Definisi Hegemoni:
Terima kasih, saudari moderator, salam sejahtera, salam 1 malaysia….
Istilah hegemoni berasal dari istilah yunani, hegeisthai (“to lead”) iaitu bermaksud
untuk menguasai. Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk
menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh
pihak penguasa. Penguasa disini memiliki erti yang luas, tidak hanya terbatas pada
penguasa negara (pemerintah).
Seperti pandangan yang diberikan oleh panel pertama tadi, Hegemoni boleh
didefinisikan sebagai dominasi atau pengaruh oleh satu kelompok terhadap
kelompok lain dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang
ditekankan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima
sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Contohnya ialah hegemoni barat
seperti penguasaan negara-negara Eropah seperti Amerika Syarikat dan Kanada
terhadap negara-negara Asia, Afrika, Amerika Selatan dan negara-negara kecil lain
di seluruh dunia.
Halatuju Hegemoni Barat
Terima kasih saudari pengerusi,
 Hegemoni terhadap media
Penguasaan media merupakan satu perkara yang penting dalam pengekalan
hegemoni Barat. Media massa merupakan tempat di mana masyarakat awam mendapat
pelbagai maklumat tentang dunia sekeliling mereka. Melalui media massa juga
masyarakat awam boleh mendapatkan beberapa bentuk hiburan yang mengisi masa
lapang mereka.Media massa memainkan peranan penting dalam pembentukan minda
dan persepsi masyarakat awam. Masyarakat Barat mempunyai hampir kuasa penuh
terhadap media massa dan penyebaran maklumat. Penyebaran maklumat melalui media
massa pada waktu ini kebanyakannya dilakukan melalui cara,siaran televisyen dan radio,
internet dan media cetak.Maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah
bentuk beritaterkini, isu- isusemasa, danilmu pengetahuan umum.
Apabila kita menontonsiaran warta berita, kita harus memahami bahawa berita
dari luar negara kebanyakannya datang daripada CNN (Cable News Network) yang
berpusat di Amerika Syarikat danBBC (BritishBroadcasting Corporation) yang berpusat di
Great Britain. Kedua-dua kumpulan media ini sememangnya memaparkan berita yang isi
kandungannya lebih menyebelahi Amerika Syarikat dan Britain.Selain saluran gergasi
CNN dan BBC News, terdapat beberapa saluran berita lain. Antaranya adalah Sky News
(Great Britain) dan Al-Jazeera.Selain maklumat, salah satu kegunaan penting media
massa adalah untuk hiburan. Hiburan dalam bentuk wayang gambar, cerita bersiri,
rancangan realitiTV, muzik dan sukan menjadi satu penting dalam kehidupan masa
kini.Rancangan-rancangan hiburan memainkan peranan penting dalam pemasaran
barangan perniagaan. Hal ini kerana sebahagian besar daripada masyarakat dunia cuba
mencari hiburan melalui siaran televisyen. Permainan sukan juga menjadi hiburan yang
menarik perhatian penonton.Selalunya sukan dianggap suatu realiti yang tulen, seperti
bola sepak danbadminton. Setiap rancangan sukan juga mempunyai banyak penaja
utama.Lebih ramai penonton sesuatu sukan lebih tinggi yuran yang dikenakan oleh
penaja untuk membeli waktu bagi mengiklankan barangan mereka.
Namun demikian, terdapat sukan yang menggabungkan hiburan ke dalam aspek
sukan tersebut, iaitu World Restling entertainment (WWE) yang cuba
menggabungkancerita bersiri dalam perlawanan gusti untuk menarik perhatian
penonton.Pengiklanan juga memainkan peranan penting dalam media internet dan media
cetak. Maklumat dan hiburan yang disalurkan kepada penonton memerlukan kos
penyelenggaraan yang agak tinggi. Penaja-penaja membayarsebahagian daripada kos
ini apabila mereka membeli masa atau tempat untuk menonjolkan barangan mereka. Kita
dapati bahawa produk-produk maklumatdan hiburan yang mampu menarik penonton
pada waktu yang sama mampumengenakan bayaran yang tinggi untuk iklan yang
dikuasai oleh barat. Penguasaan barat memastikan nilai-nilai tertentu tentang produk
maklumat danhiburan serta barangan yang dijual dipiliholeh masyarakat barat.
 Hegemoni terhadap budaya
Tamadun barat turut mempengaruhi budaya masyarakat dunia. Unsur-
unsur budaya Barat semakin meresap ke dalam budaya Islam dan Asia.
Pengaruh Barat dapat dilihat dari pelbagai aspek terutamanya hiburan.
Pelbagai jenis hiburan yang dibawa dari Barat seperti nyanyian, tarian, filem,
kartun, komik dan sebagainya telah menembusi dunia tanpa boleh disekat
lagi. Muzik-muzik Barat yang tersebar luas ini semakin digilai oleh
masyarakat-masyarakat dunia terutamanya dalam kalangan remaja yang
amat menggilai muzik rock, haevy metal dan lain-lain. Ketaksuban mereka
terhadap penghibur-penghibur dari Barat membuatkan mereka sanggup
mengukir nama penyanyi tersebut di badan mereka, menampal poster-poster
di dalam bilik dan sebagainya.
Globalisasi budaya berperanan membentuk cara berfikir, tatakelakuan
dan gaya hidup yang sejajar dengan cara hidup Barat. Pola hidup liberal dan
bebas dianggap pola hidup yang paling bertamadun. Pola hidup ini hendak
dipaksakan kepada negara-negara dan bangsa dunia ketiga. Melalui sidang
dan rumusan konferensi antarabangsa mereka mahu mengharuskan
perhubungan seks sebelum berumahtangga, menghalalkan pengguguran di
samping memberi penghormatan kepada golongan mak nyah atau golongan
homoseksual. Mereka mahu menghalalkan atau memudahkan perzinaan
berlaku dalam masyarakat, merubah pengertian dan struktur keluarga
sehingga merangkumi bentuk dan struktur yang diharamkan oleh syara’.
Dari segi cara berpakaian dan fesyen pula, masyarakat dunia
berlumba-lumba mencari pakaian yang berjenama dan mahal seperti Pierre
Cardin, F.Saint Lawrence, Cocoproco, Versace, Bonia, Padini dan
sebagainya. Fesyen-fesyen yang ditonjolkan oleh Barat pula adalah amat
menjolok mata. Jadi anak-anak muda lebih memilih pakaian yang dikira
sebagai “up to date” dengan memakai pakaian yang menjolok mata
berbanding pakaian sopan kerana dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ini
tidak termasuk seluar jenama jeans dan lain-lain. Antara jenama seluar jeans
yang digilai oleh muda-mudi masyarakat kini adalah Levis, Nicoles, Zara dan
lain-lain. Pakaian ini diperagakan oleh ratusan pragawati dan kebanyakan
mereka terdiri dari kalangan mereka yang telah rosak akhlak. Selain itu,
jenama-jenama alat solek dari Barat seperti Sephora, Christian Dior, Gucci
dan sebagainya turut menjadi buruan masyarakat dunia walaupun dengan
harga yang mahal.
Dalam segi gaya pemakanan pula, globalisasi ini menampilkan
pelbagai jenama. Antara jenama makanan yang hampir menyeluruh boleh
didapati dalam mana-mana bandar di dunia ialah Pizza Hurt, Kentucky Fried
Chicken, Mc Donald, Hambuger dan lain-lain. Banyak iklan yang dipaparkan
berkaitan dengan jenama makanan tersebut sehinggakan dapat diingati oleh
kanak-kanak. Minuman seperti Pepsi Cola, Coca-Cola, Seven Up dan lain-
lain juga menjadi pujaan.
Kesan Positif Hegemoni Barat
Terima kasih saudari moderator..
Penerangan yang dilakukan oleh cik edalyia amat terperinci namun tidak dilupakan
juga bahawa di samping kesan-kesan negatif, hegemoni juga mempunyai kesan-
kesan positif..
Antaranya ialah teknologi maklumat. Dengan wujudnya teknologi ini, manusia
dapat berhubung dengan mudah dan pantas. Dunia dirasakan seolah-olah satu
kampung. Perkara yang berlaku beribu batu daripada diketahui dalam masa yang
sangat singkat dan dengan cara yang sangat mudah. Justeru, ini semua boleh
diguna pakai oleh semua penduduk dunia untuk memudahkan urusan mereka.
Teknologi Maklumat
Mengikut satu definisi, secara ringkasnya teknologi maklumat boleh dianggap
sebagai
"... pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan, penyebaran dan penggunaan
maklumat. Ia tidak terkongkong kepada perkakasan atau perisian, tetapi mengiktiraf
kepentingan manusia serta matlamat yang diletakkannya bagi teknologi tersebut,
nilai-nilai yang digunakan untuk membuat pilihan, penilaian kriteria yang digunakan
untuk memutuskan sama ada ia yang mengawal teknologi itu dan
diperkayakanolehnya."
Di dalam Ensiklopedia bebas, teknologi maklumat ditakrifkan sebagai:
"teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia merupakan satu tajuk yang
sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Secara tepatnya menggunakan komputer digital dan perisian komputer
untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,memindah, melihat dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu."
Berdasarkan tafsiran-tafsiran tersebut dapatlah difahami bahawa teknologi
maklumat bukanlah perkara yang terlalu baru. Ia telah wujud dengan wujudnya
komputer. Bahkan sebelum kewujudan komputer sekalipun ia boleh dikatakan telah
wujud juga.
Kekeluargaan
Terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat daripada globalisasi. Kesan
tersebutterdiri daripada kesan positif dan kesan negatif. Salah satu kesan positif
yang dapat dilihat ialah lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga ataupun yang
belum berkeluarga terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini dilihat positif
kerana dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu,
peningkatan bilangan wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan
dalam pasaran kerja di Malaysia seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan
terhadap tenaga mahir asing.
Pemakanan
Seperti mana yang kita lihat sekarang ini, makanan Jepun sudah ada di mana-mana.
Restoran serta francais yang mengedarkan makanan Jepun juga tumbuh bak
cendawan. Makanan Amerika pula semakin popular di Jepun serta serata negara
lain. Mc Donald misalnya, mempunyai 10,500 buah restoran di 50 buah negara
didunia manakala Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750 restoran
di 58 buah negara. Fenomena yang berlaku ini merupakan salah satu daripada
globalisasi yang melanda bidang pemakanan. Malaysia juga tidak terkecuali sebagai
salah sebuah negara penyumbang kepada kemajuan francais makanan tersebut.
Dengan kewujudan restoran serta francais makanan tersebut, rakyat Malaysia boleh
menikmati hidangan yang enak serta tempat yang selesa yang disediakan pihak
restoran walaupun harganya mahal. Perkhidmatan yang ditawarkan juga amat
memuaskan memandangkan mereka telah menetapkan piawaian yang tinggi atau
cara kerja yang positif dalam organisasi bermula daripada pekerja biasahinggalah
kepada pihak atasan.Tidak hairanlah, perniagaan makanan ringan tersebut dapat
bertapak dengan kukuh serta berkembang hingga ke hari ini.Kemasukan perniagaan
makanan ringan daripada barat ini sebenarnya telah membuka banyak peluang
pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini seterusnya akan mengurangkan kadar
pengangguran serta mengurangkan gejala social dalam kalangan belia. Selain itu,
proses penyediaan makanan yang disediakan juga telah mendapat pengesahan
status halal daripada pihak berkuasa.
Langkah langkah mengatasi pengaruh hegemoni barat sebagai seorang guru
Keilmuan adalah satu perkara yang amat penting sebagai persediaan dan
pertahanan remaja dalam menyusun tindakan dan menyertai arus perubahan atau
era globalisasi hari ini. Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya guru-guru
hendaklah memainkan peranan dengan menanamkan minat belajar di kalangan
remaja di samping memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya
mempunyai budaya belajar sepanjang hayat. Selain itu, pendidikan agama
hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah supaya golongan muda merupakan
golongan yang mempunyai pegangan hidup yang bermakna serta dapat menyemai
nilai-nilai dan akhlak yang baik dan murni.
Dalam usaha mengatasi pengaruh hegemoni barat, program-program
bimbingan, sama ada berbentuk keagamaan ataupun professional haruslah
diperkenalkan oleh pihak berkuasa supaya masalah kekeluargaan dapat
dikurangkan. Para ibu bapa juga hendaklah memberikan perhatian dalam
perkembangan pendidikan dan akhlak anak-anak mereka supaya pengawasan yang
mencukupi dapat diberikan.
Jika kita ingin mengatasi pengaruh barat yang semakin menular dikalangan
masyarakat terutamanya dalam masyarakat islam sekarang, maka beberapa
tindakan yang komprehensif perlu diambil. Pertama sekali adalah penanaman dan
pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam melalui mata pelajaran
Pendidikan Islam. Hal ini adalah amat penting kerana di dalam masyarakat Islam
untuk menongkah arus globalisasi pada masa kini jati diri dan pegangan umat Islam
terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan
tatkala anak-anak masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari
rebungnya. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci ini dan perlu
bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil.
Jangan ditunggu sehingga mereka menjadi buluh baru hendak mantapkan mereka
dengan ajaran Islam, maka ia akan menjadi sia-sia.

Teks Forum Hegemoni

  • 1.
    Definisi Hegemoni: Terima kasih,saudari moderator, salam sejahtera, salam 1 malaysia…. Istilah hegemoni berasal dari istilah yunani, hegeisthai (“to lead”) iaitu bermaksud untuk menguasai. Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Penguasa disini memiliki erti yang luas, tidak hanya terbatas pada penguasa negara (pemerintah). Seperti pandangan yang diberikan oleh panel pertama tadi, Hegemoni boleh didefinisikan sebagai dominasi atau pengaruh oleh satu kelompok terhadap kelompok lain dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang ditekankan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Contohnya ialah hegemoni barat seperti penguasaan negara-negara Eropah seperti Amerika Syarikat dan Kanada terhadap negara-negara Asia, Afrika, Amerika Selatan dan negara-negara kecil lain di seluruh dunia.
  • 2.
    Halatuju Hegemoni Barat Terimakasih saudari pengerusi,  Hegemoni terhadap media Penguasaan media merupakan satu perkara yang penting dalam pengekalan hegemoni Barat. Media massa merupakan tempat di mana masyarakat awam mendapat pelbagai maklumat tentang dunia sekeliling mereka. Melalui media massa juga masyarakat awam boleh mendapatkan beberapa bentuk hiburan yang mengisi masa lapang mereka.Media massa memainkan peranan penting dalam pembentukan minda dan persepsi masyarakat awam. Masyarakat Barat mempunyai hampir kuasa penuh terhadap media massa dan penyebaran maklumat. Penyebaran maklumat melalui media massa pada waktu ini kebanyakannya dilakukan melalui cara,siaran televisyen dan radio, internet dan media cetak.Maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah bentuk beritaterkini, isu- isusemasa, danilmu pengetahuan umum. Apabila kita menontonsiaran warta berita, kita harus memahami bahawa berita dari luar negara kebanyakannya datang daripada CNN (Cable News Network) yang berpusat di Amerika Syarikat danBBC (BritishBroadcasting Corporation) yang berpusat di Great Britain. Kedua-dua kumpulan media ini sememangnya memaparkan berita yang isi kandungannya lebih menyebelahi Amerika Syarikat dan Britain.Selain saluran gergasi CNN dan BBC News, terdapat beberapa saluran berita lain. Antaranya adalah Sky News (Great Britain) dan Al-Jazeera.Selain maklumat, salah satu kegunaan penting media massa adalah untuk hiburan. Hiburan dalam bentuk wayang gambar, cerita bersiri, rancangan realitiTV, muzik dan sukan menjadi satu penting dalam kehidupan masa kini.Rancangan-rancangan hiburan memainkan peranan penting dalam pemasaran barangan perniagaan. Hal ini kerana sebahagian besar daripada masyarakat dunia cuba mencari hiburan melalui siaran televisyen. Permainan sukan juga menjadi hiburan yang menarik perhatian penonton.Selalunya sukan dianggap suatu realiti yang tulen, seperti bola sepak danbadminton. Setiap rancangan sukan juga mempunyai banyak penaja utama.Lebih ramai penonton sesuatu sukan lebih tinggi yuran yang dikenakan oleh penaja untuk membeli waktu bagi mengiklankan barangan mereka.
  • 3.
    Namun demikian, terdapatsukan yang menggabungkan hiburan ke dalam aspek sukan tersebut, iaitu World Restling entertainment (WWE) yang cuba menggabungkancerita bersiri dalam perlawanan gusti untuk menarik perhatian penonton.Pengiklanan juga memainkan peranan penting dalam media internet dan media cetak. Maklumat dan hiburan yang disalurkan kepada penonton memerlukan kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Penaja-penaja membayarsebahagian daripada kos ini apabila mereka membeli masa atau tempat untuk menonjolkan barangan mereka. Kita dapati bahawa produk-produk maklumatdan hiburan yang mampu menarik penonton pada waktu yang sama mampumengenakan bayaran yang tinggi untuk iklan yang dikuasai oleh barat. Penguasaan barat memastikan nilai-nilai tertentu tentang produk maklumat danhiburan serta barangan yang dijual dipiliholeh masyarakat barat.  Hegemoni terhadap budaya Tamadun barat turut mempengaruhi budaya masyarakat dunia. Unsur- unsur budaya Barat semakin meresap ke dalam budaya Islam dan Asia. Pengaruh Barat dapat dilihat dari pelbagai aspek terutamanya hiburan. Pelbagai jenis hiburan yang dibawa dari Barat seperti nyanyian, tarian, filem, kartun, komik dan sebagainya telah menembusi dunia tanpa boleh disekat lagi. Muzik-muzik Barat yang tersebar luas ini semakin digilai oleh masyarakat-masyarakat dunia terutamanya dalam kalangan remaja yang amat menggilai muzik rock, haevy metal dan lain-lain. Ketaksuban mereka terhadap penghibur-penghibur dari Barat membuatkan mereka sanggup mengukir nama penyanyi tersebut di badan mereka, menampal poster-poster di dalam bilik dan sebagainya. Globalisasi budaya berperanan membentuk cara berfikir, tatakelakuan dan gaya hidup yang sejajar dengan cara hidup Barat. Pola hidup liberal dan bebas dianggap pola hidup yang paling bertamadun. Pola hidup ini hendak dipaksakan kepada negara-negara dan bangsa dunia ketiga. Melalui sidang dan rumusan konferensi antarabangsa mereka mahu mengharuskan perhubungan seks sebelum berumahtangga, menghalalkan pengguguran di samping memberi penghormatan kepada golongan mak nyah atau golongan
  • 4.
    homoseksual. Mereka mahumenghalalkan atau memudahkan perzinaan berlaku dalam masyarakat, merubah pengertian dan struktur keluarga sehingga merangkumi bentuk dan struktur yang diharamkan oleh syara’. Dari segi cara berpakaian dan fesyen pula, masyarakat dunia berlumba-lumba mencari pakaian yang berjenama dan mahal seperti Pierre Cardin, F.Saint Lawrence, Cocoproco, Versace, Bonia, Padini dan sebagainya. Fesyen-fesyen yang ditonjolkan oleh Barat pula adalah amat menjolok mata. Jadi anak-anak muda lebih memilih pakaian yang dikira sebagai “up to date” dengan memakai pakaian yang menjolok mata berbanding pakaian sopan kerana dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ini tidak termasuk seluar jenama jeans dan lain-lain. Antara jenama seluar jeans yang digilai oleh muda-mudi masyarakat kini adalah Levis, Nicoles, Zara dan lain-lain. Pakaian ini diperagakan oleh ratusan pragawati dan kebanyakan mereka terdiri dari kalangan mereka yang telah rosak akhlak. Selain itu, jenama-jenama alat solek dari Barat seperti Sephora, Christian Dior, Gucci dan sebagainya turut menjadi buruan masyarakat dunia walaupun dengan harga yang mahal. Dalam segi gaya pemakanan pula, globalisasi ini menampilkan pelbagai jenama. Antara jenama makanan yang hampir menyeluruh boleh didapati dalam mana-mana bandar di dunia ialah Pizza Hurt, Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Hambuger dan lain-lain. Banyak iklan yang dipaparkan berkaitan dengan jenama makanan tersebut sehinggakan dapat diingati oleh kanak-kanak. Minuman seperti Pepsi Cola, Coca-Cola, Seven Up dan lain- lain juga menjadi pujaan.
  • 5.
    Kesan Positif HegemoniBarat Terima kasih saudari moderator.. Penerangan yang dilakukan oleh cik edalyia amat terperinci namun tidak dilupakan juga bahawa di samping kesan-kesan negatif, hegemoni juga mempunyai kesan- kesan positif.. Antaranya ialah teknologi maklumat. Dengan wujudnya teknologi ini, manusia dapat berhubung dengan mudah dan pantas. Dunia dirasakan seolah-olah satu kampung. Perkara yang berlaku beribu batu daripada diketahui dalam masa yang sangat singkat dan dengan cara yang sangat mudah. Justeru, ini semua boleh diguna pakai oleh semua penduduk dunia untuk memudahkan urusan mereka. Teknologi Maklumat Mengikut satu definisi, secara ringkasnya teknologi maklumat boleh dianggap sebagai "... pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan, penyebaran dan penggunaan maklumat. Ia tidak terkongkong kepada perkakasan atau perisian, tetapi mengiktiraf kepentingan manusia serta matlamat yang diletakkannya bagi teknologi tersebut, nilai-nilai yang digunakan untuk membuat pilihan, penilaian kriteria yang digunakan untuk memutuskan sama ada ia yang mengawal teknologi itu dan diperkayakanolehnya." Di dalam Ensiklopedia bebas, teknologi maklumat ditakrifkan sebagai: "teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia merupakan satu tajuk yang sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepatnya menggunakan komputer digital dan perisian komputer untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu."
  • 6.
    Berdasarkan tafsiran-tafsiran tersebutdapatlah difahami bahawa teknologi maklumat bukanlah perkara yang terlalu baru. Ia telah wujud dengan wujudnya komputer. Bahkan sebelum kewujudan komputer sekalipun ia boleh dikatakan telah wujud juga. Kekeluargaan Terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat daripada globalisasi. Kesan tersebutterdiri daripada kesan positif dan kesan negatif. Salah satu kesan positif yang dapat dilihat ialah lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga ataupun yang belum berkeluarga terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini dilihat positif kerana dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu, peningkatan bilangan wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kerja di Malaysia seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga mahir asing. Pemakanan Seperti mana yang kita lihat sekarang ini, makanan Jepun sudah ada di mana-mana. Restoran serta francais yang mengedarkan makanan Jepun juga tumbuh bak cendawan. Makanan Amerika pula semakin popular di Jepun serta serata negara lain. Mc Donald misalnya, mempunyai 10,500 buah restoran di 50 buah negara didunia manakala Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750 restoran di 58 buah negara. Fenomena yang berlaku ini merupakan salah satu daripada globalisasi yang melanda bidang pemakanan. Malaysia juga tidak terkecuali sebagai salah sebuah negara penyumbang kepada kemajuan francais makanan tersebut. Dengan kewujudan restoran serta francais makanan tersebut, rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan yang enak serta tempat yang selesa yang disediakan pihak restoran walaupun harganya mahal. Perkhidmatan yang ditawarkan juga amat memuaskan memandangkan mereka telah menetapkan piawaian yang tinggi atau cara kerja yang positif dalam organisasi bermula daripada pekerja biasahinggalah kepada pihak atasan.Tidak hairanlah, perniagaan makanan ringan tersebut dapat bertapak dengan kukuh serta berkembang hingga ke hari ini.Kemasukan perniagaan makanan ringan daripada barat ini sebenarnya telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini seterusnya akan mengurangkan kadar
  • 7.
    pengangguran serta mengurangkangejala social dalam kalangan belia. Selain itu, proses penyediaan makanan yang disediakan juga telah mendapat pengesahan status halal daripada pihak berkuasa.
  • 8.
    Langkah langkah mengatasipengaruh hegemoni barat sebagai seorang guru Keilmuan adalah satu perkara yang amat penting sebagai persediaan dan pertahanan remaja dalam menyusun tindakan dan menyertai arus perubahan atau era globalisasi hari ini. Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya guru-guru hendaklah memainkan peranan dengan menanamkan minat belajar di kalangan remaja di samping memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya mempunyai budaya belajar sepanjang hayat. Selain itu, pendidikan agama hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah supaya golongan muda merupakan golongan yang mempunyai pegangan hidup yang bermakna serta dapat menyemai nilai-nilai dan akhlak yang baik dan murni. Dalam usaha mengatasi pengaruh hegemoni barat, program-program bimbingan, sama ada berbentuk keagamaan ataupun professional haruslah diperkenalkan oleh pihak berkuasa supaya masalah kekeluargaan dapat dikurangkan. Para ibu bapa juga hendaklah memberikan perhatian dalam perkembangan pendidikan dan akhlak anak-anak mereka supaya pengawasan yang mencukupi dapat diberikan. Jika kita ingin mengatasi pengaruh barat yang semakin menular dikalangan masyarakat terutamanya dalam masyarakat islam sekarang, maka beberapa tindakan yang komprehensif perlu diambil. Pertama sekali adalah penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam melalui mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini adalah amat penting kerana di dalam masyarakat Islam untuk menongkah arus globalisasi pada masa kini jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci ini dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil. Jangan ditunggu sehingga mereka menjadi buluh baru hendak mantapkan mereka dengan ajaran Islam, maka ia akan menjadi sia-sia.