SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
1
TEKS PENGERUSI MAJLIS
SEMPENA MAJLIS PERSARAAN
GURU BESAR
PN HURUL’AIN BINTI ABDUL HALIM
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SG.TEKALI
2
TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH
SEMPENA
MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR
PN HURUL’AIN BINTI ABDUL HALIM
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SG. TEKALI
Tarikh : 18 Mac 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Laman Hurul’Ain, SK Sungai Tekali
Pengacara Majlis : En. Muhammad Fudhail bin Razak
Pn. Nurul Ashikin binti Adnan
BIL TURUTAN SKRIP CATATAN
3
1. Ketibaan tetamu
(SHIKIN)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dijemput semua tetamu untuk mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula
sebentar lagi.
*****************************************************************
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Hurul’Ain binti Abdul Halim dengan diiringi
dif-dif kehormat masuk ke Laman Hurul’Ain. Dipersilakan mengambil tempat yang
telah disediakan...dan dijemput Yang Diraikan pada hari ini iaitu Pn. Hurul’Ain binti
Abdul Halim untuk bersemayam di atas singgahsana yang indah ini. Dipersilakan……..
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena
persaraan Pn. Hurul’Ain binti Abdul Halim,
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali.
2. Ucapan alu-aluan
(FUDHAIL)
Melayang serindit di atas permatang,
4
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Berbahagia Tuan Haji Arbain bin Pinni
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat
Yang dihormati En Yazid bin Zakaria
Pengerusi
Persatuan Guru Besar Malaysia Daerah Hulu Langat
Yang Dihormati
Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
Yang Dihormati
Barisan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat
Yang Diraikan
Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali
Yang dihormati En Sazali bin Sarwan
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah kebangsaa Sungai Tekali
Yang dihormati En Mohd Hanif bin Abdullah
5
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah kebangsaan sungai Tekali
Yang dihormati Pn Saidah binti Shafie
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah kebangsaan sungai Tekali
Yang Dihormati En Mohd Fairul bin Mohd Daus
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah kebangsaan Sungai Tekali
Yang dikasihi Barisan Guru
Sekolah kebangsaan Sungai Tekali
Dif-dif jemputan
Seterusnya
ibu bapa, hadirin dan hadirat yang dirahmati oleh Allah.
Selamat datang ke Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan
Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai
Tekali. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan
limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan Yan Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim dalam Majlis “Sanjungan Budi,
Lambaian Kasih”
6
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh diperkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang telah
dilaksanakan oleh Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di
Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali.
3. Nyanyian Lagu
Negaraku
(SHIKIN)
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin
mohon berdiri.
...................................(Lagu Negaraku dimainkan) …………………………………………
Terima kasih….….semua hadirin dijemput duduk.
4. Bacaan Doa
(SHIKIN)
Tangan ditadah restu dipinta,
Pada Yang Esa pohon segala,
Inayah dan taufiq hajat termetra,
Agar majlis diberkati jua.
7
Bagi memberkati Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-fadhil Ustaz Nik Muhamad
Fikri bin Nik Husain. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…….
……………………………..[Bacaan Doa]…………………………….
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-fadhil
Ustaz Nik Muhamad Fikri atas bacaan doa itu tadi.
5. Persembahan
Pembukaan
(SHIKIN)
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada Adik Awal Asyraf bin Nazrul Haizad / Muhammad Hakimy Atly
bin dengan lagu yang bertajuk “Desa Tekali”. Dipersilakan.
……………………………..[Persembahan Awal]…………………………….
Comfirmkan
dengan yus sape
nyanyi
8
Semoga kita terhibur dengan persembahan Nyanyian yang cukup istimewa sebentar
tadi. Lagu Desa Tekali ini telah dicipta lirik dan muziknya oleh seorang guru muda yang
berbakat iaitu En Yusriq Iqmal bin Aminuddin.
6. Ucapan Pengerusi
Pelaksana
(FUDHAIL)
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Majlis menjemput Yang Berusaha Encik Sazali bin Sarwan, Penolong Kanan
Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali bagi mewakili warga kerja Sekolah
Kebangsaan Sungai Tekali untuk meyampaikan ucapan. Dipersilakan…..
……………………………..[Ucapan Ustaz Sazali]…………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Encik Sazali bin Sarwan, atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
7. Ucapan Pengerusi
PGBM DHL
(FUDHAIL)
Hadirin sekalian,
Majlis beranjak maju dengan mempersilakan
Yang Dihormati Tuan Haji Arbain bin Pinni
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat
9
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan….. ATAU
Hadirin sekalian,
Majlis beranjak maju dengan mempersilakan
Yang Dihormati En Yazid bin Zakaria
Pengerusi
Persatuan Guru Besar Malaysia Daerah Hulu Langat untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan….
……………………………..[Ucapan Pengerusi PGBMDHL] …………………………….
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan itu tadi.
8. Ucapan Guru Besar
(FUDHAIL)
Hadirin sekalian,
Kain berlipat dalam istana,
Pakaian puteri raja kayangan,
Sepatah nasihat kami terima,
Secubit budi jadi kenangan.
10
Gunung Daik bercabang dua,
Pohon bidara di simpang empat;
Budi baik dikenang juga,
Selaut bicara pembakar semangat.
Tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan
Hurul’Ain binti Abdul Halim. Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
