1. GSB1012
Tutorial 6: Kumpulan 4:
Mengapakah kesantunan nonverbal
penting dalam komunikasi kita
dengan orang lain.
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang
2. Kesantunan Non Verbal
• Kesantunan nonverbal ialah komunikasi
bahasa tanpa kata dan juga dikenali sebagai
bahasa tubuh (body language) yang beradab
sopan.
• Bahasa tubuh merupakan penukaran fikiran
dan idea kepada isyarat, ekspresi wajah,
pandangan mata, sentuhan, pergerakan tubuh
yang bertujuan menyampaikan sesuatu
maklumat atau mesej kepada pihak kedua.
3. Kesantunan Non Verbal
• Menurut Mark L. Knapp, fungsi bahasa non verbal
ialah:
• Pengulangan- mengulang apa yang telah disampaikan
secara verbal.
• Penggantian- Menggantikan verbal dengan bahasa
tubuh. (mari)
• Kontradiksi- menolak sesuatu verbal dengan
menggunakan pesan non verbal (geleng kepala/tangan)
• Pelengkap- melengkapi dan menyatukan bahasa non
verbal.
• Penegasan- menegaskan dan mengukuhkan sesuatu
verbal dengan penggunaan bahasa non verbal. (pukul
meja)
4. Kepentingan Kesantunan Non verbal
dalam komunikasi.
• Mengelakkan berlakunya pergaduhan demi
keamanan masyarakat.
Sebagai contoh, sesetengah pergaduhan
antara samseng dicetuskan oleh perlakuan
menjeling mata sahaja. (tengok apa? Tak
pernah tengok ke?)
Sekiranya mereka mempunyai kesantunan
yang tinggi, perkara seperti di atas tidak akan
berlaku.
5. Kepentingan Kesantunan Non verbal
dalam komunikasi.
• Untuk mengelakkan menyinggung perasaan
orang lain.
Sebagai contohnya, memanggil seseorang
dengan menggunakan jari telunjuk
kemungkinan akan menyebabkan seseorang
itu kecil hati.
Sekiranya ingin memanggil orang lain, gunalah
ibu jari.
6. Kepentingan Kesantunan Non verbal
dalam komunikasi.
• Untuk mengelakkan menyinggung perasaan
orang lain.
Sebagai contohnya, apabila bercakap dengan
orang lain, menunjukkan seseorang atau
sesuatu dengan tangan, bukannya guna dagu.
“Siapa yang memberi ucapan tadi?”
“Tu…tu…orang yang pakai kuning tu.”
7. Kepentingan Kesantunan Non verbal
dalam komunikasi.
• Untuk menunjukkan kesopanan terhadap
orang lain.
Sebagai contohnya, apabila menjemput orang
masuk ke rumah, kita pasti akan
membengkokkan badan dan mengeluarkan
tangan kita untuk tunjuk jalan.
“Sila masuk ke dalam.”
8. Kepentingan Kesantunan Non verbal
dalam komunikasi.
• Untuk menunjukkan kesopanan terhadap
orang lain.
Sebagai contohnya, membengkokkan badan
apabila mahu lalu antara dua orang yang
bercakap.
“Minta maaf, saya nak minta lalu.”
Apabila ingin melalu depan orang yang lebih
tua, juga perlu membengkokkan badan.
9. Kepentingan Kesantunan Non verbal
dalam komunikasi.
• Untuk mengelakkan menyakit hati orang lain
dengan kuat.
Sebagai contohnya, apabila kita mahu
menolak sesuatu daripada seseorang, jangan
menunjukkan muka yang marah ataupun tidak
sabar.
Menunjukkan muka yang manis dan
mengeleng tangan lebih baik daripada jerit
kuat- kuat ataupun menunjukkan mimik muka
yang menolak.
10. Kepentingan Kesantunan Non verbal
dalam komunikasi.
• Dari segi penguruan:
• Untuk menunjukkan teladan yang baik
terhadap anak muridnya.
• Anak murid akan mengikut apa yang dibuat
oleh guru mereka.
• Sekiranya seseorang guru yang selalu
menggunakan jari telunjuk untuk memanggil
murid, anak muridnya juga akan
menggunakan jari telunjuk untuk memanggil
seseorang.
11. Kepentingan Kesantunan Non verbal
dalam komunikasi.
• Untuk menegaskan sesuatu yang telah
disampaikan secara verbal.
Sebagai contohnya, semasa mengajar anak
murid, guru harus menunjukkan bahagian yang
penting beberapa kali supaya anak muridnya
boleh ingat bahagian tersebut.
Dengan ini, anak murid akan lebih memahami
bahagian tersebut.
(……bahagian ini sangat penting - pergerakan
tangan untuk menunjukkan bahagian tersebut. )
12. Kesimpulan
• Kita tidak boleh mengelakkan penggunaan
bahasa tubuh badan apabila kita berkomunikasi.
• Oleh itu, kita sebagai seorang bakal guru haruslah
mempunyai kesantunan non verbal terutamanya
berdepan dengan anak murid kita.
• Hal ini kerana akan membawa impak yang besar
terhadap anak murid kita apabila mereka
membesar.