SlideShare a Scribd company logo
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

                         KPR 5063

           KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

                        TUGASAN 1

                 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

                          TAJUK:

MENGATASI KELEMAHAN MURID MENGUASAI ASPEK TATABAHASA

                  DALAM BAHASA MELAYU



                     DISEDIAKAN OLEH :




      NAMA                                        NO. MATRIK

NORMAWATI BINTI ABDUL HAMID                       L20101005984

SUHANAYANTI BINTI DAMAN HURI                      L20101005995




                       PENSYARAH :

         PROF MADYA DR. ABD. LATIF BIN HJ.GAPOR




                                                                 1
Tajuk

Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui
Cara Permainan Bahasa.

Pengenalan

        Laporan kajian tindakan ini dilakukan untuk memenuhi prasyarat kursus KPR 5063
Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Kajian tindakan ini telah kami perolehi melalui laman
sesawang http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cdl/article52.pdf. Kajian tindakan ini telah
dijalankan oleh A.Chellamal Bagavathy di SJK (T) Ladang West Country (Barat) pada tahun
2005. Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa
dalam Bahasa Melayu. Seramai 25 orang murid tahun enam dari sekolah tersebut telah dipilih
menjadi responden kajian. Murid-murid tahun enam dipilih sebagai kumpulan sasaran untuk
kajian ini kerana kelemahan mereka dalam menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu.

        Sebelum kajian dijalankan, penyelidik telah mendapati bahawa murid-murid tidak dapat
menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Selain itu, penyelidik secara jelas telah
merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan murid-murid tersebut. Penyelidik
turut mengkaji cara bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan aspek
tatabahasa Bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan keupayaan, kemahiran dan pencapaian
murid dalam subjek Bahasa Melayu.

Masalah Kajian

        Penguasaan aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu penting kerana ia amat berguna
dalam penulisan Bahasa Melayu, bahkan telah menjadi syarat wajib untuk murid-murid lulus
mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya
ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bahasa Melayu perlu dipelajari oleh
murid-murid sekolah dan mereka harus mahir dalam teknik-teknik menulis karangan dengan
baik dan menguasai aspek tatabahasa supaya mereka tidak menghadapi masalah di kemudian
hari.

        Permasalahan juga timbul apabila guru-guru Bahasa Melayu menghadapi masalah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid agak sukar dan keliru dalam
memahami aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Oleh itu, guru-guru menggunakan pelbagai cara
dan teknik yang baru bagi memudahkan pemahaman murid dalam subjek Bahasa Melayu.

                                                                                             2
Kaedah Kajian

       Setelah mengkaji dan membaca laporan tindakan yang telah dibuat oleh penyelidik,
dapat kami kaitkan bahawa penyelidik telah menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh
(1989) dalam menyediakan kajian beliau. Penyelidik telah menerangkan secara terperinci cara
beliau menjalankan proses kajian bermula dari proses mengenalpasti masalah sehingga ke
proses penilaian. Setiap prosedur yang terdapat dalam kajian penyelidik adalah seiring dengan
Model Somekh (1989).




                               Rajah 1: Model Somekh (1989)

       Hasil daripada laporan prestasi murid dan pengalaman penyelidik berhadapan dengan
murid-murid yang kurang menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu menyebabkan
penyelidik dan guru-guru bahasa mencuba kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah

                                                                                           3
tersebut. Penyelidik telah menggunakan permainan bahasa dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Menurut penyelidik permainan bahasa dapat memberangsangkan minat dan
mendorong murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat tiga bahagian di dalam permainan bahasa ini iaitu kuiz, mencantum kad dan latih tubi.




Mengumpul dan Menganalisis Data

       Tindakan awal yang dilaksanakan oleh penyelidik dan guru-guru bahasa adalah
menyediakan ujian pra kepada murid-murid untuk menentukan dan mengenalpasti tahap
penguasaan aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Penyelidik telah menjalankan ujian pra pada 16
Februari 2005. Keputusan yang diperolehi daripada ujian pra ini dapat ditunjukkan seperti di
dalam jadual 1.

           Peratus        0-20      21-39    40-59      60-79     80-100     Jumlah pelajar
      Bilangan pelajar     4          14       3         2          2             25

                                  Jadual 1: Keputusan Ujian Pra

Jadual 1 menunjukkan keputusan yang diperolehi selepas ujian Pra dilakukan. Hasil daripada
ujian pra yang dilalukan didapati bahawa seramai 18 (72%) orang murid gagal menjawab
soalan tatabahasa yang diberikan. Ini menunjukkan sebilangan besar murid tidak dapat
menguasai dan memahami soalan tatabahasa yang telah diberikan. Untuk mengatasi masalah
ini, penyelidik telah melakukan permainan bahasa yang merangkumi kuiz, latih tubi dan
mencantum kad

       Selepas melaksanakan pelan tindakan, penyelidik menjalankan ujian pasca pada 25
Februari 2005. Ujian ini dilakukan untuk mengetahui tahap kemahiran yang dimiliki oleh murid
selepas beberapa tindakan diambil. Keputusan ujian pasca seperti dinyatakan di dalam jadual
2.

         Peratus          0-20       21-39     40-59      60-79     80-100     Jumlah pelajar

     Bilangan pelajar       -           -          16        4          5              25

                                 Jadual 2: Keputusan Ujian Pasca

         Berdasarkan jadual 2 menunjukkan keputusan ujian pasca yang telah diadakan oleh
penyelidik. Keputusan ujian mendapati bahawai 16 (64%) orang murid mendapat pencapaian C
                                                                                                4
dan 9 orang murid mendapat pencapaian A dan B dalam ujian ini. Ujian pasca telah
menunjukkan pencapaian murid amat memberangsangkan dan murid dapat menguasai aspek
tatabahasa Bahasa Melayu. Hasil dapatan menunjukkan permainan bahasa yang dijalankan
selepas ujian pra amat berkesan dan mendapat maklumbalas daripada murid.

       Penyelidik juga telah membuat perbandingan keputusan ujian di antara ujian pra dan
ujian pasca seperti ditunjukkan dalam jadual 3.

                    Bil      Nama Murid           Pra   Pasca    Beza
                    1.        Punitian            28     40       12

                    2.          David             25     42       17

                    3.           Luth             35     50       15

                    4.          Afiqah            30     49       19

                    5.      Chin Yu Tong          40     52       12

                    6.         Sharvin            16     45       29

                    7.          Megat             34     50       20

                    8.          Imran             42     55       13

                    9.     Gan Beng Fuh           56     68       12

                    10      Low Yit Seow          29     40       11

                    11         Gangai             12     45       33

                    12         Thayala            14     55       41

                    13           Raj              15     56       41

                    14          Vijay             82     90        8

                    15          Baga              86     89        3

                    16          Mani              24     56       32

                    17          Arasu             26     86       60

                    18          Guna              27     85       58


                                                                                       5
19            Mano         68          86         18

                   20            Shanti       28          67         39

                   21            Kamala       28          76         48

                   22            Vimala       22          68         46

                   23            Selvam       24          48         24

                   24            Segar        78          54         24

                   25             Uma         26          53         27


                   Jadual 3: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Hasil daripada kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan sebelum dan selepas tindakan
dilaksanakan. Terdapat peningkatan pencapaian murid dalam aspek tatabahasa bahasa
Melayu selepas permainan bahasa dilaksanakan.

Dapatan Kajian

       Hasil daripada kajian yang dijalankan, penyelidik telah berjaya mengatasi kelemahan
murid menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa.
Hampir keseluruhan murid telah berjaya menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu.
Penyelidik mengesyorkan permainan bahasa kepada semua guru bahasa untuk mengatasi
masalah penguasaan Bahasa Melayu. Beliau juga mencadangkan permainan bahasa diguna
pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua kelas.

Penutup

Kajian tindakan yang telah dijalankan merupakan satu usaha baik yang perlu dijalankan di
semua peringkat sekolah. Kajian ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid
malahan dapat memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih
berkesan. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua guru-guru untuk
meningkatkan prestasi pelajar.




                                                                                          6

More Related Content

Viewers also liked

Assigment KPR
Assigment KPRAssigment KPR
Assigment KPRKPM
 
Jurnal 2
Jurnal 2Jurnal 2
Jurnal 2
Norhaslina Lina
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakanhajizul
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
zulyanei
 
50084546 proposal-kajian-tindakan
50084546 proposal-kajian-tindakan50084546 proposal-kajian-tindakan
50084546 proposal-kajian-tindakanN Dingz Ups
 
Ulasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanUlasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanrozi ahmad
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakan
koperasi
 

Viewers also liked (9)

Assigment KPR
Assigment KPRAssigment KPR
Assigment KPR
 
Jurnal 2
Jurnal 2Jurnal 2
Jurnal 2
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
50084546 proposal-kajian-tindakan
50084546 proposal-kajian-tindakan50084546 proposal-kajian-tindakan
50084546 proposal-kajian-tindakan
 
Ulasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanUlasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakan
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakan
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 

Similar to Ulasan kajian tindakan

Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakanhajizul
 
Audit akademik bm copy
Audit akademik bm   copyAudit akademik bm   copy
Audit akademik bm copyAZUAD ozil
 
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
KavithaDevi13
 
Sistem analisis peperiksaan sekolah
Sistem analisis peperiksaan sekolahSistem analisis peperiksaan sekolah
Sistem analisis peperiksaan sekolahsyerry
 
Pro.kecemerlangan bi 2013
Pro.kecemerlangan bi 2013Pro.kecemerlangan bi 2013
Pro.kecemerlangan bi 2013Najihah Nazri
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Siti Nur Ain
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
crvwr4zf9r
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Abu Bakar Sani
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
Shone Weiza
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
Ahmad NazRi
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
SitiHafidah1
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
IPGM_KDRI
 
942 sp geografi (17.4.12)portal mpm
942 sp geografi (17.4.12)portal mpm942 sp geografi (17.4.12)portal mpm
942 sp geografi (17.4.12)portal mpmSupersifu2012
 
Sukatan pelajaran geografi stpm
Sukatan pelajaran geografi stpmSukatan pelajaran geografi stpm
Sukatan pelajaran geografi stpmJeya Kumar
 
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
Mohamed Nazul Ismail
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
sobri4587
 

Similar to Ulasan kajian tindakan (20)

Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
Audit akademik bm copy
Audit akademik bm   copyAudit akademik bm   copy
Audit akademik bm copy
 
Kaedah petak sifir
Kaedah petak sifirKaedah petak sifir
Kaedah petak sifir
 
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Sistem analisis peperiksaan sekolah
Sistem analisis peperiksaan sekolahSistem analisis peperiksaan sekolah
Sistem analisis peperiksaan sekolah
 
Pro.kecemerlangan bi 2013
Pro.kecemerlangan bi 2013Pro.kecemerlangan bi 2013
Pro.kecemerlangan bi 2013
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
942 sp geografi (17.4.12)portal mpm
942 sp geografi (17.4.12)portal mpm942 sp geografi (17.4.12)portal mpm
942 sp geografi (17.4.12)portal mpm
 
Sukatan pelajaran geografi stpm
Sukatan pelajaran geografi stpmSukatan pelajaran geografi stpm
Sukatan pelajaran geografi stpm
 
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 

Ulasan kajian tindakan

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPR 5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN TUGASAN 1 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN TAJUK: MENGATASI KELEMAHAN MURID MENGUASAI ASPEK TATABAHASA DALAM BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK NORMAWATI BINTI ABDUL HAMID L20101005984 SUHANAYANTI BINTI DAMAN HURI L20101005995 PENSYARAH : PROF MADYA DR. ABD. LATIF BIN HJ.GAPOR 1
  • 2. Tajuk Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa. Pengenalan Laporan kajian tindakan ini dilakukan untuk memenuhi prasyarat kursus KPR 5063 Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Kajian tindakan ini telah kami perolehi melalui laman sesawang http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cdl/article52.pdf. Kajian tindakan ini telah dijalankan oleh A.Chellamal Bagavathy di SJK (T) Ladang West Country (Barat) pada tahun 2005. Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Seramai 25 orang murid tahun enam dari sekolah tersebut telah dipilih menjadi responden kajian. Murid-murid tahun enam dipilih sebagai kumpulan sasaran untuk kajian ini kerana kelemahan mereka dalam menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Sebelum kajian dijalankan, penyelidik telah mendapati bahawa murid-murid tidak dapat menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Selain itu, penyelidik secara jelas telah merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan murid-murid tersebut. Penyelidik turut mengkaji cara bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan aspek tatabahasa Bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan keupayaan, kemahiran dan pencapaian murid dalam subjek Bahasa Melayu. Masalah Kajian Penguasaan aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu penting kerana ia amat berguna dalam penulisan Bahasa Melayu, bahkan telah menjadi syarat wajib untuk murid-murid lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bahasa Melayu perlu dipelajari oleh murid-murid sekolah dan mereka harus mahir dalam teknik-teknik menulis karangan dengan baik dan menguasai aspek tatabahasa supaya mereka tidak menghadapi masalah di kemudian hari. Permasalahan juga timbul apabila guru-guru Bahasa Melayu menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid agak sukar dan keliru dalam memahami aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Oleh itu, guru-guru menggunakan pelbagai cara dan teknik yang baru bagi memudahkan pemahaman murid dalam subjek Bahasa Melayu. 2
  • 3. Kaedah Kajian Setelah mengkaji dan membaca laporan tindakan yang telah dibuat oleh penyelidik, dapat kami kaitkan bahawa penyelidik telah menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh (1989) dalam menyediakan kajian beliau. Penyelidik telah menerangkan secara terperinci cara beliau menjalankan proses kajian bermula dari proses mengenalpasti masalah sehingga ke proses penilaian. Setiap prosedur yang terdapat dalam kajian penyelidik adalah seiring dengan Model Somekh (1989). Rajah 1: Model Somekh (1989) Hasil daripada laporan prestasi murid dan pengalaman penyelidik berhadapan dengan murid-murid yang kurang menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu menyebabkan penyelidik dan guru-guru bahasa mencuba kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah 3
  • 4. tersebut. Penyelidik telah menggunakan permainan bahasa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut penyelidik permainan bahasa dapat memberangsangkan minat dan mendorong murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga bahagian di dalam permainan bahasa ini iaitu kuiz, mencantum kad dan latih tubi. Mengumpul dan Menganalisis Data Tindakan awal yang dilaksanakan oleh penyelidik dan guru-guru bahasa adalah menyediakan ujian pra kepada murid-murid untuk menentukan dan mengenalpasti tahap penguasaan aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Penyelidik telah menjalankan ujian pra pada 16 Februari 2005. Keputusan yang diperolehi daripada ujian pra ini dapat ditunjukkan seperti di dalam jadual 1. Peratus 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100 Jumlah pelajar Bilangan pelajar 4 14 3 2 2 25 Jadual 1: Keputusan Ujian Pra Jadual 1 menunjukkan keputusan yang diperolehi selepas ujian Pra dilakukan. Hasil daripada ujian pra yang dilalukan didapati bahawa seramai 18 (72%) orang murid gagal menjawab soalan tatabahasa yang diberikan. Ini menunjukkan sebilangan besar murid tidak dapat menguasai dan memahami soalan tatabahasa yang telah diberikan. Untuk mengatasi masalah ini, penyelidik telah melakukan permainan bahasa yang merangkumi kuiz, latih tubi dan mencantum kad Selepas melaksanakan pelan tindakan, penyelidik menjalankan ujian pasca pada 25 Februari 2005. Ujian ini dilakukan untuk mengetahui tahap kemahiran yang dimiliki oleh murid selepas beberapa tindakan diambil. Keputusan ujian pasca seperti dinyatakan di dalam jadual 2. Peratus 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100 Jumlah pelajar Bilangan pelajar - - 16 4 5 25 Jadual 2: Keputusan Ujian Pasca Berdasarkan jadual 2 menunjukkan keputusan ujian pasca yang telah diadakan oleh penyelidik. Keputusan ujian mendapati bahawai 16 (64%) orang murid mendapat pencapaian C 4
  • 5. dan 9 orang murid mendapat pencapaian A dan B dalam ujian ini. Ujian pasca telah menunjukkan pencapaian murid amat memberangsangkan dan murid dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Hasil dapatan menunjukkan permainan bahasa yang dijalankan selepas ujian pra amat berkesan dan mendapat maklumbalas daripada murid. Penyelidik juga telah membuat perbandingan keputusan ujian di antara ujian pra dan ujian pasca seperti ditunjukkan dalam jadual 3. Bil Nama Murid Pra Pasca Beza 1. Punitian 28 40 12 2. David 25 42 17 3. Luth 35 50 15 4. Afiqah 30 49 19 5. Chin Yu Tong 40 52 12 6. Sharvin 16 45 29 7. Megat 34 50 20 8. Imran 42 55 13 9. Gan Beng Fuh 56 68 12 10 Low Yit Seow 29 40 11 11 Gangai 12 45 33 12 Thayala 14 55 41 13 Raj 15 56 41 14 Vijay 82 90 8 15 Baga 86 89 3 16 Mani 24 56 32 17 Arasu 26 86 60 18 Guna 27 85 58 5
  • 6. 19 Mano 68 86 18 20 Shanti 28 67 39 21 Kamala 28 76 48 22 Vimala 22 68 46 23 Selvam 24 48 24 24 Segar 78 54 24 25 Uma 26 53 27 Jadual 3: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Hasil daripada kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Terdapat peningkatan pencapaian murid dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu selepas permainan bahasa dilaksanakan. Dapatan Kajian Hasil daripada kajian yang dijalankan, penyelidik telah berjaya mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa. Hampir keseluruhan murid telah berjaya menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Penyelidik mengesyorkan permainan bahasa kepada semua guru bahasa untuk mengatasi masalah penguasaan Bahasa Melayu. Beliau juga mencadangkan permainan bahasa diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua kelas. Penutup Kajian tindakan yang telah dijalankan merupakan satu usaha baik yang perlu dijalankan di semua peringkat sekolah. Kajian ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid malahan dapat memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua guru-guru untuk meningkatkan prestasi pelajar. 6