SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU
BESAR
TEKS PENGERUSI MAJLIS TAUTAN KASIH, LAMBAIAN SAYANG
Tarikh : 21 Mac 2019
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SK.Baling
PERKARA/
PEMBACA
BUTIRAN CATATAN
1.Ketibaan
Tetamu
Azlisham
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan
bermula sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn.Hj Mohd Razali Bin MD
Isa dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan.Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Tautan Kasih, Lambaian
Sayang” sempena persaraan Tn.Hj Mohd Razali Bin Md Isa ,Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Baling.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif
kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.
Bacaan Doa
Su
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera,,
salam Kedah Aman Makmur dan Salam SK Baling
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Mohd Sofian Bin Abd
Majid.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Ucapan
Alu-aluan
Azlisham
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Al Fadil Ustaz Mohd Sofian Bin Abd Majid atas bacaan doa
itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Dihormati En.
Pegawai Pedidikan Daerah Baling
Yang Diraikan
Tn.Hj Mohd Razali B MD Isa
Guru Besar SK Baling
Yang Berusaha Pn.Salbiah Bt Salleh
Penolong Kanan Pentadbiran SK Baling
Yang Berusaha Pn.Nik Aziera Bt Nik Ibrahim
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha Pn.Nordiana Bt Zulkiflee
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati En.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-SK.Baling
Yang Dihormati En
NYDP Majlis Guru Besar, Daerah Baling
Yang Dihormati
Barisan Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Baling
Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di JPN dan PPD
Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati
Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Tautan Kasih, Lambaian Sayang” sempena persaraan Yang
Diraikan Tn.Hj Razali B MD Isa, Guru Besar SK.Baling.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah
kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-
sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan Tn.Hj Mohd Razali B
MD Isa dalam Majlis “Tautan Kasih, Lambaian Sayang
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Tn.Hj Razali B MD
Isa sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang
berakhir sebagai Guru Besar di SK Baling.
Ucapan Ketua
Murid
Su
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis menjemput adik Adam Hidayat, Ketua Murid SK Baling bagi
mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Ucapan PK1
Azlisham
Terima kasih diucapkan kepada adik Adam Hidayat atas ucapan
sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha,
Pn.Salbiah Bt Salleh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Baling
mewakili semua guru dan AKP.Dipersilakan
Bacaan Biodata
Guru Besar
Azlisham /Su
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn.Salbiah Bt
Salleh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Persembahan
Multimedia
Su
Para Hadirin yang kami muliakan,
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tn.Hj Mohd Razali
Bin Md Isa.
Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai untuk naik
bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.
*** Persembahan multimedia
Ucapan
Yang Dirai
GB
Azlisham
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan Tn.Hj. Mohd Rzali Bin MD Isa .
Terima kasih kepada team unit ict SKB dan individu yang
menjayakan persembahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita
semua.
Hadirin yang dihormati,
Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.
Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati En. ………………………………………………………………………,Pegawai
Pendidikan Daerah Baling dan Yang Dihormati
........................................, YDP PIBG dengan diiringi
oleh Pn.Salbiah Bt Salleh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik
ke pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut.Dipersilakan.
Terima kasih Yang Dihormati En. ………………………………………………………..
dan Yang Dihormati En........................................ yang
sudi menyempurnakan upacara tersebut.
Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru Besar
tampil ketengah pentas untuk memotong pulut kuning sebagai
simbolik kasih sayang warga SK.Baling terhadap yang diraikan
Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa . Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa yang
sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin.
Seterusnya,
Majlis menjemput dan mempersilakan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD
Isa turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan.
Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
***………Ucapan GB
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Diraikan Tn.Hj.Mohd Razali Bin Md Isa atas ucapan
itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Penyampaian
Watikah
Azlisham
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang
akan disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Baling kepada
Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa.
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang
Dihormati En…………………………………………………………….. Pegawai Pedidikan
Daerah Baling naik ke pentas utama untuk menyempunakan
penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.
Majlis menjemput dan mempersilakan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD
Isa untuk menerima watikah daripada Tuan PPD. Dipersilakan.
Seterusnya Majlis mempersilakan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa
menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati
En…………………………………………………… Pegawai Pendidikan Daerah Baling
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Dihormati En………………………………………………………………. dan Yang Dirai
Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa.
Penyampaian
Hadiah &
cenderamata
Su
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita
raikan pada hari ini iaitu Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Pn.Salbiah Bt Salleh, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, SK Baling mengiringi Yang Diraikan Tn.Hj MOhd
Razali Bin MD Isa untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada
wakil-wakil kelas.
Rujuk senarai hadiah……
Penutup
Azlisham
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan
khusus untuk Yang Diraikan Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima
kasih di atas kesudian Yang Berusaha Pn.Salbiah Bt Salleh
mengiringi Yang Diraikan Tn.Hj MOhd Razali Bin MD Isa sebentar
tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar tadi.
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk cikgu Razali……….
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Penutup
Su
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa kerana sudi untuk bersama kita
pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
Yang Diraikan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai
ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis menjemput Yang Diraikan Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa
serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera .
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

More Related Content

What's hot

Teks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraanTeks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraannorzainiza buyong
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraanikin5474
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineMaimunah Sibli
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSanusi Mohd
 
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011Abdullah Musa
 
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang Henry Lijunin
 
Teks ucapan israk mikraj 2015
Teks ucapan israk mikraj 2015Teks ucapan israk mikraj 2015
Teks ucapan israk mikraj 2015fadzilsmi
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxssuser83ab23
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39Rusya Yahaya
 
Teks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibgTeks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibgNorkaspawati Kassim
 
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...Auzaie_93
 
Teks pengacara majlis watikah perlantikan 2012
Teks pengacara majlis watikah perlantikan 2012Teks pengacara majlis watikah perlantikan 2012
Teks pengacara majlis watikah perlantikan 2012Hamsah Saram
 
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianTeks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianJOHOR IS DA BEST
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxasmirahn
 
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018Nor Azlina
 

What's hot (20)

Teks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraanTeks pengacara majlis persaraan
Teks pengacara majlis persaraan
 
Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)
Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)
Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraan
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
Permainan bahasa
Permainan bahasaPermainan bahasa
Permainan bahasa
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
 
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
 
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang
 
Teks ucapan israk mikraj 2015
Teks ucapan israk mikraj 2015Teks ucapan israk mikraj 2015
Teks ucapan israk mikraj 2015
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39
 
Teks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibgTeks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibg
 
Teks pengacara mesyuarat agung pibg
Teks pengacara mesyuarat agung pibgTeks pengacara mesyuarat agung pibg
Teks pengacara mesyuarat agung pibg
 
Majlis Telancaran Tahun Membaca 2013
Majlis Telancaran Tahun Membaca 2013Majlis Telancaran Tahun Membaca 2013
Majlis Telancaran Tahun Membaca 2013
 
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
 
Teks pengacara majlis watikah perlantikan 2012
Teks pengacara majlis watikah perlantikan 2012Teks pengacara majlis watikah perlantikan 2012
Teks pengacara majlis watikah perlantikan 2012
 
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianTeks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018
 
Teks ucapan wakil pelajar
Teks ucapan wakil pelajarTeks ucapan wakil pelajar
Teks ucapan wakil pelajar
 

Similar to TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx

Teks pengacara majlis hari guru
Teks pengacara majlis hari guruTeks pengacara majlis hari guru
Teks pengacara majlis hari guruAlong Iza
 
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.annurinsyirah
 
Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batibaitimustafa1
 
Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Kama Taib
 
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013Yusrina Mustama
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Hafizah Izah
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSiti Norlina
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Norazelin Mat Isa
 
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docxIlham Afnan
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG Yusrina Mustama
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Henry Lijunin
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Henry Lijunin
 
Teks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgTeks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgSiti Puspa
 
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015Abdul Rahim
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Noor Aziana Fauzi
 
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Azizan Amanda
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Noramaly AFiqa
 

Similar to TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx (20)

Teks pengacara majlis hari guru
Teks pengacara majlis hari guruTeks pengacara majlis hari guru
Teks pengacara majlis hari guru
 
MC PIBG 2023.docx
MC PIBG 2023.docxMC PIBG 2023.docx
MC PIBG 2023.docx
 
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
 
Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi bati
 
Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012
 
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka raya
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
 
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016
 
Teks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgTeks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibg
 
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala LangatTeks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
 
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
 
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
 
Watikah mpp 2015
Watikah mpp 2015Watikah mpp 2015
Watikah mpp 2015
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 

Recently uploaded

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxsitimahida2
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3NurulAliah35
 

Recently uploaded (7)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx

  • 1. TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR TEKS PENGERUSI MAJLIS TAUTAN KASIH, LAMBAIAN SAYANG Tarikh : 21 Mac 2019 Masa : 11.00 pagi Tempat : Dewan SK.Baling PERKARA/ PEMBACA BUTIRAN CATATAN 1.Ketibaan Tetamu Azlisham Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.Dipersilakan mengambil tempat. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Tautan Kasih, Lambaian Sayang” sempena persaraan Tn.Hj Mohd Razali Bin Md Isa ,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Baling. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri. ...................................(Lagu Negaraku) Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk. Bacaan Doa Su Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera,, salam Kedah Aman Makmur dan Salam SK Baling Hadirin yang dimuliakan, Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
  • 2. marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Mohd Sofian Bin Abd Majid.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *********** (Doa) Ucapan Alu-aluan Azlisham Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Mohd Sofian Bin Abd Majid atas bacaan doa itu tadi. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Dihormati En. Pegawai Pedidikan Daerah Baling Yang Diraikan Tn.Hj Mohd Razali B MD Isa Guru Besar SK Baling Yang Berusaha Pn.Salbiah Bt Salleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Baling Yang Berusaha Pn.Nik Aziera Bt Nik Ibrahim Penolong Kanan Hal-ehwal Murid Yang Berusaha Pn.Nordiana Bt Zulkiflee Penolong Kanan Kokurikulum Yang Dihormati En. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-SK.Baling Yang Dihormati En NYDP Majlis Guru Besar, Daerah Baling Yang Dihormati Barisan Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Baling
  • 3. Yang Dihormati Pegawai-pegawai di JPN dan PPD Dif-dif jemputan, Seterusnya Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis “Tautan Kasih, Lambaian Sayang” sempena persaraan Yang Diraikan Tn.Hj Razali B MD Isa, Guru Besar SK.Baling. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama- sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan Tn.Hj Mohd Razali B MD Isa dalam Majlis “Tautan Kasih, Lambaian Sayang Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Tn.Hj Razali B MD Isa sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Baling. Ucapan Ketua Murid Su Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis menjemput adik Adam Hidayat, Ketua Murid SK Baling bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Ucapan PK1 Azlisham Terima kasih diucapkan kepada adik Adam Hidayat atas ucapan sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha, Pn.Salbiah Bt Salleh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Baling mewakili semua guru dan AKP.Dipersilakan
  • 4. Bacaan Biodata Guru Besar Azlisham /Su Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn.Salbiah Bt Salleh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Persembahan Multimedia Su Para Hadirin yang kami muliakan, Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tn.Hj Mohd Razali Bin Md Isa. Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai untuk naik bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan. *** Persembahan multimedia Ucapan Yang Dirai GB Azlisham Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tn.Hj. Mohd Rzali Bin MD Isa . Terima kasih kepada team unit ict SKB dan individu yang menjayakan persembahan tersebut. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. Hadirin yang dihormati, Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar. Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. ………………………………………………………………………,Pegawai Pendidikan Daerah Baling dan Yang Dihormati ........................................, YDP PIBG dengan diiringi oleh Pn.Salbiah Bt Salleh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut.Dipersilakan. Terima kasih Yang Dihormati En. ……………………………………………………….. dan Yang Dihormati En........................................ yang sudi menyempurnakan upacara tersebut.
  • 5. Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru Besar tampil ketengah pentas untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik kasih sayang warga SK.Baling terhadap yang diraikan Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa . Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin. Seterusnya, Majlis menjemput dan mempersilakan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan. Hadirin yang dimuliakan, Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. ***………Ucapan GB Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn.Hj.Mohd Razali Bin Md Isa atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Penyampaian Watikah Azlisham Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat, Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang
  • 6. akan disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Baling kepada Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En…………………………………………………………….. Pegawai Pedidikan Daerah Baling naik ke pentas utama untuk menyempunakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan. Majlis menjemput dan mempersilakan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa untuk menerima watikah daripada Tuan PPD. Dipersilakan. Seterusnya Majlis mempersilakan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati En…………………………………………………… Pegawai Pendidikan Daerah Baling Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati En………………………………………………………………. dan Yang Dirai Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa. Penyampaian Hadiah & cenderamata Su Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Pn.Salbiah Bt Salleh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Baling mengiringi Yang Diraikan Tn.Hj MOhd Razali Bin MD Isa untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas. Rujuk senarai hadiah…… Penutup Azlisham Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Pn.Salbiah Bt Salleh mengiringi Yang Diraikan Tn.Hj MOhd Razali Bin MD Isa sebentar tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
  • 7. penyampai cenderamata sebentar tadi. Umpama memanjat dah sampai ke puncak Yang ruas dah sampai ke buku Yang kitab sudah berkhatam Yang terniat sudah terkabul Yang menerima sudah menerima Kita telah pun berada di hujung acara. Untuk cikgu Razali………. Guru umpama bintang cemerlang Walau bersara jasa dikenang Raut wajah damai dan tenang, Tiada terkalam kasih dijunjung, Jasa baktimu tetap dikenang, Budi baikmu tetap disanjung. Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Penutup Su Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tn.Hj.Mohd Razali Bin MD Isa bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali
  • 8. Majlis menjemput Yang Diraikan Tn.Hj Mohd Razali Bin MD Isa serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera . Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh