SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Teks Pengacara Majlis - Majlis Persaraan Guru Besar
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena
persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
Guru Penolong Kanan 1
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Berusaha
Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Berusaha
En. Rahmat bin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Dihormati
En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Mohd Rosli bin Othman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Menengah
Yang Dihormati
Tn. Hj. Muhammad bin Salleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah
Yang Dihormati
En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman
Pegawai Maklumat
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Abdul Naser bin Bedu
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Dihormati
En. Md. Sukor bin Marzuki
Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
dan seluruh ahli jawatankuasanya
Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan
Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong
Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan
yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir
sebagai Guru Besar di SK LKTP Sungai Sayong.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah-
mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad
Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin
Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang
Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin
Bedu atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang
Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj.
Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri
mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah
sajak yang bertajuk “Jasamu Dikenang” dan mendendangkan 2 buah lagu
yang bertajuk “Terlalu Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”.
Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan
sebuah pesembahan yang cukup istimewa.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong
Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-
wakil kelas.
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2
Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas
Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul
Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan
Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.
Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md.
Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus
untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis
turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan
khusus daripada beliau sendiri.
Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan
upacara tersebut.
Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin
Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK
LKTP Sungai Sayong.
Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin
bin Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai
Pelajaran Daerah Kulai.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.
Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.
Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman,
Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.
Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-
kenangan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai,
kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul
Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai
tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari
yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
“Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu
`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

More Related Content

What's hot

Teks pengacara majlis mesy agung ke 40
Teks pengacara majlis mesy agung ke 40Teks pengacara majlis mesy agung ke 40
Teks pengacara majlis mesy agung ke 40mazidah binti ali
 
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuTeks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuSuryadi Lagga
 
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013Yusrina Mustama
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxssuser83ab23
 
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianTeks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianJOHOR IS DA BEST
 
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM BalqisAbdul
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahSuryadi Lagga
 
Teks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraanTeks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraannorzainiza buyong
 
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikrajTeks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikrajWmr Ridza
 
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali ke
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali keSkrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali ke
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali keNorazliah Ani
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besarbagero
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Noramaly AFiqa
 
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6nurraihan15
 
Teks pengacaraan majlis khatam al
Teks pengacaraan majlis khatam alTeks pengacaraan majlis khatam al
Teks pengacaraan majlis khatam alipgm
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanRazah Dollah
 
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.docNorazlinaLina1
 
Teks pengacara majlis tadika kemas
Teks pengacara majlis tadika kemasTeks pengacara majlis tadika kemas
Teks pengacara majlis tadika kemasMohd Nariff
 

What's hot (20)

Teks pengacara ksu
Teks pengacara ksuTeks pengacara ksu
Teks pengacara ksu
 
Teks pengacara majlis mesy agung ke 40
Teks pengacara majlis mesy agung ke 40Teks pengacara majlis mesy agung ke 40
Teks pengacara majlis mesy agung ke 40
 
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuTeks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
 
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
 
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianTeks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
 
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
 
Teks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraanTeks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraan
 
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikrajTeks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
 
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali ke
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali keSkrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali ke
Skrip juruacara majlis kejohanan sukan tahunan kali ke
 
Teks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasulTeks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasul
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
teks-pengacara-perjumpaan-ibubapa tahun 6
 
Teks pengacaraan majlis khatam al
Teks pengacaraan majlis khatam alTeks pengacaraan majlis khatam al
Teks pengacaraan majlis khatam al
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
261454523.doc
261454523.doc261454523.doc
261454523.doc
 
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc
 
Teks pengacara majlis tadika kemas
Teks pengacara majlis tadika kemasTeks pengacara majlis tadika kemas
Teks pengacara majlis tadika kemas
 

Similar to Teks pengacara majlis hari guru

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docxazlisham1976
 
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docxIlham Afnan
 
Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batibaitimustafa1
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Hafizah Izah
 
Teks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgTeks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgSiti Puspa
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSiti Norlina
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG Yusrina Mustama
 
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.annurinsyirah
 
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docxTeks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docxsoftri
 
Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Kama Taib
 
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docxteks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docxssuser38f308
 
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Azizan Amanda
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Noor Aziana Fauzi
 
Mcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliMcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliamran chemeh
 
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Norazliah Ani
 
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013Yusrina Mustama
 

Similar to Teks pengacara majlis hari guru (20)

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
 
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
 
Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi bati
 
APC 2016.doc
APC 2016.docAPC 2016.doc
APC 2016.doc
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013
 
Teks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgTeks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibg
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka raya
 
MC PIBG 2023.docx
MC PIBG 2023.docxMC PIBG 2023.docx
MC PIBG 2023.docx
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
 
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
 
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docxTeks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
 
Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012
 
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docxteks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
 
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
 
Mcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliMcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kali
 
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
 
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013
TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013
 
Teks pengacara kejohanan boling daerah
Teks pengacara kejohanan boling daerahTeks pengacara kejohanan boling daerah
Teks pengacara kejohanan boling daerah
 

More from Along Iza

Pat bah a t2
Pat bah a t2Pat bah a t2
Pat bah a t2Along Iza
 
Nota lukisan skematik t3
Nota lukisan skematik t3Nota lukisan skematik t3
Nota lukisan skematik t3Along Iza
 
Pengenalan reka bentuk dan teknologi
Pengenalan reka bentuk dan teknologiPengenalan reka bentuk dan teknologi
Pengenalan reka bentuk dan teknologiAlong Iza
 
Pengenalan reka bentuk dan teknologi
Pengenalan reka bentuk dan teknologiPengenalan reka bentuk dan teknologi
Pengenalan reka bentuk dan teknologiAlong Iza
 
Lembaran evidence PBS KHB (KT) tingkatan 1
Lembaran  evidence PBS KHB (KT) tingkatan 1Lembaran  evidence PBS KHB (KT) tingkatan 1
Lembaran evidence PBS KHB (KT) tingkatan 1Along Iza
 

More from Along Iza (6)

Pat bah a t2
Pat bah a t2Pat bah a t2
Pat bah a t2
 
Nota lukisan skematik t3
Nota lukisan skematik t3Nota lukisan skematik t3
Nota lukisan skematik t3
 
Pengenalan reka bentuk dan teknologi
Pengenalan reka bentuk dan teknologiPengenalan reka bentuk dan teknologi
Pengenalan reka bentuk dan teknologi
 
Pengenalan reka bentuk dan teknologi
Pengenalan reka bentuk dan teknologiPengenalan reka bentuk dan teknologi
Pengenalan reka bentuk dan teknologi
 
Lembaran evidence PBS KHB (KT) tingkatan 1
Lembaran  evidence PBS KHB (KT) tingkatan 1Lembaran  evidence PBS KHB (KT) tingkatan 1
Lembaran evidence PBS KHB (KT) tingkatan 1
 
Subjeknpre
SubjeknpreSubjeknpre
Subjeknpre
 

Recently uploaded

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (11)

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Teks pengacara majlis hari guru

  • 1. Teks Pengacara Majlis - Majlis Persaraan Guru Besar Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong. BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran Guru Penolong Kanan 1 SK LKTP Sungai Sayong Yang Berusaha Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK LKTP Sungai Sayong Yang Berusaha En. Rahmat bin Ibrahim Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SK LKTP Sungai Sayong Yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Yang Dihormati En. Mohd Rosli bin Othman Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah Yang Dihormati Tn. Hj. Muhammad bin Salleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah Yang Dihormati En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman Pegawai Maklumat Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
  • 2. Yang Dihormati Barisan Guru Besar dan Pengetua Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Daerah Kulai Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” dan seluruh ahli jawatankuasanya Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong Seterusnya Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
  • 3. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK LKTP Sungai Sayong. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah- mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
  • 4. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk “Jasamu Dikenang” dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk “Terlalu Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”. Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang- kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
  • 5. Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil- wakil kelas. Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1 Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2 Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong. Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong. Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha
  • 6. Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau sendiri. Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara tersebut. Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong. Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong. Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai. Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah. Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah. Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman, Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang- kenangan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi
  • 7. Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.