SlideShare a Scribd company logo
KATA BANTU
Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam binaan
ayat. Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu
ragam.
(i) Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau,
masa ini (kini) atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek yang dominan dalam kalangan
penutur jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan
belum.
Kata Bantu Aspek
Masa lampau Masa ini (kini) Masa hadapan
telah
sudah
pernah
selalu
sedang
tengah
masih
akan
belum
Contoh ayat:
Masa lampau
1. Pekerja industri itu telah pulang ke rumah.
2. Murid-murid itu sudah bersarapan.
3. Kami pernah melawat ke Sabah.
4. Aminah selalu teringat akan gurunya yang sudah bersara itu.
Masa ini (Kini)
5. Ah Meng sedang membaca komik.
6. Mutusamy tengah menyiapkan kerja khususnya.
7. Puan Siti masih memasak di dapur.
Masa Hadapan
8. Johari akan ke Kuala Lumpur esok.
9. Baju itu belum berbasuh lagi.
Kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama tanpa menjejaskan makna dalam binaan kata
kerja. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.
10. belum + pernah
Muhammad Hanif belum pernah melawat ke Kuala Lumpur.
11. masih + belum
Harizah masih belum menjamah kuetiau tersebut.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah kata bantu aspek tidak boleh hadir bersama-sama atau
berderetan, malah binaan ayat yang terhasil juga tidak gramatis. Sila lihat ayat contoh yang berikut:
12. Gadis itu akan belum berumah tangga lagi. (X)
13. Banyak orang akan sedang mengikuti ulasan langsung pertandingan bola
sepak itu. (X)
14. Melissa belum akan menyiapkan tugasan sekolahnya. (X)
Ayat (12 hingga 14) di atas menyalahi rumus tatabahasa Melayu. Oleh itu, pengguna bahasa Melayu
baku perlu berhati-hati dalam hal ini.
(ii) Kata bantu ragam berperanan untuk menyatakan atau menerangkan ragam atau suasana
perasaan yang berhubung dengan perbuatan yang dilakukan. Bentuk kata bantu ragam yang lazim
diungkapkan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu baku ialah hendak, mahu, harus, mesti,
boleh, dapat, perlu, wajib, enggan dan patut.
Kata Bantu Ragam
Mesti melakukan
(sesuatu perbuatan)
Hendak melakukan
(sesuatu perbuatan)
Berkeupayaan
melakukan (sesuatu
perbuatan)
Pengizinan melakukan
(sesuatu perbuatan)
harus
hendak
dapat boleh
Mesti
perlu
mahuwajib
Kata Bantu Ragam
Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan) Mahu atau tidak mahu melakukan
(sesuatu perkara)
enggan mungkin
Berdasarkan jadual di atas, yang berikut ini ialah ayat contoh bagi meningkatkan kefahaman
pembaca tentang kata bantu ragam:
Mesti melakukan (sesuatu perbuatan)
15. Semua murid harus cepat ke kelas supaya tidak dikenakan tindakan disiplin.
16. Bil elektrik bulan lepas mesti dijelaskan pada hari ini juga.
17. Kita perlu berhemah semasa berurusan dengan sesiapa sahaja.
18. Umat Islam wajib berpuasa pada bulan Ramadan kecuali mereka yang tidak berupaya.
Hendak melakukan (sesuatu perbuatan)
19. Ibu hendak ke pasar Chowrasta.
20. Banyak orang kini mahu memegang jawatan tinggi.
Berkeupayaan melakukan (sesuatu perbuatan)
21. Mereka dapat pulang ke rumah pada cuti hujung minggu ini.
22. Siti Faezah dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana.
Pengizinan melakukan (sesuatu perbuatan)
23. Murid-murid boleh ke tandas sekiranya mendapat pas keluar daripada guru.
24. Mereka boleh mengikuti rombongan sekolah ke Johor Bahru kerana mendapat keizinan
daripada ibu bapa masing-masing.
Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan)
25. Mereka enggan memakai kemeja putih yang jarang itu.
26. Ali enggan menyertai pasukan Bulan Sabit Merah kerana dia tidak berminat.
Mahu atau tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan)
27. Siew Lin mungkin tidak akan datang kerana dia kurang sihat.
28. Mariamah mungkin akan berpindah ke sekolah baharu kerana keluarganya akan berpindah
ke daerah lain.
*Rumus tatabahasa Melayu juga membenarkan gandingan berturutan atau berpasangan dalam
binaan ayat yang menggunakan kata bantu ragam. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini.
29. harus + mahu
Salmiah harus mahu menunaikan rukun Islam yang kelima pada tahun ini.
30. harus + dapat
Encik Daud harus dapat menjawat Guru Cemerlang kerana mempunyai prestasi yang amat
membanggakan sepanjang tiga tahun lalu.
31. mesti + mahu
Encik Lim mesti mahu menghadiri majlis perjumpaan alumni ke-40 sekolah lamanya kerana
ingin menemui rakan-rakan sekolahnya.
32. mesti + dapat
Munirah mesti dapat mencapai 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana dia
rajin mengulangkaji pelajarannya.
Seperkara lagi, ada sesetengah kata bantu ragam yang tidak boleh hadir bersama-sama. Sebagai
contoh, sila lihat ayat yang berikut:
33. Ah Chong hendak mahu makan laksa walaupun tidak berselera. (X)
34. Mohan hendak harus membawa keluarganya ke Bukit Fraser. (X)
35. Hashim hendak mesti menyiapkan tugasan sekolahnya pada hari ini. (X)
Ayat contoh (33 hingga 35) di atas menyalahi rumus tatabahasa Melayu. Oleh hal yang demikian,
pengguna bahasa Melayu baku sentiasa cakna akan hal ini agar dapat menghasilkan ayat yang
gramatis.
*Selain itu, kata bantu aspek tertentu boleh hadir bergandingan dengan kata bantu ragam, waima
secara mendahuluinya atau ,mengikutinya. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini.
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam
36. Pak Husin sedang hendak mengambil wuduk.
37. Razif belum hendak pulang ke rumahnya kerana hendak menghabiskan kerjanya.
Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
38. Hamdiah mesti akan tiba sebentar lagi.
39. Nasser harus sudah makan malam.
Di samping itu, dalam binaan ayat yang merangkumi frasa adjektif, elemen-elemen kata bantu dapat
membantu mendukung pelbagai maksud. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.
Kata Bantu + Kata Adjektif
40. Pekebun itu masih kuat mengerjakan ladangnya.
41. Budak yang diserang leukimia itu sudah kurus kerana hilang selera makan.
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif
42. Fizikal kanak-kanak yang berusia lima tahun itu masih agak kecil berbanding dengan kanak-
kanak seusianya.
43. Belum terlalu lewat untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kaum Cina pada hari ketiga
Tahun baru Cina.
Kata Bantu + Kata Adjektif + Kata Penguat
44. Encik Rahmat memberitahu kawannya bahasa masih awal sangat untuk meramalkan
pasukan bola sepak yang akan menjuarai Piala Malaysia tahun ini.
45. Pesakit barah itu sudah baik betul setelah doktor menggunakan kaedah baharu untuk
mengubatinya.
Kata bantu + Kata Adjektif + Kata Adjektif
46. Walaupun tinggal di Kenya selama 10 tahun, Amira masih putih mulus dan ceria.
47. Pak Mat dan Mak Minah masih riang gembira menyambut anak mereka pulang walaupun
mereka dalam keadaan uzur.
Dalam ayat songsang, unsur kata bantu boleh dikehadapankan bagi tujuan penegasan dalam
konstituen predikat. Sila lihat contoh ayat yang berikut ini.
Pendepanan Kata Bantu dengan Kata Kerja
48. a) Para atlet itu / masih berlatih.
b) Masih berlatih / para atlet itu.
49. a) Pengantin perempuan belum tiba.
b) Belum tiba pengantin perempuan.
Pendepanan Kata Bantu dengan Kata Adjektif
50. a) Buah itu belum tentu segar.
b) Belum tentu segar buah itu.
51. a) Masjid Negara masih utuh lagi.
b) Masih utuh lagi Masjid Negara.
*Unsur kata bantu boleh juga hadir dalam binaan frasa sendi nama dan beberapa unsur kata yang
lain. Perhatikan ayat contoh yang berikut ini.
Kata Bantu + Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
52. Sharifah telah ke Singapura untuk menziarahi sepupunya.
53. Pasukan MERCY akan ke China / untuk membantu mangsa banjir di sana.
Kata Bantu + Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Keterangan
54. Orang tua itu masih di tepi tasik setiap senja.
55. Abang Nizam akan ke bawah rumah dengan sepupunya.
Dalam binaan frasa sendi nama di atas, kehadiran unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah
wajib manakala kehadiran unsur-unsur kata nama arah, ayat komplemen dan keterangan digunakan
secara pilihan (boleh digugurkan jika tidak diperlukan)
*Binaan frasa kerja yang menggunakan unsur kata bantu dapat dilihat dalam ayat yang berikut ini.
Kata Bantu + Kata Kerja Transitif + Objek + Keterangan
56. Encik Zul akan mengusahakan perniagaan peralatan kesihatan di bandar Maran, Pahang.
57. Puan Asmah hendak membincangkan permasalahan bahasa rojak dalam Seminar Bahasa
Melayu Antarabangsa.
Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Pelengkap + Keterangan
58. Hasiah masih tinggal di Muar, Johor dengan Noor Rehan.
59. Saiful sedang berwirid di dalam kamar.
Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen + Keterangan
60. Wan Lijah telah berjaya untuk mendapat markah cemerlang dalam temu duga itu.
61. Encik Norman telah berjaya dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan baru-baru ini.
Kesimpulannya, penggunaan kata bantu aspek dan kata bantu ragam yang menjadi elemen penting
bagi frasa kerja dalam binaan ayat bahasa Melayu banyak membantu pengguna bahasa untuk
menghasilkan ayat yang gramatis dan bermakna serta jelas penyampaiannya. Pengguna bahasa yang
komited dan celik tatabahasa dapat memartabatkan bahasa Melayu dalam aspek morfologi, sintaksis
dan leksikon sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan.