mempersilakan Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim untuk meleraikan
rentetan lumrah kehidupan sepanjang perkhidmatan.
……………………………..[Ucapan Guru Besar]…………………………….
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan
Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim atas azimat tadi.
9.
Penyampaian Watikah
(SHIKIN)
Hujung lembayung senja nan merah,
Beralun tualang indah bersemu,
11
Tetap tabah mencipta sejarah,
Insan sepertimu takkan ketemu.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan, Umpama berkayuh
telah sampai di muara, Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.
Warga laman sekalian,
Majlis diteruskan dengan acara, penyerahan watikah persaraan yang akan disampaikan
oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat kepada Yang Diraikan Puan
Hurul’Ain binti Abdul Halim. Untuk itu, majls mempersilakan Yang Dihormati Tuan Haji
Arbain bin Pinni untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian
watikah tersebut. Dipersilakan....
ATAU
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan, Umpama berkayuh
telah sampai di muara, Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.
Warga laman sekalian,
Majlis diteruskan dengan acara, penyerahan watikah persaraan yang akan disampaikan
oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat kepada Yang Diraikan Puan
12
Hurul’Ain binti Abdul Halim. Untuk itu, majls mempersilakan Yang Dihormati Tuan Haji
Arbain bin Pinni untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian
watikah tersebut. Dipersilakan....
……………………………..[Penyerahan Watikah]…………………………….
Ucapan terima kasih dirakamkan kepada Yang Dihormati Tuan Haji Arbain bin Pinni,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat dan Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti
Abdul Halim.
ATAU
Ucapan terima kasih dirakamkan kepada Yang Dihormati En Yazid bin Zakaria,
Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Daerah Hulu Langat dan Yang Diraikan Puan
Hurul Ain binti Abdul Halim.
10. Persembahan
Multimedia
(FUDHAIL)
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu.
13
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Banyak duri perkara duri
Tidak sama duri mengkuang
Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang
Majlis diteruskan dengan tayangan multimedia buat Yang Diraikan Puan Hurul’Ain
binti Abdul Halim.
11. Persembahan
(SHIKIN)
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada petang ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan khas daripada Adik Ainur Batrisyia binti Abdul Rahman yang akan
mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk “Memori Tercipta”. Dipersilakan.
……………………………..[Persembahan Ainur]…………………………….
Semoga kita terhibur dengan persembahan khas daripada Adik Ainur Batrisyia binti
Abdul Rahman yang cukup istimewa sebentar tadi. Persembahan tadi dibawah
pimpinan Pn. Siti Farahaida binti Bakar.
12.
14
Upacara Memotong
Pulut Kuning
(SHIKIN)
Seterusnya majlis diteruskan dengan menjemput Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti
Abdul Halim untuk upacara memotong pulut kuning. Dipersilakan.....
……………………………..[Upacara Potong Pulut Kuning]…………………………….
Terima kasih diucapkan Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti
Abdul Halim.
13. Penyampaian
Cenderamata/
Hadiah
(FUDHAIL)
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenangan dari kami, majlis diteruskan dengan
penyampaian cenderamata dan hadiah.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan, En Sazali
bin Sarwan, Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah kebangsaan Sungai Tekali
mengiringi Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan....
15
Majlis mempersilakan Yang Dihormati En Mohd Razi bin Mohammed Zain, Pengerusi
Badan Kelab Guru dan Kakitangan,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali untuk menyampaikan cenderamata kenang-
kenangan kepada Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim.
……………………………..[Hadiah BKGK]…………………………….
Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Razi
Seterusnya, dipersilakan ______________________________
Terima kasih, tuan / puan
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim
atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan terima kasih di
atas kesudian Yang Dihormati En Sazali bin Sarwan mengiringi Yang Diraikan Puan
Hurul’Ain binti Abdul Halim sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.
Rujuk senarai
hadiah
14. Persembahan Berkayuh mudik ke Tanjung Deli,
16
dari Band
(SHIKIN)
Sampannya sarat jambangan melur,
Istirahat kita sekali lagi,
Bakat dipamer hati terhibur.
Hadirin dan Hadirat Sekalian,
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada tengah hari ini, kami tampilkan persembahan
daripada sebuah band yang diberi nama Yan And The Boys Band sebagai halwa telinga
khususnya untuk yang diraikan. Majlis menjemput semua tetamu yang hadir untuk
menjamu selera. Disamping itu juga, para tetamu dijemput untuk naik ke pentas untuk
sesi fotografi bersama Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim selepas makan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada Yan And The Boys Band.
Dipersilakan.....
……………………………..[Persembahan Band Fae]…………………………….
15.
Ucapan penutup
(FUDHAIL)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti
Abdul Halim kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
17
kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Melambai pepohon laksana galah,
Dipupuk semilir bayu sembilu,
Mohon diampun silap dan salah,
Maaf dipinta bicara berlalu.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian
Kasih” ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis pada hari ini menutup tirainya. Terima kasih kepada para hadirin atas kesudian
menghadiri majlis ini. Sekalung penghargaan kepada semua pihak pelaksana majlis.
Sekian….wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum……

More Related Content

Similar to TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx

Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batibaitimustafa1
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSiti Norlina
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Henry Lijunin
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Henry Lijunin
 
Mcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliMcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliamran chemeh
 
Projek Internship | Teks Pengacara Majlis Apreasiasi Naik Taraf Pentas
Projek Internship | Teks Pengacara Majlis Apreasiasi Naik Taraf Pentas Projek Internship | Teks Pengacara Majlis Apreasiasi Naik Taraf Pentas
Projek Internship | Teks Pengacara Majlis Apreasiasi Naik Taraf Pentas Stephanie Unsil
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besarbagero
 
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.annurinsyirah
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG Yusrina Mustama
 
Ucapan protokol 1
Ucapan protokol 1Ucapan protokol 1
Ucapan protokol 1Ai Kal
 
Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Kama Taib
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Noor Aziana Fauzi
 
Buku Program Majlis Persaraan
Buku Program Majlis Persaraan Buku Program Majlis Persaraan
Buku Program Majlis Persaraan Salamatul Wahab
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Nurulhuda Sharif
 
Teks juruacara
Teks juruacaraTeks juruacara
Teks juruacaraKama Taib
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahanLaila Wati Johari
 

Similar to TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx (20)

Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi bati
 
MC PIBG 2023.docx
MC PIBG 2023.docxMC PIBG 2023.docx
MC PIBG 2023.docx
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka raya
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016
 
Mcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliMcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kali
 
Projek Internship | Teks Pengacara Majlis Apreasiasi Naik Taraf Pentas
Projek Internship | Teks Pengacara Majlis Apreasiasi Naik Taraf Pentas Projek Internship | Teks Pengacara Majlis Apreasiasi Naik Taraf Pentas
Projek Internship | Teks Pengacara Majlis Apreasiasi Naik Taraf Pentas
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
 
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala LangatTeks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
 
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
 
Ucapan protokol 1
Ucapan protokol 1Ucapan protokol 1
Ucapan protokol 1
 
Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
 
APC 2016.doc
APC 2016.docAPC 2016.doc
APC 2016.doc
 
Buku Program Majlis Persaraan
Buku Program Majlis Persaraan Buku Program Majlis Persaraan
Buku Program Majlis Persaraan
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
Teks juruacara
Teks juruacaraTeks juruacara
Teks juruacara
 
Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013
Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013
Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
 

Recently uploaded

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (11)

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

TEKS PENGERUSI MAJLIS RASMI DI SEKOLAH.docx

  • 1. 1 TEKS PENGERUSI MAJLIS SEMPENA MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR PN HURUL’AIN BINTI ABDUL HALIM GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SG.TEKALI
  • 2. 2 TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH SEMPENA MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR PN HURUL’AIN BINTI ABDUL HALIM GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SG. TEKALI Tarikh : 18 Mac 2023 (Sabtu) Masa : 10.00 pagi Tempat : Laman Hurul’Ain, SK Sungai Tekali Pengacara Majlis : En. Muhammad Fudhail bin Razak Pn. Nurul Ashikin binti Adnan BIL TURUTAN SKRIP CATATAN
  • 3. 3 1. Ketibaan tetamu (SHIKIN) Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Dijemput semua tetamu untuk mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. ***************************************************************** Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Hurul’Ain binti Abdul Halim dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke Laman Hurul’Ain. Dipersilakan mengambil tempat yang telah disediakan...dan dijemput Yang Diraikan pada hari ini iaitu Pn. Hurul’Ain binti Abdul Halim untuk bersemayam di atas singgahsana yang indah ini. Dipersilakan…….. Biji selasih boleh dimakan, Menjadi perisa sedap terperi, Selamat datang kami ucapkan, Semoga majlis tambah berseri. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan Pn. Hurul’Ain binti Abdul Halim, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali. 2. Ucapan alu-aluan (FUDHAIL) Melayang serindit di atas permatang,
  • 4. 4 Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berbahagia Tuan Haji Arbain bin Pinni Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat Yang dihormati En Yazid bin Zakaria Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Daerah Hulu Langat Yang Dihormati Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat Yang Dihormati Barisan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali Yang dihormati En Sazali bin Sarwan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah kebangsaa Sungai Tekali Yang dihormati En Mohd Hanif bin Abdullah
  • 5. 5 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah kebangsaan sungai Tekali Yang dihormati Pn Saidah binti Shafie Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah kebangsaan sungai Tekali Yang Dihormati En Mohd Fairul bin Mohd Daus Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah kebangsaan Sungai Tekali Yang dikasihi Barisan Guru Sekolah kebangsaan Sungai Tekali Dif-dif jemputan Seterusnya ibu bapa, hadirin dan hadirat yang dirahmati oleh Allah. Selamat datang ke Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan Yan Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim dalam Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”
  • 6. 6 Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh diperkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang telah dilaksanakan oleh Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali. 3. Nyanyian Lagu Negaraku (SHIKIN) Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin mohon berdiri. ...................................(Lagu Negaraku dimainkan) ………………………………………… Terima kasih….….semua hadirin dijemput duduk. 4. Bacaan Doa (SHIKIN) Tangan ditadah restu dipinta, Pada Yang Esa pohon segala, Inayah dan taufiq hajat termetra, Agar majlis diberkati jua.
  • 7. 7 Bagi memberkati Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-fadhil Ustaz Nik Muhamad Fikri bin Nik Husain. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan……. ……………………………..[Bacaan Doa]……………………………. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Nik Muhamad Fikri atas bacaan doa itu tadi. 5. Persembahan Pembukaan (SHIKIN) Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada Adik Awal Asyraf bin Nazrul Haizad / Muhammad Hakimy Atly bin dengan lagu yang bertajuk “Desa Tekali”. Dipersilakan. ……………………………..[Persembahan Awal]……………………………. Comfirmkan dengan yus sape nyanyi
  • 8. 8 Semoga kita terhibur dengan persembahan Nyanyian yang cukup istimewa sebentar tadi. Lagu Desa Tekali ini telah dicipta lirik dan muziknya oleh seorang guru muda yang berbakat iaitu En Yusriq Iqmal bin Aminuddin. 6. Ucapan Pengerusi Pelaksana (FUDHAIL) Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Majlis menjemput Yang Berusaha Encik Sazali bin Sarwan, Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali bagi mewakili warga kerja Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali untuk meyampaikan ucapan. Dipersilakan….. ……………………………..[Ucapan Ustaz Sazali]……………………………. Terima kasih diucapkan kepada Encik Sazali bin Sarwan, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 7. Ucapan Pengerusi PGBM DHL (FUDHAIL) Hadirin sekalian, Majlis beranjak maju dengan mempersilakan Yang Dihormati Tuan Haji Arbain bin Pinni Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat
  • 9. 9 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan….. ATAU Hadirin sekalian, Majlis beranjak maju dengan mempersilakan Yang Dihormati En Yazid bin Zakaria Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Daerah Hulu Langat untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan…. ……………………………..[Ucapan Pengerusi PGBMDHL] ……………………………. Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan itu tadi. 8. Ucapan Guru Besar (FUDHAIL) Hadirin sekalian, Kain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan, Sepatah nasihat kami terima, Secubit budi jadi kenangan.
  • 10. 10 Gunung Daik bercabang dua, Pohon bidara di simpang empat; Budi baik dikenang juga, Selaut bicara pembakar semangat. Tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim. Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim untuk meleraikan rentetan lumrah kehidupan sepanjang perkhidmatan. ……………………………..[Ucapan Guru Besar]……………………………. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim atas azimat tadi. 9. Penyampaian Watikah (SHIKIN) Hujung lembayung senja nan merah, Beralun tualang indah bersemu,
  • 11. 11 Tetap tabah mencipta sejarah, Insan sepertimu takkan ketemu. Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan, Umpama berkayuh telah sampai di muara, Umpama berjalan telah sampai ke destinasi. Warga laman sekalian, Majlis diteruskan dengan acara, penyerahan watikah persaraan yang akan disampaikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat kepada Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim. Untuk itu, majls mempersilakan Yang Dihormati Tuan Haji Arbain bin Pinni untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.... ATAU Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan, Umpama berkayuh telah sampai di muara, Umpama berjalan telah sampai ke destinasi. Warga laman sekalian, Majlis diteruskan dengan acara, penyerahan watikah persaraan yang akan disampaikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat kepada Yang Diraikan Puan
  • 12. 12 Hurul’Ain binti Abdul Halim. Untuk itu, majls mempersilakan Yang Dihormati Tuan Haji Arbain bin Pinni untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.... ……………………………..[Penyerahan Watikah]……………………………. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada Yang Dihormati Tuan Haji Arbain bin Pinni, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat dan Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim. ATAU Ucapan terima kasih dirakamkan kepada Yang Dihormati En Yazid bin Zakaria, Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Daerah Hulu Langat dan Yang Diraikan Puan Hurul Ain binti Abdul Halim. 10. Persembahan Multimedia (FUDHAIL) Tinggi sungguh pohon kuini, Dililit pepaku bersulam semalu, Melepaskan dirimu di saat ini, Basahlah kami meratap pilu.
  • 13. 13 Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Banyak duri perkara duri Tidak sama duri mengkuang Banyak budi perkara budi Tidak sama budimu seorang Majlis diteruskan dengan tayangan multimedia buat Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim. 11. Persembahan (SHIKIN) Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada petang ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada Adik Ainur Batrisyia binti Abdul Rahman yang akan mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk “Memori Tercipta”. Dipersilakan. ……………………………..[Persembahan Ainur]……………………………. Semoga kita terhibur dengan persembahan khas daripada Adik Ainur Batrisyia binti Abdul Rahman yang cukup istimewa sebentar tadi. Persembahan tadi dibawah pimpinan Pn. Siti Farahaida binti Bakar. 12.
  • 14. 14 Upacara Memotong Pulut Kuning (SHIKIN) Seterusnya majlis diteruskan dengan menjemput Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim untuk upacara memotong pulut kuning. Dipersilakan..... ……………………………..[Upacara Potong Pulut Kuning]……………………………. Terima kasih diucapkan Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim. 13. Penyampaian Cenderamata/ Hadiah (FUDHAIL) Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenangan dari kami, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata dan hadiah. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan, En Sazali bin Sarwan, Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah kebangsaan Sungai Tekali mengiringi Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan....
  • 15. 15 Majlis mempersilakan Yang Dihormati En Mohd Razi bin Mohammed Zain, Pengerusi Badan Kelab Guru dan Kakitangan, Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali untuk menyampaikan cenderamata kenang- kenangan kepada Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim. ……………………………..[Hadiah BKGK]……………………………. Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Razi Seterusnya, dipersilakan ______________________________ Terima kasih, tuan / puan Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan terima kasih di atas kesudian Yang Dihormati En Sazali bin Sarwan mengiringi Yang Diraikan Puan Hurul’Ain binti Abdul Halim sebentar tadi. Majlis turut merakamkan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi. Rujuk senarai hadiah 14. Persembahan Berkayuh mudik ke Tanjung Deli,
  • 16. 16 dari Band (SHIKIN) Sampannya sarat jambangan melur, Istirahat kita sekali lagi, Bakat dipamer hati terhibur. Hadirin dan Hadirat Sekalian, Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada tengah hari ini, kami tampilkan persembahan daripada sebuah band yang diberi nama Yan And The Boys Band sebagai halwa telinga khususnya untuk yang diraikan. Majlis menjemput semua tetamu yang hadir untuk menjamu selera. Disamping itu juga, para tetamu dijemput untuk naik ke pentas untuk sesi fotografi bersama Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim selepas makan. Hadirin dan hadirat sekalian, Marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada Yan And The Boys Band. Dipersilakan..... ……………………………..[Persembahan Band Fae]……………………………. 15. Ucapan penutup (FUDHAIL) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
  • 17. 17 kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Pn Hurul’Ain binti Abdul Halim bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Melambai pepohon laksana galah, Dipupuk semilir bayu sembilu, Mohon diampun silap dan salah, Maaf dipinta bicara berlalu. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Majlis pada hari ini menutup tirainya. Terima kasih kepada para hadirin atas kesudian menghadiri majlis ini. Sekalung penghargaan kepada semua pihak pelaksana majlis. Sekian….wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum……