight! Baru sahaja Ichijou Akira ingin membuka mulut, tiba-tiba... Prang! Gedebuk! Pantas kedua-duanya menoleh ke arah punca bunyi itu. Retina mata mereka menangkap imej pasu bunga yang sudah pecah bertaburan...dan tubuh seorang budak perempuan yang terlentang. Budak perempuan itu kelam-kabut merangkak keluar dari situ sehingga tubuhnya hilang di sebalik bangunan.
  • 2. Terkebil-kebil Risa.Sape pulak tu?Ichijou Akira tersenyum sinis.Kening double-jerk diangkat. Tanpa menghiraukan Risa dan love confessionnya, dia mengatur langkah melepasi Risa. Terpana Risa. Automatik dia menarik kuat lengan Ichijou Akira, memaksa menghentikan langkahnya. “ Nanti! Camne dengan confession saya. Awak nak pergi macam tu aje ke!?” Digenggam erat lengan Putera Ichi, tak mahu dilepaskan. Aku tahu aku kena reject, tapi...! Ichijou Akira mendengus. Tanpa memandang Risa, dia memberikan jawapan... “You‟re not my type..” Perlahan tapi masih boleh didengari.Terkedu.Terketar-ketar tangan Risa. Dengan berat hati, dia melepaskan lengan Ichijou Akira. Lemah tangannya dibawa ke sisi.Ichijou Akira menyambung langkah.Risa hanya mampu memandang sayu belakang putera itu sehingga dia menghilang di sebalik bangunan sekolah. Lemah lutut Risa.Terngiang-ngiang lagi kata-kata rejection Putera Ichi tadi. Akhirnya... Thud! Terjelepok Risa. Air matanya deras mengalir membasahi wajahnya yang comel itu. “Urgh!!!”Teresak-esak dia menangis tanpa dapat dikawal.Sakitnya hati bila cinta ditolak macam tu aje! Pedihnya! Terhenjut-henjut bahu dia. Habis hingusnya meleleh tapi tak dihiraukan langsung oleh Risa. Dia menyalahkan diri kerana begitu bodoh meluahkan perasaan walaupun tau ape jawapannya. Bodohnya aku!!! “Hei, kau tak apa-apa ke?”
  • 3. Ish, sape pulak kacau aku punya sentimental time ni?! Kacau daun betullah! Risa mendongak.Dihadapannya seorang budak lelaki yang tengah pandang dia dengan penuh kerisauan.Tak berkelip mata Risa. Handsome jugak mamat ni! “Emm, rasanya kau perlukan ni. Habis hingus kau meleleh. Geli pulak aku tengok,” Terbeliak mata Risa. „Straightforwad‟nya mamat ni! Secepat kilat dia rampas sapu tangan yang dihulurkan lelaki itu. Orang dah bagi pinjam ambik ajelah! Risa menghembus kuat hingusnya pada sapu tangan itu.Dikesat-kesat dengan selamba aje..Ambik kau! Kutuk aku lagi.Budak lelaki itu dah buat muka pelik. Eeew! Lepas tu dihulurkan semula pada budak lelaki itu dengan muka toya tanpa rasa bersalah pun.Habis lencun sapu tangan dia dengan hingus Risa.Terkebil-kebil budak lelaki itu. Tanpa dapat ditahan, terus dia meledakkan tawa. Kuat pulak tu! Tak senang Risa dengan tawa itu.“ Apahal kau ni?!” Keras suaranya.“Oh, sori, sori. Kau ni kelakarlah, tak senonoh pun ya. Takde sifat keperempuanan tapi kau comel. Ha,ha,ha!” kata budak lelaki itu dengan tawa yang masih bersisa. Dia ni puji ke kutuk aku? Pelik betullah! Risa mendengus marah. Setelah tawanya reda, budak lelaki itu mencangkung supaya matanya setentang dengan mata Risa. Dia tersenyum lalu menghulurkan tangan.Berkerut dahi Risa.Apa lagi mamat ni nak? “ Aku Khairul. Nama kau..?” Dia menghadiahkan senyuman maut kepada Risa.Teragak-agak Risa untuk menyambut huluran tangan itu. Sudi berkawan...tapi! Risa menggeleng. Haram sentuh orang bukan muhrim.. Tapi, terubat jugak hati dia dengan tingkah mamat tu..Risa tersengih lalu membuat tanda „peace‟.“ Risa...”
  • 4. Another love story is coming...! * * * * “Haish..” Kana mengeluh berat.Merungut-rungut dia dalam hati.Tangannya ligat mengurut pergelangan kaki kanannya yang terseliuh terkena pasu bunga tadi.Habis tudung dan baju sekolahnya comot dipalit tanah. “Ouww!!” Itulah padahnya mengendap orang lain, kan dah kena..Dia sendiri pun tak tau kenapa ringan je kaki dia mengekori cipan dan budak junior tadi.Kenapa ya? Entah! “ Kau ni memang stalker kan, shorty..” Kana memandang ke arah suara itu.Ichijou Akira selesa bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh.Mereka berpandangan.Tajam sekali. Seperti ada arus eletrik yang sedang bertingkah keluardari tenungan masing-masing. Kana mencebik lalu meneruskan urutannya. Whatever lah cipan! Ignore me, eh? Ichijou Akira melangkah menghampiri Kana lalu terus duduk berhadapan dengan Kana. Dengan muka cipannya, dia menarik kaki Kana lalu terus mengurut tempat yang terseliuh. Macam nak tercabut mata Kana dari soketnya dengan tindakan cipan yang tak diduga itu. Suka hati dia aje! Geram,Kana menarik kakinya daripada sentuhan cipan itu. Tak mengalah, Ichijou Akira tarik balik. Kana tarik.Cipan tarik balik.Kana tarik. Cipan..
  • 5. Bengang, dipicit kuat pergelangan kaki Kana. Rasakan kau,hiyaaah!! Terjerit kuat Kana. Mangkuk ayun punya cipan! “Woi! Kau nak patahkan kaki aku ke apa?! Kalau nak tolong, buatlah cara tolong. Sakit giler ni,BAKA!!” Padan muka! Kutuk Ichijou Akira dalam hati. “ Well, it‟s not my fault kaki kau terseliuh. Lagipun sape suruh kau stalk aku. Sendiri mau ingat la..” sinis nada suaranya membidas kata-kata Kana. Diam. Merah muka Kana tapi malas hendak menjawab. Betul pun! Dibiarkan aje kakinya diurut oleh cipan tu. Aik, diam pulak? Yosh, victory! Ichijou Akira bersorak kemenangan dalam hati. Beberapa minit berlalu, Kana hanyut dalam fikirannya sendiri. Leka dia dengan urutan cipan tu. Boleh tahan! Boleh dimasukkan dalam senarai calon suami, hihi.. Eh, macam tak betul aje ayat aku tu? Suami?!Kana membayangkan dia dan cipan tu jadi suami isteri, daripada enemy change to lovey-dovey couple.. Bayangkan.. “Oh, my honey bunny shorty..” “ Oh, my sweet cipan..” Eeew! Kana menggeleng-geleng kepala membuang bayangan itu. Geli-geleman segala bulu kat badan aku ni! Nahi, nahi! “ Okay, done!” Huh?? Terkebil-kebil Kana.Berkecai segala lamunannya.Dah ke?Tapi, kenapa aku rasa bertambah sakit?
  • 6. “Naik belakang aku.Biar aku bawak pergi bilik sakit. Bengkak kau dah makin besar,” Hah?! Gi-la apa cipan ni?? Pantas dia menggeleng berkali-kali.Tak setuju langsung dengan cadangan gila cipan tu. “Tak nak lah..” “ Don‟t be like a spoiled brat boleh tak. Kau nak sampai tak boleh jalan ke kaki tu?” ugut Ichijou Akira. Gulp! Ya, Allah, tolonglah jangan ambil nikmat tu dari aku.. Nak tak nak, terpaksalah Kana naik belakang cipan tak guna tu. Kedua-dua tangannya melingkari leher Ichijou Akira. Ngeee, ngerinya! Nasib baik aku pakai seluar panjang kat dalam kain, kalau tak... Sepi menyelubungi.Kana rasa tak selesa.Lebih-lebih lagi dengan jantungnya yang tak henti-henti berdegup. Lama lagi ke nak sampai? Lembab betul cipan ni jalan, cepatlah sikit! Namun, jauh di sudut hatinya, dia memang tak nak cepat sampai ke bilik sakit. Kalau boleh dia nak masa terhenti sekarang.Kenapa?Dia sendiri takde jawapannya. Dub, dab! Dub,dab! Aiseyman, jantung..Senyap sikit boleh tak?? Naya aku kalau cipan tu tau aku tengah berdebar-debar skang ni! Tiba-tiba Kana teringat pasal budak junior tadi dengan cipan.Pelbagai persoalan muncul di benaknya.Apa jadi?? Budak tu nak ape dengan cipan?Dia luahkan perasaan dia ke?Cipan terima ke?Kana rasa sayu tiba-tiba. Hatinya sangat sakit, seperti nak menangis pun ada! Dia rasa seperti dikhianati.. “Cipan...”
  • 7. Diam. “Love confession?” Ichijou Akira angkat kening double-jerk. “ Jeles ke?” “Ee, tolonglah! Takdenya aku suka orang macam kau! Aku ade prince charming aku sendirilah!” Pantas Kana menyangkal. Tak nak cipan tu perasan pulak! Ichijou Akira tak membalas.Diam lagi.Bahu Ichijou Akira menarik perhatian Kana.Ditenungnya lama.Automatik dia tersenyum. Bahu dia sangat lebar..Kenapa aku tak perasan selama ni? Ah, jantung! Kenapa kau berdebar lagi?Sakit eh? Sorilah tak jaga kau dengan baik..Kana dah mula merapu dalam hati. “Wei, cipan..” “ Akira..” Huh??? Berkerut dahi Kana.Apa pulak ni? “ Nama aku Akira, bukan cipan. Dah lama aku sabar dengan kau tau tak. Ikutkan hati, nak aje aku baling kau sekarang ni. Biar lagi sakit kaki kau. Lain kali panggil aku Aki, faham tak shorty??” Tanpa amaran, Ichijou Akira berpaling.Hidung mereka tersentuh.Segalanya berlaku begitu pantas.Terpana Kana. Boleh dirasakan hangat hembusan nafas Ichijou Akira pada kulitnya.Debaran hatinya makin menggila dengan kejadian tak disangka itu.Macam nak meloncat jantungnya. Dan, sudah tentu Ichijou Akira pun merasai benda yang sama.
  • 8. Oh, mamma mia.. * * * “ It‟s love my dear! Kau dah s.u.k.a kat Putera Ichi tu!!” Nak tercekik Kana dengar conclusion Ika selepas mendengar cerita dia pasal seminggu lalu. Dan, pasal jantungnya yang dah mula „sakit‟ sejak tu. Biar betul minah jiwang ni! Fara yang tengah mengunyah nugget angguk, mengiakan.Kana buat muka geli. Takkanlah! Impossible! “It‟s possible, honey..”Ika menepuk lembut bahu Kana. Terkejut Kana. Aik, dia boleh dengar suara hati aku ke?Hebat, macam Pelesit Biru je. Teringat pulak dia pada Presiden kesayangannya itu.. Ketika itu mereka sedang menikmati waktu rehat di bawah pokok besar di hujung padang sekolah. Tempat feveret diorang.. “ Tapi, kan, aku rasa tak mungkinlah aku suka dia. Selama ni kitorang kan enemy. Kadang- kadang gaduh sampai luka. Tapi...” Air kotak milo dihirupnya sampai habis lalu diremukkan.Kemudian dimasukkan ke dalam kocek baju. Dia membuang pandang ke tengah padang melihat budak senior dan junior main bola. Ika dan Fara sabar menunggu apa yang Kana nak cakap tadi. “ Tapi, skang kitorang dah tak gaduh sangat. Kalau boleh aku nak elak jumpa atau bertembung dia. Aku tak nak pandang muka dia langsung.Eeii, benci aku bila ingat muka cipan dia tu!!” Jerit Kana tiba-tiba.Geram pasal kejadian seminggu lalu yang menyebabkan hatinya „sakit‟.Ika mendengus geram. Degil betullah kawan dia yang sorang ni!
  • 9. Ika memikir seketika sambil mengusap dagu.Mereka berjalan beriringan. 15 minit lagi sebelum waktu rehat habis. Kana di tengah-tengah antara mereka. “ Okey, biar aku tanya kau beberapa soalan. Pertama, ada tak bila kau bertembung mata dengan dia, kau rasa thump,thump?” tanya Ika. Tajam matanya memandang Kana.Berkerut dahi Kana. Thump,thump? Apa kejadahnya tu? Ooo, berdebar-debar kot. Hmm..Kana memikir. Dua hari lepas, aku tak sengaja terlanggar dia. Pastu mata kitorang bertemu. Pastu aku rasa.. Kana gigit bibir.“ A..da..” Berat mulut dia nak jawab.Tapi, memang betul pun. Ika tersenyum lebar.Good.. Fara turut senyum, walaupun tengah sibuk mesej dengan entah siapa tapi dia tetap pasang telinga. “ Kedua, sejak kejadian tu kau tak boleh tidur lena dan kadang-kadang tak boleh tidur langsung. Betul atau tak?” Makin berkerut dahi Kana. Macam mana.. “ Macam mana kau tau? Aku tak boleh tidur sebab aku selalu berjaga malam. Yelah,periksa kan dah dekat. Aku tak nak gagal Fizik dan Add Math lagi.” Hmm..okey.. 1-1. “ Last question. Pernah tak kau mimpi dia. Maksud aku pernah tak dia muncul dalam mimpi kau?”
  • 10. Serius muka Ika. Fara menekan „send‟ pada handphonenya lalu menutupnya. Disimpan handphonenya ke dalam kocek.Muka dia pun serius jugak.Walaupun mereka bersoal-jawab, kaki mereka laju melangkah menyusuri dewan sekolah pula. Kana memikir lagi. Rasanya... “ Ada. Cipan tu kacau daun betullah. Aku tengah mimpi dating dengan prince charming aku, pastu boleh pulak dia datang bawak aku lari dengan unicorn putih! Eei, dalam mimpi pun nak gaduh dengan aku jugak.Bengang betullah dengan Jepun tu!!!” Kana sudah mula menggenggam penumbuk.Bengang. Teringat pasal mimpi dia dengan Ji Hun dalam Boys Over Flower. Sejak hari tu, asyik-asyik dia je muncul dalam mimpi aku. Bosan!!! Bingo!! 2-1!!! Pap! Ika dan Fara buat hi-five.Diorang tersenyum lebar. Banzai! Banzai!! Mereka bersorak dalam hati.Gembira tak terkata. Akhirnya, „anak gadis‟ mereka sudah mula melangkah ke alam dewasa.. Hu,hu, terharunya! “Wei, betul tak aku cakap yang kau...” “...suka dia?? Tolonglah, tak mungkin!”Pantas dia memintas kata-kata Ika.Dia mempercepatkan langkah. Malas nak dengar benda yang mengarut! Ika dan Fara mencebik. Bengap betul kawan diorang ni! Dituruti juga langkah Kana yang laju meninggalkan mereka. “ Go,go! Fight! Go,go! Fight! Wooah!!”
  • 11. Mereka bertiga tertarik dengan sorakan di dalam dewan lalu masuk untuk melihat apayang berlaku. Woa! Ramai betul orang.Kebanyakannya pulak budak perempuan yang tengah terjerit- jerit dan terloncat-loncat macam beruk. “ Patutlah..budak-budak basketball ada game hari ini.” Kata Ika sambil terjengket-jengket untuk tengok perlawanan.Terpaksa sebab ramai yang blocking.Fara angguk. Dia menoleh pula pada papan yang menunjukkan score. “...dan sekolah kita mendahului. Baguslah. Tak pernah sekalipun kita menang dalam perlawanan rasmi..” Kana membatu. Tidak dihiraukan apa yang dibualkan Ika dan Fara.Matanya tajam memandang pada seseorang di tengah gelanggang. Ika dan Fara yang pelik dengan kebisuan Kana turut memandang arah yang sama. Pemain nombor 7 yang sedang dihalang dua orang pemain lawan menarik perhatian mereka.Senyum. Patutlah kaku macam patung aje..Ichijou Akira! “Ichi-sama! Ganbatte! Kyaaa!!!” “Woi, jangan tolak Ichi-sama kitoranglah!!” “Ichi-sama!!!” Bla, bla, bla..Kana leka memandang Ichijou Akira yang sedang bermain sehingga sorakan peminat-peminat cipan itu tidak dihiraukan.Peristiwa seminggu lalu terimbas kembali di mindanya. Teringat love confession terhadap Ichijou Akira.Teringat perasaannya yang terasa dikhianati. Teringat juga kejadian yang membuatkan jantungnya rasa nak meletup.Jarak yang paling dekat antara mereka buat...kali kedua.Kana menghempaskan keluhan berat. “ Jomlah. Waktu rehat dah nak habis,”
  • 12. Lemah suaranya mengajak Ika dan Fara supaya pergi dari situ.Dipaksa kakinya melangkah. Aku tak suka perasaan yang ada ni, ya Allah..Ika dan Fara membuntuti langkah Kana. Dari belakang, Kana seperti orang yang putus cinta. Gloomy aura... Sambil mengorak langkah, Ika memandang Ichijou Akira di sebalik deretan pelajar yang memberi sorakan. Pemain nombor 4 pihak lawan cekap merampas bola dari Kapten Basketball.. Fara teringat sesuatu. Bulan ni bulan Mei.. “ Kana..” panggil Fara. Pada masa yang sama, Ichijou Akira berjaya merampas bola dari pihak lawan dan laju berlari menuju ke „basket‟ pihak lawan. 20 saat lagi untuk perlawanan tamat..Ketika itu pihak lawan mendahului dengan 2 mata. “ Macam mana kalau dia balik semula ke Jepun..” 10 saat lagi... Ichijou Akira berjaya melepasi dua orang pertahanan lawan dan berada di posisi 3 mata! Tanpa membuang masa, Ichijou Akira melompat lalu melontar bola terus menuju ke basket! 5 saat lagi.. “...dan tiada di sisi kau lagi, mungkin selamanya kau takkan jumpa dia semula. Masa tu, apa kau nak buat?” Langkah Kana terhenti.Betul-betul selari dengan posisi 3 point Ichijou Akira. Serentak itu juga, bola menjunam masuk ke dalam basket.Melantun-lantun seketika sebelum bergolek terus ke kaki Ichijou Akira..
  • 13. Zero second. Prittt! Tiupan wisel daripada pengadil menandakan perlawanan tamat! “Yay!!!Kita menang!!!” Bergegar dewan dengan sorakan gembira pelajar-pelajar.Mereka mengerumuni pemain-pemain basketball dan mengucapkan tahniah terutamanya Ichijou Akira. Kana terkedu.Tak pernah dia terfikir sampai ke situ.Entah kenapa hatinya sebak memikirkan kemungkinan itu.Dia memejam mata rapat-rapat. Ya, Allah, kenapa hati aku sakit? “ Macam mana kalau..” Kata-kata Fara terngiang-ngiang di kepalanya.Kana membuka mata. Perlahan-lahan.. “...dia tiada di sisi kau lagi, mungkin buat selamanya. Masa tu...” ...kepalanya ditoleh ke gelanggang yang dipenuhi dengan pelajar.Matanya tertancap pada Ichijou Akira yang tengah dikerumuni.Ika dan Fara memandang sayu dari belakang. Tanpa disangka, Ichijou Akira turut menoleh seperti ada tarikan magnet antara mereka. Dia mengenyit mata pada Kana lalu tersengih nakal. Zapp! Perasaan aneh dirasai Kana. Kalau dia takde, masa tu..Kata-kata Ika masih berdengung di telinganya. ..Apa kau nak buat? Dub, dab! Kana menyentuh dadanya yang berdebar-debar. “ Apa aku nak buat..?”
  • 14. * * * Bulan Jun. 6:00 p.m. Rumah Khidir. “ Wei, Akira!” Khidir mencuit bahu Ichijou Akira yang leka menonton VCD Bleach milik Khidir.Dia menoleh.Khidir menuding ke arah telefon rumahnya. “Mak kau call.Dia nak cakap dengan kau.Urgent katanya. Kau ni pun satu, buat apalah off handphone. Menyusahkan aku je nak angkat telefon, kau pulak bersenang-lenang tengok Bleach,” Khidir dah mula membebel sambil kakinya ligat memanjat tangga rumahnya menuju ke tingkat dua.Ichijou Akira tersengih. Macam mak nenek je kawan aku ni. Tanpa berlengah, dia bangun dari sofa dan terus menuju ke telefon. “ Thanks bro! Nanti aku belikan kau ayam panggang!” Jerit Akira sambil tangannya memegang gagang telefon.
  • 15. “ Aku nak 5 ekor, bro!” Jerit Khidir dari tingkat atas. Tengah main PS2 lah tu..Tergeleng-geleng Akira.Telefon dilekap ke telinga. “ Ka-san, Akira desu,” “Aki-chan..!” * * * 8.30 p.m. hari yang sama.. Bilik tidur Kana. Flop! Direbahkan badannya ke atas katil sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik air.Dibiarkan aje rambutnya yang masih basah.Malas nak keringkan.Hatinya resah.Tak keruan dan serba tak kena. Kana asyik terfikir apa yang dikatakan Fara sejak sebulan lalu. Kana mengeluh berat.Dia bergolek-golek malas di atas katil.Habis berselerak katilnya.Sudahnya dia memandang kosong kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana. Ingatannya terarah pada cipan.Tak pernah sekalipun aku tengok dia senyum kat aku dengan ikhlas. Ichijou Akira..Handsome jugak dia tu. Kana hanyut dalam fikirannya sendiri.Lagu „Jumping‟ dari KARA bermain dari mp3nya menemani khayalannya.
  • 16. Huh??? Kana tersedar.Apasal aku ingat kat cipan tu?! Pap! Ditampar pipinya sekali. Gi- la! Kana mencapai Suzuki-san lalu dipeluk erat teddy bearnya itu. “Kau suka dia!” Teringat kata-kata Ika. Blush! Merah muka Kana.Spontan kepalanya digelengkan. Tak mungkinlah..! Dah sebulan mereka tak bercakap, bergaduh apatah lagi. Masing-masing macam cuba mengelakkan diri daripada bertembung. Bagus, taklah ganggu hidup aku! Kana mengeluh berat.Tapi, kenapa aku rasa kehilangan? Lagu tema Oh! My Lady, My Doll mematikan keluhannya. Dia mencapai handphonenya lalu melihat nama yang tertera pada skrin. Ika..Kana menekan butang hijau lalu dilekapkan pada telinga. “ Kana, habislah! Big problem! Khidir call aku tadi, dia kata...!” Kana menjarakkan sedikit handphone dari telinganya.Bingit. Boleh pekak telinga aku..kutuknya dalam hati. “Wei, kau ni slow downlah sikit. Cubalah bagi salam dulu. Hah, apasal? Khidir ajak kau kahwin malam ni ke?” Kana ketawa. Ika dan Khidir..Couple yang dia paling respect.Ika di talian bengang. Hish, budak ni! Orang tengah masalah besar boleh buat lawak tak bodoh pulak! “ Kana, please! Listen to me,honey. Ichijou Akira dia...” Kana berhenti ketawa.Ya, Allah, kenapa dengan cipan? “..dia kena balik Jepun malam ni jugak!”
  • 17. Serentak itu juga mp3 Kana memainkan lagu Love That Cannot Be erased dari SS501. Kana tersentap.Hatinya bagai direnggut.Pedih.Kelu lidahnya untuk membalas.Kenapa?Bukan 3 hari lagi baru dia balik?Kenapa cepat sangat?Pelbagai persoalan bermain di mindanya namun tak mampu diluahkan.Sebak.Air matanya mula bergenang di tubir mata. “Business keluarga dia ada masalah, ayah dia sakit. So, mak dia minta dia balik untuk selesaikan...” Kata-kata Ika langsung tidak didengari Kana.Dia terlampau terkejut. “Apa maknanya kalau jantung kau berdebar-debar bila tengok dia walaupun sekejap?” “ Apa kau nak buat kalau dia takde?” Zapp! Kata-kata Fara dulu membuatkan Kana tersedar. Ya, Allah..Kana menutup mulut. Kenapa aku tak sedar selama ni? Cipan! Wajah Ichijou Akira menerpa mindanya. Segala ekspresi wajahnya, tindak-tanduknya dan segalanya tentang dia.. “Airport...” Bergetar suara Kana. “ Hah??” Suara Kana yang perlahan menyukarkan Ika mendengar apa yang dikatakan Kana. “Aku nak pergi airport!!!!” Tut,tut,tut. Talian diputuskan.Kana pantas memakai tudung dan menyarung jaket untuk menutupi baju tidurnya.Bergegas dia keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Aku dah buat keputusan! Di fikirannya hanya satu. Ichijou Akira! * * *
  • 18. Kereta BMW hitam itu laju memecut membelah lebuh raya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Pemandunya Pak Kasim cekap memutar stereng dan memecut laju seperti di litar lumba. “ Macam mana kau tau aku nak pergi airport?” Fara menoleh memandang Kana yang dibasahi peluh dingin.Dia tersenyum.Dicapai tangan Kana yang sejuk lalu digenggam erat.Menyalurkan kekuatan untuk rakannya. “ Kita kan childhood friends. Mestilah aku tau cara kau berfikir macam mana. Dengan sikap kau yang tak fikir panjang,mesti kau nak lari pergi airport. So, aku ready ajelah tunggu depan rumah kau,” Kana tersenyum hambar.Terharu. Pada saat begini, dia tak tahu apa yang perlu dilakukan. Pertama kali dia buat kerja gila macam ni. Kejar lelaki malam-malam kat airport. Semuanya demi Ichijou Akira yang mungkin akan pergi dari hidupnya selamanya. Sape tahu bila mereka akan berjumpa lagi? Teringat pulak dia pada mak ayahnya.Terkejut beruk diorang bila Kana cakap nak pergi airport malam-malam. Dengan baju tidur pulak tu. Pengsan terus ayah.Adik lelaki aku yang otaku pulak suruh aku bawak model Gundam dari Jepun. Mak pulak menyokong aku, bersemangat suruh aku kejar cinta aku. Siap mintak gambar SS501 lagi. Mak, dia nak pergi Jepunlah.. Kana tersenyum sendiri. Macam ni rupanya suka kat orang. Sanggup buat apa aje..Fara disebelah menepuk perlahan bahu Kana. “Oit, kau ni kalau dah angau takut aku. So, sebelum kau sampai kat airport, aku nak tanya kau betul-betul S.U.K.A dia ke tak?”
  • 19. Bersinar-sinar mata Fara menanti jawapan keramat Kana.Kana tersengih-sengih macam kerang busuk. “ Fara, terima kasih sebab bagi aku sedar perasaan aku. Ika pun. Kalau tak, aku akan menyesal seumur hidup aku. Korang pernah tanya aku dulu, aku suka kat dia atau tak. Sekarang, aku dah ada jawapan dan aku pasti skang yang..” Kana menarik nafas dalam-dalam. Be brave! “..yang aku su..” “ Cik Muda, kita dah nak sampai!” Fara melihat pada signboard di luar.Dia menarik nafas lega. Sikit je lagi..Ditoleh semula pada Kana yang tak senang duduk.Dia menggenggam erat kedua-dua tangan Kana. “Kau confesslah kat dia nanti.Biar dia terlopong.Aku doakan kau sempat jumpa dia. Okay, honey?” Fara mengenyit mata.Mereka ketawa bersama.Ya, ALLAH, moga-moga aku sempat. Akira! * * * Pintu masuk balai pelepasan. Ichijou Akira menoleh.Dia seperti terdengar suara Kana memanggil namanya. Nama sebenarnya..Dia menggeleng. Tak mungkin...
  • 20. “Wei, tak ada tertinggal barang kan? Malas aku nak bagi kat kau balik. Buang duit aku je,” Seloroh Khidir.Ichijou Akira ketawa.Mereka berpelukan. Walaupun singkat, namun friendship yang terjalin takkan hilang. “Arigato untuk semuanya bro. Kirim salam aku kat oji-san dan oba-san.And kau jangan lupakan aku tau. Kalau nak kahwin bagitau aku kalau tak..” Ichijou Akira menunjukkan penumbuknya.Khidir ketawa lalu menumbuk perlahan bahu sahabatnya itu. “Taulah aku.Tapi dia camne? Tak apa ke tak bagitau dia yang kau balik Jepun hari ini? Kesian dia bro.” Ichijou Akira mengeluh berat. Shorty..Mesti muka dia merah pastu terus melenting bila aku panggil dia macam tu. Akira tersenyum hambar. “ Biar ajelah. Dia bukannya kisah pasal aku pun.Pandailah aku lupakan dia nanti. And, ni kira hukuman untuk dia jugak sebab tak nak mengaku yang dia dah jatuh cinta kat aku..” Akira angkat kening double-jerk sambil tersenyum jahat.Khidir ketawa.Faham benar dengan perangai jahat Akira yang suka buli orang yang dia suka. Haish, nasib kaulah Kana sebab jatuh cintan dengan Devil ni.. “Perhatian kepada semua penumpang MAS xxx. Panggilan akhir untuk penerbangan ke Tokyo...”
  • 21. Akira mengangkat beg galasnya lalu disandang di bahu. Dia melambaikan tangan kepada Khidir. “Sayonara...” Dia melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi.. * * * Termengah-mengah Kana berlari.Nafasnya tak teratur.Habis lencun baju tidurnya yang ditutupi dengan jaket.Tidak henti-henti dia berlari sejak menjejakkan kaki ke airport.Berlari tanpa tujuan.Dia takut nak berhenti, takut tak dapat jumpa Akira lagi!Tidak dihiraukan langsung dengan mata-mata yang memandangnya pelik. Cipan..cipan! Kana berlari memanjat elevator sambil matanya liar mencari kelibat orang itu. Takde...takde! Akira, Akira, Akira!!! Hatinya menjerit memanggil nama itu berkali-kali. Langkahnya makin laju.Matanya liar mencari di kalangan orang ramai.Tolonglah, tolonglah jangan pergi dulu!! Tolonglah!! Kana berhenti melepaskan lelah.Tercungap-cungap dia. Susah-payah dia bernafas mencari udara.Semput dadanya kerana berlari tanpa henti.Menitik peluh jatuh ke lantai.Kelibat orang yang dicari masih tak dijumpai.Namun, dia tak putus asa.Matanya liar mencari buat kesekian kali. Tolong...tolonglah! “Akira...” “Huh???”
  • 22. “Nama aku Akira, bukan cipan. Suka hati kau aje panggil aku cipan..” Kenangan sebulan yang lalu menerpa mindanya.Sebaknya tak terkata.Mengalir air matanya. Dia dah pergi... Pahit hendak diterima tapi itulah hakikatnya. Akira dah pergi! Lemah lutuh Kana. Akhirnya, dia jatuh terjelepok, tidak mampu lagi menahan perasaan yang maha berat ini. “Bak sini RM70, sebab aku dah tumpangkan kau. Tak termasuk kau hentak muka aku yang handsome ni...” Kana tersenyum hambar mengenang pertemuan kali pertama mereka. Huru-hara! Air matanya mengalir tanpa henti. Menyesal... Cipan, aku belum cakap perkataan tu lagi... Dengan penuh perasaan dia menjerit kuat, menggegarkan KLIA, “Aku suka kat kaulah! BAKA!!!” Fuh, lega..Kana tersenyum puas. “ Sape bodoh?” Terkejut badak Kana. Suara tu...tak mungkin! Perlahan-lahan dia berpaling.Dia menelan liur.Gulp! Mak, ni hantu ke ghost ke orang?? Nak pitam dia melihat orang yang berada di belakangnya, selamba minum air tin latte feveretnya. Kana terlopong luas.Nak terkeluar biji mata dia.Tak tau nak beri reaksi apa..Ichijou Akira!!! “Sorry for our inconvenient and have to delay the flight. Now, the plane to Tokyo will be departed soon...” Bla,bla,bla.. Kana kaku. Flight delay..jadi orang kat depan ni...! “Eeeekk!!!”
  • 23. Terkeluar jugak suara pelik Kana.Kelam-kabut dia bangun. Blush! Blush! Berasap mukanya menahan malu. Dia dengar ke tadi??Akira senyum sinis lalu berjalan melepasi Kana yang tertunduk akibat malu yang amat sangat. “ Well,then, aku pergi dulu, shorty...” Kana kaku.Langsung tak menghalang, Dia tak tau nak buat apa sekarang. Habis blackout otak dia. Akira sudah makin jauh melangkah.Tiba-tiba, ada mesej masuk pada handphonenya. Fara.. Kana menekan „view message‟. Wei, apa kau tercegat lagi?! Cepatlah halang dia and confess kat dia. Sia-sia aje usaha aku nanti. Kau boleh buat sis! Beranikan diri kau! Kau suka diakan!! Fighting!>< p/s: Aku, Ika dengan Khidir kat depan kau. Kana tersenyum membaca mesej tu. Dia memandang ke hadapan.Ika, Fara dan Khidir melambai- lambai ke arahnya tanda memberi sokongan kepadanya. Korang..terima kasih. Kana mengesat hingus lalu menarik nafas panjang. Aku boleh buat! Akhirnya.... “Akira!” Terhenti langkah Akira namun dia tidak berpaling.Terkejut jugak bila Kana memanggil namanya buat pertama kali.Sabar dia menanti bicara Kana. At last... Kana menggenggam tangannya mencari kekuatan. Aku suka dia..Dia menarik nafas dalam- dalam lalu.. “ Aku suka kat kau!!!”
  • 24. ....suka sangat-sangat...! Turun naik nafas Kana setelah mengucapkan kata-kata keramat itu.Lega hatinya. Puas! “Aku tak dengar...” jawab Akira setelah diam begitu lama.Langkahnya diatur menuju pada Kana. Hah??? Dia ni pekak ke? Takkan nak cakap lagi, malulah! Takut dia tengok Ichijou Akira yang makin mendekat.Eeee, nak kena cakap lagi ke? Ah, gasaklah!! Akira berhenti satu meter dari Kana.Menanti.“ Aku suka kat kaulah, pekak!!!” Kali ni naik satu oktaf suaranya. Terus dia tunduk.Kalau tak dengar lagi, tak taulah aku..Akira tersenyum tanpa disedari Kana. “Aku..tetap tak dengar....” Mendidih darah Kana. Dia ni nak cari pasal dengan aku ke? Okay fine biar aku jerit kat telinga kau!! “Sushilah! Aku suka sushi!”Terpacul ayat tu dari mulutnya.Kana ketawa dibuat-buat.Dalam hati dia menangis. Bodoh! Merah mukanya toksah cakaplah..Ichijou Akira ketawa tiba-tiba. Budak ni memnag pandai buat orang ketawa. Dia menghampiri Kana yang tertunduk. Tengah nangislah tu.. “You‟re suck at lying..” Kana mengesat hingus. Taulah, toksahlah cakap! Kana masih memandang kaki sendiri.Ichijou Akira tersenyum lagi. “Kana..”
  • 25. Perlahan namun mampu membuatkan jantungnya melantun hebat. Pertama kali cipan memanggil namanya! Automatik kepalanya diangkat.Serentak itu juga Akira membongkok dan mendekatkan bibirnya pada telinga Kana.Mulutnya bergerak-gerak menuturkan sesuatu. Bulat mata Kana.Pantas dia menutup mulut.Air matanya mengalir lagi.Blush! Merah terus muka dia mendengar bisikan Akira tadi. Seluruh muka pulak tu. Akira tersenyum, kali ini begitu manis, hanya untuk Kana. Ya, Allah, aku takkan lupakan senyuman tu sampai bila-bila.. Kenangan antara mereka satu-persatu menerpa.6 bulan terasa begitu lama tapi kini kisah mereka sudah sampai ke penghujungnya. Kana menggenggam erat rantai berbentuk kunci yang diberi oleh Ichijou Akira sebelum dia berlepas. Sebuah janji yang akan dipegang sampai bila-bila,Insya-Allah.. Kata-kata Ichijou Akira dipahat kukuh dalam hatinya.. Zutto Aishite.. Kana.. p/s : this story was inspired from my sis, Momuzuki Kisa (nama pena dia) ^^