SlideShare a Scribd company logo
MODUL KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN
NOTA,CONTOH KARANGAN DAN LATIHAN
PENULIS:CIKGU MOHD HAZLI BIN
CHE SEMAN@ CHE OTHMAN
5/19/21
BAHASA MELAYU MENENGAH
RENDAH(TINGKATAN 1)
2
TEKNIK MENULIS KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN
1. Karangan yang berbentuk gambaran atau keperihalan merupakan suatu bentuk
penulisan yang memerihalkan atau menggambarkan apa-apa yang dilihat, didengar, dan
dirasakan.
2. Karangan jenis ini menuntut daya imaginasi yang tinggi. Anda dapat memuatkan
bahan yang dikutip daripada pengalaman sendiri atau mungkin khayalan semata-mata.
Pengetahuan yang luas tentang apa-apa yang anda gambarkan akan membantu anda
menghasilkan karangan yang baik, logik, dan bernas.
3. Biasanya, karangan jenis ini memerlukan anda memerihalkan seseorang, sesuatu
pengalaman, sesuatu keadaan, sesuatu tempat atau pemandangan, sesuatu peristiwa atau
acara, sesuatu benda dan sebagainya.
4. Karangan jenis gambaran atau keperihalan tidak mempunyai format khusus. Walau
bagaimanapun, karangan jenis ini tidak dapat lari daripada disiplin karangan yang lazim,
iaitu perlu ada pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup.
5. Perkara-perkara yang hendak anda gambarkan itu mestilah jelas, menarik, mempunyai
perbandingan yang sesuai, dan dapat memberikan kesan yang mendalam.
6. Anda digalakkan menggunakan bahasa yang lancar, kreatif dan menarik semasa menulis
karangan jenis keperihalan dan gambaran ini. Penggunaan dialog digalakkan di tempat-
tempat yang sesuai.
7. Anda digalakkan agar menggunakan teknik saspens untuk menimbulkan rasa cemas
pembaca. Namun begitu, jangan menggunakan teknik penyampaian yang sama berulang-
ulang.
8. Dalam bahagian pengenalan, anda bolehlah menceritakan peristiwa awal sebelum
peristiwa utama berlaku. Pada bahagian penutup pula, anda digalakkan untuk
menceritakan bagaimana peristiwa itu berakhir. Anda juga boleh menyatakan perasaan
anda terhadap sesuatu peristiwa yang anda tulis itu.
3
CONTOH LENGKAP KARANGAN PENGALAMAN/KEPERIHALAN
CONTOH 1:PENGALAMAN MENYERTAI PERKHEMAHAN
Baru-baru ini anda telah menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform.
Ceritakan pengalaman anda sepanjang menyertai perkhemahan tersebut.
Pada minggu yang lepas,saya telah berpeluang mewakili pasukan Kadet Bomba untuk
menyertai satu perkhemahan perdana unit beruniform. Pasukan unit beruniform yang
terlibat ialah pasukan Pengakap, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pandu Puteri dan Bulan Sabit
Merah. Perkhemahan itu diadakan di padang sekolah dan dijalankan selama tiga hari dua
malam.
Pada petang Jumaat itu, kami semua berkumpul di padang sekolah.Kami
mendengar taklimat daripada Komandan Kem iaitu Cikgu Ramli.Selepas itu, kami
diagihkan mengikut pasukan uniform masing-masing.Kami kemudian dibekalkan dengan
khemah dan diarahkan untuk memasang khemah masing-masing sebelum malam
menjelang tiba. Pada sebelah malamnya, kami diarahkan bergotong-royong menyediakan
juadah untuk dimakan.
Pada awal pagi kami sudah bangun. Kami diarahkan solat Subuh secara berjemaah
bagi yang beragama Islam. Selepas itu, kami melakukan senamrobik yang diketuai oleh
Cikgu Makhtar.Selepas bersarapan kami diarahkan mengemaskan khemah masing-
masing.Pada pagi itu diadakan pemeriksaan khemah paling cantik dan kemas.Khemah
pasukan Kadet Bomba telah diumumkan sebagai pemenang.
4
Selepas itu,satu pertandingan memasak telah diadakan.Semua bahan telah disediakan
oleh guru-guru penasihat .Kami diminta memasak nasi,lauk-pauk dan menggoreng ikan
dengan menggunakan kayu sebagai bahan bakar.Pemenang dikira berdasarkan keenakan
dan susun atur serta hiasan.Kali ini kumpulan saya telah muncul sebagai johan.
Selepas makan malam,persembahan malam kebudayaan diadakan.Setiap
persembahan mengikut unit uniform masing-masing.Antara persembahan adalah seperti
nyanyian,tarian,lakonan dan sebagainya.Kali ini kumpulan pengakap menjadi johan dengan
persembahan boria yang menarik.
Keesokan harinya,kami bergotong-royong membersihkan kawasan tapak
perkhemahan dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Penyampaian hadiah dan
sijil turut diadakan kepada para pemenang. Perkhemahan berakhir kira-kira pukul 12.00
tengah hari. Selepas itu,saya dan rakan-rakan pulang dengan perasaan yang gembira. Saya
berharap dapat menyertai lagi perkhemahan seperti ini pada masa akan datang.
5
LATIHAN 1:PENGALAMAN MENYERTAI KEM MOTIVASI DIRI
Arahan soalan: Sila susun perenggan karangan pengalaman/keperihalan di
bawah supaya menjadi sebuah karangan yang baik dan kemudiannya sila tulis
semula karangan yang telah disusun tadi mengikut urutan ceritanya atau urutan
perenggan yang betul.
Andaikan bahawa anda terlibat dalam suatu kegiatan kem motivasi
anjuran Kelab Rekreasi di sekolah anda.
Sepanjang kem motivasi ini yang bermula pada pukul 9.30 pagi para peserta telah
didedahkan kepada beberapa aktiviti lasak. Aktiviti ini memerlukan
kerjasama,ketabahan,keyakinan diri,serta ketahanan mental dan fizikal.Antaranya
termasuklah ’Flying Fox’ yang menghendaki para peserta menyeberangi arus sungai yang
deras dengan menggunakan tali yang direntang. Aku tahu sahabat-sahabatku yang lain juga
gementar sepertiku. Setiap peserta mencuba bersungguh-sungguh apabila tiba giliran
masing-masing.Aku menguatkan semangat untuk melakukan aktiviti ini. Aku yakin aku
mampu berbuat demikian seperti orang lain. Aku bersyukur kerana akhirnya aku berjaya
melepasi halangan ini.
Aku merupakan salah seorang ahli Kelab Rekreasi Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Payong. Pada cuti penggal yang lepas, kelab ini telah mengadakan Kem Motivasi Diri
di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu. Kem motivasi selama tiga hari dua malam ini disertai
oleh 40 orang peserta bersama-sama 5 orang fasilitator.Kami tiba di tempat itu pada pukul
9.00 pagi. Inilah pengalaman pertama aku menyertai program seperti ini.
6
Manakala untuk pengisian rohani pula,sepanjang kami berada di sini,kami telah
diminta mendirikan solat secara berjemaah pada setiap kali masuk waktu solat. Kami juga
dikehendaki mendengar takzirah selepas solat Subuh dan Maghrib yang disampaikan oleh
Ustaz Alias dan Ustaz Wan Hassan secara bergilir-gilir. Pada pukul 4.00 pagi pula kami
dikehendaki berkumpul untuk aktiviti Qiamulail. Aktiviti berakhir jam 6.30 pagi selepas
solat Subuh.
Ternyata Kem Motivasi Diri itu telah berjaya menyemaikan nilai-nilai positif dalam
diri kami. Kami telah mematuhi arahan fasilitator walaupun umur mereka sebaya dengan
kami. Kem motivasi ini juga berjaya menyedarkan kami tentang kepentingan penghayatan
agama,disiplin, semangat setia kawan,bersatu hati,bekerjasama dan tidak mementingkan
diri apabila bergerak dalam satu kumpulan.
Fasilitator yang bertugas, iaitu Encik Mohd Hazli telah memberikan taklimat ringkas
kepada para peserta tentang atur cara kem motivasi itu. Para peserta diingatkan agar
senantiasa mematuhi arahan fasilitator yang bertauliah demi keselamatan masing-
masing.Para peserta dilarang sama sekali merayau-rayau di hutan lipur itu tanpa keizinan
petugas.Peserta yang mengingkari arahan akan dikenakan tindakan tatatertib. Arahan itu
dikeluarkan supaya para peserta tidak melakukan sesuatu sehingga boleh membahayakan
diri mereka.
7
Selain itu ,pada hari berikutnya pula para peserta diberi tunjuk ajar cara menuruni
tebing batu yang curam. Gementar rasa hatiku apabila melihat jurang sedalam kira-kira 30
meter itu yang perlu aku turuni.Sebelum aktiviti diadakan,kami diberikan seutas tali untuk
diikatkan pada badan masing-masing. Kami dinasihatkan agar senantiasa berwaspada dan
memberikan tumpuan ketika memijak batu.Jika kami tersilap langkah,padah akibatnya.
Berkat ketabahan dan keyakinan diri,hampir kesemua peserta berjaya mengatasinya tanpa
mengalami sebarang kecederaan.

More Related Content

What's hot

Kata nama Am dan Khas
Kata nama Am dan KhasKata nama Am dan Khas
Kata nama Am dan Khas
umikalthomshokor
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat MajmukMat Yuih
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
vijayaletchumy
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
Mohd Hilmi Mohd Noor
 
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
An Hawa
 
KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIFKATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
Mohamed Naim Daipi
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
Indah Suria
 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruanbmerni
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
ShaaDa Abidin
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
Sekolah Rendah Park View
 
Panduan menulis rumusan PT3.pptx
Panduan menulis rumusan PT3.pptxPanduan menulis rumusan PT3.pptx
Panduan menulis rumusan PT3.pptx
Mohd Nizam
 
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclkCara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
smktsj2
 
Karangan Deskriptif
Karangan DeskriptifKarangan Deskriptif
Karangan Deskriptif
Rose Ghazi
 
1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak1 Bentuk Sajak
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Maizurah Rosle
 
What's hot (20)

Kata Ganda
 Kata Ganda  Kata Ganda
Kata Ganda
 
Kata nama Am dan Khas
Kata nama Am dan KhasKata nama Am dan Khas
Kata nama Am dan Khas
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
 
KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIFKATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruan
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
 
Panduan menulis rumusan PT3.pptx
Panduan menulis rumusan PT3.pptxPanduan menulis rumusan PT3.pptx
Panduan menulis rumusan PT3.pptx
 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclkCara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
 
Karangan Deskriptif
Karangan DeskriptifKarangan Deskriptif
Karangan Deskriptif
 
1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
 
Latihan kata majmuk
Latihan  kata majmukLatihan  kata majmuk
Latihan kata majmuk
 
Similar to Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)

Laporan dan Analisis Kegiatan Outbound
Laporan dan Analisis Kegiatan OutboundLaporan dan Analisis Kegiatan Outbound
Laporan dan Analisis Kegiatan Outbound
Lunahasyim
 
Laporan outbound lailatus sifa
Laporan outbound lailatus sifaLaporan outbound lailatus sifa
Laporan outbound lailatus sifalailatussifa
 
Laporan outbound lailatus sifa
Laporan outbound lailatus sifaLaporan outbound lailatus sifa
Laporan outbound lailatus sifa
TawonNakal
 
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdfNOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
izzah888925
 
Big2012
Big2012Big2012
Refleksi kendiri
Refleksi kendiriRefleksi kendiri
Refleksi kendiri
sumarni Mimi
 
Laporan akhir hp kreatif & inovatif
Laporan akhir hp kreatif & inovatifLaporan akhir hp kreatif & inovatif
Laporan akhir hp kreatif & inovatif
Syafiqah Zaini
 
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cpPaperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
Mohamad Hasifi Saffia
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
NORINSON
 
Laporan
LaporanLaporan
Psikologi industri dan organisasi
Psikologi industri dan organisasiPsikologi industri dan organisasi
Psikologi industri dan organisasi
maureen07
 
Laporan outbound (Lamidia)
Laporan outbound (Lamidia)Laporan outbound (Lamidia)
Laporan outbound (Lamidia)TawonNakal
 
Laporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinanLaporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinan
tati hidayatie
 
Laporan perkhemahan pandu puteri kadet
Laporan perkhemahan pandu puteri kadetLaporan perkhemahan pandu puteri kadet
Laporan perkhemahan pandu puteri kadetChilline Qah
 
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSKertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
ArifahAzlanShah2
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkan
IERA
 
Silabus mentoring remaja lp2 i
Silabus mentoring remaja lp2 iSilabus mentoring remaja lp2 i
Silabus mentoring remaja lp2 iAbu Jakaria
 
Laporan Etika dan Profesional
Laporan Etika dan ProfesionalLaporan Etika dan Profesional
Laporan Etika dan Profesional
azrieanaazlan29
 
Pio outbound
Pio outboundPio outbound
Pio outbound
maureen07
 
Similar to Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan) (20)

Laporan dan Analisis Kegiatan Outbound
Laporan dan Analisis Kegiatan OutboundLaporan dan Analisis Kegiatan Outbound
Laporan dan Analisis Kegiatan Outbound
 
Laporan outbound lailatus sifa
Laporan outbound lailatus sifaLaporan outbound lailatus sifa
Laporan outbound lailatus sifa
 
Laporan outbound lailatus sifa
Laporan outbound lailatus sifaLaporan outbound lailatus sifa
Laporan outbound lailatus sifa
 
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdfNOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
NOOR IZZAH (SINOPSIS 4 BUAH BUKU) 2021.pdf
 
Big2012
Big2012Big2012
Big2012
 
Refleksi kendiri
Refleksi kendiriRefleksi kendiri
Refleksi kendiri
 
Laporan akhir hp kreatif & inovatif
Laporan akhir hp kreatif & inovatifLaporan akhir hp kreatif & inovatif
Laporan akhir hp kreatif & inovatif
 
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cpPaperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
Paperwork program kepimpinan 2014 nadi cp
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Psikologi industri dan organisasi
Psikologi industri dan organisasiPsikologi industri dan organisasi
Psikologi industri dan organisasi
 
Laporan outbound (Lamidia)
Laporan outbound (Lamidia)Laporan outbound (Lamidia)
Laporan outbound (Lamidia)
 
Laporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinanLaporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinan
 
Laporan perkhemahan pandu puteri kadet
Laporan perkhemahan pandu puteri kadetLaporan perkhemahan pandu puteri kadet
Laporan perkhemahan pandu puteri kadet
 
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSKertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
 
Laporan akhir hela II
Laporan akhir hela IILaporan akhir hela II
Laporan akhir hela II
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkan
 
Silabus mentoring remaja lp2 i
Silabus mentoring remaja lp2 iSilabus mentoring remaja lp2 i
Silabus mentoring remaja lp2 i
 
Laporan Etika dan Profesional
Laporan Etika dan ProfesionalLaporan Etika dan Profesional
Laporan Etika dan Profesional
 
Pio outbound
Pio outboundPio outbound
Pio outbound
 
Recently uploaded

Panduan E_KSP SMK 2024 Program Kemendikbud SMK
Panduan E_KSP SMK 2024 Program Kemendikbud SMKPanduan E_KSP SMK 2024 Program Kemendikbud SMK
Panduan E_KSP SMK 2024 Program Kemendikbud SMK
PujiMaryati
 
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...
AdeSutisna19
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
pdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptx
pdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptxpdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptx
pdf-powerpoint-kesehatan-reproduksi-remaja-ppt-kespro-remaja-_compress (1).pptx
vivi211570
 
laporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputih
laporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputihlaporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputih
laporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputih
SDNBotoputih
 
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
5. Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas_SDN 8n Kranji.docx
StevanusOkiRudySusan
 
Modul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum MerdekaModul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
Kanaidi ken
 
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Kanaidi ken
 
Modul AJar Rekayasa Perangkat Lunak 2024
Modul AJar Rekayasa Perangkat Lunak 2024Modul AJar Rekayasa Perangkat Lunak 2024
Modul AJar Rekayasa Perangkat Lunak 2024
Herry Prasetyo
 
power point struktur data tree atau pohon
power point struktur data tree atau pohonpower point struktur data tree atau pohon
power point struktur data tree atau pohon
NoegPutra1
 
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
BAHTIARMUHAMAD
 
RENCANA + Link2 Materi BimTek _"Ketentuan TERBARU_PTK 007 Rev-5 Tahun 2023 & ...
RENCANA + Link2 Materi BimTek _"Ketentuan TERBARU_PTK 007 Rev-5 Tahun 2023 & ...RENCANA + Link2 Materi BimTek _"Ketentuan TERBARU_PTK 007 Rev-5 Tahun 2023 & ...
RENCANA + Link2 Materi BimTek _"Ketentuan TERBARU_PTK 007 Rev-5 Tahun 2023 & ...
Kanaidi ken
 
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
Kanaidi ken
 
Perangkat pembelajaran dalam kurikulum merdeka
Perangkat pembelajaran dalam kurikulum merdekaPerangkat pembelajaran dalam kurikulum merdeka
Perangkat pembelajaran dalam kurikulum merdeka
AchmadArifudin3
 
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdfCP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
andimagfirahwati1
 
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase eAlur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
MsElisazmar
 
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
denny404455
 
Modul Ajar PJOK Kelas 1 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PJOK Kelas 1 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PJOK Kelas 1 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PJOK Kelas 1 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
Recently uploaded (20)

Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)

  • 1. MODUL KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN NOTA,CONTOH KARANGAN DAN LATIHAN PENULIS:CIKGU MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN@ CHE OTHMAN 5/19/21 BAHASA MELAYU MENENGAH RENDAH(TINGKATAN 1)
  • 2. 2 TEKNIK MENULIS KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN 1. Karangan yang berbentuk gambaran atau keperihalan merupakan suatu bentuk penulisan yang memerihalkan atau menggambarkan apa-apa yang dilihat, didengar, dan dirasakan. 2. Karangan jenis ini menuntut daya imaginasi yang tinggi. Anda dapat memuatkan bahan yang dikutip daripada pengalaman sendiri atau mungkin khayalan semata-mata. Pengetahuan yang luas tentang apa-apa yang anda gambarkan akan membantu anda menghasilkan karangan yang baik, logik, dan bernas. 3. Biasanya, karangan jenis ini memerlukan anda memerihalkan seseorang, sesuatu pengalaman, sesuatu keadaan, sesuatu tempat atau pemandangan, sesuatu peristiwa atau acara, sesuatu benda dan sebagainya. 4. Karangan jenis gambaran atau keperihalan tidak mempunyai format khusus. Walau bagaimanapun, karangan jenis ini tidak dapat lari daripada disiplin karangan yang lazim, iaitu perlu ada pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup. 5. Perkara-perkara yang hendak anda gambarkan itu mestilah jelas, menarik, mempunyai perbandingan yang sesuai, dan dapat memberikan kesan yang mendalam. 6. Anda digalakkan menggunakan bahasa yang lancar, kreatif dan menarik semasa menulis karangan jenis keperihalan dan gambaran ini. Penggunaan dialog digalakkan di tempat- tempat yang sesuai. 7. Anda digalakkan agar menggunakan teknik saspens untuk menimbulkan rasa cemas pembaca. Namun begitu, jangan menggunakan teknik penyampaian yang sama berulang- ulang. 8. Dalam bahagian pengenalan, anda bolehlah menceritakan peristiwa awal sebelum peristiwa utama berlaku. Pada bahagian penutup pula, anda digalakkan untuk menceritakan bagaimana peristiwa itu berakhir. Anda juga boleh menyatakan perasaan anda terhadap sesuatu peristiwa yang anda tulis itu.
  • 3. 3 CONTOH LENGKAP KARANGAN PENGALAMAN/KEPERIHALAN CONTOH 1:PENGALAMAN MENYERTAI PERKHEMAHAN Baru-baru ini anda telah menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform. Ceritakan pengalaman anda sepanjang menyertai perkhemahan tersebut. Pada minggu yang lepas,saya telah berpeluang mewakili pasukan Kadet Bomba untuk menyertai satu perkhemahan perdana unit beruniform. Pasukan unit beruniform yang terlibat ialah pasukan Pengakap, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah. Perkhemahan itu diadakan di padang sekolah dan dijalankan selama tiga hari dua malam. Pada petang Jumaat itu, kami semua berkumpul di padang sekolah.Kami mendengar taklimat daripada Komandan Kem iaitu Cikgu Ramli.Selepas itu, kami diagihkan mengikut pasukan uniform masing-masing.Kami kemudian dibekalkan dengan khemah dan diarahkan untuk memasang khemah masing-masing sebelum malam menjelang tiba. Pada sebelah malamnya, kami diarahkan bergotong-royong menyediakan juadah untuk dimakan. Pada awal pagi kami sudah bangun. Kami diarahkan solat Subuh secara berjemaah bagi yang beragama Islam. Selepas itu, kami melakukan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Makhtar.Selepas bersarapan kami diarahkan mengemaskan khemah masing- masing.Pada pagi itu diadakan pemeriksaan khemah paling cantik dan kemas.Khemah pasukan Kadet Bomba telah diumumkan sebagai pemenang.
  • 4. 4 Selepas itu,satu pertandingan memasak telah diadakan.Semua bahan telah disediakan oleh guru-guru penasihat .Kami diminta memasak nasi,lauk-pauk dan menggoreng ikan dengan menggunakan kayu sebagai bahan bakar.Pemenang dikira berdasarkan keenakan dan susun atur serta hiasan.Kali ini kumpulan saya telah muncul sebagai johan. Selepas makan malam,persembahan malam kebudayaan diadakan.Setiap persembahan mengikut unit uniform masing-masing.Antara persembahan adalah seperti nyanyian,tarian,lakonan dan sebagainya.Kali ini kumpulan pengakap menjadi johan dengan persembahan boria yang menarik. Keesokan harinya,kami bergotong-royong membersihkan kawasan tapak perkhemahan dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Penyampaian hadiah dan sijil turut diadakan kepada para pemenang. Perkhemahan berakhir kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Selepas itu,saya dan rakan-rakan pulang dengan perasaan yang gembira. Saya berharap dapat menyertai lagi perkhemahan seperti ini pada masa akan datang.
  • 5. 5 LATIHAN 1:PENGALAMAN MENYERTAI KEM MOTIVASI DIRI Arahan soalan: Sila susun perenggan karangan pengalaman/keperihalan di bawah supaya menjadi sebuah karangan yang baik dan kemudiannya sila tulis semula karangan yang telah disusun tadi mengikut urutan ceritanya atau urutan perenggan yang betul. Andaikan bahawa anda terlibat dalam suatu kegiatan kem motivasi anjuran Kelab Rekreasi di sekolah anda. Sepanjang kem motivasi ini yang bermula pada pukul 9.30 pagi para peserta telah didedahkan kepada beberapa aktiviti lasak. Aktiviti ini memerlukan kerjasama,ketabahan,keyakinan diri,serta ketahanan mental dan fizikal.Antaranya termasuklah ’Flying Fox’ yang menghendaki para peserta menyeberangi arus sungai yang deras dengan menggunakan tali yang direntang. Aku tahu sahabat-sahabatku yang lain juga gementar sepertiku. Setiap peserta mencuba bersungguh-sungguh apabila tiba giliran masing-masing.Aku menguatkan semangat untuk melakukan aktiviti ini. Aku yakin aku mampu berbuat demikian seperti orang lain. Aku bersyukur kerana akhirnya aku berjaya melepasi halangan ini. Aku merupakan salah seorang ahli Kelab Rekreasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong. Pada cuti penggal yang lepas, kelab ini telah mengadakan Kem Motivasi Diri di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu. Kem motivasi selama tiga hari dua malam ini disertai oleh 40 orang peserta bersama-sama 5 orang fasilitator.Kami tiba di tempat itu pada pukul 9.00 pagi. Inilah pengalaman pertama aku menyertai program seperti ini.
  • 6. 6 Manakala untuk pengisian rohani pula,sepanjang kami berada di sini,kami telah diminta mendirikan solat secara berjemaah pada setiap kali masuk waktu solat. Kami juga dikehendaki mendengar takzirah selepas solat Subuh dan Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Alias dan Ustaz Wan Hassan secara bergilir-gilir. Pada pukul 4.00 pagi pula kami dikehendaki berkumpul untuk aktiviti Qiamulail. Aktiviti berakhir jam 6.30 pagi selepas solat Subuh. Ternyata Kem Motivasi Diri itu telah berjaya menyemaikan nilai-nilai positif dalam diri kami. Kami telah mematuhi arahan fasilitator walaupun umur mereka sebaya dengan kami. Kem motivasi ini juga berjaya menyedarkan kami tentang kepentingan penghayatan agama,disiplin, semangat setia kawan,bersatu hati,bekerjasama dan tidak mementingkan diri apabila bergerak dalam satu kumpulan. Fasilitator yang bertugas, iaitu Encik Mohd Hazli telah memberikan taklimat ringkas kepada para peserta tentang atur cara kem motivasi itu. Para peserta diingatkan agar senantiasa mematuhi arahan fasilitator yang bertauliah demi keselamatan masing- masing.Para peserta dilarang sama sekali merayau-rayau di hutan lipur itu tanpa keizinan petugas.Peserta yang mengingkari arahan akan dikenakan tindakan tatatertib. Arahan itu dikeluarkan supaya para peserta tidak melakukan sesuatu sehingga boleh membahayakan diri mereka.
  • 7. 7 Selain itu ,pada hari berikutnya pula para peserta diberi tunjuk ajar cara menuruni tebing batu yang curam. Gementar rasa hatiku apabila melihat jurang sedalam kira-kira 30 meter itu yang perlu aku turuni.Sebelum aktiviti diadakan,kami diberikan seutas tali untuk diikatkan pada badan masing-masing. Kami dinasihatkan agar senantiasa berwaspada dan memberikan tumpuan ketika memijak batu.Jika kami tersilap langkah,padah akibatnya. Berkat ketabahan dan keyakinan diri,hampir kesemua peserta berjaya mengatasinya tanpa mengalami sebarang kecederaan.