SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
TEKS PENGACARA
MAJLIS PERSARAAN
TEKS PENGACARA MAJLIS
“KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI”
SEMPENA PERSARAAN TUAN HJ MAWARDI
Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh
bermakna kita raikan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
sempena persaraan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum
SKPBS,.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg
Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud,
Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua
PIBG SKPBS.
Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati
Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan ,Tuan
Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Ustaz Zuraimy B. Ali. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Ustaz Zuraimy atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam
dunia pendidikan yang berakhir sebagai PK Ko-kurikulum
SKPBS
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Muhd
Alif Ajwad Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Muhd Alif Ajwad atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil
guru En. Mohammad Saghir B. Mahmud, ntuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohammad Saghir B.
Mahmud, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan
kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Pn Hajjah
Rokiah B. Ismail atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan
kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP
PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Haji
Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
sajak oleh Adik Abadiah dan multimedia sempena persaraan
Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum
SKPBS
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan sajak
dan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan. Mudah-
mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber
inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.
Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu
ucapan daripada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
PK Ko-kurikulum SKPBS. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita saksikan persembahan daripada murid Tahun 4 A
yang akan menyampaikan nasyid yang bertajuk Buatmu Guru.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan nasyid yang sungguh
syahdu penampilan persembahan yang cukup istimewa.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa,
persembahan daripada murid tahun 5A. Dengan segala
hormatnya di persilakan.
Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan
Haji Mawardi B. Othman melakonkan watak guru kesayangan
mereka.
Persemabahan seterusnya ialah persembahan pantun khas
ditujukan untuk Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
Dengan segala hormatnya di persilakan.
Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan
menjadi ingatan untuk kita semua.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan
pada hari ini iaitu Tuan Haji Mawardi B. Othman
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan kepada Puan Hjjh Rokiah B.
Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othman untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata
daripada wakil-wakil kelas.
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah ,kelas 1 Arif, 1
Bestari, 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3 Bestari, 4 Arif, 4 Bestari, 5
Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn
Hjjh Rokiah Bt Ismail untuk menyampaikan cenderamata
daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBPBS.
Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B.
Ibrahim, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan cendamata
kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othman
Sekarang kita jemput wakil pekerja untuk menyampaikan
cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-
kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othman’
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
Tuan Haji Mawardi B. Othman atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima
kasih di atas kesudian Yang Berusaha En. Saghir B. Mahmud,
Guru Penolong Kanan mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar tadi.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman kerana sudi
untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman bertambah ceria dan bahagia di dalam
kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.
Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka
khusus buat yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman.
Assalamualaikum pembuka bicara
Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa
CikguMawardi panggilan mesra
Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama
Dari muda hingga berusia
Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua
Kini sudah tibanya masa
Berundur Cikgu Mawardi kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya
Sudah biasa kita dengari
patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti
Kenangan manis kekal selamanya
Jasamu cikgu tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya
Sampai di sini seloka kami
Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun cikgu Mawardi tiada di sisi
Ampun dan maaf kami pinta
Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma
Semoga cikgu Mawardi sihat sejahtera
Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.
Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku
pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan upacara menanam
pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan luput
terhadap yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman di
SKPBS ini ,
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

More Related Content

What's hot

Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikrajTeks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Wmr Ridza
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Maimunah Sibli
 
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
MEA2088
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
Hazrin Imam Kardi
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
rozitabtzain
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
Yusrina Mustama
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
asmirahn
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
UstZulZul
 
What's hot (20)

Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikrajTeks pengacara majlis sambutan israk mikraj
Teks pengacara majlis sambutan israk mikraj
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan ProgramTeks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Program
 
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu IlmuTeks Pengacara Majlis Restu Ilmu
Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
 
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
 
Teks mc penutup
Teks mc penutupTeks mc penutup
Teks mc penutup
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
Teks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasulTeks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasul
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Similar to Teks pengacara majlis persaraan

Skrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulumSkrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulum
Rohaya Ishak
 
Teks mc hari guru 2020
Teks mc hari guru 2020Teks mc hari guru 2020
Teks mc hari guru 2020
ezaneemohd
 
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxdokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
SHAHRIMANBINHUSSINMo
 
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bungaTeks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
Amirrudin Md Shah
 
Teks pengacara majlis gb bersara
Teks pengacara majlis gb bersaraTeks pengacara majlis gb bersara
Teks pengacara majlis gb bersara
Anis Lisa Ahmad
 
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
Anis Lisa Ahmad
 
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Nor Azlina
 
Susuna acara-maulid-nabi-muhammad-saw-1433-h-ikra (1)
Susuna acara-maulid-nabi-muhammad-saw-1433-h-ikra (1)Susuna acara-maulid-nabi-muhammad-saw-1433-h-ikra (1)
Susuna acara-maulid-nabi-muhammad-saw-1433-h-ikra (1)
ahmad jazuli
 
Similar to Teks pengacara majlis persaraan (20)

Skrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulumSkrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulum
 
Teks mc hari guru 2020
Teks mc hari guru 2020Teks mc hari guru 2020
Teks mc hari guru 2020
 
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxdokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
 
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bungaTeks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga
 
EMCEE
EMCEEEMCEE
EMCEE
 
Teks pengacara majlis gb bersara
Teks pengacara majlis gb bersaraTeks pengacara majlis gb bersara
Teks pengacara majlis gb bersara
 
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
Teks Pengacara Sambutan Merdeka Raya 2013
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
 
teks mc hari guru 2022.docx
teks mc hari guru 2022.docxteks mc hari guru 2022.docx
teks mc hari guru 2022.docx
 
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBGTeks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
 
Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung MGC Selangor
Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung MGC SelangorTeks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung MGC Selangor
Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung MGC Selangor
 
Teks pengacara mesyuarat agung mgns
Teks pengacara mesyuarat agung mgnsTeks pengacara mesyuarat agung mgns
Teks pengacara mesyuarat agung mgns
 
teks mc tahun baru islam.docx
teks mc tahun baru islam.docxteks mc tahun baru islam.docx
teks mc tahun baru islam.docx
 
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraan
 
TEKS PENGACARA MAJLIS YB TAUFEK.docx TEKS PENGACARA MAJLIS YB TAUFEK.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS YB TAUFEK.docx TEKS PENGACARA MAJLIS YB TAUFEK.docxTEKS PENGACARA MAJLIS YB TAUFEK.docx TEKS PENGACARA MAJLIS YB TAUFEK.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS YB TAUFEK.docx TEKS PENGACARA MAJLIS YB TAUFEK.docx
 
Text MC Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Text MC Majlis Sambutan Maulidur RasulText MC Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Text MC Majlis Sambutan Maulidur Rasul
 
teks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docx
teks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docxteks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docx
teks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docx
 
Teks MC Isra Mikraj 2022.docx
Teks MC Isra Mikraj 2022.docxTeks MC Isra Mikraj 2022.docx
Teks MC Isra Mikraj 2022.docx
 
Susuna acara-maulid-nabi-muhammad-saw-1433-h-ikra (1)
Susuna acara-maulid-nabi-muhammad-saw-1433-h-ikra (1)Susuna acara-maulid-nabi-muhammad-saw-1433-h-ikra (1)
Susuna acara-maulid-nabi-muhammad-saw-1433-h-ikra (1)
 
Recently uploaded

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Recently uploaded (20)

PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Teks pengacara majlis persaraan

  • 1. TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN TEKS PENGACARA MAJLIS “KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI” SEMPENA PERSARAAN TUAN HJ MAWARDI Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,. BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS. Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,. Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan ,Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Zuraimy B. Ali. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
  • 2. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zuraimy atas bacaan doa itu tadi. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai PK Ko-kurikulum SKPBS Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Muhd Alif Ajwad Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Muhd Alif Ajwad atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En. Mohammad Saghir B. Mahmud, ntuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Mohammad Saghir B. Mahmud, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
  • 3. sajak oleh Adik Abadiah dan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan sajak dan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan. Mudah- mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua. Buah mengkudu buah bidara Mari disimpan didalam dulang Hari ini tuan genap bersara Jasa baik tuan tetap dikenang Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama- sama kita saksikan persembahan daripada murid Tahun 4 A yang akan menyampaikan nasyid yang bertajuk Buatmu Guru. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Demikianlah tadi persembahan nasyid yang sungguh syahdu penampilan persembahan yang cukup istimewa. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa, persembahan daripada murid tahun 5A. Dengan segala hormatnya di persilakan. Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman melakonkan watak guru kesayangan mereka. Persemabahan seterusnya ialah persembahan pantun khas ditujukan untuk Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman Dengan segala hormatnya di persilakan. Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan untuk kita semua. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata
  • 4. sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Haji Mawardi B. Othman Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Puan Hjjh Rokiah B. Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas. Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah ,kelas 1 Arif, 1 Bestari, 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3 Bestari, 4 Arif, 4 Bestari, 5 Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn Hjjh Rokiah Bt Ismail untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBPBS. Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman Sekarang kita jemput wakil pekerja untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang- kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman’ Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En. Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sebentar tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi. Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai ke destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan
  • 5. Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama- sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini. Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman. Assalamualaikum pembuka bicara Madah disusun mengungkap rasa Suasana suram pagi yang hiba Bagai mengerti gelodak jiwa CikguMawardi panggilan mesra Guru veteran yang banyak berjasa Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma Tiga dekad begitulah lama Dari muda hingga berusia Menjalankan tugas dengan setia Menabur bakti mencurah jasa Tak terbalas dek pelajar semua Kini sudah tibanya masa Berundur Cikgu Mawardi kerana bersara Hilanglah permata yang berharga Hilang seri hilang cahaya Sudah biasa kita dengari patah tumbuh hilang berganti namun tak sama guru yang ini Tak mungkin ada galang ganti Kenangan manis kekal selamanya Jasamu cikgu tak mungkin dilupa Pemergianmu cikgu kami redha Sudah suratan berpisah akhirnya Sampai di sini seloka kami Tidak berakhir hubungan ini Silaturahim terus terpatri Biarpun cikgu Mawardi tiada di sisi Ampun dan maaf kami pinta Andai pernah mengusik rasa
  • 6. Jenguklah kami sekali sekala Andai rindu datang menjelma Semoga cikgu Mawardi sihat sejahtera Menyusuri hari-hari yang ceria Di samping beribadat pada yang Esa Moga dilindungi Allah sentiasa. Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan upacara menanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan luput terhadap yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman di SKPBS ini , Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
  • 7. Jenguklah kami sekali sekala Andai rindu datang menjelma Semoga cikgu Mawardi sihat sejahtera Menyusuri hari-hari yang ceria Di samping beribadat pada yang Esa Moga dilindungi Allah sentiasa. Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan upacara menanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan luput terhadap yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman di SKPBS ini , Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.