More Related Content

What's hot

Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
uchot
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
Asri Mohad
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektifJessyca Ungat
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
Sonny Bill Hasan
 
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
AliaAqilah5
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
Sekolah Rendah Park View
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektifrohani1964
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
azam_hazel
 
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGANKATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
Mohamed Naim Daipi
 
ayat majmuk
ayat majmukayat majmuk
ayat majmuk
Fatin Athirah
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologichowteetan
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
Kata pascakata
Kata pascakataKata pascakata
Kata pascakata
Chin Joo Chew
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Namafiro HAR
 
Nota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti NamaNota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti Namastark
 
Kata Adjektif
Kata AdjektifKata Adjektif

What's hot (20)

Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
 
Kata Bantu
Kata BantuKata Bantu
Kata Bantu
 
Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
 
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGANKATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
 
ayat majmuk
ayat majmukayat majmuk
ayat majmuk
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Kata pascakata
Kata pascakataKata pascakata
Kata pascakata
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
 
Nota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti NamaNota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti Nama
 
Kata Adjektif
Kata AdjektifKata Adjektif
Kata Adjektif
 
Viewers also liked

Kata bantu 2014
Kata bantu 2014Kata bantu 2014
Kata bantu 2014
Amin Hafiz
 
Kata bantu aspek
Kata bantu aspekKata bantu aspek
Kata bantu aspekWong Pee Lee
 
Kata bantu
Kata bantuKata bantu
Kata bantu
Kopi Ais
 
Kata perintah
Kata perintahKata perintah
Kata perintahLancer Axe
 
Kata Penguat
Kata PenguatKata Penguat
Kata PenguatMrs Mahadi
 
Latihan kata nama tahun 6
Latihan kata nama tahun 6Latihan kata nama tahun 6
Latihan kata nama tahun 6cheehuiliew
 
Kata Bantu
Kata BantuKata Bantu
Kata Banturarahra
 
Bina Ayat UPSR 2
Bina Ayat UPSR 2Bina Ayat UPSR 2
Bina Ayat UPSR 2Ahmad Syukri
 
Suaikan tatabahasa upsr
Suaikan tatabahasa upsrSuaikan tatabahasa upsr
Suaikan tatabahasa upsrAhmad Syukri
 
Kata bantu
Kata bantuKata bantu
Kata bantuRonghsin
 
Kata kerja 2013 UPSR
Kata kerja 2013 UPSRKata kerja 2013 UPSR
Kata kerja 2013 UPSRAhmad Syukri
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerjashirleyku
 
Kata penguat kata adjektif
Kata penguat kata adjektifKata penguat kata adjektif
Kata penguat kata adjektifDidamin
 
Viewers also liked (15)

Kata bantu 2014
Kata bantu 2014Kata bantu 2014
Kata bantu 2014
 
Kata bantu aspek
Kata bantu aspekKata bantu aspek
Kata bantu aspek
 
Kata bantu
Kata bantuKata bantu
Kata bantu
 
Kata seru
Kata seruKata seru
Kata seru
 
Kata perintah
Kata perintahKata perintah
Kata perintah
 
Kata perintah
Kata perintahKata perintah
Kata perintah
 
Kata Penguat
Kata PenguatKata Penguat
Kata Penguat
 
Latihan kata nama tahun 6
Latihan kata nama tahun 6Latihan kata nama tahun 6
Latihan kata nama tahun 6
 
Kata Bantu
Kata BantuKata Bantu
Kata Bantu
 
Bina Ayat UPSR 2
Bina Ayat UPSR 2Bina Ayat UPSR 2
Bina Ayat UPSR 2
 
Suaikan tatabahasa upsr
Suaikan tatabahasa upsrSuaikan tatabahasa upsr
Suaikan tatabahasa upsr
 
Kata bantu
Kata bantuKata bantu
Kata bantu
 
Kata kerja 2013 UPSR
Kata kerja 2013 UPSRKata kerja 2013 UPSR
Kata kerja 2013 UPSR
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerja
 
Kata penguat kata adjektif
Kata penguat kata adjektifKata penguat kata adjektif
Kata penguat kata adjektif
 
Similar to Topik 6-kata-bantu

Topik 6-kata-bantu
Topik 6-kata-bantuTopik 6-kata-bantu
Topik 6-kata-bantuMohamad Tarmizi
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
D5 m5unit12
D5 m5unit12D5 m5unit12
D5 m5unit12
ailee70
 
Kata bantu 2014
Kata bantu 2014Kata bantu 2014
Kata bantu 2014
Amin Hafiz
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaMd Ramli Sabran
 
Nota2 bm
Nota2 bmNota2 bm
Nota2 bm
budi awang
 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
michelle karim
 
Tugas frasa
Tugas frasaTugas frasa
Tugas frasaMomoe Meiji
 
Kalimat Efektif.pptx
Kalimat Efektif.pptxKalimat Efektif.pptx
Kalimat Efektif.pptx
Adam Nuryadin
 
Similar to Topik 6-kata-bantu (9)

Topik 6-kata-bantu
Topik 6-kata-bantuTopik 6-kata-bantu
Topik 6-kata-bantu
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
 
D5 m5unit12
D5 m5unit12D5 m5unit12
D5 m5unit12
 
Kata bantu 2014
Kata bantu 2014Kata bantu 2014
Kata bantu 2014
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar Berbahasa
 
Nota2 bm
Nota2 bmNota2 bm
Nota2 bm
 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
 
Tugas frasa
Tugas frasaTugas frasa
Tugas frasa
 
Kalimat Efektif.pptx
Kalimat Efektif.pptxKalimat Efektif.pptx
Kalimat Efektif.pptx
 
More from Botol Budu

Getting started-guide-scratch2
Getting started-guide-scratch2Getting started-guide-scratch2
Getting started-guide-scratch2
Botol Budu
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggiBuku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi
Botol Budu
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
Botol Budu
 
Jawapan latihan
Jawapan latihanJawapan latihan
Jawapan latihan
Botol Budu
 
4.0 projek pengaturcaraan
4.0 projek pengaturcaraan4.0 projek pengaturcaraan
4.0 projek pengaturcaraan
Botol Budu
 
3.0 mengatur cara dan menguji
3.0 mengatur cara dan menguji3.0 mengatur cara dan menguji
3.0 mengatur cara dan menguji
Botol Budu
 
2.0 menggunakan algoritma melalui pseudokod dan carta alir
2.0 menggunakan algoritma melalui pseudokod dan carta alir2.0 menggunakan algoritma melalui pseudokod dan carta alir
2.0 menggunakan algoritma melalui pseudokod dan carta alir
Botol Budu
 
1.0 memahami pengaturcaraan
1.0 memahami pengaturcaraan1.0 memahami pengaturcaraan
1.0 memahami pengaturcaraan
Botol Budu
 
Topik 11-kesalahan-struktur-ayat
Topik 11-kesalahan-struktur-ayatTopik 11-kesalahan-struktur-ayat
Topik 11-kesalahan-struktur-ayat
Botol Budu
 
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukanTopik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Botol Budu
 
Topik 9-kata-kerja
Topik 9-kata-kerjaTopik 9-kata-kerja
Topik 9-kata-kerja
Botol Budu
 
Topik 8-fungsi-nya-dalam-ayatdoc
Topik 8-fungsi-nya-dalam-ayatdocTopik 8-fungsi-nya-dalam-ayatdoc
Topik 8-fungsi-nya-dalam-ayatdoc
Botol Budu
 
Topik 7-kata-adjektif
Topik 7-kata-adjektifTopik 7-kata-adjektif
Topik 7-kata-adjektif
Botol Budu
 
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iTopik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Botol Budu
 
Topik 4-kata-majmuk
Topik 4-kata-majmukTopik 4-kata-majmuk
Topik 4-kata-majmuk
Botol Budu
 
Topik 3-ayat-pasif
Topik 3-ayat-pasifTopik 3-ayat-pasif
Topik 3-ayat-pasif
Botol Budu
 
Topik 2-susunan-ayat-songsang
Topik 2-susunan-ayat-songsangTopik 2-susunan-ayat-songsang
Topik 2-susunan-ayat-songsang
Botol Budu
 
Topik 1-ayat-tunggal
Topik 1-ayat-tunggalTopik 1-ayat-tunggal
Topik 1-ayat-tunggal
Botol Budu
 
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjaman
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjamanBMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjaman
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjaman
Botol Budu
 
Modul 11-kesilapan-ejaan-kata
Modul 11-kesilapan-ejaan-kataModul 11-kesilapan-ejaan-kata
Modul 11-kesilapan-ejaan-kata
Botol Budu
 
More from Botol Budu (20)

Recently uploaded

RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
kinayaptr30
 
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SDKisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
denunugraha
 
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
arianferdana
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
Kanaidi ken
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
ppgpriyosetiawan43
 
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
setiatinambunan
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
AdrianAgoes9
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
Recently uploaded (20)

  • 1. KATA BANTU Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. (i) Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa ini (kini) atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek yang dominan dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum. Kata Bantu Aspek Masa lampau Masa ini (kini) Masa hadapan telah sudah pernah selalu sedang tengah masih akan belum Contoh ayat: Masa lampau 1. Pekerja industri itu telah pulang ke rumah. 2. Murid-murid itu sudah bersarapan. 3. Kami pernah melawat ke Sabah. 4. Aminah selalu teringat akan gurunya yang sudah bersara itu. Masa ini (Kini) 5. Ah Meng sedang membaca komik. 6. Mutusamy tengah menyiapkan kerja khususnya. 7. Puan Siti masih memasak di dapur. Masa Hadapan 8. Johari akan ke Kuala Lumpur esok. 9. Baju itu belum berbasuh lagi. Kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama tanpa menjejaskan makna dalam binaan kata kerja. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini. 10. belum + pernah Muhammad Hanif belum pernah melawat ke Kuala Lumpur. 11. masih + belum Harizah masih belum menjamah kuetiau tersebut. Walau bagaimanapun, ada sesetengah kata bantu aspek tidak boleh hadir bersama-sama atau berderetan, malah binaan ayat yang terhasil juga tidak gramatis. Sila lihat ayat contoh yang berikut: 12. Gadis itu akan belum berumah tangga lagi. (X) 13. Banyak orang akan sedang mengikuti ulasan langsung pertandingan bola
  • 2. sepak itu. (X) 14. Melissa belum akan menyiapkan tugasan sekolahnya. (X) Ayat (12 hingga 14) di atas menyalahi rumus tatabahasa Melayu. Oleh itu, pengguna bahasa Melayu baku perlu berhati-hati dalam hal ini. (ii) Kata bantu ragam berperanan untuk menyatakan atau menerangkan ragam atau suasana perasaan yang berhubung dengan perbuatan yang dilakukan. Bentuk kata bantu ragam yang lazim diungkapkan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu baku ialah hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, perlu, wajib, enggan dan patut. Kata Bantu Ragam Mesti melakukan (sesuatu perbuatan) Hendak melakukan (sesuatu perbuatan) Berkeupayaan melakukan (sesuatu perbuatan) Pengizinan melakukan (sesuatu perbuatan) harus hendak dapat boleh Mesti perlu mahuwajib Kata Bantu Ragam Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan) Mahu atau tidak mahu melakukan (sesuatu perkara) enggan mungkin Berdasarkan jadual di atas, yang berikut ini ialah ayat contoh bagi meningkatkan kefahaman pembaca tentang kata bantu ragam: Mesti melakukan (sesuatu perbuatan) 15. Semua murid harus cepat ke kelas supaya tidak dikenakan tindakan disiplin. 16. Bil elektrik bulan lepas mesti dijelaskan pada hari ini juga. 17. Kita perlu berhemah semasa berurusan dengan sesiapa sahaja. 18. Umat Islam wajib berpuasa pada bulan Ramadan kecuali mereka yang tidak berupaya. Hendak melakukan (sesuatu perbuatan) 19. Ibu hendak ke pasar Chowrasta. 20. Banyak orang kini mahu memegang jawatan tinggi. Berkeupayaan melakukan (sesuatu perbuatan) 21. Mereka dapat pulang ke rumah pada cuti hujung minggu ini. 22. Siti Faezah dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana. Pengizinan melakukan (sesuatu perbuatan) 23. Murid-murid boleh ke tandas sekiranya mendapat pas keluar daripada guru.
  • 3. 24. Mereka boleh mengikuti rombongan sekolah ke Johor Bahru kerana mendapat keizinan daripada ibu bapa masing-masing. Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan) 25. Mereka enggan memakai kemeja putih yang jarang itu. 26. Ali enggan menyertai pasukan Bulan Sabit Merah kerana dia tidak berminat. Mahu atau tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan) 27. Siew Lin mungkin tidak akan datang kerana dia kurang sihat. 28. Mariamah mungkin akan berpindah ke sekolah baharu kerana keluarganya akan berpindah ke daerah lain. *Rumus tatabahasa Melayu juga membenarkan gandingan berturutan atau berpasangan dalam binaan ayat yang menggunakan kata bantu ragam. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini. 29. harus + mahu Salmiah harus mahu menunaikan rukun Islam yang kelima pada tahun ini. 30. harus + dapat Encik Daud harus dapat menjawat Guru Cemerlang kerana mempunyai prestasi yang amat membanggakan sepanjang tiga tahun lalu. 31. mesti + mahu Encik Lim mesti mahu menghadiri majlis perjumpaan alumni ke-40 sekolah lamanya kerana ingin menemui rakan-rakan sekolahnya. 32. mesti + dapat Munirah mesti dapat mencapai 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana dia rajin mengulangkaji pelajarannya. Seperkara lagi, ada sesetengah kata bantu ragam yang tidak boleh hadir bersama-sama. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut: 33. Ah Chong hendak mahu makan laksa walaupun tidak berselera. (X) 34. Mohan hendak harus membawa keluarganya ke Bukit Fraser. (X) 35. Hashim hendak mesti menyiapkan tugasan sekolahnya pada hari ini. (X) Ayat contoh (33 hingga 35) di atas menyalahi rumus tatabahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, pengguna bahasa Melayu baku sentiasa cakna akan hal ini agar dapat menghasilkan ayat yang gramatis. *Selain itu, kata bantu aspek tertentu boleh hadir bergandingan dengan kata bantu ragam, waima secara mendahuluinya atau ,mengikutinya. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini. Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam 36. Pak Husin sedang hendak mengambil wuduk. 37. Razif belum hendak pulang ke rumahnya kerana hendak menghabiskan kerjanya. Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek 38. Hamdiah mesti akan tiba sebentar lagi.
  • 4. 39. Nasser harus sudah makan malam. Di samping itu, dalam binaan ayat yang merangkumi frasa adjektif, elemen-elemen kata bantu dapat membantu mendukung pelbagai maksud. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini. Kata Bantu + Kata Adjektif 40. Pekebun itu masih kuat mengerjakan ladangnya. 41. Budak yang diserang leukimia itu sudah kurus kerana hilang selera makan. Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif 42. Fizikal kanak-kanak yang berusia lima tahun itu masih agak kecil berbanding dengan kanak- kanak seusianya. 43. Belum terlalu lewat untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kaum Cina pada hari ketiga Tahun baru Cina. Kata Bantu + Kata Adjektif + Kata Penguat 44. Encik Rahmat memberitahu kawannya bahasa masih awal sangat untuk meramalkan pasukan bola sepak yang akan menjuarai Piala Malaysia tahun ini. 45. Pesakit barah itu sudah baik betul setelah doktor menggunakan kaedah baharu untuk mengubatinya. Kata bantu + Kata Adjektif + Kata Adjektif 46. Walaupun tinggal di Kenya selama 10 tahun, Amira masih putih mulus dan ceria. 47. Pak Mat dan Mak Minah masih riang gembira menyambut anak mereka pulang walaupun mereka dalam keadaan uzur. Dalam ayat songsang, unsur kata bantu boleh dikehadapankan bagi tujuan penegasan dalam konstituen predikat. Sila lihat contoh ayat yang berikut ini. Pendepanan Kata Bantu dengan Kata Kerja 48. a) Para atlet itu / masih berlatih. b) Masih berlatih / para atlet itu. 49. a) Pengantin perempuan belum tiba. b) Belum tiba pengantin perempuan. Pendepanan Kata Bantu dengan Kata Adjektif 50. a) Buah itu belum tentu segar. b) Belum tentu segar buah itu. 51. a) Masjid Negara masih utuh lagi. b) Masih utuh lagi Masjid Negara. *Unsur kata bantu boleh juga hadir dalam binaan frasa sendi nama dan beberapa unsur kata yang lain. Perhatikan ayat contoh yang berikut ini. Kata Bantu + Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
  • 5. 52. Sharifah telah ke Singapura untuk menziarahi sepupunya. 53. Pasukan MERCY akan ke China / untuk membantu mangsa banjir di sana. Kata Bantu + Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Keterangan 54. Orang tua itu masih di tepi tasik setiap senja. 55. Abang Nizam akan ke bawah rumah dengan sepupunya. Dalam binaan frasa sendi nama di atas, kehadiran unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah wajib manakala kehadiran unsur-unsur kata nama arah, ayat komplemen dan keterangan digunakan secara pilihan (boleh digugurkan jika tidak diperlukan) *Binaan frasa kerja yang menggunakan unsur kata bantu dapat dilihat dalam ayat yang berikut ini. Kata Bantu + Kata Kerja Transitif + Objek + Keterangan 56. Encik Zul akan mengusahakan perniagaan peralatan kesihatan di bandar Maran, Pahang. 57. Puan Asmah hendak membincangkan permasalahan bahasa rojak dalam Seminar Bahasa Melayu Antarabangsa. Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Pelengkap + Keterangan 58. Hasiah masih tinggal di Muar, Johor dengan Noor Rehan. 59. Saiful sedang berwirid di dalam kamar. Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen + Keterangan 60. Wan Lijah telah berjaya untuk mendapat markah cemerlang dalam temu duga itu. 61. Encik Norman telah berjaya dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan baru-baru ini. Kesimpulannya, penggunaan kata bantu aspek dan kata bantu ragam yang menjadi elemen penting bagi frasa kerja dalam binaan ayat bahasa Melayu banyak membantu pengguna bahasa untuk menghasilkan ayat yang gramatis dan bermakna serta jelas penyampaiannya. Pengguna bahasa yang komited dan celik tatabahasa dapat memartabatkan bahasa Melayu dalam aspek morfologi, sintaksis dan leksikon sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan.
  • 6. 52. Sharifah telah ke Singapura untuk menziarahi sepupunya. 53. Pasukan MERCY akan ke China / untuk membantu mangsa banjir di sana. Kata Bantu + Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Keterangan 54. Orang tua itu masih di tepi tasik setiap senja. 55. Abang Nizam akan ke bawah rumah dengan sepupunya. Dalam binaan frasa sendi nama di atas, kehadiran unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah wajib manakala kehadiran unsur-unsur kata nama arah, ayat komplemen dan keterangan digunakan secara pilihan (boleh digugurkan jika tidak diperlukan) *Binaan frasa kerja yang menggunakan unsur kata bantu dapat dilihat dalam ayat yang berikut ini. Kata Bantu + Kata Kerja Transitif + Objek + Keterangan 56. Encik Zul akan mengusahakan perniagaan peralatan kesihatan di bandar Maran, Pahang. 57. Puan Asmah hendak membincangkan permasalahan bahasa rojak dalam Seminar Bahasa Melayu Antarabangsa. Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Pelengkap + Keterangan 58. Hasiah masih tinggal di Muar, Johor dengan Noor Rehan. 59. Saiful sedang berwirid di dalam kamar. Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen + Keterangan 60. Wan Lijah telah berjaya untuk mendapat markah cemerlang dalam temu duga itu. 61. Encik Norman telah berjaya dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan baru-baru ini. Kesimpulannya, penggunaan kata bantu aspek dan kata bantu ragam yang menjadi elemen penting bagi frasa kerja dalam binaan ayat bahasa Melayu banyak membantu pengguna bahasa untuk menghasilkan ayat yang gramatis dan bermakna serta jelas penyampaiannya. Pengguna bahasa yang komited dan celik tatabahasa dapat memartabatkan bahasa Melayu dalam aspek morfologi, sintaksis dan leksikon sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan.