SlideShare a Scribd company logo
Ulasan jurnal : Amalan Kaunseling Keluarga dalam Agensi Kerajaan
1.0 Pengenalan
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan ulasan
jurnal secara berkumpulan bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling ini. Jutaan terima
kasih kepada Puan Ana yang telah memberi peluang kepada saya dalam pemilihan tajuk
Amalan Kaunseling Keluarga dalam Agensi Kerajaan:Kajian di Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga, hasil tulisan Zainuddin,Azian dan Mohamed Sharif(2008),
daripada Fakulti Pendidikan, Teknologi Malaya.
2.0 Kefahaman mengenai kerja kursus kaunseling ini
Apa yang saya faham mengenai kerja kursus kaunseling ini ialah, kerja kursus ini
berdasarkan kepada penerangan yang diberikan mengenai amalan kaunseling keluarga
dalam agensi kerajaan. Kajian ini dijalankan di lembagaa penduduk dan pembangunan
keluarga Negara. Berdasarkan kerja kursus ini,ianya telah menerangkan mengenai
sumbangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) iaitu penubuhan
LPPKN kearah individu,keluarga dan masyarakat yang kukuh,berakhlak,sihat,berilmu
dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti. Setelah membaca
mengenai LPPKN ini dengan lebih lanjut di laman webnya, barulah saya faham apa itu
makna sebenar LPPKN.
Di dalam kerja kursus ini juga, penulis telah menjelaskan mengenai manfaat kemajuan
yang ada sejak kemerdekaan, jika digunakan secara berfaedah oleh rakyat dan sekiranya
diimbangi pertumbuhan penduduk dan kemajuan ekonomi maka pengurusan sumber akan
lebih kukuh, terutamanya bagi sesebuah keluarga. LPPKN juga telah menyediakan
khidmat kaunseling dan program-program untuk keluarga dan anak-anak di dalam
keluarga tersebut.
3.0 Sumbangan LPPKN dan kaitannya dengan bidang kaunseling
Berdasarkan kerja kursus ini, saya dapat melihat yang penulis telah mengetengahkan
mengenai sumbangan yang telah dilakukan oleh LPPKN. Dalam melaksanakan program
kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia dengan lebih menyeluruh
dan berkesan dalam melahirkan keluarga yang berkualiti dan bangsa Malaysia yang
progresif juga, LPPKN telah memberikan komitmen dalam melaksanakan program-
program untuk melahirkan sebuah keluarga yang baik. Antara khidmat kaunseling yang
disediakan ialah;
Kaunseling perancang keluarga, Kaunseling seksual, Kaunseling keluarga, Kaunseling
remaja, Kaunseling kanak-kanak, Kaunseling kelompok, Bimbingan kerjaya dan
Tele-kaunseling. Saya dapati sumbangan ini dapat membantu keluarga dan masyarakat,
terutamanya dalam bidang kaunseling keluarga. Kesemua kaunseling ini kami akan
terangkan dalam tajuk kaitan khidmat kaunseling yang disediakan oleh LPPKN dengan
dunia kaunseling.
4.0 Amalan Perkhidmatan
Dalam amalan perkhidmatan pula, LPPKN telah melaksanakan program khusus dan
kemahiran dalam aspek kekeluargaan ianya adalah program pembangunan keluarga
menerusi khusus dan aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran dalam
kekeluargaan serta keibubapaan. Selain itu, ianya dapat meningkatkan tahap
pengetahuan dalam kekeluargaan dan keibubapaan. Antara perkhidmatan yang
disediakan oleh LPPKN ialah perkhidmatan perancangan keluarga, perkhidmatan
kepakaran, Saringan kanser reproduktif, serta perkhidmatan latihan dan pembelajaran,
Dalam perkhidmatan perancangan keluarga, LPPKN menyediakan banyak
perkhidmatan untuk keluarga. Antaranya ialah menyediakan kaedah perancang
keluarga, kaunseling perancang keluarga dan perkhidmatan SMEAR. Semua
perkhidmatan ini disediakan oleh jururawat klinik dibawah penyeliaan mentor
berpengalaman. Selain itu, perkhidmatan doktor professional bagi mengendalikan kes
perancang keluarga dan masalah berkaitan dengannya turut disediakan. Berdasarkan
kepada laman web LPPKN, terdapat beberapa perkhidmatan lagi disediakan bagi
perancangan keluarga, antaranya ialah LPPKN menyediakan suntikan kontraseptif
dan pil kontraseptif kombinasi.
Perkhidmatan seperti menopaus, andropaus, pengurusan kemandulan, kaunseling
seksual dan aktiviti kemasyarakatan berasaskan kes telah disediakan pada hari tertentu
dan semua ini telah bermula pada bulan Mac 2012.
Bagi membantu penduduk setempat, satu perkhidmatan saringan kanser reproduktif
wanita dan lelaki turut disediakan bagi faedah penduduk setempat dan supaya
dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Antara perkhidmatan yang disediakan di
klinik ialah, pemeriksaan payudara dan juga demonstrasi pemeriksaan sendiri,
pemeriksaan pap smear, dan pemeriksaan testicular (buah zakar).
LPPKN juga telah menyediakan pelbagai program dan aktiviti latihan dan
pembelajaran yang telah dirancangkan semuanya selaras dengan LPPKN. Antara
kursus yang telah dibangunkan oleh LPPKN adalah kursus model pembangunan
keluarga dan keibubapaan, serta kekeluargaan. Antara aktiviti yang mendapat
sambutan ramai ialah bahtera KASIH (pemantapan keluarga), belaian KASIH
(keibubapaan anak kecil), mutiara KASIH (keibubapaan anak kecil), Permata KASIH
(pembangunan remaja) dan pancaran KASIH (kebapaan).
Pengendalian teknik kursus jurulatih adalah dalam bidang kependudukan,
pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Selain itu, ianya adalah untuk
menyebarkan data dan maklumat mengenai kependudukan, pembangunan keluarga
dan reproduksi manusia melalui seminar, bengkel, forum dan persidangan. Aktiviti-
aktiviti lain yang dijalankan termasuklah perkhidmatan perancang keluarga yang
bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak serta kesejahteraan keluarga melalui
amalan penjarakan kelahiran yang lebih baik. Setelah membuat penelitian, kami
dapati yang amalan perkhidmatan ini, mampu membentuk keluarga yang bahagia jika
institusi kekeluargaan itu memberikan kerjasama yang baik.
5.0 Masalah-masalah yang wujud
Saya dapat mengenalpasti beberapa masalah yang dikemukakan oleh penulis iaitu,
penulis juga telah meberikan fokus kajian iaitu kepada pelaksanaan program keluarga
dan masyarakat, yang mana ianya memberikan kesan kepada pembinaan keluarga
yang kukuh dan masyarakat yang lebih penyayang dan seimbang. Dalam arus
kemodenan dan pembangunan yang semakin pesat ini, langkah yang bijak perlu
diambil bagi memastikan nilai kekeluargaan tidak dikorbankan atas keuntungan
ekonomi samada di peringkat nasional mahupun individu, terutamanya untuk keluarga
nukleur yang kecil, dan ditambah pula dengan ekonomi yang tinggi bagi pasangan
suami isteri. Mungkin ini juga merupakan satu cabaran dalam masyarakat dan budaya
penyayang pada masa kini. Untuk membantu semua keluarga tidak kira keluarga kecil
mahupun keluarga besar. Masalah yang dapat dilihat di sini ialah dari segi ekonomi
keluarga.
Saya juga dapat merasai bagaimana cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui apabila
melihat kepada pernyataan yang dibuat oleh penulis demi untuk kesejahteraan
sesebuah institusi kekeluargaan. Menurut Abd. Rahim (2006), cabaran yang berlaku
ini mempunyai kaitan dengan perubahan dan pengaruh pada abad ke-21 ini. Revolusi
pengetahuan, perkembangan teknologi maklumat, kemajuan bioteknologi, globalisasi,
liberalisasi, demokrasi dan perkembangan berbagai-bagai ideologi baru yang berlaku
pada abad ini mempunyai kesan serta memberi cabaran secara langsung atau tidak
langsung kepada perkembangan institusi kekeluargaan.
Dalam meningkatkan taraf hidup serta kualiti hidup penduduk, cabaran yang paling
besar dihadapi oleh LPPKN adalah untuk menangani masalah gejala sosial dalam
kalangan remaja. Golongan ini sentiasa diberi keutamaan yang lebih kerana golongan
ini adalah modal insan yang amat berguna pada masa hadapan untuk pembangunan
negara. Pembangunan pesat negara ini membawa kepada gaya hidup baru generasi
muda yang terdedah dengan pelbagai kegiatan seperti lumba haram, penglibatan
dalam jenayah, terjebak dalam najis dadah dan seks bebas yang boleh mengundang
kepada bahaya HIV dan AIDS. Gejala sosial yang semakin ketara berlaku ini dalam
kalangan remaja mengundang keresahan masyarakat Malaysia. Sikap sesetengah ibu
bapa yang terlalu mempercayai tanpa memantau aktiviti dan pergerakan anak remaja
mereka terutama selepas waktu persekolahan dikatakan salah satu punca gejala sosial
ini terjadi. Atas alasan itu, LPPKN telah banyak merancang dan melaksanakan
program jangka pendek dan panjang yang sesuai untuk menangani masalah ini namun
terdapat banyak cabaran yang dihadapi untuk melaksanakannya sekiranya terdapat
pelbagai halangan terutamanya institusi keluarga itu sendiri yang sukar memberi
kerjasama.
Keibubapaan adalah tanggungjawab paling utama bagi setiap ibu bapa. Keberkesanan
ibu bapa menjalankan peranan mereka akan menyumbang kepada masa depan yang
cerah bagi generasi akan datang. Ketidakupayaan ibu bapa menjalankan
tanggungjawab mereka dengan baik akan mempengaruhi generasi akan datang. Oleh
itu, bagi kami, adalah menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk menjadikan
peranan ini sebagai keutamaan mereka dan memperlengkapkan diri mereka dengan
pelbagai kemahiran terkini agar mereka dapat menjalankan peranan ini dengan lebih
berkesan.
Pada masa yang sama, peredaran masa dan perkembangan teknologi telah
menyebabkan keibubapaan pada masa kini jauh berbeza dengan keibubapaan pada
masa lalu. Berbagai cabaran wujud dalam bidang ini yang kadangkalanya memberi
kesan kepada interaksi dalam keluarga. Contohnya perkembangan dalam teknologi
telah mengubah cara hidup kita, cara berkomunikasi dan juga pada sistem masyarakat
keseluruhannya. Kami dapati masalah ini sama juga yang diceritakan oleh pelajar
sewaktu menjalani internship dulu iaitu kebanyakkan pelajar mengatakan yang ibu
bapa mereka kurang berinteraksi dengan mereka kerana kesibukan kerja dan hanya
mementingkan wang sahaja.
6.0 Kepentingan keluarga
Untuk menyelesaikan masalah diatas, setiap individu perlu mengetahui kepentingan
keluarga. Beberapa kepentingan keluarga yang dapat saya kenalpasti ialah, penulis
telah mengulas mengenai kepentingan keluarga sebagai, satu unit yang penting dalam
masyarakat dan merupakan tonggak dalam pembinaan negara kita. Kanak-kanak juga
dapat mengenali keluarga iaitu satu-satunya komuniti pertama yang diketahui mereka
dan di dalam keluargalah kanak-kanak akan mendapat perlindungan dan mereka akan
mempelajari mengenai nilai, kebaikan serta norma dan amalan dalam konteks budaya
sendiri. Disinilah kepentingan keluarga dalam membentuk keperibadian anak-anak
mereka dalam membina warganegara dalam acuan yang tersendiri di negara kita
Malaysia.
Bagi saya institusi kekeluargaan sangat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak
kerana, ibu bapa, dan ahli di dalam keluarga boleh menjadi contoh tingkah laku anak-
anak dan kami juga begitu, yang mana menjadikan ayah, ibu atau kakak mahupun
abang yang berjaya sebagai inspirasi untuk kejayaan pada masa hadapan. Amat
merisaukan jika terdapat adik yang menjadikan abangnya yang buruk akhlak sebagai
contoh.
Saya merasakan perlunya ibu bapa berkerjasama dan mengambil tahu mengenai hal
anak-anak disekolah kerana berdasarkan pengalaman saya juga, pelajar-pelajar di
sekolah mengatakan yang sebab mereka bermasalah adalah disebabkan sikap tidak
ambil tahu ibu dan bapa mereka.
7.0 Refleksi Kendiri
Secara keseluruhannya, refleksi kendiri yang dapat saya simpulkan menerusi ulasan
kertas kerja ini ialah, LPPKN telah memainkan peranannya dalam membantu institusi
kekeluargaan, malahan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan untuk kesejahteraan
dan untuk generasi muda yang akan datang. Maka program-program ini haruslah
dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Program seperti perkhidmatan kaunseling dan
kaunselor mampu menstabilkan sesebuah keluaraga kerana tidak tertumpu kepada
kaunseling secara individu sahaja malahan mencakupi skop yang luas seperti
kaunseling perancang keluarga, kaunseling seksual, kaunseling keluarga, kaunseling
remaja, kaunseling kanak-kanak, kaunseling kelompok dan kaunseling kerjaya seperti
yang telah diulaskan oleh penulis. Berdasarkan pengalaman kami dengan pelajar yang
mengikuti sesi kaunseling juga, kebanyakkan masalah pelajar adalah disebabkan
faktor keluarga. Jadi keutuhan keluarga amat penting dalam pembentukan tingkah
laku dan emosi anak-anak.
8.0 Ilmu baru yang diperolehi
Mungkin selama ini saya tidak mengetahui apa itu LPPKN namun, selepas membuat
tugasan ini barulah kami mengetahui dan bagi saya pentingnya untuk mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai LPPKN. Juga untuk menambah pengetahuan sebagai
kaunselor kerana saya juga merupakan bakal kaunselor, mana tahu satu hari nanti
akan menjadi kaunselor keluarga. Mungkin saya juga boleh menjemput ahli LPPKN
yang pakar dalam bidang kaunseling iaitu kaunselor LPPKN untuk membuat ceramah
bagi ibu dan bapa pelajar di sekolah. Selain itu saya dapat mengetahui mengenai
kepentingan keluarga dalam pembentukan anak-anak.
9.0 Kaitannya dengan profesion sebagai kaunselor
Banyak kaitannya yang dapat dilihat mengenai isi-isi penting yang diterangkan dalam
LPPKN dengan dunia kaunseling itu sendiri iaitu, faktor kesejahteraan keluarga boleh
mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku anak-anak. Keluarga yang bercerai berai
boleh menjadikan anak sebagai mangsa dan disinilah peranan kaunselor diperlukan.
LPPKN mungkin telah memainkan peranannya jadi apa salahnya jika keluarga turut
bekerjasama dalam membentuk jati diri anak.
Kaitannya di dalam profesion kaunseling ialah, untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat mengenai kepentingan peranan institusi keluarga, LPPKN juga telah
menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kaunseling keluarga yang merangkumi
perkara-perkara seperti perkahwinan, penjagaan anak dan keibubapaan. Kaunseling
perkahwinan merupakan sejenis psikoterapi bagi pasangan yang telah berkahwin.
Kaunseling yang dimaksudkan ini melibatkan satu proses perhubungan menolong
secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri yang berusaha untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perhubungan mereka setelah
berkahwin. Kaunseling ini dapat membantu pasangan suami isteri untuk mengurus
dan menangani masalah mereka dengan cara yang lebih efektif agar mereka dapat
menghindarkan masalah kecil yang mereka hadapi menjadi masalah yang lebih serius.
Dalam proses kaunseling keluarga dan perkahwinan, biasanya kaunselor yang
menangani kes seperti ini akan memberikan fokus kepada peranan, corak
perhubungan, matlamat yang ingin dicapai oleh ahli keluarga atau perkahwinan
pasangan (klien) yang terlibat. Kaunselor akan membantu klien menilai aspek positif
dan negatif perhubungan mereka dan membantu mereka memahami bahawa dalam isu
keluarga atau perkahwinan, ahli keluarga atau pasangan suami dan isteri
menyumbang kepada pembentukan dan penyelesaian masalah. Justeru itu, mereka
perlu belajar untuk memahami, mengubah corak berinteraksi dan mengamalkan
pendekatan yang lebih berkesan bagi menangani masalah mereka.
Seperti yang diketahui umum, golongan remaja merupakan peringkat yang amat
gentir dalam proses kehidupan seseorang individu. Remaja merupakan zaman
perantaraan antara alam kanak-kanak dan alam dewasa. Sebagai persediaan memasuki
alam dewasa, banyak perubahan yang berlaku secara semula jadi dalam diri remaja.
Perubahan tersebut termasuklah aspek biologikal, fizikal, mental dan sosial.
Perubahan-perubahan tersebut pula memberikan satu dimensi baru dari segi
tanggungjawab, peranan dan komitmen terhadap diri sendiri, keluarga dan
masyarakat. Perubahan ini juga berupaya menimbulkan satu kejutan dalam diri
remaja, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang pendedahan, pengetahuan dan
kemahiran. Hal ini menyebabkan wujud kesedaran dalam LPPKN untuk mewujudkan
khidmat kaunseling remaja.
Perkhidmatan kaunseling remaja berkait rapat dengan kewujudan pelbagai masalah
sosial yang berlaku dalam kalangan remaja, bukan sahaja di negara Barat, tetapi di
negara ini juga. Antara masalah sosial yang dikaitkan dengan remaja ialah seperti
penyalahgunaan dadah, membaca dan menonton aksi lucah, mencuri, berjudi dan
jenayah seks. Antara punca kepada permasalahan sedemikian ialah kurangnya
pengetahuan, bimbingan dan panduan ataupun mendapat bimbingan dan panduan
yang salah daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Melalui perkhidmatan
kaunseling remaja oleh LPPKN, ia dapat membantu remaja menempuhi alam remaja
dengan selesa dan tanpa ragu-ragu. Di samping itu, ia menyediakan khidmat
kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah
fizikal, mental dan sosial remaja. Golongan remaja juga diberi peluang berkenalan
dengan rakan-rakan serta berkongsi pengalaman dan idea-idea baru serta
memperkasakan remaja melalui bimbingan dan pendidikan. Selain golongan remaja,
LPPKN juga memberi penekanan terhadap golongan kanak-kanak dengan
menawarkan khidmat kaunseling kanak-kanak. Kaunseling kelompok, bimbingan
kerjaya serta telekaunseling juga disediakan kepada semua golongan.
Berdasarkan pemahaman kami terhadap pengetahuan kaunseling keluarga, secara
umumnya kaunseling keluarga boleh didefinisikan sebagai satu proses membantu
klien yang terdiri daripada individu yang menghadapi masalah yang berpunca dari
institusi sesebuah kekeluargaan yang mengalami perubahan sosial yang mendadak
serta konflik nilai sikap ahlinya (keluarga).
Manakala, berdasarkan pengetahuan kami mengenai jurnal ini, kami dapat
menyatakan bahawa kaunseling keluarga merupakan satu teknik terapuetik untuk
meneroka dan mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam
sesebuah sistem keluarga dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu
mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi. Dalam proses kaunseling
ahli-ahli keluarga dibantu untuk memperbaiki hubungan mereka antara satu sama lain.
Perubahan yang berlaku akan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan ahli-ahli
keluarga. Semasa proses kaunseling juga, ahli-ahli keluarga berhadapan dengan
konflik dan dibantu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi secara produktif
supaya kedua-dua individu dan keluarga berkembang, sejahtera dan ‘subur’.
Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang
dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi manusia. Ini
meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek
kemandulan dan kebakaan. Perkhidmatan yang disediakan juga merangkumi
kaunseling dan khidmat sokongan selain mempunyai bilik bedah dan makmal bagi
membantu rawatan kesuburan dan telah mendapat sambutan daripada pasangan suami
dan isteri.
10.0 Kekuatan dan Kelemahan
10.1 Kekuatan
Beberapa kekuatan yang dapat saya lihat berdasarkan kerja kursus tersebut ialah,
penulis menggunakan sumber rujukan yang pelbagai dalam penulisannya. Terdapat
beberapa rujukan yang digunakan iaitu buku, di samping jurnal, tesis dan laman web
dan keratan akbar. Antara kekuatan yang dapat dikenalpasti oleh kami ialah penulis
memberikan banyak isi-isi penting dan kandungan yang terdapat dalam LPPKN yang
masih ramai lagi masyarakat yang tidak mengetahuinya. Berdasarkan penulisan juga
penulis agak tersusun iaitu berdasarkan tajuk-tajuk kecil yang ada memudahkan kami
untuk membaca dan memahaminya serta senang untuk memahami objektif sebenar
penulisan. Selain itu, himpunan ayat-ayat Al-Quran berserta doa untuk diamalkan
oleh ahli keluarga juga sangat menarik dan menguatkan lagi penulisan penulis.
Kekuatan lain juga ialah penulis bijak mengaitkan antara fakta dengan isi yang diolah.
Misalnya, penulis mengaitkan peranan LPPKN dan kepentingannya untuk institusi
kekeluargaan. Semua perkhidmatan, program, dan kekuatan LPPKN dan keluarga
juga dimasukkan dalam penulisan. Penulis juga berhati-hati dalam penulisan dengan
merujuk kepada sumber rujukan yang lain agar tidak berlaku percanggahan pendapat
dalam menghuraikan tajuk yang dibincangkan serta membuat cadangan nilai tambah
sebagai satu strategi bagi memberikan kefahaman mengenai perkhidmatan yang
disediakan. Serta kerja kursus ini banyak mengaitkan masalah-masalah yang berkaitan
keluarga dan anak-anak serta cara mengatasinya.
10.2 Kelemahan
Walaupun penulisan penulis agak baik, namun saya dapati masih terdapat kelemahan-
kelemahan kecil penulis yang dikesan dalam penulisan jurnal ini. Antaranya ialah
rujukan penulis sangat sedikit. Selain itu, penulis tidak banyak menghuraikan
mengenai amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaan, dan hanya secara
ringkas sahaja diterangkan. Peranan keluarga dan definisi keluarga juga masih kurang
jelas. Contoh-contoh dan bukti-bukti amalan kaunseling keluarga juga tidak
disertakan untuk memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi penulisan.
11.0 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi masalah-masalah ini
Beberapa cadangan ingin saya kemukakan untuk mengatasi masalah ini, antaranya
ialah fokus tidak hanya kepada keluarga besar tetapi juga kepada keluarga kecil
seperti yang telah kehilangan suami, isteri atau anak dan membuat tinjauan mengenai
masalah di dalam sesebuah keluarga. Serta perlu menekankan dengan lebih lagi
mengenai kaunseling keluarga. Juga boleh meninjau peranan ibu bapa di sekolah.
Walau bagaimanapun, beberapa perkara penting yang sepatutnya kekal terutamanya
dalam hubungan keluarga dan juga beberapa peranan asas keibubapaan. Untuk
memastikan hubungan stabil dan dapat menghadapi perubahan serta anak-anak dapat
membesar dengan sihat dari segi fizikal dan rohani, ibu bapa mestilah mempelajari
bagaimana untuk menghadapi perubahan ini secara positif. Ibu bapa mesti belajar
untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan ini agar dapat menjalankan
peranan sebagai ibu bapa dengan berkesan.
Ilmu keibubapaan yang efektif memerlukan persediaan, pembelajaran dan latihan
seperti bidang profesion yang lain. Selaras dengan perubahan masa, kemahiran yang
sedia ada harus disesuaikan dengan persekitaran yang baru. Oleh itu, keibubapaan
tidak sepatutnya statik tetapi sesuatu yang dinamik. Untuk memastikan keibubapaan
sentiasa efektif, ia mesti boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang
berlaku di sekitarnya. Membesarkan anak bukanlah suatu tanggungjawab yang
mudah. Sejauhmana keberkesanan ibu bapa menjalankan peranan bergantung kepada
interaksi ibu bapa dengan anak-anak mereka.
Individu harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkap sebelum
menjadi ibu bapa. Keupayaan tersebut boleh dicirikan oleh pengetahuan pelbagai
jenis strategi yang dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan anak-anak
mereka. Setiap keluarga harus dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran
keibubapaan untuk membolehkan mereka mendidik anak-anak mereka dengan lebih
baik. Sebagai tambahan ibu bapa harus faham dan bersedia untuk mengemaskinikan
pengetahuan mereka tentang perubahan pada persekitaran mereka. Sesetengah
perubahan ini mungkin memerlukan mereka untuk mengubah corak keibubapaan dan
menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Ibu bapa yang efektif akan
menyediakan anak-anak mereka untuk menghadapi dunia luar, oleh itu untuk menjadi
ibu bapa yang efektif mereka harus mengadaptasikan sebahagian corak keibubapaan
mereka dengan perubahan terbaru dalam persekitaran mereka.
Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan kasih sayang dan kediaman yang selesa kepada
anak-anak. Kita juga perlu berhadapan dengan realiti yang dunia kita pada masa kini
menghadapi krisis. Sekiranya kita ingin melihat anak-anak kita mempunyai masa
depan yang cerah, kita bertanggungjawab untuk mengubah keadaan pada masa kini.
Ini merupakan tanggungjawab yang berat dan mencabar. Namun, kerjasama semua
pihak boleh mewujudkan persekitaran yang lebih baik. Justeru, program kemahiran
keibubapaan harus diberi keutamaan dan diajar di institusi-institusi pendidikan, pusat-
pusat komuniti serta di tempat-tempat kerja. Perkara ini adalah satu program yang
amat penting untuk diadakan. Menerusi program seperti ini, kita dapat melahirkan
generasi ibu bapa yang lebih bertanggungjawab dan berdedikasi.
12.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, saya percaya dalam era globalisasi ini, perkara yang paling
penting adalah menyediakan anak-anak yang boleh menghadapi cabaran-cabaran
kehidupan mereka. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang penting untuk
mendidik dan membantu anak-anak mereka menjadi lebih tabah, adaptif dan boleh
menangani perubahan-perubahan yang berlaku pada persekitaran mereka. Dengan
kata lain, pucuk pangkalnya bermula dari ibu bapa. Ibu bapa harus mendidik anak-
anak mereka supaya dapat mengadaptasikan diri dalam dunia tanpa sempadan pada
masa kini.
Keluarga yang dibina dengan penuh kasih sayang akan dapat melahirkan insan yang
prihatin dan bersifat penyayang.Ingatlah bahawa anak adalah amanah dari Allah. Kita
perlu jaga amanah ini dengan betul dan cermat supaya ia tidak mendatangkan
sebarang mudarat. Allah SWT telah berfirman dalam surah Luqman, ayat 13,
bermaksud; "dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia
memberi nasihat kepadanya: `wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik
itu adalah kezaliman yang besar". Kita perlu sedar bahawa anak-anak kita adalah
pewaris yang bakal menerajui negara. Oleh itu, mereka perlu mempunyai akhlak yang
luhur dan tingkahlaku yang terpuji. Oleh yang demikian, semua pihak agar turut
bersama dalam memperkukuhkan institusi keluarga. Diharapkan usaha-usaha seperti
kaunseling keluarga dan keibubapaan ini dapat membantu golongan ibu bapa serta
masyarakat membendung gejala-gejala sosial dan seterusnya mewujudkan keluarga
Malaysia yang harmoni dan sejahtera. Semoga matlamat kita ke arah satu masyarakat
dan negara yang aman, stabil dan makmur akan tercapai.
LPPKN memainkan peranan penting dalam membangunkan institusi kekeluargaan,
namun keluarga sendiri harus memainkan peranan masing-masing dalam
merealisasikan hasrat keluarga bahagia dan untuk melahirkan generasi yang sihat dan
menjauhi perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu, semua pihak perlu membantu dan
bekerjasama dalam memberikan kerjasama antara satu sama lain untuk mewujudkan
masyarakat yang sihat dari segi dalaman dan luaran serta fizikal dan mental.
RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin, & Jamaludin Tubah, (2006). Institusi
Keluarga Menghadapi Cabaran alaf baru. Kuala lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Zainuddin Bin Jusoh, Azlan Bin Aris, & Mohamed Sharif Bin Mustaffa. (2008).
Amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaa: Kajian di Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga negara. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Laman web rasmi LPPKN; http://www.lppkn.gov.my/guest/index.php

More Related Content

Viewers also liked

Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
Sayshare
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
Ulasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal PendidikanUlasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal Pendidikan
amirsmkt
 
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu BapaArtikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapafafa111283
 
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikanGgge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
dshasyaz
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)peningla
 
Pembelajaran Tingkahlaku Modifikasi
Pembelajaran Tingkahlaku ModifikasiPembelajaran Tingkahlaku Modifikasi
Pembelajaran Tingkahlaku Modifikasi
nix81_kunie
 
Teknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
Teknik Penulisan Artikel Jurnal IlmiahTeknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
Teknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
IAIN Datokarama Palu
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
秀珍 李
 
Sumbangan teknologi
Sumbangan teknologiSumbangan teknologi
Sumbangan teknologiArya Aria
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kamarudin Jaafar
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
Jho Malar
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
Norzamzila Baba
 
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Siti Sara Kuseri
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)ShaZila Niza
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Antasha Kamaruzzaman
 

Viewers also liked (20)

Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Kajiselidik
KajiselidikKajiselidik
Kajiselidik
 
Ulasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal PendidikanUlasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal Pendidikan
 
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu BapaArtikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikanGgge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
 
Pembelajaran Tingkahlaku Modifikasi
Pembelajaran Tingkahlaku ModifikasiPembelajaran Tingkahlaku Modifikasi
Pembelajaran Tingkahlaku Modifikasi
 
Teknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
Teknik Penulisan Artikel Jurnal IlmiahTeknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
Teknik Penulisan Artikel Jurnal Ilmiah
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Sumbangan teknologi
Sumbangan teknologiSumbangan teknologi
Sumbangan teknologi
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 

Similar to Ulasan jurnal

BAB 1 zulia binfes luar sekolah .docx
BAB 1 zulia binfes luar sekolah .docxBAB 1 zulia binfes luar sekolah .docx
BAB 1 zulia binfes luar sekolah .docx
zuliasaputra2
 
Modul 4 kb 1 pemberdayaan masyarakat dalam siaga maternal dan neonatal
Modul 4 kb 1 pemberdayaan masyarakat dalam siaga maternal dan neonatalModul 4 kb 1 pemberdayaan masyarakat dalam siaga maternal dan neonatal
Modul 4 kb 1 pemberdayaan masyarakat dalam siaga maternal dan neonatal
pjj_kemenkes
 
materi magang.pptx
materi magang.pptxmateri magang.pptx
materi magang.pptx
liviaayunitaa
 
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunselingMenangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
LatiSigub
 
LPJ posdaya KKN
LPJ posdaya KKNLPJ posdaya KKN
LPJ posdaya KKN
Dewa Varian Putra
 
Perkembangan Ilmu pengetahuan dibidang KB
Perkembangan Ilmu pengetahuan dibidang KBPerkembangan Ilmu pengetahuan dibidang KB
Perkembangan Ilmu pengetahuan dibidang KB
ahmadsyahril26
 
Modul 1 kb 2 masalah kebidanan komunitas, strategi pelayanan komunitas, konse...
Modul 1 kb 2 masalah kebidanan komunitas, strategi pelayanan komunitas, konse...Modul 1 kb 2 masalah kebidanan komunitas, strategi pelayanan komunitas, konse...
Modul 1 kb 2 masalah kebidanan komunitas, strategi pelayanan komunitas, konse...
pjj_kemenkes
 
Definisi keluarga
Definisi keluargaDefinisi keluarga
Definisi keluarga
Kopi Ais
 
Juknis-SEKOLAH_RAMAH_ANAK__SAFIN_PRESENTASI.pdf
Juknis-SEKOLAH_RAMAH_ANAK__SAFIN_PRESENTASI.pdfJuknis-SEKOLAH_RAMAH_ANAK__SAFIN_PRESENTASI.pdf
Juknis-SEKOLAH_RAMAH_ANAK__SAFIN_PRESENTASI.pdf
MEffendi5
 
Panduan SRA.pdf
Panduan SRA.pdfPanduan SRA.pdf
Panduan SRA.pdf
SusiloAdiRra
 
Manajemen Kebersihan Menstruasi dan Pencegahan Perkawinan Anak
Manajemen Kebersihan Menstruasi dan Pencegahan Perkawinan AnakManajemen Kebersihan Menstruasi dan Pencegahan Perkawinan Anak
Manajemen Kebersihan Menstruasi dan Pencegahan Perkawinan Anak
Reza Hendrawan
 
Modul 1 kb 4 asuhan bayi baru lahir, bayi dan balita di komunitas
Modul 1 kb 4 asuhan  bayi baru lahir, bayi dan balita di komunitasModul 1 kb 4 asuhan  bayi baru lahir, bayi dan balita di komunitas
Modul 1 kb 4 asuhan bayi baru lahir, bayi dan balita di komunitas
pjj_kemenkes
 
Kpf individu
Kpf individuKpf individu
Kpf individu
Jazid Iman
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
Teacher Nasrah
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konseling
isman12345
 
KEL 2 KESPRO.docx
KEL 2 KESPRO.docxKEL 2 KESPRO.docx
KEL 2 KESPRO.docx
Jumaidanurmajid
 
9152 31749-1-pb
9152 31749-1-pb9152 31749-1-pb
9152 31749-1-pb
ssuserd5e2891
 
eBook 1001 cara bicara orangtua dengan remaja
eBook 1001 cara bicara orangtua dengan remajaeBook 1001 cara bicara orangtua dengan remaja
eBook 1001 cara bicara orangtua dengan remaja
Nodd Nittong
 

Similar to Ulasan jurnal (20)

BAB 1 zulia binfes luar sekolah .docx
BAB 1 zulia binfes luar sekolah .docxBAB 1 zulia binfes luar sekolah .docx
BAB 1 zulia binfes luar sekolah .docx
 
Modul 4 kb 1 pemberdayaan masyarakat dalam siaga maternal dan neonatal
Modul 4 kb 1 pemberdayaan masyarakat dalam siaga maternal dan neonatalModul 4 kb 1 pemberdayaan masyarakat dalam siaga maternal dan neonatal
Modul 4 kb 1 pemberdayaan masyarakat dalam siaga maternal dan neonatal
 
materi magang.pptx
materi magang.pptxmateri magang.pptx
materi magang.pptx
 
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunselingMenangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
 
LPJ posdaya KKN
LPJ posdaya KKNLPJ posdaya KKN
LPJ posdaya KKN
 
Perkembangan Ilmu pengetahuan dibidang KB
Perkembangan Ilmu pengetahuan dibidang KBPerkembangan Ilmu pengetahuan dibidang KB
Perkembangan Ilmu pengetahuan dibidang KB
 
Modul 1 kb 2 masalah kebidanan komunitas, strategi pelayanan komunitas, konse...
Modul 1 kb 2 masalah kebidanan komunitas, strategi pelayanan komunitas, konse...Modul 1 kb 2 masalah kebidanan komunitas, strategi pelayanan komunitas, konse...
Modul 1 kb 2 masalah kebidanan komunitas, strategi pelayanan komunitas, konse...
 
Definisi keluarga
Definisi keluargaDefinisi keluarga
Definisi keluarga
 
Juknis-SEKOLAH_RAMAH_ANAK__SAFIN_PRESENTASI.pdf
Juknis-SEKOLAH_RAMAH_ANAK__SAFIN_PRESENTASI.pdfJuknis-SEKOLAH_RAMAH_ANAK__SAFIN_PRESENTASI.pdf
Juknis-SEKOLAH_RAMAH_ANAK__SAFIN_PRESENTASI.pdf
 
Panduan SRA.pdf
Panduan SRA.pdfPanduan SRA.pdf
Panduan SRA.pdf
 
Manajemen Kebersihan Menstruasi dan Pencegahan Perkawinan Anak
Manajemen Kebersihan Menstruasi dan Pencegahan Perkawinan AnakManajemen Kebersihan Menstruasi dan Pencegahan Perkawinan Anak
Manajemen Kebersihan Menstruasi dan Pencegahan Perkawinan Anak
 
Modul 1 kb 4 asuhan bayi baru lahir, bayi dan balita di komunitas
Modul 1 kb 4 asuhan  bayi baru lahir, bayi dan balita di komunitasModul 1 kb 4 asuhan  bayi baru lahir, bayi dan balita di komunitas
Modul 1 kb 4 asuhan bayi baru lahir, bayi dan balita di komunitas
 
Kpf individu
Kpf individuKpf individu
Kpf individu
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konseling
 
KEL 2 KESPRO.docx
KEL 2 KESPRO.docxKEL 2 KESPRO.docx
KEL 2 KESPRO.docx
 
Lala
LalaLala
Lala
 
Hhhh
HhhhHhhh
Hhhh
 
9152 31749-1-pb
9152 31749-1-pb9152 31749-1-pb
9152 31749-1-pb
 
eBook 1001 cara bicara orangtua dengan remaja
eBook 1001 cara bicara orangtua dengan remajaeBook 1001 cara bicara orangtua dengan remaja
eBook 1001 cara bicara orangtua dengan remaja
 

Recently uploaded

ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
setiatinambunan
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 

Recently uploaded (20)

ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 

Ulasan jurnal

  • 1. Ulasan jurnal : Amalan Kaunseling Keluarga dalam Agensi Kerajaan 1.0 Pengenalan Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan ulasan jurnal secara berkumpulan bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling ini. Jutaan terima kasih kepada Puan Ana yang telah memberi peluang kepada saya dalam pemilihan tajuk Amalan Kaunseling Keluarga dalam Agensi Kerajaan:Kajian di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga, hasil tulisan Zainuddin,Azian dan Mohamed Sharif(2008), daripada Fakulti Pendidikan, Teknologi Malaya. 2.0 Kefahaman mengenai kerja kursus kaunseling ini Apa yang saya faham mengenai kerja kursus kaunseling ini ialah, kerja kursus ini berdasarkan kepada penerangan yang diberikan mengenai amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaan. Kajian ini dijalankan di lembagaa penduduk dan pembangunan keluarga Negara. Berdasarkan kerja kursus ini,ianya telah menerangkan mengenai sumbangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) iaitu penubuhan LPPKN kearah individu,keluarga dan masyarakat yang kukuh,berakhlak,sihat,berilmu dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti. Setelah membaca mengenai LPPKN ini dengan lebih lanjut di laman webnya, barulah saya faham apa itu makna sebenar LPPKN. Di dalam kerja kursus ini juga, penulis telah menjelaskan mengenai manfaat kemajuan yang ada sejak kemerdekaan, jika digunakan secara berfaedah oleh rakyat dan sekiranya diimbangi pertumbuhan penduduk dan kemajuan ekonomi maka pengurusan sumber akan lebih kukuh, terutamanya bagi sesebuah keluarga. LPPKN juga telah menyediakan khidmat kaunseling dan program-program untuk keluarga dan anak-anak di dalam keluarga tersebut. 3.0 Sumbangan LPPKN dan kaitannya dengan bidang kaunseling Berdasarkan kerja kursus ini, saya dapat melihat yang penulis telah mengetengahkan mengenai sumbangan yang telah dilakukan oleh LPPKN. Dalam melaksanakan program kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia dengan lebih menyeluruh dan berkesan dalam melahirkan keluarga yang berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif juga, LPPKN telah memberikan komitmen dalam melaksanakan program- program untuk melahirkan sebuah keluarga yang baik. Antara khidmat kaunseling yang disediakan ialah; Kaunseling perancang keluarga, Kaunseling seksual, Kaunseling keluarga, Kaunseling remaja, Kaunseling kanak-kanak, Kaunseling kelompok, Bimbingan kerjaya dan
  • 2. Tele-kaunseling. Saya dapati sumbangan ini dapat membantu keluarga dan masyarakat, terutamanya dalam bidang kaunseling keluarga. Kesemua kaunseling ini kami akan terangkan dalam tajuk kaitan khidmat kaunseling yang disediakan oleh LPPKN dengan dunia kaunseling. 4.0 Amalan Perkhidmatan Dalam amalan perkhidmatan pula, LPPKN telah melaksanakan program khusus dan kemahiran dalam aspek kekeluargaan ianya adalah program pembangunan keluarga menerusi khusus dan aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran dalam kekeluargaan serta keibubapaan. Selain itu, ianya dapat meningkatkan tahap pengetahuan dalam kekeluargaan dan keibubapaan. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh LPPKN ialah perkhidmatan perancangan keluarga, perkhidmatan kepakaran, Saringan kanser reproduktif, serta perkhidmatan latihan dan pembelajaran, Dalam perkhidmatan perancangan keluarga, LPPKN menyediakan banyak perkhidmatan untuk keluarga. Antaranya ialah menyediakan kaedah perancang keluarga, kaunseling perancang keluarga dan perkhidmatan SMEAR. Semua perkhidmatan ini disediakan oleh jururawat klinik dibawah penyeliaan mentor berpengalaman. Selain itu, perkhidmatan doktor professional bagi mengendalikan kes perancang keluarga dan masalah berkaitan dengannya turut disediakan. Berdasarkan kepada laman web LPPKN, terdapat beberapa perkhidmatan lagi disediakan bagi perancangan keluarga, antaranya ialah LPPKN menyediakan suntikan kontraseptif dan pil kontraseptif kombinasi. Perkhidmatan seperti menopaus, andropaus, pengurusan kemandulan, kaunseling seksual dan aktiviti kemasyarakatan berasaskan kes telah disediakan pada hari tertentu dan semua ini telah bermula pada bulan Mac 2012. Bagi membantu penduduk setempat, satu perkhidmatan saringan kanser reproduktif wanita dan lelaki turut disediakan bagi faedah penduduk setempat dan supaya dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ialah, pemeriksaan payudara dan juga demonstrasi pemeriksaan sendiri, pemeriksaan pap smear, dan pemeriksaan testicular (buah zakar). LPPKN juga telah menyediakan pelbagai program dan aktiviti latihan dan pembelajaran yang telah dirancangkan semuanya selaras dengan LPPKN. Antara kursus yang telah dibangunkan oleh LPPKN adalah kursus model pembangunan keluarga dan keibubapaan, serta kekeluargaan. Antara aktiviti yang mendapat sambutan ramai ialah bahtera KASIH (pemantapan keluarga), belaian KASIH (keibubapaan anak kecil), mutiara KASIH (keibubapaan anak kecil), Permata KASIH (pembangunan remaja) dan pancaran KASIH (kebapaan). Pengendalian teknik kursus jurulatih adalah dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Selain itu, ianya adalah untuk
  • 3. menyebarkan data dan maklumat mengenai kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia melalui seminar, bengkel, forum dan persidangan. Aktiviti- aktiviti lain yang dijalankan termasuklah perkhidmatan perancang keluarga yang bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak serta kesejahteraan keluarga melalui amalan penjarakan kelahiran yang lebih baik. Setelah membuat penelitian, kami dapati yang amalan perkhidmatan ini, mampu membentuk keluarga yang bahagia jika institusi kekeluargaan itu memberikan kerjasama yang baik. 5.0 Masalah-masalah yang wujud Saya dapat mengenalpasti beberapa masalah yang dikemukakan oleh penulis iaitu, penulis juga telah meberikan fokus kajian iaitu kepada pelaksanaan program keluarga dan masyarakat, yang mana ianya memberikan kesan kepada pembinaan keluarga yang kukuh dan masyarakat yang lebih penyayang dan seimbang. Dalam arus kemodenan dan pembangunan yang semakin pesat ini, langkah yang bijak perlu diambil bagi memastikan nilai kekeluargaan tidak dikorbankan atas keuntungan ekonomi samada di peringkat nasional mahupun individu, terutamanya untuk keluarga nukleur yang kecil, dan ditambah pula dengan ekonomi yang tinggi bagi pasangan suami isteri. Mungkin ini juga merupakan satu cabaran dalam masyarakat dan budaya penyayang pada masa kini. Untuk membantu semua keluarga tidak kira keluarga kecil mahupun keluarga besar. Masalah yang dapat dilihat di sini ialah dari segi ekonomi keluarga. Saya juga dapat merasai bagaimana cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui apabila melihat kepada pernyataan yang dibuat oleh penulis demi untuk kesejahteraan sesebuah institusi kekeluargaan. Menurut Abd. Rahim (2006), cabaran yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan perubahan dan pengaruh pada abad ke-21 ini. Revolusi pengetahuan, perkembangan teknologi maklumat, kemajuan bioteknologi, globalisasi, liberalisasi, demokrasi dan perkembangan berbagai-bagai ideologi baru yang berlaku pada abad ini mempunyai kesan serta memberi cabaran secara langsung atau tidak langsung kepada perkembangan institusi kekeluargaan. Dalam meningkatkan taraf hidup serta kualiti hidup penduduk, cabaran yang paling besar dihadapi oleh LPPKN adalah untuk menangani masalah gejala sosial dalam kalangan remaja. Golongan ini sentiasa diberi keutamaan yang lebih kerana golongan ini adalah modal insan yang amat berguna pada masa hadapan untuk pembangunan negara. Pembangunan pesat negara ini membawa kepada gaya hidup baru generasi muda yang terdedah dengan pelbagai kegiatan seperti lumba haram, penglibatan dalam jenayah, terjebak dalam najis dadah dan seks bebas yang boleh mengundang kepada bahaya HIV dan AIDS. Gejala sosial yang semakin ketara berlaku ini dalam kalangan remaja mengundang keresahan masyarakat Malaysia. Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mempercayai tanpa memantau aktiviti dan pergerakan anak remaja mereka terutama selepas waktu persekolahan dikatakan salah satu punca gejala sosial
  • 4. ini terjadi. Atas alasan itu, LPPKN telah banyak merancang dan melaksanakan program jangka pendek dan panjang yang sesuai untuk menangani masalah ini namun terdapat banyak cabaran yang dihadapi untuk melaksanakannya sekiranya terdapat pelbagai halangan terutamanya institusi keluarga itu sendiri yang sukar memberi kerjasama. Keibubapaan adalah tanggungjawab paling utama bagi setiap ibu bapa. Keberkesanan ibu bapa menjalankan peranan mereka akan menyumbang kepada masa depan yang cerah bagi generasi akan datang. Ketidakupayaan ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik akan mempengaruhi generasi akan datang. Oleh itu, bagi kami, adalah menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk menjadikan peranan ini sebagai keutamaan mereka dan memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran terkini agar mereka dapat menjalankan peranan ini dengan lebih berkesan. Pada masa yang sama, peredaran masa dan perkembangan teknologi telah menyebabkan keibubapaan pada masa kini jauh berbeza dengan keibubapaan pada masa lalu. Berbagai cabaran wujud dalam bidang ini yang kadangkalanya memberi kesan kepada interaksi dalam keluarga. Contohnya perkembangan dalam teknologi telah mengubah cara hidup kita, cara berkomunikasi dan juga pada sistem masyarakat keseluruhannya. Kami dapati masalah ini sama juga yang diceritakan oleh pelajar sewaktu menjalani internship dulu iaitu kebanyakkan pelajar mengatakan yang ibu bapa mereka kurang berinteraksi dengan mereka kerana kesibukan kerja dan hanya mementingkan wang sahaja. 6.0 Kepentingan keluarga Untuk menyelesaikan masalah diatas, setiap individu perlu mengetahui kepentingan keluarga. Beberapa kepentingan keluarga yang dapat saya kenalpasti ialah, penulis telah mengulas mengenai kepentingan keluarga sebagai, satu unit yang penting dalam masyarakat dan merupakan tonggak dalam pembinaan negara kita. Kanak-kanak juga dapat mengenali keluarga iaitu satu-satunya komuniti pertama yang diketahui mereka dan di dalam keluargalah kanak-kanak akan mendapat perlindungan dan mereka akan mempelajari mengenai nilai, kebaikan serta norma dan amalan dalam konteks budaya sendiri. Disinilah kepentingan keluarga dalam membentuk keperibadian anak-anak mereka dalam membina warganegara dalam acuan yang tersendiri di negara kita Malaysia. Bagi saya institusi kekeluargaan sangat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak kerana, ibu bapa, dan ahli di dalam keluarga boleh menjadi contoh tingkah laku anak- anak dan kami juga begitu, yang mana menjadikan ayah, ibu atau kakak mahupun abang yang berjaya sebagai inspirasi untuk kejayaan pada masa hadapan. Amat merisaukan jika terdapat adik yang menjadikan abangnya yang buruk akhlak sebagai contoh.
  • 5. Saya merasakan perlunya ibu bapa berkerjasama dan mengambil tahu mengenai hal anak-anak disekolah kerana berdasarkan pengalaman saya juga, pelajar-pelajar di sekolah mengatakan yang sebab mereka bermasalah adalah disebabkan sikap tidak ambil tahu ibu dan bapa mereka. 7.0 Refleksi Kendiri Secara keseluruhannya, refleksi kendiri yang dapat saya simpulkan menerusi ulasan kertas kerja ini ialah, LPPKN telah memainkan peranannya dalam membantu institusi kekeluargaan, malahan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan untuk kesejahteraan dan untuk generasi muda yang akan datang. Maka program-program ini haruslah dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Program seperti perkhidmatan kaunseling dan kaunselor mampu menstabilkan sesebuah keluaraga kerana tidak tertumpu kepada kaunseling secara individu sahaja malahan mencakupi skop yang luas seperti kaunseling perancang keluarga, kaunseling seksual, kaunseling keluarga, kaunseling remaja, kaunseling kanak-kanak, kaunseling kelompok dan kaunseling kerjaya seperti yang telah diulaskan oleh penulis. Berdasarkan pengalaman kami dengan pelajar yang mengikuti sesi kaunseling juga, kebanyakkan masalah pelajar adalah disebabkan faktor keluarga. Jadi keutuhan keluarga amat penting dalam pembentukan tingkah laku dan emosi anak-anak. 8.0 Ilmu baru yang diperolehi Mungkin selama ini saya tidak mengetahui apa itu LPPKN namun, selepas membuat tugasan ini barulah kami mengetahui dan bagi saya pentingnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai LPPKN. Juga untuk menambah pengetahuan sebagai kaunselor kerana saya juga merupakan bakal kaunselor, mana tahu satu hari nanti akan menjadi kaunselor keluarga. Mungkin saya juga boleh menjemput ahli LPPKN yang pakar dalam bidang kaunseling iaitu kaunselor LPPKN untuk membuat ceramah bagi ibu dan bapa pelajar di sekolah. Selain itu saya dapat mengetahui mengenai kepentingan keluarga dalam pembentukan anak-anak. 9.0 Kaitannya dengan profesion sebagai kaunselor Banyak kaitannya yang dapat dilihat mengenai isi-isi penting yang diterangkan dalam LPPKN dengan dunia kaunseling itu sendiri iaitu, faktor kesejahteraan keluarga boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku anak-anak. Keluarga yang bercerai berai boleh menjadikan anak sebagai mangsa dan disinilah peranan kaunselor diperlukan. LPPKN mungkin telah memainkan peranannya jadi apa salahnya jika keluarga turut bekerjasama dalam membentuk jati diri anak.
  • 6. Kaitannya di dalam profesion kaunseling ialah, untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan peranan institusi keluarga, LPPKN juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kaunseling keluarga yang merangkumi perkara-perkara seperti perkahwinan, penjagaan anak dan keibubapaan. Kaunseling perkahwinan merupakan sejenis psikoterapi bagi pasangan yang telah berkahwin. Kaunseling yang dimaksudkan ini melibatkan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perhubungan mereka setelah berkahwin. Kaunseling ini dapat membantu pasangan suami isteri untuk mengurus dan menangani masalah mereka dengan cara yang lebih efektif agar mereka dapat menghindarkan masalah kecil yang mereka hadapi menjadi masalah yang lebih serius. Dalam proses kaunseling keluarga dan perkahwinan, biasanya kaunselor yang menangani kes seperti ini akan memberikan fokus kepada peranan, corak perhubungan, matlamat yang ingin dicapai oleh ahli keluarga atau perkahwinan pasangan (klien) yang terlibat. Kaunselor akan membantu klien menilai aspek positif dan negatif perhubungan mereka dan membantu mereka memahami bahawa dalam isu keluarga atau perkahwinan, ahli keluarga atau pasangan suami dan isteri menyumbang kepada pembentukan dan penyelesaian masalah. Justeru itu, mereka perlu belajar untuk memahami, mengubah corak berinteraksi dan mengamalkan pendekatan yang lebih berkesan bagi menangani masalah mereka. Seperti yang diketahui umum, golongan remaja merupakan peringkat yang amat gentir dalam proses kehidupan seseorang individu. Remaja merupakan zaman perantaraan antara alam kanak-kanak dan alam dewasa. Sebagai persediaan memasuki alam dewasa, banyak perubahan yang berlaku secara semula jadi dalam diri remaja. Perubahan tersebut termasuklah aspek biologikal, fizikal, mental dan sosial. Perubahan-perubahan tersebut pula memberikan satu dimensi baru dari segi tanggungjawab, peranan dan komitmen terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Perubahan ini juga berupaya menimbulkan satu kejutan dalam diri remaja, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang pendedahan, pengetahuan dan kemahiran. Hal ini menyebabkan wujud kesedaran dalam LPPKN untuk mewujudkan khidmat kaunseling remaja. Perkhidmatan kaunseling remaja berkait rapat dengan kewujudan pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja, bukan sahaja di negara Barat, tetapi di negara ini juga. Antara masalah sosial yang dikaitkan dengan remaja ialah seperti penyalahgunaan dadah, membaca dan menonton aksi lucah, mencuri, berjudi dan jenayah seks. Antara punca kepada permasalahan sedemikian ialah kurangnya pengetahuan, bimbingan dan panduan ataupun mendapat bimbingan dan panduan yang salah daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Melalui perkhidmatan kaunseling remaja oleh LPPKN, ia dapat membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa dan tanpa ragu-ragu. Di samping itu, ia menyediakan khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja. Golongan remaja juga diberi peluang berkenalan
  • 7. dengan rakan-rakan serta berkongsi pengalaman dan idea-idea baru serta memperkasakan remaja melalui bimbingan dan pendidikan. Selain golongan remaja, LPPKN juga memberi penekanan terhadap golongan kanak-kanak dengan menawarkan khidmat kaunseling kanak-kanak. Kaunseling kelompok, bimbingan kerjaya serta telekaunseling juga disediakan kepada semua golongan. Berdasarkan pemahaman kami terhadap pengetahuan kaunseling keluarga, secara umumnya kaunseling keluarga boleh didefinisikan sebagai satu proses membantu klien yang terdiri daripada individu yang menghadapi masalah yang berpunca dari institusi sesebuah kekeluargaan yang mengalami perubahan sosial yang mendadak serta konflik nilai sikap ahlinya (keluarga). Manakala, berdasarkan pengetahuan kami mengenai jurnal ini, kami dapat menyatakan bahawa kaunseling keluarga merupakan satu teknik terapuetik untuk meneroka dan mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi. Dalam proses kaunseling ahli-ahli keluarga dibantu untuk memperbaiki hubungan mereka antara satu sama lain. Perubahan yang berlaku akan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan ahli-ahli keluarga. Semasa proses kaunseling juga, ahli-ahli keluarga berhadapan dengan konflik dan dibantu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi secara produktif supaya kedua-dua individu dan keluarga berkembang, sejahtera dan ‘subur’. Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek kemandulan dan kebakaan. Perkhidmatan yang disediakan juga merangkumi kaunseling dan khidmat sokongan selain mempunyai bilik bedah dan makmal bagi membantu rawatan kesuburan dan telah mendapat sambutan daripada pasangan suami dan isteri. 10.0 Kekuatan dan Kelemahan 10.1 Kekuatan Beberapa kekuatan yang dapat saya lihat berdasarkan kerja kursus tersebut ialah, penulis menggunakan sumber rujukan yang pelbagai dalam penulisannya. Terdapat beberapa rujukan yang digunakan iaitu buku, di samping jurnal, tesis dan laman web dan keratan akbar. Antara kekuatan yang dapat dikenalpasti oleh kami ialah penulis memberikan banyak isi-isi penting dan kandungan yang terdapat dalam LPPKN yang masih ramai lagi masyarakat yang tidak mengetahuinya. Berdasarkan penulisan juga penulis agak tersusun iaitu berdasarkan tajuk-tajuk kecil yang ada memudahkan kami untuk membaca dan memahaminya serta senang untuk memahami objektif sebenar
  • 8. penulisan. Selain itu, himpunan ayat-ayat Al-Quran berserta doa untuk diamalkan oleh ahli keluarga juga sangat menarik dan menguatkan lagi penulisan penulis. Kekuatan lain juga ialah penulis bijak mengaitkan antara fakta dengan isi yang diolah. Misalnya, penulis mengaitkan peranan LPPKN dan kepentingannya untuk institusi kekeluargaan. Semua perkhidmatan, program, dan kekuatan LPPKN dan keluarga juga dimasukkan dalam penulisan. Penulis juga berhati-hati dalam penulisan dengan merujuk kepada sumber rujukan yang lain agar tidak berlaku percanggahan pendapat dalam menghuraikan tajuk yang dibincangkan serta membuat cadangan nilai tambah sebagai satu strategi bagi memberikan kefahaman mengenai perkhidmatan yang disediakan. Serta kerja kursus ini banyak mengaitkan masalah-masalah yang berkaitan keluarga dan anak-anak serta cara mengatasinya. 10.2 Kelemahan Walaupun penulisan penulis agak baik, namun saya dapati masih terdapat kelemahan- kelemahan kecil penulis yang dikesan dalam penulisan jurnal ini. Antaranya ialah rujukan penulis sangat sedikit. Selain itu, penulis tidak banyak menghuraikan mengenai amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaan, dan hanya secara ringkas sahaja diterangkan. Peranan keluarga dan definisi keluarga juga masih kurang jelas. Contoh-contoh dan bukti-bukti amalan kaunseling keluarga juga tidak disertakan untuk memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi penulisan. 11.0 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi masalah-masalah ini Beberapa cadangan ingin saya kemukakan untuk mengatasi masalah ini, antaranya ialah fokus tidak hanya kepada keluarga besar tetapi juga kepada keluarga kecil seperti yang telah kehilangan suami, isteri atau anak dan membuat tinjauan mengenai masalah di dalam sesebuah keluarga. Serta perlu menekankan dengan lebih lagi mengenai kaunseling keluarga. Juga boleh meninjau peranan ibu bapa di sekolah. Walau bagaimanapun, beberapa perkara penting yang sepatutnya kekal terutamanya dalam hubungan keluarga dan juga beberapa peranan asas keibubapaan. Untuk memastikan hubungan stabil dan dapat menghadapi perubahan serta anak-anak dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan rohani, ibu bapa mestilah mempelajari bagaimana untuk menghadapi perubahan ini secara positif. Ibu bapa mesti belajar untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan ini agar dapat menjalankan peranan sebagai ibu bapa dengan berkesan. Ilmu keibubapaan yang efektif memerlukan persediaan, pembelajaran dan latihan seperti bidang profesion yang lain. Selaras dengan perubahan masa, kemahiran yang sedia ada harus disesuaikan dengan persekitaran yang baru. Oleh itu, keibubapaan tidak sepatutnya statik tetapi sesuatu yang dinamik. Untuk memastikan keibubapaan sentiasa efektif, ia mesti boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekitarnya. Membesarkan anak bukanlah suatu tanggungjawab yang
  • 9. mudah. Sejauhmana keberkesanan ibu bapa menjalankan peranan bergantung kepada interaksi ibu bapa dengan anak-anak mereka. Individu harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkap sebelum menjadi ibu bapa. Keupayaan tersebut boleh dicirikan oleh pengetahuan pelbagai jenis strategi yang dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan anak-anak mereka. Setiap keluarga harus dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan untuk membolehkan mereka mendidik anak-anak mereka dengan lebih baik. Sebagai tambahan ibu bapa harus faham dan bersedia untuk mengemaskinikan pengetahuan mereka tentang perubahan pada persekitaran mereka. Sesetengah perubahan ini mungkin memerlukan mereka untuk mengubah corak keibubapaan dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Ibu bapa yang efektif akan menyediakan anak-anak mereka untuk menghadapi dunia luar, oleh itu untuk menjadi ibu bapa yang efektif mereka harus mengadaptasikan sebahagian corak keibubapaan mereka dengan perubahan terbaru dalam persekitaran mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan kasih sayang dan kediaman yang selesa kepada anak-anak. Kita juga perlu berhadapan dengan realiti yang dunia kita pada masa kini menghadapi krisis. Sekiranya kita ingin melihat anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah, kita bertanggungjawab untuk mengubah keadaan pada masa kini. Ini merupakan tanggungjawab yang berat dan mencabar. Namun, kerjasama semua pihak boleh mewujudkan persekitaran yang lebih baik. Justeru, program kemahiran keibubapaan harus diberi keutamaan dan diajar di institusi-institusi pendidikan, pusat- pusat komuniti serta di tempat-tempat kerja. Perkara ini adalah satu program yang amat penting untuk diadakan. Menerusi program seperti ini, kita dapat melahirkan generasi ibu bapa yang lebih bertanggungjawab dan berdedikasi. 12.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, saya percaya dalam era globalisasi ini, perkara yang paling penting adalah menyediakan anak-anak yang boleh menghadapi cabaran-cabaran kehidupan mereka. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang penting untuk mendidik dan membantu anak-anak mereka menjadi lebih tabah, adaptif dan boleh menangani perubahan-perubahan yang berlaku pada persekitaran mereka. Dengan kata lain, pucuk pangkalnya bermula dari ibu bapa. Ibu bapa harus mendidik anak- anak mereka supaya dapat mengadaptasikan diri dalam dunia tanpa sempadan pada masa kini. Keluarga yang dibina dengan penuh kasih sayang akan dapat melahirkan insan yang prihatin dan bersifat penyayang.Ingatlah bahawa anak adalah amanah dari Allah. Kita perlu jaga amanah ini dengan betul dan cermat supaya ia tidak mendatangkan sebarang mudarat. Allah SWT telah berfirman dalam surah Luqman, ayat 13, bermaksud; "dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: `wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
  • 10. mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar". Kita perlu sedar bahawa anak-anak kita adalah pewaris yang bakal menerajui negara. Oleh itu, mereka perlu mempunyai akhlak yang luhur dan tingkahlaku yang terpuji. Oleh yang demikian, semua pihak agar turut bersama dalam memperkukuhkan institusi keluarga. Diharapkan usaha-usaha seperti kaunseling keluarga dan keibubapaan ini dapat membantu golongan ibu bapa serta masyarakat membendung gejala-gejala sosial dan seterusnya mewujudkan keluarga Malaysia yang harmoni dan sejahtera. Semoga matlamat kita ke arah satu masyarakat dan negara yang aman, stabil dan makmur akan tercapai. LPPKN memainkan peranan penting dalam membangunkan institusi kekeluargaan, namun keluarga sendiri harus memainkan peranan masing-masing dalam merealisasikan hasrat keluarga bahagia dan untuk melahirkan generasi yang sihat dan menjauhi perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu, semua pihak perlu membantu dan bekerjasama dalam memberikan kerjasama antara satu sama lain untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi dalaman dan luaran serta fizikal dan mental.
  • 11. RUJUKAN Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin, & Jamaludin Tubah, (2006). Institusi Keluarga Menghadapi Cabaran alaf baru. Kuala lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Zainuddin Bin Jusoh, Azlan Bin Aris, & Mohamed Sharif Bin Mustaffa. (2008). Amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaa: Kajian di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga negara. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Laman web rasmi LPPKN; http://www.lppkn.gov.my/guest/index.php