2. Beriman kepada Allah
• Percaya kepada wujudNya sebagai Tuhan yang sempurna sifatNya,
pencipta alam ini dan Dialah yang wajib disembah dan ditujukan
segala pergantungan hidup.
• “Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa; tidak ada Tuhan
melainkan dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya
malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang
berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit
berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah mati
(kering) dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan
pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan
bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan keesaran Allah)
bagi kaum yang memikirkan.”
• (Surah al-Baqarah: 163 -164)
3. Beriman kepada Malaikat
• Malaikat dijadikan Allah SWT sebagai makhluk yang taat
kepada perintah-perintah-Nya. Ada sepuluh nama
malaikat dan tugasnya yang harus kita ketahui iaitu, Jibril
yang menyampaikan wahyu; Mikail iaitu penurun rezeki;
Israfil, iaitu peniup sangkakala atau terompet pada hari
kiamat; Izrail iaitu pencabut nyawa makhluk; Raqib dan
Atid, iaitu malaikat kiraman katibin yang mencatat
amalan baik dan jahat manusia; Munkar dan Nankir, iaitu
dua malaikat yang ditugaskan Allah SWT bagi
menanyakan soalan di alam barzakh dan dua malaikat
terakhir, iaitu Malik dan Ridzwan yang ditugaskan
menjaga Neraka dan Syurga.
4. Beriman kepada Kitab-kitab
• Kitab-kitab ini bermaksud, apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT
kepada rasul-rasul-Nya yang menjadi panduan atau syariat dalam
kehidupan.
• Ada empat buah kitab yang harus kita ketahui, iaitu
Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s;
Zabur diturunkan kepada Nabi Daud
a.s;
Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s
dan terakhir al-Quran yang dittitipkan
kepada Nabi Muhammad saw.
Di samping kitab-kitab, turut diturunkan kepada beberapa nabi ialah suhuf-suhuf
yang berupa keterangan ringkas mengenai hukum-hakam atau sesuatu syariat.
Misalnya suhuf yang diberikan kepada Nabi Ibrahim.
5. Beriman kepada para Rasul
• Para rasul diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia
sebagai penunjuk jalan keselamatan. Mereka
membimbing manusia daripada penyembahan yang
salah, misalnya menyembah berhala atau sesama
makhluk kepada menyembah Allah yang Maha Esa, dan
seterusnya menjadi model kehidupan bagi seluruh
umatnya. Sebab itulah Allah SWT mengutuskan para rasul
ini daripada kalangan manusia agar mereka mampu
ditauladani serba-serbi dalam sebarang aspek kehidupan.
6. •Nabi Adam a.s.
•Nabi Idris a.s.
•Nabi Nuh a.s.
•Nabi Hud a.s.
•Nabi Salih a.s.
•Nabi Ibrahim a.s.
•Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
•Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
•Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
•Nabi Ya’akub a.s.
•Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya’akub a.s.)
•Nabi Ayub a.s.
•Nabi Syu’aib a.s.
•Nabi Musa a.s.
•Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
•Nabi Zulkifli a.s.
•Nabi Daud a.s.
•Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud
a.s.)
•Nabi Ilyas a.s.
•Nabi Ilyasa’ a.s.
•Nabi Yunus a.s.
•Nabi Zakaria a.s.
•Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria
a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s)
•Nabi Isa a.s.
•Nabi Muhammad s.a.w
Terdapat 25 orang nabi lagi rasul yang wajib diimani oleh seorang muslim, iaitu:
7. Beriman kepada hari Akhirat
• Hari Akhirat adalah suatu hari di mana semua manusia
akan dikumpulkan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar.
Tujuannya, semua manusia akan dihadapkan ke
mahkamah Allah SWT dan diadili segala amal
perbuatannya di atas dunia ini.
• Di dalam mahkamah Allah SWT itulah, manusia akan
diberikan kitab atau buku yang semasa di dunia dahulu
ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin (Raqib dan ‘Atid)
dan seluruh anggota tubuhnya sendiri menjadi saksi amal
perbuatannya di dunia dahulu.
• Amal perbuatan manusia juga akan ditimbang atas
timbangan al-Mizan. Kemudian, kita semua akan melalui
satu jambatan yang dikenali titian sirat al-mustaqim
(titian yang lurus) sebelum dapat masuk ke syurga Allah
SWT.
8. Mana-mana manusia yang amal jahatnya melebihi
amal kebaikan atau tidak beriman kepada Allah
SWT, maka mereka tidak akan berjaya melintasi
neraka dan akan terjatuh ke dalam neraka bagi
menerima azab di atas kelalaian mereka di dunia.
Manusia yang selamat melintasi titian itu akan
masuk ke dalam syurga Allah SWT yang penuh
kenikmatan sebagai ganjaran di atas keimanan dan
ketakwaan mereka di atas dunia dahulu. Semua
manusia akan melalui proses ini tanpa kecuali, hatta
mereka seorang nabi atau rasul..
9. Beriman kepada Qada’ & Qadar
• Qada’ dan qadar bermaksud, seluruh kehidupan manusia
dan perjalanan alam di atas muka bumi ini hakikatnya
sudah ditentukan dan termaklum dalam ilmu Allah SWT.
• Apa yang akan terjadi sesaat daripada ini adalah di dalam
ilmu Allah SWT.
• Ia bermaksud, kita hanya perlu berusaha dan hasilnya
Allah SWT yang memberikannya, kerana ia adalah dalam
pengetahuan Allah SWT dan Allah SWT sendirilah yang
berhak menentukan akhir sesuatu perkara.
• Sungguh pun Allah SWT sudah tahu apa yang akan
terjadi, namun sebagai manusia kita wajib berusaha ke
arah kebaikan, diiringi dengan doa bersungguh-sungguh
dan di akhirnya bertawakkal kepada Allah SWT, agar
kesudahannya kelak beroleh kebaikan.
10. Inilah yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali dan ditegaskan
lagi oleh Baginda Muhammad SAW: “Tidak tertolak qada’ itu
melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu
melainkan oleh kebajikan.” (Hadis riwayat Tirmidzi daripada
Salman al-Farisi r.a)
Di samping itu, ulamak membahagikan qada’ itu sendiri kepada
dua, iaitu qada’ mubram dan qada’ muallaq. Qada’ mubram
adalah seuatu yang tetap akan berlaku dan tidak boleh ditolak,
misalnya orang muda akan menjadi tua, setiap yang hidup
pasti akan mati. Manakala, qada’ muallaq ialah sesuatu yang
dapat ditolak dengan doa atau dengan berbuat kebajikan,
misalnya bersedekah yang menolak musibah, sebagaimana
yang dicatatkan di atas